Masalah KSSR

download Masalah KSSR

of 13

description

edu

Transcript of Masalah KSSR

Masalah yang Dihadapi oleh Guru Semasa Pelaksanaan KSSR dan Cara PenyelesaianMenjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, keharmonian dan kebudayaan (Abdul Rahim M.Ali, (2001)). Selaras dengan itu, pihak kerajaan mempunyai satu agenda yang amat penting untuk membangunkan sistem pendidikan yang baik serta bertaraf dunia. Dengan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempunyai tanggungjawab yang besar dalam membangun warganegara yang bersifat progresif, bermoral dan beretika tinggi di samping melahirkan warganegara yang berkemahiran dan berpengetahuan (Menteri Pendidikan, (2000)).Dengan hal ini, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) telah melalui satu proses tranformasi dan diperkukuh dan ditambahbaikan oleh satu sistem yang baharu dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ). KSSR telah dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011. Pihak sekolah hendaklah menggunakan Dokumen Standard yang disediakan oleh KPM dan memilih untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru, permintaan murid serta prasarana sekolah. Jadi, beberapa masalah dan cabaran telah timbul dalam pelaksanaan sistem KSSR ini dan contohnya adalah penggunaan ICT dalam proses P&P.Menurut Mogana (1994), kemahiran metadologi serta pengetahuan guru harus ditingkatkan mengikut perkembangan zaman dalam kerjayanya agar memotivasi serta meningkatkan kualiti guru dalam bilik darjah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa, guru menghadapi cabaran yang besar dengan pelaksanaan sistem KSSR. Hal ini demikian kerana ramai pihak masih keliru dengan pelaksanaan sistem ini dan guru sekolah juga keliru dengan cara melaksanakan proses P&P mereka. Contohnya pengajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Melayu atau bahasa lain.Pada awal pelaksanaan KSSR, sambutan daripada orang ramai adalah tidak baik. Hal ini demikian kerana pelaksanaan KSSR adalah transformasi yang agak besar. Kebanyakan ahli masyarakat tidak faham dengan dasar pelaksanaan KSSR. Hal ini adalah serius terutamanya pihak sekolah masih keliru dengan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia. Hal ini demikian kerana tidak ada penjelasan yang jelas tentang pelaksanaan ini. Sebagai persoalannya, adakah semua murid dikehendaki untuk belajar sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia dan adakah semua aliran sekolah dikehendaki untuk mematuhi dasar baru ini? Selain itu, banyak masalah telah timbul dengan pelaksanaan KSSR ini. Contohnya adalah seperti penghasilan buku teks yang mempunyai banyak kesalahan. Sebanyak 400,000 buku teks Bahasa Inggeris yang mempunyai banyak kesalahan telah ditarik balik (Berita Harian, (2011)). Dengan ini, masyarakat boleh memperlihat banyak kelemahan dalam pelaksanaan KSSR ini dan secara langsung mendatangkan banyak masalah dalam proses P&P.Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelaksanaan KSSR ini memerlukan banyak wang dan tenaga tetapi kesan dan faedah tersebut tidak dinyatakan dengan jelas. Oleh itu, banyak masalah telah timbul dalam pelaksanaan KSSR ini.

Masalah-Masalah yang Dihadapi oleh Guru dalam Pelaksanaan Kurikulum KSSR(i) Penggunaan Teknologi Terkini Dalam pelaksanaan KSSR, proses P&P masa kini lebih mementingkan penggunaan teknologi terkini seperti komputer, LCD, dan sebagainya sebagai bahan bantu mengajar. Guru mesti dapat menguasai ilmu ICT terlebih dahulu sebagai golongan yang menyebar secara meluas kepada muridnya. Pelaksanaan ini telah membawa kepada banyak masalah berlaku. Menurut Clement dalam Jusni Nasirun (1995), terdapat guru-guru yang mempunyai sikap yang negatif terhadap komputer. Perbezaan latar belakang individu seperti usia yang muda dan kaum wanita merupakan antara faktor yang menyebabkan sikap sedemikian (Grisworld dalam Jusni Nasirun, (1995)). Guru-guru yang berumur besar dan hampir pencen berasa tertekan kerana mereka kurang mahir dalam penggunaan komputer. Mereka terpaksa untuk memmuridi cara menguasai komputer supaya tidak ketinggalan zaman. Guru yang muda mempunyai sikap positif terhadap penggunaan komputer berbanding dengan guru yang sudah berusia tidak mampu mengalaminya (Ting Kai Chu dalam Eddy Luaran dan Johan). Kajian ini telah disokong oleh Mukama dan Andersson dalam Johan dan Eddy Luaran. Mereka telah menyatakan bahawa guru-guru yang berusia tidak ingin berubah ke arah pengintegrasian komputer di sekolah berbanding dengan guru yang muda amat mesra terhadap penggunaan komputer. Kebanyakan guru yang berusia tidak mengetahui bahawa cara menggabungkan kemahiran komputer dalam proses pengajaran di dalam kelas (Mortimer dan Scott dalam Johan dan Eddy Luaran). Guru yang muda belajar menggunakan komputer dengan penuh berkeyakinan berbanding dengan guru-guru yang lama berkhidmat di sekolah (Mortimer dan Scott dalam Johan dan Eddy Luaran).Kajian Ong dan Lai dalam Johan dan Eddy Luaran telah mendapati bahawa guru lelaki mempunyai persepsi yang positif berbanding dengan guru wanita terhadap tahap kemahiran, keupayaan dan pembelajaran secara e-learning dengan menggunakan komputer. Dapatan ini telah disokong oleh Liaw dan Chen dan Tsai dalam Johan dan Eddy Luaran.

(ii) Ketidaklengkapan Kemudahan Di Sekolah Sedia diketahui penggunaan internet dan komputer semakin banyak dalam kalangan guru untuk menguruskan tugasan harian. Namun, kemudahan komputer dalam sekolah amat terhad. Kadang-kadang sebuah sekolah hanya diberi beberapa buah komputer sahaja untuk kegunaan guru (Johari Bin Hassan & Zaliza Bte Md Yasin, (2011)). Ini memang tidak mampu menampung keperluan mereka. Jadi, mereka terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membeli laptop. Dalam pelaksanaan KSSR, guru bertanggungjawab untuk mendaftar pencapaian murid secara online (Harakahdaily, (2013)). Hal ini telah menyusahkan guru kerana pencapaian internet atau schoolnet yang amat lemah. Guru terpaksa menggunakan streamyx atau broadband dan dikehendaki membayarnya sebanyak RM 48 hingga RM 148 sebulan. Guru-guru menyiapkan kerjanya di rumah menyebabkan sistem rumah tangga telah terjejas (Beban Tugas Guru Sekolah Masa Kini Makin Bertambah (10 Jam Sehari), Kenaikan Pangkat Tidak Adil, Kemudahan Sangat Terhad!, (2013)). Selain itu, sekolah yang berada di kawasan pedalaman tidak mempunyai kemudahan dan infrakstruktur yang lengkap apabila berbanding dengan sekolah bandar kerana tahap ekonomi mereka yang rendah. Menurut PIPP (2006-2010), jurang bandar dan luar bandar mengalami ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman. Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT. Rajah 1: Bilangan Sekolah Rendah Yang Kekurangan Infrastruktur dan Kemudahan Asas (Sumber: PIPP (2006-2010))

Pendek kata, ketidaklengkapan kemudahan di sekolah akan mendatangkan masalah kepada guru untuk pelaksanaan seharian.

(iii) Pelaksanaan Aktiviti Hands-on dan Minds-onSelepas memperkenalkan KSSR ini, guru harus memberikan fokus kepada strategi P&P yang berpusatkan murid di mana tunjang-tunjang utama bestari seperti pembelajaran akses kendiri, pembelajaran kadar kendiri dan pembelajaran terarah kendiri dapat dijalankan (Noriati A. Rashid, et al, (2012)). Secara tidak langsung, guru akan melaksanakan aktiviti hands on dan minds on dalam pembelajaran seharian. Dalam aktiviti sebegini, guru akan menggalakkan murid-muridnya berfikir dan mencari jawapan sendiri tetapi bukan menyampaikan ilmu pengetahuannya secara terus kepada murid-muridnya (Azmy Mohamed, (2010)). Aktiviti ini mampu meningkatkan kemahiran menaakul dalam kalangan murid-murid. Namun, tindakan ini mungkin akan mewujudkan miskonsepsi dalam kalangan murid-murid kerana setiap murid mempunyai pemikiran dan pemahaman yang berbeza (Noraini Idris, (2010)). Semua individu itu adalah unik dan mempunyai pemikiran yang tersendiri. Melalui sahaja pemerhatian tanpa bimbingan orang yang berpengetahuan, kanak-kanak mungkin akan salah faham dan mempunyai miskonsepsi. Naharindiastuti (2012) telah menyatakan bahawa belajar penemuan ini memerlukan kecerdasan anak yang tinggi. Jika kurang cerdas, maka hasilnya kurang efektif. Hal ini amat membebankan guru sekiranya miskonsepsi ini tidak diketahui dan ini akan memberi kesan yang besar terhadap proses P&P guru.Kelemahan pelakasaan akiviti hands-on ialah aktiviti sebegini biasanya memakan waktu yang banyak dan kalau kurang terpimpin atau kurang terarah akan menjerumus kepada kekacaun dan kekaburan atas konsep yang dimuridi. Selain itu, aktiviti Hands-on dan Minds-on kurang berkesan apabila dilaksanakan di dalam kelas yang lebih besar (Ninamath, (2013)). Hal ini demikian kerana bukan semua murid berpeluang untuk melibatkan diri dan dibimbing semasa perlaksaan aktiviti. Pendek kata, pelaksanaan aktiviti hands-on yang diutamakan dalam KSSR memerlukan masa yang panjang. Keadaan ini telah mendatangkan masalah kepada guru terutamanya guru sains. Fazliza Che Amat (2012) telah menyatakan bahawa hampir separuh guru menyatakan masa yang diperuntukkan untuk mengajar mata muridan Sains tidak mencukupi memandangkan waktu Sains telah dipendekkan dari 3 waktu kepada 2 waktu seminggu kerana dalam subjek Dunia Sains dan Teknologi masa perlu diperuntukkan untuk mengajar penggunaan komputer kepada murid-murid. Keadaaan ini telah menyebabkan guru akan mengalami kesuntukan masa semasa pelaksanaan aktiviti Hands-on dan Minds-on.

(iv) Beban Guru Semakin BeratPelaksanaan KSSR ini telah membebankan guru. Hal ini demikian kerana mereka perlu menjalankan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PBS ini dijalankan untuk mengenal pasti perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Ia berbentuk secara berterusan, authentik, holistik dan menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai. Guru perlu sentiasa memerhati perkembangan murid-muridnya dalam pelbagai aspek. Guru perlu mengorbankan lebih banyak masa dan tenaga untuk membimbing anak muridnya menjalankan PBS. Biasanya, guru akan memperuntukkan sekurang-kurangnya 2 jam bagi menyelesaikan tugasan mereka setiap minggu. Hal ini kerana seorang guru akan diberi satu hingga dua kelas PBS (Beban Tugas Guru Sekolah Masa Kini Makin Bertambah (10 Jam Sehari), Kenaikan Pangkat Tidak Adil, Kemudahan Sangat Terhad!, 2013)).Bukan ini sahaja, Fazliza Che Amat (2012) juga menyatakan bahawa hampir separuh guru telah menyatakan masa yang diperuntukkan untuk mengajar mata muridan Sains tidak mencukupi memandangkan waktu Sains telah dipendekkan dari 3 waktu kepada 2 waktu seminggu kerana dalam subjek Dunia Sains dan Teknologi masa perlu diperuntukkan untuk mengajar penggunaan komputer kepada murid-murid. Dalam keadaan ini dapat diperhatikan bahawa lebih banyak subjek baru diperkenalkan dan menyebabkan masa untuk mengajar sesuatu subjek menjadi singkat.

(v) Persiapan Yang Tidak MencukupiDalam pelaksanaan KSSR, bukan semua guru mendapat kursus KSSR. Fazliza Che Amat (2012) menyatakan kecairan maklumat berlaku kerana bukan semua guru yang terlibat telah menghadiri kursus tersebut. Dalam kursus KSSR, setiap sekolah hanya diwakili oleh seorang guru dan guru tersebut perlu menyampaikan maklumat yang diperolehi kepada guru-guru lain di sekolah mereka yang mengajar tahun satu. Dalam kajian beliau juga menyatakan bahawa seorang guru yang ditemu bual berharap pihak KPM memanggil semua guru yang terlibat untuk menghadiri kursus.Tindakan ini amat penting untuk memastikan ilmu dan maklumat disampaikan secara sempurna.Lebih-lebih lagi, tiada kursus lanjutan diberi kepada guru selepas pelaksanaan KSSR di sekolah. Keadaan ini menyebabkan sebahagian guru tidak faham secara mendalam tentang pelaksanaan KSSR ini.Selain itu, bukan setiap subjek telah disediakan dengan buku teks. Menurut laman web rasmi bahagian pembangunan kurikulum (2011). Subjek Dunia Seni Muzik dan Seni Visual tidak disediakan buku teks. Walaubagaimanapun, buku panduan pengajaran disediakan untuk mata muridan ini. Keadaan ini telah mendatangkan masalah kepada guru semasa mengajar.

Strategi-Strategi Mengatasi MasalahInilah masalah-masalah yang dihadapi oleh para guru semasa perlaksaan KSSR. Pada awal pelaksanaan memang tidak dapat dinafikan banyak masalah dan cabaran yang timbul. Oleh itu, beberapa strategi telah dikeluarkan untuk mengatasi masalah ini.

(i) Penguasaan Teknologi Terkini Guru perlu menguasai cara mengendalikan komputer supaya tidak ketinggalan zaman. Dalam pada itu, guru mesti menguasai ilmu ICT terlebih dahulu kerana guru berperanan sebagai golongan yang menyebar ilmu secara meluas kepada muridnya. Guru perlu bersikap proaktif dan terangsang dalam perkembangan teknologi yang semakin canggih pada masa kini (Mohd Hasril Bin Amiruddin, (2009)).Dalam hal ini, guru-guru yang berusia perlu mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan teknologi maklumat. Mereka perlu menyedari penggunaan teknologi maklumat akan mendatangkan banyak manfaat kepada guru dan murid. Guru haruslah meninggalkan cara pengajaran tradisional yang diamalkan selama ini dengan pengaplikasian teknologi maklumat terkini iaitu menggunakan pengajaran yang dinamik. Guru merupakan agen perubahan yang bersedia melaksanakan tugasan terkini supaya membangunkan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sikap positif terhadap ICT amat penting kepada seseorang pendidik untuk menghadapi segala cabaran dan halangan dalam alam pendidikan ini (Ambigapathy dalam Ting Kung Shiung dan Woo Yoke Ling, (2005)). Selain itu, KSSR ini memberi penekanan kepada pelaksanaan P&P yang lebih menarik dan lebih mementingkan proses pembelajaran tetapi bukan keputusannya. Misalnya, penggunaan video yang digunakan untuk menerangkan sesuatu proses. Dengan ini, murid-murid dapat memahami perkembangan sesuatu proses dengan lebih mudah. Yang paling penting sekali ialah pendekatan yang digunakan oleh guru mestilah mengambil kira tahap kecerdasan murid dan tidak membosankan murid. Tambahan pula, guru digalakkan untuk menggunakan bahan bantu mengajar supaya dapat menarik perhatian murid-murid semasa proses P&P dilaksanakan (Abdul Rahim Hamdan, et al, (2012)). Bahan bantu mengajar yang paling umum digunakan dalam kalangan guru ialah powerpoint. Guru akan mencorakkan powerpoint dengan gambar-gambar yang cantik dan animasi-animasi yang menarik supaya muridnya tidak berasa bosan.Tuntasnya, latihan perlu diberikan kepada para guru dalam penggunaan teknologi yang begitu canggih untuk mencapai objektif yang ditentukan (Ambigapathy & Suthagar dalam Ting Kung Shiung dan Woo Yoke Ling, (2005)). Oleh itu, bengkel dan latihan kursus perlu kerap dijalankan kepada para guru terutamanya berkaitan dengan teknologi maklumat. Melalui latihan yng dijalankan, guru yang berlatih akan dilahirkan.

(ii) Penyediaan Kemudahan Yang MencukpiPenggunaan komputer dan talian internet berperanan amat penting kepada setiap guru pada zaman era globalisasi yang canggih ini. Guru menggunakan komputer untuk mengemaskini maklumat murid secara online, sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas dan sebagainya. Guru sentiasa menggunakan komputer sebaik-baiknya dalam penghasilan penyampaian yang menarik dan sesuai, menguruskan maklumat murid dengan lebih cekap dan memudahkan komunikasi antara ibu bapa dan murid (Hao, Hueyshan dan Mishra dalam Ting Kung Shiung dan Woo Yoke Ling, (2005)). Pihak kerajaan perlu menyediakan bilangan komputer yang mencukupi di setiap sekolah terutamanya di kawasan luar bandar. Talian internet juga perlu disambung dengan sistematik dan berkesan supaya guru dapat menjalankan tugasan harian mereka dengan lebih cekap dan efektif. Pihak sekolah juga perlu sentiasa membuat pemantauan dan pemeriksaan terhadap bilangan komputer dan talian internet supaya boleh melaporkan pihak berkuasa jika mendapati bahawa perlu membuat sebarang penambahbaikan terhadap komputer dan talian internet.

(iii) Perlengkapan diri sebagai seorang guru Sebagai seorang pendidik, guru perlu melengkapkan diri dari segi kemahiran dan budaya profesionalisme supaya menjadi seorang yang kreatif. Misalnya, dalam penyediaan dan pelaksanaan aktiviti hands-on dan minds-on. Sebab, pembelajaran ilmu pengetahuan dan kemahiran adalah lebih berkesan dan efektif daripada penyampaian guru. Mohamad bin Muda dalam Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon, (2012), telah menyatakan bahawa kemahiran berfikir perlu mengarah kepada pandangan jauh dan luar biasa. Dalam hal ini, guru bukan sahaja perlu menguasai konsep sains, tetapi juga perlu dapat mengaplikasikannya. Hal ini demikian kerana pembelajaran secara hafalan dalam teori tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan kepada murid. Sebagai contohnya, guru Sains perlu membenarkan dan menggalakkan murid untuk menjalankan eksperimen. Sebelum menjalankan eksperimen, guru perlu membiasakan murid denagn perekaan hipotesis. Menurut Akinbobola dalam Faridah Binti Darus, et al, (2013), beliau telah menyatakan bahawa kemahiran membuat hipotesis amat berkait rapat dengan kemahiran berfikir pada aras yang tinggi. Murid boleh berfikir terhadap apa yang akan terjadi jika sesuatu eksperimen dijalankan dan membuat inferens terhadapnya. Kelebihan membuat demikian ialah murid tidak akan mengalami sebarang miskonsepsi terhadap konsep sains. Selain itu, guru perlu menyampaikan kemahiran dengan betul dan baik.

(iv) Pengurusan Masa yang SistematikGuru perlu bijak mengurus hal-hal peribadi dan proses pengajaran supaya PBS ini dapat dilaksanakan dengan baik dan efektif. Hal ini demikian kerana mengajar merupakan suatu pekerjaan yang rumit bagi seorang guru. Guru perlu mengorbankan masa dan tenaga kepada murid dan juga dapat mengawal dan mengurus emosi diri dengan baik (Mohammad Zohir Ahmad dalam Noraini Mat Loddin & Suhaida Abdul Kadir, (2013)). Selain itu, guru juga harus membuat rancangan secara sistematik Hal ini amat penting kepada seseorang guru kerana ia akan membantu guru supaya kerja yang dilakukan tidak meleret-leret dan mengalamu kesuntukkan masa.Guru perlu membuat rancangan terhadap isi pembelajaran supaya murid dapat mencapai objektif dan matlamat dengan mudah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Keadaan ini akan membantu guru menguruskan masa dan waktu dengan baik.Dalam hal ini, guru-guru boleh memanfaatkan portal rasmi Jabatan Muri dan Negeri masing-masing ataupun laman KSSR online untuk mandapatkan rancangan pelajaran. Dengan ini, guru dapat mengenalpasti jumlah masa yang digunakan adalah baik dan sesuai untuk setiap topik. Selain itu, tahap di mana murid itu patut diajar serta teknik dan sumber pengajaran juga dapat ditentukan dan dikongsi bersama.

