Masalah Nyanyian Dalam Kelas

9
Masalah Nyanyian Dalam Kelas Berdasarkan jurnal penyelidikan dalam pendidikan awal kanak- kanak yang dilakukan oleh Jinyoung Kim di Kolej Staten Island, City University of New York, yang membincangkan mengenai kesesuaian pic, julat nada, dan kesesuaian penggunaan nada untuk kanak-kanak, beliau menyatakan bahawa muzik sering dianggap sebagai salah satu daripada komponen kurikulum yang penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Walau bagaimanapun, para penyelidik dalam bidang ini menyatakan bahawa kajian tentang perkembangan muzikal kanak-kanak tidak dapat di evaluasi seperti pelbagai kajian-kajian lain yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak. Hal ini disebabkan hasil yang dikemukakan oleh beberapa orangpenyelidik yang menyatakan bahawa muzik tidak mempengaruhi pertumbuhan kanak-kanak. Artikel ini akan mengenalpasti mengenai penetelitian dalam penyesuaian pic dan lingkungan vokal yang boleh digunakan. Hal ini demikian berikutan kedudukan bidanag ini sebagai salah satu bidang atau satu aspek yang penting dalam perkembangan muzik memandangkan aktiviti menyanyi merupakan salah satu aktiviti rutin yang penting dalam pendidikan awal kanak- kanak.Antara masalah-masalah yang sering dihadapi oleh guru sewaktu persembahan nyanyian sama ada kumpulan atau pun individu adalah pic yang tidak tepat dimana masalah pic yang tidak tepat biasanya berkait rapat dengan pendengaran pelajar. Pelajar didapati tidak memberi tumpuan sepenuhnya kepada ketepatan bunyi yang dihasilkan dari nyanyian mereka. Ia

description

Nyanyian

Transcript of Masalah Nyanyian Dalam Kelas

Masalah Nyanyian Dalam Kelas

Berdasarkan jurnal penyelidikan dalam pendidikan awal kanak-kanak yang dilakukan oleh Jinyoung Kim di Kolej Staten Island, City University of New York, yang membincangkan mengenai kesesuaian pic, julat nada, dan kesesuaian penggunaan nada untuk kanak-kanak, beliau menyatakan bahawa muzik sering dianggap sebagai salah satu daripada komponen kurikulum yang penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Walau bagaimanapun, para penyelidik dalam bidang ini menyatakan bahawa kajian tentang perkembangan muzikal kanak-kanak tidak dapat di evaluasi seperti pelbagai kajian-kajian lain yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak. Hal ini disebabkan hasil yang dikemukakan oleh beberapa orangpenyelidik yang menyatakan bahawa muzik tidak mempengaruhi pertumbuhan kanak-kanak.

Artikel ini akan mengenalpasti mengenai penetelitian dalam penyesuaian pic dan lingkungan vokal yang boleh digunakan. Hal ini demikian berikutan kedudukan bidanag ini sebagai salah satu bidang atau satu aspek yang penting dalam perkembangan muzik memandangkan aktiviti menyanyi merupakan salah satu aktiviti rutin yang penting dalam pendidikan awal kanak-kanak.Antara masalah-masalah yang sering dihadapi oleh guru sewaktu persembahan nyanyian sama ada kumpulan atau pun individu adalah pic yang tidak tepat dimana masalah pic yang tidak tepat biasanya berkait rapat dengan pendengaran pelajar. Pelajar didapati tidak memberi tumpuan sepenuhnya kepada ketepatan bunyi yang dihasilkan dari nyanyian mereka. Ia berlaku apabila pelajar menghadapi masalah seperti kebolehan menyanyi yang baik, kelemahan membaca notasi muzik serta faktor persekitaran yang sering menganggu para pelajar.

Hearing is an involuntary physical act that happens through our primary senseorgan when sound waves impinge upon the ear. Everyone with healthy ears canhear. Listening takes cultivation and evolves through one's lifetime. (PaulineOliveros, 2001).

Berdasarkan penyataan diatas dapat kita lihat bahawa latihan pendengaran merupakan latihan yang paling penting apabila mempelajari muzik kerana ia dapat menerangkan dengan jelas terhadap konsep untuk mendapatkan pic yang tepat. Konsep ini perlu difahami oleh semua murid. Kematangan pendengaran perlu dipertingkatkan dan diperkembangkan dari masa ke masa dan ia hanya dapat dicapai melalui latihan yang berterusan serta komitmen yang tinggi. Kemahiran pendengaran yang kurang baik sudah pasti akan membebankan pelajar untuk memahami dan menguasai kemahiran nyanyian. Pelajar tidak akan dapat mengetahui sama ada mereka telah menyanyi dengan betul atau salah. Jika ini berlaku, sudah pasti mereka tidak dapat menikmati apatah lagi menghayati lagu yang dinyanyikan. Kesilapan membuat anggaran kelajuan, tekanan dan jumlah udara inilah merupakan antara punca yang menyebabkan pic berubah dan akan memberi kesan yang ketara pada pic, harmoni, dan sebagainya. Kesimpulannya, kesemua faktor ini diakibatkan oleh kelemahan pendengaran yang membawa kepada kelemahan untuk melakukan perkiraan yang tepat untuk menghasilkan pic yang tepat.

Masalah seterusnya adalah intonasi dan kualiti ton yang kurang baik. Ini menyebabkan bunyi yang dihasilkan tidak tepat. Pic yang dihasilkan mungkin berbunyi sedikit rendah atau tinggi. Jika ini berlaku maka bunyi yang dihasilkan akan menyebabkan berlakunya masalah intonasi. Masalah ini juga boleh berlaku sekiranya ton yang dihasilkan oleh alat vokal itu tidak mencerminkan ton yang sewajarnya. Tambahan lagi kualiti ton yang dihasilkan oleh seseorang penyanyi memberi kesan pada lagu yang dimainkan. Terdapat pelajar-pelajar yang tidak dapat menghasilkan ton yang berkualiti seperti menyanyi terlalu kuat dalam ensembel atau sering menyanyi di luar piawaian pic atau sumbang, ton yang kasar dan keras.

Selain daripada itu, masalah dinamik dimana ketepatan dinamik adalah sesuatu yang subjektif dalam persembahan nyanyian. Aras dinamik tidak boleh dikurangkan pada sesuatu ukuran desibel (kekuatan bunyi) kerana ianya berkaitan dengan kebolehan menginterpretasi skor, kemahuan jurulatih dan mood sesuatu lagu. Selalunya masalah yang timbul kerana penyanyi tidak dapat merasai kekuatan sebenarnya sesuatu dinamik seperti piano (p) atau forte (f). Semuanya ditentukan oleh berbagai aspek seperti, register, stail, pencipta, zaman, kawalan bunyi daripada penyanyi, kehendak konduktor dan citarasa seseorang. Kegagalan penyanyi mengamati tanda dinamik yang ditulis akan memberi kesan pada bunyi atau kemerduan sesuatu lagu dan sudah pasti kekurangan warna atau kecantikan kepada lagu yang dipersembahkan. Masalah ekspresi sering berlaku kepada pelajar yang kurang pengalaman muzik dan kurang diberi pendedahan oleh jurulatih mengenai kehendak atau karektor nyanyian yang ingin dihasilkan. Mereka gagal menterjemahkan karektor-karektor yang ditulis dalam skor kepada bunyi yang bermakna seperti mood lagu, kualiti ton, ketepatan irama, keseimbangan, intonasi, dinamik, frasa lagu dan berbagai aspek estetika yang terkandung didalam lagu tersebut. (Middleton, James, et. all,1998 )

Masalah pengfrasaan juga sering berlaku dalam nyanyian. Pengfrasaan biasanya ditandakan dengan satu garisan yang menunjukkan pengfrasaan tersebut. Bahagian ini perlu dimainkan dengan licin tanpa putus. Untuk mengelak daripada kesan terputus, maka ia dimainkan dengan satu pernafasan bagi satu frasa. Namun demikian, permasalahan ini timbul apabila skor lagu tidak dilengkapi dengan tanda frasa. Jika tanda frasa tidak dilengkapkan maka guru perlu meletakan tanda frasa tersebut. Ada kalanya permasalahan ini timbul disebabkan oleh kecuaian guru dan pelajar mengesan frasa lagu. Oleh itu, proses penganalisisan perlu dilaksanakan dan guru perlu menandakan pengfrasaan yang sesuai. Ini merupakan satu keperluan bagi mengelak daripada berlakunya masalah pengfrasaan. Pengfrasaan juga berkait rapat dengan tempat pernafasan iaitu tempat di mana pemuzik alat tiupan mengambil kesempatan untuk mengambil nafas sebelum memulakan permainan mereka. Pengfrasaan yang tidak betul akan memberi kesan terhadap persembahan keseluruhan. Persembahan akan kedengaran seperti terputus-putusdan tidak lancar. Sedikit sebanyak ia akan mengganggu konsentrasi para pemuzik dan menyebabkan pemuzik hilang konsentrasi serta tidak dapat mengeluarkan ekspresi yang terbaik pada persembahan. Harmoni juga merupakan salah satu masalah yang sering terjadi dalam persembahan ensemble. Kebanyakan pelajar kurang memahami harmoni dan peranan atau karektor bagi setiap alat untuk menghasilkan pic yang tepat, keseimbangan dan harmoni yang bermutu. Terdapat juga pelajar yang tidak memahami keseimbangan di antara melodi, kaunter melodi dan pergerakan kord dalam lagu. Masalah ini dapat diatasi dengan berbagai kaedah dan latihan yang perlu diberi kepada pelajar agar mereka dapat meningkatkan kemahiran mendengar dan memahami pergerakan harmonik yang terdapat dalam lagu.

Setiap masalah yang timbul pasti mempunyai jalan penyelesaian. Bagi mengatasi masalah kekangan masa, guru ataupun pengarah muzik boleh menyediakan prosedur latihan yang lebih jelas dengan menyediakan satu jadual terperinci berkaitan dengan prosedur dalam latihan. Prosedur yang disediakan secara teliti dapat membantu mereka dalam menyediakan rancangan mengajar dan melatih dengan lebih baik dan berkesan. Perancangan yang baik ini akan membantu dalam menyediakan segala keperluan termasuklah bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan dalam menyampaikan pengajaran. Ini dapat menjimatkan masa yang banyak sekali gus mengelakkan daripada timbulnya pelbagai masalah kelak.

Seterusnya, masalah corak irama juga dapat dikurangkan jika guru menjadikan latihan corak irama sebagai salah satu aktiviti wajib semasa warmup. Perkenalkan beberapa corak irama pada setiap kali latihan yang dijalankan. Ia perlu diperkenalkan mengikut urutan serta tahap pelajar iaitu daripada mudah kepada tahap yang lebih mencabar. Terdapat pelbagai bahan seperti buku dan skor latihan telah diterbitkan untuk tujuan tersebut. Ia juga boleh didapati menerusi laman web yang boleh diterokai menerusi Internet. Latihan ini telah disediakan mengikut tahap-tahap tertentu oleh golongan profesional. Guru juga boleh menganalisa nilai bagi corak irama tersebut agar pelajar faham dari segi teorinya. Perkenalkan corak irama bahagian demi bahagian. Misalnya bar demi bar dengan menggunakan tempo yang lambat dan lajukan tempo apabila kemajuan telah dicapai. Proses ini perlu diulang sehingga pelajar dapat menguasainya secara praktikal. Cara penyelesaiannya lain ialah corak irama ditulis pada papan hitam dan dibahagikan kepada quarter note kepada empat bahagian yang sama. Kemudian bilang dengan tempo yang lambat setiap bahagian. Jurulatih perlu membimbing pelajar supaya menepuk irama denganbetul.

Selain itu, penggunaan audio visual mampu membantu pelajar bermain dengan ton yang baik. Kaedah ini memerlukan kepada beberapa arahan yang perlu dipatuhi oleh setiap pelajar. Oleh itu, ia perlu dimulakan dengan member arahan atau panduan kepada pelajar. Arahan dan panduan guru perlu jelas serta mudah difahami. Ini penting agar pelajar tahu apa yang harus didengar dan diperhatikan. Pelajar perlu diminta untuk membuat komen terhadap persembahan tersebut sebaik sahaja persembahan tamat. Bagi mengatasi masalah berkaitan sinkopasi pula, satu kaedah yang digunakan untuk mendapat ketepatan irama sinkopasi ialah melatih pelajar menyanyi dan menepuk irama pada keratan-keratan irama yang terdapat sinkopasi. Selain itu, pelajar perlu menanda downbeats dengan pensel pada skor. Cara ini dapat membantu pelajar jika mereka menghadapi masalah percampuran not dan tanda rehat. Menconteng skor dengan berbagai tanda adalah penting dan berkesan untuk mengingatkan pelajar mengenai berbagai aspek yang terdapat dalam skor seperti pertukaran dinamik, artikulasi dan tempat yang sesuai untuk menarik nafas. Ianya membantu pelajar mencapai tahap ketepatan irama yang diperlukan dalam skor.

Pic yang tidak tepat sememangnya suatu masalah yang agak rumit sekiranya tidak diatasi dengan baik. Untuk mengatasinya, dicadangkan agar latihan pendengaran dijadikan latihan wajib bagi setiap sesi latihan. Latihan ini akan memberi fokus kepada ketepatan pic. Latihan ini juga boleh diperkukuhkan semasa melakukan warm-up.

Memberi arahan semasa permainan ensembel bertujuan untuk memperbaiki persembahan terutamanya dari segi keseimbangan bunyi, mula dan akhir, frasa, dinamik, artikulasi dan sebagainya. Terdapat dua kaedah yang digunakan semasa latihan nyanyian. Kaedah pertama memberi arahan dengan menggunakan suara. Kaedah kedua ialah memberi arahan menerusi gerak badan dan tangan dengan disertakan ekspresi wajah. Kaedah ini sememangnya berkesan jika pelajar telah dilatih dengan betul. Ia memerlukan latihan yang berterusan sehingga ia menjadi satu kebiasaan bagi semua murid.

Ekspresi juga merupakan salah satu elemen yang harus diberi perhatian di dalam nyanyian. Konduktor perlu memainkan peranan yang penting untuk membantu penyanyi menyanyi dengan ekspresi. Ia dapat dilakukan dengan menggunakan gerakan badan dan melakonkan ekspresi wajah mengikut ekspresi yang diinginkan. Konduktor perlu memberi penerangan mengenai bagaimana dan kenapa ekpresi sangat penting semasa persembahan. Demonstrasi adalah cara yang paling berkesan untuk membantu pelajar mendapat ekpresi yang betul. Penerangan secara lisan perlu diberi dengan jelas, tepat dan mudah difahami. Jurulatih perlu menerangkan secara teliti apa yang perlu dilakukan untuk menghasilkan bunyi yang ekpresif.

Selain itu, untuk mengelakkan masalah-masalah sampingan berkaitan kumpulan penyanyi yang akan dibentuk di sekolah, uji bakat perlu dilaksanakan. Uji bakat adalah bertujuan mendapatkan ahli-ahli yang benar-benar mempunyai potensi dan kemampuan dalam nyanyian. Dalam hal ini, kita sebagai guru muzik perlu tahu berapa bilangan ahli koir atau pemuzik yang diperlukan. Jumlah ahli akan mempengaruhi bunyi keseluruhan yang dihasilkan nanti. Ini memudahkan proses keseimbangan bunyi. Melalui uji bakat juga kita dapat memilih ahli yang betul-betul berdisiplin dan komited terhadap tanggungjawab dan peranan masing-masing.