Masalah Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan graduan di IPT dan kesannya terhadap peluang...

download Masalah Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan graduan di IPT dan kesannya terhadap peluang pekerjaan.

of 12

Transcript of Masalah Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan graduan di IPT dan kesannya terhadap peluang...

  • 7/29/2019 Masalah Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan graduan di IPT dan kesannya terhadap peluang pekerjaan.

    1/12

    Appendix 1: Title Page

    OUMH1103

    LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS

    The problems faced by students in higher education in Malaysia in

    mastering the English language and its impact on employability

    Name

    NORLIZA BINTI HASHIM

    Matric number

    820715045426001

    NRIC

    820715-04-5426

    Telephone number

    019-7788567

    E-mail address

    [email protected]

    Tutors name:

    MOHAMMAD TALHA B MOHAMED IDRIS

    Learning Centre:

    BATU PAHAT LEARNING CENTRE

    JANUARY 2013 Semester

  • 7/29/2019 Masalah Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan graduan di IPT dan kesannya terhadap peluang pekerjaan.

    2/12

    ISI KANDUNGAN

    1.0 PENGENALAN

    2.0 KEPENTINGAN

    3.0 MASALAH

    4.0 KESAN

    5.0 KESIMPULAN

    RUJUKAN

  • 7/29/2019 Masalah Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan graduan di IPT dan kesannya terhadap peluang pekerjaan.

    3/12

    1.0 Pengenalan

    Bahasa didefinisikan sebagai alat komunikasi yang membolehkan nilai-nilai budaya,

    kepercayaan dan pengetahuan yang difikirkan, dirunding dan disampaikan dari satu generasi ke

    generasi yang lain. Dua individu boleh memahami antara satu sama lain apabila mereka

    memahami isyarat (lisan dan bukan lisan) yang dibuat oleh kedua-dua individu. Di sekolah,

    bahasa merupakan instrumen dan juga jentera dalam interaksi antara guru dan pelajar

    (Smith & Ennis, 1961:112). Bahasa juga merupakan sebuah medium utama yang diperlukan

    untuk membuka dunia. Toni Morrison seorang pemenang novel sastera pada tahun 1993

    mengatakan bahawa hanya bahasa mampu melindungi kita daripada ketakutan akan benda yang

    tidak bermakna. Ungkapan tersebut ternyata benar, kerana bahasa merupakan alat utama yang

    kita perlukan untuk membolehkan kita mengenal dunia, berkomunikasi di antar a sesama

    manusia dan seterusnya berkembang dalam masyarakat.

    Menyedari hakikat ini jelaslah bahawa Bahasa Inggeris adalah satu keperluan penting

    pada masa kini, justeru keperluan untuk menguasai bahasa tersebut semakin mendesak untuk

    melayakkan kita bersaing di peringkat global sekaligus meletakkan kita sebaris dengan negara-

    negara maju menjelang tahun 2020 akan datang. Tambahan pula, penggunaan Bahasa Inggeris

    kini telah digunakan lebih daripada 100 buah negara di seluruh dunia sebagai bahasa kedua.

    Pengukuran kemajuan Bahasa Inggeris dan kesan bahasa tersebut akan memberikan maklum

    balas dan petunjuk mengenai kejayaan dan kemajuan yang telah kita kecapi sama ada kita

    mampu berdiri dan meletakkan diri di barisan dan kelompok bangsa yang kuat, maju, bermaruah,

    berintegriti dan cemerlang, ataupun sebaliknya.

    2.0 Kepentingan

    Bahasa Inggeris amat penting dalam pendidikan di negara kita selaras dengan objektif

    Falsafah Pendidikan Negara bertujuan melahirkan setiap individu yang mampu bersaing di

    dalam peringkat global kini.Justeru itu, penguasaan Bahasa Inggeris yang

    dimulakan dari peringkat sekolah dikenalpasti mampu melahirkan individu

    yang boleh berkomunikasi dengan baik, lancar dan berkesan dengan individu

    lain dari seluruh dunia. Sebagai contoh, kemahiran berbahasa Inggeris dapat

  • 7/29/2019 Masalah Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan graduan di IPT dan kesannya terhadap peluang pekerjaan.

    4/12

    dilihat begitu penting apabila seseorang individu itu ditugaskan ke luar

    negara atau membawa misi ke luar negara. Kegagalan berkomunikasi

    dengan berkesan menggunakan Bahasa Inggeris pastinya akan menjejaskan

    pelbagai peluang baik berupa peluang ekonomi mahupun sosial. Faktor ini

    jelas menunjukkan pendidikan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah mampu

    melahirkan individu yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah

    dengan masyarakat lain di seluruh dunia amnya.

    Justeru itu, kerajaan berusaha untuk menjadikan rakyat Malaysia tidak

    ketinggalan dalam bidang ilmu dengan menyediakan pelbagai program

    antaranya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa

    Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad padatahun 2003. Rasional kepada perlaksanaannya ialah kepada peralihan

    bahasa pengantar dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik

    (PPSMI) daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar

    keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia

    untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal

    persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

    Biarpun PPSMI ini tidak bertahan lama, usaha kerajaan tidak terhenti di

    situ, sebaliknya dengan kerjasama pihak Institut Pengajian Tinggi, Pihak

    Kementerian Pelajaran Tinggi menyatakan bahawa untuk memastikan

    pelajar universiti mempunyai tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang baik,

    mereka akan diajar English Of Employment sebagai langkah positif bagi

    menentukan mereka memenuhi kehendak dunia pekerjaan , (Utusan

    Malaysia.Jun 2012).

    Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa bahasa Inggeris sememangnya

    penting untuk dikuasai dalam era ini berikutan keperluannya diperingkat

    antarabangsa, alam pekerjaan, penguasaan ilmu pengetahuan dan

    sebagainya. Perlu ditegaskan bahawa trend majikan masa kini lebih tertarik

    untuk mengambil pekerja yang mampu berkomunikasi dalam pelbagai

  • 7/29/2019 Masalah Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan graduan di IPT dan kesannya terhadap peluang pekerjaan.

    5/12

    bahasa termasuklah berbahasa Inggeris. Pekerja yang bekerja dalam bidang

    telekomunikasi, penyiaran, teknologi maklumat dan sebagainya amat

    memerlukan penggunaan bahasa Inggeris yang tinggi di dalam rutin

    pekerjaan mereka.

    Seiring dengan kemajuan ekonomi negara yang kini telah melepasi

    sempadan negara, mengakibatkan negara kita Malaysia memerlukan mereka

    yang berilmu pengetahuan luas dan mampu berbahasa Inggeris dengan

    baik agar mereka dapat bersaing dengan penduduk lain dari seluruh dunia.

    Faktor ini sekaligus melahirkan masyarakat Malaysia yang mampu

    berkomunikasi dengan masyarakat antarabangsa. Sebagai contoh

    perkongsian dalam bidang ekonomi, sosial mahupun bidang teknologimembuktikan sektor ini memerlukan mereka yang mahir berbahasa Inggeris.

    Ironinya, mereka yang gagal menguasai bahasa ini akan berdepan dengan

    pelbagai rintangan yang mengganggu komunikasi serta boleh menggagalkan

    peluang yang tersedia wujud pada peringkat antarabangsa. Justeru,

    penekanan terhadap pendidikan Bahasa Inggeris di sekolah berperanan

    membina masyarakat yang lebih berdaya saing di peringkat global suatu

    hari nanti.

    3.0 Masalah

    Kita seringkali tidak memahami mengapa susahnya untuk belajar dan menguasai Bahasa

    Inggeris sama ada di dalam pertuturan mahupun penulisan. Mahasiswa universiti mahupun

    pelajar sekolah sering mengeluh apabila mengikuti kelas Bahasa Inggeris, seolah-olah terdapat

    sesuatu yang menghalang mereka untuk memberi fokus terhadap pembelajaran dalam subjek

    berkenaan. Apabila berada di rumah, subjek Bahasa Inggeris seringkali tidak dipedulikan. Sikap

    ibubapa pula tidak pernah ambil tahu sama ada anak mereka mempelajari bahasa antarabangsa

    itu atau pun tidak. Hasilnya keputusan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar merudum dan

    peluang melangkah ke alam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menjadikan keadaan bertambah

    buruk kerana tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka lemah sedangkan kebanyakan buku

  • 7/29/2019 Masalah Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan graduan di IPT dan kesannya terhadap peluang pekerjaan.

