Melayu Hadist/1715... · Web vie جودة منهج "م ح م د ر س ول الل ه و ال ذ...

157
www.Allah.com www.Muhammad.com www.Mosque.com ودة ج ج ه ن مٌ دَ ّ مَ حُ م" ُ ولُ سَ رِ َ ّ اَ ن يِ دَ ّ الَ و ى صلُ هَ عَ م" ه ل ل ا ه ي ل ع ه ل0 وا م سل و ه ي س ي ن دو ن8 الإ ن ه ي< ب ر لع وا ه ي ز لي ج ن8 والإKualitas Kurikulum "Muhammad adalah utusan Allah dan orang- orang yang bersama dengan beliau" dalam bahasa Indonesia, bahasa Inggris dan bahasa Arab ال قام م8 الإ ى عل ن ي ي بN ا ب ل طا ب ي< ب ج ل ا ي ب اW ث ل ا ى ض ر- له ل ا ه: ي ع" لإ ز ي خ ى ف ادة ث ع لإ م عل ها ن ف، ولإ ز ي خ ى ف م عل لإ م ه ف ه ي ف" ات ق ب لطا( زى كي ل ا ي ب را عW ش ل ل مه ح ر) له ل اBerkata Imam Ali bin Abi Thalib, semoga Allah meridhoinya: "Tidak ada kebaikan dalam ibadah tanpa pengetahuan dan tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya( 1 ) ب تء را دعا م سل له و0 ه وا ي ل ع له ل ى ا صلِ َ ّ اُ ولُ سَ ر(1) Doa rotib Rosululloh Sholawat serta salam yang tercurahkan kepada beliau serta keluarganya Men download dalam bahasa Indonesia dan bahasa Arab oleh Siti Nadriyah ( 2 ) ه جاوي ط ل : ا ماعه ح ل وا ة ي س ل ل ا هN ا دة ث ق ع1

Transcript of Melayu Hadist/1715... · Web vie جودة منهج "م ح م د ر س ول الل ه و ال ذ...

www.Allah.com www.Muhammad.com www.Mosque.com

د" منهج جودة صلى" والذين الله رسول محم الله معهوسلم وآله عليهواإلنجليزية والعربية باإلندونيسية

Kualitas Kurikulum "Muhammad adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan beliau"

dalam bahasa Indonesia, bahasa Inggris dan bahasa Arab

عنه: الله رضي- الثاني الحبيب – طالب أبي بن على اإلمام قال الطبقات)فيه" فهم ال علم في خير وال ،فيها علم ال عبادة في خير ال"

الله( رحمه للشعراني الكبرى

Berkata Imam Ali bin Abi Thalib, semoga Allah meridhoinya: "Tidak ada kebaikan dalam ibadah tanpa pengetahuan dan tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya”

راتب ( 1) وسلم دعاء وآله عليه الله صلى الله رسول(1) Doa rotib Rosululloh Sholawat serta salam yang tercurahkan kepada beliau serta keluarganya

Men download dalam bahasa Indonesia dan bahasa Arab oleh Siti Nadriyah

(2 ) : الطحاوية والجماعة السنة أهل عقيدة(2) Aqidah Ahlussunnah Wal Jama’ah: Thohaawiyah

Men download dalam bahasa Indonesia dan bahasa Arab oleh Siti Nadriyah

الكريم ( 3) القرآن وحفظ القرآن كلمات كل تفهيم(3) Memahami semua kalimat- kalimat Al-qur’an dan menghafal al qur’an Al karim

Men download dalam Bahasa Indonesia dan bahasa Arab mulai juz pertama 600 kata dan 60 ayat oleh Siti Nadriyah

Men download dalam bahasa Indonesia dan bahasa Arab Al-qur’anul karim

1

Men download dalam bahasa Arab Al-qur’anul karim

النبي ( 4) تفسير الصحيح تفهيم بالحديث للقرآن(4) Memahami tafsir Nabi untuk Al-qur’an dengan hadist asli

Men download dalam bahasa Indonesia dan bahasa Arab Tafsir surat Al-fatihah oleh Siti Nadriyah

Men download dalam bahasa Indonesia dan bahasa Arab Tafsir surat Al-baqoroh

الصحيح بالحديث النبي سيرة تفهيم( 5)(5) Memahami Biografi Nabi dengan hadist asli

Men download dalam bahasa Indonesia 1000 hadist di antaranya shahih syifa oleh Qodhi ‘Iyad kitab yang terbaik dalam biografi, sejarah dan kisah sejak 900 tahun yang lalu oleh Siti Nadriyah

Men download dalam bahasa Indonesia 711 hadist Asli menerangkan tentang Sejarah dan kisah Rosululloh melalui ucapan beliau

خصائصالنبي ( 6) الصحيح تفهيم بالحديث(6) Memahami karakteristik Nabi dengan hadist asli

Men download dalam bahasa Indonesia 694 hadist di antaranya karakteristik Nabi oleh Jalaluddin suyuti

النبي ( 7) مناقب الصحيح تفهيم بالحديث(7) Memahami manaqib Nabi dengan hadist asli

Men download dalam bahasa Indonesia 200 hadist Asli dan manaqib Nabi

الصحيح 1000تفهيم ( 8) والحديث القرآن من الدليل مع الشافعي الفقه وجوابفي سؤالواآلثار

(8) Memahami 1000 soal dan jawab dalam fiqih Syafi'i dengan bukti dalil dari Al-Qur'an dan Hadis asli dan perkataan para shohabah

Men download dalam bahasa Indonesia 195 soal dan jawab dalam fiqih Syafi’i oleh Siti Nadriyah

Men download dalam bahasa Indonesia sisa 1000 soal dan jawab dalam fiqih Syafi’i segera Insya Alloh

Men download dalam bahasa Arab 4347 dalil imam Syafi’i dari Al-qur’an dan hadist dan perkataan para shohabah oleh Ahmad bin Darwish

( 9 ) : النبي فضائل كثيرة مواضيع في باإلندونيسية والحديث، أحاديثصحيحة القرآن علم وفضلوالقدر، والقضاء واإلسالم، واإليمان والسنة، بالكتاب واإلعتصام والمعلم، العلم طالب وفضل

الله رسول يوم وفضائل وعالمات الزمان، آخر وفتن تعالى، الله رضوان عليهم الصحابة، ومناقبالخ .. ... وقصصلألطفال القيامة

(9) Men download dalam bahasa Indonesia hadist asli banyak di antaranya: keutaman Nabi, keutamaan ilmu qur'an dan hadist, keutamaan orang yang mencari ilmu dan orang yang mengajarinya, berpegang teguh dalam kitab dan

hadist, Iman dan Islam, takdir yang di tentukan, keutamaan Rosululloh, manaqib para shohabat, fitnah fitnah akhir zaman, dan tanda hari qiyamat, dan cerita anak anak … dll

2

يشترى وال يباع ال والبيوت والمصليات والمساجد المجانية للمدارس تعالى لله وقفتغير وال مجانا ووزع فوتوكوبي

Wakaf lillah untuk sekolah (gratis) yang tidak mengambil uang SPP dari muridnya, untuk masjid, mushollah dan di rumah-rumah, tidak di perjual belikan: hanya foto copy, lalu menyebarkan secara gratis, dan tanpa merubah isi di dalamnya.

الدرويش بن أحمد الحديث خادم من كتابة بترخيص والكليات والمعاهد المدارس من وغيرهابإندونسيا وورثته

Selain yang ter cantum di atas untuk sekolah, ma'had atau pesantren dan perguruan tinggi, harus minta izin tertulis dari khadim Hadist Ahmad bin Darwish dan pewarisnya.

Copyright © 1984-2013 Allah.com Muhammad.com off-shore. All rights reserved.

Ambil Wakaf lillah CD

www.Imamshafie.com

1715 Hadist Sahih Bukari without duplication

1, Dari Umar bin Khathab r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa )niat( hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa )niat( hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka )pahala( hijrahnya sesuai dengan niatnya untuk apa dia hijrah".2, Dari 'Aisyah, Ummul Mu'minin r.a., katanya Harits bin Hisyam r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah saw.: "Bagaimanakah caranya wahyu turun kepada Anda?" Jawab Rasulullah saw., "Kadang-kadang wahyu itu datang kepada ku )kedengaran( seperti bunyi loceng. Itulah yang sangat berat bagi ku. Setelah bunyi itu berhenti, lantas aku mengerti apa yang dikatakannya.Kadang-kadang malaikat menjelma , seperti seorang laki-laki datang kepada ku. Dia berbicara kepada ku dan aku mengerti apa yang dikatakannya".Kata 'Aisyah r.a., "Aku pernah melihat Nabi, ketika wahyu turun kepada beliau pada suatu hari yang amat dingin. Setelah wahyu itu berhenti turun,kelihatan dahi Nabi bersimbah peluh.3, Dari 'Aisyah, Ummul Mu'minin r.a., katanya: "Wahyu yang mula-mula turun kepada Rasulullah saw., ialah berupa mimpi baik waktu beliau tidur. Biasanya mimpi itu terlihat jelas oleh beliau, seperti jelasnya cuaca pagi. Semenjak itu hati beliau tertarik hendak mengasingkan diri ke Gua Hira. Di situ beliau beribadat beberapa malam, tidak pulang ke rumah isterinya. Untuk itu beliau membawa perbekalan secukupnya. Setelah perbekalan habis, beliau kembali kepada Khadijah, untuk mengambil lagi perbekalan secukupnya. Kemudian beliau kembali pula ke Gua Hira, hingga suatu ketika datang kepadanya Al Haq )kebenaran atau wahyu(, iaitu sewaktu beliau masih berada di Gua Hira itu."Malaikat datang kepadanya, lalu katanya, "Bacalah!" Jawab Nabi, "Aku tidak pandai membaca." Kata Nabi selanjutnya menceritakan, "Aku ditarik dan dipeluknya sehingga aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca. "Bacalah !" katanya. Jawab ku, "Aku tidak pandai membaca. "Aku ditarik dan dipeluknya pula sampai aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca. "Bacalah!" katanya. Ku jawab, "Aku tidak pandai membaca." Aku ditarik dan dipeluknya untuk ketiga kalinya, kemudian dilepaskannya seraya berkata: "Iqra' bismi rabbikalladzi khalaq. Khalaqal insaana min 'alaq. Iqra'! Wa rabbukal akram. )Bacalah dengan nama Tuhan mu , yang menjadikan. Yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Demi Tuhan mu Yang Maha Mulia.( Setelah itu Nabi pulang ke rumah Khadijah binti Khuwailid, lalu berkata, "Selimuti aku! Selimuti aku!" Lantas diselimuti oleh Khadijah, hingga hilang rasa takutnya. Kata Nabi saw. kepada Khadijah )setelah dikhabarkannya semua kejadian yang baru dialaminya itu(, "Sesungguhnya aku cemas atas diri ku )akan binasa(." Kata Khadijah, "Jangan takut! Demi Allah! Tuhan sekali-kali tidak akan membinasakan Anda. Anda selalu menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang yang sengsara, mengusahakan )mengadakan( barang keperluan yang belum ada, memuliakan tamu, menolong orang yang kesusahan kerana menegakkan kebenaran. Setelah itu Khadijah pergi bersama Nabi menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, iaitu anak paman . Khadijah, yang telah memeluk agama Nasrani )Kristian( pada masa jahiliyah itu. Ia pandai menulis buku dalam bahasa Ibrani. Maka disalinnya Kitab Injil dari bahasa Ibrani seberapa dikehendaki Allah dapat disalinnya. Usianya telah lanjut, dan matanya telah buta. Kata Khadijah kepada Waraqah, "Hai anak paman ku ! Dengarkanlah khabar dari Anak Saudara Anda )Muhammad( ini". Kata Waraqah kepada Nabi, ''Wahai Anak Saudara ku! Apakah yang telah terjadi atas diri Anda?" Lalu Rasulullah saw. menceritakan kepadanya semua peristiwa yang telah dialaminya. Berkata Waraqah. "Inilah Namus )Malaikat( yang pernah diutus Allah kepada Nabi Musa. Wahai, semoga saya masih hidup ketika itu, iaitu ketika Anda diusir oleh kaum Anda." Maka bertanya Rasulullah saw. "Apakah mereka akan mengusir ku?" Jawab Waraqah. "Ya, betul! Belum pernah seorang jua pun yang diberi wahyu seperti Anda, yang tidak dimusuhi orang. Apabila saya masih mendapati hari itu, nescaya saya akan menolong anda sekuat kuatnya." Tidak berapa lama kemudian, Waraqah meninggal dunia dan wahyu pun terputus untuk sementara waktu. Kata Ibnu Syihab, Abu Salamah bin Abdurrahman mengabarkan kepadanya, bahawa Jabir bin Abdullah Al Anshari menceritakan tentang terputusnya wahyu, katanya Nabi saw. berkata dalam hadisnya ''Pada suatu waktu ketika aku sedang berjalan jalan tiba-tiba kedengaran oleh ku suatu suara dari langit. Maka ku angkat pandangan ku ke arah datangnya suara itu. Kelihatan oleh ku malaikat yang pernah datang kepada ku di Gua Hira dahulu. Dia duduk di kursi antara langit dan bumi. Aku terperanjat kerananya dan terus pulang. Aku berkata kepada Khadijah, "Selimuti aku!". Lalu Allah swt. menurunkan ayat: "Ya, ayyuhal muddatstsir! Qum, fa andzir! Wa rabbaka fa kabbir! Wa tsiyaabaka fa thahhir! War rujza fahjur!" )Hai, orang yang berselimut! Bangunlah! Maka berilah peringatan! Dan besarkanlah Tuhanmu!Dan bersihkanlah pakaianmu! Dan jauhilah berhala!( Maka semenjak itu wahyu selalu turun berturut-turut.4, Dan Ibnu Abbas r.a., katanya: "Rasulullah saw. adalah seorang yang amat pemurah, dan lebih pemurah lagi selama bulan Ramadhan, iaitu ketika Jibril datang menemuinya. Biasanya Jibril datang kepada Nabi saw. tiap-tiap malam Ramadhan dan beliau kedua-duanya membaca Qur'an berganti-ganti. Sesungguhnya Rasulullah saw. lebih pemurah berbuat kebaikan daripada murahnya angin berhembus."

3

5, Ibnu Abbas r.a. mengatakan bahawa Abu Sufyan bin Harb bercerita kepadanya, bahawa Heraclius berkirim surat kepada Abu Sufyan menyuruh ia datang ke Syam bersama khalifah saudagar Quraisy. Waktu itu Rasulullah saw. sedang dalam perjanjian damai dengan Abu Sufyan dan dengan orang-orang kafir Quraisy. Mereka datang menghadap Heraclius di Ilia terus masuk ke dalam majlisnya, dihadapi oleh pembesar-pembesar Rumawi. Kemudian Heraclius memanggil orang-orang Quraisy itu beserta Jurubahasanya. Heraclius berkata, Siapa di antara Anda yang paling dekat hubungan kekeluargaannya dengan laki-laki yang mengaku dirinya Nabi itu?" Jawab Abu Sufyan. "Saya ! Saya keluarga terdekat dengannya." Berkata Heraclius )kepada jurubahasanya(, "Suruh dekat dekatlah dia kepada ku. Dan suruh pula para sahabatnya duduk di belakangnya." Kemudian berkata Heraclius kepada Jurubahasanya, "Katakan kepada mereka bahawa saya akan bertanya kepada orang ini )Abu Sufyan(. Jika dia berdusta, suruhlah mereka mengatakan bahawa dia dusta." Kata Abu Sufyan, "Demi Allah! Jika tidaklah aku takut akan mendapat malu, kerana aku dikatakan dusta, nescaya maulah aku berdusta " Pertanyaannya yang pertama, "Bagaimanakah turunannya di kalanganmu?" Aku jawab, "Dia turunan bangsawan di kalangan kami." Heraclius, "Pernahkah orang lain sebelumnya mengumandangkan apa yang telah dikumandangkannya?" Jawab ku, "Tidak pernah." Heraclius, "Adakah di antara nenek moyangnya yang menjadi raja?" Jawab ku, "Tidak!" Heraclius, "Apakah pengikutnya terdiri dari orang-orang mulia ataukah orang-orang biasa?" Jawab ku, "Hanya terdiri dari orang-orang biasa." Heraclius, "Apakah pengikutnya semakin bertambah atau berkurang?" Jawab ku, "Bahkan selalu bertambah. " Heraclius, "Adakah di antara mereka yang murtad, kerana mereka benci kepada agama yang dipeluknya itu?" Jawab ku, "Tidak!" Heraclius, "Apakah kamu menaruh curiga kepadanya dia berdusta sebelum dia mengumandangkan ucapan yang diucapkannya sekarang? Jawab ku, "Tidak!" Heraclius, "Pernahkah dia melanggar janji?" Jawab ku, "Tidak! Dan sekarang, kami sedang dalam perjanjian damai dengan dia. Kami tidak tahu apa yang akan diperbuatnya dengan perjanjian itu." Kata Abu Sufyan menambahkan, "Tidak dapat aku menambahkan kalimat lain agak sedikit pun selain kalimat itu." Heraclius, "Pernahkah kamu berperang dengannya?" Jawab ku, "Pernah." Heraclius, "Bagaimana peperanganmu itu?" Jawab ku, "Kami kalah dan menang silih berganti. Dikalahkannya kami dan kami kalahkan pula dia." Heraclius, "Apakah yang diperintahkannya kepada kamu sekalian?" Jawab ku, "Dia menyuruh kami menyembah Allah semata-mata, dan jangan mempersekutukan-Nya. Tinggalkan apa yang diajarkan nenek moyangmu! Disuruhnya kami menegakkan solat, berlaku jujur, sopan )teguh hati( dan mempererat persaudaraan. " Kata Heraclius kepada jurubahasanya, "Katakan kepadanya )Abu Sufyan(, saya tanyakan kepada mu tentang turunannya )Muhammad(, kamu jawab dia bangsawan tinggi. Begitulah Rasul-rasul yang terdahulu, diutus dari kalangan bangsawan tinggi kaumnya." Saya tanyakan, "Adakah salah seorang di antara kamu yang pernah mengumandangkan ucapan sebagai yang diucapkannya sekarang?" Jawabmu, "Tidak!" Kalau ada seseorang yang pernah, mengumandangkan ucapan yang diucapkannya sekarang, nescaya aku katakan, "Dia meniru-niru ucapan yang diucapkan orang dahulu itu." Saya tanyakan, "Adakah di antara nenek moyangnya yang jadi raja?" Jawabmu, "Tidak ada!" Kalau ada di antara nenek moyangnya yang menjadi raja, nescaya kukatakan, "Dia hendak menuntut kembali kerajaan nenek moyangnya." Saya tanyakan, "Adakah kamu menaruh curiga kepadanya bahawa ia dusta, sebelum ia mengucapkan apa yang diucapkannya sekarang?" Jawabmu, "Tidak!" Saya yakin, dia tidak akan berdusta, terhadap manusia apalagi kepada Allah. Saya tanyakan, "Apakah pengikutnya terdiri dari orang-orang mulia ataukah orang-orang biasa?" Jawabmu, "Orang-orang biasa." Memang, mereka jualah yang menjadi pengikut Rasul-rasul. Saya tanyakan, "Apakah pengikutnya makin bertambah banyak atau semakin kurang?" Jawabmu, "Mereka bertambah banyak." Begitulah halnya iman hingga sempurna. Saya tanyakan, "Adakah di antara mereka yang murtad kerana benci kepada agama yang dipeluknya, setelah mereka masuk ke dalamnya?" Kamu jawab, "Tidak." Begitulah iman, apabila ia telah berdarah daging sampai ke jantung hati. Saya tanyakan, "Adakah ia melanggar janji?" Kamu jawab, "Tidak." Begitu jugalah segala Rasul-rasul yang terdahulu, mereka tidak suka melanggar janji. Saya tanyakan, "Apakah yang disuruhkannya kepada kamu sekalian?" Kamu jawab, "Ia menyuruh menyembah Allah semata-mata, dan melarang mempersekutukan-Nya. Dilarangnya pula menyembah berhala, disuruhnya menegakkan solat, berlaku jujur dan sopan )teguh hati(." Jika yang kamu terangkan itu betul , semuanya, nescaya dia akan memerintah sampai ke tempat aku berpijak di kedua telapak kaki ku ini. Sesungguhnya aku telah tahu bahawa ia akan lahir. Tetapi aku tidak mengira bahawa dia akan lahir di antara kamu sekalian. Sekiranya aku yakin akan dapat bertemu dengannya, walaupun dengan susah payah aku akan berusaha datang menemuinya. Kalau aku telah berada di dekatnya, akan kucuci kedua telapak kakinya. Kemudian Heraclius meminta surat Rasulullah saw. yang diantarkan oleh Dihyah kepada pembesar negeri Bushra, yang kemudian diteruskannya kepada Heraclius. Lalu dibacanya surat itu, yang isinya sebagai berikut: "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad, Hamba Allah dan Rasul-Nya. Kepada Heraclius, Kaisar Rumawi. Kesejahteraan kiranya untuk orang yang mengikut petunjuk. Kemudian, sesungguhnya saya mengajak Anda memenuhi panggilan Islam. Islamlah! Pasti Anda selamat. Dan Allah akan memberi pahala Anda dua kali lipat. Tetapi jika anda enggan, nescaya anda menanggung dosa seluruh rakyat. Hai, Ahli Kitab! Marilah kita dalam satu kalimah prinsip sama antara kita, iaitu supaya tidak menyembah kecuali hanya kepada Allah, dan jangan mempersekutukan-Nya dengan suatu apa pun. Dan janganlah sebagian kita menjadikan sebagian yang lain menjadi Tuhan selain daripada Allah. Apabila Anda enggan menuruti ajakan ini, akuilah bahawa kami ini Muslim! Kata Abu Sufyan, "Selesai ia mengucapkan perkataannya dan membaca surat itu, ruangan menjadi heboh dan hiruk pikuk; kami pun disuruh orang keluar. Sampai di luar, aku berkata kepada kawan. "Sungguh menjadi masalah besar urusan Anak Abu Kabsyah. Sehingga raja bangsa kulit kuning itu pun takut kepadanya. Aku yakin, Muhammad pasti menang hingga oleh kerananya Allah memasukkan Islam ke dalam hatiku." Ibnu Nathur, pembesar negeri Ilia, sahabat Heraclius dan Uskup)kepala pendeta( Nasrani di Syam, dia menceritakan, "Ketika Heraclius datang ke Ilia, ternyata fikirannya sedang kacau. Oleh sebab itu banyak di antara para pendeta yang berkata: "Kami sangat hairan melihat sikap Anda."

4

Selanjutnya kata Ibnu Nathur, "Heraclius adalah seorang ahli nujum yang selalu memperhatikan perjalanan bintang- bintang. Dia pernah menjawab pertanyaan para pendeta yang bertanya kepadanya. Pada suatu malam ketika saya mengamati perjalanan bintang-bintang, saya melihat Raja Khithan telah lahir. Siapakah di antara umat ini yang telah dikhitan?" Jawab para pendeta itu. "Yang berkhitan hanyalah orang Yahudi. Janganlah Anda risau kerana orang Yahudi itu. Perintahkan saja ke seluruh negeri dalam kerajaan Anda, supaya orang-orang Yahudi di negeri itu dibunuh." Ketika itu dihadapkan kepada Heraclius seorang utusan Raja Bani Ghassan untuk menceritakan perihal Rasulullah saw. Setelah orang itu selesai bercerita, lalu Heraclius memerintahkan agar dia diperiksa, apakah dia berkhitan atau tidak. Setelah diperiksa, ternyata memang dia berkhitan. Lalu diberitahukan orang kepada Heraclius. Heraclius bertanya kepada orang itu tentang orang-orang Arab lainnya, "Dikhitankah mereka atau tidak?" Jawabnya, "Orang-orang Arab itu dikhitan semuanya." Heraclius berkata, "Inilah raja umat. Sesungguhnya dia telah lahir." Kemudian Heraclius berkirim surat kepada seorang sahabatnya di Rome, yang ilmunya setaraf dengan Heraclius )menceritakan tentang kelahiran Nabi Muhammad saw.(. Dan sementara itu ia meneruskan perjalanannya ke negeri Hims. Tetapi sebelum dia sampai di Hims, balasan surat dari sahabatnya itu telah tiba lebih dahulu. Sahabatnya itu menyetujui pendapat Heraclius bahawa Muhammad telah lahir dan beliau memang seorang Nabi. Heraclius mengundang para pembesar Rome supaya datang ke tempatnya di Hims. Setelah semuanya hadir dalam majlisnya, Heraclius memerintahkan supaya mengunci setiap pintu. Kemudian dia berkata, "Wahai, bangsa Rome! Maukah Anda semua beroleh kemenangan dan kemajuan yang gilang gemilang, sedangkan kerajaan tetap utuh di tangan kita? Kalau mau, akuilah Muhammad itu sebagai Nabi!" Mendengar ucapan itu mereka lari bagaikan keledai melihat keadaan demikian, padahal semua pintu telah terkunci. Heraclius jadi putus harapan yang mereka akan iman )percaya kepada Nabi Muhammad saw.(. Lalu diperitahkannya supaya mereka kembali ke tempat mereka masing-masing seraya berkata, "Sesungguhnya saya mengucapkan perkataan saya tadi, hanya sekedar menguji keteguhan hati Anda semua. Kini saya telah melihat keteguhan itu. Lalu mereka sujud di hadapan Heraclius dan mereka senang kepadanya. Demikianlah akhir kisah Heraclius.6, Dari Ibnu Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Dasar )pokok-pokok( Islam itu ada lima perkara: )1( Mengakui tidak ada Tuhan selain Allah, dan mengakui bahawa Muhammad itu Rasullullah. )2( Menegakkan solat )sembahyang( )3( Membayar zakat )4( Menunaikan ibadah haji, dan )5( Puasa bulan Ramadhan."7, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad saw., sabdanya: "Iman mempunyai lebih daripada enam puluh cabang. Adapun malu adalah salah satu cabang dari iman."8, Dari Abdullah bin Umar r.a., dari Nabi Muhammad saw., sabdanya: "Orang muslim itu ialah orang yang sentosa semua orang Islam dari bencana lidah dan tangannya. Dan orang muhajirin ialah orang yang pindah )meninggalkan( segala larangan Allah.9, Dari Abdullah bin Umar r.a, katanya seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah saw, katanya: "Islam yang bagaimanakah lebih utama?" Jawab Nabi saw, "Memberi makan )orang-orang miskin(, mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang tidak engkau kenal."10, Dari Anas r.a , dari Nabi s.a.w, sabdanya: "Tidak )sempurna( iman seseorang kamu , sebelum ia menyukai untuk saudaranya )sesama Islam( apa yang disukainya untuk diri sendiri."11, Dari Anas r.a, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: " Tidak )sempurna( iman seseorang kamu, sebelum ia lebih mencintai aku daripada mencintai ibu bapaknya, anaknya dan manusia umumnya."12, Dari Anas r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Tanda-tanda iman ialah mencintai kaum Ansar dan tanda-tanda munafik ialah membenci kaum Ansar."13, Dari 'Ubbadah bin Shamit r.a., salah seorang sahabat Nabi yang turut ambil bahagian dalam perang Badar, dan ikut dalam pertemuan pada malam Aqabah, katanya: "Pada suatu waktu, ketika Rasulullah saw. sedang di kelilingi oleh sekelompok para sahabat, beliau bersabda: "Bai'atlah )berjanjilah( Anda semua dengan ku: )1( Tidak mempersekutukan dengan sesuatu apa pun, )2( Tidak mencuri, )3( Tidak berzina, )4( Tidak membunuh anak-anakmu, )5( Tidak membuat fitnah antara sesama kamu, )6( Tidak durhaka terhadap perintah kebaikan. Barangsiapa menepati perjanjian itu, nescaya ia diberi pahala oleh Allah, dan siapa melanggar salah satu daripadanya, maka dia akan dihukum di dunia ini. Hukuman itu menjadi Kaffarah )denda( baginya. Dan barangsiapa melanggar salah satu daripadanya, kemudian ditutup oleh Allah )tidak diketahui orang, sehingga ia bebas dari hukuman dunia(, maka perkaranya terserah kepada Allah. Kalau Allah suka mengampuni, diampuni-Nya-lah, dan kalau Allah hendak menyiksa, disiksa-Nya-lah. Maka kami semua )para sahabat yang hadir mengelilingi Nabi waktu itu( berjanji kepada beliau atas hal-hal tersebut."14, Dari Abu Sa'id al. Khudri r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Akan datang suatu masa, di mana yang sebaik-baik harta orang Islam ialah kambing )biri-biri(. Dia gembala di puncak-puncak bukit dan di tempat-tempat air hujan berkumpul )lembah-lembah(. Dia memencil )dari orang ramai( untuk menjaga agamanya dari bencana." 15, Dari 'Aisyah r.a, katanya: "Biasanya Rasulullah saw. apabila menyuruh para sahabatnya, disuruhnya mereka mengerjakan amal-amal yang )kira-kira( mereka sanggup mengerjakannya." Lantas mereka berkata, "Ya, Rasul Allah! Kami ini tidak seperti Anda. Allah swt. telah mengampuni dosa Anda yang telah lalu dan yang akan datang." Mendengar ucapan mereka itu Nabi marah, sehingga kelihatan tanda marah di mukanya. Sabda beliau, "Sesungguhnya yang paling taqwa dan yang lebih alim tentang Allah di antara kamu semua, ialah aku.16, Dari Anas r.a, dari Nabi saw., katanya: "Ada tiga perkara, barangsiapa melaksanakan ketiga-tiganya, nescaya ia akan mendapatkan kesedapan iman: )1( Orang yang cinta kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada cintanya kepada yang lain dari pada keduanya. )2( Orang yang mencintai orang lain semata-mata. )3( Orang yang benci untuk kembali kepada kafir, setelah Allah melepaskannya daripada )belenggu( kekafiran itu, sama dengan bencinya akan dijatuhkan ke dalam neraka."17, Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a, dari Nabi saw. sabdanya: " Setelah penduduk syurga masuk ke dalam syurga, dan penduduk neraka masuk ke dalam neraka, maka Allah berfirman : Keluarkanlah dari neraka orang-orang yang ada iman di dalam dadanya )walau hanya( sebesar biji sawi!" Lalu mereka dikeluarkan dari neraka, )tetapi( tubuh mereka hitam bagaikan arang. kerana itu mereka dilemparkan ke dalam sungai Haya' atau Hayat. Imam Malik ragu antara Haya' atau Hayat. Kemudian tubuh mereka berubah bagaikan benih. yang tumbuh sesudah banjir. Tidakkah engkau lihat benih itu tumbuh berwarna kuning dan berlipat-lipat". 18, Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a, katanya Rasulullah saw bersabda,: "Aku bermimpi dalam tidurku, seolah-olah aku melihat manusia dihadapkan kepada ku. Baju mereka di antaranya ada yang sampai ke susunya dan ada pula yang kurang dari itu. Kulihat juga Umar bin Khattab dihadapkan kepada ku, sedangkan bajunya dihela-helanya kerana sangat dalam. Para sahabat bertanya: " Apakah takwil mimpi anda itu?" Jawab Nabi saw, "Agama."19, Dari Salim bin Abdullah r.a, dari ayahnya, katanya: "Nabi saw lalu dihadapan seorang Ansar yang sedang mencela saudaranya karena saudaranya itu pemalu. Maka sabda Rasullullah saw. kepadanya, "Biarkanlah dia! Sesungguhnya malu itu sebahagian daripada iman," 20, Dari Ibnu Umar r.a, katanya Rasulullah saw, bersabda: "Aku diperintah supaya memerangi manusia, hingga mereka mengakui bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad itu Rasul Allah, dan supaya mereka menegakkan solat dan membayar zakat. Apabila yang demikian telah mereka lakukan, maka darah dan harta mereka mendapat perlindungan dari ku, kecuali kerana alasan-alasan )hukum( Islam. Sedangkan perhitungan )peradilan( mereka terserah kepada Allah."21, Dari Abu Hurairah r.a, katanya ada orang bertanya kepada Rasulullah saw, tanyanya: "Apakah amal yang paling utama?" Jawab Nabi saw, "Percaya kepada Allah dan Rasul-Nya." Tanyanya pula, "Sesudah itu apakah?" Jawab beliau, "Jihad )berusaha keras atau berjuang( di jalan Allah!" Tanyanya lagi, "Sesudah itu apa pula?" Jawab beliau, " Haji yang mabrur )haji yang diterima Allah, kerana memenuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan Allah(" 22, Dari Sa'ad r.a, katanya: "Nabi saw. pernah membagi-bagikan hadiah )pemberian( kepada beberapa

5

orang, dimana ketika itu Sa'ad sedang duduk dekat mereka. Tetapi Rasulullah meninggalkan )tidak memberi( seorang laki-laki, kejadian mana sangat menarik perhatian ku. Aku bertanya, "Apa sebabnya Anda tinggalkan si Fulan itu? Demi Allah! Menurut hemat ku dia adalah orang mukmin." Jawab Nabi, "Ataukah dia muslim?" Aku diam sebentar. Sekali lagi apa yang ku ketahui tentang orang itu mendesak ku untuk bertanya kembali. Rasulullah menjawab seperti tadi juga. Kemudian beliau bersabda, "Hai Sa'ad!. Sesungguhnya aku memberi orang itu.Aku lebih menyukai )pemberian( yang lain, untuk menjaga supaya orang yang diberi itu jangan sampai ditelungkupkan Allah di dalam neraka."23, Dari Ibnu Abbas r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Diperlihatkan )Allah( kepada ku neraka. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri dari perempuan -perempuan kafir." Ditanyakan orang kepada beliau. "Apakah mereka kafir kepada Allah?" Jawab Rasulullah, "Mereka kafir kepada karib )suami( dan )tidak tahu berterima kasih( atas kebaikan )yang diterimanya(. Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan saja, lantas ia berkata. "Saya tidak pernah melihat kebaikan daripadamu sedikit juapun."24, Dari Ma'rur r.a, ujarnya: "Saya bertemu dengan Abu Dzar di Rabazah. Dia dan hamba sahayanya memakai pakaian serupa. Saya tanyakan kepadanya, apa sebabnya mereka memakai pakaian serupa. Jawabnya "Dahulu saya pernah memaki seseorang dengan mencela ibunya. )Sehubungan dengan itu( Rasulullah menegur saya: "Hai Abu Dzar! Mengapa engkau maki dia dengan mencelanya ibunya? Rupanya engkau masih berfikiran seperti Jahiliyah. Hamba sahayamu itu adalah saudara mu atau pakcikmu yang dititipkan Allah dalam tanggungjawabmu. kerana itu, siapa saja mempunyai saudara yang menjadi tanggungjawabnya, hendaklah diberi makan sama seperti yang dimakannya, dan diberinya pakaian sama seperti pakaian yang dipakainya. Dan janganlah mereka dibebani pekerjaan diluar kemampuan mereka. Jika mereka terpaksa harus mengerjakannya juga, bantulah mereka."25, Dari Ahnaf bin Qais, r.a., dia menceritakan: ")Pada suatu ketika( saya pergi hendak menolong seorang laki-laki )sedang berkelahi(. )Kebetulan( saya bertemu dengan Abu Bakrah. Dia bertanya kepada ku, "Hendak ke mana kamu?" Jawab ku, "Saya hendak menolong orang itu." Ujarnya, "Kembalilah! )Jangan tolong dia!(. Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: Apabila dua orang muslim berkelahi, masing-masing mempergunakan pedang, maka si pembunuh dan yang terbunuh, kedua-duanya masuk neraka." Saya bertanya, "Ya, Rasulullah! Si pembunuh patut masuk neraka tetapi kenapa pula yang terbunuh?" Jawab Rasulullah, "kerana orang yang terbunuh itu sengaja pula hendak membunuh saudaranya sendiri."26, Dari Abdullah bin Umar, r.a., katanya: "Tatkala turun ayat yang berbunyi: " Mereka yang beriman, dan tidak mencampur-baurkan iman mereka dengan aniaya, mereka akan beroleh ketenteraman dan akan dipimpin )Allah(. Bertanya para sahabat Rasulullah saw.. "Siapakah di antara kami yang tidak aniaya terhadap dirinya sendiri?" Maka diturunkan Allah ayat: "Sesungguhnya syirik )mempersekutukan Allah( adalah aniaya yang amat besar. 27. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Tanda-tanda munafik ada tiga:1. Apabila berkata, dia dusta. 2. Apabila berjanji, dia mungkir. 3. Apabila dipercaya, dia khianat.28, Dari Abdullah bin Amr bin Ash, r.a katanya Nabi saw. bersabda: "Ada empat perkara, barangsiapa terdapat pada dirinya lengkap keempatnya, itulah dia orang munafik sesungguhnya. Dan barang siapa terdapat padanya satu perkara saja, maka ia termasuk munafik juga, hingga di tinggalkannya sifat yang satu itu: 1. Apabila dipercaya, dia khianat. 2. Apabila berkata, dia dusta. 3. Apabila berjanji, dia mungkir. 4. Apabila ia bermusuhan, dia sangat jahat." 29, Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw., bersabda: "Barangsiapa melakukan solat di malam qadar kerana iman dan ikhlas, nescaya diampuni )Allah( dosanya yang telah lalu."30, Dari Abu Hurairah r.a, katanya Nabi saw. bersabda: "Allah menggembira kan hati orang yang berperang fisabilillah" )di jalan Allah(, iaitu orang yang berperang semata-mata kerana iman kepada Allah dan Rasul-Nya, bahawa ia akan kembali membawa kemenangan dan harta rampasan, atau dimasukkan ke dalam syurga. "Andaikata tidaklah akan menyulitkan umat ku, nescaya aku selalu ikut berperang. Aku ingin mati terbunuh di jalan Allah, kemudian hidup kembali dan terbunuh, hidup kembali dan terbunuh pula."31, Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang menegakkan solat di bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas, diampuni )Allah( dosanya yang telah lalu."32. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang puasa di bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas diampuni Allah dosanya yang telah lalu"33, Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya agama )Islam( itu ringan. Barangsiapa memperberat-berat, maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh kerana itu kerjakanlah )agama itu( menurut mestinya, atau mendekati mestinya, dan gembiralah )kerana akan beroleh pahala(, serta beribadatlah )mohonlah pertolongan Allah( pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam."34, Dari Barra' bin Azib r.a., "Pertama kali Nabi saw. datang ke Madinah, beliau bertempat tinggal di rumah kakek atau paman-paman beliau dari kaum Ansar. Ketika itu Nabi solat menghadap ke Baitul Maqdis )Jerusalem(, lebih kurang 16 atau 17 bulan lamanya. Sesungguhnya Nabi lebih suka Baitullah )Ka'bah di Makkah( menjadi kiblatnya. Dan solat yang mula-mula dikerjakan Nabi menghadap ke Baitullah )Ka'bah( ialah solat Ashar, yang dilakukan beliau bersama-sama dengan orang banyak. Kemudian salah seorang yang ikut jemaah bersama Nabi ketika itu keluar, dan pergi melewati sebuah masjid, di mana jemaahnya sedang rukuk )menghadap ke Baitul Makdis(" Lantas orang itu berkata, "Demi Allah, baru saja saya solat bersama-sama Rasulullah menghadap ke )Baitullah di( Mekah. "Maka segera mereka merubah kiblat mereka menghadap ke Baitullah.Orang-orang Yahudi mulanya sangat bangga, ketika )Nabi dan pengikutnya( solat menghadap ke Baitul Maqdis. Begitu pula Ahli Kitab )Nasrani(. Tetapi setelah kiblat umat Islam berubah ke Baitullah, mereka mencela perubahan itu. Selanjutnya Barra' menyebutkan dalam hadisnya ini, "Banyak orang telah meninggal di masa kiblat masih ke Baitul Makdis, dan yang terbunuh sebelum perubahan kiblat ke Baitullah. Kami tidak mengerti bagaimana )hukumnya( solat itu." Lalu turun ayat: "Allah tidak akan mensia-siakan iman kamu sekalian." )Surah Al Baqarah, 2 : 143(35, Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda, "Apabila seseorang masuk Islam, kemudian Islamnya menjadi baik, nescaya Allah menghapus segala kejahatannya. Sesudah itu setiap kebaikannya dibalas )Allah( sepuluh sampai tujuh ratus kali. Sedangkan kejahatannya dibalas )hanya( setimpal dengan kejahatan itu, kecuali pula kalau Allah memaafkannya".36, Dari Aisyah r.a., katanya: "Pada suatu ketika, Nabi pulang ke rumah Aisyah, didapatinya dekat Aisyah duduk seorang wanita. Lalu Nabi bertanya, "Siapakah wanita itu?" Jawab Aisyah; "Inilah si Fulanah )si Anu( yang terkenal banyak melakukan solat " Sabda Nabi saw, "Jangan begitu! Kerjakanlah mengikut kudratmu. Demi Allah! Dia tidak bosan memberikan pahala, sehingga kamu sendiri yang malas berbuat amal. Amal )agama( yang lebih disukai di sisi Allah ialah amal yang dilakukan secara tetap dan teratur."37, Dari Anas r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Akan dikeluarkan dari neraka, )1( Orang yang menyebut Laa ilaa ha illallaah )Tidak ada Tuhan kecuali hanya Allah(, apabila di dalam hatinya terdapat kebaikan )iman( seberat sya'irah, dan )2( Akan dikeluarkan dari neraka orang yang menyebut Laa ilaaha illallaah, apabila di dalam hatinya terdapat kebaikan seberat burrah, dan )3( Akan dikeluarkan dari neraka orang yang menyebut Laa ilaa ha illallaah, apabila di dalam hatinya terdapat kebaikan seberat zarah."38, Thalhah bin Ubaidillah mengabarkan, "Seorang laki-laki Nejd datang kepada Rasulullah saw. dengan kepala penuh debu.. Kami mendengar laranya tetapi )tidak mengerti apa yang diucapkannya; sehingga dia mendekatkan diri kepada Rasul Allah saw. Kiranya dia menanyakan perihal Islam." Sabda Rasulullah saw; "Lima sembahyang sehari semalam." Bertanya pula dia; "Apakah lagi selain itu?" Jawab Nabi saw, "Tidak! Kecuali jika anda suka melakukan solat sunat:" Rasulullah saw. melanjutkan, "Dan puasa bulan Ramadhan." Bertanya pula dia; "Adakah lagi selain itu?" Jawab Nabi. "Tidak! Kecuali jika anda suka melakukan yang sunat." Rasulullah meneruskan, "Dan zakat."

6

Orang itu bertanya pula, "Adakah lagi selain itu?" Rasulullah menjawab, "Tidak! Kecuali jika Anda suka berbuat sunat )sedekah(. " Kemudian orang itu pergi. Sambil berkata, "Demi Allah! Tidak akan saya tambah dan tidak akan saya kurangi apa yang Anda sebutkan itu." Maka sabda Rasulullah saw. "Dia pasti beruntung kalau apa yang dikatakannya itu benar-benar ditepatinya." 39, Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa melayan jenazah orang muslim kerana iman dan ikhlas, turut solat jenazah bersama-sama dan menyelenggarakan pemakamannya sampai selesai, maka orang itu pulang membawa pahala dua qirat; satu qirat kira-kira sebesar Bukit Uhud. Dan siapa yang mengikut solat jenazah saja, kemudian dia pulang sebelum dimakamkan, maka orang itu pulang membawa pahala satu qirat." 40, Dari Abdullah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Memaki orang muslim adalah durhaka )fasik( dan membunuhnya kafir."41, Diceritakan oleh Ubadah bin Shamit r.a., katanya: "Pada suatu ketika, Rasulullah saw. keluar hendak mengabarkan tentang terjadinya Malam qadar. )Kebetulan( beliau bertemu dengan dua orang laki-laki muslim sedang berbantah. Maka Nabi bersabda, "Saya keluar hendak mengabarkan tentang terjadinya Malam qadar; kebetulan saya melihat dua orang sedang berbantah, maka aku jadi lupa. Mudah-mudahan kelupaan itu berguna untuk Anda sekalian. 1( Carilah Malam qadar itu di malam ketujuh, kesembilan dan kelima." 42, Dikhabarkan oleh Abu Hurairah r.a., katanya pada suatu hari Nabi saw. duduk bersama-sama jamaah, tiba-tiba datang kepadanya seorang laki-laki bertanya. "Apakah ertinya iman?" Jawab Rasulullah, "Iman ialah percaya kepada Allah, kepada Malaikat-Nya, kepada Rasul-Nya, dan kepada berbangkit )sesudah mati(." Tanya orang itu pula, "Apakah ertinya Islam?" Jawab Nabi, "Islam iaitu menyembah Allah dan tidak mempersekutukanNya, menegakkan solat, membayar zakat, dan puasa Ramadhan." Dia bertanya lagi, "Apakah ertinya ihsan?" Jawab Nabi, "Ihsan ialah menyembah Allah seolah-olah engkau melihat Dia. Biarpun engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat engkau." Tanya orang itu pula, "Bilakah hari kiamat?" Jawab Nabi, "Orang ditanya )Nabi( tidak lebih tahu dari orang yang menanya. Tetapi akan kuterangkan tanda-tandanya: )1( apabila budak perempuan melahirkan majikannya dan )2( apabila gembala unta telah bermegah-megah dalam gedung yang indah mewah. Dan kiamat itu salah satu dari lima rahsia yang hanya Allah mengetahuinya." Kemudian Nabi membaca ayat:Innallaaha 'indahu 'ilmus sa'ah, wa yunazzi lulghaitsa wa ya'lamu maa, fil arhaam, wa maa tadri nafsum ma dza taksibu ghadaa wa maa tadri nafsum biayyi ardhin tamutu innallaaha 'aliimun khabir." )"Hanya Allah yang mengetahui hari kiamat dan turunnya hujan, dan yang mengetahui bayi apa yang di dalam rahim ibu; )Allah juga mengetahui( apa yang tidak diketahui orang, kerja apa yang akan dilakukannya besok; )Allah juga mengetahui( apa yang tidak diketahui orang, di bumi mana dia akan meninggal. Sesungguhnya Allah Maha Tahu lagi Maha Pintar." - S. Luqman, 31:34 Setelah itu orang tersebut pergi. Maka sabda Nabi, "Panggillah dia kembali!" Tetapi mereka tidak nampak orang itu lagi. Nabi bersabda, "Itulah Jibril, dia mengajarkan agama kepada umat manusia."43, Nu'man bin Basyir r.a. bercerita, bahwa ia pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Perkara yang halal telah jelas dan yang haram jelas pula. Antara keduanya ada beberapa perkara yang diragukan, yang tidak diketahui )hukumnya( oleh kebanyakan orang. Barangsiapa menjauhi perkara-perkara yang diragukan itu, bererti dia memelihara agama dan kesopanannya. Barangsiapa mengerjakan perkara yang diragukan, sama dengan gembala yang menggembalakan ternaknya di pinggir jurang, dikhuatirkan dia jatuh ke dalamnya. Ketahuilah, semua raja mempunyai larangan. Ketahuilah pula, larangan Allah ialah segala yang diharamkan-Nya. Ketahuilah, di dalam tubuh ada segumpal daging. Apabila daging itu baik, maka baik pulalah tubuh itu semuanya. Dan apabila daging itu rusak, maka binasa pulalah tubuh itu seluruhnya. Ketahuilah, daging itu ialah jantung!"44, Abu Jamrah bercerita, "Aku duduk bersama Ibnu Abbas di atas divannya, lalu dia berkata kepada ku: Tinggallah di rumahku, nanti ku beri kamu sebahagian harta ku." Maka aku tinggal di rumahnya )lebih kurang telah( dua bulan lamanya. Kemudian dia berkata kepada ku, "Ketika utusan Abdul Qais datang kepada Nabi, beliau bertanya kepada mereka: Utusan dari )suku( manakah Anda semua?" Jawab mereka, "Kami dari )suku( Rabi'ah. " Sabda Nabi, "Selamat datang Para Utusan." Diucapkan beliau tanpa penghinaan dan penyesalan. Jawab mereka, "Ya, Rasulullah! Kami tidak dapat datang menemui Anda kecuali di bulan Haram ini; kerana antara negeri kami dan negeri Anda, ada kampung Mudhar yang masih kafir. Oleh kerana itu, berilah kami pengajaran yang jelas dan tegas, supaya kami sampaikan kepada orang-orang kampung kami, agar kami semuanya masuk syurga." Kemudian mereka menanyakan kepada Nabi tentang minum-minuman. Maka Nabi menyuruh mereka melaksanakan empat perkara dan melarang empat perkara pula. Nabi menyuruh mereka supaya iman kepada Allah satu-satu-Nya. Sabda Nabi, "Tahukah Anda sekalian, apa ertinya iman kepada Allah satu-satunya?" Jawab mereka, "Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu." Sabda Nabi, "Mengakui tidak ada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu Rasul Allah." Kemudian Nabi menyuruh mereka menegakkan solat, membayar zakat, puasa bulan Ramadhan, dan memberikan seperlima harta rampasan perang )kepada Baitul Maal(. Nabi melarang mereka melakukan empat perkara, yaitu: 1. hantam, 2. dubba, 3. naqir, dan 4. muzaffat - atau barangkali muqayyar )ganti naqir(. Selanjutnya Nabi bersabda, "Ingatlah semuanya itu dan sampaikan kepada orang kampung Anda."45, Dari Abu Mas'ud r.a., katanya Nabi saw., bersabda: "Apabila seorang laki-laki memberikan nafkah kepada keluarganya dengan ikhlas, maka )pahala( nafkah itu sama dengan )pahala( sedekah." 46, Saad bin Abi Waqas r.a., menceritakan bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda: "Nafkah )infak( yang Anda berikan semata-mata kerana Allah, nescaya diberi pahala oleh Allah; bahkan apa yang Anda berikan untuk makan isteri Anda )belanja rumah tangga( akan diberi pahala juga oleh Allah."47, Kata Jarir bin Abdullah, "Saya berjanji dengan Rasulullah saw. akan menegakkan solat, membayar zakat dan berlaku jujur terhadap semua orang muslim."48, Ziad bin 'Uaqah r.a. berkata: "Saya mendengar Jarir bin Abdullah berpidato pada hari wafat Mughirah bin Syu'bah. Katanya: "Saya puji Allah dan saya sanjung Dia setinggi-tingginya. Selanjutnya dia berkata, "Taqwalah Anda sekalian kepada Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya. Sabar dan tenanglah Anda semua, hingga datang Amir )Gabenor( yang baru. Sesungguhnya dia akan datang kepada Anda sekarang jua. Sesudah itu ia melanjutkan, "Berilah maaf kepada Amir-mu )Mughirah(, kerana dia orang pemaaf. Kemudian katanya lagi, "Saya telah datang kepada Nabi saw. dan berjanji akan melaksanakan segala perintah Islam. Lalu beliau memberikan beberapa syarat kepada ku. serta nasihat-nasihat untuk kaum muslimin seluruhnya. Aku berjanji kepada beliau akan memenuhi syarat-syarat tersebut dan mengamalkan nasihat-nasihat itu. Demi Tuhan masjid ini, sesungguhnya saya telah menyampaikan kepada Anda sekalian."Kemudian dia mohon ampun kepada Allah, lalu turun dari mimbar."49, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. sedang berbicara dengan orang banyak )memberi ceramah atau pengajian(, tiba-tiba datang seorang Arab dusun menanyakan kepada beliau: Bilakah datangnya saat )kiamat(?"Rasulullah saw. tidak langsung menjawab, tetapi beliau meneruskan pembicaraannya dengan orang banyak. Kerana sikap Rasulullah saw. yang demikian itu, sementara orang mengatakan Rasulullah mendengar pertanyaan itu, tetapi beliau tidak menyukainya. Dan setengah lagi mengatakan beliau tidak mendengarnya. Setelah Rasulullah saw. selesai berbicara, beliau bertanya, "Di mana orang yang bertanya perkara saat tadi?" Orang itu menyahut, "Saya! Ya, Rasulullah! Rasulullah saw. bersabda, "Apabila amanah telah disia-siakan orang, maka waspadalah terhadap datangnya saat." Tanya orang itu, "Bagaimanakah cara disia-siakannya amanah?" Jawab Rasulullah saw., "Apabila suatu urusan )pekerjaan( diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka waspadalah terhadap datangnya saat )kiamat, kehancuran(."

7

50, Dari Abdullah bin Amr )bin Ash( katanya: "Nabi saw. terlambat dalamsuatu perjalanan yang kami lakukan bersama-sama beliau. Ketika beliau dapat menyusul kami, waktu solat telah tiba, dan kami sedang berwuduk. Ternyata kami kurang sempurna mencuci kaki. Agaknya Nabi memperhatikan kami, lalu beliau berteriak sekeras-keras suara beliau: "Celakalah tumit-tumit yang terbakar api neraka." Ucapannya itu diteriakkan beliau sampai dua atau tiga kali berulang-ulang." 51, Dari Ibnu Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Di antara beberapa pohon, ada pohon yang tidak gugur daunnya; pohon itulah perumpamaan seorang muslim. Terangkanlah kepada ku, pohon apakah itu?" Orang-orang yang hadir ketika itu menebak, "Pohon dalam hutan belukar." Kata Ibnu Umar, "Saya menebak pohon kurma. Tetapi saya malu mengatakannya." Kata mereka, "Tunjukkanlah kepada kami, Ya, Rasulullah! Pohon apakah itu?" Jawab Nabi, "Pohon kurma" 52, Anas bin Malik r.a., berkata: "Ketika kami sedang duduk bersama-sama Nabi saw. di dalam masjid, masuk seorang laki-laki menunggang unta. Dihentikannya untanya lalu dipautkannya. Kemudian dia bertanya kepada jamaah yang ada di situ: "Yang manakah di antara Anda sekalian orang yang bernama Muhammad ?" Ketika itu Nabi saw. sedang duduk bertelekan di antara orang banyak. Jawab kami, "Itulah beliau, laki-laki putih yang duduk bertelekan." Kata orang itu kepada Nabi, "Hai! anak Abdul Muthalib." Jawab Nabi, "Ya, silakan Anda berbicara aku sedia menjawabnya." Kata orang itu, "Saya hendak bertanya kepada Anda. Mungkin pertanyaan saya ini agak sukar kerana itu janganlah Anda merasa gusar!" Jawab Nabi. "Tanyakanlah apa yang terasa di hati Anda." Kata orang itu. "Saya bertanya dengan nama Tuhan Anda dan Tuhan orang-orang yang dahulu, adakah Allah mengutus Anda kepada umat manusia seluruhnya?" Jawab Nabi, "Ya, Allah! Betul!" Bertanya pula dia, "Saya bertanya dengan nama Allah, adakah Allah menyuruh Anda menegakkan solat lima kali sehari semalam?" Jawab Nabi. "Ya, Allah! Betul!" Tanyanya pula, "Saya bertanya dengan nama Allah, adakah Allah menyuruh Anda mengerjakan puasa bulan ini )Ramadhan( setiap tahun?" Jawab Nabi, "Ya, Allah! Betul" Tanya orang itu pula, "Saya bertanya dengan nama Allah, betulkah Allah menyuruh Anda mengambil sedekah )zakat( dari orang-orang kaya untuk dibagi-bagikan kepada orang miskin?" Jawab Nabi, "Ya, Allah! Betul!" Orang itu berkata, "Saya percaya dengan agama yang Anda bawa. Saya utusan dari suku saya, dan namaku Dhiman bin Tsa'labah dari Banu Saad' bin Bakr."53, Abdullah bin Abbas r.a. menceritakan: "Rasulullah saw. menyuruh seorang laki-laki )Abdullah bin Huzafah As Sahmi( menghantarkan surat beliau kepada pembesar negeri Bahrain )Al Munzir bin Sawi(. Kemudian oleh pembesar Bahrain, surat itu dikirimkannya pula kepada raja Persia ) Ibrawiz bin Hurmuz bin Anusyirwan(. Setelah Raja tersebut selesai membaca surat itu lalu dikoyak-koyaknya. Saya kira Ibnu Musayyab mengatakan, "kerana perbuatan Raja Persia itu, Rasulullah saw berdoa semoga kerajaan mereka dikoyak-koyak pula oleh Allah sampai hancur sama sekali."54, Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Nabi menulis sepucuk surat, atau menyuruh tulis, tiba-tiba seseorang berkata kepada beliau: "Mereka tidak suka membaca surat yang tidak dicap )distempel(." Lalu Nabi menyuruh buat sebuah stempel dari perak, bertuliskan: Muhammad Rasulullah. Seakan-akan masih tampak olehku putihnya stempel itu ketika berada di tangan Nabi. Syu'bah bertanya kepada Qatadah, "Siapakah yang mengatakan stempel itu bertuliskan tulisan Muhammad Rasulullah?" Jawabnya. "Anas!" 55, Dari Abu Waqid al Laitsi r.a., "Ketika Nabi sedang duduk dalam masjid bersama-sama dengan para jamaah, datang tiga orang: yang dua orang masuk ke dalam masjid, sedang yang seorang lagi terus saja pergi. Setelah keduanya sampai ke hadapan Rasulullah, yang seorang melihat tempat lowong di tengah-tengah jamaah, maka duduklah ia ke situ. Dan yang seorang lagi terus duduk di belakang mereka. Orang yang ketiga terus saja pergi. Ketika Rasulullah saw. selesai memberikan ceramah, beliau berkata. "Baiklah saya jelaskan kepada Anda tentang orang yang bertiga itu; yang seorang mencari tempat disisi Allah, maka diberi oleh Allah. Yang kedua merasa malu-malu, maka Allah malu pula kepadanya sedang yang ketiga tidak mahu tahu saja, maka Allah tidak mahu tahu pula kepadanya." 56, Diceritakan oleh Abu Bakrah r.a., katanya: "Suatu ketika Rasulullah saw. berpidato sambil duduk di atas untanya, sedang tali kekang dipegang oleh orang lain. Rasulullah bertanya: "Hari apakah sekarang?" Kami diam saja, kerana kami mengira beliau akan memberikan nama lain bagi hari itu. Kata beliau, "Bukankah hari ini hari Nahr?" Jawab kami, "Betul, Ya Rasulullah!" Tanya beliau pula, "Bulan apa?" Kami diam, kerana kami mengira beliau akan memberikan nama lain bagi bulan itu. Kata beliau, "Bukankah ini bulan Zulhijjah?" Jawab kami,"Betul, Ya Rasulullah." Sabda beliau, "Sesungguhnya darahmu, harta mu serta kehormatanmu dalam pergaulanmu terpelihara )dilindungi(, sebagaimana terpeliharanya kehormatan hari ini )hari Nam(, bulan ini )Zulhijjah(, dalam negeri ini )Mekah(. Hendaklah orang yang hadir ini menyampaikan kepada yang tidak hadir. Semoga pelajaran ini sampai kepada orang yang lebih dalam memahamkannya."57, Berkata Abu Wail r.a., katanya: "Abdullah )bin Umar( mengajar suatu jamaah tiap-tiap hari Khamis. Seorang laki-laki berkata, "Hai, Abu Abdurrahman! Saya mengharap supaya Anda dapat mengajar kami setiap hari". Jawab Abdullah, "Saya khuatir, kalau-kalau Anda semua jadi bosan. Saya memilih waktu yang baik, sebagaimana juga Nabi memilihkan waktu yang baik untuk kami belajar, menjaga supaya kami tidak bosan."58, Humaid bin Abdurrahman r.a. mengatakan bahwa ia mendengar Muawiyah berkhutbah, katanya, "Dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapadikehendaki Allah akan beroleh kebaikan, diberi-Nya pengertian dalam hal agama. Saya hanya membagi-bagikan, sedang yang memberi ialah Allah. Selama )umat Islam( berdiri teguh di atas agama Allah, tidak satu pun penentang-penentang mereka yang sanggup membinasakan mereka sampai kiamat datang."59, Abdullah bin Mas'ud r.a. mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Jangan merasa iri hati, kecuali kepada dua orang: 1. Orang yang diberi Allah harta, kemudian dipergunakannya untuk yang hak, dan 2. Orang yang diberi Allah hikmah )ilmu yang hak(, kemudian dipergunakannya )untuk yang hak( serta diajarkannya." 60, Dari Ibnu Abbas r.a., katanya : "Ia berbeza pendapat dengan Hurr bin Qais bin Hishn al Fazati, tentang sahabat Nabi Musa a.s. Ibnu Abbas berpendapat bahwa sahabat Nabi Musa. itu ialah Nabi Khidr. Dalam pada itu lewat Ubai bin Ka'ab, lalu dipanggil oleh Ibnu Abbas. Katanya kepada Ubai, "Saya dan sahabat saya ini berbeza pendapat tentang sahabat Nabi Musa yang dimintanya kepada Allah supaya dapat bertemu dengan dia, adakah anda mendengar Rasulullah menceritakannya?" Jawab Ubai, "Ya, ada. Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: Pada suatu ketika Musa berada dalam satu kelompok Bani Israil, tiba-tiba datang kepadanya seseorang bertanya: Tahukah anda, adakah orang yang lebih pintar dari anda?" Jawab Musa, "Tidak!" Kemudian Allah mewahyukan kepada Musa, "Ada orang yang lebih pintar iaitu hamba Kami Khidr." Setelah itu Musa memohon kepada Allah supaya diberi jalan untuk bertemu dengan Khidr. Maka Allah menjadikan ikan sebagai tanda bagi Musa, dan kepadanya dipesankan Allah, 'Apabila ikan itu hilang, kembalilah, nescaya engkau akan bertemu dengannya. Maka Musa mengikuti jejak ikan itu di lautan. Di tengah perjalanan, pelayan Musa berkata kepadanya, ''Tahukah anda ketika kita berhenti di sebuah batu besar, saya lupa memperhatikan ikan itu; hanya syaitanlah yang memperdayakan ku untuk terus memperhatikannya." Jawab Musa, "itulah yang kita kehendaki." Keduanya kembali mengikuti jejak mereka semula, dan akhirnya bertemu dengan Khidr. Kemudian antara Musa dan Khidr terjadi beberapa peristiwa seperti yang dikisahkan Allah swt. di dalam Al Quran.61, Dari Ibnu Abbas r.a., berkata dia, "Rasulullah saw. merangkul saya dan mendoakan, "Ya Allah! Ajarkanlah kepadanya Al Kitab )kitab Quran(."62, Ibnu Abbas r.a. bercerita, "Saya datang )ke Mina( mengendarai keldai betina, dan ketika itu saya hampir baligh. Rasulullah sedang sembahyang di Mina, tanpa dinding di hadapannya. Saya lewat dimuka saf, sedang keledai saya lepaskan makan rumput. Kemudian saya masuk ke dalam saf, Rasulullah tidak menegur perbuatan saya itu." 63, Dari Abu Musa r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan, yang Allah mengutus aku untuk menyampaikannya, seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur, menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang, Maka Allah memberi manfaat dengan dia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum )binatang ternak dan sebagainya(, dan untuk bercocok tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh kebahagian lain, iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan

8

tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama, yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah, yang aku diutus untuk menyampaikannya." 64, Dari Anas r.a., katanya: "Akan ku sampaikan kepada Anda sebuah hadis yang tidak akan disampaikan orang kepada mu sepeninggal ku. Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Di antara tanda-tanda kiamat ialah: 2( berkurangnya ilmu, meratanya kebodohan, bercabulnya zina )persundalan( dan banyak perempuan, sedikit laki-laki, sehingga bagi lima puluh perempuan hanya seorang pengawalnya. 65, Ibnu Umar r.a., berkata bahwa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Ketika aku sedang tidur, aku bermimpi: Seseorang datang kepada ku memberikan segelas susu. Lalu kuminum susu itu, sehingga kulihat air merengat keluar dari hujung kuku ku. Kemudian, sisanya kuberikan kepada Umar bin Khathab." Para sahabat bertanya, "Apakah takwil mimpi Anda itu, ya, Rasulullah?" Jawab Rasulullah, " Ilmu!"66, Abdullah bin Amr bin Ash r.a. menceritakan, "Waktu melakukan Haji Wida' )haji yang penghabisan dilakukan Nabi(, Rasulullah berhenti di Mina untuk menjawab pertanyaan para jamaah haji. Maka datang kepada beliau seseorang menanyakan, "Saya lupa, saya bercukur lebih dahulu sebelum menyembelih." Jawab Nabi, "Sembelihlah! Sekarang tidak berdosa."67, Salim r.a. mendengar Abu Hurairah mengatakan bahwa Nabi saw. bersabda, "Nanti akan dilenyapkan ilmu-pengetahuan, akan bermaharajalela perzinaan dan kejahatan, serta banyak haraj. Seseorang bertanya, "Apakah hari itu, ya, Rasulullah? " Jawab beliau, "Begini!" )Nabi memberi isyarat dengan tangan beliau, seolah olah menggambarkan terjadinya suatu pembunuhan(. 68. Dari Asma r.a. katanya: "Aku datang kepada Aisyah, kebetulan dia sedang solat. Aku bertanya, "Apakah kerja orang sekarang?" Aisyah memberi isyarat ke langit, maka ketika itu )kelihatan( jamaah sedang berdiri )solat(. Kata Aisyah, 'Subhanallah!' Aku bertanya, 'Ayat?'Aisyah menganggukkan kepala, tanda setuju. Aku berdiri dan merasa pening lalu ku siram kepala ku dengan air. Nabi berkhutbah, beliau memuji dan menyanjung Allah. Sesudah itu beliau bersabda, "Apa yang belum pernah ku lihat telah ku lihat di tempat ku ini, bahkan surga dan neraka. Diwahyukan Allah kepada ku, bahwa kamu akan diuji dalam kubur mu, serupa atau hampir serupa - aku tidak ingat benar apakah Asma mengucapkan misla atau qarib - ujian Al Masih Dajjal. Ditanyakan orang dalam kubur, "Kenalkah engkau orang ini?" Maka orang mukmin aku tidak ingat ucapan Asma apakah mukmin atau muqin - menjawab, "Dia Muhammad Rasulullah. Dia datang kepada kami membawa pengajaran dan petunjuk. Kami menerima dan mengikuti ajarannya." Jawaban itu diucapkannya sampai tiga kali. Maka katanya, "Tidurlah dengan baik. Sesungguhnya kami tahu bahwa engkau percaya dan yakin dengan dia." Adapun orang munafik atau orang yang ragu-ragu, - aku tidak ingat benar apakah Asma mengucapkannya Munafik atau Murtab - menjawab, "Saya tidak tahu, saya dengar orang menyebutnya maka saya mengatakannya pula." 69, Uqbah bin Haris r.a. menceritakan bahwa ia berkahwin dengan puteri Abu Ihab bin Aziz. Kemudian datang seorang perempuan mengatakan kepadanya, "Sesungguhnya saya telah menyusukan Anda dan perempuan yang Anda kahwini itu." Maka jawab Uqbah, "Saya tidak tahu engkau telah menyusukan saya, dan engkau tidak pula memberitahukannya kepada ku sebelum ini." Kemudian Uqbah berkendaraan menemui Rasulullah saw. di Madinah, menanyakan hal itu. Maka sabda Rasulullah saw., "Bagaimana mungkin engkau terus memperisterikannya; bukankah sudah dikatakannya bahwa dia saudara sepersusuan denganmu?" Semenjak itu Uqbah menceraikan isterinya, dan perempuan itu kemudian kahwin dengan laki-laki lain.70, Abu Mas'ud al Anshari r.a. menceritakan bahwa seseorang mengadu kepada Rasulullah saw. katanya, "Ya, Rasulullah! Hampir saja aku tidak mampu , solat berjamaah, kerana si Fulan yang menjadi imam memanjangkan solatnya bersama kami." Saya belum pernah melihat Nabi saw. sangat marah waktu mengajar, seperti marahnya di hari itu. Sabda beliau, "Para jamaah semuanya! Janganlah Anda menjauhkan orang dari solat berjamaah. Siapa mengimami solat, hendaklah ia memendekkan solatnya, kerana di antara mereka )makmum( ada orang yang sakit, orang yang lemah, dan orang yang mempunyai keperluan." 71, Zaid bin Khalid al Juhani r.a. mengabarkan. "Seseorang bertanya kepada Nabi saw. mengenai barang penemuan di jalan. Kata Nabi, "Kenalilah pengikat dan karungnya )ciri-cirinya(. Kemudian beritahukan kepada khalayak ramai dalam tempoh satu tahun. Sesudah lewat satu tahun boleh engkau pergunakan. Tetapi kalau datang yang punya memintanya, berikan atau bayarlah kepadanya." Bertanya pula orang itu, "Bagaimana kalau yang ditemukan itu unta, ya, Rasulullah?" Rasulullah kelihatan marah mendengar pertanyaan itu, sehingga merah mukanya. Beliau berkata, "Apa perlunya engkau ambil unta itu. Bukankah dia mempunyai kantong air dan sepatu. Ia sendirinya, sanggup minum dan mencari makan dari daun-daun kayu. Biarkan saja unta itu sampai ditemukan oleh yang punya." Tanya orang itu pula, "Kalau kambing, bagaimana?" Jawab Rasulullah, "Untuk kamu, atau untuk saudara mu, ataukah untuk serigala?" 72, Dari Abu Musa r.a., katanya: "Seseorang bertanya kepada Nabi saw., mengenai perkara yang tidak disukai beliau. Maka tatkala orang itu terlalu banyak bertanya, Nabi jadi marah. Kemudian beliau berkata, "Tanyakanlah apa yang hendak kamu tanyakan." Seorang laki-laki bertanya, "Siapakah bapa ku?" Jawab Nabi, "Bapa mu, Huzaifah." Bertanya pula yang lain, "Siapakah bapa ku, hai, Rasulullah?" Jawab Nabi, "Bapa mu, Salim, maula Syaibah." Tatkala Umar melihat rasa kurang senang tergambar di wajah Rasulullah kerana soal-soal yang tidak menentu itu, segera ia berkata, ''Wahai, Rasulullah! Kami tobat kepada Allah Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Agung."73, Dari Anas r.a. dari Nabi saw., "Sesungguhnya Nabi, apabila beliau mengucapkan satu patah kata, diulanginya sampai tiga kali, sehingga orang mengerti maksudnya. Dan apabila Nabi datang kepada satu kaum, beliau memberi salam kepada mereka, sampai tiga kali." 74, Diceritakan oleh Abu Burdah r.a. dari bapaknya, bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Ada tiga jenis orang yang mendapat dua pahala sekaligus. Iaitu: )1(. Ahli Kitab )Yahudi dan Nasrani(, yang percaya kepada Nabinya dan, percaya pula kepada Muhammad saw. )2(. Hamba sahaya, apabila dibayarkannya kewajibannya kepada Allah dan kewajiban kepada majikannya, dan )3(. Laki-laki yang mempunyai hamba sahaya perempuan, diajarnya berkesopanan dan disempurnakannya pengajaran kesopanan itu diajarkannya ilmu-pengetahuan dan disempurnakannya pelajaran itu, kemudian dimerdekakannya dan dikahwininya. Maka ketiga jenis orang itu mendapat dua pahala." 75, Dari Abu Hurairah r.a., katanya ada orang bertanya kepada Rasullullah saw., Siapakah orang yang paling berbahagia dengan syafaat )pertolongan( Anda di hari kiamat!" Jawab Rasulullah, "Saya kira, hai Abu Hurairah, belum ada orang bertanya perkara ini kepada ku sebelum ini. Mungkin barangkali kerana saya lihat engkau sangat rakus mendapatkan hadis. Orang yang paling beruntung mendapat pertolonganku hari kiamat, ialah orang yang mengucapkan Laa ilaaha illallaah, benar-benar ikhlas dari hati sanubari dan seluruh jiwanya."76, Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda: "Allah tidak menarik kembali ilmu pengetahuan dengan jalan mencabutnya dari hati sanubari manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang-orang berpengetahuan )ulama(. Apabila orang berpengetahuan telah punah, maka masyarakat akan mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin yang akan dijadikan tempat bertanya. Orang-orang bodoh ini akan berfatwa tanpa ilmu; mereka itu sesat dan menyesatkan." 77, Dari Abu Sa'id al Khudri r.a., katanya. "Beberapa orang wanita memajukan permohonan kepada Nabi: "Kami tidak memperoleh waktu untuk belajar dari Anda kerana semua waktu telah diisi oleh lelaki. Oleh kerana itu sediakanlah barang sehari untuk kami agar kami dapat pula belajar." Maka Nabi menjanjikan kepada mereka suatu hari khusus untuk pengajian wanita, di mana Nabi mengajar dan menyampaikan perintah-perintah Allah. Antara lain beliau bersabda, "Barangsiapa di antara kamu kematian tiga orang anak, menjadi dinding baginya dari api neraka." Bertanya seorang wanita, "Kalau dua orang?" Jawab beliau, "Ya, dua orang juga!”78.Aisyah r.a. isteri Nabi saw., apabila dia mendengar sabda Nabi, dan dia tidak mengerti maksudnya, ditanyakannya kembali kepada Nabi sampai dia mengerti. Pada suatu ketika Nabi bersabda, "Barangsiapa diperiksa, disiksa." Kata Aisyah, "Bukankah Allah berfirman, "Nanti akan diperiksa dengan pemeriksaan yang ringan." Kata Nabi, "Itu hanya dihadapkan saja )ke hadapan pengadilan Allah(. Tetapi orang yang diperiksa dengan teliti, akan binasa. "79, Dari Abu Syuraih, r.a. dia berkata kepada Amr bin Sa'id ketika Amr mengirim tentera ke Mekkah, "Wahai, Amr! Izinkanlah saya menyampaikan sabda Nabi saw. yang diucapkan beliau pagi pagi di hari penaklukan Mekah, yang aku dengar dengan kedua telinga ku, aku fahamkan dengan hatiku, dan aku lihat dengan kedua mata ku, ketika beliau mengucapkan sabdanya itu. "Lebih dahulu beliau memuji dan

9

menyanjung Allah, dan sesudah itu beliau bersabda, "Sesungguhnya negeri Mekah diharamkan Allah dan tidak diharamkan oleh manusia. Tidak halal bagi orang yang percaya kepada Allah dan Hari Akhir kiamat menumpahkan darah di Mekah itu dan menebang pohon-pohonnya. Jika ada orang yang mengatakan halal, dengan alasan Nabi sendiri berperang di negeri Mekah, mahu katakanlah kepadanya : "Sesungguhnya Allah hanya memberi izin kepada Rasul-Nya saja, dan tidak memberi izin kepada Anda sekalian; itu pun hanya sesaat di siang hari )waktu penaklukan(. Setelah itu kesucian negeri itu kembali seperti semula. Hendaklah yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir." Seseorang bertanya kepada Abu Syuraih, "Apakah jawab Amr?" Kata Abu Syuraih, dia menjawab, "Hai Abu Syuraih! Saya lebih tahu dari Anda". Mekah tidak akan melindungi pendurhaka, tidak melindungi orang yang lari dengan darah )pembunuh(, dan tidak pula melindungi pencuri." 80, Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Namailah diri mu dengan nama ku dan jangan memakai gelar ku." "Siapa yang bermimpi melihat aku dalam tidurnya, sebenarnya lah ia melihat ku, kerana syaitan tidak mampu menjelma seperti aku. "Dan siapa yang sengaja berdusta ," )membuat hadis palsu( atas nama ku, maka biarlah dia menempati tempatnya di neraka. " 81, Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Suku Khuza'ah membunuh seorang laki-laki dari Bani Laits, di tahun penaklukan Mekah, sebagai pembalasan dibunuhnya orang suku Khuza'ah oleh Bani Laits. " Ketika kejadian itu diberitakan orang kepada Nabi, lalu dinaikinya untanya dan berpidato, "Sesungguhnya Allah melindungi negeri Mekah ini dari pembunuhan atau dari gajah, dan memberi kekuatan kepada Rasulullah dan orang-orang mukmin untuk menaklukkannya. Ketahuilah! tidak dihalalkan kepada seorang pun sebelumku dan sesudahku berperang di negeri ini, " kecuali hanya kepada ku sesaat di siang hari penaklukan. Tidak boleh dicabut rumputnya, dan tidak boleh ditebang pohon kayunya, dan tidak boleh pula diambil barang orang yang tercicir, kecuali untuk maksud memberi tahukannya. Barangsiapa terbunuh, maka keluarganya boleh memilih antara dua: Minta diyat )denda( atau menuntut balas )pembunuhan(. Lalu datang seorang penduduk Yaman dan berkata, "Tuliskanlah untuk saya ya, Rasulullah!" Sabda Nabi, "Tuliskan untuk si Fulan itu!" Kemudian berkata pula seorang laki-laki dari suku Quraisy, "Tidak boleh dicabut selain dari izkhir, ya, Rasulullah! kerana izkhir itu kami pakai di rumah dan di kuburan kami." Jawab Nabi, "Ya, selain izkhir."82, Abu Hurairah r.a., berkata: "Tidak seorang pun di antara para sahabat Nabi yang lebih banyak dari saya mengumpulkan hadis, kecuali Abdullah bin Amr bin Ash; dia pandai menulis tetapi saya tidak." 83, Ibnu Abbas berkata: "Ketika Nabi bertambah keras sakitnya, beliau berkata, "Bawalah kemari kertas supaya yang bertanggungjawab. Tetapi kalau wali orang Yan kamu dapat menuliskan sesuatu agar kamu tidak lupa nanti." Kata Umar bin Khathab, "Sakit Nabi bertambah keras. Kita telah mempunyai Kitabullah )Quran( cukuplah itu!" Para sahabat )yang hadir ketika itu( berselisih pendapat, dan menyebabkan terjadinya suara gaduh. Berkata Nabi, "Saya harap Anda semua pergi! Tidak pantas Anda bertengkar di dekatku." Ibnu Abbas lalu keluar dan berkata, "Alangkah malangnya, terhalang mencatat sesuatu dari Rasulullah."84, Diceritakan oleh Abu Hurairah, "Orang mengatakan, Abu Hurairah paling banyak meriwayatkan hadis.""Kalau tidaklah kerana dua ayat dalam Quran, nescaya saya tidak akan meriwayatkan hadis." Kemudian dia membaca ayat: "Sesungguhnya mereka yang menyembunyikan keterangan dan pimpinan yang Kami turunkan sesudah kami jelaskan kepada manusia dalam Kitab, mereka itu dikutuk oleh Allah dan oleh orang-orang yang turut mengutuk. Kecuali mereka yang taubat, mengadakan perbaikan, dan menjelaskan kembali keterangan-keterangan Allah; maka taubat mereka itu akan Kuterima; Aku Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." )S. Al Baqarah 2: 159 - 160(. Lalu Abu Hurairah meneruskan, "Saudara-saudara kita Para Muhajirin sibuk dengan perniagaan mereka di pasar-pasar, dan saudara-saudara kita kaum Ansar sibuk dengan urusan harta kekayaan mereka masing-masing. Tetapi saya selalu mengikuti Rasulullah ke mana-mana; di samping saya dapat memenuhi kebutuhan perut saya, saya pun dapat menghadiri ceramah-ceramah )pengajian-pengajian( Nabi yang mereka tidak dapat hadir, serta menghafal apa yang mereka tidak dapat hafal."85, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya berkata kepada Rasulullah saw., 'Ya, Rasulullah! Saya banyak menerima hadis dari Anda, tetapi saya banyak lupa. " Sabda beliau, "Singkapkanlah jubahmu!" Lalu kusingkapkan jubahku. Kemudian Rasulullah menyauk dengan kedua belah tangannya, dan berkata, "Kumpulkanlah!" Lalu kukumpulkan, dan sesudah itu aku tidak pernah lupa lagi." 86, Dari Abu Hurairah, r.a., katanya, "Saya hafal dua karung hadis dari Rasulullah. Yang satu karung telah saya siarkan, sedang yang satu karung lagi kalau saya siarkan nescaya dipotong orang leher ku."87, Dari Jarir )bin Abdullah Albajali( r.a. Nabi saw. berkata kepadanya ketika Haji Wada' )hari penghabisan(, "Suruh tenanglah orang banyak itu!" Kemudian beliau bersabda, "Janganlah kamu kafir kembali sesudahku, di mana sebahagian kamu memenggal leher yang lain." 88, Cerita dari Abu Musa r.a., mengatakan, ''Seorang laki-laki datang kepada Rasulullah menanyakan, "Ya Rasulullah! Apakah ertinya perang fi sabilillah? Di antara kami ada yang berperang kerana marah dan kerana panas hati." Rasulullah mengangkat kepalanya, tentu saja Rasullullah tidak akan mengangkat kepalanya , kalau orang yang bertanya itu tidak sedang berdiri. Sabda beliau, "Siapa yang berperang kerana hendak menegakkan Kalimah Allah ' )Islam( setinggi-tingginya, maka dia itu berperang fi sabilillah 'azza wa jalla." 89, Cerita dari Abdullah r.a., mengatakan, "Ketika saya berjalan bersama Rasulullah saw. melalui runtuhan rumah-rumah di Madinah, sedang Nabi bertelekan pada sebatang tongkat dari pelepah tamar; kami melewati sekelompok orang Yahudi. " Salah seorang dari mereka berkata kepada yang lain, "Tanyakanlah kepadanya )Muhammad( masalah ruh!" Yang lain berkata, "Jangan! Kalau-kalau dia memberi jawaban yang kurang menyenangkan. " Kata yang lain pula, "Kita perlu bertanya kepadanya." Lalu salah seorang dari mereka berdiri dan bertanya, "Ya, Abu Kasim! Apakah yang dimaksud dengan ruh?" Nabi diam sebentar. Saya kira ketika itu wahyu sedang turun kepada beliau dan saya masih saja berdiri di belakang beliau hingga wahyu itu selesai turun. Kemudian beliau membaca, "Mereka bertanya kepada mu perihal masalah ruh. Katakanlah kepada mereka, ruh itu urusan Tuhan belaka. Kamu tidak akan diajarkan perihal ruh itu kecuali hanya sedikit." 90. Kata Aisyah r.a., Nabi saw. bersabda, "Hai, Aisyah! Jikalau tidaklah kerana kaummu masih baru )memeluk agama Islam(, nescaya kurombak Kaabah. Akan kubuat dua pintu, satu pintu masuk dan yang satu lagi pintu keluar." Kemudian Ibnu Zubir )dalam masa pemerintahannya 64 - 72 H.( melaksanakan apa yang disabdakan Nabi itu.91. Diceritakan oleh Anas bin Malik r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. bepergian dengan kenderaan dan Muaz menyertai beliau di belakangnya. Kata Nabi, "Hai, Muaz bin Jabal!" Muaz menyahut, "Saya ! Ya, Rasulullah! " Kata Nabi pula, "Hai, Muaz!" Sahut Muaz, "Saya! Ya,Rasulullah!" Sampai tiga kali. Nabi bersabda, "Siapa yang mengakui tidak ada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu sesungguhnya Rasul Allah, dengan pengakuan yang benar-benar terbit dari hati-sanubarinya, maka Allah akan melindunginya )mengharamkannya( dari api neraka. " Kata Muaz, "Ya, Rasulullah! Apakah tidak lebih baik berita itu saya sampaikan kepada orang banyak, supaya mereka gembira?" Jawab Nabi, "Kalau mereka mendengar berita itu, mereka akan bersikap tawakkal saja, tanpa amal." Kemudian, waktu Muaz telah dekat ajalnya, disampaikannya juga berita itu, karena dia takut berdosa )sebab menyembunyikan hadis(." 92, Dari Umi Salamah r.a. )isteri Nabi(, katanya, "Ummu Sulaim datang kepada Rasulullah menanyakan, "Ya, Rasulullah! Sesungguhnya Allah tidak malu mengatakan yang benar )al haq(. Wajibkah perempuan mandi kalau ia bermimpi?" Jawab Rasulullah, "Ya, wajib! Apabila dia melihat air )keluar mani(." Ummu Salamah menutup mukanya kerana malu, dan berkata, "Ya, Rasulullah! Apakah perempuan keluar mani jugakah?" Jawab Rasulullah, "Ya, betul! Taribat yaminuk. Kalau tidak kenapa anaknya serupa dengan dia." 93, Dari Ali )bin Abi Thalib( r.a., katanya, "Saya seorang yang sering keluar mazi. Kerana itu saya suruh Miqdad menanyakan kepada Nabi saw. )apakah itu mewajibkan mandi atau tidak(. Miqdad menanyakannya kepada Nabi. Jawab beliau, "Cukuplah mengambil wudhuk saja."94, Abdullah bin Umar r.a. menceritakan bahwa seorang laki-laki. berdiri dan bertanya kepada Rasullullah di dalam mesjid: "Ya, Rasulullah! Dari batas mana kami harus mulai ihram?" Jawab Rasulullah, "Orang Madinah ihram harus mulai dari Zulhulaifah; orang Syam mulai dari Juhfah, dan orang Nejd mulai dari Qarn." Kata Ibnu Umar, "Orang-orang mengatakan bahwa Rasullullah pernah juga berkata: Orang Yaman mulai ihram dari Yalamlam. Tetapi Ibnu Umar mengatakan pula bahwa dia tidak begitu ingat akan ucapan Rasulullah yang demikian itu." 95, Ibnu Umar r.a. menceritakan, bahwa seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah tentang pakaian ihram. Maka sabda Rasulullah, "Jangan memakai qamish )baju dalam, baju kurung, kemeja(, serban, celana, kopiah,

10

dan kain yang diolesi bunga wars atau zakfaran )semacam wangi-wangian( Jika dia tidak punya terompah, pakailah sepatu, tetapi dipotong pendek sehingga berada di bawah kedua mata kaki. "96, Abu Hurairah r.a. mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Tidak diterima sembahyang orang yang berhadas, kalau dia tidak berwuduk." Bertanya seorang laki-laki dari Hadramaut, "Apakah hadas itu, hai, Abu Hurairah'?" Jawab Abu Hurairah, "Kentut, tidak berbunyi atau berbunyi." 97, Dari Nu'aim bin Mujmir r.a., katanya, "Saya naik ke loteng mesjid bersama , Abu Hurairah, lalu ia berwuduk. Sesudah itu ia berkata, "Saya dengar Rasulullah saw. bersabda, 'Sesungguhnya umat ku dipanggilkan di hari kiamat nanti dengan "Ghurran Muhajjalin" kerana bekas wuduknya )bercahaya(. Barangsiapa ingin memanjangkan ghurrannya, hendaklah diperbuatnya."98, Ubaid bin Ibnu Tamin r.a. meriwayatkan dari saudara bapaknya )Abdullah bin Zaid al Anshari(, "Sesungguhnya Abdullah pernah menanyakan kepada Rasulullah saw. perihal seorang laki laki yang merasakan sesuatu waktu ia sedang solat. Jawab Nabi, "Janganlah ia menghentikan solatnya, kalau ia tidak mendengar bunyi atau mencium bau." 99, Usamah bin Zaid r.a. menceritakan, "Pada suatu ketika Rasulullah saw. Berangkat dari Arafah untuk melakukan suatu perjalanan. Ketika beliau sampai di sebuah jalan pada suatu bukit, beliau turun dan buang air kecil di situ. Kemudian beliau berwudhuk dengan sederhana saja. Saya bertanya kepada beliau, "Apakah kita akan sembahyang, ya, Rasulullah ?" Jawab Nabi, "Nanti, di tempat perhentian di muka." Rasulullah menaiki kenderaannya kembali. Setelah sampai di Muzdalifah, beliau turun pula, dan berwudhuk dengan sempurna. Kemudian orang qamat untuk sembahyang Maghrib. Tiap-tiap orang menyuruh untanya berlutut )istirahat( di perhentian itu. )Tidak lama sesudah itu( orang qamat pula untuk sembahyang Isya' dan langsung melakukan sembahyang. Antara keduanya )Maghrib dan Isya'( Nabi tidak sembahyang )sunat(."100, Ibnu Abbas r.a. menceritakan dia berwuduk. Dicucinya mukanya, kemudian disauknya air lalu ia berkumur-kumur dengan air itu; kemudian dihirupnya air ke hidung, untuk membersihkan lubang-hidungnya )istinsyaq(. Sesudah itu diambilnya pula sesauk air, maka dibuatnya dengan air itu begini: dituangkannya air itu ke telapak tangannya yang sebelah, lalu dibasuhnya mukanya. Kemudian disauknya pula air, lalu dibasuhnya tangan kanannya; disauknya pula sesauk, lalu dibasuhnya tangan kirinya. Kemudian disapunya kepalanya. Sesudah itu disauknya air, lalu dibasuhnya kaki kirinya. Kemudian ia berkata, "Beginilah saya lihat Rasulullah saw. berwudhuk." 101, Ibnu Abbas r.a. mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Apabila seseorang kamu hendak bersetubuh dengan isterinya, maka bacalah: "Dengan nama Allah, Ya Allah! Jauhkanlah syaitan dari kami dan dari anak yang bakal Engkau anugerahkan kepada kami. Jika mereka memperoleh anak dari persetubuhan itu, nescaya syaitan tidak akan membahayakannya."102. Anasbin Malik r.a. mengabarkan, "Apabila Nabi saw. hendak masuk kakus, beliau membaca: "Ya, Allah! Saya berlindung dengan Engkau dari bahaya kotoran dan dari segala macam yang membahayakan."103, Ibnu Abbas r.a. menceritakan, "Pada suatu ketika Nabi saw. masuk ke kakus, lalu kusediakan air untuk beliau wudhuk. Beliau bertanya, "Siapakah yang meletakkan air ini?" Maka dijawab orang bahwa aku yang meletakkannya. Lalu beliau mendoa, "Ya, Allah! Berilah dia pengertian yang dalam mengenai agama."104, Ayyub al Anshari r.a. mengabarkan bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Apabila seseorang kamu buang air )besar atau kecil( janganlah menghadap atau membelakangi kiblat. Menghadaplah ke Timur atau ke Barat.105, Aisyah r.a. menceritakan "Apabila para isteri Nabi hendak buang air pada malam hari, mereka pergi ke tanah lapang "Umar )bin Khaththab( mengusulkan kepada Nabi, supaya menyuruh para isteri beliau memakai hijab )tabir(. Tetapi Rasulullah SAW. Tidak berbuat apa-apa. Pada suatu malam Saudah binti Zam'a, isteri Rasulullah, keluar waktu Isya, dan dia adalah seorang wanita yang tinggi perawakannya. Lalu Umar menyapanya, 'Hai, kami mengenal engkau, hai Saudah! "Dia menyapa kerana sangat mengharapkan supaya turun ayat )perintah( hijab. Memang, sesudah itu turun ayat hijab.106, Diceritakan oleh Aisyah r.a., bahwa Nabi saw. bersabda kepada para isterinya, "Sesungguhnya kamu diizinkan keluar untuk hajatmu. " Kata Hisyam, "Maksudnya untuk buang air."107, Abdullah bin Umal r.a. menceritakan, "Saya naik ke loteng rumah Hafsah untuk suatu keperluan; kelihatan olehku Rasulullah sedang buang air membelakang kiblat dan menghadap ke Syam." 108, Abdullah bin Umar r.a. bercerita, "Pada suatu hari saya naik ke loteng rumah kami; maka terlihat olehku, Rasulullah sedang jongkok di atas dua buah batu-bata, buang air menghadap ke Baitul Makdis.”109, Anas bin Malik r.a. berkata, "Biasanya Rasulullah saw. apabila keluar untuk buang air, aku dan seorang anak remaja )lbnu Mas'ud( membawa bejana penuh berisi air untuk beliau bersuci."110, Anas bin Malik r.a. bercerita, "Biasanya apabila Rasulullah saw. Masuk kakus, lalu aku dan seorang anak remaja )lbnu Mas'ud( membawakan seember air dan sebuah tongkat, kemudian Nabi bersuci dengan air itu.111, Abu Qatadah r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Apabila seseorang kamu minum, janganlah bernafas ke dalam bejana tempat minum dan apabila kamu buang air janganlah menyentuh kemaluanmu dengan tangan kanan, dan jangan pula bersuci dengan tangan kanan itu." 112, Abu Qatadah r.a. mengatakan bahwa Nabi saw. bersabda, "Apabila seseorang kamu buang air, janganlah menyentuh kemaluanmu dengan tangan kanan, jangan pula bersuci dengan tangan kanan itu, dan jangan bernafas ke dalam bejana waktu minum." 113, Abu Hurairah r.a. menceritakan: "Saya mengikuti Nabi, ketika beliau keluar untuk buang hajat, dan beliau tidak menoleh ke belakang. Ketika aku telah dekat kepada beliau dia berkata kepada ku, bersuci, atau perkataan yang sama maksudnya dengan itu. Dan jangan kamu bawa tulang atau tahi yang telah keras". "Lalu kubawakan beberapa buah batu dengan hujung kainku dan kuletakkan di dekatnya, kemudian aku agak menjauh daripadanya. Setelah Nabi selesai buang hajat, dia bersuci dengan batu itu."114, Abdullah bin Mas'ud r.a. menceritakan: "Pada suatu ketika Nabi saw. pergi buang air. Aku disuruhnya mencarikan tiga buah batu tetapi aku dapat hanya dua buah. Kucari sebuah lagi, tetapi tetap tidak kudapat. Maka kuambil sepotong tahi yang telah keras, lalu kuberikan kepada beliau. Nabi mengambil kedua buah batu itu dan membuang tahi keras sambil mengatakan, "Ini kotor!"115, Ibnu Abbas r.a. mengatakan: "Nabi saw. berwudhuk mencuci dan menyapu masing-masing satu kali." 116, Abdi bin Zaid r.a. mengatakan: "Sesungguhnya Nabi saw. berwudhuk mencuci dan menyapu masing-masing dua kali." 117, Humran r.a., maula Usman )bin Affan( mengabarkan, bahawa dia melihat Usman bin Affan meminta seember air untuk berwuduk. Dia menuangkan air itu ke tangannya dan membasuh kedua telapak tangannya tiga kali. Kemudian dia memasukkan tangan kanannya ke dalam air, lalu berkumur-kumur dan membersihkan, hidung dengan menghirup air ke hidung dan menyemburkannya kembali. Kemudian dia membasuh mukanya tiga kali, membasuh kedua belah tangannya hingga siku tiga kali. Kemudian dia menyapu kepalanya, dan setelah itu dia membasuh kaki hingga dua mata kaki tiga kali. Kemudian dia berkata, "Bersabda Rasulullah saw. 'Barangsiapa berwuduk seperti wudukku ini, kemudian sembahyang dua rakaat dengan khusyuk, nescaya diampuni )Allah( dosanya yang telah lalu."118, Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Apabila seseorang kamu berwudhuk, hendaklah ia memasukkan air ke dalam hidungnya, kemudian menyemburkannya kembali )istinsyaq(, dan barangsiapa bersuci dengan batu )istijmar( , hendaklah dengan bilangan ganjil. Dan apabila seseorang kamu bangun dari tidur, hendaklah dia membasuh tangannya lebih dahulu sebelum memasukkannya ke dalam air wuduk, karena tidak seorang pun yang tahu di mana tangannya terletak selama ia tidur."119, Ubaid bin Juraij bertanya kepada Abdullah bin Umar r.a. : "Hai, Abu Abur rahman! Saya melihat Anda melakukan empat macam perbuatan yang tidak pernah saya lihat seorang pun dari sahabat Anda yang melakukannya." Jawab Abdullah, "Apakah itu, hai, Ibnu Juraij?" Kata Ibnu Juraij, "Saya melihat Anda tidak menyentuh semua sudut Ka'bah kecuali dua sudut sebelah negeri Yaman , dan saya melihat Anda memakai terompah kulit yang tidak berbulu dan saya melihat Anda mencelup pakaian dengan warna kuning; dan saya melihat pula, ketika Anda berada di Mekkah, padahal ketika itu orang banyak telah melakukan ihram karena mereka telah menampak bulan, sedangkan , Anda belum melakukannya, hingga sampai hari Tarwiyah )delapan Dzulhijjah( baru Anda melakukannya." Jawab Abdullah, "Adapun menyentuh dua sudut Ka'bah, saya tidak melihat Rasulullah menyentuh sudut selain itu; saya pakai terompah kulit yang tidak berbulu,kerana saya melihat Rasulullah saw memakai terompah kulit yang tidak berbulu pula, dan beliau berwudhuk memakai terompah itu, sebab itu saya suka pula memakainya. Adapun mencelup pakaian dengan warna kuning. Kerana itu saya suka pula mencelup dengan warna seperti itu. Adapun ihram, sesungguhnya aku belum pernah melihat Rasulullah saw melakukan ihram,kecuali bila kenderaannya telah siap berangkat.120, Ummu Athiyah

11

r.a. mengatakan bahwa ketika para wanita memandikan puteri Rasulullah yang meninggal, Rasullullah bersabda kepada mereka, "Mulailah dengan bahagian kanan, dan anggota-anggota wuduknya!"121, Aisyah r.a. menceritakan: "Nabi saw. biasa memulai dengan yang kanan ketika memakai terompah, menyisir rambut, bersuci, dan lain-lain pekerjaan."122, Anas bin Malik r.a. bercerita: "Saya melihat Rasulullah saw. dan ketika itu waktu Asar telah tiba. Orang banyak mencari air untuk berwuduk, tetapi mereka tidak memperolehnya. Tiba-tiba ada seseorang membawakan air untuk Rasulullah saw. berwuduk. Rasulullah meletakkan tangannya ke dalam bejana tempat air itu, dan menyuruh orang semuanya berwuduk dari situ. Kata Anas, "Saya lihat air keluar dari ujung-ujung jari beliau, sehingga semua orang dapat berwuduk dengan air itu." 123, Dari Anas r.a. katanya: "Ketika Rasulullah saw. bercukur kepala, biasanya Abu Thalhah yang mula-mula mengambil rambut beliau."124, Abu Hurairah r.a. mengatakan: "Sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda, Apabila seekor anjing minum dalam bejana kamu, basuhlah bejana itu tujuh kali.”125, Adi bin Hatim r.a. mengatakan: "Saya bertanya kepada Nabi saw. perihal anjing pemburu. Jawab Nabi, "Apabila kamu melepaskan anjingmu yang terlatih )mu’allam(, kemudian dia membunuh binatang buruan, maka binatang buruan itu boleh kamu makan. Tetapi apabila anjingmu telah memakan buruan itu, maka )sisanya( janganlah kamu makan kerana anjing itu menangkap untuk dirinya sendiri."Saya bertanya pula, "Kulepaskan anjingku, tetapi kedapatan pula anjing lain beserta dia, bagaimanakah itu?" Jawab Nabi, "Jangan kamu makan tangkapannya, kerana engkau membaca 'Bismillah' untuk melepas anjingmu, bukan untuk anjing yang lain itu."126, Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: "Seorang hamba Allah sentiasa dianggap seperti dalam keadaan sembahyang, selama dia berada di dalam mesjid menunggu waktu sembahyang, asal dia tidak berhadas." Seorang laki-laki Ajam lantas bertanya, "Apakah erti hadas itu, hai, Abu Hurairah?" Jawab Abu Hurairah, "Bunyi, yakni kentut. "127, Zaid bin Khalid bertanya kepada Usman bin Affan r.a. tanyanya: "Bagaimanakah pendapat Anda tentang seorang laki-laki yang bersetubuh dengan isterinya, tetapi dia tidak keluar mani?" Jawab Usman. "Dia hanya wajib wuduk seperti wuduk untuk sembahyang, dan mencuci kemaluannya. Kata Usman melanjutkan, "Begitulah saya dengar dari Rasulullah." Kata Zaid, Lalu kutanyakan pula hal itu kepada Ali, Zubair, Thalhah, dan Ubayya bin Kaab r.a., ternyata mereka menyuruh seperti itu juga."128, Abu Sa'id al Khudri r.a. menceritakan bahwa Rasulullah saw. menyuruh panggil seorang Ansar. Sebentar kemudian orang itu datang kepada Nabi, sedangkan dari kepalanya masih bertitikan air kerana baru sudah mandi. Kata Nabi kepadanya, "Barangkali ! saya telah menyebabkan engkau datang sangat terburu-buru." Jawab orang itu, "Betul, ya, Rasulullah! " Sabda Rasulullah saw., "Apabila engkau terburu-buru atau engkau bersetubuh tanpa keluar mani, cukuplah engkau berwuduk saja." 129, Mughirah bin Syu'bah r.a. menceritakan, "Pada suatu ketika dia bersama Rasulullah di dalam suatu perjalanan dan Rasulullah pergi untuk buang air. Mughirah menuangkan air untuk beliau ketika berwuduk. Rasulullah menyuci muka dan, kedua belah tangannya, menyapu kepala, dan menyapu kedua sepatunya." 130, Abdullah bin Abbas r.a. menceritakan, bahwa pada suatu malam dia bermalam di rumah Maimunah, isteri Nabi saw. )adik ibu Abdullah(, katanya: "Saya tidur melintang bantal sedang Rasulullah dan isteri beliau membujur. Rasulullah tidur hingga pertengahan malam, atau sedikit lebih kurang. Kemudian beliau bangun, duduk sambil menggosok matanya dengan tangan untuk menghilangkan mengantuk. Sesudah itu beliau membaca sepuluh ayat pengujung surat Ali Imran. Kemudian beliau berdiri, dan melangkah ke sebuah tempat air yang tergantung. Beliau berwuduk dan menyempurnakan wuduknya. Kemudian beliau berdiri untuk melakukan solat." Kata Ibnu Abbas selanjutnya, "Aku berdiri pula, dan berwuduk seperti yang dilakukan beliau. Sesudah itu aku berdiri di samping beliau. Beliau meletakkan tangan kanannya di kepala ku, menarik telinga ku yang kanan dan memilinnya )menyuruh pindah dari kiri ke kanan beliau(. Lalu Nabi sembahyang dua rakaat, sesudah itu dua rakaat, sesudah itu dua rakaat, sesudah itu dua rakaat, sesudah itu dua rakaat, dan sesudah itu dua rakaat )6 x 2 rakaat(, kemudian beliau sembahyang witir )ganjil bilangan rakaatnya(. Kemudian beliau berbaring kembali, hingga datang Muazzin )Bilal, memberitahukan subuh telah datang(; lalu beliau berdiri dan sembahyang sunat yang ringkas dua rakaat. Sesudah itu beliau pergi ke mesjid untuk sembahyang Subuh. " 131, Seorang laki-laki berkata kepada Abdullah bin Zaid r.a. katanya: "Dapatkah Anda memperlihatkan kepada ku bagaimana caranya Rasulullah saw. berwuduk?" Jawab Abdullah, "Ya, tentu saja dapat!" Lalu dia menyuruh membawakan air, "! menuangkannya ke kedua belah tangannya, dan dia menyucinya dua kali. Sesudah itu dia berkumur-kumur, kemudian memasukkan air ke hidungnya tiga kali. Sesudah itu dia menyuci muka tiga kali, menyuci kedua belah tangannya dua-dua kali sampai ke sikunya. Kemudian dia menyapu kepala dengan kedua belah tangannya, sekali ke muka dan sekali ke belakang, dimulainya dari sebelah muka sampai ke kuduknya, dan membalikkannya ke tempat ia memulai tadi. Sesudah itu ia menyuci kedua belah kakinya.132, Dari Abu Juhaifah r.a. katanya: "Rasulullah saw. datang kepada kami pada suatu ketika di tengah hari. Maka dibawa orang air kepada beliau untuk berwuduk. Nabi berwuduk dengan air itu. )Setelah beliau selesai berwuduk( banyak orang mengambil sisa air wuduk Nabi itu, dan mereka menyapukannya )ke badan mereka( Lalu Nabi saw. sembahyang Zuhur dua rakaat, dan Ashar dua rakaat pula. Sementara di hadapan Nabi terpancang sebuah tongkat )sebagai tanda atau batas tempat beliau sembahyang(." 133, Dari Saib bin Zaid r.a: katanya: "Saya dibawa pergi oleh bibi saya kepada Nabi saw. Bibi mengatakan kepada Nabi, 'Ya, Rasulullah! Anak saudara ku ini sakit.' Rasulullah saw. menyapu kepala ku dan mendoakan semoga aku beroleh berkat. Sesudah itu Nabi berwuduk dan ku minum sisa air wuduk beliau. Aku berdiri di belakangnya, aku melihat cap kenabian di antara kedua bahu beliau seperti telur burung. " 134, Dari Jabir r.a katanya: Rasulullah datang melihat ku sakit, sedangkan aku tidak sedar akan diri ku ketika itu. Lalu Rasulullah saw. berwuduk dan menyiramkan sisa air wuduknya kepada ku. Setelah itu akupun sedar. Lantas aku berkata, "Ya, Rasulullah! Untuk siapakah harta pusaka? Saya tidak mempunyai ibu, bapa dan anak yang akan menerima pusaka." Lalu turunlah ayat faraidh ) cara pembahagian pusaka(. 135, Dari Aisyah r.a. katanya: "Ketika sakit Nabi bertambah berat, beliau meminta kepada semua isteri beliau, supaya ia diizinkan selama sakit ia dirawat di rumah ku, dan mereka semua mengizinkannya. Lalu Nabi pergi )ke rumah Aisyah( dipapah oleh dua orang laki-laki, sedangkan kedua belah kaki beliau tercecah menggaris tanah di antara kedua orang laki-laki itu, iaitu Abbas dan yang seorang lagi." Kata Ubaidillah, "Cerita Aisyah itu kuceritakan kepada Abbas, lalu dia menanyakan kepada ku, 'Tahukah engkau, siapakah laki-laki yang seorang lagi itu?' Jawab ku, "Tidak!" Katanya, "Dia adalah Ali." Selanjutnya Aisyah menceritakan juga, bahwa setelah Nabi saw. berada di rumahnya, sedangkan sakit Nabi bertambah keras juga, maka beliau bersabda, "Siramkanlah kepada ku tujuh girbah air yang masih utuh, mudah-mudahan aku segera dapat melaksanakan dakwah kembali kepada orang banyak." Lalu Nabi didudukkan ke dalam sebuah bak mandi terbuat dari kuningan, kepunyaan Hafshah, isteri Nabi saw., kemudian beliau kami siram dengan air yang disuruhkan Nabi, sampai beliau memberi isyarat kepada kami, 'Sudah cukup." Sesudah itu beliau pergi )ke mesjid( , menemui jamaah."136, Dari Anas r.a. katanya: "Nabi saw. pernah menyuruh orang membawakan bejana berisi air kepadanya. Maka dibawakan orang sebuah kendi, berisi air sedikit. Lalu Nabi memasukkan jari beliau ke dalam air itu." Kata Anas )selanjutnya(, "Saya melihat air terbit dari jari-jari beliau." Kata Anas )lagi(, "Saya taksir, ada kira-kira tujuh atau delapan puluh orang berwuduk dengan air itu." 137, Dari Anas bin Malik r.a. katanya: "Biasanya Nabi mandi dengan segantang air, paling banyak lima cupak; dan beliau berwuduk )hanya( dengan secupak air.138, Dari Saad bin Abi Waqqas r.a. katanya: "Nabi saw.)pernah wuduk( hanya menyapu kedua belah sepatu beliau. "139. Dari Mughirah bin Syu'bah r.a., katanya, "Pada suatu ketika Nabi keluar untuk buang hajat, diikuti oleh Mughirah dengan membawakan sebuah bejana berisi air. Nabi bersuci dengan air itu, kemudian beliau berwuduk dan menyapu kedua belah sepatunya."140, Dari Ja'far bin Amr r.a., dari bapaknya )Umaiyah(, katanya: "Saya melihat Nabi saw. beliau menyapu serban dan kedua sepatunya."141, Dari Mughirah r.a. katanya: "Saya bepergian bersama Nabi dalam suatu perjalanan. )Pada suatu perhentian( saya membungkuk hendak membukakan sepatu beliau. Nabi berkata, 'Biarkanlah, tidak usah dibuka! Karena kedua kaki saya telah suci ketika saya akan memakai sepatu." Kemudian Nabi hanya menyapu kedua sepatunya itu." 142, Dari Abdullah bin Abbas r.a. katanya menceritakan: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. memakan )masakan daging( bahu kambing. Sesudah itu, beliau sembahyang tanpa mengulangi wuduk lebih dahulu." 143, Dari Amr bin Umaiyah r.a. katanya "Dia melihat Rasulullah saw.

12

memotong daging bahu kambing )yang dimasak(. Lalu kedengaran muadzin memanggil solat. Maka beliau letakkan pisau kemudian beliau sembahyang tanpa mengulang wuduk kembali )karena makan daging kambing itu(." 144, Suaid bin Nukman menceritakan, "Pada suatu ketika di tahun petang Khaibar dia pergi bersama Rasulullah saw. dalam suatu perjalanan, hingga sampai di Shahbaa', iaitu suatu tempat dekat Khaibar. Di sana Nabi sembahyang Ashar. Sesudah itu Nabi menyuruh mengambilkan makanan, tetapi tidak ada yang dihidangkan orang selain hanya tepung. Nabi menyuruh supaya membasahi tepung itu. Maka Rasulullah makan dan kami pun makan pula. Kemudian Nabi berdiri hendak sembahyang Maghrib. Nabi berkumur-kumur lebih dahulu dan kami pun berkumur pula. Kemudian Nabi sembahyang tanpa mengulang wuduk kembali )setelah makan tepung itu(.145, Ibnu Abbas mengatakan: "Rasulullah saw. minum susu, kemudian beliau berkumur-kumur. Beliau bersabda, Susu itu mengandung minyak."146, Diceritakan oleh Aisyah r.a., bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Apabila seseorang kamu mengantuk ketika hendak solat, maka tidurlah dahulu sampai hilang mengantuknya, kerana apabila seseorang sembahyang sedang mengantuk, dia tidak tahu, boleh jadi dia mohon ampun, tetapi dia mencaci-maki dirinya sendiri." 147, Dari Anas r.a. dari Nabi saw., sabda beliau: "Apabila seseorang kamu mengantuk ketika akan solat, hendaklah dia tidur dahulu sampai ia tahu apa yang dibacanya. "148, Anas r.a. mengatakan, "Nabi saw. berwuduk tiap kali beliau akan sembahyang." Bertanya Amr bin Amir kepada Anas, "Bagaimana yang Anda sendiri lakukan?" Jawab Anas, "Kami cukupkan saja wuduk yang telah ada, selama belum berhadas. "149, Ibnu Abbas r.a. menceritakan: "Nabi saw. berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekkah. Lalu kedengaran oleh beliau suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya. Maka berkata Nabi saw., "Keduanya disiksa bukanlah karena dosa besar." Kemudian Nabi melanjutkan perkataannya, "Yang seorang disiksa karena kencing di tempat terbuka, dan yang seorang lagi karena membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan." Sesudah itu Nabi menyuruh ambil sebuah pelepah tamar, lalu dipatah dua oleh beliau, dan diletakkannya di atas kedua kuburan itu masing-masing sepotong. Seseorang bertanya, "Ya, Rasulullah! Mengapa Anda lakukan itu?" Jawab Nabi, "Mudah-mudahan keduanya mendapat keringanan, selama pelepah tamar itu tidak kering." 150, Anas bin Malik r.a. mengatakan: "Biasanya Nabi saw. apabila buang air, aku membawakan air untuk beliau, maka beliau bersuci dengan air itu.".151, Abu Hurairah r.a. menceritakan "Seorang Arab dusun berdiri lalu , kencing di mesjid. kerana itu jamaah dalam mesjid membentak orang itu. Kata Nabi kepada mereka, Biarkanlah dia! Dan siramlah kencingnya itu dengan seember air. Kamu semua disuruh, untuk berlaku Manis dan bijaksana, bukan berlaku kasar dan mengundang kesulitan."152, Ummu Qais binti Muhsin r.a. menceritakan : Dia membawa bayi laki lakinya yang belum memakan makanan, kepada Rasulullah saw. Beliau mendudukkan bayi itu dipangkuan beliau. Kemudian bayi itu kencing mengenai pakaian Rasulullah. Maka beliau meminta air, lalu memercikkannya ke kain yang kena kencing itu tanpa mencucinya." 153, Sulaiman bin Yasar r.a. mengatakan: "Saya bertanya kepada Aisyah perihal mani apabila mengenai kain." Aisyah mengatakan, "Saya pernahmembasuhnya )mani( dari kain Rasulullah saw., kemudian beliau pergi sembahyang sedangkan bekas cucian itu jelas kelihatan membasahi kain beliau." 154, Anas r.a. bercerita: "Beberapa orang dari 'Ukl atau dari 'Urainah datang ke Madinah, sedangkan hawa kota Madinah tidak sesuai dengan mereka )yang menyebabkan mereka selalu sakit-sakitan(. Maka Nabi menyuruh mereka mencari unta betina yang sedang menyusui, dan menyuruh pula supaya mereka minum air kencing dan susu unta itu. Mereka pergi dan melakukan apa yang dianjurkan beliau. Setelah mereka sehat kembali mereka bunuh gembala unta itu, dan untanya mereka bawa. Berita mengenai kejadian itu sampai , kepada Nabi pagi hari. Lalu Nabi memerintahkan supaya mengikuti jejak mereka. Kira-kira tengah hari mereka dapat ditangkap. Maka Nabi memerintahkan supaya memotong tangan dan kaki mereka, dan mata mereka ditusuk, kemudian dijemur di tempat panas, dan bila mereka meminta minum jangan diberikan. Berkata Abu Qalabah, "Mereka itu mencuri, membunuh, kafir sesudah iman, bahkan menentang Allah dan Rasul-Nya." 155, Anas r.a. mengatakan: "Sebelum mesjid )selesai( dibangun, Nabi )pernah( sembahyang di tempat-tempat kambing bermalam."156, Maimunah r.a. menceritakan: "Rasulullah saw. )pernah( ditanya orang perihal tikus yang jatuh ke dalam minyak sapi. Lalu tikus itu mati di situ. Jawab Nabi, "Buanglah tikus dan minyak di sekitarnya dan pakailah sisa minyak yang tinggal."157, Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa Nabi saw, bersabda: Semua luka yang diderita seorang muslim dalam peperangan fi sabilillah, pada hari kiamat nanti keadaannya akan seperti waktu ia terluka semula; darahnya memancar, berwarna merah, tetapi baunya seperti kasturi." 158, Abu Hurairah r.a. mengatakan bahwa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Janganlah kamu kencing di air tenang yang tidak mengalir, kemudian kamu mandi )pula( di situ." 159, Abdullah bin Mas'ud r.a. menceritakan: "Pada suatu ketika Nabi saw. sembahyang dekat Ka'bah. Sedangkan Abu Jahal dan beberapa orang kawannya duduk bersama-sama. Salah seorang di antara mereka berkata kepada yang lain, "Siapa yang berani, mengambil Uri )isi perut( unta Bani Fulan dan meletakkannya di punggung si Muhammad ketika dia sujud?" Seorang yang paling jahat di antara mereka )Uqbah bin Abu Muaith( bangkit, lalu pergi mengambil uri unta itu. Kemudian dia menunggu sebentar. Waktu Nabi saw. sujud, diletakkannya uri unta itu ke punggung Nabi, antara kedua bahu beliau. Saya melihat kejadian itu, tetapi saya tidak berdaya apa-apa, andaikata saya mendapat kekuatan tentu saya cegah. Mereka tertawa terbahak-bahak saling mengolok satu sama lain untuk mempermainkan Nabi. Rasulullah saw. sujud terus, tidak mengangkat kepalanya hingga datang Fatimah )puteri beliau( membuangkan kotoran itu dari punggung beliau. Nabi mengangkat kepalanya dan mendoa tiga kali, 'Ya, Allah , Hukumlah orang Quraisy!" )Tiga kali(. Abu Jahl dan kawan-kawannya ketakutan mendengar Nabi mendoakan mereka, karena mereka tahu bahwa doa di tempat itu diperkenankan Allah. Kemudian Nabi menyebut nama mereka satu persatu, "Ya, Allah! Binasakanlah Abu Jahl, Utbah bin Rabiah, Syaibah bin Rabiah, Walid bin Uqbah, Umaiyah bin Khalf, Uqbah bin Abu Muaith." Nabi menyebut nama orang yang ketujuh tetapi saya telah lupa nama orang itu. Kata Abdullah bin Mas'ud selanjutnya, "Demi Allah, yang diri ku dalam genggaman-Nya, aku melihat sendiri orang-orang yang disebutkan Rasulullah saw dalam doanya itu, mati terkubur dalam lobang bekas sumur )waktu perang( Badar."160, Aisyah r.a. "mengatakan bahwa Nabi saw. bersabda: "Segala minuman yang memabukkan, )hukumnya( haram." 161, Abu Burdah r.a. menyampaikan cerita dari bapaknya katanya: "Saya datang kepada Nabi saw., ku dapati beliau sedang menggosok giri dengan kayu arak yang terpegang di tangan beliau dan kedengaran bunyi: U', U', seolah-olah beliau hendak muntah ketika sikat gigi itu berada dalam mulut beliau."162, Huzaifah r.a, mengatakan: "Biasanya Nabi saw. apabila bangun tengah malam, beliau membersihkan mulutnya dengan sikat gigi." 163, Barra' bin Azib r.a. mengatakan bahwa Nabi w. bersabda kepadanya: "apabila engkau hendak tidur, berwuduk lebih dahulu seperti wuduk untuk sembahyang. Sesudah itu berbaring ke kanan, dan bacalah: "Ya, Allah! Kuserahkan diri ku kepada Engkau, kuserahkan segala urusanku kepada Engkau, aku berlindung diri kepada Engkau dengan pengharapan )beroleh kebaikan( dan takut )mendapat siksa(; tidak ada tempat berlindung dan tempat mencari keselamatan, hanyalah kepada Engkau. Ya, Allah! Aku percaya dengan Kitab yang Engkau turunkan dan kepada Nabi yang Engkau utus.' Kalau kamu mati malam itu, maka kamu mati dalam Islam. Dan jadikanlah doa itu sebagai akhir pembicaraanmu )tidak berkata-kata lagi sesudah itu(."164, Aisyah r.a., isteri Nabi saw. menceritakan: "Apabila Nabi saw. mandi junub, beliau mulai dengan mencuci kedua belah tangannya. Sesudah itu beliau berwuduk seperti wuduk untuk sembahyang. Kemudian dimasukkannya anak jarinya ke dalam air dan digosok-gosoknya pangkal rambut kepalanya. Kemudian disiramkannya air tiga sauk dengan kedua belah tangannya ke kepalanya dan sesudah itu disiramnya seluruh tubuhnya."165, Maimunah r.a. isteri Nabi saw. mengatakan: "Rasulullah saw. berwuduk seperti beliau wuduk untuk sembahyang, tanpa mencuci kedua kakinya. Lalu dicucinya kemaluannya dan bahagian-bahagian yang kotor. Sesudah itu dituangkannya air ke badannya, lalu dipindahkannya kedua kakinya dan dicucinya. Begitulah Nabi mandi junub. 166, Aisyah r.a. mengatakan: "Saya mandi bersama Rasulullah saw. dari satu bejana yang disebut nalfaraq."167, Abu Salamah r.a. menceritakan: "Saya dan seorang saudara laki-laki Aisyah masuk ke dalam rumah Aisyah. Saudara Aisyah itu menanyakan kepadanya tentang cara Nabi mandi. Maka Aisyah minta ambilkan sebuah bejana berisi air kira-kira segantang. Lalu Aisyah mandi dan menuangkan air di atas kepalanya. Antara kami dan Aisyah ada hijab )tabir(."168, Dari Abu Ja'far r.a., katanya: "Pada suatu ketika ia berada dekat Jabir bin Abdullah dan bapaknya. Dan di dekatnya ada pula orang banyak. Mereka menanyakan kepada Jabir perihal mandi. Jabir menjawab, "Cukup segantang." Seorang laki-laki berkata, "Bagi saya tidak cukup." Jawab Jabir, "Segantang itu sudah cukup )bahkan( bagi orang yang lebih tebal dan lebih bagus rambutnya dari rambut anda." Kemudian Jabir

13

mengimami kami )sembahyang( pada sehelai kain." 169, Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: "Nabi saw. dan Maimunah )isteri beliau(, keduanya mandi dari satu bejana." 170, Diceritakan oleh Jabir bin Muth'im r.a., "Kalau aku mandi, kusiram kepala ku tiga kali. Dan Nabi mengisyaratkan dengan kedua belah tangannya." 171, Abu Ja'far r.a. mengatakan bahwa Jabir bercerita kepadanya: "Anak Pak-Cikmu )yaitu Hasan bin Muhammad al Hanafiah( pernah datang kepada ku menanyakan bagaimana caranya mandi junub. Jawab Jabir, "Biasanya Nabi saw. mengambil air tiga telapak tangan dan menyiramkannya ke kepalanya. Sesudah itu beliau menyiram seluruh tubuhnya." Kata Hasan kepada ku, "Saya ini banyak rambut." Jawab ku, "Nabi saw. lebih banyak rambutnya dari rambut Anda."172, Ibnu Abbas r.a. mengatakan bahwa Maimunah r.a. bercerita: "Aku sediakan air untuk mandi Nabi saw. Maka beliau cuci kedua belah tangannya, dua atau tiga kali. Sesudah itu dituangkannya air ke tangan kirinya lalu dicucinya kemaluannya dan disapukannya tangannya ke tanah. Kemudian beliau berkumur-kumur, menghirup air ke hidung )istinjak(, mencuci muka dan mencuci kedua tangannya. Sesudah itu disiramkannya air ke seluruh tubuhnya. Kemudian beliau bergeser sedikit dari tempatnya dan mencuci kedua kakinya."173. Aisyah r.a. mengatakan: "Aku dan Nabi saw. mandi bersama dari satu bejana; tangan kami berganti-ganti mengambil air dari bejana itu."174, Muhammad bin Al Muntasyir r.a. mengatakan: Saya bertanya kepada Aisyah, lalu kusebutkan kepadanya perkataan Ibnu Umar: Saya tidak suka ihram di pagi hari yang masih semerbak bau harum-harumanku."Kata Aisyah, "Saya memberi harum-haruman kepada Rasulullah saw., kemudian beliau mengedar kepada para isteri beliau, dan paginya beliau ihram."175, Aisyah r.a. mengatakan: "Saya seolah-olah melihat kilat harum-haruman di kepala Nabi, ketika dia sedang ihram."176, Abu Hurairah r.a. menceritakan: " )Pada suatu ketika( orang telah qamat untuk solat. Saf telah diluruskan sambil berdiri. Rasullullah saw. datang kepada kami.Setelah beliau berdiri di tempatnya biasa solat, tiba-tiba ia teringat bahwa beliau junub. Beliau berkata kepada kami, "Tunggulah sebentar!" Sesudah mandi ia datang kembali kepada kami, sedangkan rambutnya masih basah. Lalu beliau takbir dan sembahyang bersama-sama dengan kami."177, Abu Hurairah r.a. mengatakan bahwa Nabi saw. bersabda: "Banu )turunan atau bangsa( Israil itu mandi bertelanjang satu sama lain saling lihat melihat. Tetapi Nabi Musa mandi seorang dirinya. Mereka mengatakan: "Demi Allah! Tidak ada yang melarang Musa mandi bersama-sama dengan kita, kecuali kerana dia berpenyakit, buah pelirnya besar." Pada suatu kali Nabi Musa mandi, kainnya diletakkannya di atas batu. Lalu batu itu melarikan kain Nabi Musa, dan beliau menyusulnya sambil berteriak: "Kainku ! Hai, batu !"Sehingga oleh kerana itu, Bani Israil dapat melihat )aurat( Nabi Musa, lantas mereka berkata, "Demi Allah! Musa tidak berpenyakit apa-apa." Lalu Nabi Musa mengambil kainnya dan dipukulnya batu itu."178, Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: "Pada suatu ketika Nabi Ayyub sedang mandi bertelanjang. Tiba-tiba jatuh kepadanya belalang lalu dibungkusnya dengan kainnya. Maka berfirman Tuhan kepadanya, "Hai Ayyub! Bukankah Aku telah memberi mu kekayaan secukupnya, dan engkau tidak membutuhkan belalang itu lagi?" Jawab Ayyub, "Benar, ya, Tuhan ku! Tetapi demi kekuasaan Engkau, saya masih membutuhkan berkat dari Engkau." 179, Dari Maula Ummu Haniy binti Abu Thalib r.a. katanya, dia mendengar Ummu Haniy berkata: "Saya pergi kepada Rasulullah saw. pada tahun penaklukan Mekkah, kedapatan olehku Rasulullah sedang mandi, dan Fathimah )puteri beliau( menutupinya. Kata Nabi, "Siapakah itu'!" Jawab ku, "Aku Ummu Haniy!"180, Abu Hurairah r.a. bercerita, bahwa dia bertemu dengan Nabi saw. pada sebuah jalan di Madinah. Ketika itu Abu Hurairah berhadas junub, lalu dia menghindar dan pergi mandi. Sesudah itu dia datang kepada Nabi. Kata Nabi," Ke mana engkau tadi, hai Abu Hurairah?" Jawabnya, "Tadi saya berhadas kerana junub. Saya malas duduk bersama anda ketika saya tidak suci seperti itu." Sabda Nabi,"Subhanallah! Orang Muslim itu tidak najis."181, Anas bin Malik r.a. menceritakan: "Nabiyallah saw. datang bergilir kepada para isteri beliau dalam satu malam. Waktu itu Nabi mempunyai sembilan orang isteri."182. Abu Salamah r.a, mengatakan: "Aku bertanya kepada Aisyah,'Adakah Nabi saw. tidur ketika dia masih junub." Jawab Aisyah, 'Ada! Tetapi dia berwuduk seperti wuduk sembahyang." 183. Aisyah r.a. mengatakan: "Biasanya Nabi saw. apabila beliau hendak tidur, padahal dia masih junub, dibasuhnya kemaluannya dan dia berwuduk )lebih dahulu( seperti wuduk untuk sembahyang."184. Umar bin Khathab r.a. mengatakan kepada Nabi saw. pada suatu malam bahawa ia junub. Kata Rasulullah kepadanya: "Berwuduklah, dan basuh kemaluanmu, sesudah itu tidurlah!"185. Abu Hurairah r.a. mengatakan bahwa, Nabi saw. bersabda: "Apabila seseorang kamu bersetubuh dengan isterinya, maka wajiblah dia mandi."186. Cerita dari 'Aisyah, katanya: Kami berangkat,tiada lain sengaja kami selain dari mengerjakan haji. Setelah kami sampai di Syarif, saya haid. Rasulullah saw. datang kepada ku padahal aku sedang menangis. Lalu beliau bertanya: "Kenapa engkau menangis. Haidkah engkau?" Jawab ku, "Betul!" Sabdanya, "Sesungguhnya haid itu, adalah suatu perkara yang telah ditetapkan Allah swt. atas kaum wanita anak-cucu Adam. Maka lakukanlah apa yang dilakukan orang haji selain tawaf keliling Kaabah." 'Aisyah menambahkan, "Setelah itu Rasulullah berkurban untuk para isteri beliau dengan menyembelih sapi." 187. Cerita dari 'Urwah bahwa dia ditanya orang: "Bolehkah wanita haid melayani ku, dan bolehkah wanita junub mendekati ku?" Jawab 'Urwah, Semuanya boleh bagi ku. Semuanya boleh melayani ku dan tiada celanya. 'Aisyah menceritakan kepada ku, dia pernah menyisir rambut Rasulullah saw. ketika dia sedang haid. Pada hal ketika itu Rasulullah sedang iktikaf di masjid. Maka didekatkannya kepalanya kepada Aisyah yang sedang berada di dalam kamarnya, lalu 'Aisyah menyisir rambut Rasulullah pada hal dia sedang haid."188. 'Aisyah menceritakan, katanya: "Rasulullah saw. bersandar keribaanku padahal ketika itu aku sedang haid; sesudah itu beliau membaca Qur'an."189. Ummu Salamah bercerita, katanya: "Pada suatu ketika aku tidur bersama Nabi saw. di bawah satu selimut kain bulu. Tiba-tiba aku haid, lalu aku menjauhkan diri dari Nabi dan mengambil kain haidku. Nabi saw. bertanya, "Haidkah engkau?" Jawab ku, "Betul!" Lalu aku dipanggilnya dan tidur kembali bersama-sama dengan beliau di bawah selimut itu. 190. Cerita dari 'Aisyah, katanya: "Aisyah pernah mandi bersama Rasulullah saw. dari satu bejana, padahal kami berdua dalam keadaan junub. Pernah juga aku disuruhnya memakai sarung, lalu beliau mencumbu ku, padahal aku sedang haid. Dan pernah pula beliau mengulurkan kepalanya kepada ku dari dalam masjid ketika beliau sedang i'tikaf, lalu kubersihkan kepalanya itu padahal aku sedang haid."191. Cerita dari 'Aisyah, katanya: "Apabila salah seorang kami )para isteri Nabi saw.( sedang haid, padahal Rasulullah saw. hendak bercumbu dengannya, maka disuruhnya isterinya itu memakai sarung, sesudah itu beliau mencumbunya.'Aisyah menambahkan, "Siapakah di antara kamu yang sanggup mengendalikan nafsunya sebagaimana Rasulullah saw. sanggup mengendalikannya?"192. Abu Said al Khudri bercerita, katanya: "Pada hari raya Idul Adha atau hari raya Idul Fitri, Rasulullah saw. keluar rumah pergi ke tempat solat. Beliau lalu ke tempat kaum wanita solat dan di situ beliau bersabda: "Hai, kaum wanita! Bersedekahlah kamu sekalian. kerana saya melihat, kaum wanitalah yang terbanyak di antara penduduk neraka. Mereka bertanya, "Sebab apa, ya, Rasulullah?" Jawab Rasulullah saw., "kerana kamu sekalian banyak mencerca orang dan ingkar kepada suami. Saya tidak melihat di antara orang-orang yang kurang akal dan agamanya, yang lebih merosakkan hati laki-laki yang cermat, selain daripada kamu sekalian."Tanya mereka,"Kurang bagaimanakah akal dan agama kami,ya,Rasulullah?" Jawab Nabi,"Bukankah kesaksian kaum wanita seperdua kesaksian kaum pria?" Kata mereka,"Betul!" Jawab Nabi."Itulah salah satu bukti bahwa akalnya kurang. Bukankah apabila wanita itu haid, dia tidak solat dan tidak pula puasa?" Jawab mereka,"Betul!" Sabda Nabi saw. "Itulah salah satu bukti bahwa agama mereka kurang."193. Cerita dari 'Aisyah,katanya: "Fatimah binti Abu Hubaisy bertanya kepada Rasulullah saw., katanya:"Ya,Rasulullah! Sesungguhnya aku tidak pernah

14

suci. Apakah aku harus meninggalkan solat selamanya?" Jawab Rasulullah saw.,"Sesungguhnya yang demikian itu adalah darah yang keluar dari pembuluh darah, bukan darah haid. Maka apabila yang keluar itu darah haid, berhentilah anda solat selama haid, dan apabila masa haid itu telah habis, sucikanlah tubuhmu dan setelah itu solatlah anda kembali."194. Cerita dari Asma' binti Abu Bakar, katanya:"Seorang wanita bertanya kepada Rasulullah saw., katanya,"Ya, Rasulullah! Bagaimanakah caranya apabila pakaian kami kena darah haid, apakah yang harus kami perbuat." Jawab Rasulullah,"Apabila pakaianmu kena darah haid, kopeklah darah itu kemudian bersihkan dengan air, dan setelah itu anda boleh solat memakai pakaian anda itu." 195. Cerita dari 'aisyah,katanya:"Salah seorang isteri Rasulullah saw. i'tikaf bersama Rasulullah. Tiba-tiba ia melihat darah kuning keluar dari kemaluannya, dan dia meletakkan sebuah bejana di bawahnya, padahal ia sedang solat." 196. 'Aisyah menceritakan,"Aku ihram bersama Rasulullah saw. pada haji wada'' maka aku termasuk orang-orang yang mengerjakan haji tamatuk dan tidak membawa hadya. Tiba-tiba aku haid dan belum juga suci sampai malam' Arafah. Maka berkata ' Aisyah kepada Nabi saw., "Ya, Rasulullah! Malam ini malam 'Arafah; padahal aku umrah." Jawab Nabi saw., "Bukalah sanggulmu, kemudian bersisir dan berhentilah umrah." Kata ' Aisyah, "Apa yang disuruhkan Nabi itu, aku laksanakan semuanya. Ketika telah selesai haji, Nabi saw. menyuruh Abdurrahman )saudara ' Aisyah( supaya membawa ku pada Malam hasbah untuk mengerjakan umrah dari Tan'im, iaitu akan ganti umrah yang tadinya gagal aku laksanakan." 197. Cerita dari 'Aisyah mengatakan, "Kami berangkat melaksanakan haji, tepat pada permulaan Zulhijjah. Maka bersabda Rasulullah saw., "Barangsiapa yang hendak ihram untuk umrah, silakan ihram! " Kalaulah bukan kerana aku tidak membawa hadya, nescaya aku ihram untuk umrah. Beberapa orang di antara kami ihram untuk umrah sedang yang lainnya ihram untuk haji. Dan aku sendiri' ihram untuk umrah. Maka tibalah hari 'Arafah, dan aku haid. Lalu kuceritakan hal itu kepada Nabi saw. Kata beliau, "Tinggalkanlah umrahmu., buka sanggul kepalamu dan bersisirlah. Kemudian ihramlah untuk haji." Apa yang disuruhkan Nabi itu aku lakukan. Ketika malam hasbah tiba, Nabi saw. menyuruh ku bersama saudara ku Abdurrahman bin Abu Bakar pergi ke Tanaim melakukan ihram untuk umrah pengganti umrah yang tadinya gagal kulaksanakan."198. Diceritakan oleh Anas bin Malik, bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla telah menugaskan pada rahim wanita, seorang malaikat. Dia berkata, "Ya, Tuhan. Ini nuthfah )air mani(. Ya, Tuhan. Ini 'alaqah )segumpal darah(. Ya, Tuhan, Ini mudhgah )segumpal daging(." Apabila Allah ingin hendak menyempurnakan kejadian itu sempurnalah dia. Malaikat itu bertanya kepada Tuhan', Laki-laki atau perempuan? Malang atau bahagia? ' Apakah rezekinya dan berapa umurnya?" Lalu semuanya itu dituliskan dalam rahim ibunya.199. Cerita dari Mu'adzah: "Seorang wanita bertanya kepada 'Aisyah, "Cukupkah kami solat apabila kami telah suci tanpa qadha?" Jawab 'Aisyah, "Apakah anda termasuk kaum Haruriyah? Kami juga haid dimasa Nabi saw. tetapi Nabi tidak menyuruh kami qadha )membayar( solat yang tertinggal selama haid" 200. Cerita dari 'Aisyah: Fatimah binti Abu Hubaisy bertanya kepada Nabi saw. katanya: "Saya ini istihadhah dan tidak pernah suci. Apakah aku harus menghentikan solat?" Jawab Nabi, "Tidak! Istihadhah itu dari pembuluh-pembuluh darah. Tetapi berhentilah solat beberapa hari, iaitu pada hari-hari biasanya anda haid. Sesudah itu mandilah dan solatlah!"201. Cerita dari 'Aisyah, isteri Nabi saw.: "Ummu Habibah istihadhah selama 7 tahun. Lantas kutanyakan hal yang demikian kepada Rasulullah saw. Beliau menyuruh supaya Ummu Habibah mandi saja. Kata beliau, "Istihadhah itu dari pembuluh darah." Sejak itu, Ummu Habibah mandi setiap kali akan solat.202. Cerita dari 'Aisyah,isteri Nabi saw.: "'Aisyah berkata kepada Rasulullah saw. "Ya, Rasulullah! Shaiyah binti Huyay haid." Kata Rasulullah saw., "Kiranya melambatkan kita. Bukankah dia telah thawaf bersama-sama dengan kamu?" Jawab mereka, "Ya!" Kata Nabi, "Nah, berangkatlah!"203. Cerita dari Samurah bin Jundab, "Ada seorang wanita meninggal kerana melahirkan. Nabi saw. mensolatkan wanita itu, dan beliau berdiri tentang pinggangnya." 204. Maimunah isteri Nabi berkata: "Dia sedang haid, tidak solat. Dia duduk bersimpuh dekat tempat sujud Rasulullah saw. dan beliau sedang solat di atas sajadah beliau. Apabila beliau sujud, maka sebahagian pakaian beliau mengenai tubuhku. " 205. Berita dari 'Aisyah, isteri Nabi saw., katanya: "Kami pergi bersama Rasulullah dalam suatu perjalanan. Ketika sampai di Baidak, atau Dzatul Jisy, kalungku putus. Rasulullah saw. berhenti mencari kalungku itu dan rombongan pun berhenti pula bersama beliau. Di tempat itu tidak ada air. Beberapa orang datang kepada Abu Bakar mengatakan, "Tidakkah anda lihat apa yang diperbuat 'Aisyah? Dia memaksa Rasulullah saw. dan rombongan berhenti di tempat yang tidak berair, padahal mereka tidak pula membawa air." Maka datanglah Abu Bakar )ayah 'Aisyah( kepada 'Aisyah. Ketika itu Rasulullah saw. sedang tidur dengan kepala beliau terletak di atas paha 'Aisyah Kata Abu Bakar, " Engkau menahan Rasulullah saw. dan rombongan di tempat yang tidak berair padahal mereka tidak membawa air." Kata 'Aisyah, "Aku dimarahi oleh ayahku )Abu Bakar(, dan berbagailah ucapannya kepada ku, sehingga ditusuknya pinggangku dengan tangannya, tapi untunglah aku tidak bergerak kerana Rasulullah saw. sedang tidur di pahaku." Rasulullah saw. bangun tatkala hari telah pagi dan justru air tidak ada. Maka diturunkan Allah ayat tayammum )Kalau kamu tidak memperoleh air, tayammumlah kamu dengan tanah yang bersih, sapulah muka dan tanganmu dengan tanah itu - Al Maidah : 6(. Lalu mereka tayammum. Berkata Usaid bin Hudair, "Bukankah itu keberkatan mu yang pertama, hai keluarga Abu Bakar?" Kata 'Aisyah pula, " Setelah itu ku suruh berdiri unta tunggangan ku, maka jumpa kalungku di bawahnya." 206. Jabir bin Abdullah mengabarkan, bahwa Nabi saw. bersabda: "Aku diberi )Allah swt.( lima perkara yang tidak pernah diberikan-Nya kepada seorang pun sebelumku. Yaitu: 1. Aku dimenangkan dengan perasaan gentar pada musuh sejauh satu bulan perjalanan. 2. Dijadikan Allah bagi ku bumi sebagai mesjid dan untuk bersuci )tayammum( Maka di mana saja umat ku berada dan waktu solat tiba, mereka boleh solat di sana. 3. Dihalalkan bagi ku harta rampasan perang, dan belum pernah dihalalkan bagi seorang pun sebelumku. 4. Aku diberi kuasa untuk memberi syafa'at bagi ummat ku di hari kiamat nanti. 5. Nabi-nabi terdahulu diutus untuk kaumnya saja, sedangkan aku diutus kepada manusia seluruhnya. 207. Diberitakan oleh 'Aisyah: "Bahawasanya 'Aisyah meminjam kalung kepada saudaranya, Asma', lalu kalung itu hilang. Nabi menyuruh seseorang mencari kalung itu dan dapat olehnya. Kebetulan waktu solat tiba, sedangkan mereka tidak membawa air. Lalu mereka solat saja. Kemudian mereka mengadukan kejadian itu kepada Rasulullah saw. Maka diturunkan Allah ayat tayammum. Kata Usaid bin Hudair kepada 'Aisyah, "Semoga Allah melimpahkan balasan yang baik bagi mu. Demi Allah, tidak terjadi atasmu suatu perkara yang tidak kamu sukai, melainkan Allah menjadikan yang demikian itu kebaikan bagi mu dan bagi kaum muslimin seluruhnya."208. Kata Abu Juhaim: "Nabi saw. datang dari arah Telaga Jamal, lalu beliau bertemu dengan seorang laki-laki. Orang itu memberi salam kepada Nabi dan Nabi belum menjawab salamnya, sehingga Nabi menghadap ke sebuah tembok, lalu beliau menyapu muka dan kedua tangan beliau, sesudah itu barulah beliau menjawab salam orang itu."209. Berita dari Abdurrahman bin Abza mengatakan: Seorang laki-laki datang kepada Umar bin Khaththab, dia berkata: "Saya junub, sedang air tidak ada." Lalu Ammar bin Yasir berkata kepada Umar bin Khathab, "Tidak ingatkah anda, ketika saya dan anda dalam suatu , perjalanan. Anda tidak solat )karena tidak ada air untuk wuduk( sedang saya berguling-guling di tanah, sesudah itu saya solat. Kemudian kuceritakan hal itu kepada Rasulullah saw., lalu beliau bersabda: "Cukuplah begini saja - Nabi memukulkan kedua telapak tangannya ke tanah lalu dihembusnya keduanya, kemudian disapukannya keduanya ke muka dan kedua punggung tangannya."210. Berita dari 'Imran mengatakan : "Kami menyertai Rasulullah saw. dalam suatu perjalanan dan kami berjalan hingga jauh malam. Kami berhenti pada suatu perhentian dan segera mengantuk kerana lelah. Tidak ada tidur yang lebih enak bagi seorang musafir daripada tidur di bahagian akhir malam. Sehingga tidak ada yang membangunkan kami selain teriknya panas matahari. Orang yang bangun pertama kali ialah si Fulan, kemudian itu si Fulan, dan kemudian itu lagi si Fulan )nama-nama orang itu ada disebutkan oleh Abu Raja' yang menerima hadis ini dari 'Imran, tetapi 'Auf yang menerima hadis ini dari Abu Raja' telah lupa(, kemudian itu bangun pula Umar bin Khathab nombor empat. Nabi saw. sendiri apabila beliau tidur, tidak ada yang berani membangunkan, sehingga beliau bangun sendiri; kerana kita tidak tahu apa yang sedang

15

terjadi dengan beliau waktu beliau tidur. Setelah Umar bangun dan melihat apa yang terjadi, padahal dia seorang yang bersikap keras, lalu dia takbir dengan suara sekeras-kerasnya sehingga Rasulullah saw. terbangun oleh suaranya itu. Setelah Nabi bangun, mereka mengadu kepada beliau apa yang telah terjadi )yaitu solat subuh mereka luput kerana tertidur(. " Jawab Nabi saw., "Tidak mengapa dan marilah kita berangkat!" Setelah berangkat dan berjalan tidak berapa jauhnya, Nabi berhenti dan meminta air untuk berwuduk. Setelah wuduk dan adzan, maka Nabi solat berjamaah dengan rombongannya. Setelah selesai solat, Nabi melihat seseorang yang menjauhkan diri dan tidak ikut solat berjamaah dengan rombongan.Nabi bertanya: "Hai, Fulan! Mengapa anda tidak ikut solat berjamaah bersama rombongan?" Jawabnya, "Saya kena jinabah, sedangkan air tidak ada." Sabda Nabi saw., "Gunakanlah tanah, sesungguhnya tanah itu cukup untukmu )bertayammum(." Sesudah itu Nabi saw. dan rombongan meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan, rombongan mengadu kepada Nabi saw. bahwa mereka haus. Nabi berhenti dan memanggil si Fulan, yang namanya disebutkan oleh Abu Raja', tetapi 'Auf yang menerima hadis ini dari Abu Raja' lupa namanya, dan dipanggilnya pula' Ali bin Abi Thalib. Kata Nabi saw., "Pergilah anda berdua mencari air!" Keduanya lalu pergi mencari air. Mereka bertemu dengan seorang wanita sedang duduk di antara dua mazadah di punggung untanya. Keduanya bertanya kepada wanita itu, "Di manakah kami boleh memperoleh air?" Jawab wanita itu, "Kelmarin saya telah berjanji akan membawa air ke sini sekarang, kaum kami sedang menunggu-nunggu." Kata keduanya, "Berjalanlah sekarang juga!" Tanya wanita itu, "Kemana?" Jawab keduanya, "Kepada Rasulullah saw." Tanya wanita itu, "Apakah yang anda maksudkan orang yang disebut Ash Shabi )pembawa agama baru( itu?" Jawab keduanya, "Ya, betul orang yang anda maksudkan itu. kerana itu teruslah berjalan kepadanya." Keduanya membawa wanita itu kepada Rasulullah saw. dan menceritakan peristiwa di atas kepada beliau. Kata Nabi saw., "Suruhlah wanita itu turun dari untanya!"Dan Nabi menyuruh mengambil sebuah bejana, lalu dituangkannya air dari, mulut kedua mazadah itu dan setelah itu ditutupnya kembali, kemudian dibukanya pula mulut mazadah yang lain. Kemudian dipanggilnya seluruh rombongan dan disuruhnya minum, "Minumlah kamu sekalian dan beri minum pula binatang-binatangmu!" Maka minumlah mereka semuanya dan memberi minum pula siapa yang hendak memberi minum binatang-binatangnya. Akhirnya Nabi saw. memberikan sebuah bejana berisi air kepada orang yang kena jinabah. Kata Nabi kepadanya: "Pergilah anda mandi!" Wanita itu berdiri saja memperhatikan apa yang dibuat orang dengan airnya. Demi Allah, setelah seluruh rombongan selesai mengambil air, kami lihat mazadah itu lebih penuh isinya dari sebelumnya. Sabda Nabi saw., "Kumpulkan barang makanan untuk wanita ini!" Maka dikumpulkan orang untuk dia, makan-makanan seperti tamar, susu, tepung. Setelah terkumpul, lalu dibungkus dengan sehelai kain, kemudian wanita itu dinaikkan ke atas untanya kembali dan bungkusan itu diletakkan di hadapannya. , Kata Nabi kepadanya, "Engkau tahu, kami tidak mengurangi airmu sedikit pun. hanya Allah swt. yang memberi minum kami. " Maka sampailah wanita itu kepada kaumnya dan dia terlambat datang. Kata mereka, "Mengapa engkau terlambat, hai, Fulanah?" Jawab wanita itu, "Sungguh ajaib! Saya bertemu dengan dua orang laki-laki, lalu saya dibawanya kepada orang yang di sebut Ash Sahbi )pembawa agama baru(. Lalu dibuatnya begini dan begitu. Demi Allah, sesungguhnya dia seorang tukang sihir yang sangat pandai di antara ini dan ini )dia berkata dengan isyarat dua anak jarinya( jari tengah dan jari telunjuk, kemudian mengangkat keduanya ke langit, maksudnya antara langit dan bumi, atau dia itu benar-benar Rasulullah sesungguhnya." Tidak lama kemudian, kaum muslimin menyerang orang-orang musyrik di sekitar kampung wanita tadi, tetapi mereka tidak menyerang kaum tempat asal wanita itu sendiri. Pada suatu hari wanita itu berkata kepada kaumnya, "Saya kira kaum muslimin itu dengan sengaja tidak menyerang kamu kerana itu Islamlah kamu!" Mereka patuh akan ajakan wanita itu, lalu semuanya masuk Islam.211. Berita dari Anas bin Malik mengatakan, "Abu Dzar pernah bercerita, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Pada suatu waktu ketika aku berada di Mekkah, tiba-tiba atap rumahku dibuka orang. Maka turunlah Jibril, lalu dibedahnya dada ku, kemudian dibersihkannya dengan air zamzam. Sesudah itu dibawanya sebuah bejana emas penuh berisi hikmat dan iman, lalu dituangkannya ke dalam dada ku, dan sesudah itu dada ku dipertautkannya kembali. Kemudian ditariknya tangan ku, dan ia membawa ku naik ke langit-dunia. Setelah tiba di langit pertama, Jibril berkata kepada pengawal, "Buka pintu!" Malaikat pengawal bertanya, "Siapa itu?" Kata Jibril, "Saya, Jibril!" Kata pengawal, "Adakah orang beserta anda?" Jawab Jibril, "Ada! Muhammad saw. beserta ku." Tanya pengawal, "Sudah diutuskah dia?" Jawab Jibril, "Ya, sudah!" . Setelah pintu terbuka, maka kami naik ke langit pertama. Sekonyong-konyong kami bertemu dengan seorang laki-laki sedang duduk, di kanan kirinya tampak menghitam kelompok orang banyak. Apabila dia menengok ke kanan dia tertawa, tetapi apabila dia menengok ke kiri dia menangis. Orang itu berujar. "Selamat datang, wahai Nabi dan anak yang saleh." Aku bertanya kepada Jibril. "Siapakah orang ini?" Jawabnya, "Inilah Adam. Kumpulan orang yang banyak di kanan-kirinya ialah roh anak-cucunya. Yang sebelah kanan penduduk syurga dan yang sebelah kiri penduduk neraka. Maka apabila ia menengok ke kanan ia tertawa dan apabila ia menengok ke kiri ia menangis." Kemudian Jibril membawa ku naik ke tempat kedua. Ia berkata kepada pengawal. "Buka pintu!" Penjaga pintu bertanya kepada Jibril seperti penjaga pintu pertama bertanya, kemudian ia membukakan pintu. Kata Anas. "Rasulullah saw. menceritakan. bahawa di beberapa langit beliau bertemu dengan para Nabi, Adam, Idris, Musa, Isa, dan Ibrahim Shalawatullhi 'Alaihim . tetapi tidak diceritakannya di langit mana masing-masing berada, selain hanya menyebutkan Adam di langit pertama dan Ibrahim di langit keenam.' Kata Anas. Tatkala Jibril beserta Nabi saw. bertemu dengan Idris. Idris mengucapkan salam, "Selamat datang, Wahai Nabi dan Saudara yang saleh." Nabi saw. bertanya kepada Jibril "Siapa ini?" Jawab Jibril, "Inilah Idris." Rasulullah meneruskan: "Aku bertemu dengan Musa. Dia pun mengucapkan, . "Selamat datang, wahai Nabi dan Saudara yang saleh." Aku bertanya, "Siapa ini?" Jawab Jibril, "Ini Musa." Kemudian aku bertemu dengan Isa. Isa pun berkata, "Selamat datang, wahai Saudara dan Nabi Yang saleh." Aku bertanya, "Siapa ini?" Kata Jibril, "Ini Isa." Setelah itu aku bertemu dengan Ibrahim. Dia pun mengucapkan, "Selamat datang, wahai Nabi dan anak yang saleh." Aku bertanya pula, "Siapa ini?" Jawab Jibril, "Inilah Ibrahim alaihis salatu wassalam". Sesungguhnya Ibnu Abbas dan Abu. Hayyah al Anshari, kedua-duanya pernah bercerita bahawa Nabi saw. bersabda: "Kemudian aku dibawanya naik ke tempat yang lebih tinggi, di mana aku dapat mendengar bunyi goretan pena." Kata Ibnu Hazm dan Anas bin Malik , Nabi saw. bersabda, "Allah swt. mewajibkan solat atas umat ku lima puluh kali )sehari semalam(. Maka aku turun membawa perintah itu. Ketika aku lewat di hadapan Musa, ia bertanya kepada ku," Apa yang diperintahkan Allah kepada mu untuk dilaksanakan umatmu?" Jawab ku, "Allah swt. mewajibkan solat lima puluh kali." Kata Musa, "Kembalilah kepada Tuhan mu, kerana umatmu tidak akan sanggup melaksanakannya." Maka kembalilah aku kepada Tuhan ku, lalu dikuranginya sebagian. Kemudian aku kembali kepada Musa dan berkata, ' "Allah mengurangi seperdua." Kata Musa, "Kembalilah kepada Tuhan mu, sesungguhnya umatmu tidak akan sanggup melaksanakannya." Maka kembali pulalah aku kepada Tuhan ku. Lalu Allah menguranginya pula seperdua. Sesudah itu aku kembali pula mengabarkannya kepada Musa. Kata Musa. Kembalilah kepada Tuhan mu, sesungguhnya umatmu tidak sanggup melaksanakannya." Maka kembali pula lagi aku pada Tuhan ku. Dia )Allah( berfirman, "Walaupun lima, namun lima puluh juga. Putusan-Ku tidak dapat dirubah lagi .Maka aku kembali pula mengabarkannya kepada Musa. Kata Musa, "Kembalilah kepada Tuhan mu." Jawab ku, "Malu aku kepada Tuhan ku." Kemudian Jibril membawa ku hingga sampai ke Sidratul Muntaha. Tempat mana ditutup dengan aneka ragam warna yang aku tak tahu warna-warna apa namanya. Sesudah itu aku dibawa masuk ke dalam syurga, di mana di dalamnya terdapat mutiara bersusun-susun sedangkan buminya bagaikan kasturi."212. Dari Muhammad bin Al Munkadir, katanya: "Kulihat Jabir bin Abdullah solat dengan memakai sehelai pakaian. Dan ia mengatakan, 'Aku melihat Nabi saw. solat memakai pakaian sehelai saja." 213. Dari Abu Hurairah, katanya: "Seseorang datang bertanya kepada Rasulullah saw., menanyakan tentang solat dengan memakai satu helai pakaian." Jawab Nabi, "Apakah anda masing-masing mempunyai dua helai pakaian?" Kemudian bertanya pula seorang laki-laki kepada Umar bin Khathab perkara solat dengan sehelai pakaian juga. Jawabnya, "Kalau Allah memberi anda kelapangan )kekayaan(, maka manfaatkanlah kelapangan itu, dengan memakai pakaian secukupnya. solatlah dengan memakai sarong dan baju, memakai sarong dan kemeja, sarong dan mantel, seluar dan baju, seluar dan kemeja, seluar dan mantel dan seluar agak pendek dan kemeja."214. Dari Abu Sa'id Al Khudri, katanya: "Rasulullah saw. melarang berselimut dengan selimut sempit dan duduk mencangkung

16

dengan sehelai kain tetapi kemaluannya kelihatan jelas. 215. Dari Abu Hurairah, "Nabi saw. melarang jual beli dengan dua cara, iaitu dengan menyentuh dan melempar dan Nabi saw. melarang berselimut sempit , dan duduk mencangkung dengan memakai sehelai kain saja )tanpa seluar dalam sehingga kemaluannya kelihatan(."216. Abu Hurairah menceritakan, Pada hari Nahar )10 Dzulhijjah( di musim haji itu )tahun ke-9 Hijriyah(, aku disuruh Abu Bakar mengumumkan suatu pengumuman. Pengumuman itu aku sampaikan di Mina: "Orang-orang musyrik tidak boleh lagi haji sesudah tahun ini, dan tidak boleh tawaf di Baitullah )Ka'bah( dalam keadaan telanjang." Kata Hamid bin Abdurrahman, "Pengumuman itu kemudian disusul oleh Rasulullah saw. dengan menyuruh Ali bin Thalib mengumumkan surat Baraah.Kata Abu Hurairah, "Maka Ali bersama-sama dengan kami mengumumkan di hari Nahar pada orang-orang yang berada di Mina. Orang-orang musyrik tidak boleh lagi haji sesudah tahun ini, dan tidak boleh tawaf bertelanjang di Baitullah." 217. Dari Muhammad bin Al Munkadir, katanya: "Saya datang ke rumah Jabir bin Abdullah dan ku dapati dia sedang solat dengan memakai sehelai kain yang diperselimutnya; sedangkan mantel terletak begitu saja tidak dipakainya. Setelah dia selesai solat kami bertanya kepadanya, "Hai Abu Abdullah! Kami lihat engkau solat, sedang mantelmu tidak kamu pakai." Jawab Jabir, "Ya, betul! Saya suka memperlihatkan solat seperti itu kepada orang-orang bodoh seperti kamu ini. Saya melihat Rasulullah saw. solat seperti itu." 218. Berita dari Anas )bin Malik( mengatakan: "Ketika Rasulullah saw. memerangi negeri Khaibar, kami solat subuh di dekat sana ketika hari masih gelap. Kemudian Nabi dan Abu Thalhah menaiki untanya masing-masing, sedangkan aku membonceng di belakang Abu Thalhah. Nabiyallah saw. berjalan melalui jalan sempit menuju Khaibar, lalu lutut ku bersentuhan dengan paha Nabi saw. Beliau menyingsingkan kain sarungnya dari pahanya sehingga kelihatan olehku putih paha Nabi. Setelah masuk negeri Khaibar, Nabi mengucapkan, 'Allahu Akbar, rubuh Khaibar! Sesungguhnya, apabila kami datang pada halaman suatu kaum, maka sangat buruklah pagi-pagi itu orang-orang yang diberi peringatan.' Kata-kata itu beliau ucapkan tiga kali. Kata Anas, "Maka keluarlah penduduk negeri itu ke tempat mereka bekerja. Mereka berkata, "Muhammad dan tenteranya datang!" Kami dapat menaklukkan Khaibar dengan kekerasan. Rampasan dan tawanan lalu dikumpulkan. Tiba-tiba Dihyah datang kepada Nabi saw. dan berkata, "Ya, Nabiyallah! Berilah aku seorang jariyah )sahaya perempuan( dari tawanan itu." Jawab Nabi. "Pergilah! Ambillah seorang jariyah!" Lalu Dihyah mengambil Shafiyah binti Huyai. Kemudian, seorang laki-laki datang kepada Nabi saw. mengatakan, "Ya, Nabiyallah! Kenapakah wanita itu yang Tuan berikan kepada Dihyah? Bukankah Shafiyah binti Huyai seorang wanita bangsawan suku Quraizhah dan suku Nadhir? Tidak ada yang pantas memilikinya melainkan hanya Tuan sendiri." Kata "Nabi, "Panggil Dihyah dan suruh bawa wanita itu ke sini!" Dihyah datang membawa wanita itu. Setelah diperhatikan oleh Nabi saw., beliau berkata kepada Dihyah, "Ambil olehmu jariyah yang lain di antara para tawanan itu!" Shafiyah binti Huyai dimerdekakan oleh Nabi saw. dan kemudian dikahwininya. Tsabit )yang menerima hadis ini dari Anas( bertanya kepada Anas, "Hai, Abu Hamzah )Anas(! Apakah mas kahwinnya?" Jawab Anas, "Diri wanita itu sendiri; dia dimerdekakan oleh Nabi saw. lalu dikahwininya. " Di tengah perjalanan - waktu kembali ke Madinah - Ummu Sulaim )ibu Anas( mempersiapkan Shafiyah untuk perkahwinannya dengan Nabi. Tengah malam dia mengantarkan Shafiyah kepada Nabi saw. maka jadi pengantinlah Nabi ketika itu. Kata Nabi saw. kepada sahabat-sahabatnya, "Barangsiapa mempunyai makanan, bawalah kemari!" Lalu dibentangkan Nabi tikar kulit. Di antara sahabat-sahabat ada yang membawa korma, ada yang membawa minyak samin, tepung dan sebagainya. Semuanya dicampur jadi satu, dan itulah jamuan pesta perkahwinan Rasulullah saw. )dengan Shafiyah binti Huyai(.219. Dari' Aisyah, katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. solat subuh. Beberapa orang wanita mu'minah turut solat ,berjamaah dengan Nabi saw. Mereka solat berselimut kain. Setelah selesai solat mereka kembali ke rumahnya masing-masing dan tidak seorang pun yang mengenal mereka.220. Berita dari 'Aisyah, katanya: "Nabi saw. pernah solat memakai baju bergambar-gambar. Suatu kali Nabi saw. terlihat kepada gambar di baju itu. Setelah selesai solat, Nabi saw. berkata, "Bawalah baju ku ini kepada Abu Jahm dan bawa kemari tukaran dari Abu Jahm. Baju ini melalaikan ku sebentar ini dari solat ku."; 221. Dari Anas, katanya: "'Aisyah mempunyai sebuah tabir penutup sebahagian rumahnya. Kata Nabi saw. kepada 'Aisyah, 'Bukalah tabir ini, kerana gambar-gambarnya sentiasa tergambar bagi ku dalam solat ku. "222. Dari 'Uqbah bin 'Amir, katanya: "Nabi saw. pernah diberi orang sehelai baju sutera, lalu dipakainya. Kemudian Nabi saw. solat dengan memakai baju itu. Setelah selesai solat, Nabi saw. membukanya dengan kasar, menunjukkan Nabi saw. tak suka memakainya. Dan Nabi saw. bersabda, "Ini tak pantas bagi orang-orang yang taqwa."223. Dari Abu Juhaifah, katanya: "Saya melihat Rasulullah saw. dalam khemah merah dari kulit. Dan melihat Bilal mengambil air sisa wuduk Rasulullah saw., dan melihat orang banyak berebut mengambil air sisa wuduk itu. Siapa yang memperoleh air itu agak sedikit disapukannya ke badannya dan siapa yang tidak mendapat sedikit juapun, diambilnya dari basah tangan kawannya. Kemudian saya lihat Bilal mengambil sebuah tongkat lalu menancapkannya di tanah. Dan Nabi saw. datang berpakaian merah sambil menyingsingkan lengan bajunya. Nabi saw. solat berjamaah dua raka'at. Saya lihat orang dan ternak lalu di sebelah tongkat itu."224. Abu Hazim menceritakan kepada kami, katanya: Mereka bertanya kepada Sahl bin Sa'ad, "Dari kayu apa diperbuat mimbar Rasulullah?" Jawab Sahl, "Tidak ada lagi orang yang lebih tahu daripada saya tentang mimbar itu. Ia dibuat dari kayu Gabah , dibikin oleh si Fulan )Maimun( maula )sahaya yang telah dimerdekakan( dan si Fulanah )seorang wanita di Madinah(. Ketika mimbar itu selesai dibuat dan telah diletakkan di tempatnya, Rasulullah berdiri di atasnya, menghadap kiblat dan mengucapkan takbir )mulai solat( dan orang-orang )yang hadir ketika itu( berdiri di belakang Nabi. Sesudah itu beliau membaca )Fatihah(, kemudian rukuk dan rukuk pula orang- orang yang di belakang beliau. Kemudian , Nabi mengangkat kepalanya dan mundur, lalu sujud ke tanah. Sesudah sujud ia kembali ke mimbar, lalu membaca dan setelah itu rukuk. Setelah rukuk diangkatnya kepalanya, kemudian mundur, lalu sujud ke tanah. Begitulah )yang saya saksikan( perbuatan Nabi saw.225. Riwayat dari Anas bin Malik: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. jatuh dari kuda sehingga luka betis dan bahunya. Beliau berjanji tidak akan pulang kepada isteri beliau selama sebulan. Beliau tinggal di kamar loteng yang diberi tangga dengan batang korma. Maka berdatanganlah para sahabat mengunjungi beliau. Nabi solat bersama-sama dengan mereka sambil duduk, sedangkan mereka solat berdiri. Setelah Nabi memberi salam, beliau bersabda, "Imam itu diadakan untuk diikut. Apabila dia takbir, takbirlah kamu. Dan apabila dia rukuk, rukuk pulalah kamu. Apabila dia sujud, sujudlah kamu. Dan apabila dia solat dengan berdiri, solat pulalah kamu dengan berdiri." Setelah hari yang kedua puluh sembilan, Nabi saw. turun dari kamar loteng itu. Lalu para sahabat berkata : Ya, Rasulullah! Bukanlah anda berjanji tidak akan pulang selama sebulan?" Jawab Nabi, "Bulan ini hanya dua puluh sembilan hari."226. Riwayat dari Maimunah, katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah solat dan aku duduk di samping beliau, padahal aku sedang haid; kadang-kadang pakaian beliau menyentuh ku apabila beliau sujud." Maimunah menambahkan, "Nabi saw. solat di atas kain )sajadah(."227 Riwayat dari Anas bin Malik, "Bahwa neneknya, Mulaikah, mengundang Rasulullah saw. makan hidangan yang sengaja dibuatnya untuk beliau. Sesudah makan, Rasulullah saw. bersabda, "Aku ingin solat bersama-sama dengan Anda." Kata Anas, "Lalu aku berdiri ke sebuah tikar yang sudah hitam milik kami yang sudah lama dipakai. Tikar itu kupercik air. Setelah itu maka berdirilah Rasulullah saw. dan saya dengan seorang anak yatim )Jumairah( berbaris di belakang Rasulullah saw. dan wanita berdiri di belakang kami. Rasulullah saw. solat bersama kami dua raka'at dan sesudah itu beliau pergi." 228. Dari 'Aisyah, isteri Nabi saw. katanya: "Saya tidur di hadapan Rasulullah saw, sedangkan kedua kaki ku di tempat kiblatnya. Ketika dia sujud dicubitnya aku, lalu kutarik kaki ku. Dan apabila dia berdiri kulunjurkan kaki ku kembali." Berkata 'Aisyah menambahkan, "Ketika itu tak ada lampu dalam rumah."229. Riwayat dari 'Urwah: "Pada suatu ketika Nabi saw. solat, sedangkan 'Aisyah tidur melintang antara Nabi dan kiblat di tempat tidur mereka berdua."230. Dari Anas bin Malik, katanya: "Kami solat berjamaah dengan Nabi saw. " Seseorang di antara kami meletakkan hujung kain yang dipakainya di tempat sujud, kerana sangat panasnya tempat sujud." 231. Dari Abu Muslamah Sa'id bin Yazid Azdiy, katanya: "Saya bertanya kepada Anas bin Malik, "Adakah Nabi saw. solat di atas kedua terompahnya?" Jawab Anas, "Ada!"232. Dari Hammam bin Haris, katanya: "Saya melihat Jarir bin Abdullah buang air kecil, kemudian dia berwuduk, menyapu kedua sepatunya, lalu dia berdiri dan solat." Maka ditanyakan orang kepadanya tentang perbuatannya itu. Jawabnya, "Saya melihat Nabi saw. melakukan seperti itu."233. Dari Mughirah bin Syu'bah, katanya: Saya pernah menolong Nabi saw. menuangkan air untuk beliau wuduk. Beliau menyapu sepatu dan solat dengan memakai sepatu itu."234. Cerita dari Huzaifah, bahwa dia pernah melihat seseorang solat tanpa menyempurnakan rukuk dan sujudnya. Setelah orang itu

17

selesai solat, Huzaifah menegurnya, "Anda bukan solat!" Perawi hadis ini menambahkan, saya kira Huzaifah bahkan berkata, "Seandainya anda meninggal, tentunya anda meninggal tidak di atas sunnah Muhammad saw." 235. Dari Abdullah bin Malik bin Buhainah, "Apabila Nabi saw. solat, beliau merenggangkan kedua tangannya dari tubuhnya )ketika sujud( sehingga kelihatanputih ketiaknya."236. Dari Anas bin Malik, katanya: Rasulullah saw. bersabda, "Barangsiapa solat seperti kita, menghadap ke kiblat seperti kita, dan memakan binatang sembelihan kita, maka dia adalah orang muslim yang berada di bawah perlindungan Allah dan Rasul-Nya. Kerana itu janganlah Anda mengkhianati Allah perihal perlindunganNya itu."237. Dari Umar bin Dinar, katanya: "Kami bertanya kepada Ibnu Umar perihal seorang laki-laki yang tawaf umrah padahal dia belum sa'i antara Safa dan Marwa, bolehkan dia mencampuri isterinya?" Jawabnya, "Nabi saw. datang, lalu tawaf tujuh kali, kemudian beliau solat di belakang Maqam dua rakaat dan sesudah itu beliau sa'i antara shafa dan marwa. Sesungguhnya Rasulullah itu adalah ikutan yang paling baik untukmu." 238. Dari Saif )bin Sulaiman( r.a., katanya: Saya mendengar Mujahid berkata, Seseorang datang kepada Ibnu Umar dan berkata, "Rasulullah saw. masuk ke dalam Ka'bah." Kata Ibnu Umar, "Aku pergi pula ke Ka'bah, tetapi ku dapati Rasulullah telah keluar. Tetapi aku mendapati Bilal sedang berdiri di sana antara dua pintu." Saya bertanya kepada Bilal, "Adakah anda melihat Nabi saw. solat di dalam Ka'bah?" Jawab Bilal, "Ada! Beliau solat dua rakaat di antara dua tiang yang sebelah kiri kalau anda masuk. Sesudah itu beliau keluar, lalu solat dua raka'at di muka Ka'bah."239. Dari 'Atha' r.a., katanya: Saya mendengar Ibnu Abbas berkata, "Ketika Nabi saw. masuk Ka'bah, beliau mendoa di setiap sudut, dan beliau tidak melakukan solat sehinga akhirnya beliau keluar dari dalam. Sampai di luar, beliau solat dua raka'at menghadap ke Ka'bah, lalu beliau bersabda, "Inilah kiblat."240. Dari Barrak bin 'Azib r.a., katanya: "Rasulullah saw. solat menghadap ke Baitil Maqdis, enam atau tujuh belas bulan lamanya. Sedang beliau ingin solat menghadap ke Ka'bah. Maka turunlah ayat: Sesungguhnya Kami tahu engkau menghadapkan mukamu ke langit berulang-ulang, maka setelah itu Nabi saw. solat menghadap ke Ka'bah. Tetapi orang-orang bodoh, antara lain orang-orang Yahudi, berkata, "Apakah sebabnya mereka berpaling dari kiblat mereka semula?" Katakan hai Muhammad! "Kepunyaan Allah Timur dan Barat. Ditunjuki-Nya kepada jalan yang lurus siapa-siapa yang dikehendaki-Nya. " Seseorang laki-laki solat bersama Nabi saw: waktu terjadinya perubahan kiblat itu. Setelah selesai solat dia pergi. Dia melewati sekelompok orang Anshar sedang solat 'Ashar, masih menghadap ke Baitil Maqdis. Lalu dikatakannya bahwa tadi dia solat bersama Nabi saw. menghadap ke Ka'bah. kerana itu mereka merubah arah kiblat mereka dan menghadap ke Ka'bah. 241. Dari Jabir, r.a., katanya : "Rasulullah saw. pernah solat di atas kenderaannya dengan menghadap ke mana saja kendaraan itu menghadap. Dan apabila beliau hendak melakukan solat fardhu, maka beliau turun dan menghadap ke Kiblat." 242. Abdullah bin Mas'ud r.a. mengatakan, "Nabi saw. solat. Kata Ibrahim , yang meriwayatkan hadis ini. saya tidak tahu, entah solat Nabi lebih atau kurang dari semestinya. Ketika Nabi telah selesai solat, seseorang bertanya kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Apakah ada suatu perubahan dalam solat?" Jawab Nabi saw., "Ada apa gerangan?" Kata para sahabat, "Anda solat sebegitu banyaknya." Lalu Nabi bersimpuh menghadap ke kiblat, dan beliau sujud dua kali, sesudah itu memberi salam. Setelah Nabi bertatap muka dengan kami, beliau bersabda: "Sesunguhnya, kalau terjadi suatu perubahan dalam solat ku, nescaya aku beri khabar kepada anda sekalian. Aku ini manusia seperti anda juga. Aku bisa lupa sebagaimana anda juga pernah lupa. Sebab itu, kalau aku lupa maka ingatkanlah kepada ku. Apabila seseorang kamu ragu tentang bilangan raka'at solatnya, ambillah yang sedikit dan cukupkanlah bilangannya. Kemudian memberi salam dan sesudah itu sujud dua kali."243. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: "Ketika orang-orang di Quba sedang solat subuh, tiba-tiba datang seorang mengatakan, "Sesungguhnya tadi malam Al-Qur'an turun kepada Rasulullah saw. Beliau diperintahkan solat menghadap ke Ka'bah. Maka menghadap pulalah anda semua ke Ka'bah. Lalu mereka yang ketika itu sedang solat dengan menghadap ke Syam, merubah arah mereka dengan menghadap ke Ka'bah."244. Diceritakan oleh Anas bin Malik r.a., bahwa pada suatu ketika Nabi saw. melihat dahak di dinding sebelah kiblat. Nabi saw. tidak senang melihatnya sehingga kelihatan pada air muka Nabi. Lalu beliau berdiri dan membuang sendiri dahak itu dengan tangannya, sambil bersabda: "Apabila seseorang kamu sedang solat, sesungguhnya dia sedang berbicara dengan Tuhannya, atau Tuhannya berada antara dia dengan kiblat. Sebab itu janganlah kamu meludah ke arah kiblat, tetapi ke kiri atau ke bawah tapak kakinya." Kemudian Nabi saw. mengambil hujung cedarnya, lalu beliau meludah di situ, kemudian dilipat-lipatnya seraya bersabda, "Atau perbuatlah begini."245. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Apabila seseorang kamu berdiri hendak solat, maka janganlah dia meludah ke hadapannya kerana sesungguhnya dia sedang melakukan munajat kepada Allah swt. selama solat, dan jangan pula ke kanan kerana di kanan ada malaikat; tetapi meludahlah ke kiri atau ke bawah telapak kaki supaya ludah itu dapat dipendam." 246. Dari Abu Hurairah r.a., bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Adakah anda lihat muka ku menghadap ke kiblat? Demi Allah, bukan tidak tampak bagi ku khusyuk dan rukuk anda. Sesungguhnya aku dapat melihat anda walaupun anda berada di belakangku."247. Dan Abdullah bin Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah mengadakan pacuan kuda yang telah dilatih antara Hafya' dan Tsaniyatul Wada'. Kuda yang diperlumbakan ialah kuda-kuda yang dilatih dan tidak dilatih, dan latihan diadakan perlumbaan antara Tsaniyah ke Masjid Banu Zuraiq. Dan Abdullah. bin Umar termasuk orang yang ikut dalam pacuan kuda yang tidak dilatih itu." 248. Dari Anas r.a., katanya: "Dibawa orang ke hadapan Rasulullah saw. sejumlah harta dari Bahrain. Maka Nabi memerintahkan, "Letakkan harta itu di masjid." Harta itu adalah yang paling banyak yang pernah dibawa orang ke hadapan Rasulullah saw. Kemudian Nabi saw. datang ke Masjid hendak solat, namun beliau tidak menoleh sedikit juga kepada harta yang bertumpuk itu. Setelah selesai solat, lalu Nabi duduk dekat harta itu. Siapa saja yang kelihatan oleh Nabi ketika itu, maka diberinya harta itu. Ketika itu Abbas r.a. datang dan berkata, "Ya, Rasulullah! Berilah aku, kerana aku telah menebus diri ku dan si Akil. " Jawab Rasulullah, "Ambillah!" Lalu Abbas mengisi kainnya sampai penuh, kemudian mengangkatnya, tetapi ia tak kuat mengangkat. Kata Abbas, "Ya, Rasulullah! Tolonglah suruh orang mengangkatkan untukku. " Jawab Nabi, "Tidak!" Kata Abbas, "Atau anda sendiri tolong mengangkatkannya kepada ku." Jawab Nabi, "Tidak!" Maka dikuranginya sebahagian harta itu, kemudian diangkatnya tetapi masih belum bisa dia mengangkatnya. Kata Abbas, "Ya, Rasulullah! Tolonglah suruh orang mengangkatkannya kepada ku. " Jawab Nabi saw., "Tidak!" Kata Abbas, "Atau anda sendiri tolong mengangkatkannya kepada ku." Jawab Nabi saw., "Tidak!" Maka dikuranginya pula sebahagian lagi, sesudah itu diangkat oleh Abbas dan diletakkannya sendiri di bahunya kemudian pergi. Rasulullah mengikuti Abbas dengan .penglihatannya sampai ia hilang dari penglihatan kami. Rasulullah hairan melihat keserakahan Abbas. Ketika beliau berdiri, harta yang tinggal hanya satu dirham saja lagi." 249. Dari Anas r.a., katanya: "Aku mendapati Rasulullah saw. dalam masjid bersama-sama dengan sejumlah orang. Aku langsung mendekati beliau." Kata beliau kepada ku, "Apakah anda suruhan Abu Thalhah?" Jawab ku, "Benar, ya, Rasulullah!" Tanya Nabi pula, "Untuk makan?" "Ya," jawabku. Maka kata Nabi kepada orang-orang yang bersama beliau, "Berdirilah!" Lalu Nabi berjalan, dan aku sendiri berjalan di muka." 250. Mahmud bin Rabi' Al Anshari r.a. menceritakan, "Bahwa 'Itban bin Malik adalah salah seorang sahabat Rasulullah saw. dari golongan Anshar yang ikut berperang dalam peperangan Badar. Dia datang kepada Rasulullah saw. dan berkata, "Ya, Rasulullah! Penglihatanku sudah lemah. Sedangkan aku solat menjadi imam bagi kaum ku. Apabila hari hujan, maka air mengalir di lembah yang terbentang antara rumahku dan mereka, sehingga aku tak dapat datang ke mesjid untuk solat bersama-sama dengan mereka. Aku ingin, ya, Rasulullah, supaya anda datang ke rumahku, kemudian anda solat di sana dan jadikanlah rumahku itu jadi mushalla. Jawab Rasulullah, "Insya Allah. aku akan datang." Kata 'Itban, "Pada suatu pagi Rasulullah datang bersama-sama dengan Abu Bakar. Ketika itu hari telah agak siang. Rasulullah minta izin hendak masuk ke rumahku, dan aku menyilakan beliau masuk. Ketika beliau telah berada di rumahku beliau tidak duduk. Beliau bertanya, "Di sebelah mana engkau suka aku solat di rumah mu ini?" Kata 'Itban, "Aku hanya menunjuk ke suatu sudut dalam rumahku." Maka berdirilah Rasulullah saw. di tempat itu, lalu beliau takbir. Kami pun berdiri dan membuat shaf di belakang beliau. Beliau solat dua raka'at kemudian memberi salam. Setelah itu kami minta beliau tinggal sebentar untuk menikmati makanan yang telah kami sediakan untuk beliau. Maka berdatanganlah para tetangga berkumpul ke rumah itu. Di antara mereka ada yang bertanya, "Mana Malik ibnu Dukhaisyin atau Ibnu Dukhsyun?" Kata yang lain, "Si munafik itu? Dia tidak mencintai Allah dan Rasul-Nya." Sabda Rasulullah, "Janganlah berkata begitu!

18

Bukankah anda tahu, bahwa dia telah mengucapkan La illaha Illallah, kerana menginginkan keridhaan Allah?" Jawab orang itu, "Allah dan RasulNya lah yang lebih tahu." Dan katanya pula, "Kami telah menyaksikan bagaimana pandangan dan kejujuran Nabi menghadapi orang - orang munafik. " Bersabda Rasulullah saw. : "Sesungguhnya Allah mengharamkan masuk neraka orang-orang yang mengucapkan "La Illaahaillallah" dengan niat semata-mata kerana ingin keredaan Allah."251. Dan 'Aisyah r.a., katanya: "Nabi saw. selama ada kemungkinan, lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala urusannya, seperti dalam bersuci, menyisir rambut, dan memakai terompah." 252. Dan' Aisyah r.a., katanya: "Sesungguhnya Ummu Habibah dan Ummu Salamah ada menyebutkan kepada Nabi gereja yang dilihatnya di negeri Habsyah, bahwa di dalam gereja itu ada sejumlah patung. Kata Nabi saw., "Sesungguhnya orang-orang itu, jika yang meninggal di antara mereka orang saleh, mereka membuatkannya mesjid di atas kuburannya dan mereka buatkan patungnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk di sisi Allah pada hari kiamat." 253. Dari Anas r.a., katanya: "Nabi saw. datang ke Madinah dan berhenti di tempat yang tertinggi di kota, iaitu pada suatu kaum yang disebut Bani Amr bin 'Auf. Nabi menetap di situ selama empat belas malam. Kemudian Nabi saw. menyuruh seseorang memberi khabar kepada Bani Najjar dan mereka datang dengan membawa pedang. Seolah-olah tampak olehku Nabi sedang di atas kenderaannya dan Abu Bakar di belakangnya, sedang Bani Najjar mengelilinginya sehingga beliau berhenti di halaman Abi Ayyub. Nabi saw. lebih suka solat di mana saja atau apabila saja waktu solat telah tiba. Dan Nabi saw. pernah solat di kandang kambing. Kemudian beliau memerintahkan membuat masjid dan mengirim utusan kepada Bani Najjar. Kata Nabi saw. kepada mereka. "Hai, Bani Najjar! Katakanlah kepada ku berapa harga kebunmu ini?" Jawab mereka, "Demi Allah, kami tidak meminta harganya melainkan hanya kepada Allah." Kata Anas, "Di dalam kebun itu sebagaimana pernah aku katakan kepada mu terdapat kubur orang-orang musyrik, ada pula runtuhan rumah dan batang korma. Maka Nabi saw. memerintahkan supaya membongkar kuburan-kuburan itu meratakan runtuhan rumah-rumah dan memotong batang korma." Lalu mereka susun batang korma itu ke arah kiblat mesjid dan batu disusun di kiri kanan mesjid. Mereka bekerja mengangkut batu, sambil melagukan sya'ir, sedang Nabi s.a.w. bersama mereka mengucapkan: "Tidak ada kebaikan selain kebaikan akhirat. Maka ampunilah kiranya kaum Anshar dan Muhajirin." 254. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: "Aku datang kepada Nabi saw. ketika itu beliau sedang di masjid. Kata Nabi;" solatlah dua raka'at!" Nabi ada berhutang kepada ku, lalu dibayarnya dan beliau menambah bayaran untukku."255. Dari Abu Qatadah As Salami, r.a., bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Apabila seseorang kamu masuk mesjid, hendaklah solat dua raka'at sebelum duduk." 256. Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Malaikat mendoa untuk seseorang kamu selama ia masih berada di dalam mushalla di mana ia melakukan solat, dan selama ia belum berhadas. Kata Malaikat: "Ya, Allah! Ampunilah dia dan turunkanlah rahmat-Mu kepadanya. "257. Abdullah )bin Umar( r.a. menceritakan, bahwa mesjid di masa Rasulullah saw. terbuat dari batu bata, atapnya dari pelepah tamar dan tiangnya dari pohon korma. Abu Bakar tidak merubahnya sedikit jua pun. Kemudian Umar memperlebar dan mendirikannya seperti bangunan mesjid di masa Rasulullah, dari batu bata dan pelepah korma dan mengganti tiangnya dengan kayu. Setelah itu Usman merubah dan mengadakan banyak tambahan; dindingnya terbuat dari batu berukir dan kapur, tiangnya dari batu berukir dan atapnya dari kayu saj." 258. Dari Abdullah bin Abbas r.a., katanya: "Pada suatu hari terjadi gerhana matahari. Maka Nabi saw. melakukan solat. Kemudian beliau bersabda, "Diperlihatkan Allah kepada ku neraka, dan belum pernah aku melihat suatu pemandangan yang lebih mengerikan daripada pemandangan ketika itu."259. Dari lbnu Umar r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Kerjakanlah sebahagian solat anda di rumah anda, dan janganlah anda jadikan rumah dan menjadi kuburan." 260. Dari Abdullah bin Umar r.a., bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Janganlah anda masuk ke tempat orang-orang tersiksa, melainkan dengan menangis. Jika anda tidak menangis, maka janganlah masuk ke tempat mereka supaya anda tidak ditimpa apa yang telah menimpa mereka." 261. Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya,Rasulullah saw pernah bersabda: "Aku diberi Allah swt. lima perkara yang belum pernah diberikan-Nya kepada seorang pun dari Nabi-nabi sebelumku:1. Aku dimenangkan Allah swt. dengan menggentarkan hati musuh-musuhku sejauh sebulan perjalanan )sebelum aku berhadapan dengannya(. 2. Bumi dijadikan bagi ku sebagai tempat solat )masjid( dan sebagai alat untuk bersuci )yaitu tayammum(; karena itu di mana saja umat ku mendapatkan waktu solat maka hendaklah ia solat ketika itu juga. 3. Dihalalkan bagi ku harta rampasan perang. 4. Nabi-nabi sebelumku diutus khusus untuk kaumnya saja, sedangkan aku diutus untuk manusia seluruhnya, dan 5. Diberikan Allah kepada ku Syafa'at )pertolongan dan perlindungan(." 262, Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Ada seorang anak perempuan hitam, hamba sahaya kepunyaan seorang Arab yang kemudian dimerdekakannya, namun begitu masih tinggal bersama-sama dengan mereka. Sahaya itu bercerita, "Pada suatu hari anak gadis mereka keluar rumah dengan memakai selendang kulit berwarna merah. Kemudian selendangnya itu diletakkannya atau mungkin jatuh. Kebetulan seekor burung helang lewat, lalu menyambar selendang itu kerana disangkanya daging. Kemudian mereka mencari selendang tadi, tetapi tidak menemukannya. Lalu mereka menuduh anak perempuan hitam itu mengambilnya, dan mereka memeriksanya dengan teliti, sehingga kemaluannya pun diperiksa juga. Kata sahaya' itu, Demi Allah, ketika saya berdiri bersama-sama mereka, tiba-tiba burung helang itu lewat dan menjatuhkan selendang itu kembali tepat di antara mereka. Kataku, 'Inilah yang anda semua tuduhkan kepada ku, sedangkan aku tidak bersalah apa-apa. Inilah dia! lnilah dia! Kemudian sahaya itu datang kepada Rasulullah saw. lalu dia masuk Islam. Kata ' Aisyah, "Semenjak itu ia memperoleh sebuah tempat tinggal di masjid; sering datang serta bercakap-cakap dengan ku. Setiap kali ia duduk di dekatku ia selalu berujar: "Dan hari selendang itu adalah suatu keajaiban dari Tuhan kita. "Ingatlah ! Peristiwa itu telah melepaskan aku dari belenggu kekafiran." Kata 'Aisyah pula, "Aku bertanya kepadanya: Apakah sebabnya gerangan, setiap kali soda duduk di dekatku, anda selalu berujar begitu? Maka diceritakannya kepada ku cerita Selendang Merah itu." 263, Dari Sahal bin Sa'ad r.a., katanya: "Pada suatu hari Rasulullah saw. datang ke rumah Fathimah )puteri beliau( tetapi beliau tidak melihat Ali di rumah. Nabi saw. bertanya kepada Fathimah, "Di mana Ali?" Jawab Fathimah, "Antara saya dan dia ada suatu perselisihan, lantas dia marah kepada ku, Lalu dia pergi dan tidak tidur siang di rumahku." Rasulullah menyuruh seseorang, "Carilah dia! Di mana dia!" Orang itu kemudian datang melaporkan, "Ya, Rasulullah! Dia tidur di masjid.". Maka datanglah Rasulullah saw. ke masjid. Didapatinya Ali sedang tidur, cedarnya jatuh dari rusuknya, sehingga kena tanah lalu dibersihkan oleh Rasulullah sambil berkata, "Bangunlah hai orang bertanah! Bangunlah! Hai, orang bertanah!"264, Ka'ab bin Malik r.a. berkata: " Apabila Rasulullah saw. baru kembali dari suatu perjalanan, lebih dahulu beliau datang ke masjid dan solat di sana. 265, Dari Ikrimah r.a., katanya: "Ibnu Abbas berkata kepada ku dan kepada anaknya, Ali, 'Pergilah kamu berdua kepada Abu Sa'id, dan dengarkanlah ceritanya.' Lalu kami berdua pergi kepadanya dan kami dapati dia sedang dalam kebun membersihkan kebun itu. Setelah melihat kami, maka diambilnya cedarnya lalu ia duduk berpangku lutut. Dia mulai bercerita kepada kami, hingga sampai kepada cerita membuat sebuah mesjid. Katanya, kami membawa batu satu demi satu, sedangkan 'Ammar membawa dua-dua buah. Ia kelihatan oleh Nabi saw. lalu dibuangkannya tanah yang melekat pada Ammar, sambil beliau berkata: Kasihan 'Ammar! Dia dibunuh oleh orang-orang jahat. Namun Ammar memanggil mereka ke surga, tetapi mereka memanggil Ammar ke neraka. Kata Ammar, "Aku berlindung dengan Allah dari segala bencana."266, Ubaidillah AI Khaulani r.a. mendengar ucapan Usman bin Affan tentang ucapan orang terhadapnya ketika membangun masjid Rasulullah saw., katanya, "Sesungguhnya anda banyak mengatakan yang bukan-bukan. Sedangkan aku mendengar Nabi saw. bersabda:, "Siapa yang membangun masjid )kata Bukair, aku kira dia juga menyebut ku, kerana mengharap wajah Allah(, nescaya Allah membuatkan pula baginya di syurga, bangunan seperti itu."267. Dari Abdullah r.a. dari Nabi saw., sabdanya: "Barangsiapa masuk ke masjid atau ke pasar-pasar kita dengan membawa anak panah, hendaklah dipegangnya anak panah itu supaya tidak melukai orang muslim dengan perbuatannya itu."268, Abu Salamah bin Abdurrahman bin Auf r.a. menceritakan, bahwa dia mendengar Hassan bin Tsabit Al Anshari meminta keterangan kepada Abu Hurairah, katanya: "Saya mohon kepada anda kerana Allah, adakah anda mendengar Nabi saw. mengatakan: Hai Hassan! Jawabkanlah untuk Rasulullah, Ya, Allah! Tolonglah Hassan dengan semangat yang suci"Jawab Abu Hurairah, "Ya, betul! Saya ada mendengar!"

19

269, Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Seorang sahaya perempuan bernama Barirah datang kepada ku memohon supaya ia dimerdekakan. " Kata 'Aisyah: "Jika engkau mau, akan kuserahkan engkau kepada keluargamu yang masih ada berhubungan keluarga dengan saya." Kata keluarga Barirah kepada Aisyah, "Kalau anda mau, baiklah anda merdekakan saja dia dan setelah itu hubungan keluarga jatuh kepada kami." Setelah Rasulullah saw. datang, ku ceritakan perihal Barirah itu kepada beliau. Sabda Nabi saw., "Beli dan merdekakanlah dia; sesungguhnya hubungan keluarga itu kepada orang yang memerdekakannya. " Kemudian Rasulullah saw. berdiri di mimbar. )Dan Sufyan berkata pada suatu kali, Maka naiklah Rasulullah saw. ke mimbar(. Beliau bersabda: "Apakah alasan orang-orang menentukan beberapa syarat yang tidak terdapat dalam Kitabullah? Walaupun mereka menentukan syarat seratus kali, tetapi tidak terdapat dalam Kitab Allah, maka syarat mereka itu tidak berlaku."270, Cerita dari Ka'ab r.a., katanya: "Pada suatu ketika dia menagih piutangnya kepada Ibnu Abu Hadrad di masjid. Kedua-duanya keras suaranya hingga terdengar oleh Rasulullah saw. yang ketika itu sedang berada di rumahnya. Rasulullah saw. keluar mendatangi keduanya hingga tabir kamar beliau jadi melongo terbuka saja. Beliau memanggil, "Hai, Ka'ab!" Jawab Ka'ab, "Saya, ya Rasulullah!" Sabda Nabi saw., Kurangilah piutangmu itu sebegini!" )Nabi memberi isyarat seperdua(. Jawab Ka'ab, "Ya, saya kurangi ya, Rasulullah!" Kata Rasulullah kepada Ibnu Abu Hadrad, "Nah! Berdirilah dan bayarlah hutang Anda!" 271, Berita dari Abu Hurairah s.a. menceritakan, bahwa seorang laki-laki atau mungkin seorang perempuan kulit hitam )perawi hadis ini ragu(, bekerja sebagai penyapu masjid, meninggal dunia. Maka Rasulullah saw. menanyakan perihal dia. Orang-orang mengabarkan kepada Rasulullah, dia sudah meninggal. Rasulullah bersabda, "Mengapa aku tidak diberi tahu? Tunjukkanlah kepada ku kuburnya. " Rasulullah saw. pergi ke kuburnya dan )pulang dari kuburan( beliau solat ghaib untuknya.272, Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Ketika turun ayat-ayat surat Al Baqarah tentang riba, Rasulullah saw. pergi ke mesjid, maka beliau bacakan semuanya kepada orang banyak, kemudian beliau haramkan perdagangan khamr )minuman keras(."273, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah saw. mengirim satu pasukan berkuda ke Nejd. Kemudian mereka datang kembali membawa seorang laki-laki dari Bani Hanifah, bernama Tsumamah bin Utsal. Orang itu mereka ikatkan pada sebuah pilar mesjid. Rasulullah mendatangi orang itu, kemudian beliau bersabda,"Lepaskan dia!" Setelah itu Tsumamah pergi ke sebatang pohon korma dekat mesjid, lalu ia mandi dan setelah itu ia kembali pula ke mesjid dan masuk Islam. Ia mengucapkan, 'Aku mengaku bahwa tidak ada tuhan yang patut disembah, melainkan hanya Allah, dan sesungguhnya Muhammad itu utusan Allah." 274, Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw. katanya: "Tadi malam, Ifrit bangsa Jin datang kepada ku hendak mengganggu ku solat )atau beliau mengucapkan kata-kata yang sama maksudnya(. Tetapi Allah memungkinkan ku untuk mengatasinya. Aku bermaksud hendak mengikatnya pada sebuah tiang mesjid, sehingga pagi-pagi anda semua dapat melihatnya. Namun aku ingat doa saudara ku, Nabi Sulaiman, yang memohon, "Ya, Allah, Tuhan ku! Ampunilah aku, dan berikanlah kepada ku suatu kerajaan yang tidak akan pernah Engkau berikan kepada seorang jua pun sesudah ku." Kata Rauh, lalu jin itu diusir oleh Nabi."275, Dari Aisyah, r.a. katanya: "Dalam perang Khandaq, lengan Sa'ad )bin Mu'adz( luka. Maka Rasulullah saw. membuat sebuah khemah di mesjid untuk memudahkan beliau agar dapat melihatnya dari dekat. Di mesjid telah ada khemah lain dari Bani Ghaffar, dan mereka terkejut kerana darah mengalir dari khemah Sa'ad ke khemah Bani Ghaffar. Mereka berteriak, "Hai, penghuni khemah! Apa ini yang mengalir ke khemah kami dan khemah anda?" Ketika itu, luka Sa'ad sangat banyak mengeluarkan darah, sehingga dia meninggal di khemah itu."276, Dari Ummi Salamah r.a., katanya: "Aku mengeluh kepada Rasulullah saw. bahwa aku sakit )kerana itu aku tidak sanggup thawaf(. Sabda beliau, "Thawaflah di belakang orang banyak dengan berkenderaan." Lalu aku thawaf, dan Rasulullah sedang solat menghadap ke Baitullah, membaca "Ath Thur wa kitaabin musthur..."277, Diceritakan oleh Anas )bin Malik( r.a., bahwa dua orang sahabat Nabi saw. pada suatu malam yang gelap gelita; keduanya bersama sesuatu seperti dua lampu menerangi sekitar mereka. Setelah berpisah, masing-masing masih bersama satu masih memegang lampu hingga sampai ke rumahnya. " 278, Dari Abi Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Rasulullah saw. berkhutbah, sabdanya: Sesungguhnya Allah swt. menyuruh pilih kepada hamba-Nya antara dunia dan akhirat. Maka dipilihnya "akhirat". Lalu Abu Bakar r.a. menangis. Aku berkata pada diri ku sendiri, "Kenapa orang tua ini menangis, jika Allah swt. menyuruh pilih kepada salah seorang hamba-Nya antara dunia dan akhirat, lalu dipilih akhirat. Padahal yang dimaksud dengan hamba Allah itu ialah Rasulullah saw. sendiri. Sedangkan Abu Bakar adalah orang yang lebih tahu di antara kami. Sabda Nabi saw., "Hai, Abu Bakar! Jangan menangis! Sesungguhnya orang yang paling dekat kepada ku persahabatan dan hartanya, ialah Abu Bakar. Andai kata aku boleh memilih teman di antara umat ku, maka akan kupilih Abu Bakar. Tetapi persaudaraan dan kecintaan dalam Islam cukup memadai. Tidak satu pun pintu di dalam mesjid yang terbuka, melainkan semuanya tertutup, kecuali pintu Abu Bakar. 279,Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. sakit keras hendak meninggal dunia, beliau keluar dengan kepala diikat dengan sehelai kain, lalu beliau duduk di atas mimbar. Setelah memuji dan menyanjung Allah swt. beliau bersabda, "Tidak ada orang yang paling dekat kepada ku tentang diri dan hartanya selain Abu Bakar bin Abu Quhafah. Jikalau bolehlah aku memilih kawan di antara segala manusia, maka kupilih Abu Bakar. Tetapi persaudaraan sesama Islam lebih utama. Tutuplah semua pintu mesjid ini kecuali pintu Abu Bakar. 280, Dari Saib bin Yazid r.a, katanya: "Aku sedang berdiri di mesjid, lalu seseorang melempar ku. Setelah ku lihat, ternyata ia Umar bin Khathab. Katanya, "Jemput kedua orang itu dan bawa ke sini!" Maka aku membawa kedua orang itu kepadanya. Umar bertanya, "Siapa anda kedua-nya?" atau katanya, "Dari mana anda keduanya?" Jawab mereka, "Kami penduduk Thaif." Kata Umar, "Sekiranya anda berdua penduduk negeri ini nescaya ku pukul, kerana anda berdua mengeraskan suara di mesjid Rasulullah saw." 281, Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Seorang laki-laki bertanya kepada Nabi saw. ketika beliau sedang di atas mimbar, "Bagaimana caranya solat malam?" Nabi menjawab, "solat malam dua-dua rakaat, dan bila khuatir subuh datang, maka solatlah satu rakaat, bererti anda telah witir untuk setiap rakaat yang telah anda perbuat. Ibnu Umar mengatakan, "Buatlah solatmu yang akhir di waktu malam ganjil )witir( rakaatnya, karena Nabi saw. menyuruh begitu."282, Dari Abdullah bin Masalamah r.a., bahawa dia melihat Rasulullah saw. tidur telentang di dalam mesjid, salah satu kaki beliau terletak di atas yang lain. 283, 'Aisyah r.a., isteri Nabi saw. berkata: "Semenjak aku tahu kedua orang tua ku telah memeluk Islam semenjak aku mulai akil-baligh. Tiada satu hari pun kami lewati, melainkan Rasulullah saw. datang mengunjungi kami di kedua tepi siang, maupun petang. Kemudian ayahku, Abu Bakar, teringat hendak mendirikan sebuah mesjid, maka dibuatnya di halaman rumah kami. Ayahku solat dan membaca Qur'an di mesjid itu. Maka para wanita musyrik , dan anak-anak mereka berdiri di sekitarnya; mereka tercengang melihat ayahku dan memperhatikannya. Abu Bakar, ayahku, orang laki-laki yang mudah menangis dan tidak dapat menguasai air matanya apabila beliau membaca Al Qur'an. Hal itu menyebabkan para bangsawan musyrikin Quraisy gempar kerananya. 284, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "solat berjama'ah lebih banyak nilainya dua puluh lima kali daripada solat di rumah atau di pasar )tempat usaha( Sesungguhnya apabila kamu berwuduk dengan sempurna, kemudian dia datang ke mesjid dengan niat semata hendak solat, maka setiap dia melangkah walau selangkah, Allah menaikkannya satu darjat, dan menghapus kesalahannya, sehingga ia masuk ke mesjid. Apabila ia telah masuk mesjid, maka selama ia mengerjakan solat, bahkan selama ia masih berada di tempat duduknya di mesjid itu, malaikat sentiasa mendoakan baginya selama ia belum berhadas, "Wahai Allah! Ampunilah dia dan kasihilah dia!"285, Dari Abu Musa r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Sesungguhnya seorang mu'min terhadap seorang mu'min bagaikan sebuah rumah, yang satu mengukuhkan yang lain." Ketika berkata itu, Rasulullah saw. mendekapkan jari-jarinya. 286, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah saw. solat bersama kami, salah satu dari dua solat petang. )Kata Ibnu Sirin yang meriwayatkan hadis ini dari Abu Hurairah, Abu Hurairah ada menyebutkan nama solat itu, tetapi Ibnu Sirin telah lupa(. Maka Nabi saw. solat bersama kami dua raka'at lalu memberi salam. Sesudah itu beliau berdiri pada sebuah kayu yang dilintangkan di mesjid dan bertelekan padanya. Beliau kelihatan seperti orang sedang marah.

20

Diletakkannya tangan kanannya di atas tangan kirinya dan dipersilangkannya jari-jari kedua tangannya, kemudian diletakkannya pipi kanan di punggung telapak tangan kiri. Orang-orang yang ingin cepat, telah keluar dari pintu mesjid sambil bertanya-tanya, "Apakahsolat diperpendek?" Di antara jama'ah waktu itu terdapat juga Abu Bakar dan Umar. Tetapi keduanya tidak berani menanyakan hal itu kepada Nabi saw. Dr dalam jama'ah itu terdapat pula seorang sahabat yang panjang kedua belah tangannya sehingga dia dipanggilkan "Dzul Yadain". Orang ini bertanya kepada Rasulullah, "Ya, Rasulullah! Apakah anda lupa, ataukah memang solat dipersingkat?" Jawab Nabi, "Saya tidak lupa dan solat tidak pula dipersingkat." Lalu beliau bertanya )kepada jamaah(, "Betulkah itu apa yang ditanyakan Dzul Yadain itu?" Jawab jamaah, "Betul." kerana itu Nabi saw. berdiri kembali menyempurnakan raka'at yang tinggal, kemudian beliau memberi salam. Sesudah itu beliau takbir dan sujud seperti sujudnya dalam solat atau lebih. Kemudian beliau mengangkat kepala sambil takbir, sesudah itu sujud pula seperti sujud solat atau lebih, kemudian beliau mengangkat kepala sambil takbir." Kata perawi menambahkan, boleh jadi mereka bertanya, "Adakah Nabi memberi salam sesudah itu" Katanya, Imran bin Husain mengabarkan, "Sesudah itu, Nabi saw. memberi salam. "287, Berita dari Ibnu Umar r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. apabila beliau keluar di hari raya, beliau memerintahkan supaya membawa lembing. Kemudian lembing itu diletakkan orang di hadapan beliau dan beliau solat menghadapi lembing itu sedangkan orang banyak mengikuti beliau solat di belakang. Rasulullah saw. melakukannya dalam perjalanan, kerana itu ditiru pula oleh para raja."288, Dari 'Aun bin Abu Juhaifah r.a., katanya: "Aku mendengar ayahku mengatakan, bahwa Rasulullah saw. solat bersama-sama mereka di tanah lapang; solat zhuhur dua raka'at dan solat 'ashar dua raka'at, sedangkan di hadapan Nabi ditancapkan sebuah tongkat. Sementara itu seorang wanita dan seekor keledai lewat di hadapan beliau )di balik tongkat(."289, Berita dari Abdullah bin Umar r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersama-sama dengan Usamah bin Zaid, Bilal, dan Usman bin Thalhah Alhajjabi, masuk ke dalam Ka'bah, kemudian beliau menguncikannya dan tinggal di dalam beberapa lamanya. Saya bertanya kepada Bilal ketika dia keluar, "Apakah yang diperbuat Nabi saw. di dalam?" Jawabnya, "Beliau solat di mana sebuah tiang di kirinya dan sebuah lagi di kanannya dan tiga buah tiang di belakangnya. Sedangkan ketika itu Ka'bah mempunyai enam tiang, kemudian beliau solat di situ." 290, Berita dan Nafi' r.a. mengatakan, bahwa Abdullah bin Umar ketika masuk ke dalam Ka'bah, dia terus berjalan di muka dan meninggalkan pintu Ka'bah di belakangnya. Dia berjalan terus, sehingga dinding yang di hadapannya hanya berada lebih kurang tiga hasta darinya. Dia solat di mana Nabi saw. pernah solat, sebagaimana diceritakan Bilal kepadanya. Ibnu Umar mengatakan, "Tidak ada salahnya bagi kita solat di mana saja kita mahu di dalam Ka'bah."291, Berita dari Ibnu Umar r.a. dari Nabi saw. mengatakan, bahwa Nabi saw. dalam suatu perjalanan melintangkan kendaraannya, kemudian beliau solat menghadap ke arab kendaraan itu. 292, Abu Saleh As Samman r.a. bercerita, katanya: "Saya melihat Abu Sa'id Al Khudri solat pada hari Jumaat, dia menghadap sesuatu yang dapat mendindingnya dari orang-orang yang lalu lintas. Kemudian seorang pemuda dari Bani Mu'aith hendak lewat di hadapan Abu Sa'id, maka ditolakkan oleh Abu Sa'id tentang dada pemuda itu. Setelah meneliti, pemuda itu tidak ada melihat jalan lain kecuali di hadapan Abu Sa'id. Maka pemuda itu mencuba sekali lagi hendak lewat, tetapi Abu Sa'id menolakkannya lebih keras dari yang pertama tadi. kerana itu dia merasa kurang senang terhadap Abu Sa'id, lalu pergi kepada Marwan )Khalifah( mengadukan perlakuan Abu Sa'id terhadapnya. Setelah itu Abu Sa'id datang pula menghadap Marwan menyusul pemuda itu. Kata Marwan, "Apa yang terjadi antaramu dan anak saudara mu, hai, Abu Sa'id?" Jawab Abu Sa'id, "Aku mendengar Nabi saw. bersabda: Apabila seseorang kamu solat menghadap sesuatu yang dapat menutupnya dari orang-orang yang lalu-lintas, kemudian ada orang yang hendak lewat di hadapanmu, maka tolakkanlah dia. Tetapi jika dia enggan, lawanlah dia kerana sesungguhnya dia itu syaitan." 293, Berita dari Busr bin Sa'id r.a. menceritakan, bahwa pada suatu hari Zaid bin Khalid menyuruhnya pergi kepada Abu Juhaim menanyakan apa yang telah didengarnya dari Rasulullah saw. perihal orang yang lewat di hadapan orang yang sedang solat. Kata Abu Juhaim, "Rasulullah saw. bersabda: Kalau sekiranya orang yang lewat di hadapan orang yang sedang solat mengetahui akan dosanya, nescaya dia akan merasa lebih baik berdiri 40 hari menunggu daripada melewati orang yang sedang solat itu."294, Dari' Aisyah r.a., katanya: "Pada suatu kali, Nabi saw. solat padahal aku sedang tidur lelap di tikarnya. Ketika beliau hendak solat witir dibangunkannya aku, lalu aku solat witir pula." 295, Berita dari 'Aisyah r.a., mengatakan: "Diperkatakan orang di dekatku perkara yang membatalkan solat. Kata mereka, yang membatalkan solat ialah anjing, keledai dari wanita. Maka jawab ku, "Anda samakan kami dengan keledai dan anjing? Demi Allah! Sesungguhnya aku melihat Nabi saw. solat, padahal aku sedang berbaring di atas tempat tidur antara beliau dengan kiblat. Tiba-tiba aku mempunyai suatu keperluan; aku malas duduk kerana aku takut Nabi saw. akan terganggu solatnya. kerana itu aku turun perlahan-lahan ke dekat kaki beliau."296, Berita dari Abu Qatadah Al Anshari r.a., mengatakan, "bahwa Rasulullah saw. pernah solat, padahal beliau sedang menggendong Umamah binti Zainab binti Rasulullah saw." Dan berita dari Abu' Ash bin Rabi'ah bin Abdu Syams mengatakan, "Maka apabila beliau sujud diletakkannya Umamah itu, dan apabila beliau berdiri, digendongnya kembali." 297, Syaqiq r.a. bercerita, katanya: "Aku mendengar Hudzaifah berkata, pada suatu hari ketika kami duduk dekat Umar r.a. Dia berkata, "Siapakah di antara anda semua yang masih ingat sabda Rasulullah saw. tentang fitnah?" Jawab ku, "Aku! Aku masih ingat, tepat sebagaimana yang beliau sabdakan." Kata Umar, "Anda tak sangsi? Betulkah itu?" Jawab ku, "Fitnah )kesalahan( seorang laki-laki dalam keluarganya, hartanya, anaknya dan tetangganya dihapuskan oleh solat, puasa, sedekah dan oleh amar ma'ruf serta nahi mungkar." Kata Umar, "Bukan itu yang aku maksudkan. Tetapi fitnah yang menggelombang seperti gelombang laut." Jawab Hudzaifah, "Ya, Amiral Mu'minin! Anda tidak usah gelisah mengenai hal itu. kerana antara anda dan fitnah itu ada pintu yang terkunci rapat." Kata Umar, "Apakah pintu itu dipecah atau dibuka orang?" Jawab Hudzaifah, "Akan pecah." Kata Umar, "Kalau sudah pecah, tentu tak dapat dikunci lagi untuk selama-lamanya." Kami )Syaqiq dkk.( bertanya kepada Hudzaifah, "Apakah Umar tahu pintu itu?" Jawab Hudzaifah, "Ya,dia tahu sebagaimana dia tahu bahwa malam ini terjadi sebelum besok pagi. Dan aku telah menceritakan kepadanya hadis yang tidak mengandung kesalahan." Kata Syaqiq, "Kami takut akan bertanya lagi kepada Hudzaifah perihal pintu itu, maka kami suruh Masruq bertanya. Jawab Hudzaifah, "Pintu itu ialah Umar sendiri."298, Berita dari Ibnu Mas'ud r.a. mengatakan, bahwa seorang laki-laki mencium seorang perempuan. Lalu dia datang kepada Nabi saw. menceritakan halnya itu kepada beliau. Maka Allah swt. menurunkan ayat: "Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang )pagi dan petang( dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya , perbuatan yang baik-baik menghapuskan perbuatan yang buruk-buruk." Laki-laki itu bertanya. "Ya, Rasulullah! Apakah ini untuk saya ?" Jawab Nabi saw., "Untuk seluruh umatku!" 299, Abdullah r.a. bercerita, katanya: "Aku bertanya kepada Rasulullah saw., " Apakah amal yang paling disukai Allah?" Jawab beliau, "Solat pada waktunya. " Tanya Abdullah' "Sesudah itu apa?" Jawab beliau, "Berbuat baik kepada ibu bapa." Tanya Abdullah, "Sesudah itu apa?" Jawab Nabi saw., "Jihad )berjuang( di jalan Allah." Kata Abdullah,": Nabi saw. mengatakannya semua kepada ku. Dan kalau kuminta lagi, nescaya beliau akan menambahnya pula."300, Dari Abu Hurairah r.a. katanya, dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Bagaimanakah pendapat anda sekalian, jikalau sebuah sungai mengalir dekat pintu rumah anda; kemudian anda mandi di sungai itu lima kali sehari. Masih adakah daki yang tinggal di badannya?" Jawab mereka,"Tidak tinggal sedikit pun. " Sabda beliau, "Begitulah perumpamaan solat yang lima waktu; Allah menghapuskan dengannya segala kesalahan." 301, Berkata Zuhri, "Saya datang kepada Anas bin Malik di Damsyiq, kebetulan dia sedang menangis. Kutanyakan kepadanya, "Mengapa anda menangis? " Jawabnya, "'Saya tidak tahu lagi amal yang ku dapati di masa Nabi yang masih diindahkan orang sekarang, selain solat; itu pun sudah disia-siakan orang pula."302, Berita dari Anas r.a. dari Nabi saw., sabdanya: "Sempurnakan sujudmu! Jangan meletakkan kedua lenganmu dalam sujud ke bumi seperti anjing. Dan apabila meludah, janganlah meludah ke hadapan atau ke kanan, kerana anda sedang berbisik dengan Tuhan."303, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Apabila udara sangat panas, maka solatlah kalau udara sudah agak dingin. kerana udara yang sangat panas itu bertiup dari neraka jahannam. Dan mengadulah neraka kepada Tuhannya, "Sebahagian ku memakan sebahagian yang lain." Maka Tuhan mengizinkannya berhembus dua kali, satu kali di musim dingin dan satu kali di musim panas. Maka itulah yang kamu rasakan,

21

bersangatan panas di musim kemarau dan bersangatan dingin di musim dingin." 304, Dari Abu Dzar Al Ghiffari r.a., katanya: "Kami bersama Nabi saw. dalam suatu perjalanan. Tiba-tiba Muadzin hendak azan solat Zhuhur. Maka bersabda Nabi saw., "Tunggulah sampai udara dingin!" Kemudian Muadzin itu hendak azan pula. Maka sabda Nabi kepadanya, "Tunggulah udara dingin, sampai kita dapat melihat bayang-bayang bukit kecil itu."305, Berita dari Abu Barzah r.a. mengatakan, bahwa pada suatu kali Nabi saw. solat subuh dan masing-masing kami telah dapat mengenal orang yang duduk di sampingnya. Dalam solat itu Nabi membaca sekitar 60 sampai 100 ayat. Ketika matahari telah gelincir ke barat Nabi solat Zuhur, dan kemudian beliau solat 'Ashar pada waktu salah seorang kami pergi ke batas kota kemudian dia kembali sedangkan matahari masih terasa panas. Saya lupa )kata yang menerima berita dari Abu Barzah( keterangan Abu Barzah mengenai solat Maghrib. Sedangkan mengenai Isya, Nabi membolehkan untuk mengundurkannya hingga sepertiga malam. Kemudian dia berkata pula, hingga seperdua malam."306, Berita dari Ibnu Abbas r.a. mengatakan, bahwa Nabi saw. solat di Madinah tujuh dan delapan raka'at. Yaitu solat Zuhur dan 'Ashar )dikerjakan berturut-turut pada waktu yang sama tujuh rakaat(.307, Dari Aisyah r.a. katanya: "Nabi saw. solat 'Ashar padahal ketika itu cahaya matahari di kamarku belum ada bayang-bayang."308, Aisyah r.a. berkata, "Nabi saw. solat 'Ashar; padahal cahaya matahari ketika itu belum keluar dari kamarku."309, Dari Sayyar bin Salamah r.a., katanya: "Aku datang bersama ayahku kepada Abu Barzah Al Aslami, lalu ayahku bertanya kepadanya, "Bagaimana caranya Rasulullah saw. melakukan solat fardhu?" Jawab Abu Barzah, "Nabi melakukan solat Zhuhur atau yang anda namakan solat 'AI Uulaa' )solat pertama( ialah ketika matahari tergelincir ke barat. Dan beliau solat 'Asar, ketika salah seorang kami kembali dari perjalanannya ke ujung kota, sedangkan matahari masih terasa panasnya. Dan aku )kata Sayyar( lupa ucapannya tentang solat Maghrib. Dan Nabi lebih suka mengundurkan solat 'Isya yang anda namakan Al 'Atamah, dan beliau tidak menyukai tidur sebelum solat 'Isya , dan bercakap-cakap sesudahnya. Dan selesai solat Shubuh ketika seseorang telah mengenal orang duduk di samping, sedangkan Nabi membaca dalam solat itu sebanyak 60 sampai 100 ayat."310, Kata Abu Umamah r.a.: "Kami solat Zhuhur bersama Umar bin Abdul Aziz, setelah itu kami pergi menemui Anas bin Malik dan kami dapati dia sedang solat Asar. Kataku kepadanya, "Hai, Pak Cik! solat apakah yang Pak Cik kerjakan ini?" Jawabnya, "solat 'Asar! Dan inilah )waktunya( solat 'Asar Rasulullah saw., di mana kami pernah solat bersama-sama dengan beliau."311, Berita dari Anas bin Malik, r.a. katanya: "Rasulullah saw. pernah solat Asar, sedangkan matahari masih tinggi dan panas. Andaikan ada orang yang pergi , )ketika itu( ke puncak bukit, mereka akan sampai di sana ketika matahari masih tinggi. Puncak bukit yang tinggi di Madinah, ada kira-kira empat mil dari kota."312, Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Kami solat 'Asar. Kemudian seorang di antara kami pergi ke Quba' dan tiba kembali di tempat semula ketika matahari masih tinggi."313, Berita dari Ibnu Umar r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda: "Orang yang luput solat 'Asarnya, samalah ertinya dia telah kehilangan keluarga dan harta kekayaannya."314, Dari Abul Malih r.a., katanya: "Kami bersama Buraidah dalam suatu peperangan pada suatu hari yang berawan. Maka berkata Buraidah, "Segeralah lakukan solat 'Asar, kerana Nabi saw. pernah bersabda: "Barangsiapa meninggalkan solat 'Asar, maka hapuslah amalnya. " 315, Dari Jarir r.a., katanya: "Kami bersama-sama dengan Nabi saw. dan beliau menengok ke bulan - yakni bulan empat belas - Maka beliau bersabda, "Sesungguhnya kamu semua akan melihat Tuhan mu, sebagaimana kamu melihat bulan ini. Kamu tidak akan berdesak-desak melihat-Nya, jika kamu sanggup tidak pernah kalah mengerjakan solat Subuh sebelum matahari terbit, dan solat 'Asar sebelum matahari terbenam. Maka hendaklah kamu laksanakan. Kemudian beliau membaca ayat: "Dan tasbihlah kamu memuji Tuhan mu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenam." )Qaaf, 50 : 39(. 316, Berita dari Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Para malaikat bergiliran datang kepada mu malam dan siang. Dan semuanya bertemu ketika solat Subuh dan solat 'Asar. Kemudian malaikat yang jaga malam naik ke langit. Maka bertanyalah Tuhan kepada mereka )padahal Allah swt. sesungguhnya lebih tahu(, "Bagaimanakah halnya hamba-Ku yang kamu tinggalkan?" Jawab mereka, "Kami tinggalkan mereka sedang solat Subuh, dan kami dapati mereka sedang solat 'Asar."317, Berita dari Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Apabila seseorang kamu mendapat satu raka'at solat 'Asar sebelum terbenam matahari, hendaklah dia mencukupkan solatnya. Dan apabila dia mendapat satu raka'at solat Subuh sebelum terbit matahari, maka hendaklah dia mencukupkan solatnya." 318, Dari Abu Musa r.a., dari Nabi saw.: "Perumpamaan kaum Muslimin dengan Yahudi dan Nasrani, bagaikan seorang laki-laki yang mengupahkan suatu pekerjaan yang harus selesai sampai malam. Maka bekerjalah mereka hingga setengah hari, lalu kata mereka, "Kami tidak butuh upah darimu." Kemudian mereka upahkan kepada orang-orang lain, dengan janji mereka, "Selesaikanlah pekerjaan yang tinggal itu setengah hari lagi, untukmu upah satu hari yang telah kami sediakan." Maka bekerjalah mereka hingga waktu 'Asar, dan mereka berkata: "Untukmu apa yang kami kerjakan )tak usah bayar(". Lalu diupahkannya kepada orang-orang ketiga. Mereka ini bekerja sebanyak waktu yang masih ketinggalan, iaitu hingga matahari terbenam, namun dengan upah sehari penuh, termasuk upah dua golongan yang telah lalu."319, Kata Jabir r.a.: "Nabi saw. solat Zuhur di tengah hari, solat 'Asar ketika matahari masih bersinar terang, Maghrib setelah matahari terbenam, dan solat 'Isya berubah-ubah karena keadaan. Apabila beliau melihat jama'ah telah berkumpul untuk solat Isya, beliau lakukan segera, dan apabila beliau lihat mereka terlambat datang, maka beliau undur pula solat Isya. Sedangkan solat Subuh mereka atau Nabi saw. melakukannya pada waktu gelap pagi."320, Abdullah AI Muzani r.a. mengabarkan, bahwa Nabi saw. bersabda: "Janganlah kamu terpengaruh oleh bangsa Arab dusun, berhubung dengan nama solat Maghrib, yang mereka mengatakannya solat 'Isya." 321, Berita dari 'Urwah r.a. mengatakan, bahwa ' Aisyah mengabarkan kepadanya, katanya: "Rasulullah saw. menunda solat 'Isya pada suatu malam, iaitu sebelum Islam tersiar luas. Maka Nabi belum juga datang ke mesjid, sehingga Umar berkata: Kaum wanita dan anak-anak telah tidur. kerana itu Nabi datang ke mesjid, lalu bersabda kepada orang-orang di mesjid: "Tidak seorang pun penduduk bumi yang menanti-nanti waktu solat 'Isya selain kamu semua."322, Abdullah bin Umar r.a. mengabarkan, bahawa pada suatu malam Rasulullah saw. disibukkan oleh suatu urusan dan terlambat solat 'Isya sehingga kami tertidur di mesjid kemudian bangun, kemudian tertidur kemudian bangun lagi. Sesudah itu Rasulullah saw. datang kepada kami dan beliau bersabda: "Tidak seorang pun penduduk bumi yang menanti-nanti solat selain kamu semua." 323, 'Atha' mengabarkan bahwa ia mendengar Ibnu Abbas r.a. bercerita: "Pada suatu malam Rasulullah saw. terlambat melakukan solat 'Isya sehingga jama'ah )yang menunggu beliau( tertidur, kemudian mereka bangun, tertidur dan bangun pula kembali. Maka berdirilah Umar bin Khaththab, katanya: "solat!" 'Atha' menambahkan bahwa Ibnu Abbas mengatakan, "Maka datanglah Nabi saw. seperti masih kelihatan olehku sekarang air menitik dari kepala beliau dan beliau meletakkan tangannya di atas kepalanya dan bersabda: "Kalau tidak akan memberatkan bagi umat ku, akan kuperintahkan mereka melakukan solat 'Isya waktu begini."324, Dari Anas, katanya; "Nabi saw. menunda solat 'Isya hingga seperdua malam, barulah beliau solat. Kemudian beliau bersabda: "Orang-orang lain telah solat dan mereka telah tidur. Adapun kamu sama juga seperti dalam solat selama kamu menanti-nantikan solat itu."325, Berita dari Anas mengatakan bahwa Zaid bin Tsabit mengabarkan kepadanya, bahwa mereka makan sahur bersama-sama dengan Nabi saw. Sesudah itu mereka solat Subuh. Kata Anas kepada Zaid, "Berapa lama antara keduanya?" Jawab Zaid, "Sekadar lima puluh atau enam puluh ayat."326, Berita dari Anas bin Malik mengatakan bahwa Nabi saw. dan Zaid bin Tsabit keduanya makan sahur bersama-sama. Tatkala keduanya telah selesai sahur, Nabi saw. berdiri hendak pergi solat, maka solatlah beliau. "Aku bertanya kepada Anas," kata Tsabit, "Berapa lamanya antara keduanya selesai makan sahur dan mulai solat?" Jawab Anas, "Kira-kira selama orang membaca lima puluh ayat." 327, Berita dari Abu Hurairah mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang mendapatkan solat Subuh satu raka'at sebelum matahari terbit, bererti dia telah mendapatkan Subuh. " Barangsiapa mendapatkan satu raka'at solat 'Asar sebelum matahari terbenam, bererti dia telah mendapatkan Asar." 328, Berita dari Abu Huraifah mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa mendapatkan solat di dalam waktunya satu raka'at, bererti dia telah mendapatkannya seluruhnya."

22

329, Dari Ibnu Abbas, katanya: "Beberapa orang yang kusukai menyaksikan di sampingku, dan yang paling kusukai ialah Umar )bin Khaththab(, bahwa Nabi saw. melarang melakukan solat sesudah solat Subuh hingga matahari terbit, dan sesudah solat 'Asar hingga matahari terbenam. "330, Ibnu Umar r.a. mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Jangan kamu solat saat matahari terbit dan jangan pula di saat matahari terbenam."331, Ibnu Umar r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Apabila tepi matahari telah muncul hendak terbit, maka tundalah solat lebih dahulu sehingga matahari agak tinggi sedikit dari pinggir langit, dan apabila tepi matahari telah mulai hilang di tepi langit maka tundalah solat lebih dahulu sehingga matahari itu terbenam sama sekali."332, Abu Sa'id Al Khudri r.a. mengatakan bahwa ia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Tidak boleh solat sesudah solat Subuh sehingga matahari telah meninggi, dan tidak boleh solat sesudah solat 'Asar sehingga matahari telah sempurna terbenam."333, Berita dari Ummu Salamah r.a. mengatakan, bahawa Nabi saw. solat dua raka'at sesudah solat 'Asar dan kemudian beliau bersabda: Orang-orang dari suku Abdul Qais telah membuat ku sibuk yang menyebabkan ku telah terhalang melakukan solat dua rakaat sesudah Zuhur."334, 'Aisyah r.a. berkata: "Demi Allah! Nabi tidak pernah meninggalkan keduanya )dua raka'at sesudah 'Ashar( hingga beliau menemui Allah dan beliau belum menemui Allah sehingga telah sulit benar bagi beliau melakukan solat. Dan beliau sering melakukannya sambil duduk, yakni dua raka'at sesudah 'Ashar. Dan biasanya beliau melakukan keduanya di rumah, tidak melakukannya di mesjid, kerana takut akan memberatkan bagi ummatnya, dan beliau menyukai kemudahan bagi mereka." 335, 'Aisyah r.a. berkata: "Nabi saw. tidak pernah di sisiku meninggalkan solat dua raka'at sesudah 'Asar, sekali-kali tidak."336, 'Aisyah r.a. berkata: "Ada dua raka'at, yang Rasulullah saw. tidak pernah meninggalkannya, secara sembunyi atau terang-terangan, ialah: Dua raka'at sebelum Subuh dan dua raka'at sesudah Ashar."337, 'Aisyah r.a. berkata: "Nabi saw. tidak pernah datang kepada ku sehari-hari sesudah 'Asar, melainkan beliau solat dua raka'at."338, Berita dari Jabir bin Abdullah r.a. mengatakan bahwa Umar bin Khathab datang kepada Nabi saw. di hari peperangan Khandak sesudah matahari terbenam lalu dia memaki-maki orang-orang Quraisy. Katanya: "Hampir aku luput mengerjakan solat 'Asar, sehingga matahari hampir terbenam." Jawab Nabi saw., "Demi Allah! Aku pun belum solat 'Asar."Maka kami pergi ke tanah lapang. ) Nabi saw. mengambil wuduk dan kami berwuduk pula. Sesudah itu Nabi saw. solat 'Ashar. Sesudah matahari terbenam, kemudian beliau solat Maghrib."339, Dari Anas r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Barangsiapa lupa solat, maka hendaklah ia solat tatkala ingat. Tidak ada denda baginya melainkan hanya itu. Dan tegakkanlah solat untuk mengingat Allah. " 340, Kata Anas r.a.: "Pada suatu malam kami menanti-nanti Nabi saw. untuk solat 'Isya. Tengah malam barulah beliau datang lalu beliau solat bersama-sama dengan kami. Selesai solat, beliau bersabda, katanya: "Ketahuilah! Orang banyak telah solat dan mereka telah tidur. Tetapi kamu semua sentiasa seperti solat selama , kamu dalam menanti-nanti waktu untuk solat."341, Ibnu Umar r.a. mengatakan, bahwa ketika kaum Muslimin baru datang ke Madinah dan mereka sedang berkumpul, waktu solat tiba. Tetapi tidak ada panggilan )pemberitahuan( untuk solat. kerana itu, maka pada suatu hari mereka rundingkan hal itu bersama-sama. Kata setengah mereka, "Buatlah loceng seperti loceng kaum Nasrani." Kata yang lain, Buatlah trompet seperti trompetnya orang Yahudi." Kata Umar )bin Khathab(, "Mengapa tidak disuruh saja seseorang laki-laki memanggil solat." Kata Nabi saw., "Hai, Bilal! Berdirilah! Panggil orang banyak solat!"342, Dari Anas r.a., katanya: "Bilal disuruh oleh Nabi saw. supaya menggenapkan bacaan Azan dua-dua kali, dan menganjilkan bacaan Qamat satu-satu kali, selain bacaan "Qad Qaamatish Shalah."343, Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Setelah orang Islam bertambah banyak, mereka mengusulkan supaya memberitahukan waktu solat telah tiba, dengan suatu tanda yang mudah dikenal. Ada yang mengusulkan supaya menyalakan api atau membunyikan lonceng. Maka disuruh Nabi saw. Bilal supaya menggenapkan bacaan Azan dan mengganjilkan Qamat."344, Berita dari Abu Hurairah r.a., mengatakan, bahwa :Rasulullah saw. bersabda: " Apabila diserukan azan untuk solat, maka larilah segala syaitan terbirit-birit dengan kentutnya hingga tak terdengar lagi olehnya azan. Setelah selesai azan, dia datang pula kembali. Kemudian, apabila orang qamat, dia lari pula, dan setelah qamat selesai, dia datang kembali hendak menggoda hati setiap orang. Katanya, "Ingatlah ini dan itu."Yaitu hal-hal yang belum pernah diingat orang itu, sehingga dia lupa, telah berapa raka'at dia solat? 345. Abu Sa'id Al Khudri r.a. berkata kepada Abdullah bin Abdurrahman,"Kulihat anda menyukai kambing dan dusun kecilmu. kerana itu, apabila anda sedang berada dekat kambing-kambingmu atau di dusunmu, dan anda hendak azan solat, maka keraskanlah suara azan mu itu, kerana barangsiapa yang mendengar suara adzan, baik jin atau manusia dan lain-lainnya, semuanya akan menjadi saksi di hari kiamat nanti. Begitulah kudengar dari Rasulullah saw."346, Berita dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu mendengar azan, maka baca pulalah bacaan yang dibaca Muadzin itu!"347. Yahya r.a. bercerita: "Di antara saudara-saudara kita ada yang bercerita, bahwa setelah Muadzin )orang azan( membaca 'Hayya 'alash shalah' maka dia menjawab. 'Laa haula wa la quwwata illa billah '. Katanya, "Begitulah kami dengar Nabi saw. mengucapkannya."348, Berita dari Jabir bin Abdullah r.a. , mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang mendoa sesudah mendengar azan: "Allaahumma rabba hadzihid da'watit taammati wash shalaatil qaaimati, aati muhammadal wasiilati wal fadhiilati, wab'atshu maqaaamam mahmudal ladzi wa'adtahu." "Wahai Allah, Tuhan dari panggilan yang sempurna ini dan dari solat yang berdiri kekal, berilah kiranya kepada Muhammad kedudukan dan kemuliaan yang tinggi, bangkitkanlah dia di hari kiamat di tempat yang mulia yang telah Engkau janjikan", nescaya akan turun kepada orang itu pertolongan di hari kiamat nanti.349, Dari Salim bin Abdullah r.a., dari bapaknya, mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Bilal azan di tengah malam maka makan dan minumlah )sahur( kamu sampai Ibnu Ummi Maktum adzan. Dia buta, dan dia tidak akan azan kalau tidak dikatakan kepadanya bahwa Subuh telah tiba."350, Berita dari Hafsah r.a. mengatakan, "Apabila Muadzin telah azan untuk solat Subuh dan waktu Subuh telah tiba, maka Rasulullah saw. solat singkat lebih dahulu dua raka'at sebelum melakukan solat Subuh." 351, Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., dari Nabi saw., sabdanya: Janganlah terhalang seseorang kamu makan sahur kerana Bilal telah adzan. Sebab dia itu azan ketika hari masih jauh malam, untuk mengingatkan orang-orang yang solat Malam supaya segera menyelesaikannya dan untuk membangunkan orang-orang yang masih tidur. "352. Berita dari Abdullah bin Mughaffal Al Muzani r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Antara Azan dan Qamat ada solat." Beliau mengucapkan sabdanya itu sampai tiga kali dan menambahkan pada yang ketiga: "Bagi orang yang mau."353, 'Aisyah r.a. mengatakan, "Apabila Muadzin telah selesai azan Subuh, maka Rasulullah saw. solat ringan lebih dahulu dua raka'at sesudah terbit fajar. Setelah itu beliau berbaring ke sebelah kanan beliau sampai datang orang memberitahukan hendak Qamat untuk solat Subuh." 354, Berita dari Malik bin Huwairits r.a. mengatakan: "Aku datang kepada Nabi saw. bersama-sama dengan kaum ku, dan kami tinggal bersama Nabi selama 20 hari. Beliau sangat penyayang dan belas kasihan kepada kami. Maka ketika beliau melihat kami telah sangat rindu kepada keluarga kami, beliau berkata, ''Pulanglah, anda semua! Tinggallah bersama keluarga anda. Ajarkanlah agama kepada mereka dan solatlah. Jika telah tiba waktu solat, maka azanlah lebih dahulu salah seorang di antara kamu, kemudian jadikanlah yang tertua di antara kamu menjadi imam."355, Dari Abu Dzar r.a., katanya: "Kami bersama-sama dengan Nabi saw. dalam suatu perjalanan. Tiba-tiba Muadzin hendak azan. Maka bersabda Nabi saw. kepadanya, "Biarkan udara agak sejuk lebih dahulu! " Kemudian orang itu hendak azan pula. Beliau pun berkata, "Nantikanlah udara agak sejuk lebih dahulu!" Kemudian orang itu hendak azan pula. Beliau pun berkata, "Nantikanlah udara agak sejuk lebih dahulu!" Sehingga akhirnya bayangan bukit-bukit kecil telah sepadan dengan tingginya masing-masing. Maka bersabda Nabi saw., "Sesungguhnya panas yang terik itu dari neraka Jahannam".356, Diberitakan oleh Nafi' r.a., katanya: "Ibnu Umar azan pada suatu malam yang sangat dingin di Dhajnan )sebuah bukit dekat Mekkah(, Kemudian dia berkata, "solatlah anda di kenderaan anda masing-masing."Kemudian diceritakannya kepada kami bahwa Rasulullah saw. pernah menyuruh seseorang azan; sesudah itu beliau bersabda, "solatlah anda di kenderaan masing-masing " Peristiwa ini terjadi di malam yang amat dingin, hujan dan dalam suatu perjalanan."357, Dari Abu Juhaifah r.a. dari bapanya, katanya, "Saya melihat Rasulullah saw. di Abthah )suatu tempat di luar kota Mekkah(. Bilal datang kepadanya memberitahukan

23

tentang solat. Sesudah itu Bilal keluar membawa sebuah tongkat yang kemudian di tancapkannya di hadapan Rasulullah saw. di Abthah dan sesudah itu Bilal Qamat untuk solat.358, Berita dari Abu Juhaifah r.a. mengatakan, bahwa dia melihat Bilal adzan. Katanya, "Saya perhatikan Bilal ketika azan, mulutnya begini dan begitu ketika dia azan itu."359, Dari Abu Qatadah r.a., katanya: "Ketika kami sedang solat bersama Nabi saw., tiba-tiba beliau mendengar suara gaduh seorang laki-laki. Setelah selesai solat beliau bertanya, "Apa yang terjadi?" Jawab mereka, "Kami tergopoh-gopoh hendak solat." Sabda Nabi saw., "Jangan berbuat begitu! Apabila kamu hendak solat )berjamaah(, bersikaplah tenang. Mana yang kamu dapati, solatlah bersama mereka, dan mana yang kamu ketinggalan sempurnakanlah kemudian."360, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. , sabdanya: "Apabila kamu mendengar Qamat, maka pergilah solat )berjamaah(, dan hendaklah bersikap tenang dan tenteram, jangan tergesa-gesa. Dalam keadaan bagaimana saja pun mereka kamu dapati, maka solatlah kamu bersama mereka, mana yang anda luput daripadanya, sempurnakanlah kemudian." 361, Berita dari Abu Qatadah r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Apabila muadzin telah qamat untuk solat, maka janganlah kamu berdiri lebih dahulu, sebelum melihat ku )berdiri di hadapanmu(, dan hendaklah kamu bersikap tenang. "362, Berita dari Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. telah datang, solat telah diqamatkan, dan shaf telah diluruskan. Nabi saw. telah berdiri di tempat beliau solat dan kami menanti-nanti beliau takbir. Tiba-tiba beliau pergi sambil berkata, "Tetaplah di tempatmu masing-masing! " Kami tetap berdiri di tempat kami seperti semula, sehingga beliau datang kembali. Ketika beliau datang, air di kepala beliau masih menitik-nitik, kerana ternyata beliau baru selesai mandi."363, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "solat telah diqamatkan dan jama'ah telah meluruskan shaf mereka. Maka datanglah Rasulullah saw., dan beliau langsung ke muka, sedangkan beliau junub. Beliau bersabda, "Tetaplah di tempatmu masing-masing!" Lalu Rasulullah pergi mandi. Setelah beliau datang kembali, air masih menitik-nitik dari kepala beliau. Nabi saw. solat bersama-sama dengan mereka."364. Dari Anas r.a., katanya: "Solat telah diqamatkan orang. Nabi saw. sedang berbisik-bisik dengan seseorang laki-laki di samping mesjid. Beliau belum juga datang mengimami solat, sehingga orang-orang tertidur."365, Dari Anas bin Malik, r.a., katanya: "Muadzin telah qamat untuk solat. Seseorang datang kepada Nabi, dan beliau terhalang untuk mengimami solat yang telah diqamatkan itu." 366, Berita dari Abu Hurairah r.a., mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Demi Allah, yang diri ku di tangan-Nya, aku ingin menyuruh seseorang mengumpulkan kayu api, kemudian menyuruh azan untuk solat, kemudian menyuruh seseorang mengimami orang banyak. Kemudian aku berbalik kepada orang-orang yang tidak solat berjama'ah, lalu kubakar rumah mereka. Demi Allah yang diri ku di tangan-Nya, kalaulah mereka tahu bahwa mereka akan memperoleh daging yang baik penuh gemuk, atau dua daging bagus antara dua tulang rusuk, tentulah dia akan menghadiri solat 'Isya berjama'ah."367, Berita dari Abdullah bin Umar r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Solat berjama'ah lebih utama dari solat sendiri-sendiri dua puluh tujuh derajat."368, Abu Hurairah r.a. memberitakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "solat seseorang dengan berjamaah, pahalanya berlipat ganda daripada solatnya seorang diri di rumahnya atau di pasar, dua puluh lima kali ganda. Sebabnya ialah, kerana apabila seseorang berwuduk, kemudian disempurnakannya wuduknya itu, lalu dia pergi ke mesjid dengan niat hanya untuk menunaikan solat, maka tidak satu langkah pun langkah yang dilangkahkannya, melainkan ditinggikan Allah darjatnya satu tingkat untuk setiap langkah, dan dihapuskan pula kesalahannya. Apabila dia telah solat, maka malaikat sentiasa mendoakannya selama dia masih berada di tempatnya solat, katanya: "Wahai, Allah! Limpahkan kepadanya kebaikan dan kasihilah dia!" Dan seseorang kamu sentiasa dianggap seperti dalam solat selama dia menunggu-nunggu waktu solat."369, Abu Hurairah r.a. memberitakan, bahwa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda:"Solat berjamaah lebih utama daripada solat sendiri-sendiri dua puluh lima kali lipat. Para malaikat malam dan para malaikat siang berkumpul bersama ketika solat Fajr. Kemudian Abu Hurairah berkata, "Jika kamu suka, bacalah ayat Qur'an, sesungguhnya bacaan waktu Fajr disaksikan oleh para malaikat." 370, Ummu Darda' r.a. bercerita, "Abu Darda' datang kepada ku, ketika itu ia sedang marah. Lalu kutanyakan, "Mengapa anda marah?"Jawabnya, "Demi Allah! Tidak ada yang aku ketahui tentang ummat Muhammad sesuatu yang paling baik, melainkan hanya solat berjamaah."371, Berita dari Abu Musa r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Orang yang paling besar pahala solatnya, ialah orang yang paling jauh )dari mesjid(. Dan sesudah itu ialah orang yang menunggu-nunggu waktu untuk solat sehingga ia solat dengan imam, lebih besar pahalanya daripada ia solat )sendiri( kemudian ia tidur." 372, Berita dari Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Ketika seseorang berjalan di suatu jalan; kemudian di dapatinya sepotong duri di jalan itu, lalu dibuangnya, Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya. Sesudah itu beliau bersabda. pula: "Yang disebut mati syahid itu ada lima macam: 1. Orang mati kena tikam. 2. Orang mati kerana sakit perut )kolera?( 3. Orang mati tenggelam. 4. Orang mati ditimpa tanah longsor )runtuh(. 5. Orang yang mati fi sabilillah )mati di medan perang kerana berjuang menegakkan Agama Allah(. Kalaulah manusia tahu keutamaan azan dan shaf pertama solat berjemaah, tetapi mereka tidak mungkin mendapatkannya kecuali hanya dengan jalan diundi, nescaya mereka akan mahu diundi untuk mendapatkannya. Kalaulah mereka tahu keutamaan solat Zuhur )dilakukan tepat pada awal waktu(, pastilah mereka akan berlomba-lomba melaksanakannya. Dan kalaulah mereka mengetahui keutamaan solat 'Isya dan solat Subuh )dengan berjamaah(, pastilah mereka akan memerlukan datang )ke mesjid(, sekalipun mereka akan merangkak."373, Berita dari Anas r.a. menceritakan, bahwa Bani Salamah bermaksud hendak pindah dari tempat kediaman mereka, supaya mereka dapat berdekatan dengan Nabi saw. Tetapi Nabi saw. tidak menyukai kepindahan mereka itu.kerana itu Nabi saw. bersabda kepada mereka, "Tidakkah anda hitung langkah-langkah anda )pulang-pergi ke mesjid(?"' 374. Berita dari Abu Hurairah La. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Tidak ada solat yang lebih berat bagi orang munafik daripada solat Subuh dan 'Isya. Dan kalaulah mereka tahu keutamaan kedua solat itu )dilaksanakan berjama'ah(, nescaya mereka akan datang)ke mesjid(, sekalipun dengan merangkak." Sesungguhnya saya ingin menyuruh seseorang azan dan qamat, kemudian menyuruh yang lain menjadi imam solat berjama'ah, kemudian aku sendiri pergi mengambil suluh )obor(, lalu kubakar orang-orang yang tidak datang solat )berjama'ah(." 375, Berita dari Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Para malaikat sentiasa mendoakan kamu selama kamu masih berada di tempatmu solat dan belum berhadas. Doanya, "Ya, Allah! Ampunilah kiranya dia dan limpahkan kasih sayang kepadanya!" Seseorang kamu sentiasa dianggap seperti dalam solat, selama dia masih menunggu dan tidak ada yang menghalanginya untuk pulang ke rumahnya melainkan hanya kerana )menunggu( solat."376, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Allah swt. akan memberikan naungan kepada tujuh jenis orang pada hari kiamat, di mana tidak ada naungan ketika itu kecuali naungan Allah.1. Imam )pemimpin, kepala pemerintahan yang adil.(2. Pemuda yang terdidik/terlatih sejak kecil dalam menyembah Allah.3. Seseorang yang hatinya tergantung di mesjid.4. Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah; mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah 5. Seorang laki-laki yang dirayu untuk berbuat mesum oleh wanita bangsawan yang cantik, lantas ia menolak dengan berkata halus, "Aku takut kepada Allah."6. Seorang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang telah diberikan tangan kanannya.7. Seorang yang mengingat Allah waktu bersunyi-sunyi, lantas meleleh air matanya."377, Berita dari Humaid r.a. menceritakan, bahwa Anas pernah ditanya orang, "Adakah Rasulullah saw. memakai cincin?" Jawab Anas, "Ada!" Pada suatu malam Rasulullah saw. menunda solat 'Isya hingga sampai tengah malam. Sesudah solat, Rasulullah menghadapkan muka beliau kepada kami sambil bersabda: "Orang-orang telah solat

24

bahkan mereka telah tidur. Tetapi kamu semua dianggap seperti berada dalam solat, selama kamu menanti-nanti solat itu. Kemudian Anas menambahkan, "Seolah-olah tampak olehku kilat cincin Nabi ketika itu."378, Berita dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. sabda beliau: "Siapa yang segera pergi ke mesjid, pagi atau petang! nescaya disediakan Allah tempat baginya di syurga setiap dia pergi pagi atau petang."379, Berita dari Malik bin Buhainah r.a., mengatakan. bahwa Rasulullah saw. pernah melihat seorang laki-Iaki solat dua rakaat sesudah qamat. Ketika Rasulullah saw. telah selesai solat, dan orang banyak memandang hairan kepada orang itu, maka Rasulullah saw. bersabda: "Subuh! Subuh! Subuh! Subuh!" )empat kali(."380, Aswad r.a. bercerita: "Pada suatu kali kami berada dekat Aisyah r.a., lalu kami memperbincangkan masalah menetapi , solat berjamaah dan memuliakannya. Kata 'Aisyah, "Ketika Rasulullah saw. sedang solat keras menjelang akhir hayat beliau, waktu solat tiba dan orang pun telah azan; maka berkata beliau, "Suruhlah Abu Bakar supaya dia mengimami solat berjamaah dengan orang banyak." Dijawab orang, "Abu Bakar seorang penyedih hati. Kalaulah dia yang menggantikan anda, dia tidak akan sanggup solat menjadi imam bagi orang banyak." Rasulullah mengulangi perintahnya sampai tiga kali, tetapi orang itu mengulangi jawabnya pula hingga tiga kali. Akhirnya Rasulullah saw. bersabda: "Kamu semua )wanita( sahabat-sahabat Yusuf. Suruhlah Abu Bakar solat dengan orang banyak!" Abu Bakar datang, dia solat menjadi imam bagi orang banyak. Ketika Nabi merasa agak ringan penyakitnya, beliau datang ke mesjid dengan dipapah oleh dua orang )Abbas dan Ali(. Seolah-olah masih kelihatan olehku bagaimana Nabi menghela kakinya kerana sakit. Dan Abu Bakar hendak undur ke belakang. Tetapi diisyaratkan oleh Nabi kepadanya supaya dia tetap di tempatnya. Kemudian beliau dipapah/didudukkan orang di dekat Abu Bakar."381, Abu Sa'id Al Khudri r.a. bercerita: "Awan gelap datang, hari pun hujan sehingga atap yang terbuat dari pelepah , korma itu jadi bocor. Dan qamat telah diucapkan. Kulihat Rasulullah saw. sujud di air dan tanah, sehingga saya melihat bekas-bekas tanah melekat di kening beliau."382, Berita dari Ibnu Umar r.a. mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Apabila makan malam telah dihidangkan, dan qamat untuk solat telah diucapkan, dahulukanlah makan malam dan jangan terburu-buru hingga kamu selesai makan. "383. Aswad r.a. berkata bahwa ia bertanya kepada 'Aisyah, katanya: "Apakah yang diperbuat Nabi dalam rumah tangganya?" Jawab 'Aisyah, "Beliau juga melakukan pekerjaan rumah tangga, menolong isteri beliau. Dan apabila waktu solat telah tiba, beliau pergi solat."384. Berita dari Abu Qalabah menceritakan, bahwa Malik bin Huairits r.a. datang kepadanya di mesjid, lalu berkata: "Saya akan solat di hadapanmu. Sesungguhnya aku tidak bermaksud hendak solat, tetapi aku sengaja hendak memperlihatkan bagaimana caranya Nabi saw. solat." Saya bertanya kepada Abu Qalabah, "Bagaimana caranya solat?" Jawabnya, "Seperti guru kita ini! Nah, lihatlah! Guru kita itu duduk sebentar sesudah mengangkat kepalanya dari sujud, sebelum terus berdiri daripada raka'at pertama )ke raka'at kedua(."385. Berita dari 'Aisyah, Ummul Mukminin r.a. menceritakan, bahwa ketika Rasulullah saw. sakit keras, beliau bersabda: "Suruhlah Abu Bakar menjadi imam solat dengan orang banyak." Saya berkata kepada beliau, "Jika Abu Bakar yang menggantikan Tuan jadi imam, orang banyak tidak akan mendengar suaranya kerana ia penangis. kerana itu suruhlah Umar yang menjadi imam solat orang banyak." Aisyah menambahkan, "Perkataanku itu ku sampaikan pula kepada Hafsah. Bahwa apabila Abu Bakar yang menggantikan Nabi menjadi imam solat, suaranya tidak akan terdengar oleh orang banyak kerana dia penangis. kerana itu suruhlah Umar yang menjadi imam solat bagi orang banyak. Hafsah melakukan apa yang kukatakan kepadanya itu. Maka jawab Rasullullah saw., "Tidak! . Kamu adalah teman-temannya Yusuf. Suruhlah Abu Bakar yang menjadi imam solat orang banyak." Maka berkata Hafsah kepada 'Aisyah, "Aku tidak lebih beruntung daripada kamu. "386, Diceritakan oleh Anas bin Malik Al Anshari r.a., yang biasa mengikuti, melayani dan menemani Rasulullah saw. dan yang menyukakannya, katanya: "Abu Bakar menjadi imam solat bagi kami ketika Nabi saw. sakit menjelang akhir hayat beliau. Maka pada suatu hari, hari Isnin, mereka telah berbaris hendak solat. Tiba-tiba Nabi saw., menyingkapkan tabir kamarnya melihat kepada kami. Beliau berdiri dengan wajah seputih kertas )berkilauan(, senyum dan tertawa. Sehingga kami hampir saja terfitnah kerana kegirangan melihat Nabi saw. )tersembuh(.Abu Bakar mundur ke belakang untuk masuk ke dalam shaf, kerana dia mengira bahwa Nabi saw. akan datang solat. Tetapi Nabi saw. memberi isyarat kepada kami supaya kami menyempurnakan solat kami, dan setelah itu beliau lepaskan tabir. Ternyata beliau wafat pada hari itu juga." 387, Cerita dari Sahl bin Sa'ad As Sa'idi r.a., katanya: "Bahwa Rasulullah saw. pergi kepada Bani 'Amr bin 'Auf untuk memperdamaikan mereka. Ketika waktu solat tiba, muadzin datang kepada Abu Bakar dan berkata: "Maukah anda menjadi imam solat bagi orang banyak? Saya akan membaca qamat untuk itu." Jawab Abu Bakar, "Baiklah." Maka solatlah Abu Bakar. Rasulullah pun datang ketika orang banyak sedang solat, dan beliau terus masuk ke dalam shaf pertama. Orang banyak menepukkan tangan mereka. Tetapi Abu Bakar tidak menoleh dalam solatnya. Ketika tepukan tangan tambah banyak , dia pun menoleh, dan melihat Rasulullah saw. Nabi memberi isyarat kepadanya supaya dia tetap di tempatnya. Abu Bakar mengangkat tangannya dan memuji Allah sehubungan dengan perintah Rasulullah saw. itu. Setelah itu Abu Bakar mundur ke dalam shaf pertama dan Rasulullah saw. maju ke depan menjadi imam solat. Ketika telah selesai solat, Rasulullah saw. bertanya. "Hai, Abu Bakar! Kenapa anda enggan tetap di tempatmu semula, padahal telah kusuruh?" Jawab Abu Bakar, "Tidak pantas rasanya bagi anak Abi Quhafah untuk solat mengimami Rasulullah." Maka bersabda Rasulullah saw. )kepada jama'ah(, "Mengapa tadi kamu banyak yang bertepuk tangan? Barangsiapa yang merasa ada apa-apa ketika solat, maka hendaklah dia tasbih )membaca subhanallah(. kerana apabila dia tasbih, nescaya orang akan menoleh kepadanya. Dan isyarat dengan tepuk tangan adalah untuk wanita. "389, Anas bin Malik r.a. menceritakan, bahwa Rasulullah saw. pada suatu kali mengendarai kuda. Rasulullah jatuh dari kuda itu sehingga luka rusuk beliau yang sebelah kanan. kerana itu Nabi solat sambil duduk dan kami pun solat di belakang beliau sambil duduk pula. Selesai solat beliau bersabda: "Sesungguhnya imam diadakan untuk diikut. kerana itu apabila imam itu berdiri, maka berdiri pulalah kamu. Apabila dia ruku', ruku' pulalah, apabila dia bangkit, bangkit pulalah, dan apabila dia mengucapkan Sami'allahu liman hamidah, maka ucapkanlah Rabbana lakal hamd. Dan apabila dia solat berdiri, maka solat pulalah berdiri, dan apabila dia solat sambil duduk, maka solat pulalah kamu sekalian sambil duduk. " Kata Abu Abdullah, Humaidi berkata, bahwa sabda Rasulullah saw., 'Apabila dia solat sambil duduk, maka solat pulalah kamu sambil duduk, ialah sabda beliau ketika dia sakit dahulu. Sesudah itu beliau )Nabi saw.( pernah solat sambil duduk, sedang orang banyak di belakangnya berdiri. Tetapi beliau tidak menyuruh mereka duduk. Dari kedua keterangan ini tentu diambil yang terakhir dari perbuatan Nabi itu."389, Kata Al Barra' )bin 'Azib( r.a.: " Apabila Rasulullah saw. membaca 'Sami'allahu liman hamidah', maka kami , belum membungkukkan punggung sebelum Nabi saw. telah sujud dan sesudah itu barulah kami sujud."390, Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi katanya: "Tidakkah takut seseorang kamu apabila dia mengangkat kepalanya lebih dahulu dari imam, kepalanya akan dijadikan Allah seperti kepala himar, atau rupanya seperti rupa himar?"391, Dari Ibnu Umar u. katanya: "Setelah orang-orang Muhajir yang pertama sampai di 'Usbah, suatu tempat di Quba, sebelum kedatangan Rasulullah saw., imam solat bagi mereka ialah Salim, maula Abu Hudzaifah, seorang yang paling banyak hafal Al Qur'an."392, Diceritakan oleh Anas r.a. dari Nabi saw., bahwa beliau bersabda kepada Abu Dzar, sabdanya: "Dengarkan dan patuhilah pembesarmu, sekalipun yang diangkat jadi pembesar itu seorang Habsyi yang kepalanya seperti kismis )zabibah = anggur kering(." 393, Diceritakan oleh Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Mereka solat menjadi imam solat bagi mu. Maka jika mereka betul, dia dan kamu akan mendapat pahala. Tetapi jika ia salah, kamu tetap mendapat pahala, sedangkan mereka berdosa."394, Diceritakan oleh Abu Tiyyah r.a., bahwa dia sesungguhnya mendengar dari Anas bin Malik, bahwa Nabi saw. bersabda kepada Abu Dzar, sabdanya: "Dengarkan dan patuhilah )perintah pemimpin-pemimpin( walaupun dia seorang Habsyi yang kepalanya seperti kismis." 395, Diceritakan oleh Abu Mas'ud, r.a., bahwa seorang laki-laki mengadu kepada Nabi saw., katanya: "Demi Allah! Ya Rasulullah! Aku luput solat Subuh )berjama'ah( hanya disebabkan kerana si Anu )yang menjadi imam( terlalu memanjang-manjangkan )bacaan( solat dengan kami. "

25

Belum pernah aku melihat Rasulullah saw. ketika beliau memberikan nasihat yang lebih marah daripada hari itu. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya di antara kamu telah menyebabkan orang menjauhkan diri )dari agama ini(. Maka. siapa saja solat menjadi imam bagi orang banyak, hendaklah dia meringkaskan solatnya, kerana di antara makmum itu ada orang yang lemah, ada orang tua, dan ada pula orang yang sedang mempunyai urusan.!396, Diceritakan oleh Abu Hurairah r.a., bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Apabila seseorang kamu solat )jadi imam(, hendaklah meringkaskannya, kerana di antara makmum, ada orang yang lemah, orang sakit, dan orang tua. Dan apabila dia solat sendirian, panjangkanlah sekehendak hatinya."397, Anas 'r.a. bercerita, katanya: "Nabi saw. pernah memendekkan solat beliau, tetapi beliau melakukannya dengan sempurna."398, Berita dari Abu Qatadah r.a. yang diterimanya dari Nabi saw.; sabdanya: "Ketika aku berdiri hendak solat, aku bermaksud hendak memanjangkan solat ku itu. Tetapi tiba-tiba terdengar olehku tangis bayi, maka kuringkaskan solat itu, kerana aku tak ingin menyusahkan ibunya )yang ikut solat waktu itu(."399, Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. bertambah sakit, Bilal datang kepada beliau memberitahukan bahwa waktu solat telah tiba. Maka sabda beliau, "Suruhlah Abu Bakar menjadi imam solat bagi orang banyak. " Aku )' Aisyah( berkata kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Sesungguhnya Abu Bakar seorang penyedih. Kalaulah dia yang menggantikan Tuan menjadi Imam, dia tidak akan kedengaran oleh orang banyak. Kenapa Tuan tidak menyuruh Umar saja?" Sabda beliau, "Suruhlah Abu Bakar supaya dia menjadi imam bagi orang banyak. " Kemudian kukatakan kepada Hafsah agar dia mengatakan kepada beliau: "Sesungguhnya Abu Bakar seorang penyedih. Kalau dia yang menjadi imam menggantikan Rasulullah, dia tidak akan kedengaran oleh orang banyak. Kenapa Tuan tidak menyuruh Umar saja." Jawab beliau, "Sesungguhnya kamu )para wanita( sahabat Yusuf. Suruhlah Abu Bakar menjadi imam solat bagi orang banyak. " Abu Bakar tampil menjadi imam. Sementara itu Rasulullah saw. merasakan badannya agak ringan. Beliau pergi ke mesjid dipapah dua orang laki-laki, sedangkan kedua kaki beliau terjuntai ke lantai hingga sampai ke mesjid. Ketika Abu Bakar mendengar bahwa Rasulullah saw. datang, dia mencuba hendak mundur ke belakang. Tetapi Rasulullah mengisyaratkan kepadanya supaya ia tetap di tempatnya, dan Nabi saw. duduk di sebelah kirinya.Abu Bakar solat dengan berdiri, sedang Rasulullah saw. solat sambil duduk. Abu Bakar mengikutkan solat Rasulullah saw., dan orang banyak mengikutkan Abu Bakar r.a."400, Berita dari Nu'man bin Basyir r.a. , mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Luruskan shaf )barisan(-mu! . Atau Allah akan mempertikaikan arah mukamu )berpecah belah( nanti?"401, Berita dari Anas r.a. mengatakan, bahwa pada suatu kali qamat untuk solat telah diucapkan orang. Rasulullah saw. menghadapkan mukanya kepada kami, lalu beliau bersabda: "Luruskan dan rapatkan shaf-mu! Sesungguhnya aku dapat melihatmu di belakangku."402, Berita dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., bahwa beliau bersabda: "Imam itu ditetapkan untuk diikuti. kerana itu janganlah kamu menyalahinya. Apabila dia rukuk, rukuk pulalah kamu. Apabila dia membaca Sami'allahu liman hamidah, maka baca pulalah Rabbana lakal hamdu. Dan apabila dia sujud, sujud pulalah kamu, apabila dia duduk, duduk pulalah semua-)nya. Dan luruskan shaf )barisan( dalam solat; sesungguhnya meluruskan shaf itu sebaik-baik solat."403, Dari Abdullah bin 'Umar r.a., katanya: "Saya melihat Nabi saw. memulai takbir solatnya: diangkatnya kedua tangannya sewaktu takbir itu hingga setentang dengan kedua bahunya. Apabila beliau takbir untuk ruku', beliau melakukan seperti itu pula. Dan apabila beliau mengucapkan Sami'allahu liman hamidahu dan mengucapkan Rabbana lakal hamd, beliau melakukannya seperti itu pula. Beliau tidak melakukan demikian ketika )hendak( sujud dan ketika mengangkat kepala dari sujud."404, Dari Anas r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Luruskan shaf! Aku dapat melihatmu di belakangku: Di antara kami ada yang bertemu bahu dengan bahu kawannya, dan tumit dengan tumit." 405, Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Pada suatu malam aku solat bersama-sama dengan Nabi saw. Aku berdiri sebelah kiri beliau. Maka dipegangnya kepala ku di ,belakang dan menyuruh ku ke sebelah kanan beliau. Kemudian beliau solat dan setelah itu tidur. Maka datanglah orang memberitahukan untuk solat. Lalu beliau berdiri dan terus solat tanpa mengulang wuduk kembali." 406, Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Aku dan seorang anak yatim solat bersama-sama di rumah kami, di belakang Nabi saw. Sedangkan ibu ku, Ummu Sulaim, di belakang kami."407, Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. solat malam di kamarnya, padahal dinding kamar itu pendek, sehingga orang banyak dapat melihat Nabi saw. kerana itu mereka solat pula seperti Nabi. Setelah hari pagi, mereka mempercakapkan hal itu. Malam kedua Nabi solat pula. Orang banyak pun solat pula seperti beliau. Mereka lakukan hal seperti itu dua atau tiga malam, dan sesudah itu beliau solat sambil duduk dan tidak keluar. Ketika hari telah subuh, orang banyak menanyakan hal itu kepada beliau. Jawab beliau, " Aku takut, kalau kalau kamu mengira solat malam itu wajib." 408, Zaid bin Tsabit memberitakan bahwa Rasulullah saw. membuat sebuah kamar di bulan Ramadhan, dan beliau solat di situ beberapa malam. Lalu beberapa orang sahabat solat pula seperti solat Nabi. Setelah Nabi mengetahui akan hal itu maka beliau solat sambil duduk. Kemudian Nabi saw. datang kepada mereka dan bersabda: "Sesungguhnya aku tahu apa yang telah anda semua lakukan. solatlah anda semua di rumah masing-masing, kerana solat yang paling utama ialah solat seseorang di rumahnya, kecuali solat fardhu."409, Anas bin Malik Al Anshari r.a. menceritakan, bahwa pada suatu ketika Rasulullah saw. naik kuda. )kerana jatuh(, maka rusuk beliau yang sebelah kanan luka. Semenjak itu beliau solat sambil duduk untuk beberapa kali solat. Kami solat pula di belakang beliau )makmum( sambil duduk. Sesudah memberi salam, beliau bersabda, "Sesungguhnya imam itu ditetapkan untuk diikut. Maka apabila dia solat berdiri maka solat pulalah dengan berdiri. Apabila dia ruku', ruku' pulalah kamu. Apabila dia bangkit, bangkit pula, apabila dia sujud, sujud pula, dan apabila dia mengucapkan Sami'allahu liman hamidah maka ucapkanlah Rabbana lakal hamd. "410, Berita dari Salim bin Abdullah r.a., dari bapaknya, dia mengatakan, bahwa Rasulullah saw. mengangkat kedua belah tangan beliau hingga setentang dengan kedua lengannya, apabila dia takbir memulai solat,dan takbir untuk rukuk. Apabila beliau mengangkat kepalanya dari rukuk, beliau mengangkat pula keduanya seperti itu, sambil membaca Sami'allahu liman hamidah Rabbana walakwl hamdu. Tetapi beliau tidak melakukan perbuatan seperti itu ketika hendak sujud."411. Berita dari Anas r.a. mengatakan, bahwa Nabi saw., Abu Bakar dan Umar r.a., ketiga-tiganya memulai solat mereka dengan membaca Alhamdulillahi rabbil 'Alamin )surat al fatihah(. 412, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah saw. hening sebentar antara takbir dan bacaan fatihah. Aku bertanya, "Dengan nama bapa dan ibu ku, ya, Rasulullah! Selama anda hening antara takbir dan bacaan fatihah, apakah yang anda baca?" Jawab beliau, "Aku membaca: Allahuma baa'id baini wa baina khathayaya kamaa baa'adta bainal masyriqi wal maghribi. Allaahumma naqqini minal khathayaya kamaa yunaqqats tsaubul abyadhu minaddanas. Allaahummaghsil khathayaya bil maa-i wafs tsalji wal baradi." )Wahai, Allah! Jauhkanlah antaraku dan kesalahanku seperti jauhnya Timur dan Barat. Wahai, Allah! Sucikanlah aku dari segala kesalahanku, seperti halnya kain putih dibersihkan orang dari kotoran. Wahai, Allah! Bersihkanlah segala kesalahanku dengan air salji dan dengan air ais(. 413, Asma binti Abu Bakar r.a. memberitakan, bahwa pada suatu ketika Nabi saw. melakukan solat kusuf )solat gerhana matahari(. Beliau berdiri lama-lama, rukuk lama-lama, kemudian berdiri kembali lama-lama, kemudian rukuk lagi lama-lama, kemudian bangkit dari rukuk dan sesudah itu sujud lama-lama, kemudian bangkit lalu sujud lama-lama. Kemudian berdiri kembali lama-lama, kemudian rukuk lama-lama, kemudian bangkit dan berdiri lama-lama, kemudian bangkit lalu sujud kembali lama-lama. Sesudah itu beliau melengong memberi salam. Sabda beliau: "Sungguh dekat rasanya syurga kepada ku, sehingga andaikan aku berani, dapat kupetikkan untukmu setangkai buah dari buah-buahannya. Tetapi neraka terasa dekat pula kepada ku. Sehingga aku berucap, "O, Tuhan! Apakah aku bersama mereka?" Tiba-tiba aku melihat seorang wanita, yang kuduga dia itu dicakar kucing. Lantas aku bertanya, "Apa yang telah terjadi?" Jawab mereka, "Wanita itu telah mengurung kucing itu sampai mati kelaparan, tidak diberinya makan dan tidak pula dilepaskannya supaya kucing itu dapat mencari makan sendiri." 414, Dari Abi Ma'mar r.a., katanya: Kami bertanya kepada Khabbab, "Adakah Nabi saw. membaca )ayat( dalam solat Zuhur dan Asar?" Jawabnya, "Ada!" Tanya ku, "Bagaimana kamu dapat mengetahuinya?" Jawabnya, "Dari gerakan janggutnya. "

26

415, Dari Abdullah bin Abbas r.a., katanya: "Pada masa Rasulullah saw. terjadi gerhana matahari. Lalu beliau solat )kusuf(". Para sahabat bertanya, Ya, Rasulullah! Anda kami lihat seperti mengambil sesuatu di tempat anda berdiri, kemudian anda surut ke belakang. Mengapa ?" Jawab Nabi, "Diperlihatkan kepada ku syurga, lalu kupegang setangkai )buah( daripadanya. Kalau kupetikkan untukmu, nescaya dapat untuk kamu makan seumur dunia."416, Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Nabi saw. solat bersama-sama dengan kami. Kemudian beliau naik ke mimbar dan menunjuk dengan tangannya ke arah kiblat mesjid. Kemudian beliau bersabda: "Sekarang saya sungguh-sungguh telah melihat syurga dan neraka. Yaitu semenjak aku solat tadi bersama-sama dengan kamu sekalian. Kedua-duanya bagaikan tergambar dalam penglihatanku di dinding sebelah kiblat itu. Belum pernah aku menyaksikan kebahagiaan dan kesengsaraan seperti yang ku saksikan hari ini." Ucapan beliau itu diucapkannya sampai tiga kali.417, Anas bin Malik bercerita, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Apakah gerangan yang terpikir oleh sementara orang yang melihat ke langit dalam solatnya?" Sangat keras ucapan beliau ketika mengucapkan kata-katanya itu. Sehingga akhirnya beliau bersabda: "Hentikanlah perbuatan seperti itu! Ataukah mereka ingin pandangan mereka dicabut?"418, Dari' Aisyah r.a., katanya: "Aku bertanya kepada Rasulullah saw. perihal menoleh atau berpaling di dalam solat. Jawab beliau, "Hal itu ialah suatu kecurian yang dilakukan oleh syaitan terhadap solat seseorang."419, Diberitakan oleh Anas bin Malik r.a., katanya: "Pada suatu waktu, ketika kaum Muslimin sedang solat Subuh, mereka terkejut kerana tiba-tiba Rasulullah membuka tabir kamar 'Aisyah )di mana beliau sedang terbaring sakit keras(. Rasulullah senyum tertawa melihat mereka sedang solat dalam beberapa shaf. Abu Bakar r.a. )yang menjadi imam ketika itu( mundur sampai ke shaf di belakangnya, kerana mengira Rasulullah akan datang solat bersama-sama dengan mereka. Hampir saja kaum muslimin tergoda dalam solat mereka kerana peristiwa itu. Maka Nabi memberi isyarat kepada mereka supaya mereka meneruskan solat. Sesudah itu beliau menutupkan tabirnya kembali. Beliau wafat pada akhir hari itu juga."420, Diberitakan oleh 'Ubbadah bin Shamit r.a., bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Tidak )sah( solat orang yang tidak membaca Surah Al Fatihah."421, Dari Abu Qatadah r.a., katanya: "Pada dua raka'at pertama solat Zuhur, Nabi saw. membaca Surah Al Fatihah dan dua surat, dipanjangkannya bacaan pada raka'at pertama dan dipendekkannya pada raka'at kedua. Kadang-kadang bacaan ayatnya itu kedengaran. Dalam solat 'Asar beliau membaca Fatihatul Kitab )Surah AI Fatihah( dan dua surat. Dan di dalam solat Subuh, beliau memanjangkan bacaan pada raka'at pertama dan memendekkan pada raka'at kedua. "422, Dan Ibnu Abbas r.a., katanya: "Ummul Fadhal mendengarnya, dia membaca surat Wal Mursalaati'Urfa. Lalu Ummull Fadhal berkata, "Hai, Anak ku! Bacaanmu akan surat itu sungguh mengingatkan ku saat terakhir aku mendengar Rasulullah saw. membacanya dalam solat Maghrib."423, Diceritakan oleh Marwan bin Hakam r.a., bahwa Zaid bin Tsabit bertanya kepadanya: "Apa sebabnya anda di dalam solat Maghrib membaca surat-surat yang pendek saja? Padahal aku pernah mendengar Rasulullah saw. membaca salah satu dua surat yang panjang-panjang."424, Dari Jubair bin Muth'im r.a., dari bapaknya, katanya: "Aku mendengar Rasulullah saw. membaca surat Ath Thur dalam solat Maghrib." 425, Diceritakan oleh Abu Rafi' ra., katanya: "Aku solat 'Isya bersama-sama dengan Abu Hurairah r.a. Dia membaca surat Al Insyiqaq, sesudah itu dia sujud. Menjawab pertanyaanku dia berkata: "Saya sujud di belakang Abu Qasim )Nabi saw.( ketika dia membaca surat tersebut, dan akan sentiasa sujud, sampai saya dapat bertemu dengannya )kalau sudah meninggal(."426, Diceritakan oleh Al Barra' r.a., katanya: "Katanya aku mendengar Nabi saw. membaca surat At Tin dalam solat 'Isya, di mana saya tidak pernah mendengar suara bacaan seseorang yang lebih bagus dari suara beliau."427, Diceritakan oleh Atha' r.a., bahwasanya dia mendengar Abu Hurairah berkata: "Qur'an dibaca di setiap solat. Bacaan yang dinyaringkan oleh Nabi saw., kami nyaringkan pula untukmu. Dan bacaan yang dibaca dengan perlahan-lahan, kami baca pula dengan perlahan-lahan untukmu. Jika tidak kamu tambah surat Al Fatihah, itu sudah cukup untukmu, tetapi jika kamu tambah )dengan surat-surat yang lain( maka itu akan lebih baik." 428, Diceritakan oleh Ibnu Abbas ra. katanya: "Nabi pergi dengan beberapa orang sahabat menuju pasar 'Ukazh. Waktu itu suatu dinding telah diletakkan antara para syaitan dan berita-berita langit. Batu berapi panas )meteoroid( dilemparkan kepada mereka. syaitan-syaitan itu pergi kepada kaumnya, menanyakan kepada mereka, "Apa yang terjadi pada kalian?" Jawab mereka, "Antara kita dengan berita dari langit tertutup, sedangkan kita dilempari dengan batu berapi )meteoroid(. Berkata pula yang lain, "Tertutupnya kita dengan berita-berita dari langit tentu ada sesuatu yang menyebabkannya. kerana itu pergilah kalian ke Timur dan ke Barat, selidiki apakah sesungguhnya yang telah menutup antara kamu semua dengan berita dari langit. Kelompok yang berangkat ke arah Tihamah, bertemu dengan Nabi saw. ketika beliau berada di Nakhlah sedang menuju Pasar 'Ukazh. Nabi saw. solat Subuh dengan para sahabat beliau. Ketika mereka mendengar bacaan Qur'an )dibaca oleh Nabi(, mereka memperhatikannya dengan sungguh-sungguh. Lantas mereka berkata: "Demi Allah! Inilah yang membatasi kita dengan berita-berita dari langit." Ketika mereka kembali kepada kaumnya, mereka menyatakan: "Hai, kaum kami! Sesungguhnya kami mendengar Bacaan yang menakjubkan. )Yang( memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya. Dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan seorang pun dengan Tuhan kami. " Kemudian diturunkan Allah kepada Nabi-Nya, ayat: "Qul Uhiya ilayya . . . . " Katakanlah )hai Muhammad(! Telah diwahyukan kepada ku . . . . . . . .. ")AI Jinn,72: 1 - 2(. Yang diwahyukan kepada Muhammad ialah apa yang dikatakan Jin tadi. "429, Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a., bahwasanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila imam membaca Amin, maka ucapkan pulalah Amin! Kerana barangsiapa bersamaan Aminnya dengan Amin malaikat, diampuni segala dosa-dosanya yang telah lalu.430, Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a., bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda: Apabila imam membaca Ghairil maghdhuubi 'alaihim wa ladhdhallin, maka ucapkanlah Amin! Barangsiapa bersamaan ucapan Amin-Nya dengan ucapan malaikat, diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu.431. Diberitakan oleh Abu Bakrah bahwa dia datang kepada Nabi saw. Didapatinya beliau sedang rukuk, maka dia pun naik pula sebelum sampai ke dalam shaf. Hal itu diceritakannya kepada Nabi. Sabda Nabi saw., "Semoga Allah swt. menambah kesungguhan hatimu itu. Tetapi )perbuatan seperti itu( jangan diulangi lagi.432, Diceritakan oleh Imran Ibnu Hushain r.a., katanya: Kami solat bersama-sama 'Ali r.a. di Basrah. Beliau menimbulkan ingatan kami kepada solat yang kami lakukan bersama-sama Rasulullah saw.Imran menyebutkan, "Ali membaca takbir setiap kali beliau bangkit dan menundukkan kepala." 433, Diceritakan oleh Abu Hurairah r.a., bahwa ketika ia menjadi imam bagi mereka. Dia membaca takbir setiap kali dia menunduk dan bangkit. Setelah selesai solat dia berkata: bahwasanya solat ku itu sama dengan solat Rasulullah saw."434, Diceritakan oleh Zaid bin Wahab, r.a., bahwa dia melihat seorang yang tidak sempurna rukuk dan sujudnya. Katanya kepada orang itu, "Sesungguhnya engkau tidak solat. Kalau engkau mati, maka engkau mati di atas agama yang bukan agama Muhammad saw." 435, Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a., bahwa Nabi saw. masuk ke dalam mesjid, kemudian masuk pula seorang laki-laki lalu dia solat. Selesai solat, orang itu datang dan memberi salam kepada Nabi saw. Nabi menolak orang itu dan bersabda, "Ulangilah solat anda kembali kerana anda belum solat!" Maka diulanginya solatnya kembali, kemudian dia datang dan memberi salam kepada Nabi. Sabda Nabi, "Ulangilah solat anda kembali, kerana anda belum solat!" Sampai tiga kali Nabi saw. menyuruh orang itu demikian. Jawab orang itu, "Demi Allah, yang telah mengutus anda dengan yang hak. Aku belum tahu cara solat yang lebih baik dari itu. kerana itu ajarkanlah kepada ku." Jawab Nabi saw., "Apabila engkau berdiri hendak solat, ucapkanlah Takbir. Kemudian baca ayat-ayat Qur'an yang mudah bagi mu. Kemudian rukuk sehingga engkau tenang dalam rukuk itu, kemudian bangkit, berdiri lurus kembali. Sesudah itu sujud, sehingga engkau tenang dalam sujudmu itu. Sesudah itu bangkit, duduk, sehingga engkau tenang tenteram dalam dudukmu itu. Kemudian sujud, sehingga engkau tenang dalam sujudmu itu. Lakukanlah seperti itu setiap kamu solat."436, Diceritakan oleh 'Aisyah r.a., bahwasanya Nabi saw. di dalam rukuk dan sujud, beliau membaca: "Subhanakallahumma rabhana wa bihamdika Allahummaghfir li )Maha Suci Engkau wahai Allah Tuhan kami. Dan dengan memuji Engkau, wahai Allah, ampunilah hamba.("437, Diceritakan oleh Abu Hurairah r.a., katanya: "Apabila Nabi saw. membaca "Samiallahu liman hamidah ", maka beliau membaca, "Allahumma Rabbana wa lakal hamd. " Dan beliau membaca Takbir apabila beliau rukuk atau bangkit dari rukuk, begitu pula apabila beliau berdiri dari dua sujud, beliau membaca takbir )Allahu Akbar(."438, Diceritakan oleh Abu Hurairah r.a., "bahwa Rasulullah saw. bersabda:

27

"Apabila imam membaca 'Samiallahu liman hamidah', maka bacalah: "Allahumma Rabbana lakal hamd. " Barangsiapa bacaannya bersamaan dengan bacaan malaikat, diampuni Allah dosanya yang telah lalu." 439, Berita dari Abu Hurairah r.a., katanya: Akan kugambarkan kepada mu solat Nabi saw. Abu Hurairah Qunut pada raka'at terakhir solat Zuhur, solat 'Isya, dan solat Subuh, iaitu sesudah membaca Sami'allahu liman hamidah, dia mendoakan kebahagiaan bagi kaum muslimin dan mengutuk orang-orang katir."440, Dari Rifa'ah bin Rati' Az Zuraqi r.a., katanya: Pada suatu hari kami solat di belakang Nabi saw. Tatkala beliau mengangkat kepala dan rukuk, "beliau membaca: Sami'allahu liman hamidah. Seorang laki-laki yang solat di belakang beliau lalu membaca: "Rabbana wa lakal hamdu hamdan katsiran thaiyiban mubarakan fihi. )Wahai, Tuhan karmi! Untukmulah segala puji-pujian, pujian yang banyak, baik, lagi penuh berkat di dalamnya(." Setelah selesai solat, Nabi saw. bertanya: Siapa yang membaca bacaan itu tadi?" Jawab orang itu: "Aku!" Sabda Nabi saw., "Aku melihat, lebih dari tiga puluh malaikat berlomba-lomba supaya lebih dahulu menuliskan bacaanmu itu tadi." 441, Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a., bahwa orang banyak bertanya kepada Rasulullah saw. Tanya mereka, "Dapatkah kami melihat Tuhan kita nanti di hari kiamat?" Jawab Nabi, "Masih sangsikah kamu untuk dapat melihat bulan purnama pada malam empat belas yang tidak berawan?" Jawab mereka, "Tidak! Ya, Rasulullah!" Tanya Nabi saw., "Masih sangsikah kamu untuk dapat melihat matahari di tengah hari yang tidak berawan? Jawab mereka, "Tidak!" Sabda Nabi saw., "Sesungguhnya kamu akan melihat Allah )Tuhanmu( seperti itu. Pada hari kiamat itu akan dikumpulkan seluruh manusia. Lalu Allah berfirman, "Siapa yang menyembah sesuatu )selain aku(, maka hendaklah dia mengikut sembahannya itu." Di antara mereka itu ada yang mengikut matahari, ada yang mengikut bulan dan ada yang mengikut bermacam-macam thaghut )berhala(. Maka tinggallah umat Islam ini, termasuk di dalamnya orang-orang munafik. Allah akan datang kepada mereka dan berfirman, "Aku adalah Tuhanmu!" Jawab mereka, "Kami akan tetap di sini hingga Tuhan kami datang. Apabila Tuhan kami datang, kami akan mengenalNya." Maka datanglah Allah kepada mereka, lalu berfirman: "Aku Tuhanmu!" Jawab mereka, "Ya, Engkaulah Tuhan kami." Allah akan memanggil mereka, dan sebuah jambatan dibentangkan melintasi neraka jahannam. Aku )Muhammad saw.( adalah orang pertama di antara para Rasul beserta umatnya yang pertama-tama melintasinya. Tak seorang pun di kala itu yang berkata-kata kecuali do'a para Rasul. Do'a mereka ketika itu ialah: "Ya, Allah! Selamatkan, selamatkan!" Di dalam neraka jahannam itu terdapat kaitan-kaitan seperti duri kayu Sa'dan. Tahukah anda duri kayu Sa'dan itu?" Jawab orang banyak, "Tahu." Sabda Nabi saw., "Rupanya seperti duri kayu Sa'dan, tetapi besarnya hanya Allah swt. yang tahu, manusia akan terkait kerana amalnya. Di antaranya ada yang jatuh berkait sesuai dengan amalnya, tetapi ada pula yang terkait sedikit saja, kemudian lepas." Apabila Allah swt. menghendaki akan memberi rahmat kepada penduduk neraka, maka disuruhNya malaikat mengeluarkan orang-orang yang pernah menyembah Allah. Mereka segera mengeluarkannya, yang masing-masing dikenalnya dengan tanda bekas sujud. Allah swt. mengharamkan api memakan tanda bekas sujud. Maka keluarlah mereka dari neraka. Seluruh tubuh anak Adam akan dimakan api kecuali bekas sujud. Para malaikat mengeluarkan mereka dari neraka dalam keadaan hangus. Lalu dituangkan kepada mereka air kehidupan. Maka tumbuhlah badan mereka sebagai tumbuhnya bibit di tanah bekas banjir. Setelah Allah swt. mengadili mereka, masih ada ketinggalan seseorang antara syurga dan neraka. Dialah orang terakhir dari isi neraka yang akan masuk ke dalam syurga. Dikala mukanya dihadapkannya ke neraka, dia mendoa: "Wahai, Tuhan ku! Palingkanlah muka ku dari neraka ini. Baunya sungguh amat menyakitkan kepada ku, dan panasnya membakar ku." Allah akan menanyainya, "Sekiranya permintaanmu Aku kabulkan, apakah engkau hendak meminta lagi yang lain?" Jawabnya, "Demi kebesaran Engkau, tidak akan kuminta lagi." Maka diperkenankan oleh Allah permintaannya )tersebut di atas( , dengan perjanjian seperti tersebut. Lalu dipalingkan Allah mukanya dari neraka. Tetapi setelah mukanya dihadapkan ke Syurga, dan dilihatnya keindahan surga, diamlah ia seketika. Kemudian ia mendo'a pula: "Ya, Tuhan ku, bawalah aku ke dekat pintu syurga!" Allah bertanya, "Bukankah engkau telah mengikat janji dengan ku, yang engkau tidak akan memajukan permintaan yang lain lagi?" Jawab orang itu, "Wahai, Tuhan ku! Janganlah kiranya aku dijadikan makhluk yang paling malang!" Jawab Allah, Sekiranya Aku kabulkan permintaanmu, apakah engkau masih hendak meminta yang lain lagi?" Jawabnya, "Tidak! Demi kebesaran Mu, aku tidak akan meminta yang lain lagi!" Lalu diperkenankan Allah permintaannya dengan perjanjian, dan dia dibawa ke pintu syurga. Setelah sampai di pintu syurga, kelihatan olehnya keindahan syurga, kegemilangan, dan kegembiraan yang ada di dalam syurga. Dia terdiam pula seketika. Kemudian ia memohon pula, "Wahai, Tuhan ku! Masukkanlah kiranya aku ke dalam syurga!" Kata Allah, "Kasihan kamu, hai anak Adam! Alangkah penipunya kamu! Bukankah kamu sudah berjanji tidak akan meminta lagi selain yang telah kamu peroleh?" Jawabnya, "Ya, Tuhan! Janganlah kiranya aku dijadikan makhluk yang paling malang. " Allah 'Azza wa Jalla tertawa mendengarkan ucapannya itu. Kemudian dia mengizinkannya masuk ke syurga. Berkata Allah, "Mintalah segala yang kamu inginkan." Lalu dia memohon segala yang diinginkannya sehingga ia puas. Kemudian Allah berkata pula, "Mintalah tambahannya ini dan itu." Diingatkan oleh Allah kepadanya berbagai macam keinginannya sampai ia puas. Kata Allah pula, "Semua ini untukmu, dan ada lagi tambahannya sebanyak itu pula."442, Berita dari Abdullah bin Malik bin Buhainah r.a., menceritakan, bahwa apabila Nabi saw. sujud, direnggangkannya kedua lengannya )dari rusuknya(, sehingga kelihatan putih ketiaknya".443, Diceritakan oleh Hudzaifah r.a., bahwa dia melihat seorang laki-laki yang tidak sempurna rukuk dan sujudnya. Setelah orang itu selesai solat, Hudzaifah berkata kepadanya, " Engkau tidak solat. Kalau engkau mati, maka engkau mati bukan di dalam agama Muhammad saw."444, Diceritakan oleh Al Barra' bin' Azib r.a., dia seorang sahabat yang tidak pernah dusta, katanya: "Pada suatu kali kami solat di belakang Nabi saw. Apabila Nabi membaca Sami'allahu liman hamidah, tidak seorang pun di antara kami yang membungkukkan punggungnya, sehingga Nabi telah meletakkan keningnya ke bumi. "445, Diceritakan oleh Ibnu Abbas r.a., katanya Nabi saw. pernah bersabda: "Aku disuruh sujud di atas tujuh tulang." Beliau memberi isyarat dengan tangan beliau ke hidungnya, kedua tangannya, dua lutut, hujung kedua kaki , hujung jempol kaki dan kami tidak mengikat kain dan rambut." 446, Diceritakan oleh Abu Salamah r.a., katanya: "Aku datang bertanya kepada Abu Sa'id Al Khudri, tanyaku: "Tidakkah lebih baik kita pergi ke Nakhl supaya kita dapat bercakap-cakap di sana?" Lalu kami pergi ke sana. Aku berkata kepadanya, "Ceritakanlah kepada ku, apa yang telah tuan dengar dari Nabi saw. tentang Malam Qadar" Katanya, "Rasulullah sedang iktikaf sepuluh hari pertama bulan Ramadhan. Kami pun iktikaf pula bersama-sama dengan beliau. Maka datanglah malaikat Jibril mengatakan, "Yang tuan inginkan itu )malam qadar( belum datang." Nabi saw. meneruskan lagi iktikaf beliau pada sepuluh hari pertengahan bulan. Kami pun iktikaf pula bersama-sama dengan beliau. Lalu datang pula malaikat Jibril mengatakan: "Yang tuan inginkan belum datang. " Keesokan pagi dari malam kedua puluh bulan Ramadhan, Nabi saw. berpidato. Sabda beliau: "Barangsiapa iktikaf bersama-sama dengan ku, hendaklah diteruskannya, kerana kepada ku telah diperlihatkan Malam Qadar itu, tetapi aku lupa tanggalnya. Malam qadar itu ialah dalam sepuluh yang akhir )Ramadhan( di bilangan ganjil. Saya bermimpi seolah-olah saya sujud di tanah basah." Atap mesjid terbuat dari pelepah kurma. Di langit, kami tidak melihat awan sedikit pun. Tetapi tidak lama kemudian, datanglah awan gelap dan hujan pun turun dengan lebatnya. Kami solat bersama-sama dengan Nabi saw. dan kami melihat tanah dan air melekat di kening dan di puncak hidung Nabi,. sesuai benar dengan mimpi beliau. "447, Diceritakan oleh Sahl bin Sa'ad r.a., katanya: "Orang banyak solat bersama-sama dengan Nabi saw. dan mereka mengikatkan sarong mereka ke kuduk masing-masing, kerana kecilnya sarung itu. Kerana itu, dikatakan orang kepada kaum wanita, "Janganlah kamu mengangkat kepalamu )dari sujud( sebelum kaum laki-laki duduk dengan sempuma." 448, Dari 'Aisyah r.a., dia menceritakan bahwa, "Nabi saw. memperbanyak bacaannya dalam rukuk dan sujud dengan bacaan: "Subhanakallahumma rabbana wa bihamdika, Allahumaghfirli )Maha Suci Engkau, wahai Allah, Tuhan kami, dan Maha Terpuji Engkau. Wahai, Allah! Ampunilah aku!" Dengan cara begitu, Nabi saw. seolah-olah menjelaskan maksud ayat al Qur'an." 449, Diceritakan oleh Al Barra' r.a., katanya: "Biasanya sujud Nabi saw., rukuknya, dan duduknya antara dua sujud, hampir sama saja lamanya masing-masing." 450, Diceritakan oleh Anas bin Malik r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Betulkanlah sujudmu, dan janganlah meletakkan kedua lengan )ke bumi( seperti anjing tidur."451, Diceritakan oleh Malik bin Huwairits r.a., bahwasanya dia melihat Nabi saw. solat. Apabila Nabi saw. akan solat witir, beliau tidak langsung berdiri, melainkan duduk lebih dahulu sebentar." 452, Diceritakan oleh Muhammad bin Amr bin 'Atha' r.a., bahwasanya dia pernah duduk bersama beberapa orang sahabat Nabi saw., membicarakan

28

perihal solat Nabi. Abu Humaid Sa'idi mengatakan, "Saya yang paling ingat di antara kamu akan solat Rasulullah Saw. Ketika takbir, kulihat beliau mengangkat kedua belah tangannya sampai setentang dengan bidang kedua bahunya. Ketika rukuk, diletakkannya kedua tapak tangannya di atas lututnya, dan diratakannya punggungnya. Apabila beliau telah mengangkat kepala )bangkit( dari rukuk, beliau berdiri tegak, lurus, sehingga tulang punggung beliau kembali tegak lurus seperti biasa. Ketika sujud, diletakkannya kedua tapak tangannya )ke bumi(, tetapi lengannya tidak diletakkan dan tidak pula dirapatkannya ke rusuk, dan ujung jari kakinya dihadapkannya ke kiblat. Apabila beliau duduk sesudah dua raka'at, beliau duduk di atas kakinya yang kiri dan menegakkan tapak kakinya yang kanan. Duduk pada raka'at yang akhir, beliau duduk di atas kakinya yang kiri dan menegakkan tapak kakinya yang kanan. Duduk pada raka'at yang akhir, beliau mengulurkan tapak kakinya yang kiri ke sebelah kanan dan ditegakkannya tapak kakinya yang )kanan( dan beliau duduk di pinggulnya.453, Diceritakan oleh Abdullah bin Buhainah r.a. )dia berasal dari Bani Azdi Syanuah, sahabat - dalam suatu perjanjian, persahabatan - dengan Bani Abdu Manaf dan juga salah seorang sahabat Nabi saw.(, dia mengabarkan bahwasanya Nabi saw. pernah solat Zuhur dengan orang banyak. Setelah raka'at kedua beliau terus saja berdiri tanpa duduk tasyahud pertama, dan orang banyak pun berdiri pula. Setelah solat hampir selesai, dan sedang menanti-nanti Nabi hendak memberi salam, tiba-tiba beliau takbir, padahal ia sedang duduk. Kemudian sujud dua kali dan setelah itu barulah beliau memberi salam. 454, Aisyah r.a. isteri Nabi saw. menceritakan, bahwasanya Nabi saw. mendoa dalam solat. Doanya: "Allahumma inni a'udzubika' min 'adzabil qabri, wa a'udzu bika min fitnatil masihid dajjaal, wa a'udzu bika min fitnatil mahyaa wa fitnaatil mamati, Allahumma inni a'udzu bika minal ma'tsam wal maghram." )Wahai, Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari siksa kubur, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah dajjal, dan aku berlindung dengan Engkau dari bencana kehidupan dan dari bencana kematian. Wahai, Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari segala dosa dan bencana hutang(. Seseorang bertanya, "Mengapa sering benar Tuan meminta perlindungan dari bencana hutang?" Jawab Nabi, "Sesungguhnya apabila seseorang telah berhutang, biasanya apabila dia berkata dia dusta. Dan apabila dia berjanji dia mungkir."455, Abu Bakar Shiddiq r.a menceritakan bahwa dia berkata kepada Rasulullah saw., "Ajarkanlah kepada ku, Ya Rasulullah, doa yang harus kubaca dalam solat. Jawab nabi, "Bacalah! "Allahumma ini zhalamtu nafsi zhulman katsiran, wala yaghfirudz dzunuba illa anta, faghfirli maghfiratan min 'indika warhamni innaka antal ghafurur rahim." ) Wahai, Allah! Bahwasanya aku aniaya terhadap diri ku sendiri dengan penganiayaan yang banyak. Tidak ada yang berhak mengampuni aku melainkan hanya Engkau. kerana itu ampunilah aku sebenarnya ampun dari Engkau. Dan kasihanilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih." (456, Diberitakan oleh Abdullah r.a., katanya: "Ketika kami solat bersama-sama dengan Nabi saw., kami membaca "Assalam 'alallaahi min 'ibaadihi, assalamu 'ala fulaanin wa fulaanin. )Salam untuk Allah dari hamba-Nya; Salam untuk di Anu dan si Anu(. Mendengar bacaan itu Nabi saw. bersabda, "Janganlah kamu mengatakan Assalamu 'alallaah ", kerana Allah itu sendiri adalah As Salaam. Tetapi bacalah: "At tahiyyaatu lillaahi, wash shalawatu wath thaiyyibaatu, Assalaamu 'alaika ayyuhannabiyyu warahmatullahi wabarakaatuh, Assalaamu 'alaina wa 'ala 'ibadillaahish shaalihin. ")Penghormatan untuk Allah, seluruh do'a dan segala kebaikan, Salam untukmu hai Nabi, disertai rahmat dan berkat Allah, Salam untuk kami, dan untuk para hamba Allah yang soleh-soleh(. Jika doa itu yang kamu baca, maka doamu meliputi seluruh hamba Allah, baik yang di langit maupun yang antara langit dan bumi. Selanjutnya bacalah: "Asyhadu anla ilaaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuluh." )Saya mengakui, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan hanya Allah. Dan saya mengakui bahwa Muhammad itu hamba Allah dan rasul-Nya(. Setelah membaca doa itu. seseorang boleh memilih doa yang disukainya. dan berdoalah dengan doa yang disukainya itu.457, Diceritakan oleh Ummu Salamah r.a., "Biasanya. setelah Nabi memberi salam, orang-orang perempuan berdiri lebih dahulu, sedangkan Nabi diam sebentar sebelum beliau berdiri."458, Diceritakan oleh 'Utban r.a., katanya: "Kami solat bersama-sama dengan Nabi saw., dan kami memberi salam pula ketika beliau memberi salam."459, Diceritakan oleh lbnu Abbas r.a., "Sesungguhnya berzikir dengan mengeraskan suara setelah selesai solat fardhu ada dilakukan di zaman Nabi saw. Kata Ibnu Abbas meneruskan,." Aku tahu setelah orang-orang selesai solat wajib, saya dengar begitu." 460, Abu Hurairah r.a. menceritakan, bahwa orang-orang fakir datang kepada Nabi saw. mengatakan: Orang-orang kaya beroleh darjat yang tinggi serta kebahagiaan yang mantap. Mereka solat seperti kami, dan berpuasa seperti kami. Namun mereka mempunyai kelebihan dari kami, kerana mereka dapat pergi haji dengan harta mereka. Mereka juga dapat umrah, berperang dan bersedekah." Jawab Nabi, "Tidakkah lebih baik kuceritakan kepada mu suatu hal yang jika kamu kerjakan, nescaya kamu akan dapat mengejar orang yang dahulu, dan tidak akan bisa dikejar oleh orang yang di belakangmu. Kamu akan menjadi orang yang paling baik di antara kawan-kawannya, kecuali jika mereka mengerjakan pula apa yang kamu kerjakan. Yaitu: Tasbih )membaca Subhanallah(, Tahmid )membaca Allamdulillah(, dan Takbir )membaca Allaahu Akbar(, setiap selesai solat sebanyak 33 kali. Kami berbeda pendapat. Ada yang mengatakan, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali. Aku bertanya kembali kepada Nabi saw., dan beliau menjawab, "Baca Subhanallah, Alhamdulillah, dan Allahu Akbar. Masing-masing 33 kali." 461, Dari Warid r.a., setiausaha Mughirah bin Syu'bah, katanya: "Di imlakan kepada ku oleh Mughirah bin Syu'bah sebuah surat kepada Mu'awiyah. bunyinya: "Biasanya Nabi saw. setiap selesai solat fardhu, beliau membaca: Laa ilaaha illallaahu wahdahu syarika1ahu lahul mulku walahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. )Tidak ada Tuhan yang patut disembah, melainkan hanya Allah satu-satunya. Tidak ada sekutu bagiNya, kepunyaanNya lah seluruh kerajaan dan pujian, dan Dia berkuasa di atas segala-galanya(. Allahumma laa maani'a limaa a'thaita, wa laa mu'thiya limaa mana 'ta, wa laa yanfa'u dzal jaddi minkal jaddu." )Wahai, Allah! Tidak ada yang sanggup menghalangi pemberian-Mu. Dan tidak ada pula yang sanggup memberikan apa yang Engkau larang. Tidak ada manfaatnya di hadapan-Mu kekayaan orang kaya(462, Kabar dari Samurah bin Jundab mengatakan bahwa apabila Nabi saw. selesai solat, beliau menghadap kepada kami.463, Berita dari Zaid bin Khalid al Juhaini r.a. mengatakan, bahwa dia bercerita: "Pada suatu kali Rasulullah saw. menjadi imam Subuh bagi kami di Hudaibiyah. Sedangkan tadi malam habis hujan. Setelah selesai solat, beliau menghadap kepada kami dan bersabda: "Tahukah Tuan-tuan, apa yang telah difirmankan Allah?" Jawab mereka, "Allah dan RasulNya yang lebih tahu." Kata Nabi, "Allah berfirman, pagi ini ada di antara hamba-Ku yang beriman kepada-Ku dan ada pula yang kafir. Siapa yang mengatakan, hari hujan kerana rahmat dan kurnia Allah, maka itulah orang yang iman kepadaKu, dan kafir kepada bintang. Tetapi siapa yang mengatakan, hari hujan kerana bintang ini dan bintang itu timbul, maka itulah orang yang kafir kepada-Ku dan iman kepada bintang-bintang."464, Dari Ummu Salamah r.a., isteri Nabi saw., katanya: "Setelah Nabi saw. memberi salam )selesai solat(, orang-orang perempuan pulang lebih dahulu dan sampai di rumah mereka sebelum Nabi saw. berangkat dari mesjid."465, Diceritakan oleh 'Uqbah r.a., katanya: "Aku solat 'Ashar di Madinah di belakang Nabi saw. Setelah memberi salam, beliau cepat berdiri sehingga melangkahi duduk orang menuju ke kamar salah seorang isteri beliau. Jama'ah agak terkejut melihat Nabi begitu cepat berdiri. Kemudian beliau kembali dan dilihatnya orang banyak agak hairan melihat beliau tergesa-gesa. Lalu beliau bersabda, "Aku teringat ada sedikit emas di tangan kami. Aku tak suka terganggu kerananya, kerana itu ku suruh bagi-bagikan emas itu."466, Diceritakan oleh Ibnu Umar r.a., bahwa Nabi saw. pernah bersabda ketika perang di Khaibar, "Siapa yang memakan buah ini, yakni bawang, maka janganlah dia mendekati mesjid kita ini." 467, Diceritakan oleh Abu Sa'id AI Khudri r.a., dari Nabi saw., bahwa beliau bersabda: "Mandi hari Jumaat, adalah wajib bagi setiap orang dewasa."468, Diceritakan oleh Ibnu Umar r.a., dari Nabi saw. bahwa beliau bersabda: "Jika isteri mu meminta izin kepada mu untuk pergi ke mesjid di malam hari, hendaklah kamu izinkan."469, Diceritakan oleh Ummu Salamah katanya: "Bahwasanya wanita-wanita di masa Nabi, setelah mereka selesai solat, mereka segera pulang. Sedangkan Rasulullah masih tinggal bersama kaum laki-laki. Setelah Nabi berdiri, barulah mereka berdiri pula."470, Diceritakan oleh Abu

29

Qatadah r.a., dari bapaknya, sabda Rasulullah saw. katanya: "Aku berdiri hendak solat. Aku bermaksud hendak membaca surat yang panjang-panjang dalam solat itu. Tetapi tiba-tiba kudengar tangis anak-anak. Maka kusingkatkan saja bacaan ayat dalam solat itu, kerana aku tak suka menyusahkan ibu si anak itu." 471, Dari 'Aisyah r.a., katanya: Kalau sekiranya Rasulullah saw. menemui apa yang dilakukan para wanita )sekarang(, nescaya dilarangnya wanita-wanita itu pergi ke mesjid, seperti larangan terhadap para wanita Bani Israil. 472, Diceritakan oleh Abu Hurairah r.a., bahwa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Kita ini adalah umat terakhir, tetapi terkemuka. Mereka )Yahudi dan Nashara( lebih dahulu diturunkan kepada mereka kitab. Dan hari ini )Jumaat( adalah hari diwajibkan kepada mereka solat. Tetapi mereka berselisih pendapat tentang hari itu. Kerana itu Allah swt. memberi petunjuk kepada kita tentang hari itu. Sedang orang-orang lain mengikuti di belakang kita, iaitu Yahudi besoknya )Sabtu( dan Nasrani lusa )Ahad(."473, Diberitakan oleh Abdullah bin Umar, r.a., bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu hendak solat Jumaat, mandilah lebih dahulu."474, Abu Sa'id r.a. mengatakan, bahwa dia menyaksikan Rasulullah saw. bersabda: "Mandi hari Jumaat adalah wajib atas setiap orang dewasa. Begitu juga menggosok gigi dan memakai harum-haruman, kalau mungkin."475, Berita dari Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. pemah bersabda: "Siapa yang mandi hari Jumaat seperti mandi jinabah, kemudian dia pergi ke Jumaat )sebagai orang yang pertama-tama datang(, sama halnya seperti orang yang berkurban seekor unta; dan siapa yang datang nombor dua, sama halnya seperti orang berkurban seekor sapi betina, siapa yang datang nombor tiga, sama halnya seperti orang berkurban seekor biri-biri yang bertanduk; siapa yang datang nombor empat, sama halnya dengan seorang yang berkurban seekor ayam; dan siapa yang datang nombor lima, sama halnya dengan orang yang berkurban sebutir telur. Apabila imam telah naik mimbar, maka para malaikat yang hadir ikut pula mendengarkan khutbah."476, Salman Al Farisi r.a. mengabarkan, bahwa Nabi saw. bersabda: "Siapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian dia membersihkan tubuhnya sedapat-dapatnya, setelah itu dia memakai harum-haruman, kemudian pergi ke Jumaat, tidak memisahkan dua orang )yang duduk berdekatan(, kemudian solat sebanyak mungkin, dan diam apabila imam telah berkhutbah, nescaya diampuni Allah dosanya semenjak itu sampai Jumaat yang akan datang." 477, Berita dari Abdullah bin Umar r.a menceritakan, bahwa Umar bin Khattab melihat sepasang pakaian sutera dekat pintu mesjid. Kata Umar, "Ya, Rasulullah! Agaknya baik Tuan beli pakaian ini untuk Tuan pakai hari Jumaat, atau untuk menerima duta-duta asing yang menghadap kepada Tuan." Jawab Rasulullah saw., "Yang memakai pakaian ini, hanyalah orang-orang yang tidak mendapat bahagian di akhirat nanti." Kemudian diberikan orang kepada Rasulullah beberapa pasang pakaian sutera, lalu diberikannya sepasang kepada Umar bin Khattab. Oleh kerana itu Umar bin Khattab berkata, "Ya, Rasulullah! Mengapa Tuan berikan pakaian ini kepadaku? Bukankah Tuan pernah mengatakan kepada ku perihal baju sutera si 'Utharid? Jawab Nabi, "Aku berikan pakaian itu kepada mu, bukanlah untuk kau pakai sendiri." Oleh Umar bin Khattab, pakaian itu diberikannya kepada saudaranya yang masih musyrik di Mekkah." 478, Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a., bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Jikalau tidak memberati bagi umat ku, atau bagi manusia umumnya, nescaya kusuruh mereka menyikat gigi setiap kali akan solat. 479, Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Abdurrahman bin Abu Bakar datang membawa sugi untuk membersihkan gigi. Rasulullah memandang saja kepadanya. Kataku, "Hai, Abdurrahman! Berikanlah kepada ku sugimu itu!" Setelah diberikannya kepada ku, lalu kupecahkan ujungnya dan ku kunyah, kemudian kuberikan kepada Rasulullah saw. Beliau membersihkan giginya dengan sugi itu, dan ia bersandar ke dadaku."480, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada solat Subuh hari Jumaat, Nabi saw. membaca surat Alif Loom Miim Tanzail, As Sajadah dan surat Hal Ala 'Alai Insaani. 481, Dari Ibnu Abbas r.a., bahwasanya dia berkata: "Sesungguhnya solat Jumaat yang pertama selain solat Jumaat dimasjid Rasulullah saw., ialah solat Jumaat di masjid Abdil Qais di Juatsa, termasuk wilayah Bahrain."482, Abdullah bin Umar r.a. mengabarkan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Setiap kamu adalah pemimpin. Dan setiap pemimpin bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Imam itu pemimpin dalam keluarganya, bertanggung jawab tentang kepemimpinannya. Laki-laki itu pemimpin, bertanggung jawab tentang kepemimpinannya. Wanita itu pemimpin dalam rumah tangganya, dan bertanggung jawab tentang kepemimpinannya. Khadam itu pemimpin bagi harta majikannya, bertanggungjawab terhadap kepemimpinannya. Kata Abdullah, agaknya Nabi saw. juga bersabda: "Laki-laki itu pemimpin bagi harta-benda ayahnya dan bertanggungjawab terhadap kepemimpinannya. Kamu seluruhnya adalah pemimpin, bertanggungjawab atas kepemimpinannya."483, Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Orang-orang bekerja melakukan pekerjaannya masing-masing. Apabila mereka hendak ke Jumaat, mereka pergi saja seenaknya. Lantas mereka ditegur orang, "Mengapa anda tidak mandi lebih dahulu?"484, Diceritakan oleh Anas bin Malik r.a. bahwa Nabi saw. melakukan solat Jumaat, ketika matahari telah condong ke Barat. "485, Dari Anas, katanya: "Kami agak segera melaksanakan solat Jumaat, dan kami beristirahat sesudah Jumaat." 486, Diceritakan oleh Anas bin Malik. r.a katanya: "Biasanya, apabila hari sangat dingin, Nabi saw. agak segera melakukan solat dan apabila hari sangat panas, beliau solat kalau udara telah agak sejuk, iaitu solat Jumaat." 487, Abayah bin Rifa'ah r.a. mengabarkan, bahwa ia bertemu dengan Abu 'Abbas ketika dia pergi ke Jumaat. Abu 'Abbas berkata kepadanya bahwa dia mendengar Nabi saw. bersabda: "Siapa berdebu kedua kakinya kerana berjalan di jalan Allah, nescaya diharamkan Allah baginya api neraka"488, Abu Hurairah r.a. berkata, bahwa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda:"Apabila qamat telah dibacakan oleh hendak solat, maka janganlah kamu datang dengan tergesa-gesa, tetapi datanglah dengan berjalan seperti biasa, bersikap tenang. Ikutlah solat pada raka'at yang mana saja kamu dapati. Mana yang ketinggalan sempurnakanlah )sesudah imam memberi salam(. "489, Dikhabarkan oleh Ibnu Umar r.a., katanya: "Nabi saw. melarang seseorang menyuruh kawannya berdiri dari tempat duduknya, kemudian dia sendiri yang menduduki tempat itu."490, Diceritakan oleh Saib bin Yazid, katanya: "Azan Jumaat dimulai setelah imam duduk di mimbar. Begitulah yang dilakukan di zaman Nabi saw., di zaman Abu Bakar dan di zaman Umar. Adapun di zaman Usman r.a., kerana orang Islam sudah bertambah banyak, maka beliau menambah dengan azan yang ketiga di Zaura'." 491, Dari Umamah bin Sahl, bin Hunaif, katanya: "Saya mendengar Mu'awiyah bin Abu Sufyan, ketika dia sedang di atas mimbar dan Muadzin sedang membaca: Allahu Akbar, Allahu Akbar, Mu'awiyah membaca pula "Allahu Akbar, Allah" Akbar. " Ketika Muadzin membaca: Asyhadu An la Ilaaha illaallaah, Mu'awiyah membaca: "Wa Ana" )Aku juga menjadi saksi(. Setelah Muadzin membaca: "Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah", Mu'awiyah menjawab: "Wa Ana" )Saya juga menjadi saksi(." Setelah selesai adzan, Mu'awiyah berkata: "Hai, Tuan-tuan yang hadir semuanya! Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah saw. membaca apa yang kubaca sebentar ini, ketika Muadzin membacakan azan."492, Diberitakan dari Jabir bin Abdullah r.a., bahwa dahan kayu tempat Rasullullah saw. biasa berdiri waktu membaca khutbah, ketika mimbar telah dibuatkan untuk Rasulullah, kedengaran kayu itu berbunyi seperti suara unta. Sehingga oleh kerananya, Nabi saw. turun dari mimbar dan beliau meletakkan tangannya di atas kayu itu."493, Diberitakan dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Nabi saw. berkhutbah dengan berdiri. Kemudian beliau duduk, dan setelah itu berdiri kembali, sebagaimana dilakukan orang sekarang." 494, Diberitakan dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Pada suatu hari Nabi saw. duduk di atas mimbar, dan kami duduk mengelilinginya." 495, Umar bin Taghlib r.a. mengabarkan, bahwa pada suatu ketika Rasulullah saw. dibawakan orang kepadanya harta )rampasan-perang( dan tawanan. Lalu Rasulullah membagi-bagi harta itu; setengah orang diberinya dan yang lain tidak diberinya. Kemudian sampai kepada Nabi sendiri, bahwa orang-orang yang tidak diberi beliau mengomel-ngomel. Lalu beliau berpidato. Mula-mula beliau memuji dan menyanjung Allah swt. Kemudian beliau bersabda: "Amma ba'du, demi Allah! Memang, ada orang yang kuberi dan ada pula yang tidak. Orang-orang yang tidak kuberi itu lebih kusukai daripada orang-orang yang kuberi. Aku memberi beberapa orang, kerana ku ketahui dalam hatinya ada kekesalan dan kekecewaan. Dan orang-orang lain )yang tidak kuberi(, aku percaya pada kekayaan batin dan kebaikan yang telah ditanamkan Allah di dalam hatinya." Di antara yang hadir ketika itu terdapat

30

Amr bin Taghlib. "Demi Allah" kata Amr, "Kalimat-kalimat yang disabdakan Rasulullah itu lebih berharga bagi ku daripada beroleh binatang ternak."496, Diceritakan oleh Abu Humaid As Sa'idy r.a., bahwa Rasulu!lah saw. berdiri )berpidato( pada suatu petang sesudah solat. Mula-mula beliau membaca syahadat, sesudah itu memuji Allah sepantasnya. Kemudian beliau bersabda: Amma Ba'du. )Adapun sesudah itu . . . (."497, Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a., .katanya: "Nabi saw. naik ke mimbar dan ituIah majlis terakhir yang dihadiri beliau. Beliau ketika itu berselimut tebal dikedua bahunya, dan memakai ikat kepala dengan kain warna abu-abu. Mula-mula beliau memuji dan menyanjung Allah swt. Setelah itu beliau berkata: "Tuan-tuan! Dekat-dekatlah kemari!Maka berkumpullah orang banyak ke dekat beliau. Kemudian sabda beliau: "Amma ba'du )adapun sesudah itu(, sekarang kemajuan kaum Anshar mulai menyusut, sedang golongan lain semakin berkembang. Kerana itu siapa saja yang memerintah umat Muhammad ini, dan kerana itu dia bisa mencelakakan seseorang atau berbuat kebaikan padanya, maka hendaklah menerima kebaikan orang yang berbuat baik dan memaafkan orang yang bersalah."498, Diceritakan oleh Amr r.a., bahwa dia mendengar Jabir bercerita: "Seorang laki-laki masuk ke mesjid pada hari Jumaat, dan Nabi saw. sedang berkhutbah. Nabi saw. bertanya kepadanya, "Sudahkah anda solat?" Jawabnya, "Belum." Kata Nabi saw., "Solatlah dua rakaat."499, Berita dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Pada suatu ketika di zaman Nabi, terjadi musim kemarau. Ketika Nabi saw. membaca khutbah Jumaat, tiba-tiba seorang Arab dusun berdiri dan berkata: Ya, Rasulullah! Harta benda telah binasa dan rakyat kelaparan. kerana itu mendoalah kepada Allah swt. untuk kita semua." Nabi mendoa dengan mengangkat kedua belah tangannya. Ketika Nabi mulai mendoa itu kami tidak menampak awan sedikit pun di langit. Demi Allah yang diri ku dalam kekuasaanNya, belum sampai Nabi menurunkan tangannya, awan mendung telah kelihatan bergulung-gulung seperti bukit. Nabi saw. belum turun dari mimbar, namun hari telah hujan, sehingga kelihatan air hujan bertitikan dari janggut Nabi saw. Hujan lebat turun pula hari itu, esok, lusa dan seterusnya beberapa hari berikutnya sampai hari Jumaat pula. Arab dusun itu atau mungkin juga Arab yang lain berdiri dan berkata pula: "Ya, RasuLullah! Bangun-bangunan telah roboh dan harta benda telah habis tenggelam. kerana itu mendoalah kepada Allah )mohon diselamatkan(. Nabi mengangkat kedua belah tangannya dan mendoa: "Ya, Allah! Di sekitar kami saja dan jangan di atas kami." Beliau menunjuk dengan tangannya ke suatu penjuru berawan, maka kelihatan, awan itu menyingkir. Di atas kota Madinah kelihatan lingkaran-lingkaran seperti lubang yang bundar. Lembah-lembah padang pasir mengalirkan air selama sebulan. Setiap orang yang datang dari segenap penjuru memberitakan kemurahan yang melimpah-ruah."500, Abu Hurairah r.a. memberitakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu berkata kepada temanmu dihari Jumaat, "Diamlah!", padahal imam sedang berkhutbah, maka sesungguhnya engkau pun salah." 501, Berita dari Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. pernah menyebutkan: "Pada hari Jumaat ada satu-saat, apabila seorang muslim bertepatan solat pada saat itu, dan memohon sesuatu kepada Allah swt., nescaya dikabulkan Allah permohonannya itu. Nabi memberi isyarat dengan tangannya, yang bererti bahawa saat itu amat singkat."502, Jabir bin Abdullah r.a. mengabarkan, katanya: "Pada suatu hari ketika kami solat bersama-sama Nabi saw., tiba-tiba datang serombongan orang berkendaraan unta membawa makanan. Orang-orang yang tadinya solat bersama Nabi, berpaling kepada rombongan yang datang itu, sehingga yang tinggal bersama Nabi hanya dua belas orang. kerana peristiwa itu, maka turunlah ayat ini: "Wa idza raau tijaratan au lahwanin fadhdluu ilaiha watarakuuka Qaaimaa." )Al Jum'ah, 62 : 11(.503, Abdullah bin Umar r.a. memberitakan, bahwa Rasulullah saw. solat dua raka'at sebelum Zuhur dan dua raka'at sesudahnya. Dua raka'at sesudah Maghrib di rumahnya, dan sesudah 'Isya dua raka'at. Dan beliau tidak solat sesudah Jumaat hingga beliau pulang. Setelah sampai di rumah barulah beliau solat dua raka'at."504, Diberitakan dari Sahl r.a., katanya: "Ada seorang wanita menanam saldari di tepi parit kebunnya. Bila hari Jumaat dicabutnya batang saldari itu dan direbusnya dalam periuk serta dicampurnya dengan segenggam tepung gandum. Maka batang saldari itu merupakan daging. Apabila kami kembali dari solat Jumaat, kami datang mengucapkan salam kepadanya, lalu dihidangkannya makanan tadi kepada kami dan kami mengambilnya dengan sendok. Kami ingin supaya hari Jumaat cepat datang, kerana hidangan wanita itu."505, Abdullah bin Umar r.a. bercerita: "Aku ikut berperang bersama Rasulullah saw. di Nejd. Tiba-tiba kami berhadapan dengan musuh dan kami segera mengatur barisan. Kemudian Rasulullah saw. berdiri hendak solat dan menjadi imam bagi kami, sebahagian kami solat bersama sama dengan Nabi saw., dan sebahagian lagi menghadapi musuh. Kemudian Rasulullah saw. rukuk bersama sebagian mamum, dan beliau sujud dua kali. Sesudah itu mereka pindah ke tempat orang yang belum solat. Orang-orang yang belum solat ini segera pergi ke tempat Nabi, rukuk dan sujud dua kali bersama beliau. Sesudah itu Nabi memberi salam. Sedangkan makmum berdiri menyempurnakan solatnya masing-masing, rukuk dan sujud dua kali, dilakukan sendiri-sendiri.506, Diceritakan dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. memimpin solat takut, dan orang banyak berdiri di belakang beliau. Nabi membaca takbir )Allahu Akbar(, orang banyak pun takbir pula. Kemudian Nabi rukuk, maka sebagian mereka rukuk pula. Kemudian sujud, lalu sebahagian yang tadi sujud pula. Sesudah itu Nabi berdiri untuk raka'at yang kedua, maka berdiri pula makmum yang telah sujud tadi, dan mereka mengawal bahagian yang belum rukuk dan belum sujud. Bahagian yang kedua ini mendekat, lalu mereka rukuk dan sujud bersama Nabi. Mereka semua sedang solat, tetapi mereka saling mengawal pula sesama temannya."507, Berita dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu hari ketika perang Khandaq, Umar datang mencaci maki kafir Quraisy, dan berkata: "Ya, Rasulullah! Saya belum solat 'Asar. Sedangkan matahari telah hampir terbenam." Jawab Nabi, "Demi Allah! Aku juga belum solat." Lalu beliau pergi ke Buthan, mengambil wuduk dan solat 'Asar ketika matahari telah terbenam. Sesudah itu beliau langsung solat Maghrib."508, Diceritakan dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Rasulullah saw. solat Subuh ketika pagi masih gelap. Kemudian beliau menaiki kendaraan beliau dan berkata: "Allahu Akbar! Khaibar jatuh. Bila kami telah masuk ke daerah lawan, maka amat siallah bagi mereka sesudah mereka diberi ancaman." Penduduknya keluar dan berjalan di jalan-jalan. Mereka berkata: "Muhammad dan tentara!" Rasulullah dapat mengalahkan mereka, membunuh orang-orang yang melawan, serta menawan para wanita dan anak-anak. Shafiyah dapat ditawan oleh Dihyah Al Kalbi, lalu diserahkannya kepada Rasulullah saw. Kemudian tawanan ini dikahwini oleh Rasulullah, dengan mahar, memerdekakannya dari perbudakan."509, Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah datang kepada ku, dan ketika itu di dekat ku ada dua orang anak perempuan sedang menyanyikan lagu peperangan Bu'ats. Beliau berbaring di atas tikar dan memalingkan mukanya ke tempat lain. Kemudian datang Abu Bakar, lalu dia memarahi ku dan berkata: "Seruling syaitan dekat Nabi saw." Nabi saw. melihat kepada Abu Bakar dan berkata: "Biarkanlah mereka!" Setelah Nabi lengah, ku cubit kedua anak perempuan itu dan keduanya terus pergi. Hari itu adalah hari raya, di mana orang Sudan bermain pedang dan perisai. Entah aku yang meminta atau barangkali, Nabi sendiri yang mengatakan kepada ku, katanya, "Apakah engkau ingin melihat?" Jawab ku, "Ya!" Aku disuruhnya berdiri di belakangnya dan pipi ku dekat dengan pipi beliau, Dia berkata, "Lagi! Lagi! Bani Arfidah!" Akhirnya aku bosan melihat. "Sudah cukup?" tanya beliau. "Cukup!" jawab ku. "Nah! Pergilah!" katanya.510, Dari Al Barra' r.a., katanya: "Saya mendengar Nabi saw. berkhutbah. Kata beliau, "Pekerjaan kita yang pertama hari ini )hari raya(, ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih kurban. Siapa yang berbuat begitu, bererti dia telah menjalankan agama kita."511, Dari' Aisyah r.a., katanya: "Abu Bakar datang ke rumahku. Ketika itu di dekatku ada dua orang perempuan kaum Ansar. Keduanya sedang melagukan cerita peperangan Bu'ats. Dan keduanya bukan perempuan tukang menyanyi. Lalu Abu Bakar mengatakan, "Seruling syaitan di rumah Rasulullah saw." Padahal hari itu adalah hari raya. Kata Rasulullah kepadanya, "Hai, Abu Bakar! Masing-masing kaum ada hari rayanya. Dan hari ini adalah hari raya kita."512, Dari Anas r.a. katanya: "Biasanya Rasulullah saw. sebelum pergi solat idul fitri, lebih dahulu beliau memakan buah korma beberapa butir." 513, Dari Al Barra' bin 'Azib r.a.: "Rasulullah saw. berkhutbah kepada kami di hari raya korban )idul adha( sesudah solat hari raya." Sabda beliau: "Siapa yang solat seperti solat kita ini, dan berkorban seperti kita berkorban, nescaya betullah korbannya itu. Dan siapa yang menyembelih korban sebelum solat, maka tidak sah korbannya itu.

31

Abu Burdah bin Niaz, paman Al Barra' berkata: "Ya, Rasulullah! Ku sembelih kambing ku sebelum solat, dan aku tahu hari ini adalah hari raya makan-minum. Dan aku lebih suka kambing ku menjadi haiwan sembelihan pertama di rumah ku. Sebab itu ku sembelih kambing ku, dan aku makan terlebih dahulu sebelum pergi solat." Jawab Nabi, "Kambingmu itu kambing daging )untuk dimakan(." Kata Abu Burdah, "Ya, Rasulullah! Kami masih mempunyai kambing-kambing kecil, dan ada seekor kambing muda yang lebih berharga bagi ku daripada dua ekor kambing besar. Cukupkah itu untuk korban ku?" Jawab Nabi, "Ya, cukup! Tetapi tidak cukup lagi bagi orang lain sesudahmu."514, Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a, katanya: "Rasulullah saw. pergi ke tempat solat pada hari raya idul fitri dan hari raya idul adha. Mula-mula beliau solat 'Id. Sesudah solat beliau menghadap kepada orang banyak dan mereka masih duduk dalam saf masing-masing. Nabi berkhutbah memberikan pengajaran dan pimpinan, serta memberikan perintah-perintah kepada mereka. Jika Nabi hendak mengirim pasukan tentara, maka dibentuknya lah ketika itu, dan kalau Nabi hendak memberikan perintah, diperintahkannya lah ketika itu. Sesudah itu barulah beliau pergi."515, Diterima berita dari Abdullah bin Umar r.a., bahawasanya Rasulullah saw. pada hari 'Idul Adha dan 'Idul Fitri, lebih dahulu beliau solat, dan sesudah solat beliau berkhutbah."516, Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: "Saya pernah solat hari raya bersama Rasulullah saw., Abu Bakar, Umar dan Usman. Mereka itu semuanya solat lebih dahulu sebelum berkhutbah."517, Diceritakan dari Ibnu Abbas r.a., bahwa Nabi saw. melakukan solat 'Idul Fitri, dua raka'at. Beliau tidak solat sebelum atau sesudahnya.Kemudian beliau pergi ke tempat para wanita bersama Bilal. Beliau menyuruh mereka bersedekah. Maka mereka bersedekah, ada yang menyedekahkan antingnya, dan ada pula yang menyedekahkan kalungnya."518, Diceritakan dari Ibnu Abbas ra. dari Nabi saw., bahwa beliau bersabda: "Tidak ada amal di hari kesepuluh ini yang lebih baik dari amal yang kita kerjakan hari ini." Tanya mereka, "Apakah juga lebih baik daripada berperang?" Jawab Nabi, "Ya, juga lebih baik daripada berperang. Kecuali orang yang berperang tanpa memperdulikan bahaya terhadap diri dan harta bendanya, dan kemudian dia tidak kembali lagi )syahid(."519, Dari Muhammad bin Abu Bakar Ats Tsaqafi r.a., katanya: "Ketika kami berangkat dari Mina menuju 'Arafat, saya bertanya kepada Anas perihal talbiyah". Yaitu bagaimana anda telah melakukannya bersama-sama Rasulullah. Jawab Anas, "Ada yang membaca talbiyah, tidak ditegur. Dan ada pula yang membaca takbir juga tidak ditegur."520, Dari Ummu 'Athiyah r.a., katanya: "Kami diperintahkan pergi solat 'Id, bahkan anak-anak gadis keluar dari pingitannya. Begitu juga wanita-wanita yang sedang haid, tetapi mereka ini hanya berdiri saja di belakang orang banyak, turut takbir dan mendoa bersama-sama. Mereka mengharapkan beroleh berkat dan kesucian pada hari itu."521, Diberitakan dari Ibnu Umar r.a., bahwa Nabi saw. menancapkan pedangnya di hadapannya pada hari raya Idul Fitri, dan Idul Adha, sesudah itu beliau solat."522, Dari Hafshah binti Sirin r.a., katanya: "Kami melarang gadis-gadis kami pergi solat 'Id. Kebetulan datang seorang wanita yang tinggal di rumah Bani Khalaf. Aku datang bertanya kepadanya. Diceritakannya bahawa suami saudara perempuannya ikut berperang bersama Nabi saw. dalam dua belas kali peperangan. Sedang isterinya ikut pula bersama-sama dengan dia dalam enam kali peperangan. Katanya menambahkan, "Kami )para wanita yang ikut ke medan perang( merawat dan mengobati orang-orang sakit dan luka-luka. Pernah kami menanyakan kepada Rasulullah, "Ya, Rasulullah! Bolehkah kami tidak pergi ke solat 'Id, kerana kami tidak mempunyai baju dalam?" Jawab Nabi saw., "Hendaknya kawanmu meminjamkan bajunya, dan hadirilah hari-hari baik dan panggilan orang-orang yang beriman."523, Diceritakan dari Ibnu Umar r.a., bahwa Nabi saw. pernah berkurban atau menyembelih haiwan kurban di tempat beliau solat )'Id(."524, Dari Jundab r.a., katanya: "Nabi saw. mula-mula melakukan solat 'Idul Adha, kemudian beliau berkhutbah dan sesudah itu beliau menyembelih kurban.' Beliau bersabda: "Siapa yang menyembelih kurban sebelum solat, hendaklah menyembelih lagi yang lain )sesudah solat( sebagai gantinya. Siapa yang belum menyembelih, hendaklah menyembelih dengan nama Allah."525, Dari Jabir r.a., katanya: "Biasanya pada hari raya, Nabi menempuh jalan pulang, lain daripada jalan yang telah ditempuh beliau untuk pergi."526. Diceritakan dari Ibnu Umar r.a., bahwa seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah saw. tentang solat malam. Jawab Rasulullah saw.: "solat malam dua-dua rakaat; sekiranya kamu khuatir Subuh datang, solatlah satu rakaat untuk witir )mengganjilkan( solat yang telah kamu kerjakan."527. 'Aisyah r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. solat sebelas raka'at. Begitulah solat beliau tengah malam. Beliau sujud; lama satu sujud beliau kira-kira selama kamu membaca lima puluh ayat sebelum beliau mengangkat kepalanya kembali. Beliau juga melakukan solat sunat dua raka'at )sunat Fajar( sebelum solat Subuh. Kemudian beliau berbaring ke kanan, menunggu pemberitahuan untuk solat Subuh."528. ' Aisyah r.a. menceritakan, bahwa Rasulullah saw. solat witir setiap malam, dan selesai pada waktu sahur." 529. ' Aisyah r.a. menceritakan, katanya: "Nabi saw. solat, dan aku sedang tidur melintang di tikarnya. Ketika beliau hendak solat witir, beliau membangunkan ku, lalu aku witir pula." 530. Dari Abdullah r.a., dari Nabi saw., katanya: "Buatlah akhir solatmu di tengah malam, ganjil bilangan raka'atnya." 531. Dari Sa'id bin Yasar r.a., katanya: "Pada suatu ketika aku berjalan bersama-sama Abdullah bin Umar di jalan menuju Mekkah. Ketika aku merasa khuatir Subuh akan datang, aku turun dari kenderaanku lalu aku solat witir, sesudah itu aku susul Abdullah. Tanya Abdullah, "Kemana engkau?" Jawab ku, "Aku khuatir waktu Subuh akan segera datang. Aku turun dari kenderaan, lalu aku solat witir." Kata Abdullah, "Bukankah Rasulullah saw. itu ikutan yang baik?" Jawab ku, "Ya! Demi Allah!" Kata Abdullah, "Sesungguhnya Rasulullah saw. pernah solat witir di atas kenderaannya."532. Berita dari Anas r.a., katanya dia ditanya orang: "Adakah Nabi saw. qunut pada solat Subuh?" Jawab Anas, "Ada!" Ditanyakan orang pula, "Apakah beliau qunut sebelum rukuk ?" Jawab Anas, "Sesudah rukuk, dalam masa yang pendek."533. Dari Anas r.a., katanya: "Nabi saw. pernah qunut selama satu bulan, mendoakan suku Ri'il dan Dzakwan."534. Dari Anas r.a., katanya: "Biasanya qunut itu pada solat Maghrib dan solat Subuh."535. Dari 'Abbad bin Tamim r.a., dari pamannya, katanya: "Nabi saw. pernah keluar untuk solat istisqa' )solat minta hujan dengan memakai baju terbalik." 536. Anas bin Malik r.a. bercerita, katanya: "Pada suatu hari Jum'at seorang laki-laki masuk ke mesjid dari pintu yang berhadapan dengan mimbar, ketika Rasulullah saw. sedang berkhutbah. Orang itu berdiri di hadapan Rasulullah saw. dan berkata: "Ya, Rasulullah! haiwan-haiwan ternak telah binasa dan jalan-jalan terputus. kerana itu mohonlah kepada Allah semoga Dia menurunkan hujan bagi kita." Kata Anas, Rasulullah saw. mengangkat tangan beliau, lalu beliau mendo'a: "Allahumma asqina! Allahumma asqina! . Allahumma asqina!" )Wahai Allah! Turunkan lah hujan kepada kami! Wahai, Allah! . Turunkankanlah hujan kepada kami! Wahai, Allah! Turunkanlah hujan kepada kami!(. Kata Anas, "Demi Allah! Kami tidak melihat sedikit pun awan di langit, tidak pula ada sebuah rumah pun antara kami dan bukit Sala'." Anas menambahkan, "Tetapi sebentar antaranya, kami lihat awan naik di belakang bukit seperti perisai. Awan itu terus menyebar dan kemudian hujan pun turun." Kata Anas, "Demi Allah! Kami tidak dapat melihat matahari selama enam hari.Hari Jumaat berikutnya, seorang laki-laki masuk pula ke mesjid dari pintu yang sama, dan Rasulullah saw. sedang berkhutbah. Laki-laki itu datang menghadap kepada Rasulullah dan berkata: "Ya, Rasulullah! Telah binasa harta benda dan telah putus jalan-jalan. kerana itu mendo'alah kepada Allah swt. supaya Dia menghentikan hujan." Kata Anas, Rasulullah mengangkat kedua belah tangan beliau, kemudian mendo'a: "Allahumma hawaalainaa wala 'alainaa. Allahumma 'alal aakaami wal jibali wazh zhiraabi wal awdiyati wa manabitisy syaiari. )Wahai, Allah! Turunkanlah kiranya sekitar kami dan jangan di atas kami. Wahai, Allah! Turunkanlah kiranya di bukit-bukit, di gunung-gunung, di belukar dan di tempat-tempat pengambilan air, lembah-lembah dan pokok-pokok kayu(." Kata Anas, "Maka berhentilah hujan, dan kami dapat keluar serta berjalan di bawah sinar matahari." Kata Syuraik, " Aku bertanya kepada Anas, apakah laki-laki itu orang yang dulu juga?" Jawab Anas, "Aku tidak tahu."537. Riwayat dari Anas r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. mengangkat kedua tangan beliau, lalu beliau mendo'a: "Allahumma aghitsna! Allahumma aghitsna! Allahumma aghitsna. )Wahai, Allah! Turunkanlah hujan kepada kami! Wahai, Allah! Turunkanlah hujan kepada kami!! Wahai Allah! Turunkanlah hujan kepada kami."538. Dari Abdullah bin Zaid r.a., katanya: "Nabi saw. pernah keluar untuk minta hujan. Beliau menghadap ke kiblat, mendo 'a dan membalikkan cedarnya. Kemudian beliau solat dua raka'at, menjaharkan bacaan di kedua raka'at itu."539. Dari Abdullah bin Zaid r.a., katanya: "Nabi saw. keluar rumah, pergi ke tempat sembahyang untuk minta hujan. Beliau menghadap ke kiblat, lalu solat dua raka'at dan membalikkan cedarnya."540. Dari Anas bin Malik La., katanya: "Nabi saw. tidak pernah mengangkat kedua

32

tangannya ketika mendo'a, melainkan ketika mendo'a minta hujan. Ketika minta hujan, beliau mengangkat kedua tangannya hingga kelihatan putih ketiaknya."541. Berita dari 'Aisyah r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. apabila melihat hujan, beliau berkata: "Semoga hujan yang bermanfaat."542. Berita dari Ibnu Abbas r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Aku ditolong Allah dengan Angin Timur, dan kaum 'Ad dimusnahkan dengan Angin Barat." 543. Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Hari kiamat belum akan terjadi sehingga telah dihapuskan ilmu pengetahuan, banyak terjadi gempa bumi, masa )waktu( terasa pendek, timbul berbagai macam bencana, banyak terjadi peristiwa yang menggemparkan seperti pembunuhan, dan uang berlimpah-limpah di sekitarmu."544. Ibnu Umar r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah. saw. pernah mendoa: "Wahai Allah! Berilah kami berkat di negeri kami Syam dan Yaman!" Tanya mereka )para sahabat(, "Nejd,bagaimana ya, Rasulullah?" Jawab Nabi saw., "Wahai, Allah! Berilah kami berkat di negeri kami Syam dan Yaman!" Tanya mereka, "Nejd, bagaimana ya,Rasulullah?"Jawab Nabi saw., "Di sana akan banyak terjadi gempa bumi dan berbagai macam bencana. Dan di sana akan timbul juga kurun syaitan." 545. Ibnu Umar r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Kunci yang ghaib ada lima; tidak seorang pun dapat mengetahuinya melainkan hanya Allah swt.:1. Tidak seorang pun yang mengetahui apa yang akan terjadi besok. 2. Tidak seorang pun yang mengetahui bayi yang ada dalam kandungan. 3. Tidak seorang pun yang mengetahui apa yang akan dikerjakannya besok. 4. Tidak seorang pun yang mengetahui di bumi mana dia akan mati, dan 5. Tidak seorang pun tahu kapan hujan akan turun."546. Dari Abu Bakrah r.a., katanya: "Kami berada dekat Rasulullah saw. ketika pada suatu hari terjadi gerhana matahari. Rasulullah saw. berdiri seraya menghela cedarnya sampai masuk mesjid. Kami pun masuk pula ke dalam mesjid. Beliau solat dengan kami dua raka'at sampai matahari terang kembali. Nabi saw. bersabda: "Terjadinya gerhana matahari dan bulan, bukanlah kerana seseorang meninggal dunia. Maka apabila kamu melihat keduanya, solatlah dan mendo'alah hingga segalanya terang kembali."547. Ibnu Umar r.a. mengabarkan dari Nabi saw., bahwa terjadinya gerhana matahari dan bulan bukanlah kerana mati atau lahirnya seseorang. Tetapi keduanya adalah dua tanda di antara sekian banyak tanda-tanda kebesaran Allah. Maka apabila kamu melihat gerhana. solatlah!"548. Dari Mughirah bin Syu'bah r.a., katanya: "Pada masa Rasulullah saw., terjadi gerhana matahari, iaitu bertepatan dengan hari meninggalnya Ibrahim )putera Rasulullah saw.(. Kerana itu orang banyak berkata, "Terjadi gerhana matahari kerana meninggalnya Ibrahim." Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya, terjadinya gerhana matahari dan bulan bukanlah kerana kematian atau kelahiran seseorang. Apabila kamu melihatnya, maka solatlah dan mendoalah kepada Allah swt."549. Diceritakan dari 'Aisyah r.a., bahwa beliau bercerita: "Pada masa Rasulullah saw. terjadi gerhana matahari. kerana itu beliau solat mengimami orang banyak. Nabi saw. berdiri dan lama berdirinya, kemudian rukuk dan lama rukuknya. Kemudian beliau berdiri dan lama berdirinya tapi tidak selama yang pertama. Sesudah itu rukuk dan lama rukuknya tetapi tidak selama rukuknya yang pertama. Kemudian beliau sujud dan lama sujudnya. Sesudah itu beliau perbuat raka'at yang kedua seperti apa yang telah beliau lakukan pada raka'at yang pertama, kemudian selesai. Setelah selesai solat, matahari telah jelas kelihatan. Nabi saw. memberikan khutbah untuk orang banyak. Sesudah memuji dan mengagungkan Allah swt., beliau bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara sekian banyak tanda-tanda kebesaran Allah swt. Keduanya tidak gerhana kerana mati atau lahirnya seseorang. Apabila kamu melihat gerhana, maka mendo'alah kepada Allah, bacalah Takbir, solat dan bersedekahlah." Kemudian beliau meneruskan: "Hai, ummat Muhammad! Demi Allah! Tidak ada yang lebih cemburu daripada Allah terhadap hamba-Nya yang berzina, atau ummat-Nya yang berzina.""Hai, ummat Muhammad! Demi Allah! Kalaulah kamu tahu apa yang aku ketahui, pasti kamu akan sedikit tertawa tetapi banyak menangis." 550. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: "Tatkala terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah saw., diadakan pemberitahuan solat berjama'ah: Innash shalaata Jaami'ah )marilah solat berjama'ah(."55l. Diceritakan dari 'Aisyah r.a., isteri Nabi saw., bahwa seorang perempuan Yahudi datang kepadanya menanyakan sesuatu; Kemudian perempuan Yahudi itu berkata kepadanya, "Semoga Allah melindungi mu dari siksa kubur." kerana itu 'Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah saw., "Apakah manusia akan disiksa dalam kubur mereka?"Jawab Rasulullah saw., "Berlindunglah dengan Allah dari siksa kubur itu!" Pada suatu pagi Rasulullah pergi berkenderaan. Tiba-tiba terjadi gerhana matahari. kerana itu, waktu dhuha )sebelum tengah hari( beliau telah kembali. Beliau berjalan melewati kamar-kamar )isteri beliau(. Kemudian beliau berdiri hendak solat dan berdiri pulalah orang di belakang beliau. Rasulullah saw. berdiri lama, kemudian beliau rukuk lama, kemudian beliau bangkit lalu berdiri lama, tetapi tidak selama berdiri yang mula-mula, kemudian rukuk lama, tetapi tidak selama ruku yang pertama, kemudian beliau bangkit lalu sujud, kemudian beliau berdiri lama tetapi tidak selama yang mula-mula, kemudian beliau rukuk lama tetapi tidak selama rukuk yang mula-mula, kemudian berdiri lama tetapi tidak selama berdiri yang mula-mula, kemudian rukuk lama tetapi tidak selama rukuk yang mula-mula, kemudian beliau bangkit lalu sujud dan menyudahi solat beliau. Sesudah itu beliau menyabdakan apa yang diperintahkan Allah; dan memerintahkan orang banyak supaya berlindung dari siksa kubur."552. Ibnu Abbas r.a. memberitakan, bahwa orang banyak berkata kepada Rasulullah saw.: "Kami melihat anda seolah-olah anda mengambil sesuatu di tempat anda, sesudah itu kami lihat pula anda mundur." Jawab Nabi saw., "Aku melihat syurga, lalu aku ingin memetik buah-buahannya. Kalaulah buah-buahan itu dapat ku petik, sesungguhnya dapat untuk makanmu seumur dunia. Dan diperlihatkan pula kepada ku neraka. Belum pernah aku menyaksikan pemandangan yang sangat mengerikan seperti hari ini. Kulihat kebanyakan isinya kaum wanita." Tanya mereka, "Kenapa begitu ya, Rasulullah?" Jawab beliau., "Kerana kekafiran mereka!" Tanya mereka, "Apakah mereka kafir kepada Allah?" Jawab Nabi saw., "Mereka kafir terhadap teman hidup )suami( mereka dan terhadap kebaikan yang dia terima daripadanya. Sekalipun engkau telah berbuat baik kepada mereka sepanjang masa, kemudian dia melihat sesuatu kesalahan daripadamu, lantas ia berkata: "Saya tidak pernah sedikit pun melihat kebaikan daripadamu." 553. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Nabi saw. mengeraskan bacaannya ketika solat khusuf )gerhana bulan(. Setelah beliau selesai membaca, beliau mengucapkan takbir, lalu rukuk. Dan apabila beliau bangkit dari rukuk, beliau mengucapkan: Sami 'allahu liman hamidah. Rabbana wa lakal hamdu. )Maha mendengar Allah akan orang-orang yang memuji-Nya. Wahai Tuhan kami! Hanya untuk Mu lah segala pujian(." Kemudian beliau mengulangi bacaan. Dalam solat Kusuf, terdapat empat kali rukuk dan empat kali sujud dalam dua raka'at. "554. Abdullah r.a. mengatakan, bahwa Nabi saw. membaca surat An Najm di Makkah, lalu beliau sujud dan orang banyak pun sujud pula mengikut beliau kecuali seorang orang tua. Dia hanya mengambil segenggam pasir atau tanah, kemudian mengangkat ke dahinya sambil berkata: "Ini sudah cukup bagiku." Tak lama kemudian, orang tua itu mati terbunuh dalam kekafiran."555. Abu Hurairah r.a. mengatakan, "Solat Subuh hari Jum'at, Nabi saw. membaca Alif Laam Miim Tanzil As Sajdah " )surat: 32( dan Hal ata 'alal insaani )surah: 76(."556. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Nabi saw. mengatakan, bahwa surat Shaad tidak termasuk surat yang mengharuskan sujud. Tetapi aku melihat beliau sujud ketika membaca surat itu."557. Dan Zaid bin Tsabit, katanya: "Aku membaca surat An Najm di hadapan Nabi saw., beliau tidak sujud."558. Dan Ibnu Umar r.a., katanya: "Ketika Nabi saw. membacakan surat yang mengandung ayat sajdah di hadapan kami,beliau langsung sujud dan kami pun sujud pula sehingga ada sahabat yang tidak mendapat tempat untuk sujud."559. Dari Ibnu Abbas, katanya: "Nabi saw. pernah menetap selama sembilan belas hari dan beliau mengqasar solat. "560. Dari Anas: "Kami pergi bersama Nabi saw. dari Madinah ke Mekkah. Beliau solat dua-dua raka'at hingga kamikembali ke Madinah. Lalu ditanyakan orang kepada Anas, "Berapa harikah engkau menetap di Mekkah?"Jawabnya, "Kami tinggal di Mekkah sepuluh hari."561. Dari Abdullah r.a., katanya: "Kami pernah solat )qasar( dua raka'at di Mina bersama Nabi saw., Abu Bakar dan Umar dan Usman. Tetapi kemudian, ketika Usman baru mulai menjabat kepala pemerintahan, beliau solat sepenuhnya )tidak qasar(."562. Dari Haritsah bin Wahab, katanya: "Nabi saw. pernah solat dengan kami di Mina dalam keadaan aman, dua raka'at. "

33

563. Dari Ibnu Mas'ud r.a., ketika dia ditanya orang perihal solat Usman di Mina empat raka'at, dia membaca Istirja' kemudian berkata: "Aku solat bersama Nabi saw. di Mina dua raka'at. Kemudian bersama Abu Bakar r.a. dan Umar r.a., dua raka'at )yaitu, ketika keduanya telah menjabat khalifah(. Wahai, kiranya aku untung, kerana dua raka'at sama nilainya dengan empat raka'at )di sisi Allah(."564. Abu Hurairah r.a. memberitakan, bahwa Nabi saw. bersabda: "Tidak halal bagi wanita yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, berjalan sehari semalam tanpa ditemani muhrimnya." 565. Dari Anas r.a., katanya: "Aku pernah solat beserta Nabi saw. di Madinah empat raka'at dan di Dzulhulaifah dua raka'at."566. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: "Aku pernah melihat Rasulullah saw. apabila beliau ingin cepat dalam perjalanan, dijama'kannya solat Maghrib dan Isya' dan dilakukannya di waktu Isya' )Jama' ta'khir(.567. Dari 'Amir r.a., katanya: "Saya melihat Nabi saw. solat di atas kenderaan beliau menghadap ke mana saja kenderaannya itu menghadap."568. Dari Jabir bin AbdulJah r.a., katanya: "Rasulullah saw. biasa solat sunat ketika ia sedang di atas kenderaan tanpa menghadap ke kiblat."569. Dari Jabir r.a., katanya: "Sesungguhnya Nabi saw. pernah solat sunat di atas kenderaannya menghadap ke Timur. Apabila beliau hendak solat fardhu beliau turun lalu beliau solat menghadap kiblat."570. Dari Ibnu Umar, katanya: "Aku pernah menemani Rasulullah saw. dalam suatu perjalanan, tetapi aku tidak melihatnya melakukan solat sunat dalam perjalanan itu."571. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Aku pernah menemani Nabi saw. dalam suatu perjalanan. Tidak lebih dari dua raka'at beliau solat selama dalam perjalanan itu. Begitu pula Abu Bakar, Umar dan Usman r.a."572. Dari' Amir bin Rabi'ah r.a., dia menceritakan bahwa dia melihat Nabi saw. solat Malam dalam perjalanan di atas kenderaannya.573. Dari Ibnu Abbas r.a.,katanya: "Rasulullah saw. menjama' solat Zuhur dengan 'Asar, dan Maghrib dengan Isya', apabila beliau dalam perjalanan."574. Dari Anas r.a., katanya: "Apabila Nabi saw. berangkat sebelum matahari condong ke Barat )sebelum Zuhur(, diundurnya melakukan solat Zuhur hingga 'Asar kemudian dijama'kannya keduanya. Dan apabila matahari telah condong, beliau solat Zuhur lebih dahulu, sesudah itu baru beliau menaiki kenderaannya."575. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. solat di rumah sambil duduk ketika beliau sakit, dan orang banyak solat di belakangnya sambil berdiri. Lalu beliau memberi isyarat kepada mereka supaya mereka duduk. Ketika telah selesai solat beliau bersabda: "Sesungguhnya imam itu diadakan untuk diikut. Apabila dia rukuk, maka rukuk pulalah kamu dan apabila dia bangkit, maka bangkit pulalah kamu."576. Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah saw. jatuh dari kuda dan luka di sebelah kanan. kerana itu kami pergi mengunjungi beliau. Ketika waktu solat tiba, beliau solat sambil duduk, maka kami pun solat pula sambil duduk. Setelah selesai solat beliau bersabda: "Sesungguhnya imam itu diadakan untuk diikut. Apabila dia takbir, maka takbir pulalah kamu. Apabila dia rukuk, maka rukuk pulalah kamu. Dan apabila dia mengangkat kepala maka angkat pula kepalamu. Dan apabila dia membaca: Sami'allaahu liman hamidah, maka bacalah: Rabbana wa lakal hamdu."577. Dari 'Imran, katanya: "Aku bertanya kepada Nabi saw. perihal orang yang solat duduk." Jawab beliau, "Orang yang solat berdiri, itulah yang paling utama. Dan orang yang solat duduk, maka pahalanya seperdua pahala solat berdiri. Dan orang yang solat tidur, maka pahalanya seperdua pahala orang yang solat duduk."578. Dan 'Imran bin Hushain, katanya: "Aku sakit buasir. Lalu aku bertanya kepada Rasulullah saw., tentang bagaimana cara melakukan solat. Jawab beliau, "Solatlah sambil berdiri. Jika tidak sanggup, boleh duduk. Jika tidak sanggup juga, boleh sambil berbaring."579. Diceritakan dari 'Aisyah, bahawasanya dia belum pernah melihat Nabi saw. solat malam sambil duduk sekali-kali tidak, sehingga beliau sampai ke usia tua beliau. Biasanya beliau membaca sambil duduk dan apabila beliau hendak rukuk beliau berdiri, kemudian beliau membaca sekitar tiga puluh atau empat puluh ayat, sesudah itu baru beliau rukuk." 580. Diceritakan dari 'Aisyah, bahwasanya Rasulullah saw. solat sambil duduk, maka beliau membaca sambil duduk. Apabila bacaannya tinggal kira-kira tiga puluh atau empat puluh ayat beliau berdiri dan meneruskan bacaannya sambil berdiri, kemudian beliau rukuk dan sesudah itu sujud. Pada raka'at kedua beliau melakukannya seperti itu juga. Apabila beliau telah selesai solat, beliau melihat kepadaku; jika aku masih bangun beliau bercakap cakap dengan ku, dan apabila aku telah tidur, beliau pun berbaring pula."581. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Apabila Rasulullah saw. bangun tengah malam hendak solat tahajjud, beliau membaca "Allahumma lakal hamdu anta qayyimus samaawaati wal ardhi waman fiihinna. walakal hamdu mulkus samaawaati wal ardhi waman fiihinna, walakal hamdu nurus samaawati wal ardhi. walakal hamdu antal haqqu wa wa'dukal haqqu wa liqaauka haqqun wa qawluka haqqun wal jannatu haqqun wan naaru haqqun wan nabiyyuna haqqun wa Muhammadun shallallaahu 'alaihi wa sallama haqqun, was saa'atu haqqun. "Allhumma laka aslamtu wa bika aamantu wa 'alaika tawakkaltu wa ilaika anabtu wa bika khaashamtu wa ifaika haa kamtu. faghfirli maa qaddamtu wa maa akhkhartu wa maa asrartu wa maa a'lantu antal muqaddimu wa antal muakh-khiru laa ilaaha illaa anta )atau: laa ilaaha ghairuka( wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah. " )Wahai, Allah! Untuk-Mulah segala puji. Engkau penanggung langit dan bumi beserta isinya. Untuk-Mulah segala puji. Penguasa langit dan bumi dan segala isinya. Untuk-Mulah segala puji Cahaya langit dan bumi. Untuk-Mulah segala puji. Engkau Maha Benar, janji-Mu maha benar, menemui Engkau )di akhirat( maha benar, firman-Mu maha benar, syurga maha benar, neraka maha benar, para Nabi maha benar, dan Muhammad; shallallaahu 'alaihi wasallam maha benar, dan hari kiamat maha benar.Wahai, Allah! Saya pasrah kepadaMu, dan dengan Engkau aku beriman, kepada Engkau aku menyerah, dan kepada Engkau aku kembali, dan kerana )mempertahankan agama( Engkau aku bermusuhan, dan kepada Engkau aku meminta hukum.kerana itu ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan yang terakhir, ampunilah apa yang ku rahsiakanmaupun yang kunyatakan. Engkaulah yang mendahulukan dan yang mengemudiankan; tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau, dan tidak ada daya dan kekuatan melainkan di tangan Engkau(.582. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Ada seorang laki-laki pada masa hidup Rasulullah saw., apabila dia bermimpi diceritakannya kepada Rasulullah. Maka saya mengharap-harap supaya saya bermimpi pula untuk saya ceritakan kepada Rasulullah saw. Ketika itu aku masih muda belia, dan aku tidur di mesjid waktu Rasulullah masih hidup. Pada suatu ketika aku bermimpi, aku melihat dalam mimpiku itu seolah-olah dua malaikat datang kepada ku lalu keduanya membawa ku ke neraka. Di situ ada bangunan seperti sumur, mempunyai dua cabang dan di dalamnya banyak manusia yang saya kenal. Kataku, "Semoga Allah melindungi ku dari neraka ini." Maka datang malaikat yang lain, lalu ia berkata kepada ku, "jangan takut!" Mimpiku itu aku ceritakan kepada Hafshah )isteri Rasulullah( lalu Hafshah menceritakannya pula kepada Rasulullah saw Sabda Rasulullah. "Abdullah Ibnu Umar itu adalah seorang anak yang baik. Saya berharap supaya dia melakukan solat malam. " Semenjak itu Abdullah selalu solat malam. Ia tidur hanya sebentar."583. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. solat )malam( sebelas raka'at. Memang begitulah solat beliau. Lamanya sujud dalam solatnya itu untuk satu kali sujud, selama kamu membaca kira-kira lima puluh ayat sebelum dia mengangkat kepalanya. Kemudian dia solat dua raka'at sebelum fajar, kemudian dia berbaring di lambungnya yang kanan, hingga datang orang memberitahukannya untuk solat )Subuh(. "584. Dari Jundab bin Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. sakit dan beliau tidak dapat berdiri )untuk solat tahajjud( semalam atau dua malam."585. Diceritakan dari Ali bin Abi Thalib r.a., bahwa pada suatu malam Nabi saw. mengetuk pintu rumahnya bersama Fathimah binti Rasulullah saw. Sabda beliau saw.: ."Kenapa kalian , tidak solat?" Jawab Ali, "Ya, Rasulullah ! Diri kami tangan Allah. Apabila Dia menghendaki kami bangun, kami akan bangun." Mendengar jawaban itu beliau berpaling tanpa mengucapkan sepatah kata pun kepada ku. Tetapi kemudian aku mendengar beliau memukul pahanya sendiri, dan berkata: "Wa kaanal insaanu aktsara syar-in jadalaa." )Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah(.586. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Jika ada Rasulullah saw. meninggalkan sesuatu amal, sedangkan beliau sendiri suka untuk mengerjakan amal itu, hal itu adalah disebabkan, kerana beliau takut orang banyak akan mengamalkannya pula, lalu mereka menganggap amal itu wajib bagi mereka. Nabi saw. tidak pernah solat dhuha, tetapi aku melakukannya." 587. Diceritakan dari 'Aisyah r.a., bahwa pada suatu malam Rasulullah saw. berada di mesjid. Beliau solat, maka orang banyak mengikuti pula beliau solat. Malam berikutnya Nabi saw. solat pula. Orang yang mengikutnya pun bertambah banyak. Pada malam ketiga atau mungkin malam keempat orang semakin banyak berkumpul, tetapi Nabi saw.

34

tidak datang. Besok pagi Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya aku telah tahu apa yang kamu lakukan. Tidak sesuatu pun yang melarang ku untuk keluar untuk solat malam bersama-sama kamu sekalian. Hanya aku khuatir kalau-kalau perbuatan itu menjadi wajib atasmu." Peristiwa itu terjadi di bulan Ramadhan.588. Dari Mughirah bin Syu'bah r.a., katanya: "Apabila Nabi saw. berdiri melakukan solat, beliau berdiri lama sekali sehingga bengkak tumit atau betis beliau. Lalu beliau ditanya orang mengenai hal itu. Jawab beliau, "Apakah aku tidak boleh menjadi seorang hamba yang banyak syukur?"589. Diceritakan dari Abdullah bin Umar Ibnu 'Ash, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud, dan puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud beliau tidur seperdua malam berdiri )solat( sepertiganya, dan tidur seperenamnya; beliau puasa satu hari dan berbuka satu hari. "590. Dari Masruq r.a., katanya: "Aku bertanya kepada 'Aisyah r.a.: "Apakah amal yang paling disukai Nabi saw.?" Jawabnya, "Amal yang dilakukan secara terus menerus. "Lalu kutanyakan pula: "Bilakah beliau bangun tengah malam untuk solat?" Jawabnya, "Beliau bangun apabila telah kedengaran kokok ayam."591. Diceritakan dari Anas r.a. bahwasanya Nabi saw. dan Zaid bin Tsabit, kedua-duanya makan sahur bersama-sama. Maka tatkala kedua-duanya telah sahur, Nabi saw. berdiri hendak solat dan beliau melakukannya. Ditanya orang Anas, "Berapa lamanya antara keduanya selesai sahur dengan solat?" Jawab Anas, "Kira-kira selama membaca lima puluh ayat."592. Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Pada suatu malam aku solat bersama Nabi saw. Maka beliau berdiri lama sekali, sehingga aku ingin hendak melakukan suatu perbuatan buruk. Lalu ditanyakan orang, "Apa yang kamu inginkan?" Jawabnya, "Aku ingin duduk dan meninggalkan Nabi saw. )solat sendirian(."593. Diceritakan dari Hudzaifah r.a., bahwa Nabi saw. apabila berdiri hendak solat tahajjud tengah malam, lebih dahulu beliau membersihkan mulutnya dengan siwak )sikat gigi dari kayu(.594. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah saw., tanyanya: "Ya, Rasulullah! Bagaimana caranya melakukan solat malam?" Jawab Rasulullah, "Dua-dua; apabila kamu khuatir Subuh datang, lakukanlah solat witir satu raka'at."595. Diceritakan dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Solat Nabi saw. banyaknya tiga belas raka'at. Yakni solat malam."596. Dari Masruq r.a., katanya: "Aku bertanya kepada Aisyah tentang solat malam Rasulullah saw." Jawabnya, "Adakalanya tujuh, atau sembilan, dan ada juga sebelas raka'at, belum termasuk dua raka'at fajar."597. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Nabi saw. solat malam tiga belas raka'at satu raka'at daripadanya ialah solat witir dan dua raka'at solat sunat fajar."598. Dari Anas r.a., katanya: "Pada suatu ketika, Rasulullah saw. pernah tidak berpuasa selama sebulan, sehingga kami mengira Nabi saw. tidak dibolehkan puasa bulan itu. Begitu pula, beliau pernah berpuasa selama sebulan, hingga kami mengira bahwa Nabi tidak boleh berbuka bulan itu. Dan jika kamu ingin melihatnya solat tengah malam, kamu akan dapat melihatnya, dan jika kamu ingin melihatnya tidur, kamu juga bisa melihatnya."599. Diberitakan dari Abu Hurairah r.a., bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Waktu seseorang sedang tidur, syaitan membuat tiga buah simpul di kepalanya. Untuk setiap simpul ia mengatakan" 'Tidurlah engkau sepanjang malam.' Ketika dia terbangun, lalu dia menyebut nama Allah, maka lepaslah satu simpul. Jika dia berwudhu', lepas pulalah satu simpul. Dan jika dia solat, terbukalah seluruh simpul. Maka waktu bangun pagi ia akan merasa penuh semangat dengan badan yang segar bugar. Jika tidak, dia akan bangun pagi dengan perasaan serba tak enak dan malas."600. Dari Samurah r.a., diceritakannya dari Nabi saw. perihal mimpi. Sabda Nabi saw.: "Barangsiapa bermimpi, seolah-olah kepalanya dipukul orang dengan batu, ertinya, orang itu mempelajari Al Qur'an tetapi tidak diamalkannya dan solat wajib ditinggalkannya." 601. Dari Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu ketika diperkatakan orang dekat Nabi saw. seorang laki-laki yang sentiasa tidur sampai subuh dan tidak pernah bangun solat malam. Sabda Nabi, "Kupingnya telah dikencingi syaitan."602. Diberitakan oleh Abu Hurairah, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Allah tabaaraka wa ta'aala )Allah Yang Maha Suci lagi Agung( turun ke langit dunia pada )sepertiga yang akhir di setiap malam.( Dia berfirman: "Barangsiapa mendoa kepada Ku akan Ku perkenankan do'anya. Barangsiapa meminta kepada Ku akan Ku beri dia. Siapa yang minta ampun akan Ku ampuni dia."603. Diceritakan dari 'Aisyah r.a., bahwa dia ditanya orang mengenai solat Rasulullah saw. di waktu malam. Jawab 'Aisyah, "Beliau tidur pada awal malam dan bangun pada akhirnya, lalu beliau solat. Kemudian beliau kembali pula ke tempat tidurnya. Maka apabila muadzin telah azan )untuk solat Subuh(, beliau bangun. Kalau memang perlu, beliau mandi lebih dahulu, jika tidak, beliau mengambil wudhu' saja, kemudian beliau pergi solat ke mesjid."604. Dari Abu Salamah bin Abdurrahman r.a., ia bertanya kepada 'Aisyah r.a. tentang bagaimana caranya Nabi saw. solat pada bulan Ramadhan. Jawab 'Aisyah, "Rasulullah tidak pernah menambah solatnya di bulan Ramadhan dan tidak pula di bulan lainnya, atas sebelas raka'at. Mula-mula beliau solat empat rakaat, tetapi janganlah ditanya tentang kebagusan panjangnya solat beliau itu. Kemudian beliau solat empat raka'at lagi, dan janganlah ditanya pula bagaimana bagus dan lamanya. Kemudian beliau solat tiga raka'at. Kata 'Aisyah, aku bertanya kepada Rasulullah, "Ya, Rasulullah! Apakah Tuan tidur sebelum solat Witir?" Jawab Nabi saw., "Wahai, 'Aisyah! Hanya mata ku saja yang tidur, tetapi hatiku tidak." 605. Diceritakan oleh Abu Hurairah r.a., bahwa Nabi saw. pernah bersabda kepada Bilal pada waktu Subuh, sabdanya: "Hai, Bilal! Cuba ceritakan kepada ku amal apa yang paling kamu sukai dalam Islam. Kerana aku mendengar bunyi terompahmu di hadapanku nanti di syurga." Jawab Bilal, "Tidak ada amal yang paling kusukai melainkan apabila aku telah berwudhu' siang ataupun malam, maka aku solat dengan wudhu' itu, seperti telah ditetapkan untukku."606. Dari Anas r.a., katanya: "Pada suatu kali Nabi saw. masuk ke mesjid, kebetulan di situ ada tali terbentang antara dua tiang. Nabi bertanya: "Tali apa ini?" Jawab mereka )para sahabat(: "Itu tali kepunyaan Zainab. Apabila ia merasa lelah ia berpegang di tali itu." Sabda Nabi, "Jangan! Itu tidak boleh! Bukalah tali itu! Solatlah kamu sesuai dengan kesanggupanmu. Apabila kamu telah lelah maka duduklah." 607. Dari Abdullah bin 'Amru bin 'Ash r.a., katanya: "Rasulullah saw. bersabda kepada ku. "Wahai, Abdullah! Janganlah kamu seperti si Fulan, ia bangun solat malam dan setelah itu dia berhenti." 608. Dari Abdullah bin 'Amru r.a., katanya Nabi saw. bersabda kepadanya: "Diceritakan orang kepada ku, bahwa engkau selalu bangun solat malam dan berpuasa terus setiap hari." Jawab ku, "Benar, ya Rasulullah! Aku melakukannya." Sabda Nabi, "Kalau memang begitu, matamu akan cekung dan diri mu akan lemah. Sesungguhnya diri mu mempunyai hak dan keluargamu mempunyai hak. Kerana itu puasalah dan berbukalah, bangunlah untuk solat dan tidurlah."609. Diberitakan oleh 'Ubbadah bin Shamit, bahwa Nabi saw. bersabda: "Barangsiapa bangun tengah malam, lalu dia membaca: "Laa Illaaha illallaahu wahdahu laa syariikalah, Lahul mulku walahul hamdu wa hu wa 'alaa kulli syai-in qadiir. Alhamdu lillaah, wa subhaanallaah. walaa ilaaha illallaah, wallaahu akbar. Walaa hawla walaa quwwata illaa billaah, kemudian dilanjutkannya: Allaahummaghfirli. )Tidak ada Tuhan yang patut disembah melainkan hanya Allah satu-satu-Nya, tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya sajalah kekuasaan, dan milik-Nya sajalah segala puji, dan Dia berkuasa atas segala-galanya. Segala puji hanya milik Allah, Maha Suci Allah, Tidak ada Tuhan melainkan hanya Allah; dan Allah Maha Besar. Dan tidak ada daya, tiada pula kekuatan melainkan hanya milik Allah. Kemudian dia melanjutkan: "Wahai Allah! Ampunilah kiranya aku!"(Jika dia mendo'a, diperkenankan do'anya. Jika dia mengambil wudhu', lalu dia solat, diterima Allah solatnya.610. Abu Hurairah r,a. di dalam salah satu riwayatnya mengatakan, bahwa pada suatu ketika Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya saudara mu, Abdullah bin Rawahah tidak pernah berkata kotor )mengulangi ucapannya(: "Di samping kita Rasulullah membaca Kitab. Di kala fajar yang dikenal terbit bersinar. Kita lihat petunjuk sesudah buta. Kita yakin perkataannya benar. Pada malam hari beliau tidur hanya sebentar. Ketika orang musyrik tidur nyenyak."611. Dari 'Aisyah r.a, katanya: "Rasulullah saw. melakukan solat 'Isya. Sesudah itu beliau solat delapan raka'at setelah itu dua raka'at sambil duduk. Kemudian beliau solat lagi dua raka'at antara azan dan iqamat dan beliau tidak pernah meninggalkan yang dua raka'at belakangan itu." 612. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah saw. mengajarkan kepada kami solat istikharah untuk segala urusan, seperti dia mengajarkan kepada kami surat Al Qur'an; Sabda beliau: "Apabila seseorang kamu hendak melakukan sesuatu pekerjaan, lebih dahulu hendaklah ia solat dua raka'at yang bukan fardhu, kemudian membaca do'a: "Allahumma inni astakhairuka bi'ilmika waastaqdirukabi qudratika

35

waas-aluka min fadhlikal 'azhim; Fainnaka taqdiru wa laa aqdiru wata'lamu wa laa a'lamu wa anta 'allamul ghuyuub. Allaahumma inkunta ta'lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wa ma'aasyi wa 'aaqibatu amri )'ajili amri wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarik lii fiihi. Wa inkunta ta'lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diini wa ma'aasyi wa 'aaqibatu amrii )'ajili amri wa aajilihi( fashrifhu 'annii washrifnii 'anhu waqdur liyal khaira haitsu kaana tsummaardhini." )Wahai Allah! Sesungguhnya aku mohon pilihan kepada Engkau dengan ilmu Engkau, dan mohon kuasa kepada Engkau dengan kekuasaan Engkau, dan aku meminta kepada Engkau kurnia-Mu yang Maha Agung. Sesungguhnya Engkau Mahakuasa, sedangkan aku tidak kuasa. Dan Engkau Maha Tahu, sedangkan aku tidak tahu. Dan Engkau Maha Tahu segala yang ghaib. Wahai, Allah! Jika menurut pengetahuan-Mu pekerjaan ini baik bagi agamaku, bagi kehidupanku, dan akibat kesudahannya, maka berilah aku kesanggupan untuk melaksanakannya serta mudahkanlah dia bagi ku, kemudian berikan berkat bagi ku padanya. Dan jika menurut pengetahuan-Mu pekerjaan ini tidak baik bagi agama, kehidupan serta akhir kesudahannya, maka singkirkanlah dia dari ku, dan jauhkanlah aku daripadanya, serta tukarlah bagi ku dengan yang lebih baik daripadanya, kemudian redhailah dia bagiku."613. Dari Abu Qatadah bin Rib'i Al Anshari r.a., ia mengatakan bahwa Nabi saw. bersabda: "Apabila seseorang kamu masuk ke dalam mesjid, janganlah duduk lebih dahulu sebelum solat dua raka'at."614. Diceritakan oleh Abdullah bin Umar, katanya: "Aku solat bersama Rasulullah saw., dua raka'at sebelum solat Zuhur, dua raka'at sesudah Zuhur, dua raka'at sesudah Jum'at, dua raka'at sesudah Maghrib, dua raka'at sesudah 'Isya.615. Dari Jahir r.a., dia mengatakan bahwa Rasulullah saw. pernah Sabda ketika ia sedang berkhutbah, katanya: "Apabila seseorang kamu masuk mesjid dan imam sedang berkhutbah, atau dia telah datang untuk itu, solatlah kamu lebih dahulu dua raka'at )sebelum duduk(." 616. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Nabi saw. berpesan kepada ku supaya aku melakukan solat dhuha dua raka'at."617. Dari 'Aisyah r.a., katanya: Tidak ada solat Nawafil )sunat( yang lebih diutamakan oleh Nabi saw. dari solat sunat lainnya selain daripada dua raka'at sunat fajar."618. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. melakukan dua raka'at solat sunat sebelum Subuh dengan cara yang ringan, sehingga aku bertanya-tanya dalam hatiku, adakah Nabi saw. membaca Al Fatihah )atau tidak(." 619. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Temanku )Nabi saw.( menasihatkan kepada ku tiga perkara, yang tidak akan kutinggalkan selama hidupku. Pertama, puasa tiga hari setiap bulan. Kedua, solat Dhuha. Ketiga, tidur sesudah solat witir."620. Dari 'Aisyah r.a., dia mengatakan: "Sesungguhnya Nabi saw. tidak pernah meninggalkan solat sunat, empat raka'at sebelum Zuhur, dan dua raka'at sebelum Subuh. "621. Dari Abdullah Al Muzanni, katanya Nabi saw. bersabda: "solatlah kamu sebelum solat Maghrib." Diucapkannya sampai tiga kali, dan pada kali yang ketiga beliau menambahkan: "Bagi siapa yang ingin melakukannya." Beliau tambahkan kata-kata tambahan itu kerana beliau takut orang banyak akan menganggapnya menjadi sunnah."622. Dari Ibn Umar r.a., dia mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Kerjakanlah beberapa di antara solatmu di rumah mu, dan jangan kamu jadikan rumah mu itu menjadi kuburan."623. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Tidak disiapkan perangkat kenderaan melainkan untuk perjalanan ke tiga buah mesjid.Pertama, ke Masjidil Haram di Mekah. Kedua, ke Masjidir Rasul di Madinah. Ketiga, ke Masjidil Aqsha di Jerusalem."624. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Satu kali solat di mesjid ku ini, lebih baik daripada seribu kali solat di tempat lain, melainkan di Mesjidil Haram."625. Diceritakan oleh Nafi', bahwa sesungguhnya Ibnu Umar r.a. tidak pernah melakukan solat dhuha, melainkan hanya dua kali. Yaitu: 1. Ketika beliau tiba di Mekkah, kerana beliau tiba pada waktu dhuha. Lalu beliau thawaf, kemudian solat dua raka'at di belakang Maqam )Ibrahim(. 2. Pada hari beliau mengunjungi Mesjid Quba. Biasanya beliau berkunjung ke sana setiap hari Sabtu. Setiba di situ beliau terus masuk ke mesjid dan solat dua raka'at sesudah itu beliau keluar. Nafi' menambahkan, bahwa Ibnu Umar bercerita: "Sesungguhnya Nabi saw. mengunjungi mesjid Quba itu kadang-kadang dengan menunggang kuda dan kadang-kadang berjalan kaki. Kata "Nafi pula meneruskan, Ibnu Umar berkata. "Sesungguhnya aku hanya berbuat sebagaimana yang pernah kulihat sahabat-sahabatku memperbuatnya. Dan aku tidak melarang orang untuk mengerjakan solat kapan saja ia kehendaki. malam atau pun siang, asal saja jangan disengaja melakukannya pada waktu matahari terbit atau terbenam." 626. Dari Abu Hurairah, dia mengatakan bahwa Nabi saw. bersabda: "Antara rumahku dan mimbarku adalah sebuah kebun dari kebun syurga; dan mimbarku berada di atas telagaku." 627. Qaza'ah Maula Ziyad berkata: "Aku mendengar Abu Sa'id Al Khudri mengatakan empat macam ajaran dari Nabi saw., yang sangat aku kagumi dan ku nilai tinggi. Yaitu: 1. Seorang wanita tidak boleh bepergian seorang diri selama dua hari, melainkan dengan suami atau dengan muhrimnya. 2. Tidak boleh puasa pada dua hari. Yaitu, pada hari raya Idul Fitri, dan pada hari raya Idul Adh-ha. 3. Tidak boleh solat sesudah dua solat. Yaitu, sesudah solat Subuh hingga terbit matahari, dan sesudah solat 'Ashar hingga Maghrib. 4. Tidak boleh disediakan perangkat kendaraan kecuali hanya untuk perjalanan ke tiga buah mesjid. Yaitu, ke Mesjidil Haram, ke Mesjid Aqsha, dan ke Mesjid ku." 628. Dari Abdullah r.a., katanya: "Kami memberi salam kepada Nabi saw. ketika beliau sedang shalat, dan beliau menjawab salam kami itu. Tatkala kami kembali dari Najasyi )penguasa Ethiopia(, kami pun memberi salam kepada beliau tetapi beliau tidak menjawab." Kemudian beliau bersabda, "Sesungguhnya orang yang sedang solat itu sedang melakukan sesuatu yang penting." 629. Dari Abu Amr Asy Syaibani, katanya: "Zaid bin Arqam mengatakan kepada ku, 'Pada masa Rasulullah saw. kami pernah bercakap-cakap ketika sedang solat; sehingga seseorang di antara kami mengatakan kepentingannya kepada yang lain. Maka turunlah ayat: Haafizhuu 'alash shalawaati washshaatil wusthaa )Peliharalah semua solat mu, dan peliharalah solat wusthaa ( hingga akhirnya. Sesudah itu kami diperintahkan diam )tidak boleh bicara( ketika sedang solat." 630. Dari Sahal r.a., katanya: "Pada suatu kali, Nabi saw. keluar untuk mendamaikan Bani 'Amr bin Auf, kebetulan waktu solat telah tiba. Maka datanglah Bilal kepada Abu Bakar mengatakan, 'Nabi saw. terlambat datang,. Tuanlah yang menjadi imam." Jawab Abu Bakar, "Baiklah! Kalau engkau setuju." Setelah Bilal qamat Abu Bakar maju ke muka lalu solat. Kemudian Nabi tiba, lalu dibelahnya shaf perlahan-lahan supaya dia dapat lewat sampai ke muka. Orang banyak bertasfih. Kata Sahal, tahukah kamu, apa itu tasfih? Yaitu, bertepuk tangan. Abu Bakar tidak menoleh. Setelah orang semakin ramai bertepuk: maka barulah dia menoleh ke belakang. Nabi saw. telah berada di dalam shaf. Beliau memberi isyarat kepada Abu Bakar supaya dia tetap di tempatnya. Lalu Abu Bakar mengangkat kedua tangannya memuji Allah. Kemudian dia mundur ke belakang dan Nabi saw. maju ke muka meneruskan sembahyang." 631. Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya: "Kami pernah mengucapkan salam ketika shalat, menyebut nama dan salam satu sama lain. Hal itu terdengar oleh Nabi saw., lalu beliau bersabda, bacalah: "At tahiyyaatu lillaah, wash shalawaatu wat thayyibaatu. Assalaamu 'alaika ayyuhan nabiyyu wa rahmatullhi wabarakaatuhu. Assalaamu 'alaina wa 'ala 'ibaadillaahish shaalihin. Asyhadu an laa ilaaha illallaah wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuuluh. " )Segala kehormatan untuk Allah, segala keberkatan dan segala kebaikan. Salam untukmu wahai Nabi, rahmat Allah dan berkatNya. Selamat kiranya untuk kami, dan untuk para hamba Allah yang salih. Aku mengaku bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan hanya Allah, dan sesungguhnya Muhammad itu hamba-Nya dan Rasul-Nya(. Apabila kamu baca bacaan itu, bererti kamu telah memberi salam kepada seluruh hamba Allah yang salih di mana saja pun mereka berada, di langit maupun di bumi. "632. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Tasbih untuk kaum pria, dan bertepuk tangan untuk kaum wanita." 633. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah saw. menceritakan seorang ibu memanggil anaknya yang sedang solat. Kata ibu itu, "Hai, Juraij!" Lalu Juraij mohon kepada Allah, "Wahai, Allah! Ibu ku )memanggil ku(, dan aku )sedang menunaikan( solat ku. )Apakah yang harus ku perbuat?(" Ibu itu memanggil pula, "Ya.Juraij!" Kata Juraij, "Wahai, Allah! Ibu ku kah atau solat ku kah?" Kata si Ibu pula, "Wahai, Allah! Semoga Juraij tidak mati sebelum dia melihat muka perempuan lacur lebih dahulu."

36

Pada suatu ketika datang seorang wanita lacur penggembala ke tempat peribadatannya, lalu ia melahirkan. Ketika ditanya, "Anak siapa ini?" Wanita itu menjawab, "Anak si Ju- , raij, dan dia keluar dari tempat peribadatannya. " Kata Juraij, "Mana itu wanita yang mengatakan anaknya adalah dari ku?" )Sementara itu bayi wanita tadi dibawa orang kepada Juraij(. Kata Juraij, "Hai Bayi! Siapa bapa mu ?" Jawabnya, "Seorang gembala kambing."634. Dari Mu'aiqib r.a., katanya Nabi saw. bersabda kepada seorang laki-laki yang bekerja meratakan tanah tempat sujud sabdanya: "Jika sudah kamu perbuat, cukuplah satu kali saja." 635. Dari Anas r.a., katanya: "Kami pernah solat bersama-sama dengan Nabi saw. di musim panas. Maka siapa yang tidak bisa meletakkan dahinya ke bumi, dibentangkannya kain, lalu ia sujud di atasnya. " 636. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Aku pernah melonjorkan kaki ku ke hadapan Nabi saw. waktu beliau sedang solat. Ketika beliau akan sujud dicubitnya kaki ku, lalu kuangkat, dan setelah beliau berdiri saya lonjorkan pula kembali."637. Dari Ibnu Umar r.a. katanya: "Bahwasanya Nabi saw. pernah melihat dahak di kiblat mesjid. Nabi marah kepada orang-orang yang ada di dalam mesjid. Sabda beliau: "Sesungguhnya Allah berada di hadapan mu masing-masing. Maka apabila kamu sedang solat, janganlah meludah atau mendahak ke hadapan mu." Kemudian beliau menunduk membersihkan sendiri dahak itu."638. Dari Anas r.a. katanya Nabi saw. bersabda: Apabila seseorang kamu sedang solat, maka sesungguhnya ia sedang berbisik dengan Tuhannya. Maka kerana itu janganlah meludah ke hadapan atau ke kanan, tetapi ke kiri di bawah telapak kakinya. " 639. Dari Jabir r.a.. katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. mengutus ku untuk suatu keperluan, lalu saya pergi. Setelah selesai melaksanakan tugas itu, maka aku datang kembali kepada beliau. Lantas aku mengucapkan salam, tetapi beliau tidak menjawab. Oleh kerana itu timbul dugaan di hatiku, Allah sajalah Yang Maha Tahu. Aku berkata kepada diri ku, "Barangkali Rasulullah saw. marah kepada ku kerana aku datang terlambat. Kemudian aku memberi salam kembali, namun beliau tidak menjawab juga. Prasangka di hatiku bertambah dari semula. Kemudian aku memberi salam lagi, lalu beliau menjawab salamku itu. Sabda beliau, "Aku terhalang menjawab salammu, kerana aku sedang solat." Waktu itu beliau solat di atas kenderaan, tidak menghadap kiblat."640. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah saw. melarang seseorang solat bertolak pinggang."641. Dari 'Uqbah bin Harits r.a., katanya: "Saya solat 'Asar beserta Nabi saw. Sesudah memberi salam, beliau segera berdiri dan terus masuk ke rumah isteri beliau. Tidak lama kemudian beliau keluar kembali dan dilihatnya muka orang banyak seperti hairan kerana beliau cepat saya pergi dan kembali. Beliau bersabda: "Aku teringat sesudah solat tadi akan sepotong emas yang ada pada kami. Aku tidak ingin emas itu akan berada pada kami sampai petang atau malam nanti. Oleh kerana itu aku perintahkan supaya membagi-bagikannya;" 642. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: " Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehinga tidak terdengar olehnya azan. Apabila Muadzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula, apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang pula kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya, "Ingatlah apa yang belum kamu ingat!" Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi telah berapa raka'at dia solat."643. Dari Abdullah bin Buhainah r.a., dia mengatakan bahwa pada suatu ketika Rasulullah saw. mengimaminya dalam salah satu solat. Beliau solat dua raka'at lalu berdiri )untuk raka'at ketiga( tanpa duduk )sesudah raka'at kedua(. Jama'ah pun berdiri pula mengikuti beliau. Ketika solat hampir selesai, kami menunggu-nunggu beliau akan membaca salam, ternyata membaca takbir; lalu beliau sujud dua kali sedang duduk itu, kemudian membaca salam tanda selesai.644. Diceritakan oleh Abdullah bin Buhainah r.a., bahwa Rasulullah saw. sesudah dua rakaat Zuhur langsung berdiri tanpa duduk )antara rakaat kedua dengan ketiga(. Tatkala beliau telah selesai sembahyang, beliau sujud )sahwi( dua kali, dan sesudah itu membaca salam )tanda selesai(."645. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Kami solat Zuhur )atau mungkin 'Asar( bersama-sama dengan Nabi saw. Setelah selesai solat, Dzulyadain bertanya kepada beliau, "Kurangkah solat ya, Rasulullah?" Beliau pun bertanya pula kepada jama'ah, "Betulkah apa yang ditanyakannya itu?" Jawab Jama'ah, "Benar!" Lalu Nabi saw. solat lagi dua raka'at, sesudah itu sujud )sahwi( dua kali."646. Dan Abu Hurairah r.a., dia mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya waktu seseorang kamu sedang solat, syaitan datang menggodanya, sehingga tidak diketahuinya telah berapa raka'at dia solat. Maka apabila kejadian seperti itu terjadi pada kamu, sujudlah dua kali waktu duduk." 647. Abu Dzar mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Seseorang datang kepada ku dari Tuhan ku membawa berita )mungkin katanya: membawa berita gembira(: "Sesungguhnya, barangsiapa di antara umat ku yang mati, sedangkan dia tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, orang itu masuk syurga." Aku bertanya: "Sekalipun orang itu berzina dan mencuri?" Jawab Nabi, "Ya, sekalipun dia berzina dan mencuri."648. Abdullah r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang mati, padahal ia mempersekutukan Allah, orang itu masuk neraka." Dan kataku, "Siapa yang mati tidak mempersekutukan Allah, orang itu masuk syurga." 649. Dari Al Barra' r.a., katanya: "Nabi saw. memerintahkan kami dengan tujuh macam perintah, dan melarang kami dengan tujuh macam larangan. Beliau memerintah kami:1. mengiringkan jenazah, 2. mengunjungi orang sakit, 3. memenuhi undangan, 4. menolong orang yang teraniaya, 5. membaikkan sumpah, 6. menjawab salam, dan7. mendo'akan orang yang bersin, Beliau melarang kami memakai bejana perak, memakai cincin emas dan memakai berbagai macam sutera.650. Kharijah bin Zaid bin Tsabit bercerita, bahwasanya Ummul 'Ala, seorang wanita Anabar yang pernah baiah dengan Nabi saw. menceritakan kepadanya, bahwa orang Muhajirin mengadakan undian, kebetulan jatuh pada kami Usman bin Maz'un, lalu kami beri tempat di rumah kami. Tidak lama kemudian Usman sakit, dan menyebabkan dia meninggal dunia. Mayatnya kami mandikan dan kami kafani, setelah itu Rasulullah pun tiba. Kata ku, "Semoga rahmat Allah tercurah kepada mu hai, Bapak Saib )Usman(. Aku menjadi saksi bagi mu, sesungguhnya Allah memuliakanmu." Nabi saw. bertanya: "Bagaimana engkau tahu bahwa Al1ah telah memuliakannya?" Jawab ku, "Ya, Rasulullah! Biarlah Bapa ku jadi tebusanmu. Siapakah kiranya yang dimuliakan Allah?" Jawab Nabi saw., "Dia telah mati. Demi Allah, aku hanya mengharapkan, semoga dia mendapat kebaikan. Demi Allah, biarpun aku seorang Rasul Allah, namun aku tidak tahu apa yang akan diperbuat terhadap ku. " Kata Ummul A'la, "Demi Allah! Sesudah itu saya tak pernah lagi menyatakan seseorang itu saleh." 651. Dari Jabir r.a., katanya: Ketika Bapak saya meninggal, saya tutup mukanya dengan kain, lalu saya menangis. Orang banyak melarang saya menangis, sedangkan Rasulullah tidak melarang. Fatimah )saudara bapa saya( juga turut menangis. Sementara itu Rasulullah saw. bersabda: "Biarpun kamu menangis atau tidak, namun malaikat sentiasa melindunginya dengan sayapnya sampai kamu membawanya ke kubur."652. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah saw. memberitahukan kepada jama'ah tentang kematian Raja Najasyi )Ethiopia( pada hari kematiannya. Sesudah itu beliau pergi ke tempat sembahyang, lalu solat bersaf bersama-sama dengan mereka. Nabi saw. takbir empat kali."653. Dari Anas r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Mula-mula bendera dipegang oleh Zaid, lantas ia gugur. Kemudian dipegang oleh Jaafar, ia gugur pula. Sesudah itu dipegang oleh Abdullah bin Rawahah, ia pun gugur pula. Waktu itu air mata Rasulullah berlinang. Terakhir bendera dipegang oleh Khalid bin Walid tanpa di angkat, sampai menang." 654. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Ada seseorang meninggal, yang Rasulullah saw. pernah mengunjunginya waktu dia sakit. Dia meninggal malam hari, dikuburkan malam itu juga. Tatkala hari telah Subuh, mereka )para sahabat( mengabarkannya kepada Rasulullah saw. Rasulullah bertanya, "Mengapa tidak diberitahukan kepada ku )sebelum ini?(" Jawab mereka, "Kami tidak suka memberitahukannya, kerana hari sudah malam dan gelap. Kami khuatir akan menyulitkan Tuan." Lalu beliau pergi ke kuburnya dan sesudah itu beliau solat )ghaib( atas orang yang meninggal itu."

37

655. Dari Anas r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Seorang Muslim yang kematian tiga orang anak yang belum baligh, dimasukkan Allah ke dalam syurga, kerana limpahan rahmat dari Allah terhadap mereka."656. Diberitakan dari Abu Sa'id r.a., beberapa orang wanita bermohon kepada Nabi saw.: "Sudilah Tuan sediakan satu hari untuk )pengajian bagi( kami. )Rasulullah saw. memenuhi permintaan mereka(. Lalu Nabi memberi pelajaran kepada mereka, sabdanya: "Wanita yang mana pun yang kematian tiga orang anaknya, maka anak-anaknya itu menjadi dinding baginya dari api neraka." Bertanya seorang wanita, "Kalau dua?" Jawab beliau, "Ya, dua juga."657. Dari Ummu 'Athiyyah Al Anshariyah r.a., katanya pada hari puteri Rasulullah saw. meninggal dunia, beliau datang kepada mereka dan bersabda: "Mandikanlah dia dengan air bercampur sidr )semacam tumbuh-tumbuhan yang harum( tiga sampai lima kali, atau pun lebih dari itu jika memang baik menurut pendapatmu. Terakhir, campurlah dengan kafur )semacam tumbuh-tumbuhan yang harum juga(. Jika telah selesai beri tahulah aku." Tatkala kami telah selesai, kami beritahukan kepada beliau. Maka diberikannya kepada kami cedarnya sambil berkata: "Pakaikanlah ini kepada jenazah."658. Dari Ummu 'Athiyyah r.a., katanya: "Mereka membuat rambut puteri Rasulullah saw. menjadi tiga lepih. Semuanya mereka buka, kemudian jenazahnya mereka mandikan, sesudah itu rambutnya mereka lepih kembali menjadi tiga lepih."659. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. dikafani dengan tiga helai kain putih halus, tenunan negeri Yaman, tidak termasuk baju dan serban."660. Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: "Ada seorang laki-laki ketika wuquf )berhenti( di Arafah, dia terjatuh dari kenderaannya yang menyebabkan dia meninggal dunia. Nabi saw. bersabda: "Mandikanlah dia dengan air dicampur sidr dan kafani dia dengan dua helai kain. Jangan diberi harum-haruman dan jangan pula ditutup kepalanya, kerana dia akan dibangkit pada hari kiamat dalam keadaan talbiyah )memuji Allah(."661. Dari Ibnu Umar r.a. katanya: "Ketika Abdullah bin Ubay meninggal, puteranya datang kepada Nabi saw., katanya: "Ya, Rasulullah! Berikanlah baju Tuan kepada saya untuk kafan bapa saya, dan semoga Tuan berkenan melakukan solat serta memohonkan ampun untuknya." Nabi saw. memberikan bajunya sambil bersabda: "Beritahulah aku jika dia telah siap untuk disolatkan." Setelah siap, maka puteranya memberitahukan kepada Nabi saw. Maka tatkala Nabi saw. hendak melakukan solat atasnya, Umar menariknya dan berkata: "Bukankah Allah telah melarang Tuan untuk melakukan solat atas orang munafik?" Jawab Nabi saw., "Aku boleh memilih." Firman Allah swt. " Engkau mohonkan ampunan untuk mereka atau pun engkau tidak mohonkan, walaupun engkau mohonkan ampunan untuk mereka tujuh puluh kali, sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni mereka." kerana itu, Nabi saw terus melakukan solat atas tokoh munafik itu. Sesudah itu maka turunlah ayat: "Dan janganlah sekali-kali kamu solatkan )jenazah( seorang yang mati di antara mereka untuk selama-lamanya."662. Dari Jabir r.a., katanya: "Nabi saw. pergi ke kubur Abdullah bin Ubay setelah ia dikuburkan, lalu dikeluarkannya si munafik itu, kemudian diludahinya, dan sesudah itu dipakaikannya baju beliau kepadanya." 663. Dari Khabbab r.a., katanya: "Kami hijrah beserta Nabi saw. semata-mata karena Allah swt., karena itu pahala untuk kami telah tersedia di sisi Allah. Di antara kami ada yang telah meninggal dunia, tetapi belum menerima upahnya, iaitu seperti Mus'ab bin 'Umair. Tetapi di antaranya ada pula yang telah memetik buah yang ditanamnya, iaitu orang-orang yang terbunuh )syahid( dalam peperangan Uhud. Waktu itu tidak ada untuk kafannya selain hanya sehelai kain. Apabila kami tutup kepalanya terbuka kakinya dan apabila kami tutup kakinya terbuka kepalanya. Lalu Nabi saw. memerintahkan supaya menutup kepalanya, sedangkan kakinya kami tutup dengan daun izkhir."664. Dari Sahl r.a. katanya: "Seorang wanita datang kepada Nabi saw. membawa burdah yang dibordir dan berpita. Kemudian Sahl bertanya. "Tahukah kamu "burdah"?" Jawab mereka, "Baju lapang yang menyelubungi seluruh badan." Kata Sahl. "Ya, betul." "Kata wanita itu", ujar Sahl meneruskan, "Kain ini tenunan saya sendiri, saya bawa untuk Tuan semoga Tuan berkenan memakainya." Kain itu diterima oleh Nabi saw., kerana ketika itu beliau memang membutuhkannya. Sesudah itu Nabi saw. datang kepada kami berpakaian kain itu. Seseorang yang memujinya bagus dan berkata, "Berkenankah Tuan memberikannya kepadaku? Alangkah bagusnya pakaian itu!" Orang banyak berkata, "Permintaanmu itu tidak pantas! Beliau saw. memerlukan pakaian itu, tetapi engkau memintanya pula. Padahal engkau tahu, beliau tidak pernah menolak setiap permintaan orang." Demi Allah! Pakaian itu saya minta bukan untuk saya pakai sekarang, tapi untuk kafan saya nanti." Kata Sahl, "Memang, pakaian itu akhirnya jadi kafan orang itu."665. Dari Ummu Habibah r.a., isteri Nabi saw., ia mengatakan bahwa ia mendengar Nabi saw. bersabda: "Tidak halal bagi wanita yang percaya kepada Allah dan hari yang akhir, berkabung lebih dari tiga hari kerana kematian, selain terhadap suami selama empat bulan sepuluh hari."666. Dari Anas r.a., katanya: "Nabi saw. bertemu dengan seorang wanita sedang menangis di samping kuburan. Nabi saw. bersabda kepadanya, "Takutlah kepada Allah dan sabarlah!" Jawab wanita itu, "Pergilah kamu! Sebab kamu tidak merasakan penderitaan yang saya derita ini." Sesungguhnya wanita itu tidak kenal dengan Nabi saw. Maka diberitahukan orang kepadanya bahwa itulah Nabi saw. Kerana itu dia pergi menemui Nabi saw. dan dia tidak melihat seorang penjaga pun. )Lalu ia terus menemui Nabi saw.( Katanya kepada Nabi, ")Ma'af Tuan(, Saya tidak mengenal Tuan." Sabda Nabi saw., "Sesungguhnya sabar itu )diperlukan( ketika permulaan kena musibah."667, Dari Usamah bin Zaid r.a., katanya: "Puteri Nabi saw. mengirim seorang utusan kepada beliau, mengatakan : "Anak ku meninggal dunia, kerana itu sudilah Baginda datang." Nabi saw. mengirimkan salam kepada puterinya dan bersabda: "Inna lillaahi maa akhadza, walahuu maa a'tha, wa kullun 'indahu bi ajalin musamma, fal tashbir wal tahtasib. " "Sesungguhnya apa yang diambil dan diberikan Allah, semuanya milik Allah belaka. Segala-galanya )di dunia ini(, masing-masing telah mempunyai ajal di sisi Allah. kerana itu sabar dan berserah dirilah. "Kemudian puteri beliau mengirim utusan kembali, meminta dengan nama Allah )dengan sumpah( supaya ayahanda datang. Nabi saw. datang beserta Sa'ad bin Ubadah, Mu'adz bin Jabal, Ubay bin Ka'ab, Zaid bin Tsabit dan beberapa orang sahabat lainnya. Setibanya Rasulullah saw., mayat itu dibawa ke hadapan beliau. Tubuhnya kelihatan kurus kering. Kata Usamah. "Saya kira beliau seolah-olah berkata: mayat itu seperti girbah. Lalu air mata Nabi saw. mengalir." Sa'ad bertanya, "Apakah ini ya, Rasulullah'!" Jawab beliau, "Inilah kasih mesra yang ditanamkan Allah di hati para hambaNya. Sesungguhnya Allah mengasihi para hamba-Nya yang pengasih."668, Dari Anas r.a., katanya: "Kami turut hadir waktu penguburan puteri Rasulullah saw. Ketika itu Rasulullah duduk di pinggir kuburan dan kulihat kedua mata beliau menangis. Beliau bertanya, "Siapakah di antara kalian yang tidak janabah semalam?" "Saya!" jawab Abu Thalhah. Sabda beliau, "Turunlah!" Abu Thalhah turun ke dalam "kubur )untuk membaringkan jenazah(."669, Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. lewat dekat kuburan seorang wanita Yahudi yang sedang diratapi oleh keluarganya. Sabda Nabi saw., "Mereka itu menangis, sedangkan mayat itu sedang disiksa di dalam kuburnya."670, Dari Mughirah r.a., katanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya berdusta berkenaan dengan ucapanku tidaklah sama dengan dusta terhadap ucapan orang lain. Siapa yang sengaja berdusta tentang hadisku, maka hendaklah dia menempati tempatnya di neraka."Saya mendengar juga Rasulullah saw. bersabda: "Mayat yang diratapi, akan disiksa kerana ratapan itu."671, Dari Ibnu Umar r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Mayat akan disiksa dalam kuburnya sebab ia diratapi."672, Dari Abdullah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Tidak termasuk golongan kami, orang yang menampar-nampar pipi, mengoyak-ngoyak baju dan berteriak teriak seperti teriakan jahiliyah )kerana meratapi mayat(." 673, Dari Sa'ad bin Abi Waqqash r.a.. katanya: Pada tahun haji yang penghabisan, saya sakit, dan Rasulullah saw. datang mengunjungi saya. Aku bertanya kepada beliau, "Saya merasa sakit saya ini agak mengkhuatirkan. Saya ada mempunyai kekayaan sedangkan yang akan mewarisinya tidak ada, selain seorang anak perempuan. Bolehkah saya sedekahkan dua pertiga dari kekayaan saya itu?" Jawab Nabi, "Tidak boleh!" Aku bertanya, "Seperdua." Kemudian beliau bersabda, "Sepertiga! Sepertiga itu sudah banyak. Sesungguhnya engkau tinggalkan ahli warismu itu dalam keadaan kaya, lebih baik daripada engkau tinggalkan dia dalam keadaan miskin, meminta-minta kepada orang lain. Perbelanjaan yang telah engkau keluarkan semata-mata kerana Allah, sesungguhnya akan diberi pahala oleh Allah, sehingga belanja yang telah engkau keluarkan untuk isteri mu sekalipun." Kataku, "Ya, Rasulullah! Aku telah ketinggalan oleh kawan-kawanku )yang mati syahid(." Jawab Nabi saw., " Engkau sekali-kali tidak ketinggalan. Setiap amal saleh yang telah engkau perbuat akan menambah darjat dan ketinggianmu: Mudah-mudahan umurmu panjang sehingga bermanfaat bagi satu kaum dan kerugian bagi yang lain. O Allah! Teruskanlah sahabat-sahabatku hijrah dan janganlah dibiarkan mereka surut ke belakang." Tetapi Rasulullah saw. sangat menyayangkan seorang yang miskin tak dapat pindah iaitu Sa'ad bin Khaulah. Beliau saw. menangisinya tatkala mendengar dia meninggal di Mekkah."

38

674, Dari Abu Musa r.a. katanya; "Saya lepas dari orang yang Rasulullah berlepas diri daripadanya. Rasulullah saw. berlepas diri dari orang-orang yang berkabung dengan berteriak-teriak, mencukur kepala dan mengoyak-ngoyak baju."675, Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Ketika Nabi saw. menerima berita tewasnya Ibnu Haritsah, Ja'far dan Ibnu Rawahah, beliau duduk dengan air muka sedih. Saya melihatnya dari celah-celah pintu. Sementara itu seseorang datang mengabarkan bahwa para isteri Ja'far menangis. Nabi saw. menyuruh supaya melarang mereka. Maka pergilah orang itu melarang mereka menangis, tetapi mereka tidak mengindahkannya. Maka dia datang pula kepada Nabi melaporkannya. Sabda Nabi, "Larang mereka semua menangis!" Kemudian orang itu datang kembali untuk ketiga kalinya dan berkata: "Demi Allah, ya, Rasulullah! Kami tak sanggup menenangkan mereka!" Sabda Nabi saw., "Tutup mulut mereka dengan tanah!" Aisyah menambahkan, katanya kepada orang itu, "Allah menghinakan engkau, tidak sanggup melaksanakan perintah Rasulullah saw. dan engkau biarkan Rasulullah dalam kesusahan."676, Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah qunut selama satu bulan. Yaitu ketika ahlul qurra )ahli-ahli baca Al Qur'an( banyak yang tewas dalam peperangan. Belum pernah saya melihat Rasulullah saw. berdukacita seperti itu." 677, Dari Anas r.a., katanya: "Putera Abu Thalhah sakit, dan menyebabkan dia meninggal dunia; sedangkan Abu Thalhah tidak di rumah ketika itu. Setelah isteri Abu Thalhah tahu bahwa puteranya telah meninggal dunia, maka dipindahkannya mayat anaknya itu ke tepi, kemudian disiapkannya makanan )untuk suaminya yang tidak lama lagi akan pulang(. Ketika Abu Thalhah telah datang, ia bertanya, "Bagaimana halnya sakit anak kita?" Isterinya mula-mula diam saja. Kemudian ia menjawab, "Saya harapkan mudah-mudahan ia senang." Abu Thalhah mengira bahwa isterinya berkata sebenarnya, lalu ia pergi tidur. Paginya, sesudah ia mandi dan akan berangkat, barulah isterinya memberi tahukan bahwa puteranya telah meninggal dunia. Maka disolatkannya mayat anaknya itu bersama-sama dengan Rasulullah saw. dan diceritakannya kepada beliau peristiwa yang dialaminya tentang kematian anaknya itu. Rasulullah bersabda kepadanya, "Semoga Allah swt. memberi berkah kepada anda berdua pada malam itu."678, Dari Anas r.a., katanya: "Kami pergi dengan Rasulullah saw. kepada Abu Saif tukang besi yang sesusu dengan Ibrahim. Rasulullah mengambil Ibrahim lalu menciumnya. Tidak lama sesudah itu kami datang pula kepadanya, tetapi ketika itu Ibrahim telah menghembuskan nafasnya yang penghabisan, dan air mata Rasulullah berlinang kerananya." Abdurrahman bin 'Auf berkata: "Ya, Rasulullah! Kenapa engkau menangis?" Jawab Rasulullah, "Hai, Ibnu 'Auf! Sesungguhnya yang demikian adalah kasihmesra. " Abdullah mengulangi perkataannya. Sabda Rasulullah saw., "Air mata mengalir, hati penuh duka, namun tidak ada kata-kata yang kami ucapkan melainkan apa yang diredhai Allah jua. Dan sesungguhnya perpisahan kami dengan engkau, hai Ibrahim, amat menyedihkan."679, Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: "Sa'ad bin Ubadah sakit, Nabi saw. datang mengunjunginya bersama-sama dengan Abdurrahman bin 'Auf, Sa'ad bin Abi Waqqash dan Abdullah bin Mas'ud. Ketika Nabi tiba, ia sedang dikerumuni oleh keluarganya. Nabi bertanya, "Telah berpulang?" Jawab mereka, : Belum, Ya, Rasulullah!" Nabi saw. menangis; orang banyak pun menangis pula melihat beliau menangis. Lalu beliau bersabda, "Tidakkah kamu mendengar, bahwa Allah swt. tidak menyiksa kerana air mata dan tidak pula kerana hati yang duka; tetapi Allah menyiksa kerana ini )beliau menunjuk ke lidahnya( atau Allah mengasihi; sesungguhnya mayat itu disiksa kerana menatap tangis keluarganya.680, Dari Umar bin Rabi'ah r.a., katanya, Nabi saw. bersabda: "Apabila kamu melihat jenazah, berdirilah sampai ia meninggalkan kamu."681, Dari' Amir bin Rabi'ah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Apabila seseorang kamu melihat jenazah, jika kamu tidak turut mengikutinya, berdirilah sampai ia meninggalkan jenazah itu, atau jenazah itu meninggalkannya, atau diletakkan oleh pembawanya. " 682, Dari Abu Sa'id Al Khudri, dari Nabi saw., sabda beliau: "Apabila kamu melihat jenazah, berdirilah! Barangsiapa mengikutinya, janganlah duduk sebelum jenazah itu diletakkan."683, Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: "Satu jenazah lewat di hadapan kami. Nabi saw. berdiri menghormatinya, maka kami pun berdiri pula. Kata kami, "Ya, Rasulullah! Itu jenazah orang Yahudi. " Sabda Nabi, "Apabila kamu melihat jenazah, berdirilah!"684, Dari Abdurrahman bin Abi Laila r.a., katanya: "Ketika Sahal bin Hunaif dan Qais bin Sa'ad sedang duduk-duduk di Qadisiyah, tiba-tiba lewat di hadapan mereka suatu jenazah. Lalu keduanya berdiri. Setelah itu dikatakan orang kepada mereka, bahwa jenazah itu adalah jenazah zimmi )bukan orang Islam(. Jawab keduanya, "Nabi saw. pernah pula lewat sebuah jenazah dihadapan beliau, lantas beliau berdiri. Sesudah itu dikatakan orang kepada beliau, bahwa jenazah itu adalah jenazah orang Yahudi." Maka sabda beliau, "Bukankah dia itu manusia juga?"685, Dari Abu Hurairah r.a" katanya Nabi saw. bersabda: "Segerakanlah menguburkan mayat; jika ia baik bererti kamu telah menyampaikannya kepada kebaikannya. Dan jika ia tidak baik, bererti kamu telah menghindarkan bahaya daripadamu." 686, Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Setelah jenazah disiapkan dan dibawa bersama-sama, maka jika jenazah itu baik, ia berkata: "Bawalah saya dengan cepat!" Tetapi kalau ia tidak baik, ia mengatakan kepada keluarganya: Wah, celaka! Ke mana saya ini dibawanya. Suaranya itu terdengar oleh segala-galanya selain manusia. Kalau sekiranya manusia mendengarnya akan pengsanlah dia." 687, Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: ''Telah meninggal hari ini seorang laki-laki yang salih, bangsa Habsyi. Kerana itu marilah kita solatkan dia bersama-sama." Kata Jabir, "Setelah kami berbaris beberapa saf, Nabi saw. langsung mengimami kami solat." 688, Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Rasulullah saw. lewat dekat sebuah kuburan yang baru semalam dikuburkan. Lalu beliau bertanya: Bila mayat ini dikuburkan?" Jawab mereka, "Semalam." Tanya Nabi saw., Mengapa tidak diberitahukan kepadaku?" Jawab mereka, "Kami kuburkan dia tengah malam, hari sangat gelap. Kerana itu kami tidak mahu membangunkan Tuan." Nabi saw. berdiri, dan kami berbaris di belakangnya untuk solat." Kata Ibnu Abbas, "Aku ketika itu berada di antara mereka, aku juga ikut solat. "689, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah saw. mengabarkan kepada kami bahawa Najasyi, Raja Habsyi meninggal pada hari itu. Lalu beliau bersabda: "Mohonkanlah ampun untuk saudaramu!" Kata Abu Hurairah, "Nabi saw. berbaris dengan mereka di tempat sembahyang dan takbir empat kali )solat ghaib(."690, Dari Abdullah bin Umar r.a. katanya: "Beberapa orang Yahudi datang kepada Nabi saw. menghadapkan seorang laki-laki dan seorang wanita mereka, yang keduanya kedapatan berzina. Rasulullah memerintahkan supaya keduanya dihukum rejam. Lantas keduanya direjam di tempat-tempat jenazah di samping mesjid."691, Dari' Aisyah r.a., katanya ketika Nabi saw. sedang sakit keras mendekati ajal beliau, beliau bersabda: "Allah mengutuk orang-orang Yahudi dan Nasrani yang menjadikan kubur nabi-nabi mereka menjadi mesjid." Kata 'Aisyah menambahkan. "Kalau tidak demikian tentu mereka menyatakan bahwa itu kubur Nabi, tanpa aku khuatir akan dijadikan mesjid."692, Dari Thalhah bin 'Abdullah bin 'Auf r.a., katanya: " Aku solat jenazah di belakang Ibnu Abbas, ternyata ia membaca surat Al Fatihah. Katanya supaya mereka tahu bahwa hal itu adalah sunnah". 693, Dari Anas r.a" katanya Nabi saw. bersabda "Apabila mayat seseorang telah diletakkan di dalam kuburannya dan kawan-kawannya telah pulang, kendatipun dia mendengar bunyi terompah mereka, dua orang malaikat datang kepadanya, lalu mendudukkannya dan menanyainya. Tanya: Bagaimana pendapat engkau terhadap orang ini )yaitu Muhammad saw.(?" Jawab: "Aku mengakuinya bahwa dia hamba Allah dan RasulNya." Kata MaIaikat: "Lihatlah tempat engkau di neraka, Allah menukarnya bagi mu dengan tempat di surga." Kata Nabi saw.' "Dia melihat tempat itu kedua-duanya." Adapun orang kafir dan orang munafik berkata: "Aku tidak tahu. Aku hanya berkata apa yang dikatakan orang." Kata Malaikat: " Engkau tidak pernah mempelajari dan membaca?" Lalu orang itu dipukulnya dengan 4 pukulan besi di antara kedua telinganya, sehingga orang itu berteriak sekeras-kerasnya dan didengar oleh orang sekelilingnya selain manusia dan jin." 694, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada suatu ketika, malaikat maut diutus Allah kepada Nabi Musa 'alaihissalam. Ketika ia telah bertemu dengan Musa lalu ditamparnya malaikat maut itu dan buta matanya. Malaikat kembali kepada Tuhannya dan berkata: " Engkau kirimkan aku kepada seorang hamba yang tidak ingin mati." Kemudian Allah mengembalikan penglihatannya dan berfirman: "Kembalilah! Dan katakan kepadanya supaya dia meletakkan tangannya di punggung lembu. Untuk setiap bulu yang ditutup oleh tangannya, baginya satu tahun." Kata Musa. "Sesudah itu apa?" Firman Allah. "Mati!" Kata Musa, "Kalau begitu, sekaranglah!" Ia pun bermohon kepada Allah supaya mendekatkannya ke negeri suci )Jerusalem( dengan jarak sepelemparan batu. Kata Abu Hurairah menambahkan, "Nabi bersabda, kalau sekiranya aku berada di sana, akan kutunjukkan kepada mu maqamnya, iaitu di pinggir jalan, di dekat tumpukan katsibil akmar )tumpukan pasir merah(."695, Dari Jabir r.a., katanya: "Nabi pernah menyatukan dua jenazah sahabat yang gugur dalam peperangan Uhud dalam sehelai kain kafan. Sesudah itu beliau bertanya, "Siapa di antara keduanya yang lebih banyak mempelajari Al Qur'an?" Ketika telah ditunjukkan orang salah satu

39

di antara mereka, maka itulah yang diletakkan beliau di muka lahad. Beliau saw. bersabda, "Aku menjadi saksi bagi mereka di hari kiamat nanti." Dan beliau memerintahkan supaya menguburkan mereka dengan berlumuran darah, tanpa dimandikan dan tanpa disolatkan." 696, Dari 'Uqbah bin 'Amr r.a., katanya: "Pada suatu hari, Rasulullah saw. keluar untuk melakukan solat jenazah untuk orang-orang yang gugur dalam peperangan Uhud. Setelah selesai, beliau naik ke mimbar. Sabda beliau, "Aku dahulu daripadamu dan aku menjadi saksi atasmu. Demi Allah! Sesungguhnya sekarang ini aku melihat telagaku, dan sesungguhnya aku diberi anak kunci gudang bumi atau anak kunci bumi. Demi Allah! Sesungguhnya aku tidak khuatirkan, kamu akan mempersekutukan Allah sepeninggal ku. Yang aku khuatirkan kalau-kalau kamu berebut harta dunia di bumi ini."697, Dari Ibnu Abbas r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Dijadikan Allah Mekkah sebagai tanah haram )suci(. Maka kerana itu tidak halal bagi seseorang sebelumku dan tidak pula sesudahku. Hanya dihalalkan untukku sesaat pada waktu siang. Tidak halal mencabut tumbuh-tumbuhannya, memotong pohon-pohonnya, memburu haiwan buruannya, dan mengambil barang orang yang kehilangan kecuali untuk pemberitahuan." Abbas bertanya, "Bagaimana dengan izkhir yang kami ambil untuk tukang logam dan untuk kuburan kami?" Jawab Nabi saw., "Kecuali izkhir."698, Dari Anas r.a., katanya: "Seorang anak Yahudi yang dulu pernah menjadi pelayan Nabi jatuh sakit. Kerana itu Nabi saw. datang mengunjunginya dan duduk di dekat kepalanya. Sabda Nabi kepadanya: "Islamlah!" Anak itu menoleh kepada bapaknya. Kata bapaknya, "Patuhilah Abul Qasim!" Lalu anak itu masuk Islam. Sesudah itu Nabi saw. keluar dan bersabda. "Segala puji bagi Allah yang telah melepaskannya dari neraka."699, Abu Hurairah r.a. menceritakan, bahwa Nabi saw. pernah bersabda: "Tidak ada seorang anak pun yang dilahirkan, melainkan ia dilahirkan dalam keadaan suci bersih; maka ibu bapaknya yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani, dan atau Majusi. Sama halnya sebagai seekor haiwan ternak, maka ia akan melahirkan ternak pula dengan sempurna, tiada kamu dapati kekurangannya." 700, Dari Sa'id bin Musayyab r.a., katanya: "Ketika Abu Thalib telah hampir meninggal, Nabi saw. datang mengunjunginya. Nabi mendapati di situ telah berada Abu Jahil bin Hisyam dan Abdullah bin Umayyah. Rasulullah saw. bersabda kepada Abu Thalib, "Wahai, Paman! Ucapkanlah: Laa Ilaaha illallaah )tidak ada Tuhan selain Allah(, iaitu sebuah kalimat yang aku akan menjadi saksi bagi Paman di sisi Allah." Kata Abu Jahil dan Abdullah bin Umayyah, "Hai, Abu Thalib! Apakah engkau membenci agama Abdul Muththalib?" Rasulullah saw. sentiasa memajukan permintaannya kepada Pamannya, tetapi kedua orang itu pun selalu pula mengulang-ulang ucapannya. Sehingga akhirnya Abu Thalib mengucapkan perkataannya yang penghabisan, bahwa ia tetap memeluk agama Abdul Muththalib )ayahnya(. Dia enggan hendak mengucapkan Laa Ilaaha illallaah. Maka bersabda Rasulullah saw., "Demi Allah! Aku selalu akan memohonkan ampun bagi Paman, selama aku tidak dilarang untuk itu." Kemudian Allah menurunkan ayat: "Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun )kepada Allah( bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabatnya, sesudah jelas bagi mereka, bahawasanya orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka jahannam." )At Taubah, 9 : 113(701, Dari' Ali r.a., katanya: "Kami menghadiri pemakaman Baqi' Gharqad. Ketika Nabi saw. tiba, beliau terus duduk dan kami pun duduk pula di keliling beliau. Di tangannya ada sebuah tongkat. Beliau merunduk dan menggaris-garis tanah dengan tongkat itu. Kemudian beliau bersabda, "Tiap-tiap orang hidup dituliskan Allah tempatnya di syurga atau di neraka. Dituliskan juga apakah dia celaka atau bahagia." Bertanya seseorang, "Ya, Rasulullah! Tidak bolehkah kami menyerah saja kepada kitab kami, sehingga kami tidak perlu beramal? Siapa di antara kami termasuk orang bahagia, sendirinya ia akan mengamalkan amal bahagia, dan orang yang ditulis celaka akan beramal celaka." Nabi saw. menjawab, "Adapun orang yang bahagia, ialah mereka yang dimudahkan Allah melakukan amal bahagia, "dan orang yang celaka ialah orang yang mudah melakukan amal celaka." Kemudian Nabi saw. membaca firman Allah swt., "Adapun orang yang memberikan )hartanya di jalan Allah( dan bertaqwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik )syurga(, maka Kami akan mudahkan baginya jalan yang mudah )perbuatan baik(. Adapun orang-orang yang kikir dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka Kami akan mudahkan baginya jalan yang sukar )kejahatan(." )At Lail, 92: 5 - 10(.702, Dari Tsabit Ibnu Dhahhak r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Barangsiapa sengaja bersumpah dengan sumpah palsu atas nama agama yang bukan Islam, maka dia itu sebagai apa yang dikatakannya itulah. Dan siapa yang membunuh orang dengan senjata tajam, dia akan disiksa dengan senjata seperti itu pula dalam neraka jahannam. "703, Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Siapa yang bunuh diri dengan mencekek lehernya, maka dia akan mencekeknya pula nanti di neraka. Dan siapa yang menikam dirinya, maka dia akan menikamnya pula nanti di neraka."704, Dari Umar bin Khaththab r.a., katanya: "Ketika Abdullah bin Ubay bin Salul meninggal, Rasulullah saw. diminta orang untuk melakukan solat bagi jenazahnya. Ketika Rasulullah saw. telah berdiri untuk solat itu, saya cepat melompat kepada beliau dan berkata, "Ya, Rasulullah! Kenapa Tuan solat untuk anak si Ubay itu. Padahal setiap hari dia selalu mengatakan begini dan begitu." Lalu saya sebutkan kepadanya semua perkataannya itu. Rasulullah saw. tersenyum dan bersabda, "Hai, Umar! Biarkanlah aku!" Setelah berulang-ulang saya mengatakan, maka beliau bersabda, "Sesungguhnya aku boleh memilih; maka aku telah memilih. Sekiranya aku tahu, kalau aku memohonkan ampunan baginya lebih dari tujuh puluh kali akan menguntungkan kepadanya, tentu itu akan kulakukan." Kata Umar, "Rasulullah jadi juga melakukan solat untuk jenazah Abdullah bin Ubay itu sampai selesai. Tetapi tidak berapa lama sesudah itu, turun dua ayat surat Baraah: "Wa laa tushalli .'ala ahadin minhum maata abada......" )Dan sekali-kali. janganlah kamusolatkan )jenazah( seorang yang mati di antara mereka untuk selama-lamanya, dan janganlah kamu berdiri di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan RasulNya dan mereka mati dalam keadaan fasik(. )At Taubah. 9: 84(705, Dari Anas r.a., katanya: "Suatu perarakan jenazah lewat. Lantas orang banyak memuji bahwa itu jenazah orang baik. "Ya, pasti" kata Nabi saw. menyetujui. Kemudian lewat pula perarakan jenazah yang lain. Orang banyak. "Berkata pula, "Mayat ini jahat." Kata Nabi saw., itu pasti." Maka bertanya Umar bin Khattab, "Apakah yang pasti, ya, Rasulullah?" Jawab Nabi, "Kamu katakan mayat, itu baik, maka ia pasti masuk syurga. Kamu katakan pula mayat si Anu jahat, pasti pula ia masuk neraka. Kamu semua adalah para saksi Allah di bumi."706, Dari Umar )bin Khattab( r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Seseorang muslim yang disaksikan oleh empat orang bahwa ia baik, maka orang itu dimasukkan Allah ke syurga." Kami bertanya, "Bagaimana kalau tiga orang?" Jawab Nabi, "Ya, tiga orang juga." Tanya kami lagi, "Kalau dua?" Jawab Nabi, "Ya, dua juga." Sesudah itu kami tidak menanyakan lagi tentang seorang."707, Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Nabi saw. memandang kepada orang-orang yang dikuburkan di Qalib, lalu beliau bersabda: "Sebenarnya kamu telah mengecap apa yang dijanjikan Allah kepada mu." Seseorang bertanya, "Apakah Tuan berbicara kepada orang-orang yang telah mati?" Jawab Nabi, "Kamu bukan yang lebih nyaring daripada mereka, hanya mereka tidak bisa menjawab."708, Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. biasa membaca doa )sebagai berikut(: "Allahumma inni a'udzubika min 'adzaabil qabri. wa min 'adzaabin naar. wa min fitnatil mahyaa wal mamaati, wa min fitnatil mastihid dajaal." )Wahai, Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari siksa kubur, dan dari siksa neraka, dan dari bencana hidup dan mati, dan dari bencana Al Masih-dajjal(.709, Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila seseorang kamu mati, diperlihatkan kepadanya tempatnya pagi dan petang. Jika ia penduduk syurga, akan masuklah ia ke syurga, dan jika dia penduduk neraka, maka akan masuklah ia ke neraka. Kemudian dikatakan orang kepadanya, "Inilah tempatmu, sampai Allah membangkitkan kamu di hari kiamat." 710, Dari Bara' r.a., katanya: "Ketika Ibrahim )putera Rasulullah saw.( meninggal dunia, Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya dia, ada yang menyusukannya dalam syurga."711, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah saw. ditanya orang perihal anak-anak orang musyrik. Sabda Nabi saw., "Allah Maha Tahu dengan keadaan mereka." 712, Dari Samurah bin Jundab r.a. katanya: "Pada suatu ketika setelah solat, Nabi saw. menghadapkan mukanya kepada kami, lalu bersabda: "Siapa di antara kamu yang bermimpi semalam?'" Kata Samurah, "Siapa yang bermimpi, diceritakan mimpinya itu kepada beliau." Kata beliau, "Maasyaa Allah!" Kemudian, pada suatu hari beliau bertanya pula, "Adakah di antara kamu yang bermimpi semalam? "Jawab kami, "Tidak!" Kata beliau saw., "Tetapi aku bermimpi semalam. Dua orang laki-laki datang kepada ku, lalu keduanya

40

memegang tangan ku dan membawa ku ke negeri suci)Jerusalem(. Di sana aku melihat seseorang sedang duduk dan yang seorang lagi,berdiri dengan sepotong besi berkait )kalub( di tangannya. Para sahabat kami dari Musa menceritakan, "Laki-laki itu memasukkan kalub ke pipinya sampai kekuduk, kemudian ditusuknya pula pipinya yang sebelah seperti itu juga, sehingga kedua pipinya itu bertemu. Kemudian pipinya itu kembali pula seperti biasa. Begitulah perbuatan itu dilakukannya berulang-ulang." Aku bertanya. "Apakah ini?" Keduanya menjawab, ''Teruslah berjalan! " Maka kami berjalan terus, hingga bertemu dengan seorang laki-laki yang sedang tidur menelentang dan seorang lagi berdiri dekat kepalanya memegang sebuah batu. Maka dilemparnya kepala orang yang tidur dengan batu itu lalu pecah, dan batu terpelanting. Si laki-laki itu pergi mengambil batunya, tetapi belum sampai ia kembali ke tempatnya semula, kepala yang pecah tadi, telah kembali seperti biasa. Perbuatan semacam itu dilakukannya terus-menerus." "Siapa ini?" tanyaku. Jawabnya, "Teruslah berjalan!" Kami terus berjalan dan bertemu dengan sebuah lobang semacam tungku, di atasnya sempit dan di bawahnya lapang, dan di dalamnya api bernyala-nyala. Waktu mereka dekat ke api yang terus naik ke atas, mereka hampir terlempar ke luar, dan apabila api padam, mereka jatuh ke bawah. Di dalamnya ada kaum pria dan wanita bertelanjang. Aku bertanya, "Siapa pula ini?" Sahutnya, "Berjalanlah terus!" Kami berjalan terus, hingga sampai ke sebuah sungai darah. Seorang laki-laki berdiri di tengah sungai itu, dan dipinggirnya ada pula seorang laki-laki memegang batu. Apabila orang yang di dalam sungai hendak keluar, ia dilempar mulutnya oleh orang yang memegang batu di pinggir sungai, dan batu pelempar yang memantul dapat ditangkap kembali oleh si pelempar. Demikianlah seterusnya, tiap kali orang yang dalam sungai hendak keluar, dilempar, orang mulutnya dan ia kembali ke tempatnya semula. Tanya ku, "Siapa pula itu?" Jawabnya, "Teruslah berjalan!" Kami berjalan terus hingga sampai di sebuah kebun yang menghijau. Dalam kebun itu ada sebatang pohon besar. Pada pokok pohon itu kelihatan seorang tua dan beberapa orang anak-anak, dan seorang laki-laki sedang menyalakan api di dekat pohon di hadapannya. Kedua laki-laki tadi membawa ku naik ke atas pohon dan terus masuk ke sebuah rumah indah yang belum pernah aku melihat seindah itu. Di sana aku melihat , beberapa orang laki-Iaki dewasa, pemuda, wanita, dan anak-anak: Keluar dari situ, aku terus dibawa naik ke sebuah rumah yang lebih indah lagi dari yang tadi. Di situ banyak kelihatan orang dewasa dan pemuda. Kataku, "Telah tuan-tuan bawa aku keliling malam ini. Sekarang ceritakanlah kepada ku apa yang telah kulihat sejak tadi." Jawab keduanya, "Ya, baiklah! Adapun orang yang menusuk pipinya, ialah orang pembohong. Ia menceritakan kebohongan, lantas diterima orang dan tersiar ke mana-mana. Begitulah ia diperlakukan sampai hari kiamat. Orang yang Tuan lihat kepalanya pecah dilempar dengan batu, ialah orang yang diajarkan Allah kepadanya Al Qur'an, lantas ia tidur saja Malam hari dan tidak pernah mengamalkannya kalau siang hari. Ia diperlakukan semacam itu hingga hari kiamat nanti. Orang-orang yang Tuan lihat berada di dalam lobang, ialah orang-orang pezina. Orang yang berada di dalam sungai, ialah orang yang memakan riba. Orang tua yang berada di pokok pohon, ialah Nabi Ibrahim a.s., dan anak-anak yang berada di kelilingnya, ialah anak-anak orang banyak dan orang yang menyalakan api ialah malaikat Malik penjaga neraka. Rumah yang mula-mula Tuan masuki, itulah tempat umum kaum Muslimin, sedangkan tempat ini teruntuk bagi para Syuhada. Saya adalah Jibril dan ini Mikail." "Angkatlah kepala Tuan!" Maka ku angkat kepalaku; kebetulan di atasku ada semacam awan. Keduanya berkata, "Itulah tempat Tuan." Kataku, "Biarkanlah aku ke sana," Jawabnya, "Sekarang masih ada sisa usia Tuan. Nanti kalau sudah cukup masanya, Tuan akan pergi ke tempat Tuan itu." 713, Dan 'Aisyah r.a., katanya: "Saya masuk ke rumah Abu Bakar r.a. )ketika beliau sedang sakit(, lalu dia bertanya: "Berapa helai kamu kafani Nabi saw.?" Jawab ku, "Tiga helai kain putih halus dari benang. Tidak termasuk baju dan serban." Tanya Abu Bakar, "Bila beliau meninggal?" Jawab ku, "Hari Isnin." Tanyanya, "Hari apa sekarang?" Jawab ku, "Isnin." Kata Abu Bakar, "Saya berharap, )mudah-mudahan( mulai sekarang sampai malam nanti )saya meninggal dunia(." Beliau melihat kepada kain yang telah dilumari dengan za'faran yang digunakan untuk merawatnya. Kata beliau, "Sucikanlah kain saya ini dan tambah dua helai lagi untuk kafan saya." Kataku, "Kain ini telah usang." Jawabnya, "Hanya orang hidup yang lebih berhak dengan yang baru daripada orang mati. Kain itu hanya untuk nanah mayat." Pada malam Selasa beliau berpulang ke rahmatullah dan dikebumikan sebelum pagi."714, Dari 'Aisyah r.a., katanya seorang laki-laki mengatakan kepada Rasulullah saw., katanya: "Ibu saya telah meninggal dengan sekonyong-konyong. Menurut dugaanku, kalau ia sanggup berbicara, dia akan bersedekah. Kalau saya bersedekah atas nama ibu saya itu, adakah dia mendapat pahalanya?" Jawab Nabi, "Ya, dapat!"715, Dari 'Aisyah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Janganlah kamu memaki orang yang telah mati. Kerana sesungguhnya mereka telah menemui apa yang mereka amalkan )semasa hidupnya(."716, Ibnu Abbas r.a., katanya Nabi saw. mengirim Mu'adz ke negeri Yaman. Beliau bersabda kepadanya: "Ajaklah , mereka supaya mengakui bahwa tidak ada " Tuhan selain Allah, dan sesungguhnya aku. Pesuruh Allah. Jika mereka telah mematuhi yang demikian, terangkanlah kepada mereka bahwa Allah swt. mewajibkan kepada mereka solat lima kali sehari semalam. Kalau mereka telah mentaatinya, ajarkanlah bahwa Allah swt. memerintahkan kepada mereka supaya membayar zakat harta mereka, diambil dari orang yang kaya di antara mereka dan diberikan kepada orang - orang yang miskin. Jika itu telah dipatuhi mereka, jagalah supaya kamu jangan mengambil harta mereka yang paling berharga. Takutilah doa orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya antara dia dengan Allah tidak ada dinding." 717, Dari Abu Ayyub r.a., katanya: "Seorang laki-laki berkata kepada Nabi saw., "Ajarkanlah kepada ku amal yang dapat memasukkan ku ke syurga."Seseorang yang lain bertanya, "Apakah yang ditanyakannya? Apakah yang ditanyakannya?" Nabi saw. menjawab, "Dia menanyakan sesuatu hal yang amat penting baginya. Sembahlah Allah dan jangan mempersekutukan-Nya dengan sesuatu. Tegakkanlah solat, bayarkan zakat dan hubungkan kasih-sayang." 718, Dari Abu Hurairah r.a., katanya seorang A'rabiy )Arab dusun( datang kepada Nabi saw., katanya; "Tunjukkanlah kepada ku suatu amal, yang apabila aku lakukan aku masuk syurga kerananya." Jawab Nabi saw., "Sembahlah Allah, jangan persekutukan Dia dengan sesuatu. Tegakkan solat wajib dan bayarlah zakat fardhu. dan puasalah di bulan Ramadhan." Kata A'rabiy itu, "Demi Allah yang diri ku di tangan-Nya, tidak akan kutambah dari ini." Ketika orang itu telah pergi, Nabi saw. bersabda, "Siapa yang senang melihat seseorang dari penduduk syurga, lihatlah orang itu." 719, Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Pada hari kiamat, unta akan datang kepada pemiliknya dalam keadaan yang sebagus-bagusnya. Apabila dia tidak membayar zakatnya, akan diinjak-injaknya orang itu dengan kuku kakinya. Begitu pula kambing yang tidak dibayarkan zakatnya, kambing itu akan datang kepada pemiliknya lalu menginjak dan menanduk orang itu dengan tanduknya." Beliau bersabda menambahkan, "Diantara haknya ialah memerah susunya didekat air." Sabda beliau saw., "Aku tidak ingin, hari kiamat nanti seseorang memikul kambing yang sedang meraung. Katanya: Hai, Muhammad! Tolonglah aku!" Jawab ku, "Aku tidak kuasa sedikit jua pun menolongmu. Bukankah dulu telah kusampaikan?" Dan aku tidak ingin, seseorang kamu nanti datang kepada ku memikul unta meraung-raung, lantas berkata meminta tolong '" kepada ku. Jawab ku, "Aku tidak kuasa sedikit jua pun menolongmu. Bukankah dulu telah kusampaikan?"720, Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa diberi Allah kekayaan, tetapi tidak dibayarkannya zakatnya, nanti di hari kiamat hartanya itu akan menjadi ular yang mempunyai dua titik hitam sebelah atas kedua matanya, kemudian ular itu dikalungkan ke lehernya dan menggigit pipinya. Katanya, inilah aku harta yang kamu tumpuk - tumpuk. Kemudian Nabi membaca ayat: "Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurnia-Nya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat.”721, Dari Abu Sa'id r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Tidak wajib zakat pada mata wang )perak( yang kurang dari lima uqiah, tidak pula pada unta yang kurang dari lima ekor, dan pada kurma yang kurang dari lima wasq." 722, Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa bersedekah seharga satu buah kurma )yang didapatnya( dengan usaha yang baik, sedangkan yang diterima Allah hanya yang baik pula,

41

maka Allah akan menerima sedekahnya itu dengan tangan kananNya, kemudian dipeliharaNya untuk yang punya seperti kamu memelihara seekor ternak, sampai sedekah itu seperti bukit."723, Dari Haritsah bin Wahab r.a., katanya dia mendengar Nabi saw. bersabda: "Bersedekahlah kamu! Akan datang kepada mu suatu masa di mana seseorang membawa sedekahnya, tetapi tidak ada orang yang mahu menerimanya. Kata orang itu, "Kalau engkau datang kelmarin tentu saya terima. Hari ini saya tidak membutuhkannya lagi." 724, Dan Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Belum akan terjadi kiamat, sebelum harta kekayaan telah banyak sampai melimpah ruah, sehingga yang punya harta jadi bimbang, siapakah kiranya yang mahu menerima sedekahnya. Diberikannya kepada seseorang, lalu orang itu berkata kepadanya, "Aku tidak membutuhkannya." 725, Dari 'Adi bin Hatim r.a., katanya: "Ketika saya sedang berada dekat Rasulullah saw., tiba-tiba dua orang laki-laki datang kepada beliau. Yang seorang mengadukan tentang kemiskinannya dan yang seorang lagi mengadukan bahwa ia kena rompak. Rasulullah saw. bersabda, "Perihal perompakan, sesungguhnya tidak lama lagi sebuah kafilah bisa datang ke Mekkah tanpa dikawal. Perihal kemiskinan, belum akan terjadi kiamat hingga seseorang kamu mengedar kian kemari membawa sedekahnya mencari orang yang akan menerimanya, tetapi tidak menemuinya. Sesungguhnya kamu akan berdiri dihadapan Allah swt. tanpa batas dan juru bahasa. Allah berfirman, "Apakah kamu tidak kuberi kekayaan?" Jawabnya. "Ada." Tanya Allah, "Tidakkah Aku utus kepada mu RasulKu?" "Jawabnya, "Ya, ada." Kemudian orang itu menengok ke kanan, tidak ada yang kelihatan olehnya melainkan hanya api. Kemudian ia melihat pula ke kiri, tidak ada yang kelihatan olehnya melainkan hanya api juga. Maka takutlah olehmu api neraka itu walaupun hanya dengan sebelah kurma. Sekiranya itu pun tidak ada, maka dengan mengucapkan perkataan yang baik pun sudah cukup.726, Dari Abu Musa r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Akan datang kepada manusia suatu masa, di mana orang mengedar membawa emas untuk disedekahkannya. Tetapi tidak satu pun orang yang ditemuinya yang bersedia menerima sedekah daripadanya. Dan suatu masa, di mana kelihatan seorang laki-laki diikuti oleh empat puluh wanita sebagai pelindungnya. Hal itu terjadi kerana jumlah laki-laki terlalu sedikit, sedangkan jumlah wanita terlalu banyak.727, Dari Abu Mas'ud r.a katanya: "Rasulullah saw. menyuruh kami bersedekah. Lantas salah seorang di antara kami pergi ke pasar mencari upahan untuk secupak makanan, sedangKan yang lainnya ada yang telah mempunyai seratus ribu hari itu." 728, Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Seorang wanita datang kepada ku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tidak ada yang didapatinya pada ku ketika itu selain hanya sebuah korma, lalu kuberikan kepadanya. Korma itu dibaginya dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakan. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah Nabi saw. datang, aku ceritakan hal itu kepada beliau. Sabda beliau saw., "Barangsiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya dari api neraka."729, Dari Abu Hurairah r.a., katanya seorang laki-laki datang kepada Nabi saw. bertanya: "Ya, Rasulullah! Sedekah yang bagaimanakah yang paling besar pahalanya?" Jawab Nabi, "Yaitu sedekah yang engkau berikan waktu sehat, kikir takut miskin, dan mengangan-angankan kaya. Waktu itu janganlah engkau janjikan, sehingga waktu nyawa hampir keluar dari badan, engkau berkata: Untuk si Polan sekian, dan untuk si Polan sekian. Sedangkan harta itu sebetulnya untuk si Polan." 730, Dari 'Aisyah r.a., katanya sebahagian isteri Nabi saw. bertanya kepada beliau: "Siapakah di antara kami yang lebih dahulu Tuan?" Jawab Nabi saw., "Siapa yang lebih panjang tangannya." Lantas mereka ambil sepotong ranting lalu mereka ukur tangan mereka. Ternyata Saudah yang lebih panjang. Barulah kemudian mereka ketahui, bahwa yang dimaksudkan Nabi tangan panjang, ialah tangan yang banyak memberikan sedekah. Itulah isteri beliau yang paling dahulu bertemu dengan beliau di akhirat nanti. Saudah sangat suka bersedekah."731,Dari Abu Hurairah r.a., katanya ada seorang laki-laki berkata: "Saya akan bersedekah. "Lalu ia pergi membawa sedekahnya, kebetulan diberikannya ke tangan seorang pencuri. Orang banyak memperkatakan, "Ada pula orang bersedekah kepada pencuri." Orang yang bersedekah itu berkata: "Ya, Allah! Untuk Engkau segala puji. Saya akan bersedekah." Lalu ia keluar membawa sedekahnya, kebetulan diberikannya kepada seorang perempuan lacur. Orang banyak memperkatakan, "Semalam ada orang memberikan sedekah kepada wanita pelacur." Orang itu berkata, "Ya, Allah! Untuk Engkau segala puji. Saya akan bersedekah."

Ia pergi membawa sedekahnya, kebetulan diberikannya ke tangan orang kaya. Orang banyak memperkatakan pula, "Rupanya orang kaya pun menerima sedekah juga." Kata orang yang memberi sedekah, "Ya, Allah! Untuk Engkau segala puji. Saya berikan sedekah saya kepada pencuri, kepada wanita lacur dan kepada orang kaya."Kemudian ia bermimpi. Rasanya ada malaikat yang mengatakan kepadanya, "Sedekah engkau kepada pencuri, semoga menyebabkan ia berhenti mencuri. Sedekah engkau kepada pelacur, semoga menyebabkan ia berhenti melacur. Dan sedekah engkau kepada orang kaya, semoga menyedarkannya dan mendorongnya untuk menafkahkan apa yang diberikan Allah kepadanya." 732, Dari Ma'n bin Yazid r.a., katanya: "Saya, bapa dan nenek saya pernah melakukan baiah kepada Rasulullah saw.,dan beliau pernah meminangkan seorang wanita untuk saya, kemudian beliau pula yang mengahwinkan saya. Saya pun pernah mengajukan suatu perkara kepada beliau. )Pada suatu kali bapa saya( Yazid, menyediakan beberapa dinar untuk disedekahkannya, dan wang itu diletakkannya di dekat seorang laki-laki dalam mesjid. Ketika saya datang, wang itu saya ambil dan saya bawa kepada bapa saya. Katanya, "Demi Allah! Bukan untuk engkau maksudku." Kemudian dimajukannya perkara itu kepada Rasulullah saw. Sabda beliau, "Wahai Yazid! Untuk engkau apa yang engkau niatkan! Wahai Ma'n! Untuk engkau apa yang engkau ambil."733, Dari 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Seorang wanita yang menafkahkan makanan dari rumah tangganya tanpa merugikan, dia memperoleh pahalanya kerana menafkahkan, suaminya mendapat pahala kerana menghasilkan, dan khadamnya begitu pula. Pahala yang satu tidak akan mengurangi pahala yang lain sedikit pun."734, Dari Hakim bin Hizam r.a., katanya, Nabi saw. bersabda: "Tangan yang di atas )tangan yang memberi( lebih baik dari tangan yang di bawah )tangan yang, menerima atau meminta(. Maka kerana itu mulailah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Siapa yang mohon dipelihara )agar dia tidak sampai minta-minta( Allah akan memeliharanya, dan siapa yang mohon ditetapkan )agar tidak ada ketergantungan selain kepada Allah( Allah akan mencukupkannya." 735, Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya ketika Rasullullah saw. sedang di atas mimbar, beliau menerangkan perihal sedekah. 'iffah dari perihal minta-minta. Sabda beliau, "Tangan yang di atas, lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan yang di atas iaitu tangan yang memberi dan tangan yang di bawah iaitu tangan yang meminta."736, Dari Abu Musa r.a., katanya: "Apabila ada orang minta-minta datang kepada Rasulullah saw. atau orang yang memohonkan suatu keperluan kepada beliau, beliau bersabda: "Sukalah menolong, engkau akan mendapat upah. Dan Allah jua menentukan apa yang dikehendaki-Nya melalui lisan Nabi-Nya saw."737, Dan Asma' binti Abu Bakar r.a., katanya dia datang kepada Rasulullah saw. lantas beliau bersabda: "Janganlah engkau menahan-nahan )harta(, maka Allah akan menahannya pula untukmu. Kerana itu keluarkanlah harta itu menurut kesanggupanmu."738, Dari Hakim bin Hizam r.a., dia bertanya: "Ya, Rasulullah! Bagaimana pendapat Tuan tentang sesuatu yang aku lakukan sebagai ibadat di masa jahiliyah berupa sedekah, memerdekakan hamba sahaya dan menghubungkan silaturrahim, dapat pahalakah saya atau tidak?" Jawab Nabi, " Engkau telah Islam dengan memperolehi kebaikan di masa lalu."739, Dari Abu Musa r.a., dari Nabi saw., beliau bersabda: "Seorang kasir )atau bendahari( Muslim yang dipercaya, yang melaksanakan )atau beliau mengatakan yang memberikan( apa yang diperintahkan kepadanya untuk membayar, lalu dilaksanakannya dengan penuh sempurna, cukup dan dengan segala senang hati, kepada orang yang disuruh bayarkan kepadanya, maka kasir itu termasuk orang yang bersedekah." 740, Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Setiap hari dua orang malaikat turun dari langit; seorang di antara mereka berkata, "Ya, Allah! Gantilah bagi setiap orang yang pemurah keranaMu." Dan yang lain berkata, "Ya, Allah! Musnahkanlah harta setiap orang yang menahan-nahan )hartanya, tidak mahu bersedekah(."

42

741, Dari Abu Hurairah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: Perumpamaan orang yang kikir dengan orang yang pemurah, seperti dua orang memakai baju besi yang menutupi susu sampai ke leher. Orang yang pemurah, bajunya lapang dan sempurna menutupi badan sampai ke anak-anak jarinya dan menghapus jejaknya )dosanya(. Sedangkan orang yang kikir, kerana ia tidak hendak menafkahkan hartanya, maka tiap-tiap pertemuan bajunya menyempit di tempatnya. Ia berusaha hendak melonggarkan, tetapi tidak bisa longgar."742, Dari Abu Musa r.a., katanya Nabisaw.bersabda: "Mestinya tiap-tiap orang muslim bersedekah. Orang banyak bertanya: "Ya, Nabi Allah! Bagaimana dengan orang yang tak punya )untuk disedekahkan(?" Jawab Nabi saw.. "Ia harus bekerja dengan tangannya, sehingga ia memperoleh keuntungan untuk dirinya dan dapat bersedekah." Tanya mereka. "Kalau tidak sanggup?" Sabda Nabi, "Hendaklah ia menolong orang yang membutuhkannya." Tanya: "Kalau sekiranya tidak bisa?" Jawab Nabi saw., "Kerjakanlah segala kebaikan dan hentikan segala macam kejahatan. Yang demikian itu bererti sedekah juga baginya."743, Dari Ummu 'Athiyah r.a., katanya: "Seekor kambing dikirimkan orang!kepada Nusaibah Al Anshariyah, maka dikirimkannya pula sebahagian daripadanya kepada 'Aisyah. )Kebetulan( Nabi saw. bertanya: "Adakah engkau punya makanan?" Jawab 'Aisyah, "Tidak! Kecuali )gulai( kambing yang dikirimkan Nusaibah." Sabda Nabi, "Bawalah kemari! Kirimannya itu tepat benar sampai di alamatnya." 744, Dari Anas r.a., katanya: "Abu Bakar menulis surat kepada ku menerangkan perintah Allah kepada Rasul-Nya saw. berhubung dengan seorang wajib zakat yang harus membayar satu ekor Bintu Makhadh )unta betina untuk satu tahun(, sedangkan dia tidak mempunyai bintu makhadh, hanya Bintu Labun )unta betina umur dua tahun(, maka itu boleh diterima sebagai zakatnya, tetapi si penerima zakat harus mengembalikan 20 dirham, atau dua ekor domba; dan jika si pembayar zakat tidak mempunyai bintu makhadh, tetapi mempunyai bintu labun )jantan(, itu dapat diterima sebagai zakat tanpa suatu apa-apa."745, Dari Anas r.a., katanya: "Abu Bakar menulis surat kepadanya menjelaskan apa yang diperintahkan Rasulullah saw.)perihal zakat(. Katanya, "Janganlah mengumpulkan yang bercerai dan jangan menceraikan yang berkumpul kerana takut membayar zakat." 746, Dari Anas r.a., katanya: Abu Bakar menulis surat kepadanya menerangkan perintah Rasulullah saw., "Dua harta yang bercampur, keduanya mempunyai kewajiban yang sama."747, Dari Abu Sa'id r.a.. katanya seorang Arab dusun bertanya kepada Rasulullah saw. tentang hijrah.Sabda Nabi, "Oh. kasihan! Hijrah itu sulit. Tetapi adakah kamu mempunyai unta untuk kamu bayarkan zakatnya?"Jawabnya, "Adil!" Sabda Nabi, "Beramallah di seberang, lautan, sesungguhnya Allah tiada menyia-nyiakan sedikit pun amalanmu itu."748, Dari Anas r.a., katanya Ahu Sakar menulis surat kepadanya perihal sedekah wajib )zakat( yang diperintahkan Allah kepada Rasul-Nya saw.: "Siapa yang wajib zakat seekor Jazah, sedangkan dia tidak mempunyainya tetapi hanya Hiqqah, Hiqqah itu boleh diterima daripadanya ditambah dengan dua ekor domba jika itu mudah baginya, atau boleh juga ditambah dengan dua puluh dirham. Siapa yang wajib zakat seekor Hiqqah, yang ada padanya hanya Jazah, Jazah itu boleh diterima daripadanya, tetapi harus dikembalikan kepadanya oleh si penerima dua puluh dirham atau dua ekor domba. Dan siapa yang wajib zakat seekor Hiqqah, tetapi yang ada padanya hanya Bintu Labun, bintu labun itu dapat diterima daripadanya tetapi harus ditambahnya dengan dua ekor domba atau duapuluh dirham." Siapa yang wajib zakat bintu Labun, tetapi ia hanya mempunyai hiqqah, hiqqah itu boleh diterima daripadanya dan si penerima harus mengembalikan dua puluh dirham atau dua ekor domba. Siapa yang wajib zakat bintu labun, yang ada hanya bintu makhadh, bintu makhadh itu boleh diterima daripadanya tetapi harus ditambahnya dengan dua puluh dirham atau dua ekor domba.749, Dari Anas r.a., katanya Abu Sakar, memerintahkannya pergi ke Bahrain )untuk mengumpulkan zakat(.Beliau menulis surat untuk menyusul keberangkatan nya itu, sebagai berikut: "Bismillahirrahmanirrahim. Inilah perintah zakat yang diwajibkan Rasulullah kepada seluruh umat Islam sesuai dengan apa yang diperintahkan Allah kepada Rasul-Nya itu. kerana itu, siapa saja di antara kaum Muslimin yang diminta zakatnya sesuai dengan ketentuannya, hendaklah diberikannya, dan siapa yang diminta lebih dari mestinya, janganlah diberikannya. Dari lima sampai dua puluh empat ekor unta, zakatnya seekor Syaatun )domba( untuk setiap lima unta. Dua puluh lima sampai dengan tiga puluh lima ekor, zakatnya seekor Bintu Makhadh. Dari tiga puluh enam sampai dengan empat puluh lima ekor unta, zakatnya seekor Bintu Labun. Dan empat puluh enam sampai dengan enam puluh ekor unta, zakatnya seekor Hiqqah Tharuqatul Jamal. Dan enam puluh satu sampai dengan tujuh puluh lima ekor unta, zakatnya seekor Jaz'ah. Dari tujuh puluh enam sampai sembilan puluh ekor, zakatnya dua ekor Bintu Labun. Dan sembilan puluh satu sampai dengan seratus dua puluh ekor, zakatnya dua ekor hiqqah tharuqatul jamal. Dan seratus dua puluh sampai seterusnya, tiap-tiap empat puluh ekor, zakatnya seekor Bintu Labun. Dan tiap-tiap lima puluh ekor, zakatnya seekor Hiqqah. Siapa yang mempunyai empat ekor unta, ia tidak wajib zakat kecuali kalau ia suka mengelurkannya. Tetapi apabila ia mempunyai lima ekor, ia wajib zakat seekor domba. Zakat ghanam )kambing/biri-biri( ialah ghanam yang lepas. Mulai dari empat puluh sampai dengan seratus dua puluh ekor, zakatnya seekor Syaatun.Dari seratus dua puluh sampai dengan dua ratus, dua ekor Syaatun. Dari dua ratus sampai dengan tiga ratus, zakatnya tiga ekor Syaatun. Dari tiga ratus sampai seterusnya, tiap-tiap seratus, zakatnya seekor Syaatun. Dan siapa yang mempunyai ghanam kurang dari empat puluh ekor, biarpun hanya kurang seekor, tidak wajib zakat baginya, kecuali kalau ia suka membayarnya. Zakat perak, ialah seperempat puluh dari nilai harga perak itu. Tetapi kalau harganya cuma seratus sembilan puluh, tidak wajib zakatnya, kecuali kalau yang punya ingin mengeluarkannya.750, Dari Anas r.a., katanya Abu Bakar menulis surat kepadanya perihal perintah Allah kepada Rasul-Nya Muhammad saw., sebagai berikut: "Janganlah membayar zakat dengan )haiwan( yang tua atau yang bercacat, dan jangan pula dengan yang jantan untuk bibit, kecuali kalau yang memang menghendakinya. 751, Dari Abu Dzar r.a., katanya ketika dia bertemu kembali dengan Nabi saw., beliau bersabda: "Demi Allah yang diri ku berada dalam genggaman-Nya, )atau barangkali beliau berkata: Demi Allah, yang tidak ada Tuhan selain Dia(, siapa yang mempunyai unta, atau lembu, atau kambing dan biri-biri, dan tidak mahu membayar zakatnya, maka haiwan-haiwan itu akan didatangkan kepadanya pada hari kiamat nanti dalam keadaan besar dan gemuk, menginjak-injak orang itu dengan kakinya dan menanduknya dengan tanduknya; setelah semua haiwan itu selesai menginjak dan menanduk, lalu kembali lagi giliran yang pertama sampai habis. Begitulah siksaan itu berlaku terus hingga datang pengadilan di antara seluruh manusia."752, Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Abu Thalhah al Anshari adalah seorang kaya Madinah yang banyak mempunyai kebun kurma. Di antara kebun yang paling disukainya, ialah kebunnya di Bairuha yang berhadap-hadapan dengan mesjid. Rasulullah sendiri pernah masuk ke kebunnya itu dan minum air tawar yang ada di situ. Anas menceritakan, ketika turun ayat: Lan tanaaJuul birra hatta tunfiquu mimmaa tuhibbun . . . . . )hingga akhir ayat(, Abu Thalhah. pergi menemui Rasulullah dan berkata, "Ya, Rasulullah! Allah tabaaraka wa ta'aalaa telah berfirman: Sekali-kali tidak kamu capai kebaikan sehingga kamu infakkan )sedekahkan( apa-apa yang kamu kasihi. Sesungguhnya hartaku yang paling ku kasihi ialah kebunku di Bairuha. Maka kerana itu kebunku itu aku sedekahkan kerana Allah, semata-mata kerana mengharapkan kebaikannya dari Allah. kerana itu, ya, Rasulullah! Berikanlah kebunku itu ke mana saja Allah menghendakinya." Jawab Rasulullah saw., "Wah! Itulah harta yang paling menguntungkan. )diucapkan beliau dua kali(. Telah aku dengar apa yang kamu inginkan. Aku berpendapat, lebih baik engkau serahkan kebunmu itu kepada keluargamu." Kata Abu Thalhah, "Saya laksanakan, Ya, Rasulullah!" Kemudian Abu Thalhah membagi-bagikan kebunnya itu kepada keluarga serta anak-anak pakciknya."753, Dan Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw., bersabda: "Tidak wajib zakat atas seorang Muslim, pada kuda dan hamba sahaya." 754, Abu Sa'id r.a. menceritakan: "Pada suatu hari Nabi saw. duduk di mimbar dan kami duduk di kelilingnya. Beliau bersabda: "Sesungguhnya apa yang aku khuatirkan terhadap mu sepeninggal ku, ialah berkembangnya semarak dunia dan kemewahannya." Seseorang bertanya, "Apakah kebaikan membawa kejahatan?" Nabi saw. diam. Kemudian seseorang berkata kepada laki-laki itu, "Apa yang salah dengan pertanyaanmu, sehingga Nabi sampai tak menjawab?" Menurut hemat kami, wahyu sedang turun kepada beliau ketika itu. Kata Abu Sa'id, sesudah beliau menyapu keringat lalu beliau bersabda: "Siapa yang bertanya?" Seolah-olah beliau berterima kasih kepada orang itu. Sabdanya, "Sesungguhnya bukanlah kebaikan yang membawa kejahatan. Tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di musim hujan, membunuh atau hampir membunuh selain ternak yang memakan rumput hijau. Apabila perutnya kenyang lalu dia memandang ke atas terus menceret terkencing dan makan pula. Harta itu hijau dan manis. Sebaik-baik harta kepunyaan seorang Muslim ialah yang diberikannya kepada orang miskin, anak

43

yatim dan orang dalam perjalanan." Selanjutnya beliau bersabda: "Siapa yang mengambil harta itu tanpa suatu hak, sama dengan orang makan, tetapi tidak merasa kenyang. Dan harta itu akan menjadi saksi baginya di hari kiamat."755, Dari Zainab, isteri Abdullah r.a., katanya ketika dia berada dalam mesjid, Nabi saw. bersabda: "Bersedekahlah, walaupun dengan pakaianmu!" Zainab biasa berbelanja untuk Abdullah )suaminya( dan untuk anak yatim yang dipeliharanya. Dia berkata kepada Abdullah, "Cubalah tanyakan kepada Rasulullah saw. Cukupkah apa yang saya belanjakan untuk Tuan dan anak yatim yang saya pelihara sebagai sedekah daripadaku?" Jawab Abdullah, " Engkau sendirilah yang bertanya kepada beliau." Lantas aku pergi kepada Rasulullah saw. Kebetulan di pintu saya bertemu dengan seorang wanita Ansar, yang maksudnya sama dengan aku. Sementara itu Bilal lewat di samping kami, lalu kata kami kepadanya, "Tolong tanyakan kepada Nabi saw.: Cukupkah apa yang saya belanjakan untuk suami dan anak yatim yang saya pelihara sebagai sedekah daripadaku? Kami pesankan pula kepadanya, supaya jangan dikhabarkan kepada Nabi saw. bahwa kami yang bertanya."Bilal terus masuk lalu menanyakan pesan Zainab itu kepada Nabi.Tanya beliau, "Siapa wanita yang berdua itu?" Jawab Bilal, "Zainab!" Tanya Nabi lagi, "Zainab yang mana'?" Jawab Bilal, "Zainab, isteri Abdullah. " Sabda Nabi saw., "Ya, cukup! Dia mendapat dua pahala, Yakni pahala kekeluargaan dan pahala sedekah."756, Dari Zainab binti Ummu Salamah r.a., katanya dia bertanya kepada Rasulullah saw.: "Ya. Rasulullah! Dapat pahalakah saya karena saya membelanjai anak-anak Abu Salamah, sedangkan semuanya itu anak saya pula?" Jawab Nabi saw., "Bayarlah belanja anak-anak itu semuanya, engkau akan mendapat pahala atas apa yang engkau belanjakan untuk mereka." 757, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah saw. memerintahkan kepada orang banyak supaya bersedekah. Lantas dikatakan orang kepada beliau, Ibnu Jamil, Khalid bin Walid dan Abbas Ibnu Abdul Mutthalib tidak mahu bersedekah." Sabda Nabi saw., "Apakah yang menghalangi Ibnu Jamil untuk mengeluarkan zakat, padahal ia dahulu seorang miskin dan sekarang sudah dikayakan oleh Allah dan Rasul-Nya. Adapun Khalid, sesungguhnya kamu menganiayanya, kerana dia sedang mengumpulkan baju besi dan segala alat perlengkapan perang yang disediakannya untuk Sabilillah. Dan Abbas bin Abdul Muthalib, walaupun dia paman Rasulullah saw., namun zakat itu wajib baginya dan dia harus membayar dua kali lipat." 758, Dari Abu Sa'id r.a., katanya: "Beberapa orang kaum Ansar meminta )sesuatu( kepada Rasulullah saw., lalu diberi oleh beliau. Kemudian mereka minta lagi, terus diberi oleh beliau, diminta lagi, diberi lagi sehingga habislah apa yang ada pada Rasulullah. Sabda beliau, "Tidak ada lagi pada ku dan tidak ada pula yang kusimpan. )Ingatlah!( siapa yang ingin terpelihara dari minta-minta, Allah akan memeliharanya, siapa yang merasa cukup, Allah akan mencukupkannya, dan siapa yang berhati sabar, Allah akan memberinya kesabaran; tiada satu juga pemberian Allah yang diberikan-Nya kepada seseorang, yang lebih baik dan lebih lapang daripada sabar."759, Dari Zubair bin Awwam r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Apabila kamu menyiapkan seutas tali, lalu pergi mencari kayu api, kemudian dibawanya seikat kayu dipunggungnya lalu dijualnya, dan Allah memberi kecukupan bagi keinginannya, itulah yang lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang banyak diberi ataupun tidak." 760, Dari Hakim bin Hizam r.a., katanya dia pernah meminta kepada Rasulullah saw. lalu diberi oleh beliau, kemudian dia meminta lagi lalu diberi juga oleh Rasulullah, kemudian dia meminta lagi, beliau memberi juga sambil bersabda: "Wahai, Hakim! Harta ini hijau, sedap dipandang mata, lagi manis. Siapa yang mengambil dengan hati pemurah, Allah akan memberinya berkat, dan siapa yang mengambilnya dengan hati loba dan tamak, tidak akan diperoleh berkat )harta itu(, seperti orang yang makan tidak pernah merasa kenyang. Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah." Kata Hakim, "Ya, Rasulullah! Demi Allah yang mengutus Tuan dengan yang hak, saya tidak akan mengurangi sedikit pun hak seseorang sesudah berpisah dengan Tuan sampai saya meninggal dunia. Pada suatu ketika Abu Bakar memanggil Hakim untuk menerima suatu pemberian, tetapi ia tidak mahu menerimanya. Kemudian Umar juga memanggilnya untuk menerima suatu, tetapi ia enggan menerimanya. Kata Umar, "Wahai, kaum Muslimin! Saksikanlah Hakim! Aku telah memberikan haknya kepadanya dari harta rampasan ini,

761, Dari Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah memberi ku suatu pemberian, lalu kataku: Berikanlah kepada orang yang lebih membutuhkan daripada saya." Sabda beliau, "Ambillah! Jika kamu diberi suatu pemberian seperti ini, tanpa engkau merasa loba dan tidak pula memintanya, maka ambillah! Kalau pun engkau tidak diberi, janganlah engkau merasa kecewa kerananya!"762, Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Siapa yang sentiasa meminta-minta kepada orang banyak, ia akan dibangkitkan nanti di hari kiamat dengan muka tanpa daging sepotong jua pun." Selanjutnya beliau menambahkan, "Matahari pada hari kiamat nanti sangat dekat sekali, sehingga )genangan( keringat hampir sampai seperdua telinga. Dalam keadaan serupa itu mereka meminta pertolongan kepada Nabi Adam, kemudian kepada Nabi Musa dan akhirnya kepada Nabi Muhammad saw."763, Dari Mughirah bin Syu'bah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Allah membenci tiga perkara; )1( Banyak bicara. )2( Menyia-nyiakan harta benda.)3( Banyak tanya )terutama mengenai agama(.764, Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Bukanlah bernama miskin, orang yang pergi berkeliling ke sana ke mari meminta-minta kepada orang banyak, lalu diberi mereka satu-dua suap atau satu-dua kurma. Tetapi yang bernama miskin itu ialah, orang yang tidak memperoleh kekayaan yang mencukupi basi kebutuhan hidupnya sehari-hari, tidak pula ada orang yang mengerti keadaannya, lalu memberinya sedekah, dan tidak pula pergi meminta-minta kepada orang banyak. "765. Dari Abu Humaid As Sa'idi r.a., katanya dia pernah ikut berperang bersama-sama dengan Nabi saw. dalam peperangan Tabuk. Ketika tiba di Wadi-al-Qura, ada seorang wanita sedang berada di dalam kebunnya. Rasulullah saw. menanyakan kepada para sahabat berapa kira-kira taksiran mereka terhadap buah-buahan di dalam kebun itu. Dan beliau sendiri menaksirnya kira-kira sepuluh wasq. Nabi saw. bersabda kepada wanita itu, "Hitunglah berapa kira-kira hasil kebunmu, dan berapa zakat yang harus kamu bayarkan!" Setelah kami sampai di Tabuk, Nabi saw. bersabda, "Malam ini akan bertiup angin kencang. kerana itu janganlah ada seorang jua pun yang berdiri, dan siapa yang mempunyai unta, tambatkanlah untanya." Lalu kami tambatkan unta kami. Tidak lama antaranya angin kencang pun bertiuplah. Seorang laki-laki berdiri, lalu diterbangkannya sampai ke bukit Thai. Ketika itu ada pula seorang raja Ailah menyerahkan seekor keledai putih kepada Nabi saw., dan keledai itu diberinya pakaian dengan kain bulu dan dia menulis surat kepada Nabi saw. yang menyatakan bahwa dia dan rakyatnya menyerah kepada Nabi saw. dan bersedia membayar Jizyah )upeti(. Ketika Nabi tiba kembali di Wadi al-Qura, beliau bertanya kepada wanita pemilik kebun, "Berapa jumlah hasil kebunmu?" Jawabnya, "Sepuluh wasq, sebanyak taksiran Nabi saw." Sabda Nabi, "Aku akan segera kembali ke Madinah. Siapa yang ingin berangkat bersama-sama dengan ku, bersiap-siaplah dengan segera." Ibnu Bakkar )sub perawi( menambahkan, ketika Nabi saw. telah dekat ke Madinah, beliau bersabda, "Inilah kota yang baik. )Thaabah(." Dan ketika beliau melihat bukit Uhud, beliau bersabda, "Itulah bukit kecil yang sentiasa mencinta kita dan kita mencintainya pula. Maukah anda sekalian, aku ceritakan kepada kamu, perkampungan Ansar yang paling baik?" Jawab para sahabat, "Ya, sudah tentu!" Sabda beliau, "Ialah perkampungan Bani Najjar, kemudian perkampungan Bani Asyhal, kemudian perkampungan Bani Saa'idah atau perkampungan Bani al Harits bin Al Khazraj dan setiap perkampungan Ansar baik."766. Dari Abdullah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Tanam-tanaman yang diairi dengan air hujan, atau dengan mata air, atau tanam-tanaman yang tumbuh di rawa-rawa, zakatnya sepersepuluh, dan yang diam dengan tenaga angkutan, zakatnya seperdua puluh."767. Dari Abu Sa'id AI Khudri r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Tidak ada zakat bagi )tanam-tanaman( yang kurang dari lima wasq, bagi unta yang kurang dari lima ekor dan bagi mata wang )perak( di bawah lima uqiah." 768. Dari Abu Hurairah r.a.. katanya: "Pada suatu ketika waktu musim panen kurma, dibawa orang kurma kepada Rasulullah saw., iaitu si Anu dan si Fulan dan lain-lain, sehingga bertumpuklah kurma di dekat beliau. Hasan dan Husain bermain-main dengan kurma itu, lalu diambilnya satu dan dimasukkannya ke mulutnya. Rasulullah saw. melihat apa yang diperbuat anak-anak itu, maka dikeluarkannya kurma itu dari mulutnya sambil bersabda, " Engkau tidak tahu bahwa keluarga Muhammad saw. tidak dibolehkan memakan sedekah."

44

769. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Nabi saw. melarang menjual buah-buahan sebelum nyata baiknya." Ketika Nabi ditanya orang tentang apa yang dimaksud dengan baiknya, beliau menjawab, "hendaknya buah-buahan itu tidak bisa lagi kena penyakit."770. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Bahwasanya Rasulullah saw. melarang menjual buah-buahan sebelum masak. Sabda beliau, "Sehingga berwarna kemerah-merahan."771. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: "bahawasanya Umar bin Khathab telah bersedekah kuda fi Sabilillah. Kemudian didapatinya kuda itu dijual orang, dan dia bermaksud hendak membelinya. Tetapi dia pergi lebih dahulu kepada Nabi saw. meminta nasihat beliau. Nabi bersabda kepadanya, "Janganlah engkau ambil kembali sedekahmu." 772. Dari Aslam r.a., katanya dia mendengar Umar r.a. berkata: "Saya menyerahkan seekor kuda untuk Sabilillah, tetapi disia-siakan oleh yang menerimanya. Karena itu saya bermaksud hendak membelinya kembali dan saya kira dia mahu menjual dengan harga yang murah. Maka saya bertanya lebih dahulu kepada Nabi tentang maksud saya itu. Jawab beliau, "Jangan dibeli dan jangan pula engkau ambil kembali apa yang telah engkau sedekahkan, sekalipun ia suka memberikan kepada engkau dengan harga satu dirham. Sesungguhnya orang yang mengambil kembali apa yang telah disedekahkannya )diberikan(, samalah halnya dengan orang yang memakan muntahnya."773. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Nabi saw. melihat seekor domba yang disedekahkan orang kepada maula Maimunah, domba itu mati. Lalu Nabi saw. bersabda kepadanya, "Mengapa tidak kamu manfaatkan kulitnya?" Jawab mereka, "Karena domba itu sakit." Sabda Nabi pula, "Sesungguhnya yang haram itu memakannya."774. Dari 'Aisyah r.a., : "Sesungguhnya dia bermaksud hendak membeli )seorang hamba sahaya bernama( Barirah untuk dimerdekakannya. Si penjual membuat syarat bahwa perwalian )al wala' = hubungan kekeluargaan( tetap berada di tangannya. 'Aisyah menceritakan hal itu kepada Nabi saw. Sabda Nabi, "Belilah hamba sahaya itu. Sesungguhnya perwalian berada di tangan orang yang memerdekakan." Kata 'Aisyah, "Tidak lama kemudian, Nabi saw. diantari orang daging. Kukatakan kepada beliau, daging ini disedekahkan orang untuk Barirah." Sabda beliau, "Kalau untuk Barirah bererti sedekah, dan kalau untuk kita bererti hadiah."775. Dari Ummu 'Athiyah Al Anshari r.a., "Pada suatu ketika, Rasulullah saw., masuk ke rumah 'Aisyah r.a. lalu beliau bertanya: "Adakah kamu sedia makanan?" Jawab 'Aisyah, "Tidak! Kecuali daging yang dikirimkan Nusaibah, dari domba yang Tuan sedekahkan kepadanya." Sabda Nabi, "Sesungguhnya sedekah itu telah sampai ke tempatnya." 776. Dari Abdullah bin Aufa r.a., katanya: "Apabila seseorang datang membawa sedekahnya kepada Rasulullah saw., beliau mendo'akan: Wahai, Allah! Berikanlah rahmat kepada keluarga si Fulan." Kemudian bapa ku datang pula membawa sedekahnya, lalu beliau mendo'a: "Wahai, Allah! Berilah rahmat kepada keluarga Abu Aufa."777. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., katanya: "Seorang laki-laki Bani Israil meminta kepada seorang Bani Israil lainnya supaya ia dipinjami wang seribu dinar, maka dipinjamkannya seribu dinar. Si peminjam pergi ke pelabuhan hendak berlayar, tetapi dia tidak mendapatkan kapal. Maka diambilnya sepotong kayu lalu dilubanginya, kemudian wang seribu dinar dimasukkannya ke dalam lobang itu, setelah ditutupnya, kayu itu dilemparkannya ke laut. Ketika orang yang memberi pinjaman pergi ke pinggir laut, ia menemukan sepotong kayu lalu diambilnya untuk kayu bakar bagi keluarganya. Setelah kayu itu di belahnya maka kedapatan olehnya wang seribu dinar di dalam kayu itu."778. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak ada denda )diyat( pada yang terbunuh atau terluka oleh binatang buas, atau kerana jatuh ke dalam telaga, atau kerana menggali tambang. Dan zakat harta terpendam, seperlimanya. "779. Dari Abu Hamid As Sa'idi r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah mempekerjakan seorang laki-laki dari Bani Asad untuk memungut zakat dari Bani Sulaim yang bernama Ibnul Lutbiyyah. Ketika ia kembali )dan zakat sudah terkumpul(, Rasulullah saw. memeriksa dan menghitungnya."780. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Pada suatu hari saya bawa Abdullah bin Abi Thalhah kepada Rasulullah saw. untuk melakukan tahnik baginya. Saya lihat beliau memegang sebuah stempel untuk mencap unta sedekah."781. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. mewajibkan zakat fitrah segantang kurma atau segantang gandum atas kaum muslimin, hamba sahaya atau orang yang merdeka, laki-laki atau perempuan, kecil atau besar. Dan beliau memerintahkan supaya zakat fitrah itu dibayarkan sebelum orang pergi solat Aidilfitri."782. Dari Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah saw. memerintahkan supaya membayar zakat fitrah segantang kurma atau segantang gandum. Kata Abdullah, "Orang banyak menyamakan )segantang itu( dengan dua cupak hinthah )gandum yang paling baik(."783. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Di masa Rasulullah saw. kami pernah mengeluarkan )zakat fitrah( berupa segantang makanan pada hari raya idulfitri. Kata Abu Sa'id, "Pada hal makanan kami )ketika itu( gandum, buah anggur, dadih )susu yang telah diasamkan( dan kurma."784. Dari Nafi', dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. mewajibkan zakat fitrah )atau beliau mengatakan: zakat ramadhan( kepada laki-laki dan perempuan merdeka dan hamba sahaya, segantang kurma atau segantang gandum. Kemudian orang banyak menyamakan segantang gandum itu dengan setengah gantang bur )gandum yang baik(.Ibnu Umar pernah memberikan kurma untuk membayar zakat fitrahnya. Pada suatu ketika orang-orang Madinah sulit untuk memperoleh kurma, lantas dibayarnya dengan gandum. Ibnu Umar membayar zakat fitrah untuk anak-anak dan orang dewasa. Sehingga jika ada, anak-anak saya pun dibayarkannya. Biasanya Ibnu Umar membayarkannya langsung kepada orang yang berhak menerimanya. Dan biasanya pula, orang banyak membayarkannya satu atau dua hari sebelum Aidilfitri."785. Dari Abdullah bin Abbas r.a., katanya: "Biasanya Fadhal yang membonceng dengan Rasulullah saw. Pada suatu kali seorang wanita dari suku Khats'am datang kepada beliau. Fadhal memandang kepada wanita itu dan wanita itu memandang pula kepada Fadhal. Lalu Nabi saw. memalingkan muka Fadhal ke jurusan lain. Kata wanita itu, "Ya, Rasulullah! Bahwasanya Allah memerintahkan wajib haji kepada hamba-hamba-Nya, bertepatan dengan keadaan bapa saya tidak bisa lagi menunggang kenderaan; bolehkah saya mengerjakan haji baginya?" Sabda Nabi saw., "Boleh." Peristiwa itu terjadi ketika haji wada'."786. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Saya melihat Rasulullah saw. menunggang kenderaan di Dzulhulaifah. Setelah beliau sempurna duduk di atas, lalu beliau ihram."787. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: "Bahwasanya Rasulullah saw. memulai ihram di Dzulhulaifah, iaitu ketika beliau telah siap berada di atas kenderaan beliau."788. Dari Anas r.a., katanya: "Bahwasanya Rasulullah saw. pernah mengerjakan ibadah haji di atas kenderaan, dan kenderaan itu pula yang mengangkut perbekalannya. "789. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Hai, Rasulullah! Tuan telah umrah tetapi saya belum. Lalu Rasulullah bersabda kepada Abdurrahman, "Hai, Abdurrahman! Pergilah umrah dengan saudara mu, mulailah dari Tan'im." Abdurrahman pergi dengan 'Aisyah menunggang seekor unta )Abdurrahman di muka dan 'Aisyah di belakang( langsung mengerjakan umrah."790. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Ya, Rasulullah! Kami lihat jihad itu adalah amal yang paling utama. Apakah kami tidak boleh ikut berjihad?" Jawab Nabi, "Tidak! Jihad yang paling utama ialah haji yang mabrur )yang diterima Allah swt.(."791. Dari Abu Hurairah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa mengerjakan haji semata-mata kerana Allah, tidak berkata keji dan tidak melakukan perbuatan jahat, orang itu )bersih( kembali seperti ia baru dilahirkan ibunya )tidak berdosa(."792. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Orang negeri Yaman pernah melakukan ibadah haji tanpa membawa perbekalan. Kata mereka, Kami orang-orang tawakkal. Setelah mereka itu tiba di Mekkah, mereka meminta-minta kepada orang banyak." Allah swt. berfirman: "Berbekallah kamu, sesungguhnya sebaik-baik perbekalan ialah taqwa )memelihara diri(."793. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Nabi saw. telah menentukan batas, tempat orang memulai ihram. Untuk orang yang datang dari Madinah, ialah Dzul Hulaifah. Untuk orang yang datang dari Syam, ialah Juhfah, Untuk orang yang datang dari Nejd, Qarn Manazil dan untuk orang yang datang dari Yaman, ialah Yalamlam. Semua tempat-tempat itu ialah tempat Ihram untuk orang-orang negeri tersebut dan orang-orang lain yang bermaksud )mengerjakan haji melalui negeri-negeri itu. Selain dari orang-orang yang telah disebutkan itu, maka mulai ihramnya ialah dari mana ia muncul, seperti orang Mekkah ialah dari Mekkah."794. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Setelah kedua negeri ini )Kufah dan Basrah( menyerah, mereka datang kepada Umar dan berkata: Ya, Amiral Mukminin! Sesungguhnya Rasulullah telah menentukan Qarn untuk tempat ihram orang-orang dari Nejd. Tetapi Qarn itu terlalu jauh dari jalan kami. Kalau kami pergi ke Qarn lebih

45

dahulu, agak menyulitkan bagi kami." Kata Umar, "Telitilah tempat yang sejajar dengan Qarn itu di jalan yang kamu lalui. Maka ditetapkannya Dzatu 'Iraq untuk mereka."795. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah , saw. menghentikan untanya di Bath-ha' di Dzul Hulaifah lalu beliau solat di situ."796. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: "Biasanya Rasulullah saw. keluar dari Madinah melalui jalan Syajarah dan kalau masuk ke Madinah melalui jalan Mu'arras. Dan apabila beliau pergi ke Mekkah, biasanya beliau solat di mesjid Syajarah dan waktu kembali, solat di Dzulhulaifah, sebuah tempat yang kerendahan dan beliau bermalam di situ sampai pagi." 797. Dari Umar r.a., katanya dia mendengar Nabi saw. waktu beliau berada di Wadi al-' Aqiq, beliau bersabda: "Pada suatu malam datang )Jibril( membawa wahyu dari Allah kepada ku. Kata-Nya, 'Kerjakanlah solat di Wadi )lembah( yang berkah ini. Dan kerjakanlah umrah waktu mengerjakan haji."798. Dari Abdullah r.a., dari Nabi saw. katanya: "Nabi saw. pernah menerima wahyu ketika beliau melalui jalan Muarram dalam lembah di Dzul Hulaifah. Diwahyukan kepada beliau, "Sesungguhnya engkau sedang berada di Bath-Ha' yang berkah."799. Dari Abu Ya'la r.a., katanya ia pernah mengatakan kepada Umar: "Ceritakanlah kepada saya keadaan Nabi saw. ketika wahyu turun kepada beliau. Kata Umar, "Pada suatu waktu, ketika Nabi saw. dan para sahabat berada di Ji'ranah, datang seorang laki-laki kepada beliau dan berkata: Hai, Rasulullah! Bagaimana pendapat Tuan tentang orang yang ihram untuk umrah, padahal dia memakai , harum-haruman? Nabi diam seketika, dan ketika itu wahyu turun. Umar memberi isyarat kepada Ya'la, lahl ia datang mendekat. Lalu Rasulullah saw. diselubungi dengan kain dan memasukkan kepalanya ke dalam selubung itu. Kelihatan muka Rasulullah saw. merah dan beliau seperti mendengkur. Setelah wahyu selesai turun beliau bersabda: Mana orang yang bertanya tentang umrah?Laki-laki yang bertanya tadi dihadapkan kepada Nabi saw. Sabda beliau, "Bersihkanlah harum-harumanmu itu sampai tiga kali dan bukalah bajumu, dan kerjakanlah umrah sebagai mengerjakan haji."800. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Saya pernah memberi harum-haruman pada pakaian Rasulullah saw. waktu beliau ihram, dan untuk halalnya )tidak ihram( sebelum beliau tawaf mengelilingi kaabah."801. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah saw. merekat rambut beliau ketika ihram."802. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya dia mendengar seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah, katanya: "Ya, Rasulullah! Apakah pakaian yang dipakai orang untuk ihram?" Jawab Rasulullah saw., "Tidak boleh memakai baju, serban, celana, topi )atau yang sejenisnya berupa tutup kepala( dan sepatu dalam, kecuali bagi orang yang tidak mempunyai terompah, boleh memakai sepatu, tetapi harus dipotong sehingga lebih rendah dari kedua mata kaki. Dan jangan pula memakai pakaian yang kena za'faran atau harum-haruman.803. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Bahwasanya Usamah pernah menjadi pengiring Rasulullah saw. semenjak dari 'Arafah sampai ke Muzdalifah. Kemudian digantikan oleh Fadhal dari Muzdalifah sampai ke Mina. Kata Ibnu Abbas, keduanya mengatakan bahwa Nabi saw. sentiasa membaca talbiyah sehingga beliau melontar Jamratul 'Aqabah.804. Dari Abdullah bin Abbas r.a., katanya: Setibanya Nabi dan para sahabat dari Madinah. setelah bersisir dan memakai minyak, lalu beliau dan para sahabatnya memakai sarung dan cedar. Beliau tidak melarang memakai cedar dan sarung apa saja, selain harum-haruman yang baunya melekat ke kulit. Pagi-pagi di Dzulhulaifah, beliau menunggang kenderaan beliau. Ketika tiba di Baida', beliau saw. dan para sahabat melakukan ihram dan beliau memberi dukuh seekor untanya. Peristiwa itu terjadi pada tanggal 25 Dzul Qa'idah. Ketika Nabi tiba di Mekkah tanggal 4 Dzul Hijjah, beliau terus tawaf keliling Kaabah dan sai antara Safa dan Marwah. Beliau belum halal kerana beliau telah menyiapkan unta yang diberi dukuh. Di Mekkah beliau tinggal di Hajun, dan beliau masih ihram haji. Setelah tawaf qudum )tawaf selamat datang(, beliau tidak mendekati Kaabah sampai kembali dari 'Arafah. Kemudian diperintahkannya kepada para sahabat supaya tawaf dan sai antara Safa dan Marwah, setelah itu mencukur rambut kepala sesudah itu baru halal. Yang demikian itu adalah buat orang yang tidak menyediakan unta yang diberi dukuh. Bagi siapa yang beserta isteri, maka ketika itu telah halal baginya )melakukan hubungan suami-isteri(, boleh memakai harum-haruman dan pakaian yang berjahit."805. Dari Anas r.a., katanya : Nabi saw. pernah solat Zhuhur di Madinah empat rakaat dan solat 'Ashar di Dzulhulaifah dua rakaat )qashar(. Dan aku mendengar mereka )mengucapkan talbiyah( dengan suara keras, pada haji dan umrah."806. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: "Talbiyah Rasulullah saw. ialah: Labbaika, Allahumma labbaik, Labbaika laa syarika laka labbaik. Innal hamda wan-ni' mata laka wal mulk. Laa syariika laka. )Aku aptuhi perintah-Mu, O, Allah! Aku patuhi perintahMu! Aku patuhi perintahMu, tidak ada sekutu bagiMu, aku patuhi perintahMu! Sesungguhnya segala puji, nikmat dan kekuasaan, milikMu. Tidak ada sekutu bagiMu(. 807. Dari Anas r.a, katanya: "Nabi saw. pernah solat Zhuhur bersama-sama dengan kami di Madinah empat rakaat dan solat 'Ashar di Dzulhulaifah dua rakaat , )qashar( dan kami bermalam di situ sampai pagi. Kemudian Nabi saw. menunggang kenderaannya sampai di Baida'. Sementara itu beliau sentiasa tahmid, tasbih dan takbir. Sesudah itu beliau ihram untuk haji dan umrah, dan orang banyak pun ihram pula untuk keduanya. Setibanya kami di Mekkah, beliau memerintahkan kami supaya berhalal. Lantas mereka melakukan halal. Setelah hari Tarwiyah tiba, mereka ihram untuk haji. Kata Anas, "Nabi saw. menyembelih beberapa ekor kurban )beberapa ekor unta( dengan tangannya sendiri sedang berdiri. Ketika Rasulullah saw. berada di Madinah. beliau pernah menyembelih dua ekor kibas yang gemuk."808. Dari Nafi' r.a., katanya: "Ketika Ibnu Umar selesai solat Subuh di Dzulhulaifah, dia memerintahkan supaya kenderaannya disiapkan, maka kenderaannya itu segera disiapkan orang lalu dinaikinya. Setelah ia sempurna duduk di atas kenderaan itu ia menghadap ke kiblat dan terus menerus mengucapkan talbiyah hingga sampai di tanah haram. Setibanya di Dzi Thuwa, dia bermalam di situ sampai pagi. Setelah solat Subuh dia terus mandi, kemudian dia berkata: "Sesungguhnya Rasulullah saw. mengerjakan seperti itu."809. Dari Nafi' r.a., katanya: "Apabila lbnu Umar hendak pergi ke Mekkah, lebih dahulu dia memakai minyak yang tidak harum. Kemudian dia pergi ke mesjid Al Hulaifah lalu solat. Sesudah itu ia naik kenderaan. Ketika dia telah sempurna duduk di atas kenderaannya yang sedang berdiri, ia pun mulai ihram. Katanya: Beginilah saya lihat yang dilakukan oleh Nabi saw. " 810. Dari Mujahid r.a., katanya: "Pada suatu ketika kami berada di dekat lbnu Abbas, dan orang banyak berbicara mengenai Dajjal; di antara mereka ada yang mengatakan bahwa dia akan datang dengan kata-kata "kafir" tertulis antara kedua mata-matanya. Kata Ibnu Abbas, "Aku tidak pernah mendengarnya dari Nabi saw., tetapi aku pernah mendengar beliau bersabda, "Seolah-olah aku sedang melihat Musa sekarang, dia menuruni lembah sambil sentiasa mengucapkan talbiyah."811. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Kami pergi haji dengan Nabi saw. pada haji wada' dan kami ihram untuk 'umrah. Nabi saw. bersabda, "Barangsiapa mempunyai hadnya, ihramlah untuk Haji dan Umrah, dan jangan halal supaya bisa halal untuk keduanya sekaligus." "Ketika saya tiba di Mekkah," kata 'Aisyah, "maka saya haid, tidak bisa tawaf dan sai. Lalu saya ceritakan hal itu kepada Nabi saw." Sabda beliau, "Bukalah sanggulmu, bersisir dan ihramlah untuk Haji dan hentikanlah 'Umrah." Maka perintah beliau itu aku laksanakan. Sesudah mengerjakan Haji, beliau memerintahkan saya dan Abdurrahman bin Abu Bakar supaya pergi ke Tanaim dan di sana saya memulai 'umrah.Sabda beliau, "Inilah 'umrah pengganti 'umrah engkau yang gagal tadinya." Kata 'Aisyah, "Maka tawaflah semua orang yang ihram untuk 'Umrah di sekeliling Kaabah, dan sai antara Safa dan Marwa, kemudian mereka halal dan tawaf satu kali sekembali mereka dari Mina. Dan, orang yang menghimpun Haji dan 'Umrah, mereka tawaf satu kali saja."812. Dari Abu Musa r.a., katanya: "Nabi saw. mengutus ku pergi ke satu kaum di negeri Yaman, dan ketika saya kembali, saya dapati beliau di Al Bathha'. Beliau bertanya, "Bagaimana caranya engkau ihram?" Jawab ku, "Aku ihram sebagaimana ihramnya Nabi saw." Tanya beliau, "Adakah engkau menyiapkan hadnya?" Jawab ku, "Tidak!" Kemudian beliau memerintahkan ku tawaf. Maka aku tawaf keliling Kaabah, lalu sai antara Safa dan Marwa. Kemudian memerintahkan ku supaya halal, maka aku pun halal. Lalu aku pergi kepada keluarga ku, maka disisirkannya rambut ku, atau disucikannya kepala ku. Sementara itu, Umar pun tiba. Katanya, "Jika kita berpegang dengan Kitab Allah, sesungguhnya Allah memerintahkan kepada kita supaya menyempurnakan. Firman Allah Ta'ala: Sempurnakanlah Haji dan 'Umrah kerana Allah. Dan kalau kita mengikuti Sunnah Rasul saw., sesungguhnya beliau belum halal sebelum menyembelih had-ya." 813. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Kami pergi bersama-sama dengan Nabi saw. dalam beberapa bulan haji, dan pada beberapa malam haji dan pada beberapa masa ihram haji. Maka ketika kami tiba di Sarif, beliau pergi kepada para sahabat dan bersabda: Barangsiapa tidak mempunyai

46

Had-ya, dan dia ingin mengerjakan 'Umrah saja, boleh dilakukannya. Dan siapa-siapa yang membawa Had-ya, jangan." Kata 'Aisyah, "Di antara para sahabat ada yang mengerjakan dan ada pula yang meninggalkannya. Adapun Rasulullah saw. dan beberapa orang sahabat yang mempunyai Had-ya, mereka tidak memadakan dengan mengerjakan 'Umrah saja." Kata 'Aisyah melanjutkan, "Rasulullah datang kepada ku dan aku sedang menangis. Beliau bertanya: "Kenapa engkau menangis, wahai 'Aisyah?" Jawab 'Aisyah, "Saya mendengar sabda Tuan kepada para sahabat, sedangkan saya berhalangan mengerjakan 'Umrah." Tanya beliau, "Memangnya engkau kenapa?" Jawab ku, "Aku tidak solat." Sabda beliau, "Tidak mengapa. Engkau adalah wanita di antara sekian banyak anak-cucu Adam. Allah memikulkan kewajiban kepada mu, sama seperti yang dipikulkannya kepada para wanita lainnya. Teruskanlah hajimu, semoga Allah memberi kelapangan bagimu." Kata ' Aisyah, "Kami berangkat pada masa haji itu, hingga sampai di Mina aku telah suci. Kemudian aku berangkat dari Mina, lalu tawaf keliling Ka'bah. Sesudah itu aku berangkat bersama-sama dengan beliau pada nafar yang akhir, hingga sampai di Muhasshab kami pun berhenti. Beliau memanggil Abdur Rahman bin Abu Bakar, lalu beliau bersabda kepadanya: "Pergilah dengan saudara mu dari Tanah Haram supaya ia ihram untuk 'Umrah. Sesudah selesai datanglah segera kemari, aku menunggu sampai engkau datang." Maka pergilah kami berdua, sehingga aku dapat menyelesaikan ihramku untuk 'Umrah beserta tawaf. Setelah itu aku kembali kepada beliau pada waktu sahur. Tanya beliau, "Apakah engkau sudah selesai?" Jawab ku, "Sudah, ya, Rasulullah." Lalu beliau memberi tahu kepada para sahabat untuk berangkat, maka berangkatlah rombongan kami menuju Madinah."814. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Kami berangkat bersama-sama dengan Nabi saw. )pergi haji ke Mekkah, pada tahun haji wada'. Di antara kami ada yang ihram untuk 'Umrah, ada yang ihram untuk haji serta 'umrah dan ada pula yang ihram untuk haji saja. Sedangkan Rasulullah saw. ihram untuk haji. Siapa yang ihram untuk haji atau digabungkannya ihram haji serta 'umrah maka orang itu belum boleh halal sebelum hari Nahr."815. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Orang banyak menganggap mengerjakan 'umrah dalam bulan-bulan musim haji, merupakan suatu kesalahan besar di permukaan bumi dan dijadikannya bulan Safar sebagai bulan haram. Kata mereka, "Apabila telah sehat punggung )unta(, telah hilang bekas )ia dikendarai( dan telah habis bulan Safar boleh 'umrah bagi siapa yang hendak 'umrah. Pada tanggal empat )Dzul Hiijah( Nabi saw. datang dengan para sahabatnya dalam keadaan ihram untuk haji lalu beliau perintahkan supaya dijadikan 'umrah. Mereka merasa keberatan lalu kata mereka, "Halal manakah?" Sabda beliau, "Halal semuanya."816. Dari Hafsah, isteri Nabi saw., ia berkata: "Ya, Rasulullah! Bagaimanakah halnya orang-orang yang telah halal dari 'umrah mereka, sedangkan Tuan sendiri belum halal dari 'umrah Tuan?" Jawab Nabi saw.: Aku merekat rambut dan memberi dukuh had-ya. Aku belum boleh halal sebelum menyembelih." 817. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: "Bahwasanya dia pernah pergi haji bersama-sama dengan Rasulullah saw. ketika beliau membawa unta untuk had-ya. Orang banyak ihram untuk haji ifrad. Sabda Nabi saw. kepada mereka, "Hendaklah kamu halal dari ihrammu dengan tawaf keliling Ka'bah, sai antara Safa dan Marwa dan potonglah rambutmu. Kemudian tetaplah halal sampai hari Tarwiyah, dan ihramlah untuk haji, serta jadikanlah apa yang telah kamu kerjakan itu sebagai mut'ah." Kata mereka, "Bagaimana caranya kami menjadikannya mut'ah, padahal kami telah menamakannya haji?" Sabda Nabi saw., "Laksanakanlah apa yang aku perintahkan kepada mu. Kalaulah aku tidak membawa had-ya, akan kulakukan seperti apa yang aku perintahkan kepada mu itu. Apa yang tadinya dilarang daripada ku, belum halal bagi ku sebelum had-nya sampai ke tempatnya." Setelah itu, mereka melaksanakan )apa yang diperintahkan Nabi saw. kepada mereka(.818. Dari Nafi' r.a., katanya: "Ketika Ibnu Umar telah dapat masuk Tanah Haram, dia berhenti membaca talbiyah dan ia bermalam di Zu Thua. Sesudah solat Subuh dia terus mandi. Kemudian dikatakannya bahwa Nabi saw. melakukannya seperti itu."819. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Nabi saw. pernah bermalam di Dzu Thua sampai pagi, kemudian barulah beliau masuk ke dalam )kota( Mekkah."820. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. masuk kota Mekkah dari Kada', dari dataran tinggi yang terletak di Bathha' dan keluar dari kota Mekkah melalui dataran yang rendah. "821. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: "Ketika Kaabah sedang diperbaiki )yaitu sebelum masa kerasulan(, Nabi saw. turut mengangkut batu bersama-sama dengan Abbas.Kata Abbas, "Ikatkanlah sarong Tuan di kuduk Tuan!" Sementara itu Nabi saw. terjatuh dengan matanya terbelalak. Kata Nabi, "Bawalah sarong ku kemari!" Lalu beliau mengikatkannya kembali. 822. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Saya bertanya kepada Nabi saw. tentang dinding )tembok dekat( Kaabah, apakah tembok itu termasuk bahagian Kaabah?" Jawab beliau, "Ya!" Aku bertanya lagi, "Apa sebabnya tidak mereka masukkan saja ke dalam bangunan Kaabah?" Jawab beliau, "Kaum engkau kekurangan biaya." Tanya ku, "Apa sebabnya pintunya ditinggikan?" Jawab beliau, "Kaum engkau membuat seperti itu untuk memudahkan mereka meneliti siapa orang yang dibolehkannya masuk dan siapa yang tidak diingini mereka. Kalaulah bukan kerana kaum engkau dalam masa peralihan dari zaman jahiliyah, maka aku khuatir kalau-kalau hati mereka akan membangkang, kalaulah bukan kerana hal itu, nescaya pagar itu kumasukkan ke dalam bahagian Kaabah dan pintunya aku rendahkan sama rata dengan bumi."823. Dari' Aisyah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Wahai, 'Aisyah! Kalau bukanlah kerana kaum engkau masih dalam masa peralihan dari zaman jahiliyah, akan kuperintahkan mereka memperbaiki Kaabah, apa-apa yang sekarang berada di luar, dan akan kurendahkan pintunya sampai ke tanah. Juga akan kubuat dua buah pintu, sebuah di sebelah Timur dan sebuah lagi di sebelah Barat. Dengan begitu aku telah menuruti pula dasar Nabi Ibrahim 'alaihis salam."824. Dari Usamah bin Zaid r.a., katanya: "Ya, Rasulullah! Di manakah Tuan tinggal di Mekkah?" Jawab Nabi saw., "Adakah 'Aqil meninggalkan harta atau rumah?" 'Aqil dan Thalib menerima pusaka dari Abu Thalib, sedangkan Jaafar dan 'Ali tidak menerima apa-apa satu jua pun, kerana keduanya muslim, sedangkan 'Aqil dan Thalib, kafir.825. Dari Abu Hurairah r.a., katanya. "Pada suatu pagi di hari Nahr ketika Nabi saw. sedang berada di Mina, beliau bersabda, "Besok kita berhenti di kampung Bani Kinanah, yakni Muhassab, di mana penduduknya telah bersumpah atas kekafiran." Kejadiannya ialah, suku Quraisy dan Kinanah mengadakan sumpah dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib atau )disebut( Bani Muthalib, bahawa antara mereka tidak boleh kahwin mengahwini dan tidak pula berjual-beli, sehingga mereka )Bani Hasyim dan Muthalib( menyerahkan Nabi saw. kepada mereka )Quraisy(."826. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Orang yang kecil kedua betisnya berasal dari Habsyah )Ethiopia( yang akan meruntuhkan Kaabah." 827. Dari 'Aisyah r.a., katanya: Biasanya orang banyak puasa pada hari 'Asyura, sebelum diwajibkan puasa Ramadhan. Pada hari itu Kaabah diselubungi. Maka setelah Allah swt. mewajibkan puasa Ramadhan, Rasulullah bersabda, "Barangsiapa ingin puasa ' Asyura, silakan. Dan barangsiapa hendak meninggalkannya, silakan meninggalkannya. "828. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., dari Nabi saw., sabda beliau: "Haji dan 'Umrah ke Kaabatullah akan tetap dilaksanakan orang walaupun setelah keluar Yakjuj dan Makjuj."829. Dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Aku seolah-olah melihat orang yang meruntuhkan Kaabah, dia hitam dan renggang antara kedua kakinya, dia membongkarnya batu demi batu."830. Dari Umar r.a., katanya: "Bahwasanya dia datang mendekati Hijir Aswad )batu hitam( lalu dia menciumnya. Katanya, "Sesungguhnya aku tahu bahwa engkau ini batu yang tidak memberi mudharat dan tidak pula memberi manfaat. Jikalau tidaklah kerana saya melihat Nabi saw. mencium engkau, nescaya saya tidak akan menciummu pula." 831. Dari Abdullah bin Abi Aufa r.a., katanya: "Rasulullah saw. melakukan 'Umrah, kemudian tawaf keliling Kaabah dan sesudah itu solat dua rakaat di belakang Maqam bersama-sama dengan orang banyak. Seseorang bertanya kepadanya )Abdullah(, "Apakah Rasulullah saw. masuk ke dalam Kaabah?" Jawabnya, "Tidak!"832. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya, "Ketika Rasulullah saw. mula-mula tiba di Mekkah, beliau enggan hendak masuk Kaabah kerana di dalamnya banyak patung. Beliau memerintahkan supaya mengeluarkan patung-patung itu dari dalam, maka dikeluarkan mereka semuanya termasuk patung Nabi Ibrahim dan Ismail sedang memegang azlam. )Melihat itu( Rasulullah saw. bersabda: "Terkutuklah mereka )yang membuat patung itu(! Demi Allah! Sesungguhnya mereka tahu bahwa keduanya tidak pernah melakukan undian dengan azlam, sekali-kali tidak." Kemudian beliau masuk ke dalam Kaabah, lalu takbir di setiap pojok dan beliau tidak solat ketika itu didalamnya." 833. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. dan para sahabatnya tiba di Mekkah, orang musyrik berkata: Dia telah datang kepada mu, keadaan mereka telah lemah kerana penyakit Yatsrib. )Mendengar ucapan mereka itu(, Nabi memerintahkan para sahabatnya supaya mereka berlari tiga

47

keliling ketika tawaf, dan berjalan antara dua sudut. Beliau tidak memerintahkan supaya berlari keseluruhannya, hanya semata-mata kerana kasihan terhadap mereka."834. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Saya melihat Rasulullah saw. waktu beliau datang ke Mekkah. beliau menyentuh Hajar Aswad )batu hitam( waktu mula-mula akan tawaf, dan berlari tiga keliling dari jumlah tujuh keliling."835. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Tidak pernah saya tidak menyentuh kedua sudut ini, baik dalam keadaan sulit maupun dalam keadaan lapang, semenjak saya melihat Nabi saw. menyentuh kedua-duanya." 836. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Ketika Haji Wada', Nabi saw. tawaf mengendarai unta, dan beliau menyentuh satu sudut Kaabah dengan tongkat beliau."837. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Saya tidak pernah melihat Nabi saw. menyentuh Kaabah selain dua sudut Yamani." 838. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Nabi saw. pernah tawaf di kaabah dengan mengendarai unta. Setiap beliau melewati satu sudut, beliau memberi isyarat ke arah sudut itu dengan apa saja yang ada di tangan beliau sambil mengucapkan Allahu Akbar )Allah Maha Besar(."839. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Ketika Nabi saw. baru tiba di Mekkah, perbuatan yang mula-mula beliau lakukan ialah berwuduk, sesudah itu tawaf. Beliau tidak mengerjakan 'Umrah. Ketika Abu Bakar dan Umar naik Haji, keduanya pun melakukan seperti itu."840. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Sesungguhnya, bila Nabi saw. tawaf di Kaabah, mula-mula beliau berlari tiga keliling dan setelah itu berjalan empat keliling. Dan beliau biasa pula berlari di tempat aliran banjir antara Safa dan Marwa."841. Dari Ummu Salamah r.a., isteri Nabi saw., katanya: "Aku memberi tahukan kepada Rasulullah saw. bahwa aku sakit. Maka sabda beliau, 'Tawaflah kamu dengan berkenderaan di belakang orang banyak." Lalu aku tawaf, sedangkan beliau ketika itu solat menghadap ke Kaabah; beliau membaca: "Wath Thuur. Wa kitaabin masthuur.. " )Surah ke-52(.842. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. tawaf di Kaabah. Beliau bertemu dengan orang-orang yang mengikatkan tangannya satu sama lain dengan tali, atau dengan benang, atau dengan yang lain daripada itu maka ikatan itu diputuskan oleh Nabi saw. dengan tangan beliau, kemudian beliau bersabda, "Berbimbinganlah dia di tangannya."843. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Abu Bakar Siddik ditugaskan oleh Rasulullah saw. sebelum haji wada' untuk memimpin satu kaum pada hari Nahar melakukan haji, kemudian memberitahukan kepada orang banyak, suatu pemberitahuan: "Ketahuilah! Sesudah tahun ini orang-orang musyrik tidak boleh lagi haji, dan tidak boleh tawaf di Kaabah dalam keadaan telanjang. "844. Dari Abdullah bin Abbas r.a., katanya: "Nabi saw. tiba di Mekkah, lalu beliau tawaf dan sai antara Safa dan Marwa. Sesudah tawafnya itu, beliau tidak pernah lagi mendekati Kaabah sampai beliau kembali dari 'Arafah."845. Dari Ummu Salamah r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. masih berada di Mekkah dan telah bermaksud hendak keluar )pulang ke Madinah(, ketika itu Ummu Salamah belum tawaf )wada'( padahal dia akan pergi bersama-sama dengan Nabi saw. Sabda Nabi saw. kepadanya: "Apabila orang telah qamat untuk solat Subuh, maka tawaflah engkau dengan mengendarai untamu, ketika orang sedang solat itu." Ummu Salamah melaksanakan perintah Nabi saw. yang demikian itu, dan dia tidak sempat melakukan solat sunat dua rakaat sesudah tawaf, sampai ia keluar dari mesjid."846. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Al Abbas Ibnu Abdul Muththalib minta izin kepada Rasulullah saw. akan bermalam beberapa malam di Mekkah untuk memberi minum kepada orang-orang yang haji. Maka Rasulullah saw. memberi izin kepadanya."847. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Bahwasanya Rasulullah saw. datang ke tempat minum, lalu beliau minta air minum. Kata Abbas, "Hai, Fadhal! Pergilah kepada ibumu, dan mintalah kepadanya air minum untuk Rasulullah saw." Sabda Nabi, "Berilah aku air minum!" Kata Abbas, "Ya, Rasulullah! Mereka telah memasukkan tangan mereka ke dalamnya." Sabda Nabi pula, "Berilah aku air minum!" Kemudian Nabi saw. meminum air itu, sesudah itu beliau pergi ke sumur Zam zam, dan di sana didapatinya orang banyak saling memberi air kepada yang lain dan sibuk menimbanya. Sabda Nabi saw., Teruskanlah! Sesungguhnya kalian melakukan amal saleh." Kemudian beliau menambahkan, "Kalaulah tidak takut kamu akan dikalahkan )maksudnya kalah banyak menimba air(, sesungguhnya aku akan turut bersama kalian sehingga kuletakkan tali di kudukku ini." Sambil Nabi menunjuk ke kuduknya.848. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Aku pernah memberi Rasulullah air minum Zam-zam, lalu diminumnya selagi beliau sedang berdiri. Kata Ashim, "'Ikrimah bersumpah bahawa pada hari itu Rasulullah saw. sebenarnya bukan berdiri, tetapi sedang di atas unta."849. Dari 'Urwah r.a., bahwasanya dia bertanya kepada 'Aisyah r.a., katanya: "Bagaimana pendapat Ibu tentang firman Allah swt.: "Innash Shafaa wal Marwata min Sya'aairillaah, faman hajjal baita awi'tamara fa laa junaaha 'alaihi an yaththawwafa bihimaa." )Sesungguhnya Safa dan Marwa sebahagian dan lambang-lambang kebesaran Allah. Barangsiapa pergi ke Kaabah menunaikan Haji atau 'Umrah, maka tidaklah berdosa ia melakukan tawaf antara keduanya." Demi Allah, rupanya tidak berdosa jikalau tidak melakukan tawaf antara Safa dan Marwa. Jawab 'Aisyah, "Jahat benar ucapanmu itu, wahai anak saudaraku! Kalau sekiranya betullah tafsiranmu itu, tentulah tidak berdosa orang yang tidak tawaf antara keduanya. Tetapi ayat ini diturunkan di kalangan orang Ansar. Sebelum mereka memeluk Islam, mereka ihram untuk berhala yang disebut 'Manaat', sedangkan yang disembah mereka terletak di suatu tempat yang disebut Al Musyallal. Maka orang-orang yang ihram untuk berhala itu merasa keberatan tawaf antara Safa dan Marwa. Setelah mereka masuk Islam, mereka bertanya kepada Rasulullah saw. tentang hal itu. Kata mereka, "Ya, Rasulullah! Kami merasa keberatan tawaf antara Safa dan Marwa." Maka turunlah firman Allah swt.: "Innash Shafaa wal Marwata min Sya'airillah" )Sesungguhnya Safa dan Marwa sebahagian dari lambang-lambang kebesaran Allah.(. Kata ' Aisyah, "Sesungguhnya Rasulullah saw. telah menjadikan Sunnah tawaf antara keduanya. Kerana itu tidak ada alasan bagi siapa pun untuk meninggalkan tawaf antara keduanya."850. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Biasanya, Rasulullah saw. melaksanakan tawaf pertama dengan berlari tiga keliling dan berjalan empat keliling. Dan beliau )sai( di tempat aliran banjir ketika tawaf antara Safa dan Marwa."851. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Aku tiba di Mekkah, padahal aku sedang haid. Kerana itu aku tidak tawaf di Kaabah dan tidak pula sai antara Safa dan Marwa. Maka saya sampaikan hal itu kepada Rasulullah saw. Sabda beliau, "Perbuatlah segala amal yang dilakukan oleh setiap orang Haji, selain tawaf di Kaabah, maka jangan dilakukan sampai engkau suci kembali."852. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: Nabi saw. dan para sahabat beliau ihram untuk haji, dan tiada seorang pun di antara mereka yang membawa hadya selain Nabi saw. dan Thalhah. Dan Ali tiba dari Yaman membawa Hadya, lalu dia berkata, "Saya ihram sebagaimana ihramnya Nabi saw." Nabi saw. memerintahkan supaya menjadikannya 'umrah. Dan mereka tawaf kemudian menggunting rambut dan terus halal kecuali orang yang membawa hadya. Kata mereka, "Kami terus ke Mina. Dan salah seorang kami mengatakan bahwa dia menetes. Berita itu segera sampai kepada Nabi saw. Sabda beliau, "Andai kata saya tahu yang akan terjadi sekarang, tiadalah aku akan membawa hadya. Sekiranya aku tidak membawa hadya, nescaya aku halal." 853. Dari Abdul Aziz bin Rufai' r.a., katanya: "Ceritakanlah kepada ku apa-apa yang Anda ketahui tentang Nabi saw. Di mana beliau solat Zuhur dan 'Ashar pada hari Tarwiyah?" Jawab Anas, "Di Mina." Tanya ku, "Di mana beliau solat 'Ashar pada hari berangkat?" Jawabnya, "Di Abthah." Kemudian Anas menambahkan, "Berbuatlah seperti apa yang dilakukan pemimpinmu."854. Dari Ummul Fadhal r.a., katanya: "Pada suatu ketika di hari 'Arafah, orang banyak merasa ragu tentang puasa Nabi saw. )apakah beliau puasa atau tidak(. Karena itu saya pergi kepada beliau membawa air minum, lalu diminum oleh beliau. "855. Dari Muhammad bin Abu Bakar Ats Tsaqari r.a., bahwasanya dia bertanya kepada Anas bin Malik ketika pada suatu pagi keduanya berangkat dari Mina ke 'Arafah, "Apakah yang engkau kerjakan hari ini beserta Rasulullah saw.?" Kata Anas, "Di antara kami ada yang membaca Talbiyah, beliau tidak melarangnya, dan ada pula yang mengucapkan takbir, pun beliau tidak melarangnya."856. Dari Ummul Fadhal binti Al Harits r.a., katanya: "Orang banyak bertengkar di sampingnya pada hari 'Arafah tentang puasa Nabi saw. Setengahnya mengatakan bahwa beliau puasa dan yang lain mengatakan beliau tidak puasa. Karena itu kuantarkan segelas susu kepada beliau, di mana beliau sedang berhenti di atas unta beliau, maka diminumnya susu itu."857. Dari Jubair bin Muth'im r.a., katanya: "Aku kehilangan unta. Karena itu aku pergi mencarinya pada hari 'Arafah. Kebetulan aku melihat Nabi saw. sedang wuquf )berhenti( di 'Arafah. Lalu kataku, "Demi Allah! Orang ini dari Hums. Mengapa dia berada di sini."858. Dari 'Urwah r.a., katanya: "Pada suatu ketika Usamah ditanya orang, dan kebetulan saya sedang duduk )di sampingnya(, "Bagaimana caranya Nabi saw. berangkat meninggalkan 'Arafah ketika Haji Wada'?" Jawab Usamah, "Beliau berjalan perlahan-lahan, dan apabila dilihatnya keadaan cukup lapang, beliau berjalan cepat." 859. Dari Usamah bin Zaid r.a., katanya: "Ketika Nabi saw. berangkat dari 'Arafah, beliau segera

48

membelok ke arah bukit, lalu beliau buang air dan kemudian mengambil wudhuk. Saya bertanya, "Ya, Rasulullah! Apakah Anda hendak shalat?" Jawab beliau, ")Nanti( solat di tempat yang di hadapanmu."860. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Saya berangkat bersama-sama dengan Nabi saw. pada hari 'Arafah. Nabi saw. mendengar suara bentakan yang keras dan pukulan terhadap unta. Lalu beliau memberi isyarat kepada mereka dengan cemetinya, dan bersabda: "Hai, orang banyak! Tenanglah! Karena sesungguhnya kebaikan itu diperoleh bukanlah dengan tergesa-gesa."861. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Nabi saw. pernah menjama'kan solat Maghrib dan 'Isya ketika di Jama' )Muzdalifah(. Tiap-tiapnya dengan satu qamat tanpa solat sunat antara keduanya dan tidak pula setelah keduanya selesai."862. Dari Abu Ayyub al Anshary r.a., katanya: "Bahawasanya Rasulullah saw. pernah menjama' solat Maghrib dan 'Isya di Muzdalifah ketika Haji Wada'." 863. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Ketika kami berhenti di Muzdalifah, Saudah minta izin kepada Nabi saw. untuk berangkat lebih dahulu sebelum orang banyak berdesak-desakan. Saudah itu seorang wanita yang lembek. Karena itu Nabi saw. mengizinkannya, maka berangkatlah dia sebelum orang banyak berdesak-desak dan kami tinggal sampai pagi, dan setelah itu kami berangkat bersama-sama dengan Nabi saw. Andaikata adalah kesempatan bagi ku untuk minta izin kepada Rasulullah saw. sebagaimana yang dilakukan oleh Saudah, kiranya hal itu akan sangat menyenangkan bagi ku lebih dari daripada segala kesukaan lainnya."864. Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah saw. melihat seorang laki-laki menghalau unta untuk had-ya. Maka bersabda Nabi saw. kepadanya, "Tunggangilah unta itu!" Jawab orang itu, "Unta ini untuk had-ya." Sabda Nabi, ''Tunggangilah unta itu!" Jawab orang itu, "Unta ini untuk had-ya." Sabda Nabi, ''Tunggangilah dia!" Sabda Nabi saw. untuk ketiga kalinya. 865. Dati Ibnu Umar r.a., katanya:"Rasulullah saw. menggabungkan niat 'Umrah dan Haji ketika beliau melakukan Haji Wada', dan beliau membawa kurban dengan had-ya yang dibawanya dari Zulhulaifah. Mula-mula beliau ihram untuk 'Umrah dan setelah itu ihram untuk Haji. Orang banyak pun turut pula mengabungkannya, sama seperti Rasulullah melakukan 'Umrah dan Haji. Di antara mereka ada yang membawa had-ya dan ada pula yang tidak membawanya. Setibanya di Mekkah. beliau bersabda kepada orang banyak, "Barangsiapa di antara kamu yang menyediakan had-ya, belum boleh ia halal, sebelum ia selesai mengerjakan Haji. Siapa yang tidak menyediakan had-ya, hendaklah ia thawaf di Ka'bah dan sa'iy antara Shafa dan Marwa, terus menggunting rambut, lalu halal, dan setelah itu ihram untuk Haji. Siapa yang tidak menyanggupi had-ya, puasalah tiga hari waktu dan tujuh hari setelah kembali kepada keluarganya. Ketika beliau tiba di Mekkah, beliau melakukan thawaf )qudum(. Lebih dahulu beliau menyentuh sudut, kemudian berlari tiga keliling dan berjalan empat keliling. Setelah selesai thawaf keliling Ka'bah. lalu beliau solat di belakang Maqam. Setelah memberi salam beliau terus menuju Shafa. lalu sa'iy tujuh kali antara Shafa dan Marwa. Beliau belum halal sebelum selesai mengerjakan Haji dan menyembelih kurban pada hari Nahar dan thawaf ifadhah keliling Ka'bah. Setelah semuanya itu selesai, barulah beliau halal dari semua yang tadinya haram. Maka dikerjakan lah seperti yang dilakukan Rasulullah itu, oleh siapa yang sanggup membayar had-ya, telah menyiapkan dan menghalaunya di antara orang banyak."866. Dari Miswar bin Makhramah dan Marwan r.a., keduanya berkata: "Nabi saw. berangkat dari Madinah dengan para sahabat lebih dari seribu orang banyaknya. Setibanya mereka di Dzulhulaifah, Nabi saw. memberi dukuh dan tanda pada had-ya beliau, sesudah itu beliau ihram untuk 'Umrah. "867. Dari 'Aisyah r.a., katanya: Nabi saw. pernah berkurban dengan seekor domba. "868. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Saya pernah memilin tali untuk tali kalung had-ya Nabi saw., maka dikalunginya kambing itu sedangkan beliau tetap halal bersama keluarga beliau." 869. Dari Ummul Mukminin )'Aisyah( r.a., katanya: "Saya pernah membuat tali untuk kalung had-ya, yang kupilin dari bulu haiwan yang ada pada ku."870. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Kami berangkat bersama-sama dengan Nabi saw., pada 25 Dzul Qaidah, dan tiada ada tujuan kami selain hanya untuk mengerjakan Haji. Ketika kami hampir tiba di Mekkah, Rasulullah saw. memerintahkan kepada orang yang tidak membawa had-ya supaya halal sudah thawaf dan sa'iy antara Shafa dan Marwa. Kata 'Aisyah, pada hari Nahar ada orang membawa daging lembu kepada kami, lalu saya tanyakan, "Apakah ini?" Jawab orang itu, "Rasulullah saw. berkorban untuk para isteri beliau."871. Dari Ali r.a., katanya: "Sesungguhnya Nabi saw. memerintahkan kepadanya supaya berdiri ketika menyembelih unta korbannya, lalu keseluruhan korban itu supaya dibagi-bagikan dagingnya, kulitnya dan pelananya dan tidak sepotong jua pun yang diberikan kepada tukang potong."872. Dari Ali r.a., katanya: Nabi saw. pernah berkurban seratus ekor unta. Lalu disuruhnya aku membagi-bagikan dagingnya, maka saya bagi-bagikan; kemudiandisuruhnya pula aku membagi-bagikan pelana dan kulitnya, maka saya bagi-bagikan."873. Dari Jabir r.a., katanya: "Biasanya kami tidak memakan daging dari kurban kami lebih dari tiga hari di Mina. Kemudian kami diberi kelonggaran oleh Nabi saw. , Sabda beliau, "Makanlah dan sediakan untuk perbekalan." Lantas kami makan dan kami sediakan pula untuk perbekalan."874. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Seorang laki-laki berkata kepada Nabi saw., "Saya thawaf sebelum melontar." Jawab Nabi, "Tidak mengapa." Katanya pula, "Saya mencukur rambut sebelum menyembelih." Jawab Nabi, ''Tidak mengapa." Katanya lagi, "Saya menyembelih sebelum melontar." Jawab beliau, ''Tidak mengapa."875. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. mendo'a: "O, Allah! Kasihanilah kiranya orang-orang yang mencukur rambut kepalanya." Lalu kata orang banyak, "Dan orang-orang yang menggunting rambut, ya, Rasulullah!" Sabda Nabi, "O, Allah! Kasihanilah kiranya orang-orang yang mencukur rambut kepalanya. " Kata mereka, "Dan orang-orang yang menggunting rambut, ya, Rasulullah!" Sabda Nabi saw., "Dan orang-orang yang menggunting rambut." 876. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya Rasulullah saw. berkhutbah pada hari Nahar, sabdanya: "Saudara-saudara sekalian! Hari apakah ini?" Orang banyak menjawab, "Hari haram )suci(." Sabda Nabi, "Negeri apakah ini?" Jawab mereka, "Negeri haram )suci(." Sabda Nabi, "Bulan apakah ini?" Jawab mereka, "Bulan haram )suci(." Sabda Nabi, Sesungguhnya darahmu, harta mu dan kehormatanmu haram antara sesamamu sebagaimana haramnya hari kamu ini." Kata -kata itu berulang-ulang diucapkan oleh beliau. Kemudian beliau mengangkat kepalanya, lalu bersabda, "O, Allah! Sesungguhnya telah aku sampaikan." Kata Ibnu Abbas, "Demi Allah yang diri ku dalam kekuasaan-Nya! Sesungguhnya khutbah beliau itu adalah merupakan wasiat bagi seluruh umatnya. )Nabi saw. meneruskan(, "Maka karena itu, hendaklah yang hadir ini menyampaikan kepada yang tidak hadir. Dan janganlah kamu menjadi kafir kembali, sesudahku, di mana kamu berkelahi sesamamu."877. Dari Zuhri r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. melempar Jumrah yang dekat mesjid Mina, beliau melempar dengan tujuh buah batu sambil beliau mengucapkan takbir setiap melempar dengan satu batu. Kemudian beliau maju ke muka dan berdiri menghadap kiblat sambil mengangkat kedua belah tangannya berdoa dan berdiri agak lama. Kemudian beliau mendekati jumrah yang kedua, lalu dilemparnya dengan tujuh buah batu sambil membaca takbir setiap kali melempar. Sesudah itu beliau pindah ke sebelah kiri mendekati lembah, dan berdiri menghadap kiblat, dan sambil mengangkat kedua belah tangannya beliau berdoa. Sesudah itu beliau mendekati Jumrah yang akhir, maka dilemparnya dengan tujuh buah batu sambil takbir tiap-tiap kali melontar, kemudian beliau pergi dari situ." 878. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Sesudah Nabi solat Zhuhur dan 'Ashar, Maghrib dan 'Isya, beliau tidur sebentar di Muhassab, kemudian beliau menunggang kendaraannya menuju Ka'bah, lalu beliau thawaf."879. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah saw. bersabda: ")Pahala( satu kali 'Umrah sampai 'Umrah )berikutnya, dapat( menghapus dosa yang terjadi antara keduanya. Dan Haji yang mabrur )diterima Allah( tiada balasannya melainkan surga." 880. Dari Qatadah r.a., katanya dia bertanya kepada Anas: "Berapa kali Nabi saw. mengerjakan 'Umrah?" Jawabnya, "Empat kali: 'Umrah Hudaibiyah, iaitu bulan Dzul Qaidah ketika beliau dihalangi kaum musyrik; 'Umrah pada tahun berikutnya dalam bulan Dzul Qa-idah, sesuai dengan perjanjian damai dengan mereka; dan 'Umrah Ji'ranah. iaitu ketika membagi rampasan, yang menurut dugaanku rampasan Hunain. Tanya ku, "Berapa kali beliau mengerjakan Haji?" Jawabnya, "Satu kali."881. Dari Qatadah r.a., katanya dia bertanya kepada Anas, maka jawab Anas, ''Nabi saw. mengerjakan 'Umrah ketika kaum musyrikin menghalangi beliau. Dan pada tahun berikutnya 'Umrah Hudaibiyah, 'umrah dalam bulan Dzul Qaidah dan 'Umrah waktu beliau mengerjakan Haji"882. Dari Abdullah bin Abi Aufa r.a., katanya: "Rasulullah saw. mengerjakan 'umrah, maka kami pun 'umrah pula beserta beliau. Kemudian beliau tiba di Mekkah, beliau thawaf dan kami thawaf pula beserta beliau. Kemudian beliau pergi ke Shafa dan Marwa, kami pun

