Membangunkan Murid Secara Holistik Dengan Mengukuhkan Keperluan Penyertaan Murid Dalam 1 Sukan

10
Membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform. 1.0 Pengenalan Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Dasar 1Murid 1Sukan pada 9 Jun 2011, yang menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata dasar itu mewajibkan semua murid yang tidak mengalami masalah kesihatan memilih satu jenis sukan ditawarkan pihak sekolah atau dijalankan dengan persetujuan sekolah. Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia menggariskan beberapa perkara bagi memantapkan pelaksanaan dasar ini iaitu pihak sekolah perlu membuat perancangan sistematik, memaksimumkan penggunaan kemudahan, peralatan dan kepakaran sedia ada, mewujudkan kerjasama dengan agensi berkaitan sukan dan memastikan aktiviti sukan dijalankan sepanjang tahun. Dasar 1Murid 1Sukan yang telah diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 banyak mendatangkan manfaat kepada murid. Dasar ini memang penting untuk program pembangunan sukan di sekolah-sekolah. Dasar 1Murid 1Sukan menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dasar ini dikatakan

description

m

Transcript of Membangunkan Murid Secara Holistik Dengan Mengukuhkan Keperluan Penyertaan Murid Dalam 1 Sukan

Page 1: Membangunkan Murid Secara Holistik Dengan Mengukuhkan Keperluan Penyertaan Murid Dalam 1 Sukan

Membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan

keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan

Beruniform.

1.0 Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Dasar 1Murid 1Sukan pada 9 Jun 2011,

yang menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah

dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ketua

Pengarahnya, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata dasar itu mewajibkan semua murid yang

tidak mengalami masalah kesihatan memilih satu jenis sukan ditawarkan pihak sekolah atau

dijalankan dengan persetujuan sekolah. Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia

menggariskan beberapa perkara bagi memantapkan pelaksanaan dasar ini iaitu pihak sekolah

perlu membuat perancangan sistematik, memaksimumkan penggunaan kemudahan, peralatan

dan kepakaran sedia ada, mewujudkan kerjasama dengan agensi berkaitan sukan dan

memastikan aktiviti sukan dijalankan sepanjang tahun.  

Dasar 1Murid 1Sukan yang telah diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada

tahun 2011 banyak mendatangkan manfaat kepada murid. Dasar ini memang penting untuk

program pembangunan sukan di sekolah-sekolah. Dasar 1Murid 1Sukan menjadi serampang

dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah iaitu melahirkan pelajar

yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dasar ini dikatakan berupaya

untuk meningkatkan kadar penglibatan dan penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu

jenis sukan atau permainan di sekolah. Oleh itu, pelbagai manfaat dasar tersebut akan

dihuraikan dengan lebih lanjut dalam perbincangan seterusnya.

Antara manfaat dasar 1Murid 1Sukan ini ialah murid-murid

dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Hal ini demikian

kerana murid-murid yang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dapat mengelakkan diri

daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah dan terlibat dalam gejala negatif. Sebagai

contohnya, murid-murid dapat menyertai aktiviti sukan atau permainan seperti bola sepak,

badminton, sepak takraw, bola tampar, bola keranjang, dan sebagainya. Aktiviti yang

dilakukan itu memang memberikan manfaat yang banyak kepada mereka. Jadi, dengan

mengikuti program ini, murid-murid dapat menggunakan masa dengan berkesan dan dapat

mengelakkan diri daripada aktiviti yang kurang sihat.

Page 2: Membangunkan Murid Secara Holistik Dengan Mengukuhkan Keperluan Penyertaan Murid Dalam 1 Sukan

Dasar ini membolehkan guru-guru mencungkil bakat murid dalam bidang sukan atau

permainan. Melalui sukan yang disertai oleh murid, bakat mereka dapat disuburkan dengan

bimbingan dan latihan daripada guru kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat

sagunya. Murid yang telah dilatih itu boleh mewakili sekolah sebagai pemain bola sepak,

hoki, badminton, squash, boling, olahraga, dan sebagainya. Murid-murid dapat membuktikan

bakat dan potensi mereka itu dan berlatih dengan gigih untuk mencapai kemenangan. Perkara

itu membuktikan bahawa dasar ini dapat mengembangkan bakat murid-murid dalam sukan

atau permainan yang diminati oleh mereka.

