Me Mukul

download Me Mukul

of 12

Transcript of Me Mukul

  • 8/11/2019 Me Mukul

    1/12

    1.0 PENGENALAN

    Hoki merupakan salah satu permainan yang telah lama dimainkan oleh

    manusia. Sejak permainan hoki dimainkan dalam Sukan Olimpik, terdapat banyak

    perubahan yang telah berlaku yang dapat dilihat dalam beberapa aspek. Antaranyaialah peraturan, gaya bermain, alatan dan permukaan bermain.

    Walaubagaimanapun, hal ini telah menolong menambahkan kepopularan permainan

    hoki tanpa menukar bentuk asal dan cirinya. Tambahan pula, hari ini hoki dimainkan

    di banyak negara oleh setiap lapisan masyarakat.

    Perkembangan hoki di Malaysia bermula pada tahun 1948 iaitu di bawah

    pentadbiran Majlis Hoki Malaya (MHC) yang ditubuhkan bersama Singapura. Kini,

    pertubuhan sukan kebangsaan yang dikenali sebagai Persekutuan Hoki Malaysia

    (PHM) dengan semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan, angkatan tentera dan

    polis diraja sebagai ahli persekutuan. Malaysia telah menyertai pelbagai

    pertandingan di peringkat antarabangsa antaranya ialah Sukan Asia, Sukan

    Komanwel, Piala Dunia dan Piala Belia Remaja. Sehingga hari ini, Malaysia

    merupakan antara 15 buah negara terbaik dalam sukan hoki di dunia dan telah

    melayakkan diri ke Sukan Olimpik sebanyak sembilan kali sejak tahun 1956.

    Seperti yang telah kita sedia maklum, hoki merupakan sejenis sukan yang

    memerlukan kepantasan, kekuatan dan dimainkan di padang segi empat bujur,

    meliputi dua pasukan yang mengandungi 11 pemain setiap pasukan. Setiap pasukan

    akan cuba untuk menjaringkan gol dengan menggunakan sebatang kayu yang

    bengkok atau berlekok di hujung pemukul untuk mengarahkan sebiji bola keras ke

    dalam gol lawan. Dalam pada itu, setiap pasukan terdiri daripada 11 pemain dan

    salah seorang daripadanya ialah penjaga gol. Posisi, peranan dan tugas 10 pemain

    adalah fleksibel, bergantung kepada kebolehan pemain, kemampuan pihak lawan,

    strategi yang digunakan dan sebagainya.

    Tambahan pula, setiap pemain mesti membawa sebatang kayu hoki semasa

    bermain dan menggunakan untuk menahan bola, menggelecek bola, menghantar

    bola kepada pemain lain atau mengeluarkan bola. Pada masa yang sama, pemain

    tidak dibenarkan untuk menggunakan anggota badannya untuk bermain bola, hanya

    penjaga gol dibenarkan memajukan bola dan tangannya di dalam kawasannya

    sendiri iaitu di kawasan bulatan pemukulan ( striking circle) atau D.

    Selain itu, satu perlawanan rasmi dilangsungkan dalam dua masa ( 2 halves)

    iaitu selama 35 minit untuk setiap masa dengan masa rehatnya tidak melebihi 10

  • 8/11/2019 Me Mukul

    2/12

    minit di antara dua masa tersebut. Namun demikian, masa perlawanan dan berehat

    dapat diubahsuai mengikut perlawanan yang telah dirancang. Permainan bermula

    dengan satu tolakan tengah (a centre push) pada permulaan masa pertama (start of

    each half) dan selepas setiap gol dijaringkan beserta dengan dua orang pengadil

    bagi memastikan peraturan permainan dipenuhi.

    Tambahan pula, hoki merupakan permainan fizikal yang mempunyai unsur-

    unsur kepantasan, kekuatan, daya tahan, dan kemahiran-kemahiran asas yang

    dapat mengasah bakat atau potensi individu dalam permainan hoki. Kemahiran

    dalam hoki memberi peluang kepada pemain untuk mempamerkan kreativiti dan

    gaya individu. Terdapat beberapa kemahiran asas dalam permainan hoki iaitu

    menggelecek, menolak, memukul, menyerkap, menguis dan merebut.

  • 8/11/2019 Me Mukul

    3/12

    2.0 PUKULAN

    Pukulan merupakan kemahiran yang sangat penting untuk dikuasai dalam

    permainan hoki. Pemain perlu menguasai kemahiran pukulan kerana melalui

    pukulan, bola dapat digerakkan dan dihantar dengan cepat kepada pemain lain

    dalam pasukan tersebut. Selain itu, penguasaan teknik pukulan membolehkan boladihantar dalam jarak lebih jauh.

    2.1 Mekanik Pukulan

    1) Pegangan kayu:

    Tangan kiri menggenggam di bahagian atas atau hujung kayu sementara tangan

    kanan di bawahnya. Kedua-dua V yang dibuat dengan ibu jari dan jari telunjuk dari

    kedua-dua tangan adalah selari dengan jari kayu hoki. Hanya sebahagian kayu hoki

    iaitu 4-7 cm menjulur di atas tangan kiri.

    2) Posisi berdiri:

    Berdiri dengan bahu kiri menghadap sasaran atau arah pukulan. Kedudukan badan

    perlu diseimbangkan. Kaki perlu dijarakkan mengikut anggaran lebar bahu. Pada

    masa hantaran atau pukulan dibuat, mata hendaklah memandang bola dan lutut

    dibengkokkan sedikit.

    3) Kedudukan bola:

    Kedudukan bola hendaklah selari dengan jari kaki kiri dan berjarak selesa untuk

    memukul.

    4) Hayunan:

    Kayu dihayunkan ke belakang dan kemudian lakukan hayunan bawah serta ambil

    sedikit lajak untuk melakukan teknik pukulan lurus. Semasa kayu menyentuh bola,

    muka kayu hendaklah dalam keadaan Vertical supaya pukulan tepat boleh

    berlaku. Untuk memastikan bola bergerak laju, kayu hoki perlu dihayun dengan kuat.

    5) Badan

    Semasa kayu dihayunkan ke belakang, berat badan adalah seimbang tetapi apabila

    hayunan ke bawah dilakukan, berat badan dipindahkan ke kaki kiri. Daya untuk

    memukul bola dibantu oleh beberapa koordinasi faktor misalnya momentum badan

    dan pemindahan berat badan dengan betul. Selain itu, kekuatan bahu dan lengan

    juga diperlukan serta kelajuan pecutan hayunan ke bawah. Kedudukan pergelangan

    tangan semasa bola dipukul juga diperlukan untuk memukul bola dengan baik.

  • 8/11/2019 Me Mukul

    4/12

    2.2 Aktiviti Ansur Maju Kemahiran Pukulan

    a) Pemain menggunakan dua biji bola hoki.

    Pemain dikehendaki memukul bola pertama dengan kuat manakala

    bola kedua dipukul perlahan agar bola itu bergerak pada jarak separuh dari

    bola pertama. Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk pemain melakukan

    pukulan secara kuat dan keperluan untuk mengawal pukulan pada jarak

    tertentu.

    Rajah 2: Pukulan bola

    b) Pemain memukul bola di atas garisan lurus secara statik.

    Rajah 3: Garisan lurus

    Latihan ini boleh dilakukan dengan bergerak satu langkah ke hadapan

    dan pukul bola diikuti dengan dua atau tiga langkah secara ansur maju.

    Tujuan latihan ini dilakukan adalah untuk memastikan persediaan dan

    hayunan pemain adalah lurus bagi satu pukulan serta berpeluang melakukan

    hantaran yang tepat.

    c) Pemain memukul bola ke arah dinding dari jarak 10 meter.

    Pukulan dillakukan ke arah bebas tetapi hendaklah dengan cara yang

    betul. Pemain boleh mensasarkan pukulan ke arah yang dikehendakinya. Untuk

    permulaan, pemain hendaklah berdiri statik dan kemudian bolehlah bergerak

    satu langkah sehingga langkah seterusnya.

  • 8/11/2019 Me Mukul

    5/12

    Rajah 4: Pukulan arah bebas ke dinding dari jarak 10 meter

    d) Pukulan secara berpasangan dalam jarak 10 meter.

    Dua pemain berdiri bersemuka pada jarak 10 meter. Pemain memukul

    bola ke arah satu sama lain (ketepatan diutamakan). Apabila pukulan

    memuaskan, jarak ditambahkan kepada 15 m, 20m, 30m dan seterusnya.

    Pemain boleh bergerak satu langkah dan seterusnya apabila melakukan

    pukulan.

    Rajah 5: Pukulan secara berpasangan dalam jarak 10 meter

    e) Pukulan sasaran.

    Dua pemain berdiri bersemuka pada jarak 20 meter. Skitel atau kon

    diletakkan di tengah-tengahnya sebagai sasaran pukulan. Pemain perlu cuba

    menjatuhkan skitel atau kon dengan pukulan bola. Ulang aktiviti ini sehingga

    pukulan mengenai sasaran dengan tepat.

    Rajah 6: Pukulan sasaran

    f) Pukulan melalui skitel

    Dua pemain berdiri bersemuka dalam jarak 20 meter. Skitel atau kon

    diletakkan di antara jarak 20 meter tersebut. Pemain hendaklah memukul bola

  • 8/11/2019 Me Mukul

    6/12

    melalui skitel atau kon tersebut. Aktiviti ini diulang sehingga pemain berupaya

    untuk menepati sasaran.

    Rajah 7: Pukulan melalui skitel

    g) Pukulan dalam bulatan.

    Lima pemain membentuk satu bulatan dan seorang pemain

    berdiri di tengah-tengah bulatan. Pemain tengah memukul bola kepada setiap

    pemain dalam kumpulan dan sebaliknya. Pemain tengah hendaklah ditukar

    dengan pemain lain apabila semua ahli kumpulan telah memukul bola

    Rajah 8: Pukulan dalam bulatan

    h) Pukulan berpasangan dalam kawasan D

    Pemain berpasangan di atas kawasan D. Pemain disebelah kanan

    barisan A menolak bola kepada pasangannya di barisan B yang memukul bola

    ke dalam gol.Latihan ini boleh dijalankan dengan menukar arah tolakan kepada

    tolakan dari sebelah kiri.

    Rajah 9: Pukulan berpasangan dalam kawasan D

  • 8/11/2019 Me Mukul

    7/12

    2.3 Permainan Kecil Berasaskan Kemahiran Memukul

    a) Latihan memukul di dalam kawasan D

    Letakkan bola di dalam kawasan D. Apabila isyarat mula diberi pemain

    bergerak daripada X ke B5 seberapa cepat yang boleh, memukul satu demi

    satu bola ke dalam gol.

    Rajah 10: Latihan memukul dalam kawasan D

    b) Latihan memukul dari sudut D

    Lima biji bola diletakkan dalam kawasan D. Bila isyarat mula pemain berlari

    daripada garisan D ke garisan 25 ela dan balik ke garisan D untuk memukul

    bola B1 ke dalam gol. Pemain mengulangi pergerakan ini untuk memukul

    bola B2 hingga seterusnya.

    Rajah 11: Latihan memukul dari sudut D

    c) Latihan memukul secara berpasangan dalam kawasan D

    A berdiri di luar kawasan D, bersedia untuk memukul bola yang akan dihantar

    oleh B. B dengan lima biji bola akan menolak bola ke kawasan D dengan

    arah yang berlainan. A akan berlari ke arah bola yang dihantar oleh B dan

    memukul bola itu ke dalam gol. Selepas setiap pukulan, A berlari balik ke

    tempat permulaannya di luar kawasan D dan menunggu bola yang akan

    dihantar oleh B.