49

turut juga mengikutinya. Dan kami pun pernah mengawal beliau dari penduduk Mekkah, kalau-kalau ada yang hendak melemparnya. Kemudian, sahabatku ada yang bertanya, "Apakah Nabi saw. masuk ke dalam Ka'bah?" Jawabnya, ")ketika itu( Tidak!" 883. Dari Abdullah bin 'Umar r.a.. katanya: "Biasanya. apabila Rasulullah saw. kembali dari peperangan atau kembali dari haji dan 'umrah, beliau takbir tiga kali di setiap tanah yang tertinggi, dan kemudian beliau baca: "Laa Ilaaha illallaahu wahdahu, laa syariikalah, lahul mulku walahulhamdu wa huwa' kulli syai-in qadiir, )Tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, Maha Kuasa dan Maha Terpuji, dan Dia Maha Kuasa atas segala-galanya; aaibuuna taa-ibuuna. 'aabiduuna saajiduuna lirabbinaa haamiduuna. Shadaqallaahu wa'dahu wa nashara 'abdahu wa hazamal ahzaaha wahdah." Orang-orang yang kembali )kepada Tuhan(, orang-orang yang tobat, orang-orang yang menyembah Tuhan, orang-orang yang sujud, orang-orang yang memuji Tuhan kami;Maha Benar janji Allah, Dia Maha Menolong terhadap hamba-hambaNya, dan Dia mengalahkan tentara )musuh( sendiri-Nya."884. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Ketika Nabi saw. tiba di Mekkah, beliau disambut oleh anak-anak Abdul Muththalib, lalu dipangkunya seorang di antara mereka dan yang lain mengikutinya di belakang.885. Dari Anas r.a., katanya: "Biasanya Rasulullah saw. tidak pernah masukke dalam rumah keluarganya melainkan pagi atau petang."886. Dari Jabir r.a., katanya: "Nabi saw. melarang orang datang ke rumah keluarganya waktu malam."887. Dari Anas r.a., katanya: "Biasanya, apabila Nabi saw. baru kembali dari perjalanan, setelah melihat-lihat jalan-jalan kota Madinah, dipercepatnya untanya, bahkan jika ada kendaraan )haiwan( yang lain disuruhnya cepatkan binatang itu."888. Dari Abu Hurairah r.a,. dari Nabi saw., sabdanya: "Berjalan adalah sebahagian azab, ia menghalangi kamu makan, minum dan tidur. Maka apabila urusanmu telah selesai, segeralah kembali kepada keluargamu."889. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. terhalang )oleh musuh(. Maka dicukurnya rambut kepalanya, kemudian beliau bersetubuh dengan isterinya, dan disembelihnya korbannya, sehinga )akhirnya( beliau 'umrah pada tahun berikutnya."890. Dari Ka'ab bin 'Ujrah r.a., dari Rasulullah saw. sabdanya: "Barangkali engkau digigit oleh kutu-kutumu." Jawab Ka'ab, "Ya, benar! Ya, Rasulullah!" Sabda Rasulullah, "Cukurlah rambutmu, puasalah tiga hari atau beri makan enam orang miskin atau berkurban seekor domba." 891. Dari Abdullah bin Ma'qil r.a., katanya: "Pada suatu ketika aku duduk bersama Ka'ab bin 'Ujrah, lalu saya bertanya kepadanya perihal fidyah." Katanya: "Ayat mengenai fidyah itu khususnya turun berkenaan dengan diri ku dan umumnya dengan diri mu juga. Saya dibawa orang kepada Rasulullah saw. padahal kutu berjalaran di muka ku. Beliau bersabda, "Belum pernah aku melihat penyakit seperti yang menimpa engkau ini. Atau mungkin dia mengatakan, belum pernah aku melihat kesukaran seperti yang engkau derita ini. Apakah engkau punya domba?" Jawab ku, "Tidak!" Maka sabda beliau, "Puasalah tiga hari, atau beri makanlah enam orang miskin, untuk masing-masing setengah gantang."892. Dari Abu Qatadah r.a., katanya: "Pada tahun Hudaibiyah, kami pergi bersama-sama dengan Nabi saw. Para sahabat telah ihram sedangkan saya belum. Sementara itu, diberitakan kepada kami, bahwa musuh berada di Ghaiqah, lalu kami menuju ke tempat mereka itu berada. Tiba-tiba teman ku melihat seekor himar )keledai( liar, lalu mereka tertawa bersama-sama. Karena itu aku menengok dan menampak pula himar itu. Lalu ku pacu kuda ku memburu himar itu, dan ia dapat ku tikam sehingga ia tidak dapat lagi berjalan. Aku minta tolong kepada mereka )untuk mengurusi keledai itu(, tetapi mereka enggan menolong. Namun akhirnya, keledai itu kami makan bersama-sama. Sesudah itu akau pergi menyusul Rasulullah saw. dan kami khawatir akan diserbu musuh. Karena itu kadang-kadang kup acu kuda ku dan kadang-kadang ku lambatkan. Tengah malam, aku bertemu dengan seorang laki-laki dari Bani Ghiffar. Saya bertanya kepadanya, "Di mana engkau tinggalkan Rasulullah saw.?" Jawabnya, "Saya tinggalkan beliau di Ta'hin dan.beliau bermaksud akan beristirahat di Suq-ya." Aku pergi menyusul Rasulullah saw. sehingga aku dapat bertemu dengan beliau. Ujar ku, "Ya, Rasulullah! Sesungguhnya para sahabat mengirim ku supaya menyampaikan salam, rahmat dan berkat Allah kepada Tuan. Mereka khuatir kalau kalau Tuan diserang musuh dengan tiba-tiba. Karena itu sebaiknya Tuan tunggulah mereka. Nabi saw. berkenan menunggu mereka. Sementara itu aku berujar kepada beliau, "Ya, Rasulullah! )Dalam perjalanan( kami memburu keldai liar yang lewat dekat kami, dan masih ada sisanya pada kami." Sabda Rasulullah saw., "Silahkan kalian makan! Walaupun mereka yang sedang ihram. "893. Dari Sha'ab bin Jatstsamah Alaitsi r.a., bahwasanya dia menghadiahkan seekor himar )keledai( liar kepada Nabi saw. tetapi ditolak oleh beliau pemberiannya itu. Ketika itu ia sedang berada di Abwa' atau mungkin di Waddan. Ketika beliau menampak perasaan kurang senang terbayang pada air muka Sha'ab, beliau berkata, "Aku tidak hendak menolak pemberianmu, melainkan karena aku sedang ihram. "894. Dari Hafshah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Ada lima macam binatang yang tidak berdosa jika seseorang membunuhnya. Yaitu: gagak, helang, tikus, kala jengking dan anjing yang berbahaya."895. Dari Abdullah r.a., katanya: "Ketika kami sedang berada di sebuah gua di Mina, tiba-tiba turun kepada beliau ayat: "Wal Mursalaat" )Demi segala malaikat yang diutus(. Beliau langsung membacanya dan saya pun menerima dari mulut beliau yang basah karena bacaan itu. Sekonyong-konyong seekor ular meluncur ke arah kami, lalu beliau bersabda: "Bunuhlah ular itu!" Kami segera akan membunuhnya, tetapi ular itu telah lari.Sabda Nabi saw., "Dia lolos dari kejahatanmu sebagaimana kamu lolos dari kejahatannya. "896. Dari 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Cicak itu kecil bahayanya." Kata 'Aisyah menambahkan, "Aku tidak mendengar Rasulullah saw. menyuruh membunuhnya."897. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya Nabi saw. bersabda ketika penaklukan Mekkah: "Tidak ada lagi hijrah, melainkan jihad dan niat. Apabila kamu diperintahkan berangkat, maka berangkatlah!"898. Dari Ibnu Buhainah r.a., katanya: Nabi saw. pernah berbekam di tengah-tengah kepalanya ketika beliau berada di Lahyil Jamal, padahal beliau ketika itu sedang ihram."899. Dari Ibnu Abbas r.a, katanya: "Sesungguhnya Rasulullah saw. kawin dengan Maimunah ketika beliau sedang ihram."900. Dari Abu Ayyub Al Anshari r.a., bahwasanya dia ditanya orang: "Bagaimanakah caranya Rasulullah saw. mencuci kepalanya padahal beliau sedang ihram?" Abu Ayyub meletakkan tangannya di atas sehelai kain, lalu ia menundukkan kepalanya sehingga jelas kelihatan olehku. Kemudian katanya kepada orang yang akan menyiramkan air, "Nah, siramlah!" Maka disiram orang kepalanya, lalu digosoknya dengan kedua belah tangannya ke muka dan ke belakang. Katanya, "Beginilah saya lihat Nabi saw. melakukannya."901. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Nabi saw. berkhutbah di hadapan kami waktu di Arafah, sabdanya: "Barangsiapa tidak mempunyai izar )pakaian ihram, sarung yang tidak dijahit(, ia boleh memakai celana. Dan siapa yang tidak mempunyai terompah, ia boleh memakai sepatu."902. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Di tahun penaklukan Mekkah, Rasulullah saw. masuk kota Mekkah memakai topi baja. Ketika beliau membukanya, seorang laki-laki datang dan berkata kepada beliau, "Ibnu Khathal bergantung di tabir Ka'bah." Sabda Nabi saw., "Bunuhlah dia!"903. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Seorang wanita dari suku Juhainah datang kepada Nabi saw., bertanya: "Ibu saya bernazar untuk mengerjakan haji. Tetapi belum sempat ia menunaikannya, ia telah meninggal. Bolehkan saya menunaikannya untuk beliau?"Jawab Nabi saw., "Ya, hajikanlah untuknya! Bagaimana pendapatmu sekiranya ibumu berhutang, adakah engkau membayarnya? Bayarlah hutang kepada Allah, kerana hutang kepada Allah lebih berhak untuk dibayar."904. Dari Saib bin Yazid r.a., katanya: "Saya pernah dibawa menunaikan ibadah haji bersama-sama dengan Rasulullah saw., sedangkan ketika itu saya baru berumur tujuh tahun."905. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Pada suatu waktu, ketika Nabi saw. kembali dari menunaikan ibadah haji, beliau bersabda kepada Ummu Sinan Al Anshariyah, "Apakah yang menghalangi mu untuk menunaikan haji?" Jawab Ummu Sinan, "Bapak si Fulan. Maksudnya ialah suaminya. Dia hanya mempunyai dua ekor unta. Yang seekor dipakainya untuk menunaikan haji baginya dan yang lain untuk menyiram kebun kami, Sabda Nabi saw., "Sesungguhnya 'Umrah di bulan Ramadhan sama nilainya dengan menunaikan ibadah haji beserta ku."906. Dari Anas r.a., katanya: "Bahwasanya Nabi saw. melihat seorang orang tua dipapah oleh dua anaknya )menunaikan ibadah haji(. Nabi saw. bertanya; "Kenapa orang ini?" Jawab mereka, "Ia bernazar akan menunaikan haji dengan berjalan kaki." Sabda Nabi saw., "Sesungguhnya Allah tidak memerlukan orang yang menyiksa dirinya ini." Lalu Nabi memerintahkan supaya orang itu naik kenderaan.907. Dari 'Uqbah bin 'Amir r.a., katanya: "Saudara saya yang perempuan bernazar akan pergi berjalan kaki ke Baitullah dan disuruhnya saya minta fatwa kepada Nabi saw., lalu saya minta fatwa kepada beliau. Sabdanya, "Berjalanlah dan berkenderaanlah !"908. Dari Anas r.a., dari Nabi saw., sabdanya :

50

"Kota Madinah haram )kota suci( dari batas situ hingga ke situ. Pohonnya tidak boleh ditebang dan tidak boleh melakukan kejahatan di dalamnya. Barangsiapa melakukan kejahatan, ia akan mendapat kutuk Allah, kutuk malaikat dan manusia seluruhnya."909. Dari Anas r.a., katanya: "Ketika Nabi saw. tiba di Madinah, beliau segera memerintahkan untuk membangun sebuah mesjid. Sabda beliau, "Hai, Bani Najjar! Tetapkanlah harganya bagiku." Jawab mereka, "Kami tidak meminta harga melainkan hanya kepada Allah." Kemudian Nabi saw. memerintahkan supaya )memindahkan( kuburan orang-orang musyrik, yang segera pula digali. Sesudah itu meratakan tanah yang berlobang-lobang bekas runtuhan, maka segera pula diratakan. Kemudian Nabi memerintahkan supaya memotong pohon-pohon kurma, yang kemudian disusun sebelah kiblat mesjid."910. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Sesuatu yang berada di antara dua tempat yang berbatu-batu di Madinah, diharamkan )menjadi tanah suci( kerana ucapan lidahku." 911. Dari Ali r.a., katanya: "Tidak ada )pegangan( bagi kami melainkan hanya Kitab Allah, dan Kitab ini )diterima( dari Nabi saw." "Madinah haram, iaitu yang antara 'Aair hingga ke situ. Barangsiapa berbuat kejahatan di dalamnya, atau melindungi orang berbuat jahat, maka atasnya kutuk Allah, kutuk malaikat dan manusia seluruhnya. Tidak diterima daripadanya tebusan dan tukaran. Dan sabdanya, "Jaminan orang-orang Islam itu satu. Siapa menyalahi janji sesama muslim, maka atasnya kutuk Allah, kutuk malaikat dan manusia seluruhnya. Tidak diterima daripadanya tebusan dan tukaran." Dan barangsiapa menguasai suatu kaum tanpa izin pemimpin-pemimpinnya, maka atasnya kutuk Allah, kutuk malaikat dan kutuk manusia seluruhnya. Tidak diterima daripadanya tebusan dan tukaran."912. Dari Abu Hurairah r.a., .katanya Rasulullah saw. bersabda: "Aku diperintah dengan suatu negeri yang mengalahkan beberapa negeri lain. Mereka menyebutnya 'Yatsrib', yakni negeri Madinah, yang membersihkan manusia sebagaimana dapur )perapian( tukang besi menghilangkan segala karat-karat besi."913. Dari Abu Humaid r.a., katanya: "Kami kembali dari Tabuk bersama-sama dengan Nabi saw. Ketika kami hampir sampai di Madinah, beliau bersabda: "Inilah Thabah )Thaba, negeri yang baik(."914. Dari Abu Hurairah r.a.. katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Madinah akan ditinggalkan mereka )penduduk( dalam keadaan yang baik. Tiada lagi yang mengunjunginya kecuali 'Awaaf, yakni binatang-binatang buas dan burung-burung. Orang terakhir yang meninggal ialah dua orang penggembala dari suku Muzainah. Keduanya pergi ke Madinah menghalau kambing mereka, maka didapatinya di Madinah binatang liar. Ketika keduanya sampai di bukit Wada', keduanya jatuh tersungkur."915. Dari Sufyan bin Abu Zuhair r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Negeri Yaman ditaklukkan. Maka datang ke sana suatu kaum menghalau ternak mereka, membawa keluarga dan para pengikut mereka, sedangkan Madinah lebih baik bagi mereka kalaulah mereka tahu. Dan negeri Iraq ditaklukkan. Maka datang ke sana suatu kaum menghalau ternak mereka, membawa keluarga serta para pengikut mereka. Sedangkan Madinah lebih baik bagi mereka kalaulah mereka tahu."916. Dari Ahu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya iman bakal meluncur ke Madinah sebagaimana meluncurnya ular ke dalam sarangnya. "917. Dari Saad r.a., katanya dia mendengar Nabi saw. bersabda: ''Tidak seorang pun yang berusaha memperdayakan penduduk Madinah, melainkan ia hancur seperti larutnya garam dalam air."918. Dari Usamah r.a., katanya: "Nabi saw. memandang ke salah satu benteng dari benteng-benteng di Madinah, lalu beliau bersabda: "Adakah kamu melihat apa yang kulihat? Sesungguhnya aku melihat tempat terjadi fitnah di sela-sela rumah penduduk seperti tempat jatuhnya hujan."919. Dari Abu Bakrah r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Tidak akan dapat masuk ke Madinah, Al Masih Ad Dajjal yang ditakuti. Madinah ketika itu mempunyai tujuh buah pintu. Pada tiap-tiap pintu terdapat dua orang malaikat."920. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Di jalan-jalan masuk ke Madinah ada malaikat. Kerana itu tidak dapat masuk ke dalamnya penyakit , taun)penyakit menular( dan tidak pula Dajjal."921. Dari Anas bin Malik r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Semua negeri akan diinjak oleh Dajjal, melainkan Mekkah dan Madinah. Di mana setiap jalan masuk ke dalam kedua kota itu dijaga oleh malaikat dengan berbaris. Kemudian Madinah goncang tiga kali goncangan, maka ketika itu Allah swt. mengeluarkan semua orang kafir dan orang munafik."922. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Rasulullah saw. menceritakan kepada kami suatu cerita yang panjang perihal Dajjal. Di antaranya beliau bersabda: "Dajjal bakal datang, sedangkan ia dilarang memasuki jalan-jalan di kota Madinah. kerana itu ia turun di tanah kering dekat kota Madinah. Pada suatu hari datang kepadanya seorang laki-laki yang paling baik dari golongan manusia. Kata orang itu kepada Dajjal, "Aku tahu bahwa engkau adalah Dajjal yang oleh Rasulullah saw. perihalmu pernah diceritakan beliau kepada kami." Kata Dajjal, "Bagaimana pendapatmu jika aku bunuh )dia( ini, kemudian ku hidupkan kembali, ragukah kamu tentang kesanggupanku itu?" Jawab mereka, "Tidak!" Lalu dibunuhnya, kemudian dihidupkannya kembali. Ketika ia menghidupkan itu, laki-laki tadi berkata, "Demi Allah! Belum pernah aku menyaksikan pemandangan yang lebih hebat dari apa yang kusaksikan hari ini." Maka kata Dajjal, "Aku sanggup membunuhnya, tetapi aku tidak sanggup menguasainya. "923. Dari Jabir r.a., katanya: "Seorang Arab dusun datang kepada Nabi saw. lalu berjanji akan masuk Islam. Besok pagi-pagi dia datang dalam keadaan demam. Katanya, "Biarkanlah saya!" Nabi enggan. Kata-kata itu diucapkannya sampai tiga kali. Maka sabda Nabi, "Madinah bagaikan dapur tukang besi, membuang segala karat besi, maka tinggallah besi yang baik-baik saja."924. Dari Zaid bin Tsabit r.a., katanya: "Ketika Nabi saw. pergi ke Uhud, sebahagian orang kembali pulang. Lalu kata satu golongan, "Kita bunuh mereka." Kata golongan yang lain: "Tidak! Jangan bunuh mereka!" Maka turunlah ayat: Famaa lakum fil munafiqiina fiataini" )Maka kenapa kamu menjadi dua golongan(. Sabda Nabi saw., "Sesungguhnya kota Madinah mengeluarkan orang-orang )jahat(, sebagaimana halnya api membersihkan besi dari karat."925. Dari Anas r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Wahai, Allah! Turunkanlah berkah berganda di Madinah, sebagaimana yang telah Engkau turunkan di Mekkah."926. Dari Anas r.a., katanya: "Banu Salimah bermaksud hendak pindah ke dekat mesjid, maka dicegah oleh Rasulullah saw., kerana beliau takut sekitar Madinah akan kosong.Sabda beliau, "Wahai, Banu Salimah! Tidakkah kamu perhitungkan sejarah nenek-moyangmu?" Kerana itu mereka tidak jadi pindah.927. Dari 'Aisyah r.a.. katanya: "Ketika Rasulullah saw. tiba di Madinah, Abu Bakar dan Bilal terkena demam panas. Ketika Abu Bakar sedang naik panasnya, ia berkata: "Pagi-pagi, setiap orang )santai( dengan keluarganya, padahal maut mencekam lebih dekat dari tali terompahnya." Bilal apabila turun panasnya, dengan suara keras dia berkata: "Wahai kiranya ingatanku dapatkah kiranya aku bermalam agak semalam, Di sebuah lembah, dikelilingi pohon izkhir dan jalil, Dapatkah aku sampai pada suatu hari ke air Majannah, dan dapat jelas bagi ku bukit Syamah dan Thafil." Selanjutnya ia berdo'a: "Wahai Allah! Kutukilah kiranya Syaibah bin Rabi'ah, 'Utbah bin Rabi'ah dan Umayyah bin Khalaf, sebagaimana mereka mengusir kami dari negeri kami ke negeri penyakit." Kemudian Nabi saw. berdo'a: "Wahai, Allah! Berilah kami kecintaan terhadap Madinah sebagaimana kami mencintai Mekkah atau lebih dari itu. Wahai, Allah! Berilah kiranya keberkatan bagi kami pada gantang dan cupak kami. Jadikanlah Madinah ini sihat untuk kami dan pindahkanlah penyakitnya ke Juhfah." Kata 'Aisyah, "Ketika kami tiba di Madinah, kota itu merupakan bumi Allah tempat wabak penyakit." Kata 'Aisyah meneruskan, "Sungainya yang mengalir, airnya keruh )kerana mengandungi kuman-kuman penyakit(."928. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Nabi saw. puasa pada hari Asyura dan beliau perintahkan mempuasakannya. Setelah puasa Ramadhan diwajibkan ditinggalkannya )puasa Asyura(. Dan biasanya Abdullah )Ibnu Umar( tidak puasa pada hari itu kecuali kalau bertepatan dengan hari yang ia biasa berpuasa pada hari itu."929. Dari Umar r.a., katanya: "Siapakah yang hafal sebuah hadis dari Nabi saw. berkenaan dengan fitnah?" Jawab Hudzaifah, "Aku mendengar beliau bersabda: Fitnah seseorang dalam keluarganya, dalam hartanya dan tetangganya, dapat ditutup )dihapuskan( oleh solat, puasa dan sedekah."930. Dari Sahl r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Sesungguhnya di dalam syurga ada sebuah pintu yang disebut Ar Rayyaan. Pada hari kiamat, orang-orang yang puasa masuk ke syurga dari pintu itu. Tidak seorang pun masuk dari pintu itu selain mereka. )Mereka( dipanggil: Mana orang yang puasa? Lalu mereka berdiri. Tidak seorang pun masuk dari pintu itu selain mereka. Setelah mereka itu masuk, pintu segera dikunci, maka tidak seorang pun lagi yang dapat masuk."931. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa menafkahkan dua perkara pada jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari beberapa pintu syurga. Wahai Hamba Allah! Inilah kebaikan! Maka siapa yang mengerjakan solat ia akan dipanggil dari pintu solat; siapa yang ikut berperang, ia akan dipanggil dari pintu jihad; siapa yang puasa, ia akan dipanggil dari pintu rayyaan, dan siapa yang bersedekah, ia akan dipanggil dari pintu sedekah. " Kata Abu Bakar, "Aku tebus engkau dengan Bapak dan Ibuku, hai Rasulullah! Tiadalah suatu kesukaran bagi orang-orang yang dipanggil dari pintu-pintu itu, dan adakah seseorang dipanggil dari pintu-pintu itu semuanya?" Jawab Nabi saw., "Ya, dan aku mengharapkan

51

supaya engkau termasuk dalam golongan mereka itu."932. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan semua pintu syurga."933. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila tiba bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit, dikunci pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan. "934. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dusta dan amal jahat, maka Allah tidak butuh kepadanya ia meninggalkan makan dan minum."935. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Allah berfirman: "Setiap amal anak Adam adalah untuk anak Adam itu sendiri, melainkan puasa. Sesungguhnya puasa itu bagi-Ku, dan Aku membalasi puasanya itu. Puasa itu bagaikan perisai; maka apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah berkata kotor dan jangan pula berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya, maka hendaklah ia mengatakan: 'Aku ini puasa.' Demi Allah, yang diri Muhammad berada dalam genggaman-Nya, sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kesturi. Bagi orang yang puasa ada dua kegembiraan yang menggembirakannya: Apabila ia berbuka ia gembira, dan apabila ia menemui Tuhannya, ia gembira dengan puasanya. "936. Dari Abdullah r.a., katanya kami pernah mendengar Nabi saw. bersabda: "Barangsiapa yang telah merasa sanggup untuk berumah tangga, maka hendaklah ia kahwin. Sesungguhnya kahwin itu lebih melindungi penglihatan dan lebih memelihara bagi kehormatan. Dan siapa yang belum sanggup hendaklah dia puasa, kerana puasa itu dapat mengurangi nafsu berahi.937. Dari Abdullah r.a., katanya Rasulullah saw. pernah berbicara perihal Ramadhan. Sabda beliau: "Janganlah kamu puasa sehingga kamu melihat bulan, dan janganlah kamu berbuka sehingga kamu melihatnya. Maka jika bulan itu tertutup di atasmu, kira-kirakanlah bilangannya )buatlah perhitungan hari baginya(."938. Dari Abdullah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sebulan itu ada dua puluh sembilan malam. Maka janganlah kamu puasa sebelum melihatnya )bulan(. Jika )bulan( itu tertutup atasmu, cukupkanlah tiga puluh."939. Dari Ibnu Umar r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Sebulan itu ada sebegini dan )tambah( sebegini. Dan beliau menekukkan ibu jari beliau pada kali yang ketiga." 940. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Puasalah bila kamu melihatnya )bulan(, dan berbukalah bila kamu melihatnya. Jika bulan itu tertutup atasmu, maka sempurnakanlah bilangan Sya'ban tiga puluh hari."941. Dari Ummu Salamah r.a., katanya: "Pada suatu ketika, Nabi saw. pernah menghindar dari para isteri beliau selama satu bulan. Setelah berlalu dua puluh sembilan hari, beliau datang pagi atau petangnya. Lalu ditanyakan orang kepada beliau, "Sesungguhnya Tuan telah bersumpah tidak akan pulang selama satu bulan." Sabda beliau, "Sesungguhnya sebulan itu ada yang dua puluh sembilan hari."942. Dari Abu Bakrah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Dua bulan tiada kurang keduanya. Yakni bulan berhari raya, Ramadhan dan Dzul Hijjah."943. Dari Ibnu Umar r.a., dari Nabi saw., bahwasanya beliau bersabda: "Kita ummat yang ummi, tiada pandai menulis dan berhitung. Sebulan itu sebegini dan sebegini." Maksudnya, kadang-kadang dua puluh sembilan hari dan kadang-kadang tiga puluh hari."944. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Janganlah kamu dahului puasa Ramadhan dengan puasa satu atau dua hari sebelumnya, melainkan bagi orang yang memang biasa puasa pada hari itu, maka dia boleh puasa pada hari itu." 945. Dari Al Barra' r.a., katanya: "Biasanya apabila ada orang di antara para sahabat Nabi saw. yang puasa, maka apabila tiba waktu berbuka sedangkan ia tidak tidur sebelum berbuka itu, ia tidak makan malamnya dan keesokan hari sampai petang. Dan bahwasanya Qais bin Shirmah Al Anshari puasa. Setelah tiba waktu berbuka, ia pergi kepada isterinya dan bertanya: "Apakah engkau sedia makanan?" Jawab isterinya, "Tidak! Tetapi aku akan mencarikannya untukmu." Hari itu dia bekerja, kerana itu matanya sangat mengantuk )sehingga ia tertidur(. Kemudian isterinya datang. Setelah dilihatnya suaminya, ia berkata, "Rugi engkau." Waktu tengah hari ia jatuh pingsan. Maka diceritakannya kejadian itu kepada Nabi saw., lalu turunlah ayat: "Dihalalkan bagi mu pada malam hari bulan puasa, campur dengan isteri mu." )AI Baqarah, 2:187(. Mereka sangat girang dengan turunnya ayat itu. Kemudian turun pula ayat: "Makanlah dan minumlah, sehingga nyata bagi mu benang putih dan benang hitam." )Al Baqarah, 2: 187(. 946. Dari 'Adi bin Hatim r.a., katanya: Ketika turun ayat: ..sehingga jelas bagi mu mana benang putih dan mana benang yang hitam )AI Baqarah, 2:187(, lantas aku ikatkan seutas benang hitam kepada seutas benang putih, lalu kuletakkan di bawah bantalku. Tengah malam kulihat benang itu, tetapi tidak pernah jelas bagi ku )mana yang hitam dan mana yang putih(. "Pagi-pagi ku temui Rasulullah saw. dan kuceritakan kepada beliau pengalamanku itu. Sabda beliau, "Sesungguhnya yang dimaksud dengan yang demikian itu ialah, gelap malam dan cahaya siang." 947. Dari Sahl bin Sa'd r.a.. katanya: Ayat: "Wa kuluu wasyrabuu hatta yatabayyana lakumul khaithul abyadhu minal khaithil aswadi )dan makanlah dan minumlah kamu sehingga jelas bagi mu benang putih daripada benang hitam(, ayat itu seperti itu dan belum turun kata-kata "minal fajri". Maka orang yang bermaksud hendak puasa mengikatkan benang putih dan benang hitam di kakinya, dan ia sentiasa makan sehingga jelas kelihatan baginya kedua macam benang itu. Kemudian Allah swt. menurunkan firman-Nya: "minal fajri" )yaitu fajar(, barulah mereka tahu bahwa yang dimaksud dengan ayat itu ialah malam dan siang."948. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Biasanya Bilal azan pada malam hari. Rasulullah saw. bersabda: "Makanlah dan minumlah sampai kedengaran Ibnu Ummi Maktum azan. Sesungguhnya dia tidak akan azan sebelum terbit fajar. " Kata Qasim, "Tidak ada perantaraan antara azan keduanya, melainkan apabila yang satu ini naik, yang satu ini turun."949. Dari Sahl bin Sa'd r.a., katanya: "Biasanya aku sahur di rumah keluargaku. Kemudian aku bersegera untuk mendapatkan sujud )sembahyang( beserta Rasulullah saw."950. Dari Zaid bin Tsabit r.a., katanya: "Kami sahur bersama Nabi saw., kemudian beliau pergi solat. Orang bertanya, "Berapa )lama( antara azan dengan sahur?" Jawab Zaid, "Kira-kira )selama membaca( lima puluh ayat." 951. Dari Abdullah r.a., katanya: "Bahwasanya Nabi saw. puasa terus menerus. " Karena itu orang banyak pun puasa terus menerus. Tetapi kemudian mereka merasa kesulitan, maka dilarang oleh Nabi saw. Kata mereka, "Bukankah Tuan puasa terus menerus?" Sabda Nabi, "Aku tidak seperti kamu. Aku sentiasa diberi makan dan minum."952. Dari Anas r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Sahurlah kamu, karena di dalam sahur itu terdapat berkat."953. Dari Salamah bin Akwa' r.a., katanya: "Nabi saw. mengutus seorang laki-laki memberitahukan kepada orang banyak tentang hari Asyura. Sabda beliau, "Siapa yang telah makan, teruskanlah atau puasalah. Dan siapa yang belum makan, maka janganlah makan."954. Dari 'Aisyah dan Ummu Salamah r.a., keduanya menceritakan, bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah mendapati fajar, sedangkan beliau dalam keadaan junub. Kemudian beliau mandi dan terus puasa.955. Dari 'Aisyah r.a., katanya Nabi saw. pernah menciumnya dan sama tidur dengan dia, padahal beliau puasa. Dan beliau adalah orang paling sanggup menguasai nafsu birahinya."956. Dari' Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah mencium di antara para isteri beliau sedangkan beliau puasa. Kemudian isterinya tertawa."957. Dari' Aisyah r.a., katanya: Nabi saw. pernah mendapati fajar dalam bulan Ramadhan dalam keadaan junub bukan bermimpi, lalu beliau mandi dan terus puasa. "958. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Apabila seseorang lupa, lalu ia makan dan minum, maka hendaklah ia meneruskan puasanya. Sesungguhnya Allah yang telah memberinya makan dan minum."959. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Seorang laki-laki datang kepada Nabi saw. mengatakan bahwa ia terbakar. Nabi bertanya: "Kenapa Anda?" Jawab orang itu, "Saya campuri isteri saya dalam bulan Ramadhan." Kemudian dibawa orang kepada Nabi saw. sebuah miktal atau disebut juga 'araq )bakul berisi kurma(. Tanya Nabi saw., "Mana orang yang terbakar tadi?" Jawab orang itu, "Saya!" Sabda Nabi saw., "Bersedekahlah dengan ini."960. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Ketika kami sedang duduk-duduk di samping Nabi saw., tiba-tiba datang seorang laki-laki lalu berkata kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Celaka aku." Jawab beliau, "Kenapa engkau?" Kata orang itu, "Aku bersetubuh dengan isteriku, padahal aku puasa." Rasulullah saw. bertanya, "Adakah engkau mempunyai hamba sahaya yang akan engkau merdekakan?" Jawabnya, "Tidak!" Sabda Nabi saw., "Sanggupkah engkau puasa dua bulan berturut-turut?" Jawab laki-laki itu, "Tidak!"

52

Sabda Nabi saw., "Sanggupkah engkau memberi makan enam puluh orang, miskin?" Jawabnya, "Tidak!" Nabi saw. diam. Sementara itu dibawa orang kepada Nabi sebakul kurma. Lalu beliau bertanya, "Mana orang tadi?" Jawab orang itu, "Saya, ya, Rasulullah!" Sabda Nabi saw., "Ambillah kurma ini, dan bersedekahlah dengannya!"Kata orang itu, "Apakah saya harus bersedekah kepada orang yang fakir dari saya, ya, Rasulullah? Demi Allah, tidak ada keluarga yang berada antara dua perbatasan yang berbatu-batu )dari kota Madinah( yang lebih fakir daripada keluargaku." Mendengar itu Nabi saw. tertawa sehingga tampak taring beliau. Kemudian beliau bersabda: "Berikanlah untuk makan keluargamu."961. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Nabi saw. pernah berbekam, padahal beliau sedang puasa."962. Dari Ibnu Aufa r.a., katanya. "Kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah saw. dalam suatu perjalanan. Beliau bersabda kepada seorang laki-laki, "Berhentilah! Campurlah roti dengan susu untukku!" Jawab laki-laki itu, "Ya, Rasulullah! )Masih ada( matahari!" Sabda beliau, "Berhentilah! Campurlah roti dengan susu untukku!" Jawab orang itu, "Ya, Rasulullah! )Masih ada( matahari!" Sabda Nabi saw., "Berhentilah! Dan campurlah roti dengan susu untukku!" Laki-laki itu berhenti, lalu mencampur roti dengan susu untuk Nabi saw. Kemudian Nabi minum dan memberi isyarat dengan tangan beliau ke arah Timur. Sabda beliau, "Apabila kamu melihat malam datang dari sini, maka sesungguhnya telah berbuka orang-orang yang puasa."963. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Sesungguhnya Hamzah bin 'Amru dan Al Aslami, keduanya pernah bertanya kepada Nabi saw. katanya: "Mesti jugakah aku puasa dalam perjalanan?" Padahal biasanya dia rajin berpuasa. Jawab Nabi saw., "Jika engkau mahu puasa, puasalah! Jika tidak, berbukalah!" 964. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. pergi ke Mekkah dalam bulan Ramadhan dan beliau puasa. Ketika sampai di Kadid, beliau berbuka, maka berbuka pulalah orang banyak. Kata Abu Abdullah )Bukhari(, "Kadid, iaitu air yang antara 'Usfan dan Qudaid. "965. Dari Abu Darda' r.a., katanya: "Kami pergi beserta Nabi saw. dalam sebagian di antara beberapa perjalanan beliau, pada suatu hari yang sangat panas, sehingga ada orang yang meletakkan tangannya di atas kepala karena sangat panasnya, dan tidak ada di antara kami yang puasa selain Nabi saw. dan Ibnu Rawahah."966. Dari Jabir r.a., katanya: "Pada suatu ketika dalam suatu perjalanan Nabi saw. melihat seorang laki-laki dipayungi. Lalu Nabi bertanya, "Kenapa )orang( ini?" Jawab mereka, "Dia puasa." Sabda Nabi saw., "Bukanlah suatu kebaikan puasa dalam perjalanan."967. Dari Anas r.a., katanya: "Kami pernah bepergian bersama-sama dengan Nabi saw. Tidak pernah orang puasa mencela orang berbuka, dan tidak pula orang berbuka mencela orang puasa."968, Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Rasulullah saw. pergi dari Madinah ke Mekkah. Beliau berpuasa, hingga sampai di 'Usfan. Kemudian beliau meminta air, lalu diangkatnya dengan kedua belah tangannya untuk diperlihatkannya kepada orang banyak, dan beliau berbuka sampai tiba di Mekkah. Kejadian itu terjadi dalam bulan Ramadhan.Ibnu Abbas berkata, "Sesungguhnya Rasulullah saw. puasa dan berbuka. Maka siapa yang ingin puasa, dia puasa dan siapa yang ingin berbuka dia berbuka."969. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Saya pernah ketinggalan puasa Ramadhan, dan tidak ada kesanggupan saya untuk membayarnya melainkan dalam bulan Sya'ban. "970. Dari' Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa meninggal dunia sedangkan ia ketinggalan puasanya, )maka puasa yang ketinggalan itu( boleh dipuasakan )dibayar( oleh walinya."971. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya ada seorang laki-laki datang bertanya kepada Rasulullah saw., katanya: "Ya, Rasulullah! Ibu saya telah meninggal dunia dan beliau ketinggalan puasanya satu bulan. Bolehkah saya puasa untuk membayar puasanya itu?"Jawab Nabi saW., "Ya, boleh!" Dan beliau bersabda menambahkan, "Hutang kepada Allah lebih berhak untuk dibayar. "972. Dari 'Ashim bin Umar bin Khaththab r.a., dari bapaknya, katanya Rasulullah saw. pernah bersabda: "Apabila malam datang dari sini, dan siang berlalu dari sini, sedang matahari terbenam sesungguhnya orang yang puasa berbuka." 973. Dari Sahl bin Sa'd r.a., katanya Rasulullah saw. pernah bersabda: "Manusia sentiasa dalam kebaikan selama mereka itu menyegerakan berbuka."974. Dari Rubayyi' binH Mu'awwidz r.a., katanya: "Pada suatu pagi di hari Asyura, Nabi saw. mengirim utusan ke desa-desa orang Anshar )untuk menyampaikan suatu pemberitahuan(: "Barangsiapa telah makan pagi, hendaklah ia meneruskan sisa harinya )tanpa puasa(, dan siapa yang telah puasa sejak pagi hendaklah ia teruskan puasanya,"Kata Rubayyi', "Sesudah itu, kami biasa puasa pada tiap-tiap hari Asyura. Kami suruh anak-anak kami puasa, dan kami sediakan untuk mereka main-mainan terbuat dari bulu. Apabila seorang di antara mereka menangis minta makan, kami berikan main-mainan itu kepadanya sampai waktu berbuka."975. Dari Abu Sa'id Alkhudri r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw, bersabda: "Janganlah )puasa( secara terus menerus. Siapa di antaramu yang hendak )puasa( terus menerus, teruskanlah sampai waktu sahur." Kata mereka, "Bukankah Tuan puasa terus menerus, ya, Rasulullah?" Sabda Nabi, "Tidak! Aku tidak seperti kamu. Aku ada orang yang sentiasa memberi makan dan memberi minum kepada ku." 976. Dari Abu Juhaifah r.a., katanya: "Nabi saw. mempersaudarakan antara Salman dan Abu Darda'. Pada suatu hari ) Salman datang mengunjungi Abu Darda', dilihatnya Ummu Darda' berpakaian buruk-buruk. Kata Salaman kepadanya, "Bagaimana kabar Anda?" Kata Ummu Darda', "Saudaramu Abu Darda' tidak membutuhkan dunia." Sementara itu Abu Darda' datang, lalu ia menyediakan makanan untuk Salman. )Setelah siap, maka disilakan Salman ia makan( katanya, "Makanlah! Saya puasa." Kata Salman, "Saya tidak akan makan sebelum engkau makan." Karena itu Abu Darda' makan )bersama-sama dengan Salman(. Setelah hari malam, ia pergi solat. Kata Salman, "Tidurlah!" Lalu ia tidur. Sesudah itu ia bangun pula untuk solat. Kata Salman, "Tidurlah!" Setelah larut malam, Salman berkata )pula kepadanya(, "Bangunlah sekarang!" Lalu kedua-duanya solat. Kemudian Salman mengatakan kepadanya, "Sesungguhnya Tuhan mu ada hak atas diri mu, dan diri mu ada hak atasmu dan keluargamu ada hak atasmu. Karena itu bayarkanlah kepada masing-masing hak mereka." Sesudah itu ia datang kepada Nabi saw. lalu diceritakannya kepada beliau kisah pertemuannya dengan Abu Darda' itu. Maka sabda Nabi saw., ")Apa yang dikatakan( Salman benar."977. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah puasa sehingga kami katakan beliau tidak berbuka. Dan beliau pernah berbuka sehingga kami katakan beliau tidak puasa. Belum pernah saya melihat Rasulullah saw. mencukupkan puasa sebulan selain bulan Ramadhan. Dan saya tidak melihat beliau berpuasa )sunat( lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya'ban." 978. Dari Humaid r.a., katanya dia bertanya kepada Anas r.a. tentang puasa Nabi saw. Kata Anas, "Apa yang ku senangi ialah aku dapat melihat Nabi saw. puasa setiap bulan, justru aku melihatnya. Jika beliau berbuka, aku melihatnya, dan jika beliau bangun tengah malam untuk solat aku melihatnya, dan jika beliau tidur aku melihatnya. Dan tidak pernah aku menyentuh sutera campuran dan sutera halus yang lebih halus dari telapak tangan Rasulullah saw. Dan tidak pernah aku mencium kesturi dan minyak harum yang lebih harum daripada harumnya Rasulullah saw." 979. Dari Abdullah bin 'Amru bin 'Ash r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda kepadanya: "Wahai Abdullah! Benarkah kabar orang kepada ku, bahwa engkau puasa sepanjang siang dan bangun untuk solat sepanjang malam?" Jawab ku, "Benar, ya, Rasulullah!" Sabda Nabi saw., "Janganlah engkau lakukan lagi. Puasalah sehari dan berbukalah sehari. Bangunlah dan tidurlah! Sesungguhnya tubuhmu mempunyai hak atasmu; matamu mempunyai hak atasmu; isteri mu mempunyai hak atasmu; dan tamumu mempunyai hak atasmu. Dan sesungguhnya cukuplah kiranya jika engkau puasa tiap-tiap bulan tiga hari. Maka untuk setiap kebaikanmu akan dibalas sepuluh kali lipat. Sesungguhnya yang demikian itu sama dengan puasa sepanjang masa." Karena aku minta diperbanyak, maka diperbanyak untukku. Aku berkata, "Ya, Rasulullah! Sesungguhnya aku sanggup." Jawab Nabi saw., "Puasalah seperti puasa Nabi Dawud 'Alaihis Salam dan jangan engkau lebihi dari itu." Tanya ku, "Bagaimana puasa Nabi Dawud a.s.?" Sabda beliau, "Seperdua masa." Setelah masa tuanya, Ahdullah berkata, "Wahai kiranya saya terima kelonggaran dari Nabi saw."

53

980. Dari Abdullah bin 'Amru r.a., katanya: "Diceritakan orang kepada Rasulullah saw. bahwa aku pernah bersumpah, "Demi Allah! Sesungguhnya aku akan puasa sepanjang siang dan aku berdiri )shalat( sepanjang malam, selama hidupku." Kataku kepada Rasulullah saw. "Benar, ya Rasulullah! Sesungguhnya saya telah berkata demikian. Saya tebus engkau dengan bapa dan ibu ku." Sabda nabi saw., "Sesungguhnya engkau tidak akan sanggup melakukannya. Puasalah dan berbukalah; bangunlah dan tidurlah; puasalah dalam sebulan tiga hari; sesungguhnya setiap kebaikan akan dibalas sepuluh kali lipat. Yang demikian itu seperti puasa sepanjang masa." kataku, "Saya sanggup lebih daripada itu." Sabda Nabi saw., "Puasalah sehari dan berbukalah dua hari." Kataku,"Saya sanggup lebih daripada itu." Sabda Nabi,"Puasalah sehari dan berbukalah sehari. Yang demikian itu adalah seperti puasa Nabi Dawud a.s., dan itulah puasa yang utama." Kataku, "Sesungguhnya saya sanggup lebih daripada itu." Sabda Nabi saw., "Tiada lagi yang melebihi itu." 981. Dari Humaid dari Anas r.a., katanya: "Nabi saw. datang ke rumah Ummu Sulaim, maka dihidangkannya kepada Nabi kurma dan minyak samin. Sabda Nabi saw., "Kembalikanlah saminmu ke mangkoknya dan kurma ke dalam karungnya, karena aku puasa." Kemudian beliau pergi ke salah satu pojok rumah, lalu beliau solat sunat di sana. Sesudah itu beliau mendo'a untuk Ummu Sulaim dan keluarganya. Kata Ummu Sulaim, "Ya, Rasulullah! Sesungguhnya aku mempunyai suatu keperluan." Tanya Nabi, "Apakah itu?" Kata Ummu Sulaim, ")Doakanlah( untuk khadim Tuan, Anas." Beliau tiada meninggalkan kebaikan dunia dan akhirat, melainkan mendo'a bagi ku dengan kebaikan itu. Do'anya: "Ya, Allah! Berilah dia harta dan anak, dan berilah berkat kepadanya. Sesungguhnya saya orang Anshar yang banyak harta. Kata Humaid, "Anaknya Umainah menceritakan, bahwa Anas dikuburkan sesudah digantung ketika Hajjaj datang ke Bashrah, dalam umur kurang lebih seratus dua puluh tabun."982. Dari Abu Hurairah r.a., katanya dia mendengar Nabi saw. bersabda: Janganlah kamu puasa pada hari Jum'at, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya."983. Dari Juwairiyah binti al Harits r.a., katanya: bahwasanya Nabi saw. datang ke rumahnya pada hari Jumaat, "" sedangkan ia )Juwairiyah( sedang puasa. Sabda Nabi saw.; "Apakah engkau puasa kelmarin?" Jawabnya, "Tidak!" Sabda Nabi, "Apakah engkau ingin puasa pula besok!" Jawabnya, "Tidak!" Sabda Nabi saw., "Berbukalah.984. Dan Alqamah r.a., dia pernah bertanya kepada 'Aisyah, katanya: "Pernahkah Rasulullah saw. menentukan sesuatu hari dalam beberapa han )untuk berpuasa(?"Jawab 'Aisyah, "Tidak! Yang ada, ialah amalan beliau berkekalan. Dan siapakah di antaramu yang sanggup sebagaimana Rasulullah menyanggupinya?"985. Dari Abu Sa'id r.a., katanya: Nabi saw. melarang puasa pada hari raya berbuka dan hari raya korban; dan beliau juga melarang orang berselimut sempit, duduk jongkok dengan memakai satu helai kain saja, dan beliau melarang orang pula solat sesudah solat Subuh dan Ashar."986. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Dilarang melakukan dua macam puasa dan melakukan dua macam jual beli. Yaitu puasa pada hari raya berbuka dan puasa pada hari raya kurban, jika beli mulamasah dan munabazah."987. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Tidak boleh puasa pada hari-hari Tasyriq )11,12 dan 13 Dzulhijjah(, kecuali bagi siapa yang tiada mempunyai had-ya."988. Dari 'Aisyah r.a.. katanya: "Biasanya orang-orang Quraisy pada masa jahiliyah, puasa dari hari 'Asyura. Dan Rasulullah saw. pun mempuasakannya. Ketika beliau tiba di Madinah, dia mempuasakannya dan suruhnya pula orang-orang puasa pada hari itu.Tatkala puasa Ramadhan telah diwajibkan, beliau meninggalkan puasa Asyura, dan siapa yang ingin mengerjakannya dibolehkan dan siapa yang ingin meninggalkannya boleh pula."989. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Ketika Nabi saw. tiba di Madinah, beliau melihat orang-orang Yahudi puasa pada hari Asyura, Nabi saw. bertanya, "Hari apa ini?" Jawab mereka, "Hari ini hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh-musuh mereka, karena itu Musa mempuasakannya." Sabda Nabi saw., "Aku lebih berhak daripadamu dengan Musa. Karena itu Nabi mempuasakannya dan menyuruh mempuasakannya."990. Dari Salamah bin Akwa' r.a., katanya Nabi saw. menyuruh seorang laki-laki dari suku Aslam, sabdanya: "Beritahukanlah kepada orang banyak, bahwa siapa yang telah makan supaya ia mempuasakan sisa harinya dan siapa yang belum makan, hendaklah ia puasa, karena hari ini adalah hari Asyura." 991. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Pada suatu ketika di tengah malam, Rasulullah saw. keluar pergi solat ke mesjid. Beberapa orang laki-laki solat pula mengikuti solat Nabi saw. Ketika hari telah pagi, mereka mempercakapkan hal itu. Karena itu orang berkumpul lebih banyak daripada malam pertama dan mereka solat bersama-sama dengan Nabi saw. Pagi hari, mereka bercakap-cakap pula perihal solat malam itu. Karena itu pada malam ketiga orang berkumpul di mesjid lebih banyak. Rasulullah saw. keluar untuk shalat, lalu mereka solat pula beserta Nabi. Malam keempat orang tidak muat lagi dalam mesjid hingga Nabi keluar untuk solat Subuh. Setelah beliau selesai solat Subuh, beliau menghadap kepada orang banyak, membaca kalimah syahadah, kemudian beliau bersabda: "Adapun kemudian, sesungguhnya tidak ada yang tersembunyi bagi ku keadaanmu. Tetapi aku khawatir akan diwajibkan atasmu dan kamu tidak sangup melaksanakannya." Ketika Rasulullah saw. wafat, keadaan tetap berlaku seperti itu."992. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Bahwasanya beberapa orang pria sahabat , Nabi saw. diperlihatkan kepada mereka Malam Qadar dalam tidur mereka pada tujuh yang akhir )bulan Ramadhan(. Rasulullah saw. bersabda: "Aku melihat apa yang kamu lihat, dan aku setuju dengan tujuh yang akhir. Maka siapa hendak mencari-carinya carilah pada tujuh yang akhir." 993. Dari Abu Salamah r.a., katanya: "Saya bertanya kepada Abu Sa'id sahabatku. Katanya: Kami i'tikaf beserta Nabi saw. pada sepuluh pertengahan dari bulan Ramadhan. Beliau keluar pagi hari yang kedua puluh lalu berkhutbah di hadapan. Sabda beliau, "Diperlihatkan kepada ku Malam Qadar. Kemudian aku lupa malam itu. Carilah dalam sepuluh yang akhir pada bilangan ganjil. Sesungguhnya aku melihat, bahwasanya aku sujud dalam air dan tanah. Barangsiapa biasa i'tikaf beserta Rasulullah saw., hendaklah ia kembali." Karena itu kami kembali. Dan tiada sepotong pun awan terlihat oleh kami di langit ketika itu. Tetapi tiba-tiba awan segera datang dan hujan turun dengan derasnya sehingga air mengalir pada atap mesjid, sedangkan atap itu terbuat hanya dan pelepah kurma. Kemudian orang qamat untuk solat. Saya melihat Rasulullah sujud di air di atas tanah berlumpur, sehingga saya melihat bekas tanah itu di kening beliau."994. Dan 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Bersiap-siaplah untuk mendapatkan Malam Qadar itu pada bilangan ganjil daripada sepuluh yang akhir dari bulan Ramadhan."995. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Carilah malam Qadar itu pada sepuluh yang akhir dari bulan Ramadhan. Malam Qadar ia berada pada hari kesembilan, tujuh atau lima yang akhir )dari bulan itu('"996. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Nabi saw., biasanya apabila tiba sepuluh )yang akhir daripada bulan Ramadhan(, beliau ikatkan sarungnya erat-erat, beliau berjaga-jaga malamnya dan beliau bangunkan keluarganya."997. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: "Biasanya Rasulullah saw. i'tikaf pada sepuluh yang akhir daripada bulan Ramadhan. "998. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Nabi saw. pernah memiringkan kepalanya kepada ku, padahal beliau sedang i'tikaf di mesjid. Lalu aku sisirkan rambut beliau dan, saya ketika itu sedang haid."999. Bahwasanya 'Aisyah r.a., isteri Nabi saw. mengatakan: "Sekalipun Rasulullah saw. memasukkan kepalanya )ke dalam kamarku(, namun beliau tetap berada di dalam mesjid, maka kusisirkan rambutnya. Dan biasanya beliau tidak pernah masuk ke rumah )apabila sedang i'tikaf( melainkan apabila beliau ada keperluan. Begitulah halnya apabila beliau sedang i'tikaf."1000. Dari Ibnu Umar r.a., katanya Umar pernah bertanya kepada Nabi saw., tanyanya: "Aku pernah bernazar pada masa jahiliyah, bahwa saya akan i'tikaf satu malam di Masjidil Haram." Sabda Nabi, "Penuhilah nazarmu itu." 1001. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Biasanya Nabi saw. i'tikaf pada sepuluh yang akhir daripada bulan Ramadhan. Maka saya buatkan untuk beliau sebuah tenda. Sesudah solat Subuh beliau masuk ke dalam tenda itu. Kemudian Hafsah.minta izin kepada 'Aisyah untuk membuat jua sebuah tenda, maka diberi izin oleh 'Aisyah. Lalu Hafsah membuatnya. Ketika tenda itu kelihatan oleh Zainab binti Jahsy, maka Zainab membuat pula sebuah tenda untuknya. Ketika hari telah Subuh, Nabi saw. melihat tenda-tenda yang lain itu.

54

Lalu Nabi bertanya: "Tenda-tenda apa itu?" Maka diceritakan orang kepada beliau apa adanya. Lalu Nabi bersabda, "Apakah baiknya menurut pikiran Allah tenda-tenda itu bagi mereka?" Lalu beliau menghentikan i'tikafnya dalam bulan itu, kemudian beliau i'tikaf pada sepuluh hari bulan Syawal."1002. Dari Shatiyah r.a., isteri Nabi saw., katanya dia datang mengunjungi Nabi ketika beliau sedang i'tikaf di mesjid pada sepuluh yang akhir daripada bulan Ramadhan. Dia bercakap-cakap dengan Nabi sebentar, kemudian dia berdiri hendak kembali. Nabi saw. berdiri pula bersamanya untuk mengantarnya sampai ke pintu mesjid. Di dekat pintu Ummu Salamah, beliau bertemu dengan dua orang laki-laki Anshar lalu kedua-duanya memberi salam kepada Rasulullah saw. Nabi saw. bersabda kepada keduanya, "Teruslah anda keduanya. Ini adalah Shafiyah binti Huyay." Maka kedua pria itu mengucapkan: "" "Subhaanallah, yaa, Rasulullah!" Maha suci Allah, wahai. Rasulullah. Keduanya merasa berat. Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya setan masuk ke dalam diri manusia melalui pembuluh darahnya. Aku khawatir kalau-kalau ia menjatuhkan sesuatu dalam hatimu."1003. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Biasanya Nabi saw. i'tikaf pada tiap-tiap bulan Ramadhan sepuluh hari. Tetapi pada tahun di mana beliau wafat, beliau i'tikaf dua puluh hari."1004. Dari Sa'id bin Musayyab dan Abu Salamah bin Abdurrahman r.a.. keduanya mengatakan bahwa Abu Hurairah r.a. berkata: "Kamu mengatakan bahwa Abu Hurairah banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah saw. Dan kamu mengatakan kenapa orang-orang Muhajirin dan orang-orang Anshar tidak ada yang meriwayatkan hadis dari Rasulullah saw. seperti halnya Abu Hurairah?" Sesungguhnya saudara-saudaraku orang Muhajirin, mereka sibuk oleh urusan jual beli di pasar. Tetapi aku peribadi, aku selalu mendampingi Rasulullah saw. dengan penat kenyang. Karena itu aku selalu hadir apabila mereka tidak hadir. Dan aku menghafal kalau pun mereka lupa. Dan saudara-saudaraku orang Anshar, mereka sibuk oleh urusan harta benda mereka. Sedangkan saya hanya seorang miskin di antara orang-orang miskin yang ada di Shuffah. Aku masih ingat ketika mereka itu lupa. Sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda dalam sebuah hadis yang diucapkan oleh beliau, "Tidak seorang pun yang membentangkan kainnya sampai pembicaraanku ini selesai, kemudian dikumpulkannya kembali kainnya itu, melainkan ia hafal semua yang kukatakan." Maka kubentangkan kainku sampai Rasulullah saw. menyudahi pembicaraannya. Dan kukumpulkan kain itu kepada ku. Semenjak itu, aku tidak lupa sedikit jua pun apa-apa perkataan Rasulullah saw. 1005. Dari Abdurrahman bin 'Auf r.a. katanya: "Ketika kami tiba di Madinah, Rasulullah saw. mempersaudarakan saya dengan Sa'd bin Rabi'. Kata Sa'd bin Rabi', "Saya orang Anshar yang paling kaya. Aku bagi dua hartaku denganmu. Dan tengoklah mana di antara isteri ku yang engkau senangi. Akan saya ceraikan dia. Setelah ia halal, engkau boleh mengahwininya. Jawab Abdurrahman, "Saya tidak memerlukan demikian. Di manakah pasar di sini!" Jawab Sa'd, "Pasar Qainuqa'," Pagi-pagi Abdurrahman pergi ke pasar itu membawa keju dan samin. Dan sesudah itu ia terus menerus pergi ke sana. Tidak lama kemudian, Abdurrahman datang )kepada Nabi saw( dengan kesan pucat )di mukanya(. Rasulullah saw. bertanya, "Kahwinkah engkau?" Jawab Abdurrahman, "Benar, ya, Rasulullah!" Tanya Nabi , "Dengan siapa?" Jawabnya, "Dengan seorang wanita Anshar." Sabda Nabi, "Berapa engkau beri maharnya!" Jawabnya, "Emas seberat atau sebesar biji kurma." Sabda Nabi saw., "Adakanlah pesta, sekalipun dengan seekor domba."1006. Dari Nu'man bin Basyir r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Yang halal sudah nyata, yang haram sudah nyata dan antara keduanya beberapa perkara yang diragukan. Barangsiapa meninggalkan apa yang diragukan tentang dosanya, biasanya orang itu meninggalkan pula apa yang sudah nyata berdosa. Dan siapa yang berani , melakukan apa yang masih diragukan tentang dosanya, dikhuatirkan ia jatuh pada perkara yang nyata dosanya. Segala macam maksiat adalah larangan Allah. Barangsiapa bermain-main sekitar larangan Allah, dikhuatirkan ia akan jatuh ke dalamnya."1007. Dari 'Uqbah bin Harits r.a., katanya: "Seorang perempuan hitam datang )kepadanya( mendakwa, bahwa wanita itu telah menyusukannya berdua dengan isterinya. Kejadian itu diceritakan 'Uqbah kepada Nabi saw. Nabi saw. berpaling dan tersenyum. Sabda beliau, "Bagaimana? Sesungguhnya ada orang mengatakan: Isterinya itu adalah anak perempuan Abu Ihab Attamimi."1008. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "'Utbah bin Abi Waqas pernah berpesan kepada saudaranya, Sa'ad bin Abi Waqas, katanya: "Sesungguhnya anak sahaya Zam'ah ialah anak saya. Karena itu tolong ambilkan anak itu. Kata 'Aisyah, "Tatkala tahun pendudukan Mekkah, anak itu diambil oleh Sa'ad bin Abi Waqas. Katanya, "Ini anak saudara ku. Ia telah memesankan kepada ku supaya aku mengambilnya. Abdu bin Zam'ah berdiri, lalu katanya, "Dia saudara saya dan anak hamba sahaya bapa saya. Ia dilahirkan di atas tikar tempat tidur bapa saya." Karena itu keduanya pergi menghadap Nabi saw. Kata Sa'ad, "Ya, Rasulullah! Ini anak saudara ku. Ia berpesan kepada ku, supaya aku mengambilnya." Kata 'Abdu bin Zam'ah, "Anak itu saudara ku. Ia anak hamba sahaya Bapa ku. Ia lahir di atas tikar tempat tidur Bapa ku." Sabda Rasulullah saw., "Anak itu untukmu, hai, Abdu bin Zarn'ah." Selanjutnya Nabi saw. menambahkan, "Anak adalah kepunyaan orang yang mempunyai tikar tempat tidur. Dan )anak( orang yang berzina putus." Kemudian beliau bersabda kepada Saudah bin Zam'ah isteri Nabi saw., "Bertutuplah daripada anak itu!" )Nabi menyuruh Saudah begitu( karena beliau telah melihat bahwa anak itu serupa dengan 'Utbah. Kemudian anak itu tidak pula melihat Saudah sampai ia menemui Allah." 1009. Dari 'Adi bin Hatim r.a., katanya dia bertanya kepada Nabi saw., perihal anak panah. Maka sabda Nabi: "Apabila anak panah itu mengenai sasaran/buruan dengan ujungnya yang tajam makanlah buruan itu. Dan apabila ia mengenai dengan lintangnya dan buruan mati, maka janganlah dimakan, karena ia mati sakit. Tanya ku, "Ya, Rasulullah! Kulepaskan anjingku dengan menyebut nama Allah )Bismillah(. Kemudian ku dapati anjingku dalam perburuan bersama-sama dengan anjing lain yang tidak disebutkan nama Allah )baginya(. Aku tak tahu, manakah di antara keduanya yang membunuh." Sabda Nabi, "Janganlah engkau makan, karena yang engkau sebutkan nama Allah hanya bagi anjingmu dan tidak engkau sebutkan kepada yang lain itu."1010. Dari Anas r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. berjalan-jalan, lalu beliau ketemu dengan kurma jatuh. Nabi saw. bersabda, "Jikalau tidaklah )dikhawatiri( bahwa kurma ini sedekah, sungguh aku makan."1011. Dari 'Aisyah r.a., bahwasanya orang banyak bertanya kepada Rasulullah saw., katanya: "Ya, Rasulullah! Suatu kaum memberi kami daging, yang kami tidaktahu apakah mereka menyebut nama Allah )waktu menyembelih( atau tidak." Jawab Rasulullah saw., "Sebutlah nama Allah dan makanlah!"1012. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Bakal datang kepada manusia suatu masa, di mana orang tiada peduli akan apa yang diambilnya; apakah dari yang halal ataukah dari yang haram."1013. Dari Al Barra' bin 'Azib bin Arqam r.a., keduanya berkata: "Kami adalah dua orang pedagang pada masa Rasulullah saw. Pada suatu ketika kami bertanya kepada Rasulullah saw. perihal jual-beli uang. Sabda beliau, "Jika dilakukan dengan tunai )timbang terima(, tidak mengapa. Dan jika dilakukan dengan tidak tunai, tidak baik."1014. Dari Jabir r.a., katanya: "Suatu kafilah unta datang ketika kami sedang solat Juma'at beserta Nabi saw. Karena itu orang banyak berlarian keluar, kecuali dua belas orang. Maka turunlah ayat ini: "Wa idzaa ra-au tijaaratan au Qhwanin fadhdhuu ilaiha watarakuuka qaa" , )Dan apabila mereka melihat suatu perniagaan atau permainan, mereka itu berlarian kepadanya dan mereka tinggalkan engkau sedang berdiri( )AI Jumu'ah, 62: 11(1015. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Seorang wanita yang menafkahkan )hasil( usaha suaminya tanpa perintah suaminya, maka untuk wanita itu seperdua pahalanya."1016. Dari Anas bin Malik r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda:" Barangsiapa ingin supaya dimudahkan )Allah( rezekinya, atau dipanjangkan )Allah( ,umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim )hubungan kasih sayang(."1017. Dari 'Aisyah r.a., katanya: Bahwasanya Nabi saw. membeli makanan dari orang Yahudi dengan berjanji, dan beliau merunggukan baju besinya."1018. Dari Anas r.a., bahwasanya dia pergi kepada Nabi saw. membawa roti gandum dan keju yang banyak. Kata Anas, "Nabi saw. telah merunggukan baju besinya di Madinah kepada orang Yahudi, dan beliau mengambil gandum dari Yahudi itu untuk keluarga beliau. " Kata Qatadah, aku mendengar Anas berkata, petang ini keluarga Muhammad saw. tidak punya gandum segantang pun dan tidak pula biji-bijian )makanan(. Padahal beliau mempunyai sembilan orang isteri )yang menjadi tanggungan beliau(."1019. Dari Miqdam r.a., dari Rasulullah saw.,

55

sabdanya: "Tidak ada makaru yang dimakan seseorang, sekali-kali tidak yang lebih baik daripada memakan makanan hasil usaha tangannya sendiri. Sesungguhnya Nabi Allah Dawud a.s., makan hasil usaha tangan beliau sendiri."1020. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Allah mengasihi orang yang murah hati ketika menjual, ketika membeli dan ketika menagih.”1021. Dari Hudzaifah r.a., katanya Nabi saw. pernah bersabda: "Para malaikat datang bertemu dengan ruh orang-orang yang sebelum kamu. Mereka bertanya, : "Amal baik apa sajakah yang telah engkau laksanakan?" Jawab orang itu, "Aku pernah memerintahkan kepada para pelayan ku supaya mereka memberi janji kepada orang miskin dan bersikap lapang kepada orang kaya." Lantas para malaikat itu memberikan kelapangan kepadanya.1022. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Ada sementara pedagang yang mempiutangi orang banyak. Apabila ia melihat seorang yang sedang kesempitan, ia memerintahkan kepada pelayannya: "Berilah dia kelapangan! Semoga Allah memberi kelapangan pula kepada kita!" )Dan memang(, Allah memberi kelapangan )pula( kepadanya.1023. Dari Hakim bin Hizam r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Duaorang yang berjual beli boleh khiyar )memilih( selama keduanya belum berpisah, atau sehingga keduanya berpisah. Jika keduanya berlaku benar, baik dalam tindakan dan ucapan atau keterangan, maka jual beli keduanya diberkati )Allah(. Dan jika kedua . . bersikap menyembunyikan dan dusta, keberkatan jual beli keduanya dihapus )sirna(. "1024. Dari Abu Sa'id r.a., katanya: "Kami pernah mendapat rezeki )berupa( kurma jama', yakni kurma yang bercampur-baur, dan kami pernah menjualnya satu gantang dengan dua gantang." Karena itu Nabi saw. bersabda: "Tidak boleh )jual beli( dua gantang dengan satu gantang dan tidak boleh dua dirham dengan satu dirham."1025. Dari Abu Mas'ud r.a., katanya: "Seorang laki-laki Anshar yang bergelar Abu Syu'aib datang. Lalu ia berkata kepada pembantunya yang menjual daging, "Sediakan untukku makanan yang cukup untuk lima orang! Aku bermaksud hendak mengundang Nabi saw. dan beliau termasuk orang yang kelima, karena aku mengerti dari wajah beliau, bahwa beliau sedang lapar. Maka diundangnya lah mereka semua, dan seorang laki-laki datang mengikut beserta mereka.” Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya orang ini datang mengikut saja dengan kami. Jika engkau mengizinkannya, izinkanlah, dan jika engkau menghendaki supaya ia pergi, ia pun akan pergi." Kata Abu Syu'aib, "Jangan! )Jangan pergi!(. Bahkan aku mengizinkannya )untuk makan bersama-sama dengan Tuan-tuan(. "1026. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Ketika akhir surat Al Baqarah diturunkan, Nabi saw. membacakannya kepada orang banyak di dalam mesjid. Kemudian beliau mengharamkan perdagangan Khamr )minuman keras, atau minuman yang memabukkan(." 1027. Dan 'Aun bin Abu Juhaifah r.a., katanya: "Saya melihat bapa saya membeli seorang hamba sahaya yang pandai membekam, lalu saya bertanya kepada bapak. Jawab beliau, "Nabi saw. hanya melarang jual-beli anjing dan jual-beli darah kemudian beliau melarang pula mencacah dan dicacah, memakan riba dan memberi orang supaya memakannya, dan beliau mengutuk orang yang membuat patung."1028. Dari Abu Hurairah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. Bersabda: "Sumpah itu melariskan dagangan, tetapi menghapus keberkatan." 1029. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Seorang tukang jahit mengundang Nabi saw. untuk makan makanan yang disediakannya. Kata Anas, "Aku pergi beserta Rasulullah saw. ke tempat kenduri itu. Tuan rumah menghidangkan roti kuah kepada Rasulullah. Dalam kuah itu terdapat dubba' )sebangsa tabu( dan dendeng. Saya melihat Nabi saw. berulang-ulang mengambil dubba' dari tepi piring hidangan. Kata Anas, "Sejak itu aku sentiasa menggemari dubba'."1030. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya seorang wanita Anshar bertanya kepada Rasulullah saw., katanya: "Ya, Rasulullah! Bolehkah saya buatkan untuk Tuan sebuah bangku tempat duduk bagi Tuan? Karena saya mempunyai seorang anak muda tukang kayu." Sabda Nabi saw., "Kalau anda mau, silakan!" Kata wanita itu, "Maka saya buatkan sebuah mimbar untuk beliau. Pada hari Jum'at, Nabi saw. duduk di mimbar itu. Pohon kurma yang berada di samping beliau berkhutbah itu berteriak sehingga hampir belah. Nabi saw. turun, lalu beliau pegang pohon kurma itu dan mendekapnya". Pohon kurma itu pun menangis seperti tangisnya anak kecil yang didiamkan )ibunya(. )Beliau mendekapnya( sampai kurma itu tenang. Sabda Nabi, "Ia menangis seperti itu, karena mendengar apa-apanya dari zikir )pelajaran(." 1031. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: "Aku pernah bersama-sama dengan Nabi saw. dalam suatu peperangan, tetapi untaku terlambat karena lelah. Nabi saw. datang kepada ku. seraya berkata, "Jabir!" Aku menyahut, "Ya, Rasulullah!" Tanya Nabi, "Bagaimana khabar mu?" Jawab ku, "Untaku lambat dan lelah, makanya aku terlambat." Lalu dihela beliau unta ku itu dengan tongkatnya, dan bersabda: "Nah, naiklah!" Lalu aku naiki unta itu, dan agak ku tahan jalannya supaya jangan mendahului Rasulullah saw." Tanya beliau, "Apakah engkau sudah kahwin?" Jawab ku, "Sudah, ya, Rasulullah!" Tanya beliau pula, Apakah gadis atau janda?" Jawab ku, "Dengan janda, ya, Rasulullah. " Sabda beliau pula, "Kenapa tidak dengan gadis saja. Engkau dapat bersenda-gurau dengannya dan dia dapat bersenda-gurau denganmu." Jawab ku, "Aku mempunyai banyak saudara perempuan. Aku ingin kahwin dengan wanita yang mahu berkumpul, menyisiri dan mengurus mereka." Sabda beliau, "Sesungguhnya engkau bakal datang kepada mereka. Apabila engkau tiba, maka senanglah, senanglah!" Selanjutnya beliau bersabda, "Akan engkau jualkah untamu?" Jawab ku, "Ya." Lalu beliau beli dari ku seharga satu uqiyah. Beliau tiba lebih dahulu dari ku, dan aku tiba pagi-pagi. Kami pergi ke masjid, maka di sana aku bertemu dengan beliau di pintu masjid. Sabda beliau, "Baru tibakah engkau?" Jawab ku, "Ya, benar." Sabda beliau lagi, "Tinggalkanlah untamu, masuklah, dan solatlah dua raka'at!" Aku masuk ke mesjid, kemudian aku solat. Beliau menyuruh Bilal supaya menimbang untuk beliau satu uqiyah. Bilal menimbang, dan diberatkannya timbangan untukku. Kemudian aku pergi, Tetapi baru saja aku membelakang, beliau bersabda, "Panggil Jabir!" Tiba-tiba beliau mengembalikan unta )yang telah dibelinya itu( kepada ku. Belum pernah ada sesuatu lebih ku benci daripada hal itu. Sabda beliau, "Ambillah kembali untamu serta wang harganya untukmu!" 1032. Dari Abu Qatadah r.a., katanya: "Kami pergi beserta Rasulullah saw. dalam tahun )peperangan( Hunain. Ketika itu Nabi saw. memberikan baju besinya kepada ku. Baju besi itu kemudian kujual, lalu kubeli sebidang kebun dari Bani Salamah. Kebun itulah harta yang pertama-tama saya kumpulkan sebagai modal dalam Islam."1033. Dari Abu Musa r.a., katanya Rasulullah bersabda: "Perumpamaan duduk dengan orang baik-baik dibandingkan dengan duduk beserta orang jahat, seumpama pemilik kesturi dengan dapur tukang besi. Engkau tidak akan lepas dari pemilik kesturi. Adakalanya engkau membeli kesturi itu atau sekurang-kurangnya mencium-cium baunya. Sedangkan dapur tukang besi membakar tubuhmu atau sekurang-kurangnya engkau mencium bau busuk.1034. Dari Anas Malik r.a., katanya: "Abu Thaibah. membekam Rasulullah saw. Maka beliau memerintahkan supaya dia diberi segantang kurma. Kemudian beliau perintahkan pula kepada keluarganya, supaya mereka membantunya meringankan pembayarannya."1035. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Nabi saw. berbekam, kemudian diberinya orang yang membekam itu )upah(. Jikalau pemberian itu haram, tentulah beliau tidak akan memberinya." 1036. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: "Nabi saw. pernah mengirimkan pakaian sutera atau sutera campuran kepada Umar r.a., kemudian beliau melihat pakaian itu dipakai oleh Umar. Sabda beliau, "Sesungguhnya aku kirimkan pakaian itu kepada mu, bukanlah untuk kau pakai. Yang akan memakainya ialah orang-orang yang tidak beruntung baginya. Kukirimkan kepada mu ialah supaya engkau dapat mengambil manfaat daripadanya, yakni supaya kau jual." 1037. Dari 'Aisyah, Ummul Mukminin r.a., dia mengabarkan, bahwa dia membeli sebuah bantal kecil yang bergambar-gambar. Ketika Rasulullah saw. melihat bantal itu, beliau berdiri saja di pintu tidak jadi masuk. Kemudian kulihat di wajah beliau bahwa beliau benci. Lalu kataku, "Ya, Rasulullah! Aku tobat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kiranya kesalahanku?" Jawab Rasulullah saw., "Apakah perlunya bantal itu?" Jawab ku, "Saya beli untuk Tuan, untuk tempat duduk Tuan dan untuk sandaran Tuan." Sabda beliau, "Sesungguhnya pemilik gambar-gambar seperti itu bakal disiksa pada hari kiamat. Dikatakan kepada mereka, "Hidupkanlah apa yang kamu buat." Selanjutnya beliau bersabda, "Sesungguhnya rumah yang di dalamnya terdapat gambar-gambar tidak dimasuki malaikat. "1038. Dari Anas r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Hai Bani Najjar! Tetapkanlah harga kebunmu kepadaku; di dalamnya ada runtuhan dan pohon kurma.'"1039. Dari Ibnu Umar r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Sesungguhnya dua orang yang berjual beli boleh khiyar dalam jual beli mereka selama mereka belum berpisah, atau jual beli itu khiyar." 1040. Dari Ibnu Umar r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Dua orang yang jual beli boleh khiyar selama keduanya belum berpisah, atau salah satu di antara keduanya mengatakan kepada yang lain, "pilihlah!" Dan boleh jadi

56

juga beliau mengatakan, "Atau jual beli itu dengan khiyar." Kata Nafi' "Pernah Ibnu Umar apabila membeli sesuatu yang disenanginya, dia segera berpisah dengan penjualnya."1041. Dari Ibnu Umar r.a., dari Rasulullah saw., bahwasanya beliau bersabda: "Apabila dua orang telah melakukan jual beli, maka tiap-tiap orang dari keduanya boleh khiyar selama mereka belum berpisah, dan keduanya masih berkumpul, atau salah satu dari keduanya telah memberi khiyar kepada yang lain, dan keduanya telah melakukan jual beli atas dasar khiyar itu, maka sesungguhnya jual beli itu haruslah dilakukan atas yang demikian. Jika keduanya telah berpisah sesudah melakukan jual beli, sedang yang satu lagi , belum meninggalkan )tempat( jual beli, maka jual beli itu harus berlaku demikian." 1042. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Kami telah menyertai Nabi saw. dalam suatu perjalanan. Saya menunggang unta muda kepunyaan Umar yang susah dikendarai, sehingga unta itu memayahkan saya. Ia maju ke muka orang banyak, Umar mengusir dan menyeret )kembali ke belakang(. Kemudian ia maju pula, Umar pun mengusir dan menyeretnya )pula kembali(. Sehingga pada suatu ketika Nabi saw. bersabda kepada Umar, "Juallah untamu itu kepada ku." Jawab Umar, "Unta itu untuk Tuan, ya, Rasulullah!" Sabda beliau, "Juallah kepadaku!" Maka dijual oleh Umar kepada Rasulullah saw. Kemudian Nabi saw. bersabda, "Unta itu untukmu, hai, Abdullah bin Umar! Engkau boleh berbuat apa yang engkau kehendaki dengan unta itu."1043. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: "Seorang laki-laki bercerita kepada Rasulullah saw. bahwa dia ditipu orang dalam hal jual beli. Maka sabda beliau, "Apabila engkau berjual beli, maka katakanlah: Tidak boleh ada tipuan."1044. Dari 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Satu pasukan tentera menyerang Ka'bah. Ketika mereka berada di tanah lapang, mereka ditenggelamkan ke bumi dari yang dahulu sampai mereka yang penghabisan," Saya bertanya, "Ya, Rasulullah! Mengapa mereka ditenggelamkan dari yang dahulu sampai penghabisan? Padahal di dalam mereka ada orang-orang pasar )rakyat banyak( dan orang-orang yang bukan dari golongan mereka." Sabda beliau, "Ditenggelamkan mereka dari yang dahulu sampai yang penghabisan, kemudian mereka dibangkit sesuai dengan niat mereka masing-masing."1045. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Pada suatu waktu ketika Nabi saw. sedang berada di pasar, seorang laki-laki memanggil beliau, katanya, "Hai, Abu Qasim! "Nabi saw. melengong kepadanya. Maka kata si laki-laki tadi, "Saya memanggil orang ini." Sabda Nabi saw., "Berilah nama dengan namaku, tetapi jangan kamu bergelar dengan gelarku."1046. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada suatu hari Nabi saw. keluar )rumah(. Beliau tidak bicara kepada ku dan aku pun tidak bicara pula kepada beliau. Sampai di pasar Bani Qainuqa', beliau duduk di halaman rumah Fatimah, lalu beliau bersabda: "Adakah anak kecil di situ? Adakah anak kecil di situ?" Fatimah menahannya sebentar, mungkin ia sedang memakaikan kalung atau memandikan anak itu. Tidak lama kemudian datanglah anak kecil itu dengan tergesa-gesa, lalu dipeluk dan diciumnya. Beliau mendo'a, "Wahai, Allah! Kasihilah kiranya dia dan kasihi pula kiranya orang yang mengasihinya."1047. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Pada masa Rasulullah saw., orang banyak membeli makanan dari rombongan orang-orang berkendaraan. Nabi saw. mengirim utusan kepada mereka supaya melarang mereka menjual makanan di tempat mereka beli, sehingga mereka dipindahkan ke tempat menjual makanan. Kata Ibnu Umar, "Nabi saw. melarang menjual makanan yang dibeli, sebelum selesai )timbang terima( jual beli itu." 1048. Dari 'Atha' bin Yasar r.a., katanya dia bertemu dengan Abdullah bin 'Amr bin 'Ash, lalu katanya: "Ceritakanlah kepada ku tentang sifat Rasulullah saw. seperti yang tersebut dalam Kitab Taurat." Jawab Abdullah, "Baiklah! Demi Allah, sesungguhnya Rasulullah saw. telah disebut di dalam Kitab Taurat dengan sebagian sifat beliau yang tersebut di dalam Al Qur'an: "Wahai, Nabi! Sesungguhnya Aku mengutus engkau untuk menjadi saksi, memberi kabar gembira, memberi peringatan dan memelihara orang ummi. Engkau adalah hamba-Ku dan pesuruh-Ku. Aku namakan engkau orang yang tawakkal )berserah diri(, tidak jahat budi, tidak kesat hati, tidak pula orang yang suka berteriak di pasar-pasar, tidak membalas kejahatan dengan kejahatan, tetapi pemaaf dan memberi ampun. Dan Allah belum akan mencabut nyawanya sehingga dia menegakkan agama selurus-lurusnya, iaitu supaya mereka mengucapkan: "Laa illaaha illallaah", sehingga dengan ucapan itu Allah membukakan mata yang buta dan telinga yang tuli serta hati yang tertutup."1049. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya, Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa membeli makanan, maka janganlah dijual sehingga selesai jual beli." 1050. Dari Jabir r.a. katanya: "Abdullah bin 'Amru bin Haram meninggal dunia sedangkan ia mempunyai hutang. Saya minta tolong kepada Nabi saw. supaya orang-orang yang mempiutanginya sudi meringankan hutangnya. Nabi saw. menyampaikan permintaan itu kepada mereka, tetapi mereka tidak mahu memenuhinya. Nabi saw. bersabda kepada ku, "Pergilah atur kurma engkau bermacam-macam! 'Ajwah sebagian dan 'Azqa Zaid. kemudian beritahukan kepada ku kalau sudah selesai. Lantas apa yang diperintahkan Nabi saw. itu saya laksanakan, dan setelah selesai kuberitahukan kepada beliau. Beliau duduk di atas atau ditengah-tengah kurma itu, lalu beliau bersabda, Nah, gantanglah untuk kaum yang berpiutang itu" Lalu saya gantangi dan saya berikan secukupnya kepada mereka masing-masing. Ternyata kurmaku yang tinggal tidak kurang satu jua pun dari semula."1051. Dari Miqdam bin Ma'diytakriba r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Gantanglah makananmu, kamu akan diberi berkat."1052. Dari Abdullah bin Zaid r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Sesungguhnya Nabi Ibrahim mengharamkan )menjadikan tanah suci( negeri Mekkah dan mendo'a baginya. Dan aku mengharamkan negeri Madinah seperti Nabi Ibrahim mengharamkan Mekkah dan aku pun mendo'a bagi kemakmurannya sebagaimana Nabi Ibrahim mendo'a bagi kemakmuran negeri Mekkah."1053. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Pada masa Rasulullah saw., saya melihat orang-orang yang memperjual belikan makanan dengan kira-kira )tanpa ditimbang atau digantang(, mereka dipukul, karena menjualnya hingga mereka pindahkan ke tempat mereka."1054. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Sesunguhnya Rasulullah saw. melarang orang menjual makanan hingga di sempurnakannya )jual beli itu(. Ditanyakan orang kepada Ibnu Abbas, "Kenapa demikian?" Jawabnya, "Dirham dengan dirham dan makanan di belakang."1055. Dari Umar bin Khaththab r.a., ia menceritakan dari Rasulullah saw., sabdanya: "Emas dengan emas, riba, melainkan dengan timbang-terima. Kurma dengan kurma, riba, melainkan dengan timbang terima, sya'ir )anjelai( dengan sya'ir, riba melainkan dengan timbang terima."1056. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Sungguh sedikit waktu bagi Nabi saw. pada hari-hari itu, namun beliau memerlukan datang ke rumah Abu Dakar pagi atau petang. Maka ketika telah diizinkan bagi beliau untuk pergi )hijrah( ke Madinah, kami tidak pernah terkejut melainkan ketika beliau datang ke rumah kami waktu Zuhur, Lalu kedatangan beliau itu diberitahukan kepada Abu Bakar. Kata Abu Bakar, ''Nabi saw. tidak akan datang saat ini melainkan karena ada urusan yang sangat penting."Ketika Nabi saw. masuk ke tempat Abu Bakar, beliau bersabda kepadanya, "Suruh keluarlah orang yang ada di dekatmu!" Kata Abu Bakar, "Ya, Rasulullah! Hanya ada dua orang anakku, 'Aisyah dan Asma'." Sabda Nabi saw., ''Tahukah engkau bahwa sesungguhnya aku telah diberi izin untuk keluar )hijrah(?" Kata Abu Bakar, "Anda perlu teman, ya, Rasulullah!"Sabda beliau, "Ya, kawan." Kata Abu Bakar, "Ya, Rasulullah! Aku punya dua ekor unta yang sengaja kusediakan untuk keluar )hijrah(, ambillah seekor untuk Anda." Sabda Nabi, "Kuambil seekor dengan harganya. "1057. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Janganlah kamu menjual menyaingi penjualan saudaramu. "1058. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah saw. melarang orang kota menjualkan barang )dagangan( orang desa; dan janganlah kamu membohongkan harga barang; dan janganlah seseorang menjual menyaingi harga jual saudaranya; janganlah menawar sesuatu yang sedang dalam penawaran saudaranya; dan jangan seorang wanita minta supaya diceraikan saudaranya )madunya( untuk menunggangkan isi bejananya." 1059. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: "Seorang laki-laki berjanji akan memerdekakan hamba sahayanya apabila nanti ia sudah meninggal dunia. Ternyata kemudian ia membutuhkan sesuatu. Maka hamba sahaya itu diambil oleh Nabi saw., kemudian beliau berkata: "Siapa yang mahu membelinya daripadaku?" Maka dibeli oleh Nu'aim bin Abdullah sekian dan sekian,lalu hamba sahaya itu diserahkan beliau kepadanya."1060. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. melarang jual beli Habalil Habalah seperti yang biasa dilakukan oleh orang-orang jahiliyah. Biasanya seorang laki-laki membeli seekor unta hingga unta itu beranak, kemudian anaknya itu beranak pula."1061. Dari Abu Sa'id r.a., ia menceritakan bahwa Rasulullah saw. melarang Munabazah. Yakni, melemparkan kainnya kepada yang lain dalam jual beli,

57

sebelum dibalik-balik atau dilihatnya kain itu. Dan beliau melarang Mulamasah, yakni menyentuh kain yang tidak dilihat.1062. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Janganlah kamu menyongsong rombongan orang-orang berkendaraan )kafilah(; janganlah kamu menjual dengan harga menyaingi harga jual orang lain; janganlah kamu membohongkan harga barang; janganlah orang kota menjualkan kepunyaan orang desa; dan jangan menahan air susu kambing, dan barangsiapa membelinya, ia boleh memilih antara dua sesudah diperahnya, jika ia suka boleh diteruskannya, dan jika tidak, boleh dikembalikannya dan ditambah dengan segantang kurma."1063. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa membeli kambing yang ditahan air susunya, kemudian diperahnya, jika ia suka boleh diteruskan, jika tidak, boleh dikembalikannya. Susu perahannya itu )dibayar( dengan segantang kurma." .1064. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: " Apabila seorang hamba sahaya berzina, dan nyata-nyata ia berzina, pukullah dia dan jangan dihina. Kemudian apabila dia berzina pula, pukullah dia dan jangan dihina. Kalau ia berzina lagi untuk ketiga kalinya, maka juallah dia sekalipun dengan tali dari rambut."1065. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. masuk ke rumahku lalu aku bercerita kepadanya. Kemudian beliau bersabda: "Beli dan merdekakanlah. Sesungguhnya wala' )kewalian( bagi siapa yang memerdekakan." Petang hari beliau berdiri, lalu beliau " memuji Allah menurut mestinya, kemudian beliau bersabda: "Bagaimanakah pikiran orang banyak, mereka mengadakan syarat-syarat yang tidak ada dalam Kitabullah. Barangsiapa mengadakan syarat yang tidak terdapat dalam Kitabullah, syarat itu batal. Walaupun ia mengadakan seratus syarat, syarat yang dibuat Allah lebih hak )benar( dan lebih kuat."1066. Dari Jarir r.a., katanya, Aku telah berjanji dengan Rasulullah saw. akan melakukan kesaksian )syahadat( bahwa tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahwa sesungguhnya Muhammad pesuruh Allah, akan menegakkan shalat, akan membayar zakat, menyimak, patuh, dan jujur kepada setiap orang muslim."1067. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Janganlah kamu menjual menyaingi harga jual orang lain, dan janganlah kamu menyongsong membeli barang dagangan sebelum di bawa ke pasar."1068. Dari Abdullah r.a., katanya: "Biasanya orang banyak membeli makanan di luar pasar lalu mereka jual di tempat itu. Maka Rasulullah saw. melarang menjualnya di tempat itu sebelum mereka pindahkan. "1069. Dari Abu Bakar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Janganlah menjual emas dengan emas melainkan sama banyak; dan perak dengan perak melainkan sama banyak. Dan boleh kamu jual emas dengan perak dan perak dengan emas berapa kamu kehendaki.1070. Dari Abi Sa'id Al Khudri r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Jangan kamu jual emas dengan emas melainkan sama banyak, dan jangan kamu lebihkan yang satu atas yang lain. Jangan kamu jual perak dengan perak melainkan sama banyak, dan jangan kamu lebihkan yang satu atas yang lain. Dan jangan kamu jaul beli emas dan perak tanpa timbang terima." 1071. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Dinar dengan dinar dan dirham dengan dirham. Dikatakan orang kepadanya bahwa Ibnu Abbas tidak ada mengatakan seperti itu. Kata Abu Sa'id, "Telah kutanyakan kepadanya. Tanyaku: "Apakah engkau dengar dari Nabi saw. ataukah engkau dapati dalam Kitab Allah?" Jawab Ibnu Abbas, "Yang demikian itu bukanlah kataku. Sedangkan kamu lebih tahu daripada ku tentang Rasulullah saw. Tetapi Usamah yang mengabarkan kepada ku, bahwa Nabi saw. bersabda: "Tidak ada riba melainkan pada yang bejanji."1072. Dari Barra' bin 'Azib dan Zaid bin Arqam r.a., keduanya ditanya orang tentang pertukaran. Masing-masing mengatakan. "Orang ini lebih )tahu( dengan baik daripada saya." Keduanya berkata, "Rasulullah saw. melarang menjual emas dengan perak secara berhutang."1073. Dari Abdullah bin Umar r.a, katanya, Rasulullah saw. bersabda: "Janganlah kamu jual buah-buahan hingga nyata hasilnya, dan jangan kamu jual kurma basah dengan kurma kering." 1074. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: "Bahwasanya Rasulullah saw. melarang Muzabanah. Muzabanah, yakni membeli kurma basah dengan kurma kering cara takaran, dan menjual anggur basah dengan anggur kering dengan takaran." 1075. Dari Abu Sa'id Khudri r.a., katanya: "Sesungguh Rasulullah saw. melarang Muzabanah dan Muzabanah, yakni membeli buah kurma basah dengan kurma kering yang masih di atas pohon. "1076. Dari Zaid bin Tsabit r.a., katanya: "Rasulullah saw. memberi kelonggaran kepada mereka yang mempunyai 'Ariyah, untuk menjualnya dengan kira-kira.1077. Dari Jabir r.a., katanya: "Nabi saw. melarang menjual buah-buahan hingga )nyata( baiknya, dan tidak boleh menjual sesuatu daripadanya melainkan dengan dinar dan dirham, melainkan 'Ariyah." 1078. Dari Malik r.a., katanya 'Ubaidullah bertanya kepadanya: "Adakah Daud menceritakan kepada mu dari Abu Sufyan dari Abu Hurairah, bahwa sesungguhnya Nabi saw. memberi kelonggaran 'ariyah pada lima atau kurang dari lima wasq?" Jawab Malik, "Ya, Ada!"1079. Dari Zaid bin Tsabit r.a., katanya: "Biasanya pada masa Rasulullah saw. orang banyak berjual beli buah-buahan, setelah tiba waktu memetik dan bayar membayar, si pembeli mengatakan: buah ini busuk, kena penyakit, layu dan macam-macam kerusakan yang mereka jadikan alasan. Ketika mereka bertengkar sudah demikian rupa, Nabi saw. bersabda: "Jika begitu, janganlah Tuan-tuan berjual beli sehingga telah nyata benar buah itu baik" Selaku orang yang suka bermesyuarat )demokratis(, beliau memimpinkan, hal itu karena banyaknya terjadi pertikaian antara sesama mereka."1080. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: "Nabi saw. melarang menjual buah-buahan sebelum masak. Lalu ditanyakan orang kepada beliau, "Bagaimanakah buah yang masak?" Jawab Nabi saw., "Kemerah-merahan, kekuning-kuningan dan dapat dimakan seketika. "1081. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Nabi saw. melarang menjual buah-buahan sebelum masak. Lalu ditanyakan orang kepada beliau, "Bagaimanakah yang masak itu?" Sabda Nabi saw.,"Sehingga merah." Kemudian beliau melanjutkan, "Bagaimanakah jadinya kamu, apabila Allah telah melarang )menjual( buah-buahan )yang masih muda(, dengan jalan mana seseorang kamu )seolah-olah( mengambil harta saudaranya."1082. Dari Abu Sa'id Al Khudri, dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah saw. mempekerjakan seorang laki-laki di Khaibar. Kemudian orang itu datang kepada beliau membawa kurma yang bagus.Rasulullah saw. bertanya kepadanya, "Apakah semua kurma Khaibar sebagus ini?" Jawabnya, "Tidak! Demi Allah, ya, . Rasulullah! Sesungguhnya kami menukar satu gantang kurma ini dengan dua gantang )kurma lain(, atau dua gantang )kurma ini( dengan tiga gantang )kurma lain(." Sabda Rasulullah saw., "Jangan kamu lakukan lagi seperti itu. Juallah )kurma( campuran dengan )uang( dirham, kemudian belilah )kurma( yang lebih baik dengan dirham.1083. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. melarang jual beli Muzabanah. Yakni, menjual buah-buahan dalam kebun. Jikalau dalam kebun itu ada pohon kurma, ia menjualnya dengan kurma kering gantangan; jikalau dalam kebun itu ada anggur, maka dijualnya anggur kering gantangan, atau pun tanam-tanaman )lain(, dijualnya dengan gantangan. Beliau melarang kesemuanya itu."1084. Dari Ibnu Umar r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Apabila seseorang mengawinkan kurma, kemudian ia jual pohon asalnya, maka buah kurma untukorang yang mengawinkan, kecuali dimasukkan dalam perjanjian jual beli oleh si pembeli.1085. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Rasulullah saw. melarang melakukan jual beli Muhaqalah, Mukhadharah, Mulamsah, Munabazah dan Muzabanah."1086. Dari 'Aisyah r.a., katanya:" Hindun, ibu Mu'awiyah, bertanya kepada Rasulullah saw., tanyanya: Sesungguhnya Abu Sufyan laki-laki yang kikir. Berdosakah aku jika kuambil hartanya dengan jalan sembunyi?" Sabda Nabi saw.,"Ambillah untukmu dan untuk anak-anakmu sekadar mencukupi dengan cara yang baik."1087. Dari Jabir r.a., katanya: Rasulullah saw. menentukan syuf'ah pada tiap-tiap harta yang belum dibagi. Apabila ada pembatasan dan jalan-jalan dibuat orang, maka tidak ada syuf'ah."1088. Dari Abdurrahman bin Abu Bakar r.a., katanya: "Pada suatu waktu, ketika kami berada bersama-sama dengan Nabi saw. dating seorang laki-laki musyrik berambut kusut dan gondrong menghalau domba. Nabi saw. bersabda kepadanya, "Akan kamu jualkah dombamu, ataukah akan kamu hadiahkan." )Perawinya ragu( apakah Nabi mengucapkan kata-kata 'athiyah )pemberian( atau hibah )pemberian(. Jawabnya,"Tidak! Tetapi untuk dijual." Lalu beliau beli daripadanya seekor domba. 1089. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda:" Ibrahim a.s. hijrah bersama-sama dengan Sarah, lalu beliau masuk ke sebuah negeri yang diperintah oleh seorang raja di antara para raja, atau oleh seorang raja diantara para penguasa. Maka dilaporkan orang )kepada sang raja tentang kedatangan Ibrahim itu(. Katanya, "Ibrahim dating beserta seorang wanita yang sangat cantik!" Raja mengirim utusan kepada Ibrahim, menanyakan: "Ya, Ibrahim! Siapakah wanita beserta mu ini?" Jawab Ibrahim, "Saudara ku!" Kemudian Ibrahim berkata kepada Sarah, "Janganlah engkau katakan kepadanya aku dusta, karena aku mengatakan kepada mereka engkau saudara ku.

58

Demi Allah! Tidak ada orang yang mukmin di bumi ini selain aku dan engkau." Maka dikirimnya lah Sarah kepada raja. Raja berdiri untuk menemui Sarah, dan Sarah pun berdiri pula, lalu mengambil wudhuk, solat dan mendo'a: "Wahai, Allah! Jika sebenarnya aku iman dengan Engkau dan dengan Rasul Engkau dan aku memelihara kehormatan ku melainkan untuk suami ku, maka janganlah Engkau paksakan si kafir itu terhadap ku. Raja itu merasa dicekik dan menghentak-hentakkan kaki )karena pingsan(. Kata Abu Hurairah melanjutkan, "Sarah mendo'a pula: Wahai, Allah! kata raja ini mati, tentu orang akan menuduh ku bahwa aku yang membunuhnya." Raja itu sembuh lalu berjalan mendekati Sarah. Sarah pun mengambil wudhuk, solat dan mendo'a. Katanya: "Wahai, Allah! Aku iman dengan mu dan dengan Rasul-Mu. Dan ku pelihara kehormatan ku selain kepada suami ku. Maka jangan lah Engkau paksakan si kafir ini terhadap diri ku. Raja pun merasa dicekik dan menghentak-hentakkan kakinya. Kata Abu Hurairah melanjutkan, "Sarah mendo'a: Wahai Allah! Jika raia itu mati, tentu orang akan menuduh ku yang membunuhnya." Raja itu sembuh kembali untuk kedua kalinya. Dan ketiga kalinya dia berkata, "Demi Allah! Pasti setan yang engkau kirim kepada ku. Kembalikan dia kepada Ibrahim, dan beri dia seorang hamba sahaya )Siti Hajar(!" Sarah kembali kepada Ibrahim a.s., lalu berkata: " Tahukah Tuan, bahwa Allah telah menghina orang kafir, dan menghadiahi kita seorang budak perempuan?" 1090. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Demi Allah yang diri ku dalam genggaman-Nya! Sesungguhnya akan turun kepada mu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil. Maka dipecahnya salib, dibunuhnya babi, dihapuskannya pajak, dan harta kekayaan akan melimpah ruah, sehingga tidak seorang jua pun yang mahu menerima." 1091. Dari Sa'id bin Abul Hasan r.a., katanya: Pada suatu waktu, ketika saya berada di dekat Ibnu Abbas, tiba-tiba datang kepadanya seorang laki-laki. Kata laki-laki itu kepada Ibnu Abbas, "Ya, Ibnu Abbas! Sesungguhnya aku ini seorang manusia. Penghidupanku dari usaha tangan ku sendiri. Aku bekerja membuat patung-patung." Kata Ibnu Abbas, "Tidaklah akan kuceritakan kepada mu selain apa yang ku dengar dari ucapan Rasulullah saw. Beliau bersabda, "Barangsiapa menggambar suatu patung, maka sesungguhnya Allah akan menyiksanya sehingga ia memberi nyawa pada patung itu sedangkan tidak bisa memberi nyawa kepada patung itu untuk selama-lamanya." Laki-laki itu jadi sesak nafasnya tambah sesak, sehingga mukanya pucat. Kata Ibnu Abbas, "Celaka! Jika engkau tidak mau, dan engkau hendak memperbuat juga, gambarlah pohon-pohon ini yakni segala yang tidak bernyawa."1092. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Allah berfirman. Ada tiga macam, Aku menjadi musuh mereka pada hari kiamat. )l( Orang yang memberi kerana Ku kemudian tidak diakuinya, dan )2( Orang yang menjual orang yang merdeka, kemudian dimakannya uang harganya, dan )3( Orang yang mengupah kepada pekerja lalu disuruh sempurnakannya kerja itu dan tidak dibayarnya upah pekerja itu."1093. Dari Anas r.a., katanya: "Shafiyah berada dalam tawanan. Kemudian hampir jatuh ke tangan Dahyat Kalbi, )tetapi( kemudian jatuh ke tangan Nabi saw."1094. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Ketika ia sedang duduk dekat Nabi saw., lalu ia bertanya kepada beliau. Tanyanya, "Ya, Rasulullah! Kami mempunyai tawanan, sedangkan kami menginginkan harganya. Maka bagaimanakah pendapat Anda tentang 'azal?" Jawab Nabi, "Sebenarnya kamukah yang berbuat demikian? Tidaklah mengapa atasmu kalau hal itu tidak kamu lakukan. Sesungguhnya tidak satu tubuh pun yang telah ditetapkan Allah akan keluar, melainkan pasti ia akan keluar."1095. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Nabi saw. tiba di Khaibar setelah beliau diberi kemenangan oleh Allah swt. Untuk menduduki sebuah benteng. Lantas diceritakan orang kepada beliau tentang kecantikan Shafiyah binti Huyai bin Akhthab. Suaminya terbunuh, sedangkan mereka baru kawin. Maka Rasulullah saw. mengambilnya untuk jadi isteri beliau. Kemudian Rasulullah keluar bersama-sama dengan Shafiyah. Setelah kami sampai di Saddir Rauha, Shafiyah telah suci, lalu beliau campur dengannya. Kemudian beliau membuat kue pada sebuah tempat kecil, lalu beliau bersabda, "Beritahulah orang-orang di sekitarmu!" Yang demikian itu adalah pesta perkawinan Rasulullah saw. dengan Shafiyah, dan kemudian kami pergi ke Madinah. Kata Anas, "Saya melihat Rasulullah saw. menyelimuti Shafiyah yang berada di belakang beliau dengan sebangsa baju dalam, kemudian beliau duduk dekat untanya sambil merendahkan lututnya. Shafiyah meletakkan kakinya di lutut beliau untuk dia naik ke unta."1096. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda di Mekkah pada tahun takluk Mekah, sabdanya: "Sesungguhnya Allah dan RasulNya mengharamkan menjual minuman yang memabukkan )khamr(, bangkai, babi, dan berhala." Lalu ditanyakan orang kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Bagaimanakah tentang lemak bangkai? Lemak itu gunanya untuk melumari perahu, untuk meminyakkan kulit dan dijadikan lampu oleh orang banyak." Jawab Nabi, "Tidak boleh! Itu haram! " Kemudian beliau menambahkan, "Dikutuk Allah kiranya orang Yahudi. Setelah Allah mengharamkan lemaknya, lalu mereka hancurkan, kemudian mereka jual dan setelah itu mereka makan uang harganya."1097. Dari Abu Mas'ud Al Anshari, katanya: "Rasulullah saw. melarang tentang harga )jual beli( anjing, membayar mahar pezina dan membayar tukang tenung. "1098. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Rasulullah saw. tiba di Madinah, orang banyak sedang mensalafkan buah dalam setahun dan dua tahun, atau mungkin katanya dua atau tiga tahun )perawinya ragu(. Maka bersabda Nabi. "Barangsiapa mensalafkan buah, hendaklah ia mensalaf dengan takaran yang pasti )maklum(."1099. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Nabi saw. dating ke Madinah, sedangkan mereka tengah mensalafkan buah dua atau tiga tahun. Sabda Nabi saw., "Barangsiapa mensalafkan sesuatu, maka hendaklah dengan takaran yang pasti, timbangan yang pasti dan untuk masa yang pasti."1100. Dari Abdullah bin Abu Mujalid r.a., katanya Abdullah bin Syaddad bin Haad pernah berbeda pendapat dengan Abu Burdah tentang salaf. Lalu mereka utus saya kepada Ibnu Abi Aufa. Lantas saya tanyakan kepadanya perihal itu. Jawabnya, "Sesungguhnya pada masa Rasulullah saw., pada masa Abu Bakar dan pada masa Umar, kami pernah mensalafkan gandum, sya'ir, buah anggur dan kurma. Dan saya pernah pula bertanya kepada Ibnu Abza, jawabnya pun seperti itu juga. " 1101. Dari Muhammad )Abdullah( bin Abu Mujalid r.a., katanya: "Abdullah bin Syaddad dan Abu Burdah mengutus ku kepada Abdullah bin Abi Aufa, keduanya berkata: Tanyakanlah, pernahkah para sahabat Nabi saw. mensalafkan gandum pada masa Nabi saw.?" Abdullah berkata, "Kami dengan penduduk Syam peranakan pernah mensalafkan gandum, sya'ir dan minyak dengan takaran yang pasti hingga masa yang pasti." Aku berkata kepada orang yang punya pohon. Kata Abdullah, "Kami tidak pernah bertanya kepada mereka tentang hal itu." Kemudian keduanya mengutus saya kepada Abdurrahman bin Abza, lalu saya bertanya kepadanya. Jawabnya, "Para sahabat Nabi saw. pernah mensalaf pada masa beliau, tetapi kami tidak pernah bertanya kepada mereka apakah mereka mempunyai kebun atau tidak:' 1102. Dari Umar bin Syarid r.a., katanya: "Pada suatu waktu, ketika aku berdiri dekat Sa'ad bin Abi Waqqas, maka datanglah Miswar bin Makhramah lalu diletakkannya tangannya di atas bahuku. Ketika itu, Abu Rafi' maula Nabi saw. datang pula. Katanya, "Hai, Sa'ad! Belilah dua buah rumahku yang terletak dalam kampungmu." Jawab Sa'ad, "Tidak! Tidak mungkin aku )sanggup( membeli keduanya." Kata Miswar, "Demi Allah! Harus, engkau beli keduanya!" Jawab Sa'ad, "Wallah! Aku tidak sanggup membayarnya lebih daripada empat ribu secara menyicil." Kata Abu Rafi, "Orang telah menawarnya kepada ku lima ratus dinar. Kalau tidaklah karena aku mendengar Nabi saw. bersabda: Tetangga lebih berhak dengan yang berdekatan dengannya, tidaklah akan kuberikan rumah itu kepada mu dengan harga empat ribu, karena orang telah menawar kepada ku lima ratus dinar. Akhirnya rumah itu diberikannya kepada Sa'ad."1103. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Ya, Rasulullah! Aku mempunyai dua tetangga. Yang manakah di antara keduanya akan kuberi hadiah?" Jawab Nabi saw., "Kepada yang lebih dekat pintunya denganmu."1104. Dari Abu Musa r.a., katanya: "Saya datang menghadap Nabi saw., beserta saya ada dua orang laki-laki Asy'ari. Kataku, "Aku tidak tahu bahwa orang yang berdua itu mencari kerja." Sabda Nabi saw., "Kami tidak mempekerjakan orang yang minta bekerja pada pekerjaan kami."1105. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw.,sabdanya : "Allah tidak mengutus seorang Nabi, melainkan orang itu gembala kambing." Para sahabat bertanya: "Dan anda sendiri bagaimana?" Jawab Nabi. "Ya, aku pernah gembala kambing orang Mekah dengan )upah( beberapa qirath."1106. Dari 'Aisyah, isteri Nabi saw., katanya: "Rasulullah saw. dan Abu Bakar mengupah seorang laki-laki yang pintar sebagai penunjuk jalan. Laki-laki itu berasal dari Bani Dil, termasuk Kafir Quraisy. Beliau berdua menyerahkan kendaraannya kepada laki-laki itu )sebagai upah(, dan keduanya berjanji kepadanya akan bermalam di guna Tsaur selama tiga malam. Pada pagi hari yang ketiga, keduanya menerima kendaraannya." 1107. Dari Abu Musa r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Perbandingan orang Yahudi dan Nasrani dengan Kaum Muslimin seumpama orang yang mengupah satu kaum. Mereka bekerja untuk orang itu satu hari penuh sampai malam dengan upah tertentu. Tetapi setelah mereka bekerja setengah hari, mereka berkata: Kami tidak butuh upah

59

yang telah Anda janjikan untuk kami. Dan apa yang telah kami kerjakan, semuanya batal. Kata si pengupah kepada mereka, "Janganlah kamu berbuat begitu. Selesaikanlah sisa pekerjaanmu dan ambillah upahmu secukupnya." Mereka menolak, dan meninggalkan pekerjaan mereka. Kemudian, si pengupah mengupah dua orang upahan sesudah mereka, dan berkata kepada keduanya, "Sempurnakanlah sisa hari mu ini, untukmu upah yang telah saya janjikan kepada mereka." Mereka pun bekerjalah. .Setelah tiba waktu Ashar, keduanya berkata, "Apa yang telah kami kerjakan batal. Untuk Andalah upah yang telah Anda janjikan kepada kami. Kata si pengupah, "Sempurnakanlah sisa pekerjaanmu, karena sesungguhnya sisa yang tinggal itu hanya sedikit saja. Tetapi keduanya menolak. Maka si pengupah mengupah satu kaum untuk mengerjakan sisa hari mereka. Lalu bekerjalah mereka hingga matahari terbenam. Sesudah itu mereka menerima upah mereka, meliputi upah kedua golongan yang telah mendahului mereka tadi. Begitulah perumpamaan mereka, dan hasil yang mereka terima dari cahaya )petunjuk( ini." 1108. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Telah pergi tiga golongan dari orang-orang yang sebelum kamu sehingga mereka bertemu dengan sebuah gua tempat bermalam, lalu mereka masuk ke dalamnya. Tiba-tiba sebuah batu besar jatuh dari gunung, lantas menutup pintu gua sehingga mereka terkurung di dalamnya. Kata mereka, "Tidak ada yang dapat melepaskan kalian dari bencana batu ini, melainkan apabila kamu mendo'a kepada Allah dengan amal saleh mu." Maka mendo'alah seorang di antara mereka, "Wahai, Allah! Aku mempunyai ibu-bapak yang sudah tua. Biasanya aku tidak mahu memberi minum keluarga dan hamba sahaya ku sebelum keduanya selesai minum. Pada suatu hari aku pergi mencari sesuatu, sedangkan aku lama baru kembali, kepada keduanya sehingga mereka tertidur. Aku memerah susu untuk mereka, tetapi ku dapati keduanya masih tidur. Dan aku tidak mahu memberikan minuman itu kepada keluarga dan sahaya ku, sebelum kedua orang tua ku itu minum lebih dahulu. Aku diam menunggu beliau berdua bangun dari tidurnya, sedangkan gelas tetap berada di tangan ku hingga keduanya bangun ketika fajar telah menyingsing. Setelah mereka bangun, lalu ku beri mereka minum dengan minuman yang telah ku sediakan itu. Wahai, Allah! Jika aku berbuat demikian betul-betul karena mencari ridha Engkau, maka bukakanlah bagi kami batu ini di mana kami terkurung di dalam gua ini karenanya." Maka bergeserlah batu itu sedikit, tetapi mereka masih belum dapat keluar. Nabi saw. menceritakan bahwa yang lain mendo'a pula. Katanya: "Wahai. Allah! Ada seorang gadis yang sangat ku cintai, ialah anak paman ku sendiri. Pada suatu ketika aku mengingini dirinya, tetapi ia menolak permintaan ku. Setelah berlalu setahun lamanya, iaitu ketika menghadapi musim kemarau, ia datang kepada ku dan aku memberikan kepadanya seratus dua puluh dinar, supaya ia mahu lari dengan ku. Permintaan ku itu diturutinya. Tetapi ketika aku telah sanggup hendak menguasainya, ia berkata kepada ku: Tidak aku bolehkan engkau merusak cap kesucian ku, melainkan dengan cara yang benar )hak(. Karena itu aku merasa keberatan melakukan pekerjaan itu lalu aku pergi daripadanya sedangkan dia seorang gadis yang sangat ku cintai. Emas yang telah ku berikan kepadanya ku tinggalkan semuanya. Wahai. Allah! Kalaulah perbuatanku itu telah sesuai dengan keredhaan Engkau, bukakanlah batu ini bagi kami." Maka bergeser pulalah batu itu sedikit, tetapi mereka masih belum dapat keluar dari gua itu. Kata Nabi saw., orang ketiga pun mendo'a pula. Katanya: "Wahai, Allah! Aku mengupah beberapa orang pekerja dan telah ku bayar lunas upah mereka, kecuali hanya seorang, karena ia pergi dan upahnya tinggal. Maka ku tanam upahnya itu sehingga banyak membuahkan harta benda. Kemudian ia datang kepada ku.!" Katanya, "Wahai Hamba Allah! Bayarlah upah ku!" Aku katakan kepadanya, "Semua yang engkau lihat ini adalah upahmu. Unta, lembu, kambing dan biri-biri serta sahaya." Katanya, "Wahai, Hamba Allah! Janganlah engkau memperolok-olokkan ku." Jawab ku, "Sungguh! Aku tidak memperolok-olokkan mu. Maka diambilnya hartanya itu semuanya tanpa satu pun yang ketinggalan. Wahai, Allah! Kalaulah yang demikian itu saya perbuat semata-mata karena menuntut keredhaan-Mu, bukakanlah pintu gua ini bagi kami, karena kami terkurung di sini." Maka bergeserlah batu itu sehingga mereka dapat keluar dari gua itu. 1109. Dari Abu Sa'id r.a., katanya: "Beberapa orang sahabat bepergian, sehingga mereka berhenti pada suatu kampung di antara kampung-kampung Arab. Para sahabat itu minta supaya mereka dijamu, tetapi orang kampung enggan menjamu mereka. Sementara itu, kepala kampung itu digigit binatang berbisa, dan telah mereka usahakan segala-galanya untuk mengubatinya, tetapi tidak satu pun yang bermanfaat baginya. Seorang di antara mereka berkata, "Pergilah kamu kepada para sahabat yang berhenti itu, mudah-mudahan ada di antara mereka yang dapat menolong." Lalu mereka pergi menemui para sahabat, kata mereka, "Wahai, orang banyak! Kepala kampung kami digigit binatang berbisa. Telah kami usahakan segala sesuatu untuk mengubatinya, tetapi tidak ada yang memberi manfaat baginya. Adakah di antara anda yang dapat menolong?" Seorang di antara mereka menjawab, "Ya, demi Allah! Sesungguhnya aku bisa mengubatinya. Tetapi demi Allah! Kami telah meminta kepada kalian supaya kami dijamu. Tetapi kalian tidak mahu menjamu kami. Aku tidak akan mengubatinya sebelum kalian menentukan berapa upah kami. Akhirnya mereka berdamai dan berjanji akan menyerahkan sekumpulan kambing. Maka pergilah sahabat itu mengubatinya. Ia menyembur si sakit dan membaca: Alhamdulillahi rabbil 'alaamiin )Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam(. Maka bagaikan tali yang diuraikan simpulnya, si sakit itu langsung berjalan dan sakitnya pun hilang. Katanya, "Bayarlah secukupnya upah mereka yang telah dijanjikan tadi." Di antara mereka yang menerima upah berkata, "Bagi-bagilah upah itu!" Kata yang membaca mentera, "Jangan kalian lakukan itu, sebelum kita datang kepada Nabi saw" menceritakan hal ini serta menunggu keputusan dari beliau." Mereka pun pergi menghadap Rasulullah saw., lalu mereka ceritakan hal itu kepada beliau. Sabda beliau, "Apakah sebabnya kamu mengatakan bahwa ucapan itu mantera?" Kemudian beliau bersabda lagi, "Sesungguhnya kalian telah betul. Bagi-bagilah upahmu, dan beri aku sebagian." Kemudian Rasulullah saw. tertawa.1110. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Nabi saw. melarang menerima pembayarankarena pemberian bibit jantan.1111. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Orang kaya yang melambat-lambatkan )membayar hutang, zakat harta dan lain-lain kewajiban yang harus dibayarnya( adalah zalim )aniaya(. Apabila seorang di antaramu dipindahkan hutang-piutangnya kepada orang yang berpunya )kaya( hendaklah diturutinya )ditagihnya(." 1112. Dari Salamah bin Akwa' r.a., katanya: "Pada suatu ketika, kami duduk dekat Nabi saw. Tiba-tiba datang orang membawa jenazah. Kata mereka, "Sudilah anda solatkan jenazah ini." Tanya beliau, "Adakah dia mempunyai hutang?" Jawab mereka, "Tidak!" Tanya Nabi, "Adakah dia meninggalkan warisan?" Jawab mereka,"Tidak!" Lalu beliau solatkan jenazah itu. Kemudian datang pula orang membawa jenazah yang lain. Kata mereka, "Ya, Rasulullah! Sudilah anda solatkan jenazah ini." Tanya Nabi, "Adakah dia mempunyai hutang?" Dijawab oleh mereka, "Ya, ada!" Tanya beliau, "Adakah dia meninggalkan sesuatu warisan.?" Jawab mereka, "Ada, tiga dinar!" Lalu beliau solatkan jenazah itu. Kemudian dibawa orang pula kepada beliau jenazah yang ketiga. Kata mereka, "Sudilah anda solatkan jenazah ini." Tanya Nabi, "Adakah ia meninggalkan sesuatu )warisan(?" Jawab mereka, "Tidak!" Tanya Nabi saw., "Adakah dia mempunyai hutang?" Jawab mereka, "Ada, tiga dinar!" Sabda Nabi saw., "Solatkanlah teman mu itu!" Kata Abu Qatadah, "Solatkanlah, ya, Rasulullah! Biarlah saya yang menanggung hutangnya. Maka Rasulullah solat untuk jenazah itu."1113. Dari 'Ashim r.a., katanya dia bertanya kepada Anas r.a.,: "Adakah sampai kepada Anda bahwasanya Rasulullah saw. pernah bersabda: Tidak ada perjanjian dalam Islam." Jawab Anas, "Sesungguhnya Nabi saw. pernah mengadakan perjanjian antara orang Quraisy dan orang Anshar di rumahku sendiri. 1114. Dari Jabir r.a., katanya Nabi saw. pernah bersabda: "Kalau datang harta dari Bahrain, akan kuberi engkau sekain, sekian dan sekian." Belum lagi harta dari Bahrain itu datang, Nabi saw. telah wafat. Ketika harta itu tiba, Abu Bakar yang memerintah. Maka ia memberitahukan: "Barangsiapa ada janji dengan Nabi saw., atau dia ada piutang kepada Nabi saw., hendaklah ia datang kepada kami." Lalu saya datang kepadanya dan berkata, "Nabi saw. pernah menjanjikan kepada ku bahwa aku akan diberinya sekian dan sekian." Abu Bakar mengambilkan )uang( untukku segenggam. Setelah saya hitung, kebetulan lima ratus. Katanya, "Ambillah sebanyak itu lagi." 1115. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Tidak ada yang ku ingat mengenai kedua orang tua ku, melainkan mereka telah memeluk agama )Islam(. Dan tidak ada hari yang berlalu bagi kami, melainkan setiap hari itu Rasulullah saw. datang ke rumah kami pada kedua tepi siang, pagi dan petang. Ketika kaum muslimin ditimpa musibah, Abu Bakar ikut hijrah ke Habsyah. Sesampainya di Birkal Ghimad, ia berpapasan dengan Ibnu Daghinah, seorang penghulu kampung. Katanya, "Hendak ke mana engkau, hai, Abu Bakar?" Jawab Abu Bakar, "Aku diusir oleh kaum

60

ku. Karena itu aku hendak mengembara di bumi ini untuk menyembah Tuhan ku." Kata Ibnu Daghinah, "Sesungguhnya orang seperti engkau ini tidak boleh pergi dan tidak boleh diusir. Karena engkau mengusahakan yang tidak ada, menghubungkan kasih sayang )silatur rahim(, membantu orang yang sengsara, memuliakan tamu dan menolong orang yang ditimpa bahaya dalam menegakkan kebenaran. Dan aku adalah tetanggamu. Kembalilah! Dan tetaplah menyembah Tuhan mu di negerimu." Ibnu Daghinah berjalan bersama-sama dengan Abu Bakar. Lalu ditemuinya pemuka-pemuka kaum Quraisy. Katanya kepada mereka,"Sesungguhnya orang seperti Abu Bakar tidak boleh diusir. Mengapa kalian usir dia? Padahal dia mengusahakan yang tidak ada, menghubungkan kasih sayang, membantu orang yang sengsara, memuliakan tamu dan menolong orang yang ditimpa bencana dalam menegakkan kebenaran." Sesudah itu orang Quraisy membiarkan tetangga Ibnu Daghinah dan memberi keamanan bagi Abu Bakar. Kata mereka kepada Ibnu Daghinah, "Suruhlah Abu Bakar supaya ia menyembah Tuhannya di rumahnya, ia boleh solat dan membaca apa yang dikehendakinya )di sana(, tetapi sekali-kali janganlah menyakiti hati kami dengan perbuatannya, dan jangan pula ia pamer dengannya. Sesungguhnya kami khawatir anak-anak dan para wanita kami akan terpengaruh. Ibnu Daghinah menyampaikan pesan mereka itu kepada Abu Bakar. Maka semenjak itu, Abu Bakar sentiasa menyembah Tuhannya di rumahnya saja, tidak kelihatan terang-terangan solat dan membaca )Qur'an( di luar rumahnya. Kemudian timbul pikiran bagi Abu Bakar. Maka dibuatnya masjid )musalla, atau surau( di halaman rumahnya. Ia solat dan membaca dengan leluasa di masjidnya itu. Para wanita dan anak-anak orang musyrik beramai-ramai mengunjunginya dan mereka heran melihatnya, karena Abu Bakar seorang yang mudah menangis. Dia tidak dapat menahan air matanya kalau dia membaca Qur'an. Keadaan seperti itu sangat mengejutkan pemuka musyrikin Quraisy. Lalu mereka panggil Ibnu Daghinah. Ibnu Daghinah datang menemui mereka. Kata mereka, "Kami membolehkan Abu Bakar menyembah Tuhannya, hanya di rumahnya. Kini dia telah melampaui batas. Dibuatnya masjid di halaman rumahnya, kemudian dengan leluasa dia pamer solat dan membaca. Kami khawatir anak-anak dan para wanita kami akan terpengaruh. Karena itu pergilah kamu kepadanya. Jika dia mahu menyembah Tuhannya di rumahnya saja, dia boleh melakukannya. Jika dia tidak mau, bahkan dia akan melakukannya secara terus terang dan leluasa, mintalah kepadanya supaya ia mengembalikan jaminan perlindungan darimu. Kami sendiri tidak suka merusakkan perjanjian denganmu. Kami tidak menyetujui Abu Bakar bersikap leluasa dan terus terang seperti itu." Kata 'Aisyah, Ibnu Daghinah datang kepada Abu Bakar, lalu ia berkata: "Engkau memaklumi apa yang ku janjikan kepada engkau. Dapatkah engkau menepati janji itu, ataukah engkau akan mengembalikan janji perlindungan dari ku tidak ingin mendengarkan orang Arab mengatakan, bahwa aku merusak janji yang telah ku janjikan kepada seseorang." Kata Abu Bakar, "Aku kembalikan kepada mu janji setetangga denganmu. Dan aku lebih suka setetangga dengan Allah." Waktu itu Rasulullah saw. sedang berada di Mekkah. Beliau bersabda, "Sesungguhnya telah diperlihatkan )Allah( kepada ku tempat hijrahmu. Aku lihat pada pasir ditumbuhi pohon kurma di antara dua bukit, yakni dua tempat yang berbatu-batu." Tidak lama kemudian, maka hijrahlah orang ke Madinah. Yaitu sesudah Rasulullah saw. mengatakan demikian itu. Dan hijrah pula ke Madinah orang-orang yang tadinya telah hijrah ke Habsyah. Abu Bakar pun bersiap-siap pula hendak hijrah. Tetapi Rasulullah saw. bersabda kepadanya, "Perlahan-lahan! Sesungguhnya aku mengharap pula keizinan bagi ku sendiri." Kata Abu Bakar, "Apakah Tuan sedang mengharapkan yang demikian itu? Ku tebus engkau dengan Bapa ku." Jawab beliau, "Ya!" Abu Bakar menunggu Rasulullah saw. untuk menemani beliau. Sementara itu diberinya makan dua ekor kendaraan miliknya sendiri dengan daun samar selama empat bulan."1116. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Sesungguhnya pernah dibawa orang kepada Rasulullah saw. jenazah orang yang mempunyai hutang. Lalu sabda beliau,"Adakah dia meninggalkan harta untuk pembayar hutangnya?" Kalau dikatakan kepada beliau bahwa mayat itu ada meninggalkan harta yang mencukupi untuk pembayar hutangnya, maka mayat itu beliau solatkan. Tetapi, kalau tidak, beliau bersabda kepada seorang muslim, "Solatkanlah temanmu itu!" Setelah Allah memberikan kemenangan demi kemenangan bagi kaum Muslimin, beliau bersabda, "Aku lebih mengutamakan orang-orang mukmin daripada diri mereka sendiri. Barangsiapa orang yang meninggal dunia, sedangkan ia meninggalkan hutang maka tanggunganku membayarnya. Dan siapa yang meninggalkanwarisan, maka warisan itu untuk ahli warisnya."1117. Dari 'Uqbah bin 'Amir r.a., katanya: "Nabi saw. menyerahkan kambing atau biri-biri kepadanya, untuk dibagi-bagikan kepada para sahabat beliau. Maka tertinggal seekor anak kambing, lalu dilaporkannya kepada Nabi saw. Sabda Nabi, "Sembelihlah kurban untukmu sendiri."1118. Dari Ka'ab bin Malik r.a., katanya: "Sesungguhnya mereka mempunyai kambing yang digembalakannya di Sal'a. Seorang gadis kami melihat seekor domba di antara kambing-kambing kami hampir mati. Lalu dipecahnya sebuah batu dan disembelihnya kambing itu dengan batu itu. Kata Ka'ab, "Janganlah kamu makan sebelum saya tanyakan kepada Nabi saw. atau saya kirim orang untuk menanyakannya. Ka'ab atau wakilnya memang bertanya kepada Nabi saw. Ternyata beliau menyuruh memakannya."1119. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Seorang laki-laki datang kepada Nabi saw. menagih piutangnya. Dan orang itu menagih dengan sikap kasar. Karena itu timbullah niat para sahabat hendak memukul orang itu. Beliau bersabda, "Biarkanlah dia! Dia berhak untuk menagih." Selanjutnya beliau menambahkan, . "Berikanlah kepadanya unta yang sebanding dengan untanya !" Kata mereka, "Ya, Rasulullah! Tidak, kami dapati unta yang sebanding dengan untanya, tetapi ada yang lebih daripada untanya." Sabda beliau, "Berikanlah kepadanya! Sesungguhnya orang yang paling baik di antaramu, ialah yang paling baik pembayarannya." 1120. Dari Marwan bin Hakam bin Miswar bin Makhrimah r.a., keduanya bercerita: "Rasulullah saw. berdiri ketika perutusan Hawazin datang untuk mengaku masuk Islam. Mereka meminta kepada beliau supaya mengembalikan harta dan tawanan mereka. Rasulullah saw. bersabda kepada mereka. "Cerita yang paling ku senangi ialah cerita yang paling benar. Maka pilihlah satu di antara dua, iaitu tawanan atau harta. Aku bersedia menunggu keputusan kalian." Rasulullah telah menunggu lebih dari sepuluh malam, sehingga beliau telah kembali dari Thaif. Setelah nyata oleh mereka bahwa Rasulullah tidak akan mengembalikan kepada mereka, kecuali hanya satu di antara dua macam, mereka berkata, "Kami memilih tawanan."Rasulullah saw. berdiri di hadapan kaum muslimin, lalu beliau berpidato. Lebih dahulu beliau memuji Allah menurut mestinya, kemudian beliau bersabda, "Sesungguhnya saudara-saudaramu ini datang kepada kita dengan penyesalan. Aku bermaksud hendak mengembalikan tawanan kepada mereka. Barangsiapa di antara kamu lebih senang mengatakan baik yang demikian itu, lakukanlah. Dan siapa di antara kamu lebih senang menerima bahagiannya, hingga kita berikan kepadanya dari mula-mula Allah menyerahkan rampasan kepada kita, lakukanlah!" Orang banyak berkata, "Sesungguhnya kami merasa baik untuk dikembalikan Rasulullah saw. kepada mereka. Rasulullah saw. bersabda, "Kami belum mengetahui siapakah di antara mu yang telah membolehkan dan siapa yang belum. Pulanglah, hingga orang-orang terkemuka mu menerangkan keadaan mu kepada kami. " Orang banyak pun pulanglah, dan pemuka-pemuka mereka berunding dengan mereka. Kemudian mereka kembali kepada Rasulullah saw., mengabarkan bahwa sebenarnya mereka merasa baik dan membolehkannya. " 1121. Dari Shal bin Sa'd r.a., katanya: "Seorang wanita datang kepada Rasulullah saw., lalu katanya: "Ya, Rasulullah! Aku menyerahkan diri ku kepada anda." Maka berkata seorang laki-laki, "Kahwinkanlah aku dengannya." Sabda beliau, "Kami kahwinkan engkau akan dia dengan maharnya Quran yang telah engkau pelajari." 1122. Dari Abu Hurairah r.a., "Rasulullah saw. menugaskan daku untuk menjaga Zakat Ramadhan )Zakat Fithrah(. Kemudian datang seseorang kepada ku, maka diambilnya segenggam makanan, dan orang itu dapat kutangkap. Lalu aku berkata kepadanya, "Nanti kuadukan engkau kepada Rasulullah saw." Katanya, "Saya butuh, karena saya mempunyai keluarga dan keperluan yang amat sangat." Kata Abu Hurairah, "Karena itu, saya biarkan saja orang itu." Besok pagi Nabi saw. bersabda, "Hal, Abu Hurairah! Apakah yang diperbuat tawanan mu malam tadi?" Jawab ku, "Ya, Rasulullah! Ia mengatakan sangat butuh, karena mempunyai keluarga. Maka saya merasa kasihan, lalu saya biarkan saja dia." Sabda Nabi, "Sebenarnya dia dusta kepada mu dan ia akan kembali." Saya yakin bahwa ia akan kembali karena pemberitahuan Rasulullah saw. itu. Lalu saya intip dia. Memang benar, orang itu datang lagi lalu diambilnya segenggam makanan, dan terus saya tangkap. Kataku, "Nanti kuadukan engkau kepada Rasulullah saw." Katanya, "Biarkanlah saya, karena saya sangat butuh dan mempunyai keluarga. Sesudah ini tidak akan saya ulangi lagi." Saya pun merasa kasihan, lalu saya biarkan dia.

61

Pagi-pagi Rasulullah saw. bersabda pada ku, "Hai, Abu Hurairah! Apakah yang diperbuat tawanan mu malam tadi?" Jawab ku, "Ya, Rasulullah! Ia mengatakan sangat butuh dan berkeluarga. Aku merasa kasihan kepadanya, lalu kubiarkan saja dia." Sabda beliau, "Sebenarnya ia dusta kepada mu, dan ia bakal kembali." Saya intip dia untuk ketiga kalinya. Memang benar, ia pun datang lalu diambilnya segenggam makanan, lantas saya tangkap, seraya berkata. "Engkau mesti saya adukan kepada Rasulullah saw. Inilah yang ketiga kalinya engkau mengatakan tidak akan kembali, tetapi nyatanya engkau kembali juga." Katanya, "Lepaskanlah aku, nanti kuajarkan kepada mu kalimah-kalimah yang diberi manfaat oleh Allah kepada mu, apabila engkau membaca kalimah itu." Kataku, "Apakah kalimah itu?" Jawabnya, "Apabila engkau hendak tidur, bacalah ayat Kursi: Allaahu laa ilaaha illa huwal hayyul qayyum, )Al Baqarah, 2 : 255( hingga sampai akhir ayat. Maka engkau sentiasa dalam pemeliharaan Allah, sedangkan syaitan tidak akan berkati mu sampai pagi." Setelah itu saya biarkan dia. Pagi Rasulullah saw. bersabda kepada ku, "Apa yang diperbuat tawanan mu tadi?" Kataku, "Ya, Rasulullah! Dia ajarkan kepada ku beberapa kalimah katanya diberi manfaat oleh Allah apabila seseorang membacanya. Karena itu kubiarkan dia." Sabda beliau, "Apakah kalimah itu?" , Jawab ku, "Ia mengatakan kepada ku, apabila engkau hendak tidur, bacalah ayat kursi dari awal sampai akhir. Yakni. Allaahu laa ilaaha illa huwal hayyul qayyum.)hingga akhirnya(. Katanya kepada ku: Engkau akan senantiasa, dalam pemeliharaan Allah, dan syaitan tidak akan mendekati mu sampai pagi." Dan biasanya para sahabat itu sangat, mengingini kebaikan. Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya ia telah benar kepada mu. Padahal ia sangat pendusta. Tahukah engkau, dengan siapa engkau bercakap-cakap selama tiga malam itu, wahai Abu Hurairah?" Jawab Abu Hurairah, "Tidak!" Sabda beliau. "Itulah syaitan!"1123.Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Bilal datang kepada Nabi saw. membawa kurma Barni. Nabi saw. bertanya: "Dari mana ini?" Jawab Bilal, "Aku mempunyai kurma yang kurang bagus. Lalu kujual dua gantang dengan segantang untuk dimakan Rasulullah saw."Sabda Nabi saw., "Wah, wah! Itulah riba! Itulah riba! Janganlah engkau lakukan lagi. Tetapi apabila engkau hendak membeli kurma yang bagus, juallah kurma yang kurang bagus secara jual beli, kemudian belilah kurma Barni."1124. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Hai, Unais! Pergilah kamu kepada wanita itu, jika ia mengaku )berzina(, maka rajamlah dia!"1125. Dari 'Uqbah bin Harits r.a., katanya: "Nu'aiman atau anak Nu'aiman dibawa orang ke hadapan Rasulullah saw. karena ia mabuk meminum minumab keras. Lalu Rasulullah saw. memerintahkan kepada semua orang yang ada dalam rumah supaya memukulnya. Kata 'Uqbah, "Saya termasuk orang yang turut memukulnya. Kami pukul dia dengan terompah dan pelepah kurma."1126. Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah saw. Bersabda: "Seorang Muslim yang menanam pohon atau tanaman-tanaman, lalu sebahagian hasilnya dimakan burung, manusia, atau binatang, maka orang yang menanam itu mendapat pahala."1127. Dari Abu Umamah Al-Bahili r.a., ia melihat bajak dan alat pertanian lain, lalu berkata: Saya dengar Nabi saw. Bersabda: "Allah mendatangkan kehinaan kepada orang-orang yang menyimpan benda-benda ini dalam rumah."1128. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah saw. Bersabda: "Siapa yang memelihara anjing, selain anjing penjaga perkebunan atau penjaga ternak, maka pahala amal orang itu berkurang setiap harinya satu qirath." Dalam sebuah riwayat lain: "selain anjing penjaga kambing, perkebunan atau untuk berburu." 1129. Dari Ibnu 'Abbas r.a., Nabi saw. bersabda: "Lebih baik kamu memberikan tanah kepada saudara mu, daripada mengambil sewa yang ditentukan jumlahnya."1130. Dari Sufyan bin Abu Zuhair r.a., katanya: Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapa yang memelihara anjing, bukan untuk penjaga tanaman dan bukan pula untuk penjaga binatang ternak, maka amal orang itu setiap harinya berkurang, satu qirath." Lalu ada yang bertanya: Apakah engkau mendengar hal ini dari Rasulullah s.a.w.? Ia menjawab: Benar! Demi Tuhan mesjid ini!1131. Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Ketika seorang laki-laki mengendarai lembu, maka lembu itu melengong kepadanya sambil berkata: Saya diciptakan bukan untuk ini )dikendarai(, saya diciptakan hanya untuk mengerjakan sawah ladang." Ia berkata: Saya percaya dengan ucapan itu. Demikian juga Abu Bakar dan Umar. "Seekor serigala menangkap kambing, lalu diburu oleh pengembala. Serigala itu berkata: Siapakah yang akan menguasainya pada hari berkuasanya binatang buas! Pada hari itu tiada penggembalanya selain dari aku." Dia Berkata: Saya percaya. Juga AbuBakar dan Umar.1132. Dari Abu Hurairah.r.a., katanya: Orang Ansar berkata kepada Nabi s.a.w.: Bagilah pohon-pohon kurma itu di antara kami dan saudara-saudara kami orang Muhajirin. Beliau bersabda: "Tidak!" Lalu orang Ansar berkata kepada orang Muhajirin: Bayarlah kepada kami biaya pemeliharaannya. dan buahnya kita bagi. Orang Muhajirin menjawab: "Baiklah! Kami setuju." 1133. Dari Abdullah r.a., dari Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya beliau menebang dan membakar pohon kurma Bani Nadir, iaitu kebun di Buairah. Hasan berkata: Hinalah kaum keluarga Bani Luai karena terlalu banyak melakukan pembakaran di Buairah!"1134. Dari Rafi' bin Khadij r.a., katanya: Kami adalah orang Madinah yang terbanyak mempunyai tanam-tanaman. Kami mempersewakan tanah dengan sebahagian hasil tertentu untuk yang punya tanah. Kadang-kadang hasil yang ditentukan untuk sewa itu rusak ditimpa bahaya, sedangkan tanah lainnya selamat. Kadang-kadang sebahagian besar rusak, sedangkan hasil yang ditentukan untuk sewa selamat. Karena itu kami dilarang melakukan perbuatan seperti itu. Mempersewakan tanah dengan emas dan perak tidak dikenal di masa itu )yaitu masa Rasulullah saw.( 1135. Dari Abdullah bin Umar r.a., ia bercerita bahwa Nabi s.a.w. mempekerjakan penduduk Khaibar dengan seperdua hasil daerah itu, yang berupa buah-buahan dan tanam-tanaman. Beliau memberi para isteri beliau seratus wasq, iaitu delapan puluh wasq kurma dan dua puluh wasq gandum. Kemudian Umar membahagi-bahagi kan timah Khaibar. Para isteri Nabi disuruh memilih tanah atau hasil. Di antara mereka ada yang memilih tanah dan ada pula yang memilih wasq. Aisyah r.a. memilih tanah.1136. Dari Rafi' r.a., katanya: Kami adalah orang Madinah yang paling banyak kebunnya. Salah seorang dari kami mempersewakan tanahnya. Lalu dikatakan orang kepadanya: Kadang-kadang sebagian tanah mengeluarkan hasil dan sebagian lagi tidak. Karena itu cara seperti itu dilarang Nabi saw.1137. Dari Aisyah r.a., ,Rasulullah saw. bersabda, "Siapa yang membuka tanah yang tidak berpunya,dialah yang lebih berhak memilikinya."1138. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yangmempunyai tanah, hendaklah tanah itu ditanaminya, atau berikan kepada saudaranya. Seandainya ia tidak suka memberikannya kepada orang lain, maka hendaklah tanah itu tetap dimilikinya."1139. Dari Abu Hurairah r.a., pada suatu kali Rasulullah saw. bercerita, di mana ikut mendengar seorang Badwi: "Ada seorang laki-laki yang telah masuk syurga memohon kepada Tuhan untuk bercocok-tanam. Tuhan berkata: "Bukankah engkau telah mencapai apa yang engkau kehendaki?" Orang itu berkata: Benar! Tetapi saya ingin sekali bercocok-tanam. Lalu orang itu pun menabur benih. Dalam sekejap mata benih itu tumbuh menjadi besar dan berbuah. Buahnya besar sekali seperti gunung. Tuhan berfirman:"Hai Anak Adam! Ambillah! Engkau tidak akan merasa puas dengan apa pun. "Lalu orang Badwi itu berkata: Orang itu sudah pasti orang Quraisy atau orang Ansar. Kami tidak pandai bercocok-tanam. Mendengar itu Nabi saw. tertawa.1140. Dari Sahl bin Sa'ad, katanya: Sebuah gelas dihidangkan kepada Rasulullah s.a.w. dan beliau minum dari situ. Di sebelah kanan beliau ada seorang anak kecil dan di sebelah kiri beliau ada seorang orang tua. Beliau bersabda: "Hai anak kecil, relakah engkau kalau sisa saya ini saya berikan kepada orang tua ini?" Anak itu menjawab: Ya Rasulullah! Sayalah yang paling berhak mendapat sisa anda. Lalu Rasulullah saw. memberikan kepadanya.1141. Dari Anas bin Malik r.a., diperah untuk Rasulullah s.a.w. seekor kambing jinak di tempat ku, lalu susu itu dicampur dengan air sumur yang terdapat di sana. Orang memberikan sebuah gelas kepada Rasul dan beliau minum dari situ. Ketika beliau selesai minum, di sebelah kiri beliau ada Abu Bakar, sedangkan di sebelah kanan beliau seorang Badwi. Karena khuatir kalau-kalau Rasul memberikan gelas itu kepada orang Badwi itu, Umar berkata; Berikanlah gelas anda itu kepada Abu Bakar, hai Rasulullah. Tetapi Rasul memberikan gelas itu kepada orang Badwi, yang duduk di sebelah kanannya sambil,bersabda: "Kepada yang sebelah kanan, terus kepada yang sebelah kanan berikutnya."1142. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. bersabda: "Berikanlah kelebihan air kepada orang lain, karena kalau kamu larang, maka ertinya kamu melarang kelebihan rumput."

62

1143. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada tiga golongan manusia yang tidak akan dilihat dan tidak akan disucikan Tuhan pada hari kiamat, dan mereka itu akan memperoleh siksa yang bebat. Pertama, orang yang mempunyai kelebihan air tetapi tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan dalam perjalanan. Kedua, orang yang berjanji setia kepada Imam )Penguasa( tetapi hal itu dilakukannya hanya karena kepentingan dunia. Kalau Imam memberikan keuntungan dunia kepadanya ia gembira. Tetapi kalau tidak, ia jadi marah. Ketiga, orang yang berjualan setelah 'Ashar, seraya berkata: Demi Allah, tiada Tuhan selainNya. Barang-barang saya ini telah ditawar orang sekian. Lalu kata-katanya itu dipercaya orang lain." Lalu beliau membaca ayat yang berarti: "Orang-orang menjual janji Allah dan sumpah mereka dengan harga yang murah di akhirat mereka tidak akan mendapat apa-apa. Tuhan tidak akan berbicara kepada mereka, tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat nanti. dan tidak akan menyucikan mereka dari dosa mereka. Mereka akan memperoleh siksa yang pedih." )Ali Imran. 77( 1144. Dari Abdullah bin Zubair r.a., ia bercerita bahwa ada seorang laki-laki Ansar bertengkar dengan Zubair dekat Rasulullah saw. mengenai pengairan pohon kurma. Orang Ansar berkata: Biarkan air itu mengalir! Zubair tidak mau. Keduanya minta diadili oleh Rasulullah saw. Lalu Rasulullah saw. berkata kepada Zubair; "Airi dahulu kebun engkau hai Zubair, kemudian alirkan air itu kepada tetanggamu." Orang Ansar itu pun marah, seraya berkata: Tentu karena ia anak pamanmu. Air muka Rasulullah saw. berubah, lalu beliau bersabda: "Pergunakanlah air itu untuk engkau hai Zubair sampai menggenangi pematang." Zubair berkata: Demi Allah, mengenai peristiwa inilah turunnya ayat yang berbunyi: "Tidak, demi Tuhan mu, mereka belum benar-benar beriman, sampai mereka berhakim kepada mu mengenai perselisihan-perselisihan yang terdapat di antara mereka" )Quran surat An-Nisa', 65(1145. Dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ketika seorang laki-laki sedang dalam perjalanan, ia kehausan. Ia masuk ke dalam sebuah sumur yang curam, lalu minum di sana. Kemudian ia ke luar. Tiba-tiba ditemuinya seekor anjing yang menjulurkan lidahnya dan menjilat-jilat tanah karena kehausan. Orang itu berkata: Anjing ini sedang merasakan apa yang telah saya rasakan. Lalu ia turun kembali ke sumur itu, memenuhi sepatunya dengan air, membawanya ke atas dengan menggigit sepatu itu, terus naik kembali ke atas dan memberi minum anjing itu. Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya." Para sahabat bertanya: Hai Rasulullah! Kalau kami mengasihi binatang apakah kami memperoleh pahala? Beliau bersabda: "Setiap hati yang pengasih mendapat pahala. "1146. Dari Abdullah bin Umar r.a., Rasulullah saw. bersabda : "Ada seorang perempuan yang disiksa karena ia memenjarakan kucing sampai mati kelaparan. Karena itu dia masuk neraka.” Kemudian Rasul bersabda: "Tuhan tahu, bahwa engkau tidak memberi makan dan minum kucing itu waktu memenjarakannya,. kucing itu tidak pula engkau lepaskan agar dapat makan apa yang melata di bumi.” 1147. Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Demi Tuhan Yang menggenggam diri ku! Apakah aku akan mengusir orang banyak dari telagaku, sebagaimana orang mengusir unta yang terasing dari telaga?"1148. Dari Ibnu 'Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Semoga Allah mengasihi Ibu Ismail, kalau ia membiarkan sumur Zamzam." Atau Nabi bersabda: "Kalau tidaklah ia menyauk air sumur Zamzam, tentulah sumur itu akan menjadi mata air yang mengalir. Lalu akan datang orang dari suku Jurhum berkata: "Izinkanlah kami tinggal di sebelahmu." Ibu Ismail menjawab: "Boleh, tetapi kamu tidak berhak atas air" Mereka menjawab: "Baiklah!"1149. Dari Sha'b bin Jatsamah r.a., katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Tiada yang berhak melarang selain Allah dan RasulNya." Perawi Hadis berkata: Kami mendapat berita bahwa Nabi s.a.w. pernah melarang Naqi', dan Umar pernah melarang Saraf dan Rabazah. 1150. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. bersabda: "Kuda dapat menjadi sumber pahala, menjadi alat untuk memenuhi kebutuhan, atau menjadi sebab dosa. Ia menjadi sumber pahala, kalau ia dipelihara untuk agama Allah, digembalakan di padang rumput.atau di perkebunan. Seberapa sampai oleh kuda itu menurut panjang talinya di padang rumput atau di kebun itu, itu menjadi pahala bagi yang punya. Kalau kuda itu putus talinya, lalu naik ke tempat yang tinggi, jejaknya dan tahinya menjadi sumber pahala bagi yang punya. Seandainya kuda itu melalui sebuah sungai, dan ia minum di sana, sedangkan yang punya tidak berniat memberinya minum, maka yang demikian itu menjadi sumber pahala baginya. Karena itu, kudanya menjadi sumber pahala baginya. Orang memelihara kuda untuk memenuhi kebutuhan hidupnya, agar ia jangan menjadi pengemis, dan tidak melupakan hak Tuhan pada waktu membebani kuda itu. Karena kuda itu menjadi alat bagi pemenuhan kebutuhannya. Dan orang yang memelihara kuda karena bongkak, sombong, dan membanggakan diri terhadap orang lain, maka kuda itu menjadi sebab dosa baginya." Orang bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang keldai. Beliau menjawab ''Tidak ada hal khusus yang diturunkan kepada ku mengenai keldai, tetapi sebuah ayat pendek lengkap telah diturunkan kepada ku, yaitu: "Siapa yang berbuat kebaikan sebesar atom pun, akan dilihatnya: siapa yang berbuat kejahatan sebesar atom pun akan dilihatnya." )Surat Al Zilzal. 7- 8( 1151. Dari Zaid bin Khalid r.a., katanya: Ada seorang laki-laki datang kepada Rasulullah s.a.w. bertanya tentang barang yang didapat di jalan. Beliau bersabda: "Ketahui di mana benda itu didapat dan bagaimana tali pengikatnya )tanda-tandanya(, kemudian umumkan kepada orang banyak selama setahun. Kalau pemiliknya datang, serahkan kepadanya. Tetapi kalau dalam masa itu tidak ada orang yang datang, kamu dapat berbuat sesukamu dengan benda itu." Laki-laki itu bertanya: Kalau kambing yang didapat bagaimana? Nabi menjawab: "Kambing itu untukmu, atau untuk saudara mu, atau untuk serigala." Laki-laki itu bertanya lagi: Kalau unta bagaimana? Nabi menjawab: "Kamu tidak perlu mengambilnya. Binatang itu sanggup mencari minum dan tebal kulil kakinya. Ia dapat pergi sendiri ke tempat air dan makan rumput, sampai nanti pemiliknya datang." 1152. Dari Ali bin Abi Thalib r.a., katanya: Dalam peperangan Badar, saya dan Rasulullah s.a.w. masing-masingnya mendapat seekor unta rampasan. Rasulullah s.a.w. memberikan untanya kepada ku. Pada suatu hari saya tidurkan kedua ekor unta itu di depan rumah seorang Ansar. Saya bermaksud memuat tanaman Izkhir ke atas kedua unta itu untuk saya jual. Bersama saya waktu itu ada tukang logam dari Bani Qainuqa". Saya akan mempergunakan harganya untuk pesta perkawinan Fatimah. Hamzah bin Abdul Muttalib sedang minum di rumah itu. Ia disertai oleh seorang penyanyi. Penyanyi itu berkata: Hamzah, unta itu gemuk! Lalu Hamzah melompat menuju kedua unta itu dengan pedang. Ia memotong ponok unta itu dan menyayat-nyayat punggungnya, serta mengeluarkan hatinya. Ibnu Juraid bertanya kepada Ibnu Syihab setelah mendengar cerita ini: Juga ponoknya? Jawab Ibnu Syihab: Kedua ponok itu dipotongnya dan dibawanya. Selanjutnya Ibnu Syihab meneruskan hadis itu; Ali berkata: Saya anggap peristiwa itu amat mengerikan. Lalu saya menghadap Rasul, yang di sebelahnya pada waktu itu ada Zaid bin Haritsah. Saya menceritakan kepada beliau apa yang terjadi. Beliau langsung keluar bersama Zaid, dan saya ikut pergi mengiringinya. Nabi s.a.w. terus masuk ke tempat Hamzah. Beliau marah kepada Hamzah. Hamzah mengangkat pandangannya seraya berkata: Kamu semua hanya budak bapa-bapa ku. Rasulullah s.a.w. mundur, sampai keluar dari tempat mereka. Kejadian itu terjadi sebelum minuman keras diharamkan.1153. Dari Anas r.a., Nabi saw. memanggil orang Ansar untuk membagikan tanah bagi mereka di Bahrain. Mereka berkata: Hai Rasulullah! Jika anda membagikan tanah, hendaklah sama dengan bagian saudara-saudara kami dari suku Quraisy. Rasulullah saw. Tidak menghendakinya begitu, lalu beliau bersabda: "Setelah aku nanti, kamu akan melihat orang-orang yang mementingkan diri sendiri. Hendaklah orang-orang itu sabar sampai kamu berjumpa denganku."1154. Dari Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang berhutang dengan maksud membayarnya kembali, Tuhan akan menolongnya dalam membayar kembali. Siapa yang mengambil harta orang lain dengan maksud untuk menghilangkannya, Tuhan akan menolong menghilangkannya.”1155. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seandainya saya mempunyai emas sebesar bukit Uhud, saya tidak akan merasa senang kalau emas itu masih ada pada saya selama tiga hari, selain dari apa yang dipersiapkan untuk membayar hutang." 1156. Dari Jabir bin Abdullah r.a.. ia bercerita bahwa bapaknya meninggal pada hari peperangan Uhud dalam keadaan berhutang. Semua orang yang berpiutang mendesak menuntut hak mereka. Lalu saya menghadap Rasulullah s.a.w. Beliau meminta kepada orang-orang itu agar mereka mahu menerima buah kebun korma saya untuk pembayar hutang bapa saya, akan tetapi mereka tidak mahu. Rasulullah s.a.w. tidak mahu memberikan kebun saya itu kepada mereka. Beliau berkata: "Besok pagi kami akan datang kepada mu." Besok paginya beliau datang kepada kami. Beliau lalu mengelilingi pohon-pohon korma itu dan beliau mendo'akan buahnya. Kemudian saya memetik buahnya membayar mereka, sedang sisanya masih ada tinggal untuk kami.

63

1157. Dari Jabir bin Abdullah r.a., ia bercerita bahwa bapaknya meninggal dunia dengan berhutang sebanyak tiga puluh wasq kepada seorang laki-laki Yahudi. Jabir minta agar hutang itu ditangguhkan, tetapi orang Yahudi itu tidak mau. Jabir menceritakan hal ini kepada Rasulullah saw. Untuk minta pertolongan beliau terhadap orang Yahudi itu. Beliau pergi kepada orang Yahudi itu, lalu minta orang Yahudi itu mengambil buah kurma Jabir sebanyak piutangnya. Orang Yahudi itu tetap tidak mau. Rasulullah saw. Masuk ke dalam kebun itu dan terus berjalan di dalamnya. Kemudian beliau berkata kepada Jabir: "Petiklah buah kurma itu untuk orang Yahudi itu dan cukupkan haknya." Lalu Jabir memetiknya setelah Rasul pergi. Dipetiknya tiga puluh wasq, dan masih masih tinggal untuknya tujuh belas wasq lagi. Kemudian Jabir pergi menghadap Rasulullah saw. Untuk menceritakan apa yang telah terjadi. Dijumpainya beliau sedang sembahyang Ashar. Setelah beliau selesai sembahyang, langsung diceritakannya buah kurma yang berlebih-lebih itu. Beliau bersabda: "Ceritakanlah hal itu kepada Umar bin Khattab." Jabir pun pergilah kepada Umar menceritakan hal itu. Umar berkata kepadanya: Saya tahu bahwa sewaktu Rasulullah saw. Berjalan dalam kebun itu, sebenarnya beliau memintakan berkat untuk kebun itu.1158. Dari Aisyah r.a., ia menceritakan bahwa Rasulullah s.a.w. biasa berdo'a dalam shalat, dan dibacanya: "Hai Tuhan! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari berbuat salah dan berhutang." Ada orang yang bertanya kepada beliau: Kenapakah engkau amat banyak minta perlindungan daripada berhutang? Beliau menjawab: "Orang yang berhutang bila berkata berdusta, bila berjanji tidak menepatinya. "1159. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Saya dengar Rasulullah saw. bersabda:"Barangsiapa yang menemukan harta bendanya pada seseorang atau beberapa orang yang jatuh muflis, ia lebih berhak atas benda itu dari orang lain."1160. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Dua orang laki-laki bertengkar, yang satu Islam dan yang satu lagi Yahudi. Orang Islam itu berkata: "Demi Tuhan yang memilih Muhammad lebih dari semua orang di dunia." Orang Yahudi itu berkata: "Demi Tuhan yang telah melebihkan Musa dari orang-orang sedunia." Orang Islam itu mengangkat tangannya dan menampar muka orang Yahudi. Orang Yahudi itu pergi menghadap kepada Rasulullah s.a.w. dan menceritakan kepada beliau apa yang telah terjadi antaranya dan orang Islam itu. Nabi saw. Memanggil orang Islam itu dan menanyakan halnya. Ia pun berceritalah kepada beliau. Nabi saw. Bersabda:"Janganlah kamu lebihkan saya dari Musa. Sesungguhnya manusia akan pingsan pada hari kiamat. Saya pun ikut pingsan bersama dengan mereka. Sayalah yang mula-mula sadar kembali. Tiba-tiba Musa berpegang di pinggir Arasy. Saya tidak tahu apakah Musa juga pingsan dan sadar lebih dulu dari ku, atau ia adalah orang dikecualikan oleh Tuhan.”1161. Dari abu Sa'id Al-Khudri r.a., katanya: Pada suatu waktu, ketika Rasulullah saw. sedang duduk-duduk, datanglah seorang Yahudi berkata: "Hai Abu Qasim! Seorang dari sahabat Tuan telah menampar muka saya." "Siapa?" Tanya beliau. Orang Yahudi itu menjawab: "Seorang Ansar." Kata beliau: "Panggillah orang itu!" Lalu beliau bertanya: "Engkau tampar dia?" Orang itu menjawab: Saya dengar ia bersumpah dipasar dengan berkata: "Demi Tuhan yang telah memilih Musa lebih dari segala manusia." Saya berkata: "Kamu telah berbuat jahat terhadap Rasulullah saw." Saya marah, lalu menampar mukanya. Nabi saw. berkata: "Janganlah kamu melebihkan seseorang dari para Nabi. Pada hari kiamat seluruh manusia pingsan. Saya adalah orang yang pertama-tama sedar kembali. Tiba-tiba saya jumpai Musa berpegang pada salah satu tiang Arasy. Saya tidak tahu apakah ia ikut pingsan atau sudah tidak pingsan lagi."1162. Dan Anas r.a., ada seorang Yahudi yang memukul kepala seorang sahaya perempuan dengan dua batu. Sahaya itu ditanya: "Siapakah yang telah melakukan hal ini kepadamu! Si Anu atau Si Anu?" Ketika ia menyebutkan nama seorang Yahudi maka sahaya itu menganggukkan kepalanya. Orang Yahudi itu ditangkap dan ia mengaku. Kemudian Nabi memerintahkan agar kepala Yahudi itu dipukul pula dengan dua batu.1163. Dari Ka'b r.a., ia menagih piutangnya kepada Ibnu Abi Hadrat dalam mesjid sampai kedua orang itu mengeraskan suaranya sehingga kedengaran oleh Rasulullah s.a.w. Beliau waktu itu dalam rumah, lalu beliau ke luar melihat kedua orang itu. Ketika beliau membuka tirai kamar, beliau berkata: "Hai Ka'b! Ka'b menjawab: "Saya, ya Rasulullah!" Rasul berkata:. "Kurangkanlah piutangmu itu!" sambil memberi isyarat untuk mengurangi sebahagian dari hutangnya. Ia menjawab: "Telah saya lakukan, ya Rasulullah!" Beliau berkata kepada orang yang berhutang: "Bayarlah kepadanya."1164. Dari Umar bin Khattab r.a.. katanya, Saya mendengar Hisyam bin Hakim bin Hizam membaca surat Furqan dengan cara yang berlainan dari apa yang saya baca, sedangkan Rasulullah s.a.w. pernah membacakan surat itu kepada saya. Hampir saya marah kepadanya. Saya tunggu sampai ia selesai sembahyang. Lalu saya tarik kain tutup kepalanya dan saya bawa menghadap Rasulullah s.a.w. Saya berkata: "Saya mendengar orang ini membaca berlainan dari apa yang anda bacakan kepada saya." Beliau berkata: "Lepaskan dia!" Kemudian Nabi berkata kepadanya: "Bacalah!" Lalu ia membacanya. Rasul berkata: "Memang demikian surat itu diturunkan!" Kemudian ia berkata kepada saya: "Bacalah!" Lalu saya pun juga membacanya. Beliau berkata: "Memang, begitulah surat itu diturunkan. Sesungguhnya Qur'an diturunkan dari tujuh Qiraat. Maka bacalah dengan mudah daripadanya.”1165. Dari Khabbab r.a., katanya: Saya adalah seorang tukang besi di zaman jahiliah. 'Ash bin Wail berhutang kepada saya beberapa dirham. Saya datang kepadanya menagih hutang itu. Ia menjawab: "Saya tidak akan membayar hutang kepada mu sebelum engkau kafir dengan Muhammad." Saya berkata: "Tidak, demi Allah! Saya tidak akan kafir dengan Muhammad s.a.w., walaupun engkau dimatikan Tuhan lalu dihidupkannya kembali." Kata 'Ash: "Biarlah saya mati, kemudian dihidupkan kembali, lalu saya diberi harta dan anak, baru saya bayar hutang saya kepada mu." Maka turunlah ayat yang berarti: "Adakah engkau lihat orang yang engkar terhadap tanda kebesaran Kami tetapi kendati pun begitu, ia berkata: Saya telah pasti akan diberi harta dan anak." )Haryam, 77(1166. Dari Abdullah bin Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah memerah ternak orang lain tanpa izinnya. Apakah kamu suka kalau tempat minumnya didatangi orang, tempat menyimpan minumannya dipecah orang dan makanannya dibawa orang lain! Susu ternak itu adalah tempat menyimpan makanan mereka. Kerana itu, janganlah memerah ternak orang lain, melainkan dengan izinnya. "1167. Dari Abi Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kalau orang yang beriman itu telah bebas dari neraka, mereka ditahan pada jambatan antara syurga dan neraka, lalu orang saling membalas penganiayaan antara sesama mereka waktu di dunia. Setelah mereka dibersihkan dan disucikan, barulah mereka diizinkan masuk syurga. Demi Allah Yang diri Muhammad di tanganNya, orang lebih tahu tempatnya di syurga daripada tempatnya di dunia."1168. Dari Abdullah bin Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang Islam itu saudara orang Islam; ia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkannya teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya, Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Siapa yang menutup rahasia orang Islam, Allah akan menutup rahsianya di hari kiamat nanti."1169. Dari Abu Musa r.a., Nabi bersabda: "Orang yang beriman dengan orang beriman yang lain adalah seperti rumah; bahagian yang satu menggunakan bahagian yang lain." Dan sebagai perumpamaan beliau mempersilangkan anak-anak jari beliau.1170. Dari Abdullah Umar r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Aniaya itu menjadi kegelapan di hari kiamat."1171. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapa yang merusak nama baik atau harta benda orang lain, maka minta maaflah kepadanya sekarang ini, sebelum datang hari di mana mata uang tidak laku lagi. Kalau ia mempunyai amal baik, sebahagian dari amal baiknya itu akan diambil, sesuai dengan kadar aniaya yang telah dilakukannya. Kalau ia tidak mempunyai amal baik, maka dosa orang lain itu diambil dan ditambahkan kepada dosanya."1172. Dari Abu Salamah r.a., terdapat banyak permusuhan antara dirinya dengan orang banyak. Hal ini diberitakannya kepada Aisyah r.a. Aisyah berkata: Hai Abu Salamah! Hindarilah praktik mengambil tanah orang lain! Nabi s.a.w. pernah bersabda: "Barangsiapa yang mengambil tanah orang lain tanpa hak agak sejengkal, maka akan dikalungkan kepadanya tujuh lapis bumi."1173. Dari Ibnu Umar r.a.. kalanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang mengambil sebahagian tanah orang lain tanpa hak )dengan aniaya(, maka pada hari kiamat ia akan dikubur sampai tujuh lapis bumi."1174. Dari Ibnu Umar r.a.. katanya: Rasulullah s.a.w. melarang orang mengambil lebih daripada haknya, kecuali kalau orang itu mendapat izin dari temannya yang berhak.1175. Dari Aisyah r.a., dari Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang paling, suka bermusuhan."1176. Dari Ummu Salamah r.a., isteri Nabi s.a.w., ia bercerita bahwa Rasulullah s.a.w. mendengar suatu pertengkaran yang terjadi dekat pintu kamar beliau. Beliau keluar menemui orang-orang yang bertengkar itu dan berkata: "Saya ini manusia biasa. Orang-orang berdatangan kepada saya berperkara. Sebahagian dari kamu lebih pintar daripada lawannya. Saya mengira bahwa ia benar, lalu saya jatuhkan keputusan menurut hal yang dikemukakannya. Siapa yang saya beri

64

keputusan dengan melanggar hak orang lain, maka sesungguhnya keputusan itu adalah sebahagian dari api neraka. Terserah kepada orang itu apakah ia akan mengambilnya atau tidak mengambilnya." 1177. Dari Uqbah bin Amir r.a., katanya: Kami berkata kepada Rasulullah s.a.w.: "Anda menyuruh kami untuk tinggal pada suatu kaum, tetapi mereka tidak mahu menjamu kami. Bagaimanakah pendapat anda dalam hal ini?" Beliau berkata kepada kami: "Jika kamu tinggal pada suatu kaum, dan kamu mendapat perlakuan yang pantas sebagai seorang tamu, maka terimalah. Tetapi kalau mereka tidak memperlakukan kamu secara demikian, maka ambillah hak tamu dari mereka!"1178. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah orang melarang tetangganya menyandarkan kayu pada dindingnya!"1179. Dari Anas r.a.: Pernah saya memberi minum kepada banyak orang di tempat Abu Thalhah, dan minuman kerasnya pada hari itu dibuat dari anggur. Lalu Rasulullah s.a.w. menyuruh mengumumkan dan memberitahukan bahwa minuman keras itu diharamkan. Abu Thalhah berkata kepada saya: "Keluarlah engkau dan buangkanlah minuman keras itu!" Saya lalu keluar dan membuangkan minuman keras itu, sehingga mengalir di jalan-jalan-jalan Madinah. Ada orang yang berkata: "Celakalah orang-orang yang masih ada minuman keras dalam perut mereka." Di waktu itulah Tuhan menurunkan ayat yang berarti: "Orang-orang yang beriman dan beramal soleh tidaklah berdosa karena apa yang telah mereka makan )sebelum larangan(. )Al-Maidah, 96(. 1180. Dari Abdullah bin Abbas r.a., katanya: Saya selalu ingin bertanya kepada Umar r.a. tentang dua orang isteri Nabi s.a.w, yang Tuhan telah berfirman tentang mereka berdua: "Jikalau engkau berdua bertobat kepada Tuhan, maka memang hati mu telah cenderung untuk melakukan hal itu" )At-Tahrim, 4(, sampai pada suatu kali ia pergi naik haji dan saya juga ikut naik haji dengannya. Ketika kami sedang dalam perjalanan, Umar menyimpang dan saya pun ikut menyimpang sambil membawa sebuah tempat air. Lalu ia buang air. Kemudian ia datang kepada saya, lalu saya tuangkan air ke tangannya dan ia pun berwudhu'. Saya berkata: "Ya Amirul Mu'minin! Siapakah dua orang isteri Nabi s.a.w. yang disebutkan oleh Allah dalam ayat: "Jika engkau berdua bertobat kepada Tuhan maka memang hati mu telah cenderung untuk melakukan hal itu?" Umar menjawab: "Anda sangat heran tentang hal ini, hai Ibnu Abas! Mereka itu adalah Aisyah dan Hafsah." Kemudian Umar melanjutkan ceritanya: Dia berkata: "Saya tinggal di kampung Umayyah bin Zaid dipinggir tepi kota Madinah. saya mempunyai tetangga seorang Ansar kami berganti-ganti pergi kepada Rasulullah s.a.w. Suatu hari ia pergi dan hari berikutnya saya pergi. Kalau ia yang pergi ia menceritakan kepada saya tentang wahyu yang turun dan berita-berita lain. Demikian pula keadaannya kalau saya yang pergi."Kami orang Quraisy adalah golongan yang berkuasa atas wanita. Ketika kami datang ke Madinah kami dapati orang-orang di sana sangat dikuasai wanita. Maka mulailah para wanita kami belajar dari wanita mereka. Pada suatu hari saya marah kepada perempuan saya, Lalu ia mulai menjawab perkataan saya. Saya berkata bahwa tidak boleh wanita membantah perkataan suaminya, Isteri saya menjawab: "Apakah saya tidak boleh menjawab perkataan mu? Demi Allah, para Isteri Nabi saw. sendiri menjawab perkataan Nabi. Malah ada salah seorang daripadanya yang tidak mahu mendekat kepada beliau dari siang hari sampai malamnya." Saya terus ke luar rumah dan terus pergi ke rumah Hafsah. Saya berkata kepadanya: "Apakah kamu berani menjawab perkataan Rasul s.a.w.?" Ia menjawab: "Ya!" "Dan ada salah seorang dan kamu yang sampai tidak mengindahkan beliau dari siang hari sampai malamnya?" Jawabnya: "Ya!" "Siapa yang melakukan hal itu di antara kamu, sesungguhnya telah celaka dan merugi. Apakah di antara kamu ada yang merasa tenteram dimarahi Allah karena Rasulullah s.a.w. marah kepadanya? Orang yang seperti itu sebenarnya telah hancur. Janganlah kamu menentang perkataan Rasulullah s.a.w. dan jangan kamu minta apa-apa kepadanya. Kalau engkau perlu apa-apa mintalah uang kepada ku. Janganlah engkau merasa sakit hati seandainya tetangga mu )maksudnya Aisyah r.a.( lebih cantik dari mu dan lebih dicintai oleh Rasulullah s.a.w." Di waktu itu kami berbincang-bincang bahwa orang Ghassan sedang mempersiapkan kuda-kudanya untuk menyerang kami. Maka pada suatu hari tetangga saya pergi kepada Rasulullah s.a.w. dan ia kembali pada waktu malam. Ia mengetuk pintu saya keras-keras dan memanggil nama saya. Saya pergi ke luar, untuk menemuinya. Ia berkata: "Ada suatu peristiwa penting terjadi." Saya bertanya: "Apakah yang telah terjadi? Apakah orang Ghassan telah menyerang?" Ia menjawab: "Jauh lebih penting dari itu. Rasulullah s.a.w. telah menceraikan isteri-isterinya." Saya berkata: "Hancur dan rugilah Hafsah! Saya telah menduga bahwa hal ini akan terjadi." Saya pun berpakaian dan berangkat. Saya sembahyang Shubuh bersama s.a.w. Setelah selesai sembahyang beliau masuk ke kamar khusus dan menyendiri di sana. Saya pun masuk ke dalam rumah Hafsah dan saya dapati ia sedang menangis. Saya bertanya kepadanya: "Apakah kamu semua telah diceraikan Rasulullah s.a.w.?" Ia menjawab: "Saya tidak tahu. Ia sedang menyendiri di kamar makan." Lalu saya ke luar rumah dan pergi ke mimbar mesjid. Saya dapati di dekat mimbar itu sejumlah orang sedang duduk-duduk dan sebahagiannya menangis. Saya duduk di tempat itu sebentar. Kemudian saya tidak dapat menahan perasaan saja, maka saya datang ke kamar makan di mana beliau berada. Saya datang kepada seorang pembantu berkulit hitam dan berkata kepadanya. "Tolong mintakan izin Umar hendak masuk," Pembantu itu masuk kemudian ke luar kembali. Ia berkata: "Saya telah menyebutkan nama anda, tetapi beliau diam saja." Kemudian saya bergegas pergi dan duduk bersama orang-orang yang di dekat mimbar. Saya tidak dapat menahan perasaan saya, lalu saya datang sekali lagi kepada pembantu laki-laki hitam itu dan berkata: "Tolong katakan Umar minta izin untuk masuk." Pembantu itu masuk ke dalam lalu ke luar kembali. "Saya telah menyebutkan nama anda, tetapi beliau diam saja." katanya. Lalu saya kembali ke luar dan pergi ke mimbar. Kemudian saya tidak dapat menahan perasaan saya dan pergi sekali lagi kepada pembantu berkulit hitam itu: "Tolong katakan bahwa Umar minta izin untuk masuk." Ia masuk ke dalam, lalu ke luar kembali. "Telah saya sebutkan nama anda, tetapi beliau diam saja." Saya pun bergegas pergi. Tetapi tiba-tiba pembantu itu memanggil saya: "Anda telah diberi izin untuk masuk!" Maka saya pun masuklah dan memberi salam kepada Rasulullah s.a.w. Saya dapati beliau tidur dengan tangan ditopangkan ke kepala diatas sehelai tikar kasar, sehingga kelihatan bekas tikar itu di sisi beliau. Saya berkata: "Ya Rasulullah s.a.w. Apakah anda telah menceraikan isteri-isteri anda?" Rasul mengangkat kepalanya ke arah saya dan menjawab: "Tidak!" Lalu saya berkata: "Tuhan Maha Besar! Bagaimanakah pendapat engkau, ya Rasulullah? Kita orang Quraisy ini adalah suatu golongan yang berkuasa atas wanita. Sewaktu kita datang ke Medinah, kita dapati mereka itu adalah golongan yang dikuasai oleh wanita." Umar meneruskan ceritanya. Nabi s.a.w, tersenyum. Kemudian saya berkata )Umar meneruskan ceritanya(: "Bagaimanakah pendapat tuan ketika saya masuk ke tempat Hafsah dan saya berkata: "Janganlah engkau terpedaya oleh tetangga mu yang lebih cantik dari mu dan lebih dikasihi oleh Nabi )maksudnya Aisyah(?" Beliau tersenyum sekali lagi. Kemudian saya perhatikan keadaan dalam kamar beliau itu. Demi Allah, tidak ada yang menarik perhatian di dalam kamar itu selain dari tiga tempat simpanan air dari kulit. Saya berkata: "Berdo'alah anda kepada Tuhan agar Ia memberikan kelapangan kepada ummat anda. Orang-orang Persia dan Romawi telah diberi kelapangan. Kepada mereka diberikan dunia, padahal mereka tiada Tuhan." Ketika itu beliau sedang bertelekan dan beliau bersabda: "Masih ragukah engkau hai anak Khattab? Mereka itu adalah golongan yang dicepatkan mendapatkan keberuntungan hidup di dunia." Saya berkata: "Ya Rasulullah! Tolonglah minta ampunkan saya!" Beliau merasa kesal karena suatu kejadian, di mana Hafsah menceritakannya kepada Aisyah. Beliau bersabda: "Saya tidak akan masuk ke rumah mereka selama sebulan." Tuhan mencela beliau, karena beliau terlalu marah kepada mereka. Setelah berlangsung selama dua puluh sembilan hari, beliau masuk ke rumah Aisyah. Aisyah berkata kepada beliau: "Tuan bersumpah tiada akan masuk ke rumah kami selama satu bulan. Menurut perhitungan saya, baru dua puluh sembilan hari." Nabi menjawab: "Bulan ini dua puluh sembilan hari!" Dan memang pada waktu itu bulan adalah dua puluh sembilan hari. Aisyah berkata: "Maka turunlah ayat pilihan )takhyir(. Pertama-lama beliau mulai dengan saya. Beliau berkata: "Saya ingin mengingatkan kepada mu satu hal. Kamu tidak perlu menjawabnya sekarang juga. Kamu boleh bermusyawarat dahulu dengan kedua orang ibu-bapa mu." Aisyah menjawab: "Saya tahu bahwa kedua orang ibu-bapak saya belum pernah menyuruh saya agar bercerai atau berpisah dengan tuan. Kemudian beliau bersabda: "Sesungguhnya Tuhan telah berfirman: "Hai Nabi! Katakanlah kepada para isteri mu: Kalau kamu semuanya menghendaki kehidupan dunia dan kemewahannya, maka marilah saya akan memberikan kesenangan kepada kamu dan saya akan melepaskan atau menceraikan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya. Tetapi jikalau kamu menghendaki Allah dan RasulNya serta kampung akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan untuk wanita-wanita yang berbuat baik di antara kamu pahala yang amat besar )Surat al-Ahzab. 28 - 29(.

65

Saya menjawab: "Apakah dalam hal ini saya harus bermusyawarat dengan ibu-bapa saya? Saya menghendaki Tuhan, RasulNya dan kampung akhirat." Kemudian beliau memberikan kebebasan memilih ini kepada semua isteri beliau. Semuanya menjawab sama dengan jawaban Aisyah.1181. Dari Anas r.a.. katanya: Rasulullah s.a.w. bersumpah untuk menjauhkan diri dari isteri-isteri beliau selama satu bulan. Telapak kaki beliau menjadi bengkak, ketika beliau duduk di atas tempat yang tertinggi, datang Umar bin Khattab dan herkata: "Tuan ceraikankah isteri-isteri tuan?" Beliau menjawab: "Tidak! Akan tetapi saya bersumpah menjauhkan diri dari mereka selama satu bulan," Maka setelah berlangsung dua puluh sembilan hari, beliau turun, lalu masuk ke tempat isteri beliau.1182. Dari Huzaifah r.a., katanya: Saya lihat Rasulullah saw. )atau sesungguhnya Nabi saw.( pergi ke tempat buang sampah orang, lalu beliau buang air kecil dengan berdiri.1183. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: ''Pada suatu ketika ada seseorang berjalan di jalan umum. Ia melihat duri, lalu dibuangkannya. Tuhan memberinya pahala dan ampunan."1184. Dari Ikrimah r.a., saya dengar Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. membuat keputusan, seandainya orang berselisih pendapat mengenai lebar jalan, maka ditetapkan tujuh hasta.1185. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Nabi s.a.w. berkata: "Orang yang berzina, tidaklah beriman ketika ia berzina itu. Orang yang minum minuman keras, tidaklah beriman ketika sedang minum itu. Orang yang mencuri, tidaklah beriman ketika ia mencuri itu. Orang yang melakukan perampasan di depan pandangan orang banyak, tidaklah beriman ketika ia melakukan perampasan itu."1186. Dari Salamah bin Akwa' r.a., Nabi s.a.w. melihat api menyala pada hari peperangan Khaibar. Beliau bertanya: "Untuk apa api itu dinyalakan?" Orang banyak menjawab: "Untuk memasak himar jinak." Sabda beliau: "Pecahkan dan buangkanlah!" Kata mereka: "Bagaimana kalau kami buangkan dan kami bersihkan tempatnya?" Sabda beliau: "Bersihkanlah!"1187. Dari Abdullah bin Mas'ud r.a.. katanya: Nabi s.a.w. memasuki kota Mekkah, sedang di waktu itu di keliling Ka'bah terdapat tiga ratus enam puluh berhala. Lalu beliau robohkan dengan tongkat yang ada di tangan beliau dan bersabda: "Yang benar datang dan yang batal hancur. Sesungguhnya yang batal itu hancur." 1188. Dari Anas r.a., Nabi s.a.w. berada di rumah salah seorang isteri beliau. Seorang di antara ibu-ibu orang mukmin itu menyuruh pelayan membawa piring besar yang berisi makanan. Piring itu terpukul oleh isteri yang di samping Nabi tadi dengan tangannya sehingga pecah. Lalu beliau kumpulkan )pertemukan( dan beliau letakkan makanan di dalamnya, dan beliau bersabda: "Makanlah!" Pelayan itu beliau tahan piring, sehingga selesai makan. Kemudian beliau berikan piring yang baik dan beliau ambil yang pecah itu )diambil piring isteri yang memecahkannya sebagai pengganti piring yang di pecahnya(.1189. Dari Jabir bin Abdullah r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w. mengirim sepasukan tentara ke jurusan pantai. Beliau mengangkat sebagai pemimpin mereka Abu 'Ubaidah bin Jarrah. Jumlah mereka adalah tiga ratus orang, di antaranya saya. Kami berangkat, sehingga ketika kami berada di suatu tempat, perbekalan habis. Abu Ubaidah memerintahkan untuk mengumpulkan perbekalan tentara, lalu dikumpulkan semuanya. maka dapatlah terkumpul dua karung kurma. Itulah yang menjadi makanan kami tiap-tiap hari sedikit-sedikit sampai habis. Kemudian kami tiada mendapat bagian selain dari sebutir kurma. Saya berkata: "Apakah sebutir kurma itu mencukupi!" Abu Ubaidah menjawab: "Kita merasa kekurangan ketika habisnya", Kata Jabir: Kemudian kami sampai ke laut, kebetulan dapat seekor ikan yang amat besar, lalu dimakan oleh tentera selama delapan belas malam. Kemudian Abu Ubaidah menyuruh menegakkan dua tulang rusuk ikan itu, lalu kami berjalan di bawah tulang rusuk ikan tadi dan keduanya tiada tersinggung.1190. Dari Salamah r.a., katanya: Orang banyak kekurangan makanan dan kehabisan perbekalan, lalu mereka menghadap Nabi s.a.w. minta izin untuk menyembelih unta mereka, dan beliau mengizinkannya. Kemudian Umar menemui mereka. lalu mereka ceritakan kepadanya. Kata Umar: "Bagaimanakah lagi kalau habis untamu?" Dan ia pun terus menghadap Nabi s.a.w.. katanya: "Bagaimanakah lagi kalau unta itu habis?" Rasulullah s.a,w. bersabda: "Panggillah orang banyak supaya mereka datang membawa kelebihan perbekalan masing-masing." Maka dibentangkan tikar kulit untuk itu, dan mereka meletakkan makanan di atas tikar. Kemudian Rasulullah s.a.w. berdiri lalu berdo'a mohon berkat. Kemudian beliau memanggil mereka supaya membawa tempat makan. Sesudah itu orang banyak mengambil bagian sehingga mereka semua selesai. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Saya mengaku bahwa tidak ada Tuhan selain Allah, dan sesungguhnya saya pesuruh Allah."1191. Dari Rafi' in Khadij r.a., katanya: Kami pernah sembahyang Asar bersama Nabi saw. Sesudah itu kami menyembelih unta, lalu dibagi sepuluh bagian. Kami makan daging yang dimasak sebelum matahari terbenam.1192. Dari Abu Musa r.a., katanya: Nabi saw. bersabda: "Orang Asy'ari, apabila mereka kehabisan perbekalan dalam peperangan atau keluarga mereka kekurangan makanan di Madinah, mereka kumpulkan apa yang ada di atas sehelai kain, kemudian mereka bagi-bagikan di antara mereka makanan itu dengan sebuah takaran sama banyak: mereka segolongan dengan saya dan saya pun segolongan dengan mereka.1193. dari Rafi' r.a., katanya: Kami bersama Nabi saw. berada di Zulhulaifah. Di waktu itu orang banyak menderita kelaparan, lalu mereka habiskan )ambil( unta dan kambing. Kata Rafi': Dan Nabi saw. berada di belakang kaum, mereka cepat-cepat berjalan lalu menyembelih ternak dan mereka siapkan periuk itu. Kemudian Nabi saw. menyuruh supaya dituangkan dari periuk itu, kemudian beliau bagi-bagi dan beliau samakan sepuluh ekor kambing dengan seekor unta. Ada seekor unta diantaranya yang lari, lalu mereka kejar sehingga mereka payah, sedang pada kaum itu ada beberapa ekor kuda. Seorang laki-laki di antara mereka membidik dengan panah. Tuhan menahan unta yang dibidik itu sehingga kena. Kemudian beliau bersabda: "Sesungguhnya binatang ini bersifat liar sebagai sifatnya binatang liar. Mana di antaranya yang memayahkan kamu, maka lakukanlah seperti ini." Rafi' bertanya: "Kami mengharap atau kami khawatir terhadap musuh besok pagi dan pisau tidak ada, bolehkah kami menyembelih dengan bilah buluh?" Jawab beliau: "Apa saja yang mengalirkan darah dan disebut nama Tuhan padanya, makanlah! Tidak boleh dengan gigi dan kuku! Saya ceritakan yang demikian itu kepadamu: Gigi adalah tulang, dan kuku adalah pisau orang Habsyah".1194. Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Barangsiapa yangmemerdekakan hanya sebagian hambanya, maka kewajibannya adalah membebaskannya )memerdekakannya sepenuhnya( dengan hartanya. Jikalau ia tiada mempunyai harta, diperkirakan harta budak itu dengan perkiraan yang adil, kemudian disuruh bekerja dengan tidak terlalu berat."1195. Dari Nu'man bin Basyir r.a., dan Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Perumpamaan orang yang mematuhi larangan Tuhan dan yang melanggarnya, adalah seperti suatu kaum yang mengadakan undian di atas kapal. Sebagian mereka mendapat tempat di atas dan sebagian lagi di bawah. Orang yang di bawah, jikalau hendak mengambil air minum, terpaksa melalui orang yang di atas. Mereka berfikir: Baiklah kita buat sebuah lobang air di tempat kita sehingga kita tidak mengganggu orang yang di atas kita. Jika orang yang di atas membiarkan maksud mereka, tentulah semua mereka binasa. Sebaliknya jika orang yang di atas melarang, maka mereka selamatlah semuanya."1196. Dari Abdullah bin Hisyam r.a., ia masih mendapati Nabi s.a.w. Ia dibawa menghadap Rasulullah s.a.w. oleh ibunya, Zainab binti Humaid. Kata ibu: "Hai Rasulullah! Baiahkanlah dia! Ia masih kecil". Lalu beliau sapu kepalanya dan beliau do'akan.1197. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barang jaminan boleh dikenderai dengan mengeluarkan biayanya. Ternak perahan yang pernah dijaminkan boleh diminum air susunya dengan mengeluarkan biayanya. Orang yang mengendarai dan meminum susu itu harus mengeluarkan biayanya."1198. Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang memerdekakan orang Islam, Tuhan akan melepaskan anggota orang itu dari neraka, sesuai dengan anggota orang yang dimerdekakan."1199. Dari Abu Zar r.a, katanya: Saya bertanya pada Nabi s.a.w.: "Apakah amal yang paling utama?" Beliau menjawab: "Percaya kepada Allah dan jihad )berjuang( di jalanNya )agama Allah(". Saya bertanya: "Hamba sahaya manakah yang lebih utama dimerdekakan?" Jawab beliau: "Yang lebih mahal harganya dan lebih disukai oleh yang empunya." Saya berkata: "Kalau saya tiada dapat melakukan itu?" Sabda beliau: "Engkau tolon orang bekerja atau engkau ajar orang yang tiada berketerampilan." Tanya: "Kalau saya tiada dapat melakukan itu?" Sabda beliau: "Jangan berbuat jahat kepada manusia! Hal yang demikian itu adalah sedekah yang engkau sedekahkan untuk diri engkau sendiri." 1200. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Tuhan tiada memberikan hukuman kepada umat ku terhadap apa yang tergerak dalam dadanya )keinginan yang salah( selagi belum dikerjakan atau belum diucapkannya".1201. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Waktu saya dalam perjalanan menghadap Nabi s.a.w., ketika di jalan, saya berkata: Hai malam! Alangkah lamanya dan penuh kesukaran! Akan tetapi dapat menyelamatkan dari kampung )orang( kafir". Dalam perjalanan, hamba )budak( saya melarikan diri. Setelah saya bertemu dengan Rasulullah s.a.w. saya berjanji setia pada beliau. Sewaktu saya berada di sisi beliau, tiba-tiba

66

hamba itu pun datang. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hai Abu Hurairah! Inilah hamba engkau" Kata saya: "Ia merdeka semata-mata karena Allah". Lalu ia saya merdekakan.1202. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. melarang menjual wala' dan menghibahkannya."1203. Dari Ibnu 'Aun r.a., katanya: Saya berkirim surat kepada Nafi', lalu ditulisnya balasan kepada saya: "Sesungguhnya Nabi s.a.w. melakukan serangan atas Bani Musthaliq ketika mereka sedang lalai dan binatang mereka sedang di tempat minum, lalu beliau bunuh tentaramereka dan beliau tawan anak-anak mereka. Hari itu beliau mengambil Juairiyah."1204. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Saya sentiasa mengasihi Bani Tamin semenjak saya dengar tiga hal dari Rasulullah s.a.w. yang disabdakan beliau mengenai mereka. Saya dengar beliau bersabda: "Mereka itu umat ku yang paling keras )berani( terhadap Dajjal". Dan waktu sedekah dari mereka tiba, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Inilah sedekah kaum kita". Dan tentang tawanan dari mereka yang ada pada Aisyah, beliau bersabda: "Merdekakanlah tawanan itu, sesungguhnya ia dari anak Ismail."1205. Dari Abu Hurairah r.a., di ceritakannya dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Janganlah ada di antara kamu yang berkata: Beri makanlah Tuhan engkau, mandikanlah Tuhan engkau,dan beri minumlah Tuhan engkau, akan tetapi hendaklah ia berkata: tuan ku atau pemimpin ku. Dan janganlah ada di antara kamu yang berkata: Budak ku laki-laki perempuan, akan tetapi hendaklah ia berkata: Pemuda ku, pemudi ku, atau bujang ku."1206. Dan Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w.: "Apabila pelayanmu menghidangkan makanan, jika ia tidak diajak ikut makan, hendaklah diberi satu atau dua suap, sepotong atau dua potong makanan, karena sesungguhnya pelayan itulah yang mengurusnya."1207. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Apabila kamu memukul, hindarkanlah memukul muka".1208. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Hai kaum Muslimat! Janganlah menganggap remeh pemberian seorang tetangga, walaupun hanya berupa kaki kambing".1209. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Sekiranya saya dipanggil untuk makan paha kambing atau kakinya, tentulah saya perkenankan, dan sekiranya saya diberi hadiah paha kambing atau kakinya, tentulah saya terima".1210. Dari Anas r.a., katanya: Kami mengikuti jejak kelinci di Marrizzahran dan orang banyak pun berjalan mengikutinya, lalu mereka payah. Saya mendapat kelinci itu, lalu saya ambil dan terus saya bawa kepada Abu Thalhah dan disembelihnya lalu dia bawa dua pahanya kepada Rasulullah s.a.w. Kata Abu Thalhah: Dua pahanya, tidak ragu lagi, lalu beliau terima. Tanya saya: "Beliau makankah daging itu?" Jawabnya: "Ya, beliau makan". Kemudian dikatakannya: "Beliau terima daging itu".1211. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. apabila disajikan makanan kepadanya, beliau bertanya tentang makanan itu: "Apakah hadiah atau sedekah?" Jikalau dikatakan sedekah, beliau mengatakan kepada sahabat-sahabat: "Makanlah!" dan beliau tidak turut memakannya. Kalau dikatakan hadiah, beliau mengambil dengan tangannya, lalu beliau makan bersama-sama. 1212. Dari 'Aisyah r.a.: Isteri Rasulullah saw. dua golongan. Satu golongan termasuk di dalamnya Aisyah, Hafsah, Safiah dan Saudah,sedang golongan lain Ummu Salamah dan isteri-isteri Rasulullah saw. lainnya. Sesungguhnya orang-orang Islam mengetahui akan kasih Rasulullah saw. kepada Aisyah. Apabila salah seorang mereka hendak memberikan hadiah kepada Rasulullah saw. maka dilambatkannya memberikan hadiah itu, sampai Rasulullah saw. berada di rumah Aisyah: maka datanglah yang punya hadiah tadi kepada Rasulullah saw. di rumah Aisyah.Golongan Ummu Salamah memperkatakan hal itu. Kata mereka pada Ummu Salamah: "Katakanlah kepada Rasulullah s.a.w: supaya dinyatakannya kepada orang banyak bahwa barangsiapa yang berniat memberikan hadiah kepada Rasulullah s.a.w. hendaklah diberikannya kepada beliau di rumah mana saja beliau berada di antara rumah isteri-isteri beliau". Ummu Salamah lalu menyampaikan kepada Nabi apa yang mereka katakan itu. Nabi tiada menjawab sepatah kata pun, Kemudian kami bertanya pada Ummu Salamah. Jawabnya: "Beliau tiada menjawab sepatah kata pun". Kata mereka: "Katakan sekali lagi pada beliau!" Kata Ummu Salamah: Lalu saya katakan kepada Nabi ketika dia mempunyai giliran di rumahku. Beliau tiada menjawab sepatah kata pun. Mereka bertanya lagi: Jawab Ummu Salamah: "Tiada beliau jawab sepatah kata pun". Kata mereka: "Katakanlah pada beliau sampai beliau menjawab!" Setelah beliau mempunyai giliran kepadanya, lalu dikatakan sekali lagi oleh Ummu Salamah. Sabda beliau: "Janganlah saya disakiti berkenaan dengan 'Aisyah. Sesungguhnya wahyu hanya datang kepada saya, ketika saya dalam selimut seorang perempuan, ketika saya di rumah Aisyah". Kata Ummu Salamah: "Saya tobat kepada Allah lantaran menyakiti tuan, ya Rasulullah!" Kemudian mereka memanggil Fatimah puteri Rasulullah s.a.w. Mereka menyuruhnya menghadap Rasulullah s.a.w. untuk mengatakan: "Sesungguhnya isteri-isteri ayah, karena Allah, memohon keadilan kepada ayah mengenai puteri Abu Bakar". Fatimah lalu mengatakan itu kepada Nabi. Beliau bersabda: "Hai anakku! Apakah engkau tidak kasih kepada yang saya kasihi?" Jawab Fatimah: "Ya, memang begitu!" Dan ia pun kembali kepada mereka, lalu dikhabarkannya hal yang demikian. Kata mereka: "Kembalilah menghadap beliau!" Ia tiada mahu kembali. Mereka menyuruh Zainab binti Jahsy, lalu ia datang menghadap Nabi. Dengan cara kasar ia berkata: "Sesungguhnya isteri-isteri tuan, karena Allah, memohon keadilan tentang puteri anak Abu Quhafah". Ia mengeraskan suaranya sehingga kedengaran oleh Aisyah yang sedang duduk sampai ia memakinya, sehingga Rasulullah s.a.w. memandang kepada Aisyah, adakah ia menjawab. Kata yang meriwayatkan hadis: Aisyah lalu menjawab terhadap Zainab, sehingga terdiam. Kata Aisyah: Nabi s.a.w. memandang kepada saya )Aisyah( dan beliau berkata: "Sesungguhnya ia puteri Abu Bakar!"1213. Dari Anas r.a., Nabi s.a.w. biasanya tidak menolak harum-haruman.1214. Dari Aisyah r.a.; katanya: Rasulullah s.a.w. sering menerima hadiah dan membalasnya.1215. Nu'man bin Basyir r.a. sedang di atas mimbar berkata: "Bapak saya memberi sebuah pemberian kepada saya. 'Amrah binti Rawahah )ibu Nu'man( berkata: Saya tidak suka sebelum engkau memperlihatkannya kepada Rasulullah s.a.w.". Lalu Basyir menghadap Rasulullah s.a.w., katanya: "Saya memberikan suatu pemberian kepada anak saya dari 'Amrah binti Rawahah, tetapi ibunya menyuruh saya untuk memperlihatkannya kepada tuan, hai Rasulullah!" Sabda beliau, "Apakah engkau beri semua anak engkau serupa itu?" Jawabnya: "Tidak!" Sabda beliau: "Takutlah kepada Tuhan dan berlaku adillah di antara anak-anakmu!" Kata Nu'man: "Ia kembali, lalu dibatalkannya pemberian itu".1216. Dari Aisyah r.a., katanya: Waktu penyakit Nabi s.a.w. bertambah berat dan semakin gawat, beliau minta izin kepada isteri-isteri beliau supaya dirawat di rumah saya. Mereka semua mengizinkan. Beliau ke luar dipapah di antara dua orang laki-laki dengan kaki beliau terkulai ke tanah. Beliau dipapah antara Abbas dan seorang laki-laki lain. Ubaidullah berkata: "Saya ceritakan kepada Ibnu Abbas apa yang dikatakan Aisyah itu". Ibnu Abas berkata kepada saya: "Tahukah engkau siapa laki-Iaki yang tiada disebutkan namanya oleh Aisyah itu?" Jawab saya: "Tidak!". Katanya: "Laki-laki itu ialah Ali bin Abu Thalib".1217. Dari Maimunah binti Haris r.a., ia memerdekakan seorang sahaya perempuan, tetapi ia tiada minta izin terlebih dahulu kepada Nabi s.a.w. Ketika tiba hari giliran beliau kepadanya, ia berkata: "Ketahuilah, hai Rasulullah! Saya telah memerdekakan hamba sahaya". Jawab Rasulullah: "Telah engkau lakukan?" Jawabnya: "Ya!" Sabda beliau: "Sesungguhnya kalau engkau berikan kepada pamanmu, nescaya lebih besar upahnya )pahalanya( bagimu".1218. Dari Miswar bin Makhramah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. membagi-bagi pakaian, dan beliau tiada memberi Makhramah pakaian itu sehelai pun. Makhramah berkata: "Hai anakku! Marilah kita pergi menghadap Rasulullah s.a.w.!" Lalu kami pergi bersama-sama. Katanya: Masuklah engkau, dan mintakanlah kepada beliau untuk saya!" Kata Miswar: Lalu saya mintakan. Nabi lalu keluar menemuinya dengan membawa sehelai pakaian. Sabda beliau: "Inilah yang saya sediakan untukmu!" Kata Miswar: Ia )Makhramah( memandang pakaian itu dan merasa senang.1219. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: Nabi s.a.w. datang ke rumah Fatimah dan beliau tiada masuk ke dalam rumah. Kemudian Ali datang, lalu Fatimah mengatakan kejadian itu kepadanya. Ali menanyakan hal itu kepada Nabi s.a.w. Beliau bersabda: "Sesungguhnya saya lihat di pintunya ada tabir yang beraneka warna". Sabda beliau seterusnya: "Saya tiada mempunyai keinginan terhadap dunia". Ali pergi menemui Fatimah dan dikatakannya hal itu kepadanya. Kata Fatimah Sebaiknya beliau memerintahkan hal itu kepada saya, bagaimana baiknya. Kata

67

Ali: "Hendaklah dikirimkan kepada keluarga si Anu yang memerlukan".1220. Dari Anas bin Malik r.a., Ada seseorang perempuan Yahudi datang kepada Nabi s.a.w. membawa daging kambing yang berdaun, lalu beliau makan daging itu. Kemudian perempuan itu dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w. Ada orang bertanya: "Bolehkah kami bunuh?" Jawab beliau: "Tidak!" Kata Anas: "Saya selalu mengetahui pengaruh racun itu dalam kerongkongan beliau".1221. Dari Anas r.a., katanya: Pernah terjadi kegemparan di Madinah. Nabi s.a.w. segera meminjam kuda yang bernama Mandub dari Abu Thalhah, lalu beliau kendarai. Setelah beliau kembali, beliau bersabda: "Kami tidak melihat sesuatu pun. Kami dapati kuda ini sangat kencang".1222. Dari Aiman r.a., katanya: Saya masuk ke rumah Aisyah, di situ ada baju perempuan yang terbikin dan benang seharga lima dirham. Kata Aisyah: "Lihatlah sahaya perempuan, perhatikanlah dia! Ia merasa megah karena memakai pakaian itu dalam rumah. Saya pernah memakai baju itu pada masa Rasulullah s.a.w. Setiap wanita yang ingin berdandan di Madinah, selalu mengirimkan utusan kepada ku buat meminjaminya".1223. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Pemberian yang paling baik ialah unta mengandung yang bagus dan kambing yang bagus, pagi hari diperah susunya satu panci dan petang hari satu panci".1224. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Waktu orang Muhajirin datang ke Madinah, mereka tiada membawa suatu apa pun sedang orang Ansar mempunyai tanah, kebun dan rumah-rumah. Orang Ansar lalu membagikan tanah itu dengan memberikan hasil harta itu kepada orang Muhajirin setiap tahun, dan mereka )Muhajirin( mencukupkan kerja dan belanja. Ibunya )ibu Anas di panggil orang Ummu Sulaim( adalah ibu Abdullah bin Abu Thalhah. Ibu Anas memberikan pohon kurma kepada Rasulullah s.a.w. lalu beliau berikan kepada Ummu Aiman, maula beliau, iaitu ibu Usamah bin Zaid. Ibnu Syihab berkata: "Anas bin Malik menceritakan kepada saya, bahwa Nabi s.a.w. setelah selesai memerangi penduduk Khaibar, beliau kembali ke Madinah. Waktu itu orang Muhajirin mengembalikan pemberian orang Ansar yang buahnya dahulu telah mereka ambil. Nabi s.a.w. mengembalikan kepada ibu Anas pohon kurmanya dan Rasulullah s.a.w. memberikan gantinya kepada Ummu Aiman dari kebun beliau sendiri". 1225. Dari Abdullah bin 'Amr r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada empat puluh macam pemberian, yang paling tinggi di antaranya memberikan kambing. Siapa yang mengerjakan satu macam di antaranya karena mengharapkan pahala Allah dan membenarkan janjiNya, nescaya Allah akan memasukkan orang itu ke dalam surga".1226. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersama Ubaiya hin Ka'b, orang Ansar berjalan menuju sebuah kebun kurma yang di dalamnya ada Ibnu Saiyad. Ketika Rasulullah s.a.w. masuk beliau bersembunyi dekat pohon kurma dan beliau mengintip untuk mendengarkan sesuatu dari Ibnu Saiyad sebelum ia melihat beliau. Ibnu Saiyad sedang tidur di atas tikar dan mendengkur dalamselimutnya. Ibu Ibnu Saiyad melihat Nabi s.a.w. ketika beliau bersembunyi dekat pohon kurma, Katanya kepada Ibnu Saiyad: "Hai Shaf! Ini Muhammad!" Ibnu Saiyad lalu menghindar. Rasulullah bersabda: "Jikalau ibunya membiarkan tentu akan nyata keadaannya."1227. Dari Aisyah r.a., Isteri Rifa'ah al Qurazi datang menghadap Nabi s.a.w. katanya: Saya adalah isteri Rifa'ah, kemudian saya ditalaknya, dan telah ditalak bain. Lalu saya kawin dengan Abdurrahman bin Zubir. Tetapi dengan dia saya hanya sebagai jambu-jambu kain saja )tidak apa-apa(. Sabda beliau: "Hendak kembalikah engkau kepada Rifa'ah? Belum boleh, sebelum engkau rasakan air madunya dan dirasanya air madu engkau )bersetubuh(.1228. Dari 'Uqbah bin Haris r.a., Ia kahwin dengan anak Abu Ihab bin Aziz. Kemudian ada seorang perempuan datang kepadanya, katanya: "Sesungguhnya saya yang menyusukan 'Uqbah dan perempuan yang dikahwininya". Kata 'Uqbah: "Saya tiada mengetahui bahwa anda menyusukan saya dan anda pun belum pernah mengabarkan itu kepada saya. Lalu ia pergi kepada keluarga Abu Ihab menanyakan hal itu kepada mereka. Mereka menjawab: "Kami tiada mengetahui bahwa ia menyusukan saudara kami". Lalu 'Uqbah berangkat ke Madinah untuk menghadap Nabi s.a.w. Maka ia bertanya kepada beliau. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bagaimana membantahnya, karena telah ada orang yang berkata begitu". Lalu diceraikannya dan perempuan itu kahwin dengan laki-Iaki lain.1229. Dari Umar bin Khattab r.a., katanya: "Manusia di zaman Rasulullah s.a.w. berhukum dengan dasar wahyu, dan sekarang wahyu telah tidak turun lagi. Sekarang kamu kami hukum menurut apa yang nyata bagi kami tentang kerjamu. Barangsiapa yang nyata bagi kami baik, kami amankan dan kami benarkan. Kami tiada mengetahui sesuatu yang dirahsiakan: hanya Tuhan yang menghitung )memeriksa( yang dirahsiakannya itu. Siapa yang nyata bagi kami jahat, tidak kami amankan dan tidak kami benarkan, walaupun mengatakan bahwa yang dirahsiakan hatinya baik".1230. Dari Aisyah r.a., katanya: Aflah minta izin masuk rumah saya, dan saya tidak mengizinkannya. Katanya: "Adakah engkau akan tertutup terhadap saya, sedangkan saya saudara bapa engkau?" Kata saya: "Mengapa begitu?" Jawabnya: " Engkau disusukan oleh isteri saudara ku." Kata Aisyah: lalu saya tanyakan hal itu kepada Rasulullah saw. Sabda beliau: "Benar Aflah, izinkanlah dia!" 1231. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda mengenai anak puteri Hamzah: "Ia tiada halal untuk saya. Haram karena sesusuan sama dengan haram karena seketurunan. Dan ia adalah anak dari saudara ku sesusuan". 1232. Dari Aisyah r.a., isteri Nabi s.a.w., sesungguhnya Nabi s.a.w berada didekatnya ketika ia mendengar suara laki-laki minta izin masuk ke rumah Hafsah. Kata Aisyah, saya berkata: "Hai Rasulullah! Saya kira orang itu si Anu, bapa kecil Hafsah sesusuan! Kata Aisyah seterusnya: "Hai, Rasulullah! Laki-laki ini minta izin masuk ke rumah tuan". Rasulullah s.a.w. bersabda: "Saya juga mengira bahwa orang itu bapa kecil Hafsah kerana sesusuan". Kata Aisyah: "Kalau sekiranya si Anu bapa kecilku kerana sesusuan masih hidup, bolehkah ia masuk ke rumahku?" Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ya, sesungguhnya sesusuan itu menjadi muhrim, sebagaimana muhrim kerana keturunan". 1233. Dari Aisyah r.a., katanya: Nabi s.a.w. masuk ke rumah saya. Ketika itu di rumah saya ada seorang laki-laki. Beliau bertanya: "Hai Aisyah! Siapa orang ini?" Jawab saya: "Saudaraku karena sesusuan". Sabda beliau: "Hai Aisyah! Perhatikanlah mana yang orang baik dari antara saudara mu sesusuan itu, karena sesungguhnya menyusu itu karena lapar"1234. Dari Urwah bin Zubair r.a.: Ada seorang perempuan mencuri waktu peperangan menaklukkan Makkah. Lalu ia dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w. Beliau memerintahkan supaya dipotong tangannya. Aisyah berkata: "Kemudian perempuan itu sempurna tobatnya dan ia kawin. Sesudah itu pernah ia datang dan saya sampaikan permintaannya kepada Rasulullah s.a.w."1235. Dari Imran bin Husain r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Yang paling baik di antara kamu ialah mereka yang ada pada abadku, di bawah itu orang-orang yang setelah mereka, seterusnya orang-orang yang setelah mereka". Dan selanjutnya Nabi s.a.w. bersabda: Setelah kamu nanti akan ada kaum yang berkhianat dan mereka tiada dipercayai. Mereka turut jadi saksi, sedangkan mereka tiada diminta untuk itu; mereka bernazar, tetapi mereka tiada memenuhinya )tiada membayarnya(, dan di antara mereka ada gemuk-gemuk badannya".1236. Dari Abdullah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Manusia yang paling baik ialah mereka yang ada pada abadku. Dibawah itu adalah mereka yang dibelakangnya. Kemudian datang beberapa kaum. Seseorang di antara mereka mendahulukan kesaksian dari sumpahnya dan sumpahnya dahulu dari kesaksiannya".1237. Dari Aisyah r.a., katanya: Nabi s.a.w. mendengar seorang laki-laki membaca Qur'an dalam mesjid. Beliau bersabda: "Kiranya Allah memberi rahmat kepadanya! Ia mengingatkan saya akan ayat ini dan ayat itu yang saya lupa memasukkannya dalam surat ini dan surat itu". Abbad bin Abdullah r.a. menambahkan dari Aisyah r.a.: Nabi s.a.w. tahajjud di rumahku dan beliau mendengar suara Abbad sedang sembahyang dalam mesjid. Beliau bersabda: "Hai Aisyah! Suara Abbadkah ini?" Jawab ku: "Ya!" Sabda beliau: "Ya Tuhan, kasihilah kiranya Abbad!" 1238. Dari Aisyah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. kalau hendak bepergian, beliau undi antara isteri-isteri beliau. Siapa di antaranya yang keluar undiannya, beliau membawanya berangkat. Beliau mengundi antara kami untuk pergi kepada suatu peperangan. Maka keluarlah undian saya. Lalu saya berangkat bersama beliau sesudah turun ayat hijab )perintah bertutup muka(. Saya dibawa dan ditumpangkan di atas sekedup, lalu kami berjalan. Setelah Rasulullah s.a.w. selesai dari peperangan itu, beliau berangkat pulang. Setelah kami berhenti dekat Madinah, malam harinya diberitahukan untuk berangkat. Ketika pemberitahuan itu, saya pun berdiri lalu berjalan hingga saya

68

melampaui tentara. Setelah saya menyiapkan keperluan, dan saya bersiap-siap untuk berangkat, saya raba dada saya, kebetulan kalung saya jaz'i azfar )sebangsa akik( telah putus. Segera saya kembali mencari kalung saya, sehingga saya terlambat karena mencarinya. Mereka yang akan berangkat itu datang ke tempat saya tadi, lalu mereka angkat sekedup saya dan mereka letakkan di atas punggung unta kendaraan saya. Mereka mengira saya dalam sekedup itu, karena perempuan waktu itu berbadan ringan tiada berat badannya dan tiada banyak dagingnya, karena mereka makan hanya sedikit. Orang itu tiada curiga ketika mengangkatnya, lalu sekedup itu mereka bawa. Mereka menyuruh unta berdiri dan terus berjalan. Kalung saya dapat kembali sesudah tentang pergi. Saya datang ke tempat tentara tetapi tiada seorang juapun lagi di situ, maka saya tujulah tempat yang saya tempati semula, karena menurut dugaan saya, tentu setelah mereka tahu bahwa saya hilang, mereka akan mencari saya. Ketika saya sedang duduk, mata saya mengantuk, lalu saya tertidur. Safwan bin Mu'aththal Assulami Zakwani berjalan di belakang tentara. Waktu subuh ia tiba dekat tempatku, maka dilihatnya bayangan manusia sedang tidur. Lalu ia datang menemui saya, dan ia pernah melihat saya sebelum bertutup, lalu saya terbangun karena ia membaca: Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun, ketika ia menyimpuhkan untanya. Kemudian diinjaknya tangan unta itu, lalu saya kendarai, dan ia pun berjalan menghela unta saya, sehingga kami sampai kepada tentara ketika mereka sedang beristirahat waktu mulai tengah hari.Maka curigalah orang yang curiga. Yang memelopori kabar dusta itu ialah Abdullah bin Ubayy bin Salul. Kemudian kami sampai di Madinah dan saya sakit selama sebulan. Mereka menyiarkan kabar bohong. Saya merasakan sewaktu saya sakit, saya tiada melihat kesayangan Nabi s.a.w. sebagaimana biasa saya lihat kalau saya sakit. Hanya waktu beliau masuk, beliau memberi salam, kemudian bertanya: "Bagaimana keadaanmu?" Saya tiada mengetahui hal yang demikian itu sampai saya sembuh. Waktu saya telah sembuh, saya ke luar bersama Ummu Misthah ke tempat buang air besar. Kami hanya ke luar malam hari. Itu sebelum kami membuat kakus dekat rumah kami. Dan keadaan kami sebagaimana keadaan orang Arab zaman dahulu, buang air di tengah padang. Lalu saya berjalan bersama Ummu Misthah binti Abu Ruhmin. Ia terbentur )tertarung( pada kainnya, lalu berkata: "Celaka Misthah!" Saya berkata kepadanya: "Alangkah jeleknya perkataanmu! Mengapa engkau caci laki-laki yang turut serta dalam peperangan Badar?" Jawabnya: "Hai! Tidakkah engkau tahu apa yang mereka perkatakan?" Lalu diceritakannya kepada saya berita bohong itu. Maka bertambah hebatIah penyakit saya di samping sakit yang telah ada. Setelah saya kembali ke rumah. Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat saya, lalu beliau memberi salam dan bertanya:"Bagaimana keadaanmu?" Kata saya: "Izinkan lah saya menemui ibu bapa saya". Kata Aisyah: Ketika itu saya hendak meyakinkan tentang pekhabaran itu dari keduanya. Rasulullah mengizinkan saya, lalu saya datang menjumpai ibu bapa saya. Saya bertanya kepada ibu: "Apakah yang ramai dibicarakan orang banyak?" Jawabnya: "Wahai anakku! Janganlah engkau perdulikan keadaan itu terhadap dirimu! Demi Allah, sesungguhnya jaranglah perempuan cantik di samping laki-laki yang mengasihinya dan ia bermadu, tentulah madunya akan memperbanyak cacian kepadanya." Kata saya: "Subhanallah! Benarlah orang banyak membicarakan hal ini!" Kata Aisyah: Malamnya saya tinggal di situ sampai pagi. Air mata ku mengalir tiada putus-putus, dan saya tidak bisa tidur. Pada paginya, Rasulullah s.a.w. memanggil Ali bin Abu Thalib dan Usamah bin Zaid, ketika wahyu lambat )terhenti( turunnya. Beliau bermusyawarat dengan keduanya mengenai perpisahan dengan isteri beliau. Adapun Usamah memberikan pandangannya kepada beliau dengan nama Tuhan yang mengetahui diri beliau tentang kasihnya terhadap mereka. Usamah berkata: "Dari hal isteri tuan hai Rasulullah! Demi Allah, tiada yang kami ketahui melainkan baik." Ali bin Abu Thalib berkata: "Hai Rasulullah! Tuhan tiada akan menyulitkan tuan. Perempuan yang lain masih banyak. Tuan tanyalah jariyah )hamba(, dia akan berkata benar kepada tuan!" Rasulullah s.a.w. memanggil Barirah, lalu beliau bertanya: "Hai Barirah! Adakah engkau ketahui pada Aisyah sesuatu yang mencurigakan engkau?" Barirah menjawab: "Tidak, demi Tuhan yang mengutus tuan dengan hak. Tiada hamba ketahui padanya keadaan yang dapat hamba cela. Tapi ia hanya seorang perempuan yang muda usianya. Ia tidur meninggalkan tepung yang dibasahi untuk dibuat roti, dan binatang-binatang kecil datang memakannya." Hari itu Rasulullah s.a.w. berdiri berkhutbah. Beliau menyatakan keberatan terhadap Abdullah bin Ubayy bin Salul. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapakah yang akan menolong saya terhadap laki-laki yang saya dengar mengganggu isteri saya. Demi Allah! Saya hanya mengetahui isteri saya sebagai seorang yang baik. Dan mereka menyebut laki-laki yang menurut pengetahuan saya orang baik. Ia tiada pernah masuk ke rumah isteri saya selain dengan saya." Maka Sa'ad bin Mu'az berdiri lalu berkata: "Hai Rasulullah! Demi Allah, saya menolong tuan terhadapnya. Kalau ia dari golongan Aus, kami penggal lehernya. Kalau ia saudara kami dari golongan Khazraj perintahkan lah kepada kami. supaya kami lakukan perintah tuan. "Sa'ad bin Ubadah lalu berdiri. Dia pemimpin Khazraj. Sebelum itu dia seorang laki-laki yang baik. Tetapi dia didorong oleh rasa kesukuan )kesombongan(, katanya: "Demi Allah! Engkau bohong! Jangan engkau bunuh dia dan engkau tidak bisa membunuhnya." Usaid bin Hudair berdiri pula, katanya: "Demi Allah! Engkau bohong. sesungguhnya kami mesti membunuhnya. Sebenarnya engkau munafik, engkau membela orang-orang munafik." Maka ributlah dua golongan Aus dan Khazraj, sehingga terjadi keributan dan hampir berbunuh-bunuhan dan Rasulullah s.a.w. sedang di atas mimbar. Segera beliau turun, lalu beliau tenangkan mereka, sehingga mereka diam dan beliau diam pula. Kata Aisyah: Hari itu saya menangis, air mata ku tiada putus-putusnya dan saya tidak bisa tidur. Pagi harinya ibu bapa berada di sisi saya. Saya telah menangis sehari dua malam, hingga saya kira tangis itu membelah hatiku. Ketika keduanya sedang duduk di sisi saya dan saya menangis, tiba-tiba seorang perempuan Ansar minta izin masuk, lalu saya izinkan ia duduk menangis bersama saya.Kata Aisyah: Ketika kami dalam keadaan demikian, tiba-tiba Rasulullah s.a.w. masuk lalu beliau duduk. Beliau tiada duduk di sisi saya semenjak hari orang memperkatakan diri saya. Selama satu bulan beliau tiada menerima wahyu mengenai keadaan saya. Kata Aisyah: Nabi mengucapkan syahadat membaca: )Asyhadu an la ilaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah(, kemudian beliau bersabda: "Hai Aisyah! Saya telah mendapat berita tentang diri mu begini dan begitu. Kalau engkau tiada bersalah )suci(, maka Tuhan akan membebaskan engkau. Tetapi kalau engkau berbuat dosa, maka mohonlah ampunan kepada Allah dan taubatlah kepadaNya. Sesungguhnya seorang hamba kalau mengakui dosanya, kemudian ia tobat. Tuhan akan menerima tobatnya." Setelah Rasulullah s.a.w. selesai bersabda, keringlah air mata saya hingga tiada terasa setetes pun. Saya berkata kepada bapa saya: "Bapak, tolonglah menjawabkan kepada Rasulullah." Saya berkata kepada ibu: "Ibu, tolonglah menjawabkan kepada Rasulullah!" Jawabnya: "Saya tidak mengetahui apa yang akan saya katakan kepada Rasulullah!" Kata Aisyah selanjutnya: "Saya seorang perempuan yang masih muda, tiada banyak membaca Qur'an." Katanya: "Demi Allah! Sesunguhnya saya mengetahui bahwa tuan telah mendengar apa yang diperbincangkan manusia dan masuk ke dalam hati tuan dan tuan pun membenarkannya. Demi, jika saya katakan kepada tuan, bahwa saya tiada bersalah )dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya saya tiada bersalah( tuan tiada juga akan membenarkan saya tentang itu. Demi, jika saya mengaku bersalah )sedang Allah mengetahui bahwa saya tiada bersalah( tentulah tuan akan membenarkan. Demi Allah, tiada saya dapati perumpamaan antara saya dan tuan, melainkan ketika bapa Yusuf berkata: "Hanyalah sabar yang lebih elok! Dan Allah tempat minta tolong terhadap apa yang kamu terangkan." Kemudian saya pindah ke tikar tempat tidur saya, sambil mengharapkan dibebaskan )disucikan( Tuhan saya kiranya. Tetapi, demi Allah, tiada saya kira bahwa wahyu diturunkan mengenai keadaan saya. Saya sendiri merasa terlalu kecil untuk disebutkan keadaan saya di dalam Qur'an. Hanya saya mengharapkan bahwa Rasulullah s.a.w. akan melihat )bermimpi( waktu tidur suatu mimpi, bahwa Tuhan membebaskan saya )menyatakan tiada bersalah(. Demi Allah sebelum beliau hendak pergi ke majlis beliau, dan belum seorang pun dari isi rumah yang ke luar, maka diturunkan lah wahyu kepada beliau. Beliau merasa payah, sehingga keringat beliau bercucuran seperti mutiara, pada hal waktu itu musim dingin. Setelah wahyu kepada Rasulullah s.a.w. selesai, beliau tertawa. Perkataan pertama yang beliau katakan dihadapkan kepada saya: "Hai Aisyah! Pujilah Allah! Sesungguhnya Tuhan telah membebaskan engkau )menyatakan tiada bersalah(." Ibu berkata kepada saya: "Berdirilah engkau menghadap Rasulullah s.a.w.!" Jawab saya: "Tidak, demi Allah! Saya tidak akan berdiri menghadap beliau, dan tiada yang akan saya puji melainkan Allah!" Tuhan yang Maha Tinggi telah menurunkan ayat yang artinya: "Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah golongan kamu juga sampai akhir ayat. )Surat An Nur, 11 . 12(. Setelah Tuhan menurunkan ayat tentang kesucian saya, Abu Bakar Siddik, yang membelanjai Misthah bin Asasah karena kerabatnya, berkata: "Demi Allah, untuk selamanya saya tiada akan membelanjai Misthah sedikit pun, sesudah ia memperkatakan tentang hal Aisyah." Tuhan yang Maha Tinggi lalu menurunkan ayat yang

69

artinya: "Orang-orang yang mempunyai kekayaan dan kelapangan di antara kamu janganlah bersumpah bahwa mereka tiada akan memberi pertolongan kepada kerabat sampai Tuhan itu Pengampun dan Penyayang". )Surat An Nur, ayat 22(. Kemudian Abu Bakar berkata: "Demi Allah, sesungguhnya saya suka bahwa Tuhan akan mengampuni saya." Lalu ia kembali membelanjai Misthah sebagai dahulu. Dan Rasulullah s.a.w.. menanyakan pada Zainab binti Jahsy dari hal keadaanku. Nabi bertanya: "Apakah yang engkau ketahui tentang apa yang engkau lihat?" Jawab Zainab: "Hai Rasulullah! Saya menjaga pendengaran dan penglihatan saya. Demi Allah, tiada saya ketahui tentang dirinya melainkan baik." Katanya Aisyah: "Dan dia )Zainab( yang menyamai saya, maka Tuhan memeliharanya dengan wara' )taqwa kepada Tuhan(."1239. Dari Abu Bakrah r.a., katanya: Seorang laki-laki memuji laki-laki lain di sisi Nabi s.a.w. Lalu beliau bersabda: "Ah! Engkau telah memotong leher teman engkau". Perkataan ini diulangnya beberapa kali. Kemudian beliau bersabda: "Barangsiapa di antara kamu yang terpaksa memuji saudaranya, hendaklah ia berkata: "Saya kira si Anu )hanya Tuhan mengetahui dan saya tidak akan mengatakan bersih seseorang di sisi Tuhan( sepanjang dugaan saya orang itu begini atau begitu; kalau ia mengetahui tentang orang tadi."1240. Dari Abu Musa r.a., katanya: Nabi s.a.w. mendengar seorang laki-laki memuji laki-laki lain dan berlebihan dalam pujiannya. Beliau bersabda: "Kamu membinasakannya atau memotong punggung orang itu."1241. Dari Ibnu Umar r.a., ia meminta kepada Rasulullah s.a.w. untuk jadi tentara pada waktu peperangan Uhud, sedang dia ketika itu berusia empat belas tahun. Beliau tiada membolehkan. Kemudian dia kemukakan pula permohonan pada peperangan Khandaq dan dia telah berusia limabelas tahun. Beliau mengabulkan permohonannya.1242. Dari Ibnu Abas r.a., Hilal bin Umaiyah berada di sisi Nabi s.a.w. menuduh isterinya berbuat jahat dengan Syarik bin Sahma. Beliau bersabda: "Bukti atau hukuman had )dera( di punggung engkau!" Kata Hilal: "Hai Rasulullah! Apabila salah seorang di antara kami melihat isterinya berjalan dengan seorang laki-laki lain, perlukah juga bukti? Beliau bersabda: "Perlu bukti, dan kalau tidak hukum had )dera( di punggung engkau".1243. Dari Abu Hurairah r.a.: "Nabi s.a.w. menawarkan pada satu kaum untuk bersumpah. Mereka berebut hendak dahulu, lalu beliau memerintahkan supaya diundi antara mereka siapa yang akan lebih dahulu melakukan sumpah."1244. Dari Abdullah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang bersumpah, hendaklah bersumpah dengan nama Allah atau hendaklah diam saja".1245. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: Setelah Nabi s.a.w. wafat, harta 'Ala' bin Hadrami dibawa kepada Abu Bakar. Kata Abu Bakar: "Barangsiapa yang berpiutang kepada Nabi s.a.w. atau ada janji dari beliau, hendaklah datang kepada kami!" Jabir berkata: Kata saya: "Rasulullah s.a.w. menjanjikan, bahwa beliau akan memberi saya sekian, sekian dan sekian". Lalu ditampungkannya kedua tangannya tiga kali. Kata Jabir: "Abu Bakar menghitung di tangan saya lima ratus, kemudian lima ratus dan kemudian lima ratus".1246. Dari Anas r.a., katanya: Ada orang mengatakan kepada Nabi s.a.w."Mohon tuan datangi Abdullah bin Ubaiyy". Lalu Nabi s.a.w. berangkat untuk menemuinya dan beliau mengendarai keldai. Orang-orang Islam turut berangkat berjalan bersama dengan beliau sedangkan di situ tanah kering. Waktu Nabi s.a.w. datang kepadanya, ia berkata: "Menghindarlah tuan dari saya! Demi Allah, sesungguhnya saya merasa sakit karena bau busuk keldai tuan". Seorang laki-laki dari orang Ansar di antara merekaberkata: "Demi Allah! Sesungguhnya keldai Rasulullah s.a.w. lebih harum baunya dari engkau". Seorang laki-laki dari kaum Abdullah lalu marah. dan keduanya saling memaki-maki dan saling bermarahan. Lalu keduanya berpukul-pukulan dengan pelepah kurma, tangan, dan terompah. Kemudian sampai kepada kami, ayat yang diturunkan artinya: "Dan kalau dua golongan dari orang mukmin berperang-perangan, maka hendaklah kamu damaikan antara keduanya". )Surat Al Hujurat, 9(1247. Dari Ummu Kalsum binti 'Uqbah r.a., sesungguhnya ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:" Bukanlah termasuk pendusta orang yang mendamaikan manusia. Ditambahnya yang baik atau dikatakannya yang baik".1248. Dari Sahl bin Sa'ad r.a.: Bahwa sesungguhnya penduduk Quba' berperang-perangan )berkelahi( sampai mereka berlempar-lemparan dengan batu. Lalu hal itu dikhabarkan kepada Rasulullah s.a.w. Beliau bersabda: "Marilah kita pergi ke sana dan kita damaikan mereka".1249. Dari Abu Hurairah r.a. dan Zaid bin Khalid Al Juhani r.a. keduanya berkata: Orang Arab dusun datang, lalu berkata: "Hai Rasulullah! Putuskanlah perselisihan antara kami dengan dasar Kitab Allah!" Lawannya lalu berdiri, katanya: "Benar begitu, putuskanlah perkara kami dengan dasar Kitab Allah!" Orang Arab dusun tadi berkata: "Anak saya bekerja dengan orang ini, kemudian berzina dengan isterinya': Mereka mengatakan pada saya: "Anak engkau mesti direjam )hukum mati(." Maka saya tebus anak saya dengan seratus ekor kambing dan seorang budak perempuan. Kemudian saya bertanya kepada ahli pengetahuan. Mereka menjawab: "Sesungguhnya hukuman anak engkau hanya seratus dera dan diasingkan setahun." Nabi s.a.w. bersabda: "Saya putuskan perkara kamu keduanya dengan Kitab Allah. Adapun hamba sahaya dan kambing kembali kepada mu dan hukuman anakmu seratus dera dan diasingkan setahun". Dan adapun engkau, hai Unais! Esok pagi pergilah kepada perempuan orang ini, maka rejamlah dia!" Pagi harinya Unais pun datang kepadanya, lalu direjamnya perempuan itu.1250. Dari Aisyah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang mengada-ada dalam pekerjaanku ini )dalam agama( apa yang tiada di dalamnya, maka ia ditolak". 1251. Dari Bara' bin Azib r.a. katanya: Setelah Rasulullah s.a.w. mengadakan perdamaian dengan ahli Hudaibiyah, Ali menulis sebuah surat perjanjian. Maka ditulisnya: "Muhammad Rasul Allah s.a.w." Orang musyrik berkata: "Jangan engkau tuliskan: 'Muhammad Rasul Allah!' Kalau kami percaya engkau Rasulullah, tiadalah kami akan memerangi engkau". Beliau bersabda pada Ali: "Hapuslah tulisan itu!" Jawab Ali: "Saya tidak akan menghapusnya". Maka dihapus oleh Rasulullah s.a.w. dengan tangan beliau sendiri. Beliau bersama sahabat-sahabat mengadakan perdamaian dengan mereka untuk masuk Mekkah selama tiga hari dan mereka hanya boleh masuk dengan senjata tidak terhunus. Mereka bertanya: "Apakah ertinya senjata tidak terhunus?" Jawabnya: "Senjata dalam sarungnya". 1252. Dari Bara' bin Azib r.a., katanya: Nabi s.a.w. mengerjakan Umrah pada bulan Zulkaedah. Penduduk Mekkah tiada mahu membiarkan beliau masuk ke Mekkah, kecuali jika diputuskan untuk tetap di Mekkah hanya selama tiga hari saja. Waktu menulis surat perjanjian dituliskan: "lnilah apa yang telah diputuskan oleh Muhammad Rasulullah s.a.w." Mereka )orang kafir( berkata: "Kami tiada mengakui tulisan itu, kalau sekiranya kami mengakui bahwa tuan Rasulullah, tentu kami tidak akan melarang tuan. Tuan hanya Muhammad anak Abdullah. Sabda beliau: "Saya Rasulullah dan saya juga Muhammad anak Abdullah". Kemudian bersabda pada Ali: "Hapuslah kata-kata: Rasulullah". Jawab Ali: "Tidak, demi Allah. Selamanya saya tiada akan menghapusnya". Rasulullah s.a.w. lalu mengambil surat itu, maka ditulis: "Inilah apa yang diputuskan oleh Muhammad anak Abdullah. Senjata tiada boleh dibawa ke Mekkah melainkan dalam sarungnya. Seseorang di antara penduduk Mekkah yang hendak mengikuti beliau tiada dibolehkan ke luar Mekkah, dan bahwa beliau tidak akan melarang seseorang di antara sahabat-sahabat beliau yang hendak menetap di Mekkah." Setelah beliau masuk Mekkah dan telah lewat masa perjanjian, mereka datang kepada Ali. Kata mereka: "Katakanlah kepada kawan engkau supaya ke luar dari negeri kami. Sesungguhnya telah lewat masa perjanjian". Nabi s.a.w. lalu ke luar. Anak perempuan Hamzah turut mengikuti mereka, katanya: Hai paman ku!" Maka tangannya dipegang Ali. Ia berkata kepada Fatimah: "Bawalah anak saudara bapa engkau, bawalah dia!" Kemudian terjadi pertengkaran tentang anak itu antara Ali, Zaid, dan Ja'far. Kata Ali: "Saya lebih berhak dengan dia, karena dia anak saudara bapa ku". Kata Ja'far: "Anak saudara bapa ku dan saudara ibunya jadi isteri ku." Kata Zaid: "Anak saudara ku." Maka diputuskan oleh Nabi s.a.w. untuk saudara ibunya )bibinya( dan beliau bersabda kepada Ali: "Engkau sama dengan saya." Sabda beliau pada Ja'far: "Bentuk dan pembawaan engkau serupa dengan saya." Sabda beliau pada Zaid: "Engkau saudara kami dan maula kami". 1253. Dari Anas r.a.: Rubaiyi' binti Nadr memecah gigi seorang anak perempuan, lalu pemiliknya meminta pembayaran, sedang keluarga Rubaiyi meminta maaf, maka antara kedua belah pihak tiada dapat persetujuan. Lalu mereka datang mengadap Nabi s.a.w. Beliau memerintahkan qisas kepada mereka. Anas bin Nadr berkata: "Apakah akan dipecah pula gigi Rubaiyi', ya Rasulullah! Jangan, demi Tuhan yang mengutus tuan dengan yang hak, tak usahlah dipecah giginya". Dan beliau bersabda: "Hai Anas! Kitab Allah )hukum Tuhan( ialah qisas".

70

Keluarga anak perempuan itu kemudian mahu memberi maaf. Nabi s.a.w. bersabda: "Bahwa sesungguhnya di antara hamba Allah, ada yang bersumpah dengan Allah dibaikkannya )disempurnakannya( sumpah itu". 1254. Dari Abi Bakrah r.a.. katanya: Saya melihat Rasulullah s.a.w. di atas mimbar dan Hasan bin Ali di samping beliau. Kadang-kadang beliau melihat kepada orang banyak dan kadang-kadang kepada Hasan, dan beliau bersabda: "Sesungguhnya anakku ini seorang pemimpin. Mudah-mudahan Allah mendamaikan kerananya antara dua golongan besar dari kaum Muslimin." 1255. Dari Miswar bin Makhramah dan Marwan r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. ke luar dalam masa peperangan Hudaibiyah. Ketika telah sampai di suatu jalan, Nabi s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya Khalid bin Walid di Ghamim dalam pasukan berkuda orang Quraisy menjadi pengintip, maka ambillah jalan ke sebelah kanan". Demi Allah, Khalid tiada mengetahui. sehingga ketika dalam debu tentara berangkatlah Khalid memacu kudanya untuk memberi peringatan kepada orang Quraisy. Dan Nabi s.a.w. terus berjalan, hingga ketika beliau berada di puncak bukit yang akan dituruni menghadap mereka. Unta beliau bersimpuh )berhenti(. Orang banyak berkata: "Hal, hal!" )ucapan menghalau unta(. Unta itu tiada mahu berjalan. Mereka berkata: "Qashwa mogok, Qashwa mogok!" Nabi berkata:" Qashwa bukan mogok, dan itu bukan sifatnya. Melainkan ia ditahan oleh yang menahan gajah )yang datang untuk meruntuh Ka'bah(". Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Demi Tuhan yang diri ku di tanganNya, setiap mereka minta pada ku satu rencana buat membesarkan kehormatan Tuhan, selalu aku berikan kepada mereka." Kemudian beliau mengherdik unta beliau, lalu ia melompat. Kata Rawi )yang meriwayatkan hadis(: Kemudian beliau berpaling dari mereka sehingga berhenti di tengah padang Hudaibiyah. Di situ ada lobang yang berisi sedikit air. Orang banyak menyauknya sedikit-sedikit dan tinggal di situ, sehingga mereka menghabiskan air itu. Maka diadukanlah kehausan kepada Rasulullah s.a.w. Lalu beliau mengambil anak panah dari tabungnya, kemudian beliau suruh mereka menancapkannya dalam lobang itu. Maka demi Allah, memancarlah air dengan derasnya sehingga mereka kembali. Ketika mereka dalam keadaan demikian, tiba-tiba datanglah Budail bin Warqa' Al Khuza'i dalam satu rombongan dengan kaumnya suku Khuza'ah. Mereka adalah kepercayaan Rasulullah s.a.w. di antara penduduk Tihamah. Kata Budail: "Saya meninggalkan Ka'ab bin Luai dan Amir bin Luai, berhenti di tempat-tempat air Hudaibiyah dan dengan mereka ada unta yang masih menyusukan anaknya. Mereka akan memerangi dan melarang tuan untuk mengunjungi Baitullah. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bahwa sesungguhnya kami datang bukanlah untuk memerangi seseorang, akan tetapi kami datang untuk mengerjakan 'umrah. Sesungguhnya orang Quraisy itu telah dilemahkan dan dirusak oleh peperangan. Kalau mereka menghendaki, saya beri tempoh kepada mereka dan mereka dibiarkan tidak perang antara saya dan mereka, biarpun saya akan menang. Kalau mereka hendak masuk ke dalam apa yang dimasuki orang banyak, iaitu perang, mereka boleh melakukannya! Kalau tidak, maka mereka dapat berehat. Kalau mereka tiada mau, maka Tuhan yang, diri ku di tanganNya, mereka akan saya perangi atas dasar tugas , sampai leher saya putus. Sesungguhnya Tuhan akan melaksanakan pekerjaanNya". Budai! berkata: "Nantilah saya sampaikan kepada mereka apa yang tuan katakan itu". Kata Rawi: Lalu ia berjalan hingga ditemuinya orang Qureisy. Katanya: "Bahwa sesungguhnya kami datang kepada mu dari laki-laki itu )Nabi Muhammad s.a.w.( dan kami dengar beliau mengucapkan sabdanya. Kalau kamu menghendaki supaya kami sampaikan kepada mu, kami lakukan". Orang-orang bodoh di antara mereka berkata: "Satu pun tidak perlu bagi kami untuk engkau khabarkan sabdanya itu". Orang cerdas di antara mereka berkata: "Terangkanlah apa katanya yang engkau dengar! Jawab Budak: "Saya dengar beliau bersabda begini dan begitu". Terus diceritakannya kepada mereka semua yang disabdakan Nabi s.a.w. Urwah bin Mas'ud lalu berdiri, katanya: "Hai kaumku! Bukankah kamu sebagai bapak?" Jawab mereka: "Ya!" Katanya: "Bukankah saya sebagai anak?" Jawab mereka: "Ya!" Katanya: "Kamu curigaikah saya'!" Jawab mereka: "Tidak!" Katanya: "Bukanlah kamu telah mengetahui bahwa saya meminta bantuan kepada penduduk 'Ukaz tatkala mereka tiada membantu saya, lalu saya datang kepada mu bersama-sama dengan keluarga, anak dan orang yang mengikut saya'? "Mereka menjawab:"Benar!" Seterusnya ia berkata: "Orang itu )Nabi Muhammad s.a.w.( sebenarnya telah memberikan rencana yang benar untuk kamu; hendaklah kamu terima dan biarkanlah saya datang menghadap beliau!" Jawab mereka: "Datanglah menghadapnya!". Lalu ia datang menghadap Nabi . beninding dengan Nabi s.a.w. sebagaimana sabda beliau kepada Budak!. Waktu itu "Urwah berkata: "Hai Muhammad! Bagaimana pendapat tuan jika tuan hapuskan 'kebiasaan kaum tuan'? Adakah tuan dengar seseorang di antara orang Arab yang telah menghapuskan keluarganya'! Kalau sekiranya terjadi, maka sesungguhnya, demi Allah, saya tiada akan melihat pemimpin-pemimpin, dan sesungguhnya saya lihat percampuran dari orang banyak, bahwa mereka akan lari dan meninggalkan tuan". Abu Bakar berkata kepadanya: "Lesaplah kemaluan Lata Adilkah kami akan lari ,meninggalkan beliau'!" Tanya 'Urwah: "Siapakah ini'!" Orang banyak menjawab: "Abu bakar!" Katanya: "Demi Tuhan yang diri ku ditanganNya! Kalau tidaklah kerana jasa-jasa engkau kepada saya yang tiada terbalas. nescaya saya jawab".Kata Rawi: Dan ia terus berunding dengan Nabi s.a.w. Setiap kali ia berbicara dijangkaunya jenggot Nabi, sedangkan Mughirah bin Syu'bah berdiri di belakangnya dengan memegang pedang dan bertopi waja. Setiap 'Urwah menghulurkan tangannya ke jenggot Nabi s.a.w., Mughirah memukul tangannya dengan ujung sarung pedangnya, katanya: "Jauhkan tangan engkau dari jenggot Rasulullah s.a.w." 'Urwah mengangkat kepalanya lalu bertanya: "Siapakah ini?" . Orang banyak menjawab: "Mughirah bin Syu'bah!" Kata Urwah: 'Hai penipu! Bukankah saya telah berusaha menolak tipuan engkau? Mughirah pada masa jahiliyah bersahabat dengan suatu kaum, maka ia membunuh dan mengambil harta mereka. kemudian ia datang kepada Nabi s.a.w., lalu ia masuk Islam". Waktu itu Nabi s.a.w. bersabda: "Adapun untuk masuk Islam, saya terima. Adapun harta, itu bukan urusan saya". Sesudah itu 'Urwah menatap sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dengan kedua matanya. Kata 'Urwah: "Demi Allah, kalau Rasulullah s.a.w.meludah dan jatuh di telapak tangan seseorang di antara mereka, digosokkannya ke muka dan kulitnya. Apabila beliau memberi perintah, mereka cepat melakukan perintah itu. Apabila beliau berwuduk, hampir-hampir mereka berkelahi berebutan air bekas wuduk beliau. Apabila beliau bersabda, mereka merendahkan suara di sisi beliau dan mereka tiada menunjukkan pandangan pada beliau kerana membesarkannya. Kemudian 'Urwah kembali kepada kawan-kawan lalu berkata:"Hai kawan-kawanku! Demi Allah. saya pernah menjadi utusan menemui raja-raja dan pernah menjadi utusan menemui Kaisar )Raja um(. Kisra )Raja Parsi(,dan Najasi )Raja Habsyah(. Demi Allah, belum pernah saya lihat sekali pun seorang raja yang dibesarkan oleh sahabat-sahabatnya )pengikutnya( sebagaimana Muhammad s.a.w. dibesarkan oleh sahabat-sahabat beliau. Demi Allah, jika Rasulullah s.a.w. meludah dan jatuh di telapak tangan seseorang di antara mereka, mereka menggosokkannya ke muka dan kulitnya. Apabila beliau memberi perintah kepada mereka, dengan cepat mereka melakukan perintah itu.Apabila beliau berwuduk, hampir-hampir mereka berkelahi berebut air bekas wuduk beliau. Apabila beliau bersabda, mereka merendahkan suara di sisi beliau dan mereka tiada menujukan pandangan kepada beliau kerana membesarkan beliau. Dan sesungguhnya beliau telah memberikan kepada kamu satu usul yang , maka terimalah!" Seorang laki-laki dari Bani Kinanah berkata: "Biarkanlah saya menemui beliau!" Mereka menjawab: "Temuilah!" Setelah ia berada dekat Nabi s.a.w. dan sahabat-sahabat, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Si Anu int dari kalangan kaum yang membesarkan )memuliakan( unta. Bawalah unta korban itu kepadanya!" Lalu dibawa unta itu, dan orang banyak pun menyambutnya sambil mengucapkan ucapan selamat datang. Setelah dilihatnya hal demikian itu, ia berkata: "Subhanallah, tiada sepantasnya mereka ini dihalangi mengunjungi Bait )Ka'bah( . Setelah ia kembali kepada kawan-kawannya, ia berkata: "Saya lihat unta korban telah diberi kalung dan diberi tanda. Saya berpendapat jangan mereka diha1angi mengunjungi Bait )Ka'bah(" Seorang laki-laki di antara mereka yang bernama fdikraz bin Hafs berdiri, lalu berkata: "Biarkanlah saya menemui beliau! Kata mereka: "Temuilah!" Setelah dia hampir tiba, Nabi s.a.w. bersabda: Ini Mikraz! Dia seorang laki-laki yang jahat! Lalu dia berunding dengan Nabi s.a.w. Ketika dia berunding dengan beliau itu tiba-tiba Suhail bin Amr datang. Ma'mar berkata: Maka Ayyub menceritakan kepada saya tentang Ikrimah, bahwa ketika Suhail bin 'Amr datang, Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya telah mudah semua pekerjaan kamu!" Ma'mar berkata lagi: Zuhri mengatakan dalam hadisnya: Maka datanglah Suhail bin 'Amr dan berkata: "Marilah kita membuat sebuah surat perjanjian antara kami dan kamu". Kemudian Nabi s.a.w. memanggil seorang penulis, maka disabdakan oleh Nabi s.a.w.: "Bismillahir Rahmanir Rahim". )Dengan nama Allah yang pemurah dan penyayang(.

71

Kata Suhail: "Adapun Rahman, maka demi Allah, saya tiada mengerti apakah itu? Akan tetapi tulislah "Bismikallahumma" )Dengan nama Engkau, hai Allah( sebagaimana yang biasa engkau tulis". Kata orang-orang Islam: "Demi Allah, kami tiada akan menuliskan melainkan "Bismillahir Rahmanir Rahim". Nabi s.a.w. bersabda: "Tulislah Bismikallahumma!" Kemudian beliau bersabda: "Inilah yang telah diputuskan oleh Muhammad Rasullullah". Kata Suhail : "Demi Allah. kalau kami mewakili tuan Rasullullah, tiadalah kami akan melarang tuan mengunjungi Baitullah dan tiada pula kami akan memerangi tuan. Akan tetapi tulislah "Muhammad bin Abdullah", Nabi s.a.w. bersabda: "Demi Allah, bahwa sesungguhnya saya Rasulullah, tetapi kalau sekiranya kamu mendustakan saya, tulislah "Muhammad bin Abdullah". Kata al-Zuhri: Dan hal itu mengingat sabda Nabi: "Kalau mereka minta kepada ku garis untuk membesarkan agama Allah nescaya aku berikan". Seterusnya Nabi s.a.w. bersabda: "Kamu jangan menghalangi kami mengunjungi Bait, supaya kami dapat tawaf di situ". Kata Suhail: "Jangan-jangan nanti orang-orang Arab menceritakan bahwa kami ditekan )mundur(. maka yang demikian itu baiklah dilakukan pada tahun di muka". Lalu dituliskan. Kata Suhail: "Dan lagi kalau seseorang di antara kami datang kepada tuan, walaupun ia memeluk agama tuan, hendaklah tuan kembalikan kepada kami". Kata orang-orang Islam: "Subhanallah! Mengapa dia dikembalikan kepada orang Musyrik, sedangkan dia datang sebagai orang Islam?" Ketika mereka dalam keadaan demikian, tiba-tiba datanglah Abu Jandal bin Suhail bin Amr dalam keadaan terbelenggu. la keluar dari hilir Mekkah sehingga sampai di hadapan orang Islam. Kata Suhail: "inilah hai Muhammad! Buat pertama kali, apa yang saya Minta untuk tuan, kembalikan kepada saya", Nabi s.a.w. bersabda: '.Sesungguhnya kita belum lagi selesai membuat perjanjian". Kata Suhail: "Demi Allah! Kalau begitu selamanya saya tidak mahu berdamai dengan tuan dalam hal apa jua pun;'. Nabi s.a.w. bersabda: "Biarkanlah ia bersama saya!" Katanya: "Saya tiada akan membiarkannya bersama tuan". Sabda beliau: "Ya, mesti engkau lakukan!" Jawabnya: "Saya tidak akan melakukan". Kata Mikraz: "Baiklah kami biarkan dia bersama tuan", Kata Abu Jandal: "Hai kaum Muslimin, akan dikembalikankah saya kepada orang-orang musyrik, sedangkan saya datang untuk masuk agama Islam! Bukankah telah kamu ketahui apa yang saya derita?" Dan dia disingkir kerana agama Allah dengan siksa yang hebat. Kata Rawi: Umar bin Khattab berkata:Lalu saya datang menghadap Nabi s.a.w. Kata saya: "Bukankah tuan sebenarnya Nabi Allah?" Jawab beliau: "Ya". Kata saya: "Bukankah kita di atas kebenaran dan musuh kita menurut yang bata!'?" Jawab beliau: "Ya!" Kata saya: "Kalau begitu apakah tuan masukkan yang kurang baik dalam ugama kita?" Jawab beliau: "Sesungguhnya saya Rasulullah dan saya tidak pernah mendurhakaiNya, Dialah yang menolong saya". Kata saya: "Bukankah tuan pernah menceritakan pada kami, bahwa sesungguhnya kita akan mengunjungi Baitullah dan kita tawaf di situ'!" Jawab beliau: "Ya! Adakah saya mengabarkan kepada mu bahwa kita akan mengunjunginya tahun ini'?" Jawab saya: "Tidak!" Umar berkata: "Lalu saya datang menemui Abu Bakar. kata saya: "Hai Abu Bakar! Bukankah orang ini sebenarnya Nabi Allah? Jawabnya: "Ya!" Kata saya: "Bukankah kita di atas kebenaran dan musuh kita menurut yang batal?" Jawabnya: "Ya!" Kata saya:"Kalau begitu, mengapa kita datangkan yang kurang baik dalam agama kita?" Kata Abu Bakar: "Hai Umar! Sesungguhnya beliau sebenarnya Rasulullah s.a.w. dan beliau tiada mendurhakai Allah. Dialah yang menolong beliau. Maka peganglah )patuhilah( perintah beliau! Demi Allah! Sesungguhnya beliau atas yang benar!" Kata saya: "Bukankah beliau pernah menceritakan kepada kita. bahwa sesungguhnya kita akan mengunjungi Baitullah dan tawaf di situ?" Katanya: "Ya! Adakah beliau mengabarkan kepada engkau bahwa engkau akan mengunjungi tahun ini?" Kata saya: "Tidak !" Katanya: "Sesungguhnya engkau akan mengunjunginya lain tahun. Kata Rawi: Setelah selesai membuat surat perjanjian, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada sahabat-sahabat :"Berdirilah )siaplah Dan sembelihlah korbanmu. kemudian .bercukurlah" Kata Rawi: Demi Allah! Tiada seorang pun di antara mereka yang berdiri, sehingga beliau ulang ucapan yang demikian sampai tiga kali. Tatkala tidak ada seorangpun di antara mereka yang berdiri, beliau lalu masuk ke tempat Ummu Salamah, lantas beliau khabarkan kepadanya apa yang ditemuinya )dialaminya(dari orang banyak. Kata Ummu Salamah: "Hai Nabi Allah! Adakah tuan menghendaki yang demikian? Keluarlah tuan. kemudian janganlah tuan berkata sepatah juapun terhadap seseorang di antara mereka melainkan tuan sendiri lebih dahulu menyembelih kurban tuan, dan tuan panggil tukang cukur untuk mencukur rambut tuan". Beliau lalu ke luar dan tiada berkata sepatah pun terhadap seseorang di antara mereka, sehingga beliau melakukan yang demikian itu. Beliau sembelih kurban beliau dan beliau panggil tukang cukur, lalu dicukurnya rambut beliau. Setelah mereka melihat yang demikian itu, mereka pun berdiri lalu menyembelih korbannya dan sebahagian mereka mencukur yang lain, sehingga hampir-hampir sebagian mereka membunuh kawannya, kerana cemas )takut terlambat( menurut perintah. Setelah itu, perempuan-perempuan yang beriman datang menghadap Rasulullah. Tuhan yang Maha Tinggi menurunkan ayat. yang artinya: "Hai orang-orang yang beriman! Apabila perempuan-perempuan yang beriman datang kepada kamu berpindah )meninggalkan negerinya(, hendaklah mereka kamu uji"- sampai dengan - "perempuan yang tiada beriman" )AI Quran surat AI Mumtahanah, 10(. Waktu itu Umar menceraikan dua orang isterinya yang telah ada pada waktu syirik )mempersekutukan Tuhan(. Kemudian seorang di antaranya dikahwini oleh Mu'awiyah bin Abu Sufyan, dan yang seorang lagi oleh Safwan bin Umaiyah. Sesudah itu Nabi s.a.w. kembali ke Madinah. Abu Basil' salah seorang di antara orang Qureisy datang kepada beliau, dia beragama Islam. Lalu kaum Qureisy menyuruh dua orang laki-laki untuk mencarinya. Kata perutusan itu kepada Nabi: "Penuhilah janji yang telah dibuat antara tuan dan kami!" Beliau lalu menyerahkan Abu Basir kepada dua orang laki-laki tadi. Keduanya lalu berangkat bersama-sama dengan dia sehingga sampai di Zulhulaifah. Lalu mereka berhenti dan makan kurma.Kata Abu Basir kepada salah seorang yang berdua tadi: "Demi Allah, .sesungguhnya saya lihat pedang engkau ini amat bagus!" Laki-laki itu lalu menghunuskannya, katanya: "Ya, demi Allah, sesungguhnya amat bagus, telah banyak kali saya cuba". Kata Abu Basil': "Perlihatkanlah kepada saya supaya dapat saya perhatikan!" Lalu diberikannya. Abu Basil' lalu menetaknya dengan pedang itu sehingga ia mati. Yang seorang lagi terus lari ke Medinah, dan sampai di Medinah ia berlari masuk mesjid. Ketika Rasulullah s.a.w. melihatnya, beliau bersabda: Sesungguhnya orang ini ketakutan". Setelah ia sampai menghadap Nabi s.a.w. ia berkata: "Demi Allah, ia telah membunuh kawan saya dan saya akan dibunuhnya pula". Dalam pada itu Abu Basil' datang lalu berkata: "Hai Nabi Allah! Demi- Allah! Tuhan telah menyempurnakan janji tuan! Sesungguhnya tuan telah mengembalikan saya kepada mereka. kemudian Tuhan melepaskan saya dari mereka". Nabi s.a.w. bersabda: "Wahai celaka! Sumber api peperangan! Kalau begitu. perlu seorang pembantu". Tatkala didengarnya yang demikian itu, mengertilah ia bahwa sesungguhnya beliau akan mengembalikannya kepada mereka. Lalu ia keluar sehingga sampai di pantai laut. Kata Rawi: Abu Jandal bin Suhail menghilang, lalu berhubungan dengan Abu Basir. Dan seterusnya di antara orang Quraisy yang telah Islam keluar )pergi( dari Mekkah terus berhubung dengan Abu Basir sehingga mereka berkumpul menjadi satu golongan. Kalau mereka mendengar khabar keberangkatan rombongan kafilah orang Qureisy pergi ke Syam )Syria(, mereka menyerobot, membunuh dan mengambil harta mereka. Maka dikirimlah utusan oleh orang Qureisy menghadap Nabi s.a.w. bermohon kerana Allah dan kerana pertalian keluarga, membawa pesan. bahwa siapa yang datang kepada Nabi. bahwa dia dinyatakan aman )tidak dikembalikan ke Mekkah(. Nabi s.a.w. mengutus orang memanggil mereka. Lalu Tuhan Yang Maha Tinggi menurunkan ayat yang artinya: "Dialah yang telah mencegah tangan mereka terhadap kamu, dan tangan kamu terhadap mereka di tengah kota Mekkah. Sesudah dia memenangkan kamu di atas mereka sampai dengan kesombongan itu ialah kesombongan )kebencian( masa jahiliyah". )Surat Al Fath, 24 - 26(. Kesombongan jahiliyah itu ialah kesombongan mereka yang menyebabkan tiada mahu mengakui Muhammad Rasul Allah dan tidak mahu mengakui Tuhan yang Pemurah lagi Penyayang serta menghalangi orang Islam mengunjungi Baitullah )Ka'bah(. 1256. Dari Abu Hurairah r.a.: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama, iaitu seratus kurang satu. Barang siapa yang mengetahuinya, masuk surga".

72

1257. Dari Ibnu Umar r.a.: Bahwa Umar bin Khattab mendapat tanah di Khaibar, lalu ia datang menghadap Nabi s.a.w. untuk bermusyawarat tentang tanah itu. Katanya: Hai Rasulullah! Saya mendapat tanah di Khaibar dan belum pernah saya mendapat harta benda yang lebih indah dari itu dalam pandangan saya. Apakah yang tuan perintahkan tentangtanah itu?" Sabda beliau: Jikalau engkau mau, wakafkan!" Kata Rawi: Lalu diwakafkan oleh Umar. Tanah itu tiada boleh dijual, diberikan atau dipusakakan. Dan buahnya diberikan untuk fakir miskin, karib kerabat, untuk memerdekakan hamba sahaya, untuk jalan Allah )membantu agama Allah(, untuk orang yang dalam perjalanan dan untuk tamu. Orang yang memeliharanya boleh mengambilnya dengan cara yang patut dan memberi makan orang lain, akan tetapi tidak boleh dijadikan uang.1258. Dari Abdullah bin Umar r.a.: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kewajiban seorang Muslim yang mempunyai sesuatu kekayaan yang akan diwasiatkannya". Maka setelah berlalu dua malam, wasiat dituliskan dan tersimpan di tangannya. 1259. Dari Amir bin Haris r.a., ipar Rasulullah s.a.w., iaitu saudara Juairiah binti Haris, katanya: Ketika Rasulullah s.a.w. wafat, beliau tiada meninggalkan dirham, dinar, hamba sahaya laki-laki,dan hamba sahaya perempuan dan tiada suatu apa pun selain keledai putih beliau, senjata dan tanah yang telah beliau jadikan sedekah )wakaf(.126O. Dari Thalhah bin Musarrif r.a., katanya: Saya bertanya pada Abdullah bin Abi Aufa r.a.: "Adakah Nabi s.a.w. berwasiat?" Jawabnya: "Tidak!" Tanya saya: "Mengapa diwajibkan kepada manusia berwasiat atau mereka disuruh berwasiat?" Jawabnya: "Beliau berwasiat supaya berpegang dengan Kitab Allah".1261. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. berdiri ketika Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Besar menurunkan ayat yang artinya: "Dan berilah peringatan kepada kaum keluarga engkau terdekat!" Lalu beliau bersabda: "Hai kaum Quraisy! )atau perkataan yang serupa dengan itu(, Tebuslah dirimu! Saya tiada dapat menolongmu barang sedikit pun dari siksa Tuhan. Hai Bani Abdi Manaf! Saya tiada bisa menolongmu sedikit pun. Hai Abbas anak Abdul Muthalib! Saya tiada bisa menolongmu sedikit pun dari siksa Tuhan. "Hai Safiah, bibi Rasulullah! Saya tiada bisa menolongmu sedikit pun dari siksa Tuhan. Hai Fatimah binti Muhammad! Mintalah kepada saya harta dan saya tiada bisa menolongmu sedikit pun dari siksa Tuhan!"1262. Dari Ka'b bin Malik r.a., dia berkata: "Hai Rasulullah! Termasuk dalam tobat saya, bahwa saya akan menghabiskan semua harta saya untuk sedekah menurut yang disuruh Allah dan RasulNya." Sabda Nabi: "Tinggalkanlah untukmu sebagian hartamu! Itulah yang baik bagimu!" Kata saya: "Saya tinggalkan bagian saya yang di Khaibar".1263. Dari Anas r.a. katanya: Sewaktu Rasulullah s.a.w. datang ke Madinah, beliau tiada mempunyai pelayan. Abu Thalhah lalu memegang tangan saya dan terus berjalan dengan saya menemui Rasulullah s.a.w. Katanya: "Hai Rasulullah! Anas ini seorang pemuda yang cerdas. Biarlah dia melayani tuan!" Kata Anas: Lalu saya melayani beliau dalam perjalanan dan waktu menetap. Beliau belum pernah berkata kepada saya tentang sesuatu yang dikerjakan: "Mengapa begitu engkau kerjakan?" Dan belum pernah pula beliau berkata tentang sesuatu yang tidak )belum( saya kerjakan: "Mengapa tidak engkau kerjakan?" 1264. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ahli warisku tiada mempusakai dinar dan dirham. Apa yang aku tinggalkan, selain dari belanja isteri ku dan keperluan pembantuku, adalah untuk sedekah".1265. Dari Abi Abdur Rahman r.a. ketika Usman r.a. dikepung, ia menujukan pembicaraan kepada orang-orang yang mengepungnya, katanya: "Saya mohon pertolongan Tuhan terhadap kamu, dan saya tiada akan meminta bantuan melainkan kepada sahabat-sahabat Rasulullah. Tidakkah kamu ketahui, bahwa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Barangsiapa yang menggali )membuat( sumur, maka orang itu mendapat surga". Lantas saya gali. Tidakkah kamu ketahui bahwa sesungguhnya beliau bersabda: "Barangsiapa yang menyediakan perbekalan untuk tentara yang kekurangan, maka orang itu mendapat surga". Lantas saya sediakan untuk mereka." Kata Rawi: Lalu orang banyak membenarkan apa yang dikatakannya itu.1266, Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Seorang laki-laki dari Bani Sahm keluar bersama Tamin Addari dan 'Adi bin Badda. Kemudian orang tadi mati di negeri di mana tidak ada orang Islam. Ketika keduanya )Tamin dan 'Adi( datang membawa peninggalannya, keluarga Sahm kehilangan sebuah gelas perak yang ditatah dengan emas. Rasulullah s.a.w. lalu menyuruh keduanya bersumpah. Kemudian gelas itu di jumpai di Mekkah. Mereka berkata: Kami beli gelas itu dari Tamin dan 'Adi. Dua orang laki-laki dari keluarga orang Sahm itu lalu berdiri dan bersumpah: "Kesaksian kami lebih benar dari kesaksian keduanya dan sesungguhnya gelas itu kepunyaan keluarga kami )Bani Sahm(". Kata Rawi: Berkenaan dengan hal mereka itulah turun ayat ini, yang artinya: "Hai orang-orang yang beriman! Kalau kematian telah datang kepada salah seorang kamu, panggillah saksi-saksi dari kalangan kamu sewaktu membuat wasiat, dua orang yang jujur dari kalangan kamu sendiri atau dua orang yang lain dari kamu, kalau kamu sedang melakukan perjalanan di atas dunia dan kematian menimpamu. Kalau kamu merasa ragu-ragu maka tahanlah kedua saksi itu setelah sembahyang dan biarkanlah keduanya itu bersumpah dengan nama Allah; kami tidak mengingini keuntungan dunia apa pun dalam hal ini. Walaupun yang mendapat keuntungan adalah keluarga terdekat kami sendiri. Kami tidak akan menyembunyikan kesaksian di depan Allah. Kalau kami melakukan itu tentulah kami termasuk orang-orang yang berdosa tetapi kalau terbukti bahwa keduanya itu berhak mendapat dosa )bersalah(, maka kedua orang yang lain tadi menggantikan tempatnya, iaitu paling dekat hubungan keterbatasannya dari orang-orang yang mendakwakan mempunyai hak. Maka keduanya bersumpah dengan Allah: "Kami menyatakan bahwa kesaksian kami lebih benar dari kesaksian kedua orang itu. Kami tidak melanggar batas kebenaran, karena kalau kami melakukan itu tentulah kami termasuk orang-orang yang aniaya". )al-Maidah, 106 - 107(.1267, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Seorang laki-laki datang menghadap Rasulullah s.a.w.. lalu berkata: ''Tunjukkanlah kepada saya satu amal yang menyamai jihad!" Beliau bersabda: "Tiada saya memperolehnya!" Sabda beliau lagi: "Apabila mujahid )pejuang( berangkat, sanggupkah engkau masuk ke mesjid, lalu berdiri sembahyang dan engkau tiada pernah berhenti; engkau puasa dan tiada pernah berbuka barang sehari?' Sabda beliau seterusnya: "Siapakah yang sanggup berbuat serupa itu?"1268, Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., kalanya: Ada orang bertanya: "Hai Rasulullah! Siapakah manusia yang lebih utama?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Orang mukmin yang berjihad dalam agama Allah dengan diri )jiwa( dan hartanya". Mereka bertanya: "Di bawah itu siapa!" Beliau menjawab: "Orang mukmim yang berada di jalan lereng bukit, dia bertaqwa kepada Tuhan, dan manusia terhindar dari kejahatannya".1269, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Perumpamaan orang yang berjihad dalam agama Allah )dan Tuhan mengetahui orang yang berjihad dalam agamaNya(, seumpama orang puasa yang mengerjakan sembahyang. Tuhan menjamin kemenangan bagi orang yang berjihad dalam agamaNya; kalau dia gugur Tuhan akan memasukkannya ke dalam surga atau mengembalikannya pulang dalam keadaan selamat serta mendapat pahala dan rampasan". 1270, Dari Abu Hurairah r.a.. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan RasulNya, mengerjakan sembahyang, dan puasa dalam bulan Ramadan, adalah kewajiban Tuhan memasukkannya ke dalam surga, baikpun ia berjihad dalam agama Allah atau tetap tinggal di negeri kelahirannya". Orang banyak bertanya: "Apakah tidak baik tuan gembirakan manusia dengan yang demikian itu'!" Beliau menjawab: "Sesungguhnya dalam surga ada seratus darjat )tingkatan(. Tuhan menyediakannya untuk orang-orang yang berjihad dalam agamaNya, jarak antara satu darjat dengan yang di atasnya bagai antara langit dan bumi. Jikalau kamu bermohon pada Tuhan, mohonkanlah beroleh Firdaus..Sesungguhnya Firdaus itulah yang paling baik dan paling tinggi darjatnya yang pernah diperlihatkan kepada saya. Di atasnya 'Arsy Tuhan, dan di situ mengalir sungai-sungai surga".1271, Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi s.a.w.. beliau bersabda: "Sesungguhnya berjihad untuk agama Allah di waktu pagi atau petang hari, lebih baik dari dunia dan seisinya".1272, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w beliau bersabda: "Sesungguhnya busur panah dalam syurga, lebih baik dari tempat terbit matahari dan terbenamnya". Dan lagi beliau bersabda: "Sesungguhnya berjihad dalam agama Allah di waktu pagi hari, lebih baik dari pada tempat terbit matahari dan tempat terbenamnya".1273, Dari Anas bin Malik r.a., Dari Nabi S.A.W., beliau bersabda: "Seseorang yang meninggal, sedang dia mempunyai kebaikan pada sisi Tuhan, tiada menyukai untuk kembali ke dunia, biar diberikan kepadanya dunia dan seisinya, melainkan orang mati syahid, karena telah dilihatnya kelebihan mati syahid itu. Sesungguhnya dia suka kembali ke dunia, lalu terbunuh sekali lagi."

73

1274, Dari Anas bin Malik r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Kalau sekiranya perempuan ahli surga datang kepada penduduk bumi nescaya akan disinarinya dunia antara langit dan bumi dan dipenuhinya dengan bau harum semerbak. Sesungguhnya tutup kepalanya lebih baik dari dunia dan seisinya. 1275, Dari Abu Hurairah r.a.. katanya: Saya dengar Nabi s.a.w. bersabda: "Demi Tuhan yang diri ku di tanganNya! Kalau tidaklah karena mengingat beberapa orang di antara orang-orang mukmin yang tidak bersenang hati kalau dia tinggal dan saya pergi perang, sedang saya tiada sanggup menyediakan kendaraan untuk mereka, nescaya saya akan tetap ikut pada setiap pasukan pergi berperang di jalan Allah. Dan demi Tuhan yang diri ku di tanganNya! Sesungguhnya saya amat ingin kalau sekiranya saya terbunuh dalam perang di jalan Allah, kemudian dihidupkan, kemudian terbunuh lagi dan dihidupkan pula. kemudian terbunuh dan dihidupkan, dan akhirnya terbunuh lagi". 1276, Dari Anas r.a.. katanya: Nabi s.a.w. mengutus sejumlah orang Bani Sulaim kepada Bani Amir iaitu sebanyak tujuh puluh orang. Setelah mereka tiba di situ, paman ku berkata kepada mereka: Kiranya mereka mengamankan saya, saya sampaikan kepada mereka pesan Rasulullah s.a.w.! Tetapi kalau tidak, cepatlah mendekati saya!" Lalu ia dahulu menemui mereka, lantas mereka mengamankannya. Ketika ia menceritakan kepada mereka ajaran dari Nabi s.a.w.. mereka memberi isyarat kepada seorang laki-laki di antara mereka lalu ditusuknya paman sampai tembus. Kata paman: "Maha besar Tuhan! Saya menang, demi Tuhan Ka'bah!" Kemudian mereka menuju pada sahabat-sahabatnya yang lain, lalu mereka bunuh semuanya selain seorang laki-laki pincang yang naik ke bukit. Lalu Jibril mengabarkan pada Nabi s.a.w. bahwa mereka telah menemui Tuhannya dan Tuhan senang kepada mereka dan Dia menyenangkan mereka. Kami pernah membaca )yang artinya(: "Bahwa sampaikanlah kepada kaum kami, bahwa sesungguhnya kami telah menemui Tuhan kami. Lalu Dia senang kepada kami dan kami disenangkannya". Kemudian dinasikhkan )ditiadakan(. Lalu beliau mendoakan selama empat puluh hari pada waktu subuh untuk kebinasaan suku Ri'l, Zakwan, Bani Lihyan, dan Bani Ushaiyah, orang-orang yang mendurhakai Allah dan RasulNya s.a.w.1277, Dari Jundab bin Sufyan r.a., Rasulullah s.a.w. berada pada suatu pertempuran, dan jari beliau berdarah, lalu beliau bersabda: " Engkaulah anak jari yang berdarah, dan engkau mengalaminya dalam membela agama Allah!" 1278, Dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi Allah yang diri ku dalam tanganNya, seseorang yang dilukai dalam membela agama Allah dan Allah mengetahui orang yang luka dalam membela agamaNya, maka orang itu datang pada hari kiamat, dengan warnanya warna darah dan baunya bau kesturi". 1279, Dari Anas r.a., katanya: Bapak kecilku Anas bin Nadr tidak ikut serta dalam peperangan Badr. Lalu ia berkata: "Hai Rasulullah! Saya tiada turut dalam permulaan perang waktu tuan memerangi orang musyrik. Kalau sekiranya Tuhan menghadirkan saya waktu memerangi orang musyrik itu tentu Tuhan akan melihat apa yang saya kerjakan", Dan setelah tiba hari peperangan Uhud dan orang Muslim mendapat kemenangan, Anas bin Nadr berkata: "Ya Allah! Saya minta 'uzur kepada Engkau dari hal yang dikerjakan mereka, yakni sahabat-sahabatnya, dan saya minta kepada Engkau terlepas dari hal yang dikerjakan mereka itu, yakni orang-orang musyrik. Kemudian ia tampil ke muka, lalu bertemu dengan Sa'ad bin Mu'az, Lalu ia berkata: "Hai Sa'ad bin Mu'az! Surga, demi Tuhan! Sesungguhnya saya dapati baunya dari jurusan Uhud". Sa'ad berkata: "Tiada saya sanggupi, hai Rasulullah, mengerjakan apa yang dikerjakannya itu", Anas berkata: Maka kami dapati pada Anas bin Nadr lebih dari delapan puluh bekas kena pedang atau tusukan lembing atau kena anak panah. Kami dapati ia telah dibunuh dan dicincang oleh orang-orang musyrik. Tiada seorang pun yang mengenalnya selain saudaranya yang perempuan, dengan memperhatikan jarinya. Anas berkata: Kami mengira ayat ini diturunkan berkenaan dengan hal itu dan yang serupa itu, iaitu ayat yang artinya: "Di antara orang-orang mukmin ada beberapa orang laki-laki yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Tuhan sampai akhir ayat" )surat Al Ahzab. 23(. 1280, Dari Zaid bin Tsabit r.a., katanya: Saya menyalin tulisan ayat Quran beberapa halaman, maka tiada saya dapati satu ayat dari surat Al Ahzab yang pernah saya dengar Rasulullah s.a.w. membacanya. Ayat itu hanya kedapatan pada Khuzaimah bin Tsabit, orang Ansar, di mana Rasulullah s.a.w. menjadikan kesaksiannya sama dengan kesaksian dua orang laki-laki lain, iaitu firman Tuhan yang artinya: "Di antara orang-orang mukmin ada beberapa orang laki-laki yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Tuhan" )Surat AI Ahzab, 23(.1281, Dari Bara' r.a., katanya: Seorang laki-laki, kepala dan lehernya tertutup dengan besi, datang menghadap Nabi s.a.w. Katanya: "Saya akan turut berperang lebih dahulu, kemudian baru saya memeluk agama Islam". Beliau bersabda: "Islamlah engkau lebih dahulu, kemudian berperang!" Lalu ia memeluk agama Islam, kemudian ia turut berperang dan terbunuh. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ia bekerja sedikit, tetapi banyak beroleh pahala".1282, Dari Anas bin Malik r.a., Ummu Rubaiyi' binti Bara' )dan dia juga ibu Haritsah bin Suraqah( datang menghadap Nabi s.a.w., lalu berkata: "Hai Nabi Allah! Baiklah tuan ceritakan kepada saya tentang Haritsah, karena dia meninggal di hari peperangan Badr, kena panah yang kesasar. Jikalau dia berada dalam surga, saya sabar dan kalau ada bukan demikian, saya sungguh-sungguh akan menangisinya". Beliau bersabda: "Hai Ummu Haritsah! Sesungguhnya dalam surga itu terdapat berapa tingkat, sedang anak engkau memperoleh Firdaus tingkat yang paling tinggi".1283, Dari Abu Musa r.a.. katanya: Seorang laki-laki menghadap Nabi s.a.w, lalu berkata: "Ada orang berperang karena hendak mendapat rampasan, ada yang berperang karena hendak disebut orang )mencari nama(, ada yang berperang karena hendak dilihat orang, manakah yang berperang pada jalan )dalam agama( Allah?" Beliau bersabda: "Siapa yang berperang supaya kalimah )agama( Allah menjadi tinggi, itulah yang berperang dalam agama Allah".1284, Dari Abdur Rahman bin Jabr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kedua telapak kaki hamba Tuhan yang berdebu karena berjihad dalam agama Allah, tiada akan disentuh api neraka".1285, Dari Ikrimah r.a., bahwa Ibnu Abbas r.a. mengatakan kepadanya dan kepada Ali bin Abdullah r.a.; katanya: "Kunjungilah Abu Sa'id dan dengarkanlah ceritanya!" Lalu kami mengunjunginya. Ketika itu ia dan saudaranya sedang berada dalam kebun kepunyaan mereka berdua yang sedang diairi. Setelah ia melihat kami, ia datang, lalu berjongkok dan terus duduk. Ia berkata: "Kami mengangkut batu bata untuk mesjid satu-satu, sedang Ammar mengangkutnya dua-dua. Kemudian Nabi s.a.w. lalu di situ dan beliau sapu debu di kepala Ammar dan beliau bersabda: "Wah Ammar dicela oleh kaum yang bersalah. Ammar memanggil mereka kepada Tuhan, sedang mereka memanggilnya ke neraka".1286, Dari Aisyah r.a., Rasulullah s.a.w. setelah kembali dari perang Khandaq, beliau meletakkan senjata dan mandi, lalu malaikat Jibril datang kepada beliau, sedang kepala beliau penuh dengan debu. Lalu Jibril berkata: "Tuan letakkankah senjata? Demi Allah! Saya belum meletakkannya!" Rasulullah s.a.w. lalu bertanya: "Kemana?" Jawab Jibril: "Ke sana!" Dia menunjuk kepada Bani Quraizah. Kata Aisyah: "Lalu Rasulullah s.a.w. keluar menghadapi mereka".1287, Dari Anas r.a., katanya: Nabi s.a.w. adalah seorang yang sangat baik, sangat berani, dan sangat pemurah. Ada terjadi kegemparan di kalangan penduduk Medinah, dan Nabi s.a.w. paling dahulu mengendarai kuda. Beliau bersabda: "Kami dapati kuda itu amat kencang".1288, Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tuhan tertawa )merasa senang( pada dua orang, yang satu membunuh yang lain dan keduanya masuk syurga. Seorang berperang di jalan )dalam agama( Allah, lalu ia terbunuh. Kemudian Tuhan menerima taubat orang yang membunuh, lalu ia mati syahid )dalam perang di jalan Allah(".1289, Dari Abu Hurairah r.a.. katanya: Saya menghadap Rasulullah s.a.w. waktu di Khaibar sesudah orang Islam mendudukinya. Saya berkata: "Bagikanlah untuk saya!" Beberapa orang dari Bani Sa'id bin 'Ash berkata: "Jangan tuan bagikan untuknya, hai Rasulullah. Abu Hurairah berkata: "Orang inilah yang membunuh ibnu Qauqal!" Ibnu Sa'id bin 'Ash lalu berkata: "Aneh". Wabr )sebangsa binatang( datang kepada kami dari bukit Da'n mengabarkan, bahwa saya membunuh laki-laki Muslim yang dimuliakan Tuhan di tangan saya dan Tuhan tiada menghinakan saya di tanganNya". 1290, Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Lima macam syahid, iaitu disebabkan wabah kolera, sakit perut, karam, ditimpa tanah runtuh, dan syahid dalam perang di jalan Allah".1291, Dari Anas bin Malik r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Wabab kolera itu termasuk syahid bagi tiap-tiap orang Islam yang meninggal karenanya". 1292, Dari Zaid bin Tsabit r.a., kalanya: Rasulullah s.a.w. menyuruh menuliskan )mendiktekan( kepada saya firman Tuhan yang artinya: "Tiada sama orang yang duduk )tidak turut berperang( dengan orang yang berjihad )berperang( di jalan Allah". Kata Anas: Maka datanglah Ibnu Ummi Maktum ketika beliau mendiktekan kepada saya. Lalu ia berkata: "Hai Rasulullah! Kalau sekiranya saya sanggup berjihad )berperang(, nescaya saya akan turut berperang". Dia seorang laki-laki yang buta. Lalu Tuhan menurunkan wahyu kepada Rasulullah

74

s.a.w. sedang paha beliau di atas paha saya. Maka terasa amat berat bagi saya, sehingga saya khuatir paha saya akan pecah. Kemudian wahyu selesai. Tuhan menurunkan ayat yang artinya: "Selain orang yang mempunyai cacat".1293, Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. berangkat kepada peperangan Khandaq, dan kebetulan kaum Muhajirin dan Ansar sedang menggali tanah )membuat parit( di waktu pagi yang amat dingin. Mereka tidak memakai pekerja )kuli( untuk mengerjakannya. Setelah melihat mereka payah dan lapar, beliau bersabda: "Ya Allah! Sesungguhnya hidup yang sejati ialah hidup akhirat. Maka ampunilah kiranya orang Ansar dan orang yang hijrah!" Lalu mereka menjawab: "Kamilah orang-orang yang berjanji setia kepada Muhammad. Untuk berjihad selama hayat".1294, Dari Anas r.a., katanya: Orang orang Muhajirin dan orang Ansar bekerja keras menggali parit sekeliling Medinah. Mereka mengangkut tanah di atas punggung mereka sambil berkata: "Kamilah orang-orang yang berjanji setia kepada Muhammad. Untuk membela Islam selama hayat". Nabi s.a.w. menjawab: "Ya Allah! Sesungguhnya kebaikan yang hakiki hanyalah kebaikan akhirat. Berilah kiranya keberkatan kepada orang-orang Ansar dan orang-orang yang hijrah". 1295, Dari Bara' r.a., katanya: Saya lihat Rasulullah s.a. w . pada hari peperangan Ahzab mengangkut tanah, dan sesungguhnya tanah itu melumari putih perutnya. Beliau bersabda: "Jikalau tidaklah Engkau Ya Tuhan, kami tiada mendapat petunjuk dan pengajaran. Kami tiada bersedekah dan berkurban. Tiada sembahyang dan menunaikan kewajiban. Karena, itu turunkanlah kiranya kepada kami ketenteraman. Teguhkanlah pikiran kami menghadap lawan. Mereka sentiasa melakukan keaniayaan. Kalau mereka menjalankan paksaan, kami tetap melawan".1296, Dari Anas r.a.: Nabi s.a.w. ketika berada dalam satu peperangan, beliau bersabda: "Sesungguhnya ada beberapa kaum )golongan yang tinggal( di Medinah, setiap kita melalui satu bukit dan lembah, mereka tetap bersama. kita )sama-sama beroleh pahala(. Mereka dihalangi oleh keuzuran".1297, Dari Abu Sa'id r.a., katanya: Saya dengar Nabi sa.w. bersabda: "Barangsiapa puasa sehari dalam perjuangan di jalan Allah, dijauhkan mukanya dari api, neraka sejauh tujuh puluh tahun perjalanan".1298, Dari Zaid bin Khalid r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapa yang menyiapkan keperluan orang berperang dalam agama Allah, maka sesungguhnya dia bererti turut berperang. Siapa yang membantu keluarga orang yang berperang dalam agama Allah, maka bererti dia turut berperang".1299, Dari Anas r.a., katanya: Nabi s.a.w. tiada pernah masuk ke dalam rumah perempuan di Medinah, selain rumah isteri-isteri beliau, kecuali rumah Ummu Sulaim. Orang bertanya kepada beliau. Jawabnya: "Saya kasihan kepada Ummu Sulaim, karena saudaranya terbunuh dekat saya dalam peperangan".1300, Dari Jabir r.a., katanya, Nabi s.a.w. bersabda: "Siapakah yang dapat menyampaikan kepada saya berita musuh dalam peperangan Ahzab?" Zubair menjawab: "Saya!" Kemudian beliau bersabda: "Siapakah yang sanggup menyampaikan kepada saya berita keadaan musuh?" Zubair menjawab: "Saya!" Lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Setiap Nabi ada pembantunya )pengikut yang setia(, dan pembantu saya ialah Zubair".1301, Dari Anas' bin Malik r.a.katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ubun-ubun kuda itu mempunyai keberkatan". 1302, Dari 'Urwah Al Bariqi r.a.: Nabi s.a.w. bersabda: "Pada ubun-ubun kuda itu terletak kebaikan sampai hari kiamat, iaitu pahala dan rampasan perang".1303, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang memelihara kuda untuk perang dalam agama Allah, karena percaya kepada Allah membenarkan janjiNya. maka makanan kuda. minuman dan kencingnya menambah berat timbangan amal pada hari kiamat."1304, Dari Sahl r.a., katanya: Nabi s.a.w. mempunyai seekor kuda di kebun kami, namanya Luhaif.1305, Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kemalangan itu dapat timbul karena tiga hal: kuda, perempuan dan rumah".1306, Dari Anas r.a., Nabi s.a.w. datang kepada mereka dengan mengendarai kuda yang tiada berpelana, di kuduknya ada pedang.1307, Dari Anas r.a.: Nabi s.a.w. mempunyai seekor unta yang bernama 'Adba, yang cepat larinya. Maka datanglah seorang Arab dusun menunggang unta pilihan, lalu didahuluinya unta Nabi. Hal itu menjadi keberatan bagi beberapa orang Islam, sehingga beliau mengetahuinya, lalu beliau bersabda: "Hak Tuhan, bahwa sesuatu yang tinggi di dunia, dapat direndahkanNya".1308, Dari Umar bin Khattab r.a.: Ia membagikan pakaian bulu kepada beberapa orang perempuan Madinah. Maka tinggal sehelai pakaian bulu yang bagus. Beberapa orang yang ada di sisinya berkata kepadanya: "Hai Amirul Mukminin! Berikanlah ini pada puteri Rasulullah s.a.w. yang ada di dekat tuan!" Maksud mereka Ummu Kalsum blnti Ali. Umar berkata: "Ummu Salit yang lebih berhak! Ummu Salit perempuan Ansar di antara orang yang berjanji setia kepada Rasulullah s.a.w." Kata Umar lagi: "Dia membawa girbah )tempat air( untuk kami pada hari peperangan Uhud".1309, Dari Rubaiyi' binti Mu'awwiz r.a., katanya: Kami turut berperang bersama Nabi s.a.w. Kami memberi minum pasukan dan melayani mereka, dan kami membawa orang-orang yang luka dan terbunuh ke Medinah".1310, Dari Aisyah r.a., katanya: Nabi s.a.w. berjaga malam hari. Setelah beliau sampai ke Medinah, beliau bersabda: "Mudah-mudahan ada seorang laki-laki yang shalih di antara sahabat-sahabat saya yang akan mengawal saya malam ini". Tiba-tiba kami dengar bunyi senjata. Lalu beliau bertanya: "Siapakah ini?". Lalu orang itu menjawab: "Saya Sa'ad bin Abi Waqas! Saya datang untuk mengawal tuan". Nabi s.a.w. lantas tidur.1311, Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Celakalah budak dinar, budak dirham dan budak pakaian. Jika diberi ia suka dan jika tiada diberi ia marah. Ia celaka dan tersungkur )merugi(. Jika ia kena duri tiada tercabut. Berbahagialah seseorang yang memegang tali kekang kudanya dalam membela agama Allah. Kusut masai rambut-rambut kepalanya dan berdebu telapak kakinya. Jikalau ia dalam pengawalan, ia tetap mengawal. Dan kalau ia dalam barisan, ia tetap dalam barisan. Jikalau ia minta izin, tidak diberi izin. Dan kalau ia minta pertolongan, tidak diberi pertolongan.1312, Dari Anas r.a., katanya: Pada suatu saat kami bersama Nabi s.a.w., yang jadi payung kebanyakan kami ialah pakaiannya. Adapun orang-orang yang puasa, tiada mengerjakan apa-apa. Orang-orang yang tiada puasa, menghalau kendaraan, melayani orang yang puasa dan mengurus beberapa keperluan. Nabi s.a.w. bersabda: "Orang-orang yang tiada puasa hari ini juga mendapat pahala".1313, Dari Sahl bin Sa'ad As Sa'idi r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapa-siapa menghadapi musuh barang sehari dalam perang, membela agama Allah, lebih baik dari dunia seisinya. Tempat cemeti seseorang dalam syurga, lebih baik dari dunia dan seisinya. Perjalanan di waktu petang atau pagi yang dilakukan seseorang dalam perang di jalan Allah, lebih baik dari dunia dan seisinya".1314, Dari Mus'ab bin Sa'ad r.a. katanya: Sa'ad mengira bahwa ada kelebihannya dari orang lain. Lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Kamu tiada mendapat pertolongan dan rezeki melainkan karena orang-orang yang lemah di antara kamu".1315, Dari Abi Sa'id Al Khudri r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Akan datang suatu zaman, di mana beberapa golongan manusia berperang. Lalu ditanyakan: "Adakah dalam golongan kamu orang yang menjadi sahabat Nabi s.a.w.?" Di jawab: "Ya!" Lalu diberi kemenangan." Kemudian datang pula suatu zaman. Ditanyakan: "Adakah dalam golongan kamu orang yang bersahabat dengan sahabat-sahabat Nabi s.a.w.?" Dijawab: "Ya". Lalu diberi kemenangan. Kemudian datang lagi suatu zaman. Lalu ditanyakan: "Adakah dalam golongan kamu orang yang bersahabat dengan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. ?" Dijawab: "Ya!" Lalu diberi kemenangan".1316, Dari Sahl bin Sa'ad As Sa'idi r.a.: Rasulullah s.a.w. bersama pasukannya bertemu dengan kaum musyrik, lalu terjadi peperangan. Sesudah itu, Rasulullah s.a.w. berkumpul kembali dengan tentera beliau dan kaum musyrik begitu pula. Di antara sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. ada seorang laki-laki tidak dibiarkannya musuh yang terpencil dan yang terpisah, melainkan dibunuhnya dan ditetaknya dengan pedangnya. Mereka berkata: "Tiadalah seorang pun di antara kami yang lebih dari si Anu itu". Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adapun ia sesungguhnya isi neraka". Seorang di antaranya berkata: "Saya akan menemaninya". Kata Sahl: "Lalu laki-laki itu keluar bersama dengan dia. Setiap laki-laki itu berhenti, ia pun berhenti pula. Setiap kali laki-laki itu berjalan cepat, ia berjalan cepat pula. Kemudian laki-laki itu mendapat luka parah, lalu ia ingin segera mati, maka diletakkannya pangkal pedangnya di tanah, dan mata pedang itu antara kedua susunya, lalu ditekankannya badannya di atas pedangnya itu, maka ia membunuh diri: Orang yang mengikutinya tadi lalu pergi menghadap Rasulullah". Beliau bersabda: "Kenapa?" Katanya: "Laki-laki yang tuan sebutkan baru-baru ini memang termasuk isi neraka". Orang banyak merasa agak terkejut mendengar keadaan yang demikian. Katanya: "Baiklah saya sampaikan kepada kamu kejadiannya. Sengaja saya pergi menurutinya, kemudian ia mendapat luka berat, dan ingin segera mati, lalu diletakkannya, pangkal pedangnya di tanah, dan mata pedang antara dua susunya, kemudian ditekankannya badannya di atas pedang itu, lalu ia membunuh diri".

75

Ketika itu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada orang yang mengerjakan amal isi syurga menurut pandangan manusia, sedang ia termasuk isi neraka. Ada orang yang mengerjakan amal isi neraka menurut pandangan manusia, sedang ia termasuk isi syurga".1317, Dari Salamah bin Akwa' r.a., katanya: Nabi s.a.w. melalui satu kaum dari suku Aslam. Mereka berlomba memanah. Lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Panahlah hai Bani Ismail! Nenek moyang kamu adalah orang yang pintar memanah. Panahlah! Saya di pihak Bani Polan". Kata Salamah: Salah satu dua golongan itu menahan tangannya )tidak memanah(. Rasulullah s.a.w. bertanya: "Kenapa kamu tidak memanah?" Jawabnya: "Bagaimana kami akan memanah, sedang tuan di pihak mereka!" Nabi s.a,w. bersabda: "Panahlah! Sesungguhnya saya di pihak semua!"1318, Dari Abu Usaid r.a" katanya: Pada hari peperangan Badr, ketika kami berbaris menghadap pasukan Qureisy dan mereka berbaris menghadap kami, Nabi s.a,w. bersabda: "Apabila mereka mendekati kamu maka bidiklah dengan panah!"1319, Dari Umar r.a., katanya: Harta Bani Nadir )suku Yahudi yang berkhianat(. sebahagian harta yang diserahkan oleh Tuhan kepada RasulNya s.a.w. )harta fai'a(, yang didapat oleh orang Islam bukan dengan kuda dan kenderaan )perang(, harta itu diutamakan untuk Rasulullah s.a.w. Dengan itu beliau belanjai keluarga beliau untuk setahun. Kelebihannya beliau belikan senjata dan tanah / ternak untuk persiapan pertahanan agama Allah".1320, Dari Jabir bin Abdullah r.a.: Ia turut berperang bersama Rasulullah s.a.w. ke jurusan Najd. Setelah Rasulullah s.a.w. berangkat, ia pun berangkat bersama beliau. Tibalah waktu mereka beristirahat dilembah di mana banyak pohon berduri. Rasulullah berteduh di bawah pohon. Beliau berhenti di bawah sebatang pohon dan beliau menggantungkan pedang beliau di pohon itu. Kami tertidur sebentar. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. memanggil kami, dan di waktu itu di sisi beliau ada seorang Arab dusun. Lalu beliau bersabda: "Orang ini mencabut pedang saya dari sarungnya ketika saya tertidur. Lalu saya terbangun, sedang pedang itu berkilat-kilat terhunus di tangannya. Katanya: "Siapakah yang akan mempertahankan tuan terhadap saya?" Jawab saya: "Allah!" Tiga kali beliau ucapkan. Tiadalah beliau siksa orang itu dan ia pun duduk.1321, Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Nabi s.a.w. berdo'a waktu beliau berada di Qubbah: "Ya Allah! Saya memohon ke hadapan Engkau supaya janji Engkau terjadi, Ya Tuhan! Jikalau Engkau kehendaki, tiadalah Engkau akan disembah orang sesudah hari ini!" Abu Bakar lalu memegang tangan beliau, katanya: "Cukuplah hai Rasulullah! Sesungguhnya tuan sangat nyinyir pada Tuhan!" Beliau waktu itu memakai baju besi, lalu beliau buka dan beliau bersabda: "Kaum musyrik itu bakal dikalahkan dan lari cerai berai. Pada hari kiamat, mereka akan disiksa. Hari kiamat itu lebih berbahaya dan lebit pahit".1322, Dari Anas r.a.: Nabi s.a.w. memberi kelonggaran kepada Abdur Rahman bin Auf dan Zubair buat memakai baju sutera, kerana keduanya kena penyakit gatal )kudis(".1323, Dari Anas r.a.: Abdur Rahman bin Auf dan Zubair mengadukan penyakitnya kepada Nabi s.a.w. Yakni disebabkan tuma. Lalu beliau memperbolehkan keduanya memakai sutera. Saya lihat keduanya memakai sutera dalam peperangan". 1324, Dari Ummu Haram r.a.: Ia mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Tentera pertama dari umat ku yang berperang mengarungi lautan, telah dipastikan masuk syurga." Kata Ummu Haram: Saya bertanya: "Hai Rasulullah! Adakah saya dalam golongan mereka?" Beliau menjawab: " Engkau dalam golongan mereka!" Kemudian Nabi s.a.w. bersabda lagi: "Tentera pertama dari umat ku yang memerangi negeri Kaisar )Rum(, mendapat ampunan". Saya bertanya: "Apakah saya dalam golongan mereka, hai Rasulullah?" Beliau menjawab: "Tidak!"1325, Dari Abdullah bin Umar r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kamu akan memerangi orang Yahudi, sampai ada seseorang di antara mereka bersembunyi di balik batu, lalu batu itu berkata: "Hai hamba Allah! Ini orang Yahudi di balikku. Bunuhlah dia!"1326, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Sebelum kiamat terjadi kamu akan memerangi orang Yahudi, sampai sebuah batu di mana orang Yahudi bersembunyi di baliknya, berkata: "Hai orang Islam! Inilah orang Yahudi di balikku! Bunuhlah dia!"1327, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebelum terjadi kiamat, kamu memerangi orang Turki, matanya sipit, warna mukanya merah, hidungnya kemek, seolah-olah muka mereka bagai perisai yang dipukul. Dan sebelum kiamat terjadi, kamu memerangi suatu kaum, terompah mereka dibuat dari bulu ".1328, Dari Ali r.a., katanya: Ketika terjadi peperangan Ahzab, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kiranya Tuhan memenuhkan rumah-rumah dan kubur-kubur mereka dengan api, karena mereka melalaikan )melambatkan( kami dari mengerjakan sembahyang wustha )'Asar(, sehingga terbenam matahari!".1329, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Pernah Nabi s.a.w. berdo'a dalam qunut: "Ya Allah! Selamatkan kiranya Salamah bin Hisyam! Ya Allah! Selamatkan kiranya 'Ayyasy bin Abi Rabi'ah. Ya Allah! Selamatkanlah kiranya orang-orang mukmin yang lemah! Ya Allah! Turunkanlah kiranya siksaan keras kepada kaum Mudar! Ya Allah! Hukumlah mereka dengan musim kemarau seperti musim kemarau zaman Yusuf!"1330, Dari Abdullah bin Abu Aufa r.a., katanya: Pada hari peperangan Ahzab, Rasulullah s.a.w. mendo'akan kebinasaan orang-orang musyrik. Do'a beliau: "Ya Allah, Tuhan Yang menurunkan Kitab dan cepat membuat perhitungan! Ya Allah, Cerai-beraikanlah kiranya kumpulan musuh! Ya Allah, Cerai-beraikanlah mereka dengan goncangan )kacaukanlah(mereka! 1331, Dari Aisyah r.a., katanya: Beberapa orang Yahudi masuk ke tempat Nabi saw. lalu mereka berkata: "Assamu'alaika )matilah engkau(". Lalu saya mengutuk mereka. Beliau bertanya kepada ku: "Mengapa engkau'?" Kata saya: "Tidakkah tuan dengar apa yang mereka ucapkan'?" Beliau bersabda: "Tidakkah engkau dengar jawab saya: "Dan kamulah yang begitu! " 1332, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Thufail bin Amr Ad Dausi bersama kawan-kawannya datang menghadap Nabi s.a.w., lalu mereka berkata: "Hai Rasulullah! Bahwa suku Daus durhaka dan enggan )tidak mahu menerima kebenaran agama(. Maka do'akanlah kepada Tuhan supaya mereka binasa!" Ada yang berkata: "Binasalah kiranya suku Daus!" Beliau mendo'a: "Ya Allah! Tunjukilah kiranya suku Daus dan pertemukanlah dengan orang Islam!" 1333, Dari Anas r.a., katanya: Ketika Nabi s.a.w. bermaksud mengirim surat kepada pembesar Rum, ada orang yang berkata kepada beliau: "Mereka tiada mahu membaca suatu surat melainkan kalau ada cap )stempel(". Lalu beliau membuat stempel dari perak, dan saya melihat putihnya di tangan beliau dan ditulis di dalamnya "Muhammad Rasulullah".1334, Dari Shal bin Sa'ad r.a., Ia mendengar Nabi s.a.w. bersabda di hari peperangan Khaibar: "Sesungguhnya akan saya berikan panji-panji kepada seorang laki-laki yang di tangannya Tuhan akan memberikan kemenangan". Mereka lalu berdiri mengharapkan siapa di antara mereka yang akan diberi. Mereka sekalian pagi-pagi )cepat( datang karena mengharapkan supaya diberikan kepadanya panji-panji. Nabi s.a.w. bersabda: "Di mana Ali" Lalu dikatakan orang: "Dia sakit mata". Lalu beliau perintahkan supaya Ali dipanggil. Beliau meludahi kedua matanya dan sembuhlah sakitnya waktu itu juga, sehingga seolah-olah Ali tiada pernah sakit. Ali berkata: "Kita perangi mereka, sampai mereka serupa dengan kita. Nabi bersabda: "Tunggulah, sampai engkau berhenti )tiba( di tempat mereka, Kemudian ajaklah mereka masuk Islam dan ceritakankah apa yang wajib bagi mereka. Maka demi Allah, sesungguhnya jika seorang laki-laki yang mendapat petunjuk karena engkau, lebih baik untuk engkau dari unta dan binatang ternak",1335, Dari Anas r.a.: Nabi s.a.w. berangkat ke Khaibar. Beliau datang ke situ pada malam hari. Biasanya apabila beliau sampai kepada satu kaum pada malam hari, beliau tiada menyerbu mereka sebelum waktu subuh. Pada pagi harinya, orang Yahudi keluar ke tempat kerja mereka. Ketika mereka melihat beliau, mereka berkata: "Muhammad, demi Allah! Muhammad dan tentera". Lalu, Nabi s.a.w. bersabda: "Allah Maha Besar! Hancurkanlah Khaibar! Sesungguhnya apabila kami tinggal di halaman rumah satu kaum, maka pagi itu adalah amat buruk bagi orang-orang yang diberi peringatan )tetapi menolak(".1336, Dari Zuhri, katanya : Saya mendengar Ka'ab bin Malik mengatakan : Rasullullah s.a.w. apabila bermaksud hendak melakukan peperangan biasanya menutup )merahsiakan( dengan menyebut peperangan yang lain, sampai kepada perang Tabuk. Dilaksanakan peperangan itu oleh Nabi s.a.w. pada musim yang sangat panas dan menghadapi perjalanan yang jauh serta melalui gurun pasir, menghadapi peperangan melawan musuh yang sangat banyak jumlahnya. Maka dijelaskan oleh Nabi kepada kaum Muslimin keadaan )kekuatan( musuh, supaya kaum Muslimin mengadakan persiapan )kekuatan( seimbang dengan kekuatan musuh, serta memberitakan kepada mereka tujuan yang hendak dicapai.1337, Dari Amrah binti Abduruhman, bahwa dia mendengar 'Aisyah r.a. berkata: Kami berangkat bersama Rasulullah s.a.w. pada malam kedua puluh lima dari bulan Zulkaedah, dengan tujuan hanya untuk mengerjakan haji. Setelah kami mendekati Mekkah, Rasulullah s.a.w. memerintahkan, supaya siapa yang tidak membawa had-ya )binatang korban(, apabila telah selesai mengerjakan tawaf dan sa'i antara Safa dan Marwah, hendaklah menyelesaikan ibadah haji )mencukur atau memotong rambut( dan kembali memakai pakaian biasa. Kata 'Aisyah: "Di hari Nahr )Qurban( dibawa orang kepada kami daging sapi". Lalu saya bertanya "Daging apakah ini?" Jawabnya: "Qurban Rasulullah s.a.w. untuk isteri-isteri

76

beliau".1338, Dari Ibnu Umar r.a. dari Nabi s.a. w., beliau bersabda: Mengindahkan dan mematuhi perintah itu adalah wajib, selama tiada diperintah mengerjakan maksiat )dosa(. Tapi kalau kamu diperintah berbuat maksiat )dosa(, jangan diindahkan dan jangan dipatuhi!" 1339, Dari Abu Hurairah r.a., Ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kita umat yang terakhir )di dunia( paling di muka )di akhirat(. Siapa yang mematuhi perintah saya, bererti ia telah patuh kepada Tuhan. Sebaliknya, siapa yang mendurhakai saya, sesungguhnya ia mendurhakai Tuhan. Siapa yang mematuhi Amir )pembesar negeri(, sesungguhnya ia telah mematuhi saya dan siapa yang mendurhakai Amir, sesungguhnya ia telah mendurhakai saya. Dan sesungguhnya Imam itu dinding )pembela( terhadap rakyat yang dibelakangnya. Jika rakyat itu diperangi musuh, Imam mempertahankannya. Jikalau ia memerintahkan taqwa kepada Allah dan ia bersikap adil, maka karena hal yang demikian itu, ia memperoleh pahala. Sebaliknya kalau ia berkata )berbuat( bukan demikian, maka ia berdosa )dihukum(".1340, Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Kami kembali dari peperangan di tahun sesudah tahun perjanjian Hudaibiyah. Apa yang dilakukan oleh dua orang yang berkumpul di antara kami di bawah pohon tempat kami melakukan baiah )janji setia(, adalah rahmat dari Allah". Ditanyakan kepada Nafi': "Apa isinya itu, bersedia matikah?" Jawabnya: "Tidak! Melainkan berjanji supaya tetap sabar".1341, Dari Abdullah bin Zaid r.a., katanya: Ketika peperangan Harrah, ada orang yang datang kepadanya, lalu ia bertanya: "Benarkah Ibnu Hanzalah mengambil bi'at orang banyak untuk sedia mati?" Jawabnya: "Tidak! Saya tiada mengambil bi'at seseorang pun serupa itu sesudah Rasulullah s.a.w."1342, Dari Salamah bin Akwa' r.a., katanya: Saya telah berbi'at )berjanji setia( kepada Nabi s.a.w. Kemudian saya pergi berteduh di bawah sebuah pohon. Ketika orang telah agak lengang, beliau bertanya: "Hai Ibnu Akwa?! Apakah engkau tiada turut berbi'at?" Saya menjawab:"Saya telah berbi'at, hai Rasulullah!" Beliau bersabda: "Berbi'atlah sekali lagi!" Lalu saya berbi'at kali yang kedua. Maka ditanyakan orang kepadanya: "Mengenai apakah kamu berbi'at pada hari itu?" Jawabnya: "Bersedia untuk mati!"1343, Dari Mujasyi' r.a., katanya: Saya menghadap Nabi s.a.w. bersama saudara saya, lalu saya berkata: "Terimalah bi'at kami untuk hijrah!" Lalu beliau bersabda: "Hijrah telah lewat!" Lalu saya bertanya: "Untuk apakah tuan menerima bi'at kami'?" Beliau bersabda: "Untuk membela Islam dan berjihad". 1344, Dari Abdullah r.a., katanya: Pada suatu hari seorang laki-laki datang kepada saya, lalu ia bertanya tentang sesuatu hal yang saya tiada tahu jawabnya. Ia bertanya: "Bagaimana pendapat engkau tentang seorang laki-laki yang melaksanakan kewajiban lagi rajin? Ia ke luar bersama pemimpin-pemimpin kami dalam beberapa peperangan, lalu ia memerintahkan kepada kami hal-hal yang tiada kami ketahui )sanggupi(". Saya menjawab: "Demi Allah! Saya tiada tahu apa yang akan saya katakan kepada engkau melainkan bahwa kami pernah bersama Rasulullah s.a.w. Boleh jadi beliau memerintahkan kepada kami sesuatu hal )pekerjaan( hanya sekali saja, lalu kami kerjakan. Kamu sentiasa dalam kebaikan, selama kamu bertaqwa kepada Allah. Dan kalau ada sesuatu hal yang menjadi keraguan dalam hatimu, tanyakan kepada orang lain, supaya hilang keraguan itu dari hatimu. Mungkin engkau menemui orang itu. Demi Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, apa yang saya ingat tentang apa yang telah lewat dari dunia ini hanyalah sebagai kolam, minumlah yang bersih dan tinggalkan mana yang keruh".1345, Dari Abdullah bin Abu Aufa r.a.: Rasulullah s.a.w. pada suatu hari menanti musuh sampai matahari condong. Kemudian beliau berdiri di hadapan orang banyak, lalu bersabda: "Wahai saudara-saudara! Janganlah mengharap-harapkan menemui musuh, mintalah kesejahteraan kepada Allah! Tetapi kalau kamu bertemu dengan musuh, sabarlah )berhati teguh(! Ketahuilah, sesungguhnya surga itu terletak di bawah bayangan pedang". Kemudian beliau berkata: "Wahai Tuhan yang menurunkan Kitab, yang menjalankan awan dan mencerai-beraikan pasukan musuh! Cerai-beraikanlah mereka, dan tolong kami melawan mereka!".1346, Dari Ya'la r.a., katanya: Saya turut berperang bersama Rasulullah s.a.w. dalam peperangan Tabuk. Saya menunggang seekor unta muda, dan unta itulah yang lebih saya percayai untuk ditunggang. Kemudian saya mengupah seorang pekerja, lalu ia berkelahi dengan seorang laki-laki lain. Seorang di antara keduanya menggigit tangan yang lain )lawannya(,lalu direnggutnya tangannya dari mulut lawannya sehingga tercabut giginya. Kemudian orang yang menggigit menghadap Nabi s.a. w. lalu dimaafkannya. Beliau bersabda: "Adakah ia mengulurkan ia tangannya kepada engkau, lalu engkau gigit sebagaimana unta jantan menggigit?"1347, Dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Saya diutus membawa perkataan yang cukup ringkas. Saya ditolong beroleh kemenangan dengan perasaan takut di hati musuh. Pada suatu malam ketika saya sedang tidur, saya bermimpi diberi anak kunci perbendaharaan bumi )negeri-negeri(, lalu diletakkan di tanganku". Kata Abu Hurairah: "Rasulullah s.a.w. telah pergi )wafat(, dan kamulah yang akan menggali isi perbendaharaannya."1348, Dari Asma' r.a., katanya: Saya membuat makanan untuk Rasulullahs.a.w. di rumah Abu Bakar ketika beliau hendak hijrah ke Medinah. Kata Asma': Kami tiada mendapatkan tali untuk pengikat makanan dan minuman beliau, lalu saya katakan pada Abu Bakar: "Demi Allah, saya tiada mendapatkan sesuatu untuk pengikat, melainkan ikat pinggangku". Katanya: "Belah dualah ikat pinggang itu, dan ikatkanlah yang satu untuk minuman dan yang satu lagi untuk makanan!". Lalu saya lakukan. Karena itulah Asma' dinamai Zatan nithaqain )yang mempunyai dua ikat pinggang(.1349, Dari Usamah bin Zaid r.a.: "Rasulullah s.a.w. menunggang keledai yang pakai pelana dan beliau berpijak di atas sanggurdi, dan memboncengkan Usamah di belakang beliau".1350, Dari Abdullah bin Umar r.a., "Rasulullah s.a.w. melarang membawa Quran dalam perjalanan ke negeri musuh".1351, Dari Abu Musa Asy'ari r.a., katanya: Apabila kami bersama Rasulullah s.a.w. kalau sampai di tempat yang tinggi dan di bawahnya terletak lembah, kami tahlil dan takbir dengan suara keras. Lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Saudara-saudara! Jangan sekeras itu, sesungguhnya kamu tiada mendo'a kepada yang tuli dan yang jauh. Sesungguhnya Dia bersama kamu, mendengar lagi dekat. Maha Suci namaNya dan tinggi kekuatanNya".1352, Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: "Di waktu kami mendaki, kami bertakbir )membaca Allahu Akbar( dan dikala menurun, kami bertasbih )membaca Subhanallah(".1353, Dari Abu Musa r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jikalau seseorang sakit atau bepergian, dituliskan untuknya serupa dengan apa yang dikerjakannya di waktu ia menetap dan sihat".1354, Dari Ibnu Umar r.a. dari Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Kalau sekiranya orang banyak mengerti apa yang mungkin terjadi dalam bepergian sendirian sebagai yang saya ketahui, tentulah tiada seorang pun pengendara akan berjalan malam hari sendiri saja". 1355, Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: Seorang laki-laki datang menghadap Nabi s.a.w., lalu mohon izin kepada beliau untuk berjihad )perang(. Beliau bertanya: "Apakah ibu bapa engkau masih hidup?" Jawabnya: "Masih!" Beliau bersabda: "Maka berjihadlah mengurus kedua orang tua itu!".1356, Dari Abu Basyir r.a.: Ia pernah bersama Rasulullah s.a.w. dalam suatu perjalanan, sedang orang lain tinggal di rumah mereka. Rasulullah s.a.w. lalu mengutus seorang utusan buat memberitahukan: "Ingatlah! Tiada boleh terikat satu kalung dari tali panah di kuduk unta. Semuanya mesti diputus".1357, Dari Ibnu Abbas r.a.: Ia mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Janganlah seorang laki-laki tinggal berdua saja dengan seorang perempuan! Dan janganlah seorang perempuan bepergian, melainkan bersama muhrim!" Seorang laki-laki lalu berdiri, katanya: "Hai Rasulullah! Nama saya telah didaftarkan untuk peperangan ini dan itu, sedang isteri saya akan pergi mengerjakan haji". Beliau bersabda: "Pergilah engkau mengerjakan haji bersama isteri engkau!"1358, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Allah kagum melihat suatu kaum yang masuk surga dalam keadaan berantai )dipaksa(".1359, Dari Sha'b bin Jatstsamah r.a., katanya: Nabi s.a.w. bertemu dengan saya di Abwa' atau di Waddan, dan ada orang yang bertanya tentang orang-orang musyrik yang tinggal di rumah mereka, lalu diambil )ditawan( wanita-wanita dan anak-anak mereka. Beliau bersabda:. "Mereka )perempuan dan anak-cucu( itu termasuk golongan mereka )orang musyrik(". Dan saya dengar beliau bersabda: "Tiadalah perlindungan melainkan dari Allah dan ( RasulNya".1360, Dari Abdullah bin Umar r.a.: Seorang perempuan didapati mati terbunuh dalam suatu peperangan di zaman Nabi s.a.w. Lalu Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan membunuh perempuan dan anak-anak(1361, Dari lbnu Umar r.a., katanya: Seorang perempuan didapati mati terbunuh dalam suatu peperangan di masa Rasulullah s.a.w. Lalu beliau melarang membunuh perempuan dan anak-anak.1362, Dari Ibnu Abbas r.a.: Ketika ia mendengar berita bahwa Ali membakar, suatu kaum, Ia berkata: Kalau saya, mereka tidak saya bakar, karena pernah Nabi s.a.w. bersabda: "Janganlah kamu menyiksa dengan cara siksaan Tuhan!" Saya akan membunuh mereka, sebagaimana Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang menukar agama, bunuhlah!"1363, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seekor semut menyengat salah seorang Nabi. Nabi itu pun menyuruh mencari sarang semut

77

itu lalu dibakar. Allah lalu menurunkan wahyu kepada Nabi itu: "Sesungguhnya hanya seekor semut yang menyengat engkau, dan engkau bakar salah satu umat yang bertasbih kepada Tuhan!".1364, Dari Jabir r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya: "Mengapa tidak engkau senangkan hati saya berkenaan dengan Zul Khalashah? Zul Khalashah itu sebuah rumah berhala suku Khas'am yang dinamakan "Ka'bah Yamaniah". Kata Jarir: Saya lalu berangkat dengan seratus lima puluh orang berkuda daripada suku Ahmas. Mereka semua ahli mengendarai kuda, dan saya tidak dapat tetap di atas punggung kuda. Beliau lalu memukul dada saya sehingga kelihatan bekas jari beliau di dada saya. Beliau mendo'a: "Ya Allah! Tetapkanlah ia duduk di atas kuda, dan jadikanlah ia penunjuk yang benar!" Jarir berangkat ke Zul Khalashah, lalu dipecahnya dan dibakarnya. Kemudian ia mengirim utusan kepada Rasulullah s.a.w. memberi khabar kepada beliau. Utusan Jarir berkata: "Demi Tuhan yang mengutus tuan dengan kebenaran, saya datang menghadap tuan ketika saya tinggalkan Zul Khalashah itu seolah-olah untanya sakit". Lalu beliau mendo'akan keberkatan untuk pasukan kuda dari suku Ahmas dan pemimpin-pemimpin mereka. Beliau do'akan sampai lima kali.1365, Dari Bara' bin 'Azib r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. mengutus satu rombongan orang Ansar kepada Abu Raft', maka masuklah Abdullah bin 'Atik ke rumahnya pada malam hari, lalu dibunuhnya ketika Abu Raft' sedang tidur". 1366, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Telah meninggal Kisra )Raja Parsi( dan tidak ada lagi Kisra , sesudahnya yang serupa dia. Kaisar )Raja Rumawi( nescaya akan meninggal dan tidak ada lagi Kaisar sesudahnya serupa dia. Sesungguhnya harta simpanan keduanya akan dibagi-bagikan untuk jalan )agama( Allah".1367, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Nabi s.a.w. menamakan peperangan itu tipu-daya".1368 Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Peperangan itu tipu-daya". 1369, Dari Bara' bin 'Azib r.a., katanya: Nabi s.a.w. memerintahkan Abdullah bin Jubair masuk tentara berjalan kaki di hari peperangan Uhud. Mereka berjumlah lima puluh orang. Beliau bersabda: "Kalau kamu melihat kami diserang, hendaklah kamu tetap di tempatmu ini, sampai saya kirim utusan kepada mu. Dan kalau kamu melihat kami mengalahkan musuh dan telah kami duduki tempat mereka, kamu mesti tetap di sini sampai saya kirim utusan kepadamu! Tentara Islam mengalahkan pasukan kaum musyrik. Kata Bara': "Dan saya, demi Allah, saya lihat perempuan-perempuan musyrik itu lari, kelihatan gelang kaki dan betis mereka, karena tersingsing kain mereka." Kawan-kawan Abdullah bin Jubair lalu berkata: "Rampasan, hai kaumku! Rampasan! Kawan-kawan kita telah menang, apakah lagi yang kita nanti?" Abdullah bin Jubair berkata: "Lupakah kamu apa yang disabdakan Rasulullah s.a.w. kepada kita?" Mereka berkata: "Sesungguhnya kita akan mengejar musuh dan kita akan mengambil rampasan!" Setelah mengejar musuh, mereka terpaksa mundur dan berbalik dalam keadaan cerai-berai. Ketika itu, Rasul memanggil mereka dari belakang dan yang tinggal bersama Nabi s.a.w. hanyalah dua belas orang. Dalam pertempuran ini, gugur dari pihak kita tujuh puluh orang. Nabi s.a.w. dan sahabat-sahabat dapat membalas orang-orang musyrik dalam peperangan Badr seratus empat puluh orang, tujuh puluh orang ditawan dan tujuh puluh lagi terbunuh. Abu Sufyan lalu berteriak: "Adakah Muhammad di situ?" Diucapkannya tiga kali. Nabi s.a.w. melarang menjawabnya. Kemudian ia berkata: "Adakah Ibnu Abi Quhafah )Abu Bakar( di situ?" Diucapkannya sampai tiga kali. Kemudian dia berkata pula: "Adakah Ibnul Khaththab )Umar( di situ?" : Tiga kali pula. Kemudian ia kembali kepada kawan-kawannya, lalu berkata: "Mereka itu telah terbunuh". Umar tidak dapat menahan hati, lalu ia menjawab: "Engkau bohong, demi Allah, hai musuh Allah! Orang-orang yang engkau sebut itu, semuanya masih hidup dan tetap ada apa yang tidak menyenangkan engkau". Abu Sufyan berkata: "Hari ini seimbangan dengan hari Badr. Peperangan itu bergilir. Kamu akan mendapat bahaya dan kaum itu tiada akan saya perintahkan melakukannya dan tiada menyusahkan saya". Kemudian ia meragukan: "Muliakanlah Hubal, muliakanlah Hubal )nama berhala(!" Nabi s.a.w. bersabda: "Mengapa tidak kamu jawab?" Mereka berkata: "Hai Rasulullah! Apakah yang akan kami katakan untuk jawabnya?" Beliau menjawab: "Katakanlah: Allah itu Maha Tinggi dan Maha Besar!" Kata Abu Sufyan: "Kami mempunyai berhala 'Uzza dan kamu tidak". Nabi s.a.w. bersabda: "Mengapa tidak kamu jawab?" Mereka berkata: "Hai Rasulullah! Apakah jawabnya?" Beliau bersabda: "Katakanlah, Allah pelindung kami dan kamu tidak mempunyai pelindung".1370, Dari Salamah r.a., katanya: Saya keluar dari Medinah menuju suatu belukar. Setelah saya berada di tempat yang tinggi di belukar itu, hamba Abdur Rahman bin 'Auf menemui saya. Kata saya: "Wah, mengapa?" Katanya: "Unta perahan Nabi s.a.w. diambil orang". Kata saya: "Siapa mengambilnya?" Katanya: "Orang dari suku Ghathafan dan Fazarah". Saya lalu berteriak tiga kali yang dapat didengar antara dua bukit Medinah: "Tolong, tolong!" Kemudian saya berjalan cepat-cepat sehingga saya bertemu dengan mereka. Benar mereka telah mengambil unta itu. Lalu mereka saya panah, sambil berkata: "Saya anak Akwa'! Hari ini hari binasa bagi penjahat!" Saya rebut unta itu dari mereka sebelum mereka minum, lalu saya halau pulang. Nabi s.a.w. menemui saya dan saya berkata "Hai Rasulullah! Kaum itu kehausan dan sesungguhnya, saya akan mendahului mereka ke tempat minum. Maka kirimlah orang untuk mengikuti jejak mereka!" Beliau lalu bersabda: "Hai anak Akwa'! Engkau bisa! Berbuat baiklah engkau. Kaum itu akan menjadi tamu kaumnya".1371, Dari Abu Musa r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bebaskanlah orang tawanan, beri makanlah orang lapar, dan kunjungilah orang sakit!"1372 Dari Abu Juhaifah r.a" katanya: Saya berkata pada AIi:" Adakah pada tuan sesuatu wahyu selain apa yang ada dalam Kitab Allah?" Jawabnya: "Demi Allah, yang memecahkan buah )menumbuhkan( dan menjadikan manusia! Tiada saya ketahui selain paham yang diberikan Tuhan kepada seorang laki-laki tentang Quran dan yang tertulis dalam lembaran ini". Tanya saya: "Apakah yang ditulis di dalamnya?" Jawabnya: "Akal, melepaskan tawanan dan jangan sampai seorang Islam terbunuh karena seorang kafir".1373, Dari Anas bin Malik r.a.: Seorang laki-laki dari orang Ansar minta izin kepada Rasulullah s.a.w. Mereka berkata: "Hai Rasulullah! Izinkanlah supaya tebusannya kami tinggalkan untuk anak saudara perempuan kami!" Beliau bersabda: "Janganlah kamu tinggalkan barang sedirham pun!"1374, Dari Salamah bin Akwa' r.a., katanya: Seorang mata-mata orang musyrik datang kepada Nabi s.a.w., sewaktu beliau sedang tidak ada. Lalu ia duduk dekat sahabat-sahabat beliau bercakap-cakap, kemudian ia pergi. Nabi s.a.w. bersabda: "Cari dan bunuhlah dia!" Salamah lalu membunuhnya. Nabi memberikan kepadanya barang-barang kepunyaan mata-mata tadi.1375, Dari Ibnu Abbas r.a., ia berkata: "Hari Kamis! Apakah hari Kamis itu?" Kemudian ia menangis sehingga air matanya membasahi pasir. Katanya: "Rasulullah s.a.w. sakit keras pada hari Kamis, beliau lalu bersabda: "Bawalah kemari sebuah buku! Saya suruh tuliskan untuk kamu sesuatu yang kamu tiada akan tersesat sesudah itu selamanya". Mereka lalu berselisih, sedangkan berselisih itu tidak pantas dekat Nabi. Mereka berkata: "Rasulullah s.a.w. akan berpulang". Beliau bersabda: "Biarkanlah saya! Keadaan saya sekarang lebih baik daripada apa yang kamu katakan". Beliau berwasiat ketika beliau akan wafat dengan tiga perkataan: Pertama: Keluarkanlah orang musyrik dari Jazirah Arab, kedua: sambutlah perutusan sebagaimana saya pernah menyambut mereka, dan yang ketiga: saya )lbnu Abbas( lupa".1376, Dari Ibnu Umar r.a., katanya: Nabi s.a.w. berdiri di hadapan orang banyak, lalu memuji Tuhan menurut cara yang sepatutnya. Kemudian beliau menyebut Dajjal, lalu bersabda: "Saya memberi peringatan kepada kamu tentang Danai itu. Setiap Nabi telah memberi peringatan kepada kaumnya tentang Dajjal. Nabi Nuh juga telah memberi peringatan kepada kaumnya tentang Dajjal. Tetapi saya hendak mengatakan kepada kamu tentang Dajjal itu, yang belum pernah diucapkan oleh seorang Nabi kepada kaumnya. Ketahuilah, Dajjal itu buta matanya sebelah, sedangkan Tuhan itu tiada buta sebelah mata pun".1377, Dari Huzaifah r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Tuliskan untuk saya jumlah orang-orang yang mengucapkan syahadat. Lalu kami tuliskan seribu lima ratus orang. Kami berkata: ''Takutkah kita, sedang kita seribu lima ratus orang?" Kami mengetahui, bahwa kami sendiri mendapat ujian, sehingga seorang sembahyang sendirian dan dia ketakutan.1378, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Kami ikut serta dalam suatu peperangan bersama Rasulullah s.a.w, lalu beliau bersabda tentang seorang laki-laki yang mengaku Islam: "Orang ini termasuk isi neraka!" Setelah peperangan dimulai, laki-laki itu melakukan perlawanan yang sengit, lalu ia mendapat luka. Ada orang berkata: "Hai Rasulullah! Orang yang tuan katakan isi neraka, telah melakukan perlawanan yang sengit dan ia telah mati!" Nabi s.a.w. bersabda: "Ke neraka!"Abu Hurairah berkata: Hampir sebahagian orang banyak keraguan. Ketika mereka dalam keadaan demikian, ada orang mengatakan: Ia belum mati, tetapi luka berat. Setelah hari malam, ia tiada sabar terhadap lukanya, lalu ia membunuh dirinya. Maka hal yang demikian dikhabarkan kepada Nabi s.a.w. Beliau lalu bersabda: "Allah Maha Besar! Saya mengaku bahwa saya hamba Allah dan RasulNya". Kemudian beliau menyuruh Bilal memberitahukan

78

kepada orang banyak: Tiada akan masuk ke dalam syurga melainkan diri )jiwa( yang Muslim. Dan Tuhan menguatkan agama ini dengan laki-laki jahat".1379, Dari Abu Thalhah r.a.: Setelah mengalahkan satu kaum, Nabi s.a.w. tinggal di tanah lapang tiga malam.1380, Dari Jabir bin Abdullah katanya: Saya berkata: "Hai Rasulullah! Kami menyembelih binatang kecil kepunyaan kami, menumbuk gandum satu gantang, maka silahkan tuan datang bersama orang banyak!" Nabi s.a.w. lalu berteriak. sabdanya: "Hai penduduk Khandaq! Jabir membuat santapan. Marilah kita pergi bersama-sama!" 1381, Dari Ummu Khalid binti Khalid bin Sa'id r.a., katanya: Saya menghadap Rasulullah s.a.w. bersama bapa saya, dan saya memakai baju kuning. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sanah, sanah!" Kata-kata sanah dalam bahasa Habsyi ertinya "baik". Ummu Khalid berkata: Saya lalu mempermainkan cincin stempel kenabian. Lalu bapa saya melarang. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Biarkanlah!" Kemudian Rasulullah bersabda lagi: "Pakailah baju kuning itu baik-baik sampai habis, pakailah baik-baik sampai habis dan pakailah baik-baik sampai habis!"1382, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Nabi s.a.w. berdiri bersama kami, lalu beliau menyebut perkara korupsi! Beliau mengatakan perkara itu besar dan amat besar. Beliau bersabda: "Saya nanti menemui seorang kamu pada hari kiamat, di atas bahunya )kuduknya( ada kambing yang mengembek, kuda yang meringkik. Orang itu berkata: "Ya Rasulullah! Tolonglah saya!" Saya menjawab: "Saya tidak dapat menolong engkau sedikit pun. Sesungguhnya saya pernah menyampaikan kepada engkau". Dan di atas bahunya unta yang melenguh, orang itu berkata: "Ya Rasulullah, tolonglah saya!" Saya menjawab: "Saya tidak dapat menolong engkau sedikit pun. Sesungguhnya saya pernah menyampaikan kepada engkau". Dan di atas bahunya emas dan perak )harta(. Ia berkata: "Ya Rasulullah! Tolonglah saya!" Saya menjawab: "Saya tiada dapat menolong engkau sedikit pun. Sesungguhnya saya pernah menyampaikan kepada engkau". Dan di atas bahunya sepotong kain yang berkibar-kibar. Dia berkata: "Ya Rasulullah! Tolonglah saya!" Saya menjawab: "Saya tiada dapat menolong engkau sedikit pun. Sesungguhnya saya pernah menyampaikan kepada engkau".1383, Dari Abdullah bin 'Amr r.a., katanya: Dalam tanggungan rumah tangga Nabi s.a.w. ada seorang laki-laki bernama Kirkirah. la mati dan Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ia di dalam neraka!" Orang banyak pergi melihatnya. Mereka itu mendapatkan jubah )baju( yang didapat dari penggelapan )ghulul(.1384, Dari Ibnu Abi Mulaikah r.a., katanya: "lbnu Zubair berkata kepada Ibnu Ja'far: Inikah engkau ketika kita menemui Rasulullah s.a.w., saya, engkau,dan Ibnu Abbas?" Jawabnya "Ya! Beliau membawa kami dan meninggalkan engkau".1385, Dari Saib bin Yazid r.a., katanya: Kami pergi bersama anak-anak menyonsong Rasulullah s.a.w. ke bukit Wada.1386, Dari Abdullah r.a.,: Nabi s.a.w. pernah takbir tiga kali, ketika beliau berangkat. Beliau mengucapkan: "Kita akan kembali, jika Tuhan menghendaki. Kita orang-orang yang tobat, menyembah, memuji,dan sujud kepada Tuban. Allah menepati janjiNya, menolong hambaNya dan mencerai-beraikan pasukan musuh sendirianNya".1387, Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Kami bersama Nabi s.a.w. berangkat dari 'Usfan dan Rasulullah s.a.w. di atas tunggangannya memboncengkan Shafiah binti Huyai. Unta beliau tertarung, lalu keduanya jatuh. Abu Thalhah lalu melompat dari untanya seraya berkata: "Ya Rasulullah! Kiranya saya dijadikan Tuhan untuk tebusan tuan!" Beliau bersabda: "Tolonglah perempuan itu!" Abu Thalhah mengambil sehelai kain dan ia datang kepada perempuan itu, lalu diberikannya kain itu kepadanya dan ia pun memperbaiki tunggangan keduanya. Lalu keduanya menunggang lagi dan kami mengelilingi Rasulullah s.a.w. Ketika kami hampir ke Medinah, beliau mengucapkan: "Kita orang-orang yang kembali dan tobat kepada Tuban, orang-orang yang menyembah dan memuji Tuhan". Senantiasa beliau mengucapkan itu sampai masuk Medinah.1388, Dari Jabir bin Abdullah r.a., tanya: Saya bersama Rasulullah s.a.w. dalam bepergian. Setelah kami tiba di Medinah, beliau bersabda kepada saya: "Masuklah ke mesjid, dan sembahyanglah dua raka'at!"1389, Dari Ka'b r.a.: Nabi biasanya apabila kembali dari bepergian pada waktu matahari mulai naik, beliau masuk ke mesjid, lalu sembahyang dua rekaat sebelum duduk."1390, Dari Jabir bin Abdullah r.a., orang Ansar, katanya: Ada seorang laki-laki di antara kami lahir anaknya, lalu dinamakannya Qasim. Orang Ansar berkata: "Kami tidak akan menggelari engkau Abu Qasim )bapak Qasim( dan tiada akan memuliakan engkau karena itu." la pun datang menghadap Nabi s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah! Seorang anak sayalahir, lalu_saya namakan Qasim. Orang Ansar berkata: "Kami tiada akan menggelari engkau Abu Qasim dan tiada akan memuliakan engkau." Nabi s.a. w. bersabda: "Benar pendapat orang Ansar! Kamu boleh memberi nama dengan nama saya, tetapi jangan kamu bergelar dengan gelar saya. Hanya sayalah Abu Qasim."1391, Dari Mu'awiyah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang dikehendaki Tuhan mendapat kebaikan, diberinya pengertian )paham( orang itu tentang agama. Tuhan yang memberi dan saya Qasim )yang membagikan(. Senantiasa umat ini beroleh kemenangan terhadap lawannya, sehingga datang perintah Tuhan dan mereka itu tetap dalam menang."1392, Dari Mu'awiyah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang dikehendaki Tuhan mendapat kebaikan, diberinya pengertian )paham( orang itu tentang agama. Tuhan yang memberi dan saya Qasim )yang membagikan(. Senantiasa umat ini beroleh kemenangan terhadap lawannya, sehingga datang perintah Tuhan dan mereka itu tetap dalam menang."1393, Dari Khaulah orang Ansar r.a., katanya: Saya dengar Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya orang-orang yang berbuat tiada pada jalan yang benar terhadap harta Allah, untuk mereka itu pada hari kiamat ialah api neraka." 1394, Dari Jabir bin Abdullah, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dihalalkan bagi ku rampasan perang."1395, Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tuhan menjamin bahwa orang yang berjihad pada jalan Allah, jika ia keluar )berjihad(, semata-mata berjihad untuk jalan )agama( Allah dan karena membenarkan perintahNya, Tuhan akan memasukkannya ke dalam surga, atau mengembalikannya ke tempat kediamannya semula dengan mendapat pahala dan rampasan".1396, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Salah seorang Nabi berperang, lalu ia berkata pada kaumnya: "Orang laki-laki yang telah nikah dengan seorang perempuan, sedang ia belum serumah dengan isterinya, tetapi ingin untuk serumah, janganlah mengikuti saya. Seorang yang mendirikan rumah, tetapi atapnya belum dipasangnya, janganlah mengikuti saya. Siapa yang membeli kambing yang bunting dan ia menantikan kambing itu beranak, janganlah mengikuti saya. Kemudian Nabi itu berperang, lalu ia mendekati suatu negeri pada waktu sembahyang Asar atau hampir waktu itu, lalu ia berkata kepada matahari: " Engkau diperintah dan saya juga diperintah. Wahai Tuhan! Tahan matahari itu untuk kami!" Lalu ditahanlah matahari itu, sehingga Tuhan membukakan )memberi kemenangan(. Maka Nabi itu pun mengumpulkan rampasannya, lalu datanglah api untuk memakan rampasan itu, dan tiada dimakannya, Nabi itu berkata: "Sesungguhnya dalam golonganmu ada korupsi )pencurian rampasan(, maka hendaklah berjanji setia dengan saya seorang dari tiap-tiap kabilah )suku(." Lalu bertemu tangan orang itu dengan tangannya, dan ia berkata: Dalam golonganmu ada pengkhianatan! Maka hendaklah kabilahmu berbai'at dengan saya". Lalu bertemu tangan kedua atau tiga orang laki-laki dengan tangannya, dan berkata: "Dalam golonganmu masih ada penghianatan!" Maka mereka itu datang )membawa( kepala sebagai kepala lembu terbikin dari emas. lalu mereka letakkan, maka datanglah api memakannya. Kemudian Tuhan menghalalkan rampasan perang bagi kita )kaum Muslimin(. Tuhan mengetahui kelemahan dan kekurangan kita. Lalu Tuhan menghalalkannya bagi kita."1397, Dari Ibnu Umar r.a., katanya: Usman tiada hadir dalam peperangan Badr disebabkan ia sedang memelihara puteri Rasulullah s.a.w. yang sedang sakit. Nabi s.a.w. bersabda kepadanya: " Engkau memperoleh pahala dan bahagian sama dengan pembagian orang yang turut dalam perang Badr".1398, Dari Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. mengutus sebuah pasukan ke jurusan Najd, sedang Abdullah )lbnu Umar( turut di dalamnya, Lalu mereka memperoleh rampasan unta yang banyak. Maka adalah bagian mereka dua belas atau sebelas ekor unta dan kepada mereka ditambah masing-masing dengan seekor unta.1399, Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: Ketika Rasulullah s.a.w. membagi rampasan di Ji'ranah, tiba-tiba seorang laki-laki berkata kepada beliau: "Berlaku adillah!" Lalu beliau bersabda kepadanya: "Saya celaka, kalau saya tidak adil." 1400, Dari Abdur Rahman bin 'Auf r.a., katanya: Ketika saya berdiri dalam barisan pada hari peperangan Badr, saya memandang ke kanan dan ke kiri, tiba-tiba dekat saya ada dua orang pemuda Ansar yang masih muda umurnya. Saya ingin supaya saya berada di dekat orang yang lebih kuat di antara keduanya. Salah seorang dari mereka mencubit saya, katanya: "Hai paman! Adakah engkau tahu Abu Jahil?" Jawab saya: "Ada! Apa keperluan engkau kepadanya, hai anak saudaraku? "Jawabnya: "Saya mendapat khabar, bahwa ia memaki Rasulullah s.a.w.! Demi Tuhan, yang diri ku di tanganNya, jika saya melihatnya badanku dan badannya tidak akan berpisah sebelum lebih dahulu mati salah seorang di antara kami. "Saya tertarik mendengar katanya. Lalu yang seorang lagi mencubit saya. Ia berkata kepada saya seperti itu pula. Tidak lama antaranya, saya melihat

79

Abu Jahil mundar-mandir di tengah orang banyak. Saya berkata: "Hai! Inilah orang yang kamu tanyakan kepada saya." Lalu keduanya melompatinya dengan pedang terus ditetaknya sampai mati. Kemudian, keduanya pergi kepada Rasulullah s.a.w. lalu diceritakannya kepada beliau. Beliau bertanya: "Siapa di antara kamu yang membunuhnya?" Masing-masingnya berkata:" "Saya yang membunuhnya." Beliau bertanya: "Telah kamu bersihkan pedangmu?" Keduanya menjawab: "Belum." Beliau lalu melihat kedua pedang itu. Lalu bersabda: "Kamu keduanya yang membunuhnya! Barangnya untuk Muaz bin Amr bin Jamuh". Kedua pemuda itu ialah Muaz bin 'Afrak dan Muaz bin Amr bin Jamuh. 1401, Dari Abu Qatadah r.a., katanya: Kami ke luar bersama Rasulullah s.a.w. pada tahun peperangan Hunain. Ketika kami bertempur, maka adalah giliran kemenangan bagi orang Islam. Saya lihat seorang musyrik mengalahkan seorang Islam, lalu saya kelilingi sehingga saya datang dari belakangnya dan saya penggal lehernya dengan pedang. Lalu ia menghadapi saya dan terus memagut saya. Saya dapati padanya bau kematian )hampir mati(. Kemudian ia pun mati, barulah saya dilepaskannya. Saya temui Umar bin Khattab, lalu saya bertanya: "Bagaimana keadaan orang banyak?" Katanya: "Urusan Tuhan!" Kemudian orang banyak kembali dan Nabi s.a.w. duduk, lalu beliau bersabda: "Barangsiapa yang membunuh, dan ia dapat mengemukakan saksi maka untuknya pakaian orang itu". Lantas saya berdiri lalu berkata: "Siapakah yang mahu jadi saksi bagi saya?" Kemudian saya duduk. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang membunuh, dan ia dapat mengemukakan saksi, maka untuknya pakaian orang itu!" Saya berdiri lalu berkata: Siapakah yang mahu jadi saksi untuk saya?". Kemudian beliau bersabda yang ketiga kalinya seperti itu juga. Seorang laki-laki lalu berkata: "Benar ia, hai Rasulullah! Dan pakaian itu pada saya. Maka sukalah kiranya ia merelakan untuk saya!" Lalu Abu Bakar Siddik r.a. berkata: "Tidak! Demi Allah! Ketika itu ia menghadapi singa )musuh( di antara musuh-musuh Allah. Ia berperang karena Allah dan RasulNya s.a.w. masakan diberikannya pada engkau rampasannya?" Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Benar!" Lalu beliau berikan rampasan itu kepada orang yang memenggal leher musuh tadi.1402, Lalu Abu Bakar Siddik r.a. berkata: "Tidak! Demi Allah! Ketika itu ia menghadapi singa )musuh( di antara musuh-musuh Allah. Ia berperang karena Allah dan RasulNya s.a. w. masakan diberikannya pada engkau rampasannya?" Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Benar!" Lalu beliau berikan rampasan itu kepada orang yang memenggal leher musuh tadi. 1403, Dari Anas bin Malik r.a.: Beberapa orang di antara orang Ansar berkata kepada Rasulullah s.a.w. ketika Tuhan memberikan harta rampasan orang Hawazin kepada Rasulullah s.a.w. Beliau memberi orang-orang Qureisy seratus ekor unta. Orang Ansar berkata: "Diampuni Tuhan kiranya Rasulullah s.a.w.! Beliau beri orang Qureisy dan kami beliau tinggalkan, pada hal pedang kami turut meneteskan darah mereka )Hawazin(". Kata Anas: Lalu diceritakan orang kepada Rasulullah s.a.w. perkataan mereka itu. Beliau lalu mengirim utusan kepada orang Ansar, lalu beliau kumpulkan mereka di sebuah kemah kulit dan tiada beliau panggil bersama mereka seorang pun selain mereka. Setelah mereka berkumpul, Rasulullah s.a.w. datang kepada mereka, lalu beliau bersabda: "Berita apakah yang telah sampai kepada ku dari kamu"?" Para cerdik-pandai mereka berkata kepada beliau: "Adapun orang-orang yang cerdas di antara kami, ya Rasulullah, tiada berkata suatu apa jua pun, hanya orang banyak diantara kami yang masih muda umurnya berkata: "Diampuni Tuhan kiranya Rasulullah s.a.w.! Beliau beri orang Qureisy dan beliau tinggalkan orang Ansar, pada hal pedang kami menitikkan darah mereka )musuh(".Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya saya beri orang-orang yang masih dekat dengan masa kekafiran. Adakah kamu suka, orang banyak itu pergi membawa harta dan kamu kembali kepada perlengkapan perjalanan kamu bersama Rasulullah s.a.w.? Demi Allah! Kamu kembali bersama Rasulullah itu lebih baik dari kembali dengan harta rampasan itu!" Mereka itu menjawab: "Ya Rasulullah! Sesungguhnya kami suka!" Lalu beliau bersabda: "Kamu akan melihat sesudahku orang yang sangat mementingkan diri sendiri. Sebab itu hendaklah sabar, sehingga kamu menemui Tuhan dan RasulNya s.a.w. di telaga pada hari kiamat!"1404, Dari Jubair bin Muth'im r.a., Ketika ia bersama Rasulullah s.a.w. dan orang banyak berangkat dari Hunain, orang Arab dusun memegang Rasulullah s.a.w. Mereka meminta kepada beliau, sehingga beliau terpaksa menghindar ke pohon Samurah, lalu disangkutkannya cadar beliau. Rasulullah s.a.w. lalu berdiri )berhenti(, kemudian bersabda: "Jikalau sekiranya binatang ternak sejumlah pohon berduri ini, akan saya bagi-bagikan antaramu, kamu tiada mendapati saya seorang yang bakhil, pendusta dan penakut".1405, Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Saya berjalan bersama Nabi s.a.w. Beliau memakai pakaian buatan Najran, tebal tepinya. Seorang Arab dusun datang kepada beliau aulu dibelanya pakaian beliau itu dengan keras, sehingga saya lihat kuduk Nabi s.a.w. berbekas oleh cadar itu disebabkan keras helaannya. Kemudian orang Arab dusun tadi berkata: "Berilah saya harta Allah yang ada pada tuan!" Beliau lalu melengong kepadanya, sambil tertawa. Kemudian beliau suruh beri!1406, Dari Abdullah r.a., katanya: Di hari peperangan Hunain, Nabi s.a.w. mengutamakan beberapa orang tentang pembahagian. Beliau beri Aqra' bin Habis seratus ekor unta dan beliau beri Uyainah sebanyak itu pula. Beliau beri pula di antara pemuka-pemuka bangsa Arab, dan beliau mengutamakan mereka pada hari itu dalam pembahagian. Seorang laki-laki berkata: "Demi Allah! Nantilah saya khabarkan kepada Nabi s.a.w." Lalu saya datang menemui beliau dan saya khabarkan hal itu. Beliau bersabda: "Siapakah lagi yang adil kalau Allah dan RasulNya tiada adil? Tuhan memberi rahmat kepada Nabi Musa! Sesungguhnya ia telah disakiti lebih banyak dari ini, dan ia pun sabar".1407, Dari Ibnu Umar r.a., katanya: Pernah kami mendapat rampasan dalam peperangan berupa madu lebah dan buah anggur, lalu kami makan dan tiada kami bawa.1408, Dari Amr bin 'Auf orang Ansar r.a., sekutu Bani Amir bin Luai dan ia pernah turut menghadiri peperangan Badr, Rasulullah s.a.w. mengutus Abu Ubaidah bin Jarrah ke Bahrain untuk memungut pajak. Rasulullah s.a.w. sendiri yang mengadakan perdamaian dengan penduduk Bahrain, dan beliau angkat 'Ala bin Hadrami menjadi Amir )pembesar( mereka. Maka datanglah Abu Ubaidah membawa harta dari Bahrain. Orang Ansar mendengar kedatangan Abu Ubaidah, kebetulan waktu sembahyang subuh bersama-sama dengan Nabi s.a.w. Setelah beliau selesai sembahyang subuh bersama-sama, lalu mereka datang menghadap beliau. Rasulullah s.a.w. tersenyum ketika melihat mereka. Beliau bersabda: "Saya kira kamu telah mendengar bahwa Abu Ubaidah datang membawa sesuatu". Mereka berkata: "Sebenarnya, ya Rasulullah!" Beliau bersabda: "Bergembiralah dan harapkanlah apa yang menyenangkan kamu! Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang lebih saya takutkan terhadap kamu, melainkan yang lebih saya takuti terhadap kamu ialah jika kamu diberi sebanyak-banyaknya harta dunia sebagaimana yang telah diberikan kepada orang yang ada sebelum kamu, lalu kamu merebutkannya sebagaimana mereka merebutkan, dan kamu dibinasakannya sebagaimana mereka telah dibinasakannya".1409, Dari Jubair bin Haiyah r.a., katanya: Umar mengutus orang banyak kepada beberapa negeri orang musyrik, dan Hurmuzan telah masuk Islam. Maka berkatalah Umar: "Saya minta petunjuk )pertimbangan( engkau dalam peperanganku ini". Kata Hurmuzan: "Baik! Perumpamaan negeri-negeri dan orang-orang yang berada di dalamnya di antara orang banyak yang menjadi musuh orang Islam, seumpama burung yang mempunyai kepala, dua sayap dan dua kaki. Jikalau salah satu di antara dua sayapnya dipotong, tegaklah dua kaki dengan satu sayap dan kepala. Kalau dipotong sayap yang satu lagi, tegaklah dua kaki dan kepala. Kalau dipecah kepalanya, matilah dua kaki, dua sayap , dan kepala. Kepala itu ialah Kisra, dan satu sayap ialah Kaisar dan sayap yang satu lagi ialah orang Parsi. Maka perintahkanlah kepada orang-orang Islam supaya mereka selekasnya berangkat melawan Kirsa!" Berkata Jubair bin Haiyah: Umar lalu mengirim kami dan dijadikannya Nu'man bin Muqarrin untuk memimpin kami. Ketika kami berada di negeri musuh, keluarlah kepada kami pasukan Kisra dengan empat puluh ribu orang. Maka berdirilah seorang jurubahasa, lalu berkata: "Hendaklah seseorang di antara kamu berbicara dengan saya!" Lalu Mughirah berkata: "Tanyakanlah apa yang engkau kehendaki!" Katanya: "Siapakah kamu?" Jawab Mughirah: "Kami orang-orang dari bangsa Arab. Pernah kami dalam kesengsaraan dan dan cubaan yang sangat pahit, pernah mengisap kulit dan biji kurma karena lapar, memakai pakaian bulu dan rambut, menyembah kayu dan batu! Di kala kami dalam keadaan yang demikian, Tuhan Penguasa langit dan bumi, Maha Tinggi sebutanNya dan Maha Besar keagunganNya, mengutus kepada kami seorang Nabi di antara kami. Ayah bundanya kami kenal. Lalu kami disuruh oleh Nabi s.a.w. utusan Tuhan itu supaya kami memerangi kamu sehingga kamu menyembah Tuhan Yang Maha Esa atau kamu bayar jizyah )upeti(. Dan dikhabarkan oleh Nabi kami, Pesuruh Tuhan itu, bahwa barangsiapa yang terbunuh di antara kami, ia masuk ke dalam surga, dalam kesenangan yang belum pernah sama sekali dirasakan sebelumnya. Barangsiapa yang tinggal di antara kami, mereka akan berkuasa terhadap kamu". Kata Nu'man: Kerap kali engkau dihadirkan Tuhan dalam peperangan yang serupa itu bersama Nabi s.a.w. sehingga engkau tiada menaruh kekecewaan dan penyesalan. Akan tetapi saya juga pernah turut menghadiri peperangan bersama Rasulullah s.a.w. beliau menanti hingga angin bertiup dan tiba waktu sembahyang )condong matahari(.1410 Dari

80

Abdullah bin Amr r.a., dari Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Barangsiapa yang membunuh Mu'ahid(, ia tiada akan mencium bau syurga, dan sesungguhnya bau syurga itu dapat dicium sejauh empat puluh tahun perjalanan".1411, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Ketika kami dalam masjid, Nabi s.a.w. datang kepada kami, lalu beliau bersabda: "Marilah kita pergi kepada orang Yahudi!" Lalu kami pergi, sehingga ketika kami tiba di rumah perguruan orang Yahudi, beliau bersabda: "Islam lah kamu, supaya kamu selamat! Ketahuilah bahwa bumi ini kepunyaan Allah dan RasulNya. Sesungguhnya saya hendak mengusir kamu dari negeri ini. Siapa yang mempunyai sesuatu miliknya sendiri, hendaklah dijualnya! Kalau tidak, ketahuilah bahwa bumi ini kepunyaan Allah dan RasulNya". 1412, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Setelah Khaibar diduduki, ada orang yang menghadiahkan daging kambing yang beracun kepada Nabi s.a.w. Lalu beliau bersabda: "Kumpulkanlah orang-orang Yahudi yang di sini!" Mereka lalu dikumpulkan. Beliau bersabda: "Saya hendak bertanya kepada mu tentang sesuatu hal! Adakah kamu mahu memberikan keterangan yang sebenarnya kepada saya!" Mereka menjawab: "Ya!" Nabi s.a.w. bertanya kepada mereka: "Siapa ayahmu?" Mereka itu menjawab: "Si Anu!" Lalu beliau bersabda: "Kamu dusta, akan tetapi ayah kamu si Anu". Mereka itu berkata: "Benar tuan!" Beliau bertanya: "Adakah kamu mahu menjawab dengan benar kepada saya tentang sesuatu yang saya tanyakan?" Jawab mereka: "Ya, hai Abu Qasim! Sekiranya kami berdusta, tuan ketahui dusta kami sebagaimana tuan ketahui tentang ayah kami". Beliau menanyakan kepada mereka: "Siapa ahli neraka?" Mereka itu menjawab: "Kami berada di dalamnya dalam masa yang singkat, kemudian kamu gantikan kami di dalamnya". Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Kamu akan tetap disiksa dalam neraka itu, demi Allah! Kami tidak akan pernah menggantikan kamu dalam neraka itu". Kemudian beliau bersabda lagi: "Adakah kamu mahu menjawab dengan benar kepada saya tentang sesuatu yang saya tanyakan?" Jawab mereka:"Ya, hai Abu Qasim!" Beliau bertanya: "Adakah kamu isikan racun dalam daging kambing ini?" Jawab mereka: "Ya!" Tanya beliau: "Apakah yang mendorong kamu berbuat demikian?" Jawab mereka: "Maksud kami ialah, kalau sekiranya tuan seorang pendusta, kami akan senang. Dan kalau sekiranya tuan seorang Nabi, racun itu tiada akan membahayakan tuan".1413, Dari Sahl bin Abu Hatsmah r.a., katanya: Abdullah bin Sahl dan Muhaisah bin Mas'ud bin Zaid pergi ke Khaibar, dan Khaibar pada waktu itu dalam keadaan damai. Kemudian keduanya berpisahlah. Sesudah itu datanglah Muhaisah kepada Abdullah bin Sahl. Didapatinya ia bermandikan darah karena mati terbunuh, lalu dikuburkannya. Kemudian ia datang ke Madinah. Maka pergilah Abdur Rahman bin Sahl, Muhaisah dan Huwaisah, dua orang anak Mas'ud, menghadap Nabi s.a.w., lalu Abdur Rahman lebih dahulu bicara. Maka beliau bersabda: "Yang tua, yang tua berbicara dahulu!" Dan dia paling muda, lalu ia diam. Maka yang berdua lalu berbicara. Beliau bersabda: "Maukah kamu bersumpah dan menuntut orang yang membunuhmu atau kawanmu?" Kata mereka: "Bagaimana kami bersumpah )menuntut(, pada hal kami tiada menghadiri dan tiada melihat pembunuhan itu?" Beliau bersabda: "Orang Yahudi akan berlepas diri dari kamu dengan sumpah sampai lima puluh kali. Mereka berkata: Bagaimana kami mengambil sumpah kafir'? Nabi s.a.w. sendiri membayarnya.1414, Dari 'Aisyah r.a.: Bahwa Nabi s.a.w. pernah kena sihir, sehingga beliau mengkhayalkan mengerjakan sesuatu, pada hal beliau tiada mengerjakannya. 1415, Dari Auf bin Malik r.a., katanya: Saya datang menghadap Nabi s.a.w. waktu peperangan Tabuk dan beliau dalam khemah dari kulit, lalu beliau bersabda: "Hitunglah enam tanda kiamat: Wafatku, menaklukkan Baitul Maqdis, banyak orang mati sebagai kambing diserang penyakit, banyak harta sehingga seseorang diberi seratus dinar, ia merasa jengkel )merasa sedikit( dan fitnah. Tiada satu rumah orang Arab pun yang tiada dimasukinya perdamaian yang ada antara kamu dan Bani Asfar )bangsa kulit kuning(, mereka menipu lalu mereka datang kepada mu di bawah delapan puluh bendera; di bawah tiap-tiap bendera terdapat dua belas ribu tentera.".1416, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Bagaimana keadaanmu kalau kamu tidak bisa memungut jizyah sedinar ataupun sedirham?" Ada orang menanyakan kepadanya: "Bagaimana engkau tahu yang demikian itu akan terjadi hai Abu Hurairah!", Jawabnya: "Ya, demi Tuhan yang diri' Abu Hurairah di tanganNya! Dari perkataan orang yang sebenarnya dipercaya!"Orang banyak bertanya: "Apakah sebabnya kejadian yang demikian itu?" Jawabnya: "Dirosakkan janji Allah dan RasulNya s.a.w., lalu Tuhan mengeraskan hati, orang-orang zimmi, lalu mereka enggan memberikan apa yang di tangan mereka".1417, Dari Abdullah r.a., katanya: Ketika Rasulullah s.a.w. sedang sujud dan sekelilingnya ada orang-orang Quraisy yang musyrik. Tiba-tiba datanglah kepada beliau 'Uqbah bin Abi Mu'aith, membawa perut )tempat peranakan( unta, lalu dilemparkannya di atas punggung Nabi s.a.w. Beliau belum lagi mengangkat kepalanya, sehingga Fatimah datang, lalu diambilnya dari punggung beliau, dan Fatimah mendoakan kebinasaan orang yang melakukan yang demikian itu. Nabi s.a.w. berdoa: "Ya Tuhan! Terserah kepada Engkau membalasi pemuka Quraisy! Ya Tuhan! Terserah kepada Engkau memberi balasan kepada Abu Jahl bin Hisyam, 'Utbah bin Rabi'ah, Syaibah bin Rabiah, 'Uqbah bin Abu Muaith, dan Umaiyah bin Khalaf atau Ubaiy bin Khalaf!" Saya lihat semua mereka itu dibunuh dalam peperangan Badr, lalu dilemparkan ke dalam telaga, selain Umaiyah atau Ubaiya karena ia seorang laki-laki yang besar )gemuk(. Setelah mereka menghelanya putus persendiannya sebelum dilemparkan ke dalam telaga".1418, Dari Ibnu Umar r.a., katanya: Saya dengar Nabi s.a.w. bersabda: "Bagi tiap-tiap orang yang khianat )penipu( ada bendera yang dipancangkan tanda kekhianatannya pada hari kiamat".1419, Dari 'Imran bin Hushaill r.a., katanya: Saya masuk ke tempat Nabi s.a.w. dan saya tambatkan unta saya di pintu. Kemudian datang rombongan dari Bani Tamim mengadap beliau. Beliau lalu bersabda: "Terimalah khabar gembira, hai Bani Tamim!" Mereka berkata: "Tuan telah memberi khabar gembira pada kami, maka berilah kami harta dua kali lipat!" Sesudah itu masuk ke tempat beliau rombongan dari Yaman. Beliau lalu bersabda: "Terimalah khabar gembira, yang tidak diterima oleh Bani Tamim, hai penduduk Yaman!" Mereka itu berkata: "Kami terima, hai Rasulullah" Mereka berkata lagi: "Kami datang kepada tuan hendak menanyakan hal ini )alam(". Beliau bersabda: "Tuhan telah ada, dan belum ada sesuatu selainNya dan 'ArsyNya di atas air. Tuhan menuliskan segala sesuatu selainNya di dalam buku peringatan, dan diciptakanNya langit dan bumi". Ada seseorang yang berteriak: "Unta engkau telah pergi, hai Ibnu Hushain!" Lalu saya berjalan kebetulan unta itu telah melampaui fatamorgana )telah jauh(. Demi Allah! Saya ingin kalau unta itu saya biarkan saja pergi!1420, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Tuhan Yang Maha Tinggi berfirman, Anak Adam )manusia( mencaci Aku, pada hal tiada sepantasnya dia mencaci Aku. Dia mendustakan Aku, pada hal tiada sepantasnya begitu. Adapun caciannya, ia berkata, "Bahwa Akumempunyai anak. Adapun ia mendustakan Aku, katanya, Tuhan tidak akan mengembalikan )membangkitkan( saya sebagaimana Dia telah menjadikan saya".1421, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setelah Tuhan memutuskan akan menciptakan )makhluk, ditulisNya dalam KitabNya yang ada di sisiNya di atas 'Arsy: "RahmatKu mengalahkan kemarahanKu!"1422, Dari Ibnu Abi 'Bakrah r.a., dari Abu Bakrah, dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: '"Masa itu beredar sebagaimana keadaannya pada hari Tuhan menciptakan langit dan bumi. Setahun itu dua belas bulan. Empat di antaranya bulan haram )damai(; tiga berturut-turut: Zulqa'idah,Zulhijjah dan Muharram. Dan lagi Rajab, kaum Mudhar terletak antara Jumadil Akhir dan Sya'ban". 1423, Dari Abu Zar r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda kepada saya waktu matahari terbenam: "Tahukah engkau ke mana ia pergi?" Kata saya: "Allah dan RasulNya yang lebih tahu!" Beliau bersabda: "Matahari itu pergi sehingga ia sujud di bawah 'Arsy, lalu ia minta izin dan diberi izin. Dan hampir ia sujud, maka tiada diterima dan ia minta izin dan tiada diizinkan". Dikatakan kepadanya: "Kembalilah ke tempat dari mana engkau datang!" Lalu ia terbit lagi sesudah terbenam. Maka itulah ertinya firman Tuhan: "Dan matahari itu berjalan dipaksinya yang tertentu, demikian itu kehendak Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Tahu". )Surat Ya Sin, 38(.1424, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Matahari dan bulan itu dilipat )digulung( pada hari kiamat!"1425, Dari 'Aisyah r.a., katanya: Nabi s.a.w. kalau melihat awan gelap di langit, beliau menghadap, membelakang, masuk, dan ke luar, dan berubah wajah beliau. Dan kalau hujan turun dari langit, beliau gembira )tenang kembali(. Aisyah berkata: Lalu saya tanyakan yang demikian itu kepada beliau. Nabi s.aw. bersabda: "Setelah mereka melihat awan terbentang di langit datang menuju ke lembah, mereka itu berkata: Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami! Bukan! Itulah )bahaya( yang kamu minta supaya datang dengan segera! Angin yang mengandung siksaan yang pedih!"1426, Dari Abdullah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. menceritakan kepada kami dan beliau seorang yang sangat benar lagi dipercayai. Beliau bersabda: "Masing-masing kamu diciptakan dalam perut ibunya empat puluh hari. Lalu menjadi segumpal darah selama itu

81

pula, menjadi segumpal daging selama itu pula. Kemudian Tuhan mengutus malaikat dan diperintahkan menulis empat kalimat )perintah(. Diperintahkan menulis amal, rezekinya, ajalnya, dan nasib celaka berbahagia. Kemudian ditiupkan ruh ke dalamnya. Ada di antara kamu yang beramal, sehingga antara dia dan surga hanya satu hasta, lalu nasibnya mengalahkannya, sehingga ia mengerjakan amal isi neraka. Dan ada pula orang yang beramal, sehingga antara dia dan neraka hanya satu hasta, lalu nasibnya, mengalahkannya, sehingga ia mengerjakan amal isi surga".1427, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Apabila Tuhan mengasihi hambaNya dipanggilNya malaikat Jibril dan Dia berfirman: "Sesungguhnya Tuhan mengasihi si Anu, maka kasihilah dia". Jibril lalu mengasihinya. Jibril pun menyerukan pada isi langit: "Sesungguhnya Tuhan mengasihi si Anu, maka hendaklah kamu kasih kepadanya!" Isi langit pun lalu mengasihinya. Kemudian ia diterima di bumi".1428, Dari 'Aisyah r.a. isteri Nabi s.a.w., ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Malaikat-malaikat turun ke awan, lalu menyebutkan perintah yang diputuskan di langit. Setan-setan dapat mencuri pendengaran lalu didengarkannya dan ia terus membisikkan kepada pandai tenung, lalu mereka masukkan ke dalamnya seratus dusta atas kehendak mereka sendiri.1429, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila tiha hari Jumaat, malaikat-malaikat berada di tiap-tiap pintu mesjid. Mereka menuliskan satu demi satu, menurut urutan mana paling dahulu. Bila Imam telah duduk )akan berkhutbah(, mereka menutup bukunya dan mereka ikut mendengarkan pengajaran )khutbah("1430, Dari Bara' r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda kepada Hasan: "Seranglah atau balas serangan mereka, malaikat Jibril bersama kamu!"1431, Dari 'Aisyah r.a., Nabi s.a.w. bersabda kepadanya: "Hai Aisyah! Inilah malaikat Jibril mengucapkan salam kepadamu". Aisyah berkata: "Salam untuk beliau, serta rahmat dan berkatNya. Tuan lihat apa yang tiada saya lihat!" Yang dimaksudnya Nabi Muhammad.1432, Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. berkata kepada Jibril: "Sudilah kiranya tuan mengunjungi kami lebih banyak dari yang sudah-sudah!" Kata Ibnu Abbas: Maka turunlah ayat yang artinya: "Dan kami hanya akan turun, dengan perintah Tuhan engkau. KepunyaanNya apa yang di hadapan kami, apa yang di belakang kami, dan apa yang di antara keduanya, dan bahwa Tuhan engkau itu tiada pelupa."1433, Dari Ibnu Abbas r.a.: Nabi s.a.w. bersabda: "Jibril membacakan Quran pada saya dengan satu harf )dialek(. Maka sentiasa saya minta tambah hingga sampai tujuh harf )dialek(".1434, Dari Abu Mas'ud r.a. katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jibril turun )datang(, lalu ia jadi Imam saya, dan saya sembahyang bersama dia, saya sembahyang bersama dia, saya sembahyang bersama dia, saya sembahyang bersama dia, dan saya sembahyang bersama dia". Beliau hitung dengan jari beliau lima kali sembahyang.1435, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Malaikat-malaikat itu datang silih berganti, untuk malam dan untuk siang. Dan mereka berkumpul pada waktu sembahyang Fajar )Subuh( dan 'Asar. Kemudian malaikat-malaikat untuk malam hari naik kepada Tuhan. Tuhan lalu bertanya kepada mereka sedang Tuhan itu Maha Tahu. Tuhan berfirman: "Sedang mengapa hambaKu kamu tinggalkan?" Mereka menjawab: "Kami tinggalkan mereka sedang sembahyang, dan waktu kami datang kepada mereka, juga mereka sedang sembahyang".1436, Dari Aisyah r.a., isteri Nabi s.a.w., ia bertanya kepada Nabi s.a.w.: "Pernahkah terjadi suatu hari yang lebih berbahaya daripada hari peperangan Uhud?" Beliau bersabda: "Sebenarnya saya telah menemui dari kaummu bermacam-macam keadaan. Dan keadaan yang lebih pahit saya temui dari mereka, ialah pada hari 'Aqabah. Ketika saya mengemukakan permintaan kepada Ibnu 'Abdi Yalil bin 'Abdi Kulal. Ia tiada memperkenankan permintaan saya. Lalu saya berjalan menuju satu jurusan dan saya tiada sadar melainkan waktu saya sampai di Qarnis Sa'alib, Saya angkat kepala saya, tiba-tiba awan telah menaungi saya, dan saya memandang, tiba-tiba Jibril berada di dalamnya. Ia pun memanggil saya, seraya katanya: "Tuhan telah mendengar perkataan kaum tuan dan tolakan mereka terhadap tuan. Tuhan mengutus malaikat gunung kepada tuan, supaya tuan suruh mereka memperbuat apa yang tuan kehendaki". Malaikat gunung itu lalu memanggil saya sambil memberi salam pada saya, kemudian ia berkata: "Hai Muhammad! Terserah kepada tuan, apa yang tuan kehendaki boleh saya jepit mereka dengan dua gunung. Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak! Saya hanya mengharapkan supaya Tuhan akan melahirkan keturunan mereka, orang yang menyembah Allah semata-mata tiadamempersekutukan Tuhan dengan sesuatu apa pun!"1437, Dari Ibnu Mas'ud r.a., berkenaan firman Tuhan yang artinya: "Maka Tuhan mewahyukan kepada hambaNya apa yang diwahyukanNya". )An Najm,10(. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesungguhnya Nabi melihat Jibril mempunyai enam ratus sayap".1438, Dari Aisyah r.a., katanya: "Barangsiapa mengira bahwa Muhammad melihat Tuhannya, sesungguhnya ia telah memasuki suatu kesalahan yang besar. Hanya beliau melihat Jibril dalam rupa dan bentuk kejadian yang sebenarnya, menutupi apa yang ada di tepi langit".1439, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seorang laki-laki mengajak isterinya tidur, sedang perempuan tidak mau, lalu laki-laki tadi semalam itu dalam keadaan marah, malaikat melaknati perempuan itu sampai pagi".1440, Dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Pada malam Isra )Mi'raj(, saya melihat Nabi Musa seorang laki-laki merah bercampur hitam warnanya, tinggi, lagi keriting rambutnya, seolah-olah dari orang suku bangsa Syanuah. Dan saya melihat Nabi Isa seorang laki-laki perawakannya besar tegap, merah bercampur putih warnanya, panjang )tidak keriting( rambutnya. Dan saya melihat malaikat penjaga neraka dan Dajjal dalam beberapa ayat )tanda-tanda kekuasaan Tuhan( yang kesemuanya itu diperlihatkan Tuhan kepada saya. Maka janganlah engkau dalam keadaan ragu tentang menemuiNya"1441, Dari Imran bin Hushain r.a. dari Nabi s.a.w.. beliau bersabda: "Saya melihat ke dalam syurga dan saya lihat kebanyakan isinya ialah orang-orang fakir. Saya melihat pula ke dalam neraka, saya lihat kebanyakan isinya orang-orang perempuan".1442, Dari Abu Hurairah r.a.: Ketika kami berada di dekat Rasulullah s.a.w beliau bersabda: "Ketika saya sedang tidur saya melihat diri saya dalam surga. Tiba-tiba ada seorang perempuan sedang mandi di sebelah sebuah istana. Lalu saya bertanya:"Kepunyaan siapakah istana ini?" Jawabnya: "Kepunyaan Umar bin Khattab". Saya ingat akan cemburunya, lalu saya pergi membelakang. Umar lalu menangis, sambil berkata: "Hai Rasulullah! Masakan terhadap tuan saya cemburu!"1443, Dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Golongan yang pertama-tama masuk surga, rupanya sebagai bulan pada malam purnama. Dan orang-orang yang masuk sesudah itu, sebagai bintang yang sangat terang cahayanya. Hati mereka sebagai hati satu orang )bersatu(, tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka. Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu tampak sumsum betisnya dan belakang dagingnya karena sangat indahnya. Mereka memuji Tuhan pagi dan petang, tiada merasa demam, tiada selsema, dan tiada berdahak. Bejana mereka dari emas dan perak, sisir dari emas, dan kayu bakar mereka dari uluwwah )kayu kemenyan(".1444, Dari Sahl bin Sa'ad r.a. dari Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Tujuh puluh ribu atau tujuh ratus ribu daripada umat ku akan masuk surga dengan tidak dihisab, mereka masuk berturut-turut, sedang rupa mereka sebagai cahaya bulan pada malam purnama".1445, Dari Anas r.a., katanya: Ada orang menghadiahkan jubah sutera kepada Nabi s.a.w. padahal beliau melarang memakai sutera. Orang banyak heran karenanya. Beliau lalu bersabda: "Demi Tuhan yang diri Muhammad di tanganNya. Sesungguhnya sapu tangan Sa"ad bin Mu'az dalam surga lebih bagus dari ini"1446, Dari Anas bin Malik r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Dalam surga ada pohon. Orang berkendaraan berjalan di bawah naungnya lebih dari seratus tahun belum habis".1447, Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Ahli surga memandang penghuni mahligai yang lebih tinggi dari mereka, sebagai memandang bintang yang sangat terang cahayanya yang ada di tepi langit sebelah timur atau barat, lantaran perbedaan tingkatan antara mereka". Mereka berkata: "Hai Rasulullah! Tentulah itu tempat Nabi-nabi, tiada akan sampai ke situ selain mereka?" Beliau bersabda: "Ya, demi Tuhan yang diri ku di tanganNya! Itu adalah tempat orang-orang yang percaya kepada Allah dan membenarkan Rasul-rasul".1448, Dari Abu Sa'id r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Dinginkanlah suasana dengan mengerjakan sembahyang! Sesungguhnya panas yang sangat itu karena gejolak api neraka". 1449, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Neraka mengadu kepada Tuhan, katanya: "Oh Tuhan ku! Yang sebahagian ku telah memakan yang lain!" Tuhan lalu mengizinkannya berhembus dengan dua hembusan, satu hembusan di musim dingin dan satu hembusan di musim panas. Maka kamu rasakan panas yang amat sangat dan kamu rasakan pula udara yang sangat dingin".1450, Dari Aisyah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Demam panas itu dari gejolak neraka, maka dinginkanlah dengan air".1451, Dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda' "Apimu di dunia ini sepertujuhpuluh api neraka". Ada orang berkata: "Keadaannya sudah mencukupi". Beliau bersabda: "Ditambah lagi dengan enam puluh sembilan kali panasnya dari api di dunia".1452, Dari Usamah r.a., katanya:

82

Saya mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda: "Ada seorang laki-laki dihadapkan pada hari kiamat, lalu dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya kemudian ia berputar-putar sebagaimana keledai berputar-putar di sekitar gilingan. Isi neraka lalu berkumpul di kelilingnya, sambil berkata: "Hai Polan! Bagaimana keadaan engkau? Bukankah engkau pernah menyuruh kami berbuat baik dan melarang kami berbuat jahat?" Jawab orang itu: "Saya pernah menyuruh kamu berbuat baik, tetapi saya sendiri tiada mengerjakannya. Saya pernah mencegah kamu berbuat jahat, tetapi saya sendiri mengerjakannya".1453, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setan akan datang kepada seseorang kamu, lalu berkata: "Siapa yang menjadikan ini!" Siapa yang menjadikan itu?" Sampai ia berkata: "Siapa yang menjadikan Tuhanmu?" Apabila sampai pada pertanyaan demikian, hendaklah orang itu mohon perlindungan kepada Tuhan dan hendaklah berhenti memikirkannya."1454, Dari Jabir r.a., dari Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Apabila hari telah malam atau telah mulai malam, laranglah anak-anakmu ke luar, karena sesungguhnya setan berkeliaran waktu itu. Apabila liwat waktu Isya, suruhlah mereka tidur dan tutuplah pintumu serta sebutlah nama Allah. Padamkanlah lampu dan sebutlah nama Allah, tutuplah bejanamu )tempat makanan( dan sebutlah nama Allah, biarpun engkau letakkan saja barang sesuatu di atasnya". 1455, Dari Sulaiman bin Shurad r.a., katanya: Ketika saya duduk bersama Nabi s.a.w., ada dua orang laki-laki memaki satu sama Jain. Seorang di antaranya lalu merah mukanya dan besar lehernya. Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya saya mengetahui perkataan, kalau diucapkannya perkataan itu, nescaya akan hilanglah apa yang dirasakannya )marahnya(. Jika diucapkannya: "Aku berlindung kepada Allah dari setan, nescaya hilanglah marahnya". Mereka lalu mengatakan kepada orang itu, bahwa Nabi s.a.w. bersabda: "Berlindunglah kepada Tuhan dari setan!" Orang tadi lalu berkata: "Gilakah saya!"1456, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Menguap itu dari syaitan. Maka apabila seseorang di antara kamu menguap, hendaklah ditahannya sedapat mungkin. Sesungguhnya jika seseorang di antara kamu mengatakan "ha" lantaran menguap, tertawalah syaitan". 1457, Dari Abu Qatadah r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Mimpi yang baik dari Tuhan, dan mimpi buruk dari syaitan. Apabila seseorang di antara kamu memimpikan suatu mimpi yang menakutkannya, hendaklah ia meludah ke sebelah kirinya, dan mohon berlindung kepada Tuhan dari pada bahaya. Sesungguhnya dengan demikian, nescaya tiada akan membahayakan kepadanya".1458, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Apabila seseorang di antara kamu bangun dari tidurnya, lalu ia berwuduk, maka hendaklah menyemburkan air dari hidung )membersihkan hidungnya( tiga kali, karena sesungguhnya setan bermalam pada lobang hidungnya". 1459, Dari Ibnu Umar r.a,: Bahwa ia mendengarkan Nabi s.a.w. berkhutbah di atas mimbar. Beliau bersabda: "Bunuhlah ular dan bunuhlah yang bersiring dua dan yang pontong ekor, karena sesungguhnya keduanya merusak penglihatan dan menggugurkan kandungan". Abdullah )Ibnu Umar( berkata: Ketika saya memburu seekor ular yang hendak saya bunuh, Abu Lubabah lalu menyerukan kepada saya: "Jangan engkau bunuh ular itu!" Kata saya: "Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan supaya ular itu dibunuh". Katanya: "Sesungguhnya beliau melarang sesudah itu membunuh ular rumah, iaitu ular yang diam dalam rumah".1460, Dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Pokok kekafiran itu berasal dari jurusan timur. Sombong dan takabur itu terdapat pada orang yang mempunyai kuda dan unta. Suka berteriak itu terdapat pada orang desa. Dan ketenangan )kesabaran( itu terdapat pada orang yang mempunyai )pengembala( kambing".1461, Dari 'Uqbah bin 'Amr dan Abu Mas'ud r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. menunjuk dengan tangan beliau ke jurusan Yaman, sambil bersabda: "Iman, bangsa Yaman di sana. Ketahuilah! Bahwa sesungguhnya kekerasan dan kekasaran hati itu terdapat pada orang-orang yang berteriak-teriak dekat ekor unta )orang penghalau unta( dan timbul pengikut-pengikut setan pada suku Rabi'ah dan Mudhar".1462, Dari Abu Hurairah r.a. : Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila kamu mendengar kokok ayam, maka mohonkanlah beroleh kurnia kepada Tuhan, kerana sesungguhnya ia melihat malaikat. Apabila kamu mendengar bunyi )ringkik( keledai, maka mohonkanlah perlindungan kepada Tuhan dari bahaya syaitan, kerana sesungguhnya ia melihat syaitan".1463, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila lalat masuk ke dalam minuman seseorang kamu, hendaklah ditenggelamkannya, kemudian dibuangkan lalat itu, karena sesungguhnya salah satu sayapnya mengandung penyakit dan yang satu lagi mengandung obat". 1464, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Tuhan menjadikan Nabi Adam tingginya enam puluh hasta. Kemudian Tuhan berfirman: "Pergilah dan memberi salamlah kepada malaikat-malaikat itu, dan dengarkanlah mereka memberi hormat )salam( kepada engkau. Itulah kehormatan )salam( engkau dan keturunan engkau!" Nabi Adam lalu mengucapkan "Assalamu'alaikum" , )selamatlah kiranya kamu(. Mereka itu lalu mengucapkan: "Assalamu'alaika warahmatullah" )kiranya engkau lebih beroleh keselamatan dan rahmat Tuhan(. Mereka tambah "warahmatullah". Maka setiap orang yang masuk surga serupa dengan Adam. Dan manusia itu sentiasa bertambah kedil sampai sekarang". 1465, Dari Anas r.a., katanya: Ketika sampai kepada Abdullah bin Salam kabar kedatangan Rasulullah s.a.w. ke Medinah, ia pun datang menghadap beliau, lalu berkata: "Saya hendak bertanya kepada tuan tentang tiga perkara; tidak ada yang mengetahuinya melainkan Nabi. Apakah permulaan tanda kiamat? Apakah permulaan makanan yang dimakan oleh isi surga? Apa sebabnya anak menyerupai ayahnya dan apa sebabnya menyerupai ibunya?" Rasulullah s.a.w. bersabda: "Baru sebentar ini Jibril mengabarkan semua itu kepada saya. Kata Anas: Abdullah berkata: "Jibril itu ialah musuh orang Yahudi". Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adapun permulaan tanda kiamat, ialah api yang mengumpulkan manusia dari timur ke barat. Adapun permulaan makanan yang di makan isi surga, ialah tambahan hati dari ikan besar. Dan adapun perserupaan anak, bahwa seorang laki-laki bila bersetubuh dengan perempuannya, jika airnya mendahului air isterinya, anak itu serupa dengan bapaknya. Jika dahulu air perempuan, anak itu serupa dengan dia". Abdullah berkata: "Saya mengakui, bahwa sesungguhnya tuan Pesuruh Allah". Kemudian katanya lagi: "Hai Rasulullah! Sesungguhnya orang Yahudi itu kaum pendusta. Jika mereka tahu saya masuk Islam sebelum tuan menanyakan kepada mereka, nescaya mereka akan menuduh saya pendusta di dekat tuan". Kemudian orang-orang Yahudi datang dan Abdullah masuk ke rumah. Rasulullah s.a.w. bertanya: "Bagaimanakah keadaan Abdullah bin Salam dalam lingkungan kamu?" Mereka menjawab: "Ia seorang yang amat pandai dan anak orang yang amat pandai di antara kami. Ia seorang yang paling baik dan anak orang yang paling baik di antara kami". Rasulullah s.a.w. bertanya: "Bagaimanakah pendapat kamu, jika Abdullah memeluk agama Islam?" Kata mereka: "Dilindungi )dijauhkan( Tuhan kiranya ia dari hal yang demikian!" Maka keluarlah Abdullah kepada mereka, lalu berkata: "Saya mengakui bahwa tiada Tuhan melainkan Allah, dan saya mengakui, bahwa sesungguhnya Muhammad Pesuruh Allah". Orang-orang Yahudi lalu berkata: "Dialah orang yang paling jahat dan anak orang yang paling jahat di antara kami". Mereka pun mencelanya bersama. 1466, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w, beliau bersabda: "Kalau tidak karena Bani Israil, nescaya daging tidak akan rusak )busuk(. Dan kalau tidak karena ibu Hawa, nescaya tiada ada orang perempuan yang khianat kepada suaminya". 1467, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ajarilah wanita itu dengan cara yang sebaik-baiknya, karena sesungguhnya perempuan itu dijadikan dari )serupa( tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bungkuk ialah yang di atas sekali. Jika engkau paksa meluruskannya, nescaya )patah(, dan jika engkau biarkan saja, sentiasa ia bungkuk. Sebab itu nasihatilah perempuan itu dengan cara yang sebaik-baiknya!"1468, Dari Aisyah r.a., katanya: Saya mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Ruh )Jiwa( itu bagai tentara yang berbaris. Mana yang bersesuaian berdampinganlah dia dan mana yang bertentangan berjauhanlah ia".1469, Dari Zainab binti Jahsy r.a., Nabi s.a.w. masuk ke tempatnya dalam keadaan cemas sambil bersabda: La ilaha illallah. Celaka orang Arab karena bahaya yang sungguh telah dekat. Hari ini telah dibukakan tutup )dinding( Ya'Juj Ma'juj seperti ini. Beliau melingkarkan dua ibu jari dengan jari yang lain. Saya lalu bertanya: "Hai Rasulullah! Akan binasakah kita, padahal orang-orang yang baik-baik masih ada di antara kita?" Beliau menjawab: "Ya, apabila telah banyak yang buruk!" 1470, Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Tuhan yang Maha Tinggi berfirman: "Hai Adam!" Ia lalu menjawab: "Saya, ya Tuhan! Kebaikan di tangan Engkau!" Tuhan berfirman: "Keluarkanlah utusan ke neraka!" Kata Adam: "Siapakah utusan ke neraka itu?" Tuhan berfirman: "Seorang dari setiap seribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan. Maka ketika itu anak kecil beruban dan yang mempunyai kandungan melahirkan kandungannya, dan engkau lihat manusia dalam keadaan mabuk, tetapi sebenarnya mereka bukan mabuk, melainkan

83

siksaan Tuhan amat kerasnya". Mereka berkata: "Hai Rasulullah! Siapakah di antara kita yang seorang itu?" Beliau bersabda: "Gembiralah kamu, karena sesungguhnya daripada kamu seorang, dan daripada Ya'juj Ma'juj seribu". Kemudian beliau bersabda: "Demi Tuhan yang diri ku di tanganNya! Sesungguhnya saya mengharapkan bahwa kamu seperempat ahli surga". Kami lalu takbir." Beliau bersabda: "Saya mengharapkan kamu sepertiga ahli surga". Kami lalu takbir. Beliau pun terus bersabda: "Saya mengharapkan kamu seperdua ahli surga". Kami pun takbir. Kemudian beliau bersabda: "Kamu dalam kumpulan manusia, hanyalah sebagai sehelai rambut hitam pada kulit lembu yang putih atau sebagai rambut putih pada kulit lembu hitam ".1471, Dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Kamu akan dikumpulkan pada hari kiamat dalam keadaan telanjang bulat tidak berkhitan". Kemudian beliau membaca ayat yang artinya: "Sebagaimana Kami menjadikan makhluk mula pertama, Kami ulang serupa itu. Janji Kami, sesungguhnya Kami laksanakan". Orang-orang yang mula-mula diberi pakaian di hari kiamat, ialah Nabi Ibrahim. Dan dari sahabat-sahabatku akan dibawa ke arah kiri )ke neraka(. Saya berkata: "Sahabatku, sahabatku!" Lalu dikatakan: "Sesungguhnya mereka berbalik ke belakang )kafir kembali( sejak engkau berpisah dengan mereka". Saya lalu mengucapkan sebagai perkataan hamba Allah yang Soleh )Nabi Isa(: "Dan hanya aku menjadi saksi terhadap mereka selama aku berada di antara mereka". - sampai perkataan - "Bijaksana" )Surat AI Maidah, 117 - 118(.1472 Dari Abu Hurairah r.a.: Ada orang bertanya: "Hai Rasulullah! Siapakah manusia yang termulia?" Beliau menjawab: "Yang paling bertaqwa kepada Allah )mematuhi perintahNya(". Mereka berkata: "Bukan ini yang hendak kami tanyakan kepada tuan". Beliau bersabda: "Jika begitu, Yusuf Nabi Allah anak Nabi Allah dan anak kekasih Allah". Mereka berkata: "Bukan ini yang hendak kami tanyakan kepada tuan". Beliau bersabda: "Kalau begitu, tentu kamu hendak menanyakan kepada saya tentang keperibadian orang Arab. Mereka yang baik pada masa jahiliah, mereka itulah yang lebih baik dalam zaman Islam, jika mereka mengerti".1473, Dari Samurah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Malam tadi saya bermimpi ada dua orang yang datang kepada saya, lalu saya temui. Seorang tinggi hampir-hampir tidak dapat saya lihat kepalanya karena tingginya. Orang itu ialah Nabi Ibrahim a.s."1474, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Nabi Ibrahim a.s. berkhitan dengan kapak dan beliau dalam usia delapan puluh tahun".1475, Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Mula-mula perempuan yang mengambil )memakai( ikat pinggang, ialah ibu Nabi Ismail, diambilnya ikat pinggang supaya hilang jejaknya oleh Sarah. Kemudian Nabi Ibrahim a.s. membawa Ibu Ismail dan anaknya yang masih menyusu, lalu di tempatkannya dekat perumahan Bait )Kaabah(, di bawah pohon Dauhah di tepi bakal sumur Zamzam, di perumahan mesjid. Waktu itu tidak ada seorang pun yang tinggal di Mekkah dan di situ air pun tidak ada. Nabi Ibrahim lalu menempatkan keduanya di sana dan diletakkannya di sisi keduanya sebuah tempat makanan yang berisi kurma dan sebuah tempat minum yang berisi air. Kemudian Nabi Ibrahim berangkat. Ibu Ismail lalu mengikutinya sambil berkata: "Hai Ibrahim! Tuan hendak kemana? Sampai hatikah tuan meninggalkan kami di lembah yang tidak ada manusia dan tidak pula ada sesuatunya di sini". Diucapkannya perkataan itu berulang-ulang. Nabi Ibrahim tiada melengong. Kata ibu Ismail kepadanya: "Tuhankah yang menyuruh tuan berbuat begini?" Jawab Ibrahim: "Ya!" Katanya: "Jika begitu, Tuhan tiada akan mensia-siakan kami'. Kemudian ibu Ismail kembali dan Ibrahim pun terus berjalan. Ketika ia berada di Saniah, di tempat yang kira-kira tidak kelihatan oleh ibu Ismail, Ibrahim menghadap ke arah Bait, kemudian ia berdoa dengan beberapa kalimat, sambil mengangkat kedua tangannya. Doanya: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku menempatkan sebahagian dari turunanku di lembah yang tiada mempunyai tanam-tanaman, di dekat Rumah Suci Engkau. Wahai Tuhan kami! Supaya mereka tetap mengerjakan sembahyang. Sebab itu, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, dan belilah buah-buahan, menjadi rezeki mereka, mudah-mudahan mereka berterima kasih!" Kemudian ibu Ismail menyusukan anaknya dan meminum air yang disediakan itu. Ketika air yang dalam tempat air itu habis, ia dan anaknya merasa haus. Ketika ia memandang anaknya membalik-balik, ia pun pergi karena tak sampai hati melihat anaknya. Maka dilihatnya bukit Safa paling dekat kepadanya. Lalu ia berdiri ke sana dan menghadap ke lembah, kalau-kalau ada orang. Tetapi ia tidak melihat seorang juapun. Ia turun dari Safa. Ketika ia di lembah, diangkatnya tepi bajunya, kemudian ia berjalan cepat-cepat seperti perjalanan orang kecemasan, sampai ia melewati lembah. Kemudian ia tiba di Marwah, lalu ia berdiri di situ dan melihat kalau-kalau ada orang. Tetapi ia tiada melihat seorang jua pun. Dilakukannya yang demikian sampai tujuh kali. Ibnu Abbas berkata: Nabi s.a.w. bersabda: "Karena itulah , orang haji mengerjakan Sa'i di antara Safa dan Marwah". Ketika Ibu Ismail berada di Marwah, ia mendengar suara, lalu ia berkata kepada dirinya sendiri: "Dengarlah!" Kemudian ia berhati-hati mendengarkannya, maka didengarnya pula suara itu. Ia berkata: "Sesungguhnya engkau telah memperdengarkan suara, adalah kiranya pertolongan dari sisi engkau". Tiba-tiba di situ ada malaikat dekat tempat Zamzam lalu ia menggali dengan tumitnya atau dengan sayapnya sehingga keluarlah air. Ibu Ismail lalu membendungnya dengan tangannya begini: Ia menyauk air itu untuk mengisi tempat airnya, dan air itu pun terus menyembur sesudah disauk. Ibnu Abbas berkata: Nabi s.a.w. bersabda: "Mudah-mudahan Tuhan mengasihi ibu Ismail! Jika dibiarkannya Zamzam, atau tidak disauknya air itu, sesungguhnya akan menjadi mata air yang mengalir." Sabda beliau: "Ibu Ismail lalu minum dan menyusukan anaknya. Malaikat berkata kepadanya: "Janganlah engkau takut akan binasa! Sesungguhnya di sini Baitullah yang bakal dibangun oleh anak ini dan ayahnya, dan sesungguhnya Tuhan tiada akan menyia-nyiakan penduduk tempat ini." Dan tinggi Baitullah itu dari tanah sebagai munggu, yang dilanda oleh banjir di sebelah kanan dan kirinya. Demikianlah keadaan perempuan itu, sehingga lalulah serombongan dari suku Jurhum yang datang dari jalan Kada', lalu mereka itu berhenti di hilir Mekkah. Mereka melihat burung berputar-putar di udara, lalu mereka berkata: "Burung ini berputar di atas air". Sebenarnya kita di lembah ini menemui tempat yang di situ ada air. Mereka lalu mengirim seorang atau dua orang utusan. Tiba-tiba utusan itu menemui air, segera mereka kembali dan terus dikhabarkannya pada mereka )kawannya( bahawa di situ ada air. Lalu mereka berkata: "Adakah engkau mengizinkan kami tinggal di tempatmu?" Jawab perempuan itu: "Ya, tetapi kamu tiada berhak atas air itu!" Kata mereka: "Ya, baiklah!" Ibu Ismail menerimanya dengan baik, karena dia ingin ada orang lain bersama dia. Mereka lalu tinggal di situ bersama-sama dengan keluarga mereka, sehingga terjadilah beberapa rumah tangga mereka, sedang Ismail telah agak besar )hampir dewasa(. Ia mempelajari bahasa Arab dari mereka. Ia amat dikasihi mereka. Ismail amat menarik dan mengagumkan mereka, ketika itu umurnya hampir dewasa. Mereka mengahwinkan Ismail dengan seorang perempuan di antara mereka, dan ibu Ismail pun meninggal. Sesudah Ismail kawin, datanglah Nabi sesudah Ismail kawin, datanglah Nabi Ibrahim melihat anak isteri yang ditinggalkannya, tetapi beliau tiada menemui Ismail. Ibrahim lalu bertanya pada isteri Ismail dari hal keadaannya. Kata isteri Ismail: "Ia pergi mencari kebutuhan kami". Kemudian Ibrahim menanyakan dari hal penghidupan dan keadaan mereka. Kata perempuan itu: "Kami dalam keadaan sengsara, kami dalam kesempitan dan kesusahan". Ia mengadukan halnya kepada Ibrahim. Ibrahim berkata: "Apabila datang suami engkau, sampaikanlah salam kepadanya dan katakanlah baginya supaya dirobahnya bingkai pintunya". Setelah Ismail datang, seolah-olah ia merasakan sesuatu, lalu ia bertanya: "Adakah orang yang datang kepadamu?" Jawabnya: "Ya, ada orang tua datang kepada kami, lalu saya bercerita kepadanya. Ditanyakannya bagaimana penghidupan kita lantas saya ceritakan bahwa sesungguhnya kita dalam kepayahan dan kesusahan". Kata Ismail: "Adakah ia memesankan sesuatu kepada engkau?" Jawabnya: "Ya, disuruhnya saya menyampaikan salam kepada engkau dan dikatakannya: "Ubahlah bingkai pintumu!" Kata Ismail: "Itulah ayahku! Sebenarnya ia menyuruh saya supaya menceraikan engkau. Kembalilah engkau kepada keluarga engkau!" Ismail pun mentalaknya. Kemudian ia kahwin dengan perempuan lain. Setelah beberapa lama Ibrahim datang kembali, tetapi tidak juga menemui Ismail. Ia lalu masuk ke rumah isteri Ismail, dan ditanyakannya dari hal Ismail. Kata perempuan itu: "Ia pergi mencari keperluan kami!" Kata Ibrahim: "Bagaimana keadaanmu?" Ditanyakannya hal penghidupan dan keadaan mereka. Jawabnya: "Kami dalam keadaan baik dan lapang". Dan perempuan itu pun memuji Tuhan. Tanya Ibrahim: "Apakah makananmu?" Jawabnya: "Daging". Tanya beliau: "Apakah minumanmu?" Jawabnya: "Air". Doa Ibrahim:"Wahai Tuhan, berilah kiranya keberkatan untuk mereka mengenai daging dan air!" Nabi s.a.w bersabda: "Ketika itu belum ada di situ tanaman yang berbiji. Sekiranya mereka mempunyai, nescaya Nabi Ibrahim mendoakan keberkatannya. Maka yang dua itu )daging dan air( di negeri lain dari Mekkah biar pun ada, tetapi tidak sesuai untuk jadi makanan pokok. Kata Nabi Ibrahim: "Apabila datang suami engkau, sampaikanlah salam kepadanya, dan suruhlah ia supaya menetapkan bingkai pintunya!" Ketika Ismail datang, ia bertanya: "Adakah seorang yang datang kepadamu?" Jawab isterinya: "Ada! Datang kepada kami seorang tua yang baik keadaannya". Dan perempuan itu pun memujinya. "Ia menanyakan tuan pada saya dan menanyakan

84

bagaimana kehidupan kita, lalu saya ceritakan, bahwa sesungguhnya kita dalam keadaan baik". Kata Ismail: "Adakah ia memesankan sesuatu kepada engkau'?" Jawabnya: "Ada! Disuruhnya sampaikan salam kepada tuan dan disuruhnya supaya menetapkan bingkai pintu tuan". Kata Ismail: "Itulah ayahku dan engkaulah yang dikatakan bingkai pintu. Beliau menyuruh saya supaya tetap beristerikan engkau". Beberapa masa kemudian sesudah itu Ibrahim datang kembali dan didapatinya Ismail sedang meruncing anak panahnya di bawah pohon Dauhah, tidak jauh dari Zamzam. Setelah ia melihat ayahnya, ia berdiri menemuinya. Keduanya lalu berpelukan sebagaimana diperbuat seorang ayah dengan anaknya dan anak dengan ayahnya. Kemudian Nabi Ibrahim berkata: "Hai Ismail! Sesungguhnya Tuhan memerintahkan satu perintah kepada saya" Jawab Ismail: "Laksanakanlah apa yang diperintahkan Tuhan itu!" Kata Ibrahim: "Maukah engkau menolong saya?" Jawab Ismail: "Saya bersedia menolong ayah". Kata Ibrahim: "Sesungguhnya Tuhan memerintahkan kepada saya supaya saya mendirikan Baitullah di sini", Ia menunjuk kepada tumpukan tanah yang tinggi di sekelilingnya. Sesudah itu keduanya meninggikan )memasang( fondamen Bait )Ka'bah(. Nabi Ismail membawa batu dan Nabi Ibrahim memasangnya. Setelah pasangan itu tinggi Ismail membawa batu )untuk berpijak Ibrahim(. Ibrahim lalu berdiri di atasnya untuk memasang dan Ismail menunjukkan batu. Kata Nabi: Keduanya meneruskan pembangunan sampai selesai, lalu berputar sekeliling Kaabah, mengucapkan: "Wahai Tuhan kami! Terimalah kerja kami. Sesunguhnya Engkau mendengar lagi mengetahui!"1476, Dari Abu Humaid Assa'idi r.a.: Sahabat-sahabat bertanya: "Hai Rasulullah! Bagaimanakah caranya kami selawat kepada tuan?. Rasulullah s.a.w bersabda: "Bacalah yang artinya: "Wahai Tuhan! Berilah rahmat atas Muhammad, keluarganya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat atas keluarga Ibrahim. Berilah keberkatan atas Muhammad, keluarganya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberikan keberkatan kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia".1477, Dari Abdurrahman bin Abu Laila r.a., katanya: Ka'b bin 'Ujrah menjumpai saya, lalu ia berkata: "Bolehkah saya hadiahkan kepada engkau satu hadiah yang saya dengar dari Nabi s.a.w.?" Jawab saya: "Ya, baiklah! Hadiahkanlah kepada saya!" Lalu ia berkata: "Kami bertanya pada Rasulullah s.a.w: "Bagaimanakah caranya salawat kepada tuan sekeluarga? Sesungguhnya Tuhan telah mengajar cara kami memberi salam". Beliau bersabda: "Bacalah: "Wahai Tuhan! Berilah rahmat atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi rahmat atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim! Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Wahai Tuhan! Berilah keberkatan atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi keberkatan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia". 1478, Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Nabi s.a.w. pernah memohonkan perlindungan untuk Hasan dan Husain. Beliau bersabda: "Bahwa bapa )nenek( kamu Ibrahim pernah memohonkan perlindungan untuk Ismail dan Ishak dengan kalimat: "Saya memohonkan perlindungan dengan kalimat Tuhan yang sempurna, dari semua setan dan kuman-kuman yang mengandung racun dan dari pada semua mata yang berbahaya". 1479, Dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda: Kita patut bertanya lebih dari Nabi Ibrahim, ketika ia berkata: "Wahai Tuhan ku! Perlihatkanlah kepada ku bagaimana menghidupkan orang mati!" Firman Tuhan: "Bukankah engkau sudah percaya?" Jawabnya: "Sudah! Tetapi untuk menenangkan hatiku". Dan Tuhan memberi rahmat kepada Nabi Luth sesungguhnya ia telah menempati perlindungan yang kuat. Dan jika sekiranya saya tinggal dalam penjara selama Nabi Yusuf terpenjara, nescaya saya kabulkan permintaan orang yang meminta" )cepat menerima tawaran raja(1480, Dari Ibnu Umar r.a.: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika berhenti di Hijr dalam perang Tabuk, beliau melarang minum dan mengambil air sumurnya. Mereka berkata: "Kami telah mencampur tepung dengan air itu dan kami pun telah mengambilnya". Beliau lalu menyuruh mereka supaya membuangkan tepung dan menumpahkan air itu.1481, Dari Nafi r.a., Abdullah bin Umar menceritakan kepadanya: Orang banyak berhenti bersama Rasulullah s.a.w. di Hijr, negeri bumi Tsamud. Mereka mengambil air dari sumur dan mencampur tepung dengan air itu. Rasulullah s.a.w. menyuruh mereka supaya menumpahkan air yang diambil dari sumur itu dan memberikan tepung itu untuk makanan unta. Beliau suruh mereka mengambil air dari sumur yang airnya diminum unta.1482, Dari Abdullah r.a.: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika melalui Hijr, beliau bersabda: "Janganlah kamu masuk ke tempat kediaman orang-orang yang aniaya itu melainkan dengan menangis, supaya kamu jangan ditimpa hukuman yang menimpa mereka!" Kemudian beliau berselimut dengan cadar beliau sedang beliau di atas kendaraan.1483, Dari Ibnu Umar r.a. dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Orang mulia, anak orang mulia, anak orang mulia, anak orang mulia, ialah Yusuf bin Ya'kub bin Ishak bin Ibrahim a.s." 1484, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Pada suatu ketika Ayyub mandi telanjang, hinggap di dekat kakinya belalang emas, lalu dibungkusnya dalam kainnya. Tuhan memanggilnya: Hai Ayyub! Bukankah Aku telah memberikan kecukupan kepada engkau, sehingga tidak memerlukan apa yang engkau lihat itu? Ayyub menjawab: Benar, ya Tuhan ku! Tetapi saya masih memerlukan keberkatan Engkau." 1485, Dari Ibnu Abbas r.a.: Ia bertukar pikiran dengan Hur bin Qais Al Fazari tentang sahabat Musa. Ibnu Abbas berkata: "Khidir!" Maka lalulah di tempat itu Ubayya bin Ka'b. Ibnu Abbas lalu memanggilnya, katanya: "Saya bertikai pendapat dengan kawan saya ini tentang sahabat Musa yang dimintakan Musa agar diberi jalan supaya dapat bertemu dengannya. Adakah engkau mendengar Rasulullah s.a.w. menyebutkan keadaannya". Kata Ubayya: "Ya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Pada suatu ketika, Musa berada pada suatu kaum dari Bani Israil. Ada seorang laki-laki datang kepadanya, lalu bertanya: "Adakah engkau ketahui seseorang yang lebih alim dari engkau?" Jawab Musa: "Tidak!" Tuhan lalu mewahyukan kepada Musa: "Ada, iaitu hambaKu Khidir!" Musa lalu menanyakan jalan untuk menjumpainya. Maka dijadikan ikan sebagai tanda. Dikatakan kepadanya: "Apabila engkau kehilangan ikan, maka kembalilah, engkau akan menemuinya!" Musa lalu mengikuti ikan itu di laut. Pelayan Musa berkata kepadanya: "Tahukah tuan, ketika kita di atas batu besar )ikat telah melompat ke laut(, saya lupa menceritakannya, dan syaitanlah yang menyebabkan saya lupa." Musa berkata: "Itulah yang kita cari!" Lalu keduanya kembalilah mengikuti jejak mereka untuk mengetahui keadaannya. Mereka menemui Khidir. Maka terjadilah peristiwa antara mereka sebagai yang diceritakan Tuhan dalam KitabNya Al Quran, )Sural Al Kahfi 60 - 82(.1486, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Ia dinamakan Khidir )hijau(, ialah karena duduk di atas bumi yang putih, tetapi kemudiannya berubah menjadi hijau".1487 Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: Kami pernah memetik buah kabats bersama Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ambillah buah yang hitam, karena itulah yang lebih baik". Mereka bertanya: "Pernahkah tuan menggembala kambing?" Jawab beliau: "Nabi-nabi pernah menggembalakannya".1488, Dari Abu Musa r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Di antara orang laki-laki banyak yang sempurna dan di antara perempuan hanyalah Asiah, isteri Fir'aun dan Maryam binti Imran. Kelebihan Aisyah dari perempuan-perempuan lain, adalah seperti kelebihan tsarid )roti yang diberi kuah( dari semua makanan".1489, Dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi s.a.w, beliau bersabda: "Orang tiada pantas mengatakan: "Saya lebih baik dari Yunus bin Matta. Hubungan keturunan adalah kepada ayahnya".1490, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Nabi Daud a.s. dimudahkan membaca Bacaan. Beliau menyuruh supaya disiapkan binatang tunggangan lalu diberi pelana. Beliau membaca Bacaan sebelum tunggangan beliau itu diberi pelana. Beliau memakan hasil kerja )usaha( tangan beliau sendiri"1491, Dari Abu Zar r.a., katanya: Saya bertanya: "Hai Rasulullah! Mesjid manakah yang mula-mula didirikan?" Jawab beliau: "Mesjid Haram )Mekkah(" Tanya saya: "Kemudian yang mana?" Jawab beliau: "Kemudian Mesjidil Aqsha )Baitul Maqdis(". Tanya saya: "Berapa lamanyaantara keduanya?" Jawab beliau: "Empat puluh!" Kemudian beliau bersabda: "Dimana saja engkau mendapatkan waktu sembahyang, maka sembahyanglah, dan bumi ini bagi engkau adalah mesjid )tempat sembahyang(!"1492, Dari Abu Hurairah r.a., dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Perumpamaanku dan orang banyak, sebagai seorang laki-laki yang menyalakan api, kemudian kupu-kupu dan binatang-binatang jatuh ke dalam api itu". Dan beliau bersabda: "Ada dua orang perempuan bersama dua orang anaknya. Lalu datang serigala, dan ditarikannya anak salah seorang di antara mereka. Kata yang satu: "Hanyalah anak engkau yang dilarikan serigala". Kata seorang: "Hanyalah anak engkau yang dilarikannya". Mereka lalu meminta pertolongan kepada Nabi Daud. Beliau memohon keputusan, bahwa anak yang tinggal itu kepunyaan perempuan yang lebih tua. Mereka lalu pergi kepada Nabi Sulaiman bin Daud, lalu diceritakannya kepadanya. Kata Sulaiman: "Bawa kemari sebilah pisau, supaya saya belah anak ini untuk kedua orang ibunya": Perempuan

85

yang lebih muda lalu berkata, "Jangan tuan lakukan! Tuhan memberi rahmat kiranya kepada tuan! Itu anaknya!" Beliau lalu memutuskan, bahwa anak itu untuk perempuan yang muda".1493, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap anak Adam yang baru lahir, disentuh oleh setan ketika lahirnya itu, lalu ia memekik menangis karenanya, selain Maryam dan anaknya".1494, Dari Ali r.a., katanya: Saya mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Perempuan dunia terbaik pada masanya, ialah Maryam binti Imran, dan perempuan terbaik umat ini ialah Khadijah"1495, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Wanita Qureisy itu amat baik, mereka dapat menunggang unta, amat pengasih pada anak-anak dan pandai menjaga harta suaminya".1496, Dari 'Ubadah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Siapa yang mengaku bahwa tiada Tuhan melainkan Allah, Esa, dan tiada bersekutu, Muhammad hambaNya dan RasulNya, 'Isa hamba Allah, RasulNya, dan kalimahNya )makhlukNya( yang disampaikanNya kepada Maryam dan ruh daripadaNya dan bahwa surga dan neraka itu sebenarnya, maka orang-orang itu akan dimasukkan Tuhan ke dalam surga menurut amalnya".1497, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Yang pandai berbicara dalam buaian )pada waktu kecil(, hanyalah tiga orang, di antaranya 'Isa. Ada seorang laki-laki Bani Israil yang bernama Juraij. Ketika ia sembahyang, datang ibunya memanggilnya. Kata Juraij dalam hatinya: "Apakah akan saya jawab ibu saya, atau saya terus sembahyang?" Kata ibu: "Wahai Tuhan! Janganlah Engkau matikan ia sebelum Engkau perlihatkan kepadanya muka perempuan pelacur!" Dan Juraij tetap dalam tempat peribadatannya. Kemudian seorang perempuan menawarkan diri kepadanya untuk berbuat jahat, Juraij menolak. Perempuan itu lalu datang kepada seorang penggembala, menyerahkan diri kepadanya. Kemudian ia melahirkan anak, dan dikatakannya anak Juraij. Orang banyak datang kepadanya, menghancurkan tempat peribadatannya.Mereka menyeret dan mencaci-makinya. Kemudian Juraij berwuduk dan teru mengerjakan sembahyang. Lalu didatanginya anak itu seraya berkata: "Hai anak! Siapakah ayahmu?" Jawabnya: "Penggembala!" Orang banyak tadi lalu berkata: "Kami dirikan kembali tempat peribadatanmu dari emas!" Kata Juraij: "Jangan! Cukup dari tanah saja!" Ada lagi seorang perempuan Bani Israil sedang menyusukan anaknya. Maka seorang laki-laki lalu ditempatnya menunggang kuda lagi tampan rupanya. Kata perempuan itu: "Wahai Tuhan! Jadikanlah anakku seumpama orang ini!" Anak itu pun lalu meninggalkan susu ibunya dan menghadap kepada orang yang menunggang kuda itu, katanya: "Wahai Tuhan! Janganlah Engkau jadikan saya seumpama dia!" Kemudian anak itu kembali mengisap susu ibunya. Kata Abu Hurairah: Seolah-olah saya melihat Nabi s.a.w. menghisap jaribeliau. Kemudian lalu pula di tempat itu seorang budak perempuan. Kata perempuan itu: "Wahai Tuhan! Jangan Engkau jadikan anakku seumpama orang ini!" Anak itu pun lalu meninggalkan susu ibunya, katanya: "Wahai Tuhan! Jadikanlah saya seumpama dia!" Ibunya lalu berkata: "Mengapa begitu?" Jawabnya: Orang yang menunggang kuda tadi adalah seorang yang sangat takbur. Sedangkan budak perempuan itu banyak orang berkata kepadanya: Engkau pencuri dan pezina, padahal ia tiada pernah berbuat demikian".1498, Dari Ibnu Umar r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Saya melihat Nabi-nabi Isa, Musa, dan Ibrahim. Isa merah kulitnya, kriting rambutnya, lebar dadanya. Dan Musa kemerah-merahan, tinggi besar, tiada keriting rambutnya, seolah-olah beliau dari kaum Zuth".1499, Dari Abdullah r.a., katanya: Pada suatu hari Nabi s.a.w menceritakan di tengah-tengah orang banyak tentang Al Masih Dajjal. Beliau bersabda: "Tuhan itu tiada buta sebelah. Ketahuilah Al Masih Dajjal itulah yang buta matanya sebelah kanan seolah-olah matanya itu anggur yang terulur ke luar. Pada suatu malam, waktu saya tidur dekat Ka'bah saya bermimpi. Ketika itu saya lihat ada seorang laki-laki kemerah-merahan warna kulitnya, amat bagus sekali, rambutnya terurai antara bidang bahunya, tersisir baik, kepalanya menitikkan air, licin berkilat, diletakkannya tangannya di atas bahu dua orang laki-laki dan ia tawaf di Baitullah )Ka'bah(. Saya bertanya: "Siapakah ini?" Mereka menjawab: Inilah Al Masih anak Maryam". Kemudian saya melihat seorang laki-laki di belakang orang itu, keriting lagi pendek rambutnya, buta matanya sebelah kanan, serupa dengan orang yang saya lihat dari Ibnu Qathan, diletakkannya kedua tangannya di atas bahu seorang laki-laki juga tawaf di Baitullah. Saya bertanya: "Siapakah ini?" Mereka menjawab: "Al Masih Dajjal!"155O, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda. "Sayalah orang yang paling dekat kepada anak Maryam )Isa(. Semua Nabi-nabi itu seketurunan. Tiada seorang pun Nabi dalam masa antara saya dengan dia".1501, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Saya yang lebih dekat dengan Isa anak Maryam di dunia dan di akhirat. Semua Nabi-nabi itu bersaudara karena seketurunan. Ibunya berlainan sedang agamanya satu".1502, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Isa anak Maryam melihat seorang laki-laki mencuri. Lalu dikatakannya pada laki-laki itu: " Engkau mencuri?" Kata laki-laki itu: "Tidak, demi Tuhan yang tiada Tuhan melainkan Dia!" Kata Isa: "Saya percaya kepada Tuhan, dan saya dustakan mata saya".1503, Dari Umar r.a., katanya: Saya mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Janganlah kamu memuji )memuliakan( saya berlebihan sebagai orang Nasrani memuji )memuliakan( anak Maryam. Saya hanya hamba Allah. Maka katakanlah: "Hamba Allah dan RasulNya". 1504, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bagaimanakah keadaanmu apabila anak Maryam turun kepada mu dan menjadi Imam di antara kamu".1505, Dari Hudzaifah r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Ketika Dajjal itu ke luar dia membawa air dan api. Adapun yang dilihat orang itu seperti api, sebenarnya ialah air yang dingin. Adapun yang dilihat orang itu sebagai air dingin sebenarnya ialah api yang membakar. Siapa yang mendapatinya di antara kamu, hendaklahia masuk ke dalam apa yang dilihatnya berupa api, karena sebenarnya itulah air yang dingin". Kata Hudzaifah: Dan lagi saya mendengar beliau bersabda: "Ada seorang laki-laki sebelum kamu didatangi malaikat untuk mengambil ruhnya. Dikatakan kepadanya: "Adakah engkau mengerjakan kebaikan?" Jawabnya: "Saya tidak tahu". Kata Malaikat: "Cuba perhatikan!" Jawabnya: Yang saya ketahui hanyalah saya jual beli dengan manusia di dunia, dan saya pun mengambil dan memberikan dari dan kepada mereka, saya beri janji orang yang berkecukupan dan saya bebaskan orang yang berkesempitan". Tuhan memasukkan orang itu ke dalam surga. Kemudian berkata Hudzaifah: Dan saya mendengar pula beliau bersabda: "Ada seorang laki-laki yang telah mendekati ajalnya. Setelah ia putus harapan untuk hidup, ia berwasiat kepada keluarganya: "Apabila saya telah mati, kumpulkanlah kayu api yang banyak untuk membakar saya dan nyalakanlah api dengan kayu itu. Apabila api itu memakan daging saya dan telah sampai kepada tulang dan tulang itu pun telah terbakar pula, maka ambillah dan tumbuklah supaya jadi abu. Kemudian nantikanlah waktu hari yang keras anginnya, dan terbangkanlah abu itu ke laut!" Mereka pun mengerjakannya. Kemudian Tuhan mengumpulkannya. Kata Tuhan kepadanya: "Mengapa Engkau perbuat yang demikian itu'?" Katanya: "Karena takut kepada Engkau". Tuhan mengampuninya.1506, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Bani Israil itu dipimpin )diperintah( oleh Nabi-nabi. Setiap seorang Nabi mati, digantikan Nabi yang lain. Tetapi tidak ada Nabi sesudahku, dan akan ada Khalifah-khalifah. Mereka itu sampai banyak." Sahabat-sahabatnya bertanya: "Maka apakah perintah tuan kepada kami? Beliau bersabda: "Tepatilah bi'at )perjanjian( yang pertama, kemudian yang berikutnya. Berikanlah hak mereka, sesungguhnya Tuhan akan menanyai mereka tentang pimpinan )pemerintahan( yang mereka jalankan".1507, Dari Abu Sa'id r.a.: Nabi s.a.w. bersabda: "Kamu akan mengikuti Sunnah )tradisi( orang-orang yang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta biarpun mereka memasuki lobang dhab )sebangsa biawak(, kamu juga akan memasukinya". Kami berkata: "Hai Rasulullah! Orang Yahudi dan Nasranikah?" Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa lagi?"1508, Dari Abdullah bin Amr r.a.: Nabi s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesananku biarpun satu ayat )sepatah kata(. Boleh kamu mendengar cerita dari Bani Israil, tiada salahnya )sekadar mendengar cerita(. Dan siapa yang sengaja berdusta tentang aku )membuat hadis palsu(, maka hendaklah ia mendiami tempatnya dalam neraka."1509, Dari Abu Hurairah r.a.. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang Yahudi dan Nasrani tiada mencelup )rambut, kumis dan janggut(. maka hendaklah kamu berbeza dari mereka".1510, Dari Jundub, katanya: Rasulullah s.a.w.. bersabda: "Ada seorang laki-laki sebelum kamu, ia mendapat luka dan tiada sabar, lalu diambilnya pisau dan dipotongnya tangannya. Maka mengalirlah darah terus menerus sehingga akhirnya ia mati. Tuhan berfirman: "HambaKu mempercepat kematiannya! Aku melarangnya masuk surga". 1511, Dari Abu Hurairah r.a.: Ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada tiga orang dari Bani Israil yang masing-masingnya berpenyakit lepra, gundul dan buta. Tuhan hendak menguji, lalu mengutus malaikat menemui mereka. Malaikat itu datang lebih dahulu kepada yang berpenyakit lepra. Kata malaikat itu: "Apakah sesuatu yang paling engkau sukai?" Jawabnya: "Warna yang bagus dan kulit yang bagus! Orang banyak telah jijik melihat ku!" Malaikat itu mengusapnya. Lalu hilanglah penyakitnya. Kemudian diberi warna yang bagus dan kulit

86

yang bagus. Kata malaikat: "Apakah harta yang paling engkau sukai? "Jawabnya: "Unta!" Lalu ia diberi unta yang bunting sepuluh bulan. Kata malaikat: " Engkau akan diberi keberkatan", Kemudian malaikat itu datang kepada orang yang gundul seraya berkata: "Apakah sesuatu yang paling engkau sukai?" Katanya: "Rambut yang bagus dan gundul ini hilang dari aku karena orang banyak telah jijik melihat ku". Malaikat itu lalu mengusapnya maka hilanglah gundulnya dan ia diberi rambut yang bagus. Kata malaikat: "Apakah harta yang paling engkau sukai'?" Katanya: "Lembu!" Malaikat itu lalu memberinya seekor lembu yang bunting, seraya berkata: " Engkau akan diberi keberkatan". Kemudian malaikat itu datang pula kepada orang yang buta, seraya berkata: "Apakah sesuatu yang paling engkau sukai?" Jawabnya: "Mudah-mudahan Tuhan mengembalikan penglihatan ku supaya dapat melihat manusia". Malaikat itu pun mengusapnya. Tuhan mengembalikan penglihatannya. Kata malaikat: "Apakah harta yang paling engkau sukai?" Jawabnya: "Kambing!" Malaikat itu lalu memberinya kambing yang bunting. Sesudah itu beranaklah unta dan lembu, dan kambing beranak pula. Maka orang-orang itu mempunyai lembah yang dipenuhi unta, lembah yang dipenuhi lembu dan, lembah yang dipenuhi kambing. Kemudian datanglah malaikat yang dahulu kepada orang yang tadinya berpenyakit lepra dalam rupa dan keadaannya )yang menyedihkan(, seraya katanya: "Saya ini seorang laki-laki miskin yang telah melintasi bukit dalam perjalanan. Maka pada hari ini tiadalah yang menyampaikan melainkan Tuhan. Kemudian saya datang kepada engkau untuk meminta dengan nama Tuhan yang telah memberi engkau dengan warna yang bagus dan harta berupa unta, agar engkau sudi mencukupkan belanja dalam perjalanan ku". Kata orang itu: "Kewajiban-kewajiban yang lain masih banyak!" Kata malaikat itu padanya: "Seakan-akan saya telah mengenal engkau. Bukankah engkau dahulunya berpenyakit lepra dan orang banyak jijik melihat engkau, lagi miskin, tetapi kemudian Tuhan memberi kebaikan dan kekayaan kepada engkau?" Kata orang itu: "Harta ini saya warisi dari bapa dan nenek saya". Kata malaikat: "Kalau engkau dusta, Tuhan akan menjadikan engkau sebagaimana keadaan engkau dahulunya!" Dan kemudian malaikat itu datang kepada orang yang dahulunya gundul dengan rupa dan keadaan yang menyedihkan, lalu dikatakannya pula sebagai perkataan kepada orang tadi. Orang itu pun menjawab sebagai jawaban orang itu pula. Malaikat lalu berkata: "Kalau engkau dusta Tuhan akan menjadikan engkau sebagaimana keadaan engkau dahulunya". Dan kemudian ia datang kepada orang yang dahulunya buta dengan rupa yang menyedihkan, seraya berkata: "Saya ini seorang laki-laki miskin dan telah melintasi bukit dalam perjalanan ku. Maka had ini tiada yang akan menyampaikan melainkan Tuhan. Saya datang kepada engkau untuk meminta dengan nama Tuhan yang telah memberi penglihatan dan kambing kepada engkau untuk mencukupkan perbekalanku dalam perjalanan ku ". Kata orang itu: "Saya dahulunya buta. Tuhan lalu mengembalikan penglihatan saya. Dahulunya saya miskin dan Tuhan telah mengayakan saya. Sebab itu ambillah sesukamu! Demi Allah! Hari ini saya tiada akan mencegah engkau mengambilnya karena Allah, berapa saja". Kata malaikat" itu: "Peganglah harta engkau! Sesungguhnya kamu diuji. Tuhan telah rela )merasa senang( kepada engkau dan marah kepada dua orang kawan engkau".1512, Dari Abu Sa'id r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Ada seorang laki-laki Bani Israil yang telah membunuh sembilan puluh sembilan orang. Kemudian ia pergi bertanya. Ia datang pada seorang rahib )pendeta(, lalu ditanyakannya: "Dapatkah taubat saya diterima?" Jawab pendeta: "Tidak!" Pendeta itu pun lalu dibunuhnya. Kemudian ia terus hendak bertanya. Seorang laki-laki berkata kepadanya: "Pergilah engkau ke desa itu!" Lalu dia mati dekat desa yang ditujunya itu. Maka bertengkarlah malaikat rahmat dan malaikat azab tentang keadaannya. Tuhan mewahyukan kepada desa yang ditujunya itu: "Dekatlah!" Dan Tuhan mewahyukan kepada desa yang ditinggalkannya: "Jauhlah" Tuhan lalu berfirman kepada malaikat tadi: "Ukurlah jarak antara kedua desa itu". Maka didapati bahawa ia lebih dekat sejengkal ke tempat yang ditujunya. Lalu ia diampuni Tuhan".1513, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang laki-laki membeli sebidang tanah dan menemukan sebuah tempayan yang berisi emas dalam tanah itu. Katanya kepada si penjual: "Ambillah emasmu, karena hanya tanah yang saya beli dari engkau dan saya tiada membeli emas". Kata yang punya tanah: "Tanah itu serta isinya telah saya jual kepada engkau". Keduanya lalu meminta putusan kepada seseorang. Kata orang itu: Adakah kamu berdua mempunyai anak? Seorang di antara mereka berkata: "Ya, saya mempunyai anak laki-laki". Kata yang seorang lagi: "Ya, saya mempunyai anak perempuan". Kata hakim tadi: "Kahwinkanlah anak perempuan itu dengan anak laki-laki ini dan belanjailah keduanya dari harta itu dan bersedekahlah!".1514, Dari Usamah bin Zaid r.a. ada orang yang bertanya kepadanya: "Apakah yang telah engkau dengar dari Rasulullah s.a.w. tentang penyakit kolera?" Usamah berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: Kolera itu siksa yang diturunkan Tuhan kepada satu golongan Bani Israil atau kepada orang yang sebelum kamu. Apabila kamu dengar penyakit itu berjangkit di suatu negeri, janganlah kamu datang ke situ. Dan kalauberjangkit di suatu negeri di mana kamu berada, janganlah kamu ke luar dari sana, untuk lari dari bahayanya".1515, Dari Aisyah r.a, isteri Nabi s.a.w. katanya: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang penyakit kolera. Beliau lalu menceritakan kepada saya: "Penyakit itu adalah siksa yang diturunkan Tuhan kepada siapa yang dikehendakiNya, dan Tuhan menjadikannya rahmat bagi orang yang beriman. Seseorang yang ketika berjangkit penyakit itu, tetap dalam negerinya dengan sabar dan tulus karena Allah, yakin bahwa tidak akan mengenainya selain apa yang telah ditentukan Tuhan baginya, maka untuk orang itu pahala seperti pahala orang yang mati syahid".1516, Dari Aisyah r.a., Orang Qureisy merasa tidak senang akan hukuman yang dijatuhkan kepada seorang perempuan suku Makhzum mencuri. Mereka berkata: "Siapakah yang bisa menyampaikan kepada Rasulullah s.a.w. supaya perempuan itu dibebaskan saja?" Kata mereka: "Siapakah yang berani selain Usamah bin Zaid, kesayangan Rasulullah s.a.w.!" Usamah lalu menyampaikannya kepada beliau. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mengapa engkau memberikan pertolongan untuk membebaskan seseorang dari had )hukum( Allah?" Kemudian beliau berdiri lalu berpidato, sebagai berikut: "Orang-orang yang sebelum kamu dibinasakan, karena kalau orang yang terhormat )mulia( mencuri, mereka biarkan saja. Tetapi kalau yang mencuri itu orang lemah, mereka jatuhi hukuman. Demi Tuhan! Kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, saya potong juga tangannya!" 1517, Dari Abdullah r.a., katanya: Seolah-olah saya melihat Nabi s.a.w. menceritakan seseorang di antara Nabi-nabi yang dipukul oleh kaumnya sampai mengalir darahnya, dan Nabi itu menghapus darah mukanya sambil berdo'a: "Wahai Tuhan! Ampunilah kiranya kaum ku, karena sesungguhnya mereka belum tahu!"1518, Dari Ibnu Umar r.a.: Bahwa Nabi s.a. w. bersabda: "Ketika seorang laki-laki menghela pakaiannya )berpakaian sangat dalam( karena takabur, orang itu ditelan bumi, dan ia terbenam dalam tanah sampai hari kiamat".1519, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Kita orang yang terakhir di dunia, tetapi orang yang terdahulu pada hari kiamat. Setiap umat sebelum kita menerima Kitab, dan kita menerima Kitab sesudah mereka. Inilah hari yang mereka pertikaikan: Besok )Sabtu( untuk orang Yahudi, dan lusa )Ahad( untuk orang Nasrani. Setiap orang Islam berkewajiban dalam seminggu, satu hari dimana dicucinya kepala dan seluruh tubuhnya )mandi(".1520, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Manusia itu bagai logam tambangan )berlain-lain asalnya(. Orang-orang yang baik )pilihan( pada masa jahiliah, mereka itu orang yang baik di zaman Islam, bila mereka mengerti. Kamu dapati juga orang yang amat baik dalam urusan ini )keagamaan( ialah orang yang sangat membencinya. Dan kamu dapati manusia yang amat jahat ialah orang yang bermuka dua datang pada orang ini dengan muka yang satu dan datang kepada yang lain dengan muka yang lain pula".1521, Dari Abu Hurairah r.a.: Nabi s.a.w. bersabda: "Manusia itu dalam urusan ini mengikut orang Qureisy. Yang Islam mengikut Islam dan yang kafir mengikut yang kafir. Dan manusia itu bagai logam tambang )berlain-lain asalnya(. Orang yang baik )pilihan( pada masa jahiliah, mereka itulah orang yang baik dalam zaman Islam, bila mereka mengerti. Kamu dapati manusia yang lebih baik ialah yang sangat membencinya, kemudian ia sampai masuk ke dalamnya".1522, Dan Mu'awiyah r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bahwa urusan ini )kekuasaan( ada pada orang Qureisy. Setiap orang yang memusuhi mereka, Tuhan akan menelungkupkan mukanya, selama mereka )Qureisy( mendirikan agama".1523, Dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang Quraisy, Ansar, Juhainah, Muzainah, Aslam, Asyja', dan Ghifar semuanya itu penolongku. Tiada penolong mereka selain Allah dan RasulNya".1524, Dari Abu Zar r.a., ia mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Seseorang yang mengatakan )mengaku( keturunan selain ayahnya, pada hal ia tahu, orang itu kafir. Barangsiapa yang mengatakan bahwa ia keturunan suatu kaum bukan menurut hubungan keturunan mereka, maka hendaklah ia menempati tempatnya di neraka".1525, Dari Wasilah bin Asqa' r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

87

"Sesungguhnya termasuk dusta yang amat besar, bahwa seseorang menamakan dirinya bukan keturunan ayahnya atau mengaku melihat apa yang tidak dilihatnya atau mengatakan sabda Rasulullah s.a.w, padahal beliau tidak bersabda begitu".1526, Dari Abdullah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda di atas mimbar: "Bani Ghifar, Tuhan kiranya mengampuninya! Bani Aslam, Tuhan kiranya menyelamatkannya! Dan Bani Usaiyah mereka mendurhakai Tuhan dan RasulNya".1527, Dari Anas r.a., katanya: Nabi s.a.w. memanggil orang Ansar, lalu bersabda: "Adakah di antara kamu seorang yang bukan dari golongan kamu?" Mereka menjawab: "Tidak, kecuali anak saudara perempuan kami". Rasulullah bersabda: "Anak saudara perempuan satu kaum termasuk mereka".1528, Dari Jabir r.a., katanya: Kami turut berperang bersama Rasulullah s.a.w. dan orang-orang Muhajirin berkumpul dengan beliau sampai banyak. Di antara orang Muhajirin itu ada seorang laki-laki yang gemar bermain-main. Lalu dipukulnya seorang Ansar, lantas orang Ansar itu sangat marah, sehingga berkumpullah mereka. Kata kaum Ansar: "Hai. kiranya kemenangan untuk Ansar!" Kata kaum Muhajirin: "Hai. kiranya kemenangan untuk Muhajirin!" Maka keluarlah Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Mengapa kamu mengikuti seruan jahiliah?" Kemudian beliau bertanya: "Bagaimana kejadiannya?" Lalu dikhabarkan bahawa seorang Muhajirin memukul seorang Ansar Kata Jabir: Nabi s.a.w. bersabda: "Biarlah! Sesungguhnya yang demikian itu keji".1529, Dan Ibnu Abbas r.a., katanya: Turun ayat: "Dan beri peringatan lah kaum keluarga engkau yang terdekat!" Lalu Nabi s.a.w. memanggil: "Wahai Bani Fihir, wahai Bani 'Ady dalam suku Quraisy!"1530, Dari Jubair bin Muth'im, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku mempunyai lima nama. Aku Muhammad )dipuji(, aku Ahmad )amat terpuji(, aku Mahi )penghapus( yang Tuhan menghapuskan kekafiran dengan usahaku, aku Hasyir )pengumpul( di mana di kumpulkan manusia di belakangku, dan aku 'Aqib )penghabisan(. 1531, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apakah tidak menarik hatimu, bagaimana Tuhan menghindarkan daripada ku caci maki dan kutukan orang Quraisy. Mereka mencaci maki dan mengutuk orang yang tercela, sedang aku orang yang terpuji )Muhammad(.1532, Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya perbandinganku dan Nabi-nabi sebelumku, seperti orang yang membangun sebuah gedung )rumah(. Dibuatnya dengan amat baik dan sangat bagus, tapi satu tempat batu bata terluang di sudutnya. Orang banyak mengelilingi rumah itu dan heran, sambil berkata: "Mengapa tidak dipasang batu bata ini?" Beliau bersabda: "Sayalah batu bata itu dan sayalah penutup Nabi-nabi".1533, Dari Aisyah r.a.: Nabi s.a.w. wafat ketika beliau berusia enam puluh tiga tahun.1534, Dari Saib bin Yazid, katanya: Saya pergi dengan bibi saya kepada Rasulullah s.a.w. dan bibi saya berkata: "Wahai Rasulullah! Anak saudara perempuan saya ini jatuh". Lalu beliau mengusap kepala saya sambil mendo'akan keberkatan bagi saya, kemudian beliau berwuduk, lalu saya minum air wuduknya. Kemudian saya berdiri di belakang beliau. Maka saya libat ada cap di antara dua bahu beliau.1535, Dari Bara' r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling elok mukanya dan amat baik perawakannya. Beliau tiada tinggi dan tiada pula pendek.1536, Dari Anas r.a. katanya: Dibawa kepada Nabi s.a.w. sebuah bejana, waktu beliau di Zaura. Lalu beliau letakkan tangannya dalam bejana itu. Maka terbitlah air dari antara anak jari beliau. Lalu orang banyak berwuduk. Qatadah berkata: Saya bertanya kepada Anas: "Berapa banyaknya kamu ketika itu?" Jawab Anas: "Tiga ratus atau kurang lebih tiga ratus". 1537, Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Abu Thathah berkata kepada Ummu Sulaim: "Sesungguhnya saya dengar suara Rasulullah s.a.w. amat lembut. Yang saya ketahui dari suara itu ialah lapar. Adakah engkau mempunyai sesuatu?" Jawab Ummu Sulaim: "Ada!" Lalu diambilnya beberapa potong roti dan gandum. Kemudian ia mengambil tutup kepalanya, lalu dibungkusnya roti dengan sebagian kain itu. Kemudian diletakkannya di bawah tangan ku, dan sebahagiannya mengotorkan ku. Kemudian disuruhnya saya menghadap Rasulullah s.a.w. Kata Anas: Saya pergi, dan saya jumpai Rasulullah s.a.w. dalam mesjid dan beliau bersama orang banyak. Lalu saya berdiri menghadap mereka. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada saya: "Abu Thalhahkah yang menyuruh engkau?" Jawab saya: "Ya!" Kata Nabi: "Untuk makan?" Jawab saya: "Ya!"' Rasulullah s.a.w. bersabda kepada orang yang bersama beliau: "Siaplah kamu untuk berangkat!" Lalu beliau berjalan dan saya berjalan mendahului mereka, sampai saya di tempat Abu Thalhah. Lalu saya khabarkan kepadanya. Kata Abu Thalhah: "Wahai Ummu Sulaim! Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah datang dengan orang banyak sedangkan kita tidak mempunyai apa-apa yang mencukupi untuk memberi makan mereka". Kata Ummu Sulaim: "Allah dan RasulNya lebih mengetahui!" Maka berjalanlah Abu Thalhah, lalu ditemuinya Rasulullah s.a.w. dan terus berjalan bersama-sama. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Wahai Ummu Sulaim! Bawalah kemari apa yang ada!" Ummu Sulaim lalu membawa roti tadi. Rasulullah menyuruh roti itu dipecah-pecah. Dan Ummu Sulaim mengambil sebuah bejana lantas diaduknya roti itu. Kemudian Rasulullah s.a.w. membacakan apa yang dikehendaki Tuhan untuk dibacanya. Sesudah itu beliau bersabda: "Izinkanlah sepuluh orang!" Lalu mereka diberi izin memakannya. Lalu mereka makan sampai kenyang dan keluar. Kemudian beliau bersabda: "Izinkanlah sepuluh orang!". Lalu mereka diberi izin. Lantas mereka makan sampai kenyang dan mereka keluar. Beliau bersabda lagi: "Izinkanlah sepuluh orang!" Orang banyak itu semuanya makan sampai kenyang sedang mereka berjumlah tujuh puluh atau delapan puluh orang".1538, Dari Abdullah r.a., katanya: Kami mengira ayat-ayat )mukjizat(. itu. Memberi keberkatan dan kamu mengiranya memberi pertakut. Pernah kami bersama Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan dan air hanya tinggal sedikit. Beliau bersabda: "Mintalah kelebihan air!" Mereka datang membawa bejana yang berisi sedikit air. Beliau memasukkan tangannya ke dalam bejana itu lalu beliau bersabda: "Marilah datang air suci yang berkat! Dan keberkatan itu dari Tuhan!" Sesungguhnya saya lihat air keluar dari antara anak jari Rasulullah s.a.w. Kata Abdullah: Dan pernah juga mendengar tasbih makanan yang dimakan beliau.1539, Dari Ibnu Mas'ud r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Akan lahir orang-orang yang berbuat di luar batas )mementingkan diri sendiri( dan terjadi bermacam-macam keadaan yang tidak kamu ingini. Orang banyak bertanya: "Apakah sikap kami, wahai Rasulullah!" Beliau menjawab: "Laksanakan kewajibanmu, dan mintalah hak kamu kepada Tuhan!"1540, Dari Huzaifah bin Yaman r.a., katanya: Orang banyak menanyakan kepada Rasulullah s.a.w. tentang hal kebaikan, sedang saya menanyakan kepada beliau tentang bahaya )keburukan(, supaya jangan menimpa saya. Lalu saya bertanya: "Wahai Rasulullah! Kami berada dalam keburukan di masa jahiliah, kemudian Tuhan mendatangkan kebaikan ini kepada kami. Adakah sesudah kebaikan itu ada lagi keburukan?" Jawab beliau: "Ya!" Tanya saya: "Apakah sesudah keburukan itu adalagi kebaikan?" Jawab beliau: "Ya! Dan di situ ada bencana". Tanya saya: "Bencana apa?" Jawab beliau: "Suatu kaum memberi petunjuk berlainan dari petunjuk ku. Engkau ketahui dari mereka, tetapi hendaklah engkau ingkari!" Tanya saya: "Apakah sesudah kebaikan itu adalagi keburukan?" Jawab beliau: "Ya! Ada juru penerangan yang membawa ke pintu neraka jahanam. Siapa yang mahu mengikut mereka, dilemparkannya ke dalam neraka". Kata saya: "Wahai Rasulullah! Terangkanlah sifat orang-orang itu kepada kamu. Beliau bersabda: "Kulit mereka sama dengan kita dan mereka berbicara dengan bahasa kita". Tanya saya: "Apakah perintah tuan kepada saya jika saya mendapati hal yang demikian itu?" Jawab beliau: "Bersatulah dengan jamaah Muslimin dan Imam mereka!" Kata saya, "Jika tidak ada jama'ah Muslimin dan Imam mereka, bagaimana?" Sabda beliau: "Menghindarlah dari semua golongan-golongan, biarpun engkau sampai menggigit )makan( urat kayu dan mati dalam keadaan serupa itu".1541, Dari Ali r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan timbul pada akhir zaman golongan pemuda yang kurang akal. Mereka mengucapkan perkataan yang amat baik. Mereka keluar dari Islam bagai panah keluar dari busurnya. Keimanan mereka tiada melampaui kerongkongannya. Bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai. Sesungguhnya siapa yang membunuh mereka memperoleh pahala di hari kiamat".1542, Dari Khabbab bin Arat r.a., katanya: Kami menyampaikan permohonan kepada Rasulullah s.a.w. Beliau ketika itu bersandar pada pakaian bulu, di bawah lindungan Ka'bah. Kami berkata: "Mintakanlah kiranya pertolongan untuk kami!" Beliau bersabda: "Orang sebelum kamu pernah dibuatkan lobang untuk mereka di tanah, lalu ia dimasukkan ke dalamnya. Kemudian diambil gergaji dan digergaji kepalanya sampai belah dua. Yang demikian itu tiada menghalanginya dari agamanya. Dan ada pula yang disikat dengan sikat besi sampai ke daging, tulang dan uratnya. Yang demikian itu tiadalah menghalanginya dari agamanya. Demi Allah! Sesungguhnya akan disempurnakan Tuhan urusan agama ini, sehingga orang yang berkendaraan, berjalan dari San'a ke Hadramaut, tidak ada yang ditakutinya selain Allah )aman dalam perjalanan(, dan serigala terhadap kambingnya. Tetapi kamu amat tergesa-gesa )ingin cepat(".1543, Dari Ibnu Abbas r.a.: Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumah orang Arab dusun untuk melihat dia sakit. Kata Ibnu Abbas: Pernah Nabi s.a.w. apabila dia masuk rumah orang sakit untuk melihatnya, beliau bersabda: "Tidak apa! Sembuh, insya Allah". Kata Nabi kepada orang sakit itu: "Tidak apa, sembuh

88

insya Allah!" Jawabnya: "Tuan katakan: Sembuh. Sebenarnya itu demam panas yang sedang meluap dan mengancam orang yang sangat tua dan akan mengantarnya ke kubur" Nabi s.a.w, bersabda: "Ya, betul kalau begitu".1544, Dari Aisyah r.a., katanya: Fatimah datang berjalan kaki, seolah-olah perjalanannya persis dengan perjalanan Nabi s.a.w. Beliau bersabda: "Selamat datang, wahai anakku!" Kemudian beliau suruh duduk di kanan atau di kiri beliau. Lalu beliau bisikkan suatu berita kepadanya. Lantas Fatimah menangis. Saya bertanya kepadanya: "Mengapa engkau menangis?" Kemudian beliau membisikkan lagi suatu berita kepadanya. Lalu Fatimah tertawa. Saya berkata: Belum pernah saya melihat seperti kejadian di hari ini, suka yang mendampingi duka. Saya bertanya kepadanya mengenai apa yang dibisikkan Rasulullah kepadanya. Jawab Fatimah: "Saya tiada akan membukakan rahasia )bisik( Rasulullah s.a.w." Setelah Nabi s.a.w. wafat, saya ulang menanyakan. Jawabnya: Beliau membisikkan kepada saya: Bahwa malaikat Jibril datang mengajarkan Quran selengkapnya pada saya sekali setahun. Dan dia datang kepada saya tahun ini dua kali. Saya mengira ajal saya telah dekat. Engkau di antara keluarga saya yang pertama mengikuti saya. Lantas saya )Fatimah( menangis. Beliau bersabda: "Apakah engkau tidak suka jadi ketua wanita-wanita yang mendiami surga atau ketua wanita mukmin?" Lalu saya )Fatimah( tertawa karenanya.1545, Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: Rasulullah ke luar waktu sakit yang membawanya meninggal dunia, dengan berselimut dan diikat kepalanya dengan kain yang berwarna kehitaman, terus beliau duduk di atas mimbar, lalu memuji Tuhan. Kemudian beliau bersabda: "Adapun kemudian, sesungguhnya manusia itu amat banyak. Dan sedikit Ansar )penolong agama Tuhan(, sehingga adanya mereka di tengah-tengah manusia bagai garam dalam makanan. Barangsiapa di antara kamu yang mengurus sesuatu yang merugikan satu golongan dan menguntungkan golongan lain hendaklah ia menerima kebaikan orang yang berbuat baik dan memaafkan orang yang melakukan kesalahan". Itulah majlis terakhir yang dihadiri Nabi s.a.w.1546, Dari Abdullah bin Umar r.a.: Ada orang Yahudi datang kepada Rasulullah s.a.w. Mereka ceritakan kepada beliau, bahwa seorang laki-laki dan seorang perempuan di antara mereka berzina. Rasulullah menanyakan kepada mereka: "Apakah yang kamu dapati dalam Taurat mengenai hukuman rajam?" Mereka menjawab: "Mereka kami hinakan dan kami dera". Abdullah bin Salam berkata: "Kamu bohong! Sesungguhnya dalam Taurat ada hukum rajam!" Lalu mereka membawa Kitab Taurat dan membukanya. Seorang di antara mereka meletakkan tangannya atas ayatrajam )menutupinya(. Maka dibacanya yang sebelum dan sesudahnya )yang tidak tertutup(. Kata Abdullah bin Salam: "Angkatlah tangan engkau!" Lalu diangkatnya tangannya. Kebetulan di situ ada ayat rajam )dilempari dengan batu sampai mati(. Mereka berkata: "Benar, wahai Muhammad. Di dalamnya ada ayat rajam". Maka diperintahkan oleh Rasulullah supaya dirajam, lalu keduanya dirajam. Kata Abdullah: "Saya lihat lelaki itu tersungkur di atas perempuan yang ditutupi oleh batu.1547, Dari Abdullah bin Mas'ud r.a.: katanya: Terjadi bulan belah dua di masa Rasulullah s.a.w. Beliau bersabda: "Saksikanlah olehmu."1548, Dari Anas bin Malik r.a.: Penduduk Mekkah meminta kepada Rasulullah s.a.w. supaya diperlihatkan kepada mereka mu'jizat Tuhan. Lalu diperlihatkan kepada mereka bulan belah dua. 1549, Dari Mu'awiah r.a., katanya: Saya mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Di antara umat ku selalu ada golongan yang menegakkan perintah Tuhan. Orang yang menghina dan menentang mereka tiada lagi membahayakan mereka, sampai perintah Tuhan datang, sedang mereka tetap dalam keadaan yang demikian".1550, Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. memasuki Khaibar pagi hari. Waktu itu mereka keluar ke lapangan. Setelah mereka melihat beliau, mereka berkata: "Muhammad dan tentara!" Lalu mereka segera menempati benteng mereka. Nabi s.a.w. mengangkat kedua belah tangannya dan berdo'a: "Allahu Akbar! Hancurlah Khaibar! Bila kami duduki lapangan suatu kaum, maka amat buruk pagi hari orang yang diberi peringatan )tetapi tidak menurut(".1551, Dari Anas r.a.: Ada seorang laki-laki menanyakan kepada Nabi s.a.w. mengenai kiamat. Katanya: "Bilakah hari kiamat?" Beliau bersabda: "Apakah yang telah engkau siapkan untuk hari itu?" Katanya: "Tiada suatu pun selain mencintai Allah dan RasulNya". Beliau bersabda: " Engkau akan bersama orang yang engkau cintai!" Kata Anas: Belum pernah kami gembira seperti kegembiraan kami karena mendengar sabda Nabi s.a.w.: " Engkau akan bersama orang yang engkau cintai!" Kata Anas: "Saya mencintai Nabi, Abu Bakar, dan Umar dan saya mengharapkan kiranya saya bersama mereka karena mencintai mereka, sekalipun saya belum beramal serupa amal mereka".1552, Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ketika saya sedang tidur, saya melihat )memimpikan( orang banyak datang kepada saya, sedang mereka memakai baju. Ada bajunya yang sampai ke susu dan ada yang tidak sampai. Dan Umar datang kepada saya, dia memakai baju dalam yang dihelanya". Orang bertanya: "Apakah pengertiannya ya Rasulullah?" Jawab beliau: "Agama!".1553, Dari Abu Hurairah r.a., bahwa dia ketika sama dengan Nabi, pernah membawa tempat air untuk berwuduk dan keperluan lain. Pada suatu ketika, Abu Hurairah mengikut beliau. Beliau bertanya: "Siapakah ini?" Jawabnya: "Saya Abu Hurairah". Beliau bersabda: "Carikan saya beberapa buah batu untuk bersuci! Jangan dibawa kepada saya tulang dan tahi binatang!" Lalu saya bawa batu itu dengan pinggir baju saya, lalu saya letakkan di dekat beliau. Kemudian saya pergi. Setelah beliau selesai bersuci, saya datang kepada beliau, sambil bertanya: "Ada apa dengan tulang dan tahi binatang?" Jawab beliau: "Keduanya termasuk makanan jin. Sesungguhnya telah datang kepada saya utusan jin dari negeri Nasibin dan itulah jin yang amat baik. Lalu mereka meminta perbekalan pada saya. Saya berdoa kepada Allah untuk mereka, di mana mereka menemui tulang dan tahi binatang, di situ mereka mendapat makanan".1554 Dari Jabir bin Abdullah r.a.: Dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ketika orang Qureisy mendustakan saya, berdirilah saya di Hijr )dekat Ka'bah(. Tuhan menggambarkan Baitul Makdis kepada saya. Maka dapatlah saya menceritakan kepada mereka tanda-tandanya )keadaan Baitul Makdis(, sedang saya tetap memandangnya".1555, Dari Ubadah bin Shamit r.a., dia menceritakan bahwa Rasulullah bersabda( sedang beliau dikelilingi oleh sekumpulan sahabat-sahabat beliau. Sabda beliau: "Marilah kamu mengadakan perjanjian dengan saya, bahwa kamu tidak akan mempersekutukan Tuhan dengan sesuatu apapun. Kamu tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak membunuh anak-anak kamu, tidak melakukan kebohongan )kepalsuan( yang kamu ada-adakan antara tangan dan kaki kamu )melakukan kejahatan(, dan tidak akan mendurhakai saya dalam amal kebaikan. Barangsiapa di antara kamu yang menepati janjinya, maka upahnya dari Tuhan. Siapa yang terlanjur melakukan sesuatu di antaranya, lalu ia disiksa di dunia ini, itu menjadi kifarat )menghapuskan dosanya(. Siapa yang terlanjur melakukan sesuatu di antara yang demikian dan Tuhan menutupinya )tidak diketahui orang(, urusannya terserah kepada Tuhan. Jika Tuhan menghendaki disiksaNya, dan jika Tuban menghendaki dima'afkanNya" Kata Ubadab: "Lalu kami mengadakan perjanjian dengan beliau berkenaan dengan yang demikian itu".1556, Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Rasulullah diutus setelah berusia empat puluh tabun. Beliau tetap di Mekkah tiga belas tahun, diturunkan wahyu kepada beliau. Kemudian beliau diperintahkan pindah. Beliau hijrah ke Medinah selama sepuluh tabun. Dan beliau wafat dalamusia enam puluh tiga tahun.1557, Dari Hisyam r.a., katanya: Siti Khadijah wafat tiga tahun sebelum Nabi s.a.w. pindah ke Madinah. Beliau tidak kahwin selama dua tahun kurang. Dan beliau mengahwini Siti Aisyah ketika dia berusia enam tahun. Kemudian beliau serumah dengan dia setelah Aisyah berusia sembilan tahun.558, Dari Aisyah r.a.: Abu Bakar datang kepadanya sedang Nabi s.a.w. di dekatnya pada hari raya Fitri atau Adha. Dan di dekat Aisyah ada dua orang biduanita yang menyanyikan lagu orang Anshar di hari Bu'ats )hari atau tempat yang dirayakan sebelum Islam(. Abu Bakar berkata: "Bunyi-bunyian syaitan". Dikatakannya dua kali. Sabda Nabi: "Biarkanlah keduanya )keduanya melagu dan memetik gitar( hai Abu Bakar! Tiap-tiap kaum ada hari rayanya. Dan hari raya kita hari ini".1559, Dari Salman r.a., katanya: Zaman fitrah )tidak ada Rasul( antara Nabi Isa dan Nabi Muhammad s.a.w. enam ratus tahun.1560, Dari Abu Ishak r.a.: Saya sedang berada di samping Zaid bin Arqam. Ada orang bertanya kepadanya: "Berapa kali Nabi s.a.w. turut berperang dari seluruh peperangan?" Jawabnya: "Sembilan belas kali".Berapa kali engkau turut berperang bersama beliau?" Jawabnya: "Tujuh belas kali". Saya bertanya: "Peperangan manakah yang mula-mula?" Jawabnya: "Ghusairah atau 'Usairah". 1561, Dari Sa'ad bin Mu'az r.a., dia mengatakan bahwa dia teman Umaiyah bin Khalaf. Umaiyah bila berkunjung ke Medinah dia tinggal di tempat Saad. Begitupun Saad apabila berkunjung ke Mekkah, dia tinggal di tempat Umaiyah. Setelah Rasulullah s.a.w. datang ke Medinah, Saad berangkat untuk mengerjakan umrah, lalu dia tinggal di tempat Umaiyah di Mekkah. Dia berkata kepada Umaiyah:

89

"Nantilah suatu saat yang sunyi sepi, mudah-mudahan saya dapat tawaf di Bait )Kabah(". Lalu Umaiyah pergi dengan dia hampir tengah hari. Maka bertemulah keduanya dengan Abu Jahil. Kata Abu Jahil: "Wahai Abu Safwan, )Umaiyah(! Siapa yang bersama engkau ini?" Jawabnya: "Ini Saad!" Kata Abu Jahil kepada Saad: "Saya lihat kamu mengerjakan tawaf di Mekkah. Kamu telah keluar dari suatu agama dan masuk ke dalam agama lain )Islam( dan kamu menyatakan akan menolong dan membantu mereka. Demi Allah, jikalau tidaklah engkau bersama Abu Safwan, engkau tidak akan kembali kepada keluarga engkau dalam keadaan selamat". Saad menjawab dengan suara keras: "Demi Allah! Jika engkau halangi saya untuk ini, nanti engkau akan saya halangi dari apa yang lebih perlu untuk engkau, iaitu perjalanan engkau melalui Medinah". Umaiyah berkata: "Janganlah engkau keraskan suara, terhadap Abu Hakim )Abu Jahil( itu. Dia penghulu )orang besar( ahlul wadi )Mekkah(" Kata Saad: "Tidak apa, hai Umaiyah! Demi Allah, sesungguhnya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda bahwa mereka akan membunuh engkau": Tanya Umaiyah: "Di Mekkah?" Jawab Saad: "Saya tidak tahu!" Maka Umaiyah amat cemas dan ketakutan mendengar hal yang demikian, Ketika Umaiyah kembali kepada keluarganya, ia berkata: "Hai Ummu Safwan! Tahukah engkau, apakah yang dikatakan Saad kepadaku?" Tanya Ummi Safwan "Apa katanya?" Jawab Umaiyah: "Dia mengatakan, bahwa Muhammad menceritakan kepada orang banyak bahwa Abu Jahil akan membunuh saya". Saya bertanya kepadanya: "Di Mekkah?" Jawabnya: "Saya tidak tahu!" Umaiyah berkata: "Demi Allah, saya tidak akan ke luar dari Mekkah". Ketika kejadian peperangan Badr, Abu Jahil menyuruh orang banyak pergi perang, Katanya: "Siapkanlah unta kendaraan kamu!" Umaiyah tidak ingin ke luar Mekkah. Maka datanglah Abu Jahil kepadanya, lalu berkata: "Wahai Abu Safwan! Bila engkau dilihat orang tidak turut ke luar )pergi perang( sedangkan engkau seorang pemimpin Mekkah, tentulah mereka akan turut tinggal bersama engkau". Dan Abu Jahil sentiasa mendesaknya, akhirnya Umaiyah berkata: "Kalau engkau paksa saya, demi Allah, saya akan beli unta yang amat baik di Mekkah" Kemudian Umaiyah berkata: "Wahai Ummi Safwan! Siapkanlah persediaan saya!" Kata Ummi Safwan kepadanya: "Wahai Abu Safwan! Tuan melupakan apa yang dikatakan saudara tuan orang Yatsrib kepada Tuan?". Kata Umaiyah: "Bukan! Saya hanya sebentar saja berangkat bersama mereka". Setelah Umaiyah ke luar biasanya apabila berhenti di suatu tempat terus ditambatkannya untanya, sentiasa dia berbuat begitu sampai ia terbunuh dalam peperangan Badr.1562, Dari Miqdad bin Amr Al Kindi r.a., dia bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Bagaimana pendapat tuan jika saya menemui seorang di antara orang-orang kafir, lalu kami bertempur! Lalu dipukulnya salah satu tangan saya dengan pedang sampai putus. Kemudian dia bersembunyi dari saya pada sebatang pohon, lalu dia berkata: "Saya Islam karena Allah". Bolehkah saya membunuhnya, wahai Rasulullah, sesudah dia mengucapkan yang demikian itu!" Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau bunuh dia!" Kata Miqdad: "Wahai Rasulullah! Dia mengucapkan yang demikian sesudah salah satu tangan saya dipotongnya". Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah engkau bunuh! Jika engkau bunuh, maka keadaannya sama dengan keadaan engkau sebelumnya )Islam( dan keadaan engkau sama dengan dia sebelum dia mengucapkan kalimat yang diucapkannya itu )kafir(".1563, Dari Zaid bin Khalid r.a., katanya: Kami berangkat bersama Rasulullah s.a.w. pada tahun peperangan Hudaibiyah. Kami kehujanan pada suatu malam. Rasulullah sembahyang Subuh bersama kami, kemudian beliau menghadapi kami lalu bersabda: "Tahukah kamu apakah yang difirmankan Tuhan kamu?" Kami menjawab: "Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui!" Beliau bersabda: Tuhan berfirman: "Di pagi hari ada di antara hambaKu yang beriman dan yang kafir dengan Aku. Barangsiapa yang turunberkata: Kami dihujani dengan rahmat Tuhan, rezeki Tuhan dan dengan kurnia Tuhan, maka dia beriman dengan Aku dan kafir terhadap bintang-bintang. Adapun orang yang berkata: Kami dihujani karena bintang itu, maka dia beriman kepada bintang dan kafir kepadaKu".1564, Dari Bara', r.a. katanya: Kamu memandang kemenangan itu waktu menaklukkan Mekkah. Memang menaklukkan Mekkah itu suatu kemenangan. Kami memandang kemenangan itu ialah bi'at Ridwan pada hari peperangan Hudaibiyah. Kami bersama Nabi s.a.w. seribu empat ratus orang. Hudaibiyah itu suatu kolam, lalu kami ambil airnya dan tidak kami tinggalkan setetes pun di dalamnya. Maka sampailah berita demikian pada Nabi s.a.w., lalu beliau datang ke kolam itu, terus beliau duduk di pinggirnya. Dan beliau meminta satu bejana air, lalu beliau berwuduk dan berkumur-kumur sambil memohonkan do'a. Lalu beliau curahkan air itu ke dalam kolam tadi. Kemudian dalam kolam itu memancar air yang dipenuhi berapa saja keperluan kami dan binatang kendaraan kami. 1565, Dari Abdullah bin Abu Aufa r.a., katanya: Ketika datang rombongan memberikan sedekah, Nabi s.a.w. bersabda: "Wahai Tuhan! Beri rahmatlah mereka!" Maka datanglah kepada beliau bapa Abdullah memberikan sedekahnya. Lalu beliau berdo'a: "Wahai Tuhan! Beri rahmatlah atas keluarga Abu Aufa!"1566, Dari Salamah bin Akwa' r.a. katanya: "Pernah kami sembahyang Jum'at bersama Nabi s.a.w. Setelah kami kembali )pulang( belum ada bayang-bayang tembok untuk kami berteduh".1567, Dari Tariq bin Syihab r.a.: Beberapa orang Yahudi berkata: "Kalau sekiranya ayat ini diturunkan kepada kami, tentu kami jadikan hari itu suatu hari raya". Umar bertanya: "Apakah ayat itu?" Jawab mereka: "Hari ini Aku sempurnakan bagi kamu agamamu, dan Aku cukupkan untuk kamu nikmatKu. dan Aku senang Islam menjadi agamamu". )Al Maidah, 3( Kata Umar: "Saya tahu di tempat mana ayat itu turun. Ayat itu turun ketika Rasulullah s.a.w. sedang wuquf di Arafah "1568, Dari Ibnu Abbas r.a., dikhabarkannya bahwa Rasulullah s.a.w. mengirim surat kepada Kisra )Raja Persi( yang diantarkan oleh Abdullah bin Huzaifah As Sahmi. Dan beliau menyuruh supaya diberikan surat itu kepada pembesar Bahrain. Pembesar Bahrain itulah yang akan memberikannya kepada Kisra. Setelah Kisra membacanya dikoyak-koyaknya. Maka Rasulullah mendoakan agar mereka dikoyak-koyak sampai hancur.1569, Dari Abu Bakrah r.a., katanya: Ketika sampai kabar kepada Rasulullah s.a.w. bahwa penduduk Persi telah mengangkat anak perempuan Kisra menjadi Raja mereka. Lalu beliau bersabda: "Tidaklah beruntung satu kaum yang mengangkat seorang perempuan untuk urusan pemerintahan mereka". 1570, Dari Aisyah r.a.: Nabi s.a.w. bersabda waktu sakit hendak meninggal: "Hai Aisyah! Saya sentiasa merasa pedih makanan )racun( yang saya makan di Khaibar. Itulah waktunya saya merasa tali jantung saya putus karena racun itu".1571, Dari Ummu Fadal binti Haris r.a., katanya: "Saya dengar Nabi s.a.w. membaca dalam sembahyang Maghrib ayat Al Mursalati'urfan. Kemudian beliau tidak pernah sembahyang dengan kami sampai beliau diwafatkan Tuhan".1572, Dari Aisyah r.a., katanya: Apabila Rasulullah s.a.w merasa sakit, beliau hembuskan atas diri beliau ayat Ma'awwizat )Qul a'uzu birabbil falaq dan Qul a'uzu birabbin nas( dan beliau sapu badannya dengan tangan beliau. Ketika beliau sakit meninggal, saya hembuskan atas diri beliau Ma'awwizat yang pernah beliau hembuskan itu dan saya sapukan badannya dengan tangan beliau sendiri".1573, Dari Aisyah r.a.:Saya mendengarkan sabda Nabi s.a.w. dengan penuh perhatian sebelum beliau wafat, sedang beliau menyandarkan punggungnya kepada saya. Beliau mendo'a: "Wahai Tuhan! Ampunilah saya! Kasihanilah saya dan hubungkan saya dengan teman yang maha tinggi".1574, Dari Aisyah r.a., katanya: Di antara nikmat Allah kepada saya, Rasulullah s.a:w. wafat di rumah saya, di hari giliran saya, antara dada dan leher saya )bersandar kepadanya(. Dan Tuhan mempercampurkan air liur saya dengan air liur beliau karena sugi waktu beliau akan wafat. Abdur Rahman datang ke rumah saya, di tangannya ada sugi )pembersih gigi( sedang Rasulullah s.a.w. bersandar kepada saya. Saya lihat beliau memandang kepadanya. Saya ketahui bahwa beliau ingin bersugi. Saya tanyakan: "Akan saya pakaikan sugi itu untuk tuan?" Lalu beliau isyaratkan dengan kepala beliau )mengatakan setuju(. Lalu saya berikan kepada beliau dan terasa keras oleh beliau. Lalu saya berkata: "Akan saya lunakkankah untuk tuan?" Beliau isyaratkan dengan kepala )tanda setuju(. Lalu saya lunakkan dengan gigi. Dan di hadapan beliau ada bejana kecil atau bejana besar yang berisi air. Lalu beliau masukkan kedua tangan beliau ke dalam air itu dan beliau sapukan ke muka beliau sambil bersabda: "Tiada Tuhan selain Allah! Sesungguhnya bagi kematian itu ada sakaratul maut". Lalu beliau mengangkat tangannya sambil mengucapkan: "Teman Yang Maha Tinggi". Lalu beliau wafat dan rebahlah tangan beliau.1575, Dari Abu Sa'ad bin Mu'alla r.a., katanya: Ketika saya sedang sembahyang dalam mesjid, Rasulullah s.a.w. memanggil saya. Tetapi tiada saya sahuti. Kemudian saya berkata: "Wahai Rasulullah, Rasulullah! Saya tadi sedang sembahyang. Beliau bersabda: "Bukankah Tuhan berfirman: "Sahutlah AIlah dan Rasul apabila dia memanggil kamu!" Kemudian beliau mengatakan kepada saya: "Nanti kuajarkan kepada engkau suatu surat yang amat besar dalam AI Quran sebelum engkau keluar dari mesjid". Kemudian beliau memegang tangan saya. Setelah beliau hendak ke luar saya mengatakan kepada beliau:"Bukankah tuan menjanjikan akan mengajarkan kepada saya suatu surat yang amat besar dalam Quran?" Beliau bersabda: "Surat itu ialah: Alhamdulillahi Rabbil'alamin. Itulah sab'ul matsani )tujuh

90

ayat yang diulang-ulang( dan Quran besar yang diberikan kepada saya".1576, Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila Imam membaca "Ghairil maghdhubi 'alaihim waladh dhallin", bacalah: "Amin!" Siapa yang bertepatan bacaannya dengan bacaan malaikat, diampuni kesalahannya yang telah lalu". 1577, Dari Anas r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Orang mukmin berkumpul pada hari kiamat, lalu mereka berkata: "Mintalah pertolongan kepada Tuhan kita!" Mereka datang kepada Nabi Adam, lalu berkata: "Tuan bapa manusia dan Allah menjadikan tuan dengan tanganNya, disuruh sujud malaikat kepada tuan dan diajarkanNya kepada tuan nama-nama segala sesuatu. Sebab itu, mintalah pertolongan untuk kami dari sisi Tuhan, sehingga disenangkanNya kami dari temkami ini". Adam berkata: "Saya tidak sanggup )pantas( untuk itu. Disebutnya kesalahannya dan dia merasa malu. "Pergilah kamu kepada Nabi Nuh! Dia Rasul pertama yang diutus Tuhan kepada penduduk bumi! Lalu mereka datang kepadanya. Kata Nabi Nuh: "Saya tidak sanggup )pantas( untuk itu". Dan disebutnya permintaannya kepada Tuhan mengenai apa yang tiada diketahuinya dan dia merasa malu. Seterusnya dia berkata: "Pergilah kamu kepada Nabi Ibrahim!" Lalu mereka datang kepadanya. Dia berkata: "Saya tiada sanggup )pantas( untuk itu. Pergilah kamu kepada Nabi Musa, seorang hamba yang berkata-kata dengan Tuhan dan diturunkan Taurat kepadanya". Lalu mereka datang kepadanya. Musa berkata: "Saya tiada sanggup )pantas( untuk itu" Dan disebutnya ia pernah membunuh orang, bukan karena pembalasan dan dia merasa malu terhadap Tuhan. Katanya: "Pergilah kamu kepada Isa, hamba Allah, RasulNya, kalimat Allah dan ruhNya." Isa juga berkata: "Saya tiada sanggup )pantas( untuk itu pergilah kamu kepada Muhammad s.a.w., seorang hamba Allah yang diampuni Tuhan kesalahannya yang lalu dan yang akan datang!" Mereka datang kepada saya )Muhammad(. Lalu saya berjanji sehingga saya meminta kepada Tuhan, lalu diberi izin. Ketika saya melihat Tuhan, saya jatuh tersungkur )sujud(, dibiarkanNya saya seberapa lamanya dikehendaki Tuhan. Kemudian dikatakan kepada ku. "Angkatlah kepala engkau dan mintalah, nescaya akan diberi! Berkatalah, nescaya akan didengar. Memohonlah supaya boleh memintakan pertolongan untuk orang lain, nanti akan diterima". Dan saya angkat kepala saya dan saya puji Tuhan dengan pujian yang diajarkanNya kepada saya. Kemudian saya memintakan pertolongan. Diberikan sejumlah tertentu yang akan dimasukkan ke dalam surga. saya kembali memohon kepadaNya. Ketika itu saya melihat Tuhan serupa tadi. Lalu saya memintakan pertolongan. Lalu diberikan sejumlah tertentu yang akan dimasukkan ke dalam surga. Kemudian saya kembali sampai yang keempat kali, lalu saya berkata: "Tiadalah tinggal dalam neraka kecuali orang yang dipenjarakan Quran dan mesti kekal di dalamnya".1578, Dari Ibnu Abbas r.a, dari Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Anak Adam telah mendustakan Aku, pada hal ia tidak berhak melakukan itu. Adapun ia mendustakan Aku, ia menganggap bahwa Aku tidak Kuasa mengembalikannya sebagaimana semula. Ia mencaci Aku dengan mengatakan, bahwa Aku mempunyai anak. Mahasuci Aku untuk mengambil seorang teman perempuan atau seorang anak".1579, Dari Abu Sa'id Al Khudri ra., Rasulullah bersabda: Nabi Nuh dipanggil pada hari kiamat. Beliau menjawab: "Ya, Tuhan!" Tuhan berfirman: "Sudahkah engkau sampaikan ajaran agama?" Beliau menjawab: "Ya, sudah". Lalu ditanyakan kepada umatnya: "Adakah Nuh menyampaikan kepada kamu?" Mereka menjawab: "Tiada datang kepada kami orang yang menyampaikan peringatan". Ditanyakan kepada Nuh: "Siapakah yang jadi saksi engkau?" Nuh menjawab: "'Nabi Muhammad dan umatnya". Lalu mereka )umat Muhammad( menjadi saksi, bahwa sesungguhnya Nuh telah menyampaikan, dan Rasulullah jadi saksi terhadap kamu )umat(. Hal itu disebutkan dalam firman Tuhan: "Dan begitulah Kami jadikan kamu umat pertengahan )adil( supaya kamu menjadi saksi terhadap manusia dan Rasulullah menjadi saksi terhadap kamu". )Surat Al Baqarah, 143(1580, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebelum terjadi kiamat, matahari terbit dari tempat terbenamnya )barat(. Ketika manusia melihatnya, berimanlah orang-orang yang di atas bumi. Ketika itu tiadalah berguna keimanan seseorang yang tiada pernah beriman sebelumnya". 1581, Dari Samurah bin Jundub, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda kepada kami: Tadi malam ada dua orang datang kepada saya, lalu mereka membawa saya bepergian. Akhirnya kami sampai ke suatu kota yang dibangun dari batu bata emas perak. Di sana kami bertemu dengan orang yang sebahagian tubuhnya indah sekali, seindah apa yang dapat dipandang mata, sedangkan bahagian tubuh yang lain buruk sekali, seburuk apa yang dapat dipandang mata. Kedua orang yang menemani saya tadi berkata kepada orang-orang itu: "Ceburkanlah diri mu ke dalam sungai!" Lalu mereka menceburkan diri. Setelah itu mereka kembali kepada kami dengan tubuh yang bersih dari segala kejelekan dan berada dalam keadaan seindah mungkin. Kedua orang itu berkata kepada saya: "Inilah syurga 'Adn, dan yang di sana itu rumahmu". Kedua orang itu berkata lagi: "Orang-orang yang sebahagian tubuhnya indah dan sebagian lagi jelek adalah orang yang mencampur baurkan antara amal yang baik dan amal yang buruk. Mereka telah memperoleh kemaafan oleh Allah. 1582, Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Ada tiga orang laki-laki datang berkunjung ke rumah isteri-isteri Nabi saw. bertanya tentang ibadat beliau. Setelah diterangkan kepada mereka, kelihatan bahwa mereka menganggap bahwa apa yang dilakukan Nabi itu terlalu sedikit. Mereka berkata: "Kita tidak dapat disamakan dengan Nabi. Semua dosa beliau yang telah lalu dan yang akan datang telah diampuni Allah." Salah seorang dari mereka berkata: "Untuk saya, saya akan selalu sembahyang sepanjang malam selama-lamanya." Orang kedua berkata: "Saya akan berpuasa setiap hari, tidak pernah berbuka." Orang ketiga berkata: "Saya tidak akan pernah mendekati wanita. Saya tidak akan kawin selama-lamanya." Setelah itu Rasulullah saw. datang. Beliau berkata: "Kamukah orangnya yang berkata begini dan begitu? Demi Allah! Saya lebih takut dan lebih bertaqwa kepada Tuhan dibandingkan dengan kamu. Tetapi saya berpuasa dan berbuka. Saya sembahyang dan tidur, dan saya kawin. Barangsiapa yang tidak mahu mengikuti sunnah ku, tidak termasuk ke dalam golongan ku."1583, Dari 'Abdullah r.a., katanya: "Di zaman Rasulullah saw., kami adalah pemuda-pemuda yang tidak memiliki apa-apa. Rasulullah saw. berkata kepada kami: "Hai para pemuda! Siapa yang mampu berumah-tanga, kawinlah! Perkawinan itu melindungi pandangan mata dan memelihara kehormatan. Tetapi siapa yang tidak sangup kahwin, berpuasalah, karena puasa itu merupakan tameng baginya."1584, Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya: Pernah kami pergi berperang bersama Rasulullah saw., sedangkan kami tidak membawa isteri. Kami bertanya kepada beliau, apakah boleh kami dikebiri. Beliau melarang kami melakukan hal itu. 1585, Dari 'Urwah r.a., Nabi saw. meminang 'Aisyah kepada Abu Bakar. Lalu Abu Bakar berkata kepadanya: "Saya ini adalah saudara mu." Nabi menjawab: " Engkau adalah saudara ku dalam agama Allah dan Kitab-Nya. Sedangkan Aisyah boleh saya kahwini."1586, Dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah saw. bersabda: "Wanita yang terbaik adalah yang pandai mengendarai unta. Wanita Quraisy yang terbaik adalah yang paling kasih-sayang kepada anak-anak kecil, serta paling pandai menjaga harta-benda suaminya."1587, Dari Sahl bin Sa'd as-Sa'idi r.a., katanya: Ada seorang wanita datang kepada Rasulullah saw. dengan berkata: "Ya Rasulullah! Saya datang untuk menyerahkan diri kepada tuan )untuk dijadikan isteri(." Rasul memandang wanita itu dengan teliti lalu beliau menekurkan kepala. Ketika wanita itu menyedari bahwa Rasul tidak tertarik kepadanya, maka ia pun duduklah. Lalu salah seorang sahabat beliau berdiri dan berkata: "Ya Rasulullah! Seandainya tuan tidak membutuhkannya, kahwinkanlah dia dengan saya." Rasul bertanya: "Adakah engkau mempunyai sesuatu?" Jawab orang itu: "Demi Allah, tidak ada apa-apa, ya Rasulullah." Rasul berkata: "Pergilah kepada sanak keluargamu! Mudah-mudahan engkau memperoleh apa-apa." Lalu orang itu pergi. Setelah kembali, ia berkata: "Demi Allah, tidak ada apa-apa." Rasul berkata: "Carilah walaupun sebuah cincin besi!" Orang itu pergi, kemudian kembali pula. la berkata: "Demi Allah, ya Rasulullah, cincin besi pun tidak ada. Tetapi saya ada mempunyai sarung yang saya pakai ini. )Menurut Saad, ia tidak mempunyai kain lain selain dari yang dipakainya itu(. Wanita itu boleh mengambil sebahagian dari padanya." Rasul berkata: "Apa yang dapat engkau lakukan dengan sarungmu itu. Kalau engkau pakai, tentu ia tidak berpakaian, dan kalau ia yang memakainya, engkau tidak berpakaian." Lalu orang itu pun duduklah. Lama ia termenung. Kemudian ia pergi. Ketika Rasul melihatnya pergi, beliau menyuruh agar orang itu dipanggil kembali. Setelah ia datang, beliau bertanya: "Adakah engkau menghafal Qur'an?" Orang itu menjawab: "Saya hafal surah ini dan surah itu." Ia lalu menyebutkan nama beberapa surah dalam Al Quran. Rasul bertanya lagi: "Kamu dapat membacanya di luar kepala?" "Ya," jawab orang itu. "Pergilah, engkau saya kahwinkan dengan wanita ini dengan Al Quran yang engkau hafal itu."1588, Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. bersabda: "Wanita dikahwini karena empat hal: karena harta-bendanya, karena status sosialnya, karena keindahan wajahnya, dan karena ketaatannya kepada agama. Pilihlah wanita yang taat kepada agama, maka kamu akan berbahagia."1589, Dari Sahl r.a., katanya: Ada seorang laki-laki liwat di depan Rasulullah saw. Rasul bertanya kepada para sahabat beliau: "Bagaimanakah pendapatmu tentang laki-laki ini?" Mereka menjawab: "Orang ini kalau ia meminang, pinangannya

91

hendaknya diterima. Kalau ia minta tolong, harus ditolong. Kalau ia berbicara, harus didengar". Rasul diam saja mendengar jawaban itu. Setelah itu liwat pula di depan Rasul salah seorang laki-laki Islam yang miskin. Rasul bertanya lagi: "Bagaimana pendapatmu tentang orang ini?" Mereka menjawab: "Orang ini, kalau ia meminang jangan diterima, kalau ia minta tolong jangan ditolong, kalau ia berbicara jangan didengar." Lalu Rasulullah saw. berkata: "Orang ini lebih baik dari sepenuh bumi orang seperti tadi."1590, Dari Abdullah bin 'Umar r.a., Rasulullah saw. bersabda: "Wanita, rumah dan kuda, ada segi-seginya yang tidak baik."1591, Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. bersabda: "Wanita jangan dimadu dengan saudara ibunya atau dengan saudara bapaknya."1592, Dari 'Aisyah r.a., katanya: Rasulullah saw. berkata kepada saya: "Saya melihat engkau dalam mimpi, dibawa oleh malaikat kepada saya dalam sebuah kerudung kain sutera. Malaikat itu berkata kepada saya: Inilah isterimu! Setelah kain tutup mukanya saya buka, rupanya engkau." Saya berkata: "Kalau hal ini datangnya dari Allah, tentulah akan dilaksanakan-Nya."1593, Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. berkata: "Seorang wanita janda, tidak boleh dikahwinkan tanpa bermesyuarat terlebih dahulu dengannya. Seorang gadis perawan, tidak boleh dikahwinkan sebelum minta izin kepadanya." Orang bertanya: "Bagaimana izin wanita gadis itu?" Rasul menjawab: "Kalau ia diam saja."1594, Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Ya Rasulullah! Gadis perawan itu biasanya pemalu." Rasul menjawab: "Tanda sukanya adalah diamnya."1595, Dari Khansa' binti Khizam, orang Ansar r.a., ia menceritakan bahwa bapaknya mengahwinkannya )tanpa izinnya(, sedangkan ia adalah seorang janda. Ia tidak suka dengan keadaan itu. Ia datang kepada Rasulullah saw. Rasul membatalkan perkahwinan itu.1596, Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: Rasulullah saw. melarang orang menawar barang yang sedang ditawar orang lain, atau meminang wanita yang sedang dipinang saudaranya sampai orang yang meminang pertama pergi atau memberi izin kepadanya.1597, Dari Anas bin Malik r.a., 'Abdurrahman bin 'Auf datang kepada Rasulullah saw. dengan tanda yang pucat. Rasul bertanya kepadanya, lalu ia menceritakan bahwa ia telah kawin dengan seorang wanita Ansar. Rasul berkata: "Berapa engkau berikan mas kawinnya?" Ia menjawab: "Emas sebesar biji korma." Rasulullah saw. bersabda: "Adakanlah pesta perkawinan, walaupun dengan seekor kambing saja."1598, Dari 'Urwah r.a., Nabi saw. kawin dengan 'Aisyah, ketika 'Aisyah berumur enam tahun, baru mulai serumah dengannya ketika ia berumur delapan tahun, dan mereka berumah-tangga selama sembilan tahun.1599, Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Kalau salah seorang kamu sebelum bersetubuh dengan isterinya berdoa: "Dengan nama Allah! Hai Tuhan kami, jauhkanlah setan dari pada kami dan jauhkanlah setan dari anak yang Engkau kurniakan kepada kami," lalu ditakdirkan bagi suami-isteri itu atau ditetapkan bagi keduanya seorang anak, maka anak ini tidak akan dapat dirusak setan selama-lamanya."1600, Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah saw. tidak pernah mengadakan pesta perkahwinan seperti ketika perkahwinannya dengan Zainab di mana beliau berpesta dengan seekor kambing.1601, Dari Anas r.a., Rasulullah saw. memerdekakan Shafiah dan mengahwininya, dan menjadikan kemerdekaannya itu sebagai emas-kahwinnya. Rasul mengadakan pesta perkahwinan dengan menghidangkan hais, sebangsa masakan.1602, Dari Shafiah binti Syaibah r.a., Rasulullah saw. mengadakan pesta perkawinan dengan beberapa orang isterinya dengan memasak dua cupak gandum.1603, Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., Rasulullah saw. bersabda: "Kalau kamu diundang kepada suatu pesta perkawinan, maka hendaklah kamu datang."1604, Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah saw. melihat banyak wanita dan anak-anak kembali dari suatu pesta perkawinan. Lalu beliau berdiri lama-lama dengan gembira, seraya berkata: "Hai Tuhan! Kamu ini semua adalah termasuk orang-orang yang paling saya cintai." 1605, Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. berkata: "Kalau seseorang memanggil isterinya ke tempat tidur dan ia tidak mahu datang, maka malaikat mengutuki wanita itu sampai pagi."1606, Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. bersabda: "Kalau seorang wanita tidur dengan menjauhkan diri dari suaminya, maka malaikat mengutuki wanita itu, sampai ia kembali kepada suaminya."1607, Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw, bersabda: "Wanita tidak boleh berpuasa kalau suaminya ada, kecuali dengan seizinnya. Ia tidak boleh memberi izin masuk rumah kepada orang lain tanpa izin suaminya. Kalau ia memberikan wang untuk derma tanpa izin suaminya, maka suaminya memperoleh setengah dari pahalanya." 1608, Dari 'Abdullah bin 'Amr bin 'Ash r.a. katanya: Rasulullah saw. berkata: "Benarkah apa yang diceritakan orang kepada mu bahwa engkau selalu berpuasa siang hari dan selalu sembahyang malam hari?" Saya menjawab: "Benar, ya Rasulullah!" Rasul bersabda: "Jangan berbuat begitu! Kamu berpuasa dan berbuka, sembahyang malam dan tidur. Engkau mempunyai kewajiban terhadap tubuhmu. Engkau mempunyai kewajiban terhadap matamu. Engkau juga mempunyai kewajiban terhadap isteri mu."1609, Dari Anas r.a. katanya: Telah menjadi sunnah bahwa kalau seseorang mempunyai isteri janda, lalu ia kawin dengan seorang gadis, maka ia tetap tinggal dengan isteri mudanya selama tujuh hari, setelah itu bergiliran. Kalau ia mempunyai isteri gadis, lalu ia kawin pula dengan seorang janda, maka ia tinggal selama tiga hari dengan isterinya yang baru, setelah itu bergiliran."1610, Dari Mughirah r.a., Sa'd bin 'Ubadah berkata: "Kalau saya lihat seorang laki-laki dengan isteri saya, tentu saya pukul ia dengan pedang tanpa maaf lagi," Lalu Rasulullah saw. bersabda: "Jangan heran dengan perasaan cemburu Sa'd, karena saya sendiri lebih cemburu daripadanya, dan Allah lebih cemburu daripada saya."1611, Dari Abu Hurairah r.a., "Rasulullah saw. bersabda: "Allah pencemburu. Allah cemburu )marah sekali(, kalau seorang yang beriman melakukan apa yang diharamkan Tuhan."1612, Dari Anas r.a., katanya: Saya dengar Rasulullah saw. bersabda: "Di antara tanda-tanda hari kiamat adalah diangkatnya )hilangnya( ilmu-pengetahuan, banyaknya kebodohan, banyaknya pelacur!" dan banyaknya orang minum minuman keras, sedikitnya jumlah laki-laki serta banyaknya jumlah wanita sehingga setiap lima puluh orang wanita hanya satu orang yang mengurusnya.1613, Dari lbnu Abbas r.a., dari Nabi saw. beliau bersabda: "Janganlah sekali-kali seorang laki-laki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim." Lalu ada seorang laki-Iaki berdiri dan berkata: ")Isteri saya pergi haji, sedangkan saya telah ditetapkan untuk ikut dalam peperangan ini dan peperangan itu." Rasul berkata: "Kembalilah, dan pergilah haji bersama dengan isterimu! "1614, Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: Rasulullah saw. bersabda:"Kalau kamu telah lama bepergian meninggalkan isteri, maka janganlah pulang mengetuk pintu isterinya pada malam hari." 1615, Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., ia menceraikan isterinya sedang kotoran )menstruasi( di masa Rasulullah saw., lalu 'Umar bin Khattab r.a. bertanya kepada Rasulullah saw. mengenai hal ini. Rasul berkata: "Suruhlah ia rujuk kepada isterinya. Ia harus tetap menjaga isterinya sampai suci kembali, lalu setelah itu mengeluarkan kotoran kembali, dan suci kembali. Setelah itu baru kalau ia mahu memelihara isterinya terus, boleh, dan kalau ia mahu menceraikannya, juga boleh, asal ia belum bersetubuh dengannya. Itulah masa yang tepat di mana Tuhan memperbolehkan menceraikan isteri"1616, Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Isteri Rifa'ah al-Qurazi datang kepada Rasulullah saw. Ia berkata: "Ya Rasulullah, Rifa'ah telah menceraikan saya dengan suatu perceraian yang tidak dapat rujuk kembali. Setelah itu saya kawin dengan 'Abdurrahman bin Zubir al-Qurazi, tetapi dengan dia tidak terjadi apa-apa." Rasul berkata: "Kelihatannya engkau hendak kembali kepada Rifa'ah. Tidak boleh sebelum engkau bergaul )bersenggama( dengan 'Abdurrahman."1617, Dari 'Aisyah r.a., ada seorang laki-laki yang telah menceraikan isterinya tiga kali. Isterinya kawin lagi dengan seorang lain, lalu cerai pula. Nabi saw. ditanya orang: "Bolehkah wanita itu kawin lagi dengan suaminya yang pertama?" Rasul menjawab: "Tidak boleh sebelum ia bergaul )bersetubuh( dengan suami kedua, sebagaimana ia bergaul dengan suami pertama. "1618, Dari 'Aisyah r.a., katanya: Ada seorang laki-laki menceraikan isterinya. Wanita itu kawin lagi dengan suami lain, lalu cerai lagi. Dengan suaminya yang kedua ini, ia tidak mengalami apa-apa, sehingga ia tidak pernah merasakan apa yang dikehendakinya dari suaminya itu, dan ia telah diceraikan pula. Wanita itu datang kepada Rasulullah saw. dan berkata: "Ya Rasulullah, suami saya telah menceraikan saya. Saya telah kawin pula dengan seorang suami lain. Suami itu bergaul dengan saya, tetapi tidak ada apa-apanya )tidak bersetubuh(. Ia hanya satu kali pernah mendekat kepada saya. Ia tidak sampai kepada suatu pun dengan saya. Bolehkah saya kawin lagi dengan suami pertama?" Rasulullah saw. menjawab: "Kamu tidak boleh kawin dengan suamimu yang pertama sampai kamu bergaul )bersetubuh( dengan suamimu yang kedua. " 1619, Dari Ibnu 'Abbas r.a., isteri Tsabit bin Qais datang kepada Rasulullah saw. Ia berkata: "Ya Rasulullah, Tsabit bin Qais saya tidak mencela budi-

92

pekertinya dan agamanya. Saya tidak mahu kafir dalam Islam." Rasul bertanya: "Maukah engkau mengembalikan kebunnya?" "Mau," jawabnya. Maka Rasulullah saw. berkata kepada Tsabit: "Ambillah kembali kebunmu dan ceraikanlah ia satu kali."1620, Dari 'Abdullah r.a., ada seorang laki-laki Ansar menuduh isterinya berbuat serong. Lalu kedua suami-isteri itu disumpah oleh Nabi saw., kemudian diceraikan antara keduanya.1621, Dari Miswar bin Makramah r.a., seorang wanita bernama Subai'ah al-Aslamiah melahirkan anak beberapa malam setelah suaminya meninggal dunia. Ia datang kepada Nabi saw. minta izin untuk kawin lagi. Rasul saw. memberi izin kepadanya. Ia kawin lagi.1622, Dari Ummu Habibah r.a.. katanya: "Saya mendengar Rasulullah saw.bersabda: "Seorang wanita yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, tidak diperbolehkan berkabung atas seorang yang meninggal dunia lebih dari tiga hari, kecuali atas suaminya, maka ia boleh berkabung selama empat bulan sepuluh hari."1623, Dari Abu Mas'ud aI"Ansari r.a., Rasulullah saw. bersabda: "Apabila seorang Muslim memberikan belanja kepada keluarganya semata-mata karena mematuhi Allah, maka ia mendapat pahala." 1624, Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang berusaha keras membantu janda dan orang miskin, sama ertinya dengan berjuang di jalan Allah atau selalu sembahyang sepanjang malam hari dan selalu berpuasa di siang hari." 1625, Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. bersabda: "Allah berfirman: "Hai Anak Adam, belanjakanlah harta mu di jalan kebaikan, maka Aku akan membelanjai mu!" 1626, Dari Sa'd r.a., katanya: Sewaktu saya sakit di Mekkah, Nabi saw. datang melihat saya. Saya berkata: "Saya memiliki sejumlah harta. Saya akan membuat wasiat )testament( untuk menyerahkan seluruh harta saya itu." Jawab Rasul: "Tidak boleh!" "Setengah?" kataku. "Tidak." jawab Rasul. "Apakah boleh sepertiga?" tanyaku lagi. Rasul menjawab: "Sepertiga boleh, tetapi masih terlalu banyak. Engkau lebih baik meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya, daripada kamu tinggalkan mereka dalam keadaan melarat dan menjadi beban dari orang lain. Semua pengeluaran yang kamu belanjakan adalah sedekah dan berpahala bagi mu. Bahkan sesuap nasi yang engkau berikan kepada isterimu. Mudah-mudahan janganlah Allah menjadikan engkau seorang yang berguna bagi kelompok manusia, tetapi mendatangkan malapetaka bagi kelompok lain."1627, Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. bersabda: "Sedekah yang terbaik adalah yang dilakukan oleh orang yang kaya. Mulailah memberikan sedekah dengan bersedekah kepada orang yang menjadi tanggung-jawabmu!"1628, Dari 'Aisyah r.a., Hind binti 'Utbah berkata: "Ya Rasulullah, suamiku Abu Sofyan adalah seorang yang amat kikir. Ia tidak pernah memberikan belanja yang cukup untuk saya dan anak-anak kecuali kalau saya mengambil wangnya tanpa pengetahuannya." Rasul menjawab: "Ambil sajalah secukupnya untuk engkau dengan anakmu, dengan cara yang baik dan pantas." 1629, Dari Ummu Salamah r.a., katanya: Saya berkata kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasulullah, kalau saya membelanjai anak-anak Abu Salamah dan saya tidak mahu meninggalkan mereka dalam keadaan terlantar, karena mereka adalah juga anak-anak saya, apakah saya memperoleh pahala?" Rasul menjawab: "Benar, engkau akan memperoleh pahala atas segala nafkah yang engkau belanjakan."1630, Dari Abu Musa al-'Asy'ari r.a., Rasulullah saw. bersabda: "Beri makanlah orang yang lapar, kunjungilah orang yang sakit dan bebaskanlah orang yang tertawan dan menderita."1631, Dari 'Umar bin Abu Salamah r.a., katanya: Sewaktu saya masih kecil dalam asuhan Rasulullah saw., kalau waktu makan tanpa saya bebas saja berpindah dari piring ke piring. Rasulullah saw. berkata kepada saya: "Hai anak muda, bacalah 'Bismillah', makanlah dengan mempergunakan tangan kanan dan ambillah dari piring yang berada dekatmu saja!"1632, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Makanan dua orang cukup untuk tiga orang. Makanan untuk tiga orang cukup untuk empat orang."1633, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Ada seorang laki-laki yang biasanya banyak makan. Setelah ia masuk Islam, makannya sedikit. Hal itu diceritakan orang kepada Rasulullah saw. Beliau bersabda: "Orang yang beriman makan untuk satu perut. Orang yang kafir makan untuk tujuh perut."1634, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah saw. tidak pernah mencela makanan. Kalau senang beliau makan, dan kalau tidak senang beliau biarkan saja.1635, Dari Anas bin Malik r.a., Nabi saw. bersabda: "Kalau makanan telah dihidangkan dan sembahyang telah datang waktunya, maka makanlah terlebih dahulu!"1636, Dari Abu Musa r.a., katanya: Anak saya lahir, lalu saya bawa ia kepada Nabi saw. Beliau memberinya nama Ibrahim, dan menyuapkan buah korma ke mulut anak itu, serta mendoakan semoga ia mendapat berkat dan berbahagia. Setelah itu, anak itu beliau kembalikan kepada saya.1637, Dari Salman bin 'Amir al-Dhabbi r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: Anak itu dengan 'aqiqah. Karena itu adakanlah sembelihan untuknya, dan bersihkanlah ia dari segala kotoran."1638, Dari 'Adi bin Hatim r.a., katanya: Saya bertanya kepada Rasulullah saw. tentang mi'radh )yaitu buruan yang terbunuh bukan dengan mata anak panah, tetapi mati kerana terkena gagangnya dalam bentuk melintang(. Beliau berkata: "Kalau engkau mengenai binatang buruan dengan mata anak panah, makanlah! Tetapi kalau engkau mengenainya dengan gagang anak panah, lalu binatang buruan ini mati, maka ini namanya waqiz, iaitu binatang yang mati kerana terbunuh, dan jangan dimakan." Saya bertanya: "Kalau saya melepas anjing untuk berburu?" Nabi menjawab: "Kalau engkau melepas anjingmu untuk berburu dan engkau menyebut nama Allah, maka makanlah binatang yang ditangkapnya!" Saya bertanya lagi: "Kalau anjing itu makan binatang itu?" Rasul menjawab: "Jangan engkau makan, kerana anjing itu menangkap buruan itu untuk dirinya dan bukan untuk engkau." Saya bertanya lagi: "Kalau saya melepas anjing saya untuk berburu, lalu saya dapati bersamanya ada anjing lain?" Rasul menjawab: "Jangan engkau makan binatang yang ditangkapnya, kerana engkau menyebutkan nama Allah untuk anjingmu saja. Engkau tidak menyebutkan nama Allah untuk anjing yang lain itu."1639, Dari Abu Tsa'labah al-Khusyani katanya: Saya berkata: "Hai Nabi Allah! Saya tinggal di daerah Ahlul-Kitab. Bolehkah saya makan dengan mempergunakan piring mereka? Saya tinggal di daerah perburuan, di mana saya berburu dengan mempergunakan panah, seekor anjing yang tidak terlatih untuk berburu dan seekor anjing lagi terlatih. Manakah yang lebih baik bagi saya?" Rasul berkata: "Mengenai apa yang engkau sebutkan tentang Ahlul Kitab, seandainya kamu dapat memperoleh piring lain, janganlah makan di piring Ahlul Kitab itu. Tetapi kalau tidak ada yang lain, cuci terlebih dahulu dan makanlah di sana. Binatang yang engkau bunuh dengan panah, dan engkau menyebut nama Allah, makanlah! Binatang yang diperoleh dengan anjingmu yang telah dilatih dan engkau menyebut nama Allah, makanlah! Binatang yang diperoleh oleh anjingmu yang tidak terlatih, kalau engkau masih sempat menyembelihnya, makanlah!"1640, Dari 'Adi bin Hatim r.a., dari Nabi saw., beliau bersabda: "Bila engkau melepas anjingmu dan engkau sebut nama Allah, lalu ia menangkap dan membunuh binatang buruan, makanlah binatang itu! Tetapi kalau anjing itu makan binatang itu, jangan engkau makan, karena ia menangkapnya untuk dirinya sendiri. Kalau ia kedapatan bersama anjing lain yang tidak engkau sebutkan nama Allah, lalu anjing itu menangkap dan membunuh binatang buruan, jangan engkau makan, karena engkau tidak tahu anjing mana yang membunuh. Kalau engkau memanah binatang buruan, lalu setelah sehari atau dua hari baru engkau temukan, dan hanya terdapat bekas anak panahmu saja, makanlah! Tetapi kalau jatuh ke dalam air, jangan dimakan!"1641, Dari 'Aisyah r.a., ada sejumlah orang berkata kepada Nabi saw.:Ada orang-orang yang datang kepada kami membawa daging yang kami tidak tahu apakah disebutkan nama Tuhan )pada waktu menyembelihnya( atau tidak." Rasul berkata: "Kamu sendiri yang membacakan nama Allah untuk daging itu dan setelah itu makanlah!1642, Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: Pada hari peperangan Khaibar, Nabi saw. melarang makan daging keledai, dan membolehkan makan daging kuda.1643, Dari Barra' r.a., katanya: Nabi saw. berkata: "Hal pertama yang kita lakukan pada hari ini adalah sembahyang. Kemudian kita kembali pulang dan menyembelih binatang korban. Siapa yang melakukannya, maka ia telah bertindak sesuai dengan sunnah kita. Siapa yang menyembelih sebelum sembahyang, maka sembelihannya itu hanya berupa daging yang diberikannya kepada para keluarganya, dan tidak ada hubungannya dengan ibadah pengorbanan!" Setelah itu Abu Burdah bin Niyar, yang telah menyembelih binatangnya sebelum sembahyang, berdiri dan berkata: "Saya masih mempunyai seekor kambing muda!" Rasul berkata: "Sembelihlah! tetapi untuk orang lain setelah engkau, hal itu tidak memenuhi syarat."1644, Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Nabi saw. bersabda; "Siapa yang menyembelih sebelum sembahyang ia hanya menyembelih untuk dirinya sendiri. Siapa yang menyembelih setelah sembahyang, maka pengorbanannya telah sempuma dan ia bertindak sesuai dengan sunnah kaum Muslimin."1645, Dari 'Uqbah bin 'Amir al-Juhani r.a., katanya: Nabi saw. membagi-bagikan binatang

93

kurban kepada para sahabatnya. 'Uqbah sendiri hanya memperoleh seekor kambing muda. Ia berkata: "Ya Rasulullah, saya hanya mendapat seekor kambing muda." Rasul menjawab: "Berkurbanlah dengan kambing itu!"1646, Dari 'Aisyah r.a., Nabi saw. masuk ke tempatnya di Sarif., suatu tempat sebelum sampai ke Mekkah, dan ia mendapat haid )menstruasi(. Rasul mendapati 'Aisyah menangis. Beliau bertanya: "Kenapa? Apakah engkau mendapat kotoran?" Saya menjawab: "Ya!" Rasul berkata: "Ini adalah suatu hal yang telah ditetapkan Allah atas wanita-wanita anak Adam. Laksanakanlah segala perbuatan haji, tetapi engkau jangan melakukan tawaf di Kaabah!" Setelah kami sampai di Mina, ada yang mengantarkan daging sapi kepada saya. Saya bertanya: "Apa ini?" Orang-orang menjawab: "Rasulullah saw. telah berkurban untuk para isteri beliau dengan seekor sapi." 1647, Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Nabi saw. pada Hari Raya Kurban bersabda: "Siapa yang menyembelih binatang korbannya sebelum sembahyang hendaklah mengulang kembali!" Lalu ada seorang laki-laki berdiri bertanya: "Ya, Rasulullah, hari ini orang ingin sekali akan daging. " Lalu ia menyebutkan para tetangganya. Katanya lagi: "Saya mempunyai seekor kambing muda yang lebih banyak dagingnya dibandingkan dengan dua ekor kambing lain." Rasul memberi izin kepadanya untuk menyembelih kambing muda itu. Saya tidak tahu apakah izin ini juga berlaku untuk orang lain atau tidak. Setelah itu Rasul pergi kepada dua ekor biri-biri dan menyembelihnya. Orang-orang pergi kepada sekumpulan kambing dan membagi-baginya.1648, Dari Ibnu Umar r.a., katanya: Rasulullah saw. menyembelih dan berkurban di tempat sembahyang hari raya.1649, Dari Anas bin Malik r.a., katanya: 1650, Dari 'Uqbah bin 'Amir r.a., kata.nya: Nabi saw. menyerahkan kepadanya sejumlah kambing untuk dibagi-bagikan kepada para sahabat beliau sebagai binatang kurban. Setelah dibagi-bagikan masih tinggal seekor kambing muda. Hal itu saya sebutkan kepada Rasulullah saw. Beliau berkata: "Berkurbanlah engkau dengan kambing itu!1651, Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah saw. pemah berkurban dengan dua ekor biri-biri yang amat bagus. Saya melihat beliau meletakkan telapak kaki beliau di atas rusuk binatang itu sambil menyebut nama Allah dan bertakbir, lalu beliau sembelih dengan tangan beliau sendiri.1652, Dari Salamah bin al-Akwa' r.a., katanya: Nabi saw. bersabda: "Siapa di antara kamu yang berkurban, janganlah ada yang masih tinggal dagingnya di rumahnya setelah tiga hari!" Pada tahun berikutnya, orang-orang bertanya: "Ya, Rasulullah, akan kami lakukankah sebagaimana yang telah kami lakukan tahun yang lalu?" Rasul menjawab: "Makanlah daging itu, berikanlah sebahagiannya kepada orang lain dan simpanlah sebahagiannya. Tahun yang lalu manusia dalam keadaan kesusahan, dan saya bermaksud kamu membantu mereka."1653, Dari Abu 'Ubaid r.a., ia pernah beraidul adha dengan 'Umar bin Khattab r.a. Ia sembahyang sebelum berkhutbah, lalu berpidato kepada orang ramai: "Hai manusia, Rasulullah saw. telah melarang kamu berpuasa pada dua hari raya ini. Yang pertama adalah hari raya di mana kamu berbuka setelah berpuasa. Yang kedua pada hari kamu makan daging binatang sembelihan korban mu. " Selanjutnya Abu 'Ubaid berkata: "Setelah itu saya pernah berhari raya dengan 'Uthman bin 'Affan. Hari itu adalah hari Jumaat. Ia sembahyang setelah itu berkhutbah: "Hai manusia, pada hari ini terdapat dua hari raya. Siapa dari kamu penduduk luar kota yang ingin menunggu di sini sampai sembahyang Jumaat, boleh menunggu. Siapa yang ingin pulang sekarang, saya beri izin." Abu 'Ubaid selanjutnya berkata: "Kemudian saya berhari raya dengan 'Ali bin Abi Thalib. Ia sembahyang, setelah itu berkhutbah. Dalam khutbahnya, ia berkata: "Rasulullah saw. melarang kamu makan daging korban mu setelah tiga hari."1654, Dari Abdullah bin 'Umar r.a., Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang minum minuman keras di dunia, dan ia tidak bertobat dari kesalahannya ini, maka ia tidak akan memperolehnya nanti di akhirat. "1655, Dari 'Aisyah r.a., katanya: Rasulullah saw. pernah ditanya tentang sebangsa minuman keras yang terbuat dari madu, bernama bit' Beliau berkata: "Setiap minuman yang memabukkan adalah haram )terlarang(."1656, Dari Abu Qatadah r.a., katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Kalau salah seorang dari padamu minum. janganlah menghembus dan meniup tempat minum. Kalau kamu buang air kecil, jangan memegang alat kemaluannya dengan tangan kanan. Kalau kamu membersihkan diri setelah buang air besar, jangan mempergunakan tangan kanan."1657, Dari 'Aisyah r.a., isteri Nabi saw. katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Setiap kali orang Islam mendapat malapetaka, Allah mengampuni dosanya karena malapetaka itu, bahkan yang disebabkan oleh terkena duri."1658, Dari 'Abdullah bin Mas'ud r.a. katanya: Saya masuk ke tempat Rasulullah saw. ketika beliau sedang menderita sakit. Beliau saya raba dengan tangan saya, lalu saya berkata: "Ya Rasulullah, penyakit Anda amat berat." Rasulullah saw: menjawab: "Benar, penyakit saya sama dengan penyakit dua orang di antara kamu." Saya berkata: "Demikian itu karena Anda mendapat pahala dua kali lipat." Rasul menjawab: "Benar!" Setelah itu beliau berkata: "Setiap orang Islam yang mendapat bencana penyakit dan lain-lain, . maka Tuhan menggugurkan )mengampuni( kesalahan-kesalahannya, sebagaimana pohon kayu mengugurkan daunnya."1659, Dari Ibnu 'Abbas r.a., Rasulullah saw. masuk ke tempat seseorang melihatnya sakit. Beliau setiap kali pergi melihat orang sakit selalu berkata: "Tidak apa-apa. Baik saja, insya Allah!" Lalu saya berkata: "Baik? Tidak mungkin. Penyakitnya adalah demam panas yang keras diderita oleh orang tua yang akan menyebabkannya meninggal" Nabi menjawab: "Kalau begitu, memang benar." 1660, Dari Anas bin Malik r.a., Nabi saw. berkata: "Janganlah sekali-kali salah seorang kamu mengharapkan kematian karena suatu malapetaka yang menimpanya. Kalau ia tidak dapat berbuat lain, maka hendaklah ia berdoa: "Hai Tuhan ku, hidupkanlah aku kalau seandainya kehidupan itu lebih baik bagi ku, tetapi wafatkanlah aku, seandainya kematian itu lebih baik bagiku."1661, Dari 'Aisyah r.a., Rasulullah saw. kalau pergi mengunjungi orang sakit, atau kalau orang sakit dibawa kepada beliau, maka beliau selalu berdoa: "Hai Tuhan manusia! Hilangkanlah penyakitnya dan sembuhkanlah ia! Engkaulah yang mampu menyembuhkan. Kesembuhan itu hanya karena Engkau menyembuhkan kesembuhan yang menghilangkan penyakit."1662, Dari Abu Hurairah r.a., Nabi saw. bersabda: "Bagi setiap penyakit yang diturunkan Allah, ada obatnya yang juga diturunkan-Nya." 1663, Dari Ibnu 'Abbas r.a.. dari Nabi saw.: "Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan tiga hal: berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umat ku membakar dengan besi panas itu."1664, Dari 'Aisyah r.a., Nabi saw. amat gemar pada makanan yang manismanis dan madu.1665, Dari Abu Sa'id r.a.: Ada seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw. dan berkata: "Saudara saya sakit perut." Rasul menjawab: "Beri ia madu!" Kemudian orang itu datang lagi untuk kedua kalinya. Rasul berkata lagi: "Beri ia madu!" Kemudian orang itu datang lagi untuk ketiga kalinya. Rasul berkata lagi: "Beri ia madu!" Kemudian orang itu datang lagi dan berkata: "Telah saya lakukan." Rasul menjawab: "Tuhan benar. Perut saudara mu yang bohong. Beri ia madu'" Setelah itu diberikannya lagi madu kepada saudaranya, dan sembuhlah penyakitnya.1666, Dari Ibnu 'Abbas r.a., ketika Rasulullah saw. sedang ihram, beliau berbekam di kepalanya, karena beliau menderita sakit kepala.1667, Dari 'Abdullah bin 'Amir r.a., 'Umar melakukan perjalanan ke Syam. Setelah ia sampai di Sargh, datang berita bahwa di Syam sedang berjangkit penyakit menular. Lalu 'Abdurrahman bin 'Auf menceritakan kepadanya bahwa Rasulullah saw. berkata: "Kalau kamu mendengar penyakit menular berjangkit di suatu negeri, janganlah kamu pergi ke sana. Tetapi kalau penyakit itu berjangkit di negeri di mana kamu berada, janganlah kamu ke luar dari padanya melarikan!"1668, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., beliau bersabda: "Siapa yang mati karena penyakit perut adalah mati syahid. Siapa yang mati karena penyakit kolera adalah mati syahid."1669, Dari 'Aisyah, isteri Nabi saw., ia menceritakan bahwa ia pemah bertanya kepada Rasulullah saw. tentang wabah kolera. Nabi saw. mengabarkan kepadanya bahwa penyakit itu adalah siksaan yang dijatuhkan Tuhan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Tetapi Tuhan menjadikannya rahmat bagi orang-orang yang beriman. Setiap hamba Tuhan yang menderita wabah itu dan tetap tinggal dinegerinya dengan sabar, karena ia mengetahui bahwa yang menimpanya hanyalah apa yang telah ditakdirkan Tuhan saja, maka pahala yang diterimanya sama dengan pahala orang mati syahid."1670, Dari Abu Sa'id aI-Khudri r.a., sejumlah sahabat Nabi saw. datang ke salah satu desa orang Arab dan mereka tidak diterima sebagai tamu. Ketika mereka dalam keadaan demikian, pemimpin penduduk desa itu disengat binatang. Orang desa itu bertanya: "Adakah kamu mempunyai ubat atau adakah di antara kamu yang pandai membaca mentera?" Para sahabat menjawab: "Kamu tidak mahu menerima kami sebagai tamu. Kami tidak akan mengubatinya sebelum kamu memberikan sesuatu kepada kami." Mereka lalu memberikan beberapa ekor kambing. Lalu salah

94

seorang dari mereka membaca Ummul Qur'an )al-Fatihah(, setelah itu mengumpulkan air ludahnya di mulutnya dan meludahi yang sakit itu. Orang itu lalu sembuh. Mereka menyerahkan kambing. Para sahabat berkata: "Kami tanya dahulu kepada Nabi saw., baru kami ambil." Lalu mereka pergi bertanya kepada beliau. Beliau tertawa dan berkata: "Siapa yang memberitahukan kepada mu bahawa ayat itu mentera? Ambillah kambing itu dan beri saya sebahagian!"1671, Dari Ibnu 'Abbas r.a., ada sejumlah sahabat Nabi saw berjalan melewati tempat pengambilan air, di mana terdapat orang yang disengat binatang berbisa. Lalu salah seorang dari orang-orang yang berada dekat tempat air itu datang dan berkata: "Adakah di antaramu yang pandai mengobati? Di tempat pengambilan air ada seorang laki-laki disengat binatang berbisa." Lalu salah seorang dari sahabat pergi ke sana. Ia membaca al-Fatihah dengan upah seekor kambing. Orang yang sakit itu jadi sembuh. Sahabat itu membawa kambing itu kepada teman-temannya. Mereka tidak suka dengan keadaan ini, dan berkata: " Engkau mengambil upah terhadap Kitab Allah?" Setelah mereka sampai di kota Medinah, mereka berkata: "Ya, Rasulullah! Ia ini mengambil upah atas Kitab Allah!" Rasul saw. menjawab: "Upah yang paling berhak kamu ambil adalah upah Kitab Allah."1672, Dari 'Aisyah r.a., Rasulullah saw. berdo'a untuk orang sakit: "Dengan nama Allah. Tanah bumi kami, dengan ludah sebahagian kami, sembuhkanlah penyakit kami, dengan izin Tuhan kami!"1673, Dari Abu Hurairah ra., dari Nabi saw., beliau bersabda: "Siapa yang membunuh diri dengan jalan menjatuhkan diri dari bukit, maka ia akan jatuh tergelimpang dalam neraka jahanam, kekal abadi di sana selama-lamanya. Siapa yang membunuh diri dengan meminum racun, maka racun itu akan tetap berada ditangannya dan diminumnya dalam neraka jahanam, kekal abadi di sana selama-lamanya. Siapa yang membunuh diri dengan benda tajam, benda itu akan tetap berada di tangannya dan ditusukkannya ke dalam perutnya dalam neraka jahanam, kekal abadi di sana selama-lamanya."1674, Dari Ibnu 'Umar, Rasulullah saw. bersabda: "Allah tidak akan melihat kepada orang yang berpakaian terlalu dalam sampai terseret di tanah, karena kesombongannya."1675, Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., ada seorang laki-laki berkata:"Ya Rasulullah, pakaian apakah yang dipakai orang yang ihram?" Nabi saw. menjawab: "Seseorang yang ihram tidak boleh memakai kemeja, celana, serban, topi, dan sepatu. Tetapi kalau ia tidak mempunyai sandal, maka ia boleh memakai sepatu, asal saja lebih rendah dari kedua belah mata kakinya, dan jangan memakai pakaian yang pakai wangi-wangian."1676, Dari 'Umar r.a., Nabi saw. bersabda: "Siapa yang memakai pakaian sutera di dunia, di akhirat ia tidak akan memakainya. "1677, Dari Anas r.a., katanya: Nabi saw.telah memberi izin kepada Zubair dan Abdurrahman untuk memakai sutera, karena mereka berpenyakit kudis.1678, Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. bersabda: "Janganlah ada salah seorang kamu berjalan dengan sandal sebelah saja. Buka keduanya atau pakai keduanya."1679. Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw. bersabda: "Kalau kamu memakai sandal, pasang yang kanan terlebih dahulu. Tetapi kalau membukanya, yang kiri buka dahulu. Jadi yang kanan adalah yang pertama-tama dipasang dan yang terakhir dibuka. "1680, Dan Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah saw. memakai sebuah cincin dari emas atau perak, dan dijadikannya muka cincin itu di sebelah telapak tangan beliau, di mana terukir tulisan '"Muhammad Rasulullah". Orang banyak mulai memakai cincin seperti itu pula. Setelah beliau melihat ramai memakai cincin seperti itu, beliau lalu membuang cincin itu, dan berkata: "Saya tidak akan memakainya untuk selama-lamanya." Kemudian beliau memakai sebuah cincin perak. Orang banyak juga mulai memakai cincin perak. Ibnu 'Umar berkata: Setelah Nabi saw., orang yang memakai cincin itu adalah Abu Bakar, lalu 'Umar, lalu 'Utsman, sampai cincin itu jatuh dan hilang oleh 'Utsman ke dalam sumur di Aris.1681, Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Ketika Nabi saw. bermaksud untuk mengirim surat kepada pembesar Romawi, ada orang yang berkata: "Mereka tidak akan membaca surat anda kalau tidak ada capnya." Lalu beliau memakai sebuah cincin )cap( terbuat dari perak di mana terukir "Muhammad Rasulullah". Seakan-akan terbayang di mata saya putih cincin )cap( itu di tangan beliau.1682. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: Rasulullah saw. mengutuk laki-laki yang berpakaian seperti wanita dan wanita berpakaian seperti laki-laki.1683, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah saw. berkata: "Aturan hidup yang wajar itu ada lima: berkhitan, mencukur bulu kemaluan, memotong kumis dan mencabut bulu ketiak.”1684, Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Saya mendengar Rasulullah saw. berkata: "Potonglah kumis dan panjangkanlah jenggot!"1685. Dari Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan rambutnya untuk mengulas rambut wanita lain, wanita yang mengulas rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar dikulitnya dengan tusukan dan wanita yang minta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan."1686. Dari Asma' r.a., katanya: Ada seorang wanita bertanya kepada Rasulullah saw.: "Ya Rasulullah, anak perempuanku terkena penyakit cacar, karena itu rambutnya gugur. Saya bermaksud untuk mengahwinkannya. Bolehkah saya mengulas rambutnya?" Beliau menjawab: "Allah mengutuk wanita yang mengulas dan diulas." 1687. Dari 'Aisyah r.a., ia membeli sebuah bantal yang bergambar-gambar. Nabi saw. berdiri saja di pintu, tidak mahu masuk ke dalam. Lalu 'Aisyah berkata: "Saya bertaubat kepada Allah seandainya saya salah." Nabi berkata: "Untuk apa bantal itu!" Jawab saya: "Supaya tuan duduk dan bersandar di situ." Sabda beliau: "Sesungguhnya orang yang membuat gambar semacam ini akan disiksa di hari kiamat, dikatakan kepadanya: "Hidupkanlah apa yang kamu buat itu!" Sesunguhnya malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di situ ada gambar-gambar haiwan."1688, Dari Anas r.a, katanya: Aisyah ada mempunyai sehelai kain yang bergambar-gambar, diletakkannya menjadi tabir rumahnya. Nabi saw mengatakan kepadanya: "Hilangkan kain ini dari pemandanganku, karena gambar-gambarnya sentiasa menganggu aku dalam sembahyangku."1689, Dari Abdullah r.a., katanya: Saya bertanya kepada Nabi saw. "Apakah amalan yang lebih dikasihi Allah?" Jawab beliau: "Sembahyang dalam waktunya." Tanya Abdullah: "Kemudian itu apa?" Jawab beliau: Berbuat baik )berbakti( kepada ibubapa." Tanya Abdullah: "Kemudian itu apa?" Jawab beliau: "Berjuang dijalan Allah."1690, Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Datang seorang laki-laki kepada Rasulullah saw dan bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah yang paling berhak saya pergauli dengan baik?" Jawab beliau: "Ibumu!" Tanya orang itu: "Sesudah itu siapa?" Jawab beliau: "Ibumu!" Tanya: "Kemudian itu siapa lagi?" Jawab beliau: "Ibumu". Tanya: "Siapa lagi?" Jawab beliau: "Kemudian itu bapamu."1691, Dari Abdullah bin Amru r.a. katanya: Ada seorang laki-laki berkata kepada Rasulullah saw.: "Saya pergi berjuang!" Rasul bertanya: "Ibu bapamu masih hidup?" Ia menjawab: "Masih!" Rasul berkata: "Berjuanglah menjaga kedua orang tuamu.!"1692, Dari Abdullah bin 'Amru r.a, katanya: Rasulullah saw berkata: "Termasuk dosa yang paling besar adalah kalau orang mengutuk kedua orang tuanya." Ada orang bertanya: "Ya Rasulullah, bagaimana orang mengutuk kedua ibubapanya?" Beliau menjawab: "Kalau seseorang mencaci bapa orang lain, lalu orang lain itu membalas mencaci bapanya dan mencaci ibunya."1693, Dari al-Mughirah r.a, dari Nabi saw, beliau bersabda: "Allah telah melarang keras )mengharamkan( kamu mendurhakai ibu, melarang berbuat kikir dan mengubur anak perempuan. Tuhan benci kalau kamu terlalu banyak berbicara begini begitu, terlalu banyak bertanya, serta membuang-buang harta tidak pada tempatnya." 1694, Dari Anas Malik r.a, katanya: Rasulullah saw, pernah menyebutkan dosa-dosa besar, atau pernah ditanya orang tentang hal itu. Beliau berkata: "Mempersekutukan Allah, membunuh manusia, durhaka kepada orang tua." Setelah itu beliau berkata: "Akan saya beritahukanlah kepada mu dosa besar yang paling besar?" Beliau melanjutkan: "Perkataan bohong!" Atau beliau berkata: "Kesaksian yang dusta!".1695, Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan hendaklah ia menghubungkan tali silaturrahim!".1696, Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah saw mencium Hasan bin 'Ali. Ketika itu disampingnya duduk Aqra' bin Habis. Al-Aqra' berkata: "Saya mempunyai sepuluh orang anak. Tidak seorang pun daripada mereka yang pernah saya cium. "Rasulullah saw. memandang kepadanya, kemudian berkata: "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi!".1697, Dari 'Aisyah r.a, katanya: Ada seorang Arab dusun datang kepada Nabi saw. sambil berkata: "Kamu mencium anak-anak, sedangkan kami tidak pernah mencium mereka." Lalu Nabi saw. menjawab: "Apakah daya saya, seandainya Tuhan telah mencabut rasa kasih sayang dari hatimu."1698, Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Tuhan menciptakan rasa kasih sayang itu seratus bahagian. Sembilan bahagian saja yang diturunkan-Nya ke atas dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah para makhluk saling berkasih-sayang, sehingga kuda mengangkat kakinya

95

karena takut anaknya terinjak."1699, Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Saya bertanya, "Ya Rasulullah, dosa manakah yang paling besar?" Beliau menjawab: "Jika engkau mengadakan sekutu bagi Tuhan, padahal Ia lah yang menciptakan engkau." Saya berkata: "Setelah itu apa?" Beliau menjawab: "Jika engkau membunuh anak sendiri karena takut ia makan bersama mu." Saya berkata: "Setelah itu apa?" Beliau menjawab: "Berzina dengan isteri tetanggamu."1700, Dari Sahl bin Sa'ad r.a., katanya: Nabi saw. bersabda: "Saya dan orang yang menjamin anak yatim didalam syurga nanti adalah seperti ini." Beliau menunjuk kepada jari telunjuk dan jari tengahnya. 1701, Dari Nukman bin Basyir r.a, katanya: Rasulullah saw bersabda: "Anda lihat orang-orang yang beriman itu dalam saling kasih-mengasihi, saling cinta-mencintai dan saling tolong-menolong, seperti sebatang tubuh. Kalau ada salah satu anggota yang terkena penyakit, seluruh batang tubuh ikut menderita tidak dapat tidur dan menderita panas."1702, Dari Abu Syuraih r.a, Nabi saw. berkata: "Demi Allah, ia tidak beriman! Demi Allah, ia tidak beriman! Demi Allah, ia tidak beriman!" Orang bertanya: "Siapa itu, ya Rasulullah?" Rasul menjawab: "Orang yang kejahatannya tidak pernah memberi rasa aman kepada para tetangganya."1703, Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Hai para kaum Muslimat! Janganlah seorang tetangga menganggap tiada berharga pemberian kepada tetangganya, walaupun pemberiannya hanya berupa kaki kambing saja!".1704, Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang percaya kepada Tuhan dan hari akhirat, janganlah menyakiti tetangganya! Siapa yang percaya Tuhan dan hari akhirat, hendaklah memuliakan tamunya! Siapa yang percaya kepada Tuhan dan hari akhirat: hendaklah berbicara yang baik-baik, atau diam saja!"1705, Dari 'Aisyah r.a, katanya: Saya berkata: "Ya Rasulullah, saya mempunyai dua orang tetangga. Kepada yang manakah saya memberikan hadiah?" Beliau menjawab: "Kepada tetangga yang pintunya lebih dekat kepada engkau!".1706, Dari Abu Musa al-'Ays'ari r.a katanya: Nabi saw berkata: "Setiap orang Islam berkewajiban untuk bersedekah." Para sahabat bertanya: "Kalau tidak ada apa-apa?" Rasul menjawab: "Ia berusaha dengan kedua tangannya, lalu ia mendapat manfaat bagi dirinya dan ia bersedekah." Mereka bertanya: "Kalau ia tidak sanggup, atau tidak melakukannya?" Rasul menjawab: "Ia membantu orang yang menderita dan memerlukan bantuan." Mereka bertanya: "Kalau tidak lakukannya?" Rasul menjawab: "Ia menyuruh melakukan kebaikan." Mereka bertanya: "Kalau ia tidak melakukannya?" Beliau menjawab: "Ia menahan diri untuk tidak melakukan kejahatan. Itu bererti sedekah baginya."1707, Dari Aswad r.a, katanya: Saya bertanya kepada 'Aisyah, apa yang dilakukan Nabi sa. dalam rumah tangganya. Ia berkata: " Beliau selalu mengerjakan urusan rumah tangga. Kalau datang waktu sembahyang, beliau pergi melakukan sembahyang."1708, Dari Anas bin Malik r.a, katanya: Nabi saw bersabda: "Orang belum dapat merasakan kemanisan iman, sampai ia dapat mencintai orang lain yang hanya dicintainya karena Allah saja; sampai ia lebih suka ditempatkan ke dalam api daripada kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya; dan sampai ia mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada yang lainnya."1709, Dari Abu Zar r.a, ia mendengar Nabi saw bersabda: "Seorang laki-laki yang menuduh laki-laki lain itu jahat atau menuduhnya kafir, maka tuduhannya itu berbalik kepada dirinya, seandainya orang yang dituduhnya itu tidak seperti itu. 1710, Dari Abu Musa r.a, katanya Nabi saw. mendengar seorang laki-laki memuji seorang lain dalam bentuk yang berlebihan, lalu beliau berkata: "Kamu telah mencelakakan orang itu!" Atau: "Kamu telah memotong punggung orang itu!".1711, Dari Abu Ayyub al-Ansari r.a, Rasulullah saw. bersabda: "Seorang laki-laki tidak boleh bermusuhan dengan saudaranya lebih daripada tiga malam. Kalau mereka bertemu maka yang ini memalingkan mukanya dan yang itu pun memalingkan mukanya pula. Yang terbaik dari mereka itu adalah yang pertama-tama mengucapkan salam."1712, Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw. bersabda: "Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga: kalau berbicara ia berdusta, kalau berjanji ia tidak menepati dan kalau dipercayai ia berkhianat,"1713, Dari Jabir bin 'Abdullah, bahwa Muaz bin Jabal r.a. bersembahyang dengan Rasulullah saw. Setelah itu ia kembali kepada kaumnya dan sembahyang dengan mereka, lalu ia membaca surah al-Baqarah. Ada seorang laki-laki mendahului dan sembahyang dengan ringkas saja. Hal itu disampaikan orang kepada Muaz. la berkata: "Orang itu munafik." Berita ini sampai kepada orang itu. Lalu ia datang kepada Nabi saw. dan berkata; "Ya Rasulullah, kami ini bekerja dengan tangan kami. Kami mengairi kebun-kebun kami. Kemarin Muaz sembahyang dengan kami, dan ia membaca surah al Baqarah. Lalu saya mendahului. Ia menuduh saya munafik!" Rasulullah saw. berkata: "Hai Muaz, tukang membuat keributankah engkau?" Rasul mengucapkannya tiga kali. Bacalah surah 'Wasy-syamsi wa dhuhaha', surah 'Sabbihisma rabbikal a'la', dan surah-surah yang seperti itu."1714, Dari Abu Mas'ud r.a., katanya: Ada seorang laki-laki datang kepada Nabi saw. dan berkata: "Saya terhenti dari sembahyang subuh karena imam itu membaca ayat terlalu panjang." Saya belum pernah melihat Rasulullah saw. demikian marahnya dalam memberikan pengajarannya sebagaimana pada hari itu. Beliau berkata: "Wahai manusia! Di antara kamu ada orang yang ingin menjauhkan orang dari agama. Siapa yang sembahyang menjadi imam, hendaklah ayatnya jangan panjang-panjang. Di antara orang yang sembahyang itu ada orang yang sakit, ada orang tua, dan ada pula orang yang mempunyai kepentingan,"1715, Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw. bersabda: "Orang kuat itu bukanlah orang yang menang berkelahi, tetapi orang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya di waktu marah."

96