MEMBUDAYAKAN ADAB DALAM PENGGUNAAN … - MARZIANA... · video seperti youtube. ... sehingga...

4
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1543 MEMBUDAYAKAN ADAB DALAM PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR Marziana Abdul Majid Fakulti Sains & Teknologi Maklumat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Bandar Seri Putra, 43000 Kajang [email protected] Abstrak Dewasa ini, Internet diibaratkan seperti satu keperluan asas manusia. Hadirnya seperti satu anugerah besar dari Tuhan untuk membantu memudahkan kerja-kerja pengguna. Malah, dengan adanya perkembangan teknologi komputer, Internet kini mudah dicapai di mana jua pada bila-bila masa. Dalam kalangan pelajar, Internet telah menjadi aplikasi utama untuk mendapatkan bahan dan sumber rujukan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Walau bagaimanapun, penggunaan Internet turut mengundang kesan negatif di kalangan pelajar akibat penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kalangan mereka. Kajian ini memfokuskan kepada beberapa bentuk penyalahgunaan ICT di kalangan pelajar seperti penyebaran bahan negatif, ancaman dan fitnah, pemalsuan maklumat dan sebagainya. Selain itu, ia juga membincangkan kesan penyalahgunaan ICT dengan mengaitkan prinsip etika ketika menggunakan Internet. Beberapa cadangan dan langkah bagi mengawal aktiviti-aktiviti ini di kalangan pelajar juga akan dibincangkan. Kata kunci: Internet, ICT, Etika, Pelajar ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Pengenalan Teknologi maklumat dan komunikasi (Information Communication Technology - ICT) merupakan terma yang digunakan dalam bidang pengkomputeran iaitu alat untuk menyampaikan maklumat dari satu tempat ke tempat yang lain. Rangkaian besar yang dipanggil Internet merupakan aplikasi bagi ICT. Dalam dunia pendidikan, ICT banyak membantu pelajar dengan membenarkan capaian meluas tanpa mengira masa dan sempadan negara bagi mendapatkan sumber bahan. Pelajar juga dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui perbincangan di dalam forum talian, menghadiri kelas pada masa berkelapangan melalui kelas maya dan mempelajari sesuatu secara praktikal melalui video seperti youtube. Tidak kurang juga dengan wujudnya laman web sosial yang banyak menghubungkan rakan-rakan lama dan boleh juga dijadikan sebagai platform untuk mempromosikan produk seperti Facebook, Twitter, Netlog dan sebagainya bagi memeriahkan lagi penggunaan Internet. Menurut Shahrizan Salian (dalam Johari & Raja Shahrina 2012), Facebook juga merupakan antara laman web sosial yang paling popular di Malaysia dengan catatan lingkungan 6.2 juta pengunjung. Kewujudan ICT sememangnya membawa matlamat yang baik iaitu untuk membantu memudahkan tugas manusia. Malah, perkembangan teknologi dan perkhidmatan Internet tanpa wayar telah

Transcript of MEMBUDAYAKAN ADAB DALAM PENGGUNAAN … - MARZIANA... · video seperti youtube. ... sehingga...

Page 1: MEMBUDAYAKAN ADAB DALAM PENGGUNAAN … - MARZIANA... · video seperti youtube. ... sehingga mencecah ratusan malah ribuan ringgit. ... Setiap perkara jika dilakukan dengan cara yang

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,

Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1543

MEMBUDAYAKAN ADAB DALAM PENGGUNAAN INTERNET

DALAM KALANGAN PELAJAR

Marziana Abdul Majid

Fakulti Sains & Teknologi Maklumat

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Bandar Seri Putra, 43000 Kajang

[email protected]

Abstrak

Dewasa ini, Internet diibaratkan seperti satu keperluan asas manusia. Hadirnya seperti satu

anugerah besar dari Tuhan untuk membantu memudahkan kerja-kerja pengguna. Malah, dengan

adanya perkembangan teknologi komputer, Internet kini mudah dicapai di mana jua pada bila-bila

masa. Dalam kalangan pelajar, Internet telah menjadi aplikasi utama untuk mendapatkan bahan dan

sumber rujukan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Walau bagaimanapun, penggunaan

Internet turut mengundang kesan negatif di kalangan pelajar akibat penyalahgunaan teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kalangan mereka. Kajian ini memfokuskan kepada beberapa

bentuk penyalahgunaan ICT di kalangan pelajar seperti penyebaran bahan negatif, ancaman dan

fitnah, pemalsuan maklumat dan sebagainya. Selain itu, ia juga membincangkan kesan

penyalahgunaan ICT dengan mengaitkan prinsip etika ketika menggunakan Internet. Beberapa

cadangan dan langkah bagi mengawal aktiviti-aktiviti ini di kalangan pelajar juga akan dibincangkan.

Kata kunci: Internet, ICT, Etika, Pelajar

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pengenalan

Teknologi maklumat dan komunikasi (Information Communication Technology - ICT) merupakan

terma yang digunakan dalam bidang pengkomputeran iaitu alat untuk menyampaikan maklumat dari

satu tempat ke tempat yang lain. Rangkaian besar yang dipanggil Internet merupakan aplikasi bagi

ICT. Dalam dunia pendidikan, ICT banyak membantu pelajar dengan membenarkan capaian meluas

tanpa mengira masa dan sempadan negara bagi mendapatkan sumber bahan. Pelajar juga dapat

meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui perbincangan di dalam forum talian, menghadiri kelas

pada masa berkelapangan melalui kelas maya dan mempelajari sesuatu secara praktikal melalui

video seperti youtube. Tidak kurang juga dengan wujudnya laman web sosial yang banyak

menghubungkan rakan-rakan lama dan boleh juga dijadikan sebagai platform untuk

mempromosikan produk seperti Facebook, Twitter, Netlog dan sebagainya bagi memeriahkan lagi

penggunaan Internet. Menurut Shahrizan Salian (dalam Johari & Raja Shahrina 2012), Facebook juga

merupakan antara laman web sosial yang paling popular di Malaysia dengan catatan lingkungan 6.2

juta pengunjung.

Kewujudan ICT sememangnya membawa matlamat yang baik iaitu untuk membantu memudahkan

tugas manusia. Malah, perkembangan teknologi dan perkhidmatan Internet tanpa wayar telah

Page 2: MEMBUDAYAKAN ADAB DALAM PENGGUNAAN … - MARZIANA... · video seperti youtube. ... sehingga mencecah ratusan malah ribuan ringgit. ... Setiap perkara jika dilakukan dengan cara yang

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,

Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1544

menambahkan lagi keberkesanannya dalam mencapai matlamat tersebut. Pengguna dapat melayari

Internet walau di mana saja mereka berada pada bila-bila masa melalui telefon pintar, komputer riba

dan pelbagai gajet yang lain. Namun, terdapat juga sebilangan pelajar yang menyalahgunakan ICT

dengan tujuan tertentu.

Dalam menyiapkan tugasan, kini pelajar mudah untuk mendapatkan sumber bahan. Maklumat

sudah berada di hujung jari. Pelajar hanya perlu memasukkan kata kunci bahan yang ingin dicari dan

dalam beberapa saat, pelbagai sumber yang berkaitan dengan kata kunci akan dipaparkan. Namun,

terdapat sebilangan pelajar yang mengambil jalan mudah dengan hanya menyalin dan meniru

kandungan bahan tersebut tanpa mengolah ayatnya. Maka, berlakulah plagiat yang mana sumber

bahan diambil dan menafikan hak penulis asal tanpa mengkodkan nama penulis bahan tersebut.

Plagiat terjadi ekoran pelajar lemah dalam penulisan akademik.

Selain itu, kebanyakan perisian yang berada di pasaran juga dijual pada kadar harga yang tinggi

sehingga mencecah ratusan malah ribuan ringgit. Hal ini membuatkan pelajar lebih berminat

menggodam kata laluan untuk membolehkannya memuat turun perisian tanpa sebarang kos. Banyak

perisian seperti games, muzik, video dan sebagainya dapat dimuat turun melalui kaedah tersebut.

Kewujudan Internet juga membuka ruang yang lebih luas kepada pelajar untuk mendapatkan

pelbagai ilmu. Ini termasuklah ilmu yang kurang bermanfaat kepada pelajar seperti kisah dan

gambar yang tidak bermoral, gosip berkaitan artis, sindiket penjualan barang terlarang dan pelbagai

kegiatan yang tidak mendatangkan faedah kepada peningkatan akademik pelajar.

Selain itu, acapkali kita juga mendengar isu-isu seperti pelajar hilang akibat keluar rumah mengikut

teman yang dikenali di Internet, pelajar menyimpan bahan negatif (Johari & Raja Shahrina, 2012) di

dalam CD-ROM (Compact Disk-Read Only Memory), pelajar menghabiskan masa dengan bermain

permainan dalam talian (online games) dan pelbagai lagi. Kesemua ini adalah berpunca dari

penyalahgunaan ICT yang mana ianya turut mengaitkan prinsip etika ketika melayari Internet

(Deborah, 2004).

2. Definisi Adab

Istilah adab, etika, moral dan akhlak seringkali dirujuk sebagai perkara yang sama. Dalam kajian ini,

istilah adab akan diketengahkan. Konsep adab adalah selari dengan istilah dan tujuan pendidikan

dalam Islam iaitu ta’dib dan tujuannya adalah untuk melahirkan manusia yang ta’dibi yakni manusia

yang beradab (Syed Muhammad Naquib al-Attas, 2001). Adab seringkali dikaitkan dengan tingkah

laku yang baik dalam setiap tindakan. Prof Naquib al-Attas menyatakan, “... adab itu sesungguhnya

suatu kelakuan yang harus diamalkan atau dilakukan terhadap diri, dan yang berdasarkan pada ilmu,

maka kelakuan atau amalan itu bukan sahaja harus ditujukan kepada sesama insani, bahkan pada

kenyataan makhluk jelata, yang merupakan ma’lumat bagi ilmu”.

Orang yang beradab tahu meletakkan sesuatu di tempatnya berdasarkan ilmu yang dimiliki. Orang

Islam tahu bahawa adalah tidak beradab sekiranya kita menyamakan kehebatan manusia dalam

Page 3: MEMBUDAYAKAN ADAB DALAM PENGGUNAAN … - MARZIANA... · video seperti youtube. ... sehingga mencecah ratusan malah ribuan ringgit. ... Setiap perkara jika dilakukan dengan cara yang

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,

Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1545

mentadbir organisasi setanding dengan kehebatan Allah mentadbir sesisi alam. Begitu juga orang

yang baik pasti tahu membezakan perkara-perkara yang baik dan tidak baik walaupun di suatu

tempat yang sunyi yang tidak dilihat oleh sesiapa.

Adab bukanlah undang-undang yang mana sekiranya dilanggar maka hukuman akan dikenakan.

Namun, adab merupakan didikan yang diberikan bagi mendidik seseorang untuk melakukan perkara

yang betul sesuai dengan tuntutan agama dan keperluan. Maka, pendekatan secara halus yang

mampu menimbulkan kesedaran ke dalam diri dan minda manusia haruslah diusahakan bagi

melahirkan manusia yang beradab.

3. Penerapan Adab

Adab tidak mempunyai subjek khusus yang tersendiri. Menurut Keirl (1998), untuk menerapkan

etika dalam teknologi pendidikan, kurikulum pendidikan haruslah diubah. Namun, sekolah-sekolah di

Malaysia telah terdapat subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral yang banyak menekankan

nilai adab. Penerapan nilai adab di dalam kurikulum seharusnya bukan menjadi alat utama bagi

melahirkan pelajar yang beradab.

Adab secara umumnya adalah didikan jiwa. Pada asasnya, manusia diciptkan dengan jiwa yang

bersih dan lembut. Tiada bayi yang lahir dengan jiwa hasad dengki dan amarah. Tiada bayi yang

lahirnya terus membuat perkara-perkara negatif. Corak dan input yang diterapkan di rumah itulah

yang akan menjadikan jiwa ini sebagai lukisan yang cantik atau sebaliknya. Ibu bapa perlu mengikuti

perkembangan teknologi. Jika sekarang ini dunia didedahkan dengan pelbagai gajet dan laman web

sosial, ibu bapa harus tahu tentangnya.

Inilah yang dinamakan kurikulum tersembunyi (hidden curriculum). Kurikulum tersembunyi

merupakan didikan, bimbingan dan contoh yang ditonjolkan oleh ibu bapa kepada anak-anak secara

tidak langsung. Ibu bapa perlu menjadi rakan kepada anak-anak. Menjadi rakan adalah bermula

dengan melibatkan diri dalam dunia anak-anak. Anak-anak semakin mahir dan berpengetahuan

tentang teknologi komunikasi. Ibu bapa perlu tahu perkembangan teknologi seperti kewujudan

komputer riba, IPad, telefon pintar dan pelbagai gajet yang lain. Pengetahuan berkenaan teknologi

ini penting bagi memudahkan ibu bapa menyelidik aktiviti anak ketika menggunakan teknologi

tersebut. Berkemungkinan anak-anak menggunakan teknologi tersebut untuk menyimpan bahan

lucah, bermain games, membuat temujanji dengan orang yang tidak dikenali, menyebarkan fitnah

dan hasutan, terlibat dengan urusan jual beli barangan terlarang dan pelbagai lagi. Kesemua ini

boleh diawasi jika ibu bapa berupaya menyemak gajet anak-anak dari masa ke semasa.

Begitu juga dengan perihal laman web sosial yang wujud bagaikan cendawan tumbuh di kala ini

seperti Facebook dan Twitter. Ibu bapa seharusnya tidak menjauhi diri dengan beranggapan laman

web sosial hanyalah sesuai untuk remaja. Sebaliknya mereka harus memiliki akaun laman ini dan

menjadikan anak-anak sebagai rakan Facebook mahupun Twitter mereka. Dari sini mereka boleh

memantau segala posting dan aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak ketika online.

Page 4: MEMBUDAYAKAN ADAB DALAM PENGGUNAAN … - MARZIANA... · video seperti youtube. ... sehingga mencecah ratusan malah ribuan ringgit. ... Setiap perkara jika dilakukan dengan cara yang

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,

Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1546

Penerapan adab melalui pendekatan kurikulum tersembunyi ini adalah sangat penting dan mampu

terkesan di hati anak-anak. Berbanding pendekatan secara keras seperti memberi hukuman dan

amaran yang menjadikan anak-anak semakin menjauhi ibu bapa. Ibu bapa akan dianggap tidak

sporting dan tidak memahami naluri anak-anak. Anak-anak yang mendapat perhatian dan kasih

sayang yang mencukupi adalah lebih mudah dibentuk dan memiliki nilai adab yang baik.

Seiring dengan pendapat Crawford (dalam Margaret Sampsons), antara pendekatan yang boleh

diterapkan bagi mengurangkan plagiat di kalangan pelajar adalah melalui penerapan kesedaran ke

dalam diri pelajar, mempastikan pelajar tahu apakah sifat penulisan yang dikatakan plagiat,

mengajar teknik membuat rumusan dan pengkodan.

Ahli akademik Australia dalam Boden dan Stubbings (2006) pula menyatakan polisi dan hukuman ke

atas jenayah plagiat ini haruslah secara lembut dan bukan bersifat keras dan tegas seperti undang-

undang. Sesebuah institusi pendidikan perlu memikirkan bagaimana harus mewujudkan budaya

sihat agar pelajar berasa seronok untuk berkongsi maklumat tanpa perlu menipu dengan

menggunakan maklumat orang lain yang dinafikan hak ciptanya.

4. Kesimpulan

Setiap perkara jika dilakukan dengan cara yang baik akan mendatangkan hasil yang baik. ICT jika

dimanfaatkan sepenuhnya mampu mendatangkan banyak kebaikan kepada pelajar. Pelajar dapat

memanfaatkan penggunaan ICT sekiranya dibimbing dengan adab yang betul. Adab ini perlu

diterapkan oleh ibu bapa sedari kecil. Namun perlaksanaan adab adalah berbeza mengikut latar

belakang keluarga dan persekitaran.

References

Keirl,S. (1998). The Practice of Ethics and the Ethics of Practice in Technology Education, Proceedings

of the IDATER 98, Loughborough University.

Sampson, M. A Report on a Software Prototype which Utilises an Innovative to Reducing

Opportunities for Plagiarism.

Johari Hassan & Raja Shahrina Raja Abdul Rashid. (2012). Ketagihan Penggunaan Internet di

Kalangan Remaja Sekolah Tingkatan 4 di Bandaraya Johor Bahru, Journal of Technical, Vocational

and Engineering Education, Volume 6 June 2012, ISSN: 2231-7376.

Syed Muhammad Naquib al-Attas.(2001). Risalah untuk Kaum Muslimin. ISTAC, hal 118-120, Kuala

Lumpur.

Deborah, G. (2004). Ethical, Physichological and Societal Problems of the Application of ICTs in

Education. Analytical Survey, United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization.