MATLAMAT PEMBELAJARAN ILMU USUL FIQH DAN KAEDAH ...

17
MATLAMAT PEMBELAJARAN ILMU USUL FIQH DAN KAEDAH FIQH SERTA KEDUDUKANNYA DALAM PENDIDIKAN NEGARA MALAYSIA Oleh: Mohd Fauzi Mohd Amin Aziah Mohd Jesan Abstrak Artikel ini akan membincangkan matlamat pembelajaran ilmu Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh di Malaysia. Fokus utama ialah berkaitan dengan konsep mata pelajaran ilmu Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh yang meliputi de3nisi, faedah, perbezaan kedua-dua mata pelajaran, matlamat dan kurikulum mata pelajaran tersebut dilabanakan. Artikel ini juga turut membincangkan kedudukan mata pelajaran Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh dalam Dasar Pendidikan Negara sebagai penjana perubahan hukum terhadap permasalahan semasa dalam masyarakat. l a turut membincangkan secara ringkas sejarah perkembangan mata pelajaran Ilmu Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh di Malaysia dengan melihat secara khusus kepada Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Subjek Kaedah Fiqh digabungkan sekali dengan subjek Usul Fiqh, kedua-dua subjek ini diletakkan dalam mata pelajaran Syariah Satu (I) STPM, tanpa mengasingkan keduanya. Daripada penilaian penuli~ adalah lebih baik keduanya diasingkan menjadi mata pelajaran yang khusus dalam dalam STPM. Kata Kunci: usulJqh, kaedah$qh, pendidikan. PENDAHULUAN Secara umurnnya konsep Pendidikan Islam merupakan satu proses pembinaan aka1 dan sikap, tabiat dan keperibadian manusia. Ia ke arah kesempurnaan ketaqwaan pada keseluruhan aspek kehidupan dengan berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Matlamatnya ialah untuk melahirkan

Transcript of MATLAMAT PEMBELAJARAN ILMU USUL FIQH DAN KAEDAH ...

Page 1: MATLAMAT PEMBELAJARAN ILMU USUL FIQH DAN KAEDAH ...

MATLAMAT PEMBELAJARAN ILMU USUL FIQH DAN KAEDAH FIQH SERTA

KEDUDUKANNYA DALAM PENDIDIKAN NEGARA MALAYSIA

Oleh: Mohd Fauzi Mohd Amin

Aziah Mohd Jesan

Abstrak

Artikel ini akan membincangkan matlamat pembelajaran ilmu Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh di Malaysia. Fokus utama ialah berkaitan dengan konsep mata pelajaran ilmu Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh yang meliputi de3nisi, faedah, perbezaan kedua-dua mata pelajaran, matlamat dan kurikulum mata pelajaran tersebut dilabanakan. Artikel ini juga turut membincangkan kedudukan mata pelajaran Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh dalam Dasar Pendidikan Negara sebagai penjana perubahan hukum terhadap permasalahan semasa dalam masyarakat. l a turut membincangkan secara ringkas sejarah perkembangan mata pelajaran Ilmu Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh di Malaysia dengan melihat secara khusus kepada Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Subjek Kaedah Fiqh digabungkan sekali dengan subjek Usul Fiqh, kedua-dua subjek ini diletakkan dalam mata pelajaran Syariah Satu ( I ) STPM, tanpa mengasingkan keduanya. Daripada penilaian penuli~ adalah lebih baik keduanya diasingkan menjadi mata pelajaran yang khusus dalam dalam STPM.

Kata Kunci: usulJqh, kaedah$qh, pendidikan.

PENDAHULUAN

Secara umurnnya konsep Pendidikan Islam merupakan satu proses pembinaan aka1 dan sikap, tabiat dan keperibadian manusia. Ia ke arah kesempurnaan ketaqwaan pada keseluruhan aspek kehidupan dengan berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Matlamatnya ialah untuk melahirkan

Page 2: MATLAMAT PEMBELAJARAN ILMU USUL FIQH DAN KAEDAH ...

Kajian Syariah dun Undang-Undang

individu-individu yang berilmu, berkemahiran, bertanggungjawab, beriman dan bertaqwa bagi menjamin keseimbangan potensi dalam kehidupan ke arah mencapai keredaan Allah S.W.T.

Al-Quran sebagai sumber utama pendidikan Islam merupakan wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril secara beransur-ansur selama 23 tahun; 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Manakala Sunnah pula ialah segala perkataan, perbuatan, tindakan atau ikrar Rasulullah S.A.W yang bertindak sebagai pentafsir dan penjelas kepada keseluruhan isi kandungan al-Quran.

Pada zaman sahabat, ilmu Kaedah Fiqh mula berkembang. Kata- kata para sahabat adalah merupakan satu hukum am atau kaedah umum, di samping kaedah-kaedah fiqhiyyah yang diambil daripada hadis, athar sahabat dan tabiin. Perkembangan ilmu ini menyaksikan kelahiran tokoh-tokoh kqaha selepas mereka mengeluarkan banyak kaedah- kaedah fiqh. Ia selari dengan perkembangan ilmu fiqh yang semakin gemilang pada era imam-imam empat rnazhab.

13 tahun penurunan wahyu dan penyebaran dakwah di Madinah melalui Rasulullah S.A.W adalah tempoh yang dilihat sebagai satu usaha untuk mendidik manusia agar menyempurnakan hukum Islam daripada pelbagai aspek kehidupan merangkumi ibadat, muamalat, sosial, dan jenayah.

Di sinilah letaknya kedudukan ilmu Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh dalam dasar pendidikan Islam. Ia merupakan ilmu teras yang menjadi tulang belakang kepada seluruh disiplin ilmu fiqh atau ilmu pengajian Syariah. Ilmu ini dapat memberi landasan, panduan dan kaedah bagaimana meletakkan sesuatu hukurn terhadap sesuatu perbuatan yang dilakukan.

ILMU USUL FIQH DAN KAEDAH FIQH DALAM PENGAJIAN SYARIAH

Ilmu Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh dalam pengajian Syariah merupakan asas kepada keseluruhan bentuk pendidikan yang bertujuan untuk membina dan memajukan masyarakat secara benar dan mengikut kehendak syariat. Dengan kata lain, ia juga bertindak mendidik masyarakat Islam dengan berhati-hati dan sentiasa melakukan tindakan

Page 3: MATLAMAT PEMBELAJARAN ILMU USUL FIQH DAN KAEDAH ...

Matlamat Pembelajaran Ilmu Usul Fiqh Dan Kaedah Fiqh Serta Kedudukannya Dalam Pendidikan Negara Malaysia

dalam kehidupan mengikut lunas-lunas syariat agar diredai kehidupan mereka di dunia dan akhirat.

Ilmu Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh mempunyai peranan yang amat penting dalam proses ketepatan sesuatu hukum yang bakal atau telah diputuskan. Perkara ini tidak hanya terbatas kepada profesional perundangan Islam semata-mata sebaliknya turut diperlukan oleh setiap muslim.

Setiap muslim sewajamya memahami dan menghayati kaedah- kaedah Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh bermula dari usia kecil, remaja, dewasa hinggalah ke peringkat dewasa. Dengan fahaman yang sempurna membolehkan mereka membuat suatu keputusan yang tepat lagi sesuai dengan keadaan (konteks sebenar) yang mengelilingi kehidupan individu, keluarga dan juga sosial setempat mereka. .

Definisi Ilmu Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh

Mohd. Nasran et.al. (2001) dalam Metodologi Fiqh Program Jarak Jauh rnenyatakan sebahagian ulama mentakrifkan ilmu Usul Fiqh sebagai:

Maksudnya. "Ilmu tentang kaedah-kaedah yang membolehkan untuk mengistinbatkan hukum-hukum syarak yang amali braktis) daripada dalil-dalil yang tafsiliyy".

Oleh yang demikian, Thalib (1997) telah meringkaskan bahawa ilmu Usul Fiqh adalah ilmu yang mengkaji kaedah-kaedah umum (kulliy) bagi mengeluarkan hukum-hukum daripada dalil-dalil tafsilijy; al-Quran dan hadis-hadis Nabi. Hukum-hukum yang dimaksudkan hanyalah hukum amali (perbuatan) dan bukan persoalan akidah.

Jelas di sini, bidang penumpuan ilmu Usul Fiqh berlegar di sekitar dalil-dalil (sumber hukurn), metod-metod istinbat (kaedah-kaedah ilmu usul), dan hukum-hukum yang dihasilkan daripada metod istinbat dan dalil-dalil tersebut.

Page 4: MATLAMAT PEMBELAJARAN ILMU USUL FIQH DAN KAEDAH ...

Kajian Syarinh dun Undang-Undang

Manakala definisi Kaedah Fiqh dari segi bahasa ialah asas atau dasar kepada sesuatu, samada yang berbentuk hissiyy seperti asas-asas binaan rumah, atau berbentuk macnawiyy seperti asas-asas agama dan tiangnya. Dalam pengertian istilah, terdapat perselisihan di kalangan fuqaha. Perselisihan ini berdasarkan kepada pertelingkahan mereka dalam memahami hakikat kaedah itu sendiri, adakah ia merupakan kulliy (yang menyeluruh dan mencakupi segala yang berada di bawahnya) atau aghlabiyy (bersifat kebanyakan atau majoriti) (Mohd Nasran et al. 2001).

Pihak yang berpandangan bahawa kaedah merupakan suatu yang kulliy, memberikan definisi kaedah fiqh berdasarkan kefahaman tersebut. Definisi kaedah fiqh yang diberikan oleh golongan ini dirumuskan sebagaimana berikut:

Maksudnya, "Kaedah jqh ialah hukum atau sesuatu perkara yang kulliy, yang dapat dijahami daripadanya hukum-hukum juz'iyyat @ennasalahan jqh) yang terangkum di bawahnya".

Menurut Drs. H. Asjmuni (1976), pihak yang berpendapat bahawa kaedah-kaedah fiqh ini hanya bersifat aghlabijy (rnajoriti) sahaja, bukan kulliy (menyeluruh) memberikan definisi Kaedah Fiqh sebagai:

Maksudnya, "Kaedah fiqh ialah h u h Rebanyakan bukan keseluruhan yang terpakai ke atas kebanyakan permasalahan-pennasalahan fiqh, untuk mengetahui hukumnya berdasarkan kaedah tersebut".

Definisi keduadua golongan di atas boleh disimpulkan sebagai:

Page 5: MATLAMAT PEMBELAJARAN ILMU USUL FIQH DAN KAEDAH ...

Matlamat Pembelajaran Ilmu Usul Fiqh Dan Kaedah Fiqh Serta Kedudukannya Dalam Pendidikan Negara Malaysia

Maksudnya: "Hukum kulliy (menyeluruh) atau kebanyakan (majoriti) yang dengannya boleh diketahui hukum juz 'iyyat (jermasalahan Jiqh)" (Mohd Nasran et al. 2001 & H. Asjmuni 1976).

Kesimpulannya, berdasarkan pengertian tersebut, menurut Abdul Latif dan Rosmawati Ali@Mat Zain (1998), skop perbahasan Kaedah Fiqh ialah mengenai perbuatan mukallaf. Manakala objek kaedah fiqh ialah mengenai hukum syarak.

Faedah Mempelajari nmu Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh

Mohd Nasran et al. (2001) menyatakan banyak faedah yang diperolehi dengan mempelajari ilmu Usul Fiqh. Antaranya ialah:

a) Dapat mengaplikasi kaedah-kaedah serta teori-teori umum ke atas dalil-dalil tafsiliyy untuk sampai kepada sesuatu hukum.

b) Dapat mengetahui dasar-dasar yang menjadi asas kapada pembinaan hukum-hukum syarak serta objektif-objektif (maqasid) syarak.

c) Mampu mengistinbatkan hukum-hukum syarak secara tepat dengan menggunakan qiyas, al-Istihsan, al-Masalih al- Mursalah dan lain-lain lagi terhadap isu-isu yang tidak terdapat peruntukan tentangnya dalam nas al-Quran mahupun Hadis.

d) Dapat mengetahui hukum-hukum yang telah diistinbatkan oleh para mujtahid, membuat perbandingan terhadap pandangan dan mazhab mereka, serta mentarjihkan pandangan yang lebih kuat dengan mengkaji dalil-dalil dan cara pengambilan hukum daripadanya.

Manakala faedah mempelajari ilmu Kaedah Fiqh pula ialah: a) Memudahkan para hqaha dan mufti untuk menentukan hukum

fiqh bagi sesuatu masalah. Adalah mustahil bagi seseorang mampu menghafal kesemua juz'iyyat dan furuc fiqh (permasalahan fiqh). Tetapi tidak mustahil bagi mereka untuk menghafal kaedah-kaedah, sekalipun banyak.

b) Dapat diklasifrkasi dan dihimpunkan pelbagai masalah yang mempunyai kesamaan dan keserupaan di bawah satu kaedah. Kaedah tersebut juga dapat menjadi wasilah untuk mengetahui

Page 6: MATLAMAT PEMBELAJARAN ILMU USUL FIQH DAN KAEDAH ...

Kajian Syarid dun Undang-Undang

hukum kepada masalah-masalah lain yang berada di bawah sesuatu kaedah itu.

c) Melalui pembelajaran ilmu ini juga akan membentuk kemampuan fiqh yang kuat di sisi seseorang penulis dan menyinarkan jalan di hadapannya untuk mempelajari berbagai cabang fiqh yang luas, serta mengenali hukum-hukum syarak yang tidak tertulis serta termasuk di bawah kaedah. Keadaan ini membantu para kadi, mufti dan hakim ketika melakukan kajian dan mencari penyelesaian kapada penhasalahan- permasalahan yang dibentangkan kepada mereka, kejadian- kejadian mendadak yang berlaku, dengan cara yang paling mudah dan cepat.

d) Oleh kerana kebanyakan kaedah-kaedah fiqh disepakati oleh para fuqaha, maka pembelajaran dan penguasaan ilmu kaedah fiqh ini akan membentuk kebolehan membeza dan membandingkan antara mazhab-mazhab yang bertentangan di sisi penulis dan menjelaskan kepadanya tentang bentuk serta sebab-sebab perselisihan antara rnazhab-mazhab.

e) IImu Kaedah Fiqh menjadi wasilah untuk memaharni tujuan urnum dan khusus syariat serta menyediakan metod menghasilkan seluruh hukum-hukum yang disyariatkan.

f) Pembelajaran dan penonjolan kaedah-kaedah fiqh akan menyerlahkan sejauh mana cakupan fiqh Islam terhadap segala hukum-hukum rnasalah yang berlaku, serta bagaimana ia memelihara hak dan kewajipan. Ini akan memudahkan golongan yang tidak pakar dalam fiqh untuk mengkaji dan melihat kebaikan dan keindahan yang terdapat dalam agama ini. Ia juga mampu menanglus dakwaan golongan yang memperleceh dan menuduh fiqh Islam hanya mengandungi penyelesaian terhadap permasalahan yang juz'ijy sahaja, bukannya suatu kaedah yang kulliy (Mohd Nasran et a1 2001).

Kesimpulan yang dinunuskan oleh Drs. H. Asjmuni (1976), dengan adanya kaedah-kaedah fiqh, ia dapat mengklasifrkasikan masalah- masalahfimC fiqh menjadi beberapa kelompok. Tiap-tiap kelompok itu merupakan kumpulan-kumpulan daripada masalah serupa dan ini memudahkan para mujtahid dalam mengistinbat hukum bagi sesuatu masalah.

Page 7: MATLAMAT PEMBELAJARAN ILMU USUL FIQH DAN KAEDAH ...

Matlamat Pembelajaran Ilmu Usul Fiqh Dan Kaedah Fiqh Serta Kedudukannya Dalam Pendidikan Negara Malaysia

Justeru, Kaedah Fiqh sememangnya mempunyai peranan penting dan pengaruh besar dalam bidang tasyri". Ia menyebabkan para fuqaha daripada berbagai mazhab benar-benar mencurahkan perhatian &lam ha1 memuskan dan mengumpulkan kaedah-kaedah tersebut. Sehinggakan ramai antara mereka berhasil menyusun kitab yang khusus bagi memuatkan kaedah-kaedah fiqh (H. Asjmuni 1976).

Perbezaan Antara Ilmu Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh

Menurut Drs. H. Asjmuni (1976), perbezaan antara Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh perlu dibincangkan kerana kedua-duanya merupakan dua ilmu yang saling berkaitan antara satu sama lain. Ia juga mempunyai hubungan yang sangat rapat, sehingga kadang-kadang ada orang yang hampir yakin bahawa kedua-dua adalah satu. Ini berlaku kerana ilmu Kaedah Fiqh adalah cabang vim') kepada ilmu Usul Fiqh. Diibaratkan ilmu Usul Fiqh adalah pohon, manakala Kaedah Fiqh adalah dahannya.

Walau bagaimanapun kedua-duanya tetap ilmu yang berasingan, kerana setiap satunya mempunyai pokok perbincangan, sumber, natijah dan matlamat yang tersendiri. Kaedah setiap ilmu tersebut berbeza antara satu sarna lain. Ini terjadi ekoran perbezaan pada topik perbincangan ilmu Usul Fiqh yang merupakan dalil-dalil fiqh yang gmal atau kulliy; hukum-hakam serta yang berkaitan dengan keduanya.

Manakala topik perbincangan ilmu Kaedah Fiqh pula ialah berkaitan perbuatan mukallaf dan apakah hukum syarak selayaknya ditentukan kepada setiap perbuatan mereka. Oleh itu, kaedah-kaedah ilmu Usul Fiqh adalah berbeza daripada kaedah-kaedah ilmu Fiqh.

Jika kita perhatikan kaedah-kaedah usul dan kaedah-kaedah fiqh dengan teliti, kita akan dapati terdapat beberapa perbezaan yang rnernbezakan antara keduanya seperti berikut:

a) Usul Fiqh jika dinisbahkan kepada ilmu fiqh adalah sebagai neraca dan dabit bagi melakukan istinbat yang sahih. Keadaannya adalah sama dengan ilmu nahu yang bertujuan untuk memperbetulkan sebutan dan penulisan. Ilmu ini digunakan bagi mengistinbat hukum daripada dalil tafsiliyy dan topik perbincangannya adalah dalil serta hukurn. Manakala Kaedah Fiqh pula adalah suatu kaedah yang kulliy atau kebanyakan, juz 'iyyatnya adalah sebahagian permasalahan fiqh,

Page 8: MATLAMAT PEMBELAJARAN ILMU USUL FIQH DAN KAEDAH ...

Kajian Syariah dun Undang-Undang

dan topik perbincangannya adalah perbuatan mukallaf. Kaedah usul hanya berkenaan dengan lafaz dan petunjuknya (dalalat) terhadap hukum-hukum pada kebiasaannya, sedangkan kaedah- kaedah fiqh adalah berhubung dengan hukum-hukum itu sendiri.

b) Kaedah usul dicipta dan direka bagi menyediakan satu piawaian cara-cara membina hukum (istinbat) dan petunjuknya bagi seseorang mujtahid. Bagi seorang faqih pula ia menggariskan metodologi kajian, bagaimana mengeluarkan hukum-hukum yang kulliy daripada dalildalil ijmaliyy. Manakala kaedah fiqh bertujuan untuk mengkat masalah- masalah yang datang daripada berbagai bab dengan ikatan dan hukum yang satu, iaitu hukum sebagairnana yang dinyatakan dalam kaedah tersebut.

c) Hanya hukurn yang ijmaliyy sahaja yang dibina di atas kaedah usul, yang mana melaluinya seseorang faqih akan membina hukum permasalahan juz'iyyat daripada dalil-dalil yang tafiliyy. Manakala kaedah-kaedah fiqh pula dijadikan 'illah kepada hukum-hukum kejadian yang mempunyai keserupaan dan kesamaan, dan kadang-kadang ia menjadi asal kepada hukum-hukum tersebut.

d) Kaedah Usul hanya terbatas dalam bab-bab, tempat-tempat dan rnasalah-masalah berkenaan dengan Usul Fiqh sahaja. Manakala Kaedah Fiqh tidak terbatas atau tertentu bilangannya, bahkan ia amat banyak bertebaran dalam kitab fiqh am dan fatwa dalam semua rnazhab, yang tidak dikumpulkan secara tersendiri.

e) Jika sesuatu kaedah Usul Fiqh itu disepakati kandungannya, tidak akan dikecualikan sesuatupun daripadanya, kerana ia adalah kaedah yang kulliy. Tetapi kaedah-kaedah fiqhiyyah, sekalipun kebanyakannya adalah disepakati, akan sentiasa terdapat pengecualian pada setiap kaedahnya.

f) Kaedah-kaedah fiqh adalah terkemudian dari segi kewujudannya sama ada secara teori rnahupun pada realitinya, kerana ia lahir daripadaJirmC-hru' fiqh. Ia men@mpun dan mengikat antara firruc-fumc fiqh tersebut. Manakala bagi kaedah-kaedah Usul Fiqh pula, kewujudannya sepatutnya

Page 9: MATLAMAT PEMBELAJARAN ILMU USUL FIQH DAN KAEDAH ...

Matlamat Pembelajaran Ilmu Usul Fiqh Dan Kaedah Fiqh Serta Kedudukunnya Dolam Pendidikun Negara Malaysia

berlaku sebelum kewujudan Jitruc, kerana ia adalah syarat- syarat yang digunakan oleh seseorang faqih ketika mengeluarkan suatu hukum.

g) Jika berlaku pertentangan dan percanggahan antara hukum yang terhasil daripada Kaedah Fiqh dan kaedah Usul Fiqh, maka hendaklah didahulukan hukum yang terhasil daripada kaedah Usul Fiqh daripada hukum yang terhasil daripada Kaedah Fiqh.

h) Kaedah Fiqh menyerupai kaedah Usul Fiqh dari satu sudut dan menyalahinya dari sudut yang lain. Sudut persamaan ialah dari segi bahawa setiap keduanya adalah kaedah-kaedah yang termasuk di bawahnya beberapa juz'iyyat. Manakala sudut ketidaksamaan ialah dari segi bahawa kaedah-kaedah Usul Fiqh adalah ibarat masalah-masalah yang dikandungi oleh beberapa jenis dalil tafsiliyy yang boleh diistinbatkan hukum perundangan daripadanya. Manakala Kaedah Fiqh ialah masalah-masalah yatig terdapat di bawahnya beberapa hukum fiqh itu sendiri, agar seseorang mujtahid sampai kepada hukum tersebut berdasarkan masalah-masalah yang didasarkan kepada Usul Fiqh.

Ini menunjukkan bahawa ilmu Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh adalah dua ilmu yang berbeza sekalipun kelihatan sama. Persamaan kedua- duanya merupakan asas kepada pemahaman ilmu Syariah yang lebih luas. Ia merupakan metodologi penyelidikan hukum dalarn setiap amalan dan perbuatan bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.

ILMU USUL FIQH DAN KAEDAH FIQH DALAM DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN

Mahmood Zuhdi (2004) menyatakan, pada peringkat awal pengajian syariah di Nusantara, subjek Usul Fiqh boleh dikatakan tidak mempunyai tempat sama sekali. Tidak terdapat sebuah buku pun dalam bidang Usul Fiqh yang tercatat dalam senarai buku-buku Syariah yang dipelajari pada waktu itu. Boleh dikatakan kesemua buku yang dipelajari itu terdiri daripada buku-buku Fiqh al-Fun/ atau lebih dikenali dengan istilah buku-buku Fiqh sahaja.

Page 10: MATLAMAT PEMBELAJARAN ILMU USUL FIQH DAN KAEDAH ...

Kajian Syariah dun Undang-Undang

Begitulah juga apabila para ulama Nusantara menulis bahan-bahan dalam pengajian Syariah, boleh dikatakan bahawa semua buku yang ditulis adalah tentang hukum dan tidak ada buku tentang metodologi Fiqh. Dengan kata lain, apa yang dipelajari dan ditulis di Nusantara pada waktu itu hanyalah hasil ijtihad yang telah dilakukan oleh para ularna terdahulu, seperti al-Nawawiyy dan al-Ansariyy, dan tidak ada tentang kaedah berijtihad seperti mana yang ditulis oleh al-Ghazaliyy dan al-Shatibiyy (Mahmood Zuhdi 2004).

Ia berkemungkinan berkait rapat dengan masalah keperluan. Apa yang diperlukan pada waktu tersebut ialah ketentuan-ketentuan hukum yang amali bagi dilaksanakan sebagai tuntutan agama, sama ada oleh individu mahupun masyarakat. Oleh kerana semua ketentuan itu terdapat dalam kitab-kitab Fiqh al-Furuc, maka tiada lagi keperluan lain. Tambahan pula, rnasalah ijtihad tidak langsung berbangktt kerana pintunya sudah diterima umum sebagai telah ditutup.

Keadaan seperti ini tern berlaku di bawah sistem pengajian pondok yang mana Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh tidak dipelajari, atau dipelajari secara tidak serius. Ini kerana rujukan hukurn utama di kalangan para pelajar Syariah pada waktu itu ialah kitab-kitab fiqh, bukannya al- Quran dan al-Sunnah secara langsung.

Hanya apabila sistem sekolah diperkenalkan oleh golongan ustaz di bawah pelbagai pengaruh, terutarna pengaruh reformasi Muhammad Abduh di al-Azhar, barulah subjek Usul Fiqh diperkenallcan secara serius. Antara isu penting yang menjadi latar belakang kepada pengenalan subjek tersebut, begitu juga beberapa subjek lain ialah masalah kembali kepada ijtihad (Mahmood Zuhdi 2004). Keadaan ini berterusan sehinggalah pada awal abad ke-20 dan subjek ini telah diletakkan di dalam pengajian Syariah di bawah nama Pendidikan Islam.

Nabir Abdullah (1976) menyatakan, pa& awal abad ke-20, Pendidikan Islam mula menampakkan perubahan baru dalam proses perkembangannya. Ini berikutan dengan munculnya ulama kaum muda yang terpengaruh dengan pengaruh Wahabi. Ulama kaum muda ini mengajar umat Islam supaya kembali kepada sumber Islam yang asli iaitu al-Quran dan al-Sunnah serta mengamalkan ijtihad, menimbulkan kesedaran di kalangan urnat Islam supaya tidak mengalah kepada penjajah asing dan mengemukakan Islam dalam sudut yang luas.

Page 11: MATLAMAT PEMBELAJARAN ILMU USUL FIQH DAN KAEDAH ...

Matlamat Pembelajaran Ilmu Usul Fiqh Dan Kaedah Fiqh Serta Kedudukannya Dalam Pendidikan Negara Malaysia

Dalam konteks Pengajian Islam, mereka telah berusaha untuk melaksanakan sistem pendidikan Islam secara sistematik, teratur dm menyeluruh di madrasah-madrasah. Mereka tidak hanya menurnpukan kepada mata pelajaran Pendidikan Islam semata-mata seperti ilmu Fiqh, Tauhid, Tajwid dan Tafsir tetapi telah memasukkan mata pelajaran yang lebih menyeluruh lagi seperti Bahasa Arab, Ilmu Hisab, Ilmu Alam dan Bahasa Melayu. Cara mengajar juga lebih moden dengan menggunakan kapur, papan hitam dan buku-buku teks yang telah ditetapkan. Bahkan pelajar-pelajar juga dibenarkan bersoal jawab dengan guru bagi permasalahan yang tidak difahami. Namun begitu, gerakan kaum muda ini juga tidak terkecuali daripada menerima tempias daripada penjajahan barat (Siddiq Fadhil 1977).

Selepas penjajahan Tanah Melayu, pihak kerajaan telah memberikan perhatian serius terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Mata pelajaran Islam bermula secara formal pada sekitar tahun 1960an apabila kerajaan melaksanakan undang-undang pendidikan yang berlandaskan Laporan Rahman Talib.

Dari segi perlaksanaannya, Laporan Rahman Talib menekankan empat perkara utama iaitu permulaan kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sistem peperiksaan yang menggunakan dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, permulaan kepada sistem pendidikan Vokasional dan Teknik untuk keperluan tenaga mahir negara, dan penelcanan kepada Pendidikan Moral dan keagamaan sebagai keperluan term kerohanian (Abdul Rahman Talib 1960).

Berdasarkan "Laporan Rahman Talib", Akta Pelajaran 196 1 seksyen 36(1) menyatakan bahawa Pendidikan Agama Islam hendaklah diberikan kepada murid-murid Islam ataupun di sekolah yang pelajar Islamnya berjumlah 15 orang atau lebih (Kementerian Pelajaran Malaysia 1982). Hasil daripada penerokaan tersebut, peringkat awalnya mata pelajaran Agama Islam telah diajar di luar waktu persekolahan (di waktu petang).

Lanjutan daripada akta tersebut juga, sebuah jawatankuasa Kabinet yang dikenali "Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar pelajaranV telah dibentuk pada tahun 1979 oleh kerajaan dan diketuai oleh Menteri Pelajaran pada ketika itu iaitu Dr. Mahathir Mohamed. Beliau telah mengemukakan satu idea iaitu "memandangkan pentingnya mata pelajaran Agama Islam ketika ini, maka diperakukan semua murid

Page 12: MATLAMAT PEMBELAJARAN ILMU USUL FIQH DAN KAEDAH ...

Kajian Syariah dun Undang-Undang

Islam bukan sahaja mesti mengikuti mata pelajaran ini tetapi hendaklah mengambilnya dalam peperiksaan awam" (Kementerian Pelajaran Malaysia 1980).

Bagi memastikan kegiatan amalan dan penghayatan Islam dilaksanakan, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil Sekolah Menengah Pondok sebagai sekolah agama kerajaan. Oleh itu mulai tahun 1977 terdapat sebanyak 11 buah sekolah agama Kerajaan Negeri bertujuan meningkatkan lagi Pendidikan Islam di sekolah- sekolah (Zainal Abidin Hj . Kadir 1993).

Mahathir Mohamed (1980) mengulas bahawa sistem pengajian pondok dan madrasah yang menjadi asas dalam proses pengajaran mata pelajaran Islam telah diambil oleh kerajaan dan ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Serentak dengan penukaran nama sekolah, kurikulum yang ada dalam sistem pengajian pondok turut diubah dan diselaraskan dengan dasar pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sehubungan dengan itu, perkembangan pendidikan Agama Islam di Malaysia boleh dikatakan hasil inspirasi dan cetusan rakyat yang cintakan agamanya dan yang be rjuang secara individu bagi memastikan bahawa agama Islam sentiasa diamalkan walaupun terdapat pelbagai halangan dan rintangan. Melalui Perlembagaan Malaysia telah menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi negara. Ini boleh dilihat di dalam Perlembagaan Persekutuan Bahagian 1 Perkara 3, "Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkun dengan aman dun damai di mana-mana bahagian Persekutuan" (~erlemba~aan Persekutuan 1995).

Dengan ini nyatalah bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam telah berkembang dengan pesatnya sejak abad ke-15 rnasihi lagi. Institusi pengajian pondok pada ketika itu merupakan sistem asas yang digunakan untuk mengajarkan ilmu-ilmu berkaitan dengan pendidikan Islam. Tradisi ini disambung sehingga kini walaupun sistem pengajian pondok telah bertukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agarna. Namun fungsinya tidak berubah iaitu mengajar dan mendidik umat Islam supaya kembali kepada ajaran yang sebenar dan menghayati ajaran Islam melalui pelaksanaan kurikulum mata pelajaran tersebut.

Page 13: MATLAMAT PEMBELAJARAN ILMU USUL FIQH DAN KAEDAH ...

Matlamat Pembelajaran //mu Usul Fiqh Dan Kaedah Fiqh Serta Kedudukannya Dolam Pendidikan Negara Malaysia

Rentetan daripada perkembangan yang berlaku, usaha-usaha untuk terus mengemaskini dan meningkatkan mutu Pendidikan Islam semakin pesat dijalankan oleh pihak kerajaan. Pada tahun 1983, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Dato' Musa Hitam dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu mengumumkan pembentukan sebuah lagi jawatankuasa yang bertindak menyelia dan memastikan mutu Pendidikan Islam sentiasa berada di tahap yang diperlukan. Jawatankuasa yang dinamakan "Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam" diletakkan di bawah kelolaan Bahagian Hal Ehwal Agama Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri (Abdul Halim 1989).

Kesemua usaha-usaha kerajaan ini adalah menuju ke arah mencapai matlamat mewujudkan masyarakat berdisiplin dengan nilai akhlak yang tinggi. Unsur disiplin dan akhlak ini merupakan asas yang kukuh bagi membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu, kerana pendidikan Agama Islam dapat menanam nilai-nilai dan sikap hidup yang baik serta mampu membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan hormat-menghormati di antara satu sama lain (LJMDPK 1988).

Asas kepada setiap perbuatan secara keseluruhannya adalah bersumberkan Ilmu Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh agar ilmu-ilmu Syariah itu dapat difahami dan dipraktik dalam kehidupan yang sentiasa berubah daripada semasa ke semasa. Jelasnya, ilmu ini (Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh) walaupun kedudukannya tidak disebut secara langsung &lam Dasar Pelajaran Kebangsaan, namun peranan dan sumbangannya &lam menjayakan hasrat Falsafah Pendidikan Negara adalah lebih besar berbanding dengan disiplin-disiplin lain.

Oleh kerana itu, jika didasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara dan Objektif Pendidikan Islam, kedudukan Irnu Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan dapat dilihat melalui matlamat yang akan dinyatakan nanti.

Matlamat Pendidikan Ilmu Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh

Matlamat boleh diertikan sebagai tujuan ataupun objektif terhadap suatu perkara yang ingin dicapai. Begitu juga dengan matlamat mata pelajaran ilmu Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh, ianya mempunyai matlamat yang tersendiri.

Page 14: MATLAMAT PEMBELAJARAN ILMU USUL FIQH DAN KAEDAH ...

Kajian Syariah dun Undang-Undang

Menurut Sobri Salarnon (1978) yang memetik kata-kata dari Dr. Al-Shaybaniyy, falsafah Pendidikan Islam adalah sebagai satu usaha perlaksanaan teori dan metode falsafah dalam pengalaman manusia yang dipanggil "pendidikan". Manakala menurut Hassan Langgulung (1983) pula, falsafah dan matlamat pendidikan adalah prinsip-prinsip falsafah terhadap aspek-aspek tertentu pada kehidupan manusia.

Sehubungan itu, prinsip-prinsip falsafah telah digunakan untuk mernilih kandungan kurikulum yang melibatkan tujuan, kandungan dan kaedah kurikulurn yang digunakan. Oleh itu, setiap corak pendidikan mestilah bertitik tolak dari falsafah yang mendokong ilmu tersebut. Maka mata pelajaran ilmu Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh seharusnya datang daripada acuan falsafah dan matlamat Islam.

Pendapat tersebut disokong oleh Muhd Ahmad Abdul Hadi (1404H) yang mengatakan bahawa matlamat mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam ialah untuk melahirkan individu-individu yang soleh yang mana ia mempunyai kecenderungan untuk merealisasikan ibadatnya hingga sampai ke peringkat yang lebih berkesan.

Matlamat mata pelajaran Syariah pula seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia:

a) Sukatan pelajaran ini bertujuan untuk memperluaskan dan memperdalamkan ilmu pengetahuan, kefahaman dan penghayatan dalam bidang Syariah.

b) Sukatan pelajaran ini bertujuan juga untuk memupuk sikap dan rninat pelajar yang berterusan dalam ilmu-ilmu Syariah untuk membolehkan pelajar meneruskan pengajian dalam bidang berkenaan ke peringkat yang lebih tinggi.

c) Melahirkan pelajar yang beriman, beramal soleh, berperibadi mulia dan mempunyai kebolehan beristinbat secara matang tentang segala hukum yang berkaitan dengan amalan harian (Kementerian Pendidikan Malaysia 1999).

Antara kedudukan pengajian Ilmu Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh yang didasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara dan Objektif Pendidikan Syariah, kedudukan Ilmu Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan dapat dilihat seperti berikut:

a) Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh.

Page 15: MATLAMAT PEMBELAJARAN ILMU USUL FIQH DAN KAEDAH ...

Matlamat Pembelajaran Ilmu Usul Fiqh Dan Kaedah Fiqh Serta Kedudukannya Dalam Pendidikan Negara Malaysia

b) Menentukan hukum-hukum Syarak bagi membantu menyelesaikan masalah-masalah yang berban&t.

c) Mengistinbat hukum-hukum Syarak daripada al-Quran, al- Sunnah, ijmak dan qiyas.

d) Meningkatkan kemahiran pelajar dari segi penggunaan Kaedah Fiqh.

e) Membuat penilaian dan rumusan tentang isu-isu dalam bidang Syariah.

OBJEKTIF DAN MATLAMAT PEMBELAJARAN ILMU USUL FIQH DAN KAEDAH FIQH SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

Umurnnya, Sistem Pendidikan Nasional di Malaysia merangkurni beberapa peringkat. Peringkat-peringkat tersebut ialah peringkat rendah yang memakan masa selama enam tahun, peringkat menengah rendah selama tiga tahun, peringkat menengah atas selama dua tahun dan dua tahun lagi di peringkat tingkatan VI. Pendidikan tingkatan VI adalah lanjutan daripada pendidikan menengah atas dan ia dikenali &agai pra-universiti.

Tujuan asal pendidikan tingkatan VI ialah sebagai persediaan bagi calon-calon mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi melayakkan diri memasuki universiti. Pelajar-pelajar yang dipilih masuk ke tingkatan VI ini adalah berdasarkan pencapaian mereka dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mereka &an disalurkan ke salah satu daripada dua jurusan iaitu sains atau sastera.

Ilmu Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh pada peringkat Sijil Tinggi persekolahan Malaysia (STPM) dalam Sistem Pendidikan Negara dirangkumkan ke &lam sukatan pelajaran Syariah dan diletakkan di bawah jurusan sastera. Mata pelajaran Syariah dalarn STPM digubal, diubah suai dan dikemaskini selaras dengan keperluan semasa.

Penggubalan dan pengubahsuaian ini dilakukan oleh sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kecil Sukatan pelajaran Usuluddin dan Syariah. Rombakan secara besar-besaran ini secara tidak langsung membabitkan perubahan pada struktur sukatan pelajaran ilmu Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh. Sukatan pelajaran ilmu Usul

Page 16: MATLAMAT PEMBELAJARAN ILMU USUL FIQH DAN KAEDAH ...

Kajian Syariah dun Undang-Undang

Fiqh dan Kaedah Fiqh yang diguna pakai bermula daripada tahun 1993 walaupun telah diperbaharui cetakannya pada 1999 dan digunapakai sehingga ke hari ini (Majlis Peperiksaan Malaysia 1992).

Secara dasarnya sukatan pelajaran Syariah dibuat adalah berasaskan kepada dua matlamat, matlamat umum dan matlamat khusus. Matlamat umum, sepertimana mempelajari ilmu-ilmu lain, adalah untuk memperluas, memperdalam dan memperkemas ilmu pengetahuan, kefahaman dan penghayatan pelajar dalam bidang-bidang yang dipelajari khususnya perkara-perkara yang membabitkan ilmu Syariah.

Manakala matlamat khusus pula lebih tertumpu untuk melahirkan pelajar- pelajar yang beriman, beramal soleh, berperibadi mulia dan mempunyai kebolehan beristinbat secara matang tentang segala hukum yang berkaitan dengan arnalan harian.

PENUTUP

Pengajian ilrnu Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh dalam Syariah bukanlah satu ilmu yang barn bermula. Tetapi telah bermula sejak sekian lama, iaitu sejak wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Pada ketika itu, dua pengajian ilmu ini dilihat sebagai tidak terpisah daripada ilmu-ilmu yang lain seperti akidah, al-Quran dan Sunnah.

Bezanya kini, pengajian Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh berdiri sebagai ilmu yang khusus dalam pengajian Syariah. Ia bukanlah bererti ilmu- ilmu Islam tidak bersatu, tetapi lebih kepada satu pengkhususan sahaja.

Sepertimana bidang ilmu yang lain, ilmu Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh turut memerlukan pengkajian, penelitian dan penilaian terhadap ilmu itu sendiri. Penulisan, penelitian dan penilaian isi kandungan pengajian tersebut memudahkan proses penyampaian ilmu. Sebagai medan ilmu, sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus pengajian Islam, perlu menyediakan kurikulum pengajian yang baik dan berkesan.

Page 17: MATLAMAT PEMBELAJARAN ILMU USUL FIQH DAN KAEDAH ...

Matlamat Pembelajaran Ilmu Usul Fiqh Dan Kaedah Fiqh Serta Kedudukannya Dalam Pendidikan Negara Malaysia

R u m

Abd. Razak Mohammad. 1997. Fiqh: Sukatan Pelajaran Barn Syariah I STPM. Pustaka Hj. Abdul Majid. Kuala Lumpur.

Abdul Halim bin Mat Diah. 1989. Pendidikan Islam di Malaysia: Sejarah dun pemikiran. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali@Mat Zain. 1997. Pengantar Usul Fiqh Tingkatan 6. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam dun pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Abdullah Ishak. 1989. Sejarah Perkembangan Pelajaran Dan Pendidikan Islam. Petaling Jaya: al-Rahmaniah.

Drs Asjmuni A. Rahman. 1976. Qaidah-Qaidah Fiqih (Qawa 'idul Fiqhiuah). Surabaya: Penerbit Bulan Bintang.

Dunkin, M.J. and Biddle, B.J. 1974. The Study Of Teaching. New York: Holt Rinehart and Winston.

Gagne, R.M. 1985. The Condition Of Learning And Theory Of Instruction. New Jersey: CBS Publishing Asia Ltd.

Goodlad, J.I. 1984. A Place Called School: Prospects For The Future. New York: McGraw Hill

Hassan Langgulung. 1983. Dari Falsafah Ke Teori Pendidikan: Suatu Pandangan Islam. Kertas Ke j a Seminar Pemaharnan clan Pelaksanaan KBSM.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1979. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka .

~ a h o o d Zuhdi Abd Majid. 2004. Pengajian Usul Fiqh Di Malaysia: Satu Tinjauan Awal. dlm Prosiding Seminar Usul Fiqh (SUFI), KUIM. Kuala Lumpur.

Majlis Peperiksaan Malaysia. 1992. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Sukatan Pelajaran Dan Soalan Contoh. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Majlis Peperiksaan Malaysia. 1999. Sukatan Pelajaran Syariah Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Kuala Lumpur: Majlis Peperiksaan Malaysia.