Media Massa Iklan

download Media Massa Iklan

of 3

description

iklan karangan

Transcript of Media Massa Iklan

Soalan 2

Pada masa ini, iklan yang berunsurkan peringatan dan nasihat yang disiarkan dalam bentuk animasi oleh saluran televisyen semakin meluas. Iklan yang berbentuk animasi juga mempunyai kelebihan dan mempunyai kekurangan.Oleh itu, iklan menggalakan pengguna untuk memahami sesuatu yang ingin disampaikan kepada masyarakat. Kebanyakan iklan animasi juga bukan sahaja dapat menarik minat kanak-kanak malah ia juga dapat menarik minat di dalam kalangan remaja,dewasa dan orang tua. (63 p.p)

Iklan yang berbentuk animasi dapat bertahan dengan lebih lama. Iklan yang berbentuk animasi juga dapat dihasilkan secara yang lebih evergreen berbanding dengan iklan yang memaparkan watak manusia dan latar belakang persekitaran yang biasa. Iklan yang mempunyai grafik yang menarik akan minat masyarakat untuk mengingatinya. Iklan ini menghasilkan tarikan yang tersendiri membolehkan masyarakat dapat mengingatinya. Sebagai contoh iklan yang berkaitan dengan penggunaan dadah dan iklan yang berkaitan dengan alam sekitar. Dengan ini, bentuk animasi yang diselitkan secara kreatif dan menarik dapat membolehkan ia bertahan dengan lebih lama.(86p.p)

Kelebihan iklan yang berbentuk animasi mempunyai kos yang murah. Hal ini kerana tiada bayaran yang harus dibayar kepada watak-watak iklan yang terlibat. Untuk mencipta iklan animasi, pencipta iklan menggunakan teknologi CGI (Computer Generated Image). Selain itu, kos untuk mendapatkan penyiaran tidaklah begitu tinggi kerana ia melibatkan animasi yang mudah diaplikasikan. Animasi yang dicipta menggunakan CGI mempunyai kos yang rendah untuk di peruntukkan. Pihak yang menerbitkan iklan tersebut tidak perlu mengeluarkan sejumlah kos yang banyak untuk memperuntukan iklan yang akan ditayangkan.(79p.p)

Iklan yang berbentuk animasi juga lebih menarik dan kreatif. Iklan yang berbentuk animasi lebih menarik dan menonjolkan kreativiti, organisasi dan kemahiran perekanya terhadap pengiklanan tersebut membuatkan ia sedemikian. Kemunculan iklan jenis ini juga sebenarnya membuka ruang perniagaan atau kerjaya baharu kepada golongan muda dan remaja. Golongan remaja yang meminati bidang perfileman atau pengiklanan akan menceburi bidang ini kerana mereka akan menonjolkan kreativiti dan bakat mereka. Iklan yang berbentuk animasi dapat membolehkan mereka mempelajari jenis animasi yang bakal direka.(74p.p)

Iklan yang berbentuk animasi turut lebih mudah difahami oleh setiap lapisan masyarakat khususnya kanak-kanak. Animasi yang menarik dan memaparkan watak kartun membolehkan kanak-kanak tertarik dengan iklan tersebut. Iklan berbentuk animasi juga bukan saja menarik minat kanak-kanak malah menarik minat dalam golongan orang dewasa, orang tua dan masyarakat luar. Selain itu, melalui tayangan iklan yang berbentuk animasi ini, masyarakat bukan saja memahami mesej yang ingin disampaikan tetapi mereka boleh menghayatinya. Jadi iklan sedemikian dapat menyampaikan nasihat dan peringatan dengan lebih jelas.(80p.p)

Iklan yang berbentuk animasi juga mempunyai kelemahan yang tersendiri iaitu iklan animasi mungkin tidak berkesan. Jika dibandingkan dengan watak manusia, iklan yang berbentuk watak-watak animasi secara umumnya sukar dipaparkan dengan mimik muka dan emosi yang jelas. Hal ini kerana, ia tidak memperlihatkan watak sebenar seperti yang ditunjukkan oleh manusia. Watak animasi selalunya tidak realistik dan hanya mengambarkan suasana dan mimik muka yang tidak setanding dengan manusia. Dengan ini, iklan animasi mungkin tidak menarik dan tidak berkesan untuk menyampaikan sesuatu mesej.(79p.p)

Iklan yang berbentuk animasi tidak dapat menggambarkan keadaan persekitaran dan sosiobudaya masyarakat tempatan secara realistik juga merupakan kelemahan iklan yang berunsurkan animasi. Penonton gagal menghayati persekitaran yang cuba disampaikan dalam iklan. Hal ini kerana, iklan yang ditayangkan tidak mempunyai mesej yang dapat disampaikan dan menyedarkan masyarakat. Persekitaran tayangan iklan animasi yang ditayangkan bersifat dan kaku dan terlampau berimaginasi. Oleh yang demikian, iklan yang berbentuk animasi tersebut agak membosankan dan tidak meninggalkan kesan yang mendalam kepada para penonton. (78p.p)

Kesimpulannya, iklan animasi memberi pelbagai kesan sama ada positif mahupun negatif. Iklan animasi memberi impak yang amat mendalam kepada masyarakat yang menontonnya. Justeru, pihak yang berkaitan dengan agensi pengiklanan haruslah mengambil berat tentang isu ini. Hal ini kerana iklan merupakan saluran yang amat penting untuk mempengaruhi minda masyarakat. (48p.p)

(587patah perkataan)