MEKANISMA PENYELARASAN

52
KONSEP DASAR KEPERAWAAN GAWAT DARURAT Ns. Maryana, S.S.iT.,S.Psi.,S.Kep.,M.Kep KEMENKES REPUBLIK INDONESIA POLTEKES YOGYAKARTA

Transcript of MEKANISMA PENYELARASAN

Page 1: MEKANISMA PENYELARASAN

MEKANISMA PENYELARASANHAL EHWAL ISLAM DI MALAYSIA

Dibentang oleh:EN. YAHYA BIN MD ZAIN

KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN (KPPK)BAHAGIAN PENYELARASAN UNDANG-UNDANG,

JAKIM

Page 2: MEKANISMA PENYELARASAN

PENGENALAN• Asas kepada bidang kuasa pembangunan hal ehwal

Islam di Malaysia telah diletakkan secara jelas dalam sistem perundangan negara. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan agama Islam adalah agama bagi Persekutuan. Dalam pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, pengurusan agama Islam diletakkan di bawah kuasa Kerajaan Negeri di mana Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam di negeri masing-masing. Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri berkenaan.

Page 3: MEKANISMA PENYELARASAN

• Pada 17 Oktober 1968, Persidangan Majlis Raja-Raja Malaysia Kali Ke-81 telah memutuskan bahawa perlunya suatu badan bagi menyelaraskan urusan hal ehwal Islam di Malaysia. Ekoran itu Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Ugama Islam Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Julai 1969. Serentak itu satu urus setia kepada Majlis ini telah diwujudkan. Urus setia ini kemudiannya telah dikembangkan sebagai Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri.

• Pada tahun 1984 bahagian tersebut disusun semula dan diperbesarkan. Semua jawatan yang sedia ada telah dinaikkan taraf. Pada 21 Mei 1985, nama Bahagian Ugama ini telah ditukar kepada Bahagian Hal Ehwal

Page 4: MEKANISMA PENYELARASAN

Islam (Baheis), Jabatan Perdana Menteri. Pada 1 Januari 1997, selaras dengan pembangunan dan kemajuan Islam yang bertambah mantap di negara ini, Baheis diperkasakan dengan menaikkan tarafnya kepada sebuah jabatan dengan nama barunya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Page 5: MEKANISMA PENYELARASAN

A. PERANAN MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA

• Kewujudan Jakim adalah bagi melaksanakan tugas-tugas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) seperti yang dinyatakan dalam Peraturan MKI yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Kali Ke-81 pada 17 Oktober 1968.

Page 6: MEKANISMA PENYELARASAN

• Peraturan 7

Tugas-Tugas Majlis (MKI) ialah:a) membincang, menimbang dan menguruskan apa-apa perkara yang dirujukkan kepada Majlis oleh Majlis Raja-Raja, mana-mana Kerajaan Negeri atau Majlis Ugama Islam Negeri atau seseorang ahli Majlis, dengan tujuan hendak memberi nasihat atau pengesyoran.

b) memberi nasihat kepada Majlis Raja-Raja, Kerajaan Negeri atau Majlis Ugama Islam Negeri atas apa-apa perkara berkenaan dengan perundangan atau pentadbiran Ugama Islam dan pelajaran Ugama Islam, dengan tujuan hendak memperbaiki, menyamakan atau menggalak persamaan undang-undang atau pentadbiran.

Page 7: MEKANISMA PENYELARASAN

• Keanggotaan MKI terdiri daripada seorang Pengerusi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja, ahli-ahli yang dilantik oleh kerajaan negeri bagi mewakili negeri dan lima orang ahli perseorangan yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

• Semenjak penubuhannya, MKI dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia. Anggota-anggota yang mewakili kerajaan negeri pada peringkat awalnya terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan atau Majlis Agama Islam Negeri. Mulai tahun 1984, keanggotaan wakil negeri terdiri daripada Menteri Besar atau Ketua Menteri atau ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab mengenai hal Ehwal Islam bagi negeri yang Ketua Menterinya bukan beragama Islam.

Page 8: MEKANISMA PENYELARASAN

B. JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA

• Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ditubuhkan pada awal tahun 1970 sebagaimana diperuntukan dalam Peraturan 11, Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). Jawatankuasa ini merupakan badan pengeluar fatwa di peringkat Kebangsaan atas apa-apa perkara yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-Raja. Sementara MKI yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri merupakan badan penyelaras di peringkat Persekutuan

Page 9: MEKANISMA PENYELARASAN

• Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah bersidang buat pertama kalinya pada 23 dan 24 Jun 1970 yang dipanggil dengan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan tersebut berlangsung sebanyak 18 kali dan yang terakhir diadakan pada 14 Mei 1980. Kemudiannya penggunaan perkataan “Persidangan” ditukar kepada perkataan Muzakarah. Maka pada tarikh 28 dan 29 Jun 1981 diadakan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Kali Pertama. Sehingga kini Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah diadakan sebanyak 91 kali iaitu yang terakhir adalah pada 3 hingga 5 Ogos 2010.

Page 10: MEKANISMA PENYELARASAN

• Tugas dan fungsi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengikut Peraturan 14, Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia adalah menimbang, memutus dan mengeluarkan fatwa atas apa-apa perkara berkenaan dengan agama Islam yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-Raja. Jawatankuasa ini akan mengemukakan pendapat-pendapatnya kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang kemudian menghantarkannya bersama dengan pengesyoran-pengesyoran kepada Majlis Raja-Raja.

Page 11: MEKANISMA PENYELARASAN

• Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdiri daripada:

i. Seorang pengerusi yang dilantik oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) di kalangan ahlinya;ii. Mufti tiap-tiap negeri yang mengambil bahagian atau seorang yang mewakili Negeri dalam Hal Ehwal

Agama Islam;iii. Lima orang alim ulama yang dipilih dan dilantik oleh Majlis Raja-Raja; daniv. Seorang ahli yang beragama Islam dari Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang atau dari profesyen undang-undang yang dipilih dan dilantik oleh Majlis Raja- Raja.

Page 12: MEKANISMA PENYELARASAN

• Mengikut Peraturan 13, Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia menyatakan bahawa tiap-tiap ahli melainkan Pengerusi dan Mufti-Mufti hendaklah daripada calon-calon yang diperakukan oleh Perdana Menteri, selama tempoh tidak lebih daripda tiga tahun, tetapi ia adalah layak dilantik semula. Ia hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang duiperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.

• Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-221 pada 24 Jun 2010 telah memperkenankan cadangan pelantikan baru empat (4) orang ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang terdiri daripada pakar dalam bidang sains dan perubatan, farmaseutikal, bioteknologi, industri halal, muamalat dan kewangan Islam seperti takaful, perbankan Islam dan pasaran modal.

Page 13: MEKANISMA PENYELARASAN

Kaedah Pengeluaran Hukum/Pandangan Syarak Oleh Jawatankuasa Fatwa MKI

Pengeluaran hukum/pandangan syarak oleh Jawatankuasa MKI adalah melalui dua cara:

i. Arahan Mesyuarat Majlis Raja-Raja• Proses pengeluaran hukum/pandangan syarak ini

bermula apabila Mesyuarat Majlis Raja-Raja menitahkan supaya Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia mengeluarkan hukum/ pandangan syarak tentang sesuatu isu yang timbul dalam masyarakat.

Page 14: MEKANISMA PENYELARASAN

• Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa akan diadakan dan apabila Mesyuarat bersetuju mengeluarkan hukum/ pandangan syarak, maka hukum/pandangan syarak berkenaan akan dirafa’kan kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja melalui Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Hukum/pandangan syarak yang telah diterima oleh Majlis Raja-Raja tersebut akan dibawa kepada Jawatankuasa Fatwa/Perundingan Syarak Negeri-negeri tanpa boleh dipinda dan seterusnya akan diwartakan oleh negeri berkenaan sebagai fatwa.

Page 15: MEKANISMA PENYELARASAN

ii. Tanpa Arahan Mesyuarat Majlis Raja-Raja• Permohonan Proses pengeluaran hukum/pandangan

syarak ini adalah melalui dari masyarakat Islam atau pihak-pihak tertentu. Isu yang dikemukakan akan dikaji, disediakan satu kertas kerja berkaitan dan kemudian dibentangkan dalam Mesyuarat Panel Kajian Syariah atau Mesyuarat Panel Kajian Akidah mengikut kategori isu yang dibincangkan.

• Seterusnya satu kertas kerja berserta keputusan Mesyuarat Panel Kajian Syariah/Akidah akan dibentangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Keputusan dan pandangan yang diputuskan dalam Muzakarah ini akan dibawa ke Jawatankuasa Fatwa/Perundingan Syarak Negeri-negeri dan negeri boleh meminda keputusan tersebut atau menerimanya tanpa pindaan. Maka seterusnya dilakukan proses pewartaan sebagai fatwa di peringkat negeri-negeri.

Page 16: MEKANISMA PENYELARASAN

• Sekiranya isu yang ingin difatwakan melibatkan bidang-bidang teknikal dan kepakaran contohnya bidang sains dan perubatan, maka pandangan pakar dalam bidang berkaitan adalah diperlukan dalam memastikan keputusan yang diputuskan benar-benar tepat, komprehensif dan berwibawa.

Page 17: MEKANISMA PENYELARASAN

C. JAWATANKUASA TEKNIKAL UNDANG- UNDANG SYARAK DAN SIVIL• Pada 6 Mei 1988, mesyuarat pertama Jawatankuasa

Mengkaji Undang-Undang Syarak dan Sivil yang dipengerusikan oleh Y.B. Dato’ Dr. Abdul Hamid bin Othman (kini Tan Sri), telah diadakan di Dewan Syura, Tingkat 11, Bangunan Pusat Islam, Kuala Lumpur. Jawatankuasa tersebut memutuskan untuk:

a) menubuhkan sebuah Jawatankuasa Teknikal Undang- Undang Syarak dan Sivil;

Page 18: MEKANISMA PENYELARASAN

b) melantik Y.Bhg. Tan Sri Prof. Dr. Ahmad bin Mohd Ibrahim, Sheikul Kuliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, menjadi Pengerusi pertama Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil; danc) melantik Y.Bhg. Prof. Dr. Othman bin Ishak, Ketua Akademi Islam, Universiti Malaya dan Y.Bhg. Tuan Mohd Kamil bin Awang (kini Dato’), Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara sebagai ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil.

• Ahli Jawatankuasa yang dilantik ini merupakan pakar dalam bidang undang-undang syarak dan sivil, dan bertindak sebagai pelaksana kepada Jawatankuasa Mengkaji Undang-Undang Syarak dan Sivil.

Page 19: MEKANISMA PENYELARASAN

Objektif penubuhan Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil adalah seperti berikut:

i) memartabatkan kedudukan undang-undang Islam di Malaysia selaras dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan;ii) mewujudkan model undang-undang Islam di Malaysia;iii) memastikan undang-undang Islam diselaras dan diseragamkan di seluruh Malaysia; daniv) membantu Kerajaan dalam mengharmonikan undang-undang syarak dan sivil.

Page 20: MEKANISMA PENYELARASAN

Fungsi Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil

Pada awal penubuhan Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil, fungsi utama Jawatankuasa adalah seperti berikut:

i) memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah;

ii) memartabatkan Mahkamah Syariah; dan

iii) menggubal serta menyelaras undang-undang Islam di Malaysia.

Page 21: MEKANISMA PENYELARASAN

D. PERSIDANGAN PENGERUSI-PENGERUSI JAWATANKUASA HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA

• Persidangan ini dipengerusikan oleh Y.B. Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan dianggotai oleh Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Ugama Islam semua negeri dan beberapa agensi pengurusan hal ehwal Islam seperti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Jakim bertindak selaku urus setia induk bagi Persidangan ini.

Page 22: MEKANISMA PENYELARASAN

Fungsi dan bidang tugas Persidangan ini ialah:

i) membincangkan dan menimbangkan cadangan-cadangan bagi meningkatkan pembangunan dan kemajuan pengurusan hal ehwal Islam di

Malaysia; dan

ii) menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia.

• Kekerapan Persidangan ialah 2 kali setahun dan bergantung kepada isu.

Page 23: MEKANISMA PENYELARASAN

E. MAJLIS PERUNDINGAN ISLAM• Majlis perundingan Islam (MPI) diwujudkan bertitik

tolak daripada cadangan untuk mewujudkan semula fungsi dan peranan Badan Perunding Islam (BPI) yang telah diberhentikan pada tahun 1995. Cadangan ini telah diterima dan dipersetujui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.B. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dikemukakan dalam Mesyuarat Post Kabinet.

• BPI telah ditubuhkan hasil daripada saranan Y.A.B. Perdana Menteri (pada ketika itu Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad) semasa merasmikan Seminar Mengenai Konsep Dalam Pembangunan Islam pada 10 Mac 1981 di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 24: MEKANISMA PENYELARASAN

Pada ketika itu, BPI ditubuhkan bagi menjalankan fungsi-fungsi berikut:

i. Menapis dan menilai cadangan-cadangan berkenaan dengan unsur-unsur Islam yang boleh dijadikan asas dan pegangan kepada usaha-usaha pembangunan dan pentadbiran Negara; dan

ii. Memberi nasihat asas (first opinion) dan nasihat lanjutan (second opinion) di samping membuat penyesuaian-penyesuaian terhadap bentuk teknologi mengikut lunas-lunas Islam.

Page 25: MEKANISMA PENYELARASAN

• Seramai 14 orang ahli yang terdiri daripada ahli-ahli akademik, teknokrat, ahli-ahli pengurusan yang mahir dalam bidang masing-masing telah dilantik untuk menganggotai BPI. Urus setia kepada BPI ialah Cawangan Urus setia II Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Jabatan Perdana Menteri (Jakim sekarang).

• Pada awal penubuhannya, BPI dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan telah mengadakan mesyuarat kali pertama pada 11 Disember 1981. Walaubagaimanapun, pada 22 Disember 1983 Y.A.B. Dato’ Seri dr. Mahathir Mohamad, selaku Perdana Menteri telah melantik Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi baru menggantikan Ketua Setiausaha Negara.

Page 26: MEKANISMA PENYELARASAN

• Pengerusi dan ahli-ahli BPI dilantik dengan persetujuan Y.A.B. Perdana Menteri. BPI tidak mempunyai kuasa Eksekutif, tetapi merupakan badan yang bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan cadangan kepada kerajaan dalam melaksanakan program-program pembangunan negara selaras dengan ajaran Islam.

Page 27: MEKANISMA PENYELARASAN

PENCAPAIAN BADAN PERUNDING ISLAM (BPI)Antara agenda besar yang merupakan cadangan daripada BPI dan telah berjaya dilaksanakan dalam pembangunan negara hingga ke hari ini ialah:

i. Pelaksanaan Dasar penerapan Nilai-Nilai Islam;ii. Penubuhan Institusi Kewangan Islam seperti Bank Islam, Takaful Islam dan penyusunan semula Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM);iii. Pelaksanaan Skim Pembiayaan Perumahan dan Kenderaan berlandaskan Islam;iv. Pelaksanaan Pengajian Fiqh Muamalat di universiti- universiti tempatan;

Page 28: MEKANISMA PENYELARASAN

v. Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam bidang perundangan melalui pindaan beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Negara, Akta Pembahagian Pusaka Kecil, Undang-Undang Koperasi dan Enakmen Pentadbiran Islam Negeri-Negeri;vi. Pewujudan fungsi kajian makanan dan barangan gunaan orang Islam kepada Jakim;vii. Pemakaian Alat Perakam Waktu di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta;viii. Peruntukan tempat beribadat di pejabat-pejabat kepada kakitangan beragama Islam;

Page 29: MEKANISMA PENYELARASAN

ix. Pelaksanaan kelas/ceramah agama ke arah pembangunan insan di jabatan-jabatan kerajaan;

danx. Penerbitan buku-buku rujukan utama dalam

pentadbiran negara, antaranya seperti “Penerapan Nilai Islam Dalam Bidang Pertanian”, “Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Bidang Kesihatan” dan “Etika Kerja Islam”.

Page 30: MEKANISMA PENYELARASAN

PERANAN MAJLIS PERUNDINGAN ISLAM (MPI)Pewujudan MPI ini akan berperanan seperti berikut:

i. MPI merupakan sebuah ‘think tank’ yang penting dan mampu membantu kerajaan dalam memberikan idea dan cadangan bernas dalam melaksanakan agenda pembangunan negara selaras dengan kehendak Islam.

ii. Penerusan fungsi BPI akan meneruskan kesinambungan pelaksanaan dasar-dasar penerapan nilai-nilai Islam yang telah berjaya dilaksanakan secara komprehensif dan secara kombinasi dengan pendekatan Islam Hadhari yang masih di peringkat pelaksanaan.

Page 31: MEKANISMA PENYELARASAN

iii. Sebagai sebuah negara yang diiktiraf sebagai model kepada negara-negara Islam dunia dalam pelbagai bidang, MPI mampu menjadi penggerak kepada Kerajaan dalam meneroka dan menghasilkan penemuan- penemuan baru bagi meningkatkan martabat Islam dalam pembangunan negara.

iv. Gabungan tenaga pakar muslim pelbagai bidang dalam MPI akan menggerakkan semula usaha-usaha mengembalikan kegemilangan tamadun Islam di negara ini.

Page 32: MEKANISMA PENYELARASAN

TEMA RUJUKAN MPIFungsi/Bidang Tugas dikekalkan sepertimana asal

dalam BPI iaitu:

a. Menapis dan menilai cadangan-cadangan berkenaan dengan unsur-unsur Islam yang boleh dijadikan asas dan pegangan kepada usaha-usaha pembangunan dan pentadbiran Negara; dan

b. Memberi nasihat asas (first opinion) dan nasihat lanjutan (second opinion) di samping membuat penyesuaian-penyesuaian terhadap bentuk teknologi mengikut lunas-lunas Islam.

Page 33: MEKANISMA PENYELARASAN

Keahlian

a. Pengerusi: Y.B. Menteri di Jabatan Perdana Menterib. Ahli-ahli (Lantikan Tetap):

- ahli akademik- teknokrat- ahli-ahli pakar dalam bidang berkaitan

c. Setiausaha : Ketua Pengarah Jakim

Kekerapan BersidangSecara berkala (3 kali setahun)

Page 34: MEKANISMA PENYELARASAN

• Mesyuarat MPI kali pertama telah diadakan pada 28 Ogos 2008 dan mesyuarat tersebut telah mencadangkan supaya diwujudkan Panel MPI yang terdiri daripada ahli-ahli pakar dalam bidang ekonomi, undang-undang, sosial, pendidikan dan dakwah.

• Melalui penubuhan Panel ini, perbincangan dan penelitian dapat ditumpukan megikut bidang kepakaran masing-masing.

Page 35: MEKANISMA PENYELARASAN

PENUBUHAN PANEL DAN KEAHLIANNYALima (5) buah Panel akan diwujudkan dalam MPI dengan cadangan keahlian seperti berikut:i. Panel Ekonomi

Pengerusi:Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Muhammad Ali bin HashimKetua Eksekutif (mantan)Kumpulan Johor Corporation

Fungsi:Meneliti dan mengkaji aspek-aspek yang berkaitan

dengan pembangunan ekonomi serta mengemukakan cadangan penambahbaikan ke arah memantapkan kedudukan ekonomi umat Islam.

Page 36: MEKANISMA PENYELARASAN

ii. Panel Undang-Undang

Pengerusi:Y.Bhg. Tan Sri Sheikh Ghazali bin Hj. Abd RahmanPenasihat Perundangan SyariahJabatan Peguam Negara

Fungsi:Meneliti dan mengkaji isu-isu berkaitan dengan

perundangan serta mengemukakan cadangan ke arah mewujudkan penyelarasan dan mengukuhkan institusi perundangan Islam di Malaysia.

Page 37: MEKANISMA PENYELARASAN

iii. Panel Sosial

Pengerusi:Y.Bhg. Dr. Chandra MuzaffarPresidenInternational Movement For a Just World (JUST)

Fungsi:Meneliti dan mengkaji isu-isu yang berkaitan

dengan kedudukan dan tahap kehidupan sosial umat Islam serta mengemukakan cadangan-cadangan ke arah memperbaiki dan memperkukuhkan lagi tahap peradaban Islam di Malaysia.

Page 38: MEKANISMA PENYELARASAN

iv. Panel Pendidikan

Pengerusi:Y.Bhg. Prof. Emeritus Dato’ dr. Osman BakarPresidenPertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT)

Fungsi:Meneliti dan mengkaji isu-isu berkaitan pendidikan serta mengemukakan cadangan penambahbaikan ke arah memperkasakan lagi tahap pendidikan negara bagi melahirkan modal insan yang berkualiti.

Page 39: MEKANISMA PENYELARASAN

v. Panel Dakwah

Pengerusi:Y.Bhg. Dato’ Hj. Mustapha MaPengerusiMalaysia Chinese Muslim Associtaion (MACMA)

Fungsi:Meneliti dan mengkaji serta mengemukakan cadangan ke arah memantapkan lagi mekanisma dakwah Islamiyah yang dilaksanakan bagi

memperkukuhkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan mewujudkan suasana yang

lebih harmoni dengan penganut pelbagai agama di negara ini.

Page 40: MEKANISMA PENYELARASAN

F. LEMBAGA PENASIHAT PENYELARASAN PELAJARAN DAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM (LEPAI)

• Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) telah ditubuhkan hasil Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-126 pada Februari 1983. tujuan penubuhannya adalah untuk meninggikan mutu pendidikan dan pembelajaran Islam di seluruh negara.

• Dalam menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya dengan lancar dan berkesan, LEPAI berpandukan kepada satu peraturan yang dinamakan “Peraturan Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam”.

Page 41: MEKANISMA PENYELARASAN

Keanggotaan LEPAI

i. PengerusiY.Bhg. Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor

ii. Naib PengerusiY.Bhg. Prof. Dato’ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Hj. Abdul Majid

iii. Ahli-Ahli- Wakil negeri seluruh Malaysia- Wakil Universiti Kebangsaan Malaysia- Wakil Kementerian Pelajaran- Wakil Kementerian Pengajian Tinggi

Page 42: MEKANISMA PENYELARASAN

- Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Syariah) Jabatan Peguam Negara- Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

(Pembangunan), JPA

iv. SetiausahaKetua Pengarah, Jakim

Page 43: MEKANISMA PENYELARASAN

G. PERSIDANGANKETUA-KETUA JABATAN/ MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SELURUH MALAYSIA (PKJ)

• Persidangan PKJ dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jakim. Keanggotaan Persidangan ini terdiri daripada semua Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri (JAIN/MAIN), Pengarah-Pengarah Bahagian Jakim dan wakil beberapa agensi.

Page 44: MEKANISMA PENYELARASAN

Fungsi dan tugas Persidangan ini adalah seperti berikut:

i. Membincang dan menimbang apa-apa perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam di peringkat Kebangsaan (Pusat) dan negeri-negeri dengan tujuan mewujudkan atau menggalakkan kerjasama serta menyelaraskan perundangan, pentadbiran dan kegiatan Jabatan/ Majlis Agama ISlam.;

ii. Membincang dan menimbang apa-apa perkara yang boleh memberi faedah atau melindungi umat Islam; dan

Page 45: MEKANISMA PENYELARASAN

iii. Membincangkan dan menimbang apa-apa perkara keagamaan untuk dikemukakan kepada Majlis

Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia atau lain-lain pihak yang berkenaan untuk mendapat keputusan dan kerjasama.

• Persidangan ini telah diadakan dengan kekerapan tiga kali setahun.

Page 46: MEKANISMA PENYELARASAN

H. MEKANISMA PENYELARASAN DAN PENYERAGAMAN UNDANG-

UNDANG ISLAM DI SELURUH MALAYSIA• Penyelarasan dan penyeragaman Undang-Undang Islam

boleh dilaksanakan melalui:

i. Perkara 76(1)(b) atau (c) Perlembagaan Persekutuan bagi maksud menggalakkan keseragaman undang- undang antara dua Negeri atau lebih atau jika diminta oleh mana-mana Dewan Undangan mana- mana negeri.

Page 47: MEKANISMA PENYELARASAN

ii. Peraturan 9, Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah dinyatakan

dengan jelas bahawa setelah sesuatu nasihat atau pengesyoran yang dikemukakan oleh Majlis

kepada Majlis Raja-Raja dan dipersetujui maka negeri- negeri hendaklah menerimanya tanpa pindaan atau ubahsuaian.

Page 48: MEKANISMA PENYELARASAN

• Mesyuarat Majlis Kebangsaan Kali Ke-30 pada 10 Oktober 1997 telah membuat keputusan:

i. Bersetuju dengan cadangan penyelarasan dan penyeragaman undang-undang Islam di seluruh Malaysia.

ii. Supaya draf undang-undang yang berkaitan digubal oleh Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk dijadikan model oleh negeri-negeri.

Page 49: MEKANISMA PENYELARASAN

iii. Draf undang-undang yang telah digubal sedemikian akan dibincangkan selanjutnya dengan negeri-negeri dan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk semakan dan kelulusan.

iv. Draf undang-undang yang telah disemak dan diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara hendaklah dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan.

v. Setelah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja, draf Rang Undang-Undang tersebut hendaklah diterimapakai oleh negeri-negeri tanpa apa-apa pindaan dan seterusnya dibentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri masing- masing.

Page 50: MEKANISMA PENYELARASAN

• Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Peguam Negara telah menyediakan 6 model Rang Undang-Undang seperti berikut:

i) Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islamii) Rang Undang-Undang Keluarga Islamiii) Rang Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariahiv) Rang Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariahv) Rang Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariahvi) Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah

Page 51: MEKANISMA PENYELARASAN

RUMUSAN

• Jakim hanya berperanan sebagai badan penyelaras diperingkat Pusat berkaitan pembangunan hal ehwal Islam di negara ini.

• Pada dasarnya penyelarasan yang dilaksanakan oleh Jakim adalah berkenaan dengan perundangan atau pentadbiran agama Islam dan pelajaran agama Islam.

• Matlamat penyelarasan adalah untuk memperbaiki, menyamakan atau menggalakkan persamaan undang-undang atau pentadbiran.

• Dalam melaksanakan tugas penyelarasan ini Jakim berpandukan kepada Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat pada 17 Oktober 1968.

Page 52: MEKANISMA PENYELARASAN

SEKIAN.

Disediakan oleh:Bahagian Penyelarasan Undang-Undang,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).