melayu klasik

10
Pendahuluan Menurut Awang Sariyan, Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam periodisasi Bahasa Melayu, sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke- 19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Bahasa ini merupakan kesan langsung kedatangan agama Islam dan kebudayaan Islam. Zaman permulaannya ditandai dengan kemunculan prasasti Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan dengan 1303 Masihi. Bahasa Melayu Klasik muncul dengan wujudnya tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu pada awal abad ke- 14. Prasasti Bahasa Melayu Klasik banyak terdapat di semenanjung Tanah Melayu seperti di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan beberapa tempat lain. Prasasti ini juga ditemui di Sumatera Selatan, Jambi, Riau, Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh. Pada abad ke-13, peralihan bahasa berlaku ekoran daripada pengaruh yang dibawa oleh agama Islam ke Asia Tenggara. Kehadiran agama Islam ke Asia Tenggara banyak mempengaruhi perkembangan Bahasa Melayu ketika itu terutama dari aspek kosa kata, struktur kata dan juga tulisannya. Peralihan Bahasa Melayu Kuno kepada Bahasa Melayu Klasik ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (1390), iaitu batu bersurat pertama yang ditemui penggunaan kata-kata Arab seperti khalifah, nabi-nabi, Allah dan rahmat. Batu bersurat Pagar Ruyung pula mempunyai sedikit perbezaan dengan batu bersurat abad ke-7, iaitu dari segi bahasanya. Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau. Hal ini disebabkan kerajaan-kerajaan tersebut pernah menjadi kawasan yang penting

Transcript of melayu klasik

Page 1: melayu klasik

Pendahuluan

Menurut Awang Sariyan, Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam periodisasi Bahasa Melayu, sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu Kuno.  Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai  di bawah Sultan Malikul Salih.  Bahasa ini merupakan kesan langsung kedatangan agama Islam dan kebudayaan Islam. Zaman permulaannya ditandai dengan kemunculan prasasti Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan dengan 1303 Masihi. Bahasa Melayu Klasik muncul dengan wujudnya tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu pada awal abad ke-14. Prasasti Bahasa Melayu Klasik banyak terdapat di semenanjung Tanah Melayu seperti di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan beberapa tempat lain. Prasasti ini juga ditemui di Sumatera Selatan, Jambi, Riau, Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh.  Pada abad ke-13, peralihan bahasa berlaku ekoran daripada pengaruh yang dibawa oleh agama Islam ke Asia Tenggara. Kehadiran agama Islam ke Asia Tenggara banyak mempengaruhi perkembangan Bahasa Melayu ketika itu terutama dari aspek kosa kata, struktur kata dan  juga tulisannya. Peralihan Bahasa Melayu Kuno kepada Bahasa Melayu Klasik ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (1390), iaitu batu bersurat pertama yang ditemui penggunaan kata-kata Arab seperti khalifah, nabi-nabi, Allah dan rahmat. Batu bersurat Pagar Ruyung pula mempunyai sedikit perbezaan dengan batu bersurat abad ke-7, iaitu dari segi bahasanya. Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau. Hal ini disebabkan kerajaan-kerajaan tersebut pernah menjadi kawasan yang penting untuk kegiatan perdagangan dan perkembangan Islam dan seterusnya bahasa pada ketika itu.  

Page 2: melayu klasik

bahasa melayu klasik mempunyai ciri yang khusus dan tersendiri. Dalam

hikayat merong mahawangsa ,pelbagai ciri klasik yang dapat dikenalpasti. Ciri-ciri

tersebut banyak dipengaruhi oleh pengaruh islam yang menjadi semakin kuat

sehingga bahasa melayu mengalami banyak perubahan. Ciri klasik yang terdapat

dalam hikayat tersebut dapat dikaji dari segi sintaksis dan morfologi.

Sintaksis

Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji

bentuk,struktur dan binaan atau konstruksi ayat.

Daripada kajian yang saya buat, penulis hikayat merong mahawangsa gemar

menggunakan ayat yang panjang. Hal ini disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab

dan lenggoknya yang jelas kelihatan kearab-araban. Selain daripada itu, bunga

bahasanya juga menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni karyawan pada

zaman tersebut. sebagai contoh:

“Hatta maka antara beberapa lama-nya, maka pada suatu hari burong garuda itu

pun dating-lah kepada tuan puteri anak Raja China itu, seraya kata-nya, “ Ayohai

chuchu-ku, tinggal-lah dahulu chuhu-ku baik2 di-sini,sebab nenek hendak pergi

mengadap Nabi Allah Sulaiman a.s. kerana menunaikan janji nenek dengan beliau,”.

(halaman 50, perenggan 4.1).

Namun begitu, ayat yang panjang-panjang akan menyulitkan pembaca untuk

memahaminya. Ayat yang panjang begini mengganggu pemahaman pembaca

kerana pembaca terpaksa membaca ayat tersebut berulang kali untuk memahami

maksud ayat tersebut. Oleh sebab itu, dalam penghasilan karya moden, teknik ini

adalah sangat tidak digalakkan agar idea yang ingin disampaikan mudah difahami

oleh pembaca.

Selain itu, hikayat merong mahawangsa juga banyak menggunakan ayat yang

berulang-ulang. Contohnya:

“ maka hamba pun tiada-lah bertanggoh lagi, lalu terus melanggar dan

membinasakan sakalian kapal dan bahtera itu; hingga semua-nya habis tenggelam

ka-dalam perut laut. Akan segala orang isi bahtera, kapal dan kechi itu pun mati

Page 3: melayu klasik

bertaboran pada sa-panjang lautan itu; maka tiada sa-orang jua pun yang hidup,”.

(halaman 52, perenggan 4.5)

Dalam ayat yang pertama, penulis ingin menggambarkan bagaimana binasa

keadaan kapal tersebut diserang. Pada ayat yang seterusnya pula, penulis masih

menghuraikan maksud yang sama walaupun pada ayat yang pertama pembaca

sudah memahami maksud yang hendak disampaikan oleh penulis.

Hikayat merong mahawangsa juga sering menggunakan ayat yang berbelit-belit.

Sebagai contoh:

“ ada pun akan segala kapal kechi dan bahtera yang lain itu pun, ada-lah belayar

bersama-sama mengiringkan anak Raja Rum itu. Hatta manakala kira2 sampai

pertengahan pelayaran, maka angkatan anak Raja Rum itu bertemu-lah dengan

hamba. “ (halaman 52, perenggan 4.5)

penggunaan ayat yang berbelit-belit juga menyulitkan pembaca memahami maksud

ayat tersebut.

Tambahan pula, penggunaan ayat pasif dan songsang juga merupakan ciri

bahasa melayu klasik yang terdapat dalam hikayat merong mahawangsa. Ayat pasif

ialah ayat yang menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke

atasnya. Contoh bagi ayat pasif yang terdapat dalam hikayat tersebut ialah :

“. . .anak Raja Rum itu ada bersama-sama dengan tuan puteri anak Raja China yang

telah di-larikan oleh burong garuda itu.” (halaman 53, perenggan 4.7)

Jika ayat tersebut ditukar menjadi ayat aktif akan menjadi seperti berikut.” . . .

burung garuda itu melarikan anak Raja Rum yang ada bersama-sama dengan tuan

anak Raja China.”

Manakala definisi bagi ayat songsang pula ialah binaan ayat yang penekanan

frasa prediket. Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek

pula terletak pada hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa.

Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkan bahasa yang

digunakan akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat berguna jika

penulis perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Contoh bagi ayat

songsang yang terdapat dalam hikayat Merong Mahawangsa ialah:

Page 4: melayu klasik

“ . . .perkara ini pun tiada siapa pun daripada makhlok yang dapat menentukan

masa atau waktu-nya.”

Jika ayat ini ditukar menjadi ayat biasa akan menjadi seperti berikut “. . .tiada siapa

pun daripada makhlok yang dapat menentukan masa atau waktu-nya perkara ini.”

Page 5: melayu klasik

Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur,

bentuk, dan penggolongan kata. Struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi

ujaran atau lambing (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata

pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada

proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah

proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi, atau

bentuk dan fungsinya.

Menurut kajian dari segi morfologi pula, hikayat merong mahawangsa banyak

menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) seperti hatta, shahadan,

sebermula, adapun dan alkisah. Perdu perkataan atau kata pangkal ayat ialah

perkataan yang hadir di pangkal ayat sebagai penghubung dalam ayat. Sebagai

contoh:

“ Hatta maka antara beberapa lama-nya, maka pada suatu hari burong garuda itu

pun datang-lah kepada tuan puteri anak Raja China itu, . . .”(halaman 50, perenggan

4.1) Contoh lain, “ada pun akan segala kapal kechi dan bahtera yang lain itu pun,

ada-lah belayar bersama-sama mengiring-kan anak Raja Rum itu.” Dalam penulisan

bahasa moden, kata pangkal ayat tersebut jarang lagi digunakan.

Selain itu, hikayat merong mahawangsa juga banyak menggunakan partikel pun

dan lah. Sebagai contoh dalam hikayat tersebut yang menggunakan partikel pun dan

lah ialah:

“ akan tuan puteri ketiga berhamba itu ada-lah hamba pelihara dengan baik, pada

tiap2 hari hamba beri makanan, tiada khali barang sa-hari jua pun”.

Daripada kajian yang saya lakukan dari segi morfologi juga, saya mendapati melayu

klasik telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi. antara faktor

peminjaman kata dalam bahasa melayu ialah membentuk istilah-istilah baru bagi

menepati kehendak pengisian masa dan keadaan serta Perkembangan dalam

perniagaan dan perdagangan. Dari Faktor psikologi pula ialah masyarakat penutur

akan meminjam bahasa yang dianggap lebih tinggi tarafnya daripada bahasa ibunda

sendiri.peminjaman. selain itu,peminjaman kata juga untuk memantapkan struktur

bahasa iaitu bahasa tersebut akan terus berkembang dan hidup. Bagi kosa kata

Page 6: melayu klasik

Arab,bahasa arab meresap ke dalam bahasa Melayu akibat kedatangan pengaruh

Islam. Pengaruh bahasa Arab dan Islam telah memartabatkan bahasa Melayu

sehingga mencapai status bahasa ilmu. Antara perkataan arab yang terdapat dalam

hikayat merong mahawangsa ialah alaihissalam, sabda, nabi,hikayat, alam, jin,

hadhir, rezeki, maut, alam, subhanahu wata’ala, dan sebagainya.

Bagi kosa kata parsi pula, Pengaruh bahasa Parsi selalunya dikaitkan dengan

pengaruh Islam. Peresapan kosa kata bahasa Parsi dikatakan berlaku sezaman

dengan masuknya unsur-unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. Antara

perkataan parsi yang terdapat dalam hikayat tersebut ialah kahwin, nakhoda,

pahlawan, Bandar dan sebagainya

Hikayat merong mahawangsa juga bayak menggunakan bahasa istana. . Bahasa

istana ialah bentuk bahasa yang digunakan dalam kalangan kerabat diraja, apabila

berhubung atau berkomunikasi dengan kerabat diraja, serta apabila menyebut hal-

ehwal berkenaan raja. Penggunaan bahasa istana dalam penulisan melayu klasik

adalah disebabkan oleh pengaruh system feudal pada waktu tersebut. Antara contoh

bahasa istana yang terdapat dalam Hikayat Merong Mahawangsa ialah puteri (anak

perempuan), menghadap, (menjumpai), berdatang sembah (menjumpai), baginda

(dia), beta (saya), bertitah (berkata), kurnia (hadiah), titah perentah (arahan),

sukachita (gembira) dan murka (marah),

Page 7: melayu klasik

Kesimpulan

Gaya Bahasa Melayu Klasik pula memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya

Bahasa Melayu Klasik kelihatan pada ayat kompleks, ayat pasif dan ayat songsang.

Hal ini disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan lenggoknya yang jelas kelihatan

kearab-araban. Selain daripada itu, bunga bahasanya juga menggambarkan

kehalusan dan daya cipta berseni karyawan pada zaman tersebut. Bahasa Melayu

Klasik bertunjangkan sistem tulisan Jawi yang berasaskan aksara Arab. Sistem

tulisan ini merupakan alat yang meluaskan penyebaran dalam bahasa persuratan di

Alam Melayu. Malah sistem tulisan inilah merupakan bukti yang nyata tentang

kewujudan bahasa ini. Warisan Bahasa Melayu Klasik tertulis dalam karya

persuratan yang meliputi pelbagai bidang, iaitu agama, undang-undang,

ketatanegaraan, historiografi, sastera, perubatan dan pentadbiran serta hubungan

politik.  Bahasa Melayu Klasik juga mendapat pengaruh kata-kata pinjaman daripada

bahasa Arab dan Parsi.

Bahasa Melayu Klasik jelas banyak digunakan dalam penulisan agama khususnya

bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam, dan tasawuf. 

Karya agama yang tertua dihasilkan dalam Bahasa Melayu Klasik ialah ‘Aqai’id al-

Nasafi.Kitab ini membicarakan tentang hakikat kejadian benda, kemungkinan ilmu,

punca ilmu, keobjektifan ilmu, teori cakerawala, hakikat Tuhan dan diri manusia.

Jelasnya, kitab ini merupakan titik awal bidang ilmu yang jauh jangkauan pemikiran

manusia dan diungkapkan dalam Bahasa Melayu. Ini merupakan  pencapaian

penting bagi membuktikan bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu.

Tokoh-tokoh lain yang terkenal ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin Pasai atau

Syamsudin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel.  Di samping itu, muncul ahli ilmu

dari luar Alam Melayu, iaitu Nuruddin al Raniri. Hamzah Fansuri terkenal dengan

karya prosa sepertiAsrarul-Arifin fi bayan Ilm al-Suluk wal-Tawhid, al-

Muntahi danSharabul-Ashiqin  atau Zinatul-Muwahiddin.  Syairnya yang terkenal

ialah Syair Dagang, Syair Jawi fasal fi bayan Ilm al-suluk wal-tawhid  dan Syair

Perahu. 

Page 8: melayu klasik

Dari segi sejarah, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya tersendiri.

Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya Bahasa Melayu Moden.  Bahasa

Melayu Klasik juga memperkenalkan ragam bahasa persuratan dengan munculnya

tulisan Jawi yang digunakan secara meluas di Alam Melayu. Peranannya juga

penting sebagai asas kepada pembentukan bahasa baku, konsep kebangsaan

Melayu, dan mengungkapkan pelbagai jenis laras bagi memulakan transformasi ciri

budaya yang penting.