Matematik Asg

27
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER 2014 HBMT 1203_V2 PENGAJARAN MATEMATIK PRA SEKOLAH NAMA : VADIVUKKARASI A/P RAMIAH NO.MATRIKULASI : 840115086054001 NO.KAD PENGENALAN: 840115-08-6054 NO.TELEFON : 016- 4222894

description

matematik

Transcript of Matematik Asg

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2014

HBMT 1203_V2PENGAJARAN MATEMATIK PRA SEKOLAH

NAMA: VADIVUKKARASI A/P RAMIAH NO.MATRIKULASI: 840115086054001 NO.KAD PENGENALAN: 840115-08-6054 NO.TELEFON : 016- 4222894 E-MAIL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : SEAMEO RECSAM LEARNING CENTREISI KANDUNGAN

m/s

1.0 Pendahuluan32.0 Peringkat-peringkat Perkembangan Konsep Dalam Matematik 5Prasekolah3.0Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Tajuk Bentuk dan Ruang 10 4.0Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Tajuk Wang 16

5.0 Kesimpulan20

6.0Rujukan 21

1.0 PENDAHULUAN

Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan pendidikan prasekolah kepada semua golongan kanank-kanak sebagai persediaan melangkah ke alam persekolahan di peringkat sekolah rendah. Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang mustahak dalam dunia persekolahan kepada seorang kanak-kanak. Pengalaman persekolahan serta pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat memberikan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri yang tinggi dan sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.

Pendidikan prasekolah juga bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Kurikulum Kebangsaan Prasekolah akan membolehkan kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke atas memperoleh asas yang kukuh dalam kemahiran berkomunikasi, sosial dan kemahiran-kemahiran lain sebagai persediaan ke sekolah rendah. Selain itu, program ini juga merupakan asas kepada pembangunan dan perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Awal Matematik peringkat prasekolah membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-kanak. Penguasaan matematik awal oleh murid prasekolah penting kerana ianya merupakan asas untuk membantu murid memahami konsep matematik yang lebih tinggi. Pembelajaran matematik awal yang diperoleh melalui pengalaman langsung dan bermakna dalam suasana menggembirakan akan dapat memupuk minat murid untuk mempelajari matematik. Pengalaman ini termasuklah konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang.Terdapat pelbagai kaedah, strategi dan pendapat dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Awal di peringkat prasekolah. Asas perkembangan matematik bermula daripada pengalaman berkaitan benda-benda konkrit atau objek yang mengandungi kuantiti dan kualiti seperti warna, saiz dan bentuk sebelum peringkat bergambar (pictorial) dansimbolik. Dalam pembelajaran awal matematik, kanak-kanak berfikir secara konkrit. Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk mengalami perhubungan matematik melalui manipulasi objektif konkrit. Kanak-kanak juga mesti bermain dengan benda yang mereka boleh mengira dan menyusun. Menurut Ahmad Ismail (2009), penguasaan konsep matematik tidak datang daripada latihan yang diberikan.. Kanak-kanak membentuk pengetahuan matematik dan mengembangkan kemahiran matematik melalui pengalaman hands-on dengan aktiviti real-life. Kanak-kanak perlu dibiasakan dengan menggunakan pemikiran matematik dalam menyelesaikan masalah harian yang konkrit bagi membantu membina keyakinan pelajar dalam kemahiran matematik yang amat berguna kepada mereka apabila dewasa kelak.

2.0 PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN KONSEP DALAM MATEMATIK PRASEKOLAHBagi menerangkan proses pembelajaran dalam pendidikan awal matematik di peringkat prasekolah, pelbagai teori telah dikemukakan oleh ahli psikologi sejak zaman Socrates dan Plato lagi. Perkembangan teori kognitif kanak-kanak boleh didefinisikan sebagai paras pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak menggunakan pelbagai pengetahuan tersebut untuk memahami dunia sekitar mereka. Perkembangan kognitif menekan proses pembentukan konsep, penaakulan dan penyelesaian masalah ketika menimba ilmu dengan menggunakan pelbagai rangsangan dan media. Perkembangan kognitif merangkumi proses pengelasan, konsep ruang, konsep nombor, proses sains dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak menguasai kemahiran kognitif melalui interaksi sebenar menggunakan pelbagai bahan yang mudah didapati di sekeliling mereka.

