MELIHAT MASHAF AL-QURAN KETIKA SOLAT MASHAF AL.pdf · MELIHAT MASHAF AL-QURAN KETIKA SOLAT Soalan:...

1
MELIHAT MASHAF AL-QURAN KETIKA SOLAT Soalan: Bolehkah seorang imam melihat kitab suci Al-Quran dari melihat ke tempat sujud. Ini kerana kebanyakkan imam khususnya pada bulan Ramadhan sering melihat teks Al-Quran apabila menunaikan solat Tarawih. Adakah terdapatnya hadis dari Nabi berkaitan hal ini. Jawapan : Para ulama berbeza pendapat dalam masalah ini. Ulama mazhab al-Syafie berpendapat tidak mengapa seseorang yang sedang solat membaca dari mashaf dengan syarat dia tidak melakukan pergerakan yang boleh membatalkan solat. Jika dia melakukan tiga kali pergerakan (besar) yang berturut-turut, maka batal solatnya. Syeikh 'Atiyah Soqr (ulama terkemuka Mesir masakini) menyebut : "Kadang-kadang sesuatu yang dapat membantu untuk tidak banyak bergerak dengan meletakkan mashaf yang memiliki tulisan yang besar di atas sesuatu yang tinggi di hadapan orang yang solat, untuk dia boleh membaca daripadanya satu atau dua muka. Dan dia tidak perlu banyak menyelak muka surat, sedikit pergerakan untuk menyelak muka surat tidak membatalkan solat. al-Nawawi berkata : Jika sekali-sekala menyelak muka surat mashaf ketika solat tidak mengapa." Ulama mazhab Maliki pula berpendapat harus di dalam solat sunat dan makruh di dalam solat wajib. Ini juga pendapat imam Ahmad dalam salah satu riwayat daripadanya. Ulama mazhab Hanafi pula melarang melakukannya samaada di dalam solat sunat ataupun fardhu. Al-Qadhi Abu Ya'la pula memakruhkan di dalam solat fardhu, dan tidak mengapa di dalam solat sunat jika dia tidak menghafalnya. Jika dia menghafal, maka perbuatan itu juga adalah makruh. Namun terdapat hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam kitab Sahihnya demikian juga oleh Malik bahawasanya Zakwan, iaitu hamba Sayyidah 'A-isyah pernah menjadi imam kepadanya dalam bulan Ramadhan dan Zakwan membaca dengan melihat kepada mashaf. Ibn Hajar di dalam kitabnya Fath al-Bari menyebut : "Dijadikan dalil dengannya akan keharusan seorang yang sedang solat membaca dari mashaf. Namun sebahagian melarangnya kerana perbuatan tersebut menyebabkan pergerakan yang banyak." Al-Syeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz menyebut : "Tidak mengapa bacaaan dengan melihat mashaf ketika qiyam Ramadhan, kerana perbuatan tersebut bertujuan mendengarkan para makmum keseluruhan al-Quran, kerana dalil-dalil syara' dari al-Kitab dan al-SUnnah telah menunjukkan disyariatkan membaca la-Quran di dalam solat, dan ianya umum termasuk membaca dari mashaf dan dari hafalan. Telah thabit juga dari 'Aisyah yang menyuruh hambanya Zakwan mengimamkannya qiyam Ramadhan, dan Zakwan membaca dengan melihat mushaf seperti yang disebut oleh al-Bukhari di dalam kitab sahihnya secara ta'lik." Insyaallah pendapat yang benar ialah pendapat yang membenarkan seseorang yang sedang solat termasuk imam melihat mushaf berdasarkan perbuatan sahabat dan 'Aisyah yang pernah melakukannya.

Transcript of MELIHAT MASHAF AL-QURAN KETIKA SOLAT MASHAF AL.pdf · MELIHAT MASHAF AL-QURAN KETIKA SOLAT Soalan:...

MELIHAT MASHAF AL-QURAN KETIKA SOLAT

Soalan: Bolehkah seorang imam melihat kitab suci Al-Quran dari melihat ke tempat sujud. Ini kerana kebanyakkan imam khususnya pada bulan Ramadhan sering melihat teks Al-Quran apabila menunaikan solat Tarawih. Adakah terdapatnya hadis dari Nabi berkaitan hal ini.

Jawapan : Para ulama berbeza pendapat dalam masalah ini. Ulama mazhab al-Syafie berpendapat tidak mengapa seseorang yang sedang solat membaca dari mashaf dengan syarat dia tidak melakukan pergerakan yang boleh membatalkan solat. Jika dia melakukan tiga kali pergerakan (besar) yang berturut-turut, maka batal solatnya. Syeikh 'Atiyah Soqr (ulama terkemuka Mesir masakini) menyebut :

"Kadang-kadang sesuatu yang dapat membantu untuk tidak banyak bergerak dengan meletakkan mashaf yang memiliki tulisan yang besar di atas sesuatu yang tinggi di hadapan orang yang solat, untuk dia boleh membaca daripadanya satu atau dua muka. Dan dia tidak perlu banyak menyelak muka surat, sedikit pergerakan untuk menyelak muka surat tidak membatalkan solat. al-Nawawi berkata : Jika sekali-sekala menyelak muka surat mashaf ketika solat tidak mengapa."

Ulama mazhab Maliki pula berpendapat harus di dalam solat sunat dan makruh di dalam solat wajib. Ini juga pendapat imam Ahmad dalam salah satu riwayat daripadanya.

Ulama mazhab Hanafi pula melarang melakukannya samaada di dalam solat sunat ataupun fardhu.

Al-Qadhi Abu Ya'la pula memakruhkan di dalam solat fardhu, dan tidak mengapa di dalam solat sunat jika dia tidak menghafalnya. Jika dia menghafal, maka perbuatan itu juga adalah makruh.

Namun terdapat hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam kitab Sahihnya demikian juga oleh Malik bahawasanya Zakwan, iaitu hamba Sayyidah 'A-isyah pernah menjadi imam kepadanya dalam bulan Ramadhan dan Zakwan membaca dengan melihat kepada mashaf.

Ibn Hajar di dalam kitabnya Fath al-Bari menyebut :

"Dijadikan dalil dengannya akan keharusan seorang yang sedang solat membaca dari mashaf. Namun sebahagian melarangnya kerana perbuatan tersebut menyebabkan pergerakan yang banyak."

Al-Syeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz menyebut :

"Tidak mengapa bacaaan dengan melihat mashaf ketika qiyam Ramadhan, kerana perbuatan tersebut bertujuan mendengarkan para makmum keseluruhan al-Quran, kerana dalil-dalil syara' dari al-Kitab dan al-SUnnah telah menunjukkan disyariatkan membaca la-Quran di dalam solat, dan ianya umum termasuk membaca dari mashaf dan dari hafalan. Telah thabit juga dari 'Aisyah yang menyuruh hambanya Zakwan mengimamkannya qiyam Ramadhan, dan Zakwan membaca dengan melihat mushaf seperti yang disebut oleh al-Bukhari di dalam kitab sahihnya secara ta'lik."

Insyaallah pendapat yang benar ialah pendapat yang membenarkan seseorang yang sedang solat termasuk imam melihat mushaf berdasarkan perbuatan sahabat dan 'Aisyah yang pernah melakukannya.