Media pengajaran

11
MEDIA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Transcript of Media pengajaran

Page 1: Media pengajaran

MEDIA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Page 2: Media pengajaran

KENAPA MEDIA PENGAJARAN?

Media pengajaran merupakan pencetus kepada bidang teknologi pendidikan

Page 3: Media pengajaran

KONSEP MEDIA

Media atau medium bermakna saluran komunikasi -- apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima

Contoh media:filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer

Page 4: Media pengajaran

DEFINISI MEDIA PENGAJARAN

Segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengajar kepada pelajar sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran

Page 5: Media pengajaran

JENIS-JENIS & KLASIFIKASI MEDIA

Bentuk fizikal Ciri

Page 6: Media pengajaran

JENIS-JENIS MEDIA PENGAJARAN

Media cetak

Media bukan cetak

Page 7: Media pengajaran

KLASIFIKASI MEDIAMedia Tayang Kaku Contoh: transparensi, slaid dan mikrofilem

Media Tayang Bergerak

Contoh: pita video, cakera padat digital dan filem

Bahan Grafik Contoh: lukisan, poster, kartun, carta dan graf

Gambar Kaku Contoh: foto, kad imbasan dan poskad

Bahan Pameran Tiga-Dimensi

Contoh: model, boneka dan pupet

Papan Paparan/Pameran

Contoh: papan kapur, papan putih, papan flanel dan papan buletin

Media Audio Contoh: pita kaset, cakera padat dan komputer

Media Cetak Contoh: modul, buku teks, surat khabar, majalah dan risalah

Page 8: Media pengajaran

FUNGSI MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(a) Memperjelaskan Penyampaian Mesej

Penyampaian mesej lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya.

Dalam era teknologi komputer dan maklumat ini, penjelasan akan lebih berkesan dan menarik melalui penggunaan animasi, grafik, bunyi, muzik dan sebagainya.

Page 9: Media pengajaran

(b) Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera

Antara contoh berkaitan dengan mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera:

(i) Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau video.

(ii) Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high-speed photography.

(iii) Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar foto mahupun secara lisan.

(iv) Objek yang terlalu kompleks (misalnya mesin) dapat ditunjukkan dalam bentuk model, gambar rajah, dll.

(v) Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.

Page 10: Media pengajaran

(c) Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan BERVARIASI

Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi sikap pasif pelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti.

Pelajar juga boleh belajar sendirian, menurut kemampuan dan keselesaan masing-masing.

Page 11: Media pengajaran

(d) Pengalaman dan Persepsi yang Sama

Sifat unik yang ada pada setiap pelajar, ditambah dengan persekitaran yang berbeza membuatkan guru mengalami kesulitan. Media pengajaran mampu memberikan rangsangan pengalaman dan persepsi yang sama.

Misalnya, sebuah perisian kursus boleh digunakan berulang kali oleh pelajar yang berlainan tanpa merosakkan kandungan asal. Belajar secara berulang kali ini membantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip.