masalah remaja terkini (Autosaved).docx
Transcript of masalah remaja terkini (Autosaved).docx
HBME 3103PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA DAN ENAM 2012
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER JANUARI / 2012
HBME 3203
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 DAN 6
No. matrik : 750303075396002
No. Kad Pengenalan: 750303-07-5396
Nama : HASLINA BINTI HARUN
Nombor Telefon : 016-4040372
E-mail : [email protected]
Institut Pendidikan Guru MalaysiaKampus Tuanku Bainun
A.
HASLINA BINTI HARUN750303075396 Page 1
HBME 3103PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA DAN ENAM 2012
ISI KANDUNGAN
BIL. TAJUK / PERKARA MUKA SURAT
1.Pengenalan
3
2. 1 a) Kes kecurian
b) Rumusan Artikel
4
4 - 5
3.
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 6-9
4. Refleksi ( Kekuatan, Kelemahan dan Penambahbaikan )a) Bahagian Persediaan
b) Bahagian Perkembangan Pengajaran
c) Bahagian Penutup
10
11-14
15-16
5.Kesimpulan 17
9. Rujukan 18
10. Lampiran 19
HASLINA BINTI HARUN750303075396 Page 2
HBME 3103PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA DAN ENAM 2012
A. PENGENALAN
Sejak akhir-akhir ini masalah gejala sosial dikalangan pelajar sekolah menengah
mahupun peringkat rendah hangat diperkatakan di media cetak atau elektronik.
Antara gejala sosial yang menjadi ‘ranking’ tertinggi dalam carta masalah pelajar
yang kritikal ialah seperti penyalahgunaan dadah, merokok, ponteng sekolah,
mencuri, buli, vendalisme dan sebagainya. Mengikut statistik kementerian bahagian
Hal Ehwal Pelajar, salah laku disiplin pelajar dalam tempoh 2003 hingga 2007
mencatatkan kadar purata dua peratus, kes jenayah pula yang direkodkan melalui
laporan polis pada kadar purata 0.03 %. Menurut laporan dari Utusan Malaysia
bertarikh 1 Oktober 2009, kadar salah laku dan disiplin murid sekolah rendah
mencatat peningkatan dalam tempoh enam bulan pertama pada tahun tersebut
berbanding sekolah menengah yang menunjukkan penurunan pada tahun yang sama.
Peningkatan salah laku yang berlaku di peringkat sekolah rendah membabitkan
ponteng sekolah, kekemasan diri dan tingkah laku kurang sopan.
Masalah gejala sosial dikalangan pelajar terutama peringkat rendah merupakan
perkara yang perlu difikirkan dan dibincangkan secara serius kerana golongan ini
merupakan bakal pemimpin negara pada masa hadapan. Bagi merialisasikan
Wawasan 2020 negara memerlukan bakal pemimpin yang mempunyai keperibadian
yang mulia dan disiplin diri yang tinggi. Dalam Falsafah Pendidikan Negara sendiri
jelas hasrat kerajaan adalah untuk menjadikan pendidikan di Malaysia sebagai alat
untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan dan masyarakat yang seimbang dari segi rohani, emosi, jasmani dan
intelek.
HASLINA BINTI HARUN750303075396 Page 3
HBME 3103PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA DAN ENAM 2012
1(a) Kes Kecurian
Menurut Dr Ahmad Kamaruddin Hj. Hamzah mencuri ialah mengambil dengan cara
yang tersembunyi Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Berita Harian pada 6
September 2005 kadar gejala sosial yang melibatkan kecurian oleh kalangan pelajar
sekolah ialah sebanyak 1565 kes. Ini termasuk kes curi kenderaan, curi harta, samun
malam dan lain-lain kecurian.. Jika sebelum ini kes-kes kecurian hanya berlaku di
dalam kawasan sekolah atau asrama, kini masalah ini telah menular keluar dari
persekitaran sekolah dengan kes yang lebih berat.
