Masalah Penglihatan -...

59
Mohd. Hafiz Baharom dan Sulaiman Mohd. Rizlan (2009) menyatakan setiap orang menggunakan penglihatan untuk aktiviti pengurusan diri, mengenali sesuatu seperti orang dan objek dan sebagainya. Mata juga digunakan untuk belajar, mengendalikan kemahiran motor dan tingkah laku sosial. Tanpa penglihatan kita akan mempunyai masalah dalam kehidupan dan memerlukan bantuan orang lain untuk membantu dalam pergerakan seharian. Penglihatan merupakan deria yang amat penting untuk perkembangan kepada kanak-kanak kerana 80 peratus daripada yang dipelajari oleh kanak-kanak adalah melalui penglihatan. Kecacatan penglihatan boleh terjadi pada pelbagai peringkat usia dengan tahap gangguan yang berbeza-beza. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh Masalah Penglihatan

Transcript of Masalah Penglihatan -...

Page 1: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• Mohd. Hafiz Baharom dan Sulaiman Mohd. Rizlan (2009) menyatakan setiap orang menggunakan penglihatan untuk aktiviti pengurusan diri, mengenali sesuatu seperti orang dan objek dan sebagainya.

• Mata juga digunakan untuk belajar, mengendalikan kemahiran motor dan tingkah laku sosial. Tanpa penglihatan kita akan mempunyai masalah dalam kehidupan dan memerlukan bantuan orang lain untuk membantu dalam pergerakan seharian.

• Penglihatan merupakan deria yang amat penting untuk perkembangan kepada kanak-kanak kerana 80 peratus daripada yang dipelajari oleh kanak-kanak adalah melalui penglihatan. Kecacatan penglihatan boleh terjadi pada pelbagai peringkat usia dengan tahap gangguan yang berbeza-beza.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Masalah Penglihatan

Page 2: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

Masalah Penglihatan

• Kanak-kanak yang diketegorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan menganggu pembelajaran.

• Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan berkemungkinan mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta.

• Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa.

• Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 3: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta tidak dapat menggunakan penglihatan untuk pembelajaran. Mereka bergantung kepada pendengaran dan sentuhan. Kanak-kanak ini pada kebiasaan mempunyai kecerdasan yang normal seperti kanak-kanak lain dan boleh belajar seperti biasa jika kemudahan serta perkhidmatan sokongan disediakan untuk mereka.

• Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengaran dan perkembangan psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak terjejas daripada segi neuron tetapi dipengaruhi oleh pergerakan mereka yang terhad. Mereka tidak boleh meneroka persekitaran seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini juga boleh memberi kesan ke atas perkembangan personaliti.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 4: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• Kanak-kanak ini mungkin mempunyai konsep kendiri yang rendah dan perhatian lebih yang diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan kepada guru atau rakan untuk sentiasa membimbing mereka.

• Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad dalam dunia visual memberi kesan kepada perkembangan bahasa.

• Misalnya, seseorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai contoh untuk perkataan “bulat” menghuraikannya dengan jelas jika dibanding dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 5: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• Seseorang guru boleh mengesan mereka yang berpontensi mengalami masalah penglihatan melalui simptom-simptom yang ditunjukkan pada kanak-kanak ini.

• Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya akan mengerutkan mata atau menutup sebelah mata untuk tujuan penglihatan.

• Selain itu mereka juga asyik menggosok mata tanpa sebab dan menyebabkan mata merah dan bengkak.

• Kanak-kanak juga sering mengadu pening kepala atau loya.

• Apabila membaca kanak-kanak akan memegang buku terlalu dekat atau terlalu jauh untuk mengimbangkan penglihatan mereka.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 6: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

Implikasi Kepada Pengjaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah

• Guru boleh menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz yang besar dan sesuai ataupun bahan audio untuk membantu pembelajaran.

• Sediakan bahan bacaan yang jelas, misalnya hurufnya mempunyai perbezaan warna yang ketara dengan latar belakang kertas yang terlalu banyak perkataan atau ayat dalam satu muka surat.

• Semasa tulis di papan putih guru boleh menyebut secara lisan bahan yang tulis untuk kemudahan kanak-kanak ini. Pengalaman kanak-kanak ini telah diperluaskan dengan memberi mereka aktiviti “hands-on”.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 7: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• Guru juga perlu memberi perhatian kepada susunan bilik darjah dan pastikan kedudukan kanak-kanak tersebut berhampiran dengan papan.

• Susunan bilik darjah seharusnya memudahkan pergerakan kanak-kanak di sekitar bilik darjah dan memberi mereka akses yang mudah berada dalam bahan-bahan pembelajaran.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 8: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

Masalah Pendengaran

• Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu separa pekak dan pekak.

• Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan secara audio.

• Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak perlu menerima pendidikan menggunakan teori lain seperti penglihatan.

• Tahap kehilangan keupayaan mendengar diukur dengan audiometer dalam unit decibel.

• Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 10 decibel.

• Mereka yang tergolong sebagai separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan mendengar antara 20 hingga 60 decibel.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 9: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• Masalah pendengaran terdiri daripada beberapa tahap dan ada yang dapat dikenal pasti apabila kanak-kanak tersebut telah berumur beberapa tahun.

• Seseorang guru peka kepada petanda masalah ini menunjukkan symptom seperti kerap meminta orang mengulang apa yang telah disebut.

• Mereka juga menghadapi kesukaran untuk mengikut arahan dan salah faham kerap berlaku.

• Pertuturan kanak-kanak ini tidak lancar kerana mereka sering salah sebutan dan mempunyai nada suara yang lebih tinggi atau rendah dan memusingkan kepala untuk mendengar.

• Masalah pendengaran menjejaskan komunikasi dan juga pembelajaran individu.

• Ketidakupayaan berkomunikasai ini memberi kesan kepada perkembangan sosial, emosi , bahasa dan kognitif individu tersebut.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 10: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah

• Kanak-kanak bermasalah perdengaran perlu mendapat latihan awal yang baik di sekolah-sekolah khas untuk kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak normal yang lain.

• Guru-guru diingatkan supaya bercakap dengan jelas dan jangan membelakangkan kanak-kanak ini semasa memberi arahan atau mengajar.

• Kanak-kanak ini boleh ditempatkan di baris hadapan kelas untuk memudahkan mereka melihat wajah guru.

• Elakkan daripada menjerit atau meninggikan suara. Sebarang lisan boleh diikuti dengan illustrasi grafik atau visual untuk memudahkan kefahaman murid.

• Sediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh bunyi bising atau gangguan bunyi lain.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 11: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara efektif untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak ini, Guru perlu dilatih dan didedahkan kepada cara menggunakan jari tangan untuk mengeja.

• Tetapi hari ini komunikasi secara keseluruhan digalakkan di mana ia melibatkan pertuturan, pembacaan, bahasa isyarat dan bahasa badan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 12: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

Masalah Pertuturan

• Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat iaitu masalah sebutan, masalah gagap, masalah suara, masalah bahasa.

• Masalah sebutan ialah kecenderungan meninggalkan suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan, misalnya perkataan “saya” menjadi “caya”.

• Kanak-kanak pada kebiasanya akan melalui fasa ini dalam tempoh perkembangan mereka.

• Ia biasanya tidak dipandang serius namun jika masalah ini berlanjutan ia perlu diberi perhatian.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 13: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• Gagap merupakan ganguan terhadap kelancaran percakapan. Aliran pertuturan terganggu di mana seseorang itu mungkin mengulang, memberhenti seketika atau mencelah dengan suku kata atau perkataan.

• Gagap kerap berlaku apabila individu tersebut teruja dan ingin menyatakan sesuatu dengan kadar yang cepat.

• Masalah suara berkaitan dengan kualiti suara seseorang. Ia mungkin terlalu lantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada yang tinggi atau rendah atau nada yang sama dan tidak berubah.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 14: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• Masalah bahasa berkaitan dengan sistem saraf pusat. Menurut Myklebust (1971) masalah ini mengganggu kefahaman atau penngunaan perkataan.

• Istilah yang digunakan ialah aphasia. Ia bermakna seseorang menghadapi kesukaran mentafsir bahasa dalam sesuatu perbualan.

