Masalah Litar Elektrik

10
 MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 5A3 MENGENAI KONSEP LITAR BERSIRI DAN LITAR SELARI MELALUI PENGGUNAAN ‘PUZZLE BOARD’ Oleh:  Nur Syaz wani Binti Khamis, Pa juzi Bin Awang Jabatan Sains, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail  [email protected] ,  pajuzi@ip gmkdri.ed u.my ABSTRAK   Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningka tkan meningkat kan kefahaman murid tahun 5A3 mengenai konsep litar bersiri dan litar selari melalui penggunaan ‘Puzzle  Board’. Seramai 5 orang responden tahun 5A3 dari Sekolah Kebangsaa n Pusat Chabang Tiga terlibat dalam kajian ini. Tinjauan masalah dilaksanakan dengan menggunakan beberapa instrumen iaitu analisis dokumen, ujian diagnostik dan  pemerhatia n. Hasil tinjauan awal masalah mendapati bahawa murid tidak dapat mengenal pasti simbol-simbol komponen elektrik dan gagal membezakan susunan litar bersiri dan litar selari. Puzzle Board dihasilkan bagi mengatasi masalah ini.  Puzzle Board membantu murid untuk membina pengalaman belajar yang sebenar melalui penggunaan aktiviti hands-on. Instrumen kajian yang digunakan bagi merekod data ialah analisis dokumen, pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca. Hasil dapatan kajian mendapati berlakunya peningkatan dari segi kebolehan murid dalam mengenal pasti simbol komponen elektrik serta mengenal pasti susunan litar bersiri dan litar selari. Peserta kajian juga menunjukkan peningkatan dalam kemahiran membina litar bersiri dan litar selari, dan menunjukkan peningkatan pencapaian dalam ujian pasca. Hasil pemerhatian menunjukkan berlakukan perubahan dari  sudut tingkah laku dan penglibatan peserta kajian ketika sesi pengajaran dan  pembelajar an dilaksanak an. Kesimpulan nya, penggunaan ‘Puzzle Board’ dapat membantu murid dalam mengenal pasti simbol komponen elektrik dan susunan litar bersiri dan litar selari.  Kata Kunci:  Puzzle Boar d , kefahaman , litar bersiri, litar selari. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pada praktikum fasa satu, pengkaji telah menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Kubu, Marang dan pengkaji berkesempatan untuk mengajar tajuk Elektrik. sepanjang pengkaji mengajar tajuk tersebut, pengkaji mendapati bahawa murid-murid menghadapi masalah dalam mengenal  pasti simbol k omponen ele ktrik dan susuna n jenis litar be rsiri dan litar sela ri. Kemudian, peng kaji telah menjalankan praktikum fasa tiga di Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga, Kuala Terengganu. Sepanjang menjalani praktikum di sekolah tersebut, pengkaji juga telah berpeluang untuk mengajar tajuk Elektrik. Pengajaran bagi tajuk tersebut telah dijalankan selama seminggu dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji telah mengedarkan beberapa lembaran kerja. Lembaran kerja tersebut diberikan bertujuan untuk menilai tahap kefahaman murid Tahun 5A3 mengenai konsep litar bersiri dan litar selari. Berdasarkan kepada analisis dokumen,

description

litar elektrik

Transcript of Masalah Litar Elektrik

  • MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 5A3 MENGENAI

    KONSEP LITAR BERSIRI DAN LITAR SELARI MELALUI

    PENGGUNAAN PUZZLE BOARD

    Oleh:

    Nur Syazwani Binti Khamis, Pajuzi Bin Awang

    Jabatan Sains, IPG Kampus Dato Razali Ismail [email protected], [email protected]

    ABSTRAK

    Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan meningkatkan kefahaman murid

    tahun 5A3 mengenai konsep litar bersiri dan litar selari melalui penggunaan Puzzle Board. Seramai 5 orang responden tahun 5A3 dari Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga terlibat dalam kajian ini. Tinjauan masalah dilaksanakan dengan

    menggunakan beberapa instrumen iaitu analisis dokumen, ujian diagnostik dan

    pemerhatian. Hasil tinjauan awal masalah mendapati bahawa murid tidak dapat

    mengenal pasti simbol-simbol komponen elektrik dan gagal membezakan susunan

    litar bersiri dan litar selari. Puzzle Board dihasilkan bagi mengatasi masalah ini.

