MASLH SOSIAL

download MASLH SOSIAL

of 3

Transcript of MASLH SOSIAL

  • 7/25/2019 MASLH SOSIAL

    1/3

    Masalah sosial yang melibatkan remaja semakin meningkat sejak belakangan ini.

    Huraikan pendapat anda tentang punca-punca remaja terjebak dalam gejala sosial.

    Pada hari ini, isu masalah sosial selalu diperkatakan. Hal ini demikian kerana masalah sosial yang melibatkan

    remaja semakin meningkat sejak belakangan ini. Persoalannya, mengapakah isu sedemikian sering menjadi buah

    mulut masyarakat? Oleh itu, marilah kita membincangkan punca-punca remaja terjebak dalam gejala sosial.

    Sesungguhnya, punca remaja terjebak dalam gejala sosial ialah kekurangan didikan agama dan moral dalam diri

    remaja. Hal ini menyebabkan remaja mudah terpengaruh oleh anasir-anasir yang jahat. Sebagai contoh, masalah

    lumba haram, merokok dan penyalahgunaan dadah boleh terjadi akibat keinginan remaja untuk mencari

    keseronokan demi mengisi hati sanubari mereka yang kosong. Oleh itu, perkara ini akan menyebabkan remaja

    kehilangan pegangan dalam kehidupan dan bertindak sesuka hati. Jelaslah, kekurangan didikan agama dan moral

    dalam diri remaja merupakan punca remaja terjebak dalam gejala sosial.

    Sementelahan, punca remaja terjebak dalam gejala sosial ialah ibu bapa mengabaikan tanggungjawab mereka

    terhadap anak-anak. Hal ini demikian kerana ibu bapa kini rakus mengejar kemewahan dan kebendaan semata-mata

    untuk memenuhi naluri desakan hati! mereka. Sebagai tamsilan, ibu bapa hanya memberikan wang kepada anak-anak dan tidak meluangkan masa yang mencukupi untuk mendidik dan mencurahkan kasih sayang kepada mereka.

    Oleh itu, lama-kelamaan remaja yang membesar tanpa belaian kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa akan

    menyebabkan remaja berasa dirinya tidak dihargai dan terabai. "enarlah, pengabaian tanggungjawab oleh ibu bapa

    merupakan punca remaja terjebak dalam gejala sosial.

    Selain itu, punca remaja terjebak dalam gejala sosial ialah pengaruh rakan sebaya. Hal ini demikian kerana rakan

    sebaya merupakan indi#idu yang rapat dengan remaja selain ibu bapa, malah remaja kini lebih banyak meluangkan

    masa dengan rakan berbanding dengan keluarga. $emaja takut diri mereka akan dipinggirkan daripada kumpulan

    rakan sekiranya tidak mengikut perbuatan mereka. %kibatnya, remaja sanggup melakukan apa-apa sahaja tanpa

    memikirkan kesan daripada perbuatan tersebut. Sebagai misalan, apabila sekumpulan rakannya merokok, nescaya

    sudah tentu! remaja dalam kumpulan tersebut akan didesak supaya melakukan perbuatan yang sama. Oleh itu,remaja akan cenderung mencontohi perbuatan rakan sebaya mereka yang tidak sihat. &egasnya, pengaruh rakan

    sebaya merupakan punca remaja terjebak dalam gejala sosial.

    'i samping itu, punca remaja terjebak dalam gejala sosial ialah sikap remaja sendiri. Hal ini demikian kerana

    remaja kini lebih mudah terpengaruh oleh gaya hidup dan budaya asing. $emaja seolah-olah mengagung-agungkan

    budaya asing dan beranggapan bahawa budaya ini merupakan cara hidup moden yang seiring dengan dunia yang

    semakin canggih ini. Sebagai contoh, duduk serumah sebelum berkahwin, gaya pakaian yang tidak cukup kain,

    (esyen rambut bercorak burung belatuk dan tatu-tatu yang menghiasi tubuh badan merupakan budaya yang tertimbul

    akibat terlalu mengagung-agungkan budaya asing. Oleh itu, imej negara akan terjejas dan kita akan malu dengan

    arang yang terconteng di muka. Sudah terang lagi bersuluh, sikap remaja sendiri merupakan punca remaja terjebak

    dalam gejala sosial.

    )esimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama *bagai aur dengan tebing+ untuk mengelakkan (enomena

    remaja terjebak dalam gejala sosial daripada terus berleluasa. Jika tidak, remaja kita akan semakin hari semakin

    runtuh akhlak dan etikanya. Semoga kita akan dapat menahirkan remaja yang cemerlang, gemilang dan terbilang

    demi negara tercinta kita. amun begitu, bak kata peribahasa, *tepuk dada tanya selera+.

    / patah perkataan!

  • 7/25/2019 MASLH SOSIAL

    2/3

    Contoh Karangan SPM Bahasa Melayu ( Tajuk :Masalah sosial dalam kalanganremaja semakin meningkat.Bincangkan punca-punca dan usaha-usahalangkah-

    langkah mengatasi masalah ini.!

    Dalam masyarakat kini, masalah sosial semakin tambah dan dipaparkan melalui media

    masa. masalan sosial ini kebanyakan datang dari kalangan remaja.

    Budaya melepak merupakan masalah sosial yang paling banyak ditayangkan.Kita dapat

    saksikan bahawa kalangan remaja sering berjalan-jalan di kompleks beli-belah atau duduk-

    duduk di tembok jalan dengan tanpa hala tujuan. Malah, sesetengah kalangan remaja

    sering mengusik gadis-gadis yang lalu-lalang di tepi jalan dengan berbahasa kerang sopan,

    atau berbual-bual kosong dan membuat bising tanpa hala tujuan. Masalah ini akan

    diwujudkan kebanyakan adalah disebabkan oleh hal-hal keluarga. Ahli keluarga mereka

    sering bergaduh ataupun adanya yang ibu bapa bercerai. Mereka melepak di luar bersama

    kawannya tujuannya adalah untuk mendapatkan hiburan ataupun melepaskan geram

    ataupun tekanan mereka. Sesetengah pula merokok bersama kawan-kawan mereka.

    Selain itu, budaya buli juga sering berlaku dalam sekolah. Sejak-sejak ini, kita pun tahu

    bahawa dalam sesebuah sekolah, seorang remaja lelaki telah dipukul oleh sekumpulan

    remaja lelaki. ihak sekolah tersebut juga tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan

    remaja lelaki tersebut disebabkan remaja kini semakin biadap dan liar.!olongan remaja

    akan bertindak begitu kebanyakan dipengaruhi oleh media masa.Kebanyakan "ilem

    keganasan ditayangkan dalam pawangan wayang. #enis "ilem ini amat disukai oleh remaja-

    remaja masa kini terutamanya remaja lelaki. #adi, mereka akan belajar tindakan yang

    dipaparkan dalam wayang tersebut.

    Bukan itu sahaja, remaja juga sering mengamalkan amalan lari dari rumah. $al ini dapat

    diyaksikan melalui surat khabar. %emaja yang lari dari rumah kebanyakannya adalah lari

    bersama teman lelakinya. %emaja-remaja selalu berkawan dengan orang yang tidak

    berkenaan. $ubungan mereka juga berkembang dengan cepat sehingga menjadi teman

    lelaki dan teman wanita. $al ini akan terjadi disebabkan pengawasan yang tidak ketat di

    sekolah. Kebanyakan remaja suka bertemu dengan teman lelaki atau teman wanita di

    depan pintu sekolah tanpa kesedaran ibu bapa. &leh itu, mereka senang ditipu dan dipujuk

    oleh orang luar dengan kata manis.

    Ada juga remaja-remaja yang selalu ponteng sekolah. Mereka ponteng sekolah tujuan

    utamanya adalah berkunjung ke ka"e internet. Mereka terjerumus dengan laman web

    permainan di ka"e internet. Mereka boleh menghabiskan masa mereka dengan perkara yang

    tidak ber"aedah di ka"e internet. $al ini akan terjadi disebabkan kawalan sosial yang

    longgar.ara ibu bapa lebih menumpukan masa dan tenaga untuk mencari mata pencarian

    di luar rumah, secara tidak langsung telah menimbulkan rasa bosan dan kesunyian di hati

  • 7/25/2019 MASLH SOSIAL

    3/3

    anak-anak. 'antas, anak-anak mudah mengikut ajakan rakan-rakan untuk berhibur dalam

    laman web.

    (ambahan pula, yang lebih seriusnya adalah kegiatan lumba haram. Mereka berlumba

    motosikal di tempat yang tertentu bersama kawan-kawan yang dalam kumpulan yang

    besar. Mereka telah membahayakan nyawa mereka dalam lumba haram tersebut. Merekaakan berbuat demikian kebanyakan adalah mereka tidak puas hati terhadap keluarga

    mereka atau masalah yang dihadapi oleh mereka. Mereka telah memilih cara begini untuk

    melepaskan geram yang ada dalam hati mereka.

    )ntuk mengatasi masalah sosial yang tersisiar dalam masyarakat ini, pihak berkuasa

    haruslah menguatkankuasa untuk menangani masalah sosial tersebut. (ambah pula, pihak

    ibu bapa juga haruslah lebih mengambil berat terhadap anak-anak mereka.Bumi mana

    tidak ditimpa hujan.#adi pihak ibu bapa haruslah mengubah sikap mereka yang dahulu.

    (untasnya, saya berharap masalah sosial ini dapat diatasi selepas pelbagai pihak telah

    menjalankan kewajipan mereka.

    *+ p.p.