2.1 Teori pembelajaran kognitif Piaget

Jaen Piaget berasal dari Neuchatel, Switzerland. Beliau dilahirkan pada 9 Ogos 1896 dan merupakan anak sulung kepada Arthur Piaget dan ibunya, Rebecca Jackson. Piaget merupakan seorang ahli psikologi yang terkenal dalam bidang pendidikan. Beliau mendapat ijazah Doktor Falsafah (Biologi) pada usia 25 tahun. Seterusnya, beliau menumpukan perhatiannya kepada kajian perkembangan kognitif kanak-kanak. Melalui kajian dan pemerhatian Piaget, beliau mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka.

2.1.1 Peringkat Deria Motor

Peringkat ini bermula dari masa lahir hingga ke umur dua tahun. Kanak-kanak mengetahui alam sekitarnya melalui kesan deria dan gerak balasnya. Mereka mengetahui benda-benda wujud dalam alam persekitaran mereka secara fizikal dan bukan fizikal, tetapi tidak berfikir langsung kenapa benda itu wujud. Misalnya, kanak-kanak tahu ibu akan mendampinginya jika dia menangis. Dia juga mengetahui adanya perhubungan antara benda-benda. Misalnya, jika dia berasa lapar, dia menangis; jika hendak menaiki meja, dia akan menggunakan kerusi.

2.1.2 Peringkat Pra-Operasi

Peringkat ini bermula dari umur dua tahun hingga keenam tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak lebih sosial dan menggunakan bahasa serta tanda untuk menggambarkan sesuatu konsep. Mereka masih tidak dapat membuat perbandingan antara benda, tidak mengetahui padanan satu dengan satu antara objek dan hubungan antara objek; tidak dapat mengelaskan objek-objek mengikut saiz, warna dan sebagainya. Tambahan pula, pemikiran mereka dipengarui oleh apa yang diamatinya.

2.1.3. Peringkat Operasi Konkrit

Pada peringkat ini juga, kanak-kanak dapat mempelajari lebih daripada dua perkara pada satu masa dan dapat menguasai konsep keabadian. Dalam eksperimen menuangkan kuantiti air yang sama ke dalam dua silinder berukuran berbeza, kanak-kanak menyimpulkan bahawa kuantiti air tidak berubah walaupun bentuk berubah. Selain itu, kanak-kanak mempunyai kebolehan mengelas, menyusun dan membezakan objek-objek. Mereka dapat juga memahami aritmetik asas, jisim, panjang, sifat transitif dan proses matematik. Tetapi pembelajaran berkesan masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.

2.1.4 Peringkat Operasi Formal

Peringkat ini bermula daripada umur dua belas tahun. Kanak-kanak memasuki peringkat pemikiran abstrak. Mereka mempunyai kebolehan berfikir tanpa pengalaman konkrit, membuat kesimpulan dengan menstrukturkan situasi secara mental, misalnya, membuktikan teori-teori matematik. Selain itu, ia dapat menggunakan simbol-simbol matematik dan mengulas idea abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain, memanipulasikan konsep secara mental dan menggunakan logik dalam menyelesaikan masalah.

2.2 Teori Pembelajaran Kognitif Bruner

Seymour Jerome Bruner atau lebih dikenali sebagai J. Bruner dilahirkan di New Tork pada 1 Oktober 1915. Beliau merupakan bapa kepada teori psikologi kognitif. Beliau merupakan seorang yang istimewa kerana telah dilahirkan buta dan tidak dapat melihat setelah dijangkiti katarak sewaktu beliau masih bayi. Sebagai seorang tokoh kognitif yang berjaya, beliau telah menerima banyak pencapaian atas penghasilan penulisan dalam bidang falsafah pendidikan, teori-teori pembelajaran dan proses pengajaran . Jerome Bruner (1966), menyatakan bahawa pembelajaran merupakan proses yang aktif. Ini bermaksud pelajar membina pengetahuannya sendiri atau konsep baru berasaskan pengalaman. Pembelajaran akan lebih berkesan jika pelajar berhadapan dengan tugasan atau masalah yang telah biasa ditemui. Pelajar akan memahami dan mengingati sesuatu konsep dengan mudah serta kekal melalui pembelajaran yang bermakna (Abu Hassan Kassim, 2003).Teori Perkembangan Kognitif oleh Bruner berpendapat bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui tiga peringkat iaitu peringkat enaktif, peringkat ikonik dan peringkat simbolik Peringkat Enaktif Peringkat ini adalah serupa dengan peringkat deria motor iaitu untuk memahami berinteraksi dengan persekitarannya. Banyak aktiviti yang dilakukan adalah berdasarkan kepada pergerakan anggota kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak mudah mempelajari apa sahaja pada peringkat ini. Pada peringkat ini, kanak-kanak haruslah diberi pengalaman yang kukuh tentang sesuatu pembelajaran supaya semua aktiviti yang dipelajarinya tersimpan dalam jangka masa yang panjang. Sebagai contoh kanak-kanak belajar menggunakan alat muzik lebih pantas daripada orang dewasa (Richard, 2004). Peringkat Ikonik Peringkat ikonik pula merupakan peringkat seterusnya dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak belajar memikirkan sesuatu melalui imej dan gambarajah. Menurut Richard Overbaugh (2004), kanak-kanak dapat menyatakan bilangan objek yang ditunjukkan. Sebagai contoh, nombor 3 dikaitakan dengan objek yang mempunyai nilai 3. Peringkat SimbolikPeringkat simbolik pula kanak-kanak boleh memahami dan belajar melalui simbol dan konsep yang lebih meluas. Bruner (1966) berpendapat bahawa ketiga-tiga peringkat perkembanagan kognitif itu tidak boleh terpisah antara satu sama lain, tetapi terus berkembang dalam kehidupan seseorang itu.

2.3 Teori Pembelajaran Robert GagneRobert Gagne seorang profesor di Florida State University adalah pakar dalam psikologi pembelajaran dan terkenal dengan penerbitan-penerbitannya dalam bidang ini. Beliau menyatakan wujudnya berbagai-bagai proses dalam fikiran murid ketika pembelaran berlaku dan proses-proses ini dipengaruhi oleh faktor-faktor luar. Menurut beliau lagi, pengajaran ialah penyusunan faktor-faktor ini semula untuk menggalakkan dan menyokong proses-proses dalam fikiran supaya pembelajaran dilicinkan. Disamping itu, pembelajaran adalah berperingkat-peringkat kesukarannya, iaitu daripada yang mudah kepada yang susah dan pembelajaran bermula daripada apa yang diketahui oleh murid. Jadi, tugas guru adalah menentukan sejauh mana pengetahuan yang sedia ada pada murid supaya pengajaran dapat didasarkan kepadanya. Selepas itu, rancangan pengajaran guru disusun mengikut urutan pengajaran., iaitu peringkat mudah dan asas didahulukan sebelummenempuh pembelajaran seterusnya.Robert Gagne membahagikan pembelajaran kepada lapan peringkat apabila kesukaran pembelajaran bertambah dari peringkat ke peringkat. Lapan peringkat pembelajaran adalah seperti yang berikut; Pembelajaran lambang. Pembelajaran tindak balas ransangan Rantaian. Pembelajaran perkaitan lisan. Pembelajaran perbezaan. Pembelajaran konsep. Pembelajaran peraturan. Penyelesaian

