Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

23
Seja rah Sosio Ekonomi Ta nah Mel ayu 1900-1957 2013 1.0 Pendahuluan Sebelum tahun 1848, hampir semua penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada golongan Melayu, namun keadaan berubah setelah Long Jaafar menemui tapak bijih timah. 1  Tanah Melayu hanya diduduki oleh orang Melayu dan orang Asli. Orang Melayu dan orang Asli ialah penduduk asal di Tanah Melayu. Mereka merupakan penduduk peribumi yang dikenali sebagai bumiputera. Selain Tanah Melayu, orang Mel ayu jug a men dia mi beb erapa bah agi an di negara lai n sepert i Neg ara Tha i, Filipina, Brunei, Indo-China dan Indonesia yang dikenali sebagai gugusan kepulauan  Tanah Melayu atau Nusantara. Orang Asli juga dikenali sebagai orang Melayu Proto yang mempunyai banyak persamaan dengan or ang Melayu moden dan juga bertutur dalam bahasa Melayu. 2  Selepas penjajahan dan perluasaan kuasa British di Tanah Melayu, sistem sosial masyarakat Melayu telah berubah. Hal ini kerana, pada abad ke-19, dasar Br itish yan g men gga lakkan kemasukan kaum imi gra n masuk ke Tanah Mel ayu sedikit sebanyak telah mempengaruhinya. Pihak British telah berjaya mewujudkan suatu persekitara n yang dapat menarik minat masyarakat dari luar untuk datang ke  Tanah Melayu. Perkembangan ekonomi yang semakin pesat dan keperluan tenaga buruh yang semakin mendesak mendorong pihak British mengamalkan dasar men gga lak kan kemasuka n pen ghi jra h unt uk bek erj a di Tan ah Mel ayu seb aga i buruh. 3 Walaupun, kemasukan penghijrah dari luar bukanlah merupakan sesuatu yang baru kerana masyarakat di sekitar Kepulauan Melayu telah berhijrah terlebih awal, tetapi proses penghijrahan kaum Cina dan India ke Tanah Melayu kali ini berlaku secara besar-besaran dalam tempoh masa yang agak singkat kerana dasar yang dilaksanakan oleh British. Proses per uba han mas yar aka t ini tel ah member i kes an ter had ap si stem so si al negara secara kese lu ru ha n. Kesan ya ng pa li ng keta ra akib at da ri penghi jr ahan kaum-kaum lain ke Ta nah Melayu ialah pembentukan sebuah 1 Hai rol Anuar Hj Mak Din . 20 09. Seja rah Mala ysia 140 0-1969: Satu Evol usi . Selan gor . Pus at Peyelidikan & Pembangunan Akademik. hal. 21 2 Ruslan Zainuddin. 2003. Sejarah Malaysia. Edisi kedua. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn. Bhd. hal. 306 3 Mohamad Isa Othman. 1999. Gerakan Protes Dalam Prespektif Sejarah Malaysia Pada Abad ke-19 Dan Awal Abad ke-20. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. hal. 208 1

Transcript of Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

Page 1: Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

7/16/2019 Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-dasar-inggeris-di-tanah-melayu 1/23

Sejarah Sosio Ekonomi Tanah Melayu 1900-1957 2013

1.0 Pendahuluan

Sebelum tahun 1848, hampir semua penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada

golongan Melayu, namun keadaan berubah setelah Long Jaafar menemui tapak bijih

timah.1 Tanah Melayu hanya diduduki oleh orang Melayu dan orang Asli. Orang

Melayu dan orang Asli ialah penduduk asal di Tanah Melayu. Mereka merupakan

penduduk peribumi yang dikenali sebagai bumiputera. Selain Tanah Melayu, orang

Melayu juga mendiami beberapa bahagian di negara lain seperti Negara Thai,

Filipina, Brunei, Indo-China dan Indonesia yang dikenali sebagai gugusan kepulauan

 Tanah Melayu atau Nusantara. Orang Asli juga dikenali sebagai orang Melayu Proto

yang mempunyai banyak persamaan dengan orang Melayu moden dan juga

bertutur dalam bahasa Melayu.2 

Selepas penjajahan dan perluasaan kuasa British di Tanah Melayu, sistem

sosial masyarakat Melayu telah berubah. Hal ini kerana, pada abad ke-19, dasar

British yang menggalakkan kemasukan kaum imigran masuk ke Tanah Melayu

sedikit sebanyak telah mempengaruhinya. Pihak British telah berjaya mewujudkan

suatu persekitaran yang dapat menarik minat masyarakat dari luar untuk datang ke

 Tanah Melayu. Perkembangan ekonomi yang semakin pesat dan keperluan tenaga

buruh yang semakin mendesak mendorong pihak British mengamalkan dasar

menggalakkan kemasukan penghijrah untuk bekerja di Tanah Melayu sebagaiburuh.3 Walaupun, kemasukan penghijrah dari luar bukanlah merupakan sesuatu

yang baru kerana masyarakat di sekitar Kepulauan Melayu telah berhijrah terlebih

awal, tetapi proses penghijrahan kaum Cina dan India ke Tanah Melayu kali ini

berlaku secara besar-besaran dalam tempoh masa yang agak singkat kerana dasar

yang dilaksanakan oleh British.

Proses perubahan masyarakat ini telah memberi kesan terhadap sistem

sosial negara secara keseluruhan. Kesan yang paling ketara akibat dari

penghijrahan kaum-kaum lain ke Tanah Melayu ialah pembentukan sebuah

1 Hairol Anuar Hj Mak Din. 2009. Sejarah Malaysia 1400-1969: Satu Evolusi. Selangor. PusatPeyelidikan & Pembangunan Akademik. hal. 21

2 Ruslan Zainuddin. 2003. Sejarah Malaysia. Edisi kedua. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn. Bhd. hal. 306

3 Mohamad Isa Othman. 1999. Gerakan Protes Dalam Prespektif Sejarah Malaysia Pada Abad ke-19Dan Awal Abad ke-20. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. hal. 208

1

Page 2: Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

7/16/2019 Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-dasar-inggeris-di-tanah-melayu 2/23

Sejarah Sosio Ekonomi Tanah Melayu 1900-1957 2013

masyarakat berbilang kaum ataupun yang dikenali sebagai masyarakat majmuk

dan penguasaan bidang ekonomi yang berbeza dan terpisah antara kaum.

2.0 Konsep Masyarakat Majmuk 

Konsep masyarakat ialah satu kelompok manusia yang berbeza dari

kelompok lain dari segi kepentingan bersama, penyertaan dalam hubungan yang

mempunyai ciri khusus, penyertaan dalam institusi yang dikongsi bersama dan

mengamalkan budaya yang sama.4 Perkataan majmuk pula terbentuk daripada

beberapa kompenan atau bahagian yang merupakan kesatuan atau dalam konteks

masyarakat terdiri daripada beberapa kumpulan etnik. Menurut Kamus Dewan,

konsep masyarakat majmuk membawa maksud kumpulan manusia yang menetap

bersama-sama di sesuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu, danmasyarakat ini terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa.5 Oleh itu, masyarakat

majmuk ialah satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun

bangsa dimana mereka telah bergabung atau bersatu dalam kesatuan politik,

ekonomi dan sosial di sesuatau tempat untuk membentuk satu kumpulan yang

berpadu. Pengertian dalam Kamus Dewan ini menunjukkan masyarakat majmuk

merupakan sebuah masyarakat yang hidup bersama di kawasan yang sama, masa

yang sama dan menjalani kehidupan bersama. Namun masyarakat ini tidak berada

pada satu ekonomi dan sosial yang sama, kerana mereka mengamalkan kehidupanmasing-masing.

