Mc dinner asasi 2014

7
MAJLIS MALAM PENGHARGAAN ASASI 2014 (RezvondouSasi) Bil Que Skrip MC 1 Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Dekan Pusat Pengajian Pra-Universiti, Professor Dr. Sinin Bin Hamdan, diiringi oleh Timbalan Dekan Pusat Pengajian Pra-Universiti, Professor Madya Dr Ramlah Zainuddin, Pengarah Program , Noornajwa Nabilah Bt Yatiman, barisan Penasihat Program, pensyarah-pensyarah PPPU,Timbalan Pengarah Program, Hafizd Zulhasni bin Ismail Sainny dan barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Pra-Universiti UNIMAS sesi 2013/2014. 2 Kata Alu-aluan Pengacara Majlis Bismilahhirahmanirahim... Yang Berbahagia , Professor Dr. Sinin Bin Hamdan Dekan Pusat Pengajian Pra-Universiti Yang Dihormati, Professor Madya Dr Ramlah Zainuddin Timbalan Dekan Pusat Pengajian Pra-Universiti Yang Dihormati, Penasihat-Penasihat Program, Pensyarah-Pensyarah Pusat Pengajian Pra- Universiti, Pengarah Program Malam Penghargaan Asasi 2014, Barisan Ahli Jawatankuasa Program Malam Penghargaan Asasi 2014, Seterusnya, hadirin hadirat sekalian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, maka kita diberikan luangan waktu untuk kita sama-sama

Transcript of Mc dinner asasi 2014

Page 1: Mc dinner asasi 2014

MAJLIS MALAM PENGHARGAAN ASASI 2014 (RezvondouSasi)

Bil Que Skrip MC

1 Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Dekan Pusat Pengajian Pra-Universiti, Professor Dr. Sinin Bin Hamdan, diiringi oleh Timbalan Dekan Pusat Pengajian Pra-Universiti, Professor Madya Dr Ramlah Zainuddin, Pengarah Program , Noornajwa Nabilah Bt Yatiman, barisan Penasihat Program, pensyarah-pensyarah PPPU,Timbalan Pengarah Program, Hafizd Zulhasni bin Ismail Sainny dan barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Pra-Universiti UNIMAS sesi 2013/2014.

2 Kata Alu-aluan Pengacara Majlis

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berbahagia , Professor Dr. Sinin Bin Hamdan

Dekan Pusat Pengajian Pra-Universiti

Yang Dihormati, Professor Madya Dr Ramlah Zainuddin

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Pra-Universiti

Yang Dihormati,

Penasihat-Penasihat Program,

Pensyarah-Pensyarah Pusat Pengajian Pra-Universiti,

Pengarah Program Malam Penghargaan Asasi 2014,

Barisan Ahli Jawatankuasa Program Malam Penghargaan Asasi 2014,

Seterusnya, hadirin hadirat sekalian,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, maka kita diberikan luangan waktu untuk kita sama-sama

Page 2: Mc dinner asasi 2014

berkumpul di Dataran Cancelori, Kampus Timur UNIMAS untuk Malam Penghargaan Asasi 2014 atau RezvondouSasi

Mencari timba si anak dara,Di bawah sarang burung tempua;Salam sembah pembuka bicara,Selamat datang untuk semua.

3 Nyanyian lagu UNIMAS GEMILANG

Para hadirin dipohon berdiri kerana kita teruskan majlis kita dengan nyanyian lagu UNIMAS GEMILANG.

4 Bacaan Doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita mendah tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Saudara Mohammad Hafiz Bin Johar yang juga merupakan Timbalan EXCO Kerohanian dan Perkembangan Moral JPPPU. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.......................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Saudara Mohammad Hafiz Bin Johar atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

5 Ucapan Alu-aluan oleh Presiden JPPPU

Seterusnya, majlis menjemput Presiden JPPPU yang juga merupakan Pengarah Program MALAM PENGHARGAAN ASASI 2014, Saudari Noornajwa Nabilah Yatiman untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan

……………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudari Noornajwa Nabilah Yatiman atas ucapan alu-aluan itu tadi.

6 Ucapan oleh Dekan Pusat Pengajian Pra-Universiti

Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Professor Dr. Sinin Bin Hamdan,Dekan Pusat Pengajian Pra-Universiti.

Dipersilakan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Page 3: Mc dinner asasi 2014

………………….

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Professor Dr. Sinin Bin Hamdan atas ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat dan ucapan Professor Sinin itu tadi dapat kita hayati dan ambil tindakan bersama

7 Jamuan Makan Sungguh indah bunga seroja,Di tepi tasik sebelah halaman;Juadah sudah letak di meja,Apa tunggu lagi jomlah makan

8 Persembahan 1 (Koir) Majlis pada malam ini akan dihangatkan lagi dengan persembahan Koir.

Marilah sama-sama kita saksikan persembahan mereka. Dengan ini, majlis mempersilakan kumpulan koir ASASI IN HARMONY

.....................................................................

TERIMA KASIH DIUCAPKAN.

9 Pengumuman Juara Piala Dekan

*Jemput Mr Abdul Al-Hafiz untuk mengumumkan

10 Penyampaian Hadiah Drama Bahasa Inggeris

*Jemput Miss Dzetty untuk mengumumkan para pemenang

*Jemput Mr Fairuz Penyelaras Kursus PRI 1023

11 Persembahan 2 (video) -spontan jelah-

12 Cabutan bertuah Kita teruskan majlis pada malam ini dengan acara yang ditunggu-tunggu ,iaitu acara cabutan bertuah .untuk itu,dipersilakan Mr Andy untuk mencabut nombor bertuah.

Dijemput juga Saudari Noornajwa Nabilah selaku Pengarah MALAM PENGHARGAAN ASASI 2014 ke pentas bagi menjemput dan mengiringi Mr Razif selaku Penasihat Program MALAM PENGHARGAAN ASASI 2014 untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang bertuah.

Seterusnya, dipersilakan Miss Isya untuk mencabut no bertuah.

Turut dijemput Saudara Hafizd Zulhasni selaku Timbalan

Page 4: Mc dinner asasi 2014

Pengarah MALAM PENGHARGAAN ASASI 2014 ke pentas bagi menjemput dan mengiringi Mr George yang juga Penasihat MALAM PENGHARGAAN ASASI 2014 untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang bertuah.

Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang bertuah.

10 Penyampaian Sijil JPPPU Sebagai tanda penghargaan kepada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Pra-Universiti(JPPPU) 2013/2014, majlis mempersilakan Yang Berbahagia , Professor Dr. Sinin Bin Hamdan, Dekan Pusat Pengajian Pra-Universiti untuk menyampaikan sijil dan cenderamata kepada ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Pra-Universiti(JPPPU).

Oleh itu, majlis menjemput

1-Presiden JPPPU

Noornajwa Nabilah Yatiman

2-Timbalan Presiden JPPPU

Nor Aliah Mohd Dali

3-Setiausaha Agung JPPPU

Nur Syazana Zalkeri

4-Timbalan Setiausaha Agung JPPPU

Nur Syaheera Syuhada Zahid

5-Bendahari Kehormat JPPPU

Mufidatun Enani Abdullah

6-Timbalan Bendahari Kehormat JPPPU merangkap EXCO Multimedia dan Publisiti JPPPU.

Nur Nadhirah Izzaty Selamat

7-EXCO Kerohanian dan Perkembangan Moral JPPPU

Muhammad Mashur Besar

8-EXCO Kebudayaan dan Kesenian JPPPU.

Fadzillah Syafiqah Mohd Izzudin

9-EXCO Sukan dan Rekreasi JPPPU

Page 5: Mc dinner asasi 2014

Amin Khalidi Alias

10- EXCO Perhubungan Sosial,Aduan dan Kebajikan JPPPU

Hafizd Zulhasni Ismail Sainny

11- EXCO Akademik dan Perkembangan Pelajar JPPPU

Ahmad Auzaee Mohamed

12- EXCO Kebersihan,Keselamatan dan Keceriaan JPPPU

Nor Atikah Ahmad Sayuti

13- EXCO Protokol dan Disiplin JPPPU

Mohd Amirul Husni Jakaria

11 Pengumuman Prom King dan Prom Queen

-akan diumumkan oleh Mr Faizal-

*jemput Timbalan Dekan untuk menyampaikan hadiah

12 Penyerahan 'Simbolik' Hadirin dan hadirat sekalian,majlis seterusnya adalah penyampaian cenderamata sebagai 'SIMBOLIK' tanda kenang-kenangan kepada PPPU..

Majlis menjemput dan mempersilakan Presiden JPPPU sesi 2013/2014 Saudari Noornajwa Nabilah Yatiman UNTUK MENYAMPAIKAN 'simbolik' kepada Yang Berbahagia Professor Dr. Sinin Bin Hamdan,Dekan Pusat Pengajian Pra-Universiti.

Dipersilakan

Kain songket cantik kilauanDitenun oleh orang kemamanTak terbalas budimu tuanKami merakam setinggi-tinggi penghargaan.

Begitulah tadi ,upacara penyampaian 'SIMBOLIK' tanda kenang-kenangan khusus untuk Pusat Pengajian Pra-Universiti, PPPU UIMAS. Moga-moga pelajar ASASI 4th Batch akan terus diingati oleh pihak PPPU

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Professor Dr. Sinin bin Hamdan atas kesudian menerima 'SIMBOLIK' itu sebentar tadi.

11 Penutupan Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi,

Page 6: Mc dinner asasi 2014

maka selesailah sudah Majlis Majlis Malam Penghargaan Asasi 2014

Di setiap pertemuan, pasti akan berlaku perpisahan, sama ada berpisah hidup atau perpisah dengan sebab kematian

Majlis berakhir di sini. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada para pemenang.

Pihak majlis mewakili AJK Program Majlis Majlis Malam Penghargaan Asasi 2014 , merakamkan penghargaan terima kasih kepada Professor Dr. Sinin Bin Hamdan,Dekan Pusat Pengajian Pra-Universiti para pensyarah dan staff PPPU atas kesudian meluangkan masa pada malam ini bersama-sama kami. Tidak dilupakan juga kepada para hadirin dan hadirat sekalian yang datang pada malam ini.

Kami akhiri majlis pada malam ini dengan

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Page 7: Mc dinner asasi 2014

TENTATIF PROGRAM (2 Mei 2014)

07.15 Malam

- Ketibaan Para Pelajar

7.30 Malam

- Ketibaan Dekan, Timb. Dekan,pensyarah dan staf PPPU.

- Nyanyian lagu UNIMAS Gemilang,

- Bacaan Doa

- Ucapan Presiden

- Ucapan Dekan

- Jamuan

8.00 Malam

- Persembahan 1 (Koir)

- Penyampaian Piala Dekan oleh Dekan

-Penyampaian Sijil Drama English oleh Penyelaras Kursus

- Persembahan 2 (Video Pelajar)

-Cabutan Bertuah

- Penyampaian Sijil JPPPU oleh Dekan

- Persembahan 3 (Nasyid)

- Pengumuman King and Queen oleh Timbalan Dekan

-Penyampaian simbolik oleh Presiden JPPPU kepada Dekan PPPU

10.15 Malam

-Penutupan