    Puzzle Board membantu murid untuk membina pengalaman belajar yang sebenar

    melalui penggunaan aktiviti hands-on. Instrumen kajian yang digunakan bagi

    merekod data ialah analisis dokumen, pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca. Hasil

    dapatan kajian mendapati berlakunya peningkatan dari segi kebolehan murid dalam

    mengenal pasti simbol komponen elektrik serta mengenal pasti susunan litar bersiri

    dan litar selari. Peserta kajian juga menunjukkan peningkatan dalam kemahiran

    membina litar bersiri dan litar selari, dan menunjukkan peningkatan pencapaian

    dalam ujian pasca. Hasil pemerhatian menunjukkan berlakukan perubahan dari

    sudut tingkah laku dan penglibatan peserta kajian ketika sesi pengajaran dan

    pembelajaran dilaksanakan. Kesimpulannya, penggunaan Puzzle Board dapat membantu murid dalam mengenal pasti simbol komponen elektrik dan susunan litar

    bersiri dan litar selari.

    Kata Kunci: Puzzle Board, kefahaman, litar bersiri, litar selari.

    REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Pada praktikum fasa satu, pengkaji telah menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Kubu,

    Marang dan pengkaji berkesempatan untuk mengajar tajuk Elektrik. sepanjang pengkaji mengajar

    tajuk tersebut, pengkaji mendapati bahawa murid-murid menghadapi masalah dalam mengenal

    pasti simbol komponen elektrik dan susunan jenis litar bersiri dan litar selari. Kemudian, pengkaji

    telah menjalankan praktikum fasa tiga di Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga, Kuala

    Terengganu. Sepanjang menjalani praktikum di sekolah tersebut, pengkaji juga telah berpeluang

    untuk mengajar tajuk Elektrik. Pengajaran bagi tajuk tersebut telah dijalankan selama seminggu

    dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji telah mengedarkan beberapa lembaran

    kerja. Lembaran kerja tersebut diberikan bertujuan untuk menilai tahap kefahaman murid Tahun

    5A3 mengenai konsep litar bersiri dan litar selari. Berdasarkan kepada analisis dokumen,

  • pemerhatian dan ujian diagnostik yang dilaksanakan, pengkaji mendapati bahawa murid-murid

    tidak memahami isi pelajaran yang cuba disampaikan di dalam kelas. Masalah dikenal pasti

    melalui lembaran kerja yang diedarkan. Murid-murid dilihat tidak mampu untuk melukis kembali

    gambarajah litar dengan menggunakan simbol-simbol komponen elektrik. Selain itu, mereka juga

    dilihat masih lagi tidak dapat membezakan susunan litar bersiri dan litar selari. Rentetan daripada

    itu, murid-murid juga dilihat tidak mampu untuk membina litar yang sebenar berdasarkan

    gambarajah yang diberikan. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah cuba untuk mengatasi masalah

    ini dengan menggunakan tanah liat bagi membentuk simbol-simbol komponen elektrik dan

    membina litar bersiri dan selari. Namun begitu, ianya dilihat tidak begitu berkesan kerana murid-

    murid masih lagi tidak dapat membina litar dengan betul. Oleh yang demikian, pengkaji

    berpendapat bahawa permasalahan utama murid-murid Tahun 5A3 adalah sukar untuk mengenal

    pasti simbol-simbol komponen elektrik serta susunan bagi litar bersiri dan litar selari.

    permasalahan ini dilihat sama seperti apa yang berlaku pada murid-murid di Sekolah Kebangsaan

    Kubu, Marang. Selain itu, pengkaji turut mendapati bahawa berdasarkan pemerhatian pengkaji

    terhadap tingkah laku murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Sains berlangsung, murid-

    murid dilihat tidak begitu aktif dan mereka juga mudah hilang tumpuan. Hal ini secara tidak

    langsung akan memberikan kesan buruk terhadap prestasi mereka.

    Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah menjalankan suatu kajian tindakan bagi meningkatkan

    kefahaman murid mengenai konsep litar bersiri dan litar selari melalui penggunaan Puzzle Board.

    SOROTAN LITERATUR

    Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), kefahaman didefinisikan sebagai keupayaan atau

    kemampuan untuk memahami, faham atau tidaknya seseorang akan sesuatu yang dipelajari,

    dibaca dan sebagainya. Oleh yang demikian, ujian keberkesanan pengajaran guru yang

    sebenarnya ialah pelajar itu sendiri. Secara keseluruhannya, keberkesanan proses pembelajaran

    dan pemudahcaraan seseorang guru akan dapat diukur melalui pencapaian semasa murid-murid

    tersebut.

    Penggunaan bahan bantu mengajar visual dilihat sangat membantu dalam meningkatkan lagi

    kefahaman murid mengenai sesuatu konsep Sains terutamanya bagi tajuk Elektrik. Teori

    kecerdasan pelbagai yang telah dipelopori oleh Howard Gardner, telah menyenaraikan kecerdasan

    visual-ruang sebagai antara salah satu daripada lapan jenis kecerdasan pelbagai (Aplikasi Teori

    Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, 2001). Oleh itu, tidak dapat dinafikan

    lagi bahawa gaya pembelajaran berunsurkan elemen visual membantu memudahkan lagi

    pemahaman sesuatu konsep baru dalam kalangan murid. Di samping itu juga, kajian lepas yang

    telah dijalankan oleh Cristopher Lu Wei Wang (2012) yang menyatakan bahawa penggunaan

    bahan visual membantu dalam meningkatkan pemahaman murid terhadap isi pelajaran yang

    disampaikan oleh guru. Jean Piaget (1962) dalam Mok Soon Sang (2011), beliau menyatakan

    bahawa tujuan bermain dalam belajar ialah untuk menggerakkan perkembangan kognitif kanak-

    kanak, di samping memperkukuhkan lagi pembelajaran baru dan membenarkan pembelajaran

    baru dijalankan dalam suasana santai. Apabila kognitif kanak-kanak dapat berkembang dengan

    baik, maka sudah pasti ianya akan membantu dalam melonjakkan prestasi akademik mereka. Nor

    Azrine (2013) beliau mendapati bahawa penggunaan puzzle dapat meningkatkan kebolehan murid

    dalam mengenal pasti bendera-bendera di Malaysia. Walaupun berlainan mata pelajaran dan

    bidang, namun pengkaji berpendapat bahawa penggunaan puzzle tetap sesuai diaplikasikan dalam

    mata pelajaran Sains khususnya bagi tajuk Elektrik.

  • Kajian lepas yang berkaitan dengan inovasi sedia ada bagi tajuk Elektrik mengetengahkan sebuah

    kit yang membolehkan peserta kajian membina sebuah litar elektrik yang lengkap dengan betul.

    Kajian tersebut telah dilaksanakan oleh Mohd Arif (2013). Bagi intervensi yang telah dihasilkan

    oleh pengkaji, pengkaji memasukkan unsur bermain sambil belajar melalui penggunaan puzzle

    dan ditambah dengan elemen visual iaitu simbol-simbol komponen elektrik pada kepingan puzzle.

    Selain itu, juga dalam intervensi yang dihasilkan oleh pengkaji, pengkaji telah menggunakan

    lampu LED dalam menentukan sama ada kepingan puzzle litar yang dicantum adalah betul atau

    tidak. Di samping itu, lampu LED tersebut juga dapat memberikan maklumat kepada peserta

    kajian mengenai jenis litar yang dibina olehnya iaitu sama ada litar bersiri atau litar selari.

    TUJUAN KAJIAN

    Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kefahaman murid sederhana

    Tahun 5A3 Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga mengenai konsep litar bersiri dan litar selari

    dengan menggunakan Puzzle Board.

    Objektif

    Penggunaan Puzzle Board dapat membantu murid tahun 5A3 Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga, dalam meningkatkan kefahaman mengenai konsep litar bersiri dan litar selari.