Menurut J.S Furnivall pula, masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat

yang bercirikan perpecahan dan berkonflik antara kumpulan manusia yang berada

di bawah satu sistem politik.6 Interaksi antara kaum yang berada dibawah satu

politik yang sama amat kurang dan hubungan mereka terbatas. Selalunya mereka

hanya berinteraksi ketika berlakunya aktiviti jual beli di pasar. Bagi Furnivall (1948)

dan Smith (1965), mereka menyatakan bahawa masyarakat majmuk merujuk

kepada masyarakat di Asia Tenggara dengan wujudnya satu rantaian manusia yang

terdiri daripada orang Eropah, Cina, India dan penduduk tempatan dimana mereka

4 Ruslan Zainuddin. Op.,Cit . hal. 306

5. Ibid.

6 Ibid., hal. 307

2

Page 3: Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

7/16/2019 Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-dasar-inggeris-di-tanah-melayu 3/23

Sejarah Sosio Ekonomi Tanah Melayu 1900-1957 2013

hidup berkumpul tetapi tidak bergabung.7 Setiap etnik berpegang kepada agama,

kebudayaan, bahasa, idea, dan cara hidup masing-masing. Keadaan ini

mewujudkan masyarakat plural yang terdiri daripada pelbagai kaum yang hidup

sebelah menyebelah tetapi berasingan dalam unit politik yang sama. Hal inimenunjukkan bahawa masyarakat majmuk di Tanah Melayu tidak bersatu padu dan

menjalani kehidupan untuk diri mereka sendiri dan etnik mereka. Penyataan

Furnivall tentang Masyarakat majmuk iaitu masyarakat majumuk terdiri daripada

dua atau lebih elemen atau sosial yang hidup bersama, namun tidak bergaul dalam

satu politik yang sama.8 Furnivall dan Smith juga sepakat menyatakan bahawa

masyarakat majmuk ialah suatu kelompok minoriti, iaitu dari segi bilangan dan

budaya serta mempunyai budaya dan perpecahan sebagai ciri-ciri masyarakat

majmuk.9

Ciri-ciri Masyarakat majmuk ialah mereka tidak tinggal bersama-sama,mempunyai perbezaan dari segi pendidikan yang dikenali sebagai sistem

pendidikan vernakular dan setiap etnik juga menjalani dan kekal dengan agama,

bahasa dan budaya masing-masing dalam aktiviti seharian mereka.10

7 Nazri Muslim. 2012. Implikasi Peruntukan Islam dan Melayu dalam perlemangaan PersekutuanTerhadap Hubungan Etnik . Selangor. Universiti Kebangsaan Malaysia. hal. 25

8 P. Sivarajan & S. Malar Arasi. 2012. Sejarah Sosioekonomi Malaysia Sehingga 1970. Selangor.Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. hal. 62

9 Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya. 1982.  A History of Malaysia. London. Macmillan PressLTD. hal. 204.

10 Ruslan Zainuddin. Op., Cit . hal. 308

3

Page 4: Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

7/16/2019 Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-dasar-inggeris-di-tanah-melayu 4/23

Sejarah Sosio Ekonomi Tanah Melayu 1900-1957 2013

3.0 Dasar-dasar yang Dilaksanakan British di Tanah Melayu

3.1 Dasar Imigrasi 

Sebelum penjajahan British, hanya sebilangan kecil sahaja imigrasi daripada

masyarakat Cina dan India, tetapi kehadiran British ke Tanah Melayu telah

menyebabkan berlakunya penghijrahan secara besar-besaran kepada masyarakat

imigrasi yang menyebabkan kemajmukan masyarakat di Tanah Melayu. Penjajahan

British telah memberikan kesan ke atas sistem sosial penduduk di Tanah Melayu.

Inggeris telah memperkenalkan dasar imigrasi yang longgar. Keadaan ini telah

menggalakkan kemasukan masyarakat imigran daripada negara China dan India.

Dasar Inggeris iaitu dasar menggalakkan kemasukan masyarakat dari negara China

dan India telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu yang berbeza

penguasaan ekonomi dalam kalangan masyarakat India, Cina dan Melayu. Sebelum

Perang Dunia Kedua, hubungan antara kaum di Tanah Melayu dipisahkan oleh

faktor ekonomi, tempat tinggal dan sistem pendidikan yang berbeza.11 

Selain itu, dasar imigrasi ini telah menguntungkan masyarakat Cina dan India

disebabkan galakkan daripada British. Hal ini demikian kerana, British telah

menyediakan pelbagai kemudahan kepada kaum Cina dan India contohnya, British

telah melantik wakil imigresen dan pengangkutan seperti kapal untuk golongan

imigrasi berhijrah ke Tanah Melayu. Peningkatan kemasukkan masyarakat majmuk

daripada kalangan Cina dan India ini juga adalah disebabkan dasar imigrasi British.

Keadaan ini berlaku apabila Kolonial British telah menubuhkan jabatan khas dan

melantik pegawai-pegawai khas bagi melindungi serta menjaga kebajikan orang

Cina dan India yang bekerja dan tinggal di Tanah Melayu.

Di samping itu, terdapat juga imigrasi masyarakat dari negara Indonesia iaitu

orang Jawa. Berikutan daripada faktor kemiskinan dan penganguran, maka ia telah

11 Ho Hui Ling. 2004. Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu . Kuala Lumpur. PenerbitUniversiti Malaya. hal. 127.

4

Page 5: Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

7/16/2019 Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-dasar-inggeris-di-tanah-melayu 5/23

Sejarah Sosio Ekonomi Tanah Melayu 1900-1957 2013

memaksa buruh dari negara Indonesia untuk berhijrah ke Tanah Melayu. Tambahan

lagi, British tidak menghalang masyarakat Jawa ini berhijrah ke Tanah Melayu. Hal

ini disebabkan, British menganggap orang Jawa mempunyai persamaan dengan

orang Melayu dari segi kebudayaan, pertuturan, adat resam dan agama yangdianuti. Penghijrahan masyarakat dari Indonesia ini terbahagi kepada dua iaitu

melalui syarikat pengambilan pekerja khususnya dari Pulau jawa dan melalui

persendirian iaitu buruh Indonesia yang datang secara persendirian. Selain

daripada orang Cina dan India, orang Jawa juga digalakkan untuk menjadi buruh

dalam sektor pertanian dan perladangan. Orang-orang Jawa ini menjadi buruh di

 Tanah Melayu melalui sistem Sikh yang membolehkan orang Jawa yang bekerja ini

dapat menjalankan ibadah haji di tanah suci Mekah. Penghijrahan buruh Jawa ke

 Tanah Melayu yang bekerja di sektor perladangan ini telah menunjukkankemasukan sebanyak 6170 pada tahun 1909.12

Dasar imigrasi berlaku akibat dari keperluan dalam bidang ekonomi di Tanah

Melayu. Campur tangan pemerintah Inggeris di Tanah Melayu telah membawa

kepada keamanan dan ketenteraman,13 keadaan ini telah menyebabkan

peningkatan kemasukan orang-orang dagang terutama orang Cina dan India ke

 Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana, pihak British telah menyediakan pelbagai

keperluan asas bagi menampung kegiatan ekonomi di Tanah Melayu. Contohnya,

pembinaan jalan raya dan jalan kereta api, penubuhan jalan raya dan jalan kereta

api ini telah memudahkan bahan mentah seperti bijih timah dibawa keluar dari

 Tanah Melayu. Tambahan lagi, British telah meningkatkan tahap kesihatan,

memperkembangkan pelajaran kepada kaum dan penyusunan undang-undang

moden.

