Melanau

24
Melanau Mukah Melanau Dalat - Dalat Town Sharing Channel Melanau Oya Melanau Matu-Daro Melanau Belawai-Rajang Melanau Ba'ie (Bintulu) Melanau Balingian ,dan Melanau Miri. isambut oleh orang Melanau dengan meriah pada bulan Mac/April setiap tahun dalam bulan Pengejin mengikut kalender Melanau. Perayaan ini diadakan untuk menjamu ipok yang mengawal laut. Tujuannya untuk memperoleh tangkapan yang memuaskan dan selamat semasa berada di laut serta mengelakkan pelbagai wabak dan penyakit. Perayaan ini melambangkan berakhirnya musim hujan dan kedatangan atau permulaan musim menangkap ikan. Dalam hari ini, serahang akan disediakan untuk menjamu ipok. Serahang adalah diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah dengan memasukkan bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai atau rokok daun, dan sirih ke dalamnya. Walau bagaimanapun, perayaan ini datang dengan keghairahan dan kegembiraan. Selain Pesta Kaul yang disambut meriah setiap tahun, terdapat budaya yang masih utuh diamalkan oleh masyarakat Melanau khususnya yang melibatkan peristiwa kematian ahli keluarga. Walau bagaimanapun, amalan tersebut berbeza-beza mengikut daerah dan kampung. Bagi masyarakat Melanau yang mendiami daerah Matu, amalan yang berkaitan dengan kematian sudah banyak dipengaruhi oleh agama Islam. Selepas selesai majlis pengebumian, ahli keluarga akan bersedia untuk mengadakan upacara "sare" iaitu seperti rumah terbuka selama 7 malam berturut-turut. Rumah keluarga si mati akan dikunjungi oleh sanak saudara dan masyarakat setempat. Akan tetapi ia sudah dipengaruhi oleh agama Islam secara dengan majlis tahlil, bacaan yassin, sembahyang berjemaah, dan kenduri arwah. Adalah fenomena biasa bagi satu keluarga Melanau yang orang tuanya menganuti agama tradisional, dan anak- anak menganuti agama Islam dan Kristian. Bahasa Melanau mempunyai tatabahasanya yang tersendiri dan tidak begitu sukar untuk dipelajari. Sebagai satu bahasa yang mempunyai banyak dialek, bahasa melanau berkongsi tatabahasa yang serupa. Oleh itu apa yang perlu ditumpukan ialah kosa kata yang unik untuk dialek itu sahaja. Di alam maya laman untuk mempelajari bahasa melanau telah diusahakan oleh orang-orang melanau dan bukan melanau untuk memastikan kemandirian bahasa ini di zaman moden. Antaranya ialah Learn Melanau yang memfokuskan bahasa melanau mukah serta budaya melanau merentasi dialek-dialek.

description

like

Transcript of Melanau

MelanauMukah MelanauDalat-Dalat Town Sharing Channel Melanau Oya MelanauMatu-Daro Melanau Belawai-Rajang Melanau Ba'ie (Bintulu) MelanauBalingian,dan MelanauMiri.

isambut oleh orang Melanau dengan meriah pada bulan Mac/April setiap tahun dalam bulan Pengejin mengikut kalender Melanau. Perayaan ini diadakan untuk menjamu ipok yang mengawal laut. Tujuannya untuk memperoleh tangkapan yang memuaskan dan selamat semasa berada di laut serta mengelakkan pelbagai wabak dan penyakit. Perayaan ini melambangkan berakhirnya musim hujan dan kedatangan atau permulaan musim menangkap ikan. Dalam hari ini, serahang akan disediakan untuk menjamu ipok. Serahang adalah diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah dengan memasukkan bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai atau rokok daun, dan sirih ke dalamnya. Walau bagaimanapun, perayaan ini datang dengan keghairahan dan kegembiraan.Selain Pesta Kaul yang disambut meriah setiap tahun, terdapat budaya yang masih utuh diamalkan oleh masyarakat Melanau khususnya yang melibatkan peristiwa kematian ahli keluarga. Walau bagaimanapun, amalan tersebut berbeza-beza mengikut daerah dan kampung. Bagi masyarakat Melanau yang mendiami daerah Matu, amalan yang berkaitan dengan kematian sudah banyak dipengaruhi oleh agama Islam. Selepas selesai majlis pengebumian, ahli keluarga akan bersedia untuk mengadakan upacara "sare" iaitu seperti rumah terbuka selama 7 malam berturut-turut. Rumah keluarga si mati akan dikunjungi oleh sanak saudara dan masyarakat setempat. Akan tetapi ia sudah dipengaruhi oleh agama Islam secara dengan majlis tahlil, bacaan yassin, sembahyang berjemaah, dan kenduri arwah. Adalah fenomena biasa bagi satu keluarga Melanau yang orang tuanya menganuti agama tradisional, dan anak-anak menganuti agama Islam dan Kristian.

