Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pendidikan muzik di sekolah...

9
MUZK3093 KAEDAH DAN PENDEKATAN PENGAJARAN MUZIK 1 Bahagian A: Ulasan Kritis Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pendidikan muzik di sekolah rendah Dalam pendidikan muzik awal kanak-kanak di sekolah rendah, prinsip Kaedah Kolady, Pendekatan Orff dan Dalcroze telah lama diaplikasikan dengan luas. Kaedah dan pendekatan ini memberikan maklum balas yang positif dalam mengenalkan dan mengajar murid tentang dunia muzik pada tahap di mana mereka mudah untuk memahami. Konsep muzik dipelajari melalui perlaksanaan aktiviti nyanyian, permainan alat perkusi dan pergerakan muzikal. Falsafah dan konsep bagi setiap pendekatan mempunyai perbezaan dan juga persamaan. Bagi Pendekatan Orff yang diperkenalkan oleh pencipta dan pendidik muzik Jerman iaitu Carl Off menyatakan bahawa Pendekatan Orff merupakan pendekatan yang informal dan menyeronokkan di mana murid-murid akan mempelajari irama, melodi, harmoni, tekstur dan bentuk dengan secara tidak langsung. Murid mempelajari konsep muzik ini dengan bercakap, bertutur dengan irama, menyanyi, menari dan memainkan alat muzik. Bagi Pendekatan Kodaly yang telah diasaskan oleh komposer muzik yang berasal dari Hungary iaitu Zoltan Kodaly menyatakan bahawa muzik adalah hak setiap manusia dan nyanyian adalah asas kepada kemahiran muzik serta menganggap bahawa suara merupakan alat muzik semulajadi. Selain itu, Kodaly juga menekankan bahawa muzik rakyat sesuai dijadikan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran kerana ia melambangkan identiti negara dan merupakan bahan asas kepunyaan rakyat. Muzik rakyat juga lebih menekankan dalam penggunaan bahasa ibunda dan ia dapat diturun-temurunkan secara lisan kepada generasi ke generasi. Bagi Pendekatan Dalcroze yang telah diasaskan oleh pendidik muzik, komposer dan pakar teori muzik yang berbangsa Swiss iaitu Emile-Jacques Dalcroze percaya bahawa setiap ahli muzik perlu berusaha untuk peka dan ekspresif dan menyatakan muzik melalui pergerakan, bunyi, pemikiran, perasaan dan kreativiti yang bermakna. Dalcroze juga menyatakan bahawa tubuh badan murid-murid dianggap sebagai peralatan muzik dalam menginterpresi dan mengekspresikan muzik yang ingin disampaikan. Selain itu, beliau menekankan bahawa murid-murid perlu meningkatkan kepekaan terhadap rentak dan irama serta koordinasi otot kerana aspek-aspek ini adalah penting untuk memperkembangkan kesedaran muzik melalui gerakan tubuh badan. Tambahan pula, ketiga-tiga pendekatan dan kaedah ini juga mempunyai komponen yang tersendiri yang melibatkan improvisasi, solfa, kemahiran pendengaran dalaman, pengalaman muzikal dan penggunaan suara. latihan solfa adalah bertujuan memperkembangkan pendengaran secara aktif agar dapat merangsang saraf dalam

Transcript of Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pendidikan muzik di sekolah...

Page 1: Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pendidikan muzik di sekolah rendah

MUZK3093 KAEDAH DAN PENDEKATAN PENGAJARAN MUZIK

1

Bahagian A: Ulasan Kritis

Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam

pendidikan muzik di sekolah rendah

Dalam pendidikan muzik awal kanak-kanak di sekolah rendah, prinsip Kaedah Kolady,

Pendekatan Orff dan Dalcroze telah lama diaplikasikan dengan luas. Kaedah dan pendekatan

ini memberikan maklum balas yang positif dalam mengenalkan dan mengajar murid tentang

dunia muzik pada tahap di mana mereka mudah untuk memahami. Konsep muzik dipelajari

melalui perlaksanaan aktiviti nyanyian, permainan alat perkusi dan pergerakan muzikal.

Falsafah dan konsep bagi setiap pendekatan mempunyai perbezaan dan juga

persamaan. Bagi Pendekatan Orff yang diperkenalkan oleh pencipta dan pendidik muzik

Jerman iaitu Carl Off menyatakan bahawa Pendekatan Orff merupakan pendekatan yang

informal dan menyeronokkan di mana murid-murid akan mempelajari irama, melodi, harmoni,

tekstur dan bentuk dengan secara tidak langsung. Murid mempelajari konsep muzik ini

dengan bercakap, bertutur dengan irama, menyanyi, menari dan memainkan alat muzik. Bagi

Pendekatan Kodaly yang telah diasaskan oleh komposer muzik yang berasal dari Hungary

iaitu Zoltan Kodaly menyatakan bahawa muzik adalah hak setiap manusia dan nyanyian

adalah asas kepada kemahiran muzik serta menganggap bahawa suara merupakan alat

muzik semulajadi. Selain itu, Kodaly juga menekankan bahawa muzik rakyat sesuai dijadikan

sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran kerana ia melambangkan identiti negara dan

merupakan bahan asas kepunyaan rakyat. Muzik rakyat juga lebih menekankan dalam

penggunaan bahasa ibunda dan ia dapat diturun-temurunkan secara lisan kepada generasi

ke generasi. Bagi Pendekatan Dalcroze yang telah diasaskan oleh pendidik muzik, komposer

dan pakar teori muzik yang berbangsa Swiss iaitu Emile-Jacques Dalcroze percaya bahawa

setiap ahli muzik perlu berusaha untuk peka dan ekspresif dan menyatakan muzik melalui

pergerakan, bunyi, pemikiran, perasaan dan kreativiti yang bermakna. Dalcroze juga

menyatakan bahawa tubuh badan murid-murid dianggap sebagai peralatan muzik dalam

menginterpresi dan mengekspresikan muzik yang ingin disampaikan. Selain itu, beliau

menekankan bahawa murid-murid perlu meningkatkan kepekaan terhadap rentak dan irama

serta koordinasi otot kerana aspek-aspek ini adalah penting untuk memperkembangkan

kesedaran muzik melalui gerakan tubuh badan.

Tambahan pula, ketiga-tiga pendekatan dan kaedah ini juga mempunyai komponen

yang tersendiri yang melibatkan improvisasi, solfa, kemahiran pendengaran dalaman,

pengalaman muzikal dan penggunaan suara. latihan solfa adalah bertujuan

memperkembangkan pendengaran secara aktif agar dapat merangsang saraf dalam

Page 2: Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pendidikan muzik di sekolah rendah

MUZK3093 KAEDAH DAN PENDEKATAN PENGAJARAN MUZIK

2

ketetapan pic yang melibatkan ton serta kualiti ton. Latihan solfa ini juga meningkatkan

kebolehan pendengaran dalaman. Bagi Pendekatan Dalcroze dan Orff, ia menggunakan

pendekatan fixed-do dan bermula dengan skel pentatonik (pic C D E G A) kerana ia mudah

digunakan dengan peralatan alat perkusi serta ianya mudah untuk kanak-kanak menyanyi.

Orff juga dipengaruhi oleh idea-idea Dalcroze dan mengaitkan muzik dengan pergerakan.

Bagi Pendekatan Kodaly pula, ia menekankan tentang solfa do bergerak dengan isyarat

tangan Curwen.

Ketiga-tiga pendekatan ini percaya bahawa proses pengajaran dan pembelajaran

akan lebih berkesan apabila murid diberikan kebebasan untuk belajar serta memberikan

pengalaman yang bermakna kepada mereka. Murid-murid dapat mengaplikasikan

pengetahuan sedia ada dan membentuk rekacipta yang baharu dan kreatif. Ini dikenali

sebagai improvisasi. Improvisasi merupakan satu aktiviti yang boleh meningkatkan imaginasi

dan kreativiti pelajar. Sebagai contoh bagi Pendekatan Dalcroze, piano merupakan alat muzik

yang utama bagi improvisasi pendekatan ini kerana ia melibatkan penggunaan anggota badan

dan muzik seperti pergerakan jari dan tangan. Guru memainkan piano manakala pelajar

melakukan improvisasi pergerakan, bertindak balas secara spontan kepada arahan lisan atau

perubahan unsur muzik. Bagi pendekatan Kodaly pula, guru menekankan soal dan jawab

dalam corak irama dan frasa melodi. Sebagai contoh, guru akan menetapkan bit dan murid

diberikan kebebasan untuk mencipta irama tersendiri berdasarkan bit yang diberikan. Bagi

Pendekatan Orff pula, murid diberikan kebebasan untuk meneroka alat muzik dan

menggalakkan murid menggunakan bahan-bahan buangan. Penggunaan bahan-bahan

buangan ini menggalakkan pelajar meneroka pelbagai jenis bunyi dan menjadikan sesi

pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.

Walaupun ketiga-tiga kaedah dan pendekatan ini mempunyai falsafah, konsep dan

komponen yang tersendiri, guru perlu bijak dalam menggunakan kaedah dan pendekatan

yang bersesuai dengan keperluan dan minat murid. Guru juga bertanggungjawab dalam

menyediakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang bermakna serta memberi peluang

kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif agar pengalaman dan pengetahuan muzikal

mereka meningkat.

Page 3: Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pendidikan muzik di sekolah rendah

MUZK3093 KAEDAH DAN PENDEKATAN PENGAJARAN MUZIK

3

Bahagian B: Penulisan Aktiviti Muzikal

Aktiviti muzikal ini mengaplikasikan prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze

serta memberikan pendedahan kepada murid-murid Tahun 5 dalam menggabungkan ketiga-

tiga pendekatan ini. Penggunaan bahan media seperti komputer riba, skor lagu dan video

digunakan bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan

bahan media dan teknologi dalan pengajaran dan pembelajaran adalah suatu usaha

meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh

guru dan diterima dengan pemahaman yang mendalam oleh pelajar.

1. Nyanyian lagu Chan Mali Chan

Sebelum memulakan aktiviti muzikal di bilik darjah, guru akan melatih murid untuk menarik

nafas dengan cara bermain. Guru boleh menggunakan solfa (do, re, mi) atau ‘la’ dengan

pic yang meningkat secara beransur-ansur. Latihan ini merupakan latihan warm-up

kepada murid melatih pernafasan dan intonasi semasa menyanyi. Seterusnya, guru

memainkan lagu Chan Mali Chan menggunakan komputer riba dan alat pembesar suara

serta menunjukkan lirik lagu Chan Mali Chan (Lampiran 1) pada layar projektor di dalam

bilik darjah. Guru menyanyikan lagu Chan Mali Chan secara keseluruhannya tanpa iringan

muzik. Nyanyian ini akan membantu murid dalam meningkatkan pendengaran dalaman

mereka. Guru kemudian membimbing murid untuk menyanyikan keseluruhan lagu dengan

cara ‘la’ berulang-ulang. Cara ini dapat membantu murid untuk menyanyikan lagu dengan

irama dan pic yang betul. Kemudian, guru meminta murid menyanyikan lagu tersebut

secara beramai-ramai dengan intonasi yang kuat dan bersemangat. Seterusnya murid

akan menyanyikan keseluruhan lagu Chan Mali Chan dengan iringan muzik. Guru perlu

mengambil kira beberapa aspek seperti postur, pernafasan dan penghasilan ton semasa

murid-murid menyanyi.

2. Menepuk corak irama mengikut skor

Guru menunjukkan skor lagu “Chan Mali Chan” (Lampiran 2) di layar projektor. Guru

menerangkan cara menepuk corak irama berdasarkan not-not yang ada pada skor lagu

dengan nilai not (Jadual 1) tersebut. Guru juga perlu mengambil kira tentang tanda rehat

di dalam skor tersebut. Guru juga menetapkan rentak yang tetap untuk dijadikan panduan

semasa menepuk.

Page 4: Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pendidikan muzik di sekolah rendah

MUZK3093 KAEDAH DAN PENDEKATAN PENGAJARAN MUZIK

4

Not Nilai not

Not kuaver

½

Not krocet

1

Not krocet bertitik

1 ½

Not minim

2

Jadual 1: Not-not dan nilai not masing-masing

Selepas mengajar murid tentang nilai not, guru akan menunjukkan demonstrasi dengan

menepuk corak irama berdasarkan skor yang ditunjukkan di layar projektor. Guru akan

mengiringi murid untuk menepuk corak irama pada setiap bar. Jika murid telah menguasai

tepukan corak irama pada bar yang pertama, mereka boleh teruskan ke bar yang

seterusnya. Menepuk corak irama merupakan pendekatan Orff yang fokus kepada perkusi

badan.

3. Mengajuk irama menggunakan sebutan irama

Guru menunjukkan skor ‘Chan Mali Chan’ pada layar projektor di dalam bilik darjah.

Seterusnya, guru akan menerangkan kepada murid untuk memahami tentang sebutan

irama berdasarkan not dan tanda rehat (Jadual 2)

Not Sebutan irama

Not kuaver

Ti

Page 5: Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pendidikan muzik di sekolah rendah

MUZK3093 KAEDAH DAN PENDEKATAN PENGAJARAN MUZIK

5

Not krocet

Ta

Not krocet bertitik

Ta-i

Not minim

Ta-aa

Jadual 2: Not-not dan sebutan irama masing-masing

Guru akan memaparkan skor lagu Chan Mali Chan dengan sebutan irama (Lampiran 3)

mengikut not masing-masing. Guru mengajar murid bar per bar sehingga murid dapat

menguasai sebutan irama bagi keseluruhan lagu.

4. Memainkan alat perkusi mengikut skor

Guru memaparkan skor lagu ‘Chan Mali Chan’ yang lengkap beserta skor alat perkusi

(Lampiran 4 & 5) yang terdiri dari kastanet dan tamborin. Guru akan membahagikan murid

kepada dua kumpulan yang akan memainkan kastanet (Lampiran 4) dan kumpulan yang

akan memainkan tamborin (Lampiran 5). Guru akan membimbing murid memainkan alat

perkusi mengikut skor alat perkusi dengan tempo yang betul. Rajah 3 menunjukkan

bagaimana alat perkusi ini dimainkan.

Alat perkusi Cara dimainkan

Tamborin

Gendang pada tamborin dipukul dan

akan menghasilkan bunyi gendang dan

kerincing. Dimainkan pada bit ke 2 dan 4

sahaja

Tamborin digoncang dan akan

menghasilkan bunyi kerincing sahaja.

Dimainkan pada bit ke 1 dan 3 sahaja

Page 6: Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pendidikan muzik di sekolah rendah

MUZK3093 KAEDAH DAN PENDEKATAN PENGAJARAN MUZIK

6

Tamborin

Kastanet

Kastanet diletakkan pada tapak tangan

dan tangan sebelah menekannya.

Kastanet dimainkan pada setiap not

Jadual 3: Alat perkusi yang terlibat dalam aktiviti muzikal serta bagaimana ia dimainkan

5. Gabungan permainan alat perkusi dan gerakan

Guru menunjukkan demonstrasi pergerakan yang sesuai sambil memainkan lagu Chan

Mali Chan.

Contoh: Not kuaver: berlari

Not krocet bertitik/krocet: berhenti seketika

Not minim: melompat

Murid melakukan pergerakan seperti yang ditunjukkan oleh guru sambil memainkan alat

perkusi mengikut tempo yang betul.

6. Gabungan permainan alat perkusi, gerakan dan nyanyian

Guru membimbing murid untuk menyanyi ‘Chan Mali Chan’ sambil memainkan alat

perkusi. Apabila murid semakin menguasai, guru akan membawa murid untuk

menyanyikan lagu Chan Mali Chan sambil memainkan alat perkusi serta membuat

pergerakkan mengikut irama dan melodi.

Page 7: Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pendidikan muzik di sekolah rendah

MUZK3093 KAEDAH DAN PENDEKATAN PENGAJARAN MUZIK

7

Lampiran

Lampiran 1: Lirik lagu Chan Mali Chan

Page 8: Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pendidikan muzik di sekolah rendah

MUZK3093 KAEDAH DAN PENDEKATAN PENGAJARAN MUZIK

8

Lampiran 2: Skor lagu Chan Mali Chan

Page 9: Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pendidikan muzik di sekolah rendah

MUZK3093 KAEDAH DAN PENDEKATAN PENGAJARAN MUZIK

9