Membudayakan Pengurusan Pendidikan Berkualiti … … · MENCEMERLANGKAN DIRI DAN ORGANISASI ......

8
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI 1 Sidang Pengarang Penaung Tn. Hj. Abd Razak bin Manaf Pengarah IAB Cawangan Genting Highlands Penasihat Hjh. Nor Asiah binti Ibrahim Timbalan Pengarah Cawangan Genting Highlands Ketua Editor Aziah binti Samichan Editor Dr. Jamilah binti Jaafar Ramli bin Yaacob Penulis Aziah binti Samichan Dr. Jamilah binti Jaafar Ramli bin Yaacob Siti Arija binti Abd. Rahman Mohd. Zaidi bin Basir Pereka Grafik Siti Suhaini binti Zaharin Diterbitkan Oleh: Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highands Membudayakan Pengurusan Pendidikan Berkualiti Bilangan 1/2016 26 Februari: Pada tarikh ini lima rakan pensyarah IABCGH iaitu Dr. Tan Siew Eng, Pn. Parimala a/p Thanabalasingam, Dr. Gurcharan Singh Bishen Singh, Pn. Khalijah Ibrahim dan En. Samsudin bin Salleh serta Pengarah IAB, Puan Hajah Serina binti Sauni telah diraikan dalam Majlis Persaraan sempena Majlis Perhimpunan Bulanan. Suasana sayu dapat dirasakan dari saat bacaan doa yang dilafazkan oleh Ustaz Zulkiflee Jalil hinggalah majlis ini berakhir dengan penyampaian cenderamata kepada Puan Pengarah. Dalam ucapannya, Puan Pengarah sempat menyatakan yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti, namun yang pasti, tidak akan sama dengan penggantinya nanti. Sesungguhnya IAB merasa kehilangan para pensyarah ini kerana jasa bakti dan pengalaman yang dicurahkan sepanjang mereka berkhidmat di sini. Puan Pengarah juga berkongsi pandangan dan perancangan akhir beliau yang perlu diteruskan berkaitan dengan hala tuju IAB. Setiap warga IAB perlu bersiap siaga dengan tuntutan masa hadapan memandangkan IAB menghampiri usia ke 40 tahun pada tahun 2019. Oleh itu, wajar pada usia jubli delima IAB itu nanti, kewujudan IAB dilihat semakin relevan sesuai dengan kerencaman dunia pendidikan masa kini. Seluruh warga IABCGH merakamkan setinggi – tinggi penghargaan kepada Puan Pengarah IAB kerana kesudian beliau hadir ke majlis ini dan mengucapkan selamat bersara kepada rakan-rakan yang terlibat.

Transcript of Membudayakan Pengurusan Pendidikan Berkualiti … … · MENCEMERLANGKAN DIRI DAN ORGANISASI ......

Page 1: Membudayakan Pengurusan Pendidikan Berkualiti … … · MENCEMERLANGKAN DIRI DAN ORGANISASI ... Cemerlang Gred Khas C, ... kepimpinan dan pengurusan pendidikan.

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI

�1

Sidang Pengarang

Penaung Tn. Hj. Abd Razak bin Manaf Pengarah IAB Cawangan Genting Highlands

Penasihat Hjh. Nor Asiah binti Ibrahim Timbalan Pengarah Cawangan Genting Highlands

Ketua Editor Aziah binti Samichan

Editor Dr. Jamilah binti Jaafar Ramli bin Yaacob

Penulis Aziah binti Samichan Dr. Jamilah binti Jaafar Ramli bin Yaacob Siti Arija binti Abd. Rahman Mohd. Zaidi bin Basir

Pereka Grafik Siti Suhaini binti Zaharin

Diterbitkan Oleh: Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highands

Membudayakan Pengurusan Pendidikan Berkualiti Bilangan 1/2016

26 Februari: Pada tarikh ini lima rakan pensyarah IABCGH iaitu Dr. Tan Siew Eng, Pn. Parimala a/p Thanabalasingam, Dr. Gurcharan Singh Bishen Singh, Pn. Khalijah Ibrahim dan En. Samsudin bin Salleh serta Pengarah IAB, Puan Hajah Serina binti Sauni telah diraikan dalam Majlis Persaraan sempena Majlis Perhimpunan Bulanan.

Suasana sayu dapat dirasakan dari saat bacaan doa yang dilafazkan oleh Ustaz Zulkiflee Jalil hinggalah majlis ini berakhir dengan penyampaian cenderamata kepada Puan Pengarah.

Dalam ucapannya, Puan Pengarah sempat menyatakan yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti, namun yang pasti, tidak akan sama dengan penggantinya nanti. Sesungguhnya IAB merasa kehilangan para pensyarah ini kerana jasa bakti dan pengalaman yang dicurahkan sepanjang mereka berkhidmat di sini.

Puan Pengarah juga berkongsi pandangan dan perancangan akhir beliau yang perlu diteruskan berkaitan dengan hala tuju IAB. Setiap warga IAB perlu bersiap siaga dengan tuntutan masa hadapan memandangkan IAB menghampiri usia ke 40 tahun pada tahun 2019. Oleh itu, wajar pada usia jubli delima IAB itu nanti, kewujudan IAB dilihat semakin relevan sesuai dengan kerencaman dunia pendidikan masa kini.

Seluruh warga IABCGH merakamkan setinggi – tinggi penghargaan kepada Puan Pengarah IAB kerana kesudian beliau hadir ke majlis ini dan mengucapkan selamat bersara kepada rakan-rakan yang terlibat.

Page 2: Membudayakan Pengurusan Pendidikan Berkualiti … … · MENCEMERLANGKAN DIRI DAN ORGANISASI ... Cemerlang Gred Khas C, ... kepimpinan dan pengurusan pendidikan.

�2

9 Mac: Fenomena alam iaitu gerhana matahari yang dirasai di negara kita dizahirkan oleh warga IABCGH dengan mengadakan solat sunat gerhana matahari. Hampir 60 orang warga IABCGH menyempurnakan solat sunat ini termasuk peserta kursus bertempat di dewan besar.

Seperti yang kita sedia maklum, fadhilat solat sunat gerhana matahari termasuklah menambahkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T

Solat sunat ini telah diimamkan oleh salah seorang peserta kursus Yayasan Islam Kelantan dan dimulakan dengan panduan mengerjakan solat sunat gerhana matahari. Semoga ibadah ini mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah SWT. Tahniah kepada warga IABCGH yang telah menjayakan solat sunat ini.

MEMPERINGATI 50 TAHUN PEMERGIAN ALLAHYARHAM DATO’ SERI AMINUDDIN BAKI DAN PENGAKTIFAN SEMULA PUSPANITA IABCGH

8 Januari: Pada hari ini bacaan yasin yang menjadi rutin setiap hari Jumaat dikhususkan untuk memperingati pemergian tokoh ulung pendidikan iaitu Dato' Seri Aminuddin Baki. Sedar tak sedar sudah 50 tahun pemergian tokoh ini meninggalkan kita iaitu pada 24 Disember 1965 namun jasa baktinya masih segar hingga kini. Hanya pada Allah yang maha esa, kita bermohon agar roh Allahyarham Dato' Seri Aminuddin Baki sentiasa ditempatkan bersama-sama golongan orang yang beriman.

Majlis Bacaan Yaasin juga dikhususkan sempena pengaktifan semula PUSPANITA IABCGH. Setinggi-tinggi ucapan tahniah

diucapkan kepada isteri pengarah IABCGH iaitu Pn.Hjh Wan Amizah bt. Meor Shamsudin kerana secara automatik dilantik sebagai pengerusi PUSPANITA di IABCGH. Antara intipati dalam amanat ringkas beliau selepas majlis bacaan yaasin sudah tentu memfokuskan kepada kerjasama dan penglibatan semua staf wanita IABCGH agar kegemilangan PUSPANITA suatu ketika dulu terus dikembalikan.

BENGKEL PENYEDIAAN BULETIN IABCGH 2016 25 April: Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi (JPD) IABCGH telah berjaya melaksanakan satu bengkel yang dapat merealisasikan kemunculan buletin IABCGH bil.1/2016. Bengkel ini dirancang khusus untuk pensyarah di JPD dengan menjemput Pn. Siti Suhaini binti Zaharin sebagai fasilitator. Penerbitan buletin yang telah dijenamakan semula iaitu SUARA IABCGH ini adalah satu langkah untuk mendokumentasikan setiap program yang berlangsung untuk dikongsi bersama-sama dengan warga IABCGH. Antara kemahiran yang perlu dikuasai dalam menyediakan buletin ialah Microsoft Publisher serta Photoshop. Dari aspek kandungan berita, JPD tidak mengalami kesukaran kerana banyak program dilaksanakan secara berterusan. Pihak JPD mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih Pn. Siti Suhaini kerana komitmen tinggi beliau membantu terhadap penghasilan SUARA IABCGH bil.1/ 2016.

