Melaksanakan Aktiviti Pengamatan Penglihatan

download Melaksanakan Aktiviti Pengamatan Penglihatan

of 21

  • date post

    15-Jul-2015
  • Category

    Documents

  • view

    1.564
  • download

    1

Transcript of Melaksanakan Aktiviti Pengamatan Penglihatan

PENGENALAN Aktiviti prabacaan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan untuk tujuan memberikan asas kepada kanak sebelum mereka boleh membaca walaupun kemahiran-kemahiran pra bacaan dapat dipelajari secara semulajadi di rumah atau di tadika. Kemahiran ini adalah penting dalam perkembangan kemahiran kanak-kanak.

Proses pengamatan membolehkan kita memahami apa yang sedang berlaku di persekitaran. Beberapa orang yang menyaksikan perkara yang sama mungkin memberi tafsiran yang berbeza. Oleh itu, pengertian mereka berlainan. Dengan demikian setiap orang berperilaku secara berbeza.

Penglihatan tidak berlaku dalam mata. Mata hanyalah suatu alat yang membantu proses penglihatan. Kebanyakan orang tersalah anggap tentang pengamatan. Pengamatan kepada mereka hanya melibatkan apa yang dapat dilihat dengan mata.Sedangkan sebenarnya pengamatan melibatkan keseluruhan pancaindera manusia. Secara ringkasnya, kemahiran ini dapat dibahagikan kepada 3 jenis iaitu: 1. Aktiviti pengamatan penglihatan 2. Aktiviti pengamatan pendengaran 3. Aktiviti pergerakan tangan dan mata

Aktiviti Pengamatan PenglihatanPenglihatan

1. Diskriminasi - Ketidakbolehan membezakan bentuk, saiz, warna, huruf, nombor dan perkataan.

2. Ingat Kembali - Ketidakbolehan mengingat kembali apa yang diamati.

3. Orientasi Kedudukan - Ketidakbolehan membezakan kedudukan sesuatu bentuk, huruf dan nombor.

4. Turutan - Ketidakbolehan mengingati sesuatu mengikut susunan huruf-huruf dalam perkataan.

5. Menyudah atau Melengkapkan - Ketidakbolehan mengenal sesuatu benda atau Melengkap objek, nombor, perkataan atau ayat.

6. Menyalin - Ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk, huruf, nombor, perkataan atau ayat.

7. Rajah Latar Belakang - Ketidakbolehan menentukan sesuatu seperti bentuk, huruf atau nombor dari latabelakang sesuatu gambar atau rajah.

8. Koordinasi Motor - Ketidakbolehan menyelaraskan pergerakan motor mata dan tangan.

9. Pertalian Jarak (Ruang) - Ketidakbolehan mengagak sesuatu saiz, jarak kiri dan kanan serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain.

10. Ketetapan Bentuk / Kedudukan dalam rajah - Ketidakbolehan mengetahui sesuatu bentuk, huruf, atau nombor yang mempunyai bentuk tetap dan tidak akan berubah bentuknya dalam mana-mana keadaan.

11. Gambar Bersiri - Ketidakbolehan mengikuti cerita dari satu babak ke satu babak yang lain.

12. Mazing atau Mencari Jalan Keluar - Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah

Dikaitkan dengan kebolehan mengasingkan secara visual akan persamaan dan perbezaan yang ada pada objek, gambar, huruf dan perkataan.

Untuk membaca seseorang kanak-kanak mesti tahu mendiskriminasikan perbezaan antara m dan n atau pun lari dan lori.

Diskriminasi penglihatan juga termasuk dalam bahagian orientasi arah atau kedudukan seperti lagu dan gula, daki dan baki.

Sekiranya kanak-kanak menghadapi kesulitan-kesulitan ini, maka mereka haruslah diberi bimbingan dari peringkat awal bacaan supaya kemahiran ini dapat berkembang dengan baik.

Satu eksperimen telah dijalankan ke atas orang-orang yang dilahirkan buta. Setelah pembedahan dilakukan dan orang-orang buta ini dapat melihat kembali, mereka tidak dapat mengenalpasti benda-benda yang pernah dikenali secara sentuhan semasa buta dahulu.

Ini adalah disebabkan mereka tiada pengetahuan untuk mentafsirkan objek yang dilihat olehnya dan gagal menghubungkaitkan pengamatan penglihatan baru dengan pengalaman lama. Setelah menjalani beberapa latihan, pengetahuan diperoleh. Orang-orang ini tidak lagi bergantung kepada deria sentuhannya untuk mengenal pasti benda-benda yang dilihatnya.

Ini membuktikan bahawa pengetahuan dan latihan memainkan peranan untuk membantu pembentukan dan perkembangan pengamatan seseorang.

Aktiviti Pengamatan Pendengaran

Aktiviti Pergerakan Tangan dan MataPergerakan tangan dan mata adalah suatu koordinasi pergerakan tubuh atau kawalan gerak visual, koordinasi motor kasar dan motor halus, imej badan sisian arah penyelarasan badan).

Bagaimana Melaksanakan Aktiviti Pengamatan PenglihatanPenglihatan (Janet W Learner Kepayahan seseorang khususnya kanak-kanak disleksia dalam melakukan tugasan untuk membezakan abjad, perkataan serta mengecam angka, nombor, bentuk geometri dan gambar. Ianya melibatkan diskriminasi penglihatan, ingatan penglihatan dan integrasi visualmotor dan visual kinestetik. Antara masalah visual yang dapat dilihat, seperti perbezaan bentuk, saiz, mengecam bentuk huruf dan perkataan serta tentang pembalikan sesuatu objek.

Pengamatan atau persepsi merupakan elemen terpenting dalam proses kognitif. Pengamatan bukanlah suatu proses yang lazim, kerana ia tidak berlaku secara automatik. Ia tidak terjadi dengan hanya kita membuka mata, merasa sesuatu atau mendengar bunyi-bunyian yang berada di alam ini. Pengamatan ialah satu proses yang melebihi tahap pendaftaran rangsangan-rangsangan yang diberikan kepada kita semua. Manusia sentiasa memilih segelintir daripada rangsangan-rangsangan yang akan memberi makna kepada dirinya. Ini pula dilakukan dengan cara memberi perhatian atau tumpuan kepada kewujudan sesuatu entiti di sekelilingnya. Ia juga perlu dikenalpasti, diinterpretasikan, diorganisasikan, dan

difahami supaya makna yang tersirat di sebalik entiti itu dapat diperolehi. Setelah semua ini dilakukan, barulah sesuatu kederiaan itu dipersepsi atau diamati oleh manusia.

Segala fenomena yang dipersepsikan oleh manusia seharusnya melalui organ-organ deria. Sememangnya organ derialah yang merupakan jalan masuk semua rangsangan ke tubuh, akal fikiran dan jiwa manusia.

Dalam hal pengamatan ini, pengamatan melaui organ deria mata merupakan sesuatu yang penting, kerana lazimnya amatan melalui organ deria mata merupakan sesuatu yang penting, kerana lazimnya manusia selalu menumpukan perhatian melalui penglihatannya.

Sudah tentu, bagi fenomena-fenomena lain seperti bau-bauan, citarasa makanan, dan bunyi-bunyian perlu didaftarkan oleh organ-organ deria yang berkenaan, tetapi banyak pakar berpendapat yang ia tidak begitu signifikan jikalau dibandingkan dengan pengamatan visual.

Apa yang kita lihat, dengar, sentuh, hidu dan rasa tentang keadaan alam sekitar bergantung kepada pengamatan yang diperoleh melalui rangsangan yang diterima oleh pancaindera. Maklumat itu ditafsirkan oleh proses mental untuk membentuk konsep. Biasanya pengamatan dipengaruhi oleh pengalaman yang sedia ada pada seseorang. Hal ini kerana pengamatan berperanan membuka dan menyediakan skrin pemikiran pada peringkat awal. Input dalam bentuk rangsangan deria akan disimpan dan dicetak ke filem.

Prosesnya berlangsung berterusan dan ada ketikanya akan berlaku potong dan tampalpada mana-mana slot. Hal ini terjadi apabila berlakunya pertembungan input lama dan baru. Setiap kali kita melihat sesuatu rangsangan baru, maka ia akan dirakamkan dan kemudian difilemkan. Apabila kita menerima rangsangan baru, maka filem akan diputarkan, dan di sini berlaku

proses pengkordinasian input baru dan lama pada mana-mana slot yang relevan dengan yang lama. Maklumat baru akan dirakam dan cuba disesuaikan dengan yang lama. Jika tiada hubungan langsung, maka satu filem baru akan dirakam. Begitulah seterusnya, proses ini berlaku berterusan sehingga ke akhir hayat.

Secara umumnya objektif pembentangan aktiviti pengamatan kertas kerja seminar ini adalah untuk membincangkan aktiviti pengamatan yang dapat membantu kepekaan murid. Ia juga bagi menilai sejauh manakah prosesproses dapat membantu meningkatkan kepekaan murid diperingkat sekolah rendah di Malaysia dengan menggunakan beberapa sumber rujukan yang ada dan kolobrasi bersama pensyarah dan guru.

Pengamatan melibatkan proses otak menerima maklumat dari deria, menyusun semula maklumat tersebut dan menterjemahkannya kepada pengalaman yang bermakna. Pengamatan bukan sahaja melibatkan deria penglihatan sahaja, tetapi juga deria pendengaran, rasa, bau, kinestetik dan perasaan. Ia juga menjangkaui penggunaan deria dan merupakan proses kognitif. Umpamanya dalam proses melihat, cahaya dari objek itu masuk ke dalam mata dan imej objek itu terbentuk di retina. Ia menghasilkan impuls yang dihantar ke otak melalui saraf optik. Otak mentafsir impuls itu dan menginterpretasikannya mengikut sifat-sifat objek itu, misalnya dari segi bentuk dan warna. Objek itu dikira telahpun dilihat. Contoh ini memperlihatkan pertalian di antara fungsi mata dengan mental (otak) yang memproses maklumat.

Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan proses pengamatan tidak berlaku, diantaranya ialah: i. Gangguanan emosi (terfikir perkara-perkara lain dan hilang tumpuan). ii. Keadaan kesihatan seseorang/ mengidap penyakit.

iii. Kurang pengalaman yang memberi dorongan untuk berfikir dan bertaakul.

Menurut Janet W Learner beliau menyatakan bahawa kepayahan seseorang khususnya kanak-kanak disleksia dalam melakukan tugasan untuk membezakan abjad, perkataan serta mengecam angka, nombor, bentuk geometri dan gambar. Ianya melibatkan diskriminasi penglihatan, ingatan penglihatan dan integrasi visual-motor dan visual kinestetik. Antara masalah visual yang dapat dilihat, seperti perbezaan bentuk, saiz, mengecam bentuk huruf dan perkataan serta tentang pembalikan sesuatu objek.

Cadangan Aktiviti : 1. Mencari gambar, bentuk, huruf dan simbol-simbol yang tidak sama. 2. Perbezaan dan persamaan objek. Contoh : kerusi, meja, papan hitam dan sebagainya. 3. Objek-objek yang hampir serupa yang boleh diperolehi daripada gambar haiwan, bunga dan daun-daun. 4. Memadankan huruf-huruf dengan perkataan. 5. Menekap corak, bentuk dan huruf. Visual Memory

Ingatan penglihatan memerlukan kebolehan mengingat apa yang telah dilihat. Untuk membaca, kanak-kanak mesti mengekalkan ingatan penglihatannya tentang huruf-huruf dan perkataan-perkataan yang telah dilihatnya. Cadangan mengatasi :

Sediakan benda-benda di atas meja dan minta murid menelitinya. Tutupkan benda-benda tersebut dan minta murid menyebut kembali benda-benda yang dilihatnya.

Tunjuk satu corak atau gambar kepada murid. Tutup corak atau gambar itu dan minta murid melakarnya semula.

Tunjukkan satu gambar kepada murid dan kemudian tutup. Bincangkan dengan murid mengenai gambar tersebut.

Ambil satu tali dan gantung beberapa keping gambar dalam susunan yang tertentu. Turunkan gambar itu dan minta murid susun semula sebagaimana yang telah dibuat oleh guru. Perkembangkan ingatan kanak-kanak dengan membincangkan benda-benda yang telah mereka lihat, kemudian minta mereka ceritakan semula apa yang mereka ingat seperti tempat yang mereka lawati, orang yang mereka jumpa, warna pakaian dan Visual Closer

Kemahiran ini ialah satu kemahiran di mana kanak-kanak dapat membuat sesuatu rumusan dengan melihat sesuatu yang tidak lengkap.

Dalam bacaan, seseorang kanak-kanak akan memerlukan kebolehan membaca dengan hanya melihat beberapa perkataan dan membuat tanggapan sendiri terhadap ayat itu. Cadangan Mengatasi :

Memadan atau mencantumkan gambar-gambar jigsaw puzzle. Membuat teka-teki misalnya, guru membuat perkataan seperti merah, biru, kuning dan hijau. Kemudian, minta murid beri satu perkataan yang boleh merumuskan maksud perkataan tersebut.

Perhubungan Penglihatan :

Kemahiran ini berkait rapat dengan kanak-kanak menceritakan dua atau lebih kenyataan mengenai sesuatu objek yang dilihatnya.

Ini termasuklah menaakul, mengkritik, berfikir dan menyelesaikan masalah. Cadangan aktiviti :

Galakkan kanak-kanak melahirkan pemikirannya terhadap sesuatu objek dan menyuruhnya mengkritik objek tersebut. Beri beberapa soalan bimbingan.

Bimbing kanak-kanak seperti konsep berlawanan contohnya kecil-besar, tinggirendah atau mengenai apa yang dilihatnya.

Gunakan dua gambar yang ada kaitannya antara satu sama lain seperti anjing dengan tulang, kucing dengan tikus, buku dengan pensel, ayah dengan ibu, dan lain-lain yang berkaitan. Minta murid ceritakan kaitan di antara kedua-dua gambar yang ditunjukkan.

Latih murid-murid mengenal konsep kumpulan dengan menyediakan gambargambar dari jenis makanan, haiwan, bunga, tumbuhan dan sebagainya. Kelemahan Pengamatan Penglihatan 1. Diskriminasi penglihatan 2. Penerimaan penglihatan 3. Perhubungan penglihatan 4. Ingatan visual (visual memory) Penerimaan Penglihatan

Penerimaan penglihatan dikaitkan dengan kebolehan memahami tanda-tanda yang seseorang itu melihat.

Sesetengah kanak2 sukar untuk mentafsir atau menterjemahkan simbol-simbol yang dilihat.

Pemulihan dijalankan untuk menolong kanak-kanak ini memahami simbol, pergerakan badan, isyarat, gambar, dan lukisan supaya ia dapat menceritakan makna objek-obejk itu.

Cadangan Aktiviti :

Ajar murid untuk mengenal dan membeza pelbagai bentuk benda-benda yang mudah dan telitikan perbezaan saiz, warna dan kedudukannya.

Adakan permainan seperti menyoal siapa yang boleh lihat dengan banyak menda-benda yang ada di sesuatu tempat dan namakannya. Contoh, bilik darjah, kedai buku, pasar, dapur dan sebagainya.

Bagaimana Melaksanakan Aktiviti Pengamatan PendengaranMenurut Ball & Blachman, (1991): Lyon, (1998): Sthal & Murry, (1994) mereka berpendapat keupayaan mengesan atau mengenalpasti apa yang didengar. Kebanyakan mereka yang mempunyai masalah dari aspek auditori,

linguistik dan masalah phonologikal. Antara aspek yang terdapat di dalam masalah pengamatan auditori ialah masalah untuk membezakan bunyi, bunyi phonological (diskriminasi pendengaran), mengingat apa yang di dengar, mengingat urutan (ingatan pendengaran) dan membentuk perkataan dari gabungan abjad (intergrasi visual pendengaran).

Bagaimana Melaksanakan Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata

Kebolehan membezakan bentuk, saiz, huruf. Perasan butiran dan memberi perhatian kepada arahan, demonstrasi, dan aktiviti-aktiviti lain;mengambil masuk dan menarik balik maklumat visual deria masuk dan menggunakannya untuk membuat ramalan, perbandingan, dan / atau penilaian; mengiktiraf perbezaan atau persamaan, atau penderiaancabaran dalam keadaan di event bijak di antara isyarat visual yang berkaitan untuk maklumat dan tidak relevan atau mengganggu maklumat visual memeriksa orang, harta, atau peralatan. Peringkat asas Seseorang pada tahap Pengetahuan AsasAsas terhad pengalaman menggunakan

kompetensi. Dia / dia terpakai pengetahuan am dalam situasi yang sama tetapi telah terhadpraktikal pengalaman dalam menggunakan kecekapan dalam persekitaran kerja menyampaikan lebih kompleks situasi.

Peringkat Kedua

Peringkat pertengahan (M) Seseorang yang mempunyai kemahiran peringkat pertengahan telah memohon kompetensiberulang kali dan berjaya dalam prestasi kerja / tetapi masih mempunyai banyak belajar mengenai aspek maju atau tingkah laku yang berkaitan dengan kompetensi. Seseorang di peringkat ini biasanya boleh memohon kecekapan ke atas / sendiri.

Peringkat Mahir

Seseorang di peringkat tinggi mempunyai pengetahuan luas dan pengalaman dengankecekapan ini dan boleh memohon kecekapan yang sangat baik di tempat kerja tanpa bantuan. Pada peringkatini satu adalah seorang pakar dan telah cukup pengalaman untuk mengajar kompetensi kepada orang lain.

reaksi seseorang individu terhadap rangsangan-rangsangan, iaitu yang bersifat peribadi. Pengamatan juga merupakan pola-pola yang bermakna. Sebenarnya ia tidak berlaku secara automatik tetapi mengambil masa yang lama, iaitu melalui pentafsiran dan pemahaman yang teratur.

6.0SIFAT PENGAMATAN Pengamatan mempunyai sekurang-kurangnya empat sifat utama. Sifatsifat ini berkaitan rapat dengan fenomena dan sensitiviti. 6.1Pengamatan sering berubah-ubah bergantung kepada perubahan keadaan sekitaran. Pengamatan berkadar terus dengan perubahan masa. Masa bererti jam, hari, minggu, tahun dan abad. Apa yang kita lihat sekarang sebagai canggih, sepuluh tahun akan datang mungkin sudah ketinggalan. Model-model kereta Mercedes Benzpada masa ini contohnya, akan hanya menjadi klasik pada seratus tahun akan datang (tahun 2103). Namun pengamatan tidak berubah dalam semua situasi. Situasi yang berkaitan dengan agama dan nilai sejagat akan terus dipertahankan, walaupun masa berubah. 6.2Pengamatan bersifat personal. Pengamatan memang bersifat personal, justeru itu, sesuai dengan sifat kelainan ragammanusia itu sendiri ia sangat mempengaruhi apa yang kita lihat. Apa yang A rasa tentang makanan XYZ, mungkin tidak sama dengan B, C, D, E, F dan sebagainya. Faktor personal adalah faktor psikologi seseorang yang boleh mempengaruhi hasil daripada pengamatannya. 6.3Pengamatan berkesinambungan. Pengamatan bersambungsambung dan ia mengambil tempoh yang lama. Misalnya pengamatan kita terhadap dadah boleh diumpamakan sebagai najis. Maka sampai bila pun, kita akan terus melabelkan (mental set) dadah itu sebagai najisyang jijik dan menjijikkan. 6.4Pengamatan amat selektif. Manusia itu sendiri sifatnya memilih. Justeru itu, pengamatan juga akan hanya memilih apa yang dekat dan sesuai dengan kehendak kita. Walaupun apa yang kita lihat itu merupakan entiti penting dalam sesuatu komponen, tetapi jika kita merasakan ia tidak bertepatan dengan kita, maka kita akan menolaknya. 7.0FAKTOR YANG MEMPENGARUHI RANGSANGAN PENGAMATAN Keupayaan pengamatan sangat bergantung pada faktor-faktor psikologi,

biologi (yang berkaitan dengan pancaindera dan keupayaan otak memproses maklumat) dan sosiobudaya seseorang. Antara faktor yang penting termasuklah: 7.1Faktor Pembezaan (kontras) Faktor pembezaan melibatkan apa jua yang dapat dibezakan secara kontras oleh deria manusia. Benda yang besar lebih mudah dilihat berbanding yang kecil; warna yang garang lebih menarik perhatian berbanding warna yang lembut dan sebagainya. 7.2Penumpuan Ada ahli-ahli psikologi yang menekankan bahawa selagi tidak ada penumpuan, tidak akan terbentuk pengamatan. Semasa manusia membuat pengamatan, manusia tidak melayan semua rangsangan yang diterimanya tetapi hanya memilih rangsangan yang tertentu sahaja. Dengan cara ini barulah kita dapat membentuk pengamatan terhadap rangsangan tersebut. Apabila kita memilih satu-satu rangsangan, bermakna bahawa kita menumpukan perhatian kepada rangsangan tersebut. Ini menunjukkan bahawa selepas ada penumpuan barulah terbentuk pengamatan. Penumpuan berlaku apabila pancaindera seseorang itu ditumpukan kepada sesuatu rangsangan pada kadar masa yang membolehkan seseorang itu mengetahui apakah objek atau benda yang dipersepsikan. Tumpuan amat penting bagi orang yang baru pertama kali menerima sesuatu rangsangan. Katakan sebelum ini, ia tidak pernah melihat basikal solarsudah tentu masa yang lama amat diperlukan untuk membina dan membentuk satu siri maklumat baru tentang kereta solar. 8.2Eksperimen 2: Monyet, Chimpanzi dan Anak Kucing Reisen (1965) telah menempatkan haiwan ini di dalam satu tempat yang gelap sejak dilahirkan. Setelah tiga bulan, haiwan ini dikeluarkan ke tempat yang terang dan didedahkan kepada beberapa rangsangan untuk mengetahui reaksi dan gerakbalasnya terhadap

rangsanganrangsangan tersebut. Haiwan ini didapati tidak dapat mengikuti dengan penglihatan pergerakan benda-benda yang bergerak dan membezakan bentuk-bentuk objek. Mengikut Reisen jika kebolehan mengamati sesuatu adalah semula jadi, tentu perkara seperti ini tidak akan berlaku. Bukti ini juga menunjukkan bahawa pembentukan dan perkembangan pengamatan bergantung kepada pengetahuan melalui proses pembelajaran. Untuk memperolehi pengamatan yang betul dan mencukupi, pelajar mestilah diberi pengalaman pertama dalam seberapa banyak situasi belajar yang boleh. Lawatan ke sekolahsekolah, kilang perindustrian, lombong arang batu, landasan keretapi, loji pembersihan air dan sebagainya untuk memperkayakan pengetahuan sedia ada pelajar. Semua pengalaman baru ini berguna dan membantu dalam pembelajaran pengamatan. Mendedahkan pelajar pada rangsangn luaran dalam persekitaran melalui objek sebenar atau alat pandangan dan pendengaran tidaklah mencukupi. Pelajar selalunya perlu dibantu untuk mengetahui apa yang patut dilihat. Guru membimbing pemerhatian supaya pengamatan pelajar menjadi tepat dan lengkap. Dengan ini, pelajar dapat bertindak balas dengan cergas kepada rangsangan deria supaya dapat meneruskan proses mental yang lebih tinggi. Guru perlu merangsang pelajar kearah satu corak sintesis pengamatan yang berguna. 9.0PENUTUP Tidak dapat dinafikan segelintir murid masih menghadapi masalah lemah dalam aspek pengamatan. Senario ini dapat dikenal pasti sejak awal tahun lagi melalui latihan-latihan yang diberikan kepada murid-murid kelas ini. Kebanyakan murid tidak menghantar buku latihan untuk disemak oleh guru. Ini kerana mereka gagal menyiapkan latihan yang diberikan mengikut tempoh masa yang diberikan. Berdasarkan buku latihan mereka, diapati mereka lambat menulis dan tulisan mereka tidak kemas, latihan yang diberikan juga tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang agak panjang. Murid yang bermasalah penulisan juga sering memandang papan hitam berulang kali.

Keadaan ini menyebabkan mereka lambat untuk menyalin latihan yang diberikan. Dalam mengatasi masalah pengamatan, terdapat banyak seseorang guru boleh memberi latihan-latihan pengamatan yang terlibat dalam latihan pengamatan bentuk, penyelarasan bentuk motor-tangan, menyalin, ingatan penglihatan, diskriminasi penglihatan dan pendengaran. Cara pengajaran pemulihan khas adalah berbeza dengan cara yang digunakan di dalam kelas biasa. Biasanya murid pemulihan yang menghadapi masalah ini memerlukan pengajaran secara individu. Dalam menyediakan bahan dan aktiviti, kita sebagai guru perlu mengambil kira aspek kebolehan, kesediaan dan kemampuan murid itu. Dengan itu proses pengajaran akan dapat dijalankan dengan lebih efektif dan bermakna kepada murid itu. 10.0 BIBLIOGRAFI

CIRI-CIRI KESUKARAN DALAM KOMPONEN KOMPONEN PENGAMATAN

Kelemahan Pengamatan Penglihatan a. Diskriminasi penglihatan b. Penerimaan penglihatan ( Visual Reception ) c. Perhubungan penglihatan ( Visual Association ) d. Visual Closure ( Rumusan atau kelengkapi penglihatan ) e. Ingatan visual ( Visual Memori )

a. DISKRIMINASI PENGLIHATAN

Diskriminasi penglihatan dikaitkan dengan kebolehan mengasingkan secara visual akan persamaan dan perbezaan yang ada pada objek-objek, bentukbentuk, gambar-gambar, huruf-huruf, dan perkataan. Untuk belajar membaca seseorang kanak-kanak mesti tahu mendiskriminasikan perbezaan antara m dan n atau pun lari dan lori. Diskriminasi penglihatan juga termasuk dalam bahagian orientasi arah atau kedudukan seperti lagu dan gula, daki dan baki.

Sekiranya kanak-kanak menghadapi kesulitan-kesulitan ini maka haruslah ia diberi bimbingan dari peringkat awal bacaan supaya kemahiran ini dapat berkembang dengan baik.

Cadangan Aktiviti :

a. Mencari gambar, bentuk, huruf, dan simbol yang tidak sama. b. Perbezaan dan persamaan objek-objek kerusi, meja, papan hitam, dan sebagainya. c. Objek-objek yang hampir serupa yang boleh diperolehi daripada gambar haiwan, bunga, dan daun-daun. d. Memadankan huruf-huruf dengan perkataan. e. Menekap corak-corak, bentuk-bentuk dan huruf-huruf.

b. PENERIMAAN PENGLIHATAN

Penerimaan penglihatan dikaitkan dengan kebolehan memahami tanda-tanda yang seseorang itu melihat. Sesetengah kanak-kanak sukar untuk mentafsir atau menterjemahkan simbol-simbol yang dilihat. Pemulihan dijalankan untuk menolong kanak-kanak memahami sImbol-simbol, pergerakan badan, isyaratisyarat, gambar-gambar, dan lukisan supaya ia dapat menceritakan makna objek-objek itu.

Cadangan Aktiviti:

a.Ajar kanak-kanak untuk mengenal dan membeza pelbagai bentuk bendabenda yang mudah dan telitikan perbezaan saiz, warna, dan kedudukannya.

b.Adakan permainan seperti menyoal siapa yang boleh lihat dengan banyak benda-benda yang ada di dalam kedai.

c. PERHUBUNGAN PENGLIHATAN ( VISUAL ASSOCIATION )

Kemahiran ini berkait rapat dengan kanak-kanak menceritakan dua atau lebih kenyataan mengenai sesuatu objek yang dilihatnya. Ini termasuklah menakul, mengkritik, berfikir, dan menyelesaikan masalah.

Cadangan Aktiviti

a. Galakkan kanak-kanak melahirkan pemikirannya terhadap sesuatu objek dan suruh ia mengkritik objek itu. Beri beberapa soalan bimbingan.

b. Bimbing kanak-kanak seperti konsep berlawanan contohnya kecil dan besar, tinggi dan rendah atau mengenai apa yang dilihatnya.

c. Gunakan dua gambar yang ada kaitannya antara satu sama lain seperti anjing dengan tulang, kucing dengan tikus, dan buku dengan pensel. Minta murid ceritakan antara kedua-dua benda ini.

d. Latih murid-murid mengenal konsep kumpulan dengan menyediakan gambargambar dari jenis makanan, haiwan, bunga, tumbuhan dan sebagainya.

d. RUMUSAN ATAU MELENGKAPI PENGAMATAN ( VISUAL CLOSURE )

Kemahiran ini ialah satu kemahiran di mana kanak-kanak dapat membuat sesuatu rumusan dengan melihat sesuatu yang tidak lengkap. Dalam bacaan seseorang kanak-kanak akan memerlukan kebolehan membaca dengan hanya melihat beberapa perkataan dan dapat menanggap ayat itu.

Cadangan Aktiviti

a. Memadan atau mencantumkan gambar-gambar jigsaw puzzle.

b. Membuat teka-teki, misalnya guru beri perkataan-perkataan seperti merah, biru, kuning, dan hijau. Kemudiaan minta murid beri satu perkataan yang boleh merumuskan maksud perkataan tadi. Jawapan murid mestilah warna.

e. INGATAN PENGLIHATAN ( VISUAL MEMORY )

Ingatan penglihatan memerlukan kebolehan mengingat apa yang telah dilihat. Untuk membaca, kanak-kanak mesti mengekalkan ingatan penglihatannya tentang huruf-huruf dan perkataan-perkataan yang telah dilihatnya.

Cadangan Aktivitinya

a. Sediakan benda-benda di atas meja dan minta murid menelitinya. Tutupkan benda-benda tersebut dan minta murid menyebut kembali benda-benda yang dilihatnya.

b. Tunjuk satu corak atau gambar kepada murid. Tutup corak atau gambar itu dan suruh murid melukisnya.

c. Tunjukkan satu gambar kepada murid dan kemudian tutup. Bincangkan dengan murid mengenai gambar tersebut.

d. Ambil satu tali dan gantungkan beberapa keping gambar dalam susunan yang tertentu. Turunkan gambar itu dan minta murid susun semula sebagaimana yang telah dibuat oleh guru.

e. Perkembangkan ingatan kanak-kanak dengan membincangkan benda- benda yang telah mereka lihat. Kemudian minta mereka ceritakan semula apa yang

mereka ingat seperti tempat yang telah mereka lawati, orang yang mereka jumpa, warna pakaian, dan sebagainya.

2IngatKembali 3Orientasi Kedudukan 4T r 5 uu . Menyudahkan atau melengkapkan Tn a 6 . Menyalin 7 . Rajah atau Latar Bertindih 8 . Ko-ordinasi matatangan 9 . Pertalian Jarak (ruang

10. Ketetapan Bentuk / Kedudukan dalam Rajah 11. Gambar Bersiri 1 2 . Pembalikan 1 2 . Mazing atau mencari jalan keluar 1 4 . BendaTersem bunyi

Rujukkan

M Michelman, Paul, Decisions: How Will You Maintain Alignment?, Harvard Management Update, September, 2004. HMU: U0409F