Membuat corak dan rekaan pembalut hadiah

6
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Tahun : 2 Bidang : Membuat Corak dan Rekaan Aktiviti : Membuat Corak Tidak Terancang Menggunakan Kaedah Lipatan Dan Gosokan Tema : Pembalut Hadiah Tajuk : Kertas Pembalut Hadiah Masa : 9.05 pagi – 10.05pagi Jenis-Jenis Media : Contoh-contoh corak pembalut hadiah Bahan Bantu Mengajar : Komputer, pemancar LCD EMK : Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan Standard Kandungan: i. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu rupa, jalinan, warna, harmoni, serta ritma dan pergerakan yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik lipat dan gosok. ii. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan media dan teknik dalam aktiviti menghasilkan corak teknik lipat dan gosok. iii. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan corak tidak terancang.

Transcript of Membuat corak dan rekaan pembalut hadiah

Page 1: Membuat corak dan rekaan   pembalut hadiah

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Tahun : 2

Bidang : Membuat Corak dan Rekaan

Aktiviti : Membuat Corak Tidak Terancang Menggunakan Kaedah Lipatan Dan Gosokan

Tema : Pembalut Hadiah

Tajuk : Kertas Pembalut Hadiah

Masa : 9.05 pagi – 10.05pagi

Jenis-Jenis Media : Contoh-contoh corak pembalut hadiah

Bahan Bantu Mengajar : Komputer, pemancar LCD

EMK : Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan

Standard Kandungan:

i. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu rupa, jalinan, warna, harmoni,

serta ritma dan pergerakan yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya

seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik lipat dan gosok.

ii. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan

media dan teknik dalam aktiviti menghasilkan corak teknik lipat dan gosok.

iii. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan corak tidak

terancang.

iv. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah

seni dan budaya.

Page 2: Membuat corak dan rekaan   pembalut hadiah

Standard Pembelajaran

2.1 Persepsi Estetik – Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual

yang ada pada corak teknik lipat dan gosok.

2.1.1 Unsur Seni

2.1.1.1 Rupa – organik atau geometri dan gabungan rupa

2.1.1.2 Warna – primer, sekunder dan gabungan warna primer dan sekunder

2.1.1.3 Jalinan - Tampak

2.1.2 Prinsip Rekaan

2.1.2.1 Kepelbagaian – warna dan jalinan

2.1.2.2 Harmoni – warna dan rupa

2.2 Aplikasi Seni – Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta

proses dan teknik dalam penghasilan corak tidak terancang menggunakan kaedah lipatan

dan gosokan.

2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media

2.2.1.1 Bahan – warna air, kertas lukisan

2.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya.

2.3 Ekspresi Kreatif – murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran

media, proses dan teknik, serta bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.

2.3.1 Memilih dan memanipulasi warna secara kreatif

2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya

2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik lipatan dan gosokan dalam menghasilkan

corak dan rekaan

Page 3: Membuat corak dan rekaan   pembalut hadiah

2.4 Apresiasi Seni – Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan

memberikan penekanan pada bahasa seni visual.

2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan

2.4.2 Menyatakan karya sendiri dan rakan secara lisan.

Standard Pembelajaran Ilustrasi Aktiviti

Persepsi estetik

Guru memainkan lagu selamat hari jadi

Guru bertanya kepada murid:

“Apakah yang kamu terima semasa menyambut sambutan

hari lahir?”

Jawapan murid: Hadiah

Guru menayangkan gambar hadiah

Murid diminta untuk memerhatikan slaid

Aplikasi seni

Guru menerangkan contoh corak tidak terancang

Guru memperkenalkan media yang digunakan

Guru menunjukkan cara bancuhan dan membuat

corak tidak terancang

Guru menerangkan aktiviti yang akan dilakukan

Alat dan bahan

Page 4: Membuat corak dan rekaan   pembalut hadiah

Ekspresi seni

Langkah 1

Murid diminta untuk melipat kertas lukisan menjadi

dua bahagian.

Langkah 2

Titiskan beberapa warna poster pada sebelah satu

bahagian di bahagian dalam lipatan

Langkah 3

Lipatkan semula kertas lukisan dan buat urutan

dengan perlahan ke beberapa arah

Buka kertas lukisan dan lihat hasilnya

Langkah 4

Keringkan dan hiaskan hasil corak anda

Apresiasi Seni Visual

Murid mempamerkan hasil corak yang dihasilkan

Murid diminta menyatakan bahasa seni visual pada karya

sendiri dan rakan yang dipamerkan.

Langkah-langkah

Hasil corak yang dihasilkan