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

Page 3: Membudayakan Pengurusan Pendidikan Berkualiti … … · MENCEMERLANGKAN DIRI DAN ORGANISASI ... Cemerlang Gred Khas C, ... kepimpinan dan pengurusan pendidikan.

�3

DIALOG PROFESIONAL: PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) Selama dua siri berturut-turut iaitu 14 Mac 2016 dan 4 April 2016 telah diadakan dialog profesional berkaitan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) telah diadakan. Dialog profesional ini telah disampaikan dengan jayanya oleh Pn. Hamsiah binti Dahalan selaku AJK PBPPP IABCGH.

Pada siri 1, semua warga IABCGH telah didedahkan berkaitan dengan PBPPP khususnya komponen keberhasilan (10%) supaya pemahaman dan kepentingan PBPPP benar-benar dihayati.Penilaian ini berfungsi untuk menilai penilaian komponen keberhasilan dalam Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP), mekanisme catatan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan akan diambil kira untuk pelbagai tujuan termasuk sebagai salah satu kriteria dalam Time Base Berasaskan Kecemerlangan (TBBK).

Manakala pada siri ke dua, sesi perbengkelan dalam menyelaraskan sasaran kerja berdasarkan keberhasilan telah dijalankan. Penyelarasan ini sangat penting supaya pegawai yang dinilai (PYD) dan Pegawai Penilai (PP) dapat mencapai persetujuan penilaian bahagian komponen keberhasilan.

BENGKEL PENYELARASAN CPD PPPM 18-22 April: Seramai hampir 80 orang pensyarah IAB seluruh Malaysia telah b e r k a m p u n g d i I A B C G H b a g i merealisasikan Bengkel Penyelarasan CPD PPPM. Bengkel yang diketuai oleh Pn. Hamsiah Dahalan selaku AJK PBPPP IABCGH ini telah berlangsung dengan jayanya sesuai dengan objektif yang diharapkan. Antara objektif yang telah ditetapkan termasuklah meningkatkan kualiti modul, instrumen kursus dan meningkatkan keberkesanan latihan pensyarah.

Sebanyak enam modul PPB pemimpin sekolah telah disemak semula sebagai persediaan melaksanakan kursus-kursus tersebut yang dijadualkan berlangsung pada pada bulan Mei dan Jun 2016. Sesuai dengan aktiviti utama inisiatif #87 dalam Piagam Pemimpin Sekolah iaitu, melaksana dan mengukuhkan program CPD pemimpin sekolah, peranan dan komitmen seluruh pensyarah IABCGH adalah amat dituntut. Pada hari terakhir iaitu majlis penutupan Pn Mistrine binti Radin, Timbalan Pengarah Khidmat Latihan telah sudi hadir ke IABCGH membuktikan keseriusan beliau berkaitan dengan program ini.

Beliau mengharapkan agar semua yang terlibat dengan program ini akan terus menunjukkan komitmen yang padu demi memartabatkan nama IAB yang bertanggungjawab terhadap KPI menteri/ KSU Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 4: Membudayakan Pengurusan Pendidikan Berkualiti … … · MENCEMERLANGKAN DIRI DAN ORGANISASI ... Cemerlang Gred Khas C, ... kepimpinan dan pengurusan pendidikan.

.

�4

MENCEMERLANGKAN DIRI DAN ORGANISASI 17 Mac: Satu program perkongsian ilmu telah diadakan untuk berkongsi maklumat dan kejayaan Dr. Tan Siew Eng. Sebagai seorang Pensyarah Cemerlang Gred Khas C, perkongsian ini diharapkan dapat membantu para pensyarah dalam membangunkan diri dan kompetensi kerjaya masing-masing.

Input penting yang menjadi fokus dalam program ini ialah pembangunan kerjaya dalam niche area tertentu boleh dimulakan dari peringkat asas sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Niche area dalam satu bidang khusus dan mempunyai minat dalam beberapa bidang lain adalah digalakkan. Menurut Dr. Tan Siew Eng, untuk menjadi pensyarah pakar, seseorang perlulah mempunyai motivasi dan kesungguhan sehingga kepakaran itu boleh dikongsi di peringkat antarabangsa.

Untuk menjadi pensyarah cemerlang, permohonan boleh dilakukan apabila diiklankan di media. Pemohon mestilah bersedia dengan dokumen yang lengkap dan sistematik sebelum melalui proses taksiran dan prosedur lain. Semua pensyarah layak memohon jika syaratnya mencukupi.

19 Februari: Pernahkan anda mendengar berkaitan Pakar Negara? Siapakah yang dimaksudkan sebagai Pakar Negara? IABCGH sangat bertuah kerana berpeluang mengikuti satu taklimat berkaitan pentauliahan Pakar Negara yang disampaikan oleh Dr. Siti Salina binti Mustakim (IAB) dan Dr. Asnul Dahar bin Minghat (CIAST). Objektif pentauliahan ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada para pensyarah IAB berdasarkan bidang kepakaran masing-masing di samping tersenarai dalam direktori Pakar Negara. Ketika ini hanya terdapat 1 0 , 0 0 0 P a k a r N e g a r a y a n g t e r s e n a r a i d a l a m d i r e k t o r i sedangkan negara memerlukan lebih ramai bagi memenuhi keperluan semasa. Oleh yang demikian, pensyarah IAB dilihat antara aset-aset yang bernilai yang boleh memenuhi keperluan ini.

Jabatan pentaksiran diberi tanggungjawab penuh menjadi urus setia bagi permohonan Pakar Negara untuk IABCGH. Sebarang soalan mahupun maklumat boleh dirujuk terus melalui jabatan tersebut. Pihak IABCGH mengucapkan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Siti Salina binti Mustakim atas usaha beliau ini kerana dapat membantu para pensyarah membina lebih banyak jaringan apabila berjaya disenaraikan dalam direktori Pakar Negara kelak.

PAKAR NEGARA: Peluang Terbuka Luas

Page 5: Membudayakan Pengurusan Pendidikan Berkualiti … … · MENCEMERLANGKAN DIRI DAN ORGANISASI ... Cemerlang Gred Khas C, ... kepimpinan dan pengurusan pendidikan.

�5

22 Februari: Seramai 31 orang pemimpin dan staf Balai Didik dan L a t i h ( D I K L A T ) S u r a b a y a t e l a h membuat lawatan kerja rasmi ke IAB Cawangan Gent ing Highlands. Tujuan lawatan ini ialah untuk membuat 'studi b a n d i n g ' ( k a j i a n kompara t i f ) an ta ra i n s t i t u s i t e r s e b u t dengan IAB.

Balai Diklat Surabaya ialah badan keagamaan yang berfungsi hampir sama dengan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri di Malaysia. Peserta lawatan ini adalah terdiri daripada trainer yang dilatih khas untuk mendekati masyarakat di sekeliling mereka.

Semasa berada di IABGH, mereka telah diberi taklimat tentang misi, visi, fungsi dan operasi IAB oleh YBrs. Tn. Hj. Abd. Razak bin Manaf serta Pn. Hjh. Nor Asiah binti Ibrahim. Mereka amat berpuas hati dengan lawatan ini dan menganggap lawatan mereka berjaya mencapai matlamat sebagaimana yang dihasratkan.

LAWATAN KERJA BALAI DIKLAT, SURABAYA

4 April: Tatkala IAB diuji dengan kewangan yang terhad, PUSPANITA Cawangan Genting Highlands telah tampil dengan sumbangan berbentuk LCD dan skrin projektor semasa majlis perhimpunan bulanan.

Untuk makluman, sumbangan ini adalah hasil daripada keuntungan jualan PUSPANITA selama beroperasi hampir tiga bulan selepas diaktifkan semula. Antara aktiviti perniagaan yang dilaksanakan termasuklah jualan buku-buku, produk-produk kecantikan, produk keperluan diri, perkhidmatan urutan kaki oleh persatuan orang buta dan telco serta pelbagai lagi. 10% keuntungan hasil jualan produk dan perkhidmatan akan disumbangkan kepada PUSPANITA. Ini menunjukkan bahawa PUSPANITA begitu bersungguh-sungguh dalam membantu IABCGH menyediakan keperluan mengikut kemampuan sedia ada.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan sekalung tahniah ditujukan khas kepada PUSPANITA IABCGH di bawah pimpinan Pn. Wan Amizah binti Meor Shamsudin (Isteri Pengarah IABCGH) selaku pengerusi serta JK tertinggi PUSPANITA IABCGH atas sumbangan tersebut. Sesungguhnya PUSPANITA IABCGH amat mengalu-alukan sokongan dan penglibatan semua ahli supaya lebih banyak aktiviti dan dana dapat dihasilkan melalui sinergi bersama-sama.

PUSPANITA : MAJLIS PENYERAHAN LCD

RESENSI BUKU

Dr. Jamilah Jaafar ialah pensyarah di Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi, menggunakan nama pena Dr. Hayya Bilal. Beliau menulis buku ini dengan tujuan untuk mengubah persepsi masyarakat umum mengenai orang kulit hitam. Di samping itu, buku ini j u g a m e n y e n t u h t e n t a n g i s u perkauman, agama, budaya dan kehidupan masyarakat di Malaysia dan di Afrika. Buku ini mendapat s a m b u t a n h a n g a t d a r i p a d a masyarakat kerana cetakan pertama telah terjual dalam masa sebulan.

Page 6: Membudayakan Pengurusan Pendidikan Berkualiti … … · MENCEMERLANGKAN DIRI DAN ORGANISASI ... Cemerlang Gred Khas C, ... kepimpinan dan pengurusan pendidikan.

�6

23 Februari: Program PIN telah diadakan di Bilik Antarabangsa, IABCGH. Program anjuran Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan ini, bertujuan untuk membangunkan ketrampilan dan kompetensi pensyarah dalam aspek kep imp inan dan pengurusan pendidikan. Seramai 9 orang pensyarah dan 10 orang mentor serta 9 buah sekolah terlibat dalam program ini. Program dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa berkenal-kenalan dan fasa penerokaan. Fasa 1 akan diadakan dari 23 Februari hingga 14 Jun sementara Fasa 2 pada 14 Jun hingga 6 September.

PEMBANGUNAN KOMPETENSI MELALUI PERKONGSIAN PINTAR (PIN)

Peserta PIN dikehendaki berada di sekolah terpilih untuk mengalami sendiri dan meneliti aspek-aspek pengurusan dan kepimpinan serta kerja buat seorang pemimpin sekolah seharian semasa berada di sekolah. Terdapat 9 aspek pengurusan yang perlu diberikan perhatian dengan berfokuskan kepada amalan di sekolah baru, perancangan dan perlaksanaan pelbagai aktiviti dan program. Proses pengumpulan maklumat ini dilakukan melalui temubual dengan pemimpin sekolah, warga sekolah, memeriksa dokumen dan siri lawatan khas. Semoga program ini berjaya mencapai objektifnya.

8 Apr: Satu ceramah yang bertajuk KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM telah berlangsung dengan jayanya bertempat di K144. Penceramah jemputan ialah YBrs. Dr. Mohd. Sukki bin Othman, Penyarah Kanan Bahasa Arab dan I’jazl al-Quran dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPM selain sering mendapat jemputan di siaran-siaran TV.

Antara intipati perkongsian termasuklah perbincangan berkaitan dengan definisi konsep kepimpinan dalam perspektif islam. Dari aspek pelaksanaan pula, Allah amat menyukai hambanya yang apabila berbuat sesuatu dalam keadaan yang bersungguh-sunguh. Sebagai seorang pemimpin, ada ketika tidak semua pengikut akan redha dengan kesungguhan kita. Namun apa yang paling penting adalah penilaian Allah terhadap kita. Setiap isu perlu ditangani segera sebelum menjadi duri dalam daging.

Secara keseluruhannya, pemimpin sebenar amat diperlukan dalam sesebuah organisasi. Setiap daripada kita apabila telah diberikan kepercayaan oleh organisasi, perlu membantu mereka mencapai matlamat yang diinginkan. Pemimpin dan pengikut perlu ada kerjasama dan hendaklah tahu peranan masing-masing dalam organisasi. Pihak penganjur iaitu Tazkiyat An-Nafs mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua yang menjayakan dialog profesional ini.

CERAMAH KEPIMPINAN PENGURUSAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

Page 7: Membudayakan Pengurusan Pendidikan Berkualiti … … · MENCEMERLANGKAN DIRI DAN ORGANISASI ... Cemerlang Gred Khas C, ... kepimpinan dan pengurusan pendidikan.

�7

AUDIT KUALITI INTERTEK 2015

SUKAN NPQEL PIALA PENGARAH IABCGH

18 Januari: Buat pertama kalinya, Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands telah diaudit oleh pihak Intertek Internasional selepas berstatus cawangan. Audit ini merupakan audit kali pertama IABCGH sebagai cawangan. Audit ini berlangsung selama satu hari, iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 5.00 petang. Juru audit yang terlibat pada kali ini ialah En. Lim Hok Yan.

Beberapa lokasi terpilih telah dilawati oleh En. Lim Hok Yan untuk melihat beberapa proses pengurusan yang dilaksanakan di IABCGH. Lokasi-lokasi tersebut ialah Unit Pengurusan Latihan untuk melihat proses pengurusan latihan, Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi untuk Proses penerbitan buku, bilik NPQEL untuk melihat proses pengurusan kursus NPQEL, serta bilik-bilik latihan untuk melihat proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.Pada penghujung proses audit ini, juru audit telah melaporkan bahawa tiada laporan ketidakakuran (NC) dan pemerhatian (OFI) dikeluarkan. Oleh itu, sijil ISO untuk IABCGH diteruskan. Tahniah IABCGH.

Lelaki Wanita

Juara Pasukan IAB (Staf)

Pasukan NPQEL

Naib Juara

Pasukan NPQEL

Pasukan IAB (Pensyarah)

28-31 Mac: Buat julung kalinya telah diadakan pertandingan bola tampar bagi merebut Piala Tuan Pengarah IABCGH. Pertandingan yang diadakan selama empat hari, melibatkan 12 buah pasukan yang terdiri daripada peserta-peserta NPQEL ambilan 1/2016, pensyarah-pensyarah dan staf IABCGH.

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu pasukan lelaki dan juga pasukan perempuan. Terdapat empat kumpulan bagi setiap kategori iaitu kumpulan A, B, C dan D. Pertandingan ini telah diadakan di gelanggang serba guna IABCGH bermula pada pukul 5.00 hingga 7.00 petang. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Tuan Pengarah IABCGH Tuan Haji Abdul Razak Manaf. Turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Pn. Hajah Norasiah bt. Ibrahim. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

Page 8: Membudayakan Pengurusan Pendidikan Berkualiti … … · MENCEMERLANGKAN DIRI DAN ORGANISASI ... Cemerlang Gred Khas C, ... kepimpinan dan pengurusan pendidikan.

�8

TOT KOKURIKULUM IABCGH15-19 Februari: Seramai 22 orang pensyarah IAB telah mengikuti TOT Kokurikulum yang diadakan di IAB Cawangan Genting Highlands. TOT yang diadakan selama lima hari, dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan Kur iku lum dan Kokur iku lum. Sepanjang TOT ini berlangsung pelbagai topik telah disampaikan oleh En. Wan Shamsuddin bin

Wan Mohd. Salleh dan En. Mohd. Sauki bin Muhamad Razali. Selain teori yang diajar di dalam bilik kuliah, sesi praktikal juga diadakan di sekitar asrama Induk. Antara aktivti yang dijalankan ialah Asas Ikatan, Ikhtiar Hidup, Orientering dan sebagainya. Peserta TOT juga berpeluang mengikuti aktivti pertandingan masakan, pertandingan kraf tangan, pertandingan kitar semula dan sebagainya.

Dengan terlaksananya TOT ini, diharap semua peserta telah mendapat pendedahan yang lebih bermakna mengenai Pengurusan Kokurikulum dan seterusnya dapat mengajar kursus tersebut dengan lebih berkesan.

DIALOG PROFESIONAL:

Taklimat Perundangan Perkhidmatan Awam dan PBPPP

23 Februari: Satu Dialog Profesional bil.1/2016 bertempat di Dewan Kuliah 144 bermula pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 1.00 petang. Terdapat dua tajuk yang disamaikan dalam dialog profesional kali ini iaitu “Taklimat Perundangan Perkhidmatan Awam: Kelakuan dan Tatatertib 1993 Pindaan 2002” yang disampaikan oleh En. Wan Shamsuddin bin Wan Mohd. Salleh dan “Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Dasar Pemisah” yang disampaikan oleh Pn. Hamsiah binti Mohd Dahalan.

Antara objek diadakan dialog profesional pada kali ini ialah memberi pendedahan kepada staf ikhtisas dan juga staf sokongan berkenaan perundangan perkhidmatan dan memaklumkan mengenai keputusan pihak kerajaan untuk memperkukuhkan pelaksanaan dasar dasar pemisah (Exit Policy). Diharap segala pengisian dialog profesional kali ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman semua warga IABCGH.