Melaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islam

14
MELAKA MENJADI PUSAT PENGAJIAN DAN PENYEBARAN AGAMA ISLAM Melaka Sebagai Pusat Pengajian Islam; i. Agama Islam di Melaka semakin kukuh. ii. Melaka menjadi tempat tumpuan para ulama mendalami ilmu agama Islam. iii. Masjid dan madrasah dibina oleh pemerintah Melaka sebagai tempat untuk mendalami agama. iv. Ramai pendakwah-pendakwah dating ke Melaka untuk mengembangkan dan penyebaran ajaran Islam. v. Antara ulama yang terkenal di Melaka ialah: (a) Sayid Abdul Aziz Muhammad Kabungsuan (b) Karim al-Makhdum (c) Tun Muhammad vi. Di zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah wakil-wakil ulama juga dihantar ke luar negeri untuk membincangkan masalah agama. vii. Hadiah yang lumayan juga ditawarkan terhadap ulama yang mampu menyelesaikan masalah agama. viii. Bendahara Tun Perak juga membina madrasah dan surau sebagai tempat untuk mendalami ilmu agama dan beliau juga terkenal sebagai pengamal ilmu tasawuf. ix. Melaka juga menjadi pusat penterjemahan dan penghasilan kitab-kitab agama. x. Antara hasil karya yang diterjemahkan ialah: (a) Hikayat Muhammad Ali Hanafiah (b) Hikayat Amir Hamzah (c) Hikayat Iskandar Dzulkarnain

Transcript of Melaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islam

Page 1: Melaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islam

MELAKA MENJADI PUSAT PENGAJIAN DAN PENYEBARAN AGAMA ISLAM

Melaka Sebagai Pusat Pengajian Islam;

i. Agama Islam di Melaka semakin kukuh.

ii. Melaka menjadi tempat tumpuan para ulama mendalami ilmu agama Islam.

iii. Masjid dan madrasah dibina oleh pemerintah Melaka sebagai tempat untuk

mendalami agama.

iv. Ramai pendakwah-pendakwah dating ke Melaka untuk mengembangkan dan

penyebaran ajaran Islam.

v. Antara ulama yang terkenal di Melaka ialah:

(a) Sayid Abdul Aziz Muhammad Kabungsuan

(b) Karim al-Makhdum

(c) Tun Muhammad

vi. Di zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah wakil-wakil ulama juga dihantar ke

luar negeri untuk membincangkan masalah agama.

vii. Hadiah yang lumayan juga ditawarkan terhadap ulama yang mampu

menyelesaikan masalah agama.

viii. Bendahara Tun Perak juga membina madrasah dan surau sebagai tempat untuk

mendalami ilmu agama dan beliau juga terkenal sebagai pengamal ilmu tasawuf.

ix. Melaka juga menjadi pusat penterjemahan dan penghasilan kitab-kitab agama.

x. Antara hasil karya yang diterjemahkan ialah:

(a) Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

(b) Hikayat Amir Hamzah

(c) Hikayat Iskandar Dzulkarnain

xi. Melaka juga dianggap Serambi Mekah iaitu tempat bakal haji mendalami ilmu

agama sebelum mereka berangkat ke Makkah.

Penyebaran Agama Islam Ke Luar Melaka

i. Selain menjadi pusat perkembangan dan pengajian agama Islam, Melaka juga

turut menjadi pusat penyebaran agama Islam.

ii. Agama Islam disebarkan ke luar Melaka melalui pelbagai cara. Antaranya:

(a) Perkahwinan diraja – Putera dari negeri Melaka yang berkahwin dengan

puteri daripada negeri yang belum Islam contohnya Sultan Muzaffar Syah dan

Page 2: Melaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islam

Sultan Mansur Shah yang mengahwinkan putera-putera mereka dengan puteri-

puteri daripada Kedah, Siak, Jambi dan Kelantan.

(b) Kegiatan perdagangan – Pedagang bukan Islam yang berdagang ke Melaka

memeluk agama Islam dan bila mereka pulang ke tanah air mereka akan

menyebarkan Islam kepada sanak saudara mereka.

(c) Usaha golongan pendakwah – Mereka ditugaskan oleh pemerintah Melaka

untuk menyebarkan agama Islam ke negeri-negeri yang masih belum Islam.

(d) Penaklukan – Negeri-negeri yang ditakluki oleh Melaka akan memeluk Islam

untuk mendapat kelebihan dan perhatian daripada pemerintah Melaka.

Kesan-kesan Perkembangan Islam

i. Wujud tulisan Jawi yang diubah suaikan daripada tulisan arab.

ii. Al-Quran menjadi asas pengajian penduduk Melaka.

iii. Corak pemerintahan Islam diamalkan dalam pentadbiran Melaka.

iv. Upacara dan adat istiadat Islam dilaksanakan seperti adat berkhatam, adat

khatam al-Quran dan adat bercukur.

