Memenuhi Aspirasi Kemahiran Berfikir dalam Pelan ... · PDF filesekolah Bestari diperkenalkan...

download Memenuhi Aspirasi Kemahiran Berfikir dalam Pelan ... · PDF filesekolah Bestari diperkenalkan pada tahun 1998 tetapi sehingga hari ini masih belum ... (hal. 2-5) menggariskan bahawa

If you can't read please download the document

Transcript of Memenuhi Aspirasi Kemahiran Berfikir dalam Pelan ... · PDF filesekolah Bestari diperkenalkan...

  • 1

    Memenuhi Aspirasi Kemahiran Berfikir dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menerusi inkuiri dan pedagogi

    filosofiyyah dalam kalangan guru1

    Rosnani Hashim Institut Pendidikan, IIUM

    [email protected]

    Abstrak Kemahiran berfikir merupakan satu matlamat utama dalam sistem pendidikan di seluruh dunia masa kini dan ia turut digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 sebagai kesinambungan terhadap apa yang sudah dilaksanakan di sekolah dalam negara sejak dasar sekolah Bestari diperkenalkan pada tahun 1998 tetapi sehingga hari ini masih belum mencapai prestasi yang membanggakan. Pelbagai usaha pedagogi sudah dicuba dan dilaksanakan untuk mencapai matlamat tersebut khususnya yang memberi pemusatan kepada pelajar seperti kaedah diskusi kumpulan kecil, pembelajaran berasaskan masalah dan pembentangan hasil diskusi atau kajian. Kertas ini mencadangkan bahawa pendekatan pedagogi di institusi latihan perguruan harus diubah terlebih dahulu dengan memperkenalkan pedagogi inkuiri filosofiyyah atau apa yang juga dinamakan pedagogi hikmah untuk melahirkan guru yang berfikiran kritis, kreatif dan berakhlak mulia. Hanya guru yang kritis sahaja yang boleh melahirkan pelajar yang kritis di sekolah. (158 perkataan) Kata kunci: Kemahiran berfikir, pedagogi inkuiri filosofiyyah, pedagogi hikmah, kurikulum pendidikan guru, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Latar belakang Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menggariskan enam aspirasi yang wajar dimiliki oleh setiap murid demi menghadapi cabaran globalisasi dan semasa, sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu:

    Pengetahuan Kemahiran berfikir Kemahiran memimpin Kemahiran dwibahasa Etika dan kerohanian Identiti nasional.

    Umum mengetahui bahawa pencapaian Malaysia dalam ujian antarabangsa PISA pada tahun 2009 amat menyedihkan kerana kita berada pada kedudukan satu pertiga terendah di dunia. Malahan Thailand mengatasi kedudukan kita. Ini amat mengecewakan apabila kerajaan Malaysia membelanjakan bajet yang besar malah jauh lebih tinggi daripada Negara yang mengatasi kita dalam keputusan PISA tersebut. Lebih mengecewakan juga ini berlaku walhal nisbah guru: murid di Malaysia adalah yang tertinggi iaitu 1:13 berbanding Negara lain. Kita lihat bahawa bentuk soalan dalam ujian PISA ini lebih kepada menyelesaikan masalah yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi seperti menganalisis, menilai dan mensintesis dan bukan sekadar aplikasi. Justeru, ia memberi kita petanda bahawa sistem pendidikan kita masih lemah dalam melengkapkan pelajar dengan kemahiran tersebut.

  • 2

    PPPM (hal. 2-5) menggariskan bahawa setiap murid perlu mempunyai semangat ingin tahu, dan belajar cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat, mampu menghubung kait pelbagai pengetahuan, dan yang paling penting dalam ekonomi berasaskan pengetahuan ialah mewujudkan pengetahuan baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting: Pemikiran Kreatif dan Inovatif: kemampuan menginovasi, menjana kemungkinan baharu, dan mencipta idea atau pengetahuan baharu; Penyelesaian Masalah dan Penaakulan: keupayaan meramal masalah dan mendekati isu secara kritis, logik, induktif, dan deduktif bagi mencari penyelesaian, dan akhirnya membuat keputusan; dan Keupayaan Belajar: keupayaan memacu pembelajaran sendiri, dengan kemampuan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat. Makna pendidikan Pendidikan melibatkan ilmu, kemahiran dan nilai-nilai yang disampaikan dan dikembangkan terus menerus dari seseorang kepada seseorang yang lain, dari suatu budaya kepada satu budaya lain dan dari satu peradaban ke peradaban yang lain. Menerusi pendidikan tadib dan tarbiyyah dan talim, dan ilmu, nilai dan kemahiran yang diperolehi, seseorang insan itu diubah dan dibentuk menjadi beradab, bertamaddun and bijak mengurus diri dan masyarakatnya. Pada zaman lampau, pendidikan bersifat tidak formal dan diadakan bukan di bilik darjah walaupun pada zamannya lagi Aristotle telah berhujah tentang keperluan pendidikan awam bagi memelihara masyarakat demokratik. Plato pula berbicara tentang masyarakat adil dan merekacipta kurikulum pendidikan yang dibahagi kepada beberapa tahap bagi mencapai matlamat tersebut dan juga melahirkan raja serentak ahli filsafat. Dari perspektif Islam, ilmu bermakna ketibaan makna sesuatu objek ilmu ke dalam ruh atau ketibaan ruh kepada makna sesuatu objek ilmu.2 Justeru, melalui pendidikan seseorang mencapai makna kehidupan dan kewujudan. Dengan adanya ilmu, seseorang itu dapat meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sewajar dan seterusnya berlaku adil kepada dirinya, orang lain dan Penciptanya. Dia juga boleh bertindak dengan betul bukan sahaja semasa di dunia ini tetapi juga untuk kebaikannya di akhirat. Justeru, pendidikan adalah cara untuk mencapai kebijaksanaan yang membawa kepada keadilan. Tetapi selepas pendidikan mendapat perhatian umum dan sekolah umum didirikan, tujuan utama pendidikan berubah. Sekolah telah digunakan oleh pemerintah untuk mencapai agenda politiknya yang sebahagian daripadanya bertepatan dengan matlamat akhir insan dan masyarakat. Sekolah mula menjadi alat. Walaupun sekolah umum yang didirikan amat baik dalam kontek menyediakan pendidikan yang sepatutnya membawa pencerahan kepada massa (dan matlamatnya adalah 100 peratus pendidikan sejagat), namun ia mula mengalami anjakan paradigma semenjak ketibaan era industri, peranan utamanya: melahirkan pekerja bagi jawatan yang diwakili oleh petak-petak dalam carta organisasi korporat yang mempunya bentuk piramid, lebar di bawah dan sempit dan kecil di puncak. 3 Lebih banyak kepada pengetahuan profesional dan kemahiran daripada pengetahuan dan nilai yang praktikal. Lebih banyak kepada yang dapat dilihat daripada yang sebaliknya. Terlalu banyak penekanan kepada peperiksaan sebagai satu tanda ukur. Tidak ada banyak ruang untuk

  • 3

    pelajar mengemukakan soalannya sendiri yang berkait dengan minat dan daya ingin tahu mereka. Hasil daripada ini, pergi ke sekolah menjadi satu bebanan kepada sebahagian murid, membunuh daya ingin tahu mereka, malahan membiak kebosanan dan kehilangan minat untuk belajar. Sekolah tidak lagi mampu memberi makna kepada kehidupan. Ia seolah-olah satu aktiviti yang tidak bermakna, tanpa tujuan.

    Dalam kertas ini saya cuba menunjukkan kepentingan inkuiri filosofiyyah sebagai satu kaedah pengajaran atau pedagogi dan perlunya mengembalikan pendidikan filosofi bagi memulihkan matlamat pendidikan yang sudah terhakis. Saya akan membawa hujah-hujah untuk menyokong kenyataan ini di samping kepentingannya dalam tradisi ilmu Islam dan juga peranannya bagi memelihara masyarakat demokratik. Saya akan menjelaskan bagaimana pedagogi inkuiri filosofiyyah boleh menjadi mekanisme untuk membentuk kemahiran berfikir kritis dan pendidikan yang bermakna dan kepentingannya dalam latihan para guru. Masalah pendidikan hari ini Kalau kita lihat pedagogi yang digunakan dalam bilik darjah di negara kita hari ini, kita akan merintih dan mengeluh sebagai pendidik guru sebab ia sekadar menyediakan murid untuk menjawab soalan peperiksaan. Semasa saya bersekolah rendah dulu pada tahun 1960an, saya tidak ingat kami sekelas dilatihtubi untuk menjawab soalan peperiksaan. Kali pertama saya mengambil bahagian untuk membuat persediaan secara tak formal bersama rakan ialah semasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan MCE 1972 itupun atas inisiatif sendiri dan bukan dibilik darjah. Seingat saya guru hanya bertugas untuk menghabiskan silibus sehingga beberapa hari sebelum peperiksaan besar tersebut. Prinsipnya ketika itu mungkin anda faham dan dapat menjelaskannya kepada orang lain atau mengaplikasikannya dalam situasi yang berbeza atau pun anda tidak faham. Anda bertanggungjawab atas kejayaan diri anda. Guru ada untuk membantu bila ada yang tidak dapat difahami atau diselesaikan. Apa yang tercatat dalam sijil peperiksaan benar-benar mencerminkan ilmu yang dimiliki. Tetapi hari ini, pelajar diberi latihtubi berhari-hari malah berbulan-bulan sebelum hari peperiksaan tanpa benar-benar memahami konsep, langkah dan sebagainya. Masa mengajar disingkatkan dan dipecutkan supaya dapat meninggalkan baki untuk latihtudi di akhirnya. Kerana pecutan ini sudah tentulah pelajar yang kurang kecerdasan semakin menghadapi tekanan. Ambil sahaja kes Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, iaitu dua matapelajaran yang memang khusus untuk membangun Insan Baik. Subjek ini malangnya tidak dapat memberi makna kepada pelajar kita. Ini jelas daripada peningkatan gejala sosial dan masalah disiplin yang dihadapi di sekolah hari ini. Walaupun keseluruhan kesilapan ini tidak boleh dibebankan kepada sekolah, namun guru ini amat mempunyai peluang yang terbaik untuk membimbing pelajar. Bagaimanakah hubungan guru ini dengan pelajar mereka? Bolehkah mereka dipercayai oleh pelajar sendiri sehingga mereka boleh mendapat nasihat atas masalah yang dihadapi? Pelajar ini hanya boleh bertindak atas sesuatu dan komited kepadanya jika mereka benar-benar memahami maknanya. Walaupun sekolah dan universiti berusaha untuk memenuhi kehendak dan permintaan komuniti korporat dan perniagaan, mereka masih lagi terus bersungut tentang kekurangan graduan ini dalam kemahiran insaniah (softskills). Mereka dikatakan kurang keupayaan berfikir kritis dan kreatif, keupayaan berkomunikasi, keupayaan berinteraksi dengan

  • 4

    orang lain khususnya jika bukan rakan sebaya, kurang keyakinan diri dan kurang keupayaan bekerja dalam satu pasokan. Sekolah kita masih mengajar mereka untuk zaman lampau walhal dunia hari ini berubah dengan pesat. Alat teknologi canggih yang boleh melakukan pelbagai perkara kepada penjanaan dan penaburan ilmu semakin murah dan dapat dimiliki oleh pelajar sekalipun. Friedman berhujah