Membuat Corak Dan Rekaan

download Membuat Corak Dan Rekaan

of 22

  • date post

    02-Dec-2015
  • Category

    Documents

  • view

    297
  • download

    3

Embed Size (px)

description

BIDANG MEMBUAT CORAK DAN REKAAN DALAM PSV

Transcript of Membuat Corak Dan Rekaan

MEMBUAT CORAK DAN REKAANCorak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang. Motif ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik. Corak tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi seperti bunga buluh, corak pucuk rebung dan corak bunga kiambang.Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya ialah corak tidak terancang. Corak tidak terancang terdiri daripada pulaman, tiupan, titisan, ikatan dan celupan serta renjisan dan percikan. Seterusnya ialah corak terancang. Corak terancang pula terdiri daripada lukisan, catan, cetakan, capan, lipatan dan guntingan, resis, kolaj dan kaligrafi.Bidang ini memberi peluang kepada murid untuk memahami pelbagai cara untik menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi satu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan yang lain seperti binaan dan kraf. Bidang membuat corak dan rekaan membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan sekeliling.

CorakTeknik

Corak Terancang Lukisan Catan Cetakan Capan Lipatan dan guntingan Resis Kolaj kaligrafi

Corak Tidak Terancang Pualaman Tiupan Titisan Ikatan dan Celupan Renjisan dan Percikan

Di dalam bidang mencorak dan membuat rekaan, terdapat beberapa jenis susunan yang perlu dikuasai pelajar. Antaranya ialah susunan ulang sekata, berselang seli, batu bata, cerminan, bertindih, beralun dan seterusnya susunan berpusat. Motif untuk menghasilkan corak boleh diperolehi dari pelbagai sumber, misalnya seperti dari rupa atau bentuk alam ciptaan ilahi, rupa dan bentuk geometri serta rupa atau bentuk dari bahan buatan manusia.

CORAK TERANCANGBil TeknikAlat dan bahanProses

1LukisanWarna air dan kertasLukis dengan teknik warna air atau poster

2CatanCat minyak dan kanvasLukis dengan teknik cat minyak

3capanMedia alam semulajadiWarnakan permukaan objek dan cetakannya di atas kertas

4Lipatan danGuntinganKertas warna dan kertas lukisanLipat dan guntingkan mengikut corak yang disukai

5Cetakan Papa lino dan lino inkLakar dan ukir papan lino. Gelek dengan warna, lalu pindahkan imej pada permukaan kertas

6Resis Lilin, air, warna dan kertas lukisan Lakarkan imej pada kertas dengan lilin dan warnakan

7KolajKertas warna dan bahan terbuangTampal bahan di atas kertas dan jadikannya gubahan imej

8Kaligrafi Kertas warna dan warna airLukiskan corak bermotifkan huruf dan warnakan

LUKISANLukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Alat, Media Dan BahanPensil H: Adalah sejenis pensel jenis kerasPensil B (2B - 8B) : Adalah sejenis pensel lembutPensil warna: Terdiri daripada berbagai jenis warnaArang: Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesanPen dan dakwat: Mempunyai kesan garisan yang lebih halusSoft Pastel: Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai kesan lembutKrayon: Juga lembut dan mempunyai kesan lilinPen marker: Menghasilkan kesan garisan tebal. Marker pelukisan (rendering marker)Kapur : Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal TEKNIK PENGHASILAN KARYAa. Garisan silang himpunan garisan silang menghasilkan tonb. Titik digunakan untuk menghasilkan bentuk dan tonc. Lorekan melorek kawasan gelap untuk tunjukkan tond. Gosokan- letakkan kertas lukisan di atas permukaan jalinan, kemudian gosokkan menggunakan media kering.

Proses penghasilan lukisan 1. Lakarkan bentuk geometri mengikut kreativiti2. Lakarkan imej berdasarkan bentuk geometri, contohnya ikan bersisik3. Gelapkan kawasan tertentu menggunakan media kering 4. Menggosok arang untuk menampakkan ton warna pada lukisan 5. Corak ikan bersisik terhasil menggunakan arang

Contoh karya lukisan dalam bidang mencorak

CETAKANSatu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain iaitu kertas atau kain. Cetakan juga satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain.JENIS-JENIS CETAKAN(a) Cetakan Timbulan (Relief)(b) Cetakan Stensil atau Skrin(c) Cetakan Lithografi/Planograf / Cetakan datar(d) Cetakan Benaman (Intaglio)(e) Cetakan Gurisan Asid(f) Cetakan Kayu(g) Cetakan Lino(h) Cetakan Lithografi(i) Cetakan Sutera Saring(j) Cetakan Stensil Kaedah Potongan Kertas Pendua(k) Cetakan Stensil Kaedah Filem Laker

ALAT, MEDIA DAN BAHANPelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan misalnya seperti blok, warna, dakwat, cetakan lino, strawboard dan poliformTEKNIK / PROSES PENGHASILAN KARYA.i. Sediakan bahan untuk dijadikan sebagai alat atau blok persembahan imej untuk cetakanii. Bahan tadi diukir mengikut motif tertentu untuk menghasilkan imej pada permukaan rata iii. Sapukan warna pada permukaan bahan yang telah diukir (Blok)iv. Tekapkan blok yang telah diwarnakan ke atas permukaan ratav. Imej akan terhasil pada permukaan tersebut

Contoh karya cetakan dalam bidang mencorak

KOLAJKolaj ialah potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Kerja-kerja ini dibuat dengan menampal tulisan kertas-kertas, kain atau bahan-bahan lain ke atas permukaan 2D.ALAT, MEDIA DAN BAHANAlatBahan

a. Guntingb. Kertasc. Gama. Kertas lukisanb. kertas warnac. Gambar fotod. Cetakan majalahe. Kain percaf. Kepingan-kepingan nipis yang lain

TEKNIK / PROSES PENGHASILAN i. Lukis gambar atau bentuk yang diingini.ii. Potong atau gunting bahan yang ingin ditampal (kertas warna, majalah, kertas pembalut hadiah, kain perca dan lain-lain) mengikut bentuk dan saiz yang sesuai.iii. Tampal pada gambar yang telah dilukis atau dibentuk tadi dengan cara bertindih sehingga tidak menampakkan ruang yang kosong.

RESISResis ialah satu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke atas pemukaan yang telah disapukan dengan lilin di bahagian yang tidak mahu dicat atau diwarnakan. Aktiviti menggambar boleh dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang telah disapu dengan lilin. Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindumgi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru.ALAT, MEDIA DAN BAHANa. Berusb. Lilin c. Krayond. Oil pastere. Straw minumanf. Lukisan g. Warna air h. Palleti. Suratkhabarj. Kain buruk

TEKNIK / PROSES PENGHASILANi. Pelukis membuat lakaran gambar atau objek di atas kertas, ii. kemudiannya menggosok lilin, krayon atau oil paster di atas lakaran tersebut. iii. Warnakan permukaan kertas tersebut menggunakan warna air mengikut kesesuaian. iv. Teknik resis ini menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan kekal dalam keadaan warna asal. v. Resis juga boleh dilakukan dengan cara menggunakan titisan-titisan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.

D Contoh karya resis dalam bidang mencorak

CATANCatan ialah penghasilan karya seni visual di atas kertas atau kanvas menggunakan media basah seperti cat air dan cat mintak. Catan merupakan satu saluran untuk para pelukis meluahkan perasaan, membuat intepretasi pandangan, merakam gambaran serta menyampaikan hasrat diri atau masyarakat dalam bentuk imej visual. ALAT, BAHAN DAN MEDIAa. Alat- Surat Khabar,berus jenis lembut dari pelbagai saiz, palet,kertas cat air jalinan kasar atau kertas kartrij tebal dan kain buruk.b. Bahan-cat air, cat poster,cat tempera,gam arab dan kertas lukisan.TEKNIK / PROSES PENGHASILAN KARYATEKNIK BASAH ATAS KERINGTeknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk menghasilkan kesan legap, campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan terlalu cair, agak senang dikawal sapuan warnanya kerana disapu ke atas permukaan kertas yang kering.

Teknik Atau Proses Penghasilan KaryaWarna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yang nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.

Contoh karya catan dalam bidang menggambar

CAPAN Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semulajadi yang mempunyai jalinan tertentu. Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok cetakan. Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan dipermukaan bahan semulajadi atau bahan alam tersebut. Contohnya, cap jari menghasilkan kesan yang sama dengan jalinan yang ada pada jari.

ALAT, BAHAN DAN MEDIA a.Kertas Lukisanb.Warna airc.Berus catd.Bekas warnae.Bawang merah (sedia dipotong)f.Kentang (sedia dipotong)g.Bendi(sedia dipotong)h.Air (Jika perlukan )

TEKNIK / PROSES PENGHASILAN KARYAi. Cari bahan alam atau semulajadi yang mempunyai jalinan seperti daun, buah dan pelepah pisang.ii. Sapukan warna ke atas permukaan jalinan bahan alam atau semulajadi iii. Bahan yang telah diwarnakan tadi di tekapkan ke atas permukaan kertas.iv. Alihkan bahan alam dan corak akan terhasil di atas permukaan kertas. Contoh karya capan dalam bidang mencorak

LIPATAN DAN GUNTINGANLipatan dan guntingan ialah teknik melipat, menggunting dan menampal bentuk di atas kertas tapa