Matlamat Tak Kesampaian

2
Matlamat tak kesampaian. Nak buat apa?… Posted by Irfan Khairi under Tip Motivasi No Comments 3.25kShare 6Share Share Share Tak semua matlamat yang kita tetapkan akan tercapai. walaupun dah berusaha, dah belajar, dah berkorban… tapi tak kesampaian juga. Maksudnya, dah bermula, tetapi tak capai apa yang dihajati mengikut masa atau target yang ditetapkan. Pertama sekali, ini bukanlah satu KEGAGALAN. Tidak mencapai matlamat bukanlah gagal sekiranya kita telah bermula, mencuba, dan berusaha. Kalau kita tak mula, tak cuba dan tak usaha, maka itu boleh dikira sebagai KEGAGALAN. Tetapi, kalau dah berusaha sebaiknya, capai atau tidak matlamat, jangan dikira sebagai gagal. Memang kita akan rasa sedih dan down bila tak capai matlamat. Kita sedih kerana kita melihat apa yang kita tidak capai. Sebenarnya, perlu fikir dengan cara lain. Fikirkan apa yang anda telah lalui walaupun tak capai matlamat tersebut. Bila kita sering sedih kerana tak capai matlamat, kita akan lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita sedia ada.

description

Motivasi

Transcript of Matlamat Tak Kesampaian

Matlamat tak kesampaian. Nak buat apa?Posted by Irfan Khairi underTip MotivasiNo Comments

3.25kShare 6Share Share ShareTak semua matlamat yang kita tetapkan akan tercapai. walaupun dah berusaha, dah belajar, dah berkorban tapi tak kesampaian juga. Maksudnya, dah bermula, tetapi tak capai apa yang dihajati mengikut masa atau target yang ditetapkan.

Pertama sekali, ini bukanlah satu KEGAGALAN. Tidak mencapai matlamat bukanlah gagal sekiranya kita telah bermula, mencuba, dan berusaha.Kalau kita tak mula, tak cuba dan tak usaha, maka itu boleh dikira sebagai KEGAGALAN.Tetapi, kalau dah berusaha sebaiknya, capai atau tidak matlamat, jangan dikira sebagai gagal.

Memang kita akan rasa sedih dan down bila tak capai matlamat. Kita sedih kerana kita melihat apa yang kita tidak capai.

Sebenarnya, perlu fikir dengan cara lain. Fikirkan apa yang anda telah lalui walaupun tak capai matlamat tersebut. Bila kita sering sedih kerana tak capai matlamat, kita akan lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita sedia ada. Sedangkan bersyukur itu sendiri adalah kunci dalam menarik reseki yang diberkati.

Lagi banyak bersyukur, lagi banyak nikmat yang kita akan terima. Bersyukur dengan apa yang kita ada, walaupun sekiranya kita tidak capai sesuatu matlamat. Bila bersyukur, baru kita akan rasa nikmatnya usaha kita. Kalau tak bersyukur, nanti tertutup pula pintu rezeki akan datang.

Pastinya ada terasa sedih bila lepas berusaha dan tidak capai target yang ditetapkan. Hingga adakalanya rasa tidak puas hati dengan usaha yang dilakukan.Maka, dalam keadaan ini, kita tidak dapat merasa nikmat usaha kita selama ini.Sememangya usaha itu penting. Sekiranya kita sudah ikhtiar untuk mencapai sesuatu itu, tetapi tidak kesampaian juga, fikirkan rezeki itu bukan milik kita di waktu itu.

Tambahkan usaha untuk mencari rezeki yang lain dengan sentiasa bersyukur atas usaha-usaha kita sebelum ini.