MEMBUAT REKAAN DAN CORAK

28
Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013 PENDAHULUAN Antara matlamat gagasan Wawasan 2020 adalah menekankan kepentingan melahirkan warga Malaysia yang kreatif dan inovatif. Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara yang memberikan penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai individu yang kreatif dan inovatif bagi membangunkan Negara. Usaha yang disarankan ini didapati sangat releven dengan aspirasi Pendidikan Seni Visual keranan subjek ini dilihat sebagai satu cabang disiplin yang membolehkan fikiran kreatif berkembang kerana sifatnya yang tidak konservatif. Menurut Hoffa (1964) aktiviti dalam Pendidikan Seni adalah landasan terbaik bagi proses pembelajaran di sekolah untuk mengembangkan kreativiti di kalangan murid. Melaluinya, murid bebas dan berpeluang melakukan eksplorasi bagi menghasilkan sesuatu karya yang baik. Dalam konteks ini, guru-guru Pendidikan Seni Visual perlu berperanan memupuk, membimbing dan mengembangkan minat murid dalam mata pelajaran ini. Guru-guru perlu menguasai kaedah-kaedah yang dapat merangsang minda ke arah pembentukan individu kreatif.

description

FOLIO PSV 3105

Transcript of MEMBUAT REKAAN DAN CORAK

Page 1: MEMBUAT REKAAN DAN CORAK

Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013

PENDAHULUAN

Antara matlamat gagasan Wawasan 2020 adalah menekankan kepentingan

melahirkan warga Malaysia yang kreatif dan inovatif. Begitu juga dengan Falsafah

Pendidikan Negara yang memberikan penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai

individu yang kreatif dan inovatif bagi membangunkan Negara.

Usaha yang disarankan ini didapati sangat releven dengan aspirasi Pendidikan

Seni Visual keranan subjek ini dilihat sebagai satu cabang disiplin yang membolehkan

fikiran kreatif berkembang kerana sifatnya yang tidak konservatif. Menurut Hoffa (1964)

aktiviti dalam Pendidikan Seni adalah landasan terbaik bagi proses pembelajaran di

sekolah untuk mengembangkan kreativiti di kalangan murid. Melaluinya, murid bebas

dan berpeluang melakukan eksplorasi bagi menghasilkan sesuatu karya yang baik.

Dalam konteks ini, guru-guru Pendidikan Seni Visual perlu berperanan

memupuk, membimbing dan mengembangkan minat murid dalam mata pelajaran ini.

Guru-guru perlu menguasai kaedah-kaedah yang dapat merangsang minda ke arah

pembentukan individu kreatif.

Page 2: MEMBUAT REKAAN DAN CORAK

Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013

BIDANG : REKAAN DAN CORAK

PENGENALAN

Corak dan rekaan merupakan salah satu bidang kegiatan dalam Pendidikan Seni

Visual di sekolah rendah. Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid

memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikan corak ini

menjadi suatu rekaan lain.

Secara asasnya, tanpa corak dan rekaan, hasil seni samada yang tradisional

mahupun yang mengikut zaman tidak akan terhasil. Dalam erti kata lain, corak dan

rekaan merupakan asas utama dalam menghasilkan sesuatu hasil karya seni.

DEFINISI

Corak ialah susunan motif sama ada secara terancang, teratur atau secara

bebas. Oleh itu, corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak

Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada Motif Tidak Bebas atau Corak

Tidak Terancang.

Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau

gubahan. Ia terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik. Corak

tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-

nama tertentu yang berunsur tradisi.

Page 3: MEMBUAT REKAAN DAN CORAK

Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013

JENIS MOTIF DALAM CORAK DAN REKAAN

Motif-motif dalam corak dan rekaan terdiri daripada :

1. Alam semulajadi ciptaan Tuhan seperti bunga siput, buah mangga, daun Siti

Fatimah Bunga Teratai, kayu, serangga dan haiwan.

2. Rupa atau bentuk bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan

gunting.

3. Bentuk asas seperti bulat, segitiga dan segiempat dan geometri.

4. Rupa dan bentuk abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka.

5. Rupa atau bentu barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.

KEPENTINGAN CORAK DAN REKAAN

Murid dapat memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan

mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan yang lain. Corak dan rekaan tersebut

boleh juga dipadankan di dalam bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan

sebagainya.

Membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan

kehidupan seharian dan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan

rekaan corak tertentu.

Memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak

terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek aspresiasi

hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran.Kegiatan ini boleh

dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan

Page 4: MEMBUAT REKAAN DAN CORAK

Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013

TUJUAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

1. Perilaku

Memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu.

Mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas.

Memilih dan mendapatkan benda-benda untuk dijadikan bahan bagi

menghasilkan gubahan seni.

Melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda.

Membezakan jenis corak tertentu

Menggunakan beraneka jenis bahan dan alat untuk membuat corak.

Mengatur corak.

Mencipta sesuatu karya yang digemari.

Membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak.

Mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya koordinasi mata

dan tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni.

Melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara

terperinci terhadap ciptaan tersebut.

Page 5: MEMBUAT REKAAN DAN CORAK

Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013

2. Persepsi

Prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan dan

kepelbagaian, kesatuan, dan kontras dalam penghasilan corak.

Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan.

Memahami dan menyedari corak pada alam sekitar.

Memahami konsep penyusunan motof dalam mencorak.

Memperkukuh cita rasa terhadap unsure-unsur seni dalam rekaan yang baik.

Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan.

Menyedari adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak.

Menyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak.

Merujuk alam semulajadi sebagai sumber idea.

Menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan

kaitannya dengan kehidupan mereka.

3. Pengetahuan Budaya

Mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah.

Mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraf

tradisional.

Mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsur tradisional pada

alat kegunaan harian.

Mengenal dan membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf

tradisional.

Page 6: MEMBUAT REKAAN DAN CORAK

Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013

PENGHASILAN CORAK

Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu :

a. Corak Terancang

b. Corak Tidak Terancang

a. Corak Terancang

Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun secara teratur dan

dalam ssusunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai

pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan

corak.

Antara corak terancang adalah seperti :

• lukisan

• catan

• cetakan

capan

resis

• kolaj

• lipatan dan guntingan

• Kaligrafi

Page 7: MEMBUAT REKAAN DAN CORAK

Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013

b. Corak Tidak Terancang

Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu.

Antara corak tidak terancang adalah seperti berikut :

• Renjisan dan percikan

• Pualaman

• Ikatan dan celupan

• Titisan

• Tiupan

• lipatan

ALAT DAN BAHAN

Alat ditakrifkan sebagai barang yang diperlukan atau digunakan untuk

menghasilkan sesuatu dan merupakan satu kelengkapan untuk memenuhi

keperluan mengajar untuk mencapai sesuatu maksud atau matlamat dalam

pengajaran.

Bahan ditakrifkan sebagai sesuatu atau beberapa benda yang digunakan untuk

menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan yang dijadikan rujukan untuk

tujuan pembelajaran. Bahan juga didefinisikan sebagai bahan perantaraan yang

digunakan untuk menghasilkan karya seni dalam pengajaran dan pembelajaran

Page 8: MEMBUAT REKAAN DAN CORAK

Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013

AKTIVITI PILIHAN :

Melalui tugasan ini saya memilih atau memfokuskan kepada dua aktiviti iaitu:

i. Lukisanii. Resis

LUKISAN

Konsep

Lukisan merupakan bentuk seni halus yang tertua sekali. Lukisan adalah proses

melukis dengan menggunakan teknik lorekan ton, melakar garisan dan gosokan

menggunakan alat tulis yang kering ke atas sesuatu permukaan. Komponen alat dan

media yang digunakan ialah pensel, arang, pen, pensel warna, kertas dan kanvas.

Lukisan boleh dihasilkan menggunakan dua cara iaitu :

Lukisan Tanpa Warna

Lukisan Berwarna

Lukisan tanpa warna dihasilkan menggunakan alatan melukis seperti pensel,

arang, pen dan dakwat, pen teknikal dan sebagainya. Bagi lukisan berwarna, media

yang digunakan ialah pensel warna, krayon, pastel dan sebagainya. Lukisan boleh

dihasilkan menggunakan garisan, atau ton atau kedua-duanya sekali. Ton boleh

dihasilkan dengan menggunakan garisan-garisan, titik-titik, lorekan dan gosokan.

Lukisan siap menggunakan arang, pensel, pastel dank rayon biasanya disapu atau

disembur menggunakan pemati (fixative) supaya kesan lukisan tidak akan hilang

apabila disentuh. Antara jenis pemati yang digunakan ialah ‘spray clear’.

Page 9: MEMBUAT REKAAN DAN CORAK

Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013

TEKNIK-TEKNIK MELUKIS

Terdapat beberapa teknik melukis dalam aktiviti ini seperti :

Teknik garisan silang - himpunan garisan-garisan yang bersilang

menghasilkan kesan ton.

Teknik Titik – hanya titik-titik sahaja digunakan untuk menghasilkan bentuk dan

ton.

Page 10: MEMBUAT REKAAN DAN CORAK

Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013

Teknik Lorekan – teknik yang biasa digunakan dengan melorek kawasan objek

yang gelap untuk menunjukkan ton.

Teknik Gosokan – meletakkan kertas lukisan di atas permukaan yang

mempunyai jalinan yang diingini dan menggosoknya menggunakan alat melukis.

Page 11: MEMBUAT REKAAN DAN CORAK

Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013

Teknik Campuran – lukisan dihasilkan dengan menggunakan campuran alat/

media melukis dan teknik-teknik yang berlainan.

Page 12: MEMBUAT REKAAN DAN CORAK

Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013

ALAT, MEDIA DAN BAHAN

Berikut merupakan bahan yang sering digunakan bagi menghasilkan sesebuah lukisan :

Pensel Adalah sejenis pensel jenis keras.

Pensel B (2B – 8B) Adalah sejenis pensel lembut

Pensel Warna Terdiri daripada pelbagai jenis warna

Arang Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan

Pen dan dakwat Mempunyai kesan garisan yang lebih halus dan jelas

Soft Pastel Didapati dalam pelbagai warna dan mempunyai kesan

lembut

Krayon Juga lembut dan mempunyai kesan lilin

Pen Marker Menghasilkan kesan garisan yang tebal

Marker pelukisan

(rendering marker)

Untuk mewarna lukisan

Kapur Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal

Dua kategori peralatan melukis

Berikut adalah jenis-jenis kertas lukisan :

Alat, Media dan Bahan

Semulajadi

ArangBatuKapurTanah

Buatan Manusia

PenPen markerKomputerPastelKrayon

Page 13: MEMBUAT REKAAN DAN CORAK

Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013

(i) Kertas lukisan biasa – mempunyai permukaan yang sesuai untuk pensel,

pen, arang dan krayon lembut.

(ii) Kertas cat air – terdapat dalam pelbagai gred kelicinan. Kertasnya tebal dan

bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan.

(iii) Bod Bristol – merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta

untuk pen.

(iv) Kertas Ledger Bond – kertas lukisan yang mempunyai beraneka jenis

permukaan iaitu licin, sederhana kasar dan kasar.

(v) Kertas Ingres – kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia

terdapat dalam pelbagai warna yang cerah seperti kelabu, merah jambu, biru

dan sebagainya. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel.

(vi) Lain-lain kertas seperti ‘brown paper’, kertas komputer, kertas arkitek, kertas

taip, kertas fotokopi, kertas surat khabar.

Melalui aktiviti lukisan yang dipilih, saya menggunakan teknik lorekan untuk

Hasil Karya Akhir bagi menghasilkan bentuk dan ton bagi menghasilkan rekaan

bercorak flora. Lorekan yang dihasilkan dapat menghasilkan rekaan flora yang

lebih jelas dan menarik.

Manakala bahan yang digunakan ialah kertas lukisan biasa iaitu mempunyai

permukaan yang sesuai untuk pensel bagi menghasilkan teknik lorekan. Tema

yang dipilih adalah alam flora.

RESIS

Page 14: MEMBUAT REKAAN DAN CORAK

Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013

Konsep

Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan

bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat

minyak, cat air dan lilin dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses

penolakan warna.

Dalam teknik resis, penggunaan bahan-bahan adalah penting. Teknik

mencanting dalam batik adalah satu kaedah membuat corak resis. Bagi aktiviti yang

menggunakan krayon atau lilin, ia mestilah ditekan dengan kuat di atas permukaan

kertas supaya cat air tidak meresap apabila disapu di atasnya. Setelah dilakar dengan

krayon, sapukan warna dengan menggunakan berus ditempat yang sesuai. Bahagian

yang telah disapu krayon tidak akan diresapi warna. Selain daripada krayon, gam

polisterin atau kanji boleh juga digunakan sebagai bahan penolakan .

Tema

Antara tema yang boleh digunakan dalam aktiviti ini adalah :

Alam benda

Alam semulajadi

Alam Flora dan Fauna

Page 15: MEMBUAT REKAAN DAN CORAK

Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013

1. Pensel

Pensel dicipta oleh Nicolas Jacques

Page 16: MEMBUAT REKAAN DAN CORAK

Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013

LUKISAN

KONSEP Merakam idea secara visual dalam bentuk garisan.

Proses melukis dengan menggunakan teknik lorekan

ton, melakar garisan dan gosokan menggunakan

alat tulis yang kering ke atas sesuatu permukaan.

Alat seperti pensel, arang, pen, pensel warna, kertas

dan kanvas.

Lukisan terhasil melalui dua cara iaitu lukisan tanpa

warna dan lukisan berwarna.

Lukisan berwarna menggunakan pensel warna,

krayon, pensel dan sebagainya.

Lukisan menggunakan arang, pensel, pastel dan

krayon, pastel dan sebagainya.

Lukisan menggunakan arang, pensel, pastel dan

krayon disapu atau disembur dengan pemati

(fixative), spray kesan lukisan tidak akan hilang

apabila disentuh. Salah satu jenis pemati – “spray

Page 17: MEMBUAT REKAAN DAN CORAK

Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013

clear”

TEMA Alam semulajadi

Alam benda

Landskap

Huruf

ALAT DAN BAHAN Alat : Pensel, pembaris

Bahan : Kertas lukisan, krayon, pastel, pensel arang.

TEKNIK Teknik garisan silang

Teknik titisan

Teknik gosokan

Teknik lorekan

Teknik campuran

Page 18: MEMBUAT REKAAN DAN CORAK

Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013

PENGHARGAAN

Page 19: MEMBUAT REKAAN DAN CORAK

Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013

Page 20: MEMBUAT REKAAN DAN CORAK

Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013

Page 21: MEMBUAT REKAAN DAN CORAK

Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013

Page 22: MEMBUAT REKAAN DAN CORAK

Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013

Page 23: MEMBUAT REKAAN DAN CORAK

Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013