Mcskrip
-
Upload
lea-athira -
Category
Education
-
view
356 -
download
4
Transcript of Mcskrip
TEKS PENGACARAPROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT “LOVING IS CARING”
TARIKH: 17 APRIL 2016TEMPAT: RUMAH ANAK YATIM NURUL IHSAN SUNGAI SIPUT, PERAK
BIL PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAIAN PENYAMPAI CATATAN
1. PROTOKOL MAJLIS Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.
Yang dihormati, wakil program
Yang dihormati, pensyarah
Yang berusaha, ketua adun
Jawatan Program, para penduduk Sungai Siput, dan anak anak yatim yang dikasihi
Serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
2 Menyatukan kesyukuran Kuntum melati tumbuh melataBurung merbah di pohon cemaraAssalamualaikum pembuka bicaraSelamat datang untuk semua
Sarung ketupat berisi intiDibawa budak sambil berlariKehadiran semua sangat dihargaiMoga Majlis bertambah seri
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk menjayakan program ini.
3 PENYAMPAIAN SUMBANGAN DAN SIJIL
Majlis diteruskan dengan penyampaian cederahati,Untuk itu, majlis menjemput Yang.... dengan diiringi oleh Yang Berusaha naik ke pentas bagi menyempurnakannya.
Sebagai tanda terima kasih kami,Majlis menjemput (PENERIMA) bagi menerima cederahati. Dipersilakan.
Majlis menjemput...................................
4 PENUTUP & JAMUAN RINGAN
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Yang Berusaha (PENYAMPAI) atas kesudian meyampaikan cederahati.
Hadirin yang dihormati....
Selesai sudah Program Khidmat Masyarakat “Loving is Caring”, ucapan tahniah buat semua peserta yang memberi kerjasama, sanggup tunggu sehingga selesai.
Pohon berangan tempat bertemu,Girangnya rasa si anak dara;Baliklah tuan membawa ilmu,Binalah bangsa bangunkan Negara.
Bunga dedap di atas para,Anak dusun pasang pelita;Kalau tersilap tutur bicara,Jemari disusun maaf dipinta.
Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari saya sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan saya.
Di atas dahan burung tempua,Melihat rusa tepi perigi;Salam perpisahan untuk semua,Di lain masa bersua lagi.
Rumpun nipah tepi telaga,Diambil orang buat nira;Hidangan di meja sudah tersedia,Sebelum pulang jemput semua menjamu selera.
Sekian, tarima kasih.....
Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Sebelum pulang,Dijemput semua peserta dan hadirin untuk menjamu selera.