Masyarakat Baba Dan Nyonya Di Melaka

24
1.0. PENGENALAN Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk dan berbilang kaum, rakyat malaysia mempunyai adat resam dan budaya masing-masing yang tersendiri. Adat resam yang diterima oleh sesuatu bangsa merupakan cetusan peraturan dan panduan. Peraturan dan panduan ini merupakan satu garis penentu sesuatu hukum yang dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Sesuatu masyarakat menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek moyang mereka, menyempurna dan melaksanakan amalan nenek moyang sebagai suatu peraturan. Peraturan ini menjadi kebiasaan yang lama- kelamaan menjadi satu kemestian. Menurut Kamus Dewan edisi ke empat, adat resam didefinisikan sebagai adat kebiasaan, aturan-aturan yang menjadi adat resam seperti makan bertertib, bersopan santun ketika bertutur adalah menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula jadi yang diikuti turun-temurun. Pentafsiran yang pelbagai tentang adat resam menunjukkan bahawa setiap masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat resam adalah masyarakat yang hidup bertatacara. Hal ini memperlihatkan kehidupan mereka adalah berlandaskan norma-norma kehidupan positif yang perlu dipatuhi. Oleh itu dalam masyarakat Melayu juga terdapat adat resam tersendiri seperti adat resam berkomunikasi, makan dan minum, tatacara menziarahi keluarga, dan merangkumi adat-adat kebiasaan yang lainnya. Adat-adat ini telah digunapakai sejak daripada kelahiran sehinggalah kepada kematian. Antara adat-adat tersebut ialah adat menyambut kelahiran, adat selepas bersalin, berkhatan, bersanding dan sebagainya. Bagi pengertian budaya pula, pelbagai tafsiran dapat diberika. Ada yang mengatakan budaya sebagai tarian, muzik, dan seni lakonan. Sebenarnya ia hanyalah sebahagian kecil daripada unsur budaya. 1

description

lknlknkb j

Transcript of Masyarakat Baba Dan Nyonya Di Melaka

Page 1: Masyarakat Baba Dan Nyonya Di Melaka

1.0. PENGENALAN

Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk dan berbilang

kaum, rakyat malaysia mempunyai adat resam dan budaya masing-masing yang tersendiri.

Adat resam yang diterima oleh sesuatu bangsa merupakan cetusan peraturan dan panduan.

Peraturan dan panduan ini merupakan satu garis penentu sesuatu hukum yang dilaksanakan

oleh masyarakat tersebut. Sesuatu masyarakat menjalani kehidupan berdasarkan amalan

nenek moyang mereka, menyempurna dan melaksanakan amalan nenek moyang sebagai

suatu peraturan. Peraturan ini menjadi kebiasaan yang lama- kelamaan menjadi satu

kemestian.

Menurut Kamus Dewan edisi ke empat, adat resam didefinisikan sebagai adat

kebiasaan, aturan-aturan yang menjadi adat resam seperti makan bertertib, bersopan santun

ketika bertutur adalah menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula jadi yang diikuti turun-

temurun. Pentafsiran yang pelbagai tentang adat resam menunjukkan bahawa setiap

masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat resam adalah masyarakat yang hidup

bertatacara. Hal ini memperlihatkan kehidupan mereka adalah berlandaskan norma-norma

kehidupan positif yang perlu dipatuhi.

Oleh itu dalam masyarakat Melayu juga terdapat adat resam tersendiri seperti adat

resam berkomunikasi, makan dan minum, tatacara menziarahi keluarga, dan merangkumi

adat-adat kebiasaan yang lainnya. Adat-adat ini telah digunapakai sejak daripada kelahiran

sehinggalah kepada kematian. Antara adat-adat tersebut ialah adat menyambut kelahiran,

adat selepas bersalin, berkhatan, bersanding dan sebagainya.

Bagi pengertian budaya pula, pelbagai tafsiran dapat diberika. Ada yang mengatakan

budaya sebagai tarian, muzik, dan seni lakonan. Sebenarnya ia hanyalah sebahagian kecil

daripada unsur budaya. Budaya telah didefinisikan sebagai warisan sosial sesuatu

masyarakat, system idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, dan adat yang dikongsi

bersama oleh semua orang dalam masyarakat.

Terdapat juga pendapat yang mengatakan budaya itu adalah daripada perkataan

asalnya budi dan daya. Daripada budi dan daya tersebut tercetusnya istilah budaya

(R.Roolvink, 1966). Pendapat Roolvink juga ada persamaan dengan pendapat yang

mengatakan budaya merupakan perkembangan kata majmuk daripada budi

(Koentjaraningrat, 1980). Menurut pandangan lain pula, manusia mempunyai budaya yang

membolehkan mereka berinteraksi antara satu dengan yang lain. Budaya adalah perlakuan

manusia yang dipelajari dan bersifat simbolis (Herskovits, 1988:1).

1

Page 2: Masyarakat Baba Dan Nyonya Di Melaka

Budaya terbentuk dan dipelajari oleh setiap ahli dalam masyarakat melalui

sosialisasi. Dalam proses sosialisasi , individu secara tidak langsung boleh memahami

proses budaya komunikasi yang simbolik, bertatacara dan beradab yang cuma difahami

oleh individu dalam sesebuah masyarakat.

Masyarakatlah yang membentuk kebudayaan dan kebudayaan pula mengatur yang

kehidupan masyarakat. Hubungan kebudayaan dengan masyarakat tidak boleh dipisahkan.

Budaya adalah cara yakni cara berfikir, cara berinterksi, cara merasa, dan cara perlakuan

masyarakat. Budaya adalah bersifat dinamis iaitu sentiasa berubah mengikut zaman dan

perlakuan manusia.