    Persoalan Kajian

    Bagaimanakah penggunaan Puzzle Board dapat membantu murid dalam meningkatkan kefahaman mengenai konsep litar bersiri dan litar selari?

    METODOLOGI KAJIAN

    Kajian tindakan ini melibatkan lima orang murid sederhana tahun 5 yang terdiri daripada dua

    orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Kesemua peserta kajian dipilih berdasarkan

    kepada analisis dokumen, ujian diagnostik dan pemerhatian. Model kajian yang digunakan dalam

    kajian tindakan ini ialah model Stephen Kemmis dan Mc Taggart (1988). Data kualitatif dianalisis

    secara deskriptif mengikut peserta kajian. Data dikumpul dengan menggunakan tiga jenis

    instrumen iaitu analisis dokumen, pemerhatian dan ujian pasca. Pengkaji memberikan beberapa

    lembaran kerja kepada peserta kajian. Setiap lembaran kerja yang diberikan adalah berbeza

    mengikut kepada kemahiran yang ingin diperhatikan. Lembaran kerja yang pertama adalah bagi

    menilai kepada kemahiran mengenal pasti simbol-simbol komponen elektrik serta kemahiran

    mengenal pasti susunan litar bersiri dan litar selari.

    Pemerhatian juga turut dibuat terhadap peningkatan kemahiran peserta kajian dalam membina

    litar bersiri dan litar selari. Setiap peserta kajian diminta membina litar sebenar berdasarkan

    kepada gambarajah litar yang diberikan. Segala gerak kerja yang ditunjukkan oleh peserta kajian

    dicatatkan di dalam senarai semak yang disediakan bagi menyokong pemerhatian yang dibuat.

    Hasil pemerhatian kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk deskriptif dan jadual kekerapan.

    Selain itu, ujian pasca dilaksanakan bagi melihat perubahan pencapaian peserta kajian dari sudut

    peningkatan markah. Berdasarkan ujian pasca juga, pengkaji turut membuat analisis bahagian-

    bahagian soalan di dalam ujian pasca yang menyumbang kepada peningkatan pencapaian markah

    peserta kajian. Pemerhatian dari sudut tingkah laku serta penglibatan peserta kajian selepas

    intervensi dijalankan juga turut dilaksanakan. Pemerhatian tersebut dilakukan dengan

    menggunakan pemerhatian berstruktur, yang mana borang senarai semak telah disediakan.

  • Perbandingan tingkah laku dibuat berdasarkan pemerhatian sebelum dan selepas intervensi

    dijalankan.

    SPESIFIKASI INTERVENSI

    Puzzle Board merupakan sebuah intervensi yang mudah serta senang untuk dikendalikan. Intervensi ini mempunyai sebuah board, dua buah lampu LED serta beberapa kepingan puzzle.

    Rajah 1: Puzzle Board

    Rajah 2: Bahagian Board Utama Puzzle Board

  • Bagi menggunakan Puzzle Board, peserta kajian hanya perlu melengkapkan kepingan puzzle yang disediakan. Kepingan puzzle tersebut perlu disusun di atas board yang disediakan. Sekiranya puzzle yang dibina betul, maka salah satu lampu LED akan menyala. Lampu tersebut

    bukan sahaja menandakan bahawa puzzle yang dibina oleh peserta kajian adalah betul, tetapi juga

    memberikan maklumat kepada peserta kajian mengenai jenis litar yang terdapat pada kepingan

    puzzle yang telah dilengkapkan oleh mereka. Kemudian, mereka hanya perlu mencatatkan jenis

    litar yang telah mereka lengkapkan ke atas lembaran kerja yang diberikan. Penggunaan Puzzle Board ini diaplikasikan pada fasa yang ketiga dalam Lima Fasa Needham iaitu fasa pencetusan idea. Signifikannya penggunaan intervensi ini pada fasa tersebut adalah kerana pada fasa tersebut,

    murid akan membina satu pengetahuan serta konsep baru terlebih dahulu sebelum mereka

    mengaplikasi pengetahuan serta konsep baru tersebut. Intervensi ini membantu murid dalam

    membina sebuah pengetahuan atau konsep asas berkenaan litar bersiri dan litar selari, bersesuaian

    dengan silibus yang terkandung dalam tajuk Elektrik.

    Rajah 3: Kepingan Puzzle Yang

    Disertakan Sekali Dengan Puzzle Board

    Rajah 4: Lampu LED Menyala Menandakan

    Bahawa Puzzle Yang Dibina Betul Dan

    Memberi Isyarat Mengenai Jenis Litar Yang

    Dibina

  • DAPATAN KAJIAN

    Objektif kajian yang terkandung dalam kajian tindakan ini ialah penggunaan Puzzle Board dapat membantu murid tahun 5A3 Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga dalam meningkatkan

    kefahaman mengenai konsep litar bersiri dan litar selari. Bagi mencapai objektif ini, pengkaji

    telah menggunakan instrumen analisis dokumen dan pemerhatian. Analisis dokumen dilakukan

    terhadap dua jenis lembaran kerja yang diberikan. Pengkaji telah menyenaraikan beberapa kriteria

    yang perlu dipenuhi oleh peserta kajian di dalam borang senarai semak yang disediakan. Antara

    kriteria yang dinilai ialah murid dapat mengenal pasti keempat-empat simbol dengan betul dan

    dapat menyatakan jenis litar melalui penulisan dengan betul. Pengkaji memfokuskan kepada

    dapatan kajian bagi peserta kajian 5 (PK5). Bagi lembaran kerja yang pertama, sebelum sesi

    intervensi dijalankan, PK5 dilihat tidak dapat mengenal pasti setiap simbol komponen elektrik

    dan beliau gagal melukis simbol komponen elektrik dengan betul. Selain itu, berdasarkan kepada

    analisis dokumen yang dibuat, pengkaji juga mendapati bahawa beliau tidak dapat melukis

    kembali gambarajah litar dengan menggunakan simbol komponen elektrik dengan betul dan

    kemas. Hal ini terbukti melalui analisis yang dibuat terhadap lembaran kerja kedua yang diberikan

    kepadanya. PK5 juga tidak dapat membezakan dua jenis litar iaitu litar bersiri dan litar selari,

    yang mana beliau dilihat sering kali tertukar dia antara dua jenis litar ini. Namun, setelah

    menjalankan sesi intervensi PK5 mula menunjukkan perubahan yang positif. Hasil analisis

    dokumen yang dilakukan terhadap dua lembaran kerja yang sama menunjukkan perubahan yang

    positif. Bagi lembaran kerja yang pertama, PK5 mampu mengenal pasti keempat-empat simbol

    komponen elektrik yang mana beliau mampu untuk melukis kesemua simbol dengan betul dan

    lukisannya juga dilihat semakin kemas. Manakala bagi lembaran kerja kedua, apabila diberikan

    gambarajah litar dan beliau perlu menterjemahkannya dengan melukis kembali menggunakan

    simbol komponen elektrik, beliau dapat melukisnya dengan betul dan setiap sambungan

    komponen juga adalah betul. PK5 juga mampu untuk menamakan jenis litar yang dilukis dengan

    betul. Beliau sudah tidak lagi tertukar di antara dua jenis litar tersebut. Hal yang sama juga dilihat

    berlaku terhadap peserta kajian yang lain. Peserta kajian yang lain turut menunjukkan peningkatan

    yang hampir sama dengan PK5.

