memberi pendedahan tentan yang berjalan serentak di dua tempat berbeza. Satu kumpulan pelajar...
Transcript of memberi pendedahan tentan yang berjalan serentak di dua tempat berbeza. Satu kumpulan pelajar...
1 Ogos 2018 : Career Talk anjuran Institut Latihan
Perindustrian (ILP) Kuala Langat dengan kerjasama
COWAM (Persatuan Inspektor Pembinaan
Malaysia) telah diadakan kepada para pelajar Tek.
Cadd Senibina. Program ini bertujuan untuk
memberi pendedahan tentang prospek kerjaya
dalam sektor pembinaan. Semua pelajar yang
menghadiri program ini telah mendaftar sebagai ahli
COWAM.
e-Buletin ILPKLS EDISI OGOS 2018
1 Ogos 2018 : Institut Latihan
Perindustrian Kuala Langat telah
menganjurkan aktiviti Career Talk
yang disampaikan oleh alumni Tek.
Cadd Senibina iaitu Saudara Mohd
Qusyaimi Bin Nor Azlan menyandang
jawatan sebagai Pembantu Arkitek di
syarikat Arkitek Baderulzaman.
Objektif utama program ini dijalankan
adalah untuk memberi pendedahan
dan pengetahuan kepada para
pelajar berhubung hala tuju serta
peluang kerjaya dalam bidang Cadd
Senibina. Selain itu, pelajar-pelajar
juga mendapat informasi tentang
penggunaan teknologi terkini oleh
industri.
6 Ogos 2018 : Perhimpunan Bulanan Ogos 2018 telah
diadakan bertujuan untuk memberi informasi terkini
dari semasa ke semasa kepada semua pelajar ILP
Kuala Langat.
Detik rasmi Malaysia mencapai kemerdekaan serta bebas dari
cengkaman penjajah adalah pada tanggal 31 Ogos 1957. Tahun
ini genap 61 tahun Malaysia telah merdeka. Bersempena dengan
Bulan Kemerdekaan ILP Kuala Langat menganjurkan pertandingan
Selfie yang bertemakan #SayangiMalaysiaku dan Pertandingan
Karaoke Kemerdekaan yang akan bertanding pada 18 Ogos 2018.
Objektif utama program ini dianjurkan adalah bagi memperingati
Serta mendalami erti kemerdekaan yang sebenar bukan sahaja
Merdeka dari penjajah negara bahkan merdeka dari segi pemikiran
serta anasir-anasir negatif yang membawa kepada keburukan.
11 Ogos 2018 : ILP Kuala Langat telah menghantar penyertaan di dalam
pertandingan yang berjalan serentak di dua tempat berbeza.
Satu kumpulan pelajar seramai 5 orang diiringi oleh pengajar pengiring Puan
Rosnidaini bt Shudin telah memenangi saguhati berjumlah RM 500 di dalam
pertandingan Pengisahan Kenegaraan Negeri Selangor yang telah diadakan di
UITM Kampus Puncak Perdana.
Manakala pertandingan Sayembara Dikir Zon Tengah yang diadakan di Dewan
Lavender ILP Kuala Langat, anjuran Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad Banting
telah disertai oleh sekumpulan pelajar seramai 15 orang diiringi oleh pengajar
pengiring En Khairul Anuar b Hasan. Di dalam pertandingan dikir barat ini, ILP Kuala
Langat telah dinobatkan sebagai naib johan dengan membawa pulang hadiah tunai
berjumlah RM 200.
2
3
10 Ogos 2018 : satu latihan pengungsian bangunan dan demo
penggunaan alat pemadam api telah diadakan di ILP Kuala Langat
dengan kerjasama Balai Bomba Banting yang diketuai oleh Tuan Akmal
Azizi Bin Elias @ Mohd Jani dan disertai oleh 3 orang pegawai.
Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (JKKP) insitut yang diketuai oleh Puan Nurashikin Binti
Ismail, Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan) merangkap ketua
pegwai keselamatan institut.
Seramai 409 nyawa yang terdiri daripada kakitangan, pelajar dan
pekerja kontrak selamat dalam latihan kebakaran ini. setelah aktiviti
pengungsian bangunan selesai, program diakhiri dengan praktikal
menggunakan alat pemadam api oleh beberapa orang pelajar dan
kakitangan.
Aktiviti fire drill di ILP Kuala Langat
7 Ogos 2018 : Pihak ILP Kuala Langat telah
menerima kunjungan rasmi daripada YB Adun
Banting, Tuan Lau Weng San dan YB Adun
Kuala Kubu Bharu, Puan Lee Kee Hiong
bersama komuniti setempat. Antara intipati
kunjungan tersebut adalah penerangan berkaitan
ILP Kuala Langat, sesi soal jawab dan lawatan ke
bengkel. Bagi lawatan ke bengkel, YB Adun dan
para pelawat dapat melihat dengan lebih dekat
kemudahan yang disediakan dan perjalanan
pembelajaran di ILP Kuala Langat. Pameran
projek tahun akhir pelajar juga dipamerkan
kepada para pelawat.
Kunjungan Rasmi Adun Banting dan Adun Kuala Kubu
Bharu Ke ILP Kuala Langat