MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · ini juga dianggap bersejarah kerana buat pertama...

23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 25 April - 1 Mei 2019, 19 - 25 Syaaban 1440 Hab e-dagang pertama negara PM eratkan Malaysia-China Julia si wanita pembiak ular Kilang bateri kena denda Gembira terima biasiswa MB Invest Selangor meneroka industri halal melalui Pertunjukan Makanan Premium 2019 di Tokyo dengan kerjasama syarikat swasta dan JAKIM OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - Kerajaan Negeri menerusi Invest Selangor Berhad (Invest Selangor) membawa Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) Halal Smart Kitchen ke Pameran Pertun- jukan Makanan Premium 2019 di Tokyo, baru-baru ini. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, inisiatif itu dilakukan bagi mem- bolehkan Selangor menembusi pasaran makanan halal yang berpotensi ke Jepun. “Langkah proaktif itu adalah kerjasa- ma membabitkan Invest Selangor, Bangi Golf Resort Foodservice, Curetex Corpo- ration, Perbadanan Kemajuan Negeri Se- langor dan Jabatan Kemajuan Islam Ma- laysia (JAKIM). “Pelancaran IR4.0 Halal Smart Kitchen ini juga dianggap bersejarah kerana buat pertama kalinya pensijilan halal oleh JA- KIM menembusi pasaran Jepun,” katanya dalam kenyataan. Pada masa sama, beliau turut dijem- put merasmikan Pavilion Malaysia di pameran berkenaan dan menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Persefahaman (MoU) be- berapa syarikat Malaysia dengan Jepun. Sebelum ini Amirudin memberitahu, Kerajaan Negeri sentiasa bersiap sedia berdepan dengan IR4.0 sejak tahun lalu bagi mengelakkan dari terus ketinggalan. Bermula tahun lalu, Kerajaan Negeri melaksanakan ikhtisas latihan teknikal dan pelbagai usaha lain berdepan de- ngan revolusi berkenaan. SHAH ALAM - Delegasi Selangor diketuai Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, berte- mu konglomerat pembinaan terbesar Je- pun, Daiwa House Industry ketika lawatan kerjanya di negara matahari terbit itu, ba- ru-baru ini. Amirudin berkata, pada pertemuan itu, syarikat terkemuka berkenaan turut mem- bentangkan projek susulan di Selangor ser- ta rancangan pembinaan fasa seterusnya. “Daiwa sebelum ini sudah memulakan pembinaan hab logistik dan pengedaran mereka di Selangor. “Hab berkenaan sedang dibina di Shah Alam dan dijangka siap pada Januari 2020,” katanya dalam kenyataan. Turut sama dalam rombongan itu ialah EXCO Pelaburan, Perindustrian, dan Perda- gangan Industri Kecil dan Sederhana, Dato’ Teng Chang Khim dan Ketua Pega- wai Eksekutif Invest Selangor, Dato’ Hasan Azhari Idris. Sebelum ini, Daiwa House Industry di- laporkan membina kemudahan logistik multinasional pertama di Malaysia ber- tempat di Shah Alam. Projek dinamakan ‘D Project Malaysia 1’ itu berkeluasan 30,000 meter persegi de- ngan keluasan lantai seluas 18,000 meter persegi, sementara kawasan sewaan ialah 16,500 meter persegi. Syarikat yang sama pernah memba- ngunkan Taman Perindustrian Long Duc di Vietnam pada 2011, serta membangun- kan kemudahan logistik di beberapa ne- gara lain termasuk Thailand dan Indonesia. MB temui konglomerat terkemuka di Tokyo Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari, sedang menandatangani plak pelancaran Dapur Berpusat Halal Bangi Golf Resort Foodservice dan Curetex Corporation, sempena Olimpik 2020 di Tokyo, pada 17 April 2019 EDARAN DIGITAL SELANGORKINI

Transcript of MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · ini juga dianggap bersejarah kerana buat pertama...

Page 1: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · ini juga dianggap bersejarah kerana buat pertama kalinya pensijilan halal oleh JA-KIM menembusi pasaran Jepun,” katanya dalam kenyataan.

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

PERCUMA 25 April - 1 Mei 2019, 19 - 25 Syaaban 1440

Hab e-dagang pertama negara

PM eratkan Malaysia-China

Julia si wanita pembiak ular

Kilang baterikena denda

Gembira terima biasiswa MB

Invest Selangor meneroka industri halal melalui Pertunjukan Makanan Premium 2019 di Tokyo dengan kerjasama syarikat swasta dan JAKIM

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri menerusi Invest Selangor Berhad (Invest Selangor) membawa Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) Halal Smart Kitchen ke Pameran Pertun-jukan Makanan Premium 2019 di Tokyo, baru-baru ini.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, inisiatif itu dilakukan bagi mem-bolehkan Selangor menembusi pasaran makanan halal yang berpotensi ke Jepun.

“Langkah proaktif itu adalah kerjasa-ma membabitkan Invest Selangor, Bangi Golf Resort Foodservice, Curetex Corpo-ration, Perbadanan Kemajuan Negeri Se-langor dan Jabatan Kemajuan Islam Ma-laysia (JAKIM).

“Pelancaran IR4.0 Halal Smart Kitchen ini juga dianggap bersejarah kerana buat pertama kalinya pensijilan halal oleh JA-KIM menembusi pasaran Jepun,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, beliau turut dijem-put merasmikan Pavilion Malaysia di pameran berkenaan dan menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Persefahaman (MoU) be-berapa syarikat Malaysia dengan Jepun.

Sebelum ini Amirudin memberitahu, Kerajaan Negeri sentiasa bersiap sedia berdepan dengan IR4.0 sejak tahun lalu bagi mengelakkan dari terus ketinggalan.

Bermula tahun lalu, Kerajaan Negeri melaksanakan ikhtisas latihan teknikal dan pelbagai usaha lain berdepan de-ngan revolusi berkenaan.

SHAH ALAM - Delegasi Selangor diketuai Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, berte-mu konglomerat pembinaan terbesar Je-pun, Daiwa House Industry ketika lawatan kerjanya di negara matahari terbit itu, ba-ru-baru ini.

Amirudin berkata, pada pertemuan itu, syarikat terkemuka berkenaan turut mem-bentangkan projek susulan di Selangor ser-

ta rancangan pembinaan fasa seterusnya.“Daiwa sebelum ini sudah memulakan

pembinaan hab logistik dan pengedaran mereka di Selangor.

“Hab berkenaan sedang dibina di Shah Alam dan dijangka siap pada Januari 2020,” katanya dalam kenyataan.

Turut sama dalam rombongan itu ialah EXCO Pelaburan, Perindustrian, dan Perda-

gangan Industri Kecil dan Sederhana, Dato’ Teng Chang Khim dan Ketua Pega-wai Eksekutif Invest Selangor, Dato’ Hasan Azhari Idris.

Sebelum ini, Daiwa House Industry di-laporkan membina kemudahan logistik multinasional pertama di Malaysia ber-tempat di Shah Alam.

Projek dinamakan ‘D Project Malaysia 1’

itu berkeluasan 30,000 meter persegi de-ngan keluasan lantai seluas 18,000 meter persegi, sementara kawasan sewaan ialah 16,500 meter persegi.

Syarikat yang sama pernah memba-ngunkan Taman Perindustrian Long Duc di Vietnam pada 2011, serta membangun-kan kemudahan logistik di beberapa ne-gara lain termasuk Thailand dan Indonesia.

MB temui konglomerat terkemuka di Tokyo

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari, sedang menandatangani plak pelancaran Dapur Berpusat Halal Bangi Golf Resort Foodservice dan Curetex Corporation, sempena Olimpik 2020 di Tokyo, pada 17 April 2019

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 2: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · ini juga dianggap bersejarah kerana buat pertama kalinya pensijilan halal oleh JA-KIM menembusi pasaran Jepun,” katanya dalam kenyataan.

2Utama

SelangorKini 25 April - 1 Mei 2019

Pembangunan Datum Jelatek

Peluang penjawat awam miliki kondominiumOLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA LUMPUR - Penjawat awam kini mampu memiliki kediaman kondominium di tengah bandar metropolitan Kuala Lumpur, de-ngan lebih mudah.

Peluang itu bakal dinikmati melalui hasil kerjasama di antara syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), DatumCorp International Sdn Bhd (Datum Corp) dan MyAngkasa Az Zahra Sdn Bhd.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, inisiatif pemilikan rumah itu dikenali sebagai Rent to Own (RTO) yang menawarkan 379 unit kediaman di Datum Jelatek.

Katanya, kaedah sewa milik selama lima hingga 10 tahun itu akan dibuka kepada penjawat awam yang gagal mendapat kelu-lusan pinjaman institusi kewangan bagi memiliki hartanah di Kuala Lumpur.

“Menerusi inisiatif ini, ia mem-bolehkan penjawat awam ditawar membeli kediaman Datum Jelatek yang disewa selepas akhir tahun kelima atau ke-10 pada harga yang ditetapkan kelak.

“Inisiatif menarik ini ternyata

dapat membantu mempertingkat-kan pemilikan hartanah berkualiti dalam kalangan penjawat awam di kota metropolis Kuala Lumpur.

“Dan apa sahaja yang bersifat peduli rakyat sudah semestinya dekat di hati saya dan pimpinan kerajaan,” katanya ketika berucap menyaksikan Majlis Menanda-tangani Rakan Perniagaan Datum Jelatek di Datum Galleria, di sini, pada 23 April lalu.

Hadir sama, Pengerusi Lemba-ga Pengarah Datum Corp, Norita Mohd Sidek; Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad, Dato’ Abdul Fattah Abdul-lah; Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Am-pang Jaya, Dato’ Abd Hamid Hus-sain dan Pegawai Daerah Gombak, Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim.

Amirudin berkata, usaha PKNS melalui Datum Corp itu jelas menunjukkan keseiringan dan kebersamaan dengan Kerajaan Negeri dalam melestarikan pem-bangunan mampan.

Katanya, pemilikan kediaman Datum Jelatek dan penyewaan kompleks membeli belah di situ juga sebagai langkah merancak-

kan lagi ekonomi negeri sekali gus memperkasakan kedudukan fis-kal yang diaspirasikan Smart Se-langor.

“Saya seringkali mewar-war-kan sesungguhnya pembangu-nan dan kemajuan Selangor harus digembeleng bersama semua pi-hak tanpa mengenepikan rakyat

menerusi agenda ‘Maju Bersama’.“Maka, apabila bergerak seiring,

kita harus bermuafakat ke arah membangunkan negeri untuk mencapai lebih kemajuan tanpa meminggirkan sekelumit rakyat sekalipun,” katanya.

Terdahulu, pembinaan Datum Jelatek yang terletak kira-kira lima

kilometer dari KLCC itu turut ber-sambung dengan kemudahan pengangkutan awam utama iaitu Stesen LRT Jelatek.

Pembangunan yang turut merangkumi komponen antara pusat membeli-belah dan kediam- an setinggi 41 tingkat itu dijangka siap awal suku tahun 2020.

Amalkan membaca �� minit sehariSHAH ALAM - Masyarakat digalak-kan meluangkan masa membaca buku sekurang-kurangnya 10 minit sehari, kata Yang DiPertua Pertu-buhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Masdiana Muhamad.

Beliau berkata, kemodenan dan kemajuan teknologi pada masa kini tidak bererti untuk masyarakat me-lupakan media tradisional dengan amalan membaca buku.

Katanya, budaya digital dan kepantasan akses maklumat mem-beri kesan yang besar terhadap bu-daya membaca masa kini.

“Pada era ini, disebabkan limpah- an maklumat dalam telefon bim-bit masing-masing yang keban-yakannya berasal daripada pelbagai “WhatsApp Group” dan media sos-ial, majoriti antara kita kurang mem-baca secara teliti dan mendalam, kerana kebiasaannya hanya “scan” maklumat diperolehi depan mata.

“Perkembangan ini menimbul-kan satu cabaran terhadap pemb-acaan, sama ada membaca untuk memdalami ilmu pengetahuan atau membaca secara santai se- bagai hobi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas

merasmikan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit di Per-pustakaan Raja Tun Uda, di sini, pada 23 April lalu.

Pada masa sama, katanya, segelintir masyarakat masa kini terlalu sibuk “be in the know” sekali gus terlupa menghayati erti sebenar membaca.

“Menjadi seorang yang celik huruf amat perlu, namun itu saha-ja belum mencukupi kerana mem-baca adalah lebih daripada sekadar perbuatan teknikal yang membo-

lehkan kita berkomunikasi, meng-gunakan media dan melakukan aktiviti harian.

“Malah, emosi positif yang terha-sil daripada keseronokan pemba-caan akan mencetuskan keinginan untuk membaca lebih banyak lagi,” katanya.

Terdahulu, program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit itu diada-kan secara serentak di seluruh nega-ra berkonsepkan Berhenti Sebentar dan Membaca Bersama Selama 10 Minit pada jam 11 pagi.

Cabaran imbangi pertumbuhan ekonomi, pengukuhan fiskalSHAH ALAM - Kerajaan hari ini mengakui berdepan cabaran mengimbangi antara pertumbuh- an ekonomi yang mampan den-gan pengukuhan fiskal ekoran peningkatan hutang negara.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ber-kata, sekiranya hutang mencecah RM1 trilion itu tidak diurus de-ngan baik, ia akan menjejaskan pembangunan, infrastruktur dan ekonomi.

“Jika kita lihat nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ini mencecah 83 pe-ratus. Ini satu keadaan yang amat membimbangkan kerajaan kera-na kita mewarisi jumlah hutang begitu besar.

“Kita tidak dapat menampung pembiayaan projek pembangun-an baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temubual bersama Astro Awani di slot Agenda Awani: Menjelang Se-tahun Malaysia Baharu, pada 23 April lalu.

Pada masa sama, Mohamed Az-min berkata, pendedahan demi pendedahan kepincangan pen-

tadbiran lalu perlu diperjelaskan kepada rakyat.

Katanya, hal itu kerana rakyat mempunyai hak untuk mengeta-hui kedudukan terkini dan langkah menangani masalah berkenaan.

“Contohnya, kerajaan ingin mengemukakan cadangan dan langkah untuk menjamin keles-tarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

“Kita berpandangan rakyat khususnya perlu tahu bagaima-na kedudukan agensi itu hari ini, kerana untuk menjayakan usaha dan program baharu FELDA me-warisi keadaan yang amat rumit,” katanya.

Beliau berkata, Pakatan Hara-pan (PAKATAN) bukan sekadar menutup kelemahan sebaliknya bersikap terbuka dengan mende-dahkan kecurangan lalu kepada rakyat.

“Saya yakin definisi Malaysia Ba-haru yang dicanang sebelum Pil-ihan Raya Umum ke 14 diterima baik rakyat dan kesan dukungan itu, PAKATAN berpegang kepada prinsip akauntabiliti dan keber-tanggungjawaban,” katanya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 3: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · ini juga dianggap bersejarah kerana buat pertama kalinya pensijilan halal oleh JA-KIM menembusi pasaran Jepun,” katanya dalam kenyataan.

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Utama3SelangorKini 25 April - 1 Mei 2019

Hab e-dagang pertama Malaysia

Asas kukuh jadi pemain serantau

OLEH NORHAYATI UMOR

KOTA DAMANSARA - Kerajaan Selangor menyambut baik usaha sektor swasta membangunkan pusat sehenti e-dagang (EM Hab) pertama Malaysia di negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, projek itu dapat menyediakan landasan asas yang kukuh kepada Selangor untuk menjadi pemain serantau di Asia Tenggara selaras pembangunan negeri pintar, menjelang 2035.

“Pusat sehenti EM Hab itu di-jangka siap pada 2022, sekali gus menjadikannya sebagai pusat perdagangan dalam talian perta-ma dibangunkan di Selangor.

“Kerajaan Negeri berbesar hati kerana memilih Selangor sebagai lokasi projek pertama mereka membangunkan hab e-dagang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah dan Penyam-paian Anugerah Hab E-Dagang oleh Majlis Teknologi Maklumat

dan E-Dagang Selangor (SITEC) kepada pemaju, Scland Group, di sini, pada 23 April lalu.

Amirudin berkata, pemban-gunan pusat sehenti e-dagang itu memberi peluang usahawan dalam talian memiliki gudang, bi-lik pameran dan pejabat di bawah satu bumbung ketika menjalank-an perniagaan.

Katanya, perusahaan tradi- sional juga boleh mengambil pe-luang dengan memanfaatkan hab berkenaan dengan menyertai eko-sistem perdagangan rentas sem-padan itu.

“Dengan syarat mereka ini di-beri bantuan dan arahan diperlu-kan untuk membuat peralihan ke dalam perniagaan digital.

“Dua minggu lalu, sebelum bermula lawatan Jelajah Maju Bersama di Kuala Langat, saya ber-sarapan di warung Roti Canai Tero-wong atas syor rakan.

“Syor itu tepat, kita mesti dan perlu ke warung itu untuk bersara-pan. Sepanjang itu, saya berfikir

mengapa tidak semua orang Se-langor mencuba roti canai ini ke-rana ia sangat sedap.

“Justeru, dalam era revolusi digi- tal masa kini, kita tidak lagi men-cari makanan, tetapi makanan datang kepada kita hanya dengan menekan butang atau aplikasi mu-dah alih,” katanya.

Sehubungan itu, Amirudin ber-kata, beliau melihat fasa ke dua pentadbiran Pakatan Harapan beralih kepada dorongan mempel-bagaikan ekonomi dan meningkat-kan perkhidmatan kepada rakyat.

“Fasa pertama, kita menyak-sikan penyusunan semula dan membaiki kesilapan pentadbiran lalu sambil meningkatkan kualiti hidup rakyat.

“Oleh itu, sepanjang 10 tahun menyaksikan pelbagai inisiatif peningkatan sosial melalui Inisiatif Peduli Rakyat yang kini terkenal, daripada bantuan pendidikan dan kebajikan kepada pemeriksaan ke-sihatan dan pinjaman perniagaan mikro,” katanya.

MB hadir Pertunjukan Makanan Premium Jepun ����

SHAH ALAM - Dato’ Menteri Be-sar, Amirudin Shari menghadiri Pertunjukan Makanan Premium Jepun 2019 yang berlangsung di Tokyo, pada 17 April lalu.

Acara yang sudah dijalankan buat kali kelima itu turut mem-perkenalkan ‘Halal Market Fair’ ser-ta makanan vegetarian dan juga makanan bebas gluten.

Invest Selangor melalui ke-nyataannya di laman twitter berkata, Amirudin turut berkesem-patan merasmikan Pavilion Malay-sia di acara yang berlangsung dari 17 hingga 19 April itu.

Hadir sama merasmikan ialah Duta Besar Malaysia ke Jepun, Da-tuk Kennedy Jawan dan Kounse-lor Pejabat Perwakilan Pertanian Tokyo, Kedutaan Besar Malaysia, Mohd Taqiuddin Zakaria.

Pada pameran berkenaan, Ami-rudin turut mengunjungi pameran yang disertai Bangi Golf Resort (BGR) dan Curetex Corporation Jepun.

Turut serta ialah Pengerusi Cu-retex, Masaki Fujishiro, Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Su-haimee dan Pengarah Eksekutif

BGR, Soh Chung Ky.Sebelum ini SelangorKini me-

laporkan BGR menyasarkan untuk memasarkan produk makanan ha-lal ke Olimpik Tokyo 2020.

Soh berkata, pihaknya berhas-rat membekalkan produk makan-an itu khusus buat pelancong dan atlet, pada acara sukan terbesar di dunia itu.

Bagi menjayakan misi berke-naan, BGR bekerjasama dengan Curetex Corporation di Jepun yang diiktiraf JAKIM untuk me-masarkan produk ke negara ma-tahari terbit itu.

Selangor kutuk keganasan di Sri LankaSHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, meng-utuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan tidak berperike- manusiaan di Sri Lanka yang mengorbankan lebih 350 orang, termasuk warga asing.

“Saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga mereka, ingatan dan doa saya adalah untuk me-reka.

“ Tambah menyedihkan apabila insiden itu berlaku ketika penganut agama Kris-tian menyambut Easter Sun-day sehingga ia mencemari hari kegembiraan mereka,” tu-lis Amirudin menerusi Twitter, @AmirudinShari.

Pada 21 April lalu, dunia dikejutkan dengan beberapa siri kejadian letupan termasuk

di Kochikade Church, Katuwa-pitiya Church, Shangri-La Ho-tel, Cinnamon Grand Hotel dan Gereja St Barnabas di Batticaloa, Colombo pada 8.30 pagi waktu tempatan.

Kementerian Luar turut mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam kejadian berkenaan dan pada masa sama menasihati rakyat Malaysia yang berada di kawasan berdekatan supaya berhati-hati.

Kementerian Luar turut me-minta warganegara Malaysia di sana mengikuti perkembangan terkini menerusi laporan berita tempatan dan pihak berkuasa tempatan.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Colombo sedang memantau rapi situasi terbabit.

Ekonomi digital sumber pembangunan baharuKOTA DAMANSARA - Selangor komited mempelbagaikan pe-nerokaan sumber pembangunan baharu menerusi ekonomi digital, kata Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari.

Katanya, ia termasuk kepintaran buatan, rantaian blok, e-dagang, pengkomputeran awam, e-sukan, teknologi kewangan dan revolusi industri keempat.

“Bagaimanapun, kita sedar hakikatnya pertumbuhan atau pembangunan ekonomi baharu ini perlu memastikan ia tidak me-minggirkan atau meninggalkan sesiapa sekali gus memastikan mereka tidak menjadi mangsa ju-rang digital.

“Oleh itu, salah satu usahanya adalah Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (SITEC) memainkan peranan utama dalam melengkapkan usahawan industri kecil dan sederhana memahirkan diri dengan pemasaran digital se-lain memaksimumkan skala serta potensi perniagaan dalam ekono-mi digital,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah dan Penyam-paian Anugerah Hab E-Dagang oleh Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (SITEC) ke-pada pemaju, Scland Group, di sini.

Pada masa sama, Amirudin berkata, sektor awam dan swasta perlu bekerjasama dalam hal itu supaya dapat mewujudkan eko-nomi yang tangkas dan mampu mengatasi kejutan luaran dengan menyediakan penyelesaian dala-man kepada keperluan ekonomi kita.

Katanya, gelombang e -dompet dan logistik serta pe-nyampaian yang lebih baik menyaksikan pengurangan penggunaan wang tunai juga peningkatan pembayaran dalam talian.

“Inilah lonjakan kuantum Se-langor yang mampu dan dengan inisiatif strategik yang diperlu-kan, saya yakin kami akan dapat melakukan peralihan ini,” katanya.

Tahun lalu, Selangor mem-peroleh RM10.837 bilion meneru-si pelaburan langsung asing.

Jumlah itu meningkat 400.7 peratus berbanding pada 2017.

“Ini menunjukkan komitmen pentadbiran Selangor menga-malkan ketelusan, kecekapan dan kestabilan.

“Faktor utama ini, ditambah dengan pelbagai usaha mem-pelbagaikan dan memajukan lagi Selangor sebagai destinasi pelaburan yang berdaya maju di rantau ini berkesan,” katanya.

Kita sedar hakikatnya pertumbuhan atau pembangunan ekonomi baharu ini perlu memastikan ia tidak meming- girkan atau meninggalkan sesiapaAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 4: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · ini juga dianggap bersejarah kerana buat pertama kalinya pensijilan halal oleh JA-KIM menembusi pasaran Jepun,” katanya dalam kenyataan.

4Utama

SelangorKini 25 April - 1 Mei 2019

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBPENGARANG KUMPULAN: Fathi Aris Omar

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Naeem Raffi, Afeeqa Afeera & Hafizan Taib

WARTAWAN: Nazli Ibrahim : [email protected], Afix Redzuan : [email protected],

Norhayati Umor : [email protected], Sheeda Fathil : [email protected]

Nadiah Zamlus : [email protected] Muzammil : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 109)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Hafiz Othman & Fikri YusofREKA LETAK: Mohd Azwa, Nor Azarina, Farah Azila, Zul Albani

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Majlis Tilawah al-Quran

Tahniah johan qari, qariah MalaysiaOLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Dato’ Menteri Be-sar, Amirudin Shari, menzahirkan ucapan tahniah kepada qari dan qariah Malaysia yang dinobatkan selaku johan dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Pering-kat Antarabangsa (MTHQA) ke-61, pada 20 April lalu.

Melalui ciapan di Twitter, Ami-rudin turut berkongsi kegembi-raan kerana qari, Abdul Khair Jalil adalah wakil Selangor dalam Ma-jlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1440/2019M, baru-baru ini.

“Alhamdulillah. Tahniah diucap-kan kepada qari dan qariah dari Malaysia yang mendapat tempat pertama Majlis Tilawah dan Meng-hafaz ql Quran Peringkat Antara-

bangsa ke-61.“Saudara Abdul Khair Jalil meru-

pakan wakil Selangor dalam Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Ke-bangsaan, baru-baru ini,” tulisnya.

Terdahulu, Abdul Khair mem-peroleh 93.02 markah, manaka-la Nor Farhatul Fairuzah Panut mendapat 87.05 markah.

Kemenangan itu memboleh-kan mereka menerima kepingan emas bernilai RM70,000, piala iri- ngan dan wang tunai RM40,000.

Qari dari Algeria, Yassine Bek-ouassa mendapat tempat ke- dua, manakala tempat ketiga, Ilyas Lamhayahoui (Maghribi).

Qariah dari Indonesia, Warda-tun Nisa Hasa menduduki tempat kedua, manakala tempat ketiga, Karimah Hayibaraheng (Thailand).

Bagi kategori hafazan lelaki,

peserta dari Sweden, Mohamed Abdi dinobatkan sebagai juara manakala untuk kategori wanita dimenangi peserta dari Nigeria, Fatouma Ousseni Moussa.

Timbalan Yang di-Pertuan Ag-ong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang dalam majlis berlangsung di De-wan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini.

Turut berangkat, Raja Permai-suri Perak, Tuanku Zara Salim di-iringi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Latih kawal suara sebelum SubuhSHAH ALAM - Berlatih mengaw-al pernafasan dan lontaran suara sebelum Subuh menjadi kunci ke-jayaan qari dari Malaysia, yang di-nobatkan sebagai juara Tilawah dan Menghafaz al-Quran Pering-kat Antarabangsa (MTHQA) Ke-61, baru-baru ini.

Abdul Khair Jalil yang juga pen-syarah Pusat Bahasa Universiti Is-lam Antarabangsa (UIAM) berkata, latihan dilakukan sebelum Subuh kerana suara manusia pada waktu itu masih berada dalam keadaan tidak stabil.

“Jadi waktu antara 5 hingga ke 5.30 pagi, saya akan cuba berla-tih untuk mengawal suara dan jika suara kita pada waktu itu berja-ya dikekalkan, maka pada waktu yang lain ia akan sama juga,” ka-tanya kepada SelangorKini.

Abdul Khair yang memperoleh markah 93.02 peratus turut me-newaskan qari dari Algeria, Yassine Bekouassa dan Ilyas Lamhayahoui dari Maghribi.

Kemenangan itu membolehkan beliau menerima kepingan emas bernilai RM70,000, piala iringan dan wang tunai RM40,000.

Walaupun mengajar mata pe-lajaran Tilawah al-Quran, Abdul Khair tetap mempunyai guru yang membimbingnya bagi memboleh-kan beliau terus cemerlang dalam bidang terbabit.

“Sememangnya jadual hakiki saya amat padat. Oleh sebab itu, saya terpaksa mencuri masa pada waktu lapang untuk berlatih sebe-lum menjelangnya pertandingan,” katanya.

Bapa kepada tiga anak itu sebe-lum ini turut bergelar juara Tilawah Al-Quran peringkat Selangor dan Kebangsaan, pada tahun ini.

“Sebelum ini saya menyertai pertandingan di peringkat negeri bermula tahun 2011, 2012, 2015 dan 2018.

“Ini adalah kali kedua saya me-nyertai pertandingan tilawah di peringkat antarabangsa selepas menyertainya di Kuwait, pada 2016,” katanya.

Sementara itu, juara qariah Ti-lawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019, Nor Farhatul Faizurah Panut berkata, beliau b elajar taranum al-Quran sejak berusia lima tahun.

Gadis manis dari Sepang yang baru mencecah 19 tahun itu ber-kata, ibu dan ayahnya juga dian-tara pendorong utama untuknya mempelajari al-Quran dengan le-bih mendalam sejak kecil.

“Awalnya saya hanya mengikuti ayah, ibu serta adik-beradik yang lain belajar al-Quran tapi lama kelamaan ia menyeronokkan se-hingga saya dapat bertaranum seperti mereka.

LZS kutip RM��� juta wang zakat ����SHAH ALAM - Jumlah kutipan za-kat di Selangor pada 2018 berjaya dicatatkan sebanyak RM794 juta berbanding RM757 juta, pada ta-hun sebelumnya.

Ketua Pegawai Penyelaras Lem-baga Zakat Selangor (LZS), Abdul Basith Hamid berkata, pening-katan kutipan yang diperolehi adalah hasil kerjasama erat dan komitmen ejen kutipan serta pe-nolong amil LZS.

Katanya, kerjasama itu satu ibadah ekoran ia membela nasib lebih 54,000 keluarga asnaf, fakir dan miskin termasuk 5,000 sauda-ra mualaf baharu yang berdaftar, di Selangor.

"Kami telus dengan setiap wang yang diagihkan. Setiap wang disa-lurkan menjadi bukti kepada ma-syarakat bahawa duit diuruskan secara amanah dan berintergriti.

“Antara bantuan yang sudah disalurkan adalah RM123.6 juta bagi Bantuan Kewangan dan Bu-lanan asnaf, fakir miskin dan mual-af. Manakala, RM72.2 juta untuk Bantuan Keperluan Pendidikan dan Yuran Persekolahan asnaf, fa-kir juga miskin serta RM59.4 juta dalam Bantuan Umum Pelajaran, Biasiswa Pelajaran, Dermasiswa Mualaf dan Sumbangan Pendidi-kan OKU asnaf fakir, miskin mualaf juga fisabilillah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penghargaan Lembaga Zakat Selangor 2018 di Dewan Orkid Wis-ma PKPS, di sini, pada 24 April lalu.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pe-megang Amanah LZS, Prof Emer-itus Muhammad Awang dan Jawatankuasa Operasi Kutipan LZS, Dato' Syed Ghazali Wafa Syed Adhwam Wafa.

Abdul Basith berkata, LZS me-letakkan sasaran kutipan sebanyak RM840 juta pada tahun ini bagi menyantuni golongan asnaf, di Selangor.

"Walaupun kita menyasarkan jumlah ini, namun keperluan se-benar asnaf di Selangor memer-lukan RM900 juta berdasarkan kaji selidik dilakukan.

"Ini adalah tanggungjawab kami membantu asnaf, mungkin rakyat Selangor beranggapan agi-han ini terlalu banyak dan diberi-kan kepada negeri lain. LZS bukan sahaja mengehadkan bantuan tetapi keperluan di Selangor ter-lalu tinggi.

"Pada masa sama, jumlah sa-saran menjadi salah satu cabaran besar ekoran faktor peningkatan ekonomi dan masyarakat persepsi masyarakat," katanya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 5: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · ini juga dianggap bersejarah kerana buat pertama kalinya pensijilan halal oleh JA-KIM menembusi pasaran Jepun,” katanya dalam kenyataan.

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Utama5SelangorKini 25 April - 1 Mei 2019

Pencemaran plumbum

Kilang bateri kena enam kompaunOLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Kilang kontroversi didakwa melakukan pencemaran plumbum di Jenjarom, Kuala La- ngat baru-baru ini, berdepan enam kompaun berjumlah RM12,000, kata Hee Loy Sian.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi, Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata, tindakan kompaun terbabit dike-nakan ekoran kegagalan kilang Leoch Accupower (M) Sdn Bhd mematuhi pengurusan peleburan plumbum mengikut jadual.

Katanya, kilang terbabit disyor-kan untuk dipertuduhkan mengi-kut Seksyen 34A(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling kerana melaku-kan proses pemerolehan kembali plumbum tanpa kelulusan Lapor-an Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling.

“Bagi menentukan punca pencemaran asid dan plumbum, Kerajaan Negeri mengarahkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Alam Sekitar Selangor (JAS) dan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) untuk menjalankan satu kajian yang merangkumi ka-wasan berhampiran kilang ser-

ta kawasan sekitarnya termasuk ladang kelapa sawit.

“Jabatan Kesihatan Pekerja dan Alam Sekitar sudah memulakan operasi kajian sampel darah serta membuat 'screening' ke atas ka-wasan sekitar melalui ‘mapping’ yang dirangka.

“Jabatan Keselamatan dan Ke-sihatan Pekerjaan (DOSH) juga diarahkan mengambil tindakan untuk mengadakan persampelan ke atas pekerja bagi kilang ter-babit serta kawasan sekitar,” kat-

anya dalam kenyataan, pada 23 April lalu.

Pada masa sama, Loy Sian me-negaskan, Kerajaan Negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan mengarahkan kilang dipindah ke kawasan industri yang lebih ses-uai jika hasil siasatan dan kajian agensi teknikal menyahihkan ter-dapat pencemaran plumbum su-sulan operasi kilang berkenaan di sekitar kawasan terbabit.

Bagaimanapun, katanya, se-bagai sebuah kerajaan yang adil

kepada semua, maka Kerajaan Negeri tidak hanya bertindak ber-pandu kepada sesuatu pihak atau sumber.

“Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong yang juga seorang mantan ahli kabinet tidak seharusnya ha-nya mengambil pandangan dan kajian daripada persatuan pen-duduk (termasuk seorang pakar Dr Maketab) tetapi perlu mengam-bil kira kajian dibuat oleh jabatan kerajaan serta badan profesion-al lain, selain membuat perband-

ingan lebih mendalam sebelum membuat tuduhannya melalui la-man sosial.

“Saya melihat ini sebagai ses-uatu tindakan untuk meraih so-kongan politik secara murahan dan mempermainkan isu untuk kepentingan diri serta langsung tidak boleh diterima sebagai seorang ahli politik berpengala-man juga bertanggungjawab.

“Saya mengesyorkan beliau berhubung dengan kami termasuk agensi kerajaan untuk mendapat-kan maklumat yang berkenaan su-paya dapat mengikuti tindakan yang sedang diambil oleh kera-jaan sebelum tuduhan liar dibuat,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 50 pen-duduk kawasan sekitar melakukan demonstrasi di hadapan kilang terbabit menuntut operasinya di-tutup kerana membawa kesan bu-ruk seperti pencemaran udara dan air di kawasan itu.

Susulan itu, Ka Siong dipe-tik melalui portal media tempa-tan sebagai berkata, kejadian itu menunjukkan sifat sebenar Paka-tan Harapan yang cuba menjadi juara alam sekitar selama berta-hun-tahun.

Tiada kilang plastik haram menjelang JunSHAH ALAM - Kerajaan Negeri menyasarkan tiada lagi kilang plastik haram menjelang Jun ini, kata EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pem-bangunan Kampung Baru, Ng Sze Han.

Beliau berkata, tindakan serius sudah diambil sehingga 48 kilang haram ditutup dan diarah men-jalankan kerja pembersihan serta pengosongan tapak.

Sementara itu katanya, 107 kilang plastik haram sudah dikenal pasti di enam lokasi Pihak Berku-asa Tempatan.

“Daripada jumlah itu, 99 kilang diberi notis penutupan termasuk di Kuala Selangor, Hulu Selangor, Shah Alam, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

“Kerajaan Negeri akan me-ngenakan sitaan operasi dari semasa ke semasa bagi memas-tikan pada pertengahan tahun ini semua kilang haram ditutup sepenuhnya,” katanya.

Katanya, pemilik tanah atau pengusaha boleh didakwa men-gikut Kanun Tanah Negara atas ke-salahan guna tanah dan rampasan tanah akan dibuat.

Sze Han berkata, pihaknya juga tidak akan teragak-agak untuk memotong bekalan air dan elek-

trik bagi kesemua pemilik kilang haram.

“Isu plastik adalah masalah global sejak China melarang pengimportan sisa plastik dan disebabkan itu terdapat sisa plas-tik diimport ke Malaysia termasuk dari Amerika Syarikat, England, New Zealand, German, Australia dan negara lain.

“Saya ingin menegaskan kepa-da kesemua negara ini, sila ambil balik sampah anda. Mesej dari Kera- jaan Negeri sangat jelas, kita tidak benarkan kilang proses sisa plas-tik tanpa lesen untuk meneruskan operasi di negeri ini,” katanya.

Pada masa sama, Sze Han turut menggesa orang ramai menyalur-kan maklumat jika terdapat perka-ra mencurigakan kepada Jabatan Alam Sekitar di talian 1-800-88-2727.

Selangor Maritime Gateway beri impak positifSHAH ALAM - Selangor Maritime Gateway (SMG) mula memberi-kan impak positif apabila bebe-rapa syarikat dari dalam dan luar negara menyatakan minat untuk bersama-sama mengembalikan kelestarian Sungai Klang, kata Raja Shahreen Raja Othman.

Ketua Pegawai Eksekutif Pemer-badanan Menteri Besar Selangor (MBI) itu berkata, pengalaman menyelusuri dua bahagian Sun-gai Klang sepanjang 112 kilometer (km) membangkitkan lagi sema-ngatnya untuk kembali menobat-kan semula Klang yang terkenal sebagai ‘Bandar Diraja’.

Katanya, kecantikan sungai di Beijing, China dan Singapura yang dahulunya pernah dipulih-kan akan dijadikan modul SMG de- ngan menggunakan teknolo-gi bersesuaian kerana sejumlah 50,000 tan sampah sudah dikelu-arkan sehingga kini.

“Pada masa sama, kita sudah keluarkan ‘Expression of Interest’ (EOI) dan banyak syarikat bermi-nat dengan kerja pembersihan, pemulihan, pembanguanan dan pembiayaan, keseluruhan pakej kita ditawarkan. Tidak semestinya satu syarikat akan mendapat ke-seluruhan (56km) kawasan.

“Kita boleh ba-hagikan untuk be-berapa kawasan. Projek ekonomi be-sar akan berlang-sung 20 hingga 30 tahun. Pulau Carey sahaja seluas 1,200 ekar (485.623 hektar) . Belum lagi tanah sepanjang Sungai Klang atau tanah ba-haru akan diwujudkan,” katanya dalam wawancara khas bersama media di bangunan MBI, pada 15 April lalu.

Sebelum ini, Kerajaan Nege-ri mengumumkan pelaksanaan pemuliharaan Sungai Klang menerusi projek SMG yang dijang-kakan menyemarakkan ekonomi negeri untuk jangka masa panjang serta melantik anak syarikat milik penuh MBI iaitu Landasan Luma-yan Sdn Bhd sebagai pelaksana projek.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari turut memberitahu Kerajaan Negeri bertekad melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi di bandar sepanjang Sungai Klang dan men-jadikan kawasan itu sebagai ‘Smart Central Economic Region’.

Raja Shahreen berkata, dalam

usaha membangunkan semula Sungai Klang, ekosistem kawasan paya bakau seluas 71 ekar (28.733 hektar) yang menjadi habitat pel-bagai spesis hidupan juga akan dikekalkan.

Katanya, buat masa ini terlalu awal untuk memikirkan konsep pembangunan yang akan dilaku-kan pada masa hadapan tetapi segalanya bergantung kepada potensi tanah sedia ada.

“Proses pembersihan berterus-an selagi Sungai Klang hidup. Kita mahu rumah yang dibangunkan, penduduk bangga rumah mereka mengadap sungai bukan dengan bau busuk.

“Kita sedang memikirkan bagaimana untuk menggunakan semula air sungai walaupun bu-kan untuk minum tetapi aktiviti lain yang sesuai,” katanya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 6: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · ini juga dianggap bersejarah kerana buat pertama kalinya pensijilan halal oleh JA-KIM menembusi pasaran Jepun,” katanya dalam kenyataan.

6Utama

SelangorKini 25 April - 1 Mei 2019

Usaha cegah pelbagai penyakit

Pupuk gaya hidup sihat dari awalOLEH NORHAYATI UMOR

MORIB - Amalan gaya hidup si-hat perlu dipupuk sehingga per-ingkat akar umbi dalam usaha mencegah pelbagai jenis penya-kit masa kini.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Kelu-arga, Dr Siti Mariah Mahmud ber-kata, hal itu kerana gaya hidup rakyat ketika ini boleh disifatkan masih amat membimbangkan.

Katanya, walaupun kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat sudah mula wujud dalam kalangan masyara-kat, namun ia masih dipandang enteng sesetengah pihak.

“Jangan tunggu umur 60 tahun baharu nak bersenam. Saya lihat kaum Melayu dan India dalam hal ini agak jarang tetapi kaum Cina daripada segi kesihatan bagus, pupuk kepentingan bersenam dari awal.

“Saya ingatkan ini termasuk diri sendiri. Dulu tiada rawatan,

tidak macam sekarang. Sekarang ada ubat, panjangkan umur tapi kualiti kehidupan sudah hilang.

“Apa kualiti kehidupan jika kita terlantar sakit. Itu memang takdir tetapi kita boleh elak. Pencegah-an lebih baik daripada merawat,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Karnival 3W di Dataran Morib, di sini, pada 20 April lalu.

Hadir sama, Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar, Borhan Aman Shah; Ahli Dewan Negeri Morib, Hasnul Baharuddin dan Yang Di-pertua Majlis Daerah Kuala La-ngat, Mohamad Zain A Hamid.

Katanya, menjelang 2020, di-anggarkan 30 peratus daripada populasi penduduk adalah war-ga emas berusia 60 tahun ke atas, justeru kerajaan bertanggung-jawab memastikan mereka sihat dan menjalani hidup berkualiti.

Pada masa sama, Siti Mariah berkata, penyakit tidak berjang-kit menjadi pembunuh utama di negara dan berkait rapat dengan gaya hidup seseorang.

Katanya, peningkatan penya-kit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung turut membim-bangkan.

“Jika kita menghidap salah

satu penyakit ini, ia akan be-rangkai daripada satu kepada satu (penyakit) sehingga ke buah pinggang.

“Jadi, menjadi tanggungjawab

kita untuk menjaga kesihatan diri sendiri kerana peruntukan dikelu-arkan kerajaan tidak akan cukup. Segala-galanya bermula daripada diri sendiri,” katanya.

Karnival �W di Kuala Langat meriahMORIB - Karnival ‘Women, Welfare, Wellness’ (3W) yang memasuki siri keempat penganjurannya mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk Kuala Langat.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayan Wanita dan Ke-luarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, lebih 2,000 penduduk ha-dir menyertai pelbagai program menjelang tengah hari karnival.

“Pada program 10,000 langkah, kita mendapat penyertaan daripa-da 1,500 peserta dan jumlah pe-ngunjung akan meningkat kepada 5,000 sehingga malam.

“Setakat ini penganjuran di Am-pang Jaya mencatatkan pengun-jung paling tinggi,” katanya ketika ditemui selepas perasmian karni-

val berkenaan di Dataran Morib, di sini, pada 20 April lalu.

Hadir sama, Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar, Borhan Aman Shah; Ahli Dewan Negeri Morib, Hasnul Baharuddin dan Yang Di-pertua Majlis Daerah Kuala Langat, Mohamad Zain A Hamid.

Siti Mariah berkata, pengan-juran di Kuala Langat itu bersem-pena tema Hari Kesihatan Sedunia yang disambut pada 7 April lalu.

Katanya, lebih 20 pameran da-ripada agensi kerajaan dan ne-geri bekerjasama dalam karnival berkenaan.

“Gerai pameran ini memberi-kan maklumat perkhidmatan yang disenaraikan berkaitan kesihatan, kebajikan dan wanita.

“Ia disediakan supaya pen-duduk setempat tidak ketinggalan dalam mengetahui maklumat dan dasar kerajaan yang dilaksanakan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai memanfaatkan pelbagai kemudahan disediakan termasuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Terdahulu, karnival berkenaan diadakan bertujuan membina lan-dasan terbaik buat rakyat Selangor mendapatkan maklumat berkait-an wanita, kebajikan serta kesihat-an, kerajaan negeri tampil dengan siri jelajah bagi memenuhi aspirasi berkenaan.

Sebelum ini, ia dilaksanakan di Ampang Jaya, Klang dan Petaling Jaya.

Rawat mental sebelum terlambatMORIB - Penyakit mental yang dijangka menjadi ma-salah kesihatan kedua terbesar menjejaskan rakyat Malaysia menjelang 2020 selepas jantung, perlu di-tangani secara menyeluruh.

EXCO Ke-sihatan, Ke-b a j i k a n , Pe m b e rd a -yaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berka-ta, lebih membim-bangkan apabila pesakit berada pada tahap sindrom penafian.

Katanya, mereka kononnya kuat untuk menghadapi stress, trauma dan gangguan emosi, namun akhirnya murung dan tewas.

“Orang ramai perlu faham, masalah kesihatan mental ini lain dari sakit mental. Ia akan beri kesan kepada diri sendiri.

“Perkara yang biasa kita buat tidak akan dapat kita lakukan apabila kita stress. Itu perkara yang menjadi awal-an kepada perbuatan seperti memukul anak dan sebagai-nya.

“Kita kena tahu bagaimana

untuk bertenang, mengawal perasaan dan sebagainya,” ka-tanya ketika ditemui selepas perasmian Karnival 3W di Da-

taran Morib, di sini, pada 20 April lalu.

Sehubungan itu, Siti Mariah

menasihatkan mereka yang mengalami gejala awal-an itu supaya

bertemu pa-kar dan mem-

buat ujian.Menurut Kajian

Morbiditi Kesihatan Ke-bangsaan terkini, setiap tiga orang dalam 10 orang dewasa berusia lebih 16 tahun men-derita pelbagai isu kesihatan mental.

Pelbagai persepsi negatif menyebabkan pesakit men-tal menderita dalam senyap, sering diketepikan masyarakat dan tiada harapan walaupun mendapat sokongan, menerusi pemulihan.

Berbanding lelaki, wanita lebih mudah mengalami gang-guan mental berpunca dari-pada tekanan di tempat kerja, bebanan kewangan dan ma-salah kekeluargaan seperti isu perkahwinan.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 7: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · ini juga dianggap bersejarah kerana buat pertama kalinya pensijilan halal oleh JA-KIM menembusi pasaran Jepun,” katanya dalam kenyataan.

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Ekonomi7SelangorKini 25 April - 1 Mei 2019

Jadi perhatian dunia

E-dagang pacu ekonomi digitalOLEH NORHAYATI UMOR

KOTA DAMANSARA - Pemban-gunan ekonomi digital melalui e-dagang yang dipacu oleh Ma-jlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (SITEC) mampu terus ke hadapan memandangkan industri berkenaan menjadi perha-tian dunia masa kini.

EXCO Pelaburan, Perindus-trian dan Perdagangan Industri

Kecil dan Sederhana, Dato’ Teng Chang Khim berkata, pembangu-nan pesat industri itu juga tidak boleh dinafikan.

“Saya percaya pembangunan masa hadapan secara berterusan dalam bidang ini menjadi salah satu sumber ekonomi negeri dan rakyat.

“Kerajaan Negeri akan memas-tikan setiap pembangunan dan aktiviti bidang ini sentiasa berada

di landasan yang betul, bagi me-mastikan ia terus berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah dan Penyam-paian Anugerah Hab E-Dagang oleh Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (SITEC) kepada pemaju, Scland Group, di sini, pada 23 April lalu.

Chang Khim berkata, ketika ini, SITEC juga sudah melatih lebih 400 pengusaha IKS menjalankan perni-

agaan dalam talian dengan jumlah dagangan kasar RM10.3 juta.

“Inkubator SITEC yang berke-luasan 11,000 kaki persegi yang dikenali sebagai Selangor Digital Creative Center turut dianugerah-kan status Malaysia Digital Hub,” katanya.

Terdahulu, SITEC berjaya meng-anjurkan tiga persidangan dan konvensyen yang berjaya menarik 200,000 sejak 2015.

Prestasi ringgit terus dipantauKUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus memantau prestasi ringgit dalam pasaran mata wang asing berikutan penyusutan nilai unit tempatan itu baru-baru ini, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Malah, jelas beliau, prestasi ringgit juga sewajarnya dinilai berasaskan unjuran ta-hunan berbanding harian berikutan tu-run naik ringgit dalam pasaran harian yang merupakan sesuatu yang biasa berlaku.

“Turun naik ringgit itu adalah perkara biasa. Oleh itu, kita perlu melihat presta-si ringgit bagi tempoh melebihi setahun.

“Jika kita buat (penilaian) berasaskan un-juran harian, ini sebenarnya kurang tepat. Biarlah kita melihat unjuran itu pada akhir tahun,” katanya dalam temu bual dengan beberapa media tempatan, termasuk BER-NAMA, pada 22 April lalu.

Beliau berkata demikian ketika dimin-ta mengulas kejatuhan nilai ringgit baru-

baru ini dan sama ada kerajaan berhasrat melaksanakan campur tangan daripada segi polisi bagi mengekang penyusutan nilai mata wang tersebut.

Perkembangan ringgit itu dikaitkan dengan tindakan penyedia indeks global FTSE Russell pada minggu lalu untuk me-nilai semula Malaysia daripada segi akses pasaran dalam Indeks Bon Kerajaan Du-nia FTSE (WGBI) berikutan kebimbangan membabitkan kecairan pasaran.

Susulan itu, ringgit terjejas apabila pelabur bimbang kemungkinan Malaysia tidak lagi layak disenaraikan dalam indeks tersebut.

Malaysia yang dimasukkan ke dalam senarai WGBI sejak 2004, kini diletakkan pada kedudukan ‘2’ dan dipertimbang untuk diturunkan ke tahap ‘1’ yang akan menjadikan negara ini tidak lagi layak un-tuk disenaraikan dalam indeks tersebut. -BERNAMA

Usahawan tani, nelayan terima manfaatKUALA LUMPUR - Sebanyak 2,769 indivi-du terbabit dalam bidang pertanian dan nelayan menerima manfaat daripada pel-bagai inisiatif serta program dilaksanakan di bawah Kementerian Pertanian dan In-dustri Asas Tani dalam tempoh hampir setahun kerajaan Pakatan Harapan (PA-KATAN) mentadbir negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, antara in-isiatif paling berjaya ialah Program Agro Nisaa’- I, yang menyediakan kemudahan pembiayaan mikro khusus untuk usaha-wan wanita terutamanya golongan ber-pendapatan rendah (B40).

Menerusi program terbabit, katanya me-manfaatkan 1,719 peserta dengan jumlah pembiayaan RM 5.3 juta sejak dilancarkan, pada November tahun lalu.

Menurutnya, program dengan kerjasa-ma Agrobank itu juga membuahkan hasil dalam jangka masa singkat apabila berja-ya menjana pendapatan kepada penerima peruntukan tersebut.

“Saya juga berjumpa dengan seorang ibu tunggal yang menerima peruntukan tersebut dan kita dapati dia berjaya mem-peroleh pendapatan RM200 ke RM300 sehari dan menjual produknya di gerai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutu-an,” katanya pada sidang media khas sem-pena setahun PAKATAN mentadbir negara,

di sini, pada 22 April lalu.Selain itu, kata Salahuddin, di bawah

program Agropreneur Muda pula perun-tukan sebanyak RM6.2 juta disediakan ke-pada 403 usahawan agro muda berumur 18 hingga 40 tahun.

“Setiap usahawan muda ini menerima bantuan bernilai antara RM10,000 dan RM20,000 bagi menjana ekonomi dan me-ningkatkan pendapatan mereka dalam bi-dang diceburi,” katanya.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata Pro-gram Pasar Nelayan yang meminimumkan rantaian pemasaran dan melepaskan ne-layan daripada cengkaman orang tengah pula memanfaatkan 532 nelayan dengan nilai urus niaga berjumlah RM47.7 juta.

“Selain itu, 113 usahawan dan 25 Per-tubuhan Peladang Kawasan menerima manfaat hasil model perniagaan indus-tri pengeluaran ayam yang lengkap di sepanjang rantaian nilai,” katanya ketika menyenaraikan beberapa pencapaian ke-menterian dalam tempoh setahun ini.

Ahli Parlimen Pulai itu turut mengete-ngahkan pencapaian kementerian berke-naan untuk membuka laluan pasaran durian sejuk beku dalam bentuk biji ke China pada 20 Ogos tahun lalu, menyak-sikan 67 ladang durian didaftar di bawah Jabatan Pertanian untuk mengeksport produk tersebut. - BERNAMAEDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 8: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · ini juga dianggap bersejarah kerana buat pertama kalinya pensijilan halal oleh JA-KIM menembusi pasaran Jepun,” katanya dalam kenyataan.

8Nasional

SelangorKini 25 April - 1 Mei 2019

MARANG - Pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ti-dak akan meminggirkan penglib-atan rakyat tempatan khususnya dalam kegiatan ekonomi dan ke-usahawanan.

Menteri Besar, Dr Ahmad Sam-suri Mokhtar (Gambar) berkata, rakyat tempatan termasuk kon-traktor kecil akan diberi keuta-maan dalam pelbagai bidang termasuk pembekalan makanan dan elektrikal yang boleh meran-cakkan lagi ekonomi negeri.

Beliau berkata, perkara itu ber-dasarkan perbincangannya bersa-ma Ketua Pegawai Operasi (COO)

PUTRAJAYA - Lawatan lima hari Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke China bermula 24 April lalu, akan memperkukuh-kan lagi hubungan persahabatan yang sudah lama terjalin antara kedua-dua negara dan memupuk kerjasama yang luas antara ked-ua-dua negara, menurut Kemen-terian Luar (Wisma Putra).

Dalam satu kenyataan pada 24 April lalu ia berkata, Dr Ma-hathir akan mengetuai delegasi ke Forum Jalur dan Laluan bagi Kerajasama Antarabangsa Kedua (2ndBRF) di Beijing.

Perdana Menteri akan diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah

Kukuh persahabatan lama, pupuk kerjasama

Mohd Ali dan beberapa menteri termasuk Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah serta Menteri

Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ignatius Darell Leik-ing. Pada forum itu, Dr Mahathir dijemput untuk berkongsi pan-dangan pada Mesyuarat Peringkat Tinggi dan Meja Bulat Pemimpin bertemakan “Memperkasa Sinergi Dasar dan Membina Perkongsian Lebih Erat“.

Wisma Putra berkata, kehadi-ran Dr Mahathir ke 2ndBRF adalah penting memandangkan Malay-sia berterusan menyokong inisiatif Jalur dan Laluan, terutama dalam isu pembangunan utama seperti sinergi dasar, pembangunan infra-struktur, kerjasama kewangan ser-ta kesalinghubungan rakyat.

Bertemakan “Kerjasama Jalur dan Laluan: Membentuk Masa De-pan Bersama yang Lebih Cerah“, seramai 37 pemimpin dunia ter-masuk Dr Mahathir sudah menge-sahkan kehadiran mereka pada 2ndBRF.

Wisma Putra berkata, Dr Ma-hathir juga akan bertemu den-gan Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatan beliau Per-dana Menteri, Li Keqiang, den-gan kedua-dua mereka dijangka akan membincangkan pelbagai isu dua hala, serantau dan antara-bangsa yang mempunyai kepent-ingan bersama dalam mesyuarat yang akan dihadiri mereka. Per-

Samsuri: ECRL utamakan rakyat tempatanMalaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) di pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Iman, tengah hari 23 April lalu.

“Kerajaan Negeri dan MRL ber-setuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa bagi memantau perkara seperti ini kerana ada be-berapa aspek pelaksanaan ECRL yang masih memerlukan pertim-bangan dan kelulusan daripada pi-hak kami.

“Jadi saya minta rakyat mere-but peluang yang ada dan jangan sampai jatuh ke tangan orang luar yang tidak ada kena-mengena,” ka-tanya pada sidang media selepas

merasmikan Stesen Bas Marang, di sini, pada 23 April lalu.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk A Rahman Yahya dan Pengerusi Jawatankua-sa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman. Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata, rakyat di negeri itu juga tidak perlu risau dengan kebanjiran pekerja dari China apa-bila projek ECRL disambung kem-bali kelak memandangkan tenaga kerja yang dibawa masuk hanya daripada golongan pakar.

“Oleh kerana pembinaan ECRL dari Kuala Lumpur ke Kelantan

dana Menteri Li dan Dr Mahathir juga akan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) tentang kerjasama dalam minyak sawit.

Selain daripada menghadiri acara rasmi, Wisma Putra berkata, Dr Mahathir juga akan melawat beberapa syarikat berteknolo-gi tinggi di Beijing iaitu Huawei Technologies dan SenseTime Pri-vate Ltd.

Dr Mahathir juga diadual akan bertemu pelabur utama, penganalisis pasaran modal an-tarabangsa selain masyarakat perniagaan terkemuka yang ber-pangkalan di Beijing. - BERNAMA

Mohamed Azmin ketika menghadiri Program Rapat Perdana Peneroka FELDA Wilayah Raja Alias di Negeri Sembilan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Pembentangan Kertas Putih dalam isu Lemba-ga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bukan sekadar mende-dahkan kepincangan dan ‘kedurja-naan’ urus tadbir pentadbiran lalu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia mencerakinkan hala tuju dan kelestarian masa hada-pan warga peneroka.

Katanya, istilah ‘kedurjanaan’ itu walaupun berat untuk digunakan, namun beliau tidak mempunyai pilihan melainkan perlu tegas dan berani tampil ke hadapan mem-bela nasib peneroka.