  • 8/11/2019 Me Mukul

    8/12

    Rajah 12: Latihan memukul secara berpasangan dalam kawasan D

  • 8/11/2019 Me Mukul

    9/12

    2.2 Kemahiran Memukul

    Kemahiran memukul merupakan salah satu daripada kemahiran yang penting dalam

    permainan hoki. Kelebihan strok ini boleh menyebabkan bola dihantar dan dilontar

    dengan jarak yang jauh dan lebih cepat. Ketepatan pukulan adalah sangat penting

    dan perlu ditegaskan oleh jurulatih.

    2.2.1 Mekanik memukul

    Terdapat beberapa mekanik utama dalam kemahiran memukul. Antaranya adalah

    pegangan, cara berdiri, bola dan hayunan. Selain daripada itu, badan dan juga kuasa

    untuk memukul bola sangat dititikberatkan.

    a) Pegangan

    Untuk menguasai kemahiran memukul dengan sempurna, pegangan

    kayu hoki sangat dititikberatkan. Kepala kayu hoki perlu berada di atas tanah,

    dengan jari kayu menghala ke hadapan. Tangan kiri haruslah diletakkan di

    hujung kayu dan digenggam dengan pegangan yang longar. Kedudukan

    tangan kanan pula, haruslah berada di bawah tangan kiri, dan jari-jari

    haruslah memegang batang kayu. Bentuk V dibentukkan dengan ibu jari dan

    jari telunjuk dengan kedua-dua tangan adalah selari dengan jari kayu hoki.

    Hanya sebahagian daripada kayu hoki iaitu sepanjang 4-7cm, akan menjulur

    di atas tangan kiri.

    b) Cara berdiri

    Posisi berdiri yang betul adalah amat diperlukan dalam kemahiran

    memukul. Posisi bahu kiri haruslah menghadap ke arah sasaran. Kaki pula,

    haruslah dijarakkan lebih kurang selebar bahu si pemain. Manakala, jarakkaki kanan bersudut tegak dengan bahu dan jari kiri lebih kurang 30- 40.

    c) Hayunan

    Jika pemain hendak melakukan pukulan lurus, hayunan harus

    dimulakan daripada hayunan belakang ke hayunan bawah mengikut lajak.

    Pemain haruslah berdiri berdiri ke sisi arah bola, dengan memegang kayu

    hoki dengan kedua-dua belah tangan rapat ke arah kayu hoki. Apabila kayu

    hoki dihayun ke hadapan, pinggul si pemain haruslah berputar manakala

  • 8/11/2019 Me Mukul

    10/12

    berat badan pemain akan dipindahkan daripada kaki belakang ke kaki

    hadapan sambil bola dipukul.

    Apabila pukulan dilakukan, kedudukan kepala pemain harus berada di

    atas bola dan muka kayu hoki berada sama rata dengan bola. Pukulan akanditeruskan dengan hayunan mengikut lajak ke arah di mana bola akan

    ditujukan.

    Bagi menyesuaikan kelajuan bola, kayu hoki haruslah dipukul dengan

    rata dan secara kuat. Kayu hoki harus bergerak dengan bandul dengan

    tumpuan kepada hayunan ke hadapan.

    d) Badan

    Bagi mendapatkan pukulan yang sempurna, pemain haruslah

    memindahkan berat badan ke kaki kiri pada masa hayunan ke bawah

    bermula. Pada ketika bola dipukul, berat badan akan berada di kaki kiri. Berat

    badan pemain kan dipindahkan ke kaki kiri semasa ikut lajak. Lazimnya, tumit

    kaki kanan, dinaikkan dengan putaran di atas jari kaki.

    e) Kuasa untuk memukul bola

    Terdapat beberapa faktor yang dapat dikenalpasti bagi mendapatkankuasa memukul bola yang maxsimum. Momentum juga amat penting dalam

    mendapatkan kuasa pukulan yang kuat dan maxsimum. Selain daripada itu,

    pemindahan berat badan dengan betul, kekuatan bahu dan juga lengan, dan

    juga kelajuan dengan pecutan hayunan ke bawah juga harus dititikberatkan.

    Kekunci pergelangan tangan pada masa bola dipukul juga turut

    mempengaruhi kuasa kelajuan bola.

