Masyrkt banjar

17
TAJUK: Masyarakat Banjar Di Malaysia. “Suatu Kajian Asal-usul dan sosiobudaya masyarakat banjar”. AHLI KUMPULAN:- MOHD FARIZ BIN ASBI MOHD NOR EDHAM BIN BUGAL MOHD RIZAL AIDEY BIN RAIMI ABU BAKAR BIN KRAM ZULFIKAR AMAN JAMILIAH BINTI JAMIL NORMUTHMAINNAH BINTI RUDI LAILA BINTI HOTOH MAIZATUL AKHMARINA BINTI HJ NAWAR RASHIDAH MAT JUSOH SOLEHAH YUSOFF HUBUNGAN ETNIK GXEX1411

Transcript of Masyrkt banjar

Page 1: Masyrkt banjar

TAJUK: Masyarakat Banjar Di Malaysia. “Suatu Kajian Asal-usul dan sosiobudaya masyarakat

banjar”.

AHLI KUMPULAN:-MOHD FARIZ BIN ASBI

MOHD NOR EDHAM BIN BUGAL

MOHD RIZAL AIDEY BIN RAIMI

ABU BAKAR BIN KRAM

ZULFIKAR AMAN

JAMILIAH BINTI JAMIL

NORMUTHMAINNAH BINTI RUDI

LAILA BINTI HOTOH

MAIZATUL AKHMARINA BINTI HJ NAWAR

RASHIDAH MAT JUSOH

SOLEHAH YUSOFF

HUBUNGAN ETNIKGXEX1411

Page 2: Masyrkt banjar

SEJARAH MASYARAKAT BANJAR

Masyarakat Banjar berasal dari Kalimantan,

Indonesia, di kawasan selatan Basin Barito.

Masyarakat ini terbahagi kepada beberapa puak

iaitu Tanjung dan Kalua dari daerah Balangan,

Amuntai dari daerah Amuntai, Barabai dari daerah

Alai, Nagara dan Kandangan dari daerah Hamandit,

Rantau dari daerah Margasari dan Martaputra dari

daerah Martaputra .

Penempatan terawal masyarakat ini Malaysia adalah di batu

pahat, Johor.

PENGENALAN

Page 3: Masyrkt banjar

Mereka yang berhijrah ke Tanah Melayu merupakan petani-petani yang mahir dalam penanaman padi, melukis,menjadi tukang permata,membuat peralatan dari besi seperti peralatan pertanian dan senjata.

Antara faktor yang mendorong mereka berhijrah ke Tanah Melayu adalah :

perdagangan kemiskinan tanah mereka sering diancam binatang buas kemelaratan dibawah pemerintahan penjajah

belanda.

Page 4: Masyrkt banjar

SOSIOBUDAYA MASYARAKAT BANJAR

Page 5: Masyrkt banjar

Hubungan sosial antara masyarakat Banjar begitu baik, tidak wujud sebarang sentimen yang boleh menimbulkan perselisihan mahupun pergaduhan.

saling menghormati antara satu sama lain, mengamalkan budaya hormat menghormati, menggunakan percakapan yang bersopan santun dan sebagainya.

HUBUNGAN SOSIAL

Page 6: Masyrkt banjar

Mereka menganut agama islam dan mengamalkan gaya hidup yang sederhana.

Perkembangan pendidikan yang wujud dalam masyarakat Banjar hanyalah di suatu ketika dahulu adalah seperti kelas membaca al-quran dan mempelajari tentang hal ehwal syariat Agama Islam di sekolah rakyat mahupun madrasah-madrasah.

Bagi mereka yang berkemampuan,mereka akan menghantar anak mereka untuk belajar di sekolah-sekolah arab atau pondok dan ada juga yang menghantar anak mereka ke Mekah.

Jumlah yang menghantar anak mereka ke sekolah Melayu dan Inggeris amat kurang sekali kerana meraka beranggapan bahawa matapelajaran yang diajar adalah semata-semata untuk duniawi sahaja dan khuatir anak-anak mereka akan terpengruh dengan dakyah kristian.

AGAMA

Page 7: Masyrkt banjar

Kebanyakan penduduk bajar mengamalkan gaya hidup yang sederhana.

Tidak suka bekerja makan gaji dengan kerajaan

Lebih gemar berkerja secara sendiri seperti bidang pertanian dan nelayan

Mempunyai sifat berani dan panas baran

Pantang dicabar dan tidak asing daripada menggunakan senjata seperti lading,parang panjang atau badik ketika berlaku pergaduhan.

GAYA HIDUP

Page 8: Masyrkt banjar

Pada masa kini, Hanya golongan berumur sahaja atau lebih dikenali dengan golongan tua yang masih menggunakan bahasa banjar sebagai bahasa pertuturan dalam kehidupan seharian.

hampir 80% remaja yang sempat ditemu ramah tidak tahu berbahasa banjar dengan baik malah ada yang langsung tidak pandai untuk berbahasa banjar.