Rajah 2: Laman web KSSRPISMP SN JUN 2014 TUGASAN A -EDU 3013(Sumber: http://www.kssronline.com/p/kssr.html)1

10

(v) Nilai Diri Yang BaikGuru perlu berfikiran positif terhadap segala perubahan yang telah timbul dalam dunia pendidikan. Dalam pada itu, guru perlu sentiasa menerima segala perubahan pada zaman serba moden ini dan membuat pengubahsuaian yang relevan supaya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Apabila berhadapan dengan pelaksanann sistem baharu dalam alam pendidikan, guru perlu mengamalkan sifat kerterbukaan. Misalnya, kebelakangan ini penilaian yang berbentuk peperiksaan telah digantikkan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Dalam perubahan ini, guru perlu berfikiran positif dan menerima hakikat ini. Selain itu, guru perlu melengkapkan diri dari segi minat, sikap, kemahiran dan pengetahuan dalam pelaksanaan PBS ini. Sikap yang positif akan merangsangkan tingkah laku guru untuk melaksanakan tugasan mereka dengan penuh dedikasi dan tekun supaya tugasan dapat disiapkan pada masa yang ditentukan. Watson dalam Mohammad Zohir Ahmad & Nordin Abdul Razak, (2007), telah menyatakan bahawa sikap boleh mempengaruhi seseorang itu cara berfikir sebelum bertindak.

(vi) Penyediakan Kursus Secara MenyeluruhKementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu menyediakan kursus tentang pelaksanaan KSSR secara menyeluruh dan kompetensi kepada semua pendidik supaya mereka boleh mengetahui tentang pelaksanaan KSSR dengan lebih mendalam (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010). Dalam hal ini, bahan sokongan perlu diaptasi supaya para guru dapat memperoleh bahan tambahan tentang pelaksanaan KSSR dengan melayari laman web KPM. Pendek kata, guru merupakan agen pelaksanaan dasar-dasar pendidikan negara. Oleh itu, guru berperanan penting dalam membuat persiapan awal dan melengkapkan diri dari segi kemahiran, informasi dan pengetahuan mengenai pelaksanaan KSSR. Sebab, guru yang mempunyai kemahiran secara mendalam akan melaksanakan kurikulum KSSR dengan lebih efektif.Guru perlu menghayati dan mengamalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) demi merealisasikan aspirasi negara iaitu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu serta melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, guru perlu mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat untuk menjayakan pelaksaan KSSR yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan (KPM).Guru memainkan peranan yang agak penting dalam menjayakan sistem KSSR. Jadi, guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan yang luas dan pemikiran yang kreatif, kritis dan inovatif. Dengan ini, negara yang maju dalam pelbagai aspek dan bertaraf globalisasi dapat wujud.Selain itu, pihak kerajaan perlu memberi dorongan dan bantuan dalam menjayakan sistem KSSR. Misalnya, pihak kerajaan haruslah menyediakan kemudahan yang lengkap dalam setiap sekolah tidak kira sama ada sekolah pedalaman atau sekolah bandar. Dengan ini, guru dapat memainkan peranan mereka dengan sempurna serta mencipta alam belajar yang induksif kepada murid.Dalam pada itu, ibu bapa dan masyarakat memainkan peranan yang penting dalam menjayakan sistem KSSR. Hal ini demikian kerana sokongan daripada pihak ibu bapa akan memotivasikan pihak sekolah dan pihak kerajaan. Dengan ini, KSSR ini dapat dilaksanakan dengan berjaya.PISMP SN JUN 2014 TUGASAN A -EDU 3013Tuntasnya, semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menjayakan KSSR yang diperkenalkan dan bukannya mengharapkan satu pihak sahaja. Walaupun banyak masalah telah wujud dengan pelaksanaan KSSR ini, tetapi dengan usaha pelbagai pihak, masalah tersebut dapat diselesaikan dengan mudah dan sempurna. Dengan ini, masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dilahirkan demi merealisasikan aspirasi negara serta Wawasan 2020 yang ditetapkan.1

3