MELAYU NUSANTARA: MEREKA LELUHUR KAMIlokalgenius.blogspot.com/2014/07/merek…2018-01-09Tulisan saya...

download MELAYU NUSANTARA: MEREKA LELUHUR KAMIlokalgenius.blogspot.com/2014/07/merek…2018-01-09Tulisan saya kali ini mahu menyentuh sedikit perihal pihak tertentu yang menyatakan bahawa orang

If you can't read please download the document

Transcript of MELAYU NUSANTARA: MEREKA LELUHUR KAMIlokalgenius.blogspot.com/2014/07/merek…2018-01-09Tulisan saya...

MELAYU NUSANTARA: MEREKA LELUHUR KAMI

MELAYU NUSANTARA

MEMBONGKAR KEHEBATAN TAMADUN MELAYU

Jumaat, 4 Julai 2014

MEREKA LELUHUR KAMI

Salamsejahtera dan salam Ramadhan kepada semua. Tulisan saya kali ini mahu menyentuhsedikit perihal pihak tertentu yang menyatakan bahawa orang Melayu dan orangasli itu adalah satu entiti yang berbeza dan orang asli adalah pemilik sebenarsemenanjung ini. Pada pendapat saya tujuan atau niat sebenar mereka berbuatdemikian bukanlah untuk memperjuangkan nasib orang asli atau masalah-masalahyang mendepani mereka tetapi untuk mengatakan bahawa orang Melayu itu tidaklayak diberikan status Bumiputra dan taraf orang Melayu itu adalah sama sepertikaum lain yang dianggap sebagai pendatang.

Tidakada alasan untuk mereka mengatakan bahawa orang Melayu itu bukan pribumiSemenanjung atau Asia Tenggara secara keseluruhannya. Sebelum wujudnya sempadanwilayah negara bangsa moden seperti hari ini yang memisahkan Alam Melayu kepadanegara-negara tertentu, Alam Melayu ini tidak terikat dengan sempadan tertentuyang boleh menghalang daripada masyarakatnya untuk berhijrah, berpindah randahdan bertukar-tukar tempat tinggal dari satu wilayah ke wilayah yang lain diseluruh Asia Tenggara malah hingga ke Madagaskar dan lautan Pasifik. OrangMelayu itu adalah pelaut atau perantau kelautan yang tegar. Mereka bebasbergerak kemana sahaja yang mereka mahu. Sifat wilayah-wilayah Alam Melayu ituadalah fluid. Baik Sumatera, Sememenanjung, Borneo, Sulawesi dan Pulau Jawasemuanya rumah-rumah bangsa rumpun Melayu.

Apayang mengikat mereka bukanlah sempadan negara sebaliknya budaya sejagat dan yangpaling penting adalah bahasa iaitu bahasa kelompok Austronesia. Hal inilah yangmenyebabkan kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa suku kaum asli disemenanjung ini terutamanya dari kelompok Proto Malay sebagai saudara serumpunyang dekat dengan kita. Mereka juga bernaung dibawah kelompok yang berbahasaAustronesia sama seperti orang-orang Melayu Jambi, Champa, Jawa, Banjar, Bugis,Makassar, Batak, Nias, Minang, Boyan, Lombok, Hawaii, Maori, Tahiti, Kelantan,Pahang, Kedah, Pattani, Orang Sungai, Orang Kuala, Dayak Iban, Kadazan,Melanau, Murut, Penan, Tidung, Bajau, Sulu dan banyak lagi yang tak mampudisebut disini.

Pasangan Temuan.

Golonganyang suka mengatakan Melayu itu pendatang atau di semenanjung yang ada hanyaJawa, Bugis, Banjar, Boyan dan Minang bukan Melayu, perlu meneliti beberapaperkara. Mengapa orang Bugis yang datang ke Johor dan Selangor sangat mudahuntuk menyerap budaya Melayu Johor dan Selangor? Mengapa orang Jawa yangmerantau ke Semenanjung sangat mudah berasimilasi dengan orang Melayu Johor? Mengapaorang Banjar, Mendahiling atau Rawa lebih rapat dengan orang Melayu berbandingdengan orang Thai, atau Burma dan Vietnam yang juga cari makan di tanah bertuahini? Mengapa budaya berkeris ada pada orang Sulu, Jawa, Bugis dan Melayu?Budaya Batik dan Songket di Kelantan dan Terengganu juga ada pada orang Jawadan Lombok. Dan yang paling penting mengapa kita lebih faham bahasa yangdituturkan mereka-mereka ini berbanding bahasa orang Thai, Burma, Bangla danNepal?

Adakahgolongan yang kononnya mahu memperjuangkan kesamarataan hak dan keadilan inibetul-betul kenal dengan orang asli yang sering mereka sebut dan perkatakanitu? Atau mereka hanya menjadikan kaum asli sebagai alat propaganda untukmencapai matlamat politik mereka? Pastinya mereka tidak tahu pun bahawa orangasli Proto Malay mempunyai terlalu banyak persamaan dengan orang-orang Melayumoden sendiri. Samaada dari segi fizikal iaitu rupa paras, warna kulit mahupundari segi adat budaya serta bahasa yang dituturkan mereka. Jadi siapakah yangdimaksudkan sebagai Proto Malay ini?

Sebagaicontoh suku orang asli yang dikategorikan sebagai Melayu Proto adalah orangJakun dan Temuan. Mereka sebenarnya adalah kelompok kaum-kaum Austronesian yangtidak menerima atau tidak mahu menerima pengaruh tamadun samaada tamadun India,Cina, Arab dan lain-lain yang pernah masuk ke alam Melayu. Cuba kita bandingkanrupa paras orang Jakun dengan orang Melayu di kampung-kampung malah denganorang Hawaii. Lebih kurang sama sahaja muka mereka. Malah saya sering melihatrupa-rupa yang ayu dan menawan sebujur sireh seperti yang sering digambarkandalam puisi-puisi Melayu lama tentang anak dara Melayu wujud pada suku kaumTemuan dan Jakun ini. Tak percaya pergilah ke kampung-kampung mereka, andapasti berjumpa dengan muka-muka yang anda rasa sangat kenal dan mesra.

KaumMelayu Proto yang lebih maju iaitu yang kebiasaannya tinggal di pesisir pantaidan terdedah kepada pergaulan dan pengaruh antarabangsa lama kelamaan menolak MelayuProto yang hidupnya berasaskan pertanian dan memburu binatang lebih jauh kepedalaman. Melayu Proto yang tinggal di pesisir pantai dan menjalankan kegiatanperdagangan maritim lama kelamaan berubah menjadi Melayu Deutro. Merekakemudiannya menubuhkan pusat-pusat pengumpulan barang dan pengkalan yangberevolusi menjadi kerajaan dan negarakota awal. Mungkin sejak dari itu merekamengaku bangsa mereka sebagai 'Malayu'.

Antarapersamaan yang paling ketara yang boleh saya tunjukkan diantara kaum MelayuProto Temuan dengan orang Melayu adalah bahasa mereka. Sebagai contoh saya akansenaraikan beberapa perkataan Temuan yang sama atau mirip dengan perkataanMelayu. Antaranya ialah:

Bahabah-labah-labah

Bangat-sangat

Basik-basi

Bercelengko-berteleku

Beladok-burung belatuk

Bihiang-hilang atau tak nampak

Bibik-bibir

Bisan-besan

Celincir-gelincir

Encih-rincih

Isau-pisau

Kamin-kami

Bagaimanadengan orang asli Jakun? Adakah bahasa mereka juga mempunyai persamaan yangrapat dengan bahasa Melayu? Sudah tentu! Saya berikan sedikit contoh dalamperbualan harian dalam bahasa Jakun di Pahang:

AWAKTINGGAL DIMANA?

Ajehduduk kat mano?

SAYASUKA AWAK.

Kamsuka kat ajeh.

SIAPANAMA MAK AWAK?

Sapanamo mok ajeh?

AWAKBUAT APA TU?

Ajehtengoh muat napa tu?

SAYABERASA PENAT HARI INI.

Kuk seloi arik enik.

Darisudut amalan dan adat istiadat juga suku kaum Melayu Proto ini sangat miripdengan adat orang Melayu. Contohnya masyarakat Jakun, Temuan, Seletar dan Kanaqturut mengamalkan adat merisik, meminang malah bersanding dalam adatperkahwinan mereka. Kenapa? Anda ingat orang Hindu sahaja yang bersanding?Orang Asli pun bersanding. Malah mereka turut berbalas-balas pantun, memalugendang dan gong. Tetapi yang berbezannya dengan orang Melayu zaman kita ialahmasyarakat Jakun sangat menghormati perkahwinan dan hidup berumah tanggasehinggakan penceraian dianggap sesuatu yang taboo dan celaka jika berlaku.Oleh sebab itu memang susah untuk mencari orang Jakun yang bercerai kecualikematian pasangan.

Baik,sekarang nampak atau tidak betapa rapatnya persamaan yang terdapat dalam bahasaorang asli kelompok Melayu Proto ini dengan bahasa Melayu? Kalau puak-puak Liberal,Chola dan Ultrakiasu masih tidak nampak itu bermakna mereka memang sengajabuat-buat tidak nampak kerana tidak mahu menerima hakikat bahawa orang Melayuitu adalah Peribumi asal Tanah Semenanjung ini sama seperti orang Asli. Tetapikalau ada orang Melayu sendiri yang masih buta dan masih tak nampak memang andapetualang bangsa yang tak boleh diajar. Itu belum lagi kalau kita lihat persamaandalam bahasa-bahasa suku kaum Pribumi Borneo seperti Iban, Kadazan, Melanau danBajau, sememangnya sangat banyak persamaan bahasa malah budaya, kerana kitasemua adalah serumpun dan tergolong dalam kelompok besar bangsa yang berbahasaAustronesia, ingat itu Austronesia!

Sebabitu kita tidak boleh terima hujah dangkal yang memisahkan orang Melayu denganorang asli di semenanjung dan membeza-bezakannya dengan pribumi Sabah danSarawak. Kita dan suku kaum ini adalah serupa. Malah kajian DNA juga telahmembuktikannya. Alam Melayu malah Asia Tenggara ini adalah rumah rumpun bangsaMelayu. Kami berhak untuk berpindah randah dari satu pulau ke pulau yang lain. Penyebarankami dari satu pulau ke pulau atau sememanjung tidak menjadikan kami sebagaipendatang. Kerana semua kawasan ini adalah kawasan kami.

Sukukaum yang datang luar dari kawasan kepulauan Melayu inilah yang bolehdikategorikan sebagai pendatang. Kerana anda datang dari benua lain yangmasyarakatnya mempunyai budaya dan bahasa yang sangat ketara perbezaannyadengan etnik-etnik dibawah rumpun kami Austronesia. Anda datang dari The MiddleKingdom Tanah Besar China dan anda datang dari Benua Kecil India Bharata atauJambu Dwipa. Tetapi anda mengatakan bangsa anda bukan pendatang? Bukankah datuknenek malah mungkin ayah dan ibu anda baru sahaja menapak di bumi kami ini taklebih dari seratus ke seratus lima puluh tahun yang lalu? Ini sangat melucukan.

Rupa lelaki Temuan ini saling tak tumpah seperti rupa orang Melayu.

JikaSumatera dikatakan asal-usul Melayu, kerajaan orang apa yang wujud dari Johorsampai ke Segenting Kra sejak beribu tahun dahulu? Lankasuka, Chih-tu, GanggaNegara, Gelanggiu, Pan-pan, Peng keng Temasik dan Tiumah adalahkerajaan-kerajaan orang Melayu atau orang Proto Melayu yang telah bertamadun. Ptolemy,pelukis peta Yunani dari Mesir melabelkan Pulau Phuket di Thailand sebagaiJung Si Lang dalam petanya tahun 157 Masehi iaitu hampir 2000tahun dahulu. Tetapi pihak kolonial menafsirkannya sebagai 'Junk Ceylon'. Namunnama sebenar pulau tersebut adalah berasal daripada bahasa Melayu iaitu Hujungsalang. Hal ini membuktikan orang yang bertutur dalam bahasa Melayu itu sudahwujud di Phuket sejak 2000 tahun dahulu. Tak kisahlah mereka Orak Lawoi ke, OrangSeletar, Jakun, Kanaq atau orang-orang Asli yang lain. Apa yang penting merekaadalah leluhur kita. Sekian Wallah hu alam.

~ASJ~

Dicatat oleh

Al Semantani

di5:38 PG

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

25 ulasan:

Tanpa Nama4 Julai 2014 7:35 PG

kang nanti ada yg tak mengaku..malulah hapelah...dia lebih suka mengaku dia keturunan bangsa pilihan dari tanah arablah..keturunan nabilah..poodah..

tapi sy nak tau juga pendpt tuan blog ni..kenapa byk penghambaan orang asli dilakukan oleh org2x melayu sendiri terutama di perak pada zaman dulu..byk suku2x asli di tangkap ut dijadikan hamba..yg melawan dibunuh..yg perempuan jadi gundik..malah mereka dianggap semcm kafir oleh org melayu dulu..dan tak dilatyan seperti manusia..skrg nak mengaku leluhur pulak..ape kes ni tuan bloger?

BalasPadamBalasan

Tanpa Nama4 Julai 2014 8:21 PTG

releks beb..kita carik pencerahan pelan-pelan..biar mudah hadam..okeh..

Padam

Tanpa Nama5 Julai 2014 2:54 PG

lor tanpa nama apa jauh sgt nak tgk perak zaman dulu kat kelantan sekarang kan ada org menindas org asli. ambik tanah org asli bagi kat cina. sebat balak atas tanah org asli pun ada tapi dia claim tanah kerajaan negeri tapi hasil masuk parti dan poket sendiri. org asli buat kebun dia tarah tanah org tu. mcm2 lagilah tak caya tanya org asli kat kerajaan islam hudud kelantan serambi mekah. yg buat keje bukan org biasa2 yg betaraf wali pun ada. yelah wali buat keje sapa nak marah, wali ulamak pewaris nabi. dey macha nabi mana mengajar kitab tebal2. nabi mana mengajar hakikat insan nabi mengajar Quran je satu. tapi yg buat aniaya org asli kat kelantan tu saya tak pasti pulak melayu ke tidak. pasal diorang ada yg tak mengaku melayu pun ada cuma mengaku dia islam je. Islam pun tak pasti lagi tu, silap2 ahli2 kitab je pasal banyak sgt duk karang dan mengajar kitab.

Padam

Tanpa Nama5 Julai 2014 3:09 PG

lagi satu diorang org2 melayu sendiri pun ada dianggap kapir kalau tak separti dgn dia. tang org memang dia nampak kapirnya tang dia punya kapir dia tak sedar. hudud serban korang kan tinggal janggut je kang.tapi sebenarnya melayu ni bukan dari keturunan nabi je, keturunan yahudi pun ada. bangsa melayu yg dah berkahwin campur dulu2 diorang taktau ada yg berkahwin dgn keturunan yahudi. pasal kadang2 tu dia ingat dia kawin dgn mat saleh, pakistan, arab tapi sebenarnya kawin dgn yg ada darah2 yahudi. pasal tu kita tgk byk org2 melayu ari ni suka baca kitab, gubah kitab, ubah hukum agama bawak pada dunia utk dapat kesenangan, segala apa yg dibuat dek yahudi dulu2 semua melayu hari ni ada buat cuma diorang tak sedar je. pasal tu nak kawin kene tgk keturunan supaya tak kawin dgn darah2 yahudi ni. kalau nak ikut sejarah ahli2 kitab ni byk dari org2 yahudi. kalau hari ni kita pandang berapa banyak pewaris keturunan yahudi kat malaysia ni. semuanya baca kitab mengaji kitab mengarang kitab. nak jadi pewaris nabi apa? tu sebab kalau diorang tak mengaku melayu tu dikira logik. pasal kemungkinan diorang ni keturunan ahli2 kitab.

Padam

Tanpa Nama5 Julai 2014 7:16 PG

tanpa nama 5 julai 2014 3.09pg...tak payahlah main retorik anti yahudi yg selalu jadi modal puak fanatik agama tu..yahudi dgn arab adalah dr kturunan semetik...maknanya kalau ko anggap yahudi ni darah dia jahat..samalah dgn arab..pasal soal putar belit agama..ko rasa arab tak pernah buat ke?..dlm quran pun bangsa arab ni dikutuk..sama spt yahudi jugak..melayu yg tak tau baca arab di dgr jelah tok guru yg memang mentaliti tahap pondok je..terikut2x membenci yahudi..

ko tgoklah betapa bengapnye arab zaman skrg..taksub agama sampai membunuh pi=un dihalalakan..semua politik arab je ni..arab yg pandai dan sedar mereka perlu berhijrah ke dlm masyarakat yg lebih bertamadun adalah mereka yg terdedah dgn tradisi akademik barat...semua pelarian arab nak lari pun nak ke negara barat..yg nak pergi australia ikut jalan laut dan darat..takde yg nak menetap kat malaysia atau indonesia..biarpun kedua2x negara ni di dominasi org beragama islam..nak juga ke negara kapir australia yg jauh lebih baik.

Padam

Tanpa Nama5 Julai 2014 7:39 PG

Ko pasti ke melayu hari ni islam? Malaysia ni yg aku tgk islam ada kat nama bank, universiti, parti, tudung fesyen islam apa melayu ni tak terikut ikut ke? Aku takdelah nak benci membenci cuma aku tgk apa yg berlaku hari ni. Quran mana yg sebut arab kene kutuk? Apa melayu ni Allah taala tak kutuk ke?Kalau tak kene kutuk apa yg byk sgt bala melayu dapat hari ni? Dari kemarau, banjir, panas melampau dan paling memalukan org melayu pegi mekah kene halau dgn ribut pasir dekat padang arafah. Aku rasa melayu lagi byk kene kutuk hari ni. Cuma diorang perasan Allah tu suka je dgn diorang.

Padam

Tanpa Nama5 Julai 2014 7:51 PG

Lagi pun hari ni mmg ramai pun melayu rasa dia umat pilihan dan bangsa terpilih. Dia dipilih oleh kaum dan puak2 sendiri menjadi wali dan ulamak. Atas alasan dia org kuat agama dan byk ngaji kitab. Atas alasan dia dekat dan kenal Allah Taala. Tu yg ada berani letak Allah Taala samseng. Apa korang ingat Allah sama ke perangai mcm kau nak buat suka2 hati? Apa kau ingat Allah Taala takde budi bahasa ke?Ulamak wali semua Allah yg tentukan, kalau puak sendiri yg tentukan tu ulamak perasan. Wali Allah mana ajar dan tulis kitab main ikut suka2 hati. Arab tu bengap2 pun ada jugak benih diorang yg jadi nabi.

Padam

Tanpa Nama5 Julai 2014 8:11 PG

Apa yg bagusnya pulak dgn tamadun barat ni? Sedang byk buat huru hara dunia hari ni pun semua bermula dari barat. Cuma diorang frame mcm diorang tu pengaman, mencetus kemajuan dunia, pandai mencipta, maju sedang hakikatnya dari diorang berpunca segala permasalahan dunia hari ni. Tgk la kebebasan hidup diorang walau maju mana sekalipun tetap mengundang kerosakan pada manusia dan alam. Cuma media ni je mewar warkan diorang bagus. Kalau dlm Quran tu sebut bangsa yg dikatakan maju dan bermewah mewah ni semua sampai masa dibinasakan jugak akhirnya. Cuma masa je la tentukan. Kalau kau tak caya kau tgk lah sendiri tinggalan tamdun firaun tgh padang pasir. Hancur binasa semuanya, piramid dgn keranda emas je yg tinggal.

Padam

Tanpa Nama5 Julai 2014 9:38 PTG

apa bagusnya tamadun barat?..banyak..tak payah ceritelah..internet & komputer yg kau guna utk berhubung dgn org lain ni pun cipt..barat dan yahudi...ape kau rasa islam tu hebat sgt?..tak hebat pun...tamadun islam jatuh sebab mengabaikan ilmu yg praktikal di dunia ni..semua sibuk nak mati..fikir hidup lepas mati sampai satu tahap menganggap dunia itu buruk..dan tak guna utk membuat kemajuan di dunia.

memang semua tamadun akan berakhir tetapi tradisi ilmu itu kan berterusan utk dijadikan panduan generasi seterusnya..negara atau empayar boleh dtg dan pergi..tapi ilmu itu...kau nak banding ilmu tok arab unta yg byk unsur dogeng dlm kitab2x mereka...dgn kajian tradisi ilmu barat yg lebih releven dan realistik...mcm langit dan bumi..

kau pernah fikir kenapa zaman tradisi ilmu islam terhebat adalah ketika era islam andalus dan di era abasiah terutama era al makmun baghdad ketika fahaman mutazillah di angkat sebagai fahaman rasmi..sikap terbuka mereka dgn semua tradisi ilmu dr yunani sampai hindu.tu yg buat mereka maju dan dt membina tamadun..

tapi akhirnya mereka kalah kerana perebutan kuasa di kalangan pembesar yg tamak yg tak peduli pun pasal perkembangan ilmu..pembesar yg hanya sukaberperang meraas tanah org lain dan menjajah mengenakan cukai tanap sebrang inovasi tuk membantu meningkatkan hidup rakat..pembesar yg kemudian lantik tok guru ugama utk mrngawal masyarakat dgn cerita dogene agama spt yg dibaut ketika era zaman gelap eropah oleh kerajaan2x fuedal barat..brainwash maysrakatnay supaya redha kononya dgn hidup mereka yg susah dan setia pada raja mereka..sebagai balasan dptlah masuk syurga...

org islam tak akan dpt maju kalau main isu remeh spt isu aku lebih islam..isu mengkafir org lain...mcm yg terjadi dgn ibnu sina...by org islam selepas era khalidfah al makmun menghina dia mengatakan dia kafir..dan mcm2x..sampai sekrg kata dia syiah jahat..sumbangan dia dlm sains yg di akui oleh barat org lupa..org islam pun tak tau psl dia..lebih2x skrg ada segelintir menolak dia kerana dia shia..tak habis2x dgn sekterian agama..berckp hal media..kita sebagai manusia boleh guna oak utk menilai..itu pun ada kata haram guna akal..bukan susah nak tahu berita mana yg berat sebelah dan berita mana yg betul2x bercerita tentang kemanusiaan.

apakah manusia spt rachel corie yg bukan beragama islam tapi mati oleh jentolak israel keran mempertahankan rumah2x org arab palestin yg ditindas dan dirampas tanah mereka akan msuk neraka?..kalau tok guru isle mesti kata masuk neraka..sebb dia tak mengucap syahadah..mana islamnye?

Padam

Tanpa Nama6 Julai 2014 1:25 PG

Pada diri aku Islam tu cukup utk pegangan dan kehidupan aku. Boleh la aku amal dr hidup sampai mati namun bukan utk cari kehebatan walaupun aku tau kehebatan segala ilmu dlm dunia ni berpunca dari sebuah alquran. Pada aku dunia ni takdelah buruk mana pun melainkan hanya satu tempat yg bersifat baharu yg tak kekal. Kalau takde internet dgn hp dulu pun aku masih hidup dgn aman damai tak mcm hari ni yg byk huru hara. Jadi apa sebenar nilai kemajuan, teknoloji, invention di mata manusia hari ni bila aku tgk dgn senapang dan pointed laser missile ciptaan manusia kebanggaan kau dgn trigger happynya membunuh org sesuka hati? Apa kau tak tgk ke hari ni pembesar2 dan penguasa kat barat tu mengulang semula perbuatan org dulu2 yg suka berperang, menceroboh, memfitnah, menyalahguna cukai rakyat sendiri utk beli senjata membunuh dan mcm2 lagi. Kau jgn igt diorang tu tak mendongengkan bible, alquran, taurat dan segala mcm kitab2 agama kat dunia ni. Semua diorang ada buat. Cuma diorang pandai sembunyikan itu saja. Tapi org kata bangkai gajah takleh nak tutup. Islam tak penah halang manusia utk maju berjaya tapi diingatkan jugak supaya siapkan diri utk kehidupan akhirat pasal kat sana Dia ckp lebih baik dan kekal. Jadi Dia tak ckp pulak dunia ni sbg alat dan tempat utk ukur kejayaan individu. Ada kau penah dgr tentang tu? Taktaulah hidup kau mmg nak tinggal kat dunia selamanya bersama teknoloji yg kau ada aku tak pastilahkan. Sukatilah itu pilihan kau. Rachel corie masuk surga ke tak aku tak dpt pastikan sedang kau pun aku tak dapat pastikan surga neraka sebab kau sendiri yg pilih. Sebab yg aku tau masuk surga ni bukan pasal kita pertahankan rumah org, negara org, masjid palestin atau apa juga tanah org kampung. Surga tu ditentukan Allah atas kebenaran yg dia pilih. Ucapan syahadah benar maksudnya. Islam yg diletakkan atas diri sendiri dan diakui kebenarannya.

Padam

Tanpa Nama6 Julai 2014 6:09 PTG

He he...

Gaduh sakan nampak kat ataih nuu...

Ke gaduh sorang-sorang nih?

Padam

Tanpa Nama6 Julai 2014 9:19 PTG

sebenarnya kau patut bangga yg org melayu ni walaupun tak hebat zaman sekarang ni tapi sebenarnya mereka maju. nak cakap pandai cipta iphone tu taklah. tapi dari aspek lain mmg diorang dah maju. cuba kau tgk tabung haji tu camana majunya dibangunkan dek melayu. dah ada bangunan tinggi, hotel komersial, ladang kelapa sawit, projek perumahan dan segala mcm bisnes lagi. itu tandanya melayu ni bijak dan maju dgn hanya menggunakan rukun dan amal ibadat islam sahaja diorang boleh dapatkan keuntungan dan kemajuan dunia. ini bukti melayu malaysia maju. sedang yg aku tau nabi dulu buat haji tu utk amal ibadat dia je, tapi melayu boleh buat duit dan keuntungan. belum cerita bab tour umrah melayu lagi, antara industri besar jugak tu zaman sekarang ni. kau tgk pulak nanti habis bulan puasa ni diorang kutip zakat fitrah banyak2 dan simpan utk laburkan di mana2 tempat yg berpotensi mengembalikan keuntungan dari duit zakat yg diorang labur. ini juga salahsatu contoh kemajuan yg diilhamkan cendekiawan melayu dgn hanya bermodalkan rukun islam jugak, tapi yg hebatnya diorang boleh buat untung. Ini perkara mungkin yg kau tak berapa nampak. tak caya kau tanya yayasan taqwa brp banyak hasil pelaburan terkumpul setakat ni. ada diantara majlis agama melayu ni dah pandai melabur lagi walaupun sebenarnya keje dia menjaga hal ehwal agama je pun. jadi dapatlah jugak diorang build up bangunan tinggi utk menjadikan mrk maju.kalau aku nak cerita kemajuan melayu malaysia ni byk sebenarnya. semua guna nama islam belaka. hari ni aku tgk ramai yg duk cari firaun hilang kat laut mana? firaun mana yg kene tenggelam dlm laut? dan mcm2 lagi diorang nak tau pasal firaun. soalan mudahnya kalau nak faham tanya kaum melayu hari ni apa sebab firaun tu kene azab? apa yg firaun buat sampai dia kene azab? apa keadaan zaman firaun tu sebenarnya? nanti aku sambung jawapan firaun ni. banyak jugak aku tgk org2 melayu perangai mcm gang2 firon ni.

Padam

Al Semantani10 Julai 2014 6:17 PG

sebab ada pemimpin dan orang melayu yg jahil la jadi gitu....dan memang betul la mereka kafir...mungkin di negeri perak pernah berlaku perkara begitu tapi di negeri lain elok je....yg itu ken abaca sejarah negeri perak dan tanya orang perak sendiri....negeri sembilan mengangkat martabat org asli sebagai pembesar...di pahang org asli ditakuti dan dihormati malah kalau nak masuk hutan dan buka tanah kena minta izin depa dulu....perhambaan ni bukan berlaku pada org asli sahaja zaman dahulu...org melayu sendiri pun diperhambakan....lagi banyak dari org asli....jadi ia isu berlainan dan tiada kaitan dengan samaada orng asli itu leluhur kita atau tidak....isu perhambaan ni universal...apabila kajian dah dibuat maka dah tahu bahasa mereka itu adalah leluhur maka itulah kesimpulannya...sesuatu fakta atau maklumat itu boleh berubah apabila dijumpai bukti2 baru....kalau nak ikutkan seluruh dunia orang asli didiskriminasikan...di USA...di jepun orang Ainu pun didiskriminasikan oleh org jepun yg kita anggap sanngat moden dan bertamadun tu...mana2 org jepun yg kawin dagn org Ainu akan diejek kuno atau org asing...hinggakan orag Ainu sendiri takut mengaku sebagai Ainu....di china pun sama...di taiwan...di eropah....apabila manusia itu mencapai satu tahap ketamadunan maka dia akan melihat masyarakat lain yg kurang bertamadun sebagai inferior bagi mereka danmerasakan mereka tidak layak diletak setaraf dgan mereka....kalai ikut fahama org china lama...semua bangsa didunia ni org kuno dan gasar dan bangsa mereka je lah yg bagus....begtulah penjelasannya.

Padam

Panji-Panji Hitam19 Julai 2014 6:07 PG

INI BUKAN MASALAH BANGSA PILIHAN ATAU BANGSA TERHEBAT LAH MUNKUK HUYUNNN... IANYA ADALAH KAJIAN KES,ASAL-USUL PRIBUMI NUSANTARA,segala persoalan di luar kes,dipanggil buang kes,sama lah dengan kes anda yang terlebih sudaaah...

BANGSA PENDATANG ni memang tak reti bahasa,tak kisah nak bercakap guna bahasa apa sekali pun,dah namanya pun pendatang....BANGSA MELAYU menggelarkan orang asal di bumi melayu,umumnya MASYARAKAT ORANG ASLI MERUJUK KEPADA ORANG MELAYU ASLI TIDAK KIRA IANYA DARI SUKU MANAPUN!!!.... SAMADA JAKUN,SEMAI,DAYAK DLL..manakala bangsa pendatang yang tidak reti bahasa ni turut sama mengelarkan mereka orang asli seolah-olah mereka sebahagian dari asal keturunan MEREKA juga,maka berlakulah segala kekeliruan segala bagai...OLEH ITU WAJARLAH MEREKA BUAT KAJIAN DI NEGARA ASAL MEREKA UNTUK MENCARI ASAL USUL MEREKA bukan menghina dan menghasut bangsa malayu PENDATANG..!!!!ADAKAH MASIH WUJUD ORANG ASLI DI BENUA KELING ATAU TANAH BESAR CHINA????tak kiralah dari suku-suku mana pun????

Padam

Tanpa Nama29 Julai 2014 12:38 PG

panji2x hitam...di china dan india berlambak etnik pribumi kaum bukit yg sama status dgn org asli di malaysia ni...lagi pula memang byk melayu yg tak suka dikaitkan dgn org asli..yg dorang anggap mundur dan kuno...sampai sekrg pd lidah anak2x melayu kata-ata cacian spt SAKAI, DAN JAKUN masih digunakan utk mengambarkan seseorg itu kurang bertamadun atau bodoh..jadi kenapa wujud perpisahan dlm diri mereka yg tidak mahu disamakan..septutnya kalau betul orang asli ni betul leluur mereka sepatutnya dihormati..satu2x kelompok asli yg mungin dihormati adlah kaum asli di negeri sembilan yg menjadi menghasilkan kaum biduanda..di empat lain..di hina2x saja..

Ada hati nak mengunakan org asli utk kepentingan politik masing2x..sudahlah..majoriti melayu skrg adalah sperti org yg membuang saudaranya iaitu org asli..tapi bile soal sejarah dibangkitkan yg boleh menunjukkan ligitimasi mereka di tanah semenanjung ni mulalah nak mengunakan org asli...lepas tu habuk pun tak ada...hina lagi org asli.

mengaku sajalah keturunan kau dr tanah arab...MPURAN arab..bukan lluhur tunggal pun tpi berdarah campur..berjuang jaga tanah arab..tanah asal moyang leluhur engko tu kaan...

nama pun panji2x hitam mesti kau percaya hadis karut tentang pajni2x hitam dr timur bagai tu kan?...budaya org asli dipijak2x di hina..budaya arab dilebih2xkan...ko jgn risau aku ni bukan cina atau india tapi melayu jugak...tapi aku tak suka hipokrasi org melayu..sejarahwan melayu juga majoritinya lebih bersifat politikal sama ada pro pemerintah atau pro pembangkang bukannya betul2x ikhlas nak menjaga sejarah SEBENAR..

kesian melayu asli kita.

Padam

Tanpa Nama15 Ogos 2014 12:02 PG

geng panji2x hitam tak berminat nak buat keje2x mengarut smua tu. diorang smua tu ada tugasan yg jelas

Padam

Balas

Tanpa Nama4 Julai 2014 3:04 PTG

Sepatutnya Phuket dan Songkhla berada di bawah pemerintahan Malaysia. Isu keselamatan di Selatan Thai akan selesai apabila Phuket dan Songkhla serta wilayah-wilayah berhampiran berada di bawah pemerintahan Malaysia.

BalasPadam

Tanpa Nama4 Julai 2014 9:25 PTG

Leluhur Melayu telah lama wujud jauh terlebih dahulu sebelum diturunkan ninda Adam a.s. kemuka bumi ini.hadam dengan perlahan.

BalasPadam

Tanpa Nama5 Julai 2014 9:43 PTG

Tanpa nama 4 julai 2014 9.25 PTG, lol, yg ko sebut tu bkn leluhur melayu maa.. Tu leluhur umat manusia.. Pelajar pelan2 arr.. :)

BalasPadam

Tanpa Nama6 Julai 2014 10:26 PTG

'master race'..pelan2 layan...

BalasPadam

Tanpa Nama8 Julai 2014 8:56 PTG

rocky de Langat says: melayu sebagai satu bangsa sudah cukup ciri2 nya bagi pendekatan Anthropologi yang selama ini hanya mengiktiraf 4 bangsa utama dunia; disiplin anthropologi pula sejenis ilmu dangkal ciptaan yahudi Kristen untuk menolak perkembangan bangsa dan kaum utama yang bermula dari gelombang evolusi pertama dari nabi Adam dan evolusi kedua dari Nabi Nuh yang tentunya berasakan kebenaran al Quran; sejauh ada yang menyatakan Melayu adalah galur salah satu anak nabi Ibrahim dengan Keturah , isteri ketiga baginda; wujudnya bangsa melayu ini yang berevolusi berates ribu tahun sebagai bangsa perantau keseluruh pelosok dunia (cuba fikir ada suku "asli" di Scandinavia. Iceland, Greenland, Amerika Utara dan Amerika Selatan, Pulau Hokaido utara Jepun, di Taiwan, kawasan Siberia dan utara Rusia yang kulit cokelat dan tinggi purata 5.4 kaki! Malay Prof Wu Min Aun mengakui bangsa melayu menduduki semenanjung Tanah melayu sejak lebih 50 ribu tahun lalu! pendatang bejadahnya! Sedangkan sekitar asia tenggara ni adalah milik bangsa melayu; bukan india dan china; kalau ada sejarah empayar Lemuria sekalipun, penghuni gugusan kepulauan sebelah tenggara tetap bangsa melayu walau apa ugama dia sekalipun. melayu menjadi bangsa yang paling bertuah didunia kerana selama ini mendapat segala kelebihan dari Allah swt (walaupun tak ada Nabi/Rasul dari bangsa melayu- haji Kahar tu nabi lalok- tak boleh pakai punya) atas sifap kesederhanaan dan budaya /akhlak yang selari dengan ajaran Islam; namun kini bangsa melayu telah LUPUT DAN HILANG DARI MUKA BUMI!!!!

BalasPadam

Panji-Panji Hitam19 Julai 2014 5:59 PG

BANGSA PENDATANG ni memang tak reti bahasa,tak kisah nak bercakap guna bahasa apa sekali pun,dah namanya pun pendatang....BANGSA MELAYU menggelarkan orang asal di bumi melayu,umumnya MASYARAKAT ORANG ASLI MERUJUK KEPADA ORANG MELAYU ASLI TIDAK KIRA IANYA DARI SUKU MANAPUN!!!.... SAMADA JAKUN,SEMAI,DAYAK DLL..manakala bangsa pendatang yang tidak reti bahasa ni turut sama mengelarkan mereka orang asli seolah-olah mereka sebahagian dari asal keturunan MEREKA juga,maka berlakulah segala kekeliruan segala bagai...OLEH ITU WAJARLAH MEREKA BUAT KAJIAN DI NEGARA ASAL MEREKA UNTUK MENCARI ASAL USUL MEREKA bukan menghina dan menghasut bangsa malayu PENDATANG..!!!!ADAKAH MASIH WUJUD ORANG ASLI DI BENUA KELING ATAU TANAH BESAR CHINA????tak kiralah dari suku-suku mana pun????

BalasPadam

belud samah30 Disember 2015 12:07 PG

ya btul melayu memang hebat, tahun 1990an bnyak lagu2 melayu yg hebat terbit di cerong cerong radio, dgn lirik2nya yg brpuitis mnambahkan lagi best gilernya.. hehehe

BalasPadam

abdul azraf1 Ogos 2017 9:37 PTG

terima kasih ada kajian seperti ini menerangkan dengan tepat siapa orang melayu itu.

BalasPadam

clar clea16 Mac 2018 9:39 PG

Borneo bukan tanah melayu,kadazan dan dayak juga bukan orang melayu..kami pribumi borneo bukan melayu

BalasPadam

Tambah ulasan

Muatkan lagi...

Catatan Terbaru

Catatan Lama

Laman utama

Langgan:Catat Ulasan (Atom)

MOTHER OF ALL KNOWLEDGE

TANPA SEJARAH KITA TIDAK TAHU SIAPA KITA, DARI MANA KITA DATANG DAN MENGAPAKAH KITA BERADA DI SINI DAN TIDAK DI TEMPAT LAIN. APABILA KITA TIDAK TAHU DARI MANA KITA DATANG, MAKA SUKAR BAGI KITA MENENTUKAN ARAH TUJUAN.

Facebook Koi

Al Semantani Jones

Reka Lencana Anda

Mengenai Saya

Al Semantani

Tuah sakti hamba negeri,Esa hilang dua terbilang,Patah tumbuh hilang berganti,Takkan Melayu hilang di bumi.

Lihat profil lengkap saya

Catatan Popular

MELAYU MALAYSIA ATAU MELAYU INDONESIA?

Salam kepada semua pembaca. Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana telah agak lama tidak menulis, sebenarnya saya bere...

PERANG 1511: MELAKA KALAH DENGAN MUDAH?

Gambaran kemegahan Istana Melaka. Adakah Melaka sekadar jeti pelabuhan ala-ala kampung? Masih terngiang-ngiang di telinga s...

KOTA MELAKA YANG SEBENAR

Adakah replika istana Melaka ini menepati senibina asalnya? Salam para pembaca semua, seperti yang telah saya janjikan, kali...

Ilmu Perang Melayu

Ada sesiapa yang tidak kenal dengan Mat Kilau ? Haah..tak kenal...ish..ish. Kalau tak kenal nanti saya kenalkan serba sedikit. Beliau dilahi...

TEKNOLOGI MARITIM MELAYU DIKAGUMI DUNIA

Artikel ini adalah saduran daripada artikel yang digarap oleh Cik Srikandi dalam blog Riwayat Melayu. Tujuan saya memaparkan...

AS SALAM

Maklumat dalam blog ini adalah berdasarkan kepada pengetahuan dan pembacaan peribadi. Saya tidak menjamin ianya adalah tepat 100% dan lengkap pada masa ia diterbitkan kerana tiada yang benar-benar mutlak dalam ilmu sejarah.

Blog ini semata-mata tidak boleh dijadikan sebagai sumber maklumat untuk rujukan anda dalam melaksanakan sesebuah penulisan ilmiah. Rundingan daripada pihak yang lebih ahli serta rujukan daripada sumber-sumber primer dan sekunder yang berkredibiliti adalah amat perlu.

Saya tidak bertanggungjawab atas semua maklumat lain selain daripada di domain yang dirangkaikan dari blog ini.

Pembaca digalakkan untuk menegur bagi menjamin saya menyediakan maklumat yang tepat dan tidak mengelirukan.

Anda dibenarkan untuk menyebarkan kandungan di blog ini secara percuma tanpa meminta kebenaran untuk tujuan menyebarkan ilmu. Tetapi anda haruslah meletakkan atau menyatakan sumbernya. Diharap permintaan ini tidak keterlaluan untuk anda laksanakan...:)

Categories

bina(3)

Blade(2)

buta sejarah(26)

ILMU PERANG MELAYU(23)

janda(3)

Melayu(50)

Metallurgy(4)

PERANG MELAKA(7)

puak hilang(9)

rahsia segala rahsia(26)

rentaka(1)

SEJARAH REALITI(63)

senjata api(5)

TEKNOLOGI MELAYU(21)

Blog Archive

2009

(26)

Jun

(25)

Julai

(1)

2010

(30)

Februari

(1)

Jun

(8)

Julai

(10)

Ogos

(2)

September

(2)

Oktober

(1)

November

(4)

Disember

(2)

2011

(11)

Januari

(2)

Februari

(1)

April

(1)

Jun

(2)

September

(1)

Oktober

(3)

Disember

(1)

2012

(15)

Mei

(1)

Jun

(3)

Julai

(2)

Ogos

(2)

Oktober

(1)

November

(1)

Disember

(5)

2013

(23)

Januari

(3)

Mac

(1)

April

(1)

Mei

(2)

Jun

(1)

Ogos

(2)

Oktober

(2)

November

(3)

Disember

(8)

2014

(21)

Januari

(3)

Februari

(1)

Mac

(1)

April

(2)

Mei

(1)

Jun

(1)

Julai

(2)MEREKA LELUHUR KAMIRUMPUN MELAYU DI MADAGASKAR

Ogos

(4)

September

(2)

Oktober

(1)

November

(3)

2015

(7)

Februari

(2)

Jun

(2)

Ogos

(3)

2016

(1)

Februari

(1)

Saya mengikuti Blog ini

Alter Terahsia Bangsa Melayu

Rentaka Sekalian Bijasura Edisi Kemaskini

3 hari yang lalu

The Archaeology News Network

DNA adds twist to ancient story of Native American group

5 hari yang lalu

IBNU RUSYDI

Catatan Perjalanan : Thailand

4 bulan yang lalu

SANGTAWAL sakranta

semakin dekat

4 bulan yang lalu

Cik Seri Berceloteh

Batu Bersurat Terengganu Bertulisan Kawi?

6 bulan yang lalu

Kedah Cyber Syburi Kota Star Gate

CHINA, EMPAYAR ISLAM YANG TELAH DI SEMBUNYIKAN

5 tahun yang lalu

Free Our Mind

freeourmind.com

7 tahun yang lalu

Archaeology Daily News

IS VEDIC CIVILIZATION THE REMNANTS OF THE LEGENDARY ATLANTIS | Kelud Mountain

Che Det

Shining History :Medieval Islamic Civilization

MistisFiles

1001 Inventions - Discover The Muslim Heritage In Our World | 1001 Inventions

Wake Up Muslims! Version 2

Tema Tera Air. Imej tema oleh Ollustrator. Dikuasakan oleh Blogger.