MELAYU UNTUK ASING Seminar Bahasa Rojak: · PDF fileteks berbentuk perbualan dan ......

1
Bil: 39 RABU, 15 OGOS 2007 BUKU BAHARU DALAM PASARAN Pengarang: Nor Hasimah Jalaluddin, Mardian Shah Omar, Noor Zilawati Jais Harga: RM18.00 Bahasa Melayu untuk Penutur Asing Peringkat Asas Buku 2 adalah buku lanjutan daripada buku asas 1 yang memberi peluang kepada pelajar lebih mendalami bahasa dan budaya Melayu dengan lebih terperinci. Konsep buku masih dikekalkan, iaitu berdasarkan teks- teks berbentuk perbualan dan latihan, cuma perbualannya lebih panjang dan peristiwa yang dibin- cangkan adalah lebih khusus. Di samping menekankan aspek tatabahasa, buku yang mengandungi lapan bab ini men- dedahkan pelajar kepada contoh dialog yang berlatarkan suasana di hotel, kehidupan di kampung, lawatan ke Putrajaya, perairan negara, musim perayaan, per- mainan tradisional dan bencana alam. Pendedahan ini membolehkan mereka mendapat maklumat tentang budaya setempat dan memahami budaya Melayu de- ngan lebih baik. Buku ini amat sesuai untuk dijadikan panduan dan rujukan lanjutan oleh pelajar asing yang ingin belajar bertutur bahasa Melayu serta dijadikan bahan pe- ngajaran kepada guru dan pen- syarah yang mengajar di pusat- pusat pengajian tinggi atau di sekolah-sekolah antarabangsa. BH PILIH L1 15 emel Seminar Bahasa Rojak: Kecelaruan Penggunaan Bahasa Melayu “S emangat mendaulatkan bahasa Melayu harus dihidupkan dan tiada maknanya sekiranya ia hanya termaktub dalam satu pereng- gan dalam Perlembagaan nega- ra. Bahasa ialah satu komponen yang memberikan identiti bukan hanya kepada bangsa tetapi kepada negara. Bahasa Melayu juga perlu diberikan nyawa dan nafas serta perlu disuntik dengan nilai dan harga.” Demikian titah Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah semasa mencemar duli merasmikan Seminar Bahasa Rojak: Kecelaruan penggunaan Bahasa Melayu, pada 19 Julai lalu di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Titah baginda lagi, “Bahasa Melayu perlu dimartabatkan dan diberi kemuliaan sebagai bahasa kebangsaan yang merupakan seba- hagian daripada semangat per- juangan kemerdekaan ketika nega- ra bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-50. Negara harus arif melakukan pertimbangan bi- jaksana supaya warisan pusaka bangsa tidak tergadai dalam hasrat negara yang mahu membangunkan sumber manusia bersifat global. Bahasa Melayu juga harus terus dipertingkatkan sebagai bahasa pentadbiran dan perantaraan ilmu serta menjadi instrumen yang pen- ting dalam menyatupadukan rakyat di negara ini.” Hadir sama, DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim, Timbalan Menteri Penerangan, YB Datuk Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Penyelarasan dan Penyeragaman Bahasa dalam Media Penyiaran, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaafar, Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Abdullah dan Presiden Bahasa Moden Malaysia (PBMM), Prof. Emeritus Datuk Dr. Hajah Asmah Haji Omar. Seminar yang berlangsung se- lama dua hari bermula pada 18 Julai itu dianjurkan bersama oleh DBP dan PBMM bagi mengenal pasti bentuk dan penggunaan bahasa rojak dalam mencari kaedah mem- bimbing penggunaan bahasa yang baik dalam berbagai-bagai situasi dan konteks. Dihadiri seramai 248 orang peserta yang terdiri daripa- da guru, pensyarah, pengamal dan penyelidik berbagai-bagai bahasa moden di universiti tempatan dan luar negara, pegawai-pegawai dari jabatan kerajaan, Munsyi Dewan, ahli persatuan, penerbit, kompo- ser, juruacara, pelakon, orang per- seorangan dan karyawan DBP. Sementara itu, Datuk Dr. Firdaus berkata, DBP akan terus mencari jalan terbaik bagi meng- atasi masalah penggunaan bahasa rojak, meskipun menyedari sukar dilakukan kerana bahasa rojak sudah menjadi sebahagian dari- pada budaya dalam masyarakat. Beliau juga menyatakan bahawa. DBP perlu mewujudkan satu garis panduan yang jelas ber- kenaan penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul berdasarkan situasi penggunaan- nya. Dalam seminar ini, sebanyak 16 kertas kerja dibentangkan oleh pakar bahasa, pengamal bidang, pensyarah dan tokoh agama mengikut lima skop yang ditetap- kan meliputi bahasa rojak dari segi sistem dan struktur, etiologi (kajian tentang punca) bahasa rojak, sikap masyarakat terha- dap bahasa rojak, situasi dan konteks bahasa rojak dan ino- vasi teknologi komunikasi. Dua kertas ucapan utama dan sebuah ucapan dasar turut dibentangkan pada seminar ini. PEMBERITAHUAN Galeri Ilmu Koperasi DBP yang terletak di aras bawah Menara DBP kini men- jual Dewan Eja Pro, penyemak ejaan bahasa Melayu yang berkemampuan tinggi dengan harga RM250.00. Diskaun istimewa akan diberikan kepada setiap pengunjung. Waktu urus niaga Isnin hingga Jumaat 7.30 pagi hingga 5.00 petang Sabtu, Hari Kelepasan Am 9.00 pagi hingga 3.00 petang Pertanyaan Sila hubungi 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887. Oleh Azahari Edin MUNSYI Biarlah erti kemerdekaan itu kita hayati sepenuhnya. 50 tahun sudah kita merdeka. Karyawan Muda Dalami Ilmu Penulisan 10 Forum Remaja Putrajaya 9 BAHASA MELAYU UNTUK PENUTUR ASING PERINGKAT ASAS BUKU 2 “Bahasa Melayu perlu dimartabatkan dan diberi kemuliaan sebagai bahasa kebangsaan yang merupakan sebahagian daripada semangat perjuangan kemerdekaan" Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah Raja Muda Perak Darul Ridzuan RASMI: DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah semasa bertitah dalam Seminar Bahasa Rojak. SAMBUT: Kakitangan DBP mengambil peluang bersalaman dengan Raja Muda Perak dan isteri, Tuanku Zara Salim.

Transcript of MELAYU UNTUK ASING Seminar Bahasa Rojak: · PDF fileteks berbentuk perbualan dan ......

Page 1: MELAYU UNTUK ASING Seminar Bahasa Rojak:  · PDF fileteks berbentuk perbualan dan ... Pengerusi Jawatankuasa Tetap ... Forum Remaja Putrajaya 9 BAHASA MELAYU UNTUK PENUTUR

Bil: 39 RABU, 15 OGOS 2007

BUKUBAHARUDALAMPASARAN

Pengarang: Nor Hasimah Jalaluddin, Mardian Shah Omar, Noor Zilawati Jais Harga: RM18.00

Bahasa Melayu untuk Penutur Asing Peringkat Asas Buku 2 adalah buku lanjutan daripada buku asas 1 yang memberi peluang kepada pelajar lebih mendalami bahasa dan budaya Melayu dengan lebih terperinci. Konsep buku masih dikekalkan, iaitu berdasarkan teks-teks berbentuk perbualan dan latihan, cuma perbualannya lebih panjang dan peristiwa yang dibin-cangkan adalah lebih khusus.

Di samping menekankan aspek tatabahasa, buku yang mengandungi lapan bab ini men-dedahkan pelajar kepada contoh dialog yang berlatarkan suasana di hotel, kehidupan di kampung, lawatan ke Putrajaya, perairan negara, musim perayaan, per-mainan tradisional dan bencana alam.

Pendedahan ini membolehkan mereka mendapat maklumat tentang budaya setempat dan memahami budaya Melayu de-ngan lebih baik.

Buku ini amat sesuai untuk dijadikan panduan dan rujukan lanjutan oleh pelajar asing yang ingin belajar bertutur bahasa Melayu serta dijadikan bahan pe-ngajaran kepada guru dan pen-syarah yang mengajar di pusat-pusat pengajian tinggi atau di sekolah-sekolah antarabangsa.

BH PILIH L1 15 emel

Seminar Bahasa Rojak: KecelaruanPenggunaan Bahasa Melayu

“S emangat mendaulatkan bahasa Melayu harus dihidupkan dan tiada

maknanya sekiranya ia hanya termaktub dalam satu pereng-gan dalam Perlembagaan nega-ra. Bahasa ialah satu komponen yang memberikan identiti bukan hanya kepada bangsa tetapi kepada negara. Bahasa Melayu juga perlu diberikan nyawa dan nafas serta perlu disuntik dengan nilai dan harga.” Demikian titah Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah semasa mencemar duli merasmikan Seminar Bahasa Rojak: Kecelaruan penggunaan Bahasa Melayu, pada 19 Julai lalu di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Titah baginda lagi, “Bahasa Melayu perlu dimartabatkan dan diberi kemuliaan sebagai bahasa kebangsaan yang merupakan seba-hagian daripada semangat per-juangan kemerdekaan ketika nega-ra bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-50. Negara harus arif melakukan pertimbangan bi-jaksana supaya warisan pusaka bangsa tidak tergadai dalam hasrat negara yang mahu membangunkan sumber manusia bersifat global. Bahasa Melayu juga harus terus dipertingkatkan sebagai bahasa pentadbiran dan perantaraan ilmu serta menjadi instrumen yang pen-ting dalam menyatupadukan rakyat di negara ini.” Hadir sama, DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim, Timbalan Menteri Penerangan, YB Datuk Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Penyelarasan dan Penyeragaman Bahasa dalam Media Penyiaran, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaafar, Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Abdullah dan Presiden Bahasa Moden Malaysia (PBMM), Prof. Emeritus Datuk Dr. Hajah Asmah Haji Omar.

Seminar yang berlangsung se-lama dua hari bermula pada 18 Julai itu dianjurkan bersama oleh DBP dan PBMM bagi mengenal pasti bentuk dan penggunaan bahasa

rojak dalam mencari kaedah mem-bimbing penggunaan bahasa yang baik dalam berbagai-bagai situasi dan konteks. Dihadiri seramai 248 orang peserta yang terdiri daripa-da guru, pensyarah, pengamal dan penyelidik berbagai-bagai bahasa moden di universiti tempatan dan luar negara, pegawai-pegawai dari

jabatan kerajaan, Munsyi Dewan, ahli persatuan, penerbit, kompo-ser, juruacara, pelakon, orang per-seorangan dan karyawan DBP.

Sementara itu, Datuk Dr. Firdaus berkata, DBP akan terus mencari jalan terbaik bagi meng-atasi masalah penggunaan bahasa rojak, meskipun menyedari sukar

dilakukan kerana bahasa rojak sudah menjadi sebahagian dari-pada budaya dalam masyarakat. Beliau juga menyatakan bahawa.

DBP perlu mewujudkan satu garis panduan yang jelas ber-kenaan penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul berdasarkan situasi penggunaan-nya.

Dalam seminar ini, sebanyak 16 kertas kerja dibentangkan oleh pakar bahasa, pengamal bidang, pensyarah dan tokoh agama mengikut lima skop yang ditetap-kan meliputi bahasa rojak dari segi sistem dan struktur, etiologi (kajian tentang punca) bahasa rojak, sikap masyarakat terha-dap bahasa rojak, situasi dan konteks bahasa rojak dan ino-vasi teknologi komunikasi. Dua kertas ucapan utama dan sebuah ucapan dasar turut dibentangkan pada seminar ini.

PEMBERITAHUAN

Galeri Ilmu Koperasi DBP yang terletak di aras bawah Menara DBP kini men-jual Dewan Eja Pro, penyemak ejaan bahasa Melayu yang berkemampuan tinggi dengan harga RM250.00. Diskaun istimewa akan diberikan kepada setiap pengunjung.Waktu urus niaga

Isnin hingga Jumaat 7.30 pagi hingga 5.00 petang

Sabtu, Hari Kelepasan Am9.00 pagi hingga 3.00 petangPertanyaan Sila hubungi 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887.

Oleh Azahari Edin

MUNSYI

Biarlah erti kemerdekaan itukita hayati sepenuhnya.

50 tahun sudahkita merdeka.

Karyawan MudaDalamiIlmu Penulisan

10ForumRemajaPutrajaya

9

BAHASA MELAYU UNTUK PENUTUR ASING PERINGKAT ASAS BUKU 2

“Bahasa Melayu perlu dimartabatkan dan diberi kemuliaan sebagai bahasa kebangsaan yang merupakan sebahagian daripada semangat perjuangan kemerdekaan"

Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin ShahRaja Muda Perak Darul Ridzuan

RASMI: DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah semasabertitah dalam Seminar Bahasa Rojak.

SAMBUT: Kakitangan DBP mengambil peluang bersalaman dengan Raja Muda Perak dan isteri, Tuanku Zara Salim.