• Ia juga melibatkan kesukaran dalam menggunakan perkataan yang sesuai semasa komunikasi.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 15: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• Masalah perkataan seperti masalah sebutan, gagap dan suara boleh menimbulkan rasa malu dan menyebabkan kanak-kanak tersebut merasa tidak selesa dalam situasi sosial.

• Ia mungkin tidak mengganggu pembelajaran seperti mana masalah bahasa.

• Masalah bahasa memberi kesan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 16: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah

• Kanak-kanak ini perlu diberi masa yang mencukupi untuk memberi respon.

• Mereka boleh digalakkan memberi respon secara bertulis.

• Selain itu, guru boleh menggunakan pendekatan yang melibatkan penggunaan pelbagai deria.

• Guru juga boleh membantu kanak-kanak dengan menjadi model yang sesuai, misalnya mengulang perkataan secara jelas dan perlahan, ayau menggunakan alat audio.

• Kanak-kanak yang menghadapi masalah sebutan atau gagap boleh dibantu melalui terapi.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 17: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

Masalah Pembelajaran

• Masalah pembelajaran diandai sebagai masalah neurologi.

• Ia tidak berkaitan dengan IQ seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap normal.

• Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran sering ditafsir sebagai malas, tidak memberi perhatian atau tidak berminat.

• Mereka mungkin menunjukkan sikap yang tidak matang, sukar memberi tumpuan dan mudah lupa.

• Oleh kerana mereka menunjukkan cirri-ciri yang sama seperti kecacatan yang lain, masalah mereka sukar dikenalpasti dan sering disalahtafsir.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 18: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat.

• Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa, sama ada lisan atau bertulis.

• Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir,bertutur, membaca, menulis,megeja ataupun mengira.

• Selain itu, masalah ini mungkin disebabkan oleh aphasia. Ia mengakibatkan kadar pembelajaran murid tersebut berbeza dengan murid yang tidak menghadapi masalah tersebut.

• Namun, masalah ini juga sering dikaitkan dengan masalah tingkah laku dan emosi.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 19: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• Antara masalah yang dikaitkan dengan masalah pembelajaran termasuk masalah pembelajaran akademik, masalah bahasa, ingatan, sosio-emosi, kemahiran motor dan koordinasi, metakognitif, kurang memberi perhatian dan hiperaktiviti.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 20: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

Masalah Pembelajaran

Akademik

Ciri-ciri

Membaca Banyak kesilapan semasa membaca

dengan kuat, kerap mengulang atau

berhenti.

Menterbalikkan perkataan misalnya ‘b’ dan

‘d’, ‘21’ dan ‘12’ atau ‘on’ dan ‘no’.

Sebutan yang tidak betul atau

menggunakan perkataan yang salah

yang bunyinya sama.

Pembelajaran bahasa lewat dan mungkin

mempunyai perbendaharaan kata yang

terhad.

Kesukaran dalam mengenalpasti idea

utama dari bahan bacaan, mengingati

fakta asas dan peristiwa dalam aturan

yang betul serta membuat kesimpulan

dan analisis bahan yang telah dibaca.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 21: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

Menulis Tulisan yang tidak kemas dan cara pegang

pensil yang janggal.

Ejaan

Kesukaran menjelaskan idea melalui

penulisan.

Tidak dapat memikirkan perkataan yang

sesuai dalam penulisan.

Mengira Keliru dengan simbol Matematik dan salah

baca nombor.

Kesukaran mengingati fakta Matematik

Kesukaran dalam kiraan

Menukar aturan nombor

Masalah Pembelajaran

Akademik

Ciri-ciri

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 22: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

Disleksia

• Merupakan masalah pebelajaran yang berkaitan dengan bahasa, membaca dan ia merangkumi mengeja, menulis dan menyebut.

• Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini biasanya membaca dengan perlahan kurang tepat, lemah dalam ejaan dan tulisan serta mencampur-aduk perkataan yang berbunyi sama.

• Mereka juga mempunyai kurang kesedaran dan minat terhadap buku.

• Menurut kajian, masalah ini diwarisi dan mungkin kelihatan pada beberapa anggota keluarga yang sama.

• Kajian juga menunjukkan masalah disleksia berlaku empat kali lebih kerap terdapat pada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan ( Stoppard, 1997.)

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 23: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD

• Kanak-kanak Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD tidak dapat mengekalkan perhatian dan mudah mengalih perhatiannya, sukar menyiapkan satu tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan.

• Kanak-kanak ini juga bersikap impulsif dan sering menggangu perbualan, aktiviti atau menyatakan sesuatu tanpa berfikir.

• Sifat hiperaktif dan pergerakkan fizikal yang keterlaluan juga merupakan ciri-ciri kanak-kanak ADHD.

• Punca masalah ADHD ialah kekurangan neurotransmiter yang spesifik iaitu noreprinephrine dan dopa atau dopamine dalam sel litar otak.

• Pada hari ini, ADD/ADHD boleh dikawal dengan pengaruh dadah tetapi tahap tumpuan mereka masih tidak sama dengan kanak-kanak yang tidak mempunyai ADD/ADHD (Barbaresi & others, 2006: Tucha & others, 2006).

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 24: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• Namun penggunaan dadah tidak berkesan bagi semua kanak-kanak ADD/ADHD dan kesan jangka panjang dadah ini masih tidak dketahui.

• David Nylund (Woolfolk A & Margetts K, 2007) mencadangkan satu bentuk terapi di mana kanak-kanak tersebut menggunakan kekuatan dalam dirinya untuk mengawal masalah tersebut.

• Nylund cuba memberi perspektif baru kepada ADHD, bahawa kesukaran boleh dikawal dan semua sifat yang menghalang pembelajaran sebagai faktor yang boleh diasingkan daripada kanak-kanak tersebut.

• Beliau mencadangkan guru menggunakan masa yang singkat semasa kanak-kanak dapat memberi perhatian untuk menguasai diri dan tingkah laku mereka.

• Tetapi bukan semua kanak-kanak yang hiperaktif atau kurang memberi penumpuan ialah ADD/ADHD. Pengesahan masalah ini perlu dibuat oleh pakar.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 25: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah

• Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi penumpuan, guru boleh menempatkan mereka di sudut yang senyap dan kurang aktivti yang boleh mengalihkan perhatian mereka.

• Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini seeloknya berhampiran tempat duduk guru.

• Ini akan memberi peluang kepada guru untuk menegur dan memberi motivasi kepada murid-murid ADHD.

• Guru juga boleh menggunakan prinsip peneguran di mana kanak-kanak ini diberi peneguran positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 26: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• Peraturan dan prosedur dalam bilik darjah mesti dinyatakan dan dipaparkan dengan jelas.

• Guru perlu memastikan murid faham peraturan tersebut.

• Objektif pembelajaran juga harus dinyatakan dengan eksplisit dan murid diberi maklum balas dengan segera.

• Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dan diulang.

• Beri peluang kepada murid hiperaktif ini untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang aktif.

• Beri tugasan yang ringkas.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 27: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

Masalah Tingkah Laku

• Masalah tingkah laku di kalangan kanak-kanak adalah perkara biasa.

• Namun, kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku kurang sesuai pada tahap serius dan berterusan akan mengakibatkan konflik sosial, tidak bahagia dan kegagalan di sekolah.

• Tingkah laku yang dikaitkan dengan masalah ini termasuk agresif, kesukaran membentuk perhubungan sosial, menunjukkan tingkah laku sosial yang tidak boleh diterima masyarakat, hiperaktif, menipu, mencuri, masalah pembelajaran dan kebimbangan.

• Ia boleh diklasifikasikan kepada masalah tingkah laku dalaman dan masalah tingkah laku luaran.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 28: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

Tingkah Laku Masalah

Dalaman

Tingkah Laku Masalah

Luaran

Kebimbangan, perasaan takut Mengingkar

Sedih, murung Menentang

Bersikap apatetik (tidak

memperdulikan)

Agresif

Suka menyendiri, penarikan diri Argumentatif (suka berhujah)

Kecenderungan menyalahi diri

sendiri, perasaan serba salah

Tidak mempercayai,

kecenderungan

menyalahkan orang lain.

Perasaan rendah diri Destruktif

Malu, terlalu sensitif Menipu, mencuri

Keasyikan pemikiran tentang

suatu perkara

Sukar mengawal diri

Cemburu

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 29: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah Tingkah Laku

• Tingkah laku kurang sesuai dalam situasi-situasi biasa. Misalnya kanak-kanak yang mengunyah dan makan dalam bilik darjah semasa guru sedang mengajar.

• Tidak dapat mengawal perasaan dan tingkah laku mereka. Misalnya kanak-kanak yang cepat marah apabila rakan terambil pensel atau pemadamnya.

• Menunjukkan simptom-simpton fizikal yang berkaitan dengan masalah peribadi atau masalah di sekolah. Misalnya kanak-kanak yang mengadu sakit perut atau deman maka tidak boleh ke sekolah.

• Tidak berupaya membentuk perhubungan interpersonal dengan rakan atau gurunya. Kanak-kanak ini biasanya pendiam dan tidak mahu bergaul dengan kanak-kanak lain.

• Menghadapi masalah pembelajaran tetapi ketidakupayaan ini tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor kesihatan, sensori atau intelek.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 30: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah ini.

• Sesetengah kanak-kanak menwarisi sifat atau tingkah laku bermasalah.

• Ini juga mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan biokimia dalam diri seseorang, masalah nuerologi ataupun kecederaan kepada sistem saraf pusat.

• Faktor behavioral seperti kegagalan mempelajari tingkah laku menyesuaikan diri atau membentuk tingkah laku kurang sesuai akibat tekanan daripada persekitaran juga memberi kesan kepada tingkah laku kanak-kanak.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 31: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• Daripada segi sosiologi pula, tindakan seperti melabel individu kerana beliau daripada latar belakang tertentu dan pengaruh budaya sesuatu masyarakat juga boleh menimbulkan masalah tingkah laku.

• Selain daripada itu, perubahan dalam sesebuah keluarga misalnya penceraian, kehadiran adik yang baru atau ibu/bapa tidak boleh menimbulkan rasa kurang selamat atau kurang yakin.

• Kadang-kala masalah tingkah laku seperti agresif atau melawat menunjukkan tingkah laku tersebut.

• Masalah tingkah laku yang berkait dengan masalah pembelajaran menyebabkan murid ponteng kelas, tidak hadir ke sekolah, pencapaian rendah dan tercicir daripada sekolah.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 32: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah

Pengurusan tingkah laku yang boleh digunakan di dalam bilik darjah termasuk:

• Peneguran Positif:

• Guru boleh memberi peneguran positif kepada murid sebaik sahaja murid menunjukkan tingkah laku yang diingini.

• Misalnya seorang murid yang sebelum ini sentiasa menghantar kerja rumah lewat dan tiba-tiba hari ini menghantarnya pada masa yang ditetapkan boleh diberi galakan atau pujian atas tindakannya.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 33: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• “Time-out”

• Murid tersebut diasingkan daripada rakannya untuk satu masa tertentu.

• Diharapkan masa persendirian memberi peluang kepada murid memikirkan tentang tingkah lakunya.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 34: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• Tidak Peduli:

• Guru tidak memberi perhatian kepada murid yang menunjukkan tingah laku yang tidak diingini.

• Mengajar tingkah laku yang dikehendaki. Misalnya guru menggalakkan murid meluahkan perasaannya tentang sesuatu perkara yang dia tidak suka. Ini lebih bermakna dan sihat daripada menunjukkan tingkah laku seperti misalnya mengelak perkara yang murid tidak minat.

• Kanak-kanak dengan masalah tingkah laku memerlukan sesuatu persekitaran di sekolah yang boleh membantu penglibatan mereka dalam aktiviti sekolah. Mereka tidak seharusnya disisih sehingga tercicir daripada sisitem persekolahan. Mereka juga dibimbing cara-cara mengawal emosi serta kemahiran mengurus diri.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 35: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

Lembab (Slow Learner)

• Perkembagan kanak-kanak lembab ini agak lambat sejak peringkat bayi, di mana bayi ini lambat senyum, lambat bertindak balas terhadap bunyi atau suara ataupun tidak balas menggenga masih belum hilang walaupun usia bayi lebih 3 bulan.

• Kanak-kanak lembab ini biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah biasa. Ini kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan dan minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 36: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah

• Gunakan bahasa yang mudah. Arahan mesti dinyatakan dengan jelas dan perlu diulang. Ia boleh diberi dalam bentuk visual atau dipaparkan pada papan hitam atau papan kenyataan kelas. Bahan pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan dalam langkah-langkah yang pendek dan ringkas.

• Strategi pengajaran dan pembelajaran diubahsuai untuk membina keyakinan dan memberi perasa kejayaan, misalnya meminta seorang kanak-kanak disleksia untuk memberi laporan secara lisan manakala rakan-rakannya memberi laporan bertulis (Woolfolk A & Margetts K, 2007).

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 37: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• Tugasan dan penilaian harus sesuai dengan tahap kanak-kanak terseut. Ia boleh diberi dalam bentuk tugasan-tugasan kecil yang kanak-kanak mampu lakukan. Tempoh masa yang lebih boleh diberikan untuk kanak ini untuk menyiapkan tugasan mereka.

• Tugasan dan kerja rumah yang diberikan setiap minggu boleh ditampal pada papan notis kelas sebagai peringatan. Satu salinan boleh juga diserahkan kepada ibu bapa.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 38: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

Terencat Akal

• Persatuan Kerencatan Akal Amerika (AAMR) mendefinisikan terencat akal sebagai satu ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi intelek serta tingkah laku penyesuaian seperti komunikasi, penjagaan diri dan kemahiran sosial yang amat terhad.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 39: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

Kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan menunjukkan ciri-ciri seperti berikut:

• Kurang koordinasi motor.

• Sukar menumpukan perhatian.

• Kemahiran membaca dan bahasa yang lemah serta berada pada tahap yang rendah dapada mereka yang sebaya.

• Sukar mengaplikasi sesuatu yang dipelajari dalam situasi baru.

• Kesukaran dalam memahami konsep yang abstrak dan membuat kesimpulan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 40: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• Kanak-kanak ini sukar menurut arahan dan tidak berupaya memilih aktiviti secara sendirian.

• Mereka juga menghadapi masalah koordinasi mata dan tangan.

• Mereka mempelajari bahasa dan kemahiran dengan perlahan, tidak seperti kanak-kanak biasa.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 41: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• Paras rupa kanak-kanak ini seperti kanak-kanak biasa dan mereka biasanya dibenarkan masuk ke sekolah biasa.

• Kurikulum di sekolah digubal untuk kanak-kanak biasa dan merupakan cabaran bagi kanak-kanak dengan masalah terencat akal.

• Kebanyakan kanak-kanak ini gagal di sekolah kerana IQ mereka yang rendah iaitu antara 55/60 dan 85/90.

• IQ kanak-kanak normal adalah 90 ke atas.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 42: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• Namum begitu, kebanyakan kanak-kanak bermasalah terencat akal ringan boleh ke sekolah dan boleh mempelajari pelbagai kemahiran akademik seperti kemahiran vokasional sosial untuk membantu menjadikan meraka sebagai individu yang produktif.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 43: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

Simdrom Down

• Sindrom Down berpunca daripada masalah yang disebabkan daripada masalah berlebihan kromosom.

• Dalam kebanyakan kes ia melibatkan kepada kecacatan dalam pasangan kromosom yang ke-21.

• Menurut kajian, ia berlaku dalam setiap 800 kelahiran.

• Akibat daripada Sindrom Down ini termasuklah terencat akal, masalah ringan dan pertuturan dan perkembangan motor yang lambat.

• Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai tahap IQ yang rendah antara 30 hingga 80.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 44: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri yang boleh dikenal pasti antaranya:

• Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat.

• Lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung untuk terjelir

• Mata sentiasa berair dan merah.

• Mata sepet dan bentuk muka yang kecil.

• Berbadan gempal dan pendek serta aan yang agak bongkok.

• Suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan baik.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 45: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• Mereka juga selalunya mengalami masalah kataraks mata, masalah jantung dan kecacatan usus.

• Sebelum ini, penghidap Sindrom Down kerap meninggal dunia sebaik sahaja memasuki alam dewasa disebabkan oleh masalah-masalah yang dihadapi tetapi, kini dengan kemajuan perubatan mereka boleh menjalani kehidupan yang sihat seperti individu normal.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 46: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• Kanak-kanak Sindrom Down memerlukan penjagaan yang lebih rapi.

• Disebabkan oleh keadaan fizikal muka mereka yang rata, mereka cenderung mengalami masalah penafasan dan sukar untuk makan.

• Mereka juga lemah dalam koordinasi mata dan otot dan kurang upaya meneroka persekitaran.

• Walau bagaimanapun dengan sokongan ibu bapa dan penjaga mereka boleh dibimbing dan diasuh untuk berdikari dan menguasai kemahiran.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 47: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah

• Guru perlu bersabar dalam menangani pembelajaran kanak-kanak yang mempunyai masalah Sindrom Down.

• Proses pengajaran perlu dijalankan dengan kadar yang perlahan mengikut kebolehan kanak-kanak tersebut.

• Ini juga memberi peluang bagi mereka mencapai kemahiran dan meningkatkan emosi mereka yang mereka juga berupaya untuk berjaya.

• Setiap tugasan, aktiviti atau arahan perlu dirancang dengan rapi. Ia perlu disampaikan dengan jelas, betul, khusus dan lengkap.

• Ini adalah kanak-kanak Sindrom Down sukar untuk memahami arahan dan perkataan. Setiap arahan perlu lengkap dengan butiran yang terperinci. Contohnya: “Ambil buku yang berwarna kuning di atas meja dan bawa buku itu kepada cikgu.”

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 48: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• Guru perlu memberi bimbingan dan bantuan yang berkesan semasa pengajaran akademik.

• Kanak-kanak Sindrom Down kurang mempunyai keupayaan untuk mengingat dan memproses maklumat.

• Guru perlu menyediakan mereka dan menarik perhatian mereka.

• Guru juga boleh mengajar kemahiran mengingat yang mudah. Ia boleh dikaitkan dengan perkara yang mereka sukai.

• Masukkan elemen vokasional dan kemahiran kendiri di dalam kurikulum mereka.

• Ini adalah supaya mereka berupaya menjaga keperluan asas diri dan berupaya mencari kerjaya yang sesuai apabila tamat persekolahan nanti.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 49: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

Autisme

• Autisme merupakan kecacatan mental seumur hidup yang terlalu sukar untuk dipulihkan.

• Kanak-kanak autisme ini menghadapi masalah komunikasi kerana mereka tidak boleh mengenali atau mentafsir air muka, gerak isyarat atau nada suara yang berlainan.

• Selain itu, kanak-kanak ini juga menunjukkan tabiat yang tidak suka bertentang mata dan tidak menunjukkan sebarang reaksi dalam apa-apa situasi.

• Mereka lebih minat kepada barang permainan daripada berinteraksi atau berhubung dengan orang di sekitarnya.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 50: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah

• Pendidikan kanak-kanak ini berfokus kepada kemahiran-kemahiran kesediaan untuk berlajar, misalnya duduk dan memberi perhatian kepada guru, kemahiran psikomotor misalnya penggunaan alat, gunting, dan kemahiran sosial seperti berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya.

• Ia harus menekankan kemahiran yang dapat membantu kanak-kanak berdikari. Misalnya, membaca notis, surat khabar dan mengisi borang permohonan.

• Bimbing kanak-kanak ini mengurus diri misalnya, dengan membantu mereka menyediakan jadual kerja dan menyenaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan pada hari itu.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 51: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• Beri latihan dan peluang untuk mempraktikkan apa yang telah mempelajari misalnya dengan mengulang langkah atau konsep yang telah dipelajari.

• Kanak-kanak ini memerlukan rutin.

• Perubahan ialah sesuatu yang sukar diterima oleh mereka.

• Amalan rutin harus dipraktikkan di dalam bilik darjah.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 52: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

Pintar Cerdas

• Kanak-kanak yang pintar cerdas berbakat dan berkebolehan memerlukan sokongan yang lebih daripada yang sedia ada dalam sesebuah bilik darjah untuk membantu mereka merealisasikan sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka.

Kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan ciri-ciri berikut:

• Menunjukkan kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan rakan sebaya.

• Menunjukkan keinginan untuk mengetahui yang lebih jika dibanding dengan rakan sebaya.

• Menetapkan matlamat yang tinggi untuk pencapaiannya.

• Motivasi yang tinggi dalam menghadapi tugasan yang mencabar.

• Kemahiran berbahasa, membaca dan perbendaharaan kata yang luas.

• Kebolehan untuk memimpin.

• Mengambil berat dan menunjukkan empati terhadap orang lain.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 53: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah

• Kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga jenis program:

i. Pengasingan,

ii. Pemecutan (acceleration)

iii. Pengayaan

• Dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka disediakan kurikulum khas yang mampu menggalakkan kebolehan istimewa mereka.

• Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat membantu perkembangannya secara optima.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 54: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• Program pemecutan pula boleh dilaksanakan dengan dua cara.

• Satu cara ialah di mana kanak-kanak ini dikeluarkan daripada bilik darjah mereka untuk subjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan ke kelas untuk subjek tersebut. Maka mereka akan belajar dengan murid atau pelajar yang lebih tua daripada mereka.

• Cara kedua ialah di mana murid tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan ini membantu mereka belajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada kadar yang lebih cepat berbanding rakan sebaya.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 55: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• Program pengayaan melibatkan pendekatan yang menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di dalam atau di luar kelas.

• Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan ke muzium atau perpustakaan negara.

• Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti lain yang memerlukan murid mencari maklumat yang lebih mendalam tentang sesuatu topik dan dilakukan oleh murid secara bersendirian.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 56: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

Kesimpulan

• Aspek penting dalam pengajaran kanak-kanak keperluan khas ialah sikap guru serta kemahiran guru dalam membantu kanak-kanak ini.

• Guru perlu percaya bahawa pendidikan adalah untuk semua kanak-kanak.

• Kerjasama antara guru pendidikan khas dan guru kelas biasa amat penting.

• Guru-guru ini seharusnya mempunyai kesanggupan untuk berkongsi kemahiran demi kebaikan kanak-kanak tersebut.

• Hubungan yang baik dan kerjasama dengan ibu bapa, pihak hospital dan kebajikan masyarakat juga penting dalam usaha membantu kanak-kanak ini.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 57: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• Guru perlu peka dan sensitif kepada keperluan kanak-kanak.

• Misalnya, guru tidak harus membuat perbandingan antara kanak-kanak.

• Dapatkan perhatian kanak-kanak berkeperluan khas dengan menghampiri mereka dan bukan dengan memanggil namanya beberapa kali secara negatif.

• Gunakan bahasa isyarat jika hendak menyuruh kanak-kanak supaya bertenang atau jangan bising.

• Seterusnya guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan ransangan misalnya kad-kad yang mudah untuk menarik minat dan perhatian murid.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 58: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

• Kanak-kanak berkeperluan khas khas boleh dibenarkan bekerja dalam kumpulan-kumpulan yang dapat menerima dan membimbing mereka.

• Sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat mencatat nota atau melakukan sesuatu aktiviti spesifik, tugas itu boleh diberikan kepada rakan sekelas untuk membantu.

• Kesimpulannya, interaksi dengan persekitaran yang menyokong dan pembelajaran yang aktif boleh membantu perkembangan kanak-kanak ini.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Page 59: Masalah Penglihatan - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/5-masalah-penglihata… · penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat ... •Masalah

Rujukan

• Jas Laile Suzana Jaafar (1996), Psikologi kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

• Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, (2009), Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Izajah Sarjana Muda Perguruan, Edisi Kedua, Kumpulan Budiman SDN BHD, Kuala Lumpur.

• Mohd Sharani Ahmad (2006), Psikologi Kanak-kanak, PTS PROFESSIONAL , Plublishing SDN BHD.

• www.scribd.com

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh