Membuat Corak Dan Rekaan Dalam Pendidikan Seni

25
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002 1.Pengenalan Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam meghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Dalam teorinya, corak ialah suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometrical dan organik. Corak Tradisi mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisional. Contoh yang biasa kita dengan adalah seperti corak bunga buluh,pucuk rebung,bunga kiambang dan sebagainya. Dalam tugasan ini akan cuba dibincangkan satu kajian dan analisa terhadap rekaan dikehendaki menjalankan kajian analisa terhadap rekaan dan corak yang terdapat pada objek kain sarung batik. Batik yang sarung yang dipilih kerana ianya merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu. 1

Transcript of Membuat Corak Dan Rekaan Dalam Pendidikan Seni

Page 1: Membuat Corak Dan Rekaan Dalam Pendidikan Seni

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002

1.Pengenalan

Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam meghasilkan sesuatu

karya seni. Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang

tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Dalam teorinya,

corak ialah suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau

secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu

Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Motif pula merupakan rupa atau

bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Motif terdiri daripada motif

flora, fauna, geometrical dan organik. Corak Tradisi mempunyai motifnya

tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisional.

Contoh yang biasa kita dengan adalah seperti corak bunga buluh,pucuk

rebung,bunga kiambang dan sebagainya.

Dalam tugasan ini akan cuba dibincangkan satu kajian dan analisa terhadap

rekaan dikehendaki menjalankan kajian analisa terhadap rekaan dan

corak yang terdapat pada objek kain sarung batik. Batik yang sarung yang

dipilih kerana ianya merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di

Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah

pembuatan batik secara tradisional.

Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai

alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan

alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri

Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari

perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik

pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu,

sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun

1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat

di Kelantan dan Terengganu.

1

Page 2: Membuat Corak Dan Rekaan Dalam Pendidikan Seni

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002

2.Objek Pilihan: Sarung Batik Terap/Blok

Objek Kajian :Batik Sarung Lukis

Batik Sarung pada asasnya mempunyai Malaysia cirri-ciri tersendiri seperti

Kepala Kain, Kaki Kain, Badan Kain dan Pengapit Kepala Kain. Biasanya

Kepala Kain di pakai disebelah belakang atau disisi sipemakai.

Gambarajah. B: Ciri-Ciri Sarung Batik Malaysia

2

Page 3: Membuat Corak Dan Rekaan Dalam Pendidikan Seni

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002

3. Jenis-Jenis Motif Pada Objek

Dalam penghasilan batik, unsur utama yang menjadi batik itu unik adalah

dengan adanya motif-motif yang dipilih dan disusun dengan kreatif serta

diwarmakan dengan sempurna dengan kreatif. Motif-motif yang digunakan

biasanya yang berunsur alam semulajadi dan tradisional. Diantara unsur-unsur

yang terdapat adalah bermotifkan fauna, flora dan geometri.

Motif flora yang merupakan unsur tumbuhan yang amat digemari dan

digunakan ialah pucuk rebung,bunga mangga, kenangga,cempaka,melur dan

sebagainya. Bunga,pucuk,kudup,putik,daun dan ranting digunakan dan diolah

serta dipelbagaikan dalam corak yang pelbagai.

Motif fauna pula menjurus kepada motif haiwan yang kerap digunakan ialah

ayam,itik, serangga dan unggas. Motif ini selalunya diolah dan digabungkan

dengan motif flora.

Motif geometri selalunya lebih digemari dalam pembikinan batik kerana ianya

lebih mudah dan ringkas untuk diolah. Antara motif geometri yang popular ialah

segi tiga pucuk rebung,segi empat,garisan lurus, swastika, gandaan huruf “S”,

bulatan dan sebagainya.

Namun dalam batik sarung yang kita pilih seperti Rajah A diatas, penggunaan

motif adalah merangkumi motif flora, fauna dan geometri. Motif flora seperti

motif bunga mangga diguna secara dominan pada badan kain yang berlatarkan

warna biru yang lebih gelap.Susunannya adalah secara menegak dan agak

longgar. Namun gabungan susunan dan kontras warnya menampakkannya

agak jelas dan menarik.

Motif corak pada kaki kainnya agak mudah dengan adunan garisan dan motif

pucuk rebung yang disusun dengan rapi secara menegak.

3

Page 4: Membuat Corak Dan Rekaan Dalam Pendidikan Seni

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002

Pada kepala kain, corak geometri berbentuk bulatan dan berbintang ditengah

bulatan dipilih disempadani dengan garisan motif banji yang disusun

berurutan.Diantara garisan banji sisip dengan bentuk-bentuk geometri yang

lebih kecil berupa motif fauna yang berbentuk sayap, sawat dan kupu-kupu.

4. Lakaran Motif

Bunga Mangga

4

Page 5: Membuat Corak Dan Rekaan Dalam Pendidikan Seni

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002

Pucuk Rebung

5

Page 6: Membuat Corak Dan Rekaan Dalam Pendidikan Seni

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002

Motif Geometri

6

Page 7: Membuat Corak Dan Rekaan Dalam Pendidikan Seni

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002

Motif Pelbagai Fauna

5. Teknik Penghasilan Batik Terap/Blok

7

Page 8: Membuat Corak Dan Rekaan Dalam Pendidikan Seni

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002

Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak.

Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam yang digelar sarang. Proses ini

dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah

selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna

sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

Gambarajah C: Blok atau Sarang

5.1 Alatan Untuk Membuat Batik Terap/Blok

Dalam proses untuk menghasilkan batik terap atau blok, biasanya peralatan

asasnya tidak banyak berbeza dengan penghasilan batik tulis atau batik skrin.

Peralatan asas yang utama ialah lilin, kain dan pewarna dan yang membeza

diantara batik terap atau blok dengan yang lainnya hanyalah teknik

penghasilan corak dan motif. Diantara alatan yang digunakan untuk membuat

batik terap adalah seperti berikut:

i. Sarang atau blok bunga sebagai acuan yang dibuat sama ada

daripada kayu logam atau tembaga yang telah diukir.Blok atau

sarang ini dibentuk khas dan dipateri mengikut rekaan corak.

ii. Meja pengecap yang dilapik dengan kelopak batang pisang untuk

membolehkan lilin menyerap pada permukaan kain yang

8

Page 9: Membuat Corak Dan Rekaan Dalam Pendidikan Seni

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002

diterap.Kelopak batang pisang yang digunakan adalah daripada jenis

pisang benggala,kelat air atau pisang rasa. Selain kaedah

tradisional,kaedah moden juga digunakan seperti melapik meja

dengan span atau fabric seperti guni yang boleh menyerap pewarna.

iii. Kain kapas atau kain yang boleh menyerap pewarna.

iv. Kuali leper untuk memasak bahan campuran lilin.

v. Kuali kawah untuk mendidih air bagi proses menanggalkan lilin

melalui cara merebus kain.

vi. Tempat jemuran yang terdedah cahaya matahari.

5.2 Proses Penghasilan

Proses menerap batik mempunyai beberapa langkah yang perlu diambil

perhatian dan dilakukan dengan penuh hati-hati agar ianya menghasilkan

sesuatu hasil seni yang bermutu. Jika tidak, bukan saja hasilnya tidak

mencapai tahap bermutu yang diharapkan tetapi akan merugikan. Langkah-

langkah dalam proses ini adalah seperti:

i. Membasuh kain untuk menghilangkan kanji.

ii. Membentangkan kain yang telah dibasuh diatas meja

pengecap.Pastikan kain diratakan dan ditegangkan untuk

membolehkan proses penerapan dilakukan dengan kemas dan

lancar.

9

Page 10: Membuat Corak Dan Rekaan Dalam Pendidikan Seni

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002

iii. Panaskan lilin didalam kuali leper.

iv. Celup blok atau sarang kedalam lilin dan terapkan lilin keatas

permukaan kain. Lakukan dengan kemas.Pastikan blok yang

digunakan adalah betul mengikut corak kerana untuk sehelai kain

sarung,corak badan kain adalah berbeza dengan kepala kain atau

bahagian lain. Untuk menghasilkan sehelai kain sarung,lebih

daripada satu blok digunakan.

v. Celup kain kedalam pewarna Naphtol.Warna yang berbeza

digunakan dimulai dengan warna muda diikuti dengan warna gelap.

vi. Rebus kain dan campurkan serbuk soda (soda ash).

vii. Basuh dan jemurkan kain.

5.3 Proses-Proses ikut urutan teknik Blok

1.Kain perlu dibasuh untuk buang

kanji

2. Membentangkan kain yang telah

dibasuh diatas meja

10

Page 11: Membuat Corak Dan Rekaan Dalam Pendidikan Seni

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002

3. Panaskan lilin 4. Celup blok atau sarang kedalam lilin

dan terapkan lilin keatas permukaan

kain

5. Celup kain kedalam pewarna

Naphtol6.Rebus kain dan campurkan serbuk

soda (soda ash).

7. Rendam dan bilas kain 8.Jemur

6. Persamaan Motif dengan Kraf Tradisional Lain

11

Page 12: Membuat Corak Dan Rekaan Dalam Pendidikan Seni

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002

Jika diterliti motif yang digunakan dan terdapat pada objek yang dikaji ia itu

sarung batik terap, sesungguhnya persamaan motif yang digunakan amat

jelas mempunyai kaitan yang ketara dengan kraf tradisional lain di nusantara.

Motif pucuk rebung yang bergeometri segi tiga dan digabung dengan motif

bunga mangga dan motif-motif lainnya adalah amat popular juga diguna untuk

menghias sisi labu sayong, kain songket, wau dan sebagainya. Ini jelas

menampakkan suatu pertalian kebudayaan dan gaya hidup setempat

disamping mempunyai kaitan yang intim dengan persekitaran dan alam

semulajadi.

Gambarajah D : Motif geometri dan flora pada labu sayong

Motif pucuk rebung juga terdapat pada kain sonket tenunan dan selalunya

digunakan pada kaki kain dan sebagai motif dominan di kapala kain songket.

Hanya gaya ianya dipersembahkan menampakkan suatu keunikan yang

ketara. Pada kain songket, motif itu di tenun menggunakan benang emas

sementara pada batik terap, ianya dicop atau diterap dengan lilin dan disaluti

atau direndami dengan pelbagai warna.

12

Page 13: Membuat Corak Dan Rekaan Dalam Pendidikan Seni

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002

Gambarajah E : Motif geometri dan flora pada corak songket

Kraf tradisional tradisional seperti tembikar juga mempunyai kebiasaan

mengunakan motif-motif yang berkaitan dengan persekitaran dan alam

semulajadi. Ini selalunya terdapat dalam corak estetik yang hendak ditonjolkan

pada reka luaran pasu Sarawak dan labu sayung. Motif yang selalu diguna

pakai adalah seperti motif bunga mangga, pucuk rebung disamping motif-motif

geometri, alam fauna dan flora lainnya. Penggunaan motif-motif tradisional ini

pada penghasilan kraf tembikar telah menjadikannya suatu keunikan dan dapat

membezakan tembikar Malaysia dengan kraf tembikar luar nusantara.

Gambarajah F : Motif pucuk rebung dan flora pada pasu Sarawak

13

Page 14: Membuat Corak Dan Rekaan Dalam Pendidikan Seni

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002

Gambarah G : Motif Corak Flora pada wau

Begitu juga dengan kraf tradisional lainnya seperti pada wau, kraf ukiran dan

lain-lainnya. Pada wau motif flora dan fauna sering digunakan untuk

menambah unsur estetik terutamanya yang terdapat pada wau bulan. Begitu

juga dengan kraf ukiran kayu tradisional dimana motif-motif flora dan fauna

dijadikan suatu kemestian dalam penghasilan karya asli. Perkaitan kraf

tradisional seperti batik dan kraf-kraf tradisional lain tidak dapat tidak

mempunyai pengaruh secara semulajadi berdasarkan kebudayaan dan

kepercayaan mistik sesuatu tempat. Pengaruh persekitaran,kepercayaan dan

punca ilmu dan kemahiran yang disampaikan secara turun-temurun daripada

suatu genarasi ke genarasi yang seterusnya juga telah menjadikannya sebati

kepada tanggapan estetik penggemar keseniannya lantas diterima sebagai

sesuatu yang mesti dan jika diabaikan pula akan menghilangkan identiti

sesuatu kraf tradisional yang dihasilkan.

Gambarajah H: Motif Bunga Raya

14

Page 15: Membuat Corak Dan Rekaan Dalam Pendidikan Seni

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002

7. Kepentingan Rekaan dan Corak Kain Sarung Batik

Awalnya aktiviti membuat batik hanya terbatas kegunaan diraja saja dan ianya

dihasilkan untuk pakaian raja dan keluarga serta para pembesar mereka. Oleh

kerana banyak daripada pembesar tinggal diluar istana, maka kesenian batik

ini dibawa oleh mereka keluar dari istana dan dihasilkan pula ditempat masing-

masing. Ini menjadikanya hak rakyat jelata. Apabila batik telah digunakan

secara meluas dikalangan rakyat biasa dan tukang pandai seni yang

bilangannya juga semakin ramai maka timbul masalah hak cipta. Kepentingan

utama rekaan dan corak kain batik sarung ialah hak cipta, nilai estetik, nilai

komersial dan nilai identiti.

Hukum Hak Kekayaan Intelektual (HKI) mencegah dilakukannya tindakan

penciplakan atau plagiat, yaitu suatu tindakan dengan maksud menarik

keuntungan dari ciptaan-ciptaan yang merupakan kekayaan intelektual

seseorang. Hukum HKI juga menetapkan kaedah-kaedah hukum yang

mengatur ganti rugi yang harus dipikul oleh orang yang melanggarnya

dengan melakukan penciplakan.4

Berkaitan dengan perlindungan hukum atas hak cipta yang merupakan

bagian dari HKI, Ricketson (1991) mengemukakan:5

“…. It has been popular to argue, particularly in continental jurisdiction,that

a person has a natural right to the product of his labour and this

should be recomized as his property, whether tangible or intangible. With

respect to copyright, it has been said that this theory sees the foundation of

the right of

an author in the very nature of things.”

Ricketson (1991)

15

Page 16: Membuat Corak Dan Rekaan Dalam Pendidikan Seni

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002

Senada dengan yang dikemukakan Ricketson, Deklarasi Universal Hak-

Hak Asasi Manusia Perkara 27 ayat 1, menetapkan;

“Setiap orang mempunyai hak sebagai pencipta untuk mendapatkan

perlindungan atas kepentingan-kepentingan moral dan material yang

merupakan hasil dari ciptaannya di bidang ilmu pengetahuan sastera dan

seni”

Sehubungan dengan itu, rekaan dan corak yang asli dan dihasilkan oleh

seseorang penggiat seni merupakan sesuatu aset yang harus dilindungi

daripada diciplak. Walaupun motif-motif yang dihasilkannya adalah

berdasarkan motif dan corak tradisional, namun reka susun dan gabungan

warna dan teknik yang digunakan harus boleh membezakannya daripada reka

bentuk seni yang dihasilkan terlebih awal serta mempunyai nilai estetik yang

tersendiri.

Selain daripada itu, rekaan dan corak pada sesuatu karya pada penghasilan

batik sarung juga memain peranan sebagai sesuatu nilai estetik yang hidup

mengikut aliran zaman. Corak yang sterotaip tanpa pengubahsuaian dan nilai

seni yang kreatif mengikut kehendak zaman akan menjadikannya “mati” dan

hanya layak untuk menjadi bahan sejarah. Kreativiti penggiat seni yang

berterusan mencipta corak dalam rekaan batik sarung mengikut kehendak dan

permintaan penggemar batik akan menjadikan batik sesuatu yang diminati dan

mempunyai nilai komersial yang berterusan. Ini akan memberi nilai tambah

kepada penggiat seni batik tersebut.

Nilai komersial yang terdapat pada batik sarung bergantung kepada rekaan

dan corak yang dihasilkan pada permukaan batik sarung. Nilai komersial inilah

yang merancakkan industi pembikinan batik di Malaysia. Nilai komersial akan

secara tidak langsung membangkitkan suatu pesaingan dikalangan penggiat

batik untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan unik. Sudah pasti rekaan dan

corak yang akan dihasilkan menitik berat perancangan yang terliti untuk

menghasilkan sesuatu yang baru. Ini dapat kita lihat dipasaran, setiap bulan

16

Page 17: Membuat Corak Dan Rekaan Dalam Pendidikan Seni

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002

akan ada sesuatu corak yang baru diperkenalkan oleh pelbagai pengusaha

batik tempatan

Nilai identiti juga memainkan peranan pada rekaan dan corak batik sarung.

Akhir-akhir ini ada pihak tertentu cuba menuntut hak asal pembikinan batik

terutamanya daripada negara yang mempunyai rumpun yang sama. Identiti

batik Malaysia dengan batik-batik keluaran negara jiran seperti Indonesia,

Negeri Thai dan sebagainya mempunyai keunikan rekaan dan corak tersendiri

dan perbezaannya juga ketara.Ini secara langsung memberi identit yang

tersendiri kepada batik Malaysia dan membezakannya dengan batik negara

lain.Yang jelas disini, rekaan dan corak pada batik-batik yang dihasilkanlah

yang memainkan peranan memberi identiti kepada sesuatu hasilan seni karya

tersebut.

Kesimpulannya, rekaan dan corak didalam karya seseorang penggiat seni batik

sesungguhnya memberi pengertian yang amat mendalam dan bukan hanya

untuk nilai estetik semata-mata. Corak dan rekaan pada sebidang batik sarung

mempunyai hak ciptaan, nilai komersial dan identitinya tersendiri.

8. Rancangan Pengajaran Pendidikan Seni Visual.

17

Page 18: Membuat Corak Dan Rekaan Dalam Pendidikan Seni

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002

Kelas: Tahun 5 Masa: 180 minit

Waktu: 3 minggu

Objektif Modul:

Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada murid-murid secara “hand-on” tentang

teknik melukis,mewarna dan proses untuk menghasilkan batik sarung yang kreatif

dan menarik.

Bidang dan Tajuk: Membuat Rekaan dan Corak (Kegiatan Membuat BatikTekap)

Ojektif Pengajaran:

1. Pada akhir sesi pembelajaran, pelajar-pelajar dapat menggabungkan pelbagai

alat, bahan dan teknik dalam penghasilan secara kreatif dalam proses

menghasilkan batik.

2. Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan mata pelajaran lain dalam usaha

mewujudkan idea yang kreatif.

3. Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari

Alat Bantu dan Bahan:

Gambar Contoh, Kain batik, kain putih kapas, lilin, blok yang telah disediakan

terdahulu, lilin, pewarna, alatan kuali, periuk, meja, soda ash dan lain-lain bahan yang

diperlukan dari masa kesemasa.

Persediaan Guru:

Gambar dalam slide (Microsolf Power Point) termasuk gambar batik, proses, contoh-

contoh teknik , bahan maujud seperti batik sebenar sebagai contoh, pelbagai warna

dan lilin.

Kegiatan Hasil Pembelajaran Kemahiran Generik/Nilai

Minggu 1( 60 minit )

18

Page 19: Membuat Corak Dan Rekaan Dalam Pendidikan Seni

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002

Aktiviti 1: Set Induksi (5

min)

1.Dengan mengunakan

tayangan slide, guru

terangkan contoh-contoh

gambar batik dengan jenis-

jenis motif seperti flora,fauna

dan geometri. Pelajar diarah

untuk melakar dan melukis

corak dan motif seperti yang

ditunjukkan.

2. Guru terangkan dengan

ringkas tentang tajuk.

Mengagihkan batik sebenar

kepada pelajar untuk dikaji

dan diamati oleh pelajar.

Aktiviti 2: (15 min)

1.Perbincangan berkenaan

pengalaman sedia ada murid

tentang jenis-jenis batik yang

pernah mereka tengok.

2. mengenalpasti jenis-jenis

motif yang diketahui dan

menkategorikan mengikut

kumpulan

Aktiviti 3 (40 min)

1.1 Pelajar membuat

catatan

1.2. Pelajar melakar corak

dan motif seperti

diterangkan oleh guru.

2.1 Menceritakan kepada

rakan serta berkongsi

pengalaman tentang jenis-

jenis batik seperti batik

lepas,batik basahan dll.

2.2 Menyenaraikan jenis

motif pada corak batik.

1.1 Mencatat, menyenarai,

1.1 Kemahiran

mendengar dan

mencatat. Naturalisme

1.2. Kemahiran

melukis dan melakar

2.1 Kemahiran verbal

linguistic interpersonal

dan intrapersonal

2.2.Kecerdasan visual

dan Logik Matematik.

1.1.Kemahiran

19

Page 20: Membuat Corak Dan Rekaan Dalam Pendidikan Seni

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002

1 Guru menerangkan teknik-

teknik penghasilan batik.

Berpandukan gambar dan

tayangan slide pelajar diarah

untuk mengenalpasti dan

mencatat teknik-teknik yang

diterangkan.

2 Guru menerang/tunjuk cara

tugasan yang akan dilakukan

oleh pelajar mengikut (3

kump) kumpulan. Kumpulan

membuat kajian dan lakaran

motif berdasarkan otif flora,

fauna dan geometri.

mengklasifikasi . motif

berdasarkan objek alam

dan berdasarkan corak dan

rekaan.

2.2. Melakar motif dan

corak batik mengikut

kategori/kumpulan seperti

yang diagihkan oleh guru

penggunakan pensel serta

mengaplikasikan teknik

lukisan.

mendengar dan

mencatat. Naturalisme

2.2.Kecerdasan visual

dan Logik Matematik

dan Kontruktivisme.

Mencungkil potensi

kecerdasan pelajar

melalui

penerokaan,penemuan

dan penciptaan

Minggu 2 ( 60 minit )

Aktiviti 1:Set Induksi(20 min)

1 Berbincang hasil kerja

pelajar miggu lepas- motif dan

corak. Kumpulan akan

mempersembahkannya untuk

dikongsikan bersama. Guru

buat komen jika perlu.

2 Guru terang dan tunjuk

pelbagai teknik batik seperti

batik tulis, lukis skrin, terap

1.1 Apresiasi seni tentang

hasil kerja rakan-rakan

serta membuat penyataan

perasaan tentang hasil

kerja dengan rakan secara

kreatif.

.

1.2.1 Meningkatkan

kemahiran dan

pengetahuan tentang

1.1 Menerapkan nilai

mencintai alam sekitar.

dan menyatakan

perasaan diri terhadap

kegiatan yang

dijalankan.

1.2.1 Psikomotor

Interpersonal

KBKK:

20

Page 21: Membuat Corak Dan Rekaan Dalam Pendidikan Seni

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002

atau blok dan bahan yang

digunakan untuk membuat

blok.

Aktiviti 2: (5 min)

Guru tunjuk contoh membuat

blok menggunakan ubi

kentang dan papan/kayu

lembut.

Aktiviti 3: (5 min)

Pelajar di agihkan kepada 3

kumpulan dan setiap

kumpulan akan memilih 2

motif mudah untuk dilukis

diatas kentang/papan kayu

lembut dan kemudiaan di ukir

menggunakan pisau pengukir

yang telah disediakan oleh

guru.

Aktiviti 4: (30 min)

Dalam kumpulan, pelajar

membuat aktiviti membuat

corak diatas media pilihan

dengan diawasi oleh guru

demi keselamatan pelajar.

proses membuat blok dan

kemahiran mencatat.

2.1 Mengaplikasi asas seni

reka dalam penghasilan

blok.

3.1 Menghasilkan kraf

tradisional mengukir

menggunakan

ubi kentang/papan lembut

dengan mengikut proses

sebenar menyediakan blok.

4.1 Menguasai beberapa

kemahiran,

kawalan,tatacara dan

disiplin kerja dalam

menghasilkan corak

dan rekaan.

Imaginasi

Dan Kreativiti

2.1 Psikomotor

Kecerdasan Visual

3.1.Logik matematik

Kecerdasan Visual

– Ruang.

Interpersonal

Interapersonal

4.1 Psikomotor

Kecerdasan Visual

- ruang serta peka

dengan persekitaran

kerja berkumpulan.

Minggu 3( 60 minit )

Aktiviti 1:Set Induksi (5 min)

Guru menerangkan dengan

berpandukan tayangan slide 1.1 Meningkatkan

kemahiran,kefahaman dan

1.1 Psikomotor

Interpersonal dan

21

Page 22: Membuat Corak Dan Rekaan Dalam Pendidikan Seni

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002

proses menghasilkan batik

Tekap atau batik blok. Pelajar

digalakkan untuk bertanya.

Aktiviti 2: (5 min)

Guru menunjukkan alatan

yang disediakan untuk proses

menghasilkan batik tekap

seperti, kain putih, lilin, meja,

kuali leper, periuk, dapur dan

sebagainya termasuk blok

ukiran yang pelajar buat

sebelumnya.

Aktiviti 3: (3 min)

Bahagikan pelajar kepada

kumpulan kecil dan arahkan

mereka mengambil peralatan

yang telah disediakan untuk

proses menghasilkan batik

tekap. Lantikan seorang ketua

untuk setiap kumpulan.

Aktiviti 4: (40 min)

Berdasarkan aliran proses

yang telah diterangkan oleh

guru sebelumnya, pelajar

diarah untuk melakukan

pengetahuan tentang

proses penghasilan batik

dan kemahiran menyoal

dan mencatat.

2.1 Memahami konsep

menghasilkan batik tekap

dan perkaitannya dengan

resis dan meningkatkan

kemahiran mengolah

warna.

3.1 Melatih diri untuk

bekerjadengan lebih tekun,

teratur dan cermat.

4.1 Menghasilkan motif dan

corak dan pada rekaan

secara “hand –on” dan

menguasai beberapa

kemahiran, kawalan,

linguistik.

2.1 Interpersonal

Intrapersonal

Naturalis

3.1 Psikomotor,

Verbal linguistik dan

membuat ramalan.

4.1 Psikomotor,

Konstruktivisme

KBKK

22

Page 23: Membuat Corak Dan Rekaan Dalam Pendidikan Seni

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002

aktiviti penghasilan batik

tekap. Guru mengawasi

sambil mambantu pelajar

sekiranya perlu.

tatacara dan disiplin kerja

dalam menghasilkan batik

tekap/blok.

Mencetus idea untuk

menghasilkan karya.

Penutup: ( 7 min)

Mengarah pelajar

membersihkan meja dan

kelas sekiranya tugasan telah

disiapkan. Perbincangan

berkenaan hasil dan masalah-

masalah yang dihadapi dalam

proses penghasilan batik

blok/tekap.

Memberi galakkan kepada

pelajar berkenaan hasil yang

telah disiapkan. (jika siap)

Menghargai nilai seni

dalam melalui proses

penghasilan disamping

menambah pengalaman

baru.

Apresiasi seni dan

menghargai nilai-nilai

kerjasama bekerja

dalam kumpulan.

9. Penutup

Rekaan dan corak sesungguh suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat

memenuhi keperluan domain kognitif,psikomotor dan efektif. Dalam

23

Page 24: Membuat Corak Dan Rekaan Dalam Pendidikan Seni

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002

penghasilan batik blok atau tekap, rekaan corak terancang dan tidak terancang

menghasilkan kesan tampak yang berbeza dan menarik. Walaubagaimana

pun,kemahiran, kesedaran dan pengetahuan amat diperlukan untuk

menghasilkan sesuatu yang kreatif dan menarik kerana ianya melibatkan

proses latihan berfikir yang berhubungan dengan asas rekaan dan prinsip

rekaan.

Untuk menjadi seseorang individu yang mahir, latihan berterusan adalah amat

diperlu untuk menguasai kemahiran.Kemahiran yang tinggi akan menjadi

seseorang itu kreatif dalam menghasilkan sesuatu karya seni.

Rujukan

Allison Brian (1995) The Art in Multicultural Society, VA U.S.A., Heta Kauppinen.

Bates J (2000) Becoming An Art Teacher, USA., Wadsworth

24

Page 25: Membuat Corak Dan Rekaan Dalam Pendidikan Seni

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002

Betti C & Sale T (1997) Drawing A Contemporary Approach, USA., Harcourt

Brace College Pub

Chapman Laura H (1978) Approach to Art in Education. New York, U.S.A.,

Harcourt Brace Jonanovich.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) Buku Sumber Guru Pendidikan Seni

Visual, KBSR.KL.,DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1985) Buku Panduan Khas Pendidikan Seni

Visual, KBSR.KL., DBP.

Kintner,Earl W. dan Jack Lahr. 1983. An Intellectual Property Law Primer. New

York: Clark Boardman

Munandar, Prof. Dr. S. C. Utami, (1989) Kreativitas Sepanjang Masa, Jakarta.,

Pustaka Sinar Harapan

Open University Malaysia, (2006) HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni

Visual, UNITEM Sdn.Bhd.

Open University Malaysia, (2007) HBAE3503 Perkembangan Seni dan Kanak-

Kanak, UNITEM Sdn.Bhd.

Open University Malaysia, (2007) HBEF1403 Seni dan Dalam Pendidikan,

UNITEM Sdn.Bhd.

25