MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR

18
1 MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR SEM II 2015/2016 Isu-Isu Pendidikan Di Malaysia Fazhani Binti Che Mat Zain (P79014) Lt. Kdr. (B) Tldm Dr. Abu Yazid Bin Abu Bakar PENDAHULUAN Pada 12 Julai 2015 tahun lalu, Malaysia dikejutkan dengan satu insiden yang berlaku di Plaza Low Yat di mana ketegangan berlaku apabila melibatkan rusuhan seramai 200 orang. Rusuhan berlaku kerana seorang suspek dikatakan melarikan sebuah telefon bimbit. Suspek kemudiannya dikejar dan ditangkap menyebabkan rakan-rakan suspek datang melakukan kekecohan dan menimbulkan pergaduhan di Plaza Low Yat. Mereka yang terlibat langsung tidak mengendahkan nasihat daripada pihak polis malah dua kumpulan saling bergaduh dan membaling topi keledar yang menyebabkan jurugambar dan wartawan yang cuba membantu turut cedera. Insiden tersebut menggambarkan bahawa betapa ceteknya jati diri rakyat Malaysia sehinggakan sanggup melakukan rusuhan dan berani melawan pihak berkuasa. Walaupun insiden yang berlaku di Plaza Low Yat tersebut tidak melibatkan isu perkauman namun rusuhan itu mengingatkan masyarakat Malaysia tentang kejadian yang pernah menjadi titik hitam di Tanah Melayu sewaktu ketika dahulu 13 Mei 1969 iaitu berlakunya rusuhan antara kaum. Rajah 1: Rusuhan di Plaza Low Yat (Sumber: Google)

Transcript of MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR

Page 1: MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR

1

MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR

SEM II 2015/2016

Isu-Isu Pendidikan Di Malaysia Fazhani Binti Che Mat Zain (P79014)

Lt. Kdr. (B) Tldm Dr. Abu Yazid Bin Abu Bakar

PENDAHULUAN

Pada 12 Julai 2015 tahun lalu, Malaysia dikejutkan dengan satu insiden yang berlaku di Plaza

Low Yat di mana ketegangan berlaku apabila melibatkan rusuhan seramai 200 orang.

Rusuhan berlaku kerana seorang suspek dikatakan melarikan sebuah telefon bimbit. Suspek

kemudiannya dikejar dan ditangkap menyebabkan rakan-rakan suspek datang melakukan

kekecohan dan menimbulkan pergaduhan di Plaza Low Yat. Mereka yang terlibat langsung

tidak mengendahkan nasihat daripada pihak polis malah dua kumpulan saling bergaduh dan

membaling topi keledar yang menyebabkan jurugambar dan wartawan yang cuba membantu

turut cedera. Insiden tersebut menggambarkan bahawa betapa ceteknya jati diri rakyat

Malaysia sehinggakan sanggup melakukan rusuhan dan berani melawan pihak berkuasa.

Walaupun insiden yang berlaku di Plaza Low Yat tersebut tidak melibatkan isu perkauman

namun rusuhan itu mengingatkan masyarakat Malaysia tentang kejadian yang pernah menjadi

titik hitam di Tanah Melayu sewaktu ketika dahulu 13 Mei 1969 iaitu berlakunya rusuhan

antara kaum.

Rajah 1: Rusuhan di Plaza Low Yat

(Sumber: Google)

Page 2: MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR

2

Jika di sekolah, acap kali isu pelajar ponteng sekolah, buli, merokok dan vandalisme

menghiasi dada-dada akhbar tempatan dan laman sosial di Malaysia. Gejala-gejala ini

membayangkan betapa tahap kemerosotan jati diri dan masalah disiplin dalam kalangan

pelajar semakin serius dan membimbangkan. Seperti sedia maklum bahawa, sekolah

merupakan institusi pengajian dan medan ilmu. Namun tempat ini disalah gunakan dengan

melakukan aktiviti-aktiviti tidak bermoral dalam kalangan pelajar bagi mencapai kepuasan

diri tanpa mengambil kira faktor tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Sekiranya

fenomena ini berlaku, pelbagai pihak saling menunding jari seolah-olah tidak menampakkan

kesalahan masing-masing.

Kajian demi kajian dijalankan bagi mengetahui punca berlakunya fenomena ini dan

menunjukkan bahawa faktor persekitaran banyak memberi pengaruh berlakunya fenomena

tersebut seperti kurang kasih sayang dari ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, pengaruh media

massa dan sebagainya. Hal ini berlaku kerana pelajar mudah terikut-ikut dan sikap pelajar

yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Namun sekiranya kajian dilakukan dan punca telah

dikenalpasti tetapi masih tidak komited untuk membendung dan menangani masalah ini

bagaikan ibarat melepaskan batuk ditangga. Seharusnya, semua pihak perlu menggembeleng

gejala ini secara bersama bagi menangani masalah ini bukan hanya melepaskan

tanggungjawab kepada pihak sekolah sahaja.

Rajah 2: Fenomena Negatif di Sekolah

(Sumber: Google)

Page 3: MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR

3

Impian menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam Wawasan 2020 tidak akan

tercapai sekiranya mentaliti masyarakat masih ditakuk lama. Salah satu faktor menjadikan

Malaysia sebuah negara maju ialah dengan mempunyai masyarakat yang mempunyai minda

kelas pertama. Jadi Malaysia perlu melahirkan masyarakat atau modal insan kelas pertama

sebagai memenuhi syarat menjadi sebuah negara maju seperti Singapura, Amerika Syarikat

dan Jepun. Dengan ini, bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama

setaraf dengan negara maju yang lain, pendidikan merupakan asas penting yang perlu

diutamakan. Pendidikan memainkan peranan dalam melahirkan manusia minda kelas pertama

dan bertaraf dunia menerusi proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran,

penyampaian ilmu dan penerapan nilai dalam kehidupan seharian.

Pelajar ialah asset yang paling bernilai kerana generasi harapan bangsa yang bakal

menjadi pemimpin dan melakukan perubahan dari sudut politik, ekonomi dan sosial negara

pada masa hadapan. Asset negara ini perlu dididik dan dibimbing supaya tidak leka oleh arus

pembangunan yang boleh menjerumus diri pelajar ke arah yang tidak sehat. Sekiranya

Malaysia ingin melahirkan modal insan minda kelas pertama, setiap pelajar perlu dibentuk

jati diri semenjak dari awal persekolahan lagi kerana pada peringkat awal pelajar senang

dididik dan dibentuk. Seperti kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kenapa

jati diri penting? Jati diri penting kerana jati diri melibatkan akhlak dan perilaku seseorang.

Jika akhlak seseorang tidak baik, bagaimana hendak memimpin sesebuah negara? Jadi,

pembentukan jati diri perlu diberi keutamaan dalam sistem pendidikan. Melalui mata

pelajaran sejarah, guru-guru boleh membentuk jati diri dan identiti kebangsaan dalam

kalangan pelajar.

LATAR BELAKANG MATA PELAJARAN SEJARAH

Pada tahun 1918 hingga 1978 mata pelajaran sejarah telah mula diperkenalkan yang lebih

dikenali dengan mata pelajaran Tawarikh. Selepas tahun 1978, mata pelajaran Tawarikh

dikenali pula sebagai mata pelajaran Sejarah sehingga ke hari ini. Kerajaan mula sedar akan

kepentingan mata pelajaran Sejarah dan mula menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai

subjek teras di sekolah menengah bermula tahun 1989 dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM). Sejak dari itu, semua pelajar di sekolah kerajaan dari tingkatan 1 hingga

tingkatan 5 wajib mempelajari mata pelajaran Sejarah. Tujuan kerajaan mewajibkan semua

pelajar sekolah menengah mengambil mata pelajaran ini ialah untuk meningkatkan

Page 4: MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR

4

pengetahuan sejarah dan memupuk nilai patriotisme agar dapat membentuk keperibadian

tinggi, menanam semangat cintakan negara dan perpaduan kaum selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan iaitu ke arah membangunkan individu seimbang dari segi jasmani,

emosi, rohani dan intelek.

Bermula tahun 2013, kerajaan melakukan transformasi dengan pelaksanaan mata

pelajaran sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Surat Pekeliling Bil. 3 Tahun

2011 pada 8 Ogos 2011. Jika sebelum ini hanya mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja

diwajibkan lulus sebagai syarat layak mendapatkan sijil, namun bermula pada 2013 pelajar

juga perlu lulus mata pelajaran Sejarah bagi melayakkan mendapat sijil SPM. Ianya selaras

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan perkembangan pontensi individu

secara menyeluruh untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Pendekatan kerajaan untuk memartabatkan mata pelajaran Sejarah dengan mewajibkan

subjek ini lulus bagi mendapatkan sijil SPM dilihat sebagai suatu usaha yang bijak dalam

pembinaan generasi muda dan pembangunan jati diri pelajar kerana melihatkan rakyat

Malaysia yang kian alpa tentang sejarah negara.

Setelah mewajibkan pelajar SPM lulus bagi mata pelajaran Sejarah untuk layak

mendapatkan sijil, kerajaan sekali lagi mengambil langkah memperkenalkan mata pelajaran

sejarah sebagai mata pelajaran teras bagi sekolah rendah bermula pada tahun 2014. Menurut

Timbalan Menteri Pelajaran pada masa itu Dr. Mohd Puad, mata pelajaran sejarah kepada

murid sekolah rendah akan menekankan aspek kewarganegaraan, patriotisme dan unsur

perlembagaan dengan pengubahsuaian beberapa elemen baru supaya menarik minat dan lebih

efektif kepada murid. Kerajaan mengambil inisiatif memperkenalkan subjek sejarah kepada

murid sekolah rendah bertujuan supaya murid faham akan kepentingan sejarah sebagai

panduan membentuk masa depan yang bertamadun. Mata pelajaran sejarah diajar diperingkat

awal agar dapat memupuk sikap jati diri dan menanam minat murid terhadap sejarah bagi

mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran masa hadapan seperti kata pepatah melentur

buluh biarlah dari rebungnya.

Bukan sahaja murid di sekolah rendah dan menengah diwajibkan untuk mempelajari

mata pelajaran sejarah bahkan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta turut

diwajibkan mengambil kursus sejarah. Tamadun Islam diperkenalkan bagi melahirkan

Page 5: MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR

5

mahasiswa yang holistik, menghayati nilai-nilai patriotisme dan jati diri beracuankan negara

Malaysia serta menguasai kemahiran insaniah ke arah memenuhi kebolehpasaran kerja dan

kebolehdapatan kerja (Abd. Rashid, 2015). Menurut Osman Bakar (2012) bagi universiti

awam, kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dijadikan teras kepada semua

pelajar bermula tahun 1998 dan bagi universiti swasta mula diperkenalkan pada tahun 2013.

Kurikulum TITAS digubal oleh Jawatankuasa Penggubal Kursus TITAS dan mempunyai

keunikan tersendiri berdasarkan isi kandungan kursus. Jadi semua pelajar tidak kira bidang

pengajian diwajibkan mengambil kursus sejarah sebagai syarat bergraduasi selain dapat

memupuk jati diri dan perpaduan kaum. Pembentukan jati diri diterapkan secara tidak

langsung melalui kursus ini berupaya mendidik akhlak pelajar.

DEFINISI / KONSEP / TEORI

Mata Pelajaran Sejarah

Menurut Md Rasul Haron dan Faridah Mohamad Saad (2008), definisi mata pelajaran sejarah

ialah mata pelajaran yang mengkaji atau mempelajari sejarah manusia dari segi ekonomi,

budaya dan sosial. Sejarah adalah amat penting dalam pembinaan sesebuah negara kerana

dapat mengetahui peninggalan sejarah terdahulu, bangunan sejarah dan tempat bersejarah di

dunia. Mata pelajaran sejarah penting dalam melahirkan generasi muda akan datang yang

akan memimpin sesebuah negara dengan mengambil kira faktor sejarah.

Jati Diri

Kamus Dewan Edisi Ke-Empat mendefinisikan jati diri sebagai suatu sifat atau ciri yang unik

dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya, agama dan sebagainya yang menjadi teras dan

lambang kepada keperibadian individu ataupun bangsa. Jati diri juga merupakan suatu identiti

diri yang berpaksikan nilai adat, budaya, agama, bangsa dan negara. Jati diri dilihat melalui

akhlak seseorang. Akhlak yang baik dapat dapat membentuk jati diri yang baik dan begitulah

sebaliknya. Ini menyebabkan jati diri seseorang individu adalah berbeza dengan individu

yang lain kerana bergantung kepada akhlak seseorang (Hanapi, 2001).

KAJIAN LEPAS

Page 6: MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR

6

Menerusi kajian-kajian lepas, Dilek (2001) menyatakan bahawa mata pelajaran sejarah diajar

kepada pelajar berdasarkan tiga matlamat utama iaitu membentuk pembangunan diri pelajar,

memberi kefahaman tentang warisan budaya dan memberikan pendidikan kewarganegaraan.

Kemahiran pemikiran sejarah merupakan proses kognitif yang membolehkan pelajar

meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru bagi mengembangkan

kemahiran berfikir dan sikap ingin tahu. Secara keseluruhannya, pendidikan sejarah adalah

untuk membangunkan kemahiran pemikiran sejarah dalam diri pelajar bagi pembentukan jati

diri kerana identiti atau jati diri seseorang individu adalah dipengaruhi oleh perubahan dalam

sejarah dari awal hingga akhir.

Pembentukan jati diri merupakan suatu agenda di seluruh dunia kerana dengan

terbentuknya jati diri seseorang individu maka lahirlah identiti yang suci dan murni

melambangkan keteguhan dan kedaulatan sesebuah negara. Jati diri berkait dengan akhlak

seseorang individu (Latifah et al, 2012). Tanpa akhlak yang mulia dan nilai murni dalam diri,

jati diri tidak dapat dipupuk dengan baik. Pembentukan jati diri diharap dapat mengekalkan

keamanan dan dapat membina perpaduan negara. Mata pelajaran Sejarah dalam sistem

pendidikan di Malaysia adalah penting untuk dihayati oleh semua pelajar dalam menempuh

kehidupan yang semakin kompleks. Perkembangan sains dan teknologi menzahirkan sedikit

kebimbangan terhadap penularan pengaruh negatif secara halus seperti penjajahan minda

yang akan menguasai pelajar dan generasi muda sekiranya tidak dipantau secara telus.

Menurut Ahmat Adam (2013) dalam ucaptamanya di UMS, menyatakan bahawa

semangat kebangsaan disemai melalui buku-buku sejarah. Setiap individu atau bangsa

mampu menyesuaikan diri dengan kepelbagaian kaum setelah mengetahui peninggalan

sejarah sebelum ini melalui mata pelajaran sejarah. Jadi sejarah penting bagi pembentukan

sebuah identiti dan pembentukan sesebuah negara. Dengan ini melalui pendidikan mata

pelajaran sejarah dapat memupuk dan meneguhkan perpaduan negara yang mempunyai

kepelbagaian bangsa dan agama. Melalui mata pelajaran sejarah juga dapat mendidik rakyat

untuk memahami sejarah tanah air dan cinta akan tanah air.

