Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan Adalah Untuk Mengeratkan Perpaduan Pelbagai Kaum Dan Etnik

7
MATLAMAT DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN ADALAH UNTUK MENGERATKAN PERPADUAN PELBAGAI KAUM DAN ETNIK. HURAIKAN STRATEGI STRATEGI YANG TELAH DI RANGKA DAN DILAKSANAKAN UNTUK MENCAPAI MATLAMAT INI Dasar Pendidikan Kebangsaan lahir atas kesedaran tentang mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah dan bagi memenuhi kehendak negara. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah untuk memenuhi keperluan tenaga manusia di negara ini untuk jangka pendek dan panjang, melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan melahirkan insan yang berilmu, berakhlak, seimbang, dan harmonis yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Objektif dasar dinyatakan dalam pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu: "BAHAWASANYA dasar pelajaran scpeti yang disytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 adalah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, agama, ekonomi dan politiknya.......Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pelajaran dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956_ dan Laporan Rahman Talib 1960 telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan murid-murid sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja bagi keperluan ekonomi. Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak,

Transcript of Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan Adalah Untuk Mengeratkan Perpaduan Pelbagai Kaum Dan Etnik

Page 1: Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan Adalah Untuk Mengeratkan Perpaduan Pelbagai Kaum Dan Etnik

MATLAMAT DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN ADALAH UNTUK

MENGERATKAN PERPADUAN PELBAGAI KAUM DAN ETNIK. HURAIKAN

STRATEGI –STRATEGI YANG TELAH DI RANGKA DAN DILAKSANAKAN UNTUK

MENCAPAI MATLAMAT INI

Dasar Pendidikan Kebangsaan lahir atas kesedaran tentang mustahaknya diadakan satu

sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah dan bagi

memenuhi kehendak negara. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah untuk

memenuhi keperluan tenaga manusia di negara ini untuk jangka pendek dan panjang,

melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan melahirkan insan yang

berilmu, berakhlak, seimbang, dan harmonis yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan

memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Objektif dasar dinyatakan dalam pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu:

"BAHAWASANYA dasar pelajaran scpeti yang disytiharkan dalam Ordinan

Pelajaran, 1957 adalah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat

memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, agama,

ekonomi dan politiknya.......”

Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pelajaran

dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956_ dan Laporan Rahman Talib 1960 telah

mentafsirkannya sebagai menyatupadukan murid-murid sekolah berbilang kaum dan

menyediakan tenaga kerja bagi keperluan ekonomi.

Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet

ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan

diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan

pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara

dan dinyatakan secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan

insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai

kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara.

Page 2: Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan Adalah Untuk Mengeratkan Perpaduan Pelbagai Kaum Dan Etnik

Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pcngantar yang utama. Mengadakan

kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi scmua jenis sekolah. Mewujudkan

sistem peperiksaan yung sama bagi semua. Melicinkan tatacara pcngurusan pcndidikan.

Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan

pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Mengadakan peluang Pendidikan

Asas selama sembilan tahun;

Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan

peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang

bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman;

Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah

(KJBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang

menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KSSM) pada tahun 1989.

Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari

segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyaimoral serta nilai etika

yang kukuh;

Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula

kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978 dan mempelbagai dan

memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang

Sastera gunaan dan Sains Gunaan;

Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin serta menjadikan

Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di

sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi pembelajaran bahasa-bahasa

lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil;

Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan

pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri islam dan Iain-lain.Mengada dan

memperkembangkan tenaga pengajar yang lerlalih dan juga mendirikan sekolah-sekolah

selaras dengan pertambahan kanak-kanak.

Masyarakat Malaysia adalah majmuk terdiri daripada pelbilang kaum yang

mempunyai kebudayaan yang berbeza, perbezaaan penempatan kawasan seperti bandar, luar

bandar, estat, kampung petani dan kampung nelayan. Perbezaan kedudukan ekonomi antara

kaum – kaum ini amat ketara. Jurang perbezaan dan ketidakseimbangan kaum - kaum dalam

Page 3: Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan Adalah Untuk Mengeratkan Perpaduan Pelbagai Kaum Dan Etnik

masyarakat Malaysia di anggap tidak sesuai dan mungkin menghalang perpaduan di kalangan

rakyat.

Jesteru atas kesedaran ini Malaysia telah merangka rukun negara pada tahun 1970

yang dijadikan dasar pendidikan, kewarganegaraan, pembangunan dan perkembangan

masyarakat. Rukun negara ini terdiri daripada lima prinsip yang utama

a. kepercayaan kepada tuhan

b. kesetiaan kepada raja dan negara

c. keluhuran perlembagaan

d. kedaulatan undang – undang

e. kesopanan dan kesusilaan

berlandaskan rukun negara ini Malaysia berazam untuk:

a. Mencapai perpaduan yang lebih erat dikalangan seluruh masyarakat.

b. Memelihara satu cara hidup demokrasi

c. Mencipta satu masyarakat yang adil dimana kemakmuran negara akan dapat dinikmati

bersama secara adil dan saksama

d. Mempunyai satu kebudayaan nasional yang kaya dan berbagai corak

e. Membina satu masyarakat maju yang menggunakan sains dan teknologi moden

Semangat keazaman ini telah menjadi dorongan asas untuk jawatankuasa kabinet

dalam merangka kurikulum baru sekolah rendah dan kurikulum bersepadu sekolah menengah

serta sistem pendidikan persekolahan Malaysia dan dilaksanakan dalam tahun 1980an

Pekembangan sistem pendidikan dalam rancangan Malaysia kedua ( 1971 – 1975)

merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan –

keperluan perkembanagan ekonomi serta mengeluarkan lebih ramai pekerja mahir bagi

perlaksanaan dasar ekonomi baru. Selain itu sistem pendidikan dirancang supaya memberi

sumbangan penting bagi mengalakkan perpaduaan dikalangan rakyat berbilang bangsa.

Perubahan – perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat daripada konflik perkauman yang

berlaku pada 13hb Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula matlamat -

matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang sesuatu sistem pendidikan yang lebih

sesuai dengan harapan yang boleh menyatukan rakyat berbilang kaum dan dapat mengelakkan

mengulang lagi tragedi konflik perkauman itu.

Page 4: Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan Adalah Untuk Mengeratkan Perpaduan Pelbagai Kaum Dan Etnik

Sebagai hasil kajian, objektif – objektif serta strategi – strategi baru telah dikenalpasti dan

ditentukan dalam rancangan Malaysia kedua (1971 – 1975). Perpaduan negara menjadi

matlamat yang penting sekali dalam rancangan ini. Adalah disarankan bahawa perpaduaan

negara hanya boleh dicapai dengan wujudnya perseimbangan yang lebih memuaskan antara

kumpulan – kumpulan masyarakat dan kaum -kaum di Malaysia dengan penyertaan mereka di

dalam semua bidang pembangunan negara, supaya bersama – sama menikmati feadah -

faedah daripada pembangunan dan kemajuan negara. Bagi mencapai matlamat ini , semua

rakyat terutama rakyat yang miskin, akan di beri peluang – peluang pekerjaan yang

mencukupi untuk memenuhi kehendak - kehendak tenaga buruh negara.

Kemiskinanan boleh menghancurkan perpaduan negara. Oleh sebab itu pembentukan

dasar ekonomi baru merupakan ideologi positif untuk mengurangkan dan seterusnya

membasmi kemiskinan. Bagi mencapai matlamat ini, adalah wajar bagi kerajaan berusaha

menambahkan pendapatan dan menambahkan peluang pekerjaan untuk semua rakyat

Malaysia tanpa membilang kaum serta menyusun semula masyarakat Malaysia dengan

mempertingkatkan kualiti penghidupan diluar bandar, mewujudkan satu masyarakat

perniagaan dan perusahaan dikalangan kaum bumiputra supaya keadaan ekonomi tidak

seimbang dapat dikurangkan dan seterusnya menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi -

fungsi erkonomi.

Rancangan – rancangan pendidikan dan latihan akan memberi sumbangan penting

dalam proses menggalakkan perpaduaan negara. Di samping itu, rancangan - rancangan ini

juga memainkan peranan yang penting dalam kemajuan pembandaran kaum - kaum

bumiputra dengan menambahkan bilangan penyertaan mereka dalam kegiatan - kegiatan

ekonomi moden di negara Malaysia.

Dibawah rancangan Malaysia kedua, rancangan pendidikan dan latihan akan

ditumpukan kepada empat bidang utama,

a. menyatukan sistem pelajaran bagi mengalakkan percantuman dan perpaduan

negara.

b. Menyesuai dan meluaskan -rancangan pelajaran dan latihan bagi mencapai

keperluan - keperluan negara mengenai tenaga rakyat

Page 5: Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan Adalah Untuk Mengeratkan Perpaduan Pelbagai Kaum Dan Etnik

c. Membaiki mutu pelajaran untuk membentuk satu masyarakat yang maju

berasaskan kepada sains dan teknologi moden.

d. Membaiki keupayaan untuk menjalankan penyelidikan , perancangan dan

pelaksanaan bagi mencapai tujuan - tujuan yang tersebut di atas.

Untuk melaksanakan rancangan pendidikan dalam empat bidang utama tersebut di atas

strategi- strategi yang dicadangkan dalam rancangan malaysia kedua ialah

a. Melaksanakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penganatar yang utama disekolah-

sekolah secara berperingkat – peringkat.

b. Mengurangka jurang perbezaan dalam peluang – peluang antara kawasan –

kawasan dan kaum –kaum dengan pembinaan sekolah – sekolah baru dan

kemudahan – kemudahan asrama, mengantikan sekolah2 buruk dan membekalkan

alat2 mengajar dan kelengkapan makmal serta menambah bilangan guru terlatih

untuk sekolah – sekloah di luar bandar.

c. Membaiki mutu pelajaran dengan mengurangkan bilangan yang terkandas,

membuat penilaian serta membaiki sukatan - sukatan pelajaran, teknik mengajar,

kemudahan – kemudahan nisbah antara guru dan murid serta menyeimbangkan di

antara mata – matapelajaran am dengan sains dan teknologi.

d. Membuat penyelidikan dan penilaian pada setiap masa selaras dengan matlamat –

matlamat sistem pendidikan dengan menubuhkan sebuah pusat pengajian sains

yang bertanggungjawap membaiki sukatan –sukatan pelajaran, pengajaran sains

dan matematik, menyediakan bahan – bahan untuk kerja – kerja dan ujian –ujian

makmal serta berbagai – bagai alatan untuk digunakan dalam pengajian sains.

Pada keseluruhannya , perkembangan pendidikan di Malaysia dari tahun 1971 hingga

tahun 1975 adalah menuju ke arah matlamat – matlamat pendidikan di bawah rancangan

Malaysia kedua.

Kebanyakan sekolah di Sabah dan sarawak pula mulai dari tahaun 1970 hingga 1977

masing – masing mengantikan bahasa pengantar mereka kepada bahasa Malaysia di semua

sekolah rendah SRJK (I) darjah 1. Sistem latihan guru dibaiki melalui program intergrasi

Page 6: Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan Adalah Untuk Mengeratkan Perpaduan Pelbagai Kaum Dan Etnik

dengan menaikan syarat pengambilan guru pelatih dari lulusan Peperiksaan SPM. Program

Sains Panduan dan Matematik Moden diperkenalkan sebagai sukatan baru untuk membina

masyarakat yang maju berasaskan kepada sains dan teknologi moden.

Lebih banyak sekolah teknik dan vokasional ditubuhkan untuk melatih tenaga mahir

yang akan memberi sumbangan dalam pelaksanaan Dasar ekonomi baru. Peluang – peluang

untuk belajar di institusi pelajaran tinggi ditambah dengan penubuhan beberapa buah kolej

dan universiti baru di bawah rancangan Malaysia Kedua.

Dasar pendidikan negara sebagaimana dalam akta pelajaran 1961 menjadikan

perpaduan sebagai matlamat terakhirnya. Ini dapat dilakukan melalui kaedah – kaedah berikut

a. kokurikulum yang sama

i. kurikulum sekolah diubah supaya berorientasikan Malaysia tanpa mengira

bahasa pengantarnya

ii. semua sekolah rendah menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KBSR) dan semua sekolah menengah menggunakan Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah (KBSM).

iii. Pendidikan berunsurkan ketatanegaraan dan cintakan Malaysia telah

diserapkan ke dalam semua matapelajaran. Dengan cara ini semangat

kebangsaan dan sifat taat setia kepada negara dapat dipupuk.

iv. Oleh sebab penekanan dibuat ke atas keadaan hidup rakyat Malaysia yang

berbilang kaum dan budaya , maka sifat – sifat toleransi, persefahaman dan

tolak ansur boleh dibentuk bagi melahirkan sebuah mastarakat yang

bersatupadu

b. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama

i. Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantar utama di semua

sekolah dan pusat pengajian tinggi di Malaysia mulai tahun 1970.

ii. Matapelajaran Bahasa Melayu telah juga diwajibkan di semua sekolah rendah

aliran bahasa cina dan tamil. Penggunaan satu bahasa ini dapat mengeratkan

lagi perhubungan dan persefahaman antara kaum di negara ini.

c. Kegiatan Ko-Kurikulum

Page 7: Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan Adalah Untuk Mengeratkan Perpaduan Pelbagai Kaum Dan Etnik

i. Aktivitiko-kurikulum dan sukan telah digalakkan oleh kerajaan di sekolah –

sekolah dan institusi pengajian tinggi. Kegiatan ini dibahagikan kepada tiga

ketagori iaitu aktiviti berpersatuan, unit beruniform dan sukan atau olahraga.

Dengan cara ini usaha melahirkan generasi muda yang berdisiplin,

bersemangat kebangsaan dan bersatu padu akan mudah di capai.

d. Satu sistem peperiksaan yang sama

i. Peperiksaan yang sama dan seragam telah imulakan oleh kerajaan seperti

UPSR, PMR, SPM dan STPM. Dengan cara adanya peperiksaan yanag

seragam dan sama ini maka perasaan rendah diri dapat dihindarkan dan satu

identiti yang sama dan sepadu dapat dibentuk.