Page 3: Melaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islam

KEMAJUAN PENDIDIKAN MEMBAWA PERUBAHAN

Golongan Berpendidikan Arab

i. Pada abad ke-19, ramai pelajar-pelajar Melayu melanjutkan pelajaran mereka di

Timur Tengah dan Universiti al-Azhar di Mesir.

ii. Mereka ini kemudiannya terpengaruh dengan Gerakan Pemulihan Islam dan

Gerakan Pan-Islam yang muncul di Mesir.

iii. Ketika di Mesir, golongan pelajar ini telah menerbitkan majalah-majalah seperti

Seruan Azhar dan Pilihan Timur untuk menyuarakan penentangan mereka

terhadap penjajah.

iv. Golongan ini kemudiannya menyebarkan idea-idea baru ini di kalangan penduduk

tempatan di Tanah Melayu melalui akhbar dan majalah seperti al-Imam, Neracha,

Saudara dan al-Ikhwan.

Golongan Berpendidikan Melayu

i. Golongan ini terdiri daripada pelajar-pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris di

Tanjung Malim, Perak.

ii. Perjuangan rakyat Indonesia yang menentang penjajahan Belanda memberi

kesedaran kepada mereka untuk menentang penjajahan Bristish.

iii. Golongan ini berhasrat menamatkan penjajahan British di Tanah Melayu secara

radikal.

iv. Mereka menyebarkan idea-idea perjuangan melalui akhbar Warta Malaya dan

Majlis.

v. Usaha golongan ini bermula sejak akhir 1920-an tetapi pengaruh mereka mula

dirasai dengan tertubuhnya Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada Ogos 1938.

Golongan Berpendidikan Inggeris

i. Golongan ini menyeru masyarakat Melayu memajukan diri melalui pendidikan

dan politik.

ii. Mereka juga menubuhkan kesatuan-kesatuan Melayu yang memperjuangkan

nasib orang Melayu, antaranya:

(a) Kesatuan Melayu Singapura (KMS)

(b) Persatuan-persatuan Melayu di Tanah Melayu dan Sarawak

Page 4: Melaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islam

KEGIATAN AKHBAR DAN MAJALAH

i. Penulisan dalam akhbar dan majalah memainkan peranan yang besar dalam

memperjuangkan nasib bangsa dan tanahair antaranya:

(a) Mengandungi mesej yang tersendiri untuk membangkitkan semangat

nasionalisme.

(b) Dapat menyebarkan idea-idea yang bernas dalam meniup semangat

perjuangan orang Melayu.

Akhbar Dan Majalah Kaum Muda;

Akhbar al-Imam

i. Merupakan antara akhbar terawal yang diterbitkan di Singapura pada 23 Julai

1906.

ii. Al-Imam diterbitkan bersama oleh Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir

Jalaluddin, Haji Abbas Mohd. Taha dan Syeikh Mohd. Salim al-Kalali.

iii. Prinsip perjuangan mereka, iaitu:

(a) Islam sebagai asas perjuangan.

(b) Berjuang menerapkan pandangan dan fikiran baru terhadap Islam.

(c) Memberi kesedaran untuk kemajuan bangsa serta membangkitkan semangat

perjuangan bangsa dan negara.

Seruan al-Imam

Kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya.

Memahami ajaran Islam yang sebenarnya.

Berusaha dengan gigih untuk mencapai kemajuan melalui pertukangan dan bercucuk

tanam.

Mengambil langkah memelihara negeri daripada dijajah oleh musuh.

Umat Islam harus bersatu padu untuk kebaikan semua.

Mengkaji sejarah, khususnya sejarah perkembangan agama Islam dan mengambil

iktibar daripadanya.

Mengkaji sejarah negara maju supaya dapat mencontohi usaha yang mereka lakukan

untuk mencapai kemajuan.

Page 5: Melaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islam

iv. Penerbitan al-Imam hanya 31 keluaran sahaja, namun ianya telah menimbulkan

kesan yang mendalam kepada masyarakat Melayu.

v. Seruannya diteruskan oleh akhbar-akhbar lain, seperti Neracha (1911), Tunas

Melayu (1913) dan al-Ikhwan (1926-1931).

Akhbar Dan Masalah Kaum Tua

i. Antara akhbar dan majalah yang dihasilkan ialah:

(a) Suara Benar (1932 – 1934).

(b) Lidah Benar (1923 – 1935).

(c) Pengasuh (1918), oleh Tok Kenali.

ii. Golongan Kaum Tua ini tidak sependapat dengan kaum muda.

iii. Kaum Tua ini membidas dan mengkritik terhadap sebarang perubahan atau

idea yang dibawa oleh Kaum Muda.

iv. Tok Kenali merupakan pemimpin utama Kaum Tua.

Majalah Dan Akhbar Yang Lain

i. Antara majalah yang penting ialah:

(a) Warta Melaya (1930).

(b) Warta Jenaka (1936).

(c) Warta Ahad (1935).

ii. Ketiga-tiga majalah ini adalah untuk memupuk kesedaran orang Melayu tentang

penguasaan ekonomi oleh pihak British.

iii. Akhbar Majlis (1935);

Pengarangnya yang pertama ialah Abdul Rahim Kajai.

Majlis dianggap sebagai akhbar kebangsaan yang pertama yang

membincangkan tentang pendidikan, sosioekonomi dan perpaduan rakyat.

iv. Akhbar Utusan Melayu (1939);

Pengarangnya yang pertama ialah Abdul Rahim Kajai.

Akhbar ini juga memperjuangkan semangat kebangsaan dan

pendidikan sebagai saluran untuk mencapai kemajuan.

Merupakan akhbar Melayu yang utama dan sebagai alat perjuangan

orang Melayu.

Page 6: Melaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islam

v. Fajar Sarawak (1930);

Pengarang utamanya Muhammad Rakawi bin Yusuf.

Akhbar yang giat memperjuangkan semangat kebangsaan di Sarawak.

Menyeru orang Melayu berusaha memajukan diri dan mementingkan

pendidikan sebagai alat untuk kemajuan.

Perkembangan Akhbar-Akhbar Cina Dan Tamil

i. Di kalangan masyarakat Cina, akhbar hariannya yang pertama ialah Lat Pau yang

diterbitkan pada 1881.

ii. Masyarakat India pula menerbitkan Ulaga Nesan pada 1877.

iii. Menjelang 1930-an, jumlah akhbar di kalangan kedua-dua masyarakat ini telah

bertambah.

iv. Akhbar masyarakat Cina pada 1930-an:

(a) Nanyang Siang Pau (1923).

(b) Sin Chew Jit Poh (1929).

(c) The Modern Daily News (1936).

v. Akhbar masyarakat India pada 1930-an:

(a) Tamil Nesan (1923).

(b) Tamil Murasu (1930-an)/

vi. Golongan Jawi Peranakan atau India Muslim dan Cina Peranakan juga

menerbitkan akhbar dalam Bahasa Melayu:

(a) India Muslim – Jawi Pranakan (1876 – 1885), Skolah Melayu (1888 – 1890)

dan Taman Pengetahuan (1904).

(b) Cina Peranakan – Surat Kabar Pranakan (1891), Bintang Timur (1894 –

1895), Kabar Uchapan Baru (1926), dan Bintang Pranakan (1930 – 1931).

vii. Kandungan yang terdapat dalam akhbar Cina dan India ialah:

(a) Laporan keadaan dan kegiatan kedua-dua masyarakat ini di Tanah Melayu.

(b) Melaporkan perkembangan pergerakan politik di China dan India.

(c) Iklan barangan dan perkhidmatan perniagaan.

Page 7: Melaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islam

PERKEMBANGAN PENULISAN DAN KREATIF

i. Penulisan kreatif juga menjadi alat nasionalisme kerana para penulis dapat

menyelitkan unsur-unsur nasionalisme di sebalik penulisan mereka.

ii. Karya-karya dalam bentuk puisi yang dihasilkan membangkitkan perasaan

bersemangat untuk maju di kalangan masyarkat Melayu. Antaranya:

(a) Sedarlah (Mahmud Ahmadi).

(b) Semenanjung dan Tenaga Kaumku (Harun Aminurrashid).

(c) Seruan Kebangsaan (Melati Pahang).

iii. Dalam karya-karya sastera berbentuk novel, ada di antaranya yang mengecam

penjajahan menyeru orang Melayu membebaskan tanahair, seperti:

(a) Melur Kuala Lumpur (1930), oleh Harun Aminurrashid

(b) Putera Gunung Tahan (1837) dan Anak Mat Lela Gila (1941), oleh Ishak Haji

Muhammad.

(c) Hikayat Faridah Hanum (1925), oleh Syed Syeikh al-Hadi yang menceritakan

mengenai kesedaran wanita terhadapy hak-hak wanita.

iv. Dalam karya-karya sastera berbentuk cerpen (cerita pendek), tema-tema yang

biasanya diselitkan adalah mengenai perjuangan membebaskan tanahair dan

seruan supaya berusaha untuk maju.

v. Antara cerpen-cerpen tersebut ialah:

(a) Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kahai.

