Memahami Penggunaan Faktor Permintaan Dan Faktor Kepelbagaian

6
Memahami Penggunaan Faktor Permintaan Dan Faktor Kepelbagaian Di dalam rekabentuk sistem bekalan elektrik, terdapat beberapa faktor pengiraan yang perlu diambil kira oleh seseorang perekabentuk elektrik (electrical designer) seperti berikut :- a) Faktor Permintaan (Demand Factor) Tujuan pengiraan Faktor Permintaan ialah untuk menentukan kapasiti arus (amperecity) sesuatu Sub-Sistem (Sub-Fedeer) seperti Kotak Panel Agihan Elektrik dan juga saiz kabel elektrik untuk disambungkan dari punca bekalan elektrik sebelumnya (contoh Papan Suis Utama). Faktor Permintaan secara spesifiknya membenarkan bahawa kapasiti arus (amperecity) sesuatu sesuatu Sub-Sistem (Sub- Fedeer) seperti Kotak Panel Agihan Elektrik kurang dari 100% daripada jumlah sebenar beban tersambung setiap litar kecil akhir (final branch sub-circuit) yang disambungkan kepadanya. Faktor Permintaan adalah bermaksud nisbah jumlah sebenar penggunaan kuasa/arus elektrik oleh sesuatu beban (peralatan elektrik) berbanding Jumlah Beban Tersambung bagi suatu litar elektrik pada sesuatu tempoh masa (interval of times). Nilai Faktor Permintaan ini selalunya berubah-ubah dari masa ke semasa bergantung kepada keperluan penggunaan beban itu sendiri. Faktor Permintaan = Beban Maksima / Jumlah Beban Tersambung Nilai Faktor Permintaan selalunya adalah lebih kecil atau sama (<=) dengan nilai 1.0 atau 100%. 1

description

Free

Transcript of Memahami Penggunaan Faktor Permintaan Dan Faktor Kepelbagaian

Page 1: Memahami Penggunaan Faktor Permintaan Dan Faktor Kepelbagaian

Memahami Penggunaan Faktor Permintaan Dan Faktor Kepelbagaian

Di dalam rekabentuk sistem bekalan elektrik, terdapat beberapa faktor pengiraan yang perlu

diambil kira oleh seseorang perekabentuk elektrik (electrical designer) seperti berikut :-

a) Faktor Permintaan (Demand Factor)

Tujuan pengiraan Faktor Permintaan ialah untuk menentukan kapasiti arus

(amperecity) sesuatu Sub-Sistem (Sub-Fedeer) seperti Kotak Panel Agihan Elektrik dan

juga saiz kabel elektrik untuk disambungkan dari punca bekalan elektrik sebelumnya (contoh

Papan Suis Utama).

Faktor Permintaan secara spesifiknya membenarkan bahawa kapasiti arus

(amperecity) sesuatu sesuatu Sub-Sistem (Sub-Fedeer) seperti Kotak Panel Agihan

Elektrik kurang dari 100% daripada jumlah sebenar beban tersambung setiap litar kecil akhir

(final branch sub-circuit) yang disambungkan kepadanya.

Faktor Permintaan adalah bermaksud nisbah jumlah sebenar penggunaan kuasa/arus elektrik

oleh sesuatu beban (peralatan elektrik) berbanding Jumlah Beban Tersambung bagi suatu

litar elektrik pada sesuatu tempoh masa (interval of times).

Nilai Faktor Permintaan ini selalunya berubah-ubah dari masa ke semasa bergantung kepada

keperluan penggunaan beban itu sendiri.

Faktor Permintaan = Beban Maksima / Jumlah Beban Tersambung

Nilai Faktor Permintaan selalunya adalah lebih kecil atau sama (<=) dengan nilai 1.0 atau

100%.

• Contoh 1 :

Katakan ; satu litar elektrik disambungkan kepada beban motor elektrik 20 Kw

Penggunaan sebenarnya secara terus menerus adalah hanya 15 Kw.

Maka ; nilai Faktor Permintaan motor elektrik tersebut =15/20 = 0.75 atau 75%.

• Contoh 2 :

Katakan; satu litar elektrik disambungkan kepada 10 biji lampu jenis kalimantang 1x 40W.

Jumlah Beban Tersambung = 10 x 40W = 400W

Penggunaan sebenar lampu pada waktu pagi cuma 5 biji sahaja. Maka nilai Beban Maksima

= 5 biji x 40W = 200W

Maka ; nilai Faktor Permintaan = 200/400 = 0.5 atau 50%

1

Page 2: Memahami Penggunaan Faktor Permintaan Dan Faktor Kepelbagaian

Penerangan dan contoh pengiraan yang diberikan di atas adalah untuk tujuan

kefahaman.

Sub-Sistem (Sub-Feeder) di sini juga bermaksud pepasangan elektrik mengikut jenis premis

bangunan kediaman atau komersil.

Contoh premis bangunan kediaman : rumah teres, rumah sesebuah, kediaman bertingkat

kondominium dsb.

Contoh premis bangunan komersil : sekolah, hospital, hotel,  pejabat, kedai dsb.

Untuk memudahkan kerja-kerja rekabentuk, Jadual Faktor Permintaan berikut boleh

digunakan sebagai rujukan dan panduan :

[table “21” not found /]

 

b) Faktor Kepelbagaian (Diversity Factor)

Tujuan pengiraan Faktor Kepelbagaian ialah untuk menentukan anggaran kapasiti arus

(amperecity) yang diperlukan oleh sesuatu rangkaian sistem bekalan elektrik (pembekalan

dan pengagihan) termasuk mementukan saiz (kapasiti ampere) sesuatu Alatubah.

Dalam konteks Pihak Berkuasa Bekalan Elektrik seperti TNB, pengiraan Faktor

Kepelbagaian ini membantu dari segi kajian rekabentuk keperluan penyediaan infrasruktur

bekalan elektrik termasuk menentukan bilangan dan kapasiti Alatubah termasuk jenis

Bangunan Pencawang Elektrik yang diperlukan.

Faktor Kepelbagaian adalah bermaksud nisbah Jumlah Keseluruhan Beban Maksima

Individu setiap Sub-Sistem (Sub Feeder) berbanding Jumlah Beban Maksima Sistem Utama

(Main Feeder) keseluruhan di dalam sesuatau rangkaian sistem bekalan elektrik.

Faktor Kepelbagaian = Jumlah Beban Maksima Individu / Jumlah Beban Maksima

Keseluruhan

Nilai Faktor Kepelbagaian selalunya adalah lebih besar atau sama (>=) dengan nilai 1.0

atau 100%

Sebab utama mengapa nilai Faktor Kepelbagaian ini selalunya melebihi dari 1 atau

100% ialah berdasarkan andaian atau kajian bahawa tidak semua Beban Maksima

Individu dari Sub-Sistem (Sub-Feeder) digunakan serentak pada sesuatu tempoh masa.

2

Page 3: Memahami Penggunaan Faktor Permintaan Dan Faktor Kepelbagaian

• Contoh 1 :

Katakan ; satu (1) Sistem Utama mempunyai 2 (dua) Sub Sistem iaitu Sub-Sistem A dan

Sub-Sistem B

Sub-Jumlah Beban Maksima Individu untuk Sub-Sistem A = 25kW

Sub-Jumlah Beban Maksima Individu untuk Sub-Sistem B = 35kW

Jumlah Beban Maksima Individu = 25kW + 35kW = 60kW

Katakan ; Jumlah Beban Maksima Keseluruhan = 50kW

Maka ; Faktor kepelbagaian = 60kW / 50kW = 1.2 atau 120%

 

Penerangan dan contoh pengiraan yang diberikan di atas adalah untuk tujuan

kefahaman.

Perlu diingatkan bahawa perincian pengiraan Faktor Kepelbagaian ini adalah berbeza dengan

Faktor Permintaan.

Pengiraan Faktor Kepelbagaian ini adalah berdasarkan kepada jenis litar beban elektrik

seperti lampu, soket kuasa, pendingin hawa dsb.

Untuk memudahkan kerja-kerja rekabentuk, Jadual Faktor Kepelbagaian berikut boleh

digunakan sebagai rujukan dan panduan :

[table “22” not found /]

NOTA EDITOR

 Penerangan mengenai konsep dan pengiraan Faktor Permintaan Dan Faktor Kepelbagaian di

atas adalah berdasarkan Piawaian IEC 60439.

Walaubagaimanapun di Malaysia, kita juga boleh merujuk kepada maklumat dan panduan

berkaitan yang disediakan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) sepertimana kiriman

terdahulu seperti di bawah :

http://www.myelectinfo.com/faktor-kepelbagaian-elektrik/

Perlu diingatkan bahawa semua jenis maklumat dan panduan samada berdasarkan kepada

Piawaian IEC dan juga Pihak Berkuasa Tempatan seperti ST, TNB, SEB, SESCO adalah

sebagai panduan dengan nilai rujukan minima sahaja.

Perekabentuk elektrik digalakkan untuk melakukan kajian dan pengiraan terperinci mengenai

jenis beban dan sifat-sifat operasinya bagi memastikan rekabentuk elektrik yang dihasilkan

adalah bersesuaian dari segi praktikal dan kos pemasangan serta penyelenggaraan.

3

Page 4: Memahami Penggunaan Faktor Permintaan Dan Faktor Kepelbagaian

Faktor Kepelbagaian dalam rekabentuk elektrik adalah bermaksud kelonggaran yang dibenarkan

atau diandaikan di dalam pengiraan Beban Penuh dan Beban Maksima yang akan digunakan oleh

sesuatu pepasangan elektrik.

Kelonggaran yang dibenarkan atau diandaikan adalah bermaksud tidak semua peralatan atau

perkakasan elektrik akan berfungsi dan beroperasi penggunaannya dalam sesuatu masa biasa

atau pada masa puncak oleh pengguna.

Penerangan terperinci mengenai Faktor Kepelbagaian dan Jadual berkaitan boleh dirujuk di

dalam Buku Akta Bekalan Elektrik/Peraturan-Peraturan Elektrik 1994/Jadual Ketiga atau

dilawati dan dilayari di Laman WEB Suruhanjaya Tenaga pada link berikut :-

http://www.st.gov.my/images/article/polisi/regulation_suruhanjaya/third_schedule/

THIRD_SCHEDULE.pdf

Secara khususnya, nilai Faktor Pelbagai ini boleh dirujuk menggunakan panduan yang ditetapkan

oleh Akta Bekalan Elektrik/Peraturan-Peraturan Elektrik.

Secara dasarnya pula, nilai Faktor Pelbagai juga boleh diandaikan oleh Perekebentuk Elektrik

berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman masing-masing.

Berikut disertakan Jadual-Jadual berkaitan Faktor Pelbagai dan Contoh Pengiraan berkaitan

sebagai rujukan :-

i) Jadual Faktor Pelbagai – Berdasarkan Peraturan-Peraturan Elektrik dan Andaian Perekabentuk

Elektrik

ii) Contoh Jadual Beban Tersambung Dan Beban Maksima Termasuk Faktor Pelbagai

(Berdasarkan Peraturan Elektrik)

iii) Contoh Jadual Beban Tersambung Dan Beban Maksima Termasuk Faktor Pelbagai

(Berdasarkan Andaian Perekabentuk Elektrik)

Nota : Penggunaan Faktor Pelbagai mengikut Peraturan-Peraturan Elektrik adalah

digalakkan.

4