2.4 Teori Pembelajaran Kognitif Gestalt Wofgang KohlerAhli teori kognitif yang pertamaialahGestalt Wolfgang kohler (188-1967). beliau merupakan seorang ahli psikologi Jerman yang telah menjalankna penyelidikan bersama-sama dengan max Wertheimer dan kurt koffka dalam bidang teori psikologiGestalt.Perkataan gestalt berasal daripadabahasa Jermann yang bermaksud bentuk,organisasi pola atau pun konfigurasi dan menyatakan sesuatu pengalaman bergantung kepada rangsangan dan susunan pengalaman. Pendekatan ini memfokuskan kepadacara pemikiran manusia dan ia melibatkan pengamatan,proses pembelajaran seseorang individu dan proses pemahaman.Proses pemahaman dapat menentukan makna atau maksud sesuatu fenomena sekiranya individu mengkaji elemen-elemen secara terkumpul bersama dan menjadikannya sebagai satu kofigurasi atau organisasi yang menyeluruh. Ini juga dirujuk sebagai pembelajaran celik akal. Beliau menyatakan proses celik akal tidak bergantung kepada pengalaman lalu dan tidak berlaku sebagai pemindahanpembelajaran dan melihat kebolehan individu untuk mengamati atau memahami seusatu masalah secara tiba--tiba setelah berjaya mengaitkan unsur-unsur yang relevan. Konsep celik akal ini juga perlu diaplikasikan oleh para guru sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran dan mereka perlu mendorong murid-murid untuk berfikir secara divergen, konvergen, induktif, deduktif, kreatif, kritis dan menaakul dalam pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru yang cemerlang juga akan sentiasa memastikan murid-murid membina kebolehan untuk membuat perbandingan antara konsep-konsep yang sukar dan pada masa yang sama, guru-guru perlu menggalakkan murid-murid untuk membuat pengukuhan sendiri. Dalam hal ini, murid-murid perlu menyelesaikan kerja rumah secara sendiri tanpa bantuan ibu bapa mereka

3.0 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI TAJUK BENTUK DAN RUANG

Konsep RuangMerujuk kepada sesuatu objek yang terletak dalam ruang seperti depan, belakang, atas, bawah, sisi, tengah, luar dan dalam. Kedudukan relatif; Kedekatan (proximity) contohnya, kereta itu lebih dekat dengan pokok berbanding rumah.

Pemisahan (separation) Contohnya, rumah Abu dipisahkan dengan rumah Ali oleh sebatang jalan raya.

Susunan / urutan (order) Contohnya, pensel disusun dari pendek ke panjang.

Lingkungan (enclosure) Contohnya, rumah itu dilingkungi oleh pokok-pokok.

Dua pengalaman utama bagaimana kanak-kanak prasekolah membina dan memahami perkaitan ruang.

1. Tindakan ke atas objek(a) Mengisi dan mengosongkan,(b) Memasang dan meleraikan objek,(c) Menukar bentuk dan menyusun objek.

Contoh: meregang getah, melonggokkan buku, melipat kertas, kain dan lain-lain lagi. Murid menghasilkan bentuk menggunakan papan geo (geoboard).

Rajah : Papan Geo

2. Melibatkan pemerhatian dan tafsiran berhubung dengan ruang.(a) Memerhati orang lain, tempat dan benda daripada titik pandangan ruang yang berbeza.(b) Mengalami dan menerangkan kedudukan, arah dan jarak di dalam kelas prasekolah dan bangunan di persekitaran.(c) Mentafsir perhubungan ruang dalam lukisan, gambar dan foto.

Nama Aktiviti: - Melukis Bentuk 2DMatapelajaranMatematik

Tarikh11.11.2014

HariSelasa

Masa 8.00 - 9.00 Pagi

TajukBentuk dan Ruang

Tunjang UtamaST

Standard Pembelajaran UtamaST 11.2.2 Mengecam bentuk segi tiga, bulat, segi emapat tepat, dan degi empat sama.

Standard Pembelajaran Yang DisepadukanKTI 1.26 Melukis rupa geometric iaitu segitiga, bulat, segiempat dan bujur.

Objektif PembelajaranPada akhir pembelajaran murid dapat:1. Mengenalpasti dan menamakan bentuk yang telah dutunjukkan dengan sebutan yang betul.2. Membuat lakaran bentuk sesuatu objek.

Konsep UtamaMengetahui rupa dan bentuk sesuatu objek

Kosa Katasegi tiga, bulat, segi empat tepat, dan segi empat sama.

Bahan Bantu MengajarKlipVideo(https://www.youtube.com/watch?v=Wz0z4l0GCJw)Bongkah kayu, kad imbas dank ad perkataan

Aktiviti Mengajar:1. Murid berkumpul du ruangan perbualan pagi.2. Guru memainkan video klip yang berkaitan dengan bentuk.3. Murid menyebut bentuk-bentuk yang terdapat dalam klip tersebut.4. Guru menunjukkan kad bentuk untuk menamakannya.5. Guru mmengeluarkan bongkah bentuk yang sama dengan kad bentuk.6. Murid menamakan bentuk berkenaan dengan sebutan yang betul bersama guru.7. Murid menekap bentuk yang diberikan di papan putih dan menambahkan bentuk berkenaan dengan sebutan yang betul.8. Guru memberikan lembaran kerja kepada murid.

Peniliaian :Murid menamakan bentuk-bentuk dengan betul.

Alat Bantu Mengajar:1. Klip Vidoe

2. Bongkah Bentuk

3. Kad ImbasSegi tigaBulatSegi Empat TepatSegi Empat Sama

4. Lembaran Kerja

4.0 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI TAJUK WANGKanak-kanak mendapat banyak pengetahuan matematik melalui penggunaan wang dalam kehidupan harian mereka. Belajar untuk mengira dan menggunakannya serta mengecam duit, penggunaan wang syiling adalah kemahiran asas yang penting untuk dikuasai pada usia murid-murid prasekolah. Penggunaan atau perbelanjaan duit merupakan cara yang menarik dalam memperkukuhkan kemahiran asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi selain kemahiran berbahasa. Memahami serta mengetahui pertukaran nilai wang ketika berbelanja dan pembelian barang adalah sangat penting.Nama Aktiviti PdP : Jom Beli BelahMatapelajaranMatematik

Tarikh12.11.2014

HariRabu

Masa 8.00 - 9.00 Pagi

TajukWang

Tunjang UtamaST

Standard Pembelajaran UtamaST 9.1.2. Menyusun nilai wang mengikut tertib/ urutanST 9.1.3. Mengguna jumlah wang (duit syling) yang tepat dalam simulasi jual beli.

Standard Pembelajaran Yang DisepadukanBM 2.5.1. Main peranan mengikut situasi menggunakan bahasa yang sesuai untuk menghidupkan watak tersebut.

Objektif PembelajaranPada akhir pembelajaran murid dapat:3. Menyusun nilai wang mengikut urutan dengan betul.4. Menjalankan aktiviti jual beli dengan menggunakan jumalah wang yang tepat.

Konsep UtamaNilai Wang

Kosa KataLima Sen, Sepuluh Sen, Dua Puluh Send an Lima Puluh Sen.

Bahan Bantu MengajarKlipVideo(https://www.youtube.com/watch?v=cKPE2dxnNu8)Wang syling, dan Bahan Jualan

Aktiviti Mengajar :1. Klip video yang berkaitan duit syiling dipaparkan kepada murid. 2. Murid menyanyi lagu tersebut sambil menari menggunakan duit sampel yang diberikan kepada mereka.3. Beberapa orang murid diminta mengambil sekeping wang syling yang berlainan nilai dalam kotak yang disediakan dan menyusun wang syiling tersebut mengikut sainz kecil ke besar.4. Guru dan murid membuat perbandingan nilai wang antara 5 sen dengan 10 sen, 10 sen dan 20 sen.5. Murid menyusun nilai wang mengikut urutan dari:a) Kecil ke besarb) Besar ke Kecil6. Murid melaksanakan simulasi jual beli menggunakan wang syiling mainan.

Bahan Bantu Mengajar1. Klip Video(https://www.youtube.com/watch?v=cKPE2dxnNu8)

2. Wang Syiling

3. Bahan Jualan

Buah-buahan ini telah dilabel dan disusun supaya murid-murid melakukan stimulasi jual beli

Lathihan:-

5.0 KESIMPULAN Pembangunan sistem pembelajaran ini merupakan suatu proses yang memerlukan kemahiran, pengetahuan dalam bidang grafik, disamping kreativiti untuk menghasilkan suatu sistem yang bermutu. Sistem ini dibina berasaskan pendekatan permainan yang menerapkan Teori Perkembangan Kognitif Bruner yang mempunyai abungan teks, grafik, audio, dan animasi untuk menarik minat pengguna. Pendekatan ini juga menjadikan pengajaran dan pembelajaran bersifat dua hala apabila sistem pembelajaran ini diwakili dengan agen kognitif pada setiap permainan yang akan bertindak balas terhadap jawapan yang diberikan oleh pengguna.Pemahaman yang berkesan dan jelas dapat mendidik kanak-kanak bersedia untuk belajar ilmu matematik, seterusnya ke tahap lebih tinggi.Guru memainkan peranan penting menanam semangat sukakan matematik kepada murid di peringkat pra sekolah lagi.Guru juga perlu tahu bagaimana hendak membuat murid minat terhadap pengajaran dan pembelajaran yang diberikan.Pendekatan yang sesuai dan dapat menguasai teori perkembangan kognitf dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria dan kondusif.Murid dapat belajar dengan rasa seronok, manakala guru dapat mengajar dengan penuh dedikasi.Oleh yang demikian, guru perlu memastikan minat murid-murid untuk belajar matematik terus berkembang, bermula dari peringkat rendah hingga ke peringkat menengah.Terapkan ke dalam diri murid-murid matematik adalah matapelajaran yang menyeronokan dan gunakan kaedah-kaedah pengajaran yang terbaik bagi menjadikan matematik satu subjek yang diminati oleh semua murid.

RUJUKAN

Ab. Fatah Hasan. (1994). Penggunaan minda yang optimum dalam pembelajaran. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Mara.

Al Hurwitz & Day, M. (1995). Children and Their Art. Harcout Brace Collage Pub. Texas.

Artheim, R. (1989). Thought On Art Education. Santa Monica: Getty Center.

Chapman, L. H. (1998). Approaches to Art in Education. New York: Harcourt Brace Jovanovich Inc.

Efland, A. (1997). Planning Art Education in Middle/ Secondary Schools. Ohio: USA.

Elliot, W & David, V. E. (1996). Reading in Art Education. London: Ginn- Blaisdell Publ. Co.

Feldman, E. (1990). Becoming Human through Art. New Jersey: Prentice Hall.

Jane, B. K. (2000). Becoming an Art Teacher. USA: Towson University Wadsworth Thomson Learning, USA. Lowenfwld, V & Brittain. (1957). Creative and Mental Growth (8th edition). New York: Mac Millan.

Mok Soon Sang. (2009). Perkembangan kanak-kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2010). Pedagogi untuk pengajaran dan pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Prentice, R. (1995). Teaching Art and Design. London & NY: Continuum.

Rohani Abdullah, Nani Menim & Mohd Sharani Ahmad. (2003). Panduan kurikulum prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Salhah Abdullah. (2009). Kecerdasan pelbagai: aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Shahizan Hassan & Ahmad Shahabudin Che Noh. (2005). Panduan merancang aktiviti prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Objektif bagi setiap fokusBentuk dan Ruang Mengetahui kedudukan objek dalam ruang (depan, belakang, atas, bawah, luar, dalam, kiri, kanan). 9