MC KHATAM AQ.doc

3
Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismilah pembuka bicara. Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Khatam Al-Quran , Peringkat Universiti Sains Malaysia ,Kampus Kesihatan ini. Untuk pengetahuan Hadirin,Majlis Khatam Al-Quran pada hari ini merupakan langsungan daripada program tadarus Al-Quran yang melibatkan semua mahasiswa mahasiswi pusat pengajian sains perubatan,pergigian dan kesihatan.Malah,ini adalah julung kali majlis khatam Al-Quran dibuat bersama dengan Majlis Ambang kemerdekaan. semoga majlis seperti ini dapat menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap kalam Allah dan seterusnya mengangkat martabat Al- Quran ke tahap tertinggi dan dijadikan petunjuk utama dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Sesuai dengan firman Allah yang berbunyi: “Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat lurus (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar” Surah al-Isra':9 Hadirin hadirat yang dirahmati Allah, Al-Quran diturun sebagai penyuluh, Membaca dikurnia pahala dan juga rahmat, Angkat doa jari sepuluh, Doa minta biar selamat. Untuk keberkatan dan kesejahteraan majlis, dipersilakan saudara Ali bin Baba untuk memimpin bacaan doa. (baca doa) Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Ali bin Baba di atas bacaan doa itu tadi. Seterusnya,majlis di teruskan dengan bacaan khatam Al-Quran yang akan di imamkan oleh Saudara Ali bin Baba. (baca alquran baca doa khatam Al-Quran)

Transcript of MC KHATAM AQ.doc

Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismilah pembuka bicara.Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Khatam Al-Quran , Peringkat Universiti Sains Malaysia ,Kampus Kesihatan ini.Untuk pengetahuan Hadirin,Majlis Khatam Al-Quran pada hari ini merupakan langsungan daripada program tadarus Al-Quran yang melibatkan semua mahasiswa mahasiswi pusat pengajian sains perubatan,pergigian dan kesihatan.Malah,ini adalah julung kali majlis khatam Al-Quran dibuat bersama dengan Majlis Ambang kemerdekaan.semoga majlis seperti ini dapat menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap kalam Allah dan seterusnya mengangkat martabat Al-Quran ke tahap tertinggi dan dijadikan petunjuk utama dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Sesuai dengan firman Allah yang berbunyi:Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat lurus (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar Surah al-Isra':9Hadirin hadirat yang dirahmati Allah,Al-Quran diturun sebagai penyuluh, Membaca dikurnia pahala dan juga rahmat, Angkat doa jari sepuluh, Doa minta biar selamat.Untuk keberkatan dan kesejahteraan majlis, dipersilakan saudara Ali bin Baba untuk memimpin bacaan doa. (baca doa)Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Ali bin Baba di atas bacaan doa itu tadi. Seterusnya,majlis di teruskan dengan bacaan khatam Al-Quran yang akan di imamkan oleh Saudara Ali bin Baba.(baca alquran baca doa khatam Al-Quran)Hadirin dan hadirat yang dimuliakanBunga melur bunga kenanga Cantik disusun penyeri anjung Al-Quran bagaikan intan permata Al-Quran dijunjung umat disanjungBunga mawar cantik berseri Mekar disirami si embun pagi Majlis Khatam Al-Quran mengundur diri Semoga tahun hadapan berjumpa lagi.Alhamdulillah. Dengan Bacaan Khatam Al Quran sebentar tadi maka berakhirlah majlis kita pada petang ini .Sekalung budi penghargaan terima kasih pihak majlis kalungkan kepada semua jemputan dan hadirin sekalian kerana sudi hadir ke majlis pada petang ini. Akhir kalam, marilah kita tutup majlis ini dengan sama-sama membaca Surah Al-Asr. Sekian. Sayang selasih berisi minyak,Bunga cengkih di atas jerami;Terima kasih banyak-banyak,Sudi datang ke majlis kami.Melati kuntum tumbuh melata,Sayang merbah di pohon cemara;Assalammualaikum mulanya kata,Saya sembah pembuka bicara.Mengumumkan, ketibaan Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Labis, Yang berbahagia Penceramah Kita Pada Kali ini. Juga Yang dihormati YDP PIBG SMK Labis.

***

Melayang serindit di atas permatang,

Merbah berkicau di hujung muara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal BismilLah pembuka bicara.

Dari Raub pergi ke Pontian,

Terus pula ke Kuala Perlis,

Harap semua berikan perhatian,

Mohon saya mulakan Majlis.

Sarung ketupat berisi inti,

Dibawa budak sambil berlari,

Kehadiran semua sangat dihargai,

Moga Majlis bertambah seri.

Bunga mawar cantik tersemat,

Dipetik gadis di tepi titi,

Doa dibaca memohon Rahmat,

Moga Majlis sentiasa diberkati.

Zikir Munajat Pembersih jiwa... Doa dipohon menjana taqwa...

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, majlis menjemput Al-Fadhil USTAZ__________________untuk memimpin bacaan asmaul husna, zikir munajat danseterusnya membacakan doa. Dipersilakan.

Aamiin, ya robbal aalamin...

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada__________________atas pimpinan bacaan asmaul husna, zikir munajat dan bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Tuan puteri tersenyum-senyum,

Melihat mempelai direnjis dipilis,

Senyum-senyum jangan tak senyum,

Sudah kita di penghujung Majlis.

Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepadasemua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak.

Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya. Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur danucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat SMK Labis.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa,

Kelapa muda si kelapa barli,

Jari disusun maaf dipinta,

Panjang usia bersua kembali.