    2.2.2 KESILAPAN BIASA DAN PEMBETULAN

    Kesilapan Pembetulan

    Lajakan dihentikan semasa memukul bola Menghayun kehadapan untuk memukul bola

    dan hayunan diteruskan dengan ikut lajak yang

    baik selepas pukulan

    Menghayun kayu hoki sekeliling badan,

    mulai daripada belakang bahu kanan

    sehingga melepasi garisan badan

    Kayu hoki harus bergerak dengan arah yang

    terus kepada sasaran, bermula daripada

    hayunan bawah sehingga tamat ikut lajak.

    Tidak memindahkan berat badan daripada Berat badan seharusnya dipindahkan daripada

  • 8/11/2019 Me Mukul

    11/12

    kaki belakang ke kaki hadapan semasa

    memukul bola

    kaki belakang ke kaki hadapan semasa bola

    dipukul

    Hayunan ke belakang berlebihan dilakukan

    untuk menambah kuasa memukul

    Hayunan ke bawah harus dipercepatkan dan

    pemindahan berat badan juga dilakukan untuk

    mendapatkan kuasa pukulan yang kuat

    Jadual menunjukkan kesilapan yang lazim dilakukan oleh pemain. Kesilapan yang

    dilakukan ini, tidak dititkberatkan dalam kalangan pemain kerana mereka

    mengganggap kesilapan yang dilakukan adalah remeh. Turut disertakan di dalam

    jadual ini adalah kesilapan yang seharusnya betulkan oleh para pemain, bagi

    mengelakkan kecederaan dan pemain dapat menguasai sepenuhnya kemahiran

    memukul dengan sempurna.

    2.3 LATIHAN INDIVIDU

    Bagi meguasai kamahiran memukul bola, pemain dapat melakukan ansur maju

    memukul secara individu. Latihan ini amat mudah kerana latihan permainan ini tidak

    memerlukan bilangan pemain yang ramai.

    a) Gunakan dua biji bola hoki,

    Pemain boleh memukul bola pertama dengan kuat, manakala bolakedua sebolehnya dipukul supaya jarak antara bola pertamadengan bola

    kedua adalah separuh jarak bola pertama.

    Tujuan permainan ini dijalankan adalah supaya pemain dapat

    melakukan pukulan kuat dan juga pemain dapat mengawal pukulan bagi jarak

    tertentu.

    b) Memukul bola di atas garisan lurus

    Tujuan latihan ini adalah untuk memastikan persediaan dan hayunan

    pemain adalah lurus bagi satu pukulan atau hantaran yang tepat.

  • 8/11/2019 Me Mukul

    12/12

    4.0 KESIMPULAN

    Permainan hoki mempunyai pelbagai kemahiran yang perlu digunakan.

    Setiap kemahiran yang ada di dalam permainan ini mempunyai kelebihan mereka

    sendiri. Setiap kemahiran ini juga perlu dipelajari oleh setiap pemain hoki agarmereka dapat meguasai permainan ini.

    Malah, hoki juga merupakan satu permainan fizikal yang memerlukan

    pelbagai unsur seperti kepantasan, kelincahan, kekuatan, daya tahan, strategi dan

    teknikal. Ia sangat penting kerana ia memberikan kelebihan seseorang pemain itu

    dengan pemain yang lain. Apabila seseorang pemain itu dapat menguasai

    kemahiran-kemahiran tersebut, ia memberi peluang kepada meraka untuk

    menunjukkan kreativiti dan gaya individual.

    Latihan ansur maju dilakukan untuk memberikan tunjuk cara yang tepat

    bedasrkan terasa lepada prinsip mekanik secara berterusan. Dengan latihan ini juga

    dapat membantu pemain menguasai teknik pukulan dengan betul seterusnya

    melahirkan pemain yang berkemahiran tinggi.

    Justeru itu, dapatlah dikatakan bahawa kemahiran asas hoki seperti memukul

    dan menolak juga memerlukan latihan ansur maju yang intensif dan jitu untuk

    menyemai bakat dan kebolehan di dalam teknik tersebut.