“Apa yang berlaku sebelum ini, kita melihat bagaimana keupa-yaan Tan Sri Taib Andak dan Raja Alias Raja Mohd Ali yang men-gangkat FELDA sebagai agensi cukup gemilang.

“Sebelum penyenaraian Felda

Global Venture (FGV), FELDA mem-peroleh keuntungan bersih antara RM200 juta hingga RM1.2 bilion.

“Namun, sebaik sahaja 400,000 hektar tanah komersial diserahkan kepada FGV, ia hanya memperoleh RM400 juta setahun sedangkan ia memerlukan RM800 juta setahun bagi menguruskan ladang.

“Ini satu perkara pengkhiana-tan dilakukan pengurusan FELDA yang lama, tidak telus, tidak ama-nah dan tidak jujur, mengkhianati dukungan serta sandaran diberi-kan peneroka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temubual bersama Astro Awani di slot Agenda Awani: Menjelang Se-tahun Malaysia Baharu, pada 23 April lalu.

Mohamed Azmin berkata, is-tilah itu juga kuat diperkatakan apabila melihat beberapa urus- niaga agensi itu yang membeli aset pada harga lebih tinggi dari-pada pasaran.

Katanya, hasil tindakan ‘kedur-janaan’ itu menyebabkan FELDA menanggung hutang yang mem-bebankan.

“Sebagai contoh, FELDA dipak-sa membeli sebuah syarikat milik tokoh usahawan dari Indonesia

pada kadar 16 peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran bernilai RM2.3 bilion.

“Begitu juga pembelian sebuah hotel di London, harga diberi se-banyak RM331 juta sedangkan harga pasaran lebih kurang RM100

juta sahaja.“Ini bukan soal jenayah komer-

sial tetapi ini ialah kedurjanaan urus tadbir FELDA yang menye-babkan hutang dan liabiliti ditang-gung hari ini amat membebankan,” katanya.

adalah secara bersama antara MRL dan China Communication Con-structions Ltd (CCCC), kita bim-bang akan berlaku kebanjiran pekerja dari China.

“Bagaimanapun selepas mendapat kepastian daripada MRL, kita boleh menarik nafas lega kerana yang datang hanya tena-ga pakar yang berkait langsung dengan pembinaan ECRL,” katan-ya.

Menurut beliau, pekerja China juga akan ditempatkan di kuar-ters khas dan tidak bercampur dengan masyarakat tempatan yang dikhuatiri mencetuskan isu sosial dan budaya. - BERNAMA

Kepincangan FELDA

Azmin: Tiada pilihan, memang ‘durjana’

Tun MahathirEDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 9: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · ini juga dianggap bersejarah kerana buat pertama kalinya pensijilan halal oleh JA-KIM menembusi pasaran Jepun,” katanya dalam kenyataan.

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Nasional9SelangorKini 25 April - 1 Mei 2019

BEIJING - Usaha meningkatkan lagi hubungan perdagangan an-tara Malaysia dan kuasa ekonomi dunia China akan terus diperhe-batkan ketika lawatan kerja lima hari Perdana Menteri, Tun Dr Ma-hathir Mohamad, ke negara ini bermula pada 24 April lalu.

Dr Mahathir akan turut menyak-sikan beberapa majlis pemeteraian perjanjian dan memorandum persefahaman antara kedua-dua negara terbabit.

Menurut Kuasa Usaha Semen-tara Kedutaan Malaysia di China, Nuryante Mohd Yazid, Perdana Menteri dan rakan sejawatnya Li Keqiang akan menyaksikan dua perjanjian persefahaman selepas kedua-dua pemimpin itu bertemu petang 25 April lalu.

Beliau berkata, perjanjian persefahaman itu membabitkan usaha meningkatkan perdagan-gan dan kerjasama minyak sawit antara Lembaga Minyak Sawit Ma-laysia (MPOB) dan Dewan Perni-agaan China bagi Import Eksport Makanan, Produk Asli dan Produk Sampingan Haiwan.

Satu lagi perjanjian bertujuan meningkatkan kerjasama dalam pembangunan kawasan perindus-trian, infrastruktur, industri hab

logistik dan pembangunan berori-entasikan transit berkaitan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

“Memorandum persefahaman itu membabitkan China Commu-nication Construction Company (CCCC) dan Lembaga Pembangu-nan Pelaburan Malaysia (MIDA),” kata Nuryante pada sidang me-dia kepada wakil media Malaysia, di pejabat kedutaan itu, pada 24 April lalu.

Mengulas selanjutnya, beliau berkata, China adalah rakan da-gangan terbesar Malaysia sejak 10 tahun lalu dan jumlah dagangan kedua-dua negara itu meningkat 8.1 peratus kepada RM313.8 bilion, pada tahun lalu.

Dr Mahathir berada di China bagi menghadiri Forum Kerjasa-ma Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) pada 25 dan 26 April ini atas jemputan kerajaan China.

Ia adalah lawatan kedua be-liau ke China selepas Pilihan Raya Umum, pada Mei tahun lalu.

Sejurus dilantik sebagai Per-dana Menteri buat kali kedua, Dr Mahathir sudah berkunjung ke China, pada Ogos lalu.

Selain ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, kunjungan Dr Mahathir kali ini turut disertai tu-juh menteri Kabinet serta ketua menteri dan menteri besar terma-suk Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Besar Kedah, Da-tuk Seri Mukhriz Mahathir.

Nuryante berkata, Dr Mahathir turut diberi penghormatan oleh China untuk berucap pada sesi fo-rum BRF terbabit yang bakal di-hadiri oleh kira-kira 36 pemimpin serata dunia dan serta wakil dari 140 negara.

Beliau berkata, selepas menga-dakan pertemuan dengan Keq-iang, Perdana Menteri akan turut bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping.

“Dalam pertemuan ini, kedua-dua pemimpin dijangka berkongsi pandangan berhubung hala tuju hubungan Malaysia-China terma-suk aspek strategi dan kerjasama di masa depan,” katanya.

Pada malam esoknya, Dr Maha-thir dan Dr Siti Hasmah akan di-raikan pada majlis makan malam

oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Li Zhanshu.

Selain jadual padat bertemu dengan pemimpin tertinggi Chi-na serta menghadiri forum itu, Perdana Menteri juga akan menin-jau lebih dekat kemampuan serta kecanggihan teknologi syarikat China. Beliau juga dijadual men-gunjungi syarikat telekomunika-si terkenal China, Huawei serta Sensetime yang juga penyedia teknologi Kecerdikan Buatan (AI).

Sehubungan itu, kata Nury-ante, lawatan Perdana Menteri ke China akan memberi peluang ke-pada syarikat kedua-dua negara menjalin kerjasama dalam bidang teknologi tinggi.

Dr Mahathir juga akan me-nyampaikan ucapan serta berdia-log dengan pemimpin perniagaan China dalam majlis anjuran Ke-menterian Perdagangan Antara-bangsa dan Industri (MITI) serta institusi perbankan terkenal du-nia, HSBC.

Perdana Menteri dan isteri akan berlepas pulang ke Malaysia, pada 28 April ini. - BERNAMA

Lawatan PM ke China

Tingkat hubungan perdagangan dua negara

Tun Mahathir

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 10: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · ini juga dianggap bersejarah kerana buat pertama kalinya pensijilan halal oleh JA-KIM menembusi pasaran Jepun,” katanya dalam kenyataan.

10Global

SelangorKini 25 April - 1 Mei 2019

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

COLOMBO - Menteri Pertahanan Sri Lanka mendakwa serangan bom pada 21 April lalu sebagai tindak balas terhadap tembakan yang mengorbankan 50 orang Is-lam di New Zealand.

Berucap di Parlimen, Ruwan Wi-jewardana berkata, siasatan awal menunjukkan siri pengeboman itu

MANILA - Angka korban akibat gempa bumi yang melanda utara Filipina pada 22 April lalu mening-kat kepada 16 orang, lapor agensi berita Xinhua, memetik Majlis Pen-gurusan Risiko Bencana Nasional Filipina, pada 23 April lalu.

Pengarah eksekutifnya, Ricar-do Salad berkata, seramai 81 lagi cedera manakala 14 orang ma-sih dilaporkan hilang di Pampan-ga dan Zambales, wilayah tengah Luzon.

Institut Vulkanologi dan Seis-

KHARTOUM - Majlis Peralihan Ten-tera Sudan (TMC) pada 23 April lalu menggantung kontrak yang membenarkan sebuah syarikat Fil-ipina mengendalikan salah satu pelabuhan terbesar Sudan, lapor agensi berita China Xinhua meme-tik kenyataan MTC.

“TMC mengeluarkan keputusan menggantung kontrak syarikat Fil-ipina itu yang mengendali Termi-nal Kontena Pelabuhan Selatan Sudan sehingga semua prosedur

ISIS mengaku bertanggungjawab

Serang Sri Lanka ‘kerana dendam’

dilakukan oleh kumpulan radikal Jamaah Tawheed Nasional (NTJ), lapor media antarabangsa.

ISIS, kumpulan radikal di Syria, dilaporkan mengaku bertang-gungjawab atas serangan ter-hadap penganut Kristian, serta pelancong, yang menyambut Hari Paskah.

Baru-baru ini, beberapa siri pengeboman yang menyasar-

Korban gempa Filipina meningkat

mologi Filipina berkata, gempa bumi 6.1 magnitud pada 22 April lalu dengan kedalaman 12 kilo-meter (km), kira-kira 18 km timur laut Castillejos, sebuah bandar di wilayah Zambales di bahagian barat Luzon.

Pada 23 April lalu, gempa bumi 6.5 magnitud melanda wilayah timur Samar di tengah Filipina pada jam 1.37 petang waktu tem-patan. Tiada kecederaan dan kero-sakan dilaporkan setakat ini. - BERNAMA

Majlis tentera Sudan gantung kontrak pengendali pelabuhan

undang-undang yang diperlukan bagi membatalkan kontrak itu di-penuhi,” menurut kenyatan itu.

Pada Januari lalu, Perbadan-an Pelabuhan Laut Sudan sudah menandatangani satu kontrak dengan Perkhidmatan Terminal Kontena Antarabangsa Filipina Inc bagi mengendali Terminal Konte-na Pelabuhan Selatan di Pelabu-han Sudan.

Kontrak itu menetapkan ba-hawa syarikat Filipina tersebut

membayar sejumlah 530 juta euro (AS$595 juta) untuk men-gendali dan menjalankan operasi di pelabuhan selatan berkenaan, selama 20 tahun.

Terdahulu, entiti pekerja pelabuhan menzahirkan peno-lakan mereka terhadap perjanjian itu dan melahirkan kebimbangan bahawa langkah terbabit akan me-nyebabkan pekerja warga Sudan di pelabuhan itu kehilangan pe-kerjaan. - BERNAMA

kan gereja dan hotel di tiga bandar di Sri Lanka mengorbankan 359 orang dan mencederakan beber-apa ratus yang lain.

Setakat 24 April lalu, seramai 50 orang suspek sudah ditahan.

Pertengahan Mac lalu, dua mas-jid di Christchurch diserang oleh seorang pengganas kulit putih berideologi sayap kanan dari Aus-tralia.

Anggota keselamatan Sri Lanka memeriksa bahagian dalam gereja St. Sebastian di Negombo pada 22 April 2019, sehari selepas serangan bom pengganas. - Foto AFP

Penyelamat Filipina mengusung seorang mangsa gempa dalam runtuhan sebuah pasar raya di Porac, Pampanga pada 23 April 2019. - Foto AFP

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 11: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · ini juga dianggap bersejarah kerana buat pertama kalinya pensijilan halal oleh JA-KIM menembusi pasaran Jepun,” katanya dalam kenyataan.

DARI KACA MATA MB11SelangorKini 25 April - 1 Mei 2019

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Dengan termeterainya sin-ergi menerusi Perjanjian Jual Beli (SPA) antara Da-

tumCorp International Sdn Bhd dengan MyAngkasa Az Zahra Sdn Bhd, akan merancakkan kompleks membeli-belah Datum Jelatek. Sekalung tahniah juga saya pan-jangkan kepada DatumCorp seb-agai sebuah anak syarikat milikan penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan semua rakan sinerginya.

Sinergi yang baik sebegini amat saya alu-alukan bagi menyokong hasrat yang direkayasakan oleh Kerajaan Selangor dalam mem-perkasakan sebuah negeri yang ‘smart and caring’ dan selanjutnya mengoptimumkan impak terbaik dalam menjayakan harapan rakyat serta negeri ke arah negeri pin-tar menjelang tahun 2025, Insya-Allah.

Saya amat berbesar hati dapat bersama-sama menyaksikan bagaimana agenda Kerajaan Neg-eri disahut oleh pelbagai pihak dan dimasyarakatkan melalui kepelb-agaian program serta usaha yang bukan sahaja digerakkan oleh agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, malahan agensi swasta juga orang perseorangan. Gand-ingan bahu ke bahu dengan ker-ajaan diterjemahkan semoleknya apabila kita menyaksikan kejayaan Kerajaan Negeri mencatatkan ni-lai pelaburan tertinggi dalam seja-rah pada tahun 2018 yang menjadi satu bukti jelas hasil kecemerlan-gan perkhidmatan kepada rakyat dan pertumbuhan ekonomi mam-pan yang meyakinkan.

Kejayaan dan keyakinan terb-abit dilonjakkan lagi apabila Da-tum Jelatek yang juga mahakarya atau masterpiece DatumCorp ber-jaya terjual menghampiri 70 per-atus daripada keseluruhan unit kediamannya manakala penghu-nian kompleks membeli-belah

Datum Jelatek pula mencapai 60 peratus pada suku pertama ta-hun 2019. Alhamdulillah, kejay-aan ini berkat kepercayaan yang diletakkan oleh ANGKASA, Orion IXL dan MyAngkasa Az Zahra yang membeli secara en bloc sebanyak 379 unit kediaman Datum Jelatek membabitkan nilai pelaburan yang bukan calang-calang sedikit.

Lebih daripada itu, gandingan mantap 40 jenama yang akan menjalankan operasi perniagaan masing-masing di kompleks mem-beli-belah Datum Jelatek meng-gambarkan betapa ‘produk’ keluaran Selangor diyakini pelb-agai pihak yang bukan sahaja dari negeri ini, bahkan seluruh man-canegara. Rekod yang menunjuk-kan pemilikan kediaman Datum Jelatek dengan lebih daripada 50 peratus pembeli terdiri daripada kaum Bumiputera sungguh men-gagumkan walaupun seluruh du-nia sedang mengalami suasana ekonomi yang suram. Sekalung tahniah juga buat DatumCorp ker-ana menjayakan agenda hartanah Bumiputera.

Saya acapkali mewar-warkan sesungguhnya pembangunan dan kemajuan Selangor harus digem-beleng bersama oleh semua pihak, agensi, komponen tanpa menge-nepikan rakyat menerusi agenda ‘Maju Bersama’. Makanya apabila bergerak seiring, kita harus ber-muafakat ke arah membangunk-an negeri untuk mencapai lebih kemajuan tanpa meminggirkan sekelumit rakyat sekalipun.

Sementelah sebagai peneraju kemodenan negara Malaysia, kita senantiasa bersiap siaga dengan modal insan kelas pertama yang berkemahiran memajukan neg-eri dalam kepelbagaian bidang berteraskan teknologi tinggi, in-dustri berimpak tinggi dan ber-pengetahuan ekonomi.

Apabila mendengar berkenaan

keusahawanan Bumiputera yang tidak sesekali dientengkan dalam Datum Jelatek, saya tertarik untuk mengambil kesempatan ini meres-tui usahaberterusan memartabat-kan usahawan Bumiputera yang dikoordinasikan oleh DatumCorp bersama-sama Perbadanan Nasi-onal Berhad (PNB) dan Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS. Misi ini wajar disokong kerana DatumCorp bukan sahaja men-dokong misi organisasi, malahan agenda nasional yang memerlu-kan tumpuan dan tanggungjawab yang amat berat.

Oleh itu, kebersamaan atau dalam erti kata lain sinergi sesa-ma kita adalah teramat penting. Sinergi berkemampuan menjadi momentum untuk membuah-kan kejayaan dan produktiviti yang optimum dan maksimum. Sayugia usahawan Bumiputera mengambil peluang memperlu-askan perniagaan masing-mas-ing ke landasan strategik seperti kompleks membeli-belah Datum Jelatek yang menyajikan fasiliti perniagaan, komunikasi, pen-gangkutan dan kediaman yang saling melengkapi.

Saya turut dimaklumkan ba-hawa inisiatif pemilikan rumah dikenali sebagai Rent to Own (RTO) yang menyasarkan penjawat awam bakal diperkenalkan oleh MyAngkasa Az Zahra dengan ker-jasama DatumCorp. Inisiatif yang bersifat cakna rakyat ini menawar-kan 379 unit kediaman Menara B dan Menara C Datum Jelatek kepa-da penjawat awam yang berminat.

Kaedah sewa milik selama lima hingga 10 tahun ini dibuka per-mohonannya kepada penjawat awam yang gagal mendapat ke-lulusan pinjaman institusi kewan-

gan untuk memiliki hartanah di bandar raya Kuala Lumpur, tang-gungan yang tinggi mahupun wang deposit yang besar diper-lukan. Menerusi inisiatif ini, ianya membolehkan mereka ditawar membeli kediaman Datum Jelatek yang disewa selepas akhir tahun ke-5 atau ke-10 pada harga yang ditetapkan kelak.

Inisiatif menarik ini pada saya ternyata dapat membantu mere-alisasikan impian penjawat awam yang sukar memiliki kediaman misalnya menghadapi kekangan kewangan, namun bercita-cita menghuni kediaman di bandar raya Kuala Lumpur. Secara tidak langsung ini juga dapat memper-tingkatkan pemilikan hartanah berkualiti dalam kalangan pen-jawat awam di kota metropolis Kuala Lumpur.

Dan apa sahaja yang bersifat peduli rakyat sudah semestinya dekat di hati saya dan pimpinan kerajaan. Saya percaya MyAngka-sa Az Zahra dan DatumCorp akan membuat pengumuman terperin-ci berhubung pelaksanaan inisiatif ini dalam tempoh terdekat.

Sinergi bersama rakan-rakan perniagaan yang diterjemah pada hari ini oleh DatumCorp dan PKNS jelas menunjukkan keseiringan dan kebersamaan dengan Kera-jaan Selangor dalam melestari-kan kelangsungan pembangunan

yang mampan. Melalui pemilikan kediaman Datum Jelatek dan pe-nyewaan kompleks membeli-be-lah Datum Jelatek, saya melihat langkah ini turut merancakkan pembangunan ekonomi dan memperkasakan kedudukan fis-kal negeri sebagaimana yang di-aspirasikan Smart Selangor.

Dalam landskap ekonomi neg-ara yang tidak menentu, usaha-usaha murni yang dilakukan oleh semua pihak dalam mempedu-likan rakyat akan berjaya hen-daknya andai kata mendapat sokongan padu daripada semua pihak.

Bukan itu sahaja, pelbagai us-aha yang dilakukan oleh Datum-Corp, Insya-Allah saya percaya akan dapat menyumbang kepada legasi keunggulan jenama PKNS yang bakal mencapai usia 55 ta-hun pada tahun ini sebagai salah sebuah agen pelaksana Kerajaan Negeri. Datum Jelatek sudah men-capai 65 peratus kemajuan.

