Mazhab

23
MAZHAB FATIMAH ZAHRAH BINTI MD. FAUADI M10E

description

MazhabOleh: Fatimah Zahrah Md Fauadi

Transcript of Mazhab

Page 1: Mazhab

MAZHAB

FATIMAH ZAHRAH BINTI MD. FAUADIM10E

Page 2: Mazhab

DEFINISI MAZHAB• Jalan fikiran atau kefahaman yang dibawa oleh tokoh dalam

perundangan Islam dari sumber Al-Quran dan sunnah

• sejumlah fatwa atau pendapat orang alim yang bergelar Imam dalam urusan agama

• Terdapat 4 Mazhab yang terkenal sehingga kini- Mazhab Maliki- Mazhab Hanafi- Mazhab Syafie- Mazhab Hanbali

Page 3: Mazhab

SEJARAH KEMUNCULAN MAZHAB• Mazhab wujud selepas zaman Umar r.a, apabila

sahabat mula bertebaran ke seluruh tanah jajahan umat Islam.

• Apabila timbul permasalahan, susah untuk berbincang kerana jarak yang jauh antara satu sama lain.

• Perkara ini juga telah membawa kepada kemunculan dua aliran iaitu – Aliran ahli akal – Aliran ahli hadis

Page 4: Mazhab

aliran ahli hadis di hijaz,makkah,madinah. Hal ini kerana

terdapat ramai para sahabat berada di sini.

sebarang masalah yg timbul di rujuk kepada hadis-hadis yg masih terpelihara.

diketuai oleh Imam MalikDikenali sebagai Mazhab Maliki pada

masa kini

Page 5: Mazhab

aliran ahli akal di Iraq. Disebabkan tempat yang jauh, hanya

sedikit sahabat berada di sini.timbul kesulitan untuk merujuk kepada hadis, juga

disebabkan terdapat banyak hadis palsu dibawa oleh golongan munafik dan golongan Rafidah(syiah Imamiyyah).

utk elakkan hadis palsu, mereka meletakkan syarat yang ketat dalam menerima sesuatu hadis dan menggunakan kaedah qias daripada dalil-dalil sedia ada.

diketuai oleh Imam Abu HanifahDikenali sebagai Mazhab Hanafi pada masa kini

Page 6: Mazhab

• pertembungan ini pada awalnya harmoni, tetapi menjadi keruh disebabkan ketaksuban pengikut-pengikutnya.

• Imam Syafie telah menggabungkan kedua-dua aliran ini menjadi satu dalam Usul Al-Fiqh melalui kitab Ar-Risalah. Ia menjadi aliran ketiga.

• Anak murid Imam al-Syafi’e ( Imam Ahmad ibn Hanbal ) telah memulakan aliran yang keempat dengan memodifikasikan aliran Imam al-Syafi’e .– Beliau menumpukan kepada hadis dan periwayatannya. – berjaya mendapat pengikut yang ramai melalui perjuangannya yang

cekal mempertahankan akidah ahli sunnah dalam berhadapan dengan pihak penguasa yang beraliran Mu’tazilah.

• empat aliran tersebut telah mendominasi pemikiran umat Islam.• Istilah mazhab digunakan secara meluas apabila pengikut-

pengikut menyebarkan ajaran imam masing-masing dan mengeluarkan fatwa berhubung masalah semasa.

Page 7: Mazhab

FAKTOR-FAKTOR PERSELISIHAN PENDAPAT• Tabiat akal dan kefahaman manusia yang berbeza.

• bahasa Arab- Bahasa Arab pula mempunyai lafaz sinonim yang mengandungi lebih daripada satu makna ,kefahaman yang tersurat dan tersirat, lafaz umum dan khusus dan lain-lainnya.

• Perbezaan pendapat dalam menentukan sumber hukum.

• Perbezaan pendapat dalam menentukan kaedah pengeluaran hukum dan sumber-sumber tambahan.

• Perbezaan pendapat dalam memahami dan menghurai teks hukum.

Page 8: Mazhab

PRINSIP PERSELISIHAN YANG DIBENARKAN

• Bersatu dan bersekukuh dengan nas (al-Quran dan Sunnah) tanpa

menyalahinya.

• Iltizam dengan apa yang telah disepakati oleh Ummah (ijma’).

- kita saling menguatkan apa yang kita sepakati, dan kita bertolak ansur

terhadap urusan yang kita ada perbezaannya”.

• perkara yang dibenarkan untuk diperselisihkan ialah dalam urusan-urusan

furui’yah- ranting permasalahan sahaja.

• Iltizam dengan manhaj umum yang telah dipegang oleh salafus soleh

khususnya Khulafa Rosyidin.

• Tidak membawa kepada perkelahian, pergaduhan, perpecahan dan

permusuhan.

Page 9: Mazhab

• Perbincangan (hiwar) yang baik, beradab dan tenang. • Dalam urusan yang tidak datang nas yang jelas, umat Islam harus

bersedia membuka pintu untuk menerima pro dan kontra sesuatu pandangan. Menerima kritikan dan perbezaan yang membina.

• Tidak ingkar dalam perkara-perkara ijtihadiah yang berselisih padanya pandangan antara ulama. Mujtahid tidak mengingkar mujtahid yang lain malah menghormati mereka dengan ijtihad mereka.

- Imam as-Syafie pernah berkata “pandangan aku betul, tetapi berkemungkinan salah. Pandangan mereka (selain mazhabku) salah, tetapi berkemungkinan betul”.

• Pengikut mujtahid tidak mengingkar pengikut mujtahid yang lain selama mana mujtahid tersebut dalam mazhab yang muktabar di sisi Ahlul Sunnah wal Jamaah.

Page 10: Mazhab

FAEDAH PERSELISIHAN PENDAPAT

• Membuka ruang kepada perbincangan yang lebih mendalam berhubung dengan sesuatu masalah.

• Memberi kemudahan dan mengelakkan kesempitan- meletakkan masyarakat pada satu pendapat sahaja menyusah dan menyempitkan orang ramai, sedangkan Islam itu adalah agama yang mudah dan bersifat tolak ansur.

Page 11: Mazhab

KEPERLUAN BERMAZHAB

• Apabila kita tidak mempunyai ilmu yang cukup maka wajib untuk kita mendengar mereka yang paling arif, dan sekiranya kita mempunyai ilmu yang cukup maka haram untuk kita mengikut mana-mana mazhab.

• Apabila kita berpegang kepada pendapat imam mujtahid, kita sudahpun berpegang kepada dalil dan tali yang kukuh. Imam Dzahabi seorang ahli sejarah yang terkenal dan alim mengenai ilmu-ilmu perawi hadis dalam kitab-kitab beliau tidak pernah berbahas mengenai imam-imam mujtahid. Ini kerana penerimaan umum dan kehebatan imam-imam mujtahid mencapai darjah mutawatir, iaitu mustahil untuk orang ramai bersepakat untuk berbohong dalam menyatakan keunggulan imam-imam tersebut.

Page 12: Mazhab

MAZHAB MALIKI• Salah satu daripada empat mazhab fiqh atau hukum Islam

dalam Sunni. • diamalkan di Utara Afrika dan sebahagian Afika Barat. Mahzab

ini mempunyai bilangan pengikut ketiga teramai iaitu lebih kurang 15% daripada Muslim.

• Selain menggunakan Al Quran, hadis, ijma' dan qiyas, Imam Maliki juga menggunakan amalan orang Islam Madinah pada zamannya itu sebagai sumber yang kelima.

• Mengikut Imam Malik, amalan orang Madinah dilihat sebagai sunnah hidup memandangkan Nabi Muhammad berhijrah, tinggal, dan wafat di Madinah, dan kebanyakan sahabat Nabi tinggal di Madinah. Kesannya, Hadis yang dikaji oleh mazhab ini agak terhad daripada mazhab yang lain.

Page 13: Mazhab

Kata-kata Imam Malik..

• 1. “Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang salah dan benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapat yang sesuai dengan Kitab dan Sunnah, ambillah dan setiap yang tidak sesuai dengan Al Kitab dan Sunnah, tinggalkanlah”. (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Jami’, 2/32)

2 “Tidak ada seorang pun setelah Nabi Shallallahu alaihi wa sallam, kecuali dari perkataannya itu ada yang diambil dan yang ditinggalkan, kecuali Nabi Shallallahu alaihi wa sallam”. (Ibnu Abdil Hadi di dalam Irsyadus Salik, 1/227)

Page 14: Mazhab

MAZHAB HANAFI• Nama sebenar pengasasnya ialah Nu’man bin Tsabit atau dikenali

sebagai Imam Abu Hanifah.• Juga salah satu mazhab fiqh dalam Islam Sunni.• Dasar-dasar Mazhab Hanafi

Abu Hanifah dalam menetapkan hukum fiqh terdiri dari tujuh pokok, yaitu : Al Kitab, As Sunnah, Perkataan para Sahabat, Al Qiyas, Al Istihsan, Ijma’ dan Uruf.

• Mazhab ini terkenal sebagai mazhab yang paling terbuka kepada idea moden. Mazhab ini diamalkan terutama sekali di kalangan orang Islam Sunni Mesir, Turki, sub-benua India dan sebahagian Afrika Barat, walaupun pelajar Islam seluruh dunia belajar dan melihat pendapatnya mengenai amalan Islam.

• Mazhab Hanafi merupakan mazhab terbesar dengan 30% pengikut.

Page 15: Mazhab

Kata-kata Imam Abu Hanifah..1. “Apabila hadits itu shahih, maka hadits itu adalah madzhabku.”

(Ibnu Abidin di dalam Al-Hasyiyah 1/63)2. “Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang kepada

perkataan kami, selagi dia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya”. (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Intiqa’u fi Fadha ‘ilits Tsalatsatil A’immatil Fuqaha’i, hal. 145)

3. Di dalam sebuah riwayat dikatakan: “Adalah haram bagi orang yang tidak mengetahui alasanku untuk memberikan fatwa dengan perkataanku”.

4. “Jika aku mengatakan suatu perkataan yang bertentangan dengan kitab Allah dan khabar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka tinggalkanlah perkataanku”. (Al-Fulani di dalam Al-lqazh, hal. 50)

Page 16: Mazhab

MAZHAB SYAFIE• dicetuskan oleh Muhammad bin Idris al-Syafii atau juga dikenali

sebagai Imam Syafie.• Mazhab ini kebanyakan diikuti para penduduk selatan Mesir, bahagian

barat Arab Saudi, Syria, Indonesia, Semenanjung Malaysia, Pantai Koromandel, Malabar,Hadramaut (Yaman), dan Bahrain.

• Mazhab ini merupakan pertengahan antara Mazhab maliki dan Mazhab Hanafi.

• Imam Syafii menolak Istihsan dari Imam Abu Hanifah mahupun Mashalih Mursalah dari Imam Malik.

• menerima penggunaan qiyas secara lebih luas berbanding Imam Malik.• Meskipun berbeza dari kedua mazhab tersebut, keunggulan Imam Syafii

sebagai ulama fiqah, Usul al-Fiqh, dan hadis di zamannya membuat mazhabnya memperoleh banyak pengikut dan kealimannya diakui oleh ramai ulama yang hidup sezaman dengannya.

Page 17: Mazhab

Kata-kata Imam Syafie• “Tidak ada seorangpun, kecuali dia wajib bermadzab dengan Sunnah

Rasulullah dan mengikutinya. Apapun pendapat yang aku katakan atau sesuatu yang aku katakan itu berasal daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tetapi bertentangan dengan ucapanku. Maka peganglah sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam. Inilah ucapanku.” (Tarikhu Damsyiq karya Ibnu Asakir,15/1/3)

• “Kaum muslimin telah sepakat bahawa barang siapa yang telah terang baginya Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka tidak halal baginya untuk meninggalkannya, hanya kerana mengikut perkataan seseorang.”(Ibnul Qayyim, 2/361, dan Al-Fulani, hal.68)

• “Apabila kamu mendapatkan di dalam kitabku apa yang bertentangan dengan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka berkatalah dengan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan tinggalkanlah apa yang aku katakan.” (Al-Harawi di dalam Dzammul Kalam,3/47/1)

• “Apabila Hadist itu Shahih, maka ia adalah madzhabku.” (An-Nawawi di dalam AI-Majmu’, Asy-Sya’rani,10/57)

Page 18: Mazhab

MAZHAB HANBALI• Pendiri Mazhab Hambali ialah : Al Imam Abu Abdillah Ahmad bin Hanbal bin

Hilal Azzdahili Assyaibani. • Beliau lahir di Bagdad pada tahun 164 H. dan wafat tahun 241 H. Ahmad bin

Hanbal adalah seorang imam yang banyak berkunjung ke berbagai negara untuk mencari ilmu pengetahuan, antara lain : Siria, Hijaz, Yaman, Kufah dan Basrah.

• beliau dapat menghimpun sejumlah 40.000 hadis dalam kitab Musnadnya.

Dasar-dasar Mazhabnya.

1. Nash Al Qur-an atau nash hadits.2. Fatwa sebagian Sahabat.3. Pendapat sebagian Sahabat.4. Hadits Mursal atau Hadits Doif yang tidak bertentangan5. Qiyas.

Dalam menjelaskan dasar-dasar fatwa Ahmad bin Hanbal ini didalam kitabnya I’laamul Muwaaqi’in.

Page 19: Mazhab

• Daerah yang Menganut Mazhab Hambali.Awal perkembangannya, mazhab Hambali berkembang di Bagdad, Irak dan Mesir dalam waktu yang sangat lama. Pada abad XII mazhab Hambali berkembang terutama pada masa pemerintahan Raja Abdul Aziz As Su’udi. Dan masa sekarang ini menjadi mazhab rasmi pemerintahan Saudi Arabia dan mempunyai penganut terbesar di seluruh Jazirah Arab, Palestina, Syria dan Iraq.

Page 20: Mazhab

Kata-kata Imam Hanbali• “Janganlah engkau mengikuti aku dan jangan pula engkau

mengikuti Malik, Syafi’i, Auza’i dan Tsauri, tetapi ambillah dari mana mereka mengambil.” (Al-Fulani, 113 dan Ibnul Qayyim di dalam Al-I’lam, 2/302)

• “Pendapat Auza’i, pendapat Malik, dan pendapat Abu Hanifah semuanya adalah pendapat, dan ia bagiku adalah sama, sedangkan alasan hanyalah terdapat di dalam atsar-atsar (hadits-hadits. Red.)” (Ibnul Abdl Brr di dalam Al-Jami`, 2/149)

• “Barang siapa yang menolak hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka sesungguhnya dia telah berada di tepi kehancuran.” (Ibnul Jauzi, 182).

Page 21: Mazhab

~TAMAT~

Page 22: Mazhab

RUJUKAN• Pedoman-Pedoman Bermazhab dalam Islam, Hafiz Firdaus Abdullah, Jahabersa,

2004• http://ms.wikipedia.org/wiki/Mazhab_Maliki• http://islamdigest.blogspot.com/2005/06/mazhab-dalam-islam.html• http://en-gb.facebook.com/note.php?note_id=112326528835804• http://ms.wikipedia.org/wiki/Mazhab#Mazhab_Hanafi• http://ms.wikipedia.org/wiki/Mazhab• http://www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/Imam%20Abu%20Hanifah.pdf• http://halaqah.net/v10/index.php?

PHPSESSID=g6vijk5l0638jnlp1uch37qu35&topic=13654.msg185551#msg185551• http://salafiah.net/content/mengapa-perlu-bermazhab• http://www.darulfuqaha.com/v2/index.php?

option=com_content&view=article&id=122:khilaf-fiqh--punca-a-pendirian-muslim-terhadap-perbezaan-mazhab-siri-2&catid=47:fiqh-dan-hukum&Itemid=165

Page 23: Mazhab

SESI SOAL JAWAB