Mc Sahsiah

3
Diumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Sham, Yg DiPertua PIBG SMK Air Molek selaku ................................................................................... diiringi oleh ......................................................................... ....................................... dan seterusnya mengambil tempat di atas pentas. Bagi menzahirkan taat setia kepada raja dan negara, hadirin mohon untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan lagu sekolah dengan penuh semangat. Hadirin dipersilakan duduk. Bismillahirahmanirrahim Mawar di taman mekar nan indah Harum mewangi dirumpun serai Terukir senyuman pembuka kalimah Selamat datang tuan dirai Yg dihormati Encik mohd nabeel asraf b asmi Penceramah dari raudhatus sakinah negeri melaka Yang Berusaha Puan Hjh Rosinah Binti Mad Din GPK 1 SMK Air Molek. Tn Hj Moliyono b Mahmood GPK Hal Ehwal Murid, SMK Air Molek Encik Shahar bin Bakar GPK Kokurikulum SMK Air Molek Pn Norhayati bt Arshad GPK Pendidikan Khas, SMK Air Molek. barisan guru kanan matapelajaran, GURU- GURU ,KAKITANGAN SMK air molek, serta rakan pelajar yg dikasihi sekalianASSALAMUALAIKUM WBT salam 1 malaysia, Salam melaka maju negeriku sayang, Negeri bandar teknologi hijau, Salam melaka 752 tahun. Salam melaka maju fasa 2. Selamat datang ke majlis pelancaran kempen Pelihara maruah diri anda SMK Air Molek 2014.

description

mc

Transcript of Mc Sahsiah

Page 1: Mc Sahsiah

Diumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Sham, Yg DiPertua PIBG SMK Air Molek selaku ................................................................................... diiringi oleh ................................................................................................................ dan seterusnya mengambil tempat di atas pentas.

Bagi menzahirkan taat setia kepada raja dan negara, hadirin mohon untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan lagu sekolah dengan penuh semangat.

Hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahirahmanirrahim Mawar di taman mekar nan indahHarum mewangi dirumpun serai

Terukir senyuman pembuka kalimahSelamat datang tuan dirai

Yg dihormatiEncik mohd nabeel asraf b asmi Penceramah dari raudhatus sakinah negeri melaka

Yang BerusahaPuan Hjh Rosinah Binti Mad Din GPK 1 SMK Air Molek.

Tn Hj Moliyono b MahmoodGPK Hal Ehwal Murid, SMK Air Molek

Encik Shahar bin Bakar GPK Kokurikulum SMK Air Molek

Pn Norhayati bt ArshadGPK Pendidikan Khas, SMK Air Molek.

barisan guru kanan matapelajaran, GURU- GURU ,KAKITANGAN SMK air molek,serta rakan pelajar yg dikasihi sekalian…

ASSALAMUALAIKUM WBTsalam 1 malaysia, Salam melaka maju negeriku sayang,Negeri bandar teknologi hijau,Salam melaka 752 tahun. Salam melaka maju fasa 2.

Page 2: Mc Sahsiah

Selamat datang ke majlis pelancaran kempen

Pelihara maruah diri anda SMK Air Molek 2014.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal dan rohani untuk sama-sama berkumpul dalam majlis ini

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sahsiah bererti tingkah laku yang baik, berpersonaliti seimbang dan mampu mempengaruhi individu sekeliling bersifat positif. Sahsiah yang baik dibuktikan dengan gaya hidup yang sihat, mengamalkan nilai-nilai sosial yang positif dan aspek agama yang konsisten serta bebas daripada terlibat dengan sebarang gejala sosial yang bersifat negatif atau anti sosial. Oleh yang demikian, majlis ini diadakan untuk membolehkan pelajar mempunyai sahsiah diri yang baik serta memberikan pendedahan kepada pelajar supaya menjaga diri dari setiap aspek seperti jasmani, rohani dan akademik secara menyeluruh.

Lebat kemiri pohonnya rendah,Dahan terikat tali perkasa;Sepuluh jari kami menadah,

Mohon berkat yang Maha Esa.

Hadirin yang dihormati,Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, dengan limpah kurnianya, marilah bersama-sama memohon taufik dan hidayah, memohon restu daripada ilahi terhadap usaha murni yang kita lakukan. 

untuk itu, dijemput al fadhil, ustaz hj adnan bin hj mohd nasir untuk membacakan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Amin, ya rabbal ‘alamin. Semoga doa yang dibacakan sebentar tadi akan dikabulkan Ilahi.

Hadirin sekalian, tanpa membuang masa, Kita teruskan majlis dengan untaian kata, madah bicara

Majlis dengan ini menjemput encik mohd nabeel asraf b asmi untuk menyampaikan ceramah beliau.

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

Terima kasih di atas ceramah y disampaikan sebentar tadi.

Page 3: Mc Sahsiah

Akar keladi melilit selasihSelasih tumbuh tepi jambanganKalungan budi junjungan kasih

Mesra kenangan sepanjang zaman.

Tanpa melengahkan masa, majlis seterusnya dijemput pn Hjh rosinah, diiringi Encik shahar b bakar/tn hj moliyono b mahmood untuk memberikan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan majlis pada hari ini.

Dipersilakan encik nabeel asraf b asmi di atas kesudian tuan menyempurnakan kempen pelihara maruah diri anda bagi tahun ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kerana sudi menyempurnakan majlis menyampaian cenderahati itu sebentar tadi.

Hadirin yang saya muliakan, Majlis kita berakhir di sini,

Sebarang kesilapan harap dimaafi,Segala kerjasama disanjung tinggi,

Terima kasih sekalung budi,Kenangan nan indah simpanlah di hati,

Semoga kita bertemu lagi.

Akhir kalam, dengan lafaz yang mulia, semoga berjumpa lagi, Wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum w.b,t.

Majlis diserahkan kepada guru bertugas, sekian, terima kasih.