Syabas! Mudah-mudahan ini akan menjadikan masyarakat ter-nanti-nantikan kejutan buah tan-gan terbaharu DatumCorp selepas projek Datum Jelatek ini selesai.

Ucapan Majlis Menandatangani Rakan Perniagaan Datum Jelatek Datum Galleria, Taman U-Thant, di Ampang Hilir, Kuala Lumpur, pada ada 23 April 2019

Saya amat berbesar hati dapat bersama-sama menyaksikan bagaimana

agenda Kerajaan Negeri disahut oleh pelbagai pihak dan dimasyarakatkan melalui kepelbagaian program serta usaha yang bukan sahaja digerakkan

oleh agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, malahan agensi swasta juga

orang perseorangan.

Pembangunan Datum Jelatek

Jayakan agenda hartanah Bumiputera

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 12: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · ini juga dianggap bersejarah kerana buat pertama kalinya pensijilan halal oleh JA-KIM menembusi pasaran Jepun,” katanya dalam kenyataan.

Album Klik!13SelangorKini 25 April - 1 Mei 201912 SelangorKini 25 April - 1 Mei 2019

KIRIAksi pemain Street Soccer ketika Sukan Belia PPR Peringkat Negeri Selangor 2019 di Lembah Subang 2 l FIKRI YUSOF

KANANPengunjung cilik menggunakan kemudahan disediakan di Perpustakaan Bergerak Selangor l REMY ARIFIN

KIRIJabatan Pengangkutan Jalan Selangor membuka kaunter bergerak bagi memudahkan orang ramai membuat urusanl FIKRI YUSOF

KANANPertandingan ayam cantik menjadi antara tumpuan pengunjung ketika Pesta Ayam Sorak di Shah Alam l REMY ARIFIN

KIRIPetugas KLIA memeriksa bagasi pelajar yang berlepas ke Universiti Al-Azhar Mesir l HAFIZ OTHMAN

KANANNoranis Humaira, 10, dan adiknya teruja bermain model jaringan jalan raya ketika Karnival 3W di Dataran Morib l ASRI SAPFIE

KIRISuasana umat Islam menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah Petaling Jaya l ASRI SAPFIE

KANANLegenda Bola Sepak Liverpool, Jason McAteer, melakukan gimik tendangan penalti ketika sesi bersama media di One Utama Damansara l HAFIZ OTHMAN

ADN KOTA ANGGERIK

ADN DENGKIL

ADN PANDAMARAN

ADN TAMAN MEDAN

ADN MERU

ADN HULU BERNAM

NAJWAN HALIMI melancarkan Pusat Pendidikan Kitar Semula BJRC di Bukit Jelutong sempena sambutan Hari Bumi 2019

SYAMSUL FIRDAUS menyampaikan set papan karom sumbangan Pusat Khidmat DUN Taman Medan kepada beberapa komuniti untuk aktiviti rekreasi

ADHIF SYAN ABDULLAH melepaskan kira-kira 2,000 peserta MMU EBee Run 2019

FAKHRULRAZI MOKHTAR menziarahi penduduk di DUN beliau

LEONG TUCK CHEE memeriahkan Program Belajar Menggubah Bunga di Dewan MPKK Kampung Baru Pandamaran

ROSNI SOHAR menyantuni warga emas yang uzur di Kampung Seberang FELDA Gedangsa

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 13: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · ini juga dianggap bersejarah kerana buat pertama kalinya pensijilan halal oleh JA-KIM menembusi pasaran Jepun,” katanya dalam kenyataan.

14ADN

SelangorKini 25 April - 1 Mei 2019

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Penduduk di Kam-pung Johan Setia disaran menja-ga kebersihan tanah perkuburan yang baharu diserahkan dan men-jadi contoh kepada tapak perku-buran lain.

Ahli Dewan Negeri Sungai Kan-dis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, hal itu bagi mengubah per-sepsi masyarakat yang ‘ketakutan’ apabila melihat tanah perkuburan.

“Jika dahulu orang beranggap-an kubur adalah tempat yang se-ram dan menakutkan, namun sekarang ia berjiran dengan pen-duduk.

“Sebagai contoh, tanah perku-buran ini berada dalam taman perumahan. Oleh itu, kita mahu penduduk menjaganya supaya

sentiasa bersih dan tersusun,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Tapak Perku-buran Kampung Johan Setia da-ripada Majlis Perbandaran Klang kepada Jabatan Agama Islam Se-langor, di tapak berkenaan, di sini, baru-baru ini.

Katanya, tanah perkuburan itu adalah yang keempat di kawasan-nya yang akan dilengkapi dengan angka giliran bagi setiap liang.

“Sistem nombor ini dilaksanakan seperti tanah perkuburan Bukit Naga yang menjadi projek perin-tis pada 2016 dan kita akan lak-sanakan di tanah perkuburan ini, berbeza berbanding tanah perku-buran Jalan Kebun dan kawasan berdekatan,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Zawawi

turut menasihatkan penduduk su-paya menggunakan kemudahan disediakan di tanah perkuburan itu dengan sebaiknya.

“Dengan adanya kemudah-an disediakan, penduduk boleh datang ke sini tanpa rasa takut, malahan boleh melakukan aktiviti riadah selain dapat mengingati ke-matian,” katanya.

Tanah perkuburan berkeluasan 10.4 hektar itu boleh memuatkan 4,500 jenazah pada satu-satu masa mengikut kesesuaian di tapak de-ngan kos RM2.19 juta.

Waris penduduk Kampung Jo-han Setia juga kini tidak perlu lagi menghantar jenazah ahli keluarga ke tanah perkuburan Pandamaran selepas Majlis Perbandaran Klang menyediakan tanah perkuburan baharu itu.

Bukan tempat seram

Jadi contoh perkuburan bersih

SHAH ALAM - Pembangunan prasarana baharu untuk kemudah-an penduduk antara agenda yang akan diberi perhatian sebagai usa-ha memberdaya dan menaik taraf kampung tradisi di Dewan Undan-gan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Ahli Dewan Negerinya, Muham-mad Hilman Idham berkata, ter-dapat tujuh kampung tradisi yang memerlukan kehidupan lestari an-taranya Kampung Gombak Utara, Kampung Sungai Pusu, Kampung Sungai Cincin, Kampung Simpang Tiga, Kampung Tengah, Kampung Changkat termasuk Kampung Ker-das.

Beliau berkata, pihaknya bers-ama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sedang meneliti keperluan terhadap perkara itu bagi mere-alisasikan hasrat penduduk yang menetap di kampung Melayu tradisi.

“Kita sudah selesai memba-ngunkan sebuah gelanggang fut-sal di Batu 11, Kampung Gombak Utara dan Kampung Simpang Tiga kepada generasi muda, malahan ada beberapa lagi perancangan lain yang sedang kita laksanakan.

“Kampung Melayu tradisi ini adalah kampung terkenal, cuma

sebelum ini tidak kelihatan ekoran tiada tanda nama kampung. Jadi, saya sudah meluluskan peruntu-kan lebih RM150,000 untuk MPS melaksanakan kerja pembinaan tanda nama untuk ketujuh-tujuh kampung berkenaan.

“Kita berharap sebelum tiba Sy-awal, kerja pelaksanaan ini sudah disiapkan dan keluarga yang pu-lang beraya di semua kampung tradisi ini dapat melihat peruba-han itu,” katanya kepada Selan-gorKini.

Sejak mengambil alih pentad-biran di DUN berkenaan, Hilman berkata, perkara pertama dilak-sanakan ialah mencadangkan kepada MPS untuk menaik taraf Taman Greenwood melalui pro-gram rejuvenasi.

“Langkah awal kita adalah menaik taraf Taman Greenwood seperti dataran, ‘green park’, ‘pe-destrian walk’ selain memperindah kawasan itu dengan tanda nama ‘Greenwood’.

“Selepas itu, kita melihat ter-dapat keperluan disebabkan di hujung Taman Greenwood ada dua kampung iaitu Kampung Sim-pang Tiga dan Kampung Chang-kat,” katanya.

Teliti hasrat penduduk kampung tradisi

MORIB - Ahli Dewan Negeri Morib, Hasnul Baharuddin, akan mengambil tindakan undang-un-dang terhadap pihak yang me-nyebarkan maklumat palsu dan memfitnahnya dalam isu muflis, baru-baru ini.

Katanya, perkara itu sedang di-bincangkan bersama peguamnya untuk tindakan lanjut.

Beliau turut menafikan ter-dapat salah guna kuasa dan pe-nyelewengan dana awam seperti yang dilemparkan bagi menjelas-kan hutang itu.

“Sebagai seorang manusia, saya juga berurusan dengan institusi kewangan. Pihak bank berkenaan sudah membatalkan notis itu.

“Namun, ada tohmahan me-ngatakan saya menggunakan dana awam sebanyak RM800,000 dan menyelesaikan hutang itu dalam masa dua hari, itu tidak benar,” ka-tanya kepada SelangorKini.

Hasnul berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu menjatuh-kan reputasinya dan kredilibiti se-bagai wakil rakyat serta menerima pelbagai tohmahan.

“Saya tidak bayar apa-apa untuk menyelesaikan hutang itu. Premis yang dibeli pada 1999 itu sudah dibayar sebanyak RM280,000.

“Saya terpaksa melepaskan pre-mis perniagaan itu kepada pihak bank kerana ia tidak mendatang-

Wakil Morib ambil tindakan undang-undang

SHAH ALAM - Ahli Dewan Ne-geri (ADN) Kota Anggerik, Najwan Halimi berhasrat membina leb-ih banyak perpustakaan komuni-ti di kawasannya, sebagai galakan membaca dalam kalangan ma-syarakat.

Beliau turut merancang mem-bina perpustakaan komuniti di beberapa pangsapuri kos rendah di DUN terbabit bagi kemudahan penduduk yang tinggal jauh dan tiada pengangkutan.

“Di DUN Kota Anggerik, kita ada beberapa kawasan perumahan kos rendah terutama di Bukit Subang, iaitu Pangsapuri Melati untuk kita buka satu perpustakaan komuni-ti di situ.

“Hal ini sudah dibincangkan dengan Pengarah Perbadanan

Wujud lebih banyak perpustakaan komunitiPerpustakaan Awam Selan-gor (Mastu-ra Muhamad) dan mereka akan menge-nal pasti sama ada kawasan itu sesuai untuk dibangunkan perpustakaan komuniti,” ka-tanya kepada SelangorKini.

Najwab ber-kata, pihaknya turut bercadang mewujudkan perpustakaan mini di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Kota Anggerik, pada masa akan datang.

“Saya bercadang mahu melak-

sanakan perpustakaan mini di ru-ang legar PKM DUN Kota Anggerik kerana apabila orang ramai datang sementara menunggu giliran berurusan, mereka boleh luangkan masa dengan membaca naskhah yang terdapat di situ,” katanya.

kan keuntungan, jika teruskan saya akan rugi,” katanya.

Pada 22 Februari lalu, nama Hasnul tertera di notis Mahkamah Tinggi Shah Alam membabitkan sebuah bank, namun notis dari-pada Jabatan Insolvensi Malaysia menerusi keputusan pencarian ke-bankarapan menunjukkan status-nya tidak bankrap.

“Notis dikeluarkan kerana pihak bank masih belum terima bayaran daripada pembida. Tiba-tiba no-tis keluar di akhbar tanpa men-ghubungi saya terlebih dahulu,” katanya.

Namun, ada tohmahan mengatakan saya menggunakan dana awam sebanyak RM800,000 dan menyelesaikan hutang itu dalam masa dua hari, itu tidak benar

HASNUL BAHARUDDINAhli Dewan Negeri Morib

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 14: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · ini juga dianggap bersejarah kerana buat pertama kalinya pensijilan halal oleh JA-KIM menembusi pasaran Jepun,” katanya dalam kenyataan.

15SelangorKini 25 April - 1 Mei 2019

Seni MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Perbadanan Perpustakaan Awam Selan-gor (PPAS) menyasarkan sejuta pembaca akan mengiku-ti program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit, tahun ini.

Pengarah PPAS, Mastura Muhamad berkata, statis-tik sering meningkat sejak ia dilancarkan pada 2014 dengan tahun lalu sahaja di Selangor seramai 973,923 orang turut serta dalam program membaca terbabit.

Katanya, program yang sudah memasuki tahun keenam itu diadakan serentak seluruh Malaysia bertu-juan membentuk masyarakat ke arah minat membaca.

"Gerakan membaca serentak ini bukan sesuatu yang baharu di Selangor tetapi ia sebagai galakan bagi me-narik minat masyarakat untuk melupakan rutin harian seketika sebaliknya luangkan masa sekurang-kurang-nya 10 minit untuk membaca.

"Mengapa 10 minit kerana ia adalah tempoh sing-kat yang ringan bagi mereka yang hendak berjinak-jinak dengan amalan membaca dan tempoh itu juga boleh diulang beberapa kali dalam sehari," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit yang disempurnakan Yang DiPertua Pertubuhan Ke-bajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Masdiana Muhamad, di Pustaka Raja Tun Uda, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Najwan Halimi dan Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor baharu, Gan Pei Nei.

Sementara itu, Mastura berka-ta, beliau optimis program mem-baca 10 minit itu dapat dijadikan sebagai acara tahunan sehingga masyarakat Malaysia berjaya men-capai tahap 'the reading nation'.

Pihaknya turut menyahut se-ruan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, yang menyasarkan Malaysia Negara Membaca 2030.

"Maka, program gerakan mem-baca ini akan diperkasakan lagi dengan aktiviti lain sebagai usaha menyahut seruan Dekad Memba-ca Kebangsaan," katanya.

Terdahulu, program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit itu diadakan secara serentak di seluruh negara berkonsepkan Berhenti Sebentar dan Membaca Ber-sama Selama 10 Minit, pada jam 11 pagi tadi.

Ia turut membabitkan pelajar sekolah sekitar Selan-gor, universiti awam dan swasta, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan yang turut sama menyokong program seumpama ini.

ADVERTORIAL

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Orang ramai khususnya penggemar seni dipelawa hadir me-meriahkan Pesta Ke’Chill Rantai yang bakal berlangsung di Amphiteater Ma-laysia Tourism Centre 109, Jalan Am-pang, pada 27 April ini.

Acara bulanan anjuran Selangor Youth Community (SAY Communi-ty) dengan kerjasama Pemerbadan-an Menteri Besar (MBI) Selangor dan Sunway Group Malaysia itu dijadual bermula jam 12 tengah hari hingga

9 malam.Melalui perkongsian di Facebook,

SAY Community memaklumkan, acara itu bakal mempamerkan barisan artis dan penghibur tempatan dalam usaha menonjolkan bakat serta karya mereka kepada khalayak umum.

“Ia juga sebagai medium membawa komuniti yang memiliki bakat kreatif untuk berhimpun di bawah satu bum-bung sama.

“Acara ini akan turut menyajikan persembahan muzik, puisi, graffiti, bazar kreatif dan kendera saji,” tulisnya.

Tonjol bakat penghibur tempatan

PELAWAAN MEMBERI CADANGAN (RFP)PENYEDIA SERVIS PERCETAKAN DAN PENGEDARAN AKHBAR UNTUK COMMUNICATION CORPORATION SDN. BHD.

Communication Corporation Sdn. Bhd. (CCSB) telah ditubuhkan pada 18 Februari 2009 di bawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan anak syarikat sepenuhnya Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI). CCSB berperanan sebagai media kepada Kerajaan Negeri Selangor di samping menyebarkan maklumat-maklumat berkaitan kerajaan negeri kepada rakyat Selangor. Terdapat tiga produk utama syarikat iaitu Akhbar SelangorKini, Portal SelangorKini (Online) dan Web TV Selangor.

CCSB mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk mengambil bahagian dalam proses Pelawaan Memberi Cadangan (RFP) sebagai penyedia servis percetakan dan atau pengedaran Akhbar SelangorKini Bahasa Malaysia sahaja, keluaran Kerajaan Negeri Selangor.

Proses RFP dibuka kepada pemohon-pemohon berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

a. Pemohon-pemohon dengan modal saham berbayar berjumlah sekurang-kurangnya RM50 ribu ke atas.

COMMUNICATION CORPORATION SDN BHDAras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites,

No 1, Persiaran Akuatik 13/43, Seksyen 13,40100 Shah Alam, Selangor.

(Hubungi Adzhar Maludin 03 - 5523 4856)

Set dokumen RFP yang lengkap dan ditandatangani oleh pemohon hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterai dan dihantar ke alamat seperti di atas sebelum 6 Mei 2019.

Pesta Ke’Chill Rantai edisi April kembali

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 15: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · ini juga dianggap bersejarah kerana buat pertama kalinya pensijilan halal oleh JA-KIM menembusi pasaran Jepun,” katanya dalam kenyataan.

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 25 April - 1 Mei 2019

OLEH NURUL AUFA HUSNI

Warna-warni caha-ya lampu neon terpantul dalam ru-angan yang gelap

menampakkan bayang-bayang tangan badan kaki yang lemah-gelamai di dinding. Kepala digoy-ang dari atas ke kiri ke bawah ke kanan seperti senaman eroebik di sekolah. Sekumpulan kelkatu yang tidak pernah serik dengan sayapnya yang sudah acap kali terbakar. Entah mengapa mere-ka ini tidak puas walaupun sudah berkali-kali kecundang.

Seperti kelkatu yang mengu-rungi pelita api di malam hari akhirnya meninggalkan sayap-nya bila menjelang subuh. Suara nyanyian teriakan kegembiraan melalaikan mereka. Segelas demi segelas air anggur masam yang ditapai berhari-hari itu dicapai. Berpakaian seksi seperti nangka yang berbalut ketat tidak penat menatang berdulang-dulang air anggur masam. Pekerjaan itu su-dah biasa bagi mereka seperti pelayan restoran di hotel-hotel mewah bertaraf lima bintang. Ke-luar masuk keluar masuk meng-hantar permintaan pelanggan - rutin harian mereka dari malam hingga subuh melabuhkan tirai. Malam itu seperti dunia mereka yang punya.

Dia perempuan yang setiap malam bekerja memuaskan naf-su sang lelaki. Memanfaatkan

kejelitaan yang dianugerahkan. Menghuraikan rambut mayang-nya yang berkarat. Menayangkan susuk badan mahkota perhiasan yang sepatutnya untuk sang sua-mi kelak. Seperti mendapat bisi-kan nyaring di cuping telinga, mereka akur dengan bisikan itu. Tiada siapa yang mampu meng-halangnya. Di siang pula mereka

Perempuan, sihirku

Jalang mata api, kau resap darahku sepertiaku memasuki tubuhmu kelmarin; menghapus bisa semburat. Merasai kekeringan dengan tunas lidahku yang hangus dengan matakabur, tak melihat di mana kau gantungkan air jampi ayat-ayat palsu untuk diteguk keras;membohongiku lagi dan lagi.

Senyummu kuntum mawar di taring serigala; aku tetap akan mengulit cermat belahan garis-garis bibirmu; waktu ia basah, ketika ia kering. Kulitmu, dipermukaan tanganku terasa mulussekali gus dingin logam, menyeramkan.

Apakah kau sedang mengingatkan aku kepada tuhanku, atau sedang ingin memandang ke dalam diriku yang telanjang? Benjolan dilehermu sempat aku rawatitetapi doaku tak didengar; akan kau bawanaik ke ranjang beradu ini malam.

Aku ingin melekapkan tanganku ke tubuhmu; merayap perlahan membawa luka yang belum pernah kau rasakan. Tetapi untuk membayangkan itu sajaaku takut; berundur untuk nanti akan datang lagi melihatmu dalam mimpi. Keningmu adalah dahan rapuh tempat orang sepertiku menggantung diri sebagai korban.

Aku dalam jiwamu, penghuni randuk racun.

Hafiz Hamzah

tidak sedarkan diri. Menghabis-kan sisa yang tertinggal di atas katil. Qada’ waktu tidur yang di-laburkan di malam hari. Gastrik tidak dipedulikan lagi. Sesudahn-ya barulah keluar dari gerabak usang mencari sebungkus dua mee goreng bersalur air panas dan telur ayam. Sudah cukup me-nampung tangki perut mereka yang tidak pernah merasa lapar kerana kembung dengan ber-botol-botol air anggur masam dan berpaket-paket serbuk ber-perisa tepung.

Mereka ini ingin saja melarikan diri dari neraka yang dicipta ma-nusia berhati binatang itu, tetapi tiada pilihan lain. Ugutan menja-dikan mereka setia dengan pe-kerjaan haram itu. Setiap malam mereka berlumba menunggang dosa ke garisan penamat. Mereka-lah juara yang berjaya menyarung pingat emas di badan Adam.

Dia bertukar-tukar pasangan. Ada yang tua ada yang muda. Arus sungai mengabadikan cin-ta sementara mereka yg beral-askan nafsu. Permaidani dosa dibentangkan bagi menyaksikan tayangan filem percuma. Demi sejumlah wang untuk menam-pung carikkan hidup. Tergantung sepenuhnya kepada pekerjaan haram itu. Ibu yang membawa perut ke sana sini seperti ikan kembung itu langsung tidak di-endahkan. Abaikan semua kata-kata nasihatnya. Disalahkan pada didikan walhal diri yang memilih arah yang salah itu. Dia derhaka kepada ibunya. Dimaki dihamun dipersalahkan kerana melahirkan-nya dalam cahaya api pelita min-yak tanah, berbumbungkan zink hitam, berdindingkan kayu repuk,

berlantaikan tikar berlubang. Di-hina kelahirannya, dicaci ketu-runannya, dikeji takdirnya.

Atas desakan hidup Dia lupa diri. Lupa Sang Pencipta. Lupa ibu yang mengandung dan mela-hirkannya. Dia anak derhaka. Ayahnya meninggal dunia kera-na serangan jantung. Dipersalah-kan ibunya yang tidak mampu berbuat apa-apa. Dunia seakan tergantung dengan wang ringgit. Tanpa sekeping kertas bernom-bor berwarna itu hidup seperti tidak dapat diteruskan lagi. Wal-hal sudah ajalnya datang men-jemput walaupun sesaat tidak dapat dicegah. Itulah penyebab Dia bertambah sesat. Dijadikan alasan kematian Pak Din punca segala hal yang terjadi pada dirin-ya sekarang. Mak Enab tidak men-ginginkan duit haram itu untuk pembiayaan perubatannya. Mak Enab hanya ingin Dia berhenti daripada terus menggadaikan mahkotanya kepada lelaki dur-jana di luar sana. Penggadaian yang tidak dapat ditebuskan lagi sampai bila-bila. Masih belum terlambat untuk meninggalkan semuanya di belakang. Hanya dengan pilihan dapat merubah segalanya. Pilihan di tangan send-iri bukan pada orang lain.

“Jangan dibuang anak syurga ni, Dia. Anak ni suci, tiada dosa ke atasnya,” jerit Mak Enab yang hampir tidak memiliki suara lagi. Sudah penat memberi nasihat su-dah penat menahan Dia daripada membuang anaknya itu.

“Anak ni menyusahkan hidup aku. Entah siapa bapanya pun aku tidak tahu. Nanti bila dia sudah besar, ditanya siapa ayahnya? Apa aku nak cakap? Aku sendiri pun

tak tahu,” tengking Dia yang se-makin berkeras untuk membuang darah dagingnya sendiri. Dito-laknya Mak Enab di dapur kayu itu. Terlucut genggaman tangan-nya yang memegang erat cucu pertamanya. Dia melangkah ke-luar rumah membawa anaknya itu. Dia tercari-cari lorong jijik gelap dan jauh dari pandangan orang awam. Diletaknya anak sy-urga itu di dalam sebuah kotak bertilamkan kertas surat khabar cina berlampinkan kain sarung tanpa berbekalkan susu. Anak itu menangis meraung kehausan susu badan ibu. Diseksanya anak syurga itu. Dia berlalu meninggal-kan teriakan anak itu dengan hati yang tidak berperikemanusiaan. Dia dahulunya seorang yang pe-nyayang kini menjadi seekor ma-nusia. Dia tidak penat menabung dosa dari dasar yang cetek hingga meninggi seperti gunung. Satu per satu dosa yang Dia lakukan.

“Anakku... ibu...” ucap Dia tersekat-sekat. Berlumurahan da-rah terpancut-pancut keluar dari mulutnya. Dia dilanggar dengan van sekolah. Berkecai organ-or-gan yang bersalut dengan pes da-rah merah di atas jalan.

“Ampunkan dosa anakku, ya Allah. Ini salahku, tidak mampu memberi kemewahan kepadan-ya. Aku tidak mampu memper-tahankan keluargaku. Aku tidak mampu merawat suamiku, ayah Dia. Aku kerdil ya Allah,” rungut Mak Enab meratap takdirnya. Ti-dak ada apa lagi yang harus dia ratapkan. Semuanya telah tertulis sejak di azali. Mak Enab bersyukur dengan kiriman Dia kepadanya walaupun tidak mampu menyem-purnakan agamanya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 16: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · ini juga dianggap bersejarah kerana buat pertama kalinya pensijilan halal oleh JA-KIM menembusi pasaran Jepun,” katanya dalam kenyataan.

17SelangorKini 25 April - 1 Mei 2019

Gaya Hidup MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NORHAYATI UMOR

Wanita ini mula mencuri per-hatian ramai apabila menjadi pembiak dan pembekal ular.

Siapa sangka sosok kecil dan perwatakan lemah lembut ini mem-punyai minat yang berbeza daripada wani-ta lain.

Sebelum ini, Julia Ismail, 35, tidak pernah mempunyai haiwan peliharaan.

“Saya fikir, jika saya memelihara kucing atau haiwan lain, ia mungkin terlalu biasa.

“Disebabkan saya memang sukakan sesuatu yang lain daripada lain, maka se-bab itu saya membela haiwan yang jarang orang pelihara,” katanya kepada Sela- ngorKini.

Isi masa lapang

Pengamal media itu yang berjinak-jinak memelihara haiwan eksotik sejak enam ta-hun lalu kini menjadikan minat berkenaan sebagai hobi yang mendatangkan hasil.

Katanya, minat itu mula dipenuhi ketika beliau ditukarkan ke Kelantan.

“Jauh dari keluarga, suami dan anak-anak ketika berkhidmat, saya mengambil keputusan untuk serius dalam hobi ini.

“Memandangkan saya memang minat dengan ular sejak di bangku sekolah lagi tetapi emak tidak izinkan masa itu, jadi saya rasa itu tidak menjadi masalah,” katanya.

Julia bersyukur kerana suami turut men-yokong dan memberi keizinan kepadanya untuk serius dalam minatnya itu.

Malah, katanya, jika dahulu be-liau mengendalikan secara

Wanita pembiak ular

Lemah lembut tetapi berani

bersendirian, kini suaminya turut bersama membantu dan mula menunjukkan minat mendalam.

“Waktu berlalu, kini saya gembira kerana suami juga mula meminati hobi ini dan kami bersama-sama menjaga haiwan ini,” katanya.

Ball Phyton ular pertama

Julia berkata, ‘Ball Phyton’ adalah spesies ular pertama yang dibelinya.

“Bila beli dengan penjual, kita akan dapat satu resit pembelian yang disertakan nombor siri.

“Resit itu bawa ke Jabatan Perhilitan un-tuk buat lesen. Jadi beli ular-ular yang perlu berlesen, kena pastikan beli dengan pen-jual yang betul, bagi mengelakkan penjual jual barang seludup,” katanya.

Ia menjadi titik tolak berkembangnya minat itu sehingga beliau kemudiannya membeli spesies kedua iaitu ‘Corn Snake’.

“Bila sudah muka membela seekor ular, saya rasa tidak puas. Jadi saya mula bergaul dengan komuniti pembela ular.

“Di situ saya belajar dan mengenali spe-sies ular lain hingga minat itu menjadi se-makin mendalam.

“Corn Snake ini dibeli kerana ia unik dan di badannya banyak warna, ia buatkan saya tertarik untuk memilikinya,” katanya.

Keterujaan ibu kepada tiga anak itu tidak terhenti di situ dan beliau mula menghabis-kan wang ringgit mengumpul spesies lain.

Memandangkan ular adalah haiwan yang mudah mati, Julia berkata, beliau ter-

paksa membeli ular baharu.“Bila mati, saya akan beli yang baharu,

ada juga yang hilang. Jadi banyak juga duit saya habiskan.

“Paling mahal saya pernah beli dengan harga RM750 seekor,” katanya.

Daripada pembela kepada pembiak

Selepas tiga tahun membela ular, Ju-lia berkata, haiwan itu makin dewasa dan mula mengawan.

Dari situ, katanya, status sebagai pem-bela ular bertukar kepada pembiak ular.

“Pembiakan pertama berjaya meng-hasilkan 20 ekor ular dan menjadi an-tara wanita yang berjaya membiakkan ular.

“Di Malaysia, tidak ramai wani-ta menjadi pembela, lebih-lebih lagi pembiak ular. Maka, sejak pembiakan pertama itu, saya mula menjadi per-hatian,” katanya.

Beliau berkata, perkembangan itu juga membuatkan beliau terus yakin dan beranggapan minat itu tidak sia-sia.

Bekalkan ular kepadakedai haiwan

Julia berkata, anak-anak ular mendapat permintaan tinggi daripa-da peminat haiwan itu.

Katanya, ia boleh dijual pada kadar minimum RM250 seekor.

“Selain menjual kepada individu, saya juga menjadi pembekal kepada kedai haiwan. Sepanjang enam tahun ini, saya mempunyai 30 spesies ular.

“Saya menggunakan kos pen-jagaan yang minimum kerana makanan ular iaitu tikus putih saya juga bela sendiri dan biakkannya,” katanya.

Bila sudah muka membela seekor ular, saya rasa tidak puas. Jadi saya mula bergaul dengan komuniti pembela ular. Di situ saya belajar dan me- ngenali spesies ular lain hingga minat itu menjadi semakin mendalam

JULIA ISMAIL

(Atas)Antara spesies Corn Snake yang dipelihara Julia (Kiri) Mexican Black King Snake

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 17: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · ini juga dianggap bersejarah kerana buat pertama kalinya pensijilan halal oleh JA-KIM menembusi pasaran Jepun,” katanya dalam kenyataan.

18PBT

SelangorKini 25 April - 1 Mei 2019

OLEH IZRIN MOHAMAD SAID

PETALING JAYA - i-Play Park, sebuah taman rekreasi semula jadi yang ter-letak di Damansara Damai kini men-jadi tarikan terbaharu orang awam khususnya warga Petaling Jaya.

Taman reakreasi berkonsepkan “People’s Park” itu merangkumi ke-luasan 19.64 hektar bagi menam-pung keperluan aktiviti riadah dan reakreasi.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Sayuthi Bakar berkata, taman rekreasi itu boleh dimanfaatkan un-tuk meningkatkan gaya hidup sihat dan interaksi sosial dalam kalangan penduduk.

“Secara tidak langsung, kewu-judan i-Play Park meletakkan ia se-bagai contoh satu kediaman yang menerapkan nilai kekeluargaan, ke-selamatan dan kesihatan.

“Penambahbaikan daripada sudut reka bentuk semula kemu-dahan dan susun atur di sini adalah

Tampung keperluan riadah

i-Play Park tarikan terbaharu Damansara Damai

hasil sumbangan idea penduduk untuk membangunkan taman rekreasi ini.

“Justeru, saya berharap pen-duduk setempat mengambil kesempatan ini untuk menarik pen-gunjung luar bagi menjalankan ak-tiviti sihat dan bermanfaat di sini,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peras-mian Program Mesra Rakyat DUN Bukit Lanjan, di sini, pada 21 April lalu.

Hadir sama, Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong Keat Ping; Timbalan Datuk Bandar Peta-ling Jaya, Johary Anuar; Ahli Majlis Zon Satu MBPJ, G Suriase dan Pe-ngarah Jabatan Pembangunan Ke-masyarakatan, Aznan Hassan.

Sementara itu, Elizabeth berka-ta, kerjasama semua diperlukan un-tuk menjaga taman rekreasi itu dan menambahbaik kemudahan yang diperlukan penduduk untuk man-faat jangka panjang.

PETALING JAYA - Majlis Banda-raya Petaling Jaya (MBPJ) berjaya menggondol Anugerah Inisiatif Hi-jau di Malam Gala Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) bersem-pena dengan Anugerah Landskap Arkitek Malaysia (MLAA) di New World Hotel, Petaling Jaya, pada 20 April lalu.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Sayuthi Bakar berkata, penerimaan anugerah itu berikut-an kejayaan MBPJ melaksanakan projek perintis ‘Kebun Kita’ iaitu projek soup kitchen (dapur umum) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seksyen 8, Kota Damansara.

Katanya, projek itu adalah usa-hasama MBPJ, badan bukan kera-jaan, pihak swasta dan penduduk kawasan sekitar yang membantu membangunkan kawasan lapang terbiar (tanah tandus) kepada se-

buah kebun komuniti.“Kebun Kita adalah usaha MBPJ

untuk meningkatkan tahap ke-hidupan dan suasana perseki-taran masyarakat.

“MBPJ menggalakkan aktiviti pelbagai jenis penanaman yang dapat menjana hasil seterusnya menghilangkan beban teruta-manya ketika menangani kenaikan harga barangan keperluan harian yang tidak menentu,” katanya yang hadir menerima anugerah terbabit dalam majlis berkenaan.

Menerusi projek itu, Sayuthi berkata, pelbagai jenis sayuran berjaya ditanam secara organik.

“Sejumlah 20 peratus ha-sil tanaman itu digunakan bagi menjayakan projek ‘soup kitch-en’ dan diberikan kepada golo-ngan miskin yang memerlukan,” katanya.

MBPJ gondol Anugerah Inisiatif Hijau

PETALING JAYA - Majlis Banda-raya Petaling Jaya (MBPJ) me- nganjurkan Program Mesra Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan, sempena sambutan Hari Bumi Sedunia, di Dewan Ko-muniti Damansara Damai, pada 19 April lalu.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Sayuthi Bakar berkata, pro-gram itu mampu mampu mewu-judkan hubungan kejiranan yang harmoni selain memberi manfaat kepada penduduk di kawasan berkenaan.

“Program sebegini dapat mengeratkan silaturahim antara

Program mesra rakyat medium dekati masyarakat

KUALA LUMPUR - Dua premis hi-buran diserbu penguat kuasa Ma-jlis Perbandaran Selayang (MPS) kerana beroperasi tanpa lesen sah, dalam satu operasi bersepa-du, pada 19 April lalu.

Timbalan Yang Dipertua MPS, Datuk Dr Juhari Ahmad berkata, pihaknya juga menyita pelbagai barangan premis seperti kerusi, meja dan peralatan audio.

“Beberapa sofa, puluhan meja dan kerusi, beberapa peralatan au-dio seperti monitor dan televisyen merupakan antara peralatan-per- alatan biasa yang digunakan dalam premis-premis ini untuk digunakan bagi aktiviti hiburan.

“Selain itu, kita mendapati, satu daripada premis yang diserbu tu-rut memperagakan model-model wanita (di atas pentas). Saya per-caya mereka terdiri daripada war-ga asing. Namun, ia di luar bidang kuasa kita dan tindakan hanya di-ambil berdasarkan akta di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat MPS, di sini.

Katanya, dua premis berke-naan telah beroperasi sejak lapan tahun lalu dan pernah diserbu pi-haknya beberapa kali, namun pre-mis berkenaan masih berdegil dan meneruskan perniagaan mereka selepas diserbu pihak berkuasa.

Juhari berkata, premis-premis yang diserbu pernah mempunyai lesen (perniagaan) namun dibatal-kan kerana melanggar syarat-syarat lesen perniagaan seperti menggaji pekerja asing asing tan-pa permit yang sah.

“Apabila terlalu kerap melang-gar syarat-syarat lesen perniagaan, tindakan terakhir adalah membuat serbuan dan menyita barang-ba-rang perniagaan,” katanya.

Dua premis berkenaan dikena-kan kompaun sebanyak RM25,000 dibawah Sek. 6(1), Enakmen Hi-buran dan Tempat-tempat Hi-buran 1995 (Mengadakan Tempat Hiburan Tanpa Lesen). - BERNAMA

MPS serbu premis hiburan tanpa lesen

jiran blok perumahan supaya me-reka mengenali antara satu sama lain dan akhirnya mengikatkan

ukhwah persahabatan lebih erat.“Kita berharap program sama

akan diteruskan pada masa hada-pan,” katanya ketika merasmikan program itu, di sini.

Hadir sama, Ahli Dewan Ne-geri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong Keat Ping; Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Johary Anuar; Ahli Majlis Zon Satu MBPJ, Suriase A/L Gengiah dan Pengarah Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, Aznan Hassan.

Katanya, program itu juga adalah salah satu tanggungjawab sosial dan kemasyarakatan MBPJ terhadap komuniti setempat.

Program sebegini dapat mengeratkan silaturahim antara jiran blok perumahan supaya mereka mengenali antara satu sama lain dan akhirnya mengikatkan ukhwah persahabatan lebih erat

MOHD SAYUTHI BAKARDatuk Bandar Petaling JayaEDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 18: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · ini juga dianggap bersejarah kerana buat pertama kalinya pensijilan halal oleh JA-KIM menembusi pasaran Jepun,” katanya dalam kenyataan.

19SelangorKini 25 April - 1 Mei 2019

PBT MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) menempa sejarah tersendi-ri apabila mendapat pengiktirafan ‘The Malaysian Book of Records’ (MBOR), selepas menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) perta-ma memanfaatkan sistem informa-si ‘Chatbot’ melalui aplikasi SMART MPKlang.

Sijil pengiktirafan itu disampai-kan Pengurus Acara dan Komuni-kasi Korporat MBOR, Aaron Bong kepada Yang Dipertua MPK, Dato’ Mohamad Yasid Bidin, sambil di-saksikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kama-ruddin.

Mohamad Yasid berkata, sistem dikenali sebagai Saluran Maklumat Rakyat MPK itu adalah mekanisme diguna pakai pihaknya bagi mem-bolehkan penyaluran informasi, selain menjalin hubungan lebih mesra bersama rakyat secara dalam

talian.“Kita adalah salah satu PBT yang

melancarkan ‘Chatbot’ dan boleh berinteraksi dengan masyarakat se-tempat secara terus, bahkan sistem SMART MPKlang adalah ibu kepada semua sistem yang ada di sini.

“Apabila siap nanti, bermakna semua program atau perkara yang mempunyai teknologi maklumat boleh dilihat melalui ‘Chatbot’ berkenaan. Misalnya, pengguna boleh membayar kompaun dan menyemak kompaun atau cukai tertunggak.