(b) Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang (1940) dan Siasat Yang Tiada Diminta

(1940), oleh Shamsuddin Salleh.

(c) Rumah Besar Tiang Sebatang (1941), oleh Ishak Haji Muhammad.

Page 8: Melaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islam

PERJUANGAN BADAN DAN KESATUAN MENENTANG PENJAJAH

Kesatuan Melayu Singapura (KMS);

i. KMS ditubuhkan pada 1926 dan merupakan persatuan berunsur politik yang

mula-mula ditubuhkan untuk menjaga hak dan kedudukan politik orang Melayu.

ii. Pengasasnya ialah Mohamad Eunos Abdullah dengan bantuan Tengku Kadir,

Daud Mohd Shah, Imam Haji Mohd Yusof bin Haji Said dan Embok Suloh.

iii. Merupakan persatuan politik yang dianggotai oleh orang Melayu yang

berpendidikan Inggeris, wartawan, peniaga dan yang berkhidmat dengan

kerajaan.

iv. Tujuan utama KMS:

(a) Menimbulkan kesedaran dan kecenderungan kaum Melayu untuk berpolitik,

terutamanya berkaitan hak-hak dan kebebasan mereka.

(b) Menggalakkan orang Melayu memajukan kedudukan sosioekonomi mereka,

terutamanya dalam bidang pelajaran.

(c) Menggalakkan anggotanya memainkan peranan lebih penting dalam hal

pentadbiran.

(d) Mewakili masyarakat Melayu dalam berurusan dengan pihak pemerintah.

v. Antara kejayaan-kejayaan KMS:

(a) Mendapatkan tanah khas untuk Kampung Melayu pada tahun 1928.

(b) Menerbitkan akhbar Utusan Melayu.

(c) Menubuhkan cawangan KMS di Melaka dan Pulau Pinang pada tahun 1937.

Persaudaraan Sahabat Pena;

i. Ditubuhkan pada April 1934 dengan tujuan untuk mengukuhkan perpaduan di

kalangan orang Melayu.

ii. Persatuan ini terbuka kepada semua orang Melayu.

iii. Pejabat-pejabat cawangan pertubuhan ini ditubuhkan di Kedah, Perak, Kelantan,

Singapura, Sabah dan Sarawak.

iv. Persaudaraan Sahabat Pena menggunakan cogan kata “Hidup Bahasa Hiduplah

Bangsa”.

v. Pada bulan November 1934, Persaudaraan Sahabat Pena telah mengadakan

persidangannya yang pertama di Taiping, Perak.

Page 9: Melaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islam

vi. Pada tahun 1935, pertubuhan ini dikenali sebagai Persatuan Sahabat Pena Malaya

(PASPAM).

vii. Pada ketika itu, keanggotaan pertubuhan ini telah melebihi 2,000 dan seterusnya

kepada 12,000 orang.

viii. PASPAM turut mengeluarkan majalah bulanannya pada tahun 1938.

Perkembangan Persatuan Melayu;

i. Penubuhan dan perjuangan Kesatuan Melayu Muda telah mendorong kepada

penubuhan kesatuan di negeri-negeri Melayu yang lain.

ii. Dari tahun 1937 hingga 1940, terdapat beberapa buah persatuan yang ditubuhkan

antaranya:

(a) Persatuan Melayu Perak

(b) Persatuan Melayu Pahang

(c) Persatuan Melayu Selangor

(d) Persatuan Melayu Negeri Sembilan (PEMNAS)

(e) Persatuan Persetiaan Melayu Kelantan

(f) Kesatuan Melayu Sarawak

iii. Persatuan Melayu Selangor yang dipimpin oleh Tengku Ismail bin Tengku Mohd.

Yassin adalah antara persatuan yang bergiat cergas.

iv. Persatuan Melayu Selangor mendesak supaya jawatan pendaftar dan penolong

pendaftar Mahkamah Tinggi hanya dikhaskan kepada orang Melayu sahaja.

v. Pada Ogos 1939, Persatuan Melayu Selangor menganjurkan Kongres Melayu Se-

Malaya bersama-sama dengan Kesatuan Melayu Singapura yang diadakan di

Kuala Lumpur.

vi. Melalui kongres ini, Ishak Haji Muhammad dari Kesatuan Melayu Singapura

telah mencadangkan penubuhan Persekutuan Persatuan-persatuan Melayu

Semenanjung Tanah Melayu.

vii. Kongres yang kedua diadakan di Bangunan Guru-guru Melayu Singapura pada

Disember 1940 dan dihadiri oleh wakil-wakil dari Tanah Melayu, Sabah dan

Sarawak serta Brunei.