Selain itu, program ini dapat mewujudkan budaya yang mementingkan kesihatan

dalam kalangan murid sekolah. Perkara ini penting kerana murid yang aktif dalam aktiviti

sukan akan menyebabkan badan mereka sihat dan cergas. Apabila badan mereka sihat, otak

mereka akan cerdas dan murid-murid akan mudah untuk menerima pelajaran dan seterusnya

mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Dengan perkataan lain, murid-murid yang

sihat dan cerdas ini akan dapat menjawab soalan dalam pelajaran dengan cemerlang. Hal ini

membuktikan bahawa melalui program ini, murid akan sihat dan cergas serta mencapai

kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Seterusnya, dasar ini berupaya untuk menggalakkan penyertaan setiap murid dalam

aktiviti sukan atau permainan. Hal ini demikian kerana setiap murid berpeluang untuk

melibatkan diri dalam bidang permainan atau sukan yang diminati oleh mereka. Selain itu,

perkara ini menunjukkan bahawa tidak ada murid yang diabaikan atau dipinggirkan daripada

melibatkan diri dalam permainan atau sukan yang diminatinya. Jadi, dengan cara itu pihak

sekolah berupaya untuk melibatkan semua murid dalam aktiviti sukan atau permainan. Oleh

itu, jelaslah bahawa dasar ini dapat menggalakkan penyertaan dan penglibatan murid-murid

dalam aktiviti sukan atau permainan yang diminati oleh mereka.

Melalui dasar ini, usaha untuk memupuk semangat kesukanan dan perpaduan kaum

dalam kalangan murid akan menjadi realiti. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan atau

permainan tertentu, murid-murid akan menghayati semangat kesukanan ketika melibatkan

diri dalam sesuatu permainan atau sukan. Sebagai contohnya, murid-murid turut berpeluang

untuk bergaul dengan murid yang berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina, India, Iban,

dan Kadazan dalam sesuatu permainan atau sukan. Perkara ini membolehkan murid-murid

berinteraksi dengan lebih erat dengan rakan-rakan sepasukan yang terdiri daripada berbagai-

bagai kaum. Tegasnya, dasar tersebut dapat membentuk murid yang menghayati semangat

kesukanan dan perpaduan kaum di negara ini.

Page 3: Membangunkan Murid Secara Holistik Dengan Mengukuhkan Keperluan Penyertaan Murid Dalam 1 Sukan

Jelaslah di sini bahawa dasar 1Murid 1Sukan ini merupakan satu tranformasi baharu yang

banyak manfaatnya dalam sistem pendidikan di negara kita. Oleh itu, ibu bapa dan semua

pihak yang terlibat perlu memahami dan menyokong usaha murni ini. Sekiranya usaha ini

tidak mendapat kerjasama daripada semua pihak, sudah tentu hasrat murni tersebut tidak akan

tercapai. Jadi, semua pihak perlu bekerjasama untuk merealisasikan perkara ini, ibarat bulat

air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Dengan usaha yang bersepadu itu,

kita berharap agar murid-murid lebih aktif dan bersemangat dalam bidang sukan demi

kemajuan dan kecemerlangan sukan negara.   

2.0 Isu-isu, implikasi, cabaran, penyelesaian

Pelaksanaan itu akan meliputi semua murid dan pelajar di sekolah rendah dan menengah.

Melaluinya prasarana sukan di setiap sekolah akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa . Ia

tidak memfokuskan kepada sukan terus saja, tetapi meliputi sukan lain juga. Penglibatan

mereka merangkumi semua aktiviti sukan tidak kira melalui pendidikan jasmani, acara sukan

tahunan sekolah atau pertandingan sukan antara sekolah. Sebelum ini beliau yang juga

Menteri Pelajaran menyatakan ibu bapa akan melihat pelaksanaan itu sebagai salah satu

komponen program transformasi pendidikan negara bermula tahun ini.  Menurutnya dasar

tersebut juga untuk mengembalikan kegemilangan sukan ke peringkat sekolah selain

meningkatkan semangat kesukanan dan kesepakatan masyarakat bermula dari bangku

sekolah.

Sementara itu, ibu bapa seharusnya memahami bahawa sukan adalah aktiviti fizikal yang

memerlukan pelakunya menggunakan pelakunya menggunakan tenaga lain bertindak tangkas

seperti berenang, bermain bola dan berlumba lari. Aktiviti sukan tertentu seperti bola sepak,

bola keranjang, hoki, badminton memerlukan suatu pasukan yang terdiri daripada beberapa

orang individu.

Selain itu, pihak pentadbiran sekolah sering guru yang kurang kemahiran dalam sukan

sebagai guru penasihat setiap sukan menyebabkan kekurangan pengisian. Hal ini berpunca

daripada masalah kekurangan guru yang opsyen bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani di

dalam sesebuah sekolah. Selain itu perspektif guru yang mengajar Pendidikan Jasmani pula

memandang rendah terhadap mata pelajaran ini kerana mata pelajaran ini tidak mempunyai

nilai dari segi peperiksaan umum. Kebanyakan sekolah terutama sekolah rendah tidak

menitikberatkan pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Pelajaran pendidikan

jasmani sekolah rendah ada elemen sains sukan walaupun tidak secara detail seperti sekolah

menengah, walaupun pelajar tahap 1 diajar tentang perkara-perkara yang dianggap remeh,

Page 4: Membangunkan Murid Secara Holistik Dengan Mengukuhkan Keperluan Penyertaan Murid Dalam 1 Sukan

namun dari situlah kita belajar bagaimana membina kondisi otot, koordinasi dan elemen-

elemen sains sukan yang lain. .

Dasar 1Murid 1Sukan 1Malaysia bukan saja dapat meningkatkan mutu sekolah di sekolah

dan negara, malah dapat memfokuskan bidang sukan yang perlu dimajukan di peringkat

sekolah rendah dan menengah lagi. Dalam hal ini, Malaysia harus terus berazam dan

berusaha untuk menjadi sebuah negara maju yang teguh, bersatu dan kekal utuh walaupun

menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Sukan dapat meningkatkan tahap fizikal dan

kuantiti kesihatan di kalangan murid dan pelajar. Pembudayaan 1Murid 1Sukan 1Malaysia

juga dapat menjadi nilai budaya yang baik dalam mengekalkan kesihatan di peringkat sekolah

rendah dan menengah ke arah memupuk minda kelas pertama. Kecemerlangan akademik juga

banyak bergantung pada kecemerlangan sukan yang melibatkan murid dan pelajar.

3.0 Mini-mini kajian

Menurut kajian yang dijalankan oleh (Syed Kamaruzaman, Muhamad Akbar, &

Rahmad Sukor, 2014) mendapati antara faktor yang menjadi cabaran kepada pelaksanaan

dasar adalah kekangan dari ibu bapa. Ini kerana ibu bapa beranggapan sukan ini adalah

subjek yang tidak penting dan tidak terdapat dalam peperiksaan. Oleh itu, ibu bapa tidak

membenarkan dan tidak memberi dorongan dan galakkan kepada pelajar untuk terlibat

secara aktif dalam aktiviti sukan yang dijalankan seperti kokurikulum dan 1murid 1sukan.

Selain itu, mereka menganggap bahawa pelajaran akademik lebih penting daripada

kokurikulum (Zaccagnini, 2005). Berdasarkan kajian(Mohd Jaflus, 2008) , hanya seramai

5.6% pelajar aktif dalam sukan yang mendapat 8A dalam peperiksaan PMR berbanding

56.9% yang mendapat 1A sahaja. Walaupun ibu bapa sedar bahawa mata pelajaran ini

penting bagi meningkatkan tahap kesihatan dari segi fizikal dan mental, namun sikap

memperkecilkan mata pelajaran ini telah mempengaruhi minda anak mereka (Usha,

2008).

Di samping kebimbangan ibu bapa membenarkan anak-anak dan juga pelajar itu

sendiri menyertai aktiviti sukan, keupayaan guru-guru sukan menjamin keselamatan

pelajar dalam sukan turut menjadi persoalan. Fenomena ini menjadi semakin serius

apabila kes-kes mahkamah yang melibatkan guru-guru sukan akibat kelalaian dalam

Page 5: Membangunkan Murid Secara Holistik Dengan Mengukuhkan Keperluan Penyertaan Murid Dalam 1 Sukan

menjalankan tugas hingga menyebabkan kecederaan pelajar semakin lazim

didapati(Mawarni, Mohd Sofian, Soon, Zarina, & Rosli Jamil, 2006).

Ramai pelajar beranggapan kegiatan kokurikulum tidak penting dan banyak

membuang masa kerana ianya tidak dinilai sebagaimana kegiatan yang melibatkan

akademik. Halangan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dibebankan lagi

dengan pengendalian program- program yang tidak sempurna(Mohd Jaflus, 2008).

Sebagai contoh terdapat aktiviti pada hari kokurikulum hanya dikendalikan oleh

kumpulan pelajar yang sememangnya kurang berpengalaman tanpa pemantauan dari guru

terlibat. Kesannya pelajar sekolah tidak berminat untuk melibatkan diri. Menurut Adnan

(1990) walaupun sumbangan kokurikulum kepada pendidikan diakui, tetapi konsepnya

masih kurang difahami hingga ada yang masih lagi menganggap bahawa kokurikulum

sebagai kegiatan luar. Oleh itu, tidak menghairankan jika programnya dilaksanakan

secara sambil lewa sahaja dan aktiviti dijalankan secara tergesa-gesa dan tidak diberi

keutamaan seperti matapelajaran akademik.

4.0 Rumusan

Sudah tiba masanya institusi pendidikan yang berpengaruh seperti sekolah dalam

komuniti setempat terutamanya di kawasan luar bandar diberi peluang sama-sama

membangunkan modal insan. Bagi merealisasikan harapan ini kepimpinan sekolah seperti

guru besar haruslah berperanan memikul tanggung jawab tersebut(Ramlan & Ahmad,

2008). Bagi tujuan itu mereka perlulah menempatkan diri mereka dalam kepimpinan

komuniti setempat. Melalui cara ini mereka berperanan untuk bersama-sama membantu

membangunkan modal insan dalam komuniti setempat

Dasar 1Murid 1Sukan 1Malaysia bukan saja dapat meningkatkan mutu sukan di

sekolah dan negara, malah dapat memfokuskan bidang sukan yang perlu dimajukan di

peringkat sekolah rendah dan menengah lagi. Dalam hal ini, Malaysia harus terus

berazam dan berusaha untuk menjadi sebuah negara maju yang teguh, bersatu dan kekal

utuh walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Sukan dapat meningkatkan

tahap fizikal dan kualiti kesihatan di kalangan murid dan pelajar.

Usaha membangunkan modal insan perlu dibuat secara holistik dengan penekanan

terhadap penguasaan sukan dan ilmu pengetahuan, modal intelektual termasuk ilmu,

pembudayaan sikap progresif dengan pengamalan nilai, etika dan moral yang baik

Page 6: Membangunkan Murid Secara Holistik Dengan Mengukuhkan Keperluan Penyertaan Murid Dalam 1 Sukan

(Ahmad, Jailani, & Noraini, 2004). Melalui bidang sukan pembangunan modal insan juga

dapat direalisasikan.

Pembudayaan 1Murid 1Sukan 1Malaysia juga dapat menjadi nilai budaya yang baik

dalam mengekalkan kesihatan di peringkat sekolah rendah dan menengah ke arah

memupuk minda kelas pertama. Kecemerlangan akademik juga banyak bergantung pada

kecemerlangan sukan yang melibatkan murid dan pelajar.

Kesimpulannya, melalui pelaksanaan dasar ini dapat meningkatkan sekolah dengan

melahirkan rakyat yang mampu menghadapi cabaran baru dalam era globalisasi. Bidang

sukan juga adalah bidang penting dalam meningkatkan nama negara di mata dunia pada

masa depan. Melalui generasi yang terdidik dan mempunyai ilmu dalam bidang sukan,

negara akan mencapai kecemerlangan dalam bidang tersebut.

5.0 Rujukan

Ahmad, E., Jailani, M. E., & Noraini, K. (2004). PERANAN KOKURIKULUM DALAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN GENERIK, 1–18.

Mawarni, M., Mohd Sofian, O. F., Soon, L. T., Zarina, J., & Rosli Jamil, A. Z. (2006). Persepsi Guru Sukan Terhadap Aspek Keselamatan dalam Program Sukan, 2(2).

Mohd Jaflus, B. (2008). FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG PENGLIBATAN PELAJAR DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM SUKAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH SEREMBAN, 4–50.

Ramlan, Z. A., & Ahmad, E. (2008). PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT: ISU,CABARAN DAN PERANAN SEKOLAH MEMBANGUN MODAL INSAN DALAM KOMUNITI SETEMPAT. SEMINAR KEBANGSAAN PENGURUSAN PENDIDIKAN PKPGB 2008, 1–9.

Syed Kamaruzaman, S. A., Muhamad Akbar, Z., & Rahmad Sukor, A. S. (2014). FAKTOR KEKANGAN IBU BAPA DAN PERSEKITARAN SEKOLAH DALAM PELAKSANAAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DI SEKOLAH RENDAH. Jurnal Kurikulum Dan Pengajaran Asia Pasifik, (April), 1–15.