Beberapa perkataan banjar: 1. mengepai = melihat 2. kulaan = saudara 3. ayo am brataan = ayuh kita kesana

BAHASA DAN PERTUTURAN

Page 9: Masyrkt banjar

Sumber ekonomi asas penduduk adalah bertani(menanam padi) dan menangkap ikan

Mereka juga melibatkan diri dalam aktiviti yang lebih moden seperti industri pelancongan, pembuatan makanan, bengkel membuat kereta dan motosikal dan sebagainya yang di lakukan di sekitar perkampungan tersebut

Mereka juga mampu melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti tempatan setanding dengan bangsa lain dan keluar menjadi seorang yang mampu mengubah aktiviti ekonomi tradisional kepada suatu yang lebih maju kehadapan seperti seorang ahli perniagaan, guru dan sebagainya

SUMBER EKONOMI

Page 10: Masyrkt banjar

Pada asasnya, Rumah Banjar adalah rumah tradisional suku kaum Banjar

Antara ciri-ciri rumahnya:- 1. mempunyai lambang 2. mempunyai penekanan pada atap 3. hiasan 4. dekoratif Mula berkembang sebelum tahun 1871 sehingga

tahun 1935. Bubungan Tinggi merupakan antara jenis rumah

banjar yg paling dikenali dan merupakan identiti rumah adat suku Banjar

SENI BINA

Page 11: Masyrkt banjar

mengamalkan budaya seperti makan menggunakan tangan, budaya meminta izin dan banyak lagi

budaya menghormati tetamu jelas dilihat di kalangan masyarakat Banjar.

Tetamu yang datang di layan dengan hidangan-hidangan makanan sebagai tanda menghormati dan meraikan kedatangan mereka.

BUDAYA

Page 12: Masyrkt banjar

Salah satu kesenian muzik tradisional khas Suku Banjar ialah Muzik Panting.

muzik panting berasal dari daerah Tapin, Kalimantan Selatan.

Pada zaman dulu muzik hanya dimainkan secara solo Disebabkan semakin majunya perkembangan zaman dan

muzik panting akan lebih menarik jika dimainkan dengan beberapa alat muzik lainnya, seperti babun, gong,dan biola dan pemainnya juga terdiri dari beberapa orang.

ada sebuah kesenian muzik tradisional Suku Banjar, iaitu Muzik Kentung yang berasal dari daerah Kabupaten Banjar iaitu di desa Sungai Alat, Astambul dan Kampong Bincau, Martapura.

MUZIK

Page 13: Masyrkt banjar

ADAT RESAM Antara adat resam yang diamalkan oleh masyarakat banjar adalah berkenaan adat PUKONG.

Pukong ini adalah cara yang unik untuk menidurkan bayi antara 1-5 bulan.

Terdapat juga adat seperti ‘marhaban keliling budak iaitu adat untuk meraikan kehadiran orang baru.

masyarakat Banjar juga mempunyai pantang larang yang mana dalam bahasa mereka disebut ‘pemalek’. Antaranya:- 1. tidak boleh duduk di atas bantal kerana takut pelakunya akan berbisul. 2. melarang masyarakat mereka membawa kanak-kanak pergi berjalan- jalan di waktu petang atau senja. Hal ini kerana, takut kanak-kanak tersebut akan mendapat gangguan daripada benda halus.

Page 14: Masyrkt banjar

USUNG JINGGUNG merupakan adat dalam majlis perkahwinan masyarakat banjar dimana pengantin akan diusung di atas bahu orang lain di hadapan para tetamu yang hadir.

Upacara ini hanya dilakukan oleh orang yang mahir sahaja kerana ianya bukan sahaja memerlukan tenaga yang lebih untuk mengusung pengantin tetapi harus pandai menari.Ini kerana pengusung yang di panggil ‘PAUSUNG’ perlu menari mengikut irama muzik yang dimainkan bagi tujuan menghiburkan tetamu yang hadir.

Pada hari perkahwinan ini juga,terdapat satu permainan iaitu pertandingan ‘menaiki kayu licin’.

Page 15: Masyrkt banjar
Page 16: Masyrkt banjar

kuih kelapun yang mana jika dilihat dalam masyarakat melayu ianya kelihatan seperti kuih jemput-jemput.

juga kuih kekulih, tepung torak, wadih kepeng (pipih) yang menjadi tradisi orang Banjar ketika aktiviti gotong-royong menanam padi dilakukan.

kuih cucuk bengol iaitu cekodok serabi (apam) yang dihidangkan kepada mereka

yang membawa mayat ke kubur “wadi” dimana ikan dan garam di peram dalam

tempayan.

MAKANAN DAN KUIH TRADISIONAL

Page 17: Masyrkt banjar

1. Identiti masyarakat Banjar ini masih lagi boleh dilihat namun semakin hilang ditelan zaman yang mengarah ke arah kemodenan pesat pada hari ini terutama sekali dalam penggunaan bahasa banjar itu sendiri di kalangan remaja-remaja.

2. terdapat juga mereka yang masih kuat pegangan adat serta amalan tradisional dan kelompok-kelompok ini dipelopori oleh golongan-golongan tua yang berumur 50 tahun keatas.

3. mempunyai keunikannya tersendiri yang mana mampu menonjolkan ciri-ciri kebanjaran itu sendiri dalam membuat perbandingan dengan masyarakat ataupun suku kaum lain yang terdapat di Malaysia ini.

4. masyarakat yang boleh setanding dengan masyarakat lain dalam segala aspek mahupun dalam aspek pendidikan, ekonomi dan sebagainya walaupun jika dilihat pada sejarah masyarakat ini berasal dari mereka yang biasa-biasa sahaja.

KESIMPULAN