ISU DAN CABARAN

1. Kepelbagaian budaya, bangsa dan agama (Nielsen, 2012)

Page 7: MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR

7

Sekolah adalah institusi pembelajaran bagi semua orang tidak kira bangsa dan agama.

Dengan kurikulum yang sama, sekolah bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan

kepada semua pelajar tanpa mengira asal-usul. Kerajaan telah membuka hak dan peluang

yang sama untuk mendapatkan pendidikan. Amy Gutman (1999) menyatakan bahawa sistem

pendidikan berperanan untuk mempersiapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan

untuk mengekalkan dan membangunkan demokrasi dengan matlamat untuk memberikan hak

sama rata kepada semua individu tidak mengira jantina, etnik, agama dan lain-lain. Tegas

Gutman lagi, hak sama rata adalah untuk memberikan kebebasan dan kebaikan bersama agar

tidak berlaku perpecahan dan mengelakkan perbalahan antara kaum.

Malaysia terdiri daripada pelbagai budaya, bangsa dan agama. Jadi pentafsiran bahan-

bahan sejarah perlu ke arah perpaduan dan integrase nasional supaya semua pelajar dapat

menerima, menghayati dan menghargai kebudayaan dan sumbangan kaum lain dalam

pembangunan negara. Menurut Sharipah (2015), Malaysia memandang serius akan isu yang

melibatkan kepelbagaian kaum kerana penduduk Malaysia terdiri daripada masyarakat

majmuk. Oleh sebab itu, dasar yang diperkenalkan sering berubah-ubah mengikut kesesuaian

semua kaum dan peredaran masa. Selaras dengan itu, mata pelajaran Sejarah juga diubah suai

supaya masyarakat berbilang kaum dapat menerima kandungan mata pelajaran Sejarah yang

diajar di sekolah. Pelaksanaan pendidikan mata pelajaran Sejarah adalah tidak mudah kerana

kebimbangan penerimaan semua kaum tentang kandungan dalam mata pelajaran Sejarah. Isu

kaum merupakan satu isu yang sangat sensitif di Malaysia kerana penduduknya yang

berbilang kaum namun kerajaan bijak menyelaraskan keperluan dan kepentingan semua bagi

mencapai perpaduan dan keharmonian negara. Pengubahsuaian sukatan mata pelajaran

Sejarah diharap dapat mencapai perpaduan kaum dan mencegah pemikiran negatif antara

kaum yang boleh menimbulkan konflik kerana kecelaruan identiti dan jati diri.

2. Anggapan mata pelajaran sejarah merupakan ulangan subjek tertentu yang pernah

diajar di sekolah dan membosankan

Abd Rashid (2015) menyatakan bahawa pelajar beranggapan kursus TITAS yang diajar di

IPT merupakan kursus yang berlatarbelakangkan pengajian Islam dan sejarah. Jadi pelajar

menganggap bahawa kursus TITAS sebagai ulangan subjek tertentu yang pernah diajar dan

dipelajari di sekolah. Anggapan tersebut menyebabkan pelajar di IPT tidak berminat untuk

belajar benda yang sama namun terpaksa mengambil kursus tersebut kerana ianya merupakan

Page 8: MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR

8

subjek teras di IPT. Minat yang kurang menyebabkan pelajar kurang memberikan tumpuan

semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam dewan kuliah. Oleh yang demikian, anggapan

seperti ini perlu diperbetulkan kerana mata pelajaran TITAS diperkenalkan tidak hanya

membincangkan pengajian Islam dan sejarah semata-mata malah membincangkan isu dan

cabaran isu semasa yang berkaitan dengan tamadun mansia.

Laporan Nazir Sekolah telah menyatakan bahawa mata pelajaran sejarah kurang

diminati oleh pelajar kerana beranggapan mata pelajaran Sejarah membosankan dan sukar

difahami (Sharipah Aini, 2015). Bukan sahaja di Malaysia bahkan kajian yang dilakukan

dalam kalangan pelajar sekolah di Australia dan Kanada, kebanyakan pelajar memberikan

persepsi negatif dengan menyatakan bahawa mata pelajaran sejarah membosankan dan

berulangan (Clark, 2008). Kesannya, semakin kurang pengetahuan sejarah negara mereka

dalam kalangan pelajar dan golongan muda kerana kurangnya minat untuk mengetahui

sejarah negara mereka sendiri. Salah satu persepsi negatif yang diberikan pelajar Autralia

ialah:

“We wasted too much time learning Australian history, about which there is very little

interest to learn. It is time we face this fact instead of trying to pretend that Australia

has had a very interesting story” – (Sumber: Clark, 2008)

Bagi mengatasi isu persepsi pelajar yang mengatakan mata pelajaran berulangan dan

membosankan, John Howard (Perdana Menteri Australia) telah memberi penekanan akan

keperluan dan kepentingan mata pelajaran sejarah dalam proses pembangunan jati diri

penduduk di negara itu dan menjadikan mata sejarah sebagai mata pelajaran teras seperti

yang dilakukan oleh Gordon Brown iaitu Perdana Menteri Britain (Mohd Samsudin &

Shahizan Shaharuddin, 2012). Dalam pada itu, kerajaan mengubahsuai dan menambah baik

kurikulum mata pelajaran sejarah mengikut kesesuaian umur serta menggalakkan

penggunaan teknologi bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran sejarah.

Guru sejarah juga perlu memberi keseimbangan tumpuan antara kurikulum dan pedagogi.

Corak pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditambah baik bersesuaian dengan abad ke-21.

Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas Australia dan Kanada, terdapat persamaan

juga dengan apa yang berlaku di Malaysia mengenai faktor kurangnya minat belajar terhadap

mata pelajaran sejarah dan sejarah di anggap suatu yang membosankan (Mohd Samsudin &

Shahizan Shaharuddin, 2012). Antara faktor-faktor tersebut ialah (Clark, 2008):

Page 9: MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR

9

1. Tajuk-tajuk yang berulang

2. Penggunaan sumber dan perkembangan professional oleh guru-guru Sejarah

3. Persoalan mengenai kandungan buku teks Sejarah

4. Keperluan kemahiran kepada guru-guru Sejarah

5. Menarik perhatian pelajar dalam pembelajaran di dalam kelas

6. Penggunaan dokumen, manuskrip atau artifak sebagai alat pengajaran

Penekanan harus diberikan kepada isi kandungan yang tepat, kaedah penyampaian yang

menarik dan penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dan pelbagai supaya dapat menarik

minat pelajar untuk belajar mata pelajaran sejarah dan tidak lagi menganggap mata pelajaran

tersebut membosankan. Jika kesemua kaedah adalah betul, pembinaan jati diri dapat

dilestarikan apabila memahami dan menghayati pendidikan sejarah.

3. Kemahiran dan Kaedah Pengajaran

Menjadi satu kebiasaan bagi kebanyakan guru menggunakan kaedah ceramah dan kuliah

dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah (Sharipah). Teknik dan kaedah ceramah atau kuliah

ini diguna pakai sejak dari dahulu lagi dan merupakan satu cara tradisional dalam pengajaran

dan pembelajaran mata pelajaran sejarah. Guru bertindak menyalurkan ilmu pengetahuannya

dengan cara ceramah dan bercerita tentang sesuatu peristiwa sejarah sepanjang sesi pdp.

Manakala pelajar hanya mendengar dan mencatat apa yang disampaikan oleh guru. Bentuk

pengajaran dan pembelajaran ini adalah lebih berpusatkan guru dan bersifat satu hala. Pelajar

menerima dan menelan segala input yang diberikan oleh guru tanpa memahami dan

menghayati topik tersebut. Kesannya, pelajar tidak mengetahui tujuan mereka belajar sejarah

dan mereka masih menghafal untuk menjawab peperiksaan. Penerapan jati diri tidak

terlaksana secara telus kerana guru bertindak semata-mata ingin menyampaikan ilmu dan

memfokuskan untuk menghabiskan silibus bagi mengejar peperiksaan yang akan

berlangsung.

Seperti yang terkandung dalam Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Guru perlu kreatif menggunakan kepelbagaian teknik yang dicadangkan agar dapat menarik

minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran sejarah sepanjang sesi pdp. Terdapat

pelbagai teknik yang dicadangkan dalam KBSM bagi sesi pengajaran dan pembelajaran

sejarah iaitu:

Page 10: MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR

10

1. Kuliah / khutbah

2. Memberitahu

3. Simulasi

4. Kajian kes

5. Eksperimen

6. Percambahan fikiran

7. Ceramah

8. Menunjukkan bagaimana

9. Penggunaan sumber

10. Di luar tempat kerja / kerja lapangan

11. Latih tubi

Kesemua teknik yang dicadangkan oleh kementerian dalm KBSM tersebut boleh diguna

pakai oleh guru-guru tidak hanya dalam mata pelajaran sejarah sahaja bahkan semua mata

pelajaran. Guru yang kreatif dan inovatif akan bijak menggunakan macam-macam teknik

supaya pelajar tidak bosan dan sentiasa minat untuk mempelajarinya. Sekiranya pelajar

semakin minat untuk mempelajari mata pelajaran sejarah khususnya, pemupukan jati diri

boleh diterapkan dalam diri pelajar oleh guru secara halus melalui topik-topik yang

dibincangkan semasa pengajaran dan pembelajaran.

4. Pembelajaran Abad ke-21

Dalam pembelajaran abad ke-21, kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan

guru dan bersifat satu hala adalah tidak sesuai lagi untuk diguna pakai. Guru atau pensyarah

perlu lebih kreatif dan inovatif menggunakan kepelbagaian kaedah bagi menarik minat

pelajar untuk belajar dan mendalami mata pelajaran sejarah. Sekiranya kaedah yang

digunakan mampu menarik minat pelajar untuk belajar maka anggapan mata pelajaran

sejarah membosankan tidak akan timbul.

Pembelajaran abad ke-21 tidak lagi menggunakan kaedah chat and talk semata-mata

kerana langsung tidak menarik minat pelajar pada era ini. Malah dipersetujui oleh pakar-

pakar di mana kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu diubah suai dengan perkembangan

teknologi cyber dan akses kepada internet yang semakin maju (Buletin Transformasi

Pendidikan Malaysia, 2015). Guru dan pendidik perlu sedar kaedah ceramah adalah tidak lagi

Page 11: MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR

11

bersesuaian dengan zaman ini. Jadi guru perlu bersedia melakukan transformasi dan

menerima perubahan agar pengajaran dan pembelajaran lebih efektif. Guru memainkan

peranan agar pelajar turut terlibat aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah

pengajaran dan pembelajaran perlu lebih dinamik dan kreatif ditambah pula dengan

kemahiran dan penguasaan ilmu pengetahuan guru yang luas mampu menarik minat pelajar

untuk belajar mata pelajaran sejarah.

Kemahiran dan kaedah pengajaran yang sesuai dalam pdp akan menarik minat pelajar

untuk belajar mata pelajaran sejarah dan memupuk jati diri pelajar. Jati diri juga dapat

disemai seperti yang terkandung dalam elemen kemahiran abad ke-21 di bawah:

CADANGAN

1. Penggunaan ICT dalam PdP

Kaedah menggunakan buku teks, ceramah atau kuliah sering digunakan dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini menurunkan minat pelajar (Kamarul Afendey,

2013). Namun kaedah seperti tayangan video dan penggunaan perisian komputer

mendapat respon tertinggi dari kajian yang dibuat oleh Mohamad Johdi (2003). Walaupun

kaedah tersebut mendapat respon tertinggi dalam kalangan pelajar namun tahap

penggunaan di dalam kelas adalah sangat rendah.

Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, penggunaan kaedah pengajaran mata

pelajaran sejarah secara stereotaip iaitu tumpuan terhadap buku teks dan hafalan tidak lagi

Page 12: MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR

12

relevan. Hamid (2009) menyatakan bahawa pembinaan sikap dan akhlak lebih banyak

dipengaruhi oleh perisian berkonsepkan teknologi maklumat. Menerusi penggunaan

perisian seperti komputer, dapat membina jati diri dan penerapan nilai murni dalam

kalangan pelajar. Jadi, dalam menerapkan jati diri menerusi mata pelajaran sejarah, guru

mata pelajaran sejarah boleh menggunakan komputer dan perisian teknologi dalam

mengaplikasikan ilmu sejarah dan kemahiran untuk menarik minat pelajar dengan

memanfaatkan teknologi yang disediakan di sekolah.

Penggunaan alat bantu mengajar yang baik dapat memberi impak yang besar kepada

pelajar. Guru boleh melakukan eskperimen sekiranya ingin mengetahui teknik dan kaedah

pengajaran manakah yang paling diminati oleh pelajar untuk mata pelajaran sejarah sama

ada menggunakan komputer, LCD dan sebagainya. Guru boleh melihat pelajar berminat

untuk belajar dan menumpukan perhatian mereka menerusi gerak langkah dan

penglibatan mereka semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sebagai guru yang

mengajar mata pelajaran yang perlu mengingati fakta, mereka perlu menyesuaikan

kaedah pengajaran mengikut perkembangan semasa agar tidak menjadi guru yang

ketinggalan zaman. Bukan sahaja petah berbicara tentang sejarah bahkan juga guru

seharusnya yakin mengintegrasikan ICT dalam pengajaran supaya hasil pembelajaran

adalah lebih berkesan.

2. PdP di luar kelas

Sememangnya kelas disediakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun tidak

salah sekiranya sekali sekala guru mengambil inisiatif dengan melakukan sesi pengajaran

dan pembelajaran mata pelajaran sejarah di luar bilik darjah. Menurut Ariegusrini dan

Mohamad Johdi (2009) pembelajaran di dalam bilik darjah secara berterusan boleh

menyebabkan pelajar berasa bosan dan tertekan di tambah pula dengan teknik mengajar

guru yang suka memberi ceramah. Sesuai dengan mata pelajaran sejarah, guru boleh

mengadakan lawatan sambil belajar di tempat-tempat bersejarah seperti muzium. Lawatan

tersebut bukan sahaja dapat menghilangkan rasa bosan belajar di dalam kelas malah guru

boleh mengaitkan pembelajaran sejarah semasa melawat tempat bersejarah. Disamping

melawat tempat-tempat bersejarah, penerapan jati diri dan cintakan negara dapat

diterapkan melalui pengetahuan sejarah yang dilihat dan diterokai menerusi artifak dan

tinggalan sejarah lampau.

Page 13: MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR

13

3. Galakkan Kaedah Mneumonik

“Saya cepat lupa walaupun saya membuat ulang kaji” – Pelajar A

“Saya tidak ingat apa yang saya belajar di dalam kelas dan apa

bila ulang kaji pada waktu malam” – Pelajar B

“Saya minat belajar sejarah tapi susah untuk mengingati fakta

dan perlu membaca berulang kali untuk mengingatinya” – Pelajar C

Petikan di atas merupakan keluhan pelajar yang saya terima daripada beberapa orang

pelajar yang mengambil mata pelajaran sejarah di sekolah. Berdasarkan kepada ketiga-

tiga keluhan tersebut, pelajar didapati sukar untuk mengingati fakta sejarah yang mereka

pelajari di dalam kelas dan waktu mereka mengulang kaji. Walaupun mereka

menumpukan perhatian di dalam kelas dan juga melakukan ulang kaji di rumah, namun

fakta tersebut hanya kekal dalam ingat sementara sahaja bukan untuk jangka panjang.

Tambahan pula, pelajar bukan sahaja mengambil mata pelajaran sejarah malah

mengambil beberapa mata pelajaran lain lagi yang memerlukan daya ingatan untuk

memproses maklumat baru yang diberikan oleh guru. Kesukaran mengingati fakta sejarah

memungkirkan pelajar untuk menghayati tinggalan sejarah bagi memupuk semangat jati

diri dalam diri pelajar.

Salah satu cara yang boleh membantu pelajar untuk mudah mengingati fakta sejarah

ialah dengan menggunakan kaedah mneumonik. Kaedah mneumonik ialah satu kaedah

yang boleh membantu ingatan pelajar dengan mengaitkan sesuatu bahan atau rangkaian

berdasarkan huruf-huruf pangkal untuk diingat dengan sesuatu yang lebih bermakna

(Tang, 2005). Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memberi penekanan

dan galakan untuk menggunakan kaedah mneumonik bagi menarik minat pelajar. Pelajar

yang kreatif akan menggunakan huruf-huruf pangkal untuk mencipta akronim supaya

lebih mudah untuk diingati. Contohnya:

1. Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho:

PATI – Pertanian, Anyang (Bandar), Tembok, Istana

Page 14: MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR

14

2. Proses pembentukan Tamadun Indus:

PASBN – Pertanian (Hasil), Air (Sumber), Subur (Tanah), Bandar, Nomad

3. Ciri negara dan bangsa dalam kesultanan Melayu Melaka

LUHUR – Lambang-lambang, Undang-undang, Hukum kanun Melaka,

Undang-undang Laut Melaka, Rakyat jelata

Kaedah mneumonik membantu pelajar untuk mengingati fakta sejarah dengan lebih

mudah. Kaedah ini sebenarnya sudah lama digunakan namun tidak semua pelajar

mempraktikkan kaedah ini dalam mengulang kaji mata pelajaran yang memerlukan

pelajar mengingati fakta. Jadi, guru perlu menggalakkan pelajar menggunakan kaedah ini

dalam mata pelajaran sejarah sama ada dengan membuat peta minda menggunakan huruf

pangkal atau dengan cara menghafal huruf pangkal. Dengan menggunakan kaedah

mneumonik ini akan menimbulkan perasaan minat pelajar untuk mempelajari dan

memahami mata pelajaran sejarah dengan lebih mudah. Pembentukan jati diri dapat

dibina secara perlahan-lahan sekiranya pelajar mula minat untuk mempelajari sesuatu.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Tang juga, pelajar yang menggunakan kaedah

mneumonik mudah mengingati fakta sejarah dengan lebih berkesan dan mudah untuk

membuat ulang kaji pelajaran

4. Galakkan Penggunaan Peta Pemikiran i-Think

Kerajaan telah memperkenalkan Program i-Think pada 2011 dan dijalankan secara

berperingkat pada peringkat awal diperkenalkan. Namun kini diperluaskan

penggunaannya di semua sekolah di seluruh negara. I-Think diperkenalkan bertujuan

untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid

ke arah menghasilkan murid berinovatif. Dapatan melalui kajian keperluan telah

menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru dan pelajar di

Malaysia sangat rendah. Jadi dengan pengenalan program i-Think ini, diharapkan guru

dan murid dapat menggunakan alat berfikir iaitu 8 bentuk peta pemikiran untuk memupuk

kemahiran berfikir aras tinggi dalam mata pelajaran sejarah.

Page 15: MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR

15

Peta pemikiran ialah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta

pemikiran secara visual. Ianya mudah digunapakai dan difahami merentas kurikulum.

Kelapan-lapan peta pemikiran mempunyai proses pemikiran tersendiri seperti rajah di

bawah. Guru dan pelajar boleh menyesuaikan peta pemikiran mengikut tajuk atau

subtopic pembelajaran mengikut ilustrasi peta pemikiran.

Penggunaan alat berfikir ini mampu menarik minat pelajar untuk belajar mata pelajaran

sejarah dengan lebih mudah. Sesi pembelajaran adalah berpusatkan pelajar dan guru

hendaklah mengggalakkan pelajar menvariasikan penggunaan peta pemikiran ini

berdasarkan topik perbincangan. Di samping penggunaan 8 bentuk pemikiran ini, guru-

guru boleh menyelitkan dan menerapkan sikap jati diri dalam diri pelajar semasa

mempelajari mata pelajaran sejarah dengan berbincang nilai-nilai murni berkenaan

dengan sesuatu topik.

5. Kepelbagaian Program Sejarah

Sekolah melalui Panitia Sejarah perlu merancang program dan aktiviti yang berkaitan

dengan mata pelajaran sejarah seperti sambutan hari kemerdekaan, hari Malaysia, hari

pahlawan dan sebagainya. Pihak sekolah boleh bekerjasama dan menjemput pihak

berkuasa seperti Polis Di Raja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia bagi

memeriahkan lagi program yang dijalankan. Aktiviti seperti pameran sejarah,

pertandingan melukis poster, pertandingan melukis bendera, kuiz, nyanyian lagu-lagu

Page 16: MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR

16

patriotisme dan pertandingan sajak akan menggalakkan penyertaan pelbagai peringkat

umur pelajar.

Penganjuran program sejarah di peringkat sekolah akan membantu pelajar untuk lebih

menghayati nilai-nilai patriotisme dan memupuk jati diri pelajar dengan kepelbagaian

aktiviti sepanjang berlangsungnya program tersebut. Selain daripada menghargai jasa

perjuangan tokoh-tokoh yang pernah mempertahankan negara, pelajar juga didedahkan

dengan ilmu pengetahuan dan mendapat pengalaman melalui penganjuran program-

program sejarah.

RUMUSAN

Kerajaan sememangnya sanga komited untuk memartabatkan mata pelajaran sejarah dengan

mewajibkan semua pelajar mempelajari mata pelajaran sejarah sama ada di peringkat sekolah

rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Matlamatnya ialah supaya dapat

menghidupkan perpaduan antara kaum dan cintakan tanah air dalam diri setiap masyarakat.

Mata pelajaran sejarah juga membantu membentuk jati diri yang teguh dalam menempuh

kehidupan yang semakin mencabar. Sekiranya kandungan dalam mata pelajaran sejarah

dihayati oleh pelajar maka kecelaruan identiti dan salah laku seperti buli, merokok, ponteng

sekolah dan lain-lain dapat ditangani.

RUJUKAN

Abd. Rashid. 2015. Pengajaran dan pembelajaran kursus Tamadun Islam : Satu tinjauan

terhadap persepsi pelajar-pelajar jurusan kejuruteraan teknologi di Universiti Kuala

Lumpur-Malaysian Spanish Institute. E-Proceeding of the 2nd International Conference

on Arabic Studies and Islamic Civilization Kuala Lumpur. PP522-527

Abdullah Sani Yahaya. 2006. Mengurus disiplin pelajar. Batu Caves: PTS Professional

Ahmat Adam. 2013. Pendidikan Sejarah di Malaysia dewasa ini. Sejauh manakah ia relevan

kepada pembinaan nasion?. Seminar Kebangsaan Pendidikan dan Geografi. Kota

Kinabalu: Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah.

Ariegusrini & Mohamad Johdi. 2009. Kreativiti pengajaran dan pembelajaran sejarah.

Transformasi Pengajaran dan Pembalajaran Sejarah. Bangi & Pekan Baru Indonesia.

Page 17: MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR

17

Penerbit Bersama: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan FKIP,

Universitas Riau.

Clark, A. 2008. A comparative study of History teaching in Australia and Canada. Monash:

Monash University Press.

Faridah, C. H., & Fakhruladabi, A. K. 2012. Sumbangan Pengajian Kursus Tamadun Islam

dan Tamadun Asia (TITAS) Terhadap Pembentukan Hati Budi Mahasiswa di Institusi

Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia. Jurnal Al-Tamadun, 7(1): 15-35.

Kamarul Afendey. 2013. Kemahiran pelestarian pemikiran dalam pendidikan sejarah.

Seminar Kebangsaan Pendidikan dan Geografi. Kota Kinabalu: Sekolah Pendidikan dan

Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah.

Lee Bih Ni. 2013. ICT dan pengajaran – Pembelajaran sejarah di sekolah. Seminar

Pendidikan Sejarah dan Geografi. Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial.

Universiti Malaysia Sabah.

Mansor & Khairul Ghufran. 2015. Keberkesanan mata pelajaran sejarah dalam membina etos

bangsa generasi muda di Malaysia. Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen

ke-17 UMS)

Md Rasul Haron dan Faridah Mohamad Saad. (2008). Pilihan Unggul Praktis Topikal Bahasa

Malaysia. Arah Pendidikan Sdn Bhd. Shah Alam, Selangor.

Mohd Johdi Salleh. 2003. Kurikulum Sejarah Sekolah Menengah : Perspektif Pelajar-Pelajar.

Kertas Kerja Pusat Pendidikan dan Pembangunan Insan: Universiti Islam Antarabangsa.

Mohd Samsudin & Shahizan Shaharudin. 2012. Pendidikan dan pengajaran mata pelajaran

sejarah di sekolah di Malaysia. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategy.

39 (2): 116-141

Nielsen.L .2012. History teachers work with High school students´ identity in multicultural

society. In: Peter Cunningham and Nathan Fretwell (ed.), Creating Communities: Local,

National and Global Selected papers from the fourteenth Conference of the Children´s

Identity and Citizenship in Europe Academic Network . London: CiCe. 121-131

Page 18: MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR

18

Sharipah Aini & Dr. Arba’iyah. 2015. Pelaksanaan pendidikan sejarah di Malaysia 1957-

1989. Jabatan Sejarah Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Tang Geok Ling. 2005. Meningkatkan keupayaan pelajar mengingat fakta sejarah dengan

menggunakan kaedah mneumonik. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun

2005.

Utusan Malaysia. 2015. Rusuhan di Plaza Low Yat. 13 Julai.