MELAKA SRI T Percubaan Penggal 2 2014

6
Bahagian A [15 markah] Jawab semua soalan. 1. Nyatakan tiga tonggak utama dalam transformasi negara bagi mencapai Wawasan 2020. [3] i. ........................................................ .................................................... ........................ ii. ......................................................... .................................................... ....................... iii. ........................................................ ......................................................... ................... 2. Jelaskan dua usaha untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. [4] i. ......................................................... ......................................................... ................. ......................................................... ............................................................ .............. ii. ......................................................... ......................................................... ................. TIAN/SMKST/PERCUBAAN P2/2014 1

Transcript of MELAKA SRI T Percubaan Penggal 2 2014

Bahagian B

Bahagian A[15 markah]

Jawab semua soalan.

1. Nyatakan tiga tonggak utama dalam transformasi negara bagi mencapai Wawasan 2020. [3]

i. ....................................................................................................................................ii. ....................................................................................................................................iii. ....................................................................................................................................

2. Jelaskan dua usaha untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. [4]

i. ......................................................................................................................................................................................................................................................................ii. ......................................................................................................................................................................................................................................................................

3. Teknologi hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi. Nyatakan empat kriteria yang perlu dipenuhi oleh produk peralatan tersebut. [4]

i. .................................................................................................................................ii. .................................................................................................................................iii. .................................................................................................................................iv. .................................................................................................................................

4. Huraikan dua nilai yang diterapkan dalam Gagasan 1Malaysia bagi menyatupadukan rakyat. [4]i. ......................................................................................................................................................................................................................................................................ii. ......................................................................................................................................................................................................................................................................

Bahagian B [20 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. 5. Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan aduan kes pencemaran yang diterima oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia bagi tempoh yang dinyatakan mengikut jenis pencemaran dan mengikut negeri terpilih.

Aktiviti manusia dalam sektor pembuatan, pembangunan dan perindustrian menyebabkan ketidakstabilan ekologi alam sekitar dan mengancam hidupan. Jumlah aduan pencemaran pada tahun 2001 adalah sebanyak 2 411 kes dan telah mencecah kepada 9 999 kes pada tahun 2005.

Pembakaran terbuka dan kepesatan sektor perindustrian meningkatkan gas kimia beracun di udara. Sehubungan itu, aduan yang dilaporkan pada tahun 2005 akibat pencemaran udara adalah sebanyak 3053 kes.

Pertambahan jumlah kenderaan dan pembangunan hartanah meningkatkan kes pencemaran bunyi. Kes pencemaran ini yang dilaporkan pada tahun 2005 berjumlah 267 kes telah merosot sebanyak 36 kes berbanding tahun sebelumnya.

Pada tahun 2005, petunjuk ekonomi negara positif dan telah melonjakkan sektor pembuatan dan perindustrian. Sebanyak 4625 kes yang telah dilaporkan yang melibatkan pencemaran air termasuk aktiviti pembuangan sisa cecair dan pepejal. Jumlah ini melebihi sebanyak 2571 kes berbanding aduan kes pencemaran lain-lain pada tahun yang sama.

Perkembangan pesat di negeri Selangor menyebabkan pelbagai pencemaran telah berlaku. Daripada jumlah aduan yang diterima pada tahun 2005, negeri ini telah menyumbangkan sebanyak 30%. Negeri Johor juga tidak menunjukkan ketinggalan dalam kemajuan pelbagai aspek terutamanya dalam bidang pembinaan dan perindustrian. Sehubungan itu, negeri ini telah menerima sebanyak 3125 kes aduan pencemaran iaitu mengatasi negeri Melaka sebanyak 2089 kes sahaja. Negeri lain yang turut dilaporkan berlakunya pencemaran termasuk Perak yang mencatat 1255 kes dan Negeri Sembilan yang mencatat 698 kes. Bakinya kes aduan pencemaran tersebut disumbangkan oleh negeri Pahang.Akta Kualiti Alam Sekitar ( EQA ) dan Peraturan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) mengandungi terma dan seksyen yang berkaitan dengan pencemaran udara, bunyi, air dan lain-lain yang boleh dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa jika bersabit kesalahan. Terma ini secara langsung dapat mengurang risiko dan ancaman pencemaran kepada kehidupan dan alam sekitar.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Jabatan Alam Sekitar, 2005)

6. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan pekerja dalam industri pembuatan terpilih dan pola gaji yang dibayar bagi tahun-tahun yang dinyatakan.

Pakej strategi ekonomi yang dilaksanakan kerajaan pada tahun 2001 dan diteruskan ke tahun berikutnya telah menjana pertumbuhan ekonomi negara. Kesannya, sektor perindustrian khususnya industri pembuatan semakin meningkat dan merupakan antara sektor terpenting. Pada tahun 2003, jumlah pekerja yang terlibat dalam industri ini sebanyak 409 410 orang, iaitu bertambah sebanyak 15 370 orang berbanding tahun 2001.

Industri pembuatan dibahagikan kepada beberapa sektor. Industri makanan dan minuman merupakan yang terpenting dengan mewakili seramai 129 107 orang pekerja pada tahun 2002. Jumlah ini meningkat sebanyak 6472 orang berbanding tahun sebelumnya. Tahun 2003 pula mencatatkan bilangan pekerja seramai 131 881 orang. Peningkatan ini berlaku disebabkan permintaan terhadap barangan pengguna terutama barangan makanan dan minuman.

Pada tahun 2001, gaji yang diterima oleh pekerja bagi industri makanan dan minuman ialah RM1321 juta sebulan daripada jumlah keseluruhan pembayaran gaji pada tahun berkenaan iaitu RM5426 juta. Walaupun berlaku kemerosotan bilangan pekerja, tetapi jumlah gaji dibayar menunjukkan peningkatan setiap tahun. Pada tahun 2002, jumlah gaji yang dibayar bagi sektor ini ialah RM1390 juta. Seterusnya upah pekerja terus meningkat sebanyak 57.27% pada tahun berikutnya.

Bilangan pekerja dalam industri tekstil dan pakaian pula menunjukkan pola yang berbeza dengan industri makanan dan minuman. Pada tahun 2001, seramai 112 766 orang pekerja terlibat dalam industri ini, dan berlaku peningkatan sebanyak 13 151 orang pada tahun berikutnya sebelum merosot kepada 113 484 orang pada tahun 2003.

Gaji yang dibayar kepada pekerja industri tekstil dan pakaian berbeza dengan industri makanan dan minuman. Pada tahun 2002, gaji yang dibayar kepada pekerja industri tekstil dan pakaian mencatat upah yang tertinggi dalam tempoh tiga tahun tersebut dengan sebanyak RM1629 juta. Jumlah ini meningkat sebanyak RM160 juta berbanding tahun sebelumnya. Namun, jumlah ini merosot kepada RM1607 juta pada tahun 2003.

(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan, Jabatan Perangkaan Malaysia, Tahun 2005)

Bahagian C [25 markah]

Pilih satu daripada tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan.

7. Aktiviti manusia dalam pelbagai aspek pembangunan telah memusnahkan alam sekitar. Oleh itu, kemusnahan alam sekitar ini mesti dipulihkan untuk melestarikan alam sekitar. Huraikan penyataan ini.

8. Perpaduan merupakan antara cabaran yang harus dihadapi oleh Malaysia bagi membolehkan negara kita mencapai taraf negara maju pada tahun 2020. Bincangkan.

4TIAN/SMKST/PERCUBAAN P2/2014