Bahasa Melanau mempunyai tatabahasanya yang tersendiri dan tidak begitu sukar untuk dipelajari. Sebagai satu bahasa yang mempunyai banyak dialek, bahasa melanau berkongsi tatabahasa yang serupa. Oleh itu apa yang perlu ditumpukan ialah kosa kata yang unik untuk dialek itu sahaja. Di alam maya laman untuk mempelajari bahasa melanau telah diusahakan oleh orang-orang melanau dan bukan melanau untuk memastikan kemandirian bahasa ini di zaman moden. Antaranya ialahLearn Melanauyang memfokuskan bahasa melanau mukah serta budaya melanau merentasi dialek-dialek. pagi = Song, Badik ,suab Makan = Keman Minum = Tuteng Air = Nya'am, Anum Siapa = Sai, Yai Awak = Mo,Ka'au, Nou, Kan Nama = Ngadan,Radan Rumah = Lebok, Kubou,Lebuk, lamin Apa = Inou, Nau Khabar = Dengah Bagus = Da'au,Dao, diak Bila = Pidan ,Paya Siapa = Yai, sai Kenapa = Inauhal,Wakno, minew kamu = mo, kan ,ka'au tidur = tudui,Tudoy,Tudoi kentut = petut,pangai jalan = sibal,Makau

Penempatan utama:Penempatan utama masyarakat Melanau tertumpu di kawasan muara sungai dan juga di kawasam persisiran pantai. Ini kerana mereka agak bergantung hidup dengan bertani dan menangkap ikan. Mereka juga adalah penanam utama rumbia di Sarawak dan mempunyai kebolehan yang tiada tandingannya dalam penyedian makanan berasaskan rumbia seperti sagu dan biskut.Kawasan penempatan mereka boleh dibahagikan dua seperti berikut;1- kawasan berhampiran laut: Rajang, Paloh, Bebuai, Daro, Matu, Igon, Oya, Mukah dan Bintulu2- kawasan pedalaman: Dalat, Medong, Kut. Norub, Balingian dan Tatau2.Keadaan muka bumi yang berbukit bukau, paya dan hubungan yang sukar di antara satu kawasan dengan satu kawasan yang lain menyebabkan wujudnya perbezaan yang ketara di dalam dialek pertuturan mereka. Walaupun ada perbezaan dialek sesama mereka tetapi mereka masih lagi boleh dikelaskan di dalam satu kumpulan budaya dengan watak sosiobudaya tertentu.Organisasi sosial:Suatu masa dahulu; klafikasi masyarakat berdasarkan pangkat dan kedudukan wujud dalam kehidupan seharian masyarakat Melanau. Kedudukan seseorang di rumah panjang menentukan pangkatnya. Contohnya golongan atasan akan tinggal di bahagian tengah rumah panjang; sementara golongan yang lebih rendah akan tinggal di bahagian yang agak kepenghujung rumah. Masyarakat bawahan akan tinggal di penghujung rumah panjang dan bertindak sebagai pengawal. Secara amnya pengkelasan masyarakat yang pernah wujud suatu ketika dahulu adalah berdasarkan turutan berikut;a) bangsa Pengeran: pangkat tertinggi dan merupakan bangsawan Brunei yang mewakili sultan Brunei dan bertugas mengumpul cukai.b) bangsa sembilan Pikul(A-Metahei)pangkat tertinggi Melanauc) bangsa Tuju' pikul : bangsa kelas pertangahand) bangsa Tuju' Betirih: orang tahanan dan hambae) Dipen : golongan hamba abdi3.Akan tetapi sistem pengkelasan berdasarkan pangkat ini hampir tidak wujud lagi sekarang. Lebih-lebih lagi mereka sekarang menghuni di rumah-rumah berasingan bukan lagi rumah panjang.A d a t d a n k e p e r c a y a a n :Seperti mana kebanyakan masyarakat pribumi setempat lainnya, masyarakat Melanau tidak terlepas daripada mewarisi adat istiadat dan kepercayaan yang bercorak animisme. Terutamanya mereka yang masih lagi menganut agama tradisional. Menurut kepercayaan mereka, makhluk halus biasanya menetap di anak sungai, pokok, batu dan sebagainya. Bagi makhluk halus yang lebih tinggi, ia akan tinggal di kawasan yang lebih strategik dan luas seperti muara sungai, laut dan hutan. Ianya dikenali sebagaiipokdan dipuja setiap tahun dalam PerayaanKaul.Kepercayaan seperti ini membawa kepada pemujaan makhluk-makhluk halus tersebut untuk menghindari pengaruh kuasa ghaib. Di sinilah munculnya peranan bomoh sebagai perantara dalam sistem kepercayaan masyarakat ini. Suatu yang menarik mengenai kepercayaananimisme Melanauialah; tuhan yang menguasai segala aspek kehidupan dikenali sebagaiAllahatauAllah Taala4. Tetapi perlu diingat, hanya istilah yang dipinjam bukan isinya. Ini dengan jelas menunjukkan pengaruh agama Islam yang telahpun sampai ke Nusantara sejak berdekad lamanya.Beberapa perayaan utama masyarakat melanau ialah:i- perayaanKaul: dirayakan setiap tahun dengan tujuan memuja semangat laut (ipok kala) supaya mewujudkan kedamaian dan menambahkan hasil tangkapan.ii- PermainanTibow: merupakan upacara kesuburan. Semasa memainkan permainan itu, mereka akan menyanyikan pantun-pantun tertentu mengharapkan agar pokok dan tumbuhan berbuah lebat dan ikan banyak membiak.Selain itu, tahyul dan pantang larang merupakan antara asas dalam kepercayaan animisme. Hampir semua kegiatan harian mereka mempunyai larangan dan pantang yang perlu dijauhi. Sebagai contoh; sekiranya seseorang itu hendak pergi menebang dan terserempak dengan tikus di pertengahan jalan, maka dia perlu berpatah balik kerana bagi mereka tikus adalah jelmaan iblis atauamow.Pantang larang ini juga melibatkan semua peringkat umur seseorang. Bermula daripada ibu mengandung, selepas bersalin, zaman kanak-kanak, cukur rambut, zaman bujang, selepas berkahwin dan mati semuanya dipenuhi dengan pantang larang yang perlu dipatuhi5. Sekiranya dilanggar pantang larang tersebut maka tulah akan mengenai orang tersebut.Itulah secara sepintas lalu mengenai Kaum Melanau yang merupakan komoditi keempat terbesar di Sarawak selepas kaum Iban, Cina dan Bidayuh6.Secara amnya; kita bersyukur kerana majoroti masyarakat ini mempunyai iktikad yang sama dengan kita. Kebanyakan mereka adalah Islam dan kebanyakan mereka beriman dengan keesaan Allah. Cuma yang menjadi kebimbangan kepada kita ialah usaha yang semakin hebat daripada golongan Kristian dalam usaha mereka melebarkan cengkaman Kristian di kalangan masyarakat pribumi Borneo. Justeru itu prihatin dan tumpuan yag lebih serius daripada semua pihak yang bertanggungjawab amatlah diharapkan semoga Islam terus subur di sana dan berkembang. _________________roses penebangan pokok mulong mempunyai pantang larangnya tersendiri. Antara pantang larangnya ialah sekiranya terdapat tikus yang melintasi kawasan pokok mulong tersebut, maka pokok mulong tersebut tidak boleh ditebang kerana kemungkinan ada orang yang meninggal umpama kita membaling batu kepada orang yang meninggal tersebut. Pantang larang seterusnya ialah sekiranya terdapat ular yang melintas ketika ingin menebang pokok mulong, kita boleh dianggap seperti mengikat keranda orang yang sudah mati dengan menggunakan tali. Kepercayaan ini dipercayai sehingga ke hari ini. Selain itu, sebelum pergi menebang pokok, jika terdapat seekor ayam yang melintasi perahu, kita tidak boleh menebang pokok mulong. Hal ini kerana mengikut kepercayaan mereka akan berlaku sesuatu bencana.

Pantang larang yang seterusnya dalam menebang pokok mulong, adalah jika terdengar bunyi seekor burung Bukeng , siulan burung tersebut perlulah didengar dengan teliti sebelum menebang pokok mulong, hal ini kerana jika kali pertama mendengar siulan burung tersebut maka dilarang untuk menebang pokok tersebut. Namun jika siulan burung tersebut didengar berulang kali maka penebangan pokok mulong dibenarkan. Siulan burung tersebut membawa maksud siulan yang pertama memberitahu terdapat saudara yang terdekat yang meninggal manakala jika siulan tersebut berulangkali bererti tiada apa-apa yang berlaku. Setelah didengari segala pantang larang tersebut, mengikut kepercayaan kaum melanau itu sendiri segala pantang larang itu membawa maksud ada hantu yang memberitahu kepada burung Bukeng dan burung tersebut menyampaikan kepada manusia. Walaubagaimanapun, segala pantang larang yang dinyatakan oleh Augustine Anyub tersebut tidak lagi diguna pakai pada masa sekarang.ermain tibow mengikut tradisi Melanau Mukah, tidaklah semudah seperti yang dilihat. Terdapat beberapa pantang larang dan tradisi yang perlu diikuti untuk membolehkan si pemain bermain dengan selamat. Bahkan untuk mendirikan peralatannya pun harus dengan tertib dan istiadatnya sendiri. Ini termasuklah dengan menyediakan bubur kacang dan penglibatan tenaga yang banyak.Sebanyak dua tiang kayu yang masing-masingnya panjang melebihi 30 kaki diperlukan untuk pembinaan tiang tibow ini, selain beberapa batang kayu sederhana sebagai tangga rak. Rotan sega dan daun muda pula digunakan untuk membentuk penghayun manakala set canang dan gendang melela pula dipalu bagi memeriahkan dan menambahkan gempar suasana.Semasa mengangkat untuk mendirikan kedua-dua tiang itu, pantun dinyanyikan beramai-ramai:Kat kerakat, Kerurieng udat, Tibow idei pada 'mekat' Pantun ini merupakan pemujaan kepada ipo' tibow atau dewa yang menguasai permainan tibow dan bertujuan meminta pertolongan untuk memudahkan tugas-tugas mendirikan tiang itu.

Disini Dunia Maklumat (DM) akan berkongsi sedikit pantang larang bagi bakal pengantin yang akan mendirikan rumah tangga,Percaya atau tidak terpulanglah kepada anda. Namun setiap pantang larang orang dulu-dulu pastinya ada hikmah dan kebenarannya. Disini terdapat 43 pantang larang untuk bakal pengantin lelaki and perempuan.Kaum minoriti, yang mempunyai hubungan rapat dengan sumber alam seperti hasil laut dan hutan, itu mempunyai pelbagai pantang larang sehinggakan ia mempengaruhi cara hidup seharian mereka sama ada ketika berada dalam rumah mahupun di luar.

Penghulu Kampung Sungai Ud Dalat Sera Iwan, 74, berkata kaum Melanau di Sarawak terbahagi kepada tiga iaitu Melanau Islam, Melanau Kristian dan Melanau Liko, yang bermaksud tidak mempunyai agama.

Katanya, sejak lebih 500 tahun lepas kaum Melanau hidup dalam satu kumpulan yang sama di kawasan muara sungai dan pekerjaan utama mereka ialah menjadi nelayan selain pekebun serta bergantung hidup dengan hasil hutan.

"Masyarakat Melanau cukup terkenal dengan bermacam pantang larang dan kepercayaan yang mempunyai kaitan dengan aktiviti harian mereka dan yakin sekiranya melanggar pantang larang itu, musibah pastinya akan datang," katanya ketika ditemui Bernama di sini baru-baru ini.asyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini.

Pengenalan

Masyarakat Melanau adalah antara masyarakat yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri dan antaranya dalam aspek kelahiran. Adat dan pantang larang tersebut adalah seperti berikut:

KELAHIRAN

>> Sewaktu Mengandung

Tiada sebarang adat khusus yang diamalkan oleh wanita hamil di kalangan masyarakat Melanau, namun begitu mereka juga terikat daripada mengamalkan pantang larang. Kebanyakan larangan yang dikenakan banyak bergantung kepada faktor pemakanan seperti tidak boleh memakan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian atau ulam seperti petai kerana badan akan menjadi busuk. Wanita hamil tersebut juga tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam. Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan.

Larangan ini juga tidak terhad kepada wanita hamil tersebut sahaja, malah si suami juga dikehendaki menjauhi beberapa perkara. Si suami tidak boleh memotong kayu yang bertindan atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing. Si suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi minyak. Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami tidak boleh melihat kerana anak di dalam kandungan akan mendapat penyakit. Suami juga tidak boleh memotong akar temalet kerana anak akan meninggal dunia tanpa sebab. Semasa mengandung juga wanita tersebut tidak boleh ditakut-takutkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak dalam kandungan cacat ataupun gugur.

>> Selepas Lahir

Apabila si ibu melahirkan anak, orang kampung dan saudara mara akan datang melawat. Mereka lazimnya akan membawa hadiah bersama. Masyarakat Melanau juga dilarang daripada memuji bayi yang baru dilahirkan. Sebaliknya mereka lebih senang jika bayi itu dikatakan hodoh dan sebagainya. Selepas bersalin, ibu tersebut dikehendaki mengeringkan badannya di puyan dan tidak boleh makan sembarangan. Sesiapa yang ingin bermalam di dalam rumah tersebut hendaklah bermalam selama tiga hari. makanan dan barang-barang di dalam rumah tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar, jika tidak anak akan jatuh sakit atau meninggal.

Dalam tempoh berpantang juga, si ayah tidak dibenarkan memegang anak itu selepas balik dari hutan atau balik dari laut kerana bau laut dan hutan masih melekat di badannya sehingga boleh menjejaskan kesihatan anak tersebut.

Bagi bayi perempuan, semasa kecilnya dahinya dipipihkan dengan sejenis alat iaitu jak. Ini bertujuan untuk mencantikkan dahinya. Proses ini sudah menjadi identiti khas di kalangan masyarakat Melanau.

>> PERKAHWINAN

Pengenalan.

Perkahwinan dalam masyarakat Melanau mengandungi beberapa istiadat yang sangat diambil berat kerana implikasi sosial yang terdapat padanya. Aspek pangkat dititikberatkan dalam institusi perkahwinan berbanding dengan institusi yang lain. Masyarakat Melanau juga begitu mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk tanda tunaeng dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti adat menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan status sosial ini. Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan majlis perkahwinan.

>> Merisik

Di kalangan masyarakat Melanau, perkahwinan antara pasangan daripada status sosial yang sama dikenali dengan sama gara. Perkahwinan antara pasangan yang berlainan status sosialnya dikenali sebagai sida adat. Wakil pihak lelaki mengunjungi rumah keluarga perempuan untuk mengetahui lebih lanjut dan memastikan status sosial keluarga perempuan dan untuk menentukan sama ada gadis itu sudah berpunya atau belum. Sekiranya gadis itu belum berpunya, ditanyakan sama ada gadis itu boleh dipinang ataupun tidak serta mas kahwinnya.

>> Meminang

Pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak keluarga lelaki dan perempuan, maka diadakanlah adat tanda tunang, wakil keluarga lelaki, iaitu beberapa orang lelaki dan perempuan yang telah berumur akan menyerahkan barang hantaran peminangan iaitu sebentuk cincin emas, sebilah senjata, segantang padi, sebiji kelapa dan satu pikul barang tembaga. Dengan penyerahan barang tersebut oleh wakil keluarga lelaki dan diterima oleh wakil keluarga perempuan maka rasmilah pertunangan itu. Kedua-dua pihak hendaklah mematuhi segala syarat yang telah dipersetujui bersama. Jika persetujuan dilanggar, pertunangan boleh diputuskan. Sekiranya pihak perempuan yang memutuskannya, barang tanda tunang mesti dikembalikan kepada pihak lelaki tetapi jika pihak lelaki yang memutuskannya, tanda tunang itu menjadi milik pihak perempuan.

>> Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran kecuali perkahwinan jenis 'peramas' iaitu per-kahwinan kerana ditangkap basah. Persiapan untuk rnajlis ini berlangsung beberapa hari lebih awal. Bakal pengantin lelaki dikehendaki menyerahkan hadiah mas kahwin iaitu 'penyekab' dan 'berian' dan hadiah lain seperti 'adat menuga', 'adat mebin' dan 'pakan' sehari sebelum majlis itu diadakan. Penyerahan ini disusul dengan acara pernikahan. Pernikahan boleh juga di-adakan pada pagi keesokannya iaitu pada hari diadakan majlis perkahwinan. Kenduri perkahwinan diadakan di rumah kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dihadiri oleh sanak saudara, jiran dan sahabat handai.

Kemuncak acara majlis ialah persandingan yang biasanya diadakan pada tengah hari. Persandingan pertama diadakan di rumah pengantin lelaki dan ini diikuti dengan persandingan kedua di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki dan perempuan yang lengkap dengan pakaian tradisional bersanding di atas pelamin untuk disaksikan oleh para jemputan. Pada hari yang ditetapkan, bakal pengantin perempuan bersama-sama rombongan keluarganya pergi ke rumah pengantin lelaki. Ketibaan mereka disambut oleh keluarga pengantin lelaki. Wakil keluarga pengantin lelaki akan menghadiahkan 'adat pahe' kepada pengantin perernpuan. Penyerahan hadiah ini sangat penting kerana selagi pengantin pe-rempuan belum menerima hadiah tersebut, dia dilarang memakan sebarang makanan di rumah pengantin lelaki itu.

Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki, diada-kan pula persandingan di rumah pengantin perempuan untuk menjalani 'adat petudui' iaitu penyerahan pelbagai barang, antaranya termasuklah sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Semasa menjalani adat ini, kedua-dua pengantin dikenakan pelbagai pantang larang, misal-nya tidak boleh mandi di sungai dan tidak boleh tidur pada waktu siang.

Pada sebelah malam, di rumah pengantin perempuan diadakan pula upacara makan nasi temuan. Semasa ja-muan berlangsung upacara suap-menyuap antara kedua-dua pengantin itu dilakukan. Selepas itu, diadakan pula upacara 'begendang', iaitu tari-menari. Hadirin dijemput untuk ikut serta tetapi pasangannya mestilah daripada kaum sejenis yakni lelaki berpasangan sesama lelaki dan perempuan dengan perempuan. Mereka menari hingga larut malam. Pada hari ketujuh, diadakan upacara mem-bebaskan mereka daripada pantang yang dikenakan. Upacara membuang pantang ini juga bertujuan untuk membuang ke laut segala bala atau bencana yang mung-kin mengancam pasangan suami isteri itu. Upacara ini sebenarnya lebih merupakan upacara bersukaria dan mandi-manda beramai-ramai di tepi pantai.

Author: yaminz Time: 10-3-2009 10:42 AM>> Bangsa Sembilan Pikul

Apabila hari perkahwinan akan dilangsungkan mas kahwin diberikan. Terdapat dua bahagian yang penting iaitu penyekab dan berian. Penyekab terdiri daripada sembilan amas emas, sebilah pedang, sehelai persarakap betabor (sapu tangan berebang emas dengan corak tertentu) dan sebuah tumo' (bekas diperbuat daripada kayu dalam bentuk tertentu). Berian pula terdiri daripada barang-barang tembaga kuning sebanyak sembilan pikul (133 paun x 9) atau harta lain yang senilai dengan harga barangan tersebut.

Keperluan-keperluan lain ialah Adat Menuga sebanyak satu pikul barangan tembaga kuning atau harta senilai sebagai syarat pengangkutan pengantin perempuan ke rumah lelaki pada hari perkahwinan. Adat Mebin adalah satu pikul barangan tembaga sebagai syarat untuk pengantin perempuan naik ke rumah pengantin lelaki apabila rombongan sudah sampai di rumah itu. Pakan pula hanya berupa duit mengikut kehendak pihak perempuan. Semua barangan hantaran akan disampaikan kepada pihak perempuan sehari sebelum tarikh perkahwinan.

Pada keesokkan paginya pengantin perempuan akan berangkat ke rumah pengantin lelaki. Pada masa yang sama rumah pengantin lelaki akan dihias dengan menarik dan kemudian pangkat pihak lelaki dipamerkan. Pada masa yang sama sembilan helai bendera akan dikibarkan, lima di hadapan rumah dan empat di sebelah jalan raya. Sebaik sahaja rombongan pengantin perempuan sampai, seorang wakil lelaki akan menghadiahkan sebuhuong pranakan siantan betabor (kain tenun berbenang emas dengan corak tertentu). Kemudian pengantin perempuan akan berdiri di atas batu asah yang disediakan sambil menyentuh kanan seni (tempayan). Wakil lelaki merenjis kedua-dua belah kakinya ke kiri. Setelah itu barulah wakil tersebut memberi hadiah kepada pengantin perempuan sebagai syarat Adat pahe'.

Terdapat tiga bentuk adat pahe' yang perlu disediakan oleh wakil pengantin lelaki iaitu pahe' Mukad yang merangkumi satu amas emas, sepasang gelang perak (batuong) dan sembilan biji manik (kehet). Pahe' Atap pula adalah terdiri daripada lima biji manik pasin. Pahe' Id adalah lima biji manik tebalan dan Pahe' Keman adalah lima biji manik pingeh yuong. Selepas itu upacara persandingan akan dilakukan di rumah pengantin lelaki.

Setelah beberapa lama pasangan pengantin akan pergi ke rumah pengantin perempuan untuk melangsungkan adat pedudui yang berkaitan dengan acara malam pertama sehingga hari ketiga. Antara barangan adat pedudui adalah seperti berikut: http://mforum5.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&action=printable&tid=250738

Melanau Liko, sekumpulan kaum minoriti di Sarawak mempunyai salah satu amalan berkabung yang bukan sahaja agak aneh tetapi juga berisiko kepada pengamalnya.Konon cerita seandai si pengamal tidak menjalankan kewajipan itu penuh teliti dan berhati-hati selama 15 bulan tempoh berkabung maka malapetaka akan timbul.Kepercayaan mistik itu dipanggil mulid- suatu yang diamalkan oleh wanita kaum tersebut sebagai lambang kasih sayang sejatinya terhadap ibu atau suaminya yang telah meninggal dunia.enampilana mulidtampak menggerunkan kerana selain terendak ulid (saiz diameternya lebih besar daripada terendak biasa), sarung lugik(tenunan) dikenakan di kepala setiap kali keluar rumah.Pengamal berpakaian kurung serba hitam. Di bahagian bawah leher baju ditusuk jarum berikat benang putih sebagai penangkis unsur jahat.Di samping itu, di atas terendak dilekatkan dengan jengayakiaitu sejenis anyaman daripada daun tigoh). Terendak diikat tali di dua penjuru sisi dan satu depannya untuk digigit supaya ia tidak diterbangkan angin ketika berperahu atau berjalan.Risikonya jika wanita (a mulid) terbabit tidak mengikuti syarat-syarat ketat ditetapkan maka dia berhadapan risiko dirasuk unsur jahat sehingga merana sepanjang hayat, kata seorang penyimpan khazanah lama di Kampung Tellian Tengah, Mukah.Untuk rekod, ahli keluarga si mati daripada golongan lelaki Melanau yang masih terikat dengan adat lama biasanya mengenakan pakaian hitam dan bersarung pelikat atau songket semasa upacara pengebumian. Manakala mereka yang berasal dari keluarga Sembilan Pikul dan Tujuh Pikul turut membawa pedang khas.Wanita ahli keluarga si mati yang berpakaian serba hitam menunjukkan dia masih dalam tempoh berkabung dan selepas setahun barulah dia dibolehkan berpakaian berwarna (tapi bukan bercorak).Hanya beberapa tahun selepas itu barulah dia boleh berpakaian bercorak. Semua ini sebagai lambang tempoh berkabung.Generasi muda yang tidak didedahkan perkara sebegini tidak mengetahuinya, melainkan mereka mendengar cerita itu daripada mulut orang tua atau mereka pernah mendengar cerita itu daripada ibu bapa mereka sebelum ini.MELANAUMasyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini. PengenalanMasyarakat Melanau adalah antara masyarakat yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri dan antaranya dalam aspek kelahiran. Adat dan pantang larang tersebut adalah seperti berikutPengenalan Perkahwinan dalam masyarakat Melanau mengandungi beberapa istiadat yang sangat diambil berat kerana implikasi sosial yang terdapat padanya. Aspek pangkat dititikberatkan dalam institusi perkahwinan berbanding dengan institusi yang lain. Masyarakat Melanau juga begitu mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk tanda tunaeng dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti adat menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan status sosial ini. Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan majlis perkahwinan. Merisik Di kalangan masyarakat Melanau, perkahwinan antara pasangan daripada status sosial yang sama dikenali dengan sama gara. Perkahwinan antara pasangan yang berlainan status sosialnya dikenali sebagai sida adat. Wakil pihak lelaki mengunjungi rumah keluarga perempuan untuk mengetahui lebih lanjut dan memastikan status sosial keluarga perempuan dan untuk menentukan sama ada gadis itu sudah berpunya atau belum. Sekiranya gadis itu belum berpunya, ditanyakan sama ada gadis itu boleh dipinang ataupun tidak serta mas kahwinnya.Meminang Pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak keluarga lelaki dan perempuan, maka diadakanlah adat tanda tunang, wakil keluarga lelaki, iaitu beberapa orang lelaki dan perempuan yang telah berumur akan menyerahkan barang hantaran peminangan iaitu sebentuk cincin emas, sebilah senjata, segantang padi, sebiji kelapa dan satu pikul barang tembaga. Dengan penyerahan barang tersebut oleh wakil keluarga lelaki dan diterima oleh wakil keluarga perempuan maka rasmilah pertunangan itu. Kedua-dua pihak hendaklah mematuhi segala syarat yang telah dipersetujui bersama. Jika persetujuan dilanggar, pertunangan boleh diputuskan. Sekiranya pihak perempuan yang memutuskannya, barang tanda tunang mesti dikembalikan kepada pihak lelaki tetapi jika pihak lelaki yang memutuskannya, tanda tunang itu menjadi milik pihak perempuan. Majlis PerkahwinanMajlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran kecuali perkahwinan jenis 'peramas' iaitu per-kahwinan kerana ditangkap basah. Persiapan untuk rnajlis ini berlangsung beberapa hari lebih awal. Bakal pengantin lelaki dikehendaki menyerahkan hadiah mas kahwin iaitu 'penyekab' dan 'berian' dan hadiah lain seperti 'adat menuga', 'adat mebin' dan 'pakan' sehari sebelum majlis itu diadakan. Penyerahan ini disusul dengan acara pernikahan. Pernikahan boleh juga di-adakan pada pagi keesokannya iaitu pada hari diadakan majlis perkahwinan. Kenduri perkahwinan diadakan di rumah kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dihadiri oleh sanak saudara, jiran dan sahabat handai.

Kemuncak acara majlis ialah persandingan yang biasanya diadakan pada tengah hari. Persandingan pertama diadakan di rumah pengantin lelaki dan ini diikuti dengan persandingan kedua di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki dan perempuan yang lengkap dengan pakaian tradisional bersanding di atas pelamin untuk disaksikan oleh para jemputan. Pada hari yang ditetapkan, bakal pengantin perempuan bersama-sama rombongan keluarganya pergi ke rumah pengantin lelaki. Ketibaan mereka disambut oleh keluarga pengantin lelaki. Wakil keluarga pengantin lelaki akan menghadiahkan 'adat pahe' kepada pengantin perernpuan. Penyerahan hadiah ini sangat penting kerana selagi pengantin pe-rempuan belum menerima hadiah tersebut, dia dilarang memakan sebarang makanan di rumah pengantin lelaki itu. Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki, diada-kan pula persandingan di rumah pengantin perempuan untuk menjalani 'adat petudui' iaitu penyerahan pelbagai barang, antaranya termasuklah sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Semasa menjalani adat ini, kedua-dua pengantin dikenakan pelbagai pantang larang, misal-nya tidak boleh mandi di sungai dan tidak boleh tidur pada waktu siang.Pada sebelah malam, di rumah pengantin perempuan diadakan pula upacara makan nasi temuan. Semasa ja-muan berlangsung upacara suap-menyuap antara kedua-dua pengantin itu dilakukan. Selepas itu, diadakan pula upacara 'begendang', iaitu tari-menari. Hadirin dijemput untuk ikut serta tetapi pasangannya mestilah daripada kaum sejenis yakni lelaki berpasangan sesama lelaki dan perempuan dengan perempuan. Mereka menari hingga larut malam. Pada hari ketujuh, diadakan upacara mem-bebaskan mereka daripada pantang yang dikenakan. Upacara membuang pantang ini juga bertujuan untuk membuang ke laut segala bala atau bencana yang mung-kin mengancam pasangan suami isteri itu. Upacara ini sebenarnya lebih merupakan upacara bersukaria dan mandi-manda beramai-ramai di tepi pantai.

Dahulu, Kaul dilihat sebagai perayaan keagamaan oleh masyarakat Melanau "Pagan" untuk memohon restu daripada penunggu laut,darat,ladang dan hutan agar penunggu tersebut tidak mengganggu ketika mereka mencari rezeki. Disebabkan kaum Melanau sinonim dengan aktiviti nelayan, Kaul diadakan bagi menandakan musim tengkujuh telah berlalu.Perubahan agama dan anutan di kalangan masyarakat Melanau turut mengubah aplikasi dan kepercayaan Kaul. Kehadiran Islam dan Kristian membawa senario baru kepada Kaul yang lebih sesuai dilihat sebagai satu pesta sosio-budaya. Namun di dalamnya masih terselit keunikan warisan Bangsa Melanau di Negeri Sarawak iaitu masyarakat yang masih mengekalkan upacara tradisi yang disesuaikan mengikut masa.Pesta Kaul menjadi medan perkelahan komuniti terbesar masyarakat Melanau. Pesta ini menghidangkan satu manifestasi khazanah budaya kaum Melanau dari aspek pakaian, kraftangan, makanan, permainan dan tarian. Kini sambutannya disertai oleh semua lapisan masyarakat dari pelbagai kaum terutamanya untuk melihat dan menyertai pelbagai permainan tradisi seperti "Tibow", pameran dan jualan makanan eksotik tempatan seperti "Tebaloi, Si'et, Sagu dan Umai", persembahan kebudayaan, pameran kraftangan dan yang lebih menarik adalah proses penyatuan keakrabaan yang menemukan pelbagai bangsa, agama dan pertuturan dalam upacara perkelahan komuniti.BAPAK KAULBapak Kaul ialah ketua upacara kaul. Jawatan ini dianggap amat penting. Sebagai Ketua, Bapak Kaul bertanggungjawap memastikan upacara itu berjalan mengikut peraturan dan adat yang diperadatkan turun-temurun.Bapak Kaul mestilah lelaki, diiktirafkan oleh masyarakat dan arif tentang adat. Bukan sebarangan orang boleh dilantik sebagai Bapak Kaul. Bapak Kaul merupakan perantara atau orang tengah yang akan menghubungkan penduduk di dunia nyata dengan Ipok di alam maya. Beliau hendaklah orang yang dihormati oleh masyarakat kerana keperibadiaannya, keturunanya, jawatan atau pengetahuan dari segi adat resam dan budaya Melanau merupakan pemimpin elit tradisional.Bapak Kaul seorang yang berkuasa dan dihormati oleh masyarakat tempatan. Beliau menjadi tonggak upacara dan akan mengetuai upacara kaul. Beliau bertanggungjawab memujuk, merayu makhluk halus dan ipok, menghalau segala kejahatan dan malapetaka yang mungkin menimpa, malah bertanggungjawab memastikan pantang larang dipatuhi dan menghukum mereka yang ingkar.Bagaimanapun, di Dalat, Bapak Kaul adalah daripada keturunan Sepok. Orang lain tidak boleh menjadi Bapak Kaul kerana sudah menjadi semacam sumpahan dan tampaknya amalan itu belum lagi dilanggar sejak beberapa generasi kerana penduduk takut sesuatu yang tidak baik akan menimpa mereka jika mengingkarinya.Difahamkan sudah sempilan orang daripada keturunan Sepok dilantik menjadi Bapak Kaul, dengan Agut Ujo sahaja memengang peranan itu sebanyak dua kali. Mereka dipercayai mempunyai "Keramat" untuk menjalankan upacara itu, lebih-lebih lagi pada sebelah pagi upacara kaul diadakan, Bapak Kaul berkenaan perlu memandikan Belisieng yang keramat itu dengan bacaan doa.Sebagai orang yang diamanahkan untuk memujuk ipok secara langsung melalui doa yang dizahirkan, Bapak Kaul mempunyai tanggungjawab besar memastikan amanah yang diletakkan di atas bahunya dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.Beliau menjadi tempat bergantung harap masyarakat tempatan, terutamanya zaman dahulu kerana doa yang disampaikannya akan menentukan nasib dan kehidupan penduduk.TIBOUTibow-sejenis permainan tradisi masyarakat Melanau yang sangat popular. Dikenali sebagai Pisa' Tibow, permainan ini dilangsungkan oleh masyarakat kampung sebagai simbol perpaduan dan bersuka ria di samping menyambut ketibaan musim buah. Dan sebagai pemainan yang digemari ramai-waktu inilah anak-anak muda berkaul - ia sebenarnya merupakan pesta untuk mencari jodoh.Tibow lazimnya dimainkan di kawasan tanah lapang, belakang atau hujung kampung. Biasanya, tapak untuk permainan tersebut haruslah lembut dan tidak mempunyai batu-batu kerikil yang keras. Bahkan di sesetengah tempat, diletakkan pasir untuk mengelakkan para pemain yang jatuh hayunan daripada mendapat sebarang kecederaan parah.Diadakan pada musim buah, lazimnya pada awal tahun, tibow dimainkan bermula pada waktu petang, hingga kadang-kadang sehingga larut malam. Pada zaman dahulu, penduduk akan bermain pada waktu bulan mengambang, kerana pada waktu inilah suasana di sekitar tapak permainan tampak terang. Dan dari segi keselamatan, ia akan memudahkan permainan tersebut.Bermain tibow mengikut tradisi Melanau Mukah, tidaklah semudah seperti yang dilihat. Terdapat beberapa pantang larang dan tradisi yang perlu diikuti untuk membolehkan si pemain bermain dengan selamat. Bahkan untuk mendirikan peralatannya pun harus dengan tertib dan istiadatnya sendiri. Ini termasuklah dengan menyediakan bubur kacang dan penglibatan tenaga yang banyak.Sebanyak dua tiang kayu yang masing-masingnya panjang melebihi 30 kaki diperlukan untuk pembinaan tiang tibow ini, selain beberapa batang kayu sederhana sebagai tangga rak. Rotan sega dan daun muda pula digunakan untuk membentuk penghayun manakala set canang dan gendang melela pula dipalu bagi memeriahkan dan menambahkan gempar suasana.Semasa mengangkat untuk mendirikan kedua-dua tiang itu, pantun dinyanyikan beramai-ramai: Kat kerakat, Kerurieng udat, Tibow idei pada 'mekat' Pantun ini merupakan pemujaan kepada ipo' tibow atau dewa yang menguasai permainan tibow dan bertujuan meminta pertolongan untuk memudahkan tugas-tugas mendirikan tiang itu. SERAHANGSerahang ialah "kepala hantaran" kepada ipok. Ia perlu dibuat mengikut motif tertentu. Motif pada serahang ialah gambaran daripada sistem kepercayaan atau kosmologi Melanau, khususnya sejauh yang berkaitan dengan ipok.Lambang itu menggambarkan bahawa ia ada kaitan dengan jumlah lapisan dunia yang dikatakan tujuh lapisan di atas dan tujuh lapis di bawah.Motif-motif pada serahang turut melambangkan imej ipok laut, darat, dan udara.Motif yang sesuai dan cukup akan menyenangkan hati ipok.Serahang yang diperbuat daripada bahan-bahan berikut - buluh, tedieng, semat, daun nyipah muda, daun iseng dan daun tegoh - disediakan beberapa hari sebelum kaul.Sebahagian daripada bahan itu tidak mudah diperoleh kerana ia perlu dicari dari dalam hutan.Serahang dibuat oleh wanita kerana motif-motif tertentu memerlukan mereka yang teliti, dan ini sesuai dengan sifat wanita.Berdasarkan pemerhatian, serahang bukan sahaja menuntut ketelitian dan kesabaran tetapi juga daya kreativiti yang tinggi, dengan mengambil kira unsur-unsur tertentu dalam perayaan dan juga sistem kepercayaan masyarakat. Sebenarnya, serahang berasal daripada perkataan "serahan", iaitu barang persembahan untuk ipok. Dan, bunyinya juga begitu dekat dengan "Rirang" yang merujuk kepada Rirang Rabu Bunga dalam mitos berkaitan dengan Sepok di Dalat.Di Dalat, serahang bertujuan untuk membuang sial, mengelakkan malapetaka, musuh, dan penyakit.Serahang dan jenis hantaran di dalamnya telah "dititahkan dalam mimpi". "Serahang merupakan upacara penting kerana ia adalah satu persembahan kepada semangat laut yang menurut kepercayaan masyarakat Melanau, bahawa mereka akan mendapat kemakmuran, keharmonian dan kemurahan rezeki jika melakukan persembahan itu".Serahang yang tingginya sekitar tujuh kaki mempunyai bentuk dan komponen serta unsur-unsur tersendiri. Komponen perlu lengkap kerana serahang yang tidak sempurna boleh menyebabkan ipok murka, dan akhirnya menimpa mereka yang membuatnya.Justeru, hanya mereka yang berpengalaman dapat mengetuai kerja-kerja membuatnya. Struktur utama serahang ialah batang buluh tedieng. Bahagian-bahagian wajib yang perlu ada pada serahang ialah paka, tepasik, tetilip, beburung dan patik, dengan jumlah yang menggambarkan jumlah ipok dan lapisan bumi. Terdapat tujuh batang tetilip dan tujuh tiang bendera pelbagai warna diletakkan di atas, dengan tujuh ekor beburung.

nilah antara tinggalan warisan kebudayaan masyarakat Melanau Likou di Sarawak. Mengikut adat lama, masyarakat Melanau Kuno akan dikuburkan di kubur gantung sebegini iaitu selepas 100 hari ditempatkan di dalam rumah. Walaubagaimanapun mayat-mayat ini dikatakan tidak busuk walaupun reput, asalkan ia mengikut segala pantang larang yang telah ditetapkan. Pelik tetapi benar. - See more at: http://my.mustaffa.org/gambar-kubur-gantung-masyarakat-melanau-likou#sthash.cfUvvJca.dpuf