Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)

10
TEMA 1:MASYARAKA T FEUDAL MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND ABAD KE-16 DAN 17

Transcript of Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)

Page 1: Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)

TEMA 1:MASYARAKAT FEUDALMASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND ABAD KE-16 DAN 17

Page 2: Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)

CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL

KEDUDUKAN RAJA KEMEROSOTAN PENGARUH BANGSAWAN KEDUDUKAN KNIGHT PEMILIKAN TANAH KEDUDUKAN PERIBADI MOBILITI SOSIAL

Page 3: Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)

KEDUDUKAN RAJA Abad ke-16 dan 17 muncul sistem

pemerintahan monarki mutlak di England. Mengikut sistem ini ,raja mempunyai kuasa

mutlak dalam bidang pentadbiran,perundangan,dan kehakiman.

Raja mempunyai kedudukan tertinggi dalam susun lapis masyarakat.

Seperti Raja Henry VII,telah mengambil langkah untuk mengukuhkan kedudukan dan kekuasaannya

Page 4: Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)

BIDANG

POLITIK

• Mengurangkan kuasa parlimen.• Parlimen menurut perintah Raja Henry VII.• Menyekat pengaruh dan golongan bangsawan dan memansuhkan amalan memakai pakaian khas oleh golongan bangsawan.

EKONOMI

• Meningkatkan perbendaharaan negara.• Memperkenalkan tarif bagi melindungi industri tekstil dan kain kapas.

• Mengenakan cukai import dan eksport.

PERUNDANGAN

• Menubuhkan Majlis Diraja yang berperanan sebagai mahkamah.• Majlis ini berperanan dalam mengawal keamanan dan keadilan.

Page 5: Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)

Menjelang pemerintahan Dinasti Stuarts,berlaku perselisihan antara raja dan parlimen dalam mengukuhkan kedudukan masing-masing.

Dalam hal ini,Raja James I dan Raja Charles I telah mengambil tindakan bagi mempertahankan kedudukan mereka.

Kemuncak kepada pertentangan ini menyebabkan parlimen memaksa Raja Charles I menandatangani Pengistiharaan Hak.

Tujuan ini adalah untuk menyekat kuasa dan pengaruh raja.

Menjelang pemerintahan Raja Charles II, pemerintahan raja berpelembagaan diamalkan di England.

Perkembangan ini menyebabkan raja tertakluk kepada peraturan dan undang undang yang digubal oleh parlimen.

Page 6: Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)

KEMEROSOTAN PENGARUH BANGSAWAN

Pengaruh dan kekuasaan golongan bangsawan merosot. Kedudukan raja semakin kukuh ekoran perkembangan

pesat yang berlaku dalam bidang ekonomi. Penglibatan raja dalam kegiatan ekonomi kapitalis

mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya .Perkembangan ini menyebabkan raja England dapat mengawal golongan bangsawan.

Raja menjalankan pemerintahan secara mutlak. Kemerosotan pengaruh bangsawan menyebabkan

muncul pegawai-pegawai pentadbir. Pegawai-pegawai ini menerima gaji daripada raja bagi

membantu mengendalikan pemerintahan dan pentadbiran.

Pegawai terdiri daripada rakyat biasa,mempunyai kebolehan dan kewibawaan dalam pentadbiran.

Page 7: Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)

KEDUDUKAN KNIGHT Masyarakat feudal,golongan knight berperanan dalam bidang

ketenteraan. Tanggungjawab utama golongan ini untuk mempertahankan

raja dan bangsawan daripada ancaman musuh. Mereka menerima ganjaran dalam bentuk tanah dan harta

benda daripada raja dan bangsawan. Peranan dan kedudukan golongan knight berubah pada abad

ke-16 dan 17 kerana pemerintah England tidak perlu bergantung kepada khidmat golongan ini untuk mempertahankan negara dari ancaman musuh.

Raja menubuhkan pasukan tentera yang berada dibawah kawalan dan penguasaan baginda sendiri.

Ini menyebabkan pasukan tentera tidak didominasi oleh golongan knight,malah golongan petani dan rakyat biasa juga boleh direkrut untuk berkhidmat dalam pasukan tentera.

Page 8: Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)

Kegiatan ekonomi masyarakat feudal amat bergantung kepada tanah.

raja mengurniakan tanah,manakala bangsawan membekalkan perkhidmatan tentera.

Tanah dibawah penguasaan bangasawan dikenali sebagai manor.

Tanah yang dikurniakan oleh raja boleh diwarisi oleh keluarga golongan bangsawan.

Kegiatan ekonomi berasaskan pertanian. Abad ke-16 dan17,perubahan dalam sistem

ekonomi menyebabkan masyarakat tidak bergantung kepada tanah tetapi melibatkan diri dalam aktiviti pertanian komersial dan perindustrian

PEMILIKAN TANAH

Page 9: Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)

KEWAJIPAN PERIBADIo Wujud hubungan peribadi antara lord (tuan tanah ) dan

vassal (penyewa tanah).o Hubungan antara kedua pihak tersebut berdasarkan

ikatan perjanjian (kontrak).o Kedua-dua pihak saling bertanggungjawab kepada

kepentingan bersama.o Satu pihak memberi perlindungan dan satu pihak lagi

menawarkan perkhidmatan tentera.o Berlaku perubahan dalam hubungan raja dan

bangsawan.o Kedudukan raja yang semakin kukuh menyebabkan raja

tidak perlu bergantung kepada golongan bangsawan bagi mendapatkan bantuan ketenteraan.

o Raja mempunyai pasukan tentera sendiri dan tidak perlu lagi bergantung kepada golongan pahlawan dan bangsawan.

Page 10: Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)

MOBILITI SOSIAL Masyarakat feudal pada zaman pertengahan merupakan masyarakat

yang bersusun lapis.setiap lapisan mempunyai kedudukan ekonomi,politik,dan sosial yang berlainan.

Perubahan dalam kedudukan sosial dan status masyarakat jarang berlaku.

Setiap golongan harus melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang telah ditetapkan.

Perubahan dalam bidang politik,ekonomi,dan sosial yang berlaku pada abad ke-16 dan 17,menyebabkan wujud mobiliti sosial dalam masyarakat.

Perkembangan ini menyebabkan struktur susun lapis masyarakat turut mengalami perubahan.

Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan yang dimonopolikan oleh golongan bangsawan kini disandang oleh rakyat biasa.

Muncul golongan pertengahan dan kelas menengah dalam masyarakat.