    Instrumen pemerhatian turut digunakan bagi mencapai objektif kajian ini. Pemerhatian dilakukan

    terhadap kemahiran setiap peserta kajian dalam membina litar bersiri dan litar selari berdasarkan

    kepada gambarajah litar yang mengunakan simbol komponen elektrik. Pemerhatian yang

    dilakukan telah disokong dengan penggunaan borang senarai semak kemahiran. Berdasarkan

    kepada analisis yang dibuat, pada sebelum sesi intervensi dijalankan, PK5 tidak mampu untuk

    membina kedua-dua litar terutamanya litar selari. Apa yang dapat diperhatikan ialah PK5 tidak

    menggunakan kesemua komponen elektrik yang diperlukan untuk membina sebuah litar lengkap

    seperti suis. Di samping itu, susunan setiap komponen juga tidak kemas dan hal ini secara tidak

    langsung telah menghalang PK5 daripada membuat pemerhatian terhadap susunan litar bersiri dan

    litar selari. Sehubungan itu, PK5 juga tidak dapat membuat pemerhatian terhadap kecerahan

    mentol. Namun begitu, setelah sesi intervensi dijalankan, PK5 sudah mampu untuk

    menyambungkan kesemua komponen elektrik dengan betul dan kemas. Oleh itu, pemerhatian

    terhadap susunan litar bersiri dan litar selari serta kecerahan mentol dapat dibuat dengan sangat

    jelas. Peserta kajian lain juga dilihat mampu untuk membina kedua-dua jenis litar dengan baik

    dan sekiranya ada di antara mereka yang mengalami kesukaran dalam membina litar, salah

    seorang daripada mereka akan membantu. Hal ini membuktikan bahawa peserta kajian sudah

    mula memahami konsep litar bersiri dan litar selari.

    Selain itu, pengkaji telah menggunakan instrumen ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra dijalankan

    sebelum daripada sesi intervensi dijalankan ke atas kelima-lima peserta kajian. Markah ujian pra

  • menunjukkan kelima-lima peserta kajian memperoleh gred C dengan purata markah sebanyak

    43.8% sahaja. Namun, setelah intervensi dilaksanakan, berlaku perubahan yang

    memberansangkan dalam pencapaian markah peserta kajian iaitu purata markah yang diperolehi

    dalam kalangan lima orang peserta kajian adalah sebanyak 74%. PK5 menunjukkan peningkatan

    markah yang paling ketara iaitu memperolehi peningkatan markah sebanyak 35%. Bagi

    mengetahui dengan lebih lanjut mengenai faktor yang menyumbang kepada berlakunya

    peningkatan markah ini, pengkaji telah membuat analisis dokumen secara terperinci terhadap

    jawapan ujian pra dan pasca yang telah dijawab oleh PK5. Pengkaji mendapati bahawa sebelum

    sesi intervensi dijalankan, PK5 tidak dapat menjawab soalan bahagian struktur dengan betul.

    Selain itu, beliau juga didapati tidak dapat menjawab dengan betul kesemua soalan yang

    berbentuk eksperimen. Sebagai contoh, bagi soalan yang memerlukan PK5 untuk melukis

    kembali gambarajah litar dengan menggunakan simbol komponen elektrik, beliau dilihat seolah-

    oleh melukis kembali gambarajah asal yang diberikan dan ini yang menyebabkan beliau

    kehilangan banyak markah. Tambahan pula, beliau tidak mampu untuk menjawab soalan yang

    berbentuk eksperimen dan pengkaji berpendapat bahawa ianya berpunca daripada kegagalan

    beliau untuk membina litar bersiri dan litar selari semasa di kemahiran membina litar yang

    sebenar. Walau bagaimanapun, setelah sesi intervensi dijalankan, pengkaji mendapati bahawa

    PK5 sudah mampu untuk mendapat markah yang tinggi bagi soalan struktur bahagian B. PK5

    dapat melukis kembali gambarajah litar dengan menggunakan simbol komponen elektrik dan

    dapat menjawab soalan berbentuk eksperimen dengan sangat baik. Faktor ini yang banyak

    menyumbang kepada berlakunya peningkatan markah dalam ujian pasca bagi PK5 dan peserta

    kajian yang lain. Secara keseluruhannya, peningkatan markah dalam ujian pasca bagi kelima-lima

    peserta kajian adalah disebabkan oleh mereka banyak memperoleh markah pada bahagian B.

    Dari segi pemerhatian pula, pengkaji membuat pemerhatian terhadap tingkah laku peserta kajian

    secara keseluruhan pada sebelum dan selepas intervensi diperkenalkan. Apa yang dapat pengkaji

    katakan di sini ialah peserta kajian mula menunjukkan tingkah laku yang lebih positif setelah

    mereka berjaya mendapat markah yang lebih baik dalam ujian pasca. Sebelum intervensi

    dijalankan, PK5 dilihat kurang fokus sepanjang sesi PdP berlangsung. Beliau juga diperhatikan

    kerap bermain dan bersembang dengan rakan yang berhampiran dengannya. Namun begitu,

    setelah intervensi diperkenalkan dan setelah markahnya dalam ujian pasca meningkat berbanding

    markah ujian pra, beliau mula menunjukkan tingkah laku yang positif. PK5 semakin fokus semasa

    sesi PdP, lebih bersemangat dalam menyelesaikan tugasan serta lebih berkeyakinan dalam

    menyiapkan sebarang jenis aktiviti. Perubahan ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan Puzzle Board dapat membantu peserta kajian dalam meningkatkan pencapaian mereka sekaligus dapat meningkatkan tingkah laku yang positif.

  • KESIMPULAN

    Secara keseluruhannya, Puzzle Board dapat membantu murid dalam meningkatkan kefahaman mereka terhadap konsep litar bersiri dan litar selari, sekaligus membantu meningkatkan

    pencapaian mereka terutamanya dalam tajuk Elektrik. Puzzle Board merupakan sebuah papan elektronik interaktif yang membolehkan peserta kajian membina serta melengkapkan kepingan

    puzzle yang mengandungi beberapa contoh berkenaan jenis litar bersiri dan litar selari. Intervensi

    ini secara tidak langsung telah memberikan peluang kepada peserta kajian untuk membina sebuah

    pengalaman belajar yang spesifik, iaitu bermula dengan contoh-contoh jenis litar bersiri dan litar

    selari. Contoh-contoh yang mereka perolehi ini kemudiannya akan dikembangkan sehingga

    membentuk idea atau konsep umum berkenaan litar bersiri dan litar selari. Pembelajaran secara

    induktif akan dapat membantu murid terutamanya peserta kajian dalam membina konsep Sains

    yang sebenar. Apabila peserta kajian dapat membina konsep Sains yang sebenar, maka sudah

    pasti mereka akan dapat memahami konsep litar bersiri dan litar selari tanpa berlaku sebarang

    miskonsepsi. Di samping itu, pengkaji percaya bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang

    mempunyai elemen visual didalamnya akan dapat membantu menggalakkan lagi pembelajaran

    murid-murid. Puzzle Board telahpun direka dengan mengintegrasikan unsur atau elemen visual didalamnya iaitu gambarajah litar bersiri dan litar selari dengan menggunakan simbol komponen

    elektrik. Penggunaan bahan bantu mengajar visual dilihat sangat membantu dalam meningkatkan

    lagi kefahaman murid mengenai sesuatu konsep Sains terutamanya bagi tajuk Elektrik. Hal ini

    selari dengan teori kecerdasan pelbagai yang telah dipelopori oleh Howard Gardner.

    Puzzle Board merupakan intervensi yang menggabungjalinkan unsur bermain dalam belajar melalui penggunaan puzzle. Penggunaan kaedah bermain sambil belajar dapat meningkatkan

    pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains. Selain itu, berdasarkan kepada hasil dapatan

    pemerhatian tingkah laku yang dibuat oleh pengkaji mendapati bahawa apabila berlakunya

    peningkatan dalam markah ujian pasca, peserta kajian menunjukkan perubahan tingkah laku yang

    positif. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya menunjukkan peserta kajian

    semakin bersemangat untuk belajar, semakin fokus semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

    berlangsung serta semakin aktif melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

    Sekiranya diperhatikan dari segi kekuatan yang ada pada intervensi ini ialah ianya dapat menarik

    minat murid untuk menggunakannya memandangkan ianya mempunyai visual yang menarik dan

    penggunaan lampu LED yang turut menarik minat murid. Selain itu, isi pelajaran juga dapat

    disampaikan dengan mudah, kreatif dan menarik. Puzzle Board juga dapat membantu meningkatkan kefahaman dan pencapaian murid bagi tajuk Elektrik. Walau bagaimanapun,

    terdapat beberapa kekurangan pada intervensi ini, iaitu dari segi kualiti kepingan puzzle.

    Kepingan puzzle dibina daripada Styrofoam dan ianya perlu dikendalikan dengan berhati-hati

    supaya tidak mudah patah. Selain itu, intervensi ini juga perlukan penyelenggaraan berkala kerana

    ianya menggunakan bateri. Bateri perlu diganti apabila kehabisan kuasanya. Namun begitu, masih

    ada beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi meningkatkan lagi keberkesanan

    intervensi ini. Antaranya ialah meningkatkan triangulasi data, mengaplikasikan penggunaan

    intervensi ini dalam tajuk lain, dan intervensi ini dihasilkan dalam bentuk yang lebih interaktif

    dengan memasukkan unsur TMK.

  • RUJUKAN

    Azizi Yahya, S. H. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan . Kuala Lumpur : PTS

    Professional Publishing Sdn. Bhd.

    Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.

    (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional

    Malaysia Berhad.

    Edinin, R. (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind

    Horizons Sdn. Bhd.

    Fariz, N. M. (2006). Persepsi Guru Pelatih Tahun 5 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

    (Awam/ Elektrik/ Jentera) Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Bagi

    Matapelajaran Lukisan Kejuruteraan Di Sekolah . UTM: Tesis Sarjana Muda.

    Gardner, H. (1983). Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences. New York: Basic

    Book.

    Ing, C. S. (2012). Penggunaan Kaedah Penyelesaian Masalah Berdasarkan Eksperimen Untuk

    Membantu Murid Tahun Lima Memahami Tajuk Litar Bersiri dan Selari. Koleksi Artikel

    Penyelidikan Tindakan PISMP SN Amb. Januari 2009, 239-253.

    Jantan, R. (2011). Meningkatkan Kemahiran Murid Untuk Mengira Kuasa Elektrik Dengan

    Menggunakan Gambarajah Piramid. Melaka.

    Keow, C. L. (2009). Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

    McTaggart, K. &. (1988). Dalam Bahagian Perancangan dan Pengkajian Dasar Pendidikan. In

    Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: BPPDP, KPM.

    Noor, M. N. (10 Mac 2013). Minat Pelajar Terhadap Sains Perlu Ditingkat. Utusan Malaysia.

    Noriati A. Rashid, B. P. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar

    Sdn. Bhd.

    Ong Sze Chong, Z. M. (2013). Faktor Jantina, Kaum, Aliran Kelas dan Hubungannya Dengan

    Kecerdasan Emosi Murid Dalam Mempelajari Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa

    Melayu, 12-23.

    Sang, M. S. (1991). Pedagogi 2: Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Mikro . Kuala Lumpur:

    Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

    Subahir, H. S. (n.d.). Teknik BERMADU: Satu Kaedah Meningkatkan Penguasaan Subtopik

    Hukum Ohm dan Hukum Voltan Kirchoff Dalam Kalangan Murid 5 Kejuruteraan

    Elektrik 1. Johor: Tesis: Kajian Tindakan Tidak Diterbitkan.

    Zalizan Mohd Jelas, S. R. (2005). Prestasi Akademik Mengikut Gender. Jurnal Pendidikan 30,

    93-111.

    Nor Azeanie Che Azmi. (2010). Kajian Terhadap Faktor Yang Mempengaruhi Tahap Pendidikan

    Masyarakat . Tesis tidak diterbitkan, Universiti Perguruan Sultan Idris, Perak, Malaysia.

  • Hajah Noresah Baharom. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    dan Pustaka.

    Christopher Lu Wei Wang. (2012). Kesan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Visual Dalam

    Pengajaran Subjek Sains Tahun 3. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012,

    87-101.

    Mohd Arif Azam. (2013). Meningkatkan Kefahaman Responden Bagi Tajuk Elektrik Dengan

    Menggunakan KERIS Bagi Tahun 5 Arif. Tesis tidak diterbitkan, IPG Kampus Dato'

    Razali Ismail, Terengganu, Malaysia.