“Malah, kepada orang luar yang berminat untuk tahu berkenaan pelancongan mahupun tempat menarik di Klang, mereka boleh semak melalui SMART MPKlang,” katanya.

Beliau berkata demikian keti-ka ditemui pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 dan Penghargaan Kepada Pesara MPK, di Dewan Hamzah, di sini, pada 19

April lalu.Turut hadir, Orang Besar Da-

erah Klang, Dato’ Abdul Ghani Pateh Akhir dan Setiausaha MPK, Adi Faizal Ahmad Tarmizi.

Pada masa sama, Mohd Yasid berkata, pihaknya juga akan meng-gabungkan Smart Parking bersa-ma SMART MPKlang dengan proses pembangunan setakat ini sudah siap 30 peratus.

“Sehingga kini, terdapat 16,000 pengikut dan selepas meng-gabungkan semua termasuk pencukai, saya yakin kita akan memperoleh lebih sejuta rakan yang akan turut serta dalam ‘Chat-bot’ itu.

“Kita berhubung terus kepada pelanggan yang ada di Klang. Jika terdapat sebarang maklumat, kita terus boleh sampaikan melalui ‘Chatbot’ dan apabila kita hantar kepada penerima, mereka akan dapat maklumat berkenaan,” ka-tanya.

PBT pertama manfaat sistem

Aplikasi ‘Chatbot’ cipta rekod negara

KLANG - Seramai 130 warga kerja Majlis Perbandaran Klang (MPK) menerima Anugerah Perkhid-matan Cemerlang 2018 dalam satu majlis yang diraikan di Dewan Hamzah, di sini, pada 19 April lalu.

Majlis yang berlangsung dalam suasana gilang-gemilang itu di-sempurnakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan dihadiri Yang Di-pertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin.

Mohamad Yasid berkata, aca-ra tahunan itu bagi mengiktiraf dan menghargai komitmen kaki-tangan yang menunjukkan dedi-kasi serta kecemerlangan dalam melaksanakan tugasan selain tanggungjawab diamanahkan.

“Kesemua mereka dinilai ketua jabatan masing-masing dan mem-peroleh markah penilaian tinggi daripada segi disiplin, sumbangan serta kemahiran kerja.

“Anugerah seumpama ini akan dapat memberi motivasi kepa-da kakitangan MPK untuk terus berkhidmat dengan lebih cemer-lang pada masa akan datang,” ka-tanya.

Pada masa sama, katanya, se-ramai lapan kakitangan berlainan jabatan turut menerima An-ugerah Khas YDP atas kerja keras menggembleng kudrat demi me-macu pembangunan di Klang.

“Lapan peserta pilihan dalam

��� terima Anugerah Cemerlang

KLANG - Pantas bertindak terha-dap aduan persekitaran dikemuka-kan penduduk, selain pengurusan sisa pepejal dengan baik berjaya melonjakkan nama Dawari Daud sebagai salah seorang penerima Anugerah Khas Yang Dipertua Maj- lis Perbandaran Klang (MPK), pada 19 April lalu.

Pengarah Perkhidmatan Persekitaran di Jabatan Kesihat-an Persekitaran MPK itu antara lapan penerima yang merang-kul anugerah berkenaan dalam satu majlis diadakan di Dewan Hamzah, di sini.

Beliau ketika ditemui melahir-

kan rasa gembira dan bersyukur kerana tidak menyangka pihak pengurusan MPK memilihnya se-bagai penerima anugerah terbabit.

Berkongsi kisah di sebalik ke-jayaan itu, Dawari, 53, berkata, wa-laupun pengurusan sisa pepejal diserahkan kepada KDEB Waste Management, namun beliau ma-sih memantau operasi kontraktor dilantik melalui pemantauan se-cara efektif.

“Sepanjang berkhidmat di MPK selama 23 tahun, saya terbabit se-cara langsung untuk kerja pem-bersihan di seluruh Klang.

“Harapan saya supaya

menjelang 2020, daerah Klang be-bas daripada sampah longgok dan memastikan kebersihan perseki-taran berada pada tahap terbaik.

“Kita akan cuba tingkatkan sebaik mungkin dan berusaha mewujudkan kesedaran kepada rakyat Klang berhubung kepen-tingan menjaga kebersihan,” ka-tanya yang mula berkhidmat di pihak berkuasa tempatan itu se-jak 1996.

Sementara itu, seorang lagi penerima, Zailani Banot, turut mengungguli anugerah berke-naan selepas menggalas pe-ranan sebagai fasilitator yang

banyak memberi galakan dalam mengembangkan potensi inova-si di MPK.

Selain sikap keterbukaan kepa-da kakitangan, Timbalan Penga-rah Perancang Bandar dan Desa itu berjaya membawa nama MPK sehingga ke peringkat antara-bangsa melalui beberapa projek inovasi.

Katanya, sepanjang ber- khidmat hampir 32 tahun, beliau mendapat sokongan dan ker-jasama erat daripada kakitangan serta pihak pengurusan MPK se-hingga memberi hasil cukup baik terhadap jabatan terbabit.

“Tahun lalu kami menerima banyak anugerah untuk mereali-sasikan Klang ke arah bandar ren-dah karbon, bandar selamat dan ‘smart city’.

“Tanpa bantuan dan kerjasa-ma daripada mereka serta perge-rakan secara berpasukan, kita tidak akan dapat kejayaan se-perti ini.

“Paling penting seronok beker-ja dalam organisasi dan galakan daripada peringkat pengurusan yang menyokong untuk mem-perkenalkan MPK bukan sahaja di kaca mata negara, bahkan an-tarabangsa,” katanya.

Kesungguhan Dawari, Zailani diiktiraf

kalangan ahli majlis ini adalah mereka yang sentiasa menjalan-kan tugas dan berhubung rapat serta membantu setiap urusan,” katanya.

Seramai 40 pesara MPK yang banyak menabur bakti dan budi sepanjang tempoh perkhidmatan di pihak berkuasa tempatan berke-naan turut diberi penghargaan.

Manakala, 10 wakil kakita- ngan MPK yang sudah kembali ke rahmatullah diberi penghargaan sebagai tanda memperingati sum-bangan dicurahkan.

Kesemua mereka dinilai ketua jabatan masing-masing dan memperoleh markah penilaian tinggi daripada segi disiplin, sumbangan serta kemahiran kerja. Anugerah seumpama ini akan dapat memberi motivasi kepada kakitangan MPK untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang pada masa akan datang

MOHAMAD YASIDYang Dipertua MPK

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 19: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · ini juga dianggap bersejarah kerana buat pertama kalinya pensijilan halal oleh JA-KIM menembusi pasaran Jepun,” katanya dalam kenyataan.

20Pendidikan

SelangorKini 25 April - 1 Mei 2019

OLEH NADIAH ZAMLUS

SEPANG - Pelajar cemerlang Sijil Tinggi Aga-ma Malaysia (STAM), Muhammad Alif Haikal Zulkefli, 19, gembira apabila diberi pelu-ang melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir, melalui Biasiswa Dato’ Menteri Besar tahun ini.

Bekas pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam itu berkata, peluang terbabit dirasakan sep-erti bulan jatuh ke riba apabila hanya beliau bersama dua lagi pelajar lain yang berjaya mendapat biasiswa berkenaan.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana akhirnya impian saya untuk mempe-lajari Bahasa Arab ke universiti luar negara akhirnya tercapai.

“Impian saya adalah untuk ‘membedah’ kitab Bahasa Arab yang mungkin menjadi sumber ilmu kepada manusia sejagat. Teri-ma kasih Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari,” katanya kepada SelangorKini.

Anak sulung daripada tiga beradik ini turut gembira apabila pembelajarannya di Timur Tengah selama empat tahun akan di-

PUTRAJAYA - Usaha meningkatkan tahap pendidikan dalam kalangan pelajar Orang Asli masih menjadi agenda utama kerajaan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, usaha itu perlu dipergiat dengan kerjasama pelbagai pihak melalui penambahan infrastruktur pendidikan dan penerapan terhadap kempen kesedaran mengenai kepentingan pendidikan.

“Kesedaran dan perubahan ini perlu ber-mula di peringkat rumah lagi, iaitu dalam kalangan ibu bapa masyarakat Orang Asli,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Orang Asli Kebangsaan 2019 di Pusat Kon-vensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, pada 22 April lalu.

Katanya, sehingga kini terdapat 1,090 pe-lajar Orang Asli yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam pelbagai jurusan, selain yang berjaya melan-jutkan pelajaran di universiti luar negara pada peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.

“Jumlah ini memberi isyarat kepada kera-jaan bahawa masyarakat Orang Asli sudah sedar mengenai pentingnya pendidikan,” katanya.

Dr Mahathir berkata pencapaian tinggi pelajar Orang Asli, turut menghantar isyarat bahawa masyarakat itu sudah bersedia dan mempunyai pemimpin dan cerdik pandai untuk tampil ke hadapan, bagi memain-kan peranan yang lebih besar dan utama di dalam merangka hala tuju masyarakat itu dan negara.

“Pencapaian mereka yang amat meng-galakkan pasti terhasil dari kegigihan dan kerja kuat mereka sendiri. Tetapi ia juga memberi galakan kepada kerajaan bahawa dasar-dasar yang diperkenal berjaya mem-bantu menghasil pelajar cemerlang terse-but,” katanya.

Bagi memastikan sasaran setiap Orang Asli menerima pendidikan secara formal di-

capai, beliau berkata kerajaan akan terus membantu pelajar Orang Asli melalui Skim Bantuan Galakan Pendidikan yang telah di-laksanakan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Dalam aspek pembangunan insfrastruk-tur perkampungan Orang Asli, Dr Mahathir berkata kerajaan sentiasa memberi perha-tian terhadap projek-projek melibatkan bekalan elektrik dan air terawat, pembi-naan jalan serta pembangunan perumahan.

Mengikut statistik terkini, katanya kera-jaan telah menyediakan kemudahan jalan kampung sebanyak 84 peratus, bekalan ele-ktrik (80 peratus), bekalan air (79 peratus) dan 82 peratus Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) daripada keseluruhan 853 buah perkampungan Orang Asli yang berdaftar di seluruh Semenanjung Malaysia.

“Kerajaan komited dengan projek pem-bangunan ini dan diharapkan kesemua kemudahan tersebut akan disediakan sepenuhnya 100 peratus, sekali gus dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli di seluruh negara,” katanya.

Dr Mahathir berkata, kerajaan juga beru-saha meningkatkan taraf hidup masyara-kat itu melalui penjanaan pendapatan yang tetap dan stabil di bawah program dirangka untuk memperkasa usahawan Orang Asli.

Katanya, program-program itu akan di-integrasikan bersama projek ekonomi sedia ada, melalui latihan dan bimbingan ber-tujuan membangunkan eko-pelancongan atau agro pelancongan Orang Asli.

“Saya yakin sektor eko-pelancongan atau agro pelancongan Orang Asli mampu mem-bangunkan ekonomi masyarakat ini, me-lalui penyediaan peluang pekerjaan yang secara langsung akan dapat menambah pendapatan kepada pembuat kraftangan, pengeluar produk hiliran berasaskan hutan dan seterusnya menggalakkan masyarakat terutamanya golongan belia untuk mence-buri bidang keusahawanan,” katanya.

Perdana Menteri berkata, setiap gerak kerja dan usaha pembangunan yang se-dang dilaksana dan akan dilaksana kerajaan ke arah membangunkan masyarakat Orang Asli, adalah sejajar dengan Pendekatan Be-

rasaskan Hak Asasi Manusia (PBHAM).Dr Mahathir berkata, pendekatan itu ber-

tujuan memastikan setiap program pemban-gunan dan kebajikan yang dirancang akan memberi faedah kepada masyarakat itu, den-gan tidak mengenepikan kepentingan dan memelihara perkara-perkara asas berkaitan mereka melalui prinsip berasaskan Maklu-man Awal, Bebas dan Telus (IMABT).

“Ini amat penting bagi kerajaan agar se-tiap dasar yang akan dibangunkan kelak, telah mengambil kira kepentingan masyara-kat Orang Asli Semenanjung Malaysia yang terdiri daripada 18 suku kaum,” katanya.

Dr Mahathir berkata, beberapa langkah yang dirasakan perlu untuk menaik taraf dan memperkasakan JAKOA juga sedang dipertimbangkan dengan teliti, supaya jabatan itu lebih berkesan dalam melak-sanakan tanggungjawab memaju, menaik taraf serta menjaga kepentingan masyara-kat Orang Asli.

Katanya, langkah itu adalah komitmen kerajaan untuk menunaikan Janji 38 di dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH), iaitu un-tuk Membela Nasib Orang Asal dan melak-sanakan perubahan demi kepentingan dan kelangsungan hidup masyarakat Orang Asli.

Perdana Menteri berkata, kerajaan telah mengambil langkah meletakkan jabatan itu yang sebelum ini di bawah Kemente-rian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) di bawah seliaan Senator P. Waytha Moorthy untuk mengoptimumkan penggunaan sumber, serta menetapkan hala tuju dan fungsi yang bersesuaian dengan peranan jabatan itu.

Oleh itu, Dr Mahathir berharap konven-syen itu, dapat mencapai resolusi yang bo-leh terus memajukan masyarakat Orang Asli, selain membantu kerajaan memaha-mi masalah-masalah mereka dan pendeka-tan serta tindakan untuk menanganinya. –BERNAMA

Pelajar cemerlang STAM ke Mesir

Gembira terima biasiswa MB

tanggung sepenuhnya.Katanya, beliau memilih untuk menyam-

bung pelajaran dalam bidang Bahasa Arab di Mesir bagi menimba lebih banyak ilmu pengetahuan.

“Memang saya boleh belajar Bahasa Arab di Malaysia sahaja, tetapi apa yang lebih penting ialah saya mahukan pengalaman

bertemu dengan masyarakat luar.“Saya akan cuba terbaik dalam pelajaran

dan akan cuba berkhidmat kembali kepada rakyat Selangor,” katanya.

Muhammad Alif bersama 133 pelajar dari Selangor berlepas ke Mesir bagi menyam-bung pelajaran di Universiti Al-Azhar, pada 19 April lalu.

Majlis pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu tu-rut diiringi Timbalan Pengarah Operasi Ja-batan Agama Islam Selangor (JAIS), Salwana Ahmad Dahlan; Pegawai Penyelaras Lem-baga Zakat Selangor, Abdul Basith Hamid dan Ketua Sektor Akademik Bahagian Pen-didikan JAIS, Muhamad Asmadi Mustakim.

Tingkat pendidikan Orang Asli agenda utama

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 20: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · ini juga dianggap bersejarah kerana buat pertama kalinya pensijilan halal oleh JA-KIM menembusi pasaran Jepun,” katanya dalam kenyataan.

21SelangorKini 25 April - 1 Mei 2019

Agama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

25 Khamis 5:39 5:49 7:05 1:17 4:32 7:23 8:34 26 Jumaat 5:39 5:49 7:05 1:17 4:32 7:23 8:34 27 Sabtu 5:39 5:49 7:05 1:16 4:32 7:23 8:34 28 Ahad 5:38 5:48 7:04 1:16 4:33 7:23 8:34 29 Isnin 5:38 5:48 7:04 1:16 4:33 7:23 8:34 30 Selasa 5:38 5:48 7:04 1:16 4:33 7:23 8:34 01 Rabu 5:37 5:47 7:04 1:16 4:34 7:23 8:34

25 Khamis 5:37 5:47 7:04 1:14 4:29 7:20 8:31 26 Jumaat 5:37 5:47 7:04 1:14 4:30 7:20 8:31 27 Sabtu 5:36 5:46 7:03 1:14 4:30 7:20 8:31 28 Ahad 5:36 5:46 7:03 1:14 4:30 7:20 8:31 29 Isnin 5:36 5:46 7:03 1:13 4:30 7:20 8:31 30 Selasa 5:35 5:45 7:03 1:13 4:31 7:20 8:31 01 Rabu 5:35 5:45 7:02 1:13 4:31 7:20 8:31

25 Khamis 5:38 5:48 7:05 1:15 4:30 7:20 8:31 26 Jumaat 5:38 5:48 7:05 1:14 4:31 7:20 8:31 27 Sabtu 5:38 5:48 7:04 1:14 4:31 7:20 8:31 28 Ahad 5:37 5:47 7:04 1:14 4:31 7:20 8:31 29 Isnin 5:37 5:47 7:04 1:14 4:31 7:20 8:31 30 Selasa 5:37 5:47 7:04 1:14 4:32 7:20 8:31 01 Rabu 5:36 5:46 7:04 1:14 4:32 7:20 8:31

25 April - 1 Mei 201919 - 25 Syabaan 1440

OLEH IZRIN MOHAMAD SAID

SHAH ALAM - Sebagai persediaan menyam-but kedatangan Ramadan, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor melalui Tang-gungjawab Sosial Korporat (CSR) berjaya menganjurkan program Nisfu Sya’ban, di Bangunan Selangor Darul Ehsan, pada 22 April lalu.

Ketua Pegawai CSR MBI, Mohd Jaafarudin Md Ali berkata, program yang dihadiri kakitan-gan MBI itu bertujuan menyuntik semangat mereka di bulan Ramadan, sekali gus mem-beri penekanan terhadap aspek kerohanian.

“Pada masa sama, ia dapat mengem-balikan emosi yang baik bagi menyambut kedatangan Ramadan dan meraikan ahli keluarga kakitangan MBI.

“Saya menzahirkan rasa gembira kerana program anjuran kali kedua ini mendapat sambutan menggalakkan walaupun ia dia-dakan selepas waktu pejabat,” katanya pada Program Nisfu Sya’ban Countdown Ramadhn di Bangunan Selangor Darul Ehsan, di sini.

Jaafaruddin berkata, ekoran sambutan memberangsangkan, pihaknya bercadang menjadikannya sebagai program tahunan.

“Pada Ramadan akan datang, kami akan melipat ganda tazkirah khususnya kepada kakitangan wanita supaya mereka mendapat pengisian bermanfaat.

“Saya berharap program ukhuwah ini berterusan dan sentiasa memberi sokon-

TASEK GELUGOR - Kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya satu Parlimen mempu-nyai satu program Masjid Rahmah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Da-tuk Seri Dr Mujahid Yusof ber-kata, mana-mana masjid sedia ada yang mengamalkan ciri-ciri RAHMAH (ramah, aman, harmoni, mesra, a’lamin dan hormat) boleh diiktiraf sebagai Masjid Rahmah.

Beliau berkata, program mas-jid rahmah itu adalah sebaha-gian daripada dasar rahmatan lil a’lamin ke arah mewujudkan sebuah negara rahmah.

“Kami sedang mengadakan jelajah di seluruh negara untuk menyampai-kan dasar ini. Alhamdulillah, sambutannya amat menggalakkan dan dengan harapan kita dapat membebaskan masjid daripada cengkaman kepuakan, kekelompokan juga kepartian.

“Masjid akan menjadi sebuah institusi ummah yang bebas daripada segala ke-pentingan dan menjadi sebuah masjid yang hanya menyampaikan kebaikan dan berlumba-lumba atas kebajikan kepada se-luruh masyarakat yang ada di sekeliling,” katanya kepada pemberita selepas meras-mikan program Masjid Rahmah di Masjid

Simpang Empat, Permatang Buloh, di sini, pada 22 April lalu.