Mengikut laporan dari Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar (HEM) sekolah saya, kes
mencuri adalah paling tinggi dilaporkan dan direkod di dalam Sistem Disiplin Murid (
SDM ). Kes kecurian yang paling serius setakat ini ialah melibatkan murid
perempuan Tahun 4. Sejumlah wang RM 50 telah diambil dari poket seluar bapanya
dari rumah dan di bawa ke sekolah untuk di belanjakan. Hal ini telah dibincangkan
bersama ibu bapa murid tersebut dan pengakuan telah direkodkan bahawa beliau
mengambil duit tersebut tanpa pengetahuan ibubapanya. Kes lain pula ialah
melibatkan kehilangan barangan guru di bilik guru. Setelah siasatan dijalankan
beberapa orang murid telah mengaku mencuri barangan guru ketika waktu lepas
persekolahan. Kes-kes kecurian lain yang pernah dilaporkan ialah seperti kecurian
alatan sekolah dan wang saku.
1(b) Rumusan Penambahbaikan
Berdasarkan lima artikel yang telah dimuat turunkan rata-ratanya menyatakan faktor-
faktor penyebab yang sama penyumbang kearah kes kecurian ini. Antaranya ialah
faktor ibu bapa, pengaruh persekitaran dan media massa. Begitu juga kesan gejala
mencuri yng boleh dibawa oleh pelajar-pelajar ini seperti kepada masyarakat, masa
depan individu tersebut dan nama baik ibu bapa serta sekolah. Secara keseluruhannya
bersetuju bahawa peranan ibu bapa cukup penting dalam memberi pendidikan kepada
anak-anak dan pembentukan moral dan pegangan agama, di samping menerapkan
nilai-nilai positif ke dalam jiwa anak-anak. Dalam kelima-lima artikel ini, motivasi
HASLINA BINTI HARUN750303075396 Page 4
HBME 3103PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA DAN ENAM 2012
diri tidak dinyatakan sebagai salah satu cara mengatasi masalah sosial ini. Motivasi
diri amat perlu dalam mengubah perilaku negatif . Adakalanya motivasi untuk
berubah lahir dengan sendirinya. Namun begitu ada juga memerlukan bimbingan
terutamanya oleh ibubapa, guru, rakan dan jiran. Terdapat sesetengah pelajar yang
terlibat lebih selesa berkongsi masalah bersama rakan sebaya. Justeru adalah
digalakkan Persatuan Rakan Sebaya ditubuhkan di sekolah-sekolah di bawah
pantauan kaunselor sekolah. Selain itu pihak pengurusan sekolah dan juga guru
memainkan peranan penting dalam penerapan nilai moral dan akhlak mulia pelajar.
Guru boleh menerapkan nilai-nilai moral dan rohani diri dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Contohnya dalam subjek Agama Islam guru boleh
menceritakan tentang hukuman potong tangan bagi orang yang mencuri pada zaman
Nabi Muhannad s.a.w dan dosa yang ditanggung hingga ke akhirat. Dalam
Pendidikan Moral pula guru boleh menyatakan hukuman penjara bagi mereka yang
didapati bersalah mencuri. Melalui pengabungjalinan dalam subjek tertentu dengan
menyentuh berkaitan perbuatan negatif seperti mencuri ini sedikit sebanyak dapat
menyedarkan pelajar tersebut akan akibat dan musibah jika perbuatan tersebut tidak
di hentikan. Langkah lain yang boleh diambil oleh pihak pentadbiran selain memberi
hukuman ialah pengisian rohani pada waktu tertentu. Contohnya setiap kali
perhimpunan di awal pagi guru bertugas boleh memberi ucapan nasihat sebagai
santapan rohani berkaitan dengan pembentukan sahsiah dan akhlak mulia. Penerapan
nilai keagamaan adalah salah satu alternatif yang boleh dipraktikkan bagi
melembutkan hati yang keras dan ‘gelap’ iaitu melalui bacaan suarah-surah Al-
Quran. Di kebanyakkan sekolah termasuk sekolah saya telah mengambil pendekatan
ini sebagai salah satu cara melembutkan hati para pelajar di mana pada setiap hari
Jumaat akan diadakan bacaan Yassin yang melibatkan semua guru dan murid.
Hasilnya dapat dilihat daripada penurunan kes-kes pelajar yang melibatkan
pembentukan akhlak seperti bergaduh, percakapan dan perbuatan yang kasar dan
termasuk mencuri.
HASLINA BINTI HARUN750303075396 Page 5
HBME 3103PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA DAN ENAM 2012
2.0 Rancangan Pengajaran Harian
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan dokumen rasmi yang perlu
disediakan oleh guru sebagai panduan pengajaran untuk sesuatu hari. Dalam
pengajaran Moral RPH amat penting disediakan bagi memastikan kandungan
pengajaran adalah mengikut kehendak Huraian dan Sukatan Pelajaran Moral
sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Rancangan Pengajaran Harian Tahun 6
Tahun : 6 Cemerlang
Masa : 60 minit
Bidang Pembelajaran : Nilai berkaitan dengan perkembangan diri
Nilai Moral : 1.7 Kesederhanaan
Kandungan Akademik : Masalah Remaja
Tajuk : Jenayah Curi Kesan dan Hukuman
Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui maksud mencuri dan kegiatan
yang menjurus kepada kerosakan akhlak
Hasil pembelajaran : Murid akan dapat
1) Menyelesaikan masalah dengan mengambil kira
kepentingan diri dan orang lain
Penyerapan ilmu : Membina carta pengurusan grafik ( Peta Minda )
Strategi Pembelajaran : Soal jawab, perbincangan kumpulan, pembelajaran
kerjasama
Bahan Bantuan Mengajar : Kad gambar mengikut jalan cerita, kad cerita,
borang pengurusan grafik, kertas Sebak
HASLINA BINTI HARUN750303075396 Page 6
HBME 3103PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA DAN ENAM 2012
Isi Pengajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
1. Lampiran A ( Kad urutan
gambar menunjukkan
seorang murid mencuri
sebilah kikir parut di bilik
Kemahiran Hidup dan
menggunakan alatan
tersebut di dalam kelas.
Perbuatannya telah dilihat
dan dilaporkan kepada guru
disiplin)
2. Beberapa orang murid
tampil dengan mengambil
sekeping kad cerita dan
sekeping kad gambar
berdasarkan cerita yang
dibaca.
3. Setiap murid yang terlibat
akan tampil kehadapan
menampal kad bergambar
dan bercerita berdasarkan
kad bergambar tersebut
Set Induksi (5 minit)
Guru memanggil 4 orang
murid kehadapan
Setiap orang diberikan
sekeping kad bergambar dan
sekeping kad cerita
Setiap orang murid tampil
melekatkan kad bergambar
dan bercerita berdasarkan kad
cerita yang diberikan.
Seterusnya diikuti murid
kedua, ketiga dan keempat.
Guru mengingatkan murid
agar memberi perhatian
sepenuhnya semasa rakan
mereka bercerita di hadapan
Strategi cara
bercerita
ABM
Nilai
Kerjasama
1. Lampiran B ( Borang
Pengurusan Grafik)
2. Guru bersoal jawab dengan
murid untuk mencari kata
kunci bagi membina grafik
minda.
3. Kata kunci bagi grafik
minda ialah
Langkah 1 (20 minit)
Guru meminta murid-murid
membuat lima kumpulan dan
setiap kumpulan melantik
seorang ketua dan pencatat.
Guru menjelaskan tentang
aktiviti yang akan
dilaksanakan oleh setiap
Strategi
Kerja kumpulan
ABM
Kertas mahjong
Petikan cerita
Borang
pengurusan
grafik
HASLINA BINTI HARUN750303075396 Page 7
HBME 3103PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA DAN ENAM 2012
Kesan
- Ibubapa malu
- Menyusahkan orang
lain
- Gelap masa hadapan
- Wujud kes lain
-mencederakan orang
lain
-merosakkan harta
benda sekolah
Hukuman
- Amaran keras
- Dikaunselingkan
- Nama dan kesalahan
direkodkan
- Dihantar ke pusat
pemulihan akhlak
kumpulan iaitu membaca
semula jalan cerita yang
diberikan dan mencatat setiap
kesan-kesan dan hukuman
yang diterima berdasarkan
jalan cerita yang diberikan.
Guru membimbing murid
mencari kata kunci bagi kesan
dan hukuman dari penceritaan
tersebut melalui soal jawab
antara murid dan guru
Hasil daripada catatan
tersebut, murid dikehendaki
memindah maklumat yang
diperolehi kedalam bentuk
peta minda dimana ianya akan
dilakarkan diatas kertas
mahjong. Contoh peta minda
ada diberikan di dalam borang
grafik.
Guru meminta murid-murid
secara berkumpulan
berbincang dan menyelesaikan
tugasan yang diberi.
Nilai
Kerjasama
Lampiran C
Jawapan pengukuhan disediakan oleh
guru secara lisan.
Langkah 2 (20 minit)
Guru meminta setiap
kumpulan membentangkan
hasil kerja mereka di hadapan
kelas.
Guru berbincang dengan murid
tentang setiap hasil kerja
Strategi
Komunikasi
(pembentangan)
Perbincangan
kelas
ABM
HASLINA BINTI HARUN750303075396 Page 8
HBME 3103PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA DAN ENAM 2012
kumpulan.
Guru mengukuhkan jawapan
murid-murid dengan memberi
jawapan di hadapan kelas
secara lisan.
Lampiran D
Jawapan tempat kosong
Langkah 3 (8 minit )
Guru mengedarkan latihan
mengisi ruang kosong
berkaitan dengan petikan
kegiatan kecurian di sebuah
kelas.
Guru meminta murid-murid
mengisi ruang kosong tersebut
dengan menggunakan
perkataan sendiri dan
bersesuaian.
Tepukan semangat untuk diri
sendiri diberikan
Strategi
Latihan mengisi
ruang kosong
Abm
Petikan
perenggan cerita
kecurian yang
tidak lengkap
Nilai
Berfikir secara
rasional
Kesan dan Hukuman Mencuri Penutup (5 minit)
Guru bersoal jawab dengan murid-murid
tentang pelajaran pada hari ini dan memberi
pengukuhan agar sentiasa menjaga akhlak dan
menghindari dari sebarang jenayah atau
perilaku yang boleh merosakkan diri dan
masa hadapan.
Penutup kognitif
dan motivasi
serta penerapan
nilai-nilai rohani.
3.0 Refleksi
Refleksi boleh didefinisikan sebagai suatu proses mengingat dan merenung
kembali aktiviti dan pengalaman yang telah dilalui. Selain itu analisis dan
penilaian dilakukan terhadap kelebihan atau kekurangan yang berlaku bagi tujuan
penambahbaikan. Calderhead (1989) telah merumuskan amalan refleksi dalam
HASLINA BINTI HARUN750303075396 Page 9
HBME 3103PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA DAN ENAM 2012
pengajaran membolehkan seseorang menilai keberkesanan diri sebagai guru dan
menyoal tujuannya. Menurut (Dewey,1993; Schon, 1987) pula seseorang yang
reflektif akan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan dalam proses
pngajaran dan pembelajaran.
3.1 Bahagaian Persediaan (Perancangan)
3.1.1 Aspek Kekuatan
Semua item di dalam perancangan persediaan adalah menepati dan mengikut
susunan yang telah ditetapkan. Sebelum memulakan perancangan ini beberapa
tinjauan telah dijalankan dari segi tajuk, murid dan situasi. Pemilihan tajuk
adalah adalah amat bertepatan kerana terdapat kes kecurian yang benar
berlaku baru-baru ini di sekolah tersebut dan murid terlibat adalah satu aliran
tetapi kelas yang berlainan. Ini merupakan satu bonus kepada pengalaman
sedia ada murid berkaitan kecurian di kawasan sekolah.
3.1.2 Aspek Kelemahan
Tedapat kelemahan semasa memilih ABM kerana kad bergambar yang sedia
ada agak kabur dan pelajar di belakang tidak dapat melihat dengan jelas. Ini
telah mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran murid di dalam kelas.
3.1.3 Penambahbaikan
Bagi mendapatkan gambar yang lebih jelas kad bergambar tersebut dicetak
semula dan dterangkan serta diperbesarkan . Selain itu penggunaan
OHP dapat membantu gambar di perbesarkan. Cadangan lain ialah
menggunakan bantuaan ICT iaitu pancaran terus ke slaid. Oleh sebab itu
alternatif kelas perlu ada iaitu makmal komputer sebagai backup bagi
membantu pengajaran berjalan lancar dan berkesan.
3.2 Bahagaian Perkembangan Pengajaran
3.2.1 Aspek Kekuatan
HASLINA BINTI HARUN750303075396 Page 10
HBME 3103PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA DAN ENAM 2012
a) Set Induksi
Murid menunjukkan minat pada permulaan pengajaran kerana melibatkan
murid untuk tampil kehadapan dan membaca petikan cerita berdasarkan kad
gambar.
b) Pengurusan Bilik Darjah
Keseluruhannya berjalan lancar dan murid melibatkan diri dalam setiap
aktiviti yang dijalankan dari set induksi hingga langkah ke tiga. Murid
melakukan aktiviti secara aktif dan mengikut arahan kerja sepertimana yang
telah ditetapkan oleh guru.
c) Kemahiran Penggunaan Media/Alat
Murid menggunakan Kad cerita dengan sebaiknya untuk mencari maklumat
utama dalam membina peta minda iaitu kesan-kesan dan hukuman dari
perbuatan mencuri. Penggunaan kertas mahjong juga praktikal kerana saiz
yang besar membolehkan murid menghasilkan satu peta minda yang lebih
jelas dari segi tulisan dan saiznya. Selain itu, penyediaan pen pelbagai warna
amat bijak kerana murid telah menggunakan sepenuhnya pen tersebut bagi
menghasilkan satu peta minda yang amat menarik dan kreatif.
d) Kemahiran Variasi Rangsangan
Murid agak tertarik dengan cara penceritaan yang di bawa oleh rakan-rakan
mereka. Cara penyampaian pengajaran guru menarik berdasarkan body
language yang tidak kaku dimana guru sentiasa bergerak dari satu sudut ke
sudut yang lain. Keadaan ini dapat mengelak dari murid membuat aktiviti lain
dan perhatian diberikan sepenuhnya semasa pengajaran guru.
e) Kemahiran Teknik Penyoalan
Dalam sesi soal jawab pada Langkah ke 2 dimana guru membimbing murid
mencari kesan-kesan dan hukuman yang dikenakan dalam teks cerita tersebut
HASLINA BINTI HARUN750303075396 Page 11
HBME 3103PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA DAN ENAM 2012
amat baik kerana hasil jawapan yang diberikan adalah menepati kehendak
guru dan objektif aktiviti yang akan dijalankan.
f) Kemahiran Menerang/Contoh/Ilustrasi
Berdasarkan permerhatian dari setiap langkah aktiviti yang dijalankan, murid
dapat membuatnya dengan baik dan lancar. Ini menunjukkan bahawa cara
penerangan dan arahan yang diberikan oleh guru telah berjaya meransang
untuk murid melaksanakannya dengan baik.
g) Kemahiran Menggunakan Sumber
Dengan menggunakan kad cerita yang selari dengan kad gambar yang
dipamerkan amat praktikal kerana tidak megundang rasa bosan kepada murid.
Namun begitu perlu diperbaiki dari segi saiz dan kejelasan gambar tersebut
agar lebih menarik.
h) Kemahiran Pemudah Cara
Aktiviti pada Langkah 2 lebih kepada aktiviti koperatif dimana setiap ahli
berbincang sesama sendiri mencari maklumat seperti yang dikehendaki dari
teks cerita dan membina peta minda yang kreatif. Oleh kerana Tahun 6
Cemerlang merupakan kelas pertama, maka tahap kognitif murid adalah
hampir setara antara mereka. Ini memudahkan untuk guru memastikan ahli
dianggotai terdiri dari pelbagai aras kognitifnya.
i) Kemahiran Menggunakan Papan Tulis
Papan tulis telah digunakan secara menyeluruh iaitu untuk menulis dan
melekatkan kad bergambar dan kertas mahjong iaitu mempamerkan hasil
murid dan dibentangkan hasil itu.
j) Kemahiran Pengukuhan
HASLINA BINTI HARUN750303075396 Page 12
HBME 3103PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA DAN ENAM 2012
Pengukuhan positif diberikan dalam bentuk pujian kepada mereka yang dapat
menjawab dengan betul kesemua soalan. Kata-kata perangsang diberikan
kepada yang kurang berjaya untuk lebih berusaha. Ucapan tahniah diberikan
kepada semua murid kerana telah berjaya melaksanakan aktiviti seperti yang
telah diarahkan. Rasa puas hati dan gembira ditonjolkan oleh semua murid
apabila tepukan semangat diberikan untuk diri sendiri.
3.2.2 Aspek Kelemahan
a) Set Induksi
Gambar yang agak kecil dan kurang jelas menyebabkan perhatian murid agak
terganggu. Selain itu terdapat 2 orang murid menyampaikan cerita secara
tidak jelas dan kurang menarik dari segi nada suara dan intonasinya. Ini
mengundang rasa tidak puas hari murid lain terutama di barisan belakang.
Situasi begini mengundang sedikit kecacatan dalam pengajaran dan
pembelajaran pada hari tersebut.
b) Kemahiran Menggunakan Sumber
Penggunaan kad gambar adalah kurang baik kerana banyak kelemahannya.
Contohnya dari segi saiz, gambarnya tanpa warna dan kabur. Selain itu pada
langkah 3 jawapan diberikan hanya dibaca oleh guru juga kurang praktikal
kerana terdapat murid yang tidak dapat mengikuti jawapan yang diberi secara
lisan.
3.2.3 Penambahbaikan
a) Set Induksi
Bagi mendapatkan visual kad gambar yang menarik, gambar perlu dibesarkan
saiznya daripada A4 kepada A3. Warnakan gambar tersebut dengan adunan
warna yang terang dan jelas. Jika ingin menggunakan kaedah lebih baik,
HASLINA BINTI HARUN750303075396 Page 13
HBME 3103PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA DAN ENAM 2012
alatan OHP terkini boleh digunakan. Ianya lebih baik daripada kaedah
tradisional kerana saiz gambar boleh diperbesarkan mengikut kesesuaian dan
sesuai digunakan di dalam kelas. Jika aktiviti dilakukan di makmal komputer,
urutan gambar boleh divisualkan dengan menggunakan program ‘power
point’. Selain dibaca oleh murid, kad cerita juga boleh ditayangkan di slaid
agar lebih jelas. Secara tidak langsung murid akan lebih beri perhatian dan
deria pendengaran serta penglihatan pelajar lebih terangsang.
Sepatutnya amali cara membaca dan menyampaikan cerita diberikan kepada
murid yang terlibat sebelum dipersembahkan kepada kelas. Ini kerana tidak
semua murid mempunyai kemahiran bercerita secara spontan. Pendedahan
awal sebelum P&P tersebut berlangsung dapat membantu murid terlibat lebih
bersedia, yakin dan memberi komitmen yang lebih baik semasa
menyampaikannya.
b) Kemahiran Menggunakan Sumber
Cara penggunakan sumber yang betul dan menarik telah dibincangkan
sepertimana diatas iaitu penambahbaikan di bahagain Set Induksi. Bagi
langkah 3 pula seharusnya jawapan guru divisualkan kepada murid agar lebih
jelas dan mudah bagi murid menyemak jawapan mereka. Jika di dalam kelas
guru boleh menggunakan alatan OHP terkini dan sebaliknya dimakmal
komputer boleh ditayangkan terus melalui LCD yang telah sedia ada.
