Maurice Jurnal

7
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS BAHASA MELAYU, 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR Bilangan Jurnal : Ke-4 Minggu Praktium : 4 Tarikh Peristiwa/Kejadian : 24 Februari 2015 Tajuk Jurnal : Murid bising PENGENALAN Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah pengajaran yang berlakunya interaksi dua hala antara murid dan guru. Suasana pembelajaran yang baik ialah berlakunya sedikit perbincangan dan diskusi antara murid-murid. Namun, jika keadaan atau suasana terlalu riuh semasa melaksanakan suatu aktiviti, maka dikatakan aspek kawalan kelas tidak berjaya. Apabila keadaan bilik darjah tidak dikawal dengan baik dan efisien, maka berkemungkinan besar objektif pengajaran dan pembelajaran tidak akan tercapai dengan jayanya. MASALAH Kali ini, saya telah masuk ke dalam Kelas Tahun 3 Intelek. Pada masa itu juga, penyeliaan telah dilaksanakan oleh pensyarah di bahagian belakang bilik darjah. Pada awalnya, murid-murid sangat terkawal dari aspek tingkah laku dan mampu melakukan apa sahaja arahan guru. Namun, pada langkah yang kedua, murid-murid dikehendaki untuk masuk ke dalam kumpulan yang baru ditubuhkan

description

hhj

Transcript of Maurice Jurnal

Page 1: Maurice Jurnal

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS BAHASA MELAYU,

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal : Ke-4

Minggu Praktium : 4

Tarikh Peristiwa/Kejadian : 24 Februari 2015

Tajuk Jurnal : Murid bising

PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah pengajaran yang berlakunya

interaksi dua hala antara murid dan guru. Suasana pembelajaran yang baik ialah

berlakunya sedikit perbincangan dan diskusi antara murid-murid. Namun, jika keadaan

atau suasana terlalu riuh semasa melaksanakan suatu aktiviti, maka dikatakan aspek

kawalan kelas tidak berjaya. Apabila keadaan bilik darjah tidak dikawal dengan baik

dan efisien, maka berkemungkinan besar objektif pengajaran dan pembelajaran tidak

akan tercapai dengan jayanya.

MASALAH

Kali ini, saya telah masuk ke dalam Kelas Tahun 3 Intelek. Pada masa itu juga,

penyeliaan telah dilaksanakan oleh pensyarah di bahagian belakang bilik darjah. Pada

awalnya, murid-murid sangat terkawal dari aspek tingkah laku dan mampu melakukan

apa sahaja arahan guru. Namun, pada langkah yang kedua, murid-murid dikehendaki

untuk masuk ke dalam kumpulan yang baru ditubuhkan dan melaksanakan kerja

kumpulan. Kemudian, murid-murid mula teruja dan keadaan bilik darjah menjadi sangat

riuh. Keriuhan bilik darjah ditambah lagi dengan pertengkaran antara murid di dalam

kumpulannya.

ANALISIS MASALAH

Keadaan bilik darjah menjadi tidak terkawal apabila ada murid yang tidak mahu

bekerjasama di dalam kumpulannya. Malah, ada juga murid yang tidak mahu ahli-ahli

kumpulannya membantunya melaksanakan tugasan yang diberikan. Ada pula murid

Page 2: Maurice Jurnal

yang bersembang tanpa menyiapkan tugasan yang diberikan. Oleh kerana keadaan ini,

aktiviti ketiga iaitu menyampaikan semula cerita “Kura-Kura yang Lalai” menggunakan

ayat tunggal dan ayat majmuk yang terdapat dalam peta alir tidak terlaksana dengan

berkesan.

Natijahnya, objektif pembelajaran pada hari itu iaitu murid dapat menyampaikan

cerita “Kura-Kura yang Lalai dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk”

tidak tercapai. Saya pula tidak menunjukkan sifat yang asertif kepada murid-murid.

Akibatnya, murid-murid tidak menghormati guru dan melaksanakan arahan guru yang

ada di hadapan meskipun memahami setiap arahan yang diberikan termasuklah arahan

untuk murid berhenti bersembang dan fokus kepada tugasan yang diberikan.

CADANGAN

Masalah murid yang bising ini boleh diselesaikan mungkin dengan berlandaskan

beberapa cadangan di bawah:

Cadangan-cadangan itu termasuklah:

1. Melaksanakan Sistem Token dengan segera seperti yang dinyatakan dalam Teori

Behaviorisme dalam Teori Pelaziman Operan oleh Skinner.

2. Memberi penerangan dengan tegas mengenai aktiviti yang bakal dilaksanakan dan

menyatakan akibatnya jika tidak melaksanakan tugasan seperti yang telah

dikehendaki guru.

3. Sebagai seorang guru, sikap asertif perlu ditunjukkan kepada semua murid yang

berada di dalam bilikd arjah supaya murid-murid tahu bahawa arahan guru adalah

tegas dan perlu dipatuhi. Dengan mengamalkan sikap asertif ini juga, murid akan

lebih menghormati guru sebagai pemudah cara dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah.

Page 3: Maurice Jurnal

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Page 4: Maurice Jurnal

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS BAHASA MELAYU,

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal : Ke-9

Minggu Praktikum : 10

Tarikh Peristiwa/Kejadian : 9 April 2015

Tajuk Jurnal : Murid keliru

PENGENALAN

Perkara yang paling penting sekali yang perlu guru ambil kira dalam pengajaran

dan pembelajaran ialah dari aspek penyampaian ilmu dengan berkesan seperti

memahami konsep, contoh dan sebagainya supaya murid tidak keliru.

MASALAH

Pada minggu ini, saya telah melaksanakan pengajaran bersama tetapi sesi

pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berasingan. Saya telah masuk ke

dalam Kelas Tahun 3 Inspirasi untuk mengajarkan imbuhan akhiran. Di akhir

pengajaran dan pembelajaran tersebut, saya mendapati bahawa terdapat masalah

dalam penyampaian konsep mengenai imbuhan akhiran.

ANALISIS MASALAH

Pada awalnya, pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan lancar

bermula dari set induksi sehinggalah langkah pertama. Dalam langkah yang pertama,

saya telah memberikan penerangan mengenai imbuhan akhiran. saya juga telah

meminta semua murid mengemukakan contoh perkataan berimbuhan akhiran yang

mereka tahu.

Masalah dapat dikesan semasa dalam langkah kedua pengajaran dan

pembelajaran. Dalam langkah kedua ini, murid dikehendaki untuk mengenal pasti dan

menggariskan perkataan-perkataan yang mengandungi imbuhan akhiran (-kan, -an dan

-i). Hasilnya, hampir semua murid yang tampil ke hadapan menggariskan perkataan

yang salah. Mereka keliru dengan imbuhan apitan dan imbuhan akhiran.

Page 5: Maurice Jurnal

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

4. Guru sepatutnya menuliskan contoh perkataan bagi setiap imbuhan akhiran supaya

murid-murid dapat membezakan penggunaan setiap imbuhan akhiran.

5. Guru perlu bijak memberikan contoh perkataan dan ayat yang sesuai dengan

konsep yang diajarkan pada hari tersebut agar murid-murid tidak keliru dengan

konsep yang lain seperti imbuhan apitan dan imbuhan awalan.

6. Guru perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :