Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman

28
1.0 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Kerja kursus ini adalah berkaitan dengan dengan seorang tokoh iaitu Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman yang banyak menyumbangkan jasa dalam bidang Persuratan Melayu terutamanya dalam bidang penulisan bahasa.Beliau bukan sahaja dikenang dari sumbangan terhadap kegiatan Pakatan Melayu Persuratan Buku Diraja Johor tetapi juga merupakan tokoh yang telah banyak menghasilkan sejumlah karya-karya yang mengkagumkan. Dan apa yang benar-benar dibanggakan hasil karya dan buku-buku beliau masih diguna pakai hingga hari ini.Maka atas sumbangan beliau ini,pada 16 November 1984 Perpustakaan Universiti Malaya telah mengadakan majlis upacara mengenang jasa dan seterusnya menyampaikan buku-buku hasil karya Muhammad Said Sulaiman bertujuan agar hasil karyanya terus kekal “ tak lapuk dihujan tak lekang dek panas”. 1

Transcript of Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman

Page 1: Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman

1.0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Kerja kursus ini adalah berkaitan dengan dengan seorang tokoh iaitu Mejar Dato’

Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman yang banyak menyumbangkan jasa dalam bidang

Persuratan Melayu terutamanya dalam bidang penulisan bahasa.Beliau bukan sahaja

dikenang dari sumbangan terhadap kegiatan Pakatan Melayu Persuratan Buku Diraja Johor

tetapi juga merupakan tokoh yang telah banyak menghasilkan sejumlah karya-karya yang

mengkagumkan. Dan apa yang benar-benar dibanggakan hasil karya dan buku-buku beliau

masih diguna pakai hingga hari ini.Maka atas sumbangan beliau ini,pada 16 November

1984 Perpustakaan Universiti Malaya telah mengadakan majlis upacara mengenang jasa

dan seterusnya menyampaikan buku-buku hasil karya Muhammad Said Sulaiman

bertujuan agar hasil karyanya terus kekal “ tak lapuk dihujan tak lekang dek panas”.

1.2 OBJEKTIF

Objektif kerja kursus ini ialah menghuraikan dan membincangkan serta mengkaji

mengenai sejarah kehidupan tokoh, pendidikan tokoh, sumbangan tokoh, buah tangan

tokoh dalam bidang persuratan dan anugerah serta pengiktirafan yang diterima oleh tokoh

sepanjang penglibatan tokoh dalam bidang persuratan di zaman kegemilangan beliau.

1

Page 2: Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman

1.3. KAEDAH

Pelbagai kaedah yang telah digunakan dalam menghasilkan kerja kursus ini

terutamanya merujuk ke perpustakaan, untuk mendapatkan buku-buku yang berkaitan

dengan tokoh.Saya telah berulang kali merujuk di Perpustakaan Daerah Kudat dan

Perpustakaan Negeri Sabah . Saya juga mendapt bantuan sepenuhnya daripada tenaga

kerja perpustakaan yang memberikan buku yang sesuai untuk kajian ini. Disamping itu ,

saya juga mencari dan mendapatkan buku-buku Pusat Sumber sekolah SMK Abdul Rahim,

Kudat. Tidak ketinggalan juga bahan rujukkan daripada Dewan Bahasa Pustaka , Kota

Kinabalu .Selain itu saya juga menggunakan kaedah merujuk internet untuk mengumpul

maklumat melalui laman sesawang yang bersesuaian dan berkenaan.

1.4 BATASAN

Batasan kajian ini hanya meliputi tentang biodata, pendidikan tokoh, sejarah hidup

tokoh kerjaya tokoh,perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu , sumbangan dan hasil

karya tokoh serta anugerah yang pernah diterima oleh tokoh.

2

Page 3: Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman

1.5 DEFINISI KONSEP

Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Sulaiman merupakan tokoh yang menjadi

pelopor dalam bidang Bahasa Melayu terutamanya aspek tatabahasa.Beliau yang menjadi

pelopor bahasa yang di banggakan sekitar zaman 1930-an terutamanya di Negeri

Johor.Sesiapa yang pernah membaca dan memiliki buku serta semua karya yang pernah

hasilkan oleh beliau, pastinya kagum dan menjadikannya sebagai panduan sepanjang

zaman.Beliau yang di angkat sebagai Pendeta Bahasa Negeri Johor ini, bukan sahaja

menghasilan buku-buku berbentuk bahasa terutamanya Bahasa Melayu tetapi beliau juga

menghasilkan banyak karya yang lain berbentuk sastera, keagamaan, sosial dan kesenian.

2.0 MEJAR DATO’ HAJI MUHAMMAD SAID BIN HAJI SULAIMAN

Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiaman adalah seorang tokoh

cendekiawan yang terkenal dengan pangglan “Orang Teluk Belanga” yang lahir pada

zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar. Beliau merupakan tokoh kebudayaan istana yang

telah banyak melahirkan buku-buku yang berbentuk ilmu pengetahuan untuk tatapan umum

pada zamannya. Oleh kerana kelebihan dan keistemewaan beliau ini dalam lapangan

karang mengarang beliau dipanggil pengarang serba boleh.

3

Page 4: Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman

Kebolehan beliau sangat unik. Beliau mencebur dirinya dalam semua bidang

penulisan yang termampu oleh daya pemikiran dan pengetahuannya. Ini disebabkan beliau

mengamal dan menganuti satu prinsip,tidak tahu kenal malu dan tidak takut berbuat salah

untuk melahirkan pendapat dan pengetahuan yang diwarisinya untuk sama-sama dipunyai

oleh masyarakat umum. Atas prinsip inilah beliau telah menghasilkan pelbagai buku ilmu

pengetahuan di dalam lapangan bahasa,kesusasteraan, agama dan geografi serta sejarah.

Beliau juga tidak ketinggalan giat membuat terjemahan dan menyusun susur-galur

keturunan diraja Johor.

Prinsip yang beliau teguhi itu sekurang-kurangnya telah mempengaruhi seseorang

sarjana yang terkena,Drs. Li Cuan Siu,untuk menyusun Iktisar Sejarah Kesusasteraan

Melayu Baru 1830-1945.Dalam pendahuluannya beliau menyebut prinsip Muhammad Said

Sulaiman yangmembuat penuh keyakinan melahirkan bukunya iaitu “Never be afraid that

your wrting is too poor or your fact are at fault.Able people will correct you and improve

on what you have begun by producing better works.If never writer afraid to write

because people may laugh at his shallowness there would have been n book in the word”.

2.1 LAHIRNYA SEORANG PENDETA BAHASA

Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman ialah tokoh yang dianggap

seorang sejarahwan yang prolifik dan terkenal lagi disegani. Diputerakan di Teluk

4

Page 5: Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman

Belanga,Singapura pada tanggal 7 Oktober 1876. Ibu beliau iaitu Hajah Salmah adalah

berketurunan Orang Kaya Semantan dan bersaudara kandung kepada Abdul Rahman

Andak, Datuk Seri Amar Diraja Johor.Beliau yang berlatar belakangkan keluarga yang

ternama ini, maka tidak hairanlah beliau mendapat kedudukan yang baik dikalangan

masyarkat atasan Negeri Johor.

2.2 PENDIDIKAN MUHAMMAD SAID SULAIMAN

Mendapat pendidikan awal sewaktu berusia lima tahun di Sekolah Melayu Teluk

Belanga, Singapura.Beliau juga menerima pendidikan kelas Al-Quran dari seorang guru

yang bernama Mohd .Salleh, Bendahari Kerajaan Negeri Johor. Sebagai seorang yang

pintar dan bijak, beliau sering mendapat kedudukan-kedudukan yang baik dalam

peperiksaan sekolah rendah.Sebagai hadiah atas kepintaran yang ditunjukkan itu maka

kerajaan Negeri Johor telah menghadiahkan beliau biasiswa kewangan iaitu sebanyak $

2.00 setiap bulan selama setahun. Beliau yang juga mempelajari Bahasa Inggeris dalam

Darjah Tiga, semasa berada di sekolah Melayu. Semangat beliau yang ingin terus

menguasai Bahasa Inggeris sehinga beliau sanggup belajar Bahasa Inggeris pada sebelah

petangnya di Sekolah Inggeris Cawangan Kampung Baru.

Beliau meneruskan pendidikan Inggeris selepas tamat Darjah Empat Sekolah

Melayu di Sekolah Inggeris Raffles (Raffless School). Pelajaran beliau terganggu apabila

5

Page 6: Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman

keluarga beliau membawa beliau ke Mekkah dan ini memaksa Muhammmad Said

Sulaiman berhenti sekolah ketika dalam Darjah Lima.Sekembalinya beliau ke tanah air,

beliau meneruskan usaha mempelajari Bahasa Inggeris secara tidak formal pada sebelah

petang daripada seorang pegawai kanan yang juga merupakan ahli keluarganya yang

bertugas di Pejabat Keretapi Muar.Demi kepentingan pelajaran pelajaran, beliau mendaftar

semula untuk bersekolah di Sekolah Anglo-Chinese Singapura hingga Darjah Tujuh.

Beliau menamatkan persekolahan setakat Darjah 7 ketika berusia 16 tahun akibat masalah

kesempitan wang kerana ibu bapa beliau tidak mahu lagi membantu menanggung

pembiayaan persekolahannya.

Disebabkan sumbangan yang banyak dalam aspek kebahasaan, beliau telah

dianugerhkan gelaran pendeta oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja

Johor.Beliau bukan sahaja seorang pengarang buku yang tersohor di Johor beliau juga

adalah seorang tokoh ilmuan yang berkalibar khususnya dalam bidang kebahasaan.Beliau

yang mendapat gelaran Dato’ juga merupakan anggota tentera berpangkat Mejar dalam

Pasukan Tentera Tambahan Setia Johor

2.3. SEJARAH HIDUP TOKOH

Selepas menamatkan pelajaran setakad Darjah 7, Muhammad Said Bin

Sulaiman,telah berkhidmat sebagai sorang kerani dengan seorang paderi Kristian dari

pertubuhan British and Foreign Bible Society. Beliau tetap meneruskan pekerjaan tersebut

walaupun bertukar majikan yang baru iaitu Tuan Miller setelah paderi yang sebelumnya

6

Page 7: Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman

berpindah pulang ke England.Perkhidmatan beliau ini berlanjutan selama empat tahun

sebagai kerani Tuan Miller.Kerjaya beliau kemudiannya berubah dengan masa depan yang

terbentang luas apabila pada 1 Septembar 1898, beliau dilantik sebagai “tukang wang”di

Pejabat istana Besar, Johor Bahru.Berkat kesesungguhan dan kegigihan serta disiplin kerja

yang yang diperlihatkan, beliau seterusnya telah menjawat jawatan sebagai penolong Pos

Master-general. Dan dengan penuh kepercayaan beliau dilantik pula, menjadi setiausaha

Sulit kepada Sultan Johor ketika itu, iaitu Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim bagi

menggantikan abangnya Datuk Daud Sulaiman

Haji Muhammad Said yang berbadan kecil, memperlihatkan semangat yang penuh

dedikasi untuk melaksanakan tugas-tugas yang berat yang tetap dipikulnya dengan penuh

tanggungjawab. Seperti yang termaklum, Sultan Ibrahim adalah seorang sultan yang begitu

absolute dan ditakuti oleh rakyat.Tetapi Muhammad Said tetap member khidmat kepada

baginda dengan akur dan taat setia. Segala urusan yang berkaitan dengan tugas beliau

laksanakan dengan baik dan sempurna.

Antara tugas utama beliau ialah menyusun dan menubuhkan Johor Volunteer

Forces dengan pangkat Leftenan. Kemudian beliau diserapkan dalam Johor Military Forces

(Timbalan Setia Negara) sebagai staff officer dengan pangkat kapten.Atas kepimpinan

yang terserlah, beliau di beri mandat untuk menerajui unit ini dengan membuka cawangan

lain di Mersing, Segamat dan Pontian.Pangkat beliau sebagai Mejar memberikan

bertanggugjawab yang besar untuk beliau sentiasa memantau Johor Military dan Johor

7

Page 8: Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman

Volunteer Forces sentiasa berjalan dengan baik dari struktur pentadbiran dan kebajikan

setiap anggota-anggotanya.

Beliau yang pernah melawat ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu dan bandar

seperti Betawi, Bogor, Bandung, Cheribon,Semarang di Indonesia telah memberikan beliau

ilham untuk menulis bukunya yang berjudul Perihal Tanah Jawa. Selepas Perang Dunia

Pertama, buat pertama kalinya beliau telah melawat London dan tinggal dikediaman ayah

saudaranya Abdul Rahman Andak yang beristerikan wanita Jerman. Bersama-sama

sepupunya Dr. Walter Raman, beliau telah dibawa melawat Paris, Belgium,Frankfurt dan

Berlin di Eropah.

Tanggal Mei 1955, adalah tarikh persaraan beliau tanda perkhidmatannya beliau

telah sampai ke penghujungnya, namun disebabkan khidmat beliau masih diperlukan maka

beliau terus berkhidmat sehingga 31 Ogos 1954.Beliau juga merupakan tokoh yang

mempolopori bidang bahasa bilamana beliau telah dilantik sebagi Naib yang Dipertua

PBMPB Diraja Johor , iaitu Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja bagi Johor

yang dilembagakan oleh Surat Kebebasan Diraja.Beliau yang pernah menjadi penaja buku-

buku terutamanya buku bahasa,dan dipertanggungjawabkan menjadi ahli khas bagi “Tubuh

Lembagaan”. Beliau yang mendapat anugerah sebagi Pendeta Bahasa Johor(PBJ) PBMPB

Diraja sejak penubuhannya sehingga 17 Septembar 1940 bersama-sama Dato’ Haji

Abdullah Bin Abdul Rahman dan Sir Richard Winstedt. Beliau juga pernah menjadi

Pengarang Majalah Tawarikh dari tahun 1949 sehingga 1958.

8

Page 9: Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman

Beliau yang turut bergiat cergas dalam bidang ketenteraan di Johor sehingga Sultan

Johor berkenan menganugerahi beliau pangkat Kapten dan seterusnya Mejar. Tidak

menafikan atas segala sumbangan beliau , maka beberapa anugerah dan pingat kebesaran

telah beliau terima sehingga membawa gelaran Dato’ oleh Sultan Johor. Muhammad Said

Sulaiman telah meninggal dunia pada 27 Ogos 1955.

2.4. SUMBANGAN TERHADAP PAKATAN BELAJAR DAN

MENGAJAR (PBMPB)

Muhammad Said Sulaiman merupakan seorang tokoh dalam bidang persuratan

Melayu ditinjau dari aspek karya yang telah dihasilkan dan sumbangannya terhadap

Persuratan Melayu khususnya untuk Negeri Johor. Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah

,kajian sejarah awal bahasa dan sastera melayu menyatakan bahawa, Muhammad Said

Sulaiman bersama Abdul Rahman Andak adalah pelopor yang bertanggungjawab dan

menjadi penggerak utama Pakatan Belajar dan Mengajar Pengetahuan Bahasa Melayu

pada 1888,di Negeri Johor. Seterusnya pada 14 April 1935 menjadi Pakatan Bahasa

Melayu Dan Persuratan Buku Diraja Johor(PBMPB). Beliau yang dilantik sebagai Naib

Yang Dipertua PBMPB Diraja Johor dan menjadi pendeta bahasa bagi pertubuhan tersebut

sejak ia ditubuhkan sehingga 17 September 1940.

9

Page 10: Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman

Pakatan Bahasa Melayu Dan Persuratan Buku Diraja Johor ini mempunyai

matlamat tersendiri. Antara matlamatnya ialah:

i. Untuk memelihara, melengkap dan memodenkan Bahasa Melayu.

ii. Memelihara tulisan Jawi.

iii. Mereka juga ingin membaiki ejaan dan Perkataan.

iv. Tidak ketinggalan untuk mencapai hasrat pakatan tersebut

mengadakan

ceramah dan penyelidikan dengan menerbitkan Jurnal Peredar

sebagai

perantara dengan masyarakat.

v. Dengan usaha gigih pakatan ini juga mengadakan perpustakaan

sebagai

peniup semangat amalam baik iaitu membaca dikalangan

masyarakat.

vi Dan pada zaman pakatan inilah, terciptanya perkataan-perkataan baru

seperti setiausaha, dato, datin, pesuruhjaya dan Pegawai Daerah.

10

Page 11: Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman

2.5. ULASAN BUKU BERBENTUK BAHASA KARYA MUHAMMAD

SAID SULAIMAN

Sepanjang tempoh tersebut beliau telah menghasilkan beberapa buah buku yang

berkaitan tatabahasa, Bahasa Melayu. Antara buku yang telah diterbitkan yang masih

digunakan sebagai bahan rujukkan pengamal bahasa sehingga hari ini ialah Buku Katan

Kamus Melayu yang diterbitkan pada tahun 1936.Buku yang ditulis dalam tulisan jawi

diterbitkan oleh Pakatan Bahasa Melayu dan persuratan Diraja Johor.Buku ini memuatkan

daftar kata yang disusun mengikut abjad jawi daripada huruf “alif ya”Setiap kata

dimasukkan etemologinya, kemudian diberikan makna kata dan akhirnya diberikan senarai

kata terbitnya.Dan buku ini diterbitkan semula pada tahun 1997 oleh Dewan Bahasa dan

Pustaka agar dapat dimanfaatkan oleh generasi sekarang dan akan datang.Ini adalah kerana

buku ini amat sesuai dijadikan bahan rujukan umum.Perkara ini tidak dapat disangkal lagi

apabila buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan

Pustaka pada tahun2009, tulisan Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan

Abdul Hamid Mahmood menjadikan Buku Katan Kamus ini sebagai bahan salah satu buku

rujukan mereka.

Pada tahun 1937, buku Jalan Basa Melayu yang telah ditulis oleh tokoh telah

diterbitkan oleh Matbaah Al- Ahmadiah di Singapura.Buku yang ringkas ini mengandungi

11

Page 12: Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman

bahagian-bahagian dan pecahan terpenting dalam ilmu perkataan (peri perkataan) dan ilmu

ikatan ( ayat-ayat). Buku yang terbahagi kepada tiga bahagian ini , iaitu ilmu ejaan (jalan

basa) huruf, ilmu perkataan dan ilmu ikatan ayat (jalan basa perenggan kata). Selain itu

buku ini juga menghuraikan tanda-tanda perhentian,binaan perkataandan rangkapan iaitu

kaedah mengarang syair, pantun, gurindam dan lain-lain lagi.Tokoh juga memberikan

panduan bagaimana bertutur dan menulis dengan betul di dalam buku ini.

Berikutnya pada tahun 1939, Muhammad said Sulaiman menghasilkan buku yang

bertajuk Penokok dan Penambah Dalam Bahasa Melayu.Buku yang khusus

membincangkan nahu Bahasa Melayu tentang pembinaan kata.Beliau menyatakan bahawa

dalam jalan Bahasa Melayu, bahasa cakapan itu dijadikan daripada bunyi-bunyi dan bahasa

tulisan itu dijadikan daripada bunyi-bunyi dan bahasa tulisan itu dijadikan daripada huruf-

huruf.Bunyi-bunyi atau huruf-huruf dirangkaikan menjadi perkataan.Beliau menggunakan

istilah yang agak berbeza seperti perkataan umbi sebagai Kata Dasar,pendepan untuk

awalan,pandin ( penambah kemudian) untuk akhiran , umbutan untuk kata terbitan,

penokok untuk satu atau lebih pendepan, penambah untuk satu atau lebih pandin,kandin

untuk apitan. Dalam buku ini imbuhan apitan tidak hadir sekaligus.Setiap imbuhan hadir

secara berperingkat dari dalam ke luar .

12

Page 13: Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman

2.6. KETOKOHAN MUHAMMAD SAID BIN SULAIMAN

Muhammmad Said Sulaiman merupakan pedeta bahasa yang terkenal pada

zamannya.Bersama-sama Abdul Rahman Andak dan Pakatan Bahasa Melayu Diraja Johor

beliau telah sedaya upaya demi memertabatkan Bahasa Melayu dengan agenda-agenda

mereka sendiri untuk kepentingan masyarakat sejagat.Maka dengan itu terbitlah beberapa

buah buku hasil karya Muhammad Said Sulaiman.Menurut sumber, beliau semasa

hayatnya telah menulis sekurang-kurangnya kurang 16 buah buku yang hingga kini masih

diguna pakai oleh generasi baru sebagai warisan bahasa yang tidak ternilai harganya.

Antara- buku-buku tulisan beliau ialah:

2.6.1 Karya-karya Berbentuk Bahasa Dan Sosial

BILANGAN JUDUL BUKU TAHUN DITERBITKAN

1 Buku Katan Kamus (Kamus Melayu) 1936

2 Jalan Basa Melayu (Jawi) 1937

3 Penokok Dan Penambah Dalam Bahasa Melayu

1939

4 Buku Ketetapan Hejaan Melayu 1941

13

Page 14: Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman

5 Manual Of Malay Language 1947

6 Karya yang ditulis melalui Siri Peredar 1937-1940

7 Pakai Patut Melayu -

2.6.2 Karya-karya Berbentuk Peredar

BILANGAN JUDUL TAHUN

DITERBITKAN

1.Peredar 2 Panduan Bagi Hejaan 1937

2.Peredar 4 Tawarikh Dan Manusia 1935

3.Peredar 9 Kisah sejarah Melayu Diringkaskan 1939

4.Peredar11 Guguskatan Jawa-Melayu,Inggeris-Melayu

Sanskrit:Melayu dan Hindustan:Melayu

1939

5.Peredar 12 Penokok dan penambah 1939

6.Peredar 13 Guguskatan Arab-Melayu 1939

7.Peredar 14 Hikayat Semenanjung Tanah Melayu

Dan Negeri-Negeri Berhampiran

1939

14

Page 15: Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman

8.Peredar 16 Perihal Tanah Jawa 1939

9.Peredar 17 Perkataan Berangkap 1939

10.Peredar 18 GuguskatanParsi,Portugis,Belanda,

Tamil dan Loghat Kedah

1940

11.Peredar 19 Tanda-tanda Bagi Perhentian 1940

12.Peredar 20 Perihal Rangkapan, Gurindam dan

Seumpamanya.

1940

13.Peredar 21 Peribahasa 1940

14.Peredar 25 Buku Teriti Johor Dengan pertambahannya

1940

2.6.3 Karya-karya Berbentuk Sastera

BILANGAN JUDUL KARYA TAHUN DITERBITKAN

1 Syair Melayu 1920

2 Nazam Abd’d Bahasa Melayu 1935

3 Syair Alam Dan Bahasa Melayu 1935

15

Page 16: Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman

4 Syair Keadaan Tuhan Dan Manusia Dan

AkhiratJuga

1936

5 Syair Panduan Perkahwinan 1936

6 Timbalan Berzanji Natar 1937

7 Syair Natar da Tahribnya 1939

8 Begitu Dia (Cerpen) 1939

9 Rangkai Sha’ir Ruba “iyat Umar Khyyam 1946

10 Syair Riwayat Yang Amat Mulia Tengku

Ampuan Besar Pahang

1953

2.6.4 Karya-karya Berbentuk Sejarah

BILANGAN JUDUL KARYA TAHUN DITERBITKAN

1 Hikayat Queen Victoria 1904/1905

2 Hikayat Johor Dan Tawarikh Almarhum

Sultan Abu Bakar

1908

16

Page 17: Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman

3 Tawarikh England 1945

4 Hikayat Johor Dan Tawarikh Almarhum Sultan Ibrahim

1952

5 Riwayat Johore Military Force Jari 1953

6 Hikayat Johor dan Pahang -

7 Ringkasan Tawarikh allahyarham Jahi Mohd. Taib bin Othman

-

2.6.5 Karya-karya Berbentuk Keagamaan

BILANGAN JUDUL KARYA TAHUNDITERBITKAN

1 Mohamedan Calendar JMBRAS VOL1 Pt 2 1923

2 Pohon Agama Islam ,4 penggal 1946

3 Pemakanan Melayu Al-Quran Al – Karim 2 Jilid 1948

4 Penamaan Bagi Nabi Muhammad S.A.W 1950

5 Syarahan Menyatukan Rukun Islam Dan Sembahyang Waktu

1951

17

Page 18: Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman

6 Sopan Santun Dalam Islam -

7 Perihal Kejadian Alam dan Nabi-Nabi Yang Terbilang

-

8 Syarat-syarat Kejadian Alam sekeliling dari awal

Hingga Akhir Hari Kemudian

-

9 Mosles Prayers And Fasting -

2.6.6 Sumbangan Dalam Bidang Seni

Disamping itu juga beliau juga tokoh yang bertanggungjawab mengarang

lirik lagu negeri Johor yang mana telah digubah oleh konduktor muzik

Armenia,Mackertich Galistan. Lagu ini dipadankan daripada lagu “Dondang

Sayang.” Asalnya lirik “Dondang Sayang” ini dikarang dalam Bahasa Inggeris dan

Muhammad Said Sulaiman telah dipertangungjawab untuk menterjemahkannya

dalam Bahasa Melayu.

18

Page 19: Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman

2.7. ANUGERAH YANG PERNAH DITERIMA OLEH MUHAMMAD

SAID SULAIMAN

Pendeta Bahasa adalah gelaran yang paling sesuai dengan beliau atas sumbangan

beliau dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu. Disamping itu jua, beliau yang pernah

menerima beberapa anugerah dan pingat seperti Bintang Darjah Kebesaran daripada Sultan

Johor.Pada 1928, beliau menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Kelas Pertama yang

membawa gelaran Dato’Paduka Seri setia, Darjah Kerabat Yang Dihormati khas untuk

kerabat diraja sahaja. Kerajaan Inggeris juga telah mengurniakan beliau pingat kebaktian

sebanyak empat kali kerana jasa-jasa dan khidmat bakti beliau semasa Perang Dunia

pertama. Beliau juga menerima anugerah Darjah dari Raja Rumania.Tidak cukup dengan

itu beliau juga yangbergiat cergas dalam bidang ketenteraan sehingga Sultan Johor

berkenan menganugerahi pangkat kapten dan seterusnya Mejar

3.0 PENUTUP

Sumbangan Mejar Dato’Haji Muhammmad Said Bin Haji Sulaiman yang terkenal

dengan hasil karya beliau yang tertumpu kepada bidang bahasa termasuklah kamus dan

kosa kata Melayu dan asing, tatabahasa ,dialek , tanda baca dan lain-lain. Usaha beliau

yang diangkat sebagi Pendeta Bahasa tidak harus dilupakan, kerana hasil karya beliau

bukan sahaja menjadi bahan rujukan pengkaji Barat dalam menerbitkan kamus Inggeris-

Melayu, malahan karya beliau terus dimanfaatkan oleh para pengkaji bahasa dan generasi

19

Page 20: Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman

hari ini.Namun begitu beliau tidak lupa untuk menghasilkan karya-karya pensejarahan

menjelang awal 1940-an.Catatan-catatan lawatan ke beberapa buah Negara yang dihasilkan

bukanlah merupakan karya pensejarahan yang sebenarnya sebaliknya merupakan catatan

dan faktor geografi, tempat dan bandar-bandar yang pernah beliau lawati.Usaha dan

kegigihan beliau dalam memperjuangkan Bahasa Melayu tidak harus dilupakan kerana

hasil karya beliau terus dimanfaatkan oleh pengkaji bahasa dan generasi hari ini

20

Page 21: Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman

21