Keadaan pentadbiran yang teratur serta negara yang aman telah menarik

minat golongan imigrasi untuk berhijrah ke Tanah Melayu. Sebelum tahun 1910,

peningkatan kemasukan masyarakat imigran tanpa had ini telah mengejutkan

sultan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.14 Walaupun sultan telah memaksa

12 P. Sivarajan dan S. Malar. Op.,Cit . hal. 23

13 Abdullah Bin Ayub. 1978. Cara Pemerintahan Tanah Melayu: 1957-1963. Kuala Lumpur. DewanBahasa dan Pustaka. hal. 23.

14 Ridhuan Tee Abdullah. 2010. Cabaran Intregrasi Antara Kaum di Malaysia: Perspektif Sejarah,keluarga dan Pendidikan. Jurnal Hadhari. bil.3(61-84). hal. 63

5

Page 6: Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

7/16/2019 Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-dasar-inggeris-di-tanah-melayu 6/23

Sejarah Sosio Ekonomi Tanah Melayu 1900-1957 2013

British menyekat kemasukan imigran ini, namun keperluan tenaga kerja dalam

bidang perlombongan dan perladangan menjadikan kemasukan golongan imigran

tidak dapat dikawal. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pengkhususan

pekerjaan atau dasar pecah dan perintah contohnya, masyarakat Cina tertumpukepada aktiviti perlombongan, masyarakat India juga menjalankan kegiatan

ekonomi perladangan dan masyarakat Melayu dengan kegiatan tradisional.

Seterusnya, penghijrahan golongan imigran ini semakin bertambah apabila

setiap tahun ribuan pendatang Cina dan India tiba di Tanah Melayu. Kadar

penghjrahan golongan imigran ini telah dukur dengan menjalankan bancian pada

tahun 1931, bancian ini telah menunjukkan bilangan orang-orang bukan Melayu

telah melebihi bilangan orang-orang Melayu di negeri mereka sendiri.

Di samping itu, dasar imigrasi ini dikuatkan lagi dengan pemberian

kerakyatan melalui penubuhan Malayan Union dengan pengenalan  jus soli.

Malayan Union ini ditubuhkan pada 1 April 1946 untuk mengubah dasar

pentadbiran di Tanah Melayu.15 Menerusi sistem  jus soli ini, hak dan kerakyatan

diberikan dengan mudah kepada kaum bukan Melayu. Sistem  jus soli ini

terkandung di dalam syarat-syarat Malayan Union iaitu hak kerakyatan orang bukan

Melayu diberi melalui prinsip jus soli.

Selain itu, sistem jus soli ini diperkenalkan melalui kuatkuasa undang-undang

dan secara permohonan atau kemasukan. Orang Melayu menjadi warganegara

secara automatik sementara orang bukan Melayu perlu memenuhi kelayakan untuk

bermastautin di Tanah Melayu. Pemberian kewarganegaraan ini telah menyebabkan

banyak masyarakat Cina berhijrah ke Tanah Melayu. Keadaan ini telah

menyebabkan berlakunya masyarakat Majmuk di Tanah Melayu. Namun begitu,

tidak wujud interaksi yang erat antara kaum di Tanah Melayu, masyarakat hanya

berinteraksi dan bekerjasama dalam kelompok mereka sahaja. Berlaku juga

penguasaan ekonomi yang terpisah iaitu masyarakat Cina lebih kepada kegiatan

perlombongan bijih timah, masyarakat India di estet ladang getah dan orang

Melayu menjalankan kegiatan tradisional.

15 Ishak Saat. 2009. Malaysia: 1945-2000. Kuala Lumpur. Utusan Publication. hal. 24

6

Page 7: Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

7/16/2019 Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-dasar-inggeris-di-tanah-melayu 7/23

Sejarah Sosio Ekonomi Tanah Melayu 1900-1957 2013

Oleh itu, dasar-dasar seperti dasar imigrasi yang dijalankan oleh British telah

menyebabkan berlakunya masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Kehadiran

masyarakat imigran juga telah menyebabkan pemisahan bidang ekonomi mengikut

kaum iaitu kaum Melayu, Cina dan India akibat pengkhususan pekerjaan yangdijalankan oleh British.

3.2 Dasar Pecah dan Perintah

Dasar imigrasi ini telah menyebabkan pembentukan masyarakat majmuk di

 Tanah Melayu dan diperkukuhkan oleh penjajah British melalui dasar pecah dan

perintah. Dasar pecah dan perintah ini dijalankan oleh British untuk menjaga

hubungan British dengan pembesar dan Raja Melayu agar tidak menganggu fungsi,

struktur sosial dan cara hidup kaum Melayu. Dasar ini telah menyebabkan pihakBritish sendiri menentukan dan memisahkan tentang penglibatan setiap kaum

dalam bidang ekonomi, tempat tinggal, sistem pendidikan dan sebagainya.16 

Perlaksanaan dasar ini merupakan satu kaedah yang digunakan oleh penjajah ke

atas tanah yang mereka jajah di mana mereka akan memberi keutamaan kepada

golongan imigran untuk memisahkan kehidupan masyarakat yang terlibat agar

tidak bergabung dan menjejaskan kegiatan penjajah. Dasar pecah dan perintah

 juga bertujuan untuk tidak mewujudkan sebarang interaksi antara kaum dalam

kehidupan seharian kecuali dlam masa tertentu seperti ketika berlakunya proses jual beli di pasar.

Selain itu, dasar ini bertujuan untuk memudahkan penjajah British mentadbir

 Tanah Melayu dan mengeksploitasi ekonomi secara maksimum dengan

menggunakan tenaga buruh dari India dan China dalam sektor perladangan getah

dan perlombongan bijih timah. Dari segi peluang ekonomi, setiap masyarakat

mempunyai bidang ekonomi yang tersendiri mengikut kaum seperti perlombongan

untuk orang Cina, perladangan untuk orang India dan pertanian tradisional untuk

orang Melayu dan tempatan. Dasar pecah dan perintah menunjukkan rancangan

untuk mewujudkan satu keadaan yang menyebabkan orang melayu rasa tertekan

16 Kassim Thukiman. 2002. Malaysia: Perspektif, Sejarah dan Politik . Skudai Johor Darul Ta’zim.Universiti Teknologi Malaysia. hal. 77.

7

Page 8: Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

7/16/2019 Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-dasar-inggeris-di-tanah-melayu 8/23

Sejarah Sosio Ekonomi Tanah Melayu 1900-1957 2013

dari segi ekonomi, politik, dan sosial kerana dasar ini tidak mengalakkan integrasi

dalam masyarakat untuk memudahkan pentadbiran Biritish.17 

3.3 Dasar Segregasi 

Dasar Pecah dan Perintah yang mewujudkan masyarakat majmuk dan

penguasaan bidang ekonomi yang terpisah dan berbeza antara kaum diperkukuh

lagi apabila British membuat pengasingan petempatan mengikut kaum di Tanah

Melayu. Terdapat tiga kaum utama di Tanah Melayu iaitu kaum Cina, India dan

Melayu. Ketiga-tiga kaum ini mempunyai budaya, bahasa, ekonomi dan agama

yang berbeza. Oleh itu, British telah mengasingkan petempatan mereka agar tidak

wujud sebarang penentangan daripada ketiga-tiga kaum tersebut. Selain itu, British

 juga ingin menyeimbangkan keperluan mereka dengan mengasingkan ekonomi

seterusnya memisahkan petempatan setiap kaum.