Oleh itu, budaya sesuatu kaum akan mengalami perubahan secara perlahan-lahan

mengikut zaman. Budaya yang tidak berkembang merupakan budaya yang mundur dan

mati. Kesan daripada kemunduran budaya tersebut akan mengakibatkan kemunduran

masyarakat. Namun, tidaklah bererti setiap perubahan budaya meendatangkan kesan positif

terhadap masyarakat, malah ada yang akan memberikan implikasi yang buruk. Umpamanya

budaya yang sangat ditentang oleh agama dan masyarakat.

Berdasarkan pernyataan diatas jelaslah bahawa adat resam dan budaya boleh

dirujuk sebagai keseluruhannya cara hidup manusia yang boleh diamalkan dan diterima

secara umum secara positif dan termasuklah fenomena manusia yang berlaku dalam

masyarakat yang sentiasa diguna pakai sejak dari zaman dahulu kala lagi. Kepentingan adat

resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan.

Adat yang merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran,perkahwinan sehinggalah

kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat diMalaysia. Adat resam merupakan

kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan

corak budaya masyarakat tersebut.

2

Page 3: Masyarakat Baba Dan Nyonya Di Melaka

2.0 Asal-usul masyarakat Baba dan Nyonya

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya

di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu iaitu Malaysia,

khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa

mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat

British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji

pendatang-pendatang Cina yang baru, dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak

membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai

"Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi

Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. (Lok Chai Yee, 2003)

Menurut Yeng Chun Man (2003), Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap

suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan

campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa

generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi anutan,

kebanyakannya masih mengekalkan agama Buddha, namun telah ramai yang memeluk

agama lain seperti Islam atau Kristian. Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali

berhijrah ke Tanah Melayu adalah daripada kelompok Hokkien.

Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan mereka yang berasal

daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien

meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. (Mohd Azhar, 2003).

Ada juga orang Baba yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan lain-lain.

Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang

dan dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini,

terutamanya Singapura. Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba

iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu.

2.1 Makanan dan masakan masyarakat Baba dan Nyonya

Masyarakat Baba dan Nyonya sememangnya terkenal di Melaka. Masyarakat ini juga

terkenal dengan makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang mereka. Biasanya

makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum

Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu. (Abdullah Ahmad, 2003). Tetapi

amalan ini hanya dilakukan di rumah sahaja. Makanan dan masakan tradisi masyarakat

3

Page 4: Masyarakat Baba Dan Nyonya Di Melaka

Baba ini biasanya disajikan pada hari perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, Hari

Lahir atau Majlis Perkahwinan.

Di sinilah dihidangkan masakan dan kuih-muih tradisional mereka. Jenis-jenis

masakan Baba adalah seperti kari, sambal, pang-teh, bak-wan kepiting iaitu campuran

daging babi dan sup ketam, itik timitik yang disalut dengan sayur jeruk atau diperam, itik sioh

iaitu daging itik yang disalut dengan rempah, hati babi bungkus, acar nyonya dan nasi lemak.

Selain itu, masyarakat Baba juga menghidangkan nasi kunyit dan sejenis mee yang dibuat

khas, iaitu 'mee sua tau'. Mee ini dibuat bertujuan untuk memenuhi hajat supaya

dipanjangkan umur.

Kuih-muih tradisional masyarakat Baba pula terdiri daripada kuih bakul atau tih kuey

dan kuey-ku yang berbentuk kura-kura berwarna merah, biru dan hitam. Kuih bakul atau tih

kuey ini adalah warisan masyarakat Cina terhadap masyarakat Baba. (Lee, 2004). Selain itu,

masyarakat Baba juga meminati kuih-miuh tradisional Melayu seperti dodol, wajik, tapai,

bahulu dan lain-lain lagi. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan

Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan

tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu.

2.3 Perkahwinan masyarakat Baba dan Nyonya

Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina

yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain, seperti adat

istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua pengantin memakai

pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan budaya Cina tradisional. Rumah

Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding dengan Melayu.

Menurut Azmi Salleh (2006), Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup

dan upacara-upacara agama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta

unsur-unsur tempatan yang lain. Dalam seratus lima puluh tahun yang lalu, upacara ini

telahpun diubah suai.

Perkahwinan tradisional baba nyonya merupakan satu majlis yang memenatkan dan

akan berlangsung selama 12 hari. Menurut mereka jika orang yang sama berkahwin sekali

lagi pun, dia tidak akan berpeluang untuk mempunyai upacara sebegini sekali lagi. Segala

urusan mencari jodoh bagi anak perempuan akan diuruskan oleh ibu bapa mereka, mereka

tidak boleh membantah keputusan orang tua. Jika seseorang perempuan itu belum

berkahwin sebelum usia 20 tahun mereka akan dianggap sebagai anak dara tua, mereka

4

Page 5: Masyarakat Baba Dan Nyonya Di Melaka

juga akan mengalami kesukaran dalam soal mencari jodoh. Bagi pihak lelaki pula, mereka

selalunya akan berkahwin dalam usia 20 tahun.

Permulaan majlis perkahwinan baba nyonya bermula apabila pihak pengantin

perempuan menerima rombongan peminangan daripada pihak pengantin lelaki. Orang tua

pasangan pengantin akan menguruskan tarikh melangsungkan perkahwinan, setelah

mereka memilih satu hari yang baik (bertuah) dengan menggunakan kalendar cina jemputan

akan dikeluarkan. Jemputan akan dikeluarkan kepada mereka yang terlibat, jemputan ini

dipanggil “antah sireh”. Fahmi Zakaria (2006) pula menyatakan bahawa masyarakat Baba

dan Nyonya tidak menggunakkan kad jemputan sebaliknya mereka menghantar wang yang

mengandungi kacang , limau, dan daun sirih (sekapur sirih) sebagai ganti. Seorang nyonya

tua akan diberi tugas ini iaitu pergi ke rumah-rumah tertentu untuk menghantar jemputan

yang unik ini, walaupun setiap keluarga menerima sehelai daun sirih tetapi ia bermaksud

untuk menjemput seluruh keluarga ke majlis perkahwinan itu.

Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi

Melayu. Pada mulanya mereka datang ke Melaka untuk berdagang dan mencari pekerjaan

dan berkahwin dengan wanita tempatan di mana anak lelaki dipanggil Baba dan anak

perempuan disebut Nyonya. (Yeon Keow, 2004). Masyarakat Baba dan Nyonya sedikit

sebanyak telah mewarisi budaya masyarakat Melayu khususnya. Oleh itu sehingga kini

masih ada lagi masyarakat Baba dan Nyonya yang menjadikan amalan dan pegangan

masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian mereka.

5

Page 6: Masyarakat Baba Dan Nyonya Di Melaka

3.0 Pengaruh dan kesan dalam kehidupan seharian masyarakat Baba dan Nyonya.

Masyarakat Baba Nyonya dikenali juga sebagai kaum peranakan dan mereka

merupakan kaum minoriti yang dipercayai berasal dari Melaka. Baba dan Nyonya adalah

Cina Peranakan di mana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita

tempatan. Kaum ini kebanyakannya berasal dari wilayah Hokkien, China yang berhijrah ke

Melaka 600 tahun dahulu ketika Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan.

Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura

berkembang dan dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua

negeri ini, terutamanya Singapura. Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam

bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang

Melayu. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan Melayu dan

adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan

sebagaimana juga orang-orang Melayu.

Pakaian masyarakat Baba dan Nyonya juga mempunyai pengaruh daripada cara

berpakaian masyarakat Melayu. Kebanyakan generasi Nyonya iaitu kaum perempuan yang

terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh

kaum-kaum perempuan masyarakat Melayu. Pakaian kebaya dan sarong ini merupakan

pakaian tradisional nenek moyang mereka yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

Pakaian kebaya dan sarong ini telah di asimilasikan oleh nenek moyang mereka yang

terdahulu dengan cara berpakaian masyarakat Melayu dan diwarisi oleh generasi ke

generasi sehingga sekarang.

Bahasa masyarakat Baba dan Nyonya adalah campuran antara bahasa Melayu dan

dialek Hokkien. Kebanyakan nahu bahasa Baba dan Nyonya ini adalah berasal daripada

bahasa melayu. Namun begitu, bahasa Baba ini adalah berbeza daripada bahasa Melayu

dalam pelbagai aspek. Oleh sebab itu, ia merupaka bahasa yang berasingan dengan bahasa

Melayu.Bahasa Baba telah menyerap banyak perkataan cina, umpamanya lai untuk ‘datang’

dan banyak lagi kecenderungan ke arah dialek Hokkien, yang mana tidak dapat difahami

oleh masyarakat melayu. Kebanyakan masyarakat Baba dan Nyonya tidak memahami

perkataan dan dialek bahasa Melayu. Antara perbendaharaaan kata yang digunakan oleh

masyarakat Baba dan Nyonya adalah; ~ Saya = goa (bahasa Hokkien)~Anda = lu (bahasa

Hokkien)~Dia = dia (bahasa Melayu)~ Kita = kita (bahasa Melayu).

6

Page 7: Masyarakat Baba Dan Nyonya Di Melaka

Banyak pantang larang dan kepercayaan masyarakat Melayu telah diasimilasikan

dalam kebudayaan masyarakat Baba dan Nyonya. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa

masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai mirip yang sama dengan masyarakat Melayu.

Masyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta

sejarah  golongan ini  mempunyai pertalian dengan darah keturunan Melayu di mana mereka

fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan

seharian mereka juga boleh bertutur bahasa Hokkien.

Dari aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyak persamaan

dengan keturunan Cina. Masyarakat ini amat masyhur dengan pelbagai masakan tradisional

yang begitu sedap dan menarik di mana mempunyai persamaan dengan masakan

masyarakat Melayu. Kebanyakan mereka berpakaian kebaya, sarung dan sebagainya yang

merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka. Mereka makan dengan tangan  dan

masakan  gulai adalah menjadi kegemaran masyarakat ini. Masakan seperti  masak lemak,

asam pedas, dan sambal belacan menjadi kegermaran seharian.

Masyarakat Baba dan Nyonya masih teguh mengamalkan cara hidup kemelayuan

sehingga kini. Mereka sayang untuk meninggalkan budaya yang unik itu begitu sahaja.

Mereka sanggup mempertahankan budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran

budaya dan adat antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu telah membuktikan akan

keakraban dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut, malah masih

mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan bermasyarakat.

Sebelum negara dan etnik-etnik istimewa ini kehilangan warisan yang dimiliki, usaha

pemuliharaan dan pemeliharaan yang bersepadu hendaklah dilakukan dari peringkat asas

lagi. Usaha-usaha ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara termasuklah melalui penyertaan

secara individu mahupun komuniti secara keseluruhannya. Berbanding nilai sosial kejiranan

moden seperti yang banyak terdapat pada hari ini, masyarakat tinggal dengan rumpun yang

berbeza dari segi ekonomi, sistem kepercayaan dan cara hidup antara satu sama lain. Hal

ini sering terjadi di kawasan-kawasan bandar yang menerima proses migrasi dari kawasan

luar bandar sehingga mengakibatkan pembawaan kepercayaan dan tradisi masing-masing

semakin terhakis.

7

Page 8: Masyarakat Baba Dan Nyonya Di Melaka

Sungguhpun begitu, terdapat juga perumahan tradisional yang wujud di tengah-

tengah kawasan bandar yang sedang pesat membangun. Hal ini boleh terjadi disebabkan

perubahan status kawasan asal yang dahulunya perkampungan tetapi kini dibangunkan

menjadi bandar. Antaranya adalah Kampung Baru di Kuala Lumpur, Kampung Morten dan

Perkampungan Portugis di Bandar Melaka. Perkampungan-perkampungan ini terkenal

kerana masih utuh mengekalkan tradisi dan identiti masing-masing sehingga menjadi

tumpuan orang ramai yang ingin mendekati budaya unik mereka secara nyata.

Prihatin atas masalah-masalah yang kian berleluasa ini, terdapat beberapa usaha

yang telah dilakukan untuk membantu memulihkan komuniti ini dengan budaya unik mereka.

Antaranya merangkumi pembabitan di dalam aktiviti sosial persatuan, pembinaan muzium

Baba Nyonya, persembahan tradisional dan tarian pop Cina secara mingguan dan

pengiktirafan kebaya Nyonya di persada dunia melalui Kementerian Malaysia. Usaha-usaha

ini dilakukan atas kesedaran yang tinggi untuk memupuk interaksi yang lebih hebat di

kalangan genarasi muda dan tua Baba Nyonya supaya rasa kecintaan terhadap adat dan

budaya sendiri dapat disemai dalam diri setiap ahli komuniti ini.

Kurang kefahaman tentang budaya sendiri sejak dari usia remaja merupakan antara

faktor yang menyumbang kepada kurang kesedaran di kalangan golongan Baba Nyonya,

terutama golongan muda untuk mempraktikkan cara hidup tradisional dalam kehidupan

mereka. Mereka menanam persepsi di dalam fikiran bahawa segala urusan berkaitan

warisan dan tradisi adalah kepunyaan nenek moyang dan orang tua serta tidak sesuai untuk

dipraktikkan oleh golongan muda di zaman moden ini. Keadaan ini secara tidak langsung

telah menyumbang kepada isu terbesar dalam usaha pengekalan warisan ini iaitu masalah

penghakisan identiti di kalangan ahli masyarakat etnik tersebut. Remaja begitu mudah

terpengaruh dengan paparan cara hidup Barat di arus media perdana yang digambarkan

sebagai lebih bebas dan mudah, dan ini menjadi faktor penyebab yang memangkinkan

kepada isu ini.

Teknik pendidikan secara tidak formal boleh dijadikan asas dalam mendekati

golongan muda ini seterusnya mendidik mereka untuk mengenali budaya sendiri. Seperti

mana mereka mendapatkan pengaruh luar melalui sumber hiburan yang bersifat santai dan

menghargai kehidupan sosial yang lebih mudah serta tidak membebankan, maka kaedah

yang sama juga boleh digunakan dari aspek senibina. Perancangan perumahan adalah

salah satu kaedah merekabentuk ruang hidupan yang mengandungi antaranya komponen

kekeluargaan dalam kehidupan seharian.

8

Page 9: Masyarakat Baba Dan Nyonya Di Melaka

Komponen keluarga biasanya terdiri daripada ayah, ibu serta adik beradik lainnya.

Setiap elemen ini akan saling memerlukan antara satu sama lain dan interaksi akan berlaku

sama ada dalam ruang lingkup rumah sahaja atau juga di luar rumah seperti kawasan-

kawasan awam yang menyediakan tempat berekreasi yang menyeronokkan. Perancangan

perumahan yang baik akan menitikberatkan keperluan penduduk secara menyeluruh,

bermula dari sekecil satu unit perumahan sebagai tempat berteduh sehinggalah ruang-ruang

interaktif yang disediakan untuk kegunaan seluruh penduduk perumahan tersebut. Dalam

projek ini, pembangunan skim perumahan yang bakal dilakukan akan bersifat menyeluruh

seperti yang dibincangkan di atas.

Untuk menarik minat golongan muda, susun atur pelannya (masterplan) akan direka

secara interaktif dan dalam masa yang sama, akan disertakan dengan program-program

yang mampu menarik minat remaja. Kesemua elemen ini akan dikawal dengan sentuhan

identiti serta karekter unik Baba Nyonya dalam senibina bangunannya selain nilai-nilai sosial

yang lain. Melaluinya, diharapkan golongan remaja dan sesiapa sahaja yang melawati

perumahan ini akan berasa ‘hidup’ bersama komuniti asli Baba Nyonya di samping dapat

belajar, memahami, mengenali, menyentuh dan melihat sendiri pengabdian budaya mereka.

9

Page 10: Masyarakat Baba Dan Nyonya Di Melaka

4.0 JURNAL AKADEMIK : "Cara Hidup Kemelayuan Masih Lagi Menjadi Pegangan

dan Amalan Masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia".

4.1 Latar Belakang.

Jurnal yang saya jadikan pilihan sebagai bahan kerja kusus saya adalah jurnal yang

bertajukkan "Cara Hidup Kemelayuan Masih Lagi Menjadi Pegangan dan Amalan

Masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia". Kajian jurnal ini telah dilakukan oleh dua orang

penulis iaitu Vijayaletchumy Subramaniam dan Wan Muna RuzannaWan Mohammad

daripada Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti

Putra Malaysia. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti unsur pegangan

amalan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka. Tumpuan diberikan kepada aspek

kepercayaan, pantang larang, peralatan rumah, perkakasan memasak, dan muzik.

4.2 Ciri-Ciri.

Dalam penghasilan jurnal ini, pengkaji telah menggunakan dua alat kajian yang

sangat boleh dipercayai iaitu dengan menggunakan borang soal selidik dan pita rakaman.

Borang telah diedar kepada responden untuk menjawab persoalan-persoalan yang berkaitan

dengan budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Hasil keputusan yang diperoleh dianalisis

menggunakan SPSS dan pengiraan dibuat dari segi kekerapan, min, dan sisihan piawai dan

dihuraikan dari sudut rasional. Pita rakaman pula digunakan untuk merakam percakapan dan

corak kehidupan seharian masyarakat Baba dan Nyonya. Penyelidikan ini juga

menggunakan kaedah perpustakaan, tinjauan, pemerhatian dan wawancara.

4.3 Kandungan .

Jurnal ini menyatakan bahawa sehingga kini masih ada lagi masyarakat Baba dan

Nyonya yang menjadikan amalan dan pegangan masyarakat melayu dalam kehidupan

seharian mereka. Antaranya ialah banyak pantang larang dan kepercayaan masyarakat

melayu telah diasimiliasikan oleh mereka. Sebagai misalannya ialah mereka masih lagi

percaya kepada bomoh dan pawang. Mereka percaya apabila bayi mereka kerap menangis,

maka mereka beranggapan bahawa anak mereka telah disampuk jin ataupun hantu dan

memerlukan khidmat daripada bomoh atau pawang bagi menghalau jin tersebut.

10

Page 11: Masyarakat Baba Dan Nyonya Di Melaka

Demikan juga, masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya bahawa ibu yang hamil

tidak boleh keluar rumah pada waktu senja kerana darahnya disukai oleh pontianak dan

langsuir. Bagi penyakit "Chicken Pox"pula, mereka percaya bahawa perlu untuk berjumpa

bomoh bagi mendapatkan air untuk diminum dan mandi.

Masyarakat Baba dan Nyonya turut percaya kepada peraturan yang dibuat oleh

masyarakat melayu apabila hendak masuk ke dalam hutan. Ucapan meminta izin perlu

dilakukan sebelum hendak masuk ke dalam hutan bagi mengelakkan daripada gangguan

mahluk halus. Kebiasaan pantang larang yang diamalkan lagi ialah bapa kepada bayi dalam

kandungan tidak boleh mengamalkan pekerjaan yang keras seperti menyembelih ayam dan

membunuh binatang terutamanya ular kerana dipercayai badi binatang tersebut akan

terkena kepada anaknya.

Dari segi peralatan dapur pula, masyarakat Baba dan Nyonya turut menggunakan

dapur arang yang digunakan oleh masyarakat melayu seketika dahulu untuk memanggang

ikan dan menyalai makanan-makanan lain. Begitu juga dari segi muzik, kebanyakannya

mereka menggunakan muzik dan lagu melayu seperti lagu Dondang Sayang. Pengaruh puisi

tradisional seperti pantun juga begitu popular dalam kalangan mereka. Dari segi masakan

pula, mereka gemar masakan seperti rendang, lemak cili api, masak lemak, tumis dan

sambal. Penggunaan serai, daun pandan dan santan kelapa kerap dijadikan sajian seharian

mereka seperti masyarakat melayu. Penggunaan lesung batu juga tetap digunakan oleh

mereka.

Terdapat juga masyarakat Baba dan Nyonya yang menggemari kuih-kuih tradisional

melayu seperti dodol, bahulu dan cendol. Dari segi permainan pula, kanak-kanak

masyarakat Baba dan Nyonya biasa bermain permainan-permainan orang melayu seperti

layang-layang, batu seremban, tintin, permainan getah dan congkak. Berpandukan kajian

tersebut, didapati bahawa percampuran budaya dan adat masyarakat Cina dan masyarakat

melayu dalam masyarakat Baba dan Nyonya telah membuktikan keakraban dan perpaduan

yang wujud dalam masyarakat tersebut. Jika tiada perpaduan dalam kalangan masyarakat-

masyarakat tersebut, maka sudah pasti percampuran dan percantuman budaya tidak akan

berlaku.

11

Page 12: Masyarakat Baba Dan Nyonya Di Melaka

4.4 Kekuatan

Penulisan jurnal ini mempunyai banyak kekuatan memandangkan penulis berpegang

kepada fakta dan hujah daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai kesahihannya.

Penulis menunjukkan sumber rujukan yang bernas kepada para pembaca melalui rujukan

daripada ahli-ahli akademik di barat dan juga di Malaysia sendiri. Melalui rujukan tersebut,

secara tidak langsung para pembaca akan semakin yakin terhadap fakta-fakta yang

dikemukakan oleh penulis dan dapaat mengelakkan daripada timbulnya perasaan syak dan

ragu-ragu terhadap hujah yang disampaikan.

Di samping itu, jurnal ini juga turut mamaparkan data berkenaan dengan asimilasi

dalam kepercayaan dan pantang larang masyarakat Baba dan Nyonya melalui graf bar.

Secara tidak langsung, dengan adanya lampiran graf tersebut, maka dapatlah memudahkan

para pembaca untuk membuat rumusan keseluruhan berkaitan dengan kajian yang

dilakukan. Dalam hal yang demikian, penulis telah mempermudahkan pemahaman para

pembaca berkenaan dengan dapatan kajiannya berpandukan persembahan graf tersebut.

Penulis ini juga telah berjaya membawakan kesedaran kepada pembaca tentang

peri pentingnya budaya masyarakat melayu dalam kehidupan seharian masyarakat Baba

dan Nyonya. Melalui kajian yang dilakukan, para pembaca akan semakin merasakan

bahawa budaya melayu mempunyai banyak keistimewaan yang unik sehingga mampu

dijadikan ikutan kepada masyarakat yang lain. Terdapat juga budaya-budaya yang telah

sekian lama dilupakan oleh masyarakat melayu diselitkan dalam penulisan jurnal ini. Justeru

itu, dapat disimpulkan bahawa penulis atau pengkaji mahu mengingatkan para pembaca

kembali akan budaya-budaya yang semakin hilang ditelan arus pemodenan pada masa kini.

Dalam pada itu, apa yang ditekankan dalam penulisan jurnal ini ialah budaya yang

diamalkan oleh masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia. Melalui penulisan ini, secara tidak

langsung, masyarakat Malaysia akan semakin mengenali budaya warisan masyarakat ini

yang pada hari ini kian dipinggirkan. Justeru, penulis akhirnya mampu mewujudkan kembali

perasaan kasih, cinta dan menghargai sesuatu khazanah di negara Malaysia.

Lantaran itu, sikap minat ingin tahu terhadap perkembangan sosiobudaya

masyarakat Baba dan Nyonya dapat dipupuk oleh penulis kerana masih terlalu banyak

aspek-aspek budaya kaum ini yang tidak dipaparkan. Oleh itu, para pembaca pasti akan

berusaha untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci bagi mendalami budaya Baba

12

Page 13: Masyarakat Baba Dan Nyonya Di Melaka

dan nyonya ini. Hal ini mampu mendorong mereka untuk melakukan lebih banyak kajian,

tinjauan, tindakan dan perhatian yang rapi terhadap kaum ini.

Dalam hal yang demikian, masyarakat Baba dan Nyonya akan merasakan dihargai

oleh masyarakat setempat dan mampu mengeratkan lagi perpaduan sedia ada di negara

Malaysia. Melalui penulisan jurnal ini, maka perasaan hasad dengki atau prasangka negatif

terhadap sesama masyarakat dapat dibendung dan akhirnya dibasmi kerana nilai

persaudaraan telah berjaya dipupuk dengan kadar yang amat tinggi. Dengan hal yang

demikian, isu perkauman atau sosiobudaya dapat dikurangkan dengan memastikan

keberkesanan penulisan jurnal ini kepada masyarakat setempat.

13

Page 14: Masyarakat Baba Dan Nyonya Di Melaka

4.5 Kelemahan

Tidak dapat dinafikan bahawa penulisan yang dilakukan oleh Vijayaletchumi dan Wan

Muna Ruzanna dalam jurnalnya ini mempunyai banyak kekuatan, namun setelah diteliti dan

dianalisis dengan sebegitu rapi maka terdapat juga banyak kelemahan-kelemahan yang

mampu diatasi oleh mereka. Antaranya ialah penulisan mereka kurang memberi penekanan

terhadap kaum cina. Hal ini kerana kaum cina merupakan nadi penting terbentuknya

masyarakat Baba dan Nyonya di negara Malaysia ini.

Dalam penulisan mereka, terlalu jarang memperkatakan mengenai kaum cina.

Berpandukan pada tajuk jurnal tersebut iaitu “Cara Hidup Kemelayuan Masih Lagi Menjadi

Pegangan dan Amalan Masyarakat Baba dan di Malaysia”, maka tidak seharusnya hanya

melibatkan masyarakat melayu dan masyarakat Baba dan Nyonya sahaja dijadikan

kumpulan sasaran. Sebaliknya masyarakat cina juga perlu dijadikan bahan sasaran kajian ini

bagi menjadikan maklumat yang diperoleh relevan dengan tajuk kajian yang dijalankan.

Dari segi sumber rujukan yang digunakan pula, mereka kurang melakukan perkaitan

antara sesuatu fakta dengan tokoh-tokoh ilmuan atau ahli akademik. Tidak dinafikan bahawa

kajian mereka merujuk kepada buku-buku ilmiah yang dipercayai namun, perincian terhadap

sesuatu fakta atau hujah tidak diambil peduli oleh mereka. Penulis kurang menggunakan

kata-kata dari seseorang ahli akademik dalam penulisan jurnalnya. Hal ini boleh

menyebabkan golongan yang berpendidikan tinggi merasakan bahawa jurnal ini kurang

bermutu kerana tiada peneguhan fakta yang diutarakan oleh penulis.

Di samping itu, dari segi metodologi kajian ini pula berlaku beberapa kepincangan

yang mampu dikesan oleh para pembaca. Antaranya ialah kajian ini hanya melibatkan

seramai 65 orang responden masyarakat Baba dan Nyonya sahaja. Hal ini sangat-sangat

menunjukkan kelemahan dari sudut hasil kajian jurnal ini. Tidak seharusnya hanya

masyarakat Baba dan Nyonya sahaja dijadikan responden bagi kajian ini sedangkan

masyarakat sekitarnya juga perlu dilibatkan sama kerana merekalah yang mampu dijadikan

bahan bukti terhadap hasil kajian jurnal ini.

Penyelidikan ini juga terbatas pada dua buah tempat sahaja iaitu di perkampungan

Umbai dan Bukit Katil, Melaka. Perkara ini sangat-sangat tidak relevan dengan hasil tajuk

kajian jurnal yang menyatakan bahawa Masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia. Tidak

seharusnya hanya dengan mengkaji di satu buah negeri sahaja, maka penulis boleh

membuat kesimpulan terhadap masyarakat keseluruhan di Malaysia. Hal ini menunjukkan

kelemahan yang nyata dalam penulisan jurnal mereka.

14

Page 15: Masyarakat Baba Dan Nyonya Di Melaka

Dari segi alat kajian pula, penulis kurang menggunakan alat kajian yang

bersumberkan daripada ahli-ahli sejarawan. Seharusnya, penulis perlu merujuk kepada

keratan akhbar-akhbar atau penulisan tokoh-tokoh sejarawan yang terdahulu dalam

membahaskan berkaitan dengan masyarakat Baba dan Nyonya. Pita rakaman juga kurang

berkesan sebenarnya dalam memastikan kebenaran hasil kajian. Sebaliknya penulis perlu

merekodkan temu-bual terhadap responden dengan menggunakan video yang sebenarnya.

Hal ini penting bagi mengelakkan daripadanya berlakunya pemalsuan maklumat yang

diberukan oleh pihak responden.

15

Page 16: Masyarakat Baba Dan Nyonya Di Melaka

4.6 Cadangan Penambahbaikan

Antara cadangan bagi menambahbaik penulisan jurnal ini ialah dengan

menggunakan sampel yang tidak terlalu ramai dan hanya menggunakan responden yang

diyakini kesahihannya. Hal ini akan membuatkan data yang diperoleh lebih sahih dan

mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi.

Pengumpulan data dan pengolahan data perlulah dibuat secara kuantitatif dan

kualitatif agar olahan data lebih mudah difahami oleh pembaca. Olahan data perlulah

disertakan dengan ulasan yang menyeluruh dan menggunakan ayat yang mudah difahami.

Olahan yang baik akan membuatkan pembaca yakin dengan apa yang dinyatakan oleh

penulis.

Untuk menghasilkan sebuah jurnal yang berkualiti, rujukan yang dibuat perlulah

daripada sumber yang boleh dipercayai dan mempunyai tahap kesahihan yang tinggi.

Penggunaan buku sebagai bahan rujukan perlulah mengambil kira tahun terbitan buku

tersebut dan siapakah penulis buku terbabit. Buku tersebut perlulah daripada terbitan yang

terkini dan ditulis oleh penulis yang diiktiraf dan berkelayakan.

Penggunaan instrumen yang pelbagai juga perlu dilakukan dan tidak hanya

bergantung kepada satu instrumen sahaja. Dengan menggunakan instrumen yang pelbagai,

data yang diperoleh lebih berkualiti dan mempunyai tahap kesahihan yang tinggi dan

pembaca juga akan lebih yakin dengan data yang disediakan.

16

Page 17: Masyarakat Baba Dan Nyonya Di Melaka

5.0. RUMUSAN

Sesebuah jurnal yang baik biasanya terdiri daripada tajuk, abstrak, pendahuluan,

metodologi, dapatan kajian, perbincangan, rumusan dan cadangan, penutup dan senarai

rujukan. Bagi menghasilkan sebuah jurnal yang berkualiti, seseorang itu perlulah membuat

perancangan awal yang terperinci dan menyeluruh agar kajian yang dibuat lebih sistematik

dan memperoleh hasil yang terbaik.

Penulisan formal dan ilmiah dihasilkan berdasarkan sesuatu kaedah dan format

tertentu. Terdapat beberapa perbezaan kecil di sana sini antara satu hasil penulisan ilmiah

dengan yang lain. Oleh itu, perbincangan tentang penulisan ilmiah di atas hanyalah panduan

asas yang boleh dijadikan pedoman kerana kaedah dan format yang digunakan telah

diterima pakai oleh banyak pihak.

Penulisan karya ilmiah perlu menggunakan bahasa yang formal dan tepat serta

sesuai  untuk membicarakan sesuatu fakta secara objektif dan komunikatif. Sebuah

penulisan disebut komunikatif apabila dipersembahkan  secara logik dan sistematik bagi

memperlihatkan sesuatu sebab dan akibat, kesejajaran atau kemungkinan. Penggunaan

laras bahasa yang baik memudahkan pembaca untuk memahami apa yang ingin

disampaikan oleh penulis.

Kesimpulannya, hasil jurnal yang baik akan memberi kesan yang baik bukan sahaja

kepada penulis bahkan kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Oleh itu penghasilan

jurnal perlulah dibuat dengan sebaik mungkin agar ia dapat memberi manfaat kepada ramai

pihak.

17

Page 18: Masyarakat Baba Dan Nyonya Di Melaka

Refleksi

Oleh : Muhd Hafiz Fadly Bin Mat Kamar

Alhamdulillah setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan syukur saya panjatkan kepada

Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan Inayahnya maka dapatlah saya berkesempatan

menyiapkan tugasan kerja kursus bagi subjek EDU 3106 iaitu subjek Budaya dan

Pembelajaran yang telah diajar oleh Dr Mohd Sidek Bin Said dari Jabatan Ilmu Pendidikan.

Tugasan kerja kursus ini adalah tugasan secara individu dan setiap pelajar perlu menepati

segala arahan yang diberikan berdasarkan kertas soalan yang telah diberikan.

Dalam tugasan kali ini, penekanan aspek yang berkait rapat dengan budaya sangat-

sangat diberi perhatian yang sewajarnya. Tugasan ini memerlukan setiap individu mengkaji

dan membuat analisis yang sangat teliti berkenaan dengan sesuatu budaya yang dikaji.

Justeru itu, saya telah memilih budaya masyarakat Baba dan Nyonya sebagai instrumen

kajian saya pada tugasan kali ini.

Sebelum Tugasan

Sebelum memulakan tugasan kerja kursus ini, saya telah mendengarkan satu taklimat

ringkas berkenaan dengan soalan tugasan yang telah disampaikan oleh Dr Ahamad Bin

Rahim daripada Jabatan Ilmu Pendidikan di dewan bendahara IPG Kampus Sultan Mizan.

Justeru itu, saya beserta dengan rakan-rakan yang lain telah menggunakan ruang masa

tersebut untuk memahami sedalam-dalamnya berkenaan dengan kehendak soalan tugasan.

Sebarang kemusykilan dan permasalahan yang berkait-rapat dengan tugasan pada ketika itu

dapat saya selesaikan dengan berkolaborasi bersama dengan rakan-rakan yang lain. Pada

ketika itu jugalah kesempatan untuk bertanyakan kepada pihak pensyarah telah saya

manfaatkan dengan sebaik yang mungkin. Saya berasa sangat bertuah kerana berpeluang

mendapat kesempatan untuk berbincang bersama-sama dalam hal-hal yang berkaitan

dengan kerja kursus itu.

Melalui perbincangan dan kolaborasi itu jugalah saya dapat merasakan percambahan idea-

idea baru yang bernas berkenaan dengan aspek budaya dan pembelajaran. Banyak idea-

idea baru yang dapat saya peroleh pada waktu itu lantaran daripada saya dan rakan-rakan

lain yang saling berkongsi pandangan serta ilmu-ilmu yang ada pada kesempatan berada

pada taklimat kerja kursus di dewan bendahara itu.

18

Page 19: Masyarakat Baba Dan Nyonya Di Melaka

Semasa Tugasan

Dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini, saya telah berhadapan dengan pelbagai

kesukaran dan kesulitan yang perlu saya tempuhi dengan penuh sabar. Antaranya ialah saya

sukar mendapatkan bahan-bahan rujukan di perpustakaan IPG berkenaan dengan budaya

masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia. Saya merasakan kekurangan sumber buku

rujukan yang berkait-rapat dengan budaya tersebut di perpustakaan.

Justeru itu, saya telah mengambil jalan pintas dengan hanya mencari maklumat-

maklumat yang berkait-rapat dengannya di internet. Banyak blog-blog yang menceritakan

perihal Baba dan Nyonya yang telah saya ketemu sewaktu melayari internet. Justeru itu,

saya perlu melakukan analisis yang sangat teliti bagi mengelakkan berlakunya kesalahan

fakta atau hujah yang diutarakan oleh penulis. Banyak perbandingan yang saya lakukan

daripada sumber-sumber yang saya yakin bagi memastikan fakta yang saya peroleh

bertepatan dengan apa yang saya kehendaki.

Walaubagaimanapun, saya juga tetap menggunakan buku-buku rujukan ilmiah untuk

dijadikan sandaran hujah atau fakta yang saya utarakan dalam penghasilan kerja kursus

saya ini. Buku-buku tersebut tetap memberikan bantuan kepada saya untuk meyakinkan

bahawa fakta yang saya berikan adalah fakta yang benar dan bukan hanya sekadar rekaan

sahaja. Dalam pada itu, saya turut mencari rujukan melalui surat khabar yang ada

menceritakan perihal Baba dan Nyonya di malaysia.

Saya juga berhadapan dengan kesulitan dalam pembahagian masa kerana saya

dibebani dengan kerja kursus yang lain. Justeru itu, saya sukar memberikan tumpuan

sepenuhnya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Walaubagaimanapun, saya berpeluang

menyiapkan tugasan ini melalui masa-masa lapang yang ada serta bantuan daripada pihak

rakan-rakan serta ibu bapa. Saya berasa sangat bertuah kerana mempunyai ibu bapa yang

sentiasa prihatin terhadap diri saya. Mereka sentiasa memberikan dorongan dan nasihat

yang membina kepada diri saya.

Dengan nasihat yang diberikan, saya berjaya membangkitkan semangat sedia ada

untuk menyiapkan kerja kursus dalam kadar yang ditetapkan. Dalam pada itu, rakan-rakan

sekelas saya turut memberikan bantuan dan pertolongan yang sewajarnya ketika saya

sangat-sangat memerlukannya. Mereka sangat-sangat membantu dalam memberikan

bantuan buah fikiran serta ilmu-ilmu baru yang sangat berguna dalam memastikan kerja

kursus ini disiapkan dengan jayanya.

19

Page 20: Masyarakat Baba Dan Nyonya Di Melaka

Selepas Tugasan

Tugasan kali ini banyak memberi ilmu-ilmu baru yang berguna dan bermanfaat kepada

saya. Antaranya ialah saya dapat mengetahui selok-belok mengenai budaya Baba dan

Nyonya yang ada di negara Malaysia melalui kajian yang saya lakukan secara terperinci.

Saya juga berkesempatan untuk menganalisis data berkenaan dengan budaya melalui

penulisan jurnal yang dibuat oleh Vijayaletchumy Subramaniam dan Wan Muna Ruzanna

Wan Mohammad yang bertajukkan "Cara Hidup Kemelayuan Masyarakat Baba dan Nyonya

di Malaysia".

Antara ilmu baru yang saya peroleh adalah saya dapat menganalisis penulisan jurnal

yang telah dibuat oleh mereka serta mencari sudut kekuatan dan kelemahan jurnal

berkenaan serta cadangan penambahbaikan. Banyak aspek-aspek budaya terhadap

masyarakat Baba dan Nyonya yang telah saya fahami menerusi kajian kerja kursus ini.

Antaranya ialah banyak pantang larang dan kepercayaan masyarakat melayu telah

diasimiliasikan oleh mereka. Sebagai misalannya ialah mereka masih lagi percaya kepada

bomoh dan pawang.

Mereka percaya apabila bayi mereka kerap menangis, maka mereka beranggapan

bahawa anak mereka telah disampuk jin ataupun hantu dan memerlukan khidmat daripada

bomoh atau pawang bagi menghalau jin tersebut. Demikan juga, masyarakat Baba dan

Nyonya juga percaya bahawa ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja

kerana darahnya disukai oleh pontianak dan langsuir. Bagi penyakit "Chicken Pox"pula,

mereka percaya bahawa perlu untuk berjumpa bomoh bagi mendapatkan air untuk diminum

dan mandi.

Masyarakat Baba dan Nyonya turut percaya kepada peraturan yang dibuat oleh

masyarakat melayu apabila hendak masuk ke dalam hutan. Ucapan meminta izin perlu

dilakukan sebelum hendak masuk ke dalam hutan bagi mengelakkan daripada gangguan

mahluk halus. Kebiasaan pantang larang yang diamalkan lagi ialah bapa kepada bayi dalam

kandungan tidak boleh mengamalkan pekerjaan yang keras seperti menyembelih ayam dan

membunuh binatang terutamanya ular kerana dipercayai badi binatang tersebut akan

terkena kepada anaknya.Dalam penulisan jurnal ini tumpuan diberikan kepada aspek

kepercayaan, pantang larang, peralatan rumah, perkakasan memasak dan muzik.

20

Page 21: Masyarakat Baba Dan Nyonya Di Melaka

Kesimpulannya, masyarakat Baba dan Nyonya sedikit sebanyak telah mewarisi

budaya masyarakat Melayu khususnya. Oleh hal yang demikian, tidak dinafikan bahawa

sehingga kini masih ada lagi masyarakat Baba dan Nyonya yang menjadikan amalan

pegangan masyarakat melayu dalam kehidupan seharian mereka. Banyak pantang larang

dan kepercayaan masyarakat Melayu telah diasimilasikan dalam kebudayaan masyarakat

Baba dan Nyonya. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya

mempunyai mirip yang sama dengan masyarakat melayu.

21