Membetulkan Karamah Maunah, Istidraj, Sihir Dan Silap Mata

8
Yusof Oleh : ABJAD Malaysia PK2090. Karamah, Maunah, Istidraj, Sihir dan Silap Mata konsep perbezaannya amat ketara kekeliruannya di kalangan masyarakat awam. Maka kami perturunkan ringkasan penjelasan supaya mudah untuk difahami semua. 1. Karamah -merupakan suatu kemuliaan dari Allah yang dikurniakan kepada diri zahir dan batin hamba – hambanya yang arif tentang Allah (Arifbillah). Mereka ini mahir sekurang – kurangnya Fardhu Ain, ilmu Usuluddin, Feqah dan Tasauf serta mereka beramal dengannya pada setiap masa dan kelakuan. Ikatan diri mereka sentiasa dengan Allah tanpa pengaruhi oleh alam. Mereka dimuliakan oleh ahli langit dan diperhinakan oleh kebanyakan ahli bumi. 2. Maunah -suatu kemuliaan yang Allah kurniakan kepada diri zahir dan batin hamba – hambanya yang Soleh. Mereka arif tentang ilmu – ilmu Fardhu Ain, Usuluddin, Feqah dan Tasauf tetapi kemampuan beramal adalah terhad. Apabila tiba sesuatu hal ke atas diri mereka sama ada dari Allah Mutlak berhadap dengan apa – apa dari makhluk, mereka terus melipat – gandakan pergantungan diri dan keimanan kepada Allah serta memantapkan lagi dengan berbagai – bagai wirid, doa dan jampian dan segala amalan sunat. Mereka tidak merasa sedih atau kecewa sekiranya permintaan mereka tidak dihasilkan oleh Allah Taala. 3. Istidraj -suatu yang mencarik adat yang Allah kurniakan kepada diri orang yang berpura – pura beramal dengan amalan yang soleh walaupun dirinya mahir Fardhu Ain, Usuluddin, Fiqh dan Tasauf. Setiap amalan wirid, doa dan jampi itu ada penjaganya (khadam). Ahli – ahli yang beramal dengan kaedah ini lazimnya mempunyai suatu perasaan huduh yang tersemat di hati sanubari. Matlamat mereka hanya: a. ingin dipuja c. ingin dikunjungi orang ramai b. ingin pangkat dan kebesaran d. ingin mendapat harta dan kuasa. Golongan khadam ayat dari golongan puak rohani alam rendah

Transcript of Membetulkan Karamah Maunah, Istidraj, Sihir Dan Silap Mata

Page 1: Membetulkan Karamah Maunah, Istidraj, Sihir Dan Silap Mata

Yusof Oleh : ABJAD Malaysia PK2090.

Karamah, Maunah, Istidraj, Sihir dan Silap Mata konsep perbezaannya amat ketara kekeliruannya di kalangan masyarakat awam. Maka kami perturunkan ringkasan penjelasan supaya mudah untuk difahami semua.

1. Karamah-merupakan suatu kemuliaan dari Allah yang dikurniakan kepada diri zahir dan batin hamba – hambanya yang arif tentang Allah (Arifbillah). Mereka ini mahir sekurang – kurangnya Fardhu Ain, ilmu Usuluddin, Feqah dan Tasauf serta mereka beramal dengannya pada setiap masa dan kelakuan. Ikatan diri mereka sentiasa dengan Allah tanpa pengaruhi oleh alam. Mereka dimuliakan oleh ahli langit dan diperhinakan oleh kebanyakan ahli bumi.

2. Maunah-suatu kemuliaan yang Allah kurniakan kepada diri zahir dan batin hamba – hambanya yang Soleh. Mereka arif tentang ilmu – ilmu Fardhu Ain, Usuluddin, Feqah dan Tasauf tetapi kemampuan beramal adalah terhad. Apabila tiba sesuatu hal ke atas diri mereka sama ada dari Allah Mutlak berhadap dengan apa – apa dari makhluk, mereka terus melipat – gandakan pergantungan diri dan keimanan kepada Allah serta memantapkan lagi dengan berbagai – bagai wirid, doa dan jampian dan segala amalan sunat. Mereka tidak merasa sedih atau kecewa sekiranya permintaan mereka tidak dihasilkan oleh Allah Taala.

3. Istidraj-suatu yang mencarik adat yang Allah kurniakan kepada diri orang yang berpura – pura beramal dengan amalan yang soleh walaupun dirinya mahir Fardhu Ain, Usuluddin, Fiqh dan Tasauf. Setiap amalan wirid, doa dan jampi itu ada penjaganya (khadam). Ahli – ahli yang beramal dengan kaedah ini lazimnya mempunyai suatu perasaan huduh yang tersemat di hati sanubari. Matlamat mereka hanya:a. ingin dipuja c. ingin dikunjungi orang ramaib. ingin pangkat dan kebesaran d. ingin mendapat harta dan kuasa.

Golongan khadam ayat dari golongan puak rohani alam rendah yang memang dijadikan oleh Allah Taala untuk menyukakan golongan yang seumpama tersebut dengan beberapa perkara luar biasa. Mereka pada zahirnya beriman dan berakhlak Rasul tetapi sebenarnya (hakikatnya) terjun ke lembah kekufuran sama ada mereka sedar atau tidak sedar. Beramal dengan kufur walaupun pada pandangan zahir mereka ahli yang menjaga syariat dan beramal dengannya.

Punca kesesatan mereka apabila rohani – rohani alam rendah datang mengunjungi mereka dalam tidur atau jaga dengan rupa atas nama – nama orang – orang Soleh sama ada yang masih hidup ataupun telah mati atau membuat tajalli ketuhanan. Lazimnya ia dibebankan dengan beberapa syarat yang menepati hukum syarak untuk diamalkan sebagai

Page 2: Membetulkan Karamah Maunah, Istidraj, Sihir Dan Silap Mata

syarat perjanjian persahabatan dalam semua kelakuan melalui lidah, anggota dan hati di semua tempat, waktu dan masa. Maka bermulalah di saat itu dirinya berada di dalam Syirik Uluhiyyah dan segala rupa bentuk amalan syariatnya tidak ada nilai di sisi Allah.

Mereka tahu dengan sebenarnya dari mana datangnya zahir mencarik adat pada perkataan, perbuatan dan qosad hati. Golongan ini menjadi jaguh dalam bidang perubatan dengan mendatangkan beberapa keajaipan dari jenis – jenis ubat – ubatan, kaedah – kaedah perubatan dan sebagainya. Kadang – kadang melalui gerak langkah mempertahankan diri. Mereka terjebak dalam permainan tunjuk kuat kebatinan supaya mereka dianggap orang yang paling makbul doanya atau Tok Keramat.

4. Sihir-suatu yang mencarik adat yang dikurniakan kepada orang – orang Islam yang ‘asi (durhaka) yang tidak faham Aqidah, Syariat dan Ubudiah serta tidak beramal dengannya. Juga dizahirkan di tangan pendita – pendita yang bukan Islam sama ada Yahudi, Nasrani, Buddha, Majusi atau seumpamanya. Ia mendapat pertolongan daripada rohani jin Islam yang fasik atau kafir dengan perjanjian yang tertentu.

Golongan Islam yang mendapat hal yang mencarik adat melalui kaedah ini selalunya berenang di dalam kejahatan di dalam semua hal. Golongan ini sebenarnya adalah Mulhid dan Zindik dalam bab Aqidah. Selalunya mereka akan mengadakan berbagai – bagai cara atau upacara yang berselindung di sebalik ajaran Islam.

Antaranya:a. Hasan Anak Harimau e. Hakikat Insanb. Wali Suci f. Pati Genic. Budi (Buddha) Suci g. Faham Wahdatul Ujud dalam I’tiqadd. Bathin Sakti h. Baginda Mukhtar dan lain – lain seumpamanya yang lahir dalam negara ini.

5. Silap Mata-suatu yang mencarik adat yang dikurniakan kepada orang – orang yang Islam yang fasik dan orang – orang kafir. Mereka juga terikat dengan perjanjian dan membuat perkara yang diharamkan oleh hukum syarak. Maka mereka mendapat pertolongan dari rohani jin yang kafir.

KHADAM-khadam adalah pembantu atau orang suruhan. Golongan khadam ini akan datang menolong ahlinya salah satu dari dua cara berikut:a. Dampingan Luaran di mana khadam itu akan bekerja bagi pihaknya melalui perbuatan, ucapan atau qosad hati.b. Dampingan Dalaman dipanggil juga Tanasakhul Aruah atau penjelmaan khadam atau jin dalam diri seseorang (menurun) dengan menamakan dirinya di kala itu dengan nama – nama tertentu seperti Nabi Khidir,

Page 3: Membetulkan Karamah Maunah, Istidraj, Sihir Dan Silap Mata

Panglima Hitam, Wali Songo dan seumpamanya. Ianya hanya boleh dibuat menunjuk keajaipan atau mencarik adat selagi mana ujud penjelmaan khadam dalam dirinya; contoh seperti boleh bercakap bahasa Siam, Jawa, Arab dan lain – lain (sedang mereka tidak mengetahuinya / mempelajarinya).

Khadam terbahagi kepada dua, iaitu:a. Khadam Asal. Merupakan malaikat dan rohani Jin Islam peringkat tinggi yang mana seperti nama malaikat. Ia tidak mendatangkan apa – apa syarat kepada ahlinya untuk berkhidmat. Ianya diharuskan oleh syarak.

b. Khadam bersyarat. Golongan ini terdiri dari jin alam rendah sama ada Islam atau kafir. Ia mendatangkan kepada ahlinya dengan perjanjian dan beberapa syarat khusus atau umum sama ada asal hukum syarak atau diharuskan ataupun yang haram dalam hukum syarak. Golongan ini haram di sisi syarak.

PUNCA TERBITNYA AMALAN KARUTDari amalan khadam bersyaratlah amalan jahiliyyah menapak kembali dan ianya turun-temurun dari satu generasi ke satu generasi yang lain hinggalah ke hari ini dan seterusnya ke hari qiamat. Proses amalan yang ada hubungkait dengan puak ‘al-jin’ alam rendah ini pun berpindah dari satu jasad ke satu jasad yang lain pada anak cucu cicitnya yang mana ini dipanggil “SAKA-BAKA”. Bagi anak cucu yang menerima amalan dari datuk nenek mereka, mulailah mereka mematuhi syarat – syarat yang telah ditetapkan itu mengikut jenis jin yang mereka bersahabat iaitu: Jin Islam yang Soleh di alam rendah, Jin Islam yang fasik dan Jin yang kafir.

Pada kebiasaannya kesinambungan ini terjadi dengan mereka disuruh menggantikan tempat datuk nenek mereka setelah menerima isyarat – isyarat sama ada melalui dalam mimpi seperti datangnya orang tua berjubah putih atau orang tua berpakaian hitam atau menyerupai datuk neneknya (pada hakikatnya penjelmaan jin) yang menyuruh ia mewarisi ilmu kedukunan, ilmu persilatan, ilmu perbidanan dan sebagainya melalui perjanjian yang diterima daripada bapa atau ibunya sebelum mereka itu meninggal dunia.

KESESATAN DALAM PERBUATANKesesatan yang berlaku di dalam bidang perubatan terbahagi kepada 3 bahagian:a. Sesat Tok Bomoh, Tok Dukun, Tok Pawang, Tok Bidan, Mak Andamb. Sesat Tok Guru Silat atau Pendekar Silatc. Sesat Ulama

Tok Bomoh, Tok Dukun, Tok Pawang, Tok Bidan, Mak AndamBerlaku kepada mereka yang ada mempunyai hubungan dengan khadam bangsa Jin alam rendah melalui:

Page 4: Membetulkan Karamah Maunah, Istidraj, Sihir Dan Silap Mata

1. Jampi / Mentera / SerapahLazimnya menggunakan jampian atau mentera yang menyeru khadam – khadam sebagai meminta pertolongan untuk membantu mereka memberi rawatan kepada pesakit – pesakit yang mengunjungi mereka. Biasanya dimulai dengan bacaan Basmallah... disudahi dengan selawat atas Nabi atau dengan menyebut La ilaha illalLah Muhammadar RasululLah. Tetapi ditengah – tengah jampi mentera itu terdapat seruan kepada pertolongan yang berbagai.

Kesesatan yang dilakukan oleh Tok – tok bomoh atau pawang jenis ini adalah terhadap dirinya sendiri kerana jampi mentera itu mengandungi permintaan pertolongan kepada kuasa khadam dampingannya di samping mengharapkan pertolongan Allah (iaitu dua Qudrat dua Iradat) yang terang – terang melakukan syirik terhadap Allah Taala.

Mak Andam memainkan peranan penting menghidupkan suasana persandingan ala-hindu dengan adat istiadat pelamin dan pengantinnya. Bermula dari “berinai”, masuk pelamin sehinggalah selesai majlis persandingan dipenuhi suasana dan perkara – perkara khurafat yang berhubung rapat dengan majlis pemujaan Dewa Rama dan Dewi Sita. (Upacara persandingan tidak ujud dalam Islam kerana mempertontonkan aurat wanita dikhalayak ramai itu hukumnya haram. Bahkan persandingan itu bukan sunnah Nabi S.A.W.)

2. Perbuatan / Kelakuan-adalah penjelmaan ruh jin dalam diri mereka yang dipanggil juga Tanasakhul Aruah semasa melakukan perubatan. “Menurun” yang dilakukan untuk mengubati itu dengan bergantung kepada kuasa jin bagi membantu merawat pesakit. Hakikatnya yang menggantikan tok bomoh itu, yang mengubati pesakit itu adalah jin kerana tidak ada nas Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulama’ dan Qias dan lain – lainnya bahawa aruah jin dan wali – wali menjelma masuk dalam diri seseorang dan mempernamakan dirinya dengan nama yang dijelmakan itu.

Tok Guru Silat-berlaku kesesatan dalam persilatan apabila terdapat salah satu dari 5 perkara di bawah ini:1. Petua – petua atau kaedah yang ada mubai’at atau sumpah yang bertujuan kepada hikmah mencarik adat.2. Petua – petua atau kaedah marah atau dimarahi bagi menzahirkan yang mencarik adat.3. Petua – petua atau kaedah yang ada pantang larang menepati hukum syarak.4. Petua – petua atau kaedah yang berpegang kepada kebesaran ayat, wirid, jampi atau doa semata – mata.5. Tidak tahu asal usul dari mana, di mana dan ke mana.

Lazimnya bagi tok guru silat mereka juga adalah tok bomoh. Kesalahan kesesatan yang berlaku bagi mereka ialah sudahlah mereka sendiri telah

Page 5: Membetulkan Karamah Maunah, Istidraj, Sihir Dan Silap Mata

berada di dalam kesesatan kerana amalan – amalan yang menyesatkan kemudian diajarkan pula kepada anak – anak muridnya yang turut mengamalkan ilmu tersebut langsung turut terssat bersama merekanya. Jika diteruskan mengembangkan ilmu tersebut maka akan bertambah ramai lagilah yang akan sesat.

Ulama-sesat ulama’ sekiranya mereka ada berhubung dengan khadam tumpangan iaitu rohani jin Islam alam rendah atau jin kafir yang ada datang mengikut perjanjian penerimaan dalam mimpi atau jaga melalui wirid, jampi atau doa atau seumpamanya. Bermula dari situ ulama – ulama ini akan dikunjungi orang bagi meminta pertolongan seperti solat hajat dan sebagainya serta lain – lain perubatan dan pertolongan di samping memberi kuliah – kuliah agama kepada orang ramai. DI ANTARA PERKARA – PERKARA YANG MENYEBABKAN DOSA BESAR1. Syirik jali, Kufur atau Murtad.2. Membunuh seseorang dengan tiada sumber amal atau syubhat amal.3. Zina.4. Liwat.5. Wat’ie faraj binatang.6. Minum minuman yang memabukkan sekira – kira hasil mabuk.7. Mencuri kadar yang mewajibkan potong tangan.8. Menuduh seseorang dengan zina.9. Jadi saksi dusta.10. Merampas harta anak Adam dengan tiada sebenar.11. Lari daripada hak peperangan jihad kerana menjaga ugama, maruah diri (termasuk bangsa) atau harta (termasuk negara).12. Makan harta riba.13. Makan harta anak yatim walau apa cara sekalipun dengan tiada sebenar.14. Durhaka dua ibu-bapa.15. Dusta atas Rasulullah SAW.16. Menyembunyikan diri daripada menjadi saksi dengan tiada uzur pada hal ia patut hadir.17. Berbuka puasa dengan tiada uzur.18. Bersumpah mengambil harta anak Adam dengan tiada sebenar.19. Mendahulukan sembahyang fardhu atau mentakhirkan daripada waktunya dengan sengaja dan tiada uzur syar’ie.20. Memutuskan perhubungan keluarga dan silaturrahim dengan jiran dan kaum kerabat bukan sebab syar’ie.21. Khianat dalam sukatan timbangan atau bilangan dengan mengurang atau melebihi.22. Meninggalkan sembahyang fardhu dengan tiada uzur syar’ie.23. Menjatuhkan ‘aib (maruah) orang Islam dengan tiada sebenar.24. Munyumpah segala sahabat – sahabat Rasulullah SAW.25. Mengambil rasuah dan memberi rasuah pada melaksanakan hukum.26. Tiada menegahkan lelaki yang halal nikah masuk ke tempat isterinya atau muhrimnya.27. Bercampur gaul antara lelaki dan perempuan yang halal nikah dalam

Page 6: Membetulkan Karamah Maunah, Istidraj, Sihir Dan Silap Mata

satu majlis yang ditegah syarak.28. Mengadu kepada penguasa supaya tindakan diambil ke atas seseorang dengan tiada sebenar.29. Enggan mengeluarkan zakat.30. Meninggalkan menyuruh dengan kebaikan dan meninggalkan mencegah kemunkaran padahal ia berkuasa (ada kemampuan dan kesanggupan).31. Mengamalkan ilmu sihir dan segala rupa atau kaedah bersangkutan dengan khadam bersyarat serta mengajar akan dia.32. Melupakan ayat – ayat Al-Quran atau Hadis yang dihafal.33. Membakar haiwan.34. Enggan seseorang isteri dengan suaminya tanpa sebarang sebab atau durhaka akan suaminya bukan sebab syarak.35. Putus asa daripada rahmat Allah.36. Tidak menghiraukan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat dan berserah diri kepada keampunan Allah.37. Zihar – menyerupakan isterinya dengan ibu pada haramnya.38. Makan daging binatang yang diharamkan dengan membelakangkan taklif syarak.39. Makan bangkai dengan tiada uzur syar’ie.40. Namimah yakni mengadu – domba.41. Mengumpat ke atas ahli – ahli yang beramal dengan ilmunya dan menghafaz al-Quran dan Hadis Saiidul-Anam.