Pengasingan petempatan dilakukan mengikut kegiatan ekonomi yang

dijalankan. Orang Cina ditempatkan di bandar dan di pekan seperti lombong bijih

timah dan perladangan. Orang India ditempatkan di estet untuk penanaman getah,

kopi tebu dan kelapa dan bandar atau pekan untuk pembinaan infrastruktur. Orang

Melayu dan peribumi pula, terus menetap di kampung-kampung seperti di pesisiran

pantai dan kawasan pedalaman. Kawasan yang maju terutama Pulau Pinang, Perak,

Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka menjadi tumpuan penghijrah-

penghijrah Cina dan India. Taburan penduduk mengikut kaum dan ekonomi

menyebabkan ada sarjana yang membahagikan Malaya kepada “Malaya Lama” dan

“Malaya Baru”. Malaya Lama yang menjadi kediaman orang Melayu di Kelantan,

 Terengganu, Perlis dan Pahang dan Malaya Baru yang menjadi tumpuan orang Cina

dan India.18 Kedua-dua kaum imigran Cina dan India terlibat secara langsung dalam

kegiatan ekonomi moden yang dikendalikan oleh British. Pembangunan bandar

yang berlaku di kawasan penempatan ini telah membentuk kota-kota kolonial baru.

17 Worran Hj Kabul, Shireen Haron, Mat Zin Mat Kib & Abdul Kadil Rosline. 2008. Seminar Politik Malaysia. Pusat Penenrbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi Malaysia. hal. 783.

18 Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur. Utusan Publication &

Distributors Sdn. Bhd. hal. 182-183.

8

Page 9: Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

7/16/2019 Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-dasar-inggeris-di-tanah-melayu 9/23

Sejarah Sosio Ekonomi Tanah Melayu 1900-1957 2013

Keadaan ini memberi peluang kepada orang Cina dan India terlibat dalam kegiatan

perniagaan yang memberi mereka peluang untuk memajukan kedudukan ekonomi

masing-masing berbanding dengan orang Melayu di kawasan luar bandar.

Seterusnya, British ingin mengekalkan penduduk peribumi di kampung-

kampung serta mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan

bekalan makanan penduduk di Tanah Melayu tidak terjejas terutama sekali

berikutan dengan kemasukan imigran-imigran untuk bekerja di ladang-ladang getah

dan sektor-sektor ekonomi yang lain. Di samping itu, British juga ingin mengekalkan

penduduk Melayu di luar bandar dan mengusahakan pertanian untuk mewujudkan

satu keseimbangan di antara peningkatan bekalan makanan dalam negara dengan

pengimportan beras dari seberang laut.19 Oleh itu, tindakan membawa masuk

pekerja asing adalah bagi mengelakkan penduduk peribumi meninggalkan aktiviti

pertanian. Pihak British juga sedar bahawa usaha-usaha untuk mengeksploitasi

bahan-bahan mentah di Tanah Melayu mungkin akan tergendala sekiranya

penduduknya sedikit dan kurang tenaga buruh murah. Justeru itu, kemasukan

buruh-buruh dari negara China dan India adalah untuk mengimbangi kaum Melayu.

Dasar yang dilaksanakan juga telah melahirkan budaya yang berbeza di

 Tanah melayu. Dengan kedatangan imigran Cina dan India, corak budaya yang

berbeza telah wujud. Kemajmukan Masyarakat Tanah Melayu dapat dilihat dalamsoal bahasa, kebudayaan dan agama. Ketiga-tiga kaum hidup terasing dan

mengamalkan budaya tradisi masing-masing daripada aspek budaya, agama dan

bahasa. Setiap kaum Melayu, Cina dan India mempunyai nilai yang tersendiri sama

ada dalam bahasa mereka, budaya yang diamalkan serta agama yang dianuti.

Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tetap menjadi bahasa perhubungan antara

kaum. Kebiasaannya, bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi adalah bahasa

pasar.20 Selanjutnya, setiap kaum akan mengekalkan agama dan kepercayaan

mereka masing-masing. Orang Melayu menganut agama Islam, orang Cina

menganut Buddha dan Confucianisme manakala orang India pula beragama Hindu.

Di samping itu, dalam setiap kaum wujud kemajmukan bahasa misalnya, kaum Cina

19 Mohd Shukri Hj. Abdullah. 1992. Strategi Pembangunan Desa Semenanjung Malaysia. KualaLumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia. hal. 16.

20 Mohd. Isa Othman. Op.,Cit . hal. 183.

9

Page 10: Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

7/16/2019 Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-dasar-inggeris-di-tanah-melayu 10/23

Sejarah Sosio Ekonomi Tanah Melayu 1900-1957 2013

bertutur dalam pelbagai dialek seperti Hokkien, Hakka, Kantonis dan Teochew.

Orang India pula bertutur bahasa Tamil, Telegu, Malayali dan lain-lain. Manakala

orang Melayu bukan sahaja berbeza dialek mengikut negeri tetapi pendatang

Melayu-Nusantara masih bertutur bahasa Jawa, Bugis, Banjar, Minang dansebagainya.21

Lantaran itu, dapat dilihat bahawa dasar pecah dan perintah yang telah

diperkenalkan oleh British mewujudkan masyarakat majmuk serta penguasaan

bidang ekonomi yang berbeza antara kaum dan perkukuhkan lagi dengan

memisahkan petempatan mengikut kaum di Tanah Melayu iaitu perlaksanaan dasar

segregasi. Hal tersebut juga bertujuan untuk menyekat timbulnya bentuk

penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajah British. Oleh

kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka adalah berbeza, maka tidak

wujud interaksi antara tiga kaum utama ini. Melalui dasar ini, British telah

melahirkan perasaan prasangka dan memperkukuh keperibadian setiap kumpulan

etnik yang terus menjarakkan jurang perpaduan antara kaum.  Tambahan pula,

pihak British mudah untuk mengawal dan menghapuskan perpaduan semua kaum.

Pecahan kaum ini akan memudahkan kerja mereka mengeksploitasikan hasil bumi

 Tanah Melayu melalui penerapan budaya dan cintakan negara asal mereka.22

3.4 Dasar Ekonomi Inggeris

Penjajahan British di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada proses

persaingan antara kuasa Barat untuk menguasai tanah jajahan dan mengeksploitasi

kegiatan ekonomi di Asia Tenggara terutamanya pada abad ke-19. Disebabkan

itulah strategi awal penjajahan British di Tanah Melayu adalah menumpukan

kawasan perdagangan (pelabuhan) dan kemudiannya ke atas negeri yang

mempunyai kekayaan hasil bumi seperti bijih timah.

Semasa kerajaan British memerintah Tanah Melayu, dasar pecah dan

perintah telah diperkenalkan dan dikukuhkan melalui perlaksanaan dasar segregasi.

Dasar ini telah menyebabkan pihak British sendiri menentukan dan memisahkan

21 Ibid.,hal. 182.

22 Victor Purcell. 1960. Background To Malaya Series. University of California. Donald Moore. hal. 9.

10

Page 11: Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

7/16/2019 Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-dasar-inggeris-di-tanah-melayu 11/23

Sejarah Sosio Ekonomi Tanah Melayu 1900-1957 2013

tentang penglibatan setiap kaum dalam bidang ekonomi.23 Melalui dasar ini British

telah mengagih-agihkan pekerjaan yang berbeza mengikut kaum dan seterusnya

membawa kepada perbezaan ekonomi di Tanah Melayu.

Menerusi dasar segregasi ini, orang Melayu kekal sebagai petani dan nelayan

serta terus tinggal di kampung dan luar Bandar. Sementara orang Cina lebih

tertumpu di kawasan-kawasan bandar dan dikenali sebagai pelombong dan peniaga

kerana terlibat dalam kegiatan perlombongan bijih timah dan perdagangan. Orang

India pula sebilangan besar tinggal di ladang-ladang getah dan melakukan

pekerjaan sebagai penoreh getah. Kedua-dua kaum imigran ini terlibat secara

langsung dalam kegiatan ekonomi moden yang dikendalikan oleh British. Golongan

imigran ini turut diberi peluang untuk terlibat secara aktif dalam bidang ekonomi

terutamanya dalam sektor perlombongan, perniagaan dan perladangan dan

seterusnya berperanan memajukan ekonomi Tanah Melayu. Walaupun pada

peringkat awal, mereka lebih berperanan untuk memenuhi kepentingan penjajah,

tetapi akhirnya mereka berjaya membebaskan diri untuk menguasai kegiatan

ekonomi dan perniagaan di Tanah Melayu.

Ditinjau dari segi taburan penduduk, kemasukan imigran luar telah

membentuk petempatan berdasarkan corak kegiatan ekonomi mengikut bangsa.

Kaum Cina tertumpu di bandar-bandar, kawasan lombong serta menceburi bidangkewangan. Kaum Melayu menceburi bidang pertanian di kawasan pedalaman

bahagian Barat Timur dan Utara. Orang India tertumpu di kawasan perladangan

getah sepanjang bahagian tengah Pantai Barat. Disebabkan kaum imigran dianggap

nadi ekonomi eksport, pelbagai kemudahan disediakan meliputi hospital, bekalan

air dan sekolah. Penduduk Bumiputera di luar bandar kurang mendapat perhatian

terhadap masalah ini disebabkan anggapan bahawa orang Melayu bukan tenaga

kerja yang penting.24

Selain dari sistem pembahagian tenaga buruh, satu lagi petunjuk yang

menampakkan ketidaksamaan ekonomi antara kelompok ras etnik semenanjung

Malaysia. Pemilikan harta orang Melayu dalam sektor pertanian berjumlah 14%,

23 Kassim Thukiman. Op.,Cit . hal.77.

24 Mohamad Idris Salleh, Che Su Mustaffa & Fauziah Shaffie. 1994. Sejarah Pembangunan Bangsa danNegara. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. hal. 61-62.

11

Page 12: Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

7/16/2019 Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-dasar-inggeris-di-tanah-melayu 12/23

Sejarah Sosio Ekonomi Tanah Melayu 1900-1957 2013

daripada jumlah keseluruhan keluasan tanah dan kebanyakannya terdiri daripada

pekebun kecil dalam sektor bukan korporat. Dalam sektor korporat pertanian yang

mempunyai teknologi tinggi dan maju serta meliputi 70% jumlah keluasan tanah.

Pemilikan orang Melayu hanya berjumlah 0.3% berbanding dengan 71% bagi orangasing. 26 % bagi orang Cina dan 5% orang India. Perbezaan dalam pola pekerjaan

dan pemilikan harta menyebabkan timbulnya perbezaan dari segi perkapita antara

kelompok ras.25

Pertumbuhan bandar pentadbiran dan pelabuhan hasil kemajuan ekonomi

memperlihatkan penglibatan aktif orang Cina dan India dalam bidang perdagangan.

Ini digambarkan pula dengan kemajuan pesat ekonomi bahagian Pantai Barat

Semenanjung dengan pelbagai prasarana dan jalan perhubungan berbanding

dengan bahagian lain yang dikuasai oleh golongan bumiputera. Peluang ini

menyebabkan kaum imigran ini lebih maju kehadapan berbanding dengan

penduduk peribumi yang terus jauh daripada arus kemajuan dan pembangunan

infrastruktur.

Perlaksanaan dasar pecah dan perintah juga telah menyebabkan kedudukan

ekonomi Tanah Melayu turut mengalami perubahan yang besar akibat penjajahan

British. Kesan utama yang paling jelas ialah terhapusnya sistem ekonomi tradisional

di Tanah Melayu. Sistem ekonomi sara diri telah diganti dengan sistem ekonomikomersial yang dikuasai oleh golongan kapitalis atau kaum pemodal. Kegiatan

perdagangan juga tidak lagi menggunakan sistem tukaran barang dagangan atau

barter trade, tetapi telah mengggunakan sistem pertukaran mata wang.

Penglibatan golongan kapitalis menyebabkan kemajuan ekonomi di Tanah Melayu

dikuasai sepenuhnya oleh Syarikat British dan Cina.

Kedudukan orang Melayu dalam bidang ekonomi semasa zaman penjajahan

British terus dibiarkan dan ketinggalan. Dasar kolonial British untuk mengekalkan

status quo masyarakat Melayu tradisional sebagai petani dan nelayan, serta dalam

masa yang sama British telah mengiktiraf, memelihara dan memperkukuhkan lagi

hierarki stuktur sosial masyarakat Melayu. Petempatan mereka juga masih kekal di

kawasan pedalaman dan pinggir bandar. Kesemua ini turut menyebabkan

25 Ibid., hal. 62.

12

Page 13: Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

7/16/2019 Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-dasar-inggeris-di-tanah-melayu 13/23

Sejarah Sosio Ekonomi Tanah Melayu 1900-1957 2013

pembangunan yang tidak seimbang bagi semenanjung Tanah Melayu. Bahagian

Pantai Barat lebih banyak menarik golongan imigran untuk menguasai kegiatan

ekonomi. Manakala kawasan yang majoritinya didiami oleh orang Melayu terus

ketinggalan daripada arus kemajuan dan pembangunan infrastruktur. Walaupunwujudnya perkembangan ekonomi tetapi kegiatan ekonomi orang Melayu masih

berkisar di sektor pertanian, menangkap ikan dan pertukangan atau kerja tangan.

Kegiatan pertanian komersial lebih banyak melibatkan orang Cina dan bermula

sejak abad ke-19.26

Walau bagaimanapun, ini tidak bemakna kedudukan ekonomi masyarakat

Melayu adalah jumud dan statik. Mereka juga bertindak balas dengan perubahan

ekonomi moden dan terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut untuk

survival dalam kehidupan. Orang Melayu turut menyumbangkan sumber makanan

untuk penduduk di kawasan bandar. Mereka juga tidak terlepas daripada undang-

undang dan peraturan hak milik tanah dan cukai yang diperkenalkan oleh British. Di

samping itu, orang Melayu turut terlibat dalam perladangan getah secara kecil-

kecilan dengan penanaman getah di kebun-kebun kecil yang tidak melebihi

daripada lima hektar.27 Namun begitu, mereka terpaksa bersaing dengan syarikat-

syarikat British yang mempunyai modal yang banyak dan pasaran yang lebih luas.

Dasar yang telah dilaksanakan oleh British telah menyebabkan perbezaanekonomi yang begitu ketara. Pengasingan ini telah menyebabkan ekonomi

penduduk peribumi merundum dan ekonomi kaum imigran pula maju kehadapan

disebabkan peluang ekonomi yang diberi oleh British. Tambahan lagi, kemudahan

dari segi infrastruktur juga jauh berbeza. Penduduk Melayu tetap dengan

kemudahan tradisinya, manakala penempatan yang majoritinya didiami oleh kaum

imigran iaitu di kawasan bandar dan perlombongan terutamanya kaum Cina jauh

berkembang dari segi kemudahan infrastrukturnya kerana menjadi tumpuan utama

ekonomi British. Perbezaan ini telah menyebabkan berlakunya persengketaan di

antara kaum kerana perbezaan ekonomi yang begitu ketara sehingga menimbulkan

ketidakseimbangan dalam pembahagian ekonomi terutama bagi penduduk

peribumi.

26 Mohd. Isa Othman. Op.,Cit . hal. 187.

27 Kassim Thukiman.Op.,cit . hal.78.

13

Page 14: Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

7/16/2019 Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-dasar-inggeris-di-tanah-melayu 14/23

Sejarah Sosio Ekonomi Tanah Melayu 1900-1957 2013

3.5 Dasar Pendidikan

Dasar pendidikan British telah mengukuhkan pembentukan masyarakat

majmuk serta penguasaan bidang ekonomi yang terpisah dan berbeza antara kaum

di Tanah Melayu. Sewaktu penjajahan British, sistem pendidikan dikelolakan dan

dikawal di bawah kendalian British tanpa ada satu garis panduan yang konkrit atau

Dasar Pendidikan Kebangsaan yang mana pentadbirannya adalah berdasarkan

dasar penjajah iaitu dasar pecah dan perintah. Tujuan British melakukan ini adalahsemata-mata untuk kepentingan ekonomi mereka sahaja. Matlamat utama sistem

pendidikan British ini ialah untuk memberi pendidikan kepada golongan rakyat

supaya mereka boleh memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi British. Terdapat

dua bentuk sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh British iaitu sistem

pendidikan yang berteraskan pendidikan Inggeris serta sistem pendidikan

vernakular.

Dalam sistem pendidikan Inggeris, bahasa yang digunakan adalah bahasa

Inggeris. Pendidikan Inggeris dikhaskan kepada anak-anak golongan atasan untuk

menyediakan segolongan pentadbir Melayu yang perlu di peringkat rendah birokrasi

kerajaan British.28 Sekolah Inggeris ini ditubuhkan oleh badan kerajaan dan

mubaligh-mubaligh kristian. Ia dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Inggeris, maka

dari segi kemudahan pembelajarannya tidak menghadapi sebarang masalah. Silibus

atau kurikulumnya sentiasa dikaji dari semasa ke semasa.29

Sistem pendidikan vernakular pula adalah satu sistem pendidikan yang

menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar di sekolah.

Sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh British ini jelas berorientasikan

kepentingan perkauman kerana sekolah-sekolah yang didirikan adalah mengikut

28 Abdul Rahman Haji Ismail. 2005. Malaysia Sejarah Kenegaraan & Politik. Kuala Lumpur. DewanBahasa & Pustaka. hal. 273.

29 Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah Sosial Masyarakat malaysia. Kuala Lumpur. Utusan Publications& Distributors Sdn Bhd. hal. 299.

14

Page 15: Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

7/16/2019 Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-dasar-inggeris-di-tanah-melayu 15/23

Sejarah Sosio Ekonomi Tanah Melayu 1900-1957 2013

kepentingan kaum masing-masing. Melalui sistem pendidikan vernakular ini,

terdapat tiga aliran bahasa yang digunakan iaitu bahasa Melayu untuk sekolah

Melayu, bahasa Cina untuk sekolah Cina dan bahasa Tamil untuk sekolah India.

Sekolah vernakular Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar. Sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh British ini adalah mengikut

struktur dan hierarki sosial masyarakat Melayu. British tidak berhasrat untuk

menjadikan sekolah vernakular melayu sebagai ejen untuk memajukan intelektual

atau meningkatkan kehidupan sosial orang melayu.30 Sebaliknya, British

mewujudkan pendidikan vernakular Melayu ini setakat untuk membantu

masyarakat Melayu di luar bandar untuk mendapat pekerjaan yang rendah serta

melahirkan tenaga buruh kasar untuk melicinkan pentadbiran mereka dimana

kebanyakan orang Melayu hanya menjawat jawatan yang paling rendah dalam

perkhidmatan awam British di Tanah Melayu. Hal ini selaras dengan pendapat

seorang sarjana tempatan, Abdul Rahman Haji Ismail yang mengatakan bahawa

 pendidikan untuk orang Melayu semata-mata bagi memudahkan dan melicinkan

 pemerintahan British ke atas mereka, menanamkan perasaan berpuas hati di

kalangan mereka, menggalakkan mereka kekal dalam kehidupan tradisional dan

 jika dapat, menjadikan mereka penghasil bahan makanan asasi dengan sebanyak 

mungkin, serta mengawal melayu supaya jangan menjadi terlalu pandai.31 Hal ini

berikutan dengan cita-cita penjajah British yang mahu menjadikan anak-anak

Melayu lebih pandai sedikit daripada ibu bapa mereka. British tidak berhasrat

untuk meningkatkan mutu intelek orang Melayu kerana ini akan memberi kesan

negatif kepada dasar mereka iaitu dasar pecah dan perintah. Walau bagaimanapun,

lepasan sekolah Melayu tetap memberikan sumbangan penting. Ramai tokoh lahir

khususnya lepasan Maktab Sultan Idris Tanjung Malim.32 Secara amnya, dunia

pendidikan Melayu telah banyak mengalami perkembangan sejak ia mula

diperkenalkan oleh pihak penjajah. Namun, ia tetap berdiri teguh atas landasan

dasar dan matlamat penjajah. Maka tidak hairanlah jika sistem pendidikan Melayu

30 Ruslan Zainuddin. Op.,Cit . hal. 806.

31 Abdul Malek Munio. 1979. Perancangan Pentadbiran Kolonial Inggeris. Kesannya ke atas EkonomiMelayu dalam Masyarakat melayu. Antara tradisi dan perubahan. Kuala Lumpur. Utusan Publication.hal. 127-142.

32 Mohd. Isa Othman. Op.,Cit . hal. 212.

15

Page 16: Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

7/16/2019 Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-dasar-inggeris-di-tanah-melayu 16/23

Sejarah Sosio Ekonomi Tanah Melayu 1900-1957 2013

ini gagal membantu memperkembangkan minda masyarakat Melayu supaya peka

terhadap realiti hidup mereka yang jauh ketinggalan dalam aspek hidup berbanding

kaum lain.33

Sekolah vernakular Cina menggunakan bahasa pengantar Cina. Dalam

sekolah Cina, guru-guru dan buku teks kebanyakannya didatangkan dari negara

China.34 Sukatan pelajarannya juga adalah mengikut sukatan pelajaran di China.

Berbanding orang Melayu dan India, layanan pelajaran yang diberikan oleh British

kepada orang Cina adalah lebih istimewa. Murid yang bersekolah di sekolah Cina

mendapat keistemewaan melalui sekolah rendah selama enam tahun, iaitu

permulaan rendah selama empat tahun dan permulaan atas selama dua tahun.

Kursus ini seterusnya disambung selama 3 tahun dalam peringkat Menengah

Rendah (Junior Middle), dan seterusnya kursus Menengah Atas (Senior Middle)

selama 3 tahun.35 Perkembangan sekolah Cina di Tanah Melayu sesuatu yang

menggalakkan kerana Kerajaan China sendiri telah memberikan perhatian mereka

seperti mana Kerajaan Mancu yang telah menghantar perwakilan untuk meninjau

pelajaran Cina di Tanah Melayu. Sekolah Cina yang pertama ditubuhkan ialah di

Melaka iaitu pada tahun 1815. Pada tahun 1829, terdapat tiga buah sekolah Hokian

di Pekin Street. Sekolah-sekolah terawal ini mengajar mata pelajaran klasik dan

belajar seeara menghafal yang kurang berguna untuk keperluan Inggeris di Negeri-

Negeri Selat. Sekolah-sekolah Cina bertambah dengan banyak antara tahun 1900-

1919 ekoran daripada perkembangan politik dan sosial di China yang

mempengaruhi masyarakat Cina seberang laut.

Sistem pendidikan vernakular India adalah sekolah India yang menggunakan

bahasa pengantar Tamil, Malayalam, Telegu, Punjabi atau Hindi. 36 Mengikut rekod

rasmi sekolah yang memberi pelajaran bahasa pengantar Tamil pertama ialah

Penang Free School (1816) dan diikuti Singapore Free School pada tahun 1834.

Kesedaran untuk menyediakan pendidikan vernakular Tamil di Tanah Melayu

33 Azmah Abdul Manaf. Op.,Cit . hal. 298.

34 Mohd. Isa Othman. Op.,Cit. hal. 212.

35 Mior Khairul Azrin Bin Mior Jamaluddin. 2011.  Jurnal Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar,cabarandan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia. hal. 35.

36 Mohd. Isa Othman. Op.,Cit . hal. 213-214.

16

Page 17: Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

7/16/2019 Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-dasar-inggeris-di-tanah-melayu 17/23

Sejarah Sosio Ekonomi Tanah Melayu 1900-1957 2013

bermula pada awal abab ke-20, akibat perkembangan pesat jumlah imigran India.

Pada masa itu buruh-buruh India di bawah masuk ke Tanah Melayu untuk bekerja di

ladang-ladang getah, kelapa, kopi dan tebu. Sekolah dibuka di ladang getah di

seberang Perai, Melaka, Johor Utara dan lain-lain tempat. Menurut Undang-undangBuruh tahun 1912, di ladang getah yang besar mesti disediakan sekolah jika tempat

itu ada lebih daripada sepuluh orang anak-anak yang patut bersekolah, iaitu yang

berumur antara 7 hingga 14 tahun. Kerajaan juga memberi bantuan wang kepada

sekolah-sekolah ini. Sekolah Vernakular Tamil diusahakan oleh orang perseorangan

dan pertubuhan masyarakat India dimana kebanyakan sekolahnya didirikan di

kawasan ladang getah. Segala sukatan pelajaran, buku, serta tenaga pengajar

dalam sekolah India ini diambil dari negara India sendiri. British memberikan

pendidikan kepada orang India hanya di peringkat rendah dan kebanyakannyasehingga ke darjah empat sahaja. Sekolah India ini juga menghadapi pelbagai

masalah seperti kekurangan kemudahan di dalam sekolah, alat-alat untuk

mengajar, dan bilangan guru yang betul-betul berkelayakan. Secara

keseluruhannya, tidak ada peningkatan yang memberangsangkan dalam

perkembangan sekolah India. Hal ini disebabkan sikap dan komitmen yang

ditunjukkan oleh pengusaha-pengusaha laddng itu sendiri. Kebanyakan mereka

mendirikan sekolah-sekolah berkenaan hanya untuk mematuhi akta buruh 1923 di

samping menjadikannya sebagai satu daya tarikan kepada orang India untukbekerja di ladang mereka memandangkan ada kemudahan pendidikan untuk anak-

anak mereka.37

Secara keseluruhannya, British telah melaksanakan sistem pendidikan

kepada semua kaum di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, sistem pendidikan ini

dilaksanakan dengan tidak adil kerana sistem pendidikan untuk kaum Cina adalah

lebih istimewa berbanding kaum Melayu dan India. Masyarakat majmuk

sememangnya telah wujud di Tanah Melayu sebelum British memperkenalkan dasar

pendidikan kolonial di Tanah Melayu lagi. Hal ini berikutan dasar imigran British

yang telah membawa masuk ramai imigran di Tanah Melayu untuk memenuhi

keperluan pekerja. Justeru, apabila ramai imigran terutamanya imigran Cina dan

India memasuki Tanah Melayu, British telah memperkenalkan dasar pendidikan

37 S. Arasaratnam. 1970. Indians in Malaysia and Singapore. Kuala Lumpur. Oxford University Press.hal. 229.

17

Page 18: Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

7/16/2019 Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-dasar-inggeris-di-tanah-melayu 18/23

Sejarah Sosio Ekonomi Tanah Melayu 1900-1957 2013

kolonial British. Dasar pendidikan kolonial British ini pula telah mengukuhkan lagi

pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.38 Hal ini kerana, British telah

menubuhkan sistem pendidikan vernakular yang mempunyai bahasa pengantar

ibunda masing-masing dimana setiap sekolah menggunakan sistem pembelajaranberasaskan kaum masing-masing. Di sini, orang Cina dan India menggunakan buku,

sukatan pelajaran serta tenaga pengajar yang di ambil dari negara masing-masing.

Di sini, kita dapat melihat pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu telah

diperkukuhkan lagi melalui kemasukan tenaga pengajar dari negara masing-

masing. Selain itu, sistem pendidikan British yang berteraskan bahasa Inggeris turut

mengukuhkan pembentukan masyarakat majmuk melalui melalui mubaligh-

mubaligh kristian yang dibawa masuk ke Tanah Melayu.

Dasar pendidikan koloniol British ini turut mengukuhkan penguasaan bidang

ekonomi yang terpisah dan berbeza antara kaum di Tanah Melayu. Dasar utama

British di Tanah Melayu iaitu dasar pecah dan perintah telah mengakibatkan

penguasaan bidang ekonomi dipisahkan mengikut kaum iaitu kaum Cina di

bahagian perlombongan, kaum India di bahagian perladangan serta kaum Melayu di

bahagian pertanian dan perikanan. Justeru, apabila British memperkenalkan sistem

pendidikan mengikut sistem vernakular, keadaan ini menambahkan lagi jurang

tersebut. Hal ini kerana, kaum Melayu dan India mempunyai taraf pendidikan yang

lebih rendah berbanding dengan kaum Cina. Pihak British mengadakan sistem

pendidikan kepada masyarakat melayu untuk mengurangkan kadar buta huruf, di

samping untuk mengekalkan status quo orang Melayu sebagai petani dan

nelayan.39 Hal ini bermakna, meskipun British memberikan pendidikan kepada

orang Melayu, namun British tetap mengekalkan kegiatan ekonomi orang Melayu

sebagai petani dan nelayan. Ini dibuktikan sendiri oleh pendapat G. W. Maxwell 40 

yang menjelaskan dasar pendidikan British terhadap orang Melayu sebagai;

38 Kassim Thukiman. Op.,Cit. hal. 79.

39 Ibid.

40 Ibid.

18

''...untuk membaiki keadaan kebanyakan orang melayu, dam merekamenjadikan anak-anak nelayan atau petani lebih baik dari bapanya dan

menjadikannya seorang yang memahami nasibnya sesuai dengan

keadaan penghidupan di sekelilingnya''

Page 19: Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

7/16/2019 Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-dasar-inggeris-di-tanah-melayu 19/23

Sejarah Sosio Ekonomi Tanah Melayu 1900-1957 2013

4.0 Penilaian

Secara keseluruhannya, dasar yang diperkenalkan iaitu dasar pecah dan

perintah, dasar imigrasi, dasar segregasi, dasar ekonomi Inggeris dan dasar

pendidikan telah mewujudkan masyarakat majmuk dan penguasaan bidang

ekonomi yang terpisah dan berbeza antara kaum di Tanah Melayu. Hal ini dapat

dilihat apabila dasar British dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan tidak

menggalakkan masyarakat di Tanah Melayu untuk bercampur atau berinteraksi

sesama sendiri. Dasar tersebut memperlihatkan kepada kita masyarakat pada masa

ini tidak bergaul dengan kaum lain. Selain itu, dasar ini juga membuka peluang

ekonomi kepada buruh Cina dan India. Hal tersebut menampakkan kepada kita

bahawa ketiga-tiga kaum tersebut tidak bergaul malah menjalankan kegiatan

ekonomi masing-masing. Dasar imigrasi juga memperlihatkan pembentukan

masyarakat majmuk apabila British menggalakkan kemasukan buruh asing dari

negara luar. Kemasukan mereka menjadikan Tanah Melayu bukan diduduki oleh

orang Melayu sahaja. Galakkan mereka masuk ke Tanah Melayu adalah supaya

British dapat mengagih-agihkan pekerjaan agar dapat mengeksploitasi sumber

ekonomi di Tanah Melayu. Dasar segregasi memgukuhkan lagi masyarakat majmuk

apabila British memisahkan tempat tinggal mengikut kegiatan ekonomi yang

dijalankan. Selain itu, setiap kaum mempunyai corak budaya yang berlainan di

mana kaum imigran membawa identiti mereka dari negara asal ke Tanah melayu.

Oleh itu, wujud corak budaya yang berbeza antara kaum. Di samping itu, apabila

British mengasingkan petempatan mengikut kegiatan ekonomi mereka kesan

ketara timbul apabila kita melihat ekonomi ketiga-tiga kaum adalah berbeza dan

terpisah antara kaum. Dasar ekonomi Inggeris pula, memperlihatkan kepada kita

bagaimana penglibatan setiap kaum dalam kegiatan ekonomi mereka selepas

diasingkan tempat tinggal. Yang paling akhir sekali ialah dasar pendidikan. Dasar

pendidikan sistem vernakular menggunakan sistem pembelajaran berasaskan kaum

masing-masing di mana orang Cina dan India menggunakan buku, sukatan

pelajaran serta tenaga pengajar yang di ambil dari negara masing-masing. Selain

19

Page 20: Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

7/16/2019 Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-dasar-inggeris-di-tanah-melayu 20/23

Sejarah Sosio Ekonomi Tanah Melayu 1900-1957 2013

itu, sistem pendidikan British yang berteraskan bahasa Inggeris turut mengukuhkan

pembentukan masyarakat majmuk melalui melalui mubaligh-mubaligh kristian yang

dibawa masuk ke Tanah Melayu. Dasar Pendidikan juga menampakkan Kaum

Melayu dan India mempunyai taraf pendidikan yang lebih rendah berbandingdengan kaum Cina.

5.0 Penutup

Secara keseluruhannya, dasar-dasar yang diperkenalkan oleh British telah

menyebabkan pembentukan masyarakat majmuk serta penguasaan bidang

ekonomi yang terpisah dan berbeza antara kaum. Hal ini secara tidak langsung

telah mempengaruhi dan mengubah sistem sosial di Tanah Melayu yang akhirnya

mewujudkan jurang perbezaan antara kaum. Walaupun ketiga-tiga kaum ini tinggaldi negara yang sama tetapi mereka masih mengamalkam dan mengekalkan tradisi

tersendiri tanpa mengasimilasikan budaya antara satu sama lain.

Perlaksanaan dasar utama British iaitu dasar pecah dan perintah Inggeris

telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum

dimana petempatan, pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan

berlakunya interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada orang

Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di

kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang

Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai

peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal

di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh. Dasar yang telah

diperkenalkan British ini turut menyebabkan lahirnya konsep Malaya Baru dan

Malaya Lama di mana Tanah Melayu dibahagikan kepada dua wilayah mengikut

fungsi ekonomi iaitu Malaya Lama yang menjadi kediaman orang Melayu di

Kelantan, Terengganu, Perlis dan Pahang manakala Malaya Baru pula menjadi

tumpuan orang Cina dan India. Hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan

perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain.

Oleh itu, dasar yang diperkenalkan oleh British ini memberi kesan yang buruk

terhadap perpaduan antara kaum. Meskipun, wujudnya masyarakat majmuk di

 Tanah Melayu, namun perpaduan antara kaum itu tidak berlaku berikutan dasar

20

Page 21: Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

7/16/2019 Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-dasar-inggeris-di-tanah-melayu 21/23

Sejarah Sosio Ekonomi Tanah Melayu 1900-1957 2013

yang diperkenalkan British ini tidak menggalakkan mereka bergaul dan bercampur.

Hal ini seterusnya membawa impak yang buruk terhadap masyarakat selepasnya di

mana rentetan sejarah ini telah menyebabkan kepada berlakunya peristiwa

berdarah 13 mei 1969.

6.0 Rujukan:

Abdullah Bin Ayub. 1978. Cara Pemerintahan Tanah Melayu: 1957-1963. Kuala

Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Malek Munio. 1979. Perancangan Pentadbiran Kolonial Inggeris. Kesannya ke

atas Ekonomi Melayu dalam Masyarakat melayu. Antara tradisi dan

 perubahan. Kuala Lumpur. Utusan Publication.

Abdul Rahman Haji Ismail. 2005. Malaysia Sejarah Kenegaraan & Politik. Kuala

Lumpur. Dewan Bahasa & Pustaka.

Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah Sosial Masyarakat malaysia. Kuala Lumpur.

Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya. 1982.  A History of Malaysia. London.

Macmillan Press LTD.

Hairol Anuar Hj Mak Din. 2009. Sejarah Malaysia 1400-1969: Satu Evolusi. Selangor.

Pusat Peyelidikan & Pembangunan Akademik.

Ho Hui Ling. 2004. Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu. Kuala

Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.

Ishak Saat. 2009. Malaysia: 1945-2000. Kuala Lumpur. Utusan Publication.

Kassim Thukiman. 2002. Malaysia: Perspektif, Sejarah dan Politik. Skudai Johor

Darul Ta’zim. Universiti Teknologi Malaysia.

21

Page 22: Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

7/16/2019 Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-dasar-inggeris-di-tanah-melayu 22/23

Sejarah Sosio Ekonomi Tanah Melayu 1900-1957 2013

Leon Comber. 1985. Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan Melayu-Cina. Selangor.

International Book Service.

Mior Khairul Azrin Bin Mior Jamaluddin. 2011.  Jurnal Sistem Pendidikan di Malaysia:

Dasar,cabaran dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. Pulau Pinang.Universiti Sains Malaysia.

Mohd Ashraf Ibrahim. 2004. Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu: 1945- 1957.

Selangor. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamad Idris Salleh, Che Su Mustaffa & Fauziah Shaffie.  1994. Sejarah

Pembangunan Bangsa dan Negara. Kuala Lumpur. Utusan Publication dan

Distributors Sdn. Bhd.

Mohamad Isa Othman. 1999. Gerakan Protes Dalam Prespektif Sejarah Malaysia

Pada Abad ke-19 Dan Awal Abad ke-20. Kuala Lumpur. Utusan Publications

& Distributors Sdn Bhd.

Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur. Utusan

Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Shukri Hj. Abdullah. 1992. Strategi Pembangunan Desa Semenanjung

Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Nazri Muslim. 2012. Implikasi Peruntukan Islam dan Melayu dalam perlembagaan

Persekutuan Terhadap Hubungan Etnik . Selangor. Universiti Kebangsaan

Malaysia.

P. Sivarajan & S. Malar Arasi. 2012. Sejarah Sosioekonomi Malaysia Sehingga 1970.

Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Ridhuan Tee Abdullah. 2010. Cabaran Intregrasi Antara Kaum di Malaysia:

Perspektif Sejarah, keluarga dan Pendidikan. Jurnal Hadhari. bil.3(61-84).

Ruslan Zainuddin. 2003. Sejarah Malaysia. Edisi kedua. Kuala Lumpur. Fajar Bakti

Sdn. Bhd.

22

Page 23: Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

7/16/2019 Masyarakat Majmuk, Dasar Inggeris Di Tanah Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-dasar-inggeris-di-tanah-melayu 23/23

Sejarah Sosio Ekonomi Tanah Melayu 1900-1957 2013

S. Arasaratnam. 1970. Indians in Malaysia and Singapore. Kuala Lumpur. Oxford

University Press.

Victor Purcell. 1960. Background To Malaya Series. University of California. Donald

Moore.

Worran Hj Kabul, Shireen Haron, Mat Zin Mat Kib & Abdul Kadil Rosline. 2008.

Seminar Politik Malaysia. Pusat Penenrbitan Universiti (UPENA). Universiti

 Teknologi Malaysia.

23