3.3 Bahagian Penutup
3.3.1 Aspek Kekuatan
a) Penutup Kognitif
HASLINA BINTI HARUN750303075396 Page 14
HBME 3103PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA DAN ENAM 2012
Pengukuhan telah diberikan melalui soaljawab secara lisan berkaitan
jenayah mencuri dan kesannya kepada diri dan orang lain. Selain itu
melalui perbincangan jawapan juga secara tidak langsung pengukuhan
telah diberikan.
b) Penutup Sosial
Tepukan semangat pada diri sendiri secara tidak langsung telah menaikkan
semangat dan motivasi kepada murid tentang apa yang telah mereka
pelajari. Kata-kata nasihat yang telah diberikan juga telah menimbulkan
rasa sayang pelajar kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.
Ini dibuktikan dengan kata-kata yang lahir dari hati salah seorang pelajar
bahawa akan sentiasa menjaga diri agar menjadi kebanggaan ibu dan bapa
serta keluarga dan pernyataan ini disokong oleh rakan pelajar lain.
3.3.2 Aspek Kelemahan
a) Penutup Kognitif
Didapati jawapan yang diberikan pada setiap persoalan yang dikemukakan
guru adalah orang yang sama. Ini menunjukkan bahawa penglibatan murid
dalam aktiviti tersebut tidak secara menyeluruh kerana terdapat beberapa
orang murid yang hanya mendengar dan melihat rakan lain memberi
respon pada soalan atau jawapan guru. Jelas sekali guru terlepas pandang
pada kumpulan ini.
3.3.3 Penambahbaikan
a) Penutup Kognitif
Seharusnya guru memberi peluang sama rata kepada pelajar untuk
memberi jawapan atau pendapat mereka dan tidak hanya tertempu kepada
HASLINA BINTI HARUN750303075396 Page 15
HBME 3103PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA DAN ENAM 2012
murid yang sama. Guru boleh memanggil nama murid yang dilihat agak
‘pendiam’ untuk memberi jawapan dan secara tidak langsung murid yang
lain akan ‘bersedia’ dengan jawapan jika nama mereka dipanggil. Maka
disini sikap ‘cakna’guru terhadap muri-muridnya amat perlu bagi
memastikan keterlibatan secara menyeluruh oleh murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
4.0 Kesimpulan
Tugas seorang guru Pendidikan Moral tidak hanya mengajar di dalam kelas.
Malah guru seharusnya bersedia memperkasakan diri dengan pelbagai
kemahiran malah dapat mengaitkan pengajaran dengan situasi semasa
HASLINA BINTI HARUN750303075396 Page 16
HBME 3103PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA DAN ENAM 2012
terutama dalam membina sahsiah dan rohaniah pelajar serta mampu
meningkatkan pencapaian diri dan organisasi. Menurut Dewey bahawa warga
guru harus berpusatkan kepada pelajar yang merupakan individu yang perlu
melengkapkan diri mereka dengan ciri-ciri insan sempurna pada
keseluruhannya. Oleh itu pendidikan bukan sekadar menyediakan ilmu dan
pekerjaan tetapi membuat persediaan untuk mereka (guru) membangunkan
masyarakat madani. Pengajaran yang efektif adalah guru yang berkesan
dalam pengajarannya dan sentiasa membuat refleksi diri agar dapat memberi
impak kepada pelajarnya. Guru yang efektif juga akan sentiasa meningkatkan
keyakinan diri pelajar-pelajarnya. Sesuatu yang pasti ialah proses pendidikan
seseorang itu tidak terhenti dari semasa ke semasa, tetapi terus berjalan untuk
seumur hidup.
(2950 patah perkataan)
Rujukan
Kol Hamid Awang(2011). HBME3203 Pendidkan Moral tahun 5&6.Open Universiti
Malaysia.
HASLINA BINTI HARUN750303075396 Page 17
HBME 3103PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA DAN ENAM 2012
Rohana Embong(2008).Gejala Sosial (Buku 2). Kuala Lumpur: Cahaya Kasturi Sdn.
Bhd.
Majalah Ehwal Pendidikan, Keluaran Disember 2008 ( Bil.21/2008 )
HASLINA BINTI HARUN750303075396 Page 18
HBME 3103PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA DAN ENAM 2012
HASLINA BINTI HARUN750303075396 Page 19
HBME 3103PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA DAN ENAM 2012
HASLINA BINTI HARUN750303075396 Page 20