Mujahid berkata, setakat ini pihaknya sudah mengadakan jelajah di Wilayah

Persekutuan, Kedah dan Pulai Pinang.

“Saya berharap sebelum puasa kami dapat pergi dua negeri lagi iaitu Melaka dan Johor,” katanya.

Sementara itu, mengulas ber-hubung program pelancaran buku dan forum “Wanita Mus-lim dan Tudung” yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, Mujahid berkata buku terbabit sudah disiasat oleh Ja-

batan Agama Islam Selangor (JAIS).Beliau berkata, perkara itu di bawah bi-

dang kuasa JAIS dan jabatan itu sedang menjalankan siasatan lanjut.

Mujahid turut menasihatkan mana-mana penganjur yang ingin mengadakan program supaya menjaga sensitiviti kaum terutama membabitkan agama Islam.

Carian di Twitter mendapati program itu berkisar perkongsian pengalaman wanita bertudung sebelum menemui dunia ba-haru tanpa tudung yang dilihat mendapat maklum balas negatif daripada netizen. -BERNAMA

Program Nisfu Sya’ban MBI

Suntik semangat kerohanian kakitangan

gan kepada Musolla Al-Husna,” katanya.Program yang diadakan dari jam 5.30

petang hingga 8 malam itu turut dimeriah-kan dengan kehadiran barisan pendakwah terkenal iaitu Muhammad Syaari Abdul Rah-man dan Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan.

Satu Parlimen satu Masjid Rahmah

LANDASAN LUMAYAN SDN BHD (989368-H)(SYARIKAT DI BAWAH KUMPULAN MBI)

TAWARAN TERBUKA

1. Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang dimiliki 100% oleh rakyat tempatan dan masih sah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred 7 dan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) (Kod 080101) untuk mengambil bahagian di dalam projek berikut :-

CADANGAN PEMBANGUNAN TAMAN REKREASI MANGROVE POINT DI DALAM FASA 1 SELANGOR MARITIME GATEWAY (SMG) DI ATAS LOT 13 DAN SEBAHAGIAN TANAH RIZAB SUNGAI DI KAWASAN 14,

42000 PELABUHAN KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN

Tender No: LLSB/SMG/MP-01/2019

2. Lawatan ke tapak adalah DIWAJIBKAN dan hanya kontraktor yang menghadiri lawatan tapak dibenarkan membeli dan mengemukakan Dokumen Tender. Kontraktor hendaklah melapor-kan diri pada hari Khamis, 2hb. Mei 2019 jam 10.00 pagi di Pejabat Renjer Hutan Pelabu-han Klang, No. 1553, Kompleks Perumahan Sungai Dua, Jalan Pelabuhan Utara, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor (Coordinate: 3°01'10.0"N, 101°22'47.4"E). Wakil perlu mem-bawa Cop Syarikat ke lawatan tapak untuk urusan pendaftaran.

3. Segala butir dan Dokumen Tender boleh dilihat bermula dari 9hb Mei 2019 dan hanya boleh dibeli dan diambil semasa waktu pejabat dari pukul 10.00 pagi sehingga 6.00 petang di AI Kon-sult, #43-3-1, Ai Haus, Jalan Puteri 4/1, Boulevard 1, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor, mulai dari 16hb Mei 2019 sehingga 23hb Mei 2019.

4. Kontraktor yang ingin membeli Tender di atas adalah dikehendaki menyediakan surat pengir-ing dan menyediakan bayaran dalam bentuk draf bank berharga RM 2,000.00 yang dibuat atas nama Landasan Lumayan Sdn Bhd sebagai bayaran Dokumen Tender.

5. Dokumen Tender hanya akan dijual kepada wakil kontraktor yang diberi kuasa atau wakil yang mempunyai surat wakil kuasa yang ditandatangani oleh kakitangan syarikat yang layak. Wakil kontraktor juga diwajibkan membawa dokumen yang telah Disahkan Benar seperti berikut: -

i Sijil Pendaftaran Kontraktor Gred 7 CIDB ii Sijil Pendaftaran Kontraktor (Kod 080101) KKM iii Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)

6. Tender ini akan ditutup pada hari Isnin, 17hb Jun 2019. Dokumen Tender hendaklah dihan-tar kepada Landasan Lumayan Sdn Bhd, Level G, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah Seksyen 14,40000 Shah Alam tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada hari tersebut.

7. Sebarang pertanyaan sila hubungi Landasan Lumayan Sdn Bhd di talian 03-5513 8898.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 21: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · ini juga dianggap bersejarah kerana buat pertama kalinya pensijilan halal oleh JA-KIM menembusi pasaran Jepun,” katanya dalam kenyataan.

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 25 April - 1 Mei 2019

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Kelab Wanita In-spirasi Shah Alam (WISH) mampu menjadi landasan bagi men-gangkat martabat golongan itu dalam bidang ekonomi melalui pelbagai aktiviti perniagaan.

EXCO Pembangunan Usaha-wan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rod-ziah Ismail berkata, kelab berke-naan turut menyediakan latihan kepimpinan kepada golongan wanita.

“Kita mahu memberdayakan wanita dalam semua aspek khas-nya ekonomi dengan membabit-kan lebih ramai wanita sebagai usahawan.

“Selain itu, WISH juga mene-rapkan latihan kepimpinan ke-pada ahlinya bagi melahirkan golongan bukan sahaja berilmu tetapi mampu memimpin ma-syarakat,” katanya ketika me-lancarkan Kelab WISH, di Hotel Accapella, di sini, baru-baru ini.

Ahli Dewan Negeri Batu Tiga itu berkata, walaupun kelab

SHAH ALAM - Golongan miskin di Selan-gor terus menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan untuk meningkatkan taraf ekonomi masing-masing.

EXCO Pembangunan Usahawan, Pem-bangunan Luar Bandar, Desa dan Kam-pung Tradisi, Rodziah Ismail berkata, bantuan itu meliputi pelbagai aspek seperti kepakaran teknikal, modal serta peralatan.

Bagaimanapun katanya, bantuan kera-jaan semata-mata tidak mencukupi jika golongan itu tidak berusaha keras untuk memajukan diri sendiri.

“Sasaran kerajaan adalah tidak mahu ada sesiapa tertinggal di belakang dalam kita mengejar arus kemajuan negara yang semakin mencabar ini,” katanya ke-tika melancarkan Kelab WISH di Hotel Ac-capella, di sini, baru-baru ini.

Rodziah berkata, ketika ini sebilan-gan besar bantuan disalurkan kepada masyarakat Melayu ekoran 75 peratus golongan miskin terdiri daripada kelom-

Kelab Wanita Inspirasi Shah Alam

Sedia latihan kepimpinan, tingkat ekonomi

yang diilhamkannya itu baru sahaja di-tubuhkan, namun ia berjaya mengan-jurkan beberapa program bermanfaat kepada wanita dan masyarakat.

Katanya, kejayaan itu sekali gus mem-beri semangat kepada kepimpinan WISH untuk menganjurkan pelbagai program

lain bagi memberdaya wanita.“Keahlian WISH dibuka untuk wanita

yang menetap di Shah Alam tetapi saya percaya wanita di daerah lain juga boleh mencontohi WISH dengan menubuhkan kelab seumpamanya, di daerah masing-masing,” katanya.

Terus bantu golongan miskin

Sasaran kerajaan adalah tidak mahu ada sesiapa tertinggal di belakang dalam kita mengejar arus kemajuan negara yang semakin mencabar iniRODZIAH ISMAILEXCO Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi

pok terbabit.“Sehingga kini, walaupun pelbagai

bantuan diberikan tetapi masih belum berjaya mencapai sasaran yang diharap-kan,” katanya.

Pada masa sama, Ahli Dewan Negeri Batu Tiga itu berkata, kerajaan juga me-mastikan kebajikan kaum lain mendapat pembelaan sewajarnya.

@ k o t a d a m a n s a r a s i a p p a d a q 1 2 0 2 0

(03) 6419-9888EMPORIS SDN BHD 773888-M

WWW.EMPORIS.COM.MY [email protected]

SCLAND GALLERY @ EMPORISR18, Wisma SCland, Emporis Kota DamansaraPersiaran Surian, 47810 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Pemaju: Emporis Sdn Bhd (773888-M) • Nama Perumahan: Emporis • No. Lesen Pemaju: 14162-1/11-2019/03017 (L) • Tempoh Sah: 14/11/2018 - 13/11/2019 No. Permit Iklan: 14162-1/11-2019/03017 (P) • Tempoh Sah: 14/11/2018 - 13/11/2019 • Pegangan Tanah: Komersil, pajakan 99 tahun tamat 27 Disember 2109 Sekatan: Tanah Ini boleh dipindahmil ik , dipajak atau digadai setelah mendapat kebenaran pihak berkuasa negeri • Gadaian: Publ ic Bank Berhad Tarikh Jangka Siap: Disember 2020 • Harga Jualan: Rm592,000(Min)-Rm1,085,700(Mak) • Bilangan Unit: 616 Unit • Pihak berkuasa yang meluluskan pelan bangunan: Mbpj • No. Pelan Bangunan: Mbpj/120100/T/P10/247/2015 • 10% Diskaun untuk bumiputera • Jenis Pemajuan: 28 tingkat pangsapuri perkhidmatan • Alamat: Emporis Kota Damansara, Persiaran Surian, 47810 Petaling Jaya. Selangor Darul Ehsan • Iklan ini telah diluluskan oleh Jabatan Perumahan Negara. Semua maklumat spesifikasi, perspektif, artikel dan rancangan-rancangan yang terkandung dalam bahan dicetak ini adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak berkuasa atau perunding projek pemaju dan tidak boleh menjadi sebahagian daripada mana-mana atau kontrak.

BUMIPUTERADISKAUN

10%EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 22: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · ini juga dianggap bersejarah kerana buat pertama kalinya pensijilan halal oleh JA-KIM menembusi pasaran Jepun,” katanya dalam kenyataan.

23SelangorKini 25 April - 1 Mei 2019

Sukan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Selangor meletak-kan harapan tinggi dan bersedia menjadi tuan rumah dalam Su-kan Malaysia (SUKMA) 2022, kata Mohd Khairuddin Othman.

Hasrat berkenaan dinyatakan EXCO Pembangunan Generasi Muda dan Pembangunan Modal Insan itu kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rah-man, ketika melakukan kunjungan

hormat ke Kementerian Belia dan Sukan (KBS), di Putrajaya, pada 19 April lalu.

Mohd Khairuddin berkata, Ker-ajaan Negeri juga akan bekerjasa-ma secara dekat dengan KBS untuk memajukan sukan di Selangor.

“Pada pertemuan lebih satu jam itu, banyak perkara dicapai teru-tama dalam soal membangunkan Majlis Sukan Negeri.

“Yang berhormat menteri juga bersetuju untuk membantu Selan-

SHAH ALAM - Selepas menerima maklum balas daripada penyokong, Persatuan Bola Sepak Selan-gor (FAS) bersetuju menyediakan zon Mesra Kel-uarga bagi mereka yang hadir bersama keluarga, terutama kanak-kanak untuk menonton perlawa-nan, di Stadium Shah Alam.

“Zon Mesra Keluarga ini akan dimulakan di zon M dan N (Kuadran B ).

“Harap semua penyokong memberi kerjasama untuk menjayakannya,” kata persatuan itu dalam kenyataan ringkas di Facebook.

Pada masa sama, katanya, seperti semua stadi-um, penguatkuasaan larangan merokok dan vap-ing masih berkuat kuasa seperti biasa.

“Namun, bezanya adalah pihak pengurusan bakal meletakkan marsyal khas untuk memantau pesalah yang merokok dalam kawasan ini,” katanya.

Kunjungan hormat Mohd Khairuddin bersama delegasi negeri ke Kementerian Belia dan Sukan dan turut berbincang beberapa isu bersama Syed Saddiq

SUKMA 2022

Selangor letak harapan jadi tuan rumah

gor memartabatkan sukan wani-ta dan beliawanis Selangor serta akan menganjurkan beberapa program dalam masa terdekat,”

katanya dalam kenyataan media, pada 20 April lalu.

Katanya, Kerajaan Negeri juga memohon untuk kembali menjadi

sebahagian daripada peserta Aka-demi Kejurulatihan di Institut Su-kan Negara sebagai usaha melatih jurulatih Selangor.

DAMANSARA - Legenda Liverpool, Steve McManaman, yakin pasukan itu mampu mencipta kemenangan ke atas Barcelona untuk mara ke pentas akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) walau-pun tidak diletakkan sebagai pasukan pilihan.

Beliau berkata, pelbagai pihak me-lihat keupayaan Lionel Messi ketika membantu pasukannnya menewas-kan Manchester United di peringkat suku akhir tetapi The Reds akan beru-saha untuk meraih keputusan positif dalam dua perlawanan secara timbal balik itu.

“Liverpool akan menang,” katan-ya ketika sesi bersama media sempe-na LFC World Kuala Lumpur, di pusat

membeli belah 1 Utama, pada 19 April lalu.

McManaman yang beraksi di An-field selama sembilan musim ber-mula pada tahun 1990 dan pernah memenangi trofi UCL bersama Real Madrid berkata, rekod memberang-sangkan beraksi di laman sendiri dan tempat lawan dalam peringkat Eropah musim ini juga tidak boleh dipandang mudah.

Katanya, Jurgen Klopp pastinya mempunyai strategi tersendiri untuk mara ke pentas akhir dan beliau yakin pengendali dari Jerman itu akan kekal lama di Anfield.

Keyakinan yang sama turut di-laungkan Jason McAteer yang me-

nyifatkan trio serangan Sadio Mane, Roberto Firmino dan Mohamed Salah akan cuba memecahkan kekebalan Barcelona.

“Liverpool mempunyai (Virgil) Van Dijk di bahagian pertahanan dan dibantu rakan lain, pastinya akan cuba mengekang Messi. Harus diingat, rekod jaringan barisan serangan musim ini juga baik pada peringkat pusingan 16 pasukan terbaik dan suku akhir (UCL),” katanya.

Bagi Sami Hyypia pula, Liverpool mempunyai barisan pertahanan ter-baik musim ini yang diketuai Van Dijk dan akan terus bersaing sehingga per-lawanan terakhir termasuk perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Zon Mesra Keluarga di Stadium Shah Alam

Steve McManaman yakin Liverpool mampu tewaskan Barcelona

Legenda Liverpool, Steve

McManaman (kiri) Jasob

McAteer dan Sami Hyypia

hadir me- meriahkan LFC

World di Kuala Lumpur

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 23: MediaSelangor EDARAN SELANGORKINIDIGITAL · ini juga dianggap bersejarah kerana buat pertama kalinya pensijilan halal oleh JA-KIM menembusi pasaran Jepun,” katanya dalam kenyataan.

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bercadang menjadikan Kejohanan Bola Tam-par Shah Alam Piala Dato’ Men-teri Besar sebagai acara tahunan membabitkan penyertaan lebih banyak kelab Asia.

Timbalan Datuk Bandarnya, Mohd Rashidi Ruslan berkata, pi-haknya menerima penyertaan dan sambutan menggalakkan bukan sahaja peserta dari dalam negara, malahan luar negara ter-masuk pemain profesional.

“Kejohanan ini adalah julung kali, jika sebelum ini dipanggil Pia-la Dato’ Bandar Shah Alam, namun kita ubah kerana ia membabitkan penyertaan kelab Asia termasuk pemain profesional daripada pa-sukan Asia.

“Saya sudah berbincang de-ngan EXCO Pembangunan Gene-rasi Muda & Sukan dan Pem-

SHAH ALAM - Pasukan bola tampar Shah Alam City muncul juara Kejo-hanan Bola Tampar Shah Alam Piala Dato’ Menteri Besar pada pusingan akhir yang berlangsung di Dewan Bola Tampar Seksyen 4, di sini, pada 21 April lalu.

Shah Alam City yang diwakili kap-ten, Sim Jian Qin, menewaskan pa-sukan Sanest Khao Hoa dari Vietnam dalam pertarungan dramatik dengan kutipan mata 16-25, 22-25, 32-30, 25-15, 15-8.

Kemenangan itu sekali gus mela- yakkan pasukan kendalian Khoo Chong Long membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, piala iringan, pi-ala pusingan berserta baucar World of Sports bernilai RM3,000.

Majlis penyampaian hadiah di-sempurnakan Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Mohd Rashidi Ruslan, disaksikan Pres-iden Persatuan Bola Tampar Malaysia

Sasar penyertaan ramai pemain profesional

Bola Tampar Piala MB tumpuan kelab Asia

bangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman, yang me-nyatakan akan menganjurkan sekali lagi kejohanan seperti ini pada tahun akan datang.

“Beliau juga bersetuju un-tuk memperuntukkan sejumlah bajet untuk kita memperkasa lagi sukan bola tampar dengan menawarkan hadiah lebih luma-

yan,” katanya.Beliau berkata demikian ke-

pada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Bola Tampar Shah Alam Piala Dato’ Menteri Besar di Dewan Bola Tampar MBSA, di sini, pada 21 April lalu.

Hadir sama, Presiden Persatu-an Bola Tampar Malaysia (MAVA),

Datuk Benny Hoe Tze Fook.Rashidi berkata, matlamat pe-

nganjuran kejohanan seumpama itu adalah untuk melahirkan pe-main pelapis sukan bola tampar peringkat negeri dan pentas an-tarabangsa.

“Selain itu, ia juga menggalak-kan gaya hidup sihat dan medan untuk memperkenalkan Shah

Alam sebagai bandar raya sukan,” katanya.

Terdahulu, pertandingan itu terbahagi kepada dua kategori iaitu lelaki terbuka dan amatur lelaki serta wanita membabit-kan penyertaan 62 pasukan dari luar negara termasuk Thailand, Indonesia, Vietnam, Taiwan juga Jepun.

“Sebelum perlawanan, pemain nampak gugup memandangkan kita memiliki ramai pemain muda selain gandingan tiga pemain import yang masih tidak serasi dengan pemain lama.

“Bagaimanapun, memasuki set ke-tiga, kita cuba membuat perubahan posisi dan menukar pemain sehingga meraih kemenangan.

“Saya gembira dengan kegigihan mereka yang tidak berputus asa men-cari kemenangan selepas menemui rentak pada set ketiga itu,” katanya.

Sementara itu, tempat ketiga di-menangi pasukan Garuda dari Jakarta, Indonesia manakala keempat dirang-kul All Fame Volleyball Club.

Terdahulu, kejohanan yang mendapat penajaan bersama SHARP Malaysia dan Pure Fiit Apparel itu ber-langsung sejak 17 April lalu membabit-kan dua kategori iaitu lelaki terbuka termasuk amatur lelaki serta wanita.

(MAVA), Datuk Benny Hoe Tze Fook.Chong Long berkata, walaupun gagal

menampilkan corak permainan baik pada dua set terawal, namun kekalahan itu tidak

mematahkan semangat anak buahnya un-tuk terus berjuang sebaik masuk set ke-tiga, sekali gus mematikan langkah lawan pada set seterusnya.

Shah Alam City sambar edisi pertama

Kejohanan ini adalah julung kali, jika sebelum ini dipanggil Piala Dato’ Bandar Shah Alam, namun kita ubah kerana ia membabitkan penyertaan kelab Asia termasuk pemain profesional daripada pasukan Asia

MOHD RASHIDITimbalan Datuk Bandar MBSA

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI