Mc Perhimpunan

5
Dengan bismillah…lafaz dimula, Dengan bismillah… restu dipinta, Segala usaha telah pun mendapat hidayat- Nya, Semoga beroleh seluruh berkat-Nya. Amin. SALUTASI Bismillah… 1.Yang Berusaha, Dr.Muhammad Hussin Bin Mohammad Yusoff,Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam Selangor, 2. Yang Dihormati, Encik Mat Zain Bin Tambi,Ketua Unit Disiplin dan Rekod,Jabatan Hal ehwal Pelajar,IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor, 3. Para Pensyarah,

description

mc

Transcript of Mc Perhimpunan

Page 1: Mc Perhimpunan

Dengan bismillah…lafaz dimula,

Dengan bismillah… restu dipinta,

Segala usaha telah pun mendapat hidayat-Nya,

Semoga beroleh seluruh berkat-Nya.

Amin.

SALUTASI

Bismillah…

1.Yang Berusaha, Dr.Muhammad Hussin Bin Mohammad Yusoff,Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam Selangor,

2. Yang Dihormati, Encik Mat Zain Bin Tambi,Ketua Unit Disiplin dan Rekod,Jabatan Hal ehwal Pelajar,IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor,

3. Para Pensyarah,

4.Encik Mohd Saihan Bin Mat Said,Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya IPGM Kampus Pedidikan Islam Selangor,tahun 2009,

5.Mohd Rafee bin Mohammad,Pengerusi Majlis Ketua-Ketua Kuliah Semester satu 2009,

6.Barisan SPR, IPGM Kampus Pedidikan Islam,tahun 2009,

7.Barisan Majlis Ketua-ketua kuliah semestar satu,tahun 2009,

Page 2: Mc Perhimpunan

Seterusnya,para pelajar sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Bagi memberkatii lagi majlis kita pada pagi ini,marilah sama-sama kita mulakan majlis kita dengan bacaan ummul furqan,Al-Fatihah.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Marilah kita sama-sama berdiri bagi menyanyikan 4 buah lagu iaitu nasyid asma al-husna,lagu negaraku,lagu negeri Selangor dan lagu IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas nyanyian sebentar tadi.

Dalam suasana ceria penuh harmoni, Dari Dewan Besar Nik Muhyidin Musa, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam, majlis berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan tetamu-tetamu kehormat, tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Penamaan Calon bagi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010 .

Hadirin dan hadirat sekalian,

Seterusnya,pihak majlis menjemput dan mempersilakan Saudara Mohd Amri bin Che Ibrahim,Pismp 3.01 Bahasa Arab, untuk sesi santapan rohani.Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan....

Pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih...

Page 3: Mc Perhimpunan

Seterusnya,pihak majlis menjemput dan mempersilakan Saudara Mohd Rafee bin Mohammad, Pengerusi Majlis Ketua-Ketua Kuliah Semester satu 2009,untuk menyampaikan ucapan.Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan....

Pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih...

Hadirin sekalian,

Seterusnya,pihak majlis menjemput dan mempersilakan Saudara Encik Mohd Saihan Bin Mat Said,Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor,tahun 2009,,untuk mengumumkan senarai pencalonan bagi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010 .Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan....

Pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih...

Seterusnya,pihak majlis menjemput dan mempersilakan Dr.Muhammad Hussin Bin Mohammad Yusoff,Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam Selangor,untuk menyampaikan ucapan.Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan....

Pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih...

Dengan berakhirnya ucapan sebentar tadi, maka berakhirlah majlis penamaan calon jawatankuasa perwakilan pelajar untuk sesi 2009/2010.

Page 4: Mc Perhimpunan

Akhir kalam, saya Muhammad fakhrul hafiz bin hj hanafi meyusun sepuliuh jari memohon kemaafan andaikata sepanjang saya mengendalikan majlis ini terdapat kekurangan dan kesilapan yang tidak disengajakan.Sekian saja,saya akhiri dengan wabillah.....