    6/12

    rujukan di IPT adalah di dalam Bahasa Inggeris. Akibat kealpaan inilah, apabila keluar dari IPT,

    graduan sukar mendapat kerja kerana mereka tidak mahir dalam berbahasa Inggeris.

    Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pernah berkata, Bahasa Inggeris adalah

    bahasa yang diguna luas di mana- mana bidang. Perjanjian atau surat-surat biasanya adalah

    dalam Bahasa Inggeris. Jika kita tidak menguasai bahasa tersebut, kita mungkin akan

    ketinggalan. Beliau juga berkata, oleh kerana kekurangan penegasan penggunaan Bahasa

    Inggeris beberapa tahun ini, kerajaan mendapati mereka yang lemah dalam menguasai bahasa

    tersebut juga menjadi cacat dalam menghadapi cabaran pada era ekonomi baru. Oleh itu, kita

    perlu memperbaiki kelemahan dalam bidang ini (New Straits Times,7 Mei 2002). (837 patah

    perkataan)

    3.1 Malu bertutur, tidak yakin diri punca kegagalan pelajar

    Di Malaysia satu kajian telah dijalankan olehImran (2002) mendapati malu merupakan

    punca utama mengapa pelajar melayu lemah di dalam bahasa Inggeris. Kebanyakan pelajar

    tidak suka jika kuliah diadakan dalam bahasa Inggeris (Ahmad Tajuddin, 1997)Masalah inimungkin berpunca daripada kebanyakan individu yang tidak mahu memperbaiki kelemahan

    menguasai Bahasa Inggeris. Malahan masih ramai yang selesa bertutur dalam bahasa ibundaselain merasakan kurang keyakinan diri sedangkan ada pihak lain mampu menguasai lebih

    daripada satu bahasa antarabangsa. Kebanyakan pelajar mahupun mahasiswa yang tidak tahu

    atau kurang mahir dalam BI berasa malu dan segan selain tidak yakin pada diri untuk bertutur

    atau bercakap dalam BI. Mereka sentiasa merasakan jati diri mereka kurang berbanding orang

    lain. Sikap seperti inilah yang perlu dihindari dan perlu diubah. Sebenarnya kita telah membuat

    kesilapan jika malu untuk belajar dan bertutur dalam BI. Jangan berterusan membiarkan

    perasaan malu dan kurang keyakinan diri ini melemahkan diri kita untuk terus maju dan ianya

    juga akan menyebabkan proses pembelajaran menjadi lambat. Jadi kita perlu mengubah sikap

    dan pemikiran kita mengenai hal ini. 165

    3.2 Buang jauh perasaan malu dankeliling diri serta dekatkan dengan bahasa Inggeris

  • 7/29/2019 Masalah Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan graduan di IPT dan kesannya terhadap peluang pekerjaan.

    7/12

    Langkah ini sememangnya amat penting untuk mengatasi perasaan malu berbahasa

    Inggeris di kalangan mahasiswa. Sekiranya mereka belajar untuk mendekatkan diri terhadap BI,

    semua aspek-aspek yang berkaitan BI perlu diambil berat dan ianya akan dijadikan proses

    pembelajaran. Sebagai contoh, mereka boleh melakukannya melalui pergaulan seharian dengan

    rakan sebaya iaitu perbualan dan pertuturan dalam BI sekaligus membantu mereka meningkatkan

    lagi penguasaan dalam bahasa tersebut. Kata orang, proses pembelajaran tidak pernah terhenti.

    biar berapa pun usia kita atau betapa kukuhnya kerjaya, semuanya tidak bermakna sekiranya kita

    tidak berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran diri. Dengan perkembangan teknologi internet,

    Bahasa Inggeris boleh dikuasai melalui medium ini. Jika anda melayari internet, banyak laman

    web boleh membantu pengguna mempelajari dan menguasai Bahasa Inggeris. Namun, satu-

    satunya kaedah paling penting untuk menguasai sesuatu bahasa adalah dengan menggunakannya

    dan tidak malu untuk menggunakannya. Demikian kata Felo Penyelidikan dan Penerbitan,

    Institut Pengurusan Penyelidikan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Dr Megawati

    Omar.

    3.3 Dasar pendidikan kebangsaan kini yang berpaksikan kepada penggunaan Bahasa

    Melayu sebagai bahasa penghantar

    Faktor ini juga dianggap sebagai salah satu sebab mengapa sesetengah pihak

    beranggapan pelajar mahupun mahasiswa universiti pada hari ini gagal berbahasa Inggeris.

    Melalui dasar pendidikan kebangsaan ini, Bahasa Melayu dimartabatkan sebagai bahasa utama

    dalam sistem pendidikan negara, justeru kebergantungan terhadap bahasa Inggeris tidak kukuh.

    Permasalahan ini terjadi apabila ramai pihak beranggapan Bahasa Inggeris adalah wajib dan

    sangat istimewa sehingga perlu diberi penekanan secara menyeluruh sedangkan ia bukanlah

    bahasa utama kerana Sistem Pendidikan Kebangsaan kita adalah menggunakan Bahasa Melayu

    sebagai bahasa penghantar. Jadi sudah tentulah Bahasa Melayu yang akan diberi keutamaan

    kerana ia adalah bahasa rasmi di negara kita. Hakikat ini sebenarnya sudah lama termaktub

    bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa penghantar yang utama, justeru adalah lebih penting jika

    pelajar mahupun mahasiswa di universiti dapat menguasainya dengan lebih baik berbanding

    Bahasa Inggeris meskipun ia bertaraf antarabangsa.

    3.4 Menilai semula kurikulum pengajaran bahasa Inggeris

  • 7/29/2019 Masalah Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan graduan di IPT dan kesannya terhadap peluang pekerjaan.

    8/12

    Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin,

    baru-baru ini berkata, Kementerian Pelajaran sedang menilai semula kurikulum pengajaran

    Bahasa Inggeris kerana didapati gagal membantu pelajar menguasai bahasa berkenaan meskipun

    selepas 13 tahun belajar di peringkat rendah dan menengah. Langkah itu perlu kerana

    kementerian meletakkan matlamat supaya setiap pelajar menguasai dua bahasa selepas tamat

    persekolahan iaitu bahasa Melayu dan Inggeris. Alasan kegagalan pelajar mahupun graduan

    ibarat mencerminkan kelemahan guru bahasa Inggeris sewaktu menjalankan tugas. Ini sekaligus

    mencalar kredibiliti, integriti serta profesionalisme golongan itu. Masyarakat juga akan mula

    mempersoalkan adakah guru berkenaan melaksanakan tugasan dengan baik atau apakah mereka

    memiliki kriteria sesuai. Ini akan menimbulkan polemik atau konflik lain sedangkan isunya tetap

    sama iaitu kegagalan menguasai bahasa Inggeris. Untuk fasih berbahasa Inggeris, pelajar bukan

    saja perlu rajin malah memerlukan satu mekanisme atau latihan intensif yang agresif serta

    berterusan. Subjek bahasa Inggeris yang diajar dalam tempoh singkat menyukarkan pelajar yang

    tidak menggunakan bahasa itu sebagai bahasa percakapan. Bagi mengatasinya, konsep

    pengajaran perlu ditukar kepada komunikasi intensif memandangkan corak pembelajaran

    sekarang lebih menumpukan kepada latihan penulisan semata-mata yang hanya menjadikan

    mereka boleh menulis tapi gagal untuk berkomunikasi. Jelaslah Sistem Pendidikan Kebangsaan

    sebenarnya tidak pernah gagal dengan kejayaan melahirkan ramai bijak pandai yang cemerlang

    mengemudi dunia kerjaya masa kini.

    3.5 Kesukaran memahami dan sikap pelajar mahupun graduan universiti itu sendiri

    yang tidak mahu mendalami Bahasa Inggeris

    Kebanyakan pelajar pada hari ini mempelajari bahasa Inggeris hanya untuk lulus

    peperiksaan. Sikap ini wujud pada kebanyakan pelajar dan menyebabkan mereka tidak mahu

    ambil tahu terhadap perkataan baru yang tidak pernah mereka dengari. Mereka hanya bergantung

    kepada kurikulum sedia ada dan faktor ini menyebabkan pelajar kurang berpengetahuan dari

    aspek tatabahasa. Contoh paling mudah yang sering terjadi kepada pelajar ialah apabila mereka

    yang kurang menguasai tatabahasa ini menulis sesuatu topik dalam bahasa Inggeris tetapi mereka

    tidak dapat menulis sesuatu perkataan itu. Inilah hakikat yang berlaku kepada pelajar-pelajar

    yang lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris. Satu lagi sikap pelajar yang telah dikenalpasti

    ialah mereka tidak mahu menjelajah dengan lebih mendalam terhadap bahasa Inggeris dan

  • 7/29/2019 Masalah Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan graduan di IPT dan kesannya terhadap peluang pekerjaan.

    9/12

    terlalu obses dengan bahasa itu. Mereka menganggap bahasa Inggeris sukar difahami dan sukar

    untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Hal ini amat membimbangkan kerana pelajar IPT

    mempunyai pemikiran yang terlalu cetek terhadap bahasa antarabangsa ini sedangkan Bahasa

    Inggeris umum kita ketahui amat penting untuk membawa seseorang itu kearah kemajuan.

    3.6 Berusaha memperbaiki kelemahan diri sendiri

    Sudah tiba masanya perlu untuk kita fikirkan cara-cara untuk mengatasi pelajar-pelajar yang

    lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris ini. Pelajar-pelajar sepatutnya berusaha lebih giat lagi

    dalam memperbaiki kelemahan diri mereka. Mereka perlu mendapatkan bimbingan dari

    pensyarah-pensyarah Bahasa Inggeris apabila mempunyai masalah dalam Bahasa Inggeris,

    menghadiri kelas pemantapan Bahasa Inggeris dan memperbanyakkan bahan bacaan Bahasa

    Inggeris serta menguasai tatabahasa Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar juga seharusnya memiliki

    idea yang matang dalam sesuatu isu untuk memudahkan lagi pelajar menghuraikan isi dengan

    terperinci. Perbanyakan juga membaca istilah-istilah bahasa Inggeris untuk memantapkan lagi

    penguasaan dalam Bahasa Inggeris. Pelajar juga tidak boleh menghadkan pemikiran mereka

    sekiranya mereka ingin pandai menguasai Bahasa Inggeris. Perlu dingatkan juga bahawa belajar

    Bahasa Inggeris adalah suatu proses yang bertahap yang bukannya boleh berlaku dalam 1 jam

    sehingga 24 jam. Pelajar mahupun mahasiswa perlu menjadikannya sebagai rutin kebiasaan dan

    sentiasa berkeupayaan belajar hal baru setiap hari. Hal ini lebih baik sekiranya pembelajaran

    Bahasa Inggeris dilaksanakan secara berperingkat sedikit demi sedikit secara konsisten, daripada

    belajar secara tetap dan mengambil masa yang panjang seperti dua jam seminggu. Hal lain yang

    tidak kurang pentingnya adalah Cintailah Bahasa Inggeris dan nikmatilah bahasa itu. Apabila

    kita menikmati dan mendalami belajar Bahasa Inggeris, kita semestinya akan meluangkan lebih

    banyak masa untuk mempelajarinya, dan melakukannya secara teratur. Motivasi yang tinggi ini

    akan memberikan manfaat tambahan kepada diri sendiri dan sekaligus kita akan lebih mudah

    mengingati kata-kata dan struktur tatabahasa yang baru. Alasannya amat mudah iaitu otak kita

    akan sentiasa mengingati hal-hal yang kita gemari.

  • 7/29/2019 Masalah Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan graduan di IPT dan kesannya terhadap peluang pekerjaan.

    10/12

    3.7 Faktor latar belakang sosial pelajar dan kurang motivasi diri

    Pelajar luar bandar kurang terdedah dengan penggunaan bahasa Inggeris. Disebabkan itu,

    mereka terlalu terhad untuk menggunakan bahasa Inggeris. Mereka juga mempunyai

    pengetahuan yang sedikit terhadap Bahasa Inggeris dan hal ini tidak membuka ruang untuk

    mereka berinteraksi dan berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris. Mereka juga malas untuk

    mengulangkaji dan menambah pengetahuan dari segi pemahaman dan tatabahasa terhadap ayat-

    ayat Inggeris yang sukar. Faktor lain adalah pelajar mahupun graduan dilihat kurang motivasi

    diri terhadap kepentingan menguasai Bahasa Inggeris. Mereka kurang kesedaran betapa

    pentingnya Bahasa Inggeris pada masa kini yang akan melayakkan mereka bersaing di peringkat

    global sekaligus meletakkan tahap mereka sebaris dengan Negara-negara maju menjelang

    tahun2020 akan datang. Tambahan pula, penggunaan Bahasa Inggeris telah digunakan lebih dari100 buah Negara di seluruh dunia sebagai bahasa kedua. Jika pelajar mahupun siswa dapat

    menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, ini merupakan asas bagi melahirkan masyarakat yang

    berpengetahuan dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

    3.8 Tingkatkan motivasi diri yang tinggi dalam penguasaan Bahasa Inggeris

    Pakar motivasi dan kemahiran belajar, Osman Affan menggariskan beberapa tips

    untuk pelajar yang ingin menguasai Bahasa Inggeris. Di antara petua dan tips oleh beliautermasuklah belajar mengawal diri dan minda sendiri dengan menanamkan keinginan untuk

    mempelajarinya. Belajar melupakan kegagalan yang lalu, dan sentiasa berusaha untuk bertutur

    dalam Bahasa Inggeris. Pelajar mahupun graduan perlu mewujudkan peluang untuk bercakap

    dalam Bahasa Inggeris di sekolah, tempat kerja, semasa waktu rehat, bergaul dengan orang lain

    yang boleh bertutur Bahasa Inggeris, menjawab panggilan telefon dan pertuturan seharian

    dengan ahli keluarga.

    Penggunaan bahasa itu juga boleh ditingkatkan ketika menggunakan internet menghantar email, semasa bertemu dengan orang asing (pelancong), di premis perniagaan (pasar

    raya, agensi pelancongan, klinik, syarikat insurans, panggung wayang, dan lain-lain), menghadiri

    kelas Bahasa Inggeris atau menyertai kelab/persatuan Bahasa Inggeris.

    4.0 Kesan terhadap peluang pekerjaan

  • 7/29/2019 Masalah Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan graduan di IPT dan kesannya terhadap peluang pekerjaan.

    11/12

    Apabila memasuki alam pekerjaan, graduan yang mempunyai penguasaan Bahasa

    Inggeris yang lemah akan mula terasa kekurangan yang timbul terutamanya apabila mereka

    bekerja di syarikat swasta yang sudah tentu banyak menggunakan Bahasa Inggeris dalam

    komunikasi dalaman, komunikasi dengan syarikat-syarikat lain dan juga interaksi dengan

    pelanggan. Kelemahan dalam Bahasa Inggeris juga akan menyebabkan graduan tidak dapat

    melaksanakan kerja mereka dengan baik dan juga akan menjejaskan peluang kenaikan pangkat

    oleh kerana majikan akan menilai mereka sebagai seorang yang lemah dalam komunikasi.

    Kebolehan berkomunikasi yang berkesan amat penting dalam sesuatu kerjaya kerana

    kekurangannya akan menyebabkan gagalnya seseorang itu menyampaikan idea-idea mereka

    dengan baik. Selain daripada itu juga, untuk mendapatkan pekerjaan baru graduan juga mungkin

    akan ditemuduga untuk kenaikan pangkat. Adalah perlu diingatkan bahawa lebih tinggi pangkat

    seseorang itu, maka lebih tinggilah kemahiran Bahasa Inggeris yang diperlukan dari mereka. Ini

    kerana mereka perlu menulis lebih banyak laporan dan membuat analisa dan juga perlu

    menghadiri lebih banyak mesyuarat dengan pihak pengurusan dan pelanggan.

    5.0 Kesimpulan

    Sememangnya kita tidak boleh menafikan bahawa penguasaan Bahasa Inggeris

    mempunyai kepentingan yang besar didalam hidup kita terutamanya kepada pelajar mahupun

    graduan di peringkat pengajian tinggi. Bahasa Inggeris adalah bahasa global, bahasa kemajuan

    dan bahasa komunikasi yang utama selain bahasa Melayu. Bahasa Inggeris juga amat penting

    untuk melayakkan diri kita berada setaraf dengan era globalisasi pada masa sekarang dan akan

    datang. Seharusnya kita terutama pelajar-pelajar perlu ada kesedaran terhadap penguasaan

    bahasa Inggeris untuk membawa kita setaraf dengan kemajuan dunia hari ini. Bahasa Melayu

    tetap berdaulat di hati orang Melayu dan tiada alasan untuk kita tidak boleh menguasai bahasa

    Inggeris seperti orang lain. Pepatah ada mengatakan Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

    (2800 Patah Perkataan)

    Rujukan

    http://nazwati.wordpress.com/2008/03/17/pelajar-ipt-lemah-bahasa-inggeris/

    http://nazwati.wordpress.com/2008/03/17/pelajar-ipt-lemah-bahasa-inggeris/http://nazwati.wordpress.com/2008/03/17/pelajar-ipt-lemah-bahasa-inggeris/
  • 7/29/2019 Masalah Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan graduan di IPT dan kesannya terhadap peluang pekerjaan.

    12/12

    http://eprints.utm.my/10799/1/PENGUASAAN_DAN_PENGGUNAAN_BAHASA_INGGERIS

    _DALAM_KALANGAN_PELAJAR.pdf

    http://www.slideshare.net/kizzatiey/present-learning-of-instruction

    http://smkmergong.tripod.com/buttonatas/PuncaPelajarMelayuLemahBI.htm

    http://www.slideshare.net/Apm88142/oum

    http://aidafidah2.blogspot.com/2009_08_01_archive.html

    http://eprints.utm.my/10799/1/PENGUASAAN_DAN_PENGGUNAAN_BAHASA_INGGERIS_DALAM_KALANGAN_PELAJAR.pdfhttp://eprints.utm.my/10799/1/PENGUASAAN_DAN_PENGGUNAAN_BAHASA_INGGERIS_DALAM_KALANGAN_PELAJAR.pdfhttp://www.slideshare.net/kizzatiey/present-learning-of-instructionhttp://smkmergong.tripod.com/buttonatas/PuncaPelajarMelayuLemahBI.htmhttp://www.slideshare.net/Apm88142/oumhttp://aidafidah2.blogspot.com/2009_08_01_archive.htmlhttp://eprints.utm.my/10799/1/PENGUASAAN_DAN_PENGGUNAAN_BAHASA_INGGERIS_DALAM_KALANGAN_PELAJAR.pdfhttp://eprints.utm.my/10799/1/PENGUASAAN_DAN_PENGGUNAAN_BAHASA_INGGERIS_DALAM_KALANGAN_PELAJAR.pdfhttp://www.slideshare.net/kizzatiey/present-learning-of-instructionhttp://smkmergong.tripod.com/buttonatas/PuncaPelajarMelayuLemahBI.htmhttp://www.slideshare.net/Apm88142/oumhttp://aidafidah